Assalamualaikum wbh
Lama sungguh saya tidak menulis semenjak 28 November. Sudah lebih sebulan. Hujung tahun kali ini sangat berbeza. Banyak sungguh saya bercuti dan untuk tahun ini saya menghabiskan hamper 60 hari bercuti. Banyak sungguh aktiviti hujung tahun kali ini, Alhamdulillah.
Email dari pembaca Laman emjay, reply dan PM banyak sekali dan untuk membalasnya terutama email memang memerlukan beberapa hari. Semoga Allah memberikan kemudahan berkaitan segala urusan ini.
Pagi ini sewaktu saya melayari laman marhaen di http://www.marhaendaily.net/v1/ saya terbaca berita Misbun masuk hospital diserang jangkitan paru-paru sebagaimana yang saya copy paste di bawah.
Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan jangkaan andaian secara lumrah kerana saya sememangnya tidak mempunyai ilmu ghaib kerana ilmu ghaib hanya milik Allah. Nabi Muhamad SAW pun tidak mempunyai ilmu ghaib. Seandainya Nabi Muhamad mempunyai ilmu ghaib, perang Uhud akan dimenangi oleh umat Islam namun kerana ketiadaan ilmu ghaiblah menyebabkan umat Islam tewas kepada tentera kafir pimpin Khaled Al Walid kerana ingkar pesanan Nabi kepada tentera pemanah yang berkubu di atas bukit Uhud agar jangan turun dari bukit Uhud walau apa pun yang terjadi.
Menurut kebiasaannya, orang seperti Misbun ini tidak akan dapat lari daripada mandi malam iaitu mandi selepas masuk maghrib sehingga kira-kira 5 pagi kerana rutin hariannya yang melibatkan melatih anak buahnya di Nusa Mahsuri tidak kira pagi petang atau malam. Selepas tamat latihan sebelah malam selalunya akan sampai ke rumah pada pukul 11 malam atau lebih lewat lagi. Apabila sampai ke rumah, badan berbau busuk akibat banyak berpeluh dan pada kebiasaannya mereka akan mandi terlebih dahulu sebelum tidur. Selepas mandi barulah lena tidur.
Amalan mandi malam sebagaimana saya ceritakan di atas adalah satu amalan yang amat tidak sihat. Setiap kali seseorang mandi malam, mereka akan mengumpul sedikit air ke dalam paru-paru mereka akibat kondensasi wap air di dalam alveolus paru-paru mereka. Semakin banyak mandi malam, semakin banyak air kondensasi terkumpul di dalam paru-paru mereka dan apabila memasuki satu peringkat, symptom berikut akan di rasai:
1. Tapak tangan akan mulai lembab
2. Mudah mengah atau nafas pendek dan amat ketara apabila membuat kerja keras atau naik tangga
3. Lebih mudah alah dengan kesejukan seperti bilik air cond
4. Tapak tangan dan hujung jari lebih kebiruan dan kurang warna merah
Apabila semakin banyak air kondensasi terkumpul di paru-paru, symptom di atas akan semakin ketara dan tapak tangan akan semakin lembab atau basah. Pada peringkat yang lebih parah, orang ini akan mudah mengalami masalah berkaitan paru-paru sebagaimana kes yang dihadapi oleh Datuk Misbun Sidek ini.
Masalah kondensasi air di paru-paru ini akan dipercepatkan lagi apabila orang bermasalah ini gemar minum air batu. Ahli sukan dan jurulatih seperti Misbun ini memang selalunya gemar minum minuman tin seperti 100Plus yang sejuk. Tabiaat ini amat mempercepatkan kondensasi air di dalam paru-paru. Pengumpulan air kondensasi inilah yang mengakibatkan kes yang dikenali sebagai paru-paru basah atau berair. Paru-paru basah atau berair ini akan amat mudah dijangkiti oleh kuman menyebabkan masalah berkaitan paru-paru seperti pneumonia.
Selain mandi malam dan minum air sejuk/air batu ini, tidur dibawah kipas yang laju atau tidur dalam bilik air cond yang sejuk akan menjejaskan lagi masalah pada paru-paru ini.
Bagi pembaca sekelian, jangan lupa membaca artikel yang berkaitan iaitu
1. Tapak tangan basah atau lembab di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-basah-atau-lembab.html
2. TAPAK TANGAN LEMBAB ATAU BASAH bahagian 2 di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-lembab-atau-basah-bahagian.html
3. Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru. Di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/mandi-malam-dan-minum-air-batu-serta.html
Di dalam artikel nombor 2 di atas, saya telah jelaskan pantang larang bagi mengelakkan masalah berkaitan paru-paru ini dan apa yang paling penting ialah
1. elakkan dari mandi malam
2. elakkan minum air batu atau air sejuk dalam peti sejuk
3. elakkan tidur bawah kipas yang laju
4. elakkan tidur dalam air cond yang sejuk
Bagi merawat masalah berkaitan paru-paru ini bolehlah usahakan perkara berikut:
1. Minum susu segar atau susu fullcream 3 kali sehari
2. Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya
3. Makan halba, paling mudah dengan mencampurkan beras yang dimasak dengan sedikit halba.
4. Sentiasa minum minuman yang suam atau panas.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada Datuk Misbun, semua atlet negara terutamanya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David serta semua pembaca Laman Emjay agar mengelakkan tabiaat mandi malam, minum air batu, tidur dengan kipas laju dan tidur dalam bilik air cond yang sejuk semogaAllah memberikan kita semua kesihatan yang baik serta dijauhkan dari pelbagai gejala negatif.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
30 December 2008
PENASIHAT Nusa Mahsuri dan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek dimasukkan ke Hospital Tawakkal Kuala Lumpur malam tadi selepas diserang jangkitan paru-paru hingga menyebabkan seluruh badannya tidak bermaya.
Misbun yang ditemui di hospital berkata, setakat ini pihak hospital telah mengambil kahak dan darah untuk tujuan ujian bagi mengenal pasti kedudukan sebenar masalah yang dihadapi.
“Syukur alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah menerima rawatan. Cuma badan saya masih lesu. Saya kini menanti keputusan ujian daripada pihak hospital. Setakat ini, pihak hospital hanya memaklumkan bahawa badan saya diserang jangkitan paru-paru” ujar beliau yang ditemani isteri tersayang, Datin Latifah Sidek.
Sementara itu, bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, Hafiz Hashim, Roslin Hashim, Arif Latif dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar adalah antara personaliti yang sempat mengunjungi Misbun di hospital tersebut sebentar tadi.
Chong Wei ketika mengulas perkara itu berkata, beliau menerima berita sifunya dimasukkan ke hospital pada sebelah pagi tadi.
“Saya menerima berita pagi tadi, kemudian saya mengambil keputusan untuk mengunjungi pada sebelah petang sebaik sahaja selesai menjalani latihan. Semasa menemuinya tadi, saya cuma berharap beliau akan segera sembuh. Maklumlah sejak pulang dari mengerjakan haji, kesihatannya masih tidak stabil.
Sepanjang ketiadaan Misbun katanya, beliau kini gigih menjalani latihan dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock sebagai persiapan menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung mulai 6-11 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.


