Petikan dari Mingguan Malaysia Ahad 8 Julai 2007
Jampi boleh bawa syirik
Oleh Dr. Amran KasiminJAWAPAN: Perkataan jampi dalam bahasa Arab disebut seperti ruqyah (al-Munjid, 1960: 276) bererti perlindungan, iaitu berlindung daripada segala keburukan.
Ia juga dikenali sebagai al-mu’awwizat atau at-ta’awwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan ruqyah lebih terkenal. Menurut Ibn Athir, ruqyah ialah meminta perlindungan menggunakan jampi mantera kerana sakit ataupun demam, gila dan sebagainya.
Dalam hadis, riwayat Abu Daud dalam sunahnya dijelaskan, daripada Auf bin Malik ia berkata, kami pernah menggunakan jampi mantera ketika zaman jahiliah. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini. Baginda menjawab: Perdengarkan kepadaku jampi mantera kamu itu, tidak mengapa selagi ia tidak mengandungi syirik.
Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit, memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.
Seorang sahabat, Jabir memberitahu Rasulullah, bapa saudaranya pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda terus melarang amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir kemudian menemui baginda dan memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah mendengar, baginda menjawab, sekiranya ada di antara orang Islam yang berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian.
Dalam peristiwa ini baginda mula-mula menegah bapa saudara Jabir melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda membenarkannya apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri ataupun harta benda, termasuk perlindungan keluarga kepada makhluk-makhluk halus berkeyakinan bahawa objek di mana ia memohon perlindungan itu mempunyai keupayaan berbuat demikian, padahal hakikatnya hanya Allah yang mempunyai keupayaan. Kerana itu apabila seseorang itu memohon perlindungan kepada makhluk, ini bererti bahawa individu berkenaan menyamakan atau menyekutukan kudrah Allah yang sebenar, dengan keupayaan yang dimiliki oleh makhluk tadi. Penyekutuan atau penyamaan ini dinamakan “syirik”, ism masdar daripada perkataan syarika, yasyraku (al- Munjid, 1960:384).
Begitu juga mereka yang beranggapan makhluk halus yang dipercayai boleh mempengaruhi kehidupan manusia, mendatangkan bencana, menyebabkan kurangnya hasil tangkapan di laut ataupun boleh memberi kebaikan apabila diberi sajian dengan cara membuang ancak, semah atau pemujaan.
Perbuatan seperti ini dinamakan “syirk” dalam bahasa Arab ataupun “syirik” dalam sebutan Melayu. Orang yang berbuat demikian dinamakan “musyrik”, andainya dia lelaki tunggal dan “musyrikin atau “musyrikun” andainya ramai.
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa selain daripada itu (an-Nisa’: 47).
Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis ataupun doa dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam.
Kalimah-kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi mantera ataupun serapah.
Penggunaan ayat-ayat al-Quran seperti dijelaskan, juga kalimah-kalimah yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Islam pada hakikatnya lebih banyak mengelirukan.
Ungkapan seperti ini terdapat dalam jampi, mantera dan serapah yang digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, terutama untuk rawatan dan persembahan teater tradisional.
Penggunaan kalimah-kalimah Allah yang diselit-selitkan dengan nama malaikat, Nabi, kalimah syahadah di samping sebutan nama jin dan syaitan merupakan perbuatan menghina atau mempersenda keagungan Allah yang diistilah sebagai istihza’ malah dalam ungkapan jampi pengasih misalnya, penggunaan kalimah-kalimah tersebut bagi tujuan jahat, menundukkan seseorang supaya jatuh kasih kepadanya menyebabkan mangsa rindu dendam, tertumpu akal fikiran dan ingatannya kepada orang yang memuja.
Walaupun demikian, kerana ungkapan tadi selalunya dituturkan dengan cepat, suara perlahan dan sukar didengar dengan jelas, selain kalimah Bismillah di awal kata, diikuti sebutan salam dan kalimah syahadah di akhir ungkapan, maka ia akan menimbulkan anggapan bahawa apa yang dibaca oleh penutur adalah terdiri daripada ayat-ayat al-Quran.
Di bawah ini diperturunkan satu rangkaian kata jampi pengasih sebagai contoh:
Bismi ‘Llahi ‘r-rahmani r-rahim; bismillah urat daun; bismillah tembakau cina; bismillah asap pucuk; hei jin segala jin; pergi ambil hati (dengan menyebut nama mangsa dan nama ibunya); hantar mari kat aku; kalau tidak aku sumpah engkau; sumpah baginda rasulullah; dengan baginda rasulullah; dengan berkat doa; la ilaha illa ‘llah; muhammad ‘r-rasulullah.
Ungkapan di atas mengandungi Bismillah sepenuhnya sebagai pembuka kata. Selepas menyebut sebanyak tiga kali, jin dipanggil mengambil hati gadis yang dipuja, untuk dihantar kepada penutur atau pemuja. Perbuatan seperti ini, iaitu yang melibatkan jin sama ada disedari penutur atau tidak, termasuk dalam amalan sihir.
Berdasarkan keterangan ini, biarpun dalam ungkapan yang dikenali sebagai jampi, mantera atau serapah itu mengandungi ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis, doa ataupun hanya sebahagian daripadanya, tetapi ia disertakan dengan sebutan nama iblis dan syaitan, disertakan sebutan nama-nama dewa ataupun Tuhan sembahan selain daripada Allah, maka sebutan itu adalah terlarang.
Hal demikian memperlihatkan bahawa sumpah yang dikenakan terhadap jin yang ingkar seolah-olah datang daripada Rasulullah ataupun berlaku hasil keberkatan menyebut nama nabi. Dalam masa yang sama sumpah juga dikenakan dengan menyebut keberkatan doa kalimah La ilaha illa ‘Llah, Muhammada ‘r-rasulullah.
Penutur kata ungkapan kata ini hakikatnya melakukan pemujaan dengan mencampuradukkan kalimah Allah untuk memanggil jin bagi menundukkan mangsa. Kalau enggan, ia akan kena sumpah. Ini memperlihatkan seolah-olah jin itu khadam penutur. Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri atau lain-lainnya boleh menyebabkan pemesongan iktikad seperti yang dijelaskan. Mereka adalah terdiri daripada orang yang sesat seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Hijr: 42.
PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab Luar,
43000 Kajang, Selangor.
assalamualaikum saudara emjay...saya amat tertarik dengan segala artikel yang saudara kupaskan dan alhamdulillah ianya menjadi panduan berguna kepada saya....saudara saya ingin mencadangkan bolehkansaudara menulis artikel tentang penyakit santau yang semakin menjadi-jadi di tempat saya...bolehkan saudara kupaskan bagaimanakah carannya untuk kita sebagai hamba Allah yang daif ini mengelakka daripada terkena penyakit santau manusia yang bertopengkan syaitan ini...Apakah ubatnya dan petua jika kita terkena penyakit ini...saya menjadi buntu setelah kawan serumah saya terkena penyakit ini dan dia pergi menerima rawatan kampung....setelah diteliti dia menceritakan kepada saya bahawa dia pergi berjumpa dengan seorang wanita yang menggunakan orang bunian untuk merawat penyakit ini... saya menjadi keliru dan menasihati beliau bahawa tiada perantaraan antara kita dengan Allah dan risau jika cara yang digunakan itui syirik...dia menyatakan bahawa orang bunian itu yang mengubati dia, wanita tadi bertindak sebagai penterjemah sahaja antara dia dengan orang bunian...setelah menteliti artikel saudara tentang akidah 1 - 6 saya masih buntu juga mencari jawapan kepada pemasalahan ini...kini dia memberitahu pula kepada saya selain daripada dia ada 2 orang lagi rakan serumah termasuk saya yang berkemungkinan terkena penyakit santau ini...berita ini diperolehi daripada bomoh wanita itu semasa dia mendapatkan rawatan selasa lalu...wanita itu memberitahu bahawa semasa dia sedang mandi wap di dalam rumah orang bunian itu datang menjenguk dan memberitahu bahawa ada 2 rakan lain yang terkena penyakit ini....saya menjadi risau dan gusar sekarang ini kerana menurut rakan saya penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut kerana dia makan dalam....saya mintak tolong sangat agar saudara dapat kupaskan isu dan pemasalahan ini agar ianya menjadi panduan berguna kepada saya dan rakan-rakan lain yang melawati laman web ini...apakah cara yang perlu saya lakukan bagi menggubati penyakit santau ini ? jika saya tidak kena apakah amalan yang perlu saya lakukan agar dapat mengelakkan penyakit ini ? Tolonglah saya, saya amat takut jika cara yang saya gunakan nanti bagi mengubati penyakit ini menjuruskan saya syirik kepada Allah SWT...nauzubillah.....Wasallam
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSantau adalah sejenis sihir. Sihir adalah satu kerjasama syaitan dari golongan manusia dengan syaitan dari golongan jin.
Di dalam Al Quran ada satu ayat Allah menjanjikan bahawa syaitan tiada sebarang kekuasaan terhadap orang beriman. Silalah rujuk surah An Nahl: 99 - 100:
99. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang Yang beriman dan Yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
100. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang Yang menjadikan Dia pemimpin mereka, dan orang-orang Yang Dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
Sekian, jangan takut syaitan, jangan takut hantu, jangan takut sihir, TAKUTILAH ALLAH SWT.
Insya-Allah sekiranya sdr perhatikan rakan sdr yang kena santau tu, sebelum ini mungkin dia ada amalkan benda syirik seperti silat, bertangkal dsbnya. Apa yang juga penting di sini ialah takutkan hantu dan sihir juga adalah sesuatu yang mensyirikkan Allah. Menggunakan produk kuasa minda, CVT, aura seri dan yang sewaktu dengannya juga adalah suatu yang mensyirikkan Allah juga termasuk aromaterapi.
Saya nasihatkan sdr supaya bawa bertenang. Syaitan jin ada dimana-mana dalam keadaan mereka nampak kita tetapi kita tidak nampak mereka.
Bila kita jaga hak Allah, insyaAllah Allah akan melindungi kita.
Semoga sdr wanafi sentiasa dibawah perlindungan Allah dan dijauhi sihir dan santau.
Kalau tak suka santau syaitan, pastikan sdr jgn menyantau diri sendiri dengan menghisap rokok.
Sekian wassalam wallahaualam
Emjay
as'kum, saya ingin membuang sendiri azimat yang diberi kepada saya secara percuma oleh seseorang. bagaimana caranya..tanpa perlu mengirimkannya kepada sdr. emjay?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh shashawarda
ReplyDeleteYang saya mampu ajarkan hanyalah untuk membuang air jampi sahaja. Untuk tangkal dan azimat amat tidak sesuai diajarkan kepada orang baru seperti sdr.
Kirimkanlah sahaja kepada saya dengan mendapatkan alamat melalui email saya di kangmasjb@hotmail.com
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Salam untuk semua..saya pohon jasa baik tuan & semua untuk selesaikan masalah saya ini dengan izin Allah. Anak saya berusia 11 bulan, dah 3 hari cerit berit, satu hari hampir 10 kali. Kami dah ke klinik, adalah dia bg ubat air garam dan ubat cerit berit warna putih dan ubat buang angin, namun masih lg tak berkesan? Boleh tak semuanya berkongsi pengalaman dan adakah kaedah untuk mengatasi masalah kami ini. Terima kasih semua.
ReplyDeleteBiasalah bayi dalam usia ini orang tua kata bertukar bulan. Waktu ini memang kena berhentikan langsung minum susu. Berikan sahaja air garam tersebut semoga bendalir tubuhnya tidak kering dan ini adalah penting.
ReplyDeleteSelain itu, berikan juga bayi ini minum air kelapa yang kulitnya berwarna hijau.
Apabila dah tidak ceret beret lagi barulah boleh minum susu semula. Kalau minum susu juga sebelum ceret beret pulih, ini akan menambah ceret beret.
Sekian wassalam wallahaulam
Emjay
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
ReplyDeleteSaya ingin ceritakan serba sedikit tentang peristiwa aneh yang berlaku pada diri saya sejak awal bulan Ogos. Sekembalinya saya daripada menghadiri Kursus anjuran kerajaan yang diadakan di Genting Resort, Genting Highlands. Pada malam tersebut saya terlalu letih dan terus tertidur. Tetapi pada malam berikutnya hinggalah sekarang saya diganggu makhluk halus. Hal ini berlaku pada setiap malam hingga kini. Buat masa ini, saya dah berjumpa dengan 2 orang ustaz dan seorang doktor terapi. Buat masa ini belum ada penyelesaian. Apa yang saya amati daripada pengalaman ngeri saya ialah makhluk itu seakan2 mempunyai rupa seperti kuntilanak/pontianak. Ianya aktif mengganggu saya pada waktu malam dan jika saya berseorangan pada waktu siang. Ia tidak merupa tetapi saya dapat merasai dengan perasaan yang alami pada waktu kehadirannya. Dengan erti kata lain, saya hidup di dalam bayangan makhluk ini. Saya telah menceritakan kisah pengalaman saya kepada kawan2 dan mereka akui pengalaman yang saya lalui itu mengerikan/menakutkan. Jadi, dikesempatan ini, saya amat mengharapkan kawan2 di sini dapat memberikan cadangan dan pertolongan kepada saya bagaimana untuk mengusirnya drpd. mengekori saya. Ini bukan rekaan tetapi ini adalah kebenaran yang telah tersurat pada diri saya.
Ini adalah email saya: dolphine_vet2002@yahoo.com
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKpd sdr johnputra, bertamulah di rumah saya pada hujung minggu. Makan dan tempat tinggal di rumah saya FOC.
Namun sebelumnya sdr turun ke JB, banyakkan solat sunat dan berdoa dimudahkan urusan sdr ke JB. Email saya untuk dapatkan alamat saya.
Jangan tagguh.
Wassalam wallahualam
Emjay
Sahih Bukhari Hadith (Volume 7, Number 635) Narrated Um Salama (May Allah be pleased with her)
ReplyDeleteThe Prophet (prayers and peace be upon him) saw in her house a girl whose face had a black spot. He said. "She is under the effect of an evil eye; so treat her with a Ruqya."
Sahih Bukhari Hadith (Volume 7, Number 637) Narrated Al-Aswad (May Allah be pleased with him)
I asked 'Aisha about treating poisonous stings (a snake-bite or a scorpion sting) with a Ruqya. She said, "The Prophet (prayers and peace be upon him) allowed the treatment of poisonous sting with Ruqya."
Assalamualaikum wbh sdr nash697
ReplyDeleteApa yang sdr copy paste di atas memang betul dan sahih. Saya cuma tak tahu apa soalannya.
Ruqya / rukyah memang dibenarkan di dalam Islam. Namun untuk mengamalkan rukyah ini, sila baca artikel saya terdahulu seperti artikel Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
whabi betul mj ni
ReplyDeleteruqyah itu ibarat shifa',penyembuh...yang digunakan adalah selawat,ayat qur'an dan do'a2 itu penyembuh...kata mengikuti sunnah nabi s.a.w,ikutilah hadis2 yang sedia ada dan jangan melawan hadis2 tersebut...
ReplyDeletemj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh
ReplyDeleteWahai sdr nash697
ReplyDeleteMana boleh ruqyah menjadi penyembuh? Mana boleh selawat, ayat Quran dan doa2 itu menjadi penyembuh. Masa bila pula benda-benda ini mengambil tugas Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mempunyai hak untuk sebagai penyembuh. Rujuklah surah 26 Asy-Syu'araa' ayat [80]: "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
Belajarlah ilmu asas Islam dan ilmu tauhid. Ubat bukan penyembuh. Ubat sekadar usaha yang diperintah nabi dan Allah SWT. Hak menyembuh adalah hak mutlak Allah SWT. Begitu juga Quran dan doa. Mana boleh doa menjadi penyembuh. Doa adalah satu komunikasi dari hamba Allah manusia kepada Allah SWT untuk memohon sesuatu hajat. Bagaimana pula doa menjadi penyembuh??????????
Saya fahamlah bahawa sdr orang tarekat. Memang ramai orang tarekat tidak suka dengan laman Emjay. Kalau sdr nash697 ingin mengajarkan ilmu baru, di sini bukan gelanggangnya.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa ini semua adalah sebagai ikhtiar supaya Allah dapat menyembuhkan seseorang
ReplyDeleteDlm Surat al-Isra' ayat 82,"Dan Allah turunkan Al-Qur'an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman".Saya berkata bahawa Al-Qur'an dapat jadi penyembuh dengan konteks ayat ini tapi bukan untuk mengatakan bahawa Al-Qur'an sebagai penyembuh tetapi sebagai sebuah ikhtiar.Sesungguhnya,Allah adalah Al-Afuw',Yang Maha PenYembuh.
Satu lagi,saya mahu saudara hilangkan tanggapan buruk terhadap Orang yang mengambil Jalan Tariqat.Imam Ahmad r.a,Imam Abu Hanifa r.a,Imam Malik r.a dan Imam Shafi'i r.a,kesemua empat imam ini adalah Para Sufi dan mengikuti jalan Tasawwuf.
Sdr nash697
ReplyDeleteJanganlah sdr membuat fitnah yang berat begini dengan mengatakan : "Imam Ahmad r.a,Imam Abu Hanifa r.a,Imam Malik r.a dan Imam Shafi'i r.a,kesemua empat imam ini adalah Para Sufi dan mengikuti jalan Tasawwuf".
Awak ni nash697, hanya untuk memenangkan pegangan kau, segala tipu daya dan fitnah engkau gunakan.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada nash697
Sekadar nak tanya kepada nash697, engkau dah sampai peringkat nampak berbagai cahaya ketika berzikir ke??? Engkau dah sampai peringkat ada pendamping yang sering berbicara terus dengan engkau ke???
Wallahuaqlam
Emjay
untuk pengetahuan saudara,tasawwuf itu dianggap oleh para anti-tariqat sebagai dapat mendapatkan ilham dan ilmu ghaib tetapi sebaliknya,tasawwuf adalah untuk merendahkan diri dari sifat2 keji...buat ape masuk tariqat begitu kalau nak nampak benda2 ghaib dan sebagainya...kalau gitu lebih baik belajar ilmu hitam...
ReplyDeleteBukankah guru tarekat yang murshid mempunyai pelbagai ilmu ghaib?? Namun di kalangan pengamal tarekat mereka menamakan sebagai karomah. Bagi saya ia adalah memang ilmu ghaib yang sama sebiji dengan ilmu hitam. Perkara ini di akui sendiri oleh pengunjung laman emjay yang berkunjung ke rumah saya baru-baru ini.
ReplyDeleteGuru tarekat kalau tidak ada ilmu ghaib yang kononnya karomah, tidak hebatlah.
Emjay yang tidak ada ilmu ghaib.
Assalmualaikum emjay, sudah lama saya ingin bertanya mengenai jampi serapah dan bomoh. Apa yang saya ingin sampaikan agak panjang tapi saya cuba pendekkan..Begini, saya mempunyai seorang adik perempuan yang bermasalah sikit. Dia tinggal dengan ibu saya, pernah bercerai dan sekarang sudah berkahwin baru (tiada restu juga dr pihak lelaki), setelah lebih kurang 3 tahun++ bercerai. Sebelum tinggal dengan ibu,beliau bersama suami pertamanya tinggal dengan pihak lelaki, di Kelantan, seketika sebelum ke Penang, kerana adik sedang belajar di sana.Suami pertamanya seorg guru. Kehidupannya agak susah kerana perkahwinan pertama di usia muda,di usi 15thn, atas pilihan ibu dan dirinya juga, dan mendapat tentangan drpd keluarga suami. Senang kata tiada restu dr pihak lelaki. Habis belajar, dia pulang ke kg dan tinggal dgn ibu. Kehidupan dgn suami pertama tidak aman, selalu berlaku pergaduhan di hadapan ibu bapa saya. Pergaduhan ini berhenti hanya setelah dia bercerai. Daripada pengamatan saya dia mengalami kemurungan kerana banyak masalah sepanjang perkahwinan dgn suami pertama. Selepas bercerai, beliau mengalami gangguan emosional. Selalu mengurungkan diri,pemarah dan pantang silap cakap, habis dimarahnya org tak tentu pasal. ibu saya risau dgn keadaan ini dan pergi ke bomoh utk mengubatinya. Semuanya tak berjaya, sehinggalah dia berkahwin baru, barulah kurang gangguannya. Tapi yg menjadi masalahnya, perangai adik saya tidak berubah. Kemurungan tu sudah berkurangan cuma yg lain tu masih ada, hinggakan ibu saya selalu diherdiknya. Saya kesiankan ibu dan adik. Pada saya, hati adik saya telah dipegang oleh syaitan manakala ibu terlalu percayakan bomoh. Saya beritau ibu supaya berhenti berjumpa bomoh. Mengikut kata ibu, dia sudah berhenti mahu menolong adik saya kerana adik seperti tidak mau sembuh. Tapi adik saya ada berubat sendiri..saya rasa dgn bomoh jugalah, sbb itu perangainya tidak berubah.
ReplyDeleteTak tahu bagaimana nak menolong ibu & adik saya. Nak ditunjukkan cerita2 pasal bomoh yg ada di sini, abis saya diaruk kedua-duanya.. Buat pengetahuan emjay, saya org Pasir Gudang, JB. Ibu di Pontian. Harap emjay dapat menolong...
Waalaikumussalam leron02.
ReplyDeleteOleh kerana Pasir Gudang tidak jauh dari rumah saya di Taman Perling, jemputlah datang ke rumah. Week day after 9.00 pm dan week end perlu bincang bergantung kelapangan saya. Jemputlah datang ke rumah.
Tentang kisah adek tu, memang begitulah halnya orang yang berurusan dengan bomoh. Makin berurusan makin tenggelam. Bawalah adek dan suami ke rumah saya. Sistem saya tiada bayaran.
Jika nak datang ke rumah, telefon saya. PM saya untuk dapatkan no telefon saya
Emjay
kunjungi http://ruqyah-online.blogspot.com jika ingin tahu lebih banyak mengenai ruqyah syar'iyyah, hakikat ilmu metafisik, hakikat ilmu ghoib dan lain sebagainya
ReplyDeleteRuqyah dengan ayat al-quran tidak dilarang. Yang dilarang adalah mentera yang mengandungi kesyirikan. Jika tiada kesyirikan boleh digunakan. Perhatikan hadis yang anda kemukakan di atas.
ReplyDeletesape cakap xdilarang tu?
ReplyDeletesebarang ayat al-Quran jikalau dibaca BERSEBAB DUNIA, orang yang baca tu SALAH..
sape cakap xdilarang tu?
ReplyDeletesebarang ayat al-Quran jikalau dibaca BERSEBAB DUNIA, orang yang baca tu SALAH..
Habis tur anda tinggal di mana? Tidakkah rasulullah meninggalkan AQ dan hadis untuk dipegang dan diamali oleh umat Islam.Contohnya fadhilat Al-Waqiah supaya tidak papa dalam hidup,ayat seribu dinar untuk rezeki,surah yasin macam2lah(perubatan,hajat),Ayat kursi mengelak gangguan syaitan dan sebagainya. jangan sempitkan pemikiran anda.
ReplyDeleteOrang seperti penentang ini memang suka menentang.
ReplyDeletePenentang menggalakkan pelbagai fadhilat sebagaimana tulisannya di atas. Saya pula menasihati pembaca agar elakkan menggantung ayat kursi untuk mengelak gangguan syaitan, elakkan gantung ayat 1000 dinar untuk murah rezeki.
Memang pendapat saya dan penentang amat bertentangan.
Apa yang suka saya jelaskan adalah orang kafir memang menentang dan semoga penentang tidak menjadi kafir kerana mensyirikkan Allah.
Menurut saya, amalan sebagaimana disarankan penentang iaitu fadhilat Al-Waqiah supaya tidak papa dalam hidup,ayat seribu dinar untuk rezeki,surah yasin macam2lah(perubatan,hajat),Ayat kursi mengelak gangguan syaitan dan sebagainya hanyalah untuk merosakkan akidah umat Islam sahaja.
Emjay
salam ustaz..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan ustaz..mereka semua telah lari dari al-quran dan sunnah..
jadi dengan ini..Saya berharap saya dan ustaz dan sekalian umat bersama membenteras bidaah..
oleh itu ustaz.Kita amalkan segala nabi muhammad saw buat dan jangan buat apa yang rasullulah tak lakukan..\
Bermula hari ini kita mesti naik unta atau kuda...Tidak ada riwayat Rasulluallah naik kereta..
Kita robohkan rumah kayu dan rumah batu yang selama ini kita tinggal..
sedangkan nabi rumahnya pelepah dan pokok tamar..Kita mesti import semua ini dari arab saudi menggunakan unta merentasi jalan sutera dan terus ke tanah melayu..
Jangan tengok tv dan gunakan komputer dan juga internet..
artikel juga ditulis atas kulit kayu..tak perlu ditulis dikomputer..
sebab nabi muhammad saw tak pernah lakukan sekalipun di zaman..
Nabi muhammad saw pun buta huruf dan tak tahu menulis
segala alat komunikasi jangan digunakan..Sedangkan nabi Muhammad saw tak pernah ada hanphone..
Jangan makan nasi minyak atau nasi kerabu..Nabi Muhammad saw sendiri tak pernah menjamah nasi minyak..
Mesti bercakap arab dengan semua orang..Nabi Muhammad saw adalah orang arab..
Saya harap semua orang sedari betapa kita selama ni tak melakukan sunnah nabi..
Mari lah saudaraku Ustaz bersama membenteras bidaah dalam kalangan umat islam..
Semoga allah swt bersama kita ustaz..amin..(yang lain2 tu malas la nk tulis)
Komen seperti ini macam malassss nak menjawab tetapi terpaksa menjawab juga.
ReplyDeletePanjidaritimur ini tidak fahammmmm makna bidah.
Maksud paling umum / ringkas bagi bid'ah ialah sebarang perubahan atau tambahan yang berkaitan agama Islam.
Segala perubahan dan tambahan bagi perkara yang bukan berkaitan agama Islam nabi berkata lebih kurang mafhumnya "kamu lebih mengetahui daripada saya" sebagaimana dalam kes sahabat nabi mengkacokkan bunga pokok kurma.
Kalau zuhur 5 rakaat adalah bidah kerana merubah / menambah hal ehwal agama Islam.
Kalau buat baju dari kapas atau tetoron ini bukan bidah kerana tidak berkait dengan hal ehwal agama. Yang berkait dengan hal ehwal agama adalah sekadar arahan menutup aurat terpulanglah dari benang kapas atau tetoron dsbnya.
Kalau naik unta atau kapal terbang, ia bukan sesuatu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Terpulanglah kepada manusia kerana dalam bab ini mereka lebih mengetahui dari Nabi Muhamad SAW.
Kalau bab meruqyah ini yang sudah jelas terdapat dalam Hadis, ikut sajalah. Kalau bab ini boleh dipinda-pinda, macam mana kalau meruqyah gunakan handphone atau radio atau mp3 player atau meruqyah dari jarak jauh????
Bab berkaitan hal ehwal agama Islam ini kalau dibenarkan ditambah dan dirubah, hampir semua orang ingin merubah / menambah, rosaklah agama Islam.
Wallahuaqlam
Emjay
Dan ini pula adalah reply dari sdr ahmad793734:
ReplyDelete"kalau nak berhujah pun guna la contoh yang cerdik sikit. cuba kaji dulu apa yang dikatakan bid'ah. Pada asasnya, segala urusan dalam perkara keagamaan ialah mengikut Sunnah, atau disebut dengan al-It-tiba. Sementara perkara yang berkaitan dengan dunia berasaskan rekaan al-Ibtida’. Ayat al-Quran al-Maidah:3 menyatakan: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. Sementara hadis Rasulullah s.a.w. pula menyatakan "Anda lebih mengetahui dengan urusan dunia anda”
Berasas kepada mukadimah di atas, ternyata bahwa Islam menyempitkan urusan agama yang khusus iaitu ibadat daripada campurtangan manusia. Mereka sepatutnya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Sementara dalam urusan keduniaan atau muamalat ia terbuka untuk manusia berkreativiti kecuali dalam perkara yang telah ditetapkan seperti haramnya riba, arak dan hukuman-hukuman yang telah ditentukan Allah s.w.t."
Dulu ketika nabi berhijrah ke Madinah kaum ansar telah menyambut dengan selawat badar. Namun yang demikian tidak disuruh oleh nabi Muhammad. Malah tidak pula menjadi amalan nabi,rasul dan para sahabat. Tetapi Rasulullah tidak melarangnya. Kenapa?
ReplyDeleteEngkau ni taksub betul dengan pelbagai selawat yang nabi tidak ajarkan. Sewaktu nabi berhijrah ke madinah, baginda telah disambut dengan pelbagai sambutan dan antaranya adalah syair. Apa yang dinyanyikan oleh orang Anshar ialah syair nyanyian dan bukan selawat. Selawat adalah satu ibadah dan memang kita semua di suruh berselawat. Cara bagaimana untuk berselawat hanya nabi yang mengajarkan dan rujuklah http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131 untuk mengetahui selawat yang diajarkan baginda.
ReplyDeleteEmjay
Jampi boleh bawa syirik adalah kenyataan yang meleset. malaikat Jibril pernah mengajar Rasulullah mengubati penyakit dengan kaedah jampi.
ReplyDeletePendapat yang mengatakan bahawa jampi itu tidak ada dalam syara‘ atau Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menjampi adalah dakwaan yang tidak betul, kerana terdapat hadis-hadis yang merujuk bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah dijampi dan menjampi. Antaranya ialah:
Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: “Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengadu sakit, maka Jibril ‘Alaihissalam akan menjampi Baginda dengan doa. Di antaranya ialah seperti hadis berikut:
Maksudnya: “Daripada Aisyah - isteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau berkata: “Biasanya apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengadu (kesakitan), maka Jibril akan menjampinya dengan ucapan: (Dengan nama Allah, Dia menyelamatkan-mu; dan daripada segala penyakit Dia menyembuhkanmu; begitu juga daripada kejahatan pendengki ketika dia mendengki dan daripada kejahatan setiap yang punya mata).”
(Hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis ini dan juga lain-lain hadis seumpamanya, maka ada ulama yang menamakan satu bab khas dalam kitab mereka dengan nama “Bab Berubat dan Menjampi.”
Jika ia dibolehkan, apakah syarat-syaratnya?
Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi telah membahas persoalan ini ketika memberi ulasan dan tafsiran mengenai ayat-ayat yang terdapat dalam 2 surah Al-Mu‘awwidzatain (surah Al-Falaq dan An-Nâs). Di samping membentangkan hujah golongan yang mengatakan “boleh menggunakan jampi” beliau juga mengemukakan dalil-dalil daripada kumpulan yang berpendapat sebaliknya. Kemudian Ar-Razi menjawab pendapat yang membantah itu.
Inilah pendapat Ar-Razi, katanya: “Bahawa golongan yang mengharuskan jampi itu menggunakan 8 alasan:
1. Berdasarkan apa yang telah diriwayatkan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengadu kesakitan (kepada Jibril). Maka Jibril ‘Alaihissalam pun menjampi Baginda dengan berkata:
Maksudnya: “Dengan nama Allah aku menjampimu daripada segala sesuatu yang menyakitkanmu. Dia (Allah) menyembuhkanmu daripada segala (kejahatan) mata atau hasad dengki,” atau katanya: “Allah menyembuhkan engkau!”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
2. Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada kami bagaimana hendak mengelakkan diri daripada semua jenis sakit dan demam dengan doa ini”:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Mulia, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah yang keluar dari uratnya, dan daripada kejahatan panas api neraka.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
3. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:
“Barangsiapa yang melawat orang sakit, yang menurut pandanganmu bahawa kematian orang itu masih jauh, maka bacalah doa ini sebanyak 7 kali, nescaya dia akan sembuh:
Maksudnya: “Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai Arasy Yang Agung agar Allah menyembuhkan kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i daripada Ibnu Abbas).
4. Dalam sebuah hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan bahawa apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi orang sakit, maka Baginda (menjampi) dengan membaca doa ini:
Maksudnya: “Hilangkanlah segala kesusahan wahai Tuhan yang menjaga manusia. Sembuhkanlah (dia). Engkaulah Penyembuh, tiada penyembuh selain penawarMu. Penawar yang tidak meninggalkan (saki-baki) penyakit.”
(Hadis riwayat Bukhari)
5. Berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu beliau berkata “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu sentiasa memper-lindungkan cucu Baginda, Hasan dan Husain dengan membaca doa ini:
Maksudnya: “Aku berlindung kamu berdua dengan semua kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan tiap-tiap syaitan dan binatang yang melata dan daripada pandangan yang bermaksud jahat (penyakit ‘ain).”
(Hadis riwayat Bukhari)
Doa yang sama juga telah dibacakan oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam untuk melindungi kedua-kedua anak Baginda Nabi Ismail dan Nabi Ishak.
6. Utsman bin Abu Al-
Agaknya sdr penentang ini tidak RETI bahasa. Siapa pula yang melarang menjampi dalam Islam? Saya tidak pernah melarang meruqyah dan saya juga mengamalkan ruqyah??
ReplyDeleteApa yang cuba disampaikan oleh Dr Amran Kasimin seperti di atas tidak difahami oleh sdr penentang.
Itulah lain kali kalau bubuh nama, bubuhlah nama yang baik-baik bukan nama seperti penentang yang memberi maksud dalam bahasa arab sebagai kafir. Gantilah nama dengan nama yang lebih baik.
Emjay
Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Ini dah pusing nampaknya.Mula2 kata jampi itu serupa dengan berzina. Maksudnya haram ler. Lepas tur kata tak boleh guna AQ untuk tujuan dunia berikutan fadhilat ayat. Kemudian mengatakan sesat la.....Mmm....Kenapa? Ini pula kata tak melarang jampi plak.
ReplyDeleteMemang sah sdr penentang tidak reti bahasa. Beliau sudah baca artikel saya bertajuk "Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58. Di dalam artiekel tersebut saya mengajarkan cara bagaimana untuk meruqyah.
ReplyDeletePenentang sudah membaca artikel "Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58 tetapi masih mengatakan saya menentang ruqyah. Inilah bahananya menggunakan nama penentang.
Emjay
Bagai menuang air ke daun keladi. Pusing sana,pusing sini.
ReplyDeleteTulah lain kali jangan guna nickname "penentang" yang membawa maksud dalam bahasa arab "kafir"
ReplyDeleteEMjay
Penentang bagi mereka yang jumud dalam menegak syiar Islam sebenarnya. MJ cepat menuduh orang lain kafir. Nau zubillahi mink zalikh.......Bertaubatlah MJ ooooi!!!
ReplyDeleteBagi sdr, sesiapa yang tidak masuk tarekat adalah tidak betul. Hanya engkau dan tarekat engkau saja yang betul. Nyahlah engkau dari Laman Emjay.
ReplyDeleteLaman Emjay tidak mengalu-alukan sebarang dakwah dan kempen orang tarekat macam sdr penentang.
Emjay
Cepat sungguh saudara mentafsirkan aku adalah orang tareqat. MJ tahu plak aku ini orang tareqat atau tidak yer.... Kalau meleset tafsiran MJ tur macam mana? Mungkin MJ menolak ajaran tasawuf. Walhal nabi sendiri suruh kita menuntut ilmu tauhid,feqh dan tasawuf (3 serangkai). Tasawuf banyak mengajar dan mendidik hati. Kalau tidak mendalam pun setidak-tidaknya kita ambil tahu asas. Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap orang islam bagi yang tidak tahu. Mana yang sudah tahu itu, tambah lagi. Macam itulah lumrah menuntut ilmu bukannya menuduh orang lain sesat,salah dan sebagainya. Bertaubatlah wahai MJ.
ReplyDeleteMengaku atau tidak engkau tu orang tarekat wahai penentang??
ReplyDeleteEmjay
Beeeeerkh! apa la.....ada orang dah jadi tuhan.
ReplyDeletezamzah = maryjane666???
ReplyDeleteEmjay
Sapa maryjane666? Salah orglah. Nak komen sket artikel diatas itu.
ReplyDelete1. Mentera tak boleh guna sebab ada unsur seru dan pemujaan.
2. Tak boleh campur jadi rojak ayat2 al-quran dengan mentera atas tujuan apa pun.
3. Nak berubat,minta tolong dengan memohon doa dengan betul. Bukan seru sana sini.Tok nenek la...bila masa pula jadi tok sayor.
4. Kaedah perubatan Islam tidak salah kalau tanpa perkara syirik. Daun sireh atau batu atau tongkat atau kain atau sebgainya (bukan najis) adalah semata-mata alat untuk tujuan merawat. Bukan iktikad benda-benda tersebut ada kuasa selain Allah s.w.t.
Jampi boleh bawa syirik bila umat Islam mengakui ada yang lain dapat memberi manafaat sama ada dari segi iktikad ataupun perbuatan atau lafaz jelas lagi terang.
ReplyDeletesiapa ckp jampi itu syirik>?siapa yg ckp if jampi mengunakan ayt quran then cmpur dgn bahasa lain syirik?..teranglah ckit knape anda smua ckp bgitu....mstla ada sb kn??
ReplyDeleteKO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........
ReplyDeletealhamdulillah....saya bangga ustaz masih mempertahankan and meneruskan amalan mendidik dan mencurah pengetahuan demi kesinambungan pembelajaran alam dunia mistik....teruskan dari saya ramlijohor
ReplyDeleteX phm la,apa yg korang gdh kn.plik aku.
ReplyDelete