Kreatif, bagaimana mendidik anak ke arahnya?
Berfikir merupakan instrumen paling penting. Dengan berfikir, kita dapat lebih mudah mengatasi berbagai masalah dalam hidup. Berfikir secara kreatif merupakan salah satu cara yang dianjurkan. Dengan cara itu seseorang akan mampu melihat persoalan dari banyak perspektif. seorang pemikir kreatif akan menghasilkan lebih banyak alternatif untuk memecahkan suatu masalah.
Sememangnya menjadi idaman ibu bapa untuk mendapat anak-anak yang kreatif. Adakah sekadar berdoa semata-mata tanpa usaha tertentu yang bersungguh-sungguh dapat menghasilkan anak-anak yang kreatif? Ada orang berkata bahawa anak yang dilahirkan songsang boleh jadi tukang urut, namun sekiranya tidak dilatih, seseorang yang dilahirkan songsang tidak akan menjadi tukang urut. Isteri saya yang dilahirkan songsang tidak pandai pun mengurut kerana tidak dilatih dengan khusus ke arahnya.
Begitulah juga ada orang berkata bahawa seseorang dengan rambut yang berketak lebih kreatif berbanding seseorang yang rambutnya lurus, namun sekiranya tidak dibangunkan dan dilatih sikap kreatif ini di dalam diri seseorang, sifat ini akan terpendam.
Dalam pertemuan kali ini saya akan membincangkan sedikit petua untuk mendidik anak untuk menjadi kreatif. Alhamdulillah ilmu ini diperolehi hasil dari bimbingan arwah guru, pengalaman diri sendiri serta membesarkan 6 orang anak.
Antara petua kaedah didikan untuk menghasilkan anak yang kreatif ialah:
- Latih diri si ibu dan ayah ketika mengandung dengan nilai kreatif termasuk banyak melakukan Problem Based Learning. Latihkan sifat berdikari. Latihkan sifat rajin.
- Latihkan diri ayah dan ibu untuk mengamalkan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Elakkan membawa balik ke rumah rezeki yang tidak halal seperti duit rasuah, duit komisyen, duit dari sumber yang tidak halal dsbnya.
- Bermula pada usia anak 2 tahun dan keatas, latih sifat rajin, mengurus masa, tanggung jawab dengan melatih mereka membasuh pinggan, mengemas cadar, menyapu sampah, membuang sampah serta kerja-kerja rumah lainnya. Jika perlu, belikan kerusi plastik untuk anak berdiri dan mampu membasuh pinggan di sinki.
- Pada usia 2 – 3 tahun, anak perlu sekali dilatih untuk mengikut solat setiap kali ibu bapa solat. Bacakan bacaan solat kuat sedikit agar anak-anak ini mempelajarinya dengan mendengar.
- Pada usia 5 atau 6 tahun, anak kecil ini sepatutnya sudah mampu membasuh pinggan, mengemas bilik, melipat selimut, menyapu sampah, menyidai baju (guna kerusi plastik) melipat baju, membantu ibu memasak di dapur, menguruskan adik, mengemas rumah, membasuh kasut sendiri dan kerja-kerja rumah lainnya.
- Latihkan anak pada usia 3 tahun dengan problem based learning. Sebagai contoh, jikalau memberikan anak gula-gula, jangan buka pembalut gula-gula ini dan biarkan anak ini menyelesaikan dengan cara mereka sendiri asalkan matlamat dicapai.
- Berikan anak-anak tanggung jawab untuk diuruskan seperti anak nombor 1 melakukan tugas ini, anak nombor 2 melakukan tugas itu dan seterusnya. Mencuci kereta mungkin boleh disuruh kepada anak yang lebih besar dengan dibantu anak yang lebih kecil.
- Apabila anak semakin berusia 7 tahun dan ke atas (7 – 10 tahun), berikan tanggung jawab yang lebih mencabar seperti menukar lampu elektrik dan sebagainya. Tugas memasang wayar elektrik ke palam 3 pin mungkin sudah boleh diajarkan kepada anak-anak. Tanggungjawab memasak nasi sudah sewajarnya dilakukan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Anak-anak pada usia ini perlu dikerah sentiasa membantu ibu memasak di dapur mungkin untuk membantu mengacau kuah atau membantu menumis. Apabila anak sudah membantu ibu memasak di dapur, sediakan madu lebah asli sebagai persediaan apabila anak terkena minyak atau kuali panas. Anak lelaki atau perempuan tidak boleh dikecualikan. Membersihkan ikan dan udang perlu dimulakan pada usia ini atau lebih awal lagi.
- Permainan Lego baik juga untuk mengembangkan minda. Namun menghasilkan sesuatu adalah pengalaman yang jauh lebih bermakna dari menyusun Lego. Latihlah mereka membuat satu projek seperti membuat layang-layang sehingga berjaya menerbangkannya. Jangan gagal ditengah jalan. Kegagalan ditengah jalan mendidik satu nilai yang negatif di dalam diri anak-anak ini. Bapa atau ibu perlu bersedia untuk mengatasi dan membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan apabila layang-layang ini gagal berfungsi dengan baik. Jika perlu, bapa perlu belajar terlebih dahulu sebelum memulakan projek ini. Apabila berjaya, mantapkan pengalaman ini dengan menggalakkan mereka membuatnya lagi di masa akan datang.
- Latihkan pertukangan bagi anak lelaki pada usia menjelang 10 tahun. Latihan yang baik ialah membuat pistol mainan dari kayu. Gunakan getah dan kertas sebagai pelurunya. Latih anak untuk membunuh cicak di rumah menggunakan pistol atau senapang buatan sendiri ini. Ayah mungkin perlu menyediakan stok kayu serta alatan pertukangan lain untuk mengembangkan latihan bertukang bagi anak-anak ini. Projek mudah untuk membuat pagar tanaman di laman boleh dijadikan projek awal. Projek membuat basikal roda 4 dengan menggunakan kayu dan roda terbuang mungkin boleh diusahakan.
- Bagi perempuan pada usia yang sama ini, berikan tanggungjawab memasak yang lebih mencabar. Membersihkan ikan, udang, sotong, ayam dan daging sudah sepatutnya dikuasai pada usia ini.
- Dalam setiap proses mendidik ini, apabila perlu menggunakan rotan, gunakanlah dengan baik dan konsisten.
- Menjelang usia sekitar 12 tahun, tugas memasak sudah sepatutnya dikuasai oleh anak-anak. Membuat kuih mudah seperti cekodok pisang sepatutnya juga sudah dikuasai. Ia sepatutnya dikuasai oleh sama ada anak lelaki atau perempuan. Anak-anak perlu digalakkan melakukan sesuatu yang lebih mencabar seperti membuat kuih yang mudah seperti kuih kaswi, kuih lapis, roti dan biskut yang mudah. Membuat setiap projek sehingga berjaya dari A hingga Z adalah satu pengalaman melatih kreativiti serta pengurusan yang sangat baik.
- Projek-projek mengembangkan minda seperti membuat sendiri lampu suluh adalah amat baik sekali. Sekiranya bapa dapat mendidik anak ilmu soldering lagi baik.
- Teruskan didikan begini sehingga usia 15 tahun. Insya Allah selepas usia ini anak ini akan terus mantap dengan didikan yang telah diusahakan.
- Menghabiskan masa yang lama menonton TV tidak mengembangkan jiwa kreatif malahan mengembangkan sifat negatif terutama sekali apabila anak-anak gemar menonton cerita kartun. Bermain komputer game juga tidak banyak membantu mengembangkan sikap kreatif.
- Latih anak menyudahkan setiap perkara yang dilakukan dan bukan dengan memberhentikan ditengah jalan. Kalau pinggan yang perlu dibasuh banyak latih mereka menyudahkan kerja dan bukan menyuruh berhenti ditengah-tengah kerana kasihan.
- Elakkan memanjakan anak
Apa yang cuba diperturunkan dalam mendidik anak sebagaimana dinyatakan di atas ialah dengan melatih mereka menguruskan masa dan mencapai matlamat secara berterusan, inilah sebenarnya latihan yang baik bagi mendidik mereka menjadi kreatif. Mereka akan melakukan sesuatu ubahsuaian dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat dengan kaedah yang terbaik. Inilah ciri seorang yang kreatif.
Bagi sesiapa yang ingin menambah cara didikan untuk menghasilkan anak yang kreatif ini, pandangan sdr sekelian amat dialu-alukan.
Sekian wassalam wallahualam.
Emjay
Assalamualaikum Wr. Wb.
ReplyDeleteAlhamdulillah wassalaatu wassalaamu 'alaa rasuulillah wa 'alaa aalihii wa man waalah.
Ustaz, terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.
Semoga Allah menerima amal ibadah Ustaz, merahmati dan memberkati Ustaz dan seisi keluarga.
Saya mohon doa, semoga Allah SWT memberikan hidayah dan kekuatanNYA kepada kami semoga kami dapat mendidik cahaya mata kami yang baru berumur tiga bulan ini. Mohon didoakan juga semoga puteri kami ini nanti menjadi wanita salihah, selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin yaa Rabb.
Terima kasih, jazaakumullaahu khaiir.
Wassalamualaikum Wr. Wb.
Albangkawy dan seisi keluarga.
Waalaikumussalam wbh albangkawy
ReplyDeleteOrang tua ada berkata "Sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-tinggalkan". Begitulah pandainya orang tua menggunakan perkataan untuk menasihati. Saya apabila dah tua sahaja baru faham maksud yang kedua iaitu sayang isteri tinggal-tinggalkan. Alhamdulillah, di atas bimbingan arwah guru saya di didik melaluinya. Syukur alhamdulillah.
Mudah-mudahan selepas ini saya diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menulis artikel berkaitan "sayang isteri tinggal-tinggalkan"
Kepada albangkawy saya nasihatkan segala pendapatan bulanan janganlah diberitahu kepada isteri. Elakkan isteri mengetahui pendapatan dan hutang piutang. Rumit kalau isteri mengetahui pendapatan kerana tanggung jawab albangkawy bukan sekadar terhadap isteri dan anak-anak tetapi adalah juga terhadap dua orang tua sdr. Berapa diberikan kepada dua orang tua juga elakkan dari diberitahu kepada isteri.
Anak kalau dimanjakan rosak, isteri kalau dimanjakan juga rosak. Isteri kalau diberikan banyak wang dan kemewahan, dia akan menjadi seorang yang kuat meminta. Seorang isteri hanya akan menjadi lembut apabila dididik dengan ilmu agama.
Sekian wassalam wallahualam
Semoga keluarga albangkawy sentiasa diberikan rahmat dari Allah.
Emjay
Insha Allah Ustaz, ana akan cuba terapkan tunjuk ajar dan bimbingan antum.
ReplyDeleteTerima kasih juga atas doa antum, semoga ustaz dan seisi keluargapun demikian juga hendaknya, amin ya Allah ya rabbalalamin.
Terima Kasih Emjay atas tips2 tersebut
ReplyDeleteSalam...isteri kalau nak di ajar tinggal tinggalkan..keluarlah khuruj di jalan Allah,3 hr ke atau 40 hari ke, nanti bila masa kita di jemput untuk meninggalkan dia buat selamanya taklah terasa sangat dia..sunyi org perempuan ni lain.Sunnah nabi ni kalau kita ikut,akan kuat sekali kesannya dalam hidup kita. Contoh kalau rumah tangga di hiasi dengan bacaan al-quran dan taa'lim hadis2 nabi,kita akan terasa tenang,bahagia, yang mana hanya mereka yang taat & patuh pada perintahNya ikut sunnah nabi S.A.W akan merasainya.
ReplyDeleteBetul sekali kata-kata 303099
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi
Emjay
tuan, ada mak ayah yg bila anak dia nk tolong buat keje, dia kata 'x payah tlg! pi baca buku sana!!'. camne tu?? minta pendapat..
ReplyDeletewassalam..
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteSoalannya memang menarik dan kerap berlaku dalam masyarakat kita. Inilah namanya, anak nak jadi rajin di marah, besok anak jadi malas pun bakal kena marah.
Apabila anak kecil menyebuk kononnya nak tolong membantu kerja emaknya, ini memanglah satu peluang yang sepatutnya bukan keluar dari mulut anak tetapi sepatutnya keluar dari mulut si ibu. Inilah masanya mengajarkan anak menjadi kreatif dengan kerja tangan dan bertanggung jawab sehingga akhirnya anak ini membantu mengemaskan selepas kerja ini selesai.
Ramai ibu bapa tidak suka anak kecil mereka membantu kerana sebenarnya dengan "bantuan" anak kecil ini, pekerjaan tersebut sebenarnya menjadi lebih lama untuk diselesaikan bukan lebih cepat kerana lebih banyak masa perlu diperuntukkan untuk mengajar dan menegur anak kecil ini. Selain itu, ibu bapa juga takut anak kecil mereka akan tercedera apabila menggunakan peralatan tertentu seperti pisau. Bab ini takut tetapi membiarkan anak kecil main basikal keliling kampung tidak pula takut sedangkan bahaya naik basikal juga besar!
Adakah dengan banyak menghadap buku (tanpa membuat kerja rumah lain) akan menjadikan seorang pelajar pandai? Dalam pemerhatian saya, seseorang anak kecil yang biasa dilatih dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab akan lebih berjaya berbanding seorang kanak-kanak yang dimanjakan. Pelajar Cina dilatih untuk membuat latihan matematik yang sangat banyak semenjak usia 6 tahun hingga 12 tahun berbanding kanak-kanak Melayu. Ini menjadikan orang Cina ini sangat mahir matematik sampai ke tua.
Kanak-kanak Cina yang dilatih banyak membantu ibubapanya berniaga dikedai sambil menghabiskan homeworknya sambil menjaga adik-adiknya sememangnya menjadi fakta mengapa mereka lebih kreatif anak-anak yang tidak didedahkan dengan pengalaman yang sama.
Saya ada seorang jiran. Anaknya yang sulung (lelaki) hanya dihantar ke sekolah kebangsaan tanpa dihantar ke sekolah agama disebelah petangnya kerana takutkan anak ini penat dan tidak cemerlang akademiknya. Adik-adik yang lain semuanya kena pergi sekolah kebangsaan disebelah pagi dan sekolah agama disebelah petang. Apabila dilihat dari aspek kejayaan UPSR sehingga SPM, anak sulong yang tidak bersekolah agama di waktu petang ini paling teruk akademiknya berbanding adik-adiknya dan akhlak serta agamanya juga buruk. Begitulah kesudahan orang yang dibiasakan dengan piawaian yang rendah semenjak kecik.
Biasakanlah memberikan banyak tugasan dirumah selain menjaga urusan akademik anak. Antara kaedahnya ialah dengan kawal ketat penggunaan TV atau masukkan TV di dalam almari berkunci. Banyak masa anak kecil masa kini kurang membantu ibu bapa, banyak menonton TV, banyak bermain komputer game, belajar sedikit. Akhirnya menjadilah anak ini tidak kreatif, tidak cemerlang akademik, malas, suka berhibur sahaja.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Assalamualaikum semua & Ustaz Emjay.
ReplyDeletePada pandangan saya dlm bab kreatif ni ada 2 kategori - Yg pertama dari anugerah Allah SWT melalui fitrah yg baik yg mana seseorang insan itu mempunyai gen-gen yg baik dan neuron2 yg tak putus walaupun usia dah meningkat dan juga jambatan otak ( sambungan di antara otak kiri & kanan) yg tidak tersumbat.Yg kedua mcm kata peribahasa Inggeris "well oil engine".
Contoh terbaik utk well oil engine ini kita boleh tengok diantara 2 pemain tenis yg terkenal dahulu iaitu John McEnroe & Ivan Lendl.John McEnroe ni seorang pemain tenis yg malas berlatih tetapi beliau menjuarai byk kejohanan Grand Slam termasuklah Kejohanan Wimbledon & Terbuka US kreativiti beliau menyusun strategi.Ivan Lendl pula seorang yg sangat kuat berlatih tetapi cara permainan beliau sama sahaja iaitu baseliner yg mana ada seketika waktu pihak lawan beliau akan dpt meneka cara permainannya,tetapi pencapaian Ivan Lendl ini jauh lebih hebat dari John McEnroe dari segi trophi & jumlah kutipan wang sepanjang penglibatan kedua2 pemain ini dlm dunia tenis.
Jadi kesimpulannya disini ialah jika seseorang itu sgt kreatif tapi malas lambat laun seseorang itu akan hancus juga.Yg mana seseorang yg gigih berusaha secara bijak akan terus mengunguli sesuatu perkara.
Bak kata orang practice makes perfect.
Sekadar pandangan
Wasalam & jumpa lagi.....
Memang betul sekali kata-kata nanotech17 tu, Itulah sebabnya saya katakan dalam artikel di atas: "Begitulah juga ada orang berkata bahawa seseorang dengan rambut yang berketak lebih kreatif berbanding seseorang yang rambutnya lurus, namun sekiranya tidak dibangunkan dan dilatih sikap kreatif ini di dalam diri seseorang, sifat ini akan terpendam."
ReplyDeleteberkenaan tips Ustaz Emjay di no.14 - saya mmg gila torchlight yg mana dulu saya tak tau langsung nak solder komponen kecik2 yg simple tapi Alhamdulillah setelah mengikuti 3 bulan forum torchlight di internet saya dah modify torchlight LED yg terkini utk anak2 saya dan keluarga saya dan Alhamdulillah siap boleh jual lagi ke Canada & US lagi.Dpt la sikit duit poket melalui hobi ni.
ReplyDeleteUtk melihat sedikit gambar2 torchlight saya sila layari http://nanotech18.fotopages.com/?&page=0
maaf Ustaz emjay, sedikit out of topic cuma nak berkongsi :)
Masih lagi dalam topic yang sama. Baguslah, dah berusia pun masih melatih diri untuk kreatif.
ReplyDeleteBaguslah dapat mengambangkan ilmu dan melatih anak-anak ilmu kemahiran yang baik disamping melatih menjadi kreatif. Teruskanlah.