Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 29 March 2009

Segala puji hanya bagi Allah dan …….?


Bismillahirrohmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbth
(Updated 28 Disember 2019)

Lama rasanya tidak menulis untuk Laman Emjay. Maklumlah bagaikan kain singkat, di tarik ke atas nampak peha dan di tarik ke bawah nampak kemaluan. Saya masih menjawat jawatan pensyarah di UTM, insya-Allah saya akan pencen lagi 5 tahun. Jadi apabila sibuk dengan pelbagai tugas hakiki, terpaksalah yang ini dberikan keutamaan. Kini makmal-makmal di bawah kawalan saya perlu dikemaskini mengikut 5S, menyebabkan tugas semakin bertambah. Namun saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmatNya semoga saya dapat menulis dengan lebih kerap.

Tidak lama dahulu seorang pembaca Laman Emjay diizinkan Allah SWT untuk bertemu dengan saya. Dalam pertemuan tersebut hamba Allah yang saya namakan Ahmad telah meminta izin untuk belajar dengan saya. Bagi saya mudah, ilmu saya tidak banyak namun setiap ilmu yang diberikan Allah kepada saya akan kelak disoal di akhirat “Emjay, apa yang telah kamu buat dengan ilmu yang Aku berikan kepada kamu?”. Beratlah balasannya jikalau saya menjawab “Saya hanya gunakan untuk diri saya sendiri”.

Di dalam pertemuan tersebut saya menceritakan kaedah saya mengajar. Pada waktu dahulu saya mengajar seorang dengan seorang. Alhamdulillah apabila nampak hasilnya, saya lebih berkeyakinan. Selepas bertambah bilangan orang yang ingin belajar, saya usahakan kumpulan yang terdiri kira-kira 5 – 6 orang. Rupanya apabila saya mengajar secara berkumpulan ini, pertemuan hanya dapat berlaku untuk beberapa kali sahaja. Hasil dari setiap pertemuan juga tidak sebagaimana yang diharapkan seperti jika saya mengajar secara berseorangan. Saya dapati apabila mengajar secara berkumpulan, amat kurang pertanyaan yang dikemukakan maklumlah setiap dari mereka malu untuk mengemukakan soalan kerana akan diketahui oleh orang lain.

Kelas yang berlangsung bagi 2 orang juga menemui kegagalan kerana mungkin antara dua orang ini juga malu untuk bertanya, mungkin kerana takut rahsia diri diketahui orang lain.

Setelah memahami kegagalan  kelas secara berkumpulan, kini saya menjalankan kelas secara berseorangan atau secara berkeluarga. Secara berkeluarga, mereka kurang malu untuk bertanya kerana masing-masing pun sudah sedia maklum dengan masalah mereka masing-masing. Belajar secara suami isteri juga kurang bermasalah. Secara berseorangan adalah paling baik kesannya. Perbincangan secara dua hala mudah berlaku tanpa rasa malu diketahui orang lain mengenai masalah peribadi, keluarga atau saudara maranya.

Dalam kaedah berseorangan atau berkeluarga ini saya perlu mengulang setiap isi pelajaran kepada setiap mereka yang belajar. Mula-mula dahulu rasa jemu juga namun inilah sahaja caranya saya mencari keredhaan Allah mengumpul amalan untuk akhirat. Lagi banyak yang belajar lagi baik.

Banyaklah perkara meliputi diri Ahmad, isteri, anak serta ibu bapa dan saudara mara yang dapat dikongsikan antara kami dalam setiap sesi pertemuan tanpa rasa malu diketahui oleh orang lain. Saya pula perlu memegang amanah untuk tidak menceritakan rahsia berkaitan Ahmad kepada orang ramai termasuk isteri dan anak-anak saya. Namun dalam tulisan saya kali ini saya hanya ingin mengupas satu bab yang berkaitan dengan anak Ahmad yang wajar sekali dijadikan iktibar untuk kita semua.

Ahmad diberikan Allah seorang isteri serta beberapa anak dan yang kecilnya adalah seorang perempuan berusia hampir 2 tahun. Isterinya seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Ramai orang beranggapan  bahawa beristeri / bersuami seorang doktor adalah suatu keuntungan yang amat jelas kerana setiap penyakit yang dihadapi oleh sesuatu keluarga akan dapat ditangani dengan mudah. Namun bagi saya adalah tetap sama bagi yang beristeri bersuami doktor atau bukan doktor. Kini doktor pun dalam usia awal empat puluhan pun ada yang mengalami masalah serius dengan buah pinggang serta perlu didialisis setiap beberapa hari. Terdapat juga doktor dengan pelbagai masalah kesihatan kronik lainnya. 

Ahmad sebelumnya sudah diberikan anak lelaki dan apabila Allah memberikan anak perempuan pertama, beliau sangat gembira. Tambahan pula anak perempuannya diberikan Allah rupa paras yang cantik. Apabila melihat anak perempuan yang saya namakan Wati ini, Ahmad sangat senang hati lalu terkeluarlah pujian khas untuk Wati. Semakin hari Wati membesar dan menyerlahkan kecantikannya dan semakin banyak pujian diberikan oleh Ahmad dan juga isterinya. Kedua-dua telinga Wati setiap hari disirami oleh pelbagai pujian oleh Ahmad dan juga isterinya.

Dengan takdir Allah apabila Wati mencecah usia satu tahun, Allah mengurniakan satu penyakit pada kedua-dua telinga Wati sehingga menyebabkan telinganya mengeluarkan cairan seperti nanah dan berbau busuk. Ahmad dan isteri sangat sedih. Wati kerap dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Pelbagai diagnosis dilakukan oleh para doktor termasuklah doktor pakar. Ada doktor yang mengatakan penyakit Wati sebagai “Otitis Externa”. Pelbagai rawatan dan ubat yang diberikan namun penyakit telinga Wati masih berterusan. Aduh sungguh sedih perasaan Ahmad dan isteri melihatkan anak kesayangan yang diberikan Allah kelebihan kecantikan tetapi kini menghidap penyakit telinga. Kelebihan isteri Ahmad sebagai seorang doktor tidak dapat dimanfaatkan untuk memulihkan penyakit Wati.

Wati semakin membesar, setiap hari telinga Wati terus menerima pujian dari ayah dan ibunya dan penyakit telinganya masih belum dapat dirawat. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan bertukar bulan namun penyakit telinga Wati masih belum dapat dipulihkan. Sedih Ahmad dan isteri bukan kepalang memikirkan penyakit Wati. Berbagai persoalan bermain di kepala. Adakah Wati akan membesar dan dewasa bersama dengan penyakit telinganya?

Kini penyakit Wati sudah menjangkau enam bulan. Enam bulan yang amat menyedihkan. Kegembiraan menerima Wati hanya sekadar satu tahun sahaja. Kini Ahmad dan isteri tidak sudah-sudah dirundung malang.

Tidak lama selepas itu Ahmad mula belajar di rumah saya. Seminggu sekali Ahmad datang ke rumah saya di waktu malam. Ahmad serius dalam mempelajari ilmu agama yang diajarkan. Kisah anaknya Wati in tidak diceritakan kepada saya. Bila tiba bahagian pelajaran RIAK, saya pun mengajarkan ilmu ini sebagaimana saya ajarkan kepada orang lain. Berikut adalah rumusan pelajaran yang diberikan kepada Ahmad:

1.      Ada pelbagai definisi riak. Antaranya, riak adalah  “perasaan ingin dipuji oleh orang lain”.
2.      Riak / bermegah / suka menunjuk adalah sifat Allah – Al Mutakabbir.
3.      Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak.
4.      Manusia tidak layak dan tidak berhak untuk menerima pujian  kerana sesungguhnya manusia telah berikrar di dalam bacaan fatihahnya pada setiap solat iaitu alhamdulillah hirobbil’alamin  الحمد لله ربّ العالمين yang bererti “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
5.      Nabi mengajarkan melalui hadisnya bahawa sekiranya ada manusia yang memuji kita, hendaklah kita mengambil pasir lalu melontarkan pasir ini ke muka orang yang memberi pujian ini. Hadis ini sungguh menjelaskan bahawa manusia tidak boleh menerima dan memberi pujian kerana segala pujian HANYA milik Allah SWT semata-mata. Dari Abu Ma’mar, ia berkata, “Ada seorang pria berdiri memuji salah seorang gubernur. Miqdad [ibnul Aswad] lalu menyiramkan pasir ke wajahnya dan berkata,
Kami diperintahkan oleh Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- untuk menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” (HR. Muslim no. 3002)
6.      Manusia tidak boleh memuji manusia atau makhluk lain kerana hanya Allah yang layak menerima pujian.
7.      Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya”
                                          (Bukhari & Muslim: 1720)
8.      Sekiranya manusia faham hadis berikut, semua manusia tidak akan melakukan riak kerana riak amat merugikan serta menjadikan pelakunya syirik!!  Abu Darda’ Ridzwanullah ‘alaihim meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda mafhumnya:
“Menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. Seseorang mungkin melakukan suatu amal (soleh) lalu dicatat sebagai amal soleh yang dibuat secara “sir” (senyap-senyap). Dengan itu pahala ganjarannya dilipat-gandakan sebanyak tujuh puluh kali ganda. Tetapi syaitan tidak membiarkannya. Syaitan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain. Maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal  alaniah (terang-terang). Dengan itu ganjaran pahalanya (sebanyak tujuh puluh kali ganda) dihapuskan. Kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyatakan lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya. Maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut  hal itu dan terus menerus dipuji. (Akibatnya) catatan amalan tersebut sebagai perbuatan amal alaniah dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak. Sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang paling melindungi agamanya. Sesungguhnya riak adalah syirik”
                                            (Hadis riwayat Baihaqi)
9.       Perbuatan yang ikhlas adalah amalan yang diterima Allah iaitu perbuatan yang langsung tidak mencari pujian dari manusia dan semata-mata mencari redha di sisi Allah SWT.
10.  Elakkan perbuatan memuji dan suka di puji.
11.  Orang perempuan ramai yang suka dipuji seolah-olah mereka ingin menjadi seperti Allah SWT.

12.  Riak dikategorikan Islam sebagai SYIRIK kerana manusia ingin memiliki sifat Allah iaitu  Al Mutakabbir. Memang Allah sahaja yang berhak dipuji dan memang Allah SWT suka di puji.

13. Mati syahid berjihad berperang di jalan Islam pun boleh tersasar dari syurga lalu ke neraka akibat riak. Dari Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka. Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al Qur`an. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Kemudian Allah menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca al Qur`an hanyalah karena engkau.’ Allah berkata : ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al Qur`an supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca al Qur`an yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka. Berikutnya (yang diadili) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah bertanya : ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak pernah meninggalkan shadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata karena Engkau.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam perjalanan ke rumah, Ahmad bertaubat dan  bertekad untuk tidak lagi memuji anaknya Wati. Apabila bertemu isteri, beliau terus menasihati isterinya agar jangan lagi memuji anak perempuan kesayangan mereka iaitu Wati. Isterinya menerima nasihat tanpa bantahan.

Sebaik-baik Ahmad dan isteri tidak lagi memuji Wati, satu keajaiban telah berlaku melalui rahmat Allah iaitu telinga Wati tidak lagi mengeluarkan cairan. Telinga Wati telah pulih dengan begitu sahaja. Itulah Allah SWT Tuhan yang berkuasa, mencipta dan mentadbir sekelian alam. Dengan kuasaNya, apabila lubang telinga Wati tidak lagi menerima pujian dari ibu ayahnya, terus sahaja Allah memberikan rahmatNya lalu sembuh. Selama tujuh 7 bulan Ahmad dan isteri menanggung azab melalui penyakit telinga bernanah yang dialami Wati kini menjadi sejarah. Wati sembuh dan ubatnya ialah “jangan lagi memberikan pujian kepadanya”.

Sesungguhnya Allah memang berkuasa, mengambil ubat yang terbaik namun kalau Allah tidak mengizinkan, pastinya penyakit tidak akan sembuh. Diantara mereka yang berurusan mengenai masalah atau penyakit mereka dengan saya, ada yang selesai atau pulih dalam masa yang singkat tetapi ada yang amat sukar untuk keluar dari masalah atau pulih. Ini semua adalah kehendak Allah SWT dan pastinya ada sebabnya Allah menetapkan sedemikian. Itulah sebabnya dalam kebanyakan hal seperti masalah/musibah atau penyakit, saya amat gemar sekali mengingatkan bahawa kembali kepada mencari keredaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya serta menjauhi laranganNya adalah perkara terpenting.

Ada terdapat kes keluarga yang amat bermasalah dari segi kewangan, apabila mereka yang terlibat menyedari kesilapan mereka dan mula kembali kepada Allah, dengan mudah sahaja masalah kewangan yang kronik ini pun selesai dengan izin Allah. Ada yang sudah menghidap kencing manis untuk belasan tahun  dengan mudah dapat pulih dengan izin Allah. Begitulah Allah SWT dengan kekuasaanNya mentadbir manusia dan alam ini.

Bagi kes Wati, apabila telinganya menerima sesuatu yang bukan haknya iaitu pujian dari kedua ibu bapanya, Allah berikan penyakit telinga. Begitulah juga apabila kemaluan yang Allah berikan digunakan di tempat yang diharamkan, janganlah sedih apabila Allah mengurniakan pelbagai penyakit kelamin seperti AIDS, siplis dan gonorea.

Sesungguhnya tentang tajuk artikel kali ini iaitu mengenai ayat kedua surah Al Fatihah, hendaklah kita semua redha dan berikrar sesungguhnya “segala puji hanya untuk Allah” dan bukanlah “segala puji hanya untuk Allah dan anak aku dan isteri aku dan diri aku dan .....”. Kita semua manusia sebagai hamba Allah sesungguhnya tidak layak untuk menerima pujian. Sekiranya seseorang isteri berjaya masak makanan yang cukup enak dimakan oleh ahli keluarga, ianya berlaku bukanlah kerana kehebatan isteri tersebut namun adalah kerana anugerah rahmat dari Allah-lah yang menjadikan masakan tersebut enak dimakan. Hujah ini adalah selari dengan maksud ayat An nisaak 79 “apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

Manusia sebagai hamba Allah diajarkan di dalam Islam sebagai lemah dan digalakkan sekali untuk  berikrar mengesahkan bahawa dirinya adalah lemah melalui kalimah Lahawlawala Quwatailla Billahil Aliyil Azim – “tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah belaka?

Sesungguhnya Emjay adalah tiada daya dan upaya kecuali apa yang dikurniakan daripada Allah.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Sunday, 8 March 2009

Persoalan arak haram dan tapai halal


Pada pukul 9.30 malam 8 Mac 2009 saya telah membuka Tranungkite Online (TKO) dan telah menemui persoalan di dalam forumnya yang bertajuk ada cikgu sains tuh tanya soalan...

kenapa arak diharamkan sedangkan tapai tak haram?.. sedangkan kandungan kedua2nya ada alkohol (?ethanol) yang formula kimianya adalah sama?..kenapa kandungan alkohol dari anggur haram tapi kandungan alkohol dari tapai atau lain2 tak haram sedangkan formula molekulnya sama?....

boleh sapa2 jawab?...

sama2lah kita berkongsi ilmu...

Berikut adalah penjelasan saya berkenaan persoalan yang dikemukakan.

Assalamualaikum wbth


Izinkan saya menegur sdr cingkoi tentang definisi araknya sebagaimana didalam laman TKO tersebut  iaitu:

Arak ialah Alkohol dlm bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia dihasilkan oleh sel2 ragi atau yeast yg bertindak ke atas karbohidrat yang terdpt dlm buah2an atau biji2an.

Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang mengandungi alkohol yang memabukkan dan dikenali juga dengan panggilan minuman keras.

Penjelasan dari sdr cingkoi di atas tidak boleh diterima kerana semua arak memanglah mengandungi alkohol dalam kadar peratus yang berbeza disamping ia juga mengandungi air, glukos, vitamin dan garam mineral. Semua arak mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun nama lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah bukan arak kerana tidak ada pun arak yang terdiri semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yeast , ia juga boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan langsung proses penapaian.

Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:
  1. Bir mengandungi 6% alkohol etanol
  2. Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
  3. Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol

Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:
“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”.

Jumhur ulamak mengelaskan arak sebagai najis. Apabila arak ini dikategorikan sebagai najis, apa yang najis bukanlah etanol sahaja yang terkandung di dalam botol arak tetapi apa yang dihukumkan najis adalah juga keseluruhan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat, mineral, vitamin dan etanol. Air di dalam arak adalah najis dan begitulah juga vitamin yang terkandung di dalam arak. Sekiranya diasingkan air daripada minuman arak yang 100% terdiri hanya air, ia adalah tetap di katakan najis kerana air ini berasal dari najis arak. Sekiranya etanol dari arak ini diasingkan lalu menjadi 100% etanol, ia tetap najis kerana berasal dari najis arak. Namun sebarang etanol yang diperolehi selain daripada arak, ia adalah tidak najis. Kebanyakan alkohol di makmal tidak diperolehi daripada arak.

Nasi yang dimasak pada tengahari atau petang apabila dibiarkan semalaman lalu di makan keesokan harinya, ia sudah mengandungi sedikit alkohol. Alkohol di dalam nasi ini boleh diasingkan melalui proses penyulingan. Persoalannya adakah nasi yang berusia hampir 24 jam ini dihukum sebagai haram kerana mengandungi etanol?? Hukumnya tetap halal dan masih harus dimakan kerana nasi ini tidak memabukkan hatta kalau dimakan sebanyak 3 pinggan.

Tapai pulut dan tapai ubi sangat sedap  sekali. Ia dibuat dengan memasak pulut atau ubi sehingga masak dan setelah masak ia disejukkan pada suhu bilik. Selepas sejuk ia dicampurkan dengan ragi yang sudah ditumbuk halus. Kemudian ia dibungkus atau dibiarkan dalam periuk atau sebarang bekas selama 2 atau 3 hari. Menjadilah makanan ini tapai pulut atau tapai ubi. Amat manis sekali dan sungguh menyegarkan.

Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai hasil sampingan.  Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang terbentuk kepada etanol.

Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi  air, glukos, etanol selain vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir??

Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah halal  kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai dengan kuantiti banyak  pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang sudah berumur hampir 24 jam.

Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti satu gelas besar, insya-Allah muka akan menjadi warna kemerahan dan kepala mula pening dan inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.

Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak memabukkan”. Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh syaitan semoga manusia minum bir.

Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.

Terdapat minuman bir tanpa alkohol dan adakah minuman ini diharuskan?? Dari penjelasan saya di atas telah dinyatakan bahawa minuman arak adalah najis. Najis ini merangkumi segala komponen arak ini termasuk air, glukos, etanol, vitamin dan segala garam galiannya. Sekiranya arak yang terbentuk ini disuling untuk mengeluarkan segala alkohol etanolnya sehingga tidak ada lagi baki etanol dalam arak ini, umat islam tetap tidak boleh minum arak tiada alkohol ini kerana ia adalah tetap dihukumkan sebagai najis.   

Pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada 11-14 April, 1984, Majlis Fatwa telah mcngambil keputusan tentang alkohol iaitu:
1.      Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan Mousy dan Malt Extract adalah haram.

2.      Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3.      Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

4.      Tapai halal dimakan

5.      Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boIeh dimakan.
6.      Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.

Apa yang perlu ditegaskan berhubung keputusan majlis fatwa nombor 4 di atas yang mengatakan bahawa tapai halal dimakan adalah tidak mencukupi atau tidak lengkap. Memanglah tapai yang berusia 2-4 hari adalah halal dimakan dan tidak memabukkan tetapi tapai yang dibiarkan pada suhu bilik melebihi 5 atau 6 hari adalah haram dan memabukkan. Namun tapai yang dibeli dan  disimpan di dalam peti sejuk insya-Allah boleh terus dimakan walaupun berusia  seminggu kerana proses penapaian oleh ragi / yeast adalah teramat perlahan apabila disimpan di dalam peti sejuk kerana suhunya yang rendah.

Apa yang menarik sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam ialah apabila arak ini telah bertukar kepada cuka, ia menjadi halal semula. Bermula sebagai halal iaitu pulut dan ubi serta tapai, kemudian ia bertukar kepada haram apabila menjadi minuman memabukkan namun apabila ia bertukar kepada cuka, ia kembali halal walau pun di dalam cuka ini mengandungi sedikit etanol yang masih belum sempat bertukar.

Karbohidrat kanji (halal) => glukos (halal) => etanol (sedikit halal banyak haram) => cuka (halal)

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

Tuesday, 3 March 2009

Tangkal kain persilatan *** di satu IPTA




Assalamualaikum wbh

Pelatih persilatan ini disuruh baring di atas kain putih ini pada satu malam.

Pada kertas tersebut pula terdapat amalan yang perlu di amalkan oleh setiap pelatih. Macam-macam salam termasuk salam kepada nabi Noh, nabi Ibrahim, Musa, Isa dan ibadallah.

Agaknya siapa yang menyuruh dan mengajarkan amalan seperti ini?? Nabi Muhamad????


Emjay

Tuesday, 24 February 2009

Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi.

Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah memberikan rahmat dan  pertolonganNya di dalam menyempurnakan penulisan ini.

Sebelum kita semua pergi lebih jauh, marilah kita bincangkan perkara asas yang mudah iaitu persoalan mengapa Allah SWT mengharamkan tangkal azimat seperti gambar-gambar di dalam artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html.

Apabila seorang umat Islam bertangkal sebenarnya orang ini masih mempercayai Allah SWT sebagai tuhannya namun pada masa yang sama orang ini berharap / berdoa / memohon kepada selain Allah SWT  iaitu tangkal-tangkal ini atau pun mereka memohon kepada Allah melalui perantaraan tangkal. Inilah yang dinamakan syirik kerana orang ini telah mempersekutukan Allah dengan tangkal-tangkal ini seolah-olah tangkal ini mempunyai kuasa rububiah seperti rububiah Allah.

Orang Hindu yang menyembah berhala mereka juga mempunyai kepercayaan yang sama bahawa tuhan mereka seperti Tuhan Subramaniam adalah berada di atas langit dan berhala patung yang disembah ini sekadar perantaraan atau terus untuk menyampaikan hajat mereka. Orang Islam yang bertangkal juga sekadar menjadikan tangkal sebagai perantaraan atau terus untuk menyampaikan hajat mereka. Perantaraan bermakna orang ini memohon kepada Allah SWT melalui perantaraan tangkal tersebut. Terus pula adalah di mana terdapat orang yang memohon dan berharap hanya kepada tangkal tersebut tanpa memohon dan berharap kepada Allah SWT. Kedua-dua kategori ini tetap sama iaitu telah mensyirikkan Allah.

Mengapa tangkal merosak akidah?
*      Manusia sepatunya berdoa, berharap dan bertawakal hanya kepada Allah
Bertawakal dan berharap kepada tangkal ini atau melalui tangkal ini sebenarnya telah menjadikan tangkal ini sebagai Tuhan baru selain Allah.

Orang Cina menjadikan objek seperti di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/objek-perantaraan-cina-hindu.html  sebagai berhala mereka dan orang Melayu pula menjadikan tangkal sebagai berhala mereka.

Ingatlah bahawa definisi syirik menurut jumhur ulamak ialah “ menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

Menyimpan ikan puyu dengan harapan dapat melindungi rumah dari perbuatan pukau dsbnya adalah juga satu perbuatan syirik. Bergambar bertiga membawa sial juga adalah perbuatan syirik. Menggunakan garam yang ditabur keliling rumah untuk dengan harapan mengelakkan gangguan syaitan juga satu perbuatan syirik. Menggunakan gelang besi kuning seperti gambar di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html juga adalah syirik. Menyimpan kemenyan pemberian bomoh juga adalah syirik. Semua perbuatan ini adalah dikategorikan syirik kerana pelaku telah berharap dan bertawakkal kepadanya serta meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya.  Besi kuning jikalau digunakan untuk mengalirkan elektrik adalah sebahagian bidang kuasanya namun meminta kesihatan dengan memakai besi kuning adalah diluar bidang kuasa besi kuning dan ia adalah syirik. Garam dijadikan Allah banyak sekali khasiatnya seperti digunakan dalam masakan dan ini adalah bidang kuasa garam. Apabila manusia menabur garam sekeliling rumah untuk mengelakkan gangguan syaitan, ini adalah diluar bidang kuasa garam.

Alhamdulillah pada 5 November 2006 saya telah menulis komen berkenaan kayu kokka di http://emjayjb.multiply.com/reviews/item/8 .

Alhamdulillah saya adalah antara orang yang awal memberikan komen pribadi berkenaan kayu kokka namun hanya pada 5 November 2006 saya memberikan komen berkenaan setelah MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) juga sependapat dengan saya.

Bagi pencinta kayu kokka termasuk Darulnukman (http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html ), mereka telah menyamakan taraf kayu kokka bodoh  dengan sifat rububiah Allah SWT dengan berkata bahawa  kayu kokka adalah “penawar, penyembuh dan pelindung”. Sifat penyembuh dan pelindung adalah sifat mutlak bagi Allah namun bagi orang ini, kayu kokka bodoh disamakan tarafnya dengan Allah, nauzubillahiminzalik!.

Penggunaan kayu kokka telah melarikan konsep bertawakal dan berharap kepada Allah kepada bertawakal dan berharap kepada kayu kokka bodoh ini. Inilah yang menyebabkan perbuatan ini di panggil perbuatan syirik.

Kayu kokka sekiranya dijadikan perahu atau tongkat, itu adalah didalam bidang kuasa sunnatrullah kayu ini namun apabila berharap kepada kayu kokka untuk sesuatu rahmat seperti pendinding dsbnya, ini sudah diluar bidang kuasa kayu kokka ini.

Islam tidak mengajarkan ilmu pendinding dan pelindung namun berbagai “Ustaz” dan “pak haji” kini menjadi agen iblis dengan menjual tangkal pendinding seperti di
http://www.yello.com.sg/viewad.php?cat1=mechandise&id=104638 sebagaimana yang saya copy paste berikut:
1.      Urut seluruh badan termasuk muka. 45 minit ($35)
2.      Secara "super" urut seluruh badan termasok 1-1 1/2 jam (lamanya) dan minuman "rahsia cekoh" untok tenaga ($50)
3.      Juga memberi khidmat peribadi seperti "hajat" yang selama ini belum terkabul. Boleh-lah cuba dengan izin Allah.
4.      Minyak pengasih "Buluh Perindu", minyak "Cendrawasih", minyak "Ching-wai" pengasih. ($300-$500)
5.      Azimat2 termasuk pendinding, keselamatan diri dan sekeluarga, pelindungan dari sebarang senjata2 dan sihir2.

Orang Cina yang bukan Islam cukup percaya kepada kepada batu jade hijau yang boleh memberikan berbagai khasiat seperti kekayaan disamping memberikan pelbagai kuasa mistik. (In Chinese culture, objects made of jade were considered emblems of temporal powers and wealth. Bring the mystical power of jade to your wardrobe with this Piggy Jade Pendant with Necklace from China)


           Batu Jade dipercayai mampu memberikan pelbagai rahmat?

Sekiranya seorang Muslim memakai batu jade ini sama ada sebagai rantai seperti di atas atau dijadikan gelang, maka syiriklah ia kerana memohon dan berharap kepada batu yang diluar bidang kuasanya.

  
Round Longevity Jade Pendant with Necklace (China). In Chinese culture, objects made of jade were considered emblems of heavenly power and wealth

Jade (Yu) is priceless, elegant and gracious. While green jade has always been the most popular color, jade comes in a variety of other colors, as well. In China, people believe that wearing jade can bring good luck, safety, wealth, health, longevity and peace of mind.

Selepas syaitan mengajarkan kepercayaan karut pada batu jade hijau seperti di atas, syaitan melakukan evolusi ke atas kepercayaan ini dan mengajarkan pula kepercayaan karut baru melalui penggunaan kristal.

Berikut adalah sedutan dari laman sesat yang mengajarkan ilmu aura chakra reiki dan termasuk kepercayaan karut kepada kristal:

Bagi pengamal yang sudah pernah mempelajari Tenaga Dalam, Prana Shakti, Reiki Pelbagai Tradisi atau Biosinergi, saya cadangkan untuk mempelajari PENGGUNAAN TENAGA KRISTAL pula agar boleh membuktikan kebenaran peringkat energi tersebut DENGAN PASTI boleh membantu untuk PENGUBATAN / RAWATAN, PERLINDUNGAN, KEMEWAHAN dan POWER ( MAGIC / ajaib ), CRYSTAL HEALING dan PADA PEMINAT SUPERNATURAL ATAU PSYCHIC (Kebatinan).
Prof Dr Ibrahim  tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu sesat tenaga kristal ini dengan memasarkan produk sesat iaitu AURA SERI. Berikut adalah copy paste yang saya ambil berkaitan produk ini:  Produk Aura Seri ”Aura Seri ialah adunan minyak aroma pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan Tenaga Alam Semesta, Tenaga Kristal, Tenaga Garam Kristal dan Tenaga Bunga Emas mampu membangkitkan Aura anda dalam tempoh paling singkat dan mudah.
Seterusnya syaitan mengajarkan kepada manusia ini bahawa berbagai kristal dengan warna-warna tertentu dapat memberikan perbagai khasiat seperti:
 (KRISTAL PENYEMBUH?????)Transformational Healer Amulet The Healer Amulet contains Aventurine, Amethyst and Clear Quartz Crystal. Its planetary influence is Neptune and Saturn and relates to the Heart, Third Eye, Crown Chakra. Aventurine brings comfort and soothing energy to help dissolve unhealthy thoughts, feelings and physical problems. Amethyst then teaches the wearer to surrender and let go, bringing balance to the body, mind, and spirit.

(KRISTAL PENDINDING)Transformational Protection Amulet The Protection Amulet contains Amethyst, Black Tourmaline, Black Obsidian and Clear Quartz Crystal. Its planetary influence is Neptune and Pluto and relates to the Root, Third Eye, Crown Chakra. Black Tourmaline deflects negativity instead of absorbing it. Amethyst initiates greater wisdom and also emits strong protective energies. Black Obsidian teaches us to find the light in darkness by releasing anything of lesser vibration.

Ilmu warna dan batu kristal ini diambil dan dipakai dalam rawatan CVT (color vibration theraphy) yang dipelopori oleh Prof NorHisyam. Pelik sungguh manusia, percaya bahawa getaran warna mempunyai kuasa pemulihan. Bacalah artikel saya lebih lanjut berkenaan aura chakra serta kuasa minda di dalam artikel saya bertajuk Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, CVT dsbnya!!!! Di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/08/penjelasan-haram-menggunakan-aura.html

Seterusnya syaitan tanpa mengenal penat dan lelah melakukan terus usahanya untuk menyesatkan manusia dengan melakukan evolusi ke atas perkara ini. Dari batu jade ke kristal dan kini mereka telah memperkenalkan pula bahawa batu gunung berapi pun boleh memberikan kesan yang sama sebagaimana batu jade hijau dan kristal. Lihatlah gambar berikut:

Made from natural minerals in Japan that are fused and structurally bonded together at a molecular
The Benefits of Bio-K Energy Pendant :
Better sleep
Mental focus
Extra energy and strength
Resist stressful influences
Eliminates Jet-Lag
Enhances body performance
Relief from many body aches
Assists mental alertness
Supports the immune system
Balances your body's energy system.
Promotes restful sleep (by protecting against stress build up)
Enhances circulation
Helps to retard the ageing process
Helps to fight cancer cells
Enhances immune and endocrine systems
Has the ability to destroy viruses and bacteria
Enhances cellular nutrition and detoxification

Batu ini boleh memberikan berbagai khasiat???? Ada bukti secara sahih????? Sebenarnya ini semua adalah penipuan oleh syaitan untuk menyesatkan umat manusia semata-mata.

Tidak cukup dengan batu jade, kristal, batu gunung berapi, syaitan menambahkan lagi senjata untuk menyesatkan umat Islam dengan menambahkan lagi ilmu sesat mereka dengan memperkenalkan pula gelang magnet.

 
 
                                    Antara pelbagai variasi gelang magnet 

Berikut adalah penjelasan berkenaan rawatan menggunakan magnet ini:
“Widest range of biological benefits”
In addition to relieving localised pain, there are many further benefits to using magnets which effect your well-being.
Self healing is stimulated by Therapy with Magnets. This helps the body to keep itself in balance in an entirely natural way and help to reduce reliance on drugs and their worrying side effects.
Increased immunity means your body or that or your pet, will be more able to fight off viruses and bacterial infections.  For you, less of those annoying colds and bouts of ‘flu, leaving your more healthy and more time to enjoy life!
As well as increased immunity for your animal, magnets are anti-parasitic. This is a major bonus for the control of fleas and other parasites.
Anti-inflammatory, and detoxifying - “Therapy with Magnets” has been recognised world wide to have these benefits due to the effects on the circulation of blood, lymphatic and nervous systems. This is a major contribution to wellness.
Increased mobility... a recently arrived letter from a customer who had purchased a Pet Pad for her Collie - Moses who suffered spinal problems following a slipped disk injury, said:-
“I would like to mention that his condition has greatly improved since using the MagneCare Pet Pad. He is always lively and more supple on his early morning run after sleeping on the pad overnight. The improvement was noticeable after 3 - 4 days of purchasing the product.”  Sue & Bob,  York.
It works the same way for humans too:-
"Both my wife and I suffered from arthritis in the hip and knee joints, particularly at night in bed.  Now we experience great relief. We really missed (our magnetic overlay pad) when we were away on holiday; return of the arthritic pain.”
“We were glad to get back to our own bed for the relief!" 
(Mattress Overlay & Pillows) Mr. McAllister, East Yorks.
“Help to combat the ‘modern disease’ - stress”
The use of Therapy with Magnets whilst you sleep,  can improve the quality and quantity of sleep and make a major contribution to reducing stress related illnesses. It is not always obvious that the restorative power of sleep plays a major part in our health. Sleep helps to harmonise body and mind and maintain a healthy balance.
The lack of the right amount of good sleep can result in the type of illnesses that are difficult to treat by conventional means such as;
  • Insomnia
  • headaches
  • migraine headaches
  • listlessness
  • tiredness and many, many more.
Therapy with Magnets whilst you sleep can reduce the frustrations of having to live with these problems... dramatically increasing the time felt well and energetic. Sally Morris of Southampton wrote to us:-
"Since using magnetic products, I feel a different woman.  I wake up very fresh in the morning.  My back problem and depression completely gone."  (Mattress Overlay & Pillow)

Adakah kenyataan-kenyatan sebagaimana di atas tentang penggunaan magnet adalah benar dan bukan tipu helah penipuan?? Adakah kenyataan-kenyataan ini disokong dengan bukti saintifik?? Penjelasan tentang pembohongan rawatan menggunakan kaedah magnet ini ada dinyatakan oleh Stephen Barrett, M.D - Magnet Therapy: A Skeptical View di http://www.quackwatch.org/04ConsumerEducation/QA/magnet.html


Artikel berkenaan therapy magnet ini juga boleh dilihat di http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy .


Penipuan berkaitan faedah penggunaan gelang magnet sebenarnya nampak sangat kebodohannya. Bukankah bumi yang kita diami ini setiap saat mengeluarkan kuasa medan magnet yang kuat?? Bahagian manakah di bumi ini yang tidak mendapat kuasa medan magnet ini. Wikipedia menjelaskan bahawa “Planet Bumi adalah dikelilingi dengan medan magnet semulajadi. Medan magnet semulajadi ini turut menyebabkan kompas sentiasa menunjukkan arah utara Bumi. Medan magnet semulajadi ini (turut dipanggil sebagai magnetosfera), menjulang tinggi sehingga ke ruang angkasa akan menangkis ion-ion angin suria daripada menembusi masuk ke ruang angkasa (atmosfera) Bumi. Lapisan ini terletak di antara 3,000 km dan 10,000 km dari permukaan bumi, iaitu di lapisan termosfera dan eksosfera.” Oleh itu mengapa kita perlu membeli gelang magnet lagi sedangkan bumi sudah mengeluarkan medan magnet semula jadi??

Saya dahulu pernah terbeli magnet yang tersangat kuat yang kononnya apabila dipasang disaluran minyak kereta saya, ia dapat mengurangkan penggunaan minya petrol kereta saya. Rupa-rupanya ia adalah satu penipuan dan terbang RM400 untuk 2 unit magnet gila ini. Waktu penjualannya penjual itu berkata jaminan wang dipulangkan sekiranya tidak berkesan namun macam mana nak pulangkan kerana syarikat ini sudah pun lingkup.

Apa yang paling menarik berkenaan gelang magnet ini ialah kenyataan berikut:

Legal regulations

Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, FDA regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.[6]

Selepas ini pastinya syaitan tidak akan berhenti pada penggunaan gelang magnet ini. Mungkin selepas ini mereka akan memperkenalkan gelang yang mengandungi ketulan kemenyan untuk alasan yang sama iaitu kesihatan, kemewahan dan perlindungan. Mungkin selepas ini Pusat Rawatan D**** S***** boleh memperkenalkan gelang tangan yang mengandungi ketulan garam dan lada hitam maklumlah pada pendapat mereka garam dan lada hitam ini boleh memberikan perlindungan dari gangguan tenaga negative dan hantu syaitan.


Janganlah terpedaya dengan membeli pelbagai jenis gelang magnet kerana selain dari menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah, perbuatan ini adalah merosak akidah.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay