Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Labis. Kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis sehingga tingkatan 3. Alhamdulillah menyambung pendidikan di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur pada 1972.
Di sekolah Alam Shah saya agak aktif dengan pelbagai aktiviti seperti wakil sekolah permainan catur, bola tampar dan bola keranjang. Sewaktu tingkatan 5 saya dilantik menjadi pengawas. Dengan jawatan pengawas di samping menjalankan penyelidikan untuk projek pertandingan sains antara sekolah-sekolah, saya mendapat akses ke makmal dengan mudah.
Di Dalam makmal saya mula berlatih untuk menyediakan bahan bakar untuk projek roket kerana saya juga adalah ahli kelab roket sekolah saya. Selepas dibancuh, dibakar untuk melihat kesannya. Memang seronok melihat campuran bahan kimia ini terbakar dengan rancak sekali. Kelab roket kami berjaya melancarkan beberapa roket ke udara dengan nozle khas ditempah dari Maktab Perguruan Teknik Cheras.
Apabila masuk tingkatan enam rendah, dalam salah satu buku kimia terdapat maklumat secara umum campuran untuk membentuk "gun powder" yang disediakan dengan nisbah tertentu. Dengan sikap ingin mencuba, saya menyediakan gun powder ini di makmal secara bersendirian. Saya meletakkan sedikit gun powder ini ke dalam lesung batu makmal yang dibuat dari tembikar putih (mortar). Untuk membuat fius bagi menyalakan gun powder ini, saya menggunakan gelung dawai tembaga halus yang saya lilit menjadi gelung dengan melilitkan kepada batang pensil yang bulat. Saya uji gelung ini dan mendapati dengan bekalan elektrik 3V gelung ini sudah merah menyala sebagaimana nyalaan filamen dalam mentol 40 watt. Saya letakkan gelung ini bersama gun powder di dalam lesung batu makmal ini. Saya on litar dan sekelip mata terhasil letupan yang kuat di dalam makmal saya. Saya berseorangan ketika itu. Alhamdulillah tiada kecederaan pada saya tetapi lesung batu tembikar putih tersebut pecah. Begitulah kuatnya letupan dari gun powder tersebut yang walau pun tidak bertutup namun mampu memecahkan mortar tersebut.
Saya sungguh ketakutan kerana walaupun bunyi tidak begitu kuat namun nyalaan dari gun powder tersebut adalah tersangat marak dan ianya berlaku dalam masa yang amat singkat. Ia begitu kuat kuasa pembakarannya walaupun saya hanya menggunakan sedikit sahaja gun powder. Begitulah kisah seorang budak lelaki yang memandai-mandai berseorangan di dalam makmal tanpa diketahui oleh sesiapa. Memanglah gun powder ini tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menghasilkan letupan yang kuat. Saya pada waktu itu juga merupakan kadet askar dan biasalah menembak dengan senapang SLR atau M16 di lapang sasar tentera di Sungai Besi. Dengan sedikit sahaja gun powder yang terdapat di dalam peluru, ia sudah mampu memuntahkan peluru sebenar dengan begitu laju untuk menembusi apa sahaja.
Bermula dari ketakutan dengan letupan dari gun powder di dalam makmal, kedegilan saya tidak berhenti di situ. Saya mula merancang untuk menghasilkan bom tangan mudah pula. Untuk menghasilkan bekas logam yang kuat untuk diisi gun powder ini, saya tidak ada kemudahan untuk menghasilkannya. Jadi saya ingin mencuba terlebih dahulu menghasilkan bom tangan ini dengan menggunakan bekas kaca dakwat basah pen parker. Saya membersihkan bekas kaca dakwat pen parker ini dan mengeringkannya. Setelah kering saya isikan separuh penuh botol kaca ini dengan gun powder. Saya masukkan fius yang saya buat dari gelung dawai tembaga halus yang saya sambungkan kepada dawai pengalir kembar yang panjang. Seterusnya saya penuhkan botol kaca ini dengan gun powder lalu saya tutup.
Setelah siap bom tangan ujian ini, saya menghadapi masalah bagaimana untuk meletupkannya dan di mana tempat yang paling sesuai. Akhirnya saya dapat tempat yang sesuai berhampiran bilik kelab elektronik berhadapan dengan kelas pelajar. Pada suatu malam saya mengajak beberapa pelajar yang rapat dengan saya untuk menguji bom ini. Mereka bersetuju dan membantu saya untuk menutup semua tingkap yang berhadapan dengan tempat ujian bom ini. Bom ini saya letakkan di tepi tembok batu membelakangi saya dan berhadapan kelas pelajar.
Saya hubungkan dawai pengalir dengan bekalan tiga bateri bersaiz besar 1.5V. Saya merasa ketakutan juga untuk menguji bom ini. Dengan galakan rakan setia saya beranikan juga lalu saya sambungkan fius tersebut dengan on litar. Tidak lama kemudian letupan kuat berlaku dengan nyalaan api yang cukup kuat. Alhamdulillah tidak ada sebarang kemalangan. Kes ini tidak diketahui pun oleh sebarang guru dan warden. Kalaulah diketahui oleh mereka, entah apa yang akan berlaku kepada saya tambahan pula saya adalah pengawas. Pelajar di dalam kelas persediaan malam cukup seronok melihat letupan dan nyalaan api yang kuat.
Begitulah kisah saya sewaktu di sekolah dengan kedegilan dan sifat ingin tahu menghasilkan sendiri sesuatu yang cukup berbahaya iaitu bom tanpa pengawasan dari mana-mana guru atau orang dewasa. Pada usia tua seperti sekarang ini barulah saya sedar rupanya beginilah sikap ingin tahu seorang budak lelaki iaitu diri saya.
Semenjak kecil juga saya telah dilatih untuk menghasilkan sendiri bom tetapi sekadar meriam tanah. Saya gali tanah depan rumah, tutup dengan papan dan selepas itu saya kambus dengan tanah setinggi busut. Saluran udara untuk membakar bahan api saya gunakan tangkai betik sewaktu mengambus tanah di atas meriam tersebut. Saya gunakan karbaid sebagai bahan api dan saya nyalakan dengan nyalaan api menggunakan galah kayu yang panjang. Memang seronok mendengarkan bunyi meriam ini. Aktiviti ini saya lakukan menjelang setiap hari raya. Ada rakan sekampung yang menggunakan buluh tetapi saya tetap dengan meriam tanah kerana ia lebih selamat dan kurang membahayakan. Bersahut-sahutlah bunyi meriam menjelang aidilfitri. Kalau tidak kerana pengharaman kerajaan ke atas meriam karbaid ini, rasanya nak juga mengajarkan anak lelaki saya untuk membuat meriam tanah ini menjelang aidilfitri.
Setelah mendapat ijazah sarjana muda sains dengan pendidikan, saya dihantar posting ke Cameron Highland. Seronok berada di tempat yang begitu sejuk. Saya sempat mengajar genap setahun di sekolah ini dan dipindahkan ke Raub Pahang pada 1 Mei 1981 kerana mengikut isteri yang baru dikahwini. Waktu ini daerah pendalaman Raub masih lagi kawasan curfew kerana aktiviti komunis masih aktif. Kawasan sekitar Cheroh memang popular dengan pergerakan komunis.
Kawasan Raub dikelilingi dengan banyak sungai dan air sungai ini begitu bersih. Ikan sungai pun masih mudah diperolehi. Saya mula berjinak dengan aktiviti memancing dan menjala. Di antara Raub dengan Cheruh ada sebatang sungai yang begitu jernih airnya dan airnya tidak dalam. Waktu siang memang tidak boleh menjala kerana airnya terlalu jernih dan segala pergerakan dalam sungai mudah dikesan oleh ikan. Cara untuk menjala di sungai ini ialah menjala waktu malam. Inilah pengalaman yang tidak pernah saya lakukan di Johor iaitu menjala waktu malam. Lampu suluh tidak boleh dinyalakan secara kerap kerana ia akan memanggil ular sungai yang berbisa. Alhamdulillah aktiviti menjala waktu malam ini berbaloi kerana dapat juga lauk ikan sungai yang sangat saya gemari.
Beberapa kali saya mengikut rakan memancing dan menjala di hutan Cheroh kawasan curfew iaitu satu kawasan yang mencabar tetapi menarik. Memang kawasan hutan dara dan kawasan komunis tetapi saja beranikan diri untuk mencari ikan dan alhamdulillah dapat juga ikan berguni. Setelah dibahagikan 5 orang, masih berkilo setiap seorang mendapat bahagiannya.
Kemuncak aktiviti mencari ikan di Raub ini ialah setelah saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Raub pada 1 Mei 1983 untuk menjawat guru kanan sains dan matematik. Di sini saya mempunyai group mencari ikan yang macam satu kumpulan profesional. Disamping menggunakan jala dan pancing di kawasan hutan Raub, kami menggunakan kaedah yang lebih canggih iaitu menggunakan bom ikan.
Bom ikan memang sangat canggih kerana dapat mengutip ikan yang hebat iaitu ikan KELAH. Inilah pertama kali saya mengenali ikan kelah di mana sisiknya boleh dimakan. Namun menggunakan bom ikan terutama sekali di kawasan hutan curfew boleh mengundang masalah yang besar sekiranya tertangkap apatah lagi kalau tertangkap bersama bom ikan. Jadi saya memerlukan network yang mantap untuk menyelamatkan diri kami semua. Dalam pasukan kami seramai 5 orang, salah seorang adalah anggota polis hutan. Dialah yang mengajarkan aspek keselamatan agar kami tidak kena tangkap.
Bahan mentah untuk membuat bom ikan mudah diperolehi di Raub iaitu belerang, klorat dan arang kayu. Arang kayu ditumbuk halus dan semua bahan mentah ini tidak boleh dicampurkan kerana kalau ditangkap dengan campuran gun powder ini, hukumannya berat. Batang paip berdiameter kira-kira 2 inci kami gunakan sebagai bekas bom. Tar hitam kami ambil dari JKR untuk menutup bom ikan kami menjadi waterproof. Semua bahan-bahan ini di sorokkan dalam tempat berasingan di dalam kereta saya. Kami pergi seramai 5 orang. Fius yang kami gunakan adalah dari mentol lampu suluh yang telah dilubangkan dengan mengasah pada batu asah. Mentol ini kami solder kepada dawai penghubung. Bateri besar 3 biji kami gunakan untuk menyalakan fius mentol lampu suluh ini.
Tiba satu hujung minggu yang sesuai pasukan kami yang terdiri dari 5 orang menaiki kereta saya masuk ke hutan Cheroh kawasan curfew termasuk seorang anggota polis hutan. Kami menggunakan laluan lori balak. Alhamdulillah setelah sekian lama memandu perlahan, kami sampai ke kawasan yang dituju. Kami mengeluarkan semua bahan mentah bom ikan dan bekas ikan dan berjalan menuju ke lokasi pertama. Lokasi ini cukup menarik iaitu satu lubuk ikan dengan satu batang balak tumbang merentang sungai. Di sinilah kami membancuh gun powder kami dan menyempurnakan bom ikan dari paip besi. Setelah semuanya disempurnakan, segala lubang pada paip besi ini kami tutup dengan tar hitam agar bom ini waterproof.
Seorang dari kami bersedia memegang bom ini berjalan ke atas lubuk ikan dan seorang lagi memegang dawai penghubung untuk disambung ke bateri 3 biji yang sudah diikat kemas. Apabila segalanya telah sedia, bom dijatuhkan ke dalam lubuk lalu orang yang memegang bateri dan dawai penghubung melengkapkan litar dan sebentar kemudian air dari dalam sungai menyembur ke atas dan diikuti dengan bunyi letupan.
Kami kemudian berkejaran menghilir sungai dari arah lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang hanyut. Alhamdulillah satu demi satu ikan kelah sepanjang 2 kaki kami pungut dan masukkan ke dalam bekas ikan. Setelah tidak ada lagi ikan yang hanyut, kami bergerak menuju lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang tenggelam ke dasar lubuk. Satu demi satu ikan kami naikkan. Alhamdulillah lumayan hasil pekerjaan kami. Ikan kecil tidak mati dan hanya ikan besar sahaja yang akan mati kesan dari bom ikan ini.
Setelah selesai memungut hasil di lubuk pertama, kami ulangi lagi proses yang sama dengan lubuk kedua dan ketiga. Alhamdulillah 3 lubuk sudah memadai. Selesai mengumpul ikan, kami semua bersama menyiang ikan di dalam hutan ini. Ikan kena bom tidak boleh dibiarkan lama kelak dagingnya pahit kerana hempedu ikan yang pecah akan meresap ke dalam daging ikan. Salur darah dalam perut ikan ini juga pecah. Semuanya akibat tekanan tinggi di dalam air yang menyebabkan segala saluran darah dan buli hempedu ikan pecah.

Setelah segala urusan selesai, kami balik ke Raub dengan hasil tangkapan. Ikan paling banyak kami tangkap ialah ikan kelah disamping beberapa jenis ikan lain seperti ikan daun dsbnya. Ikan-ikan ini semua asing bagi saya kerana di sungai Johor memang tidak ada ikan-ikan ini.
Setelah tiba di Raub, kami membahagikan sama rata ikan tangkapan kami, alhamdulillah memang lumayan. Sebahagian besar ikan saya simpan di dalam peti sejuk kerana terlalu banyak. Sebahagiannya saya bungkus dengan plastik dengan kemas untuk saya berikan kepada mertua saya di Kajang. Nak diberikan kepada ibu bapa terlalu jauh. Arwah mertua saya sangat gembira dibawakan ikan kelah segar dari Pahang. Tak habis-habis bercerita tentang kesedapan memakan ikan kelah ini.
Setelah bertukar tempat kerja ke UTM Jalan Semarak pada 1985, saya tidak dapat lagi makan ikan kegemaran saya iaitu ikan kelah. Apabila terkenang pengalaman waktu dahulu memancing, menjala, menuba dan mengebom ikan, ia membawa satu memori yang sungguh indah. Kini nak mencari sungai yang bersih airnya dan ada ikan untuk dipancing pun sudah payah di Johor ini. Banyak sungai telah tercemar akibat pembukaan perbagai kilang termasuk kilang kelapa sawit.
Begitulah pengalaman saya semenjak kecil bermain meriam karbaid, bom tangan dengan gun powder dan bom ikan. Semua perbuatan ini adalah merbahaya tetapi pengalaman yang saya kutip adalah sebenarnya amat mahal. Kini tiada peluang lagi untuk kita bermain meriam karbaid kerana telah diharamkan kerajaan.
Sekian wassalam wallahu'alam
Emjay
salam. wah hebat juga pak emjay semasa kecil. jangan dibuat lagi kini, nanti kena ISA. sukri PG.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh sukri wmswo.
ReplyDeleteKalau mengikut sunnah kita perlu melatih diri dengan ilmu persenjataan tetapi jangan lakukannya kerana bercanggah dengan hukum kerajaan
Emjay
assalamualaikum?
ReplyDeleteseronok membaca pengalaman Mj. kerana itulah pengalaman tidak boleh ditukar ganti dengan sebarang nilai...terlalu mahal harganya! pengalaman adalah guru yang mampu dijadikan panduan untuk masa akan datang....bila sebut tentang kabait dan meriam tanah..teringat pula kisah ketika saya budak-budak dahulu...itulah memori yang tinggal untuk kita yang sudah dewasa ini....SubhanAllah..
Alhamdulillah.... :))
ReplyDelete"Begitulah pengalaman saya semenjak kecil bermain meriam karbaid, bom tangan dengan gun powder dan bom ikan. Semua perbuatan ini adalah merbahaya tetapi pengalaman yang saya kutip adalah sebenarnya amat mahal. Kini tiada peluang lagi untuk kita bermain meriam karbaid kerana telah diharamkan kerajaan."
ReplyDeleteSesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
Ada orang yang sedang kangen sama memorinya di usia muda... mau kembali ga bisa lantas diceritain sama orang lain. Usia udah di akhir senja, emosi semakin ga "balance". Kubur bilang mari, rumah bilang pergi... bagus sekali kalau tambah aja ibadahnya... memori itu juga dipikirinnya bisa kasi kaget sama orang lain... "Waduh.. sungguh hebat pak ustaz..." apa itu yang dia mau???
ReplyDeletePak mj... saya ada satu tawaran amat bagus teruntuk pak mj... Apa semua barangan bertuah yang pak mj kumpul masih dalam simpanan?? Kalau bisa saya mau beli kesemuanya sama pak mj..... Saya bisa bagi ongkos yang besar.... kalau dalam wang malaysia RM500,000 mau gak?? Kalau pak mj gak bisa bilang di thread ini...kalau-kalau malu... bisa aja email saya atau hantar saja mesej ke laman multiply saya.
ReplyDeleteTawaran US100 juta pun saya tidak akan jual. Barangan tersebut pun alhamdulillah saya sudah lupuskan.
ReplyDeleteKalau saya menjual barangan ini bermakna saya menjual akhirat untuk kesenangan dunia yang sedikit.
Wallahuaqlam
Emjay
Assalamualaikum?
ReplyDeleteSaya fikir tiada masalahnya untuk kita mengingati kisah lama lebih-lebih lagi untuk dijadikan panduan dan sejarah. Jika semuanya dibuang dan ditinggalkan di belakang, apa lagi yang ada untuk kita? Memang kita disaran untuk memandang jauh ke hadapan namun perkara-perkara yang lepas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejarah mengajar kita untuk menghadapi masa depan. Jika perkara begini dibiarkan tanpa dapat dirujuk, kemungkinan apa yang bakal kita lalui kelak pasti pincang. Namun ketentuan itu di tangan Tuhan.(jangan salah maksud dengan hal tangan tadi...ianya sebenarnya merujuk kepada kekuasaan Allah! Manusia tidada upaya untuk membayangkan fizikal atau sebagainya berkaitan dengan Allah...Cuma wajib memikirkan kekuasaanNYA dan kebesaranNYa tanpa memikirkan bagaimana kejadian Allah sendiri!!!!!!)
Jangan cetekkan fikiran untuk mengenepikan hak orang lain. Semua orang berhak malah masing-masing diberi pilihan untuk menjadi siapa,apa dan bagaimana...Jika yang baik, ambillah jadikan azimat penguat semangat untuk kita terus menghadapi hari mendatang...Jika buruk dan tidak elok, kita jadikan pula panduan agar perkara yang sama tidak berulang lagi..
Maaf kerana saya kurang senang dengan gelaran ustazfirmanlangit dan kenyataan di atas. Tiada salahnya bagi saya..(kalau tidak setuju, katakan sahaja namun hujahnya biar bernas dan cerdik!)-sesungguhnya kita ini dikurniakan akal fikiran untuk kita menilai dan menjadi insan yang lebih baik...(kerana itulah manusia ini dijafdikan kalifah di muka bumi) untuk kita menulis kisah lama dan baru...seperti buku-buku juga...yang mempunyai pelbagai cerita dan ilmu...mahu yang baik ada..malah yang buruk juga ada!
Buku sejarah juga menceritakan kisah lama. Mengapa tidak dibolehkan untuk bercerita pula? Salahkah untuk berkongsi pengalaman? Jangan terlalu mengikut emosi...(kita tidak boleh memuaskan hati semua orang sedangkan hati kita juga tiada sesiapa yang cuba untuk memuaskannya? Jadi bukankah kudrat manusia itu terbatas...Maaf kalau tersinggung...
Ada yang boleh kita sokong dan ada juga yang boleh kita bantah. Sebagai manusia, jangan hanya pandai mengekang tetapi tidak tahu pula bagaimana hendak membetulkan semula perkara itu..Ketika belajar dahulu atau ketika mesyuarat dan perbincangan, kita boleh membantah tetapi biar dengan alasan dan kecerdikkan! Bukan hanya bantah ibarat membaling batu kemudian menyembunyikan tangan. Sebab itulah Allah kurniakan akal untuk kita sama-sama ingat dan mengingati....Wallahualam.
Assalamualaikum?
ReplyDeleteManusia fikir wang boleh beli segalanya? malah tawaran yang berbaur dan berniat memalukan juga digunakan dengan alasan Wang? mampukah wang itu membeli kesenangan hidup diakhirat kelak? jika boleh, sila beritahu saya bagaimana!
Jangan biarkan gelaran yang mulia itu dijatuhkan dengan pemikiran yang cetek dan hasrat dengki!...saya sering kali dipermainkan dan dipandang remeh oleh golongan yang bersongkok haji(kebiasaanya berkopiah dan pengamal perubatan ilmu batin!) dan gelaran ustaz seperti saudara firman langit ini. Bagi mereka, ilmu dan taqwa mereka ini lebih bagus dan baik daripada orang lain sehingga orang lain tidak sebagus mereka!
Allah tidak memandang gelaran, pangkat, sembayang yang dituntut disebabkan taat tetapi solat itu tidak mampu membentuk hati dan amalan untuk jadi lebih baik, malah songkok atau kopiah di kepala! Allah Maha tahu apa niat kita!
Saya bukan menyokong sesiapa tetapi wajarkah apa yang saudara ustazfirmanlangit ini lakukan! jika wajar, hujahkan dengan akal dan kecerdikan yang sesuai dengan gelaran yang saudara pakai....Wallahualam.
Ada lagikah barangan bertuah??...nampaknya ustazfirmanlangit mempercayai tuah dan pastinya dia juga mempercayai sial sesuatu barangan...bukankah semua itu qada dan qadar?? Allah yang menentukan semuanya malah Allah juga yang memberi kelebihan pada apa yang dikehendaki.....saya selalu menemui pelbagal barangan pelik (tentu ianya dipanggil 'bertuah' oleh ustazfirmanlangit) seperti besi kuning, Batu delima merah, buluh tumpat, rotan songsang, keris picit, keris naga/berdiri/ malah pelbagai sejata yang kononnya bertuah(pada pangillan ustazfirmanlangit) batu-batuan dan barangan bertuah(panggilan ustazfirmanlangit) malah sebahagiannya saya simpan menjadi besi buruk di dalam almari! sengaja saya simpan untuk mencari siapakah yang benar-benar boleh menunjukkan/ membangunkan benda-benda ini menjadi bertuah (seperti yang dikatakan oleh ustazfirmanlangit) untuk digunapakai. (peralatan yang saya kumpul boleh dijadikan koleksi yang sama banyakkannya seperti mezium!)
ReplyDeletesudah tiga ratus lapan puluh satu orang (sudah saya catitkan di dalan buku!)yang mengaku bomoh dan ustaz dan sebagainya baik daripada Malaya mahupun nusantara tidak berjaya menunjukkan 'bertuahnya' benda-benda itu selain daripada menjadi koleksi yang menyemakkan di dalam almari!
bila mereka menguji pada diri sendiri, memang menjadi namun apabila saya bertawakal dan menyerahkan segalanya pada Allah, barangan yang dijampi dan dimenterai itu hilang keupayaannya bila tiba di tangan saya! malah bomoh dan ustaz yang mengaku mampu mengunapakai peralatan itu hanya terdiam dan menyerah kalah! .....apa semua ini???? sihir atau yang benar-benar dari Allah????
semenjak daripada itu, saya tahu bahawa semuanya hanya silap mata dan tidak 'bertuah' malah hanya dijadikan koleksi di almari buruk dirumah arwah bapa saya di kampung!
bila hujan ribut melanda suatu ketika dahulu, rumah peninggalan arwah bapa saya (yang sememangnya sudah usang) musnah teruk tanpa dapat dibantu oleh benda-benda yang dipanggil bertuah oleh ustazfirmanlangit ini!!!.....pernah dengan kisah orang berjalan di atas air dengan hanya kalimah BismiLLAH?
saya fikir itu lebih bertuah....Wallahualam..
Saya tidak juga menyokong mana2 pihak... tetapi kita semua kena ingat semuanya dengan kuasa Allah..... bukan berjalan atas air kerana Bismillah tapi kerana kuasa Allah... kadang2 syaitan dan jin permainkan kita membantu supaya boleh berjalan atas air supaya merasa diri orang yang hampir dengan Allah.... itukan sudah ujub....
ReplyDeleteMemang patut juga rumah arwah ayah pena tumpul kena landa ribut... kerana menyimpan barang2 khurafat ini. Itulah bala bagi orang yang bersekongkol dengan barang2 khurafat walaupun sekadar berniat menyimpan sebagai koleksi sahaja.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh penatumpul yang tajam penulisannya dan sdr ku anakkerak yang dihormati.
ReplyDeleteBanyak sekali tulisan penatumpul hari ini dan saya sekadar mengucap syukur alhamdulillah dan terima kasih. Penatumpul memang banyak pengalaman berharga yang alhamdulillah telah mendidik dirinya.
Kedua-dua tulisan anakkerak pada pukul 2.25 dan 2.26 memang tidak boleh disangkal sama sekali kebenarannya.
Izinkan saya untuk mengongsikan sedikit ilmu yang diberikan Allah SWT melalui arwah guru saya. Setiap kali saya mengutip tangkal dan azimat, saya akan bungkus dalam plastik dan saya tidak boleh membawa masuk barangan ini ke dalam rumah kerana ini adalah ajaran dari arwah guru saya. Selalunya saya letak bawah pokok di luar rumah saya, letak dibucu rumah dn kadang kala saya gantungkan di atas pokok.
Satu ketika dahulu saya gantungkan terlalu banyak tangkal azimat dsbnya pada pokok rambutan depan rumah saya. Kesemuanya saya kumpulkan sehingga saya serahkan kepada arwah guru saya untuk dilupuskan apabila arwah guru turun ke JB. Rupanya pokok pun merana apabila diletakkan / digantungkan pelbagai tangkal azimat. Alhamdulillah inilah pengajaran berharga buat diri saya. Segala makhluk termasuk pokok sentiasa bertasbih kepada Allah sedangkan objek-objek ini didampingi syaitan yang ingkar kepada Allah. Pokok rambutan ini mengalami kesan yang amat ketara dengan daunnya banyak gugur dan menjadi tidak sihat dengan warna daun yang kekuningan. Begitulah pokok rambutan pun tidak redha dengan objek tangkal, azimat dsbnya.
Sewaktu kali pertama saya diarahkan oleh arwah guru untuk pergi ke rumah seorang hamba Allah berpangkat besar, saya melakukannya dengan perasaan cukup senang hati kerana ajaran sebagaimana dalam hadis ganjaran bagi mereka yang mengambil tangkal dan azimat adalah seumpama memerdekakan hamba abdi. Saya mengambil begitu banyak tangkal azimat termasuk sebuah kendi yang ditulis perkataan hindu di bahagian dalamnya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan takut sewaktu mengambilnya dan saya terus membungkus dan meletakkan di luar rumah saya. Saya melakukan semua perkara ini selepas isyak kira-kira pukul 9.30 malam. Sekembalinya saya dari mengutip tangkal tersebut terutama sekali menjelang waktu saya hendak tidur, kepala saya cukup sakit berdenyut-denyut. Saya cuba bawa tidur tetapi sakit kepala ini cukup menyakitkan.
Keesokan harinya saya bertemu arwah guru dan menceritakan pengalaman mengambil tangkal kali pertama dan sakit kepala berdenyut-denyut selepasnya dan sehingga masuk tidur. Arwah guru saya ketawa selamba mendengar cerita saya. Rupanya arwah guru memang gembira dengan pengalaman saya terutama sakit di kepala. Dalam nada ketawa arwah guru berpesan "lain kali kalau nak ambil tangkal jangan lupa ambil wudhu terlebih dahulu".
Selepas pengalaman pertama, alhamdulillah saya mengambil wudhu sebelum saya mengambil sebarang tangkal azimat dan alhamdulillah saya tidak lagi mengalami sakit kepala selepasnya.
Kepada sdr penatumpul yang dikasihi, nasihat saya ialah elakkan dari membawa masuk rumah mana-mana tangkal azimat dan barangan berpuaka seperti senjata yang sdr ceritakan. Kalau ingin saya lupuskan, poskan sahaja ke alamat saya dan tiada sebarang bayaran yang saya kenakan. Senjata berpuaka tersebut apabila sdr meninggal dunia, syaitannya akan cuba menyesatkan keturunan sdr. Apabila dilupuskan insyaAlah senjata puaka ini akan menjadi beri buruk dan hancur di dalam tanah.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Satu pengalaman yang menarik sekali dr sdr ustadz mj....Bagus buat pedoman semua pembaca laman ini...Tapi ternyata saya punya pendapat tidak sesekali sama dengan sdr.... kerana sebabnya pohon2 itu mati atau keguguran daunnya....bkn kerna gak mau azimat atau tangkal itu....
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih pada anak kerak dan ustaz Mj kerana sudi menasihati saya....kesemua barangan yang pernah saya simpan sudahpun dilenyapkan oleh seorang lelaki yang datang kepada saya dahulu...(saya menyerahkan kesemuanya...(sebahagaian lagi hilang entah kemana tanpa saya tahu bagaimana lenyapnya barangan itu)...semoga barangan tersebut tidak jatuh ke tangan manusia yang syirik!) dan semoga yang datang mengambil barangan untuk dilenyapkan itu juga tidak terpesong sama...(saya menemui kiyai ini melalui sahabat saya...katanya kiyai tersebut berkebolehan untuk melupuskan barangan khurafat......Dan semenjak itu...sahabat dan kiyai tersebut juga telah lama tidak bertemu dengan saya)...Wallahualam.
ReplyDeleteSaya sekadar mengulang pengalaman sendiri untuk dijadikan pedoman agar masyarakat tidak menjadi seperti saya kelak........Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sebagai pengajaran dan sempadan........Allah Maha Besar dan Maha mengetahui...
Salam.. saya nak tanya pendapat tentang pemerhatian saya..
ReplyDeletePernah lihat kotak merah tempat org budha/hindu pasang colok??? Tentu biasa kan... Apa yg saya perhatikan, kebanyakan pokok yg ada kotak merah ni akan lebih subur/gemuk berbanding yg lain2 walaupun dalam barisan sama. Yg biasa kita lihat ialah pokok tu dah besar, tapi cuba perhatikan pada pokok2 yg baru... pembesaran pokok tu berbeza...
Apa kaitan sains ttg perkara ini, sebelum kita bincang secara spiritual...
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana senjata puaka tersebut sudah tiada dalam simpanan sdr.
Semoga sdr penatumpul sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam...bab pokok yg ada peti merah tu takde org bulih jawab ka?
ReplyDeleteDengar kata ramai org bijak pandai kat sini...
Assalamualaikum wbh sdr mienyak
ReplyDeleteSaya selalu ternampak pokok yang ada peti merah tu tetapi maaf saya tidak mengkajinya. Kalau sdr mienyak ada pengalaman, ceritakanlah di sini boleh saya mendapat manfaatnya.
Wassalam
Emjay
Salam, ilmu saya tak sampai tahap tu lagi... cuma duk perati ajer,
ReplyDeleteSifu saya pun takleh jawab...sb dia bukan saintis... persoalannya bukan peti merah tu, tapi asap dgn pokok...
Seingat saya masa belajar sains kat sekolah dulu...pokok menyedut karbon dioksida dah ditukar menjadi oksigen utk kegunaan manusia. Mgkn asap colok tu karbon yg jenis lazat berkrim utk pokok2 ni.. tapi entah lah... saya tak pasti
dah dia nk idup subur.... biarkanlah
ReplyDeleteSoalnya itu adalah tanda rahmat tuhan bagi org Buddha.. semacam merestui penyembahan mereka
ReplyDeleteAt least nak cari point jugak bila depa duk hujjah mcm tu
Ingatlah bahawa bagi orang kafir, dunia adalah syurga mereka.
ReplyDeleteBalasan bagi orang kafir dengan orang Islam tidak sama.
Emjay
Salam ji, point mcm ni takleh nak hujjah kat mereka... tidak menggambarkan islam tu betul dan lebih hebat dari budha.
ReplyDeleteAssalamualaikum?
ReplyDeletesekadar beri pandangan tetapi bukan sahih...cuma sekadar mengikut logik akal....
pokok yang subur pada peti merah kepunyaan mereka itu adalah disebabkan bahan buangan yang diletakkan di pangkalnya...
Bukankah mereka membuang limau, kuih muih malah apa sahaja jenis makanan yang dipersembahnkan itu ke pangkal pokok tersebut (kemudiannya diganti baru untuk persembahan)?
Bahan-bahan tadi mereput dan menjadi baja organik yang baik untuk kesuburan pokok-pokok (seperti baja ornaik daripada najis lembu dans ebagainya) di samping keadah lain(seperti hujah saudara mienyak, ada kemungkinannya asap colok itu melepaskan karbon dioksida yang bagus untuk pokok)...waLLahualam
Salam Prof.. kisah ini mengingatkan saya kepada bapa mertua saya, Pak Awang juga dikenali dgn nama Awang Sembilan, kerana jari tangan beliau tinggal 9, 1 ibu jari kanan sudah diambil Allah dek terkena bom masa membom ikan di Sg. Pahang.
ReplyDeleteBapa mertua saya sampai sekarang aktif memancing & menjala di Sg. Pahang & Empangan di Gunung Senyum.
Ikan di sungai Pahang tu memang banyak yang sedap-sedap.
ReplyDeleteTerkenang saya ikan sungai Pahang
Emjay
syabas emjay,kerana tak terpengaruh dengan apa2 muslihat pun.
ReplyDeletenak gi nunaikan hj guna wang..nak byr zakat guna wang..bersedekah ada gak guna wang..bina masjid wang..nak isi perut guna wang.. untuk akhirat kelakj uga betul ker kata hamba nih penatumpul?klu salah cepat2lah sedarkan hamba...
ReplyDeletesegala puji-pujian bagi Allah..
ReplyDeletealhamdulillah..!
ReplyDeletesalam......yg gun powder tuh kan...(kno3+sulphur+carbon)....ad x care lagi mudah...maksudnye x yah gne bahan kimia...back to old way....yg bomb ikan tuh pakai calsium cabait yerr...??!!!..boleh x tolong ajar cara nak susun.....yg roket tuh pakai kno3 jugakkan..manerr dpt...dulu bdk MTD yerr??!!!....salam-
ReplyDeleteSaudara Em Jay......sedarkah saudara bahawa, saudara telah memusnahkan keturunan ikan dan haiwan air yang lain kerana setiap bom ikan yang meletup ia akan membunuh segala haiwan. Bukan sekadar kelah yang saudara cari sahaja kerana organ dalaman haiwan air lain akan pecah dan akan mati tanpa mengira saiz........Bukan sekadar seronok mengenangkan pengalaman lalu tetapi keinsafan yang lebih penting.
ReplyDelete