Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 10 July 2008

Lebih seminggu Laman Emjay menghilang

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah segala puji hanya untuk Alah SWT.

Lama sungguh saya tidak  menulis di Laman Emjay. Kadang kala memang saya perlu bercuti dari tugas hakiki saya di UTM dan saya juga perlu bercuti dari Laman Emjay.  Baki cuti saya di UTM lebih 65 hari  pada bulan April lalu. Banyak sungguh saya perlu  selesaikan berkaitan keluarga saya.

Saya dikejutkan minggu lalu melalui panggilan telefon daripada seorang pembaca setia Laman Emjay yang mengatakan bahawa Laman Emjay sudah tidak boleh lagi diakses. Setelah saya sendiri cuba mengakses Laman Emjay, sah bahawa Laman Emjay sudah kena HACK lagi.

Nabi Muhamad SAW dahulu berperang dengan pedang dan panah namun saya kini setakat ini mampu berperang dengan menulis di Laman Emjay. Memanglah apabila saya mula menulis  di Laman Emjay ini , niat saya adalah untuk melindungi umat Islam dari gejala kerosakan akidah, namun dalam melaksanakan usaha ini, saya tidak boleh lari dari berperang dengan golongan yang gemar melakukan kerosakan akidah.

Golongan yang mengaku Islam ini namun bergelumang dengan kerosakan akidah memang sangat benci dengan tulisan-tulisan di Laman Emjay. Bomoh sesat yang sangat bermaharajalela di Mlaysia ini memanglah mengaku beragama Islam namun hakikatnya mereka adalah sesat dan amat menyesatkan. Golongan inilah sebenarnya golongan yang Allah sebut dalam surah An-Naas iaitu golongan syaitan yang terdiri dari jin dan manusia. Golongan syaitan dari manusia ini juga  berdakwah  agar bilangan yang tersesat seperti mereka akan terus bertambah.  Ini jelas dinyatakan di dalam Al Quran bahawa  mereka sebenarnya memang tidak akan redha dengan Islam sehingga umat Islam menyertai mereka.

Di dalam usaha syaitan ini untuk melemahkan dakwah melalui Laman Emjay ini, berbagai-bagai angkara telah mereka lakukan seperti beberapa kali mereka "hacked" Laman Emjay. Hacking mereka yang terbaru adalah pada kira-kira 10 hari lalu dengan cara  memasuki Laman Emjay  dengan menggunakan password saya lalu  memadamkan keseluruhan Laman Emjay melalui butang "cancelled".

Saya ini memanglah seorang hamba Allah yang lemah. Saya memang sentiasa terdedah kepada kerja-kerja kotor golongan munafik seperti ini. Namun saya hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada orang-orang munafik ini semoga mereka dapat mengenali dan seterusnya mengamalkan Islam sebagaimana yang dituntut oleh Allah SWT dan seterusnya dimatikan dalam iman.

Kepada pembaca Laman Emjay yang dikasihi semua, saya memohon bantuan doa-doa sdr semua semoga Laman Emjay sentiasa dibawah  perlindungan penjagaan  Allah SWT.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Emjay

21 comments:

  1. rindu saya pd laman ini... terus kan.... sy suka dgn laman ini..

    ReplyDelete
  2. Berdoalah kita semua agar Laman Emjay dilindungi dan sentiasa dirahmati Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete
  3. http://tablighster.multiply.com/

    anda suka pokben dgn laman ini,takpe saya tunjukkan wajah emjay yg sebenar(kalau tablighster tak salah,)kalau dia salah beri fakta aku pun silap jugalah yeee

    ReplyDelete
  4. kakaakakakakakaakaakakakakasakakakak

    ReplyDelete
  5. CommentsChronological Reverse Threaded
    replytablighster wrote on Jun 11, edited on Jun 15
    Assalamualaikum para pembaca,

    Sudah agak lama juga saya tidak menulis tentang Emjay. Seingat-ingat saya lebih dari satu tahun. Baru-baru ini, saya berkesempatan meninjau Laman Tolong-Menolong-nya itu dan saya dapati lamannya itu penuh dengan dakyah-dakyah Wahabi.

    Walaupun saya sudah banyak artikel menentang dakyah-dakyah itu daripada sumber yang lain, agak menyedihkan bagi saya kerana ramai belia kita yang ingin berjinak-jinak dengan agama sudah mula terpengaruh dengan dakyah Wahabi kebelakangan ini.

    Justeru itu, saya berasa terpanggil untuk menulis satu artikel khas bagi mengungkap dan mendedahkan siapakah Emjay (Emjayjb) ini sebenarnya. Artikel ini juga bertujuan untuk mendedahkan segala bentuk pembohongan yang dilakukan lelaki ini atas nama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tujuan artikel ini ditulis adalah supaya belia-belia kita dapat memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mereka dipengaruhi oleh dakyah-dakyah Wahabinya itu. Dalam menulis artikel ini, saya sertakan sekali metodologi yang saya gunakan dalam analisis beserta rujukannya sekali.

    Dalam artikel ini, saya telah membahagikan penerangan saya kepada beberapa bahagian seperti berikut:

    1.Personaliti Emjayjb (Emjay) dan latar belakangnya.
    Maklumat tentang ini saya peroleh dari lamannya dan juga daripada sumber-sumber lain.

    2. Ciri-ciri KeWahabian yang terdapat pada peribadinya.
    Ciri-ciri ini bukanlah rekaan saya, tetapi fakta-fakta yang digunakan beliau sendiri. Saya akan
    membandingkan cirri-ciri ini dengan neraca Shari’ah.


    1.0 Siapakah Emjay ini?

    Bagi menjawab soalan ini, sidang pembaca perlu bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut:

    1. Apakah nama sebenarnya?
    2. Dimanakah dia tinggal?
    3. Benarkah Emjay ini benar-benar wujud seperti yang didakwanya itu?
    4. Benarkah Emjay itu seorang pensyarah universiti?
    5. Adakah dia seorang ustaz?
    6. Berapa tahunkah Emjay belajar agama?
    7. Siapakah ustaznya?
    8. Aliran / agama apakah ustaznya itu?

    1.1 Nama sebenar Emjay.

    Dalam blognya memang tidak terdapat nama sebenarnya. Lelaki (atau boleh jadi perempuan?) ini telah berselindung disebalik nama E-M-J-A-Y-jb. Apakah nama sebenarnya, tidak pula kita ketahui kerana lelaki ini tidak pernah menyebut nama sebenarnya. Dia hanya menggunakan nama samaran ini, mungkin kerana takut, kecut perut, penakut ataupun sebab-sebab lain.


    1.1. Teori 1 – Kangmas - Seorang Anak Jawa

    Terdapat juga nama lain seperti Kangmasjb seperti yang tertera dalam emel di bahagian atas lamannya itu. Berdasarkan nama ‘Kangmas’ ini saya mengandaikan bahawa lelaki ini mungkin seorang yang berketurunan Jawa kerana ada beberapa orang Jawa yang saya kenali kerap menggunakan gelaran “Kang” dan “Mas” ini. Ini hanya andaian berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Namun, secara hipotesisnya, lelaki ini bukanlah orang berbangsa Cina atau Hindu kerana jarang sekali kita dengar orang Cina atau Hindu menggunakan nama ini.

    Dalam sesetengah artikelnya, lelaki ini ada menyebut bahwa dia pernah bertugas sebagai seorang guru Biologi dari tahun 1980 – 1985 di Raub, Pahang (Rujuk http://emjayjb.multiply.com/journal/item/1 ).

    Tidak ada sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa beliau itu seorang guru agama ataupun pernah menuntut di mana-mana sekolah atau kolej agama. Justeru, saya beranggapan bahawa lelaki bernama Emjay ini bukanlah seorang ustaz, cuma lewat ini sahaja dia ingin dikenali sebagai ustaz secara online. Jadi, sidang pelayar sekalian, saya tidak menggalakkan saudara semua menanyakan kemusykilan agama kepada lelaki ini kerana tiada tanda yang menunjukkan lelaki ini seorang Ustaz. Jika sidang pelayar ingin menanyakan kemusykilan agama, rujuklah daripada orang yang benar-benar ahli dan bukannya daripada lelaki yang tidak kita

    ReplyDelete
  6. Photo Gallery

    Siapakah Emjayjb? Jun 11, '08 2:53 AM
    for everyone

    Assalamualaikum sidang pembaca.

    Ini merupakan artikel saya mengkritik Emjayjb secara sederhana. Artikel ini akan saya lampirkan di bahagian Reply di bawah. Saya hanya akan melayan kritikan secara berhemah. Kritikan secara membabi buta tidak akan dilayan.

    Disclaimer: Orang-orang yang berada dalam petikan ini hanya sebagai andaian semata-mata. Jika ternyata tidak benar, dengan sendirinya kesahihan gambar-gambar ini digugurkan.




    Headshot Emjayjb



    Muslim Joned.jpg



    Perbandingan 1



    Perbandingan 2



    Perbandingan 3



    Bukti Biodata



    Bukti Biodata Zoom In



    Bukti Bekerja Di UTM



    Bukti di UTM Zoom In



    Senarai Pensyarah



    Senarai Pensyarah 2



    Profil Muslim Jonid



    Jab Pen Sains & Matematik Zoom In.jpg



    Jab Pen Sains & Matematik Zoom Out.jpg



    Mengejek Datuk Abu Hassan Din.jpg



    Al-Quran Makhluk 1.jpg



    Al-Quran Makhluk Zoom In.jpg



    Tafsir Hadis Ikut Nafsu.jpg
    1 Comment


    Tetamu Sebagai Anjing.jpg



    Tetamu Sebagai Anjing Zoom In.jpg



    Wahabi.jpg



    Wahabi Zoom In.jpg



    Menjatuhkan Hukum Sesat.jpg



    Wahabi Tengok Kartun.jpg



    Pertama Kali Melawat.jpg



    Komen Saya Kali Pertama.jpg



    Tawar Muzakarah



    Emjay Minta Nas



    Aqad Emjay.jpg



    Aqad Emjay Zoom In.jpg



    Penjelasan Berfakta Di Padamkan



    Di Padamkan Sekali Lagi



    Saksi Yang Melihat 1



    Saksi Yang Melihat 2



    Harus Sani 1.jpg



    Harus Sani 2.jpg



    Tong Tahi 1.jpg



    Tong Tahi 2.jpg


    Tags: siapa emjay?
    Prev: Kalimah 'Nabi Isa Ruh Allah' ada dalam hadis Nabi s.a.w.
    Next: Cubaan Wahabi Letupkan Kubur Ibnu Abbas r.a.


    reply slideshow prints & gifts share



    19 CommentsChronological Reverse Threaded
    replytablighster wrote on Jun 11, edited on Jun 15
    Assalamualaikum para pembaca,

    Sudah agak lama juga saya tidak menulis tentang Emjay. Seingat-ingat saya lebih dari satu tahun. Baru-baru ini, saya berkesempatan meninjau Laman Tolong-Menolong-nya itu dan saya dapati lamannya itu penuh dengan dakyah-dakyah Wahabi.

    Walaupun saya sudah banyak artikel menentang dakyah-dakyah itu daripada sumber yang lain, agak menyedihkan bagi saya kerana ramai belia kita yang ingin berjinak-jinak dengan agama sudah mula terpengaruh dengan dakyah Wahabi kebelakangan ini.

    Justeru itu, saya berasa terpanggil untuk menulis satu artikel khas bagi mengungkap dan mendedahkan siapakah Emjay (Emjayjb) ini sebenarnya. Artikel ini juga bertujuan untuk mendedahkan segala bentuk pembohongan yang dilakukan lelaki ini atas nama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tujuan artikel ini ditulis adalah supaya belia-belia kita dapat memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mereka dipengaruhi oleh dakyah-dakyah Wahabinya itu. Dalam menulis artikel ini, saya sertakan sekali metodologi yang saya gu

    ReplyDelete
  7. ............................................................

    ReplyDelete