Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Monday, 21 July 2008

Rumah engkau kosong, tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbh

Sudah lama saya berhajat untuk menulis artikel ini tetapi banyak sangat rintangannya. Mudah-mudahan dengan rahmatNya saya dapat menyempurnakan artikel ini. 
 
Normi (bukan nama sebenar) pernah mengalami gangguan syaitan sehingga ke tahap kerasukan teruk di tempat kerja dan di rumah. Alhamdulillah dengan rahmatNya Normi telah pulih. Bukan sekadar pulih, kini Normi banyak membantu rakan-rakan ditempat kerja serta saudara maranya berdakwah ke arah jalan yang Allah redha. Alhamdulillah ada juga sepupu perempuan Normi yang kemudiannya mengalami masalah kerasukan yang sama di sebuah IPTA juga telah dibawa ke rumah dan alhamdulillah dengan rahmatNya juga kini telah bekerja dan hampir mendirikan rumah tangga. 

Ramailah selepas itu saudara mara Normi ini yang terdiri daripada ibu bapa, sepupu, pakcik dan makcik yang turut datang berurusan ke rumah. Alhamdulillah diantara mereka ini ramai yang berubah ke arah yang mudah-mudahan Allah redha dan ada juga yang degil tidak mahu merobah amalan yang sangat bergantung kepada bomoh dan pawang. Salah seorang pakcik Normi yang kaki bomoh pernah berurusan dengan saya namun beliau ini tersangat degil dan ingin terus mengamalkan amalan sesatnya. Kini hamba Allah ini sedang terlantar teruk sedang diuji Allah SWT.

Kira-kira beberapa bulan lalu, seorang sepupu perempuan Normi yang saya namakan Sarah (bukan nama sebenar) menghadapi masalah kerasukan yang sama. Bapa Sarah meminta bantuan kepada saudara maranya termasuk Normi dan ibu bapa Normi bagi menangani masalah berat yang dihadapi anak perempuan kesayangan. Sarah sudah bekerja dan sudah bertunang dan hanya beberapa bulan lagi bakal melangsungkan perkahwinan. Diantara adik beradik Sarah, Sarahlah yang paling menarik. 

Beberapa bulan lagi, Sarah bakal menjadi anak pertama melangsungkan perkahwinan di dalam keluarganya. Mana ayah yang tidak gembira apabila bakal menerima menantu.
Apabila saudara mara bapa Sarah datang berkumpul, Normi serta ibu bapanya yang sudah mengalami saat-saat sebegini banyak memainkan peranan untuk menasihati bapa Sarah agar membetulkan amalan agamanya agar jangan lagi percayakan bomoh serta bertangkal. Alhamdulillah bapa Sarah termakan juga nasihat baik dari Normi, suaminya, ibu bapa Normi dan saudara-mara lain yang sudah datang belajar di rumah saya. Bapa Sarah telah bersetuju untuk datang berurusan dengan saya serta menyerahkan kebanyakan tangkal azimat yang sudah lama tersimpan di dalam rumahnya. 

Dengan persetujuan bapa Sarah tersebut, Normi terus membuat temu janji melalui telefon dengan saya dan alhamdulillah saya bersetuju untuk menerima Sarah serta keluarganya pada pukul 9 malam hari tersebut.

Pada kira-kira pukul 9.00 malam, beberapa kereta berhenti di hadapan rumah saya. Ramai yang datang termasuk Sarah, ibu bapa dan keluarga Sarah, Normi dan keluarganya serta ibu bapa Normi. Memang kasihan sungguh saya melihat seorang wanita bujang yang cantik seperti Sarah kerasukan. Cuma Sarah belum sampai ke peringkat menjerit-jerit dan membogelkan diri.

Sebagaimana biasa saya mulakan proses rawatan saya dengan menyoal bapa Sarah. Setelah puas dengan jawapan-jawapan yang diberikan, saya pun menceritakan mengapa Allah memberikan ujian berat ini kepada Sarah dan keluarganya. Sesuai dengan banyak ayat Al Quran seperti   :

Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Ghafir: 40-:
Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Surah Yunus: 27:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan;
Gambar berikut adalah antara tangkal yang dikutip dari rumah keluarga Sarah ini.

Bungkusan kecil berwarna hitam berjumlah 11 bungkusan ini diletakkan disetiap tingkap dan pintu untuk menghalang hantu syaitan daripada memasuki rumah.

Saya menegaskan kepada bapa Sarah bahawa saya tidak ada sebarang keistimewaan dan kuasa memulihkan Sarah kepada keadaan sebelumnya kerana kuasa memulihkan adalah hanya milik Allah SWT. Bila Allah redha dengan usaha kita, insya-Allah akan diberikan rahmatNya lalu pulihlah tetapi sekiranya Allah tidak redha, akan disiksa umatNya sesuai dengan nama Allah Al Muntaqim yang bermaksud “Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Penyeksa”. Saya menegaskan lagi bahawa kaedah rawatan saya adalah lebih kepada membimbing mereka yang sedang diuji Allah SWT ini semoga akhirnya Allah redha lalu menyembuhkannya.

Setelah banyak bersoal jawab, seterusnya saya menjelaskan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh ayah Sarah seperti berikut:

  1. Membersihkan persekitaran rumah keluarga Sarah daripada tangkal azimat dan termasuk juga segala ayat Al Quran yang digantung di dinding rumah.
  2. Mempelajari asas tauhid / asas akidah di rumah saya kerana segala kesilapan yang berlaku selama ini adalah berpunca kerana ibu bapa Sarah jahil tentang asas tauhid.
  3. Segera bertaubat di atas segala kesilapan berat selama ini terutama sekali kerana mensyirikkan Allah SWT.
  4. Segera memulakan projek besar ini iaitu projek memurnikan akidah dengan memberikan sumbangan kewangan seberapa yang ikhlas kepada anak yatim (bukan kepada saya) semoga Allah redha dengannya.
Perkara 1 di atas dipersetujui bapa Sarah dan sesungguhnya sudah banyak tangkal azimat yang sudah diserahkan kepada suami Normi. Perkara 2 juga telah dipersetujui dan bapa Sarah telah memberikan kesungguhan untuk belajar asas akidah pada keesokan malamnya. Bapa Sarah juga telah memberikan persetujuannya untuk melakukan perkara 3 dan 4.  

Saya amat bersyukur sekali di atas kesedaran dan persetujuan bapa Sarah untuk mengubah hidupnya yang penuh dengan pelbagai kepercayaan karut marut tahyul khurafat yang memang banyak sekali dipusakai oleh ramai orang Melayu dewasa ini. Semoga Allah Merestui dan memudahkannya.

Walau bagaimana pun, saya masih tidak berpuas hati lagi dengan perkara 1 di atas iaitu membersihkan persekitaran rumah keluarga Sarah daripada tangkal azimat dan termasuk juga segala ayat Al Quran yang digantung di dinding rumah. Saya berserta ibu bapa Sarah serta suami Normi bergegas ke rumah keluarga Sarah untuk membersihkan saki baki dari segala tangkal azimat dan ayat Al Quran yang tergantung di dinding. Alhamdulillah masih terdapat tangkal yang berjaya dikutip. 

Ayat Al-Quran yang dibawa balik ke rumah saya begitu banyak sekali, ada yang ditulis di kepingan tembaga, kayu dan sebagainya. Namun ada juga tangkal yang tidak mahu diserahkan kepada saya atas alasan tangkal ini milik tunang Sarah dan bapa Sarah memberikan kepastian kepada saya untuk menyerahkannya kepada bakal menantunya.

Jam sudah melewati 12 malam. Kami berkumpul semula di rumah saya. Saya menasihati bapa Sarah agar jangan sekali-kali berurusan dengan bomoh selepas ini dan juga ustaz perawat dari Pusat Rawatan "Islam"  “Da*** Sy***” Johor Bahru. Setelah merumuskan sekali lagi mengapa Allah memberikan ujian berat ini ke atas keluarga Sarah serta mengingatkan agar datang ke rumah saya malam esok untuk memulakan pelajaran asas akidah, keluarga Sarah pulang dan waktu itu jam sudah hampir pukul 1 pagi.

Keesokan malamnya saya bersedia awal untuk menerima tetamu yang ingin belajar asas tauhid semoga Allah redha dengannya. Menjelang pukul 9 malam, ayah Normi sudah tiba di rumah saya. Ayah Normi begitu gembira dan beriya-iya untuk menemani keluarga Sarah belajar asas agama Islam ini. Kami bersembang sambil menunggu ketibaan keluarga Sarah. Masa berlalu namun tetamu yang ditunggu masih belum tiba. Jam sudah pukul 11 malam dan tetamu yang dinanti juga masih belum tiba. Kami sudah tidak yakin lagi dengan janji ibu bapa Sarah. Kami bersungguh-sungguh ingin membantunya tetapi sekiranya empunya diri tidak mahu berubah, apakan daya saya. Bapa saudara Nabi Muhamad SAW yang paling disayangi iaitu Abu Talib juga mati sebagai orang kafir, inikan pula saya yang amat lemah.

Keesokan hari saya menerima telefon dari suami dan ayah Normi. Mereka menceritakan perasaan yang amat kesal kerana ibu bapa Sarah tidak mahu datang belajar agama semalam. Paling menyedihkan ialah bapa Sarah meminta kepada saya melalui suami Normi untuk menyerahkan semula segala tangkal terutama sekali segala ayat Al-Quran yang telah saya ambil dengan persetujuan bapa Sarah dua hari lepas. Rupa-rupanya pada hari semalam, ustaz dari Pusat Rawatan Islam “D**** S****” telah dibawa ke rumah keluarga Sarah untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. 

Ustaz dari Pusat Rawatan “Islam” ini telah berkata lebih kurang “patutlah syaitan bebas masuk ke dalam rumah engkau. Rumah engkau  ini kosong (tidak ada ayat Al-Quran), tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran. Mengapa engkau serahkan ayat-ayat Al-Quran tu kepada Emjay? Engkau kena minta balik ayat-ayat Al-Quran tu daripada Emjay dan letakkan semula di rumah engkau.”
 
Saya amat bersyukur apabila dapat memungut tangkal azimat untuk dilupuskan tetapi saya memang tidak mahu sama sekali untuk menyerahkan tangkal azimat dan ayat Al Quran untuk digantungkan semula di dinding rumah. Saya berkeras untuk tidak mahu menyerahkan semula pelbagai ayat Al-Quran tersebut dan saya berdoa kepada Allah SWT semoga mengelakkan diri saya dari menyerahkan semula barangan tersebut. Alhamdulillah walau pun didesak berkali-kali alhamdulillah akhirnya segala barangan tersebut telah saya lupuskan.

Saya amat sedih apabila terdapat umat Melayu Islam percaya bahawa dengan usaha menggantung pelbagai ayat dari Al Quran di dinding rumah akan dapat mengelakkan kemasukan dan gangguan dari syaitan. Subhanallah, apalah nak jadi dengan umat Islam ini. Namun apa yang saya amat kesal ialah ada pula golongan mengaku ustaz dari Pusat Rawatan Islam D**** S***** yang turut percaya dengan perkara jahil seperti ini dan menyesatkan pula umat Melayu Islam lain yang lemah dengan memberikan nasihat yang sesat.

Disebabkan ramainya umat Islam di Malaysia yang tidak faham tentang perkara ini, itulah agaknya sebab mengapa kini semakin ramai yang percaya dengan baju-baju bertulisan Ayat Al-Quran yang kononnya boleh memberikan pelbagai kuasa magis. Saya bersyukur sekali Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (BKPTQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 533 objek termasuk tangkal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan bomoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu 16 Julai 2008. Alhamdulillah tahniah dan syabas kepada Tengku Rosnani Tengku Yusoff dan pasokannya. Berikut adalah sedutan dari akhbar berita Harian pada 17 Julai 2008:

Berita Harian 17 Julai 2008.

533 barang, tangkal bomoh dirampas

HASIL RAMPASAN: Wan Zulyaina (kiri) menunjukkan selendang, baju rompi serta tangkal yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu.
BUTTERWORTH: Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (BKPTQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 533 objek termasuk tangkal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan bomoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu.

Objek itu yang disimpan dalam sebuah beg pakaian dan dialamatkan kepada seorang penerima di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, dikesan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan dibawa masuk dari Indonesia.

Ketua Unit Penguat Kuasa BKPTQ, Tengku Rosnani Tengku Yusoff, berkata Ketua Unit Kawalan Teks al-Quran, Wan Zulyaina Wan Zakaria bergegas ke LTABL sebaik mendapat maklumat daripada KDRM.

Katanya, pemeriksaan mendapati beg itu mengandungi enam jenis objek dipercayai untuk kegiatan bomoh seperti sapu tangan (200), tangkal (200), kelongsong (50), minyak wafak azimat (39), baju rompi (22) dan selempang mengandungi ayat al-Quran (22).

"Semua objek itu mengandungi ayat al-Quran, tetapi mempunyai kaitan dengan unsur khurafat dan kepercayaan karut," katanya di sini, semalam.

Semua objek itu dirampas mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), Seksyen 14 Akta Penerbitan dan Teks al-Quran 1986, selain menyalahi Perkara 3.2 (vi) Garis Panduan Rampasan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.

Artikel ini boleh dirujuk melalui http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080719012321/Article/
 
Dari semasa ke semasa Normi ada menceritakan kepada saya tentang perkembangan sepupunya Sarah. Apa yang paling menyedihkan ialah keadaan kerasukan Sarah semakin serius sehingga tidak ada lagi perasaan malu untuk berbogel. Begitulah azab dari Allah. Saya juga dimaklumkan bahawa ibu bapa Sarah telah habis beribu ringgit selepas pertemuan tunggal dengan saya untuk membiayai kos berurusan dengan pelbagai bomoh lain. Duit banyak habis, tenaga usah dikira, sedih dan malu Allah sahaja yang tahu. Semuanya dilakukan untuk mengejar sebuah fatamorgana.

Bagi bapa Normi yang banyak berusaha membimbing bapa Sarah hingga beliau sanggup berjumpa dengan saya dahulu. Kini hubungan dua adek beradik ini iaitu bapa Normi dan bapa Sarah sudah sangat jauh selepas insiden ini. Apa yang sangat dikesali oleh bapa Normi ialah apabila bapa Sarah menuduhnya termasuk saya mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan agama Islam selepas dinasihati oleh ustaz dari Pusat Rawatan Islam D**** S****. 

Bagi diri saya, tuduhan seperti ini sudah banyak kali saya lalui termasuk pelbagai tuduhan dari pengunjung Laman Emjay. Bagi saya mudah, kemarahan orang terhadap saya menunjukkan dakwah saya sudah berkesan. Saya hanya mencari redha Allah SWT. Persetan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh mereka.    

Selain dari ayat-ayat Al-Quran yang digantung di dinding rumah dengan harapan semoga ayat-ayat ini menghalang hantu syaitan daripada memasuki rumah, para bomoh sesat juga menggunakan pelbagai ayat Al-Quran yang ditulis pada sekeping kertas lalu dimasukkan ke dalam air untuk diminum atau untuk mandian. Setengah orang memanggilnya sebagai wafak. Bomoh-bomoh moden sesat yang tidak mahu lagi memenatkan diri dengan menulis telah mengubah strategi dengan fotokopi ayat Al-Quran tertentu untuk dimasukkan ke dalam air bagi di minum atau untuk mandian. Kini berbagai tulisan Al-Quran pula dituliskan dengan dakwat khas pada pinggan putih lalu disiram dengan air tertentu untuk dibotolkan dan dijual dengan pelbagai jenama. Berbagai alasan digunakan untuk menghalalkan usaha jahil mereka. 

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

53 comments:

  1. Maassalam Ya Ustaz MJ. Saya ada lihat dalam akhbar harakah Ustaz Nik Aziz pun ada melakukan penulisan atas pinggan dan dilarutkan tintanya dengan air...unyuk iklan satu produk air zafran.. Apakah amalan ini bukan sunnah nabi atau amalan para sahabatnya?

    ReplyDelete
  2. Lailahaillallah. Mana kitab hadis yang diguna pakai. Di dalam hadis mana ada Nabi Muhamad SAW atau para sahabat buat amalan seperti ini?

    Bab syariat tu eloklah kita semua jangan menambah atau menguranginya. Islam dah lengkap sempurna.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Macam - macam la...kesian kat orang macam saya ni...jadi keliru dengan benda - benda macam ni..tapi saya rasa jalan penyelesaian...kita kembali kepada Quran dan Hadis sahih jika ada sebarang khilaf...dan kena rajin skit buat kajian...ilmu pun dapat...betul tak Emjay....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, en. emjay.

    Pertama kali saya temui laman blog yang panas dan berilmu. Saya sangat berminat dgn artikel kesihatan dari en. emjay. Saya ingin memohon izin dari en. emjay utk copy atau re type utk blog saya. sekiranya diizinkan, saya akan kreditkan artikel pada en. emjay dan akan saya nyatakan alamat blog ini. Mohon perkenan tuan..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbh bluecandleqiss

    Kecil tapak tangan padang kawad UTM saya sediakan. Silakanlah. Tak payahlah retype. Copy paste kan mudah.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum...

    dah agak lama juga saya login kat multiply ni...last bulan lepas, tapi tak ada artikel yang baru...
    Artikel ni memang menarik. tapi cemane nak yakinkan orang-orang yg anggap guna kunyit, lada hitam yang dibungkus dan diletakkan pada bayi supaya syaitan x ganggu yang perkara tu salah. Kata mereka, itu sebagai usaha saja, bukannya percaya benda2 tu ade kuasa utk halau setan....

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Kita memang tiada kuasa untuk meyakinkan atau merubah pandangan orang ramai. Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa semoga orang yang kita nasihati diberikan rahmat berkat hidayah oeh Allah SWT lalu boleh menerima nasihat yang diberikan.

    Kunyit dan lada hitam memang popular dikalangan orang Melayu kita. Beras kunyit dan pulut kunyit (kuning) pun masih popular sampai sekarang. Tepung tawar pun masih popular tidak ketinggalan waktu bersanding.

    Itulah apabila kita fikir lebih jauh, Melayu Malaysia sekarang seolah-olah ulangan zaman Jahiliyah 1400 tahun dahulu.

    Ya Allah berikanlah taufik hidayah berkat dan rahmat Mu kepada pengunjung dan pembaca Laman Emjay sekelian dan matikan mereka semua di dalam iman.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. memang payah..mcm2 tanggapan...silap cakap jadi balah plak..lebih2 lagi klu ibu bapa kita...dahla nak start tu pun satu cerita. tu nak bagi tau benda baik tuu...tapi itulah dia indahnya Islam. takda jalan mudah menuju kesyurga sebab jln menujunya memang byk onak duri. namun itulah cabarannya. dengan kesabaran kita menghadapinya dan ketegasan menyampaikan benda yang baik tu pun kita dapat ganjaran dan redha Allah pada kita..InsyaAllah...doakan supaya kita semua takkan patah semangat..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. salam ustaz,
    mcm mana pulak dgn ayat khat seperti surah yasin dan ayat seribu dinar yg diletakkan dirumah tapi dengan niat untuk membuat perhiasan seperti gambar abstrak dan hendak membezakan rumah kita dgn rumah org non muslim....tanpa ada niat sebagai pelindung @ penjaga kita...mcm mana yer ustaz....
    satu lagi soalan saya...saya akan menduduki rumah baru yang saya beli dari orang non-muslim yang saya tahu telah memelihara anjing, apa langkah2 yang perlu saya ambil dan buat untuk menduduki rumah tersebut yer ustaz?
    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Setuju. Jalan mengenal Allah dan mengenalpasti supaya kita sendiri tidak terjebak dalam kesyirikan, tidaklah semudah yang disangkakan. Terutamanya ada yang di sekeliling kita yg rasa dirinya tidak mengamalkan kesyirikan dan mempengaruhi orang lain dlm mengerjakan sesuatu yg tidak sunni, dan ada elemen-elemen kesyirikan. Ini bertambah rumit lagi bila apa yg mereka sampaikan telah menjadi amalan orang yg kononnya "islam". Amalan berkuning dgn kunyit, dgn air yg dijampi macam dah dianggap sebagai amalan dalam islam, sedangkan dia membawa hati utk mengharap pada air itu, pada bomoh itu, dan amal-amal lain dan bukannya berharap kepada Allah swt.
    Alhamdulillah, melalui ruangan nie, dapat dilihat ramai yg faham. Tetapi ramai lagi yg keliru diluar sana. Usaha mesti diteruskan w/pun kita dicemuh dan dikatakan macam-macam. Saya yakin Allah pasti redha dgn semua usaha utk menghapuskan kesyirikan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh

    Alhamdulillah saya setuju juga dengan komen dari ebkc ini.

    Kalau kita tanya kepada 100 orang Melayu Islam "engkau ada melakukan kesyirikan ?", insya-Allah jawapannya "aku tidak ada melakukan kesyirikan".

    Saya ingin mengongsikan pengalaman saya dua hari lalu. Saya bertemu seorang staf di Fakulti saya. Dalam kesempatan yang sedikit waktu itu, sempat hamba Allah ini mengadukan hal anaknya yang sudah besar tetapi sukar nak solat. Dahulu waktu anaknya kecil sebelum remaja, rajin solat tetapi kini sangat bermasaalah.

    Saya bertanya soalan "Ada tak barang-barang atau objek yang Allah tidak redha di dalam rumah engkau seperti tangkal dan azimat ?"

    Dengan cepat hamba Allah ini menjawab "saya dan suami tidak menyimpan barang seperti ini".

    Seterusnya saya bercerita tentang pengalaman saya bertemu dan bersolat jemaah dengan seorang sarjan TLDM Kuantan. Beliau jadi imam dan saya makmumnya. Selepas selesai solat beliau memberikan saya satu potongan kayu kecil dan menyuruh saya menyimpannya di dalam beg duit. Sesungguhnya kayu kecil ini adalah tangkal dan menyimpannya menjadikan kita syirik sama ada sedar atau tidak sedar.

    Selepas habis bercerita saya menyambung soalan "ada tak pernah ada hamba Allah memberikan barang atau objek dan berpesan hanya untuk menyimpannya sahaja?"

    Lantas hamba Allah ini memberitahu "Kalau macam itu, memang ada pemberian-pemberian dari orang yang sampai sekarang saya memang simpan. Ooo, barang macam ini pun tak boleh simpan ye"

    Seterusnya saya meminta hamba Allah ini mengaitkan tarikh menerima barang ini dengan waktu anak ini susah mengerjakan solat. Hamba Allah ini mengakui rupanya memang ada hubungkait antara tempoh menerima objek ini dengan perubahan tabiaat anak dari rajin solat kepada malas solat. Alhamdulillah.

    Apabila kita mengutip tangkal, sebenarnya kita menjemput syaitan untuk tinggal bersama-sama. Dengan kehadiran syaitan ini, syaitan akan berusaha semoga semua ahli keluarga ini menjadi macam syaitan supaya akhirnya dapat sama-sama masuk neraka. Mudahnya, selepas menerima / menyimpan tangkal, maka banyaklah perkara negatif bakal berlaku di dalam rumah ini atas dorongan syaitan yang telah menjadi ahli keluarga terbaru.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum....
    Saya masih menunggu MJ menjawab soalan mikran bertarikh 23 Julai... tapi soalan ebkc tu boleh jawab pulak? Bukankah baik menggantung ayat-ayat tersebut sekurang-kurangnya apabila tetamu datang di samping melihat keindahan tulisan khat, secara tak langsung mereka membaca ayat2 tersebut? Bukankah ini satu ibadah?

    ReplyDelete
  13. Asssalamualaikum....
    Saya ni baru je masuk ke laman web ni... Proses discovery lagi tapi satu perkara saya nk tegur emjay walaupun saya masih hijau dalam bab perbincangan agama...
    Saya ni bukan la taksub mazhab syafie walaupun saya mengamalkan mazhab tersebut seperti kebanyakan masyarakat malaysia....
    Saya juga tidak menentang wahabi... malah ada juga kebaikan saya dapat lihat dari wahabi....(saya pernah menetap di kangar,perlis)
    Cuma cara emjay menegur orang yang bagi pendapat emjay apa yg dikatakan orang itu salah...itu yang tak berkenan di hati saya....
    Kenapa perlu digunakan bahasa kasar terutamanya sesama Islam? Tak bolehkah ambil pendekatan secara lemah lembut?
    Kalau nk berkasar... jihadlah...kurang hajar lah pada kafir yang kurang ajar...
    Nabi Muhammad S.A.W. sendiri seorang yang penyayang....
    Malah beliau berlembut dahulu dengan kafir quraisy sebelum berjihad....
    Umat Islam mula berjihad berperang menentang musyrikin apabila mereka ditindas dengan melampau...
    Saya faham saudara menentang bidaah...termasukla syirik2 yang banyak dipraktikkan orang melayu seperti isu keris dan sebagainya...
    Baru2 ni...anak saya yang berumur 4 bulan diganggu dan kehadiran gangguan dapat dirasa ( bulu roma meremang)...
    Dia (anak saya) menangis bagai nk pecah rumah...malah mainannya bergerak sendiri seolah-olah ada yang memainkannya...
    Saya mengikut petua orang tua2... mengambil lada hitam dan melemparkan ke tempat mainan anak saya bergerak sambil membacakan ayat kursi...
    Saya tidak pandai berubat niat saya hanyalah... Ya Allah tolonglah hindarkan anakku dari gangguan syaitan dan jin ini....alhamdulillah keadaan terus tenang
    Jadi lada hitam itu hanyalah hanyalah satu metafora atau pun cara untuk menghindar gangguan...
    Salahkah cara saya itu? Bukankah apa yg saya lakukan itu sama ikhtiarnya seperti doktor?
    Adakah saya automatik dimasukkan kategori bomoh/tukang ramal?
    Dengan lembutnya saya meminta MJ...nilailah sesuatu perkara sebelum membuat tuduhan...
    Adakah tindakan melangirkan keris dengan limau dan mengasapkan kemenyan salah kalau sekadar berniat untuk mencuci dan mewangikan keris?
    Saya pernah pergi ke satu resort bersama keluarga dan semasa tinggal di resort tersebut kami sekeluarga merasa gelisah tanpa sebab....
    Tiba-tiba saya terjumpa seekor belalang yang luar biasa besarnya lebih kurang sebesar ibu jari kaki dan sejengkal panjangnya....
    Teringat petua orang tua2 mengatakan kalau belalang luar biasa itu biasanya pelesit... saya terus ke dapur dan menggoreng cili kering dan kunyit mengikut petua dan berdoa dengan mudah sahaja... Ya Allah kalaulah belalang tersebut pelesit... hindarilah dia dari keluargaku...berkatilah usahaku ini....
    Alhamdulillah.... belalang tersebut ghaib dengan sendirinya (bukan keluar tingkap) saksinya adalah ayah saya....Adakah saya dikategorikan syirik?
    Sedikit ilmu yang saya kutip berdasarkan pengetahuan cetek saya....
    Langkah pematinya batin, batin pematinya petua, petua pematinya langkah....
    Adakah salah pengertian itu? Ini pemahaman simple bukan tasawuf atau tarikat....
    Maksudnya.... langkah (keadaan fizikal) boleh dialahkan dengan batin (ilmu tak kiralah hitam atau pun putih) batin boleh dialahkan dengan petua, petua boleh dialahkan dengan langkah (keadaan fizikal boleh mengubah petua yakni mengubah kedudukan sesuatu perkara itu secara fizikal)
    Kenapa saudara sangat anti kepada pengubatan magnet dan sebagainya sedangkan itu hanyalah satu cara perubatan yang masih mengharapkan berkat dan rahmat Alllah SWT... Tanpa izinNya mana mungkin perkara tersebut bisa berhasil...? Bukankah itu juga satu ikhtiar? Boleh jelaskan dari mana datangnya magnet dan tenaga elektrik? Bukankah ciptaan Allah SWT juga?

    Please answer my questions MJ as a gentleman would... saya bukan lah dari golongan fanatik mana2 cuma pengamal kehidupan yang sederhana....




    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh

    Kepada mereka yang masih minat dan mengamalkan ajaran dari kitab majmu' sharif ini, sila baca artikel ini di http://ruqyah-online.blogspot.com/2007/12/mewaspadai-penyimpangan-kitab-ilmu.html.

    Blog ini juga menjelaskan mengapa mengamalkan Mujarrobat adalah sesat. Silalah berkunjung kesana.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh

    Bukankah menggantung surah Yaasin dan ayat seribu dinar ini menyamai hamba Allah di dalam artikel saya di atas?? Pisahkanlah / bezakanlah diri kita semua dengan hamba Allah di dalam artikel saya di atas sebagaimana kita dibenarkan solat dengan memakai kasut agar berbeza dari orang Yahudi. Begitu juga kita disuruh membezakan dari orang Yahudi dan Nasrani dengan menyimpan janggut!!.

    Kata-kata seperti di atas iaitu "tanpa ada niat sebagai pelindung @ penjaga kita...mcm mana yer ustaz...." adalah sangat kerap sekali saya dengar apabila saya menghujah kepada orang-orang yang masih degil kerana tetap ingin meyimpan tangkal azimat yang diberikan oleh sang bomoh. Mereka ini tahu bahawa dan mengakui barang-barang ini adalah barangan sesat namun kerana keinginan untuk menyimpannya mereka lalu berkata "aku hanya simpan barang ini dan aku bukan bertawakal dan berharap ke atasnya. Aku pun sembahyang juga."

    Saya menjawap "baguslah engkau sembahyang dan tidak berharap dan bertawakal ke atasnya (tangkal azimat). Kalau begitu serahkanlah sahaja kepada saya". Jawapan saya inilah yang sangat menyebabkan mereka marah kepada saya.

    Sebenarnya bab menyimpan tangkal azimat ini adalah umpama menyimpan patung berhala besar di dalam rumah. Sama ada bertawakal ke atasnya atau tidak, ia tetap tidak dibenarkan Islam.

    Kembali kepada persoalan di atas, saya lebih suka sekiranya sekadar untuk membezakan orang Islam dengan bukan Islam, gantungkanlah assalamualaikum wbh dalam bahasa Arab. Ia lebih selamat.

    Berkenaan sdr mikran yang nak masuk rumah baru, saya ucapkan alhamdulillah di atas rahmatNya dapatlah mikran rumah sendiri. Berkenaan nak masuk rumah baru ini, saya telah lama menulis artikel bertajuk Panduan Masuk Rumah Baru di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/25.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Permintaan sdr untuk jawapan pertanyaan untuk mikran tersebut telah saya jawab di atas.

    Nampak gayanya sdr juga sensitif dengan gaya penulisan saya. Memang saya akui saya agak keras.

    Kalau sdr tidak suka orang menulis dengan gaya yang keras, mengapa sdr pula menulis dengan gaya yang keras?? Tulisan seperti ini "Saya masih menunggu MJ menjawab soalan mikran bertarikh 23 Julai... tapi soalan ebkc tu boleh jawab pulak?" sebenarnya saya rasakan cukup keras kepada saya!!

    Saya bukan dibayar gaji untuk menjawap semua soalan pengunjung di Laman Emjay ini. Mana soalan yang mudah memang saya jawap terus. Ada soalan yang saya perlu cukup bertenang untuk menjawapnya. Ada soalan yang saya perlukan pandangan kedua sebelum menulisnya kerana takut apa yang saya bakal tulis adalah tidak benar. Jadi terpulanglah kepada saya bila saya nak menjawap soalan-soalan dari pengunjung Laman Emjay. Ada reply pula yang sebenarnya lebih elok bagi saya berdiam diri dari menjawapnya. Jadi jangan memaksakan saya menjawap setiap soalan / reply pengunjung.

    Dalam bab ibadah, syariaat Nabi Muhamad telah sempurna. Jikalau apa yang sdr sarankan di atas iaitu "Bukankah baik menggantung ayat-ayat tersebut sekurang-kurangnya apabila tetamu datang di samping melihat keindahan tulisan khat, secara tak langsung mereka membaca ayat2 tersebut? Bukankah ini satu ibadah?" adalah sebenarnya suatu ibadah yang dituntut, pastinya Nabi Muhamad sendiri dan para sahabatnya telah mencontohkannya.

    Beginilah anakburung306, sdr setuju atau tidak dengan tindakan hamba Allah seperti di dalam artikel saya di atas menggantung ayat Al Quran demi untuk memagar rumahnya dari hantu syaitan?? Sesuatu benda kalau ada faedahnya, eloklah dilakukan (sebagaimana menggantung ayat Al Quran). Tetapi kalau sesuatu benda itu mendatangkan faedah sebanyak 10 mata tetapi pada waktu yang sama mendatangkan keburukan sebanyak 20 mata, eloklah dielakkan sahaja. Ingatlah bahawa banyak manfaat boleh diperolehi dari arak dan bir tetapi ia juga mendatangkan banyak keburukan, jadi elakkanlah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah... terjawab persoalan saya....

    Kalau yang sedemikian, apakah yang akan saudara MJ lakukan jika saudara MJ berada di posisi saya pada waktu itu?
    Ermm.... satu persoalan lagi jika tidak keberatan, secara amnya apakah cara yang saudara MJ lakukan untuk melupuskan barang-barang yang saudara isytiharkan syirik itu? Dibakarkah? Ditanamkah? Maaf kerana banyak bertanya

    Saya sekadar ingin tahu....Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya....

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbh

    Saya berbangsa jawa dan memang banyak sekali amalan bangsa jawa saya yang sebenarnya bercanggah dengan Islam. Waktu mula nak berubah dahulu memang bukan mudah. Alhamdulillah apabila kita memperbaiki amalan Islam, Allah SWT telah mudahkan saya untuk berubah akhirnya.

    Apa yang ingin saya kongsikan ialah sebenarnya lebih sukar untuk berubah menjadi baik di sisi Islam berbanding berubah menjadi jahat di sisi Islam. Kena kuat istiqomah dan banyak berdoa disamping terus membaiki amalan Islam.

    Kepada anakburung306, mana-mana barang tu bolehlah diposkan kepada saya. PM saya atau email kangmasjb@hotmail.com untuk mendapatkan no tel dan alamat pos saya. Tiada bayaran dikenakan kerana mudah-mudahan telah pun dibayarkan oleh ....

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbt (rujukan thread berhati-hatilah dengan saudara rapat)

    Saya tak kata SALAH saudara MJ.... cuma bagi pendapat saya tak payah la `dipublishkan' hipotesis itu kecuali mendapat bukti yang benar...Bukan semua bala yang Allah turunkan itu berkaitan dengan dosa silam dan sebagainya...Ada kalanya sekadar ujian untuk memantapkan iman...Saudara MJ...

    Mendung gelap tanda hari nak hujan adalah hipotesis yang jelas....saya setuju

    Badan gemuk dan perut boroi kemungkinan orang tersebut akan dapat banyak penyakit hipotesis yang nyata....saya setuju

    Melihat orang yang selekeh dan berbau di waktu pagi mungkin dia belum mandi adalah hipotesis yang nyata....saya setuju

    Mulut yang berbau dan gigi yang kuning, mesti dia hisap rokok hipotesis yang nyata.... saya setuju

    Melihat anak cacat yang miskin mengemis di tepi jalan.... Mesti ibu bapa dia dulu ada buat maksiat... saya tidak setuju

    Melihat banduan di penjara.... mesti ibu bapanya ada membuat maksiat.... saya tidak setuju...

    "Dalam kes Munah ini saya sekadar membuat hipotesis bahawa mungkin ayah Munah pernah melakukan homoseksual dan masih belum bertaubat. Maklumlah di kalangan askar ini macam-macam perkara negatif ada di amalkan oleh mereka."

    In my opinion this phrase is not supposed to be published.... Hipotesis tak mengapa.... Cuma harap saudara MJ simpanlah sendiri...seolah-olah menuduh terlalu banyak gejala maksiat di dalam pasukan yang sememangnya kita tahu jika terjadi sesuatu kepada negara, pasukan askar inilah antara orang-orang yang akan terlebih dahulu mempertahakankan maruah agama, negara dan bangsa kita...

    Saudara MJ....
    Tak salah kalau kita berilmu kemudian beramal. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China . Cuma pepatah orang melayu yang boleh digunakapakai tak tau lah kalau saudara Mj tuduh syirik pulak..." Jangan ikut resmi lalang ikutlah resmi padi semakin tunduk semakin berisi.."

    Saudara MJ,

    Salah seorang sahabat saya (melayu) yang sememangnya diketahui sebagai anak luar nikah...adalah seorang hafiz dan ahli perniagaan yang berjaya di timur tengah...
    Jangan disalahkan dikaitkan dosa seseorang insan yang telah akil baligh dengan dosa ibu bapa.... Urusan membalas dosa ni biarlah ALLAH SWT yang tentukan...

    Ada sesetengah manusia apabila dia berkata-kata dia bercakap secara direct to the point....Ada sesetengahnya pula suka berkias atau cakap berlapik.... cakap2 kasar kadang2 perlu dihayati maksudnya MJ bukannya maksud ayat luaran itu tapi isi dalaman yang hendak disampaikan....

    Seperti kata2 dato hassan din yang menyuruh perempuan memakai cawat besi tu adalah satu sindiran wahai saudara seagamaku MJ... bukan suruh balik ke zaman kuno....maksud beliau adalah "Aku suruh tutup aurat kau orang tak nak, pakai jer lah cawat besi takde orang nk boleh rogol"

    Ini salah satu senarionya (sebab saudara MJ kerap memberi contoh saya pun nak bagi contoh)

    Katakan saudara A orang indonesia yang beragama islam tapi tidak mempunyai asas fardu ain yang kuat...Beliau mendengar ceramah dari guru yang berasal dari Kedah.... "Sembahyang tu tak payah...senang" apa maksudnya saudara MJ?

    Tentunya A akan mempunyai fahaman bahawa sembahyang 5 waktu itu tak perlu dilakukan sedangkan guru tersebut hendak menyampaikan "Sembahyang itu tak susah nak dibuat... senang saja" Sebab orang utara maksud payah tu selain dari perlu adalah SUSAH... so jadilah ajaran sesat...

    Maaf saudara MJ kerana menegur....saya tidak tahan dengan sikap saudara MJ yang adakalanya agak riak dan berkepala batu tanpa membaca dan menghayati maksud yang hendak disampaikan... HAYATI dahulu saudaraku MJ....kita manusia sering melakukan kesilapan kerana kita tidak maksum....Bukankah teguran itu satu perkara yang membina....

    "Saya yakin umur sdr masih muda dan tidaklah tua seperti saya yang sudah lebih 52 tahun. "

    Saya tidak semuda yang saudara MJ sangkakan....Saya tidak menyatakan TAHUN
    perka

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam wbh

    Sdr berkata "cuma bagi pendapat saya tak payah la `dipublishkan' hipotesis itu kecuali mendapat bukti yang benar...Bukan semua bala yang Allah turunkan itu berkaitan dengan dosa silam dan sebagainya...Ada kalanya sekadar ujian untuk memantapkan iman...Saudara MJ..."

    Terlebih dahulu sdr perlu faham apa itu maksud hipotesis dan teori. Hipotesis adalah jangkaan dan kalau hipotesis sudah terbukti benar, ia boleh berubah menjadi teori.

    Saya ini sebenarnya di dalam Laman Emjay ini berusaha untuk mengongsikan ilmu saya kepada pembaca semua untuk bagaimana menangani sesuatu kes. Doktor sentiasa berhipotesis bila berhadapan dengan sesuatu kes. Mula-mula buat hipotesis A lalu melakukan ujian AAA. Sekiranya benar alhamdulillah dan sekiranya tidak maka lakukan pula hipotesis B yang dikuti dengan ujian BBB. Begitulah sehingga doktor menemui masalah sebenar kes tersebut.

    Saya ini mengajar (kepada yang sudi - mungkin sdr anakburung306 tak sudi) kaedah saya kepada pembaca Laman Emjay sekelian. Hipotesis boleh salah dan hipotesis boleh benar. Bila hipotesis benar insya-Allah ilmu bertambah dan sekiranya hipotesis salah insya-Allah ilmu juga bertambah.

    Kepada mereka yang belajar daripada saya, kerap saya jelaskan kepada mereka seandainya ilmu belum mantap, bila menemui pelbagai kes, jangan berikan nasihat tetapi lebih kepada menyiasat atau bahasa lainnya "jadikan bahan kajian" dengan mengeluarkan pelbagai hipotesis.

    Cerita berikut adalah saya ceritakan semoga pembaca sekelian memperoleh sesuatu:

    Kira-kira 8 - 9 tahun lalu seorang rakan saya menceritakan tentang anak jirannya yang mati dilanggar kereta. Selepas panjang lebar beliau bercerita saya pun bertanya “Nak ilmu tak ?". Saya bertanya soalan ini kerana saya ada hipotesis di dalam minda saya. Jikalau hipotesis ini betul alhamdulillah dan kalau salah pun alhamdulillah sebab saya masih terus belajar mengkaji pelbagai sunnatullah.

    Rakan saya menjawab “Sudah tentu nak!”

    Saya pun berkata “Kalau nak ilmu, balik ini siasat ada tak ibu bapanya bergaduh besar dalam tempuh seminggu ini”

    “Gila kau Muslim, ini kerja susah nak korek cerita orang” balas rakan saya.

    “Kalau nak ilmu kena bekerja, kalau tak nak tak apa” saya menutup bicara pada hari itu.

    Saya tidak bertemu rakan saya selama dua hari. Pada hari berikutnya, dari jauh rakan saya terpandang saya dan tidak sabar lagi untuk menceritakan bahawa ibu bapa kanak-kanak malang tersebut memang ada bergaduh besar di pagi hari kejadian tersebut. Apakah ilmu yang ingin saya sampaikan melalui cerita ini tuan-tuan??? (Ibu bapa bergaduh, anak akan dapat kemalangan??)

    Inilah hipotesis saya di atas iaitu pada kebiasaannya sekiranya bu bapa bergaduh, anak akan dapat kemalangan atau terjatuh atau terluka atau jelasnya anak mendapat musibah. Musibah pada anak sebenarnya juga adalah musibah kepada ibu bapa tersebut. Kebiasaannya musibah yang diberikan Allah SWT ini adalah bergantung kepada besar kecil pergaduhan ibu ayah ini.

    Apakah salahnya saya mengajarkan ilmu hipotesis ini kepada sekelian pembaca? Saya diajarkan ilmu ini oleh arwah guru saya. Semoga Allah memberkatinya. Seandainya saya tidak mengajarkan ilmu ini, pastinya saya akan dipersoal oleh Allah SWT kelak.

    Berkenaan dengan kenyataan saudara "Keris akan tetap saya simpan tapi tidak tangkal dan azimat saudaraku MJ kerana Islam melarang menggunakan wafa` tetapi bukan senjata...Keris2 yang ada dalam simpanan saya telah `dikosongkan' oleh orang2 yang saya percaya dapat melakukannya dan tidak perlu lagi dilangir dimandi dipuja dibalut kain kuning dsb... Maaf tidak dapat dihantar kepada saudara MJ kerana secara peribadi saya tidak mengenali MJ"

    Menurut apa yang saya pelajari, segala senjata sekiranya tidak ada ritual sesat dalam proses pembikinannya, gunakanlah. Di simpan pun tidak menjadi kesalahan. Namun segala senjata yang telah dilakukan ritual sesat seperti dijampi serapah, dipuja, dilangir, dimandikan dsb

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah jawapan yang mantap saudara MJ,

    Cuma saya nk tanya...ada ke ilmu sunnatullah di zaman Rasullullah SAW? Tolong buktikan? Saya tahu saudara MJ akan menggunakan ayat pembalasan ke atas dosa oleh Allah SWT tapi ada tak diberitahu BILA balasan itu akan diterima? Saya cuma mintak hipotesis yang takda bukti nyata jangan didedahkan itu sahaja.

    Kalau setakat menyiasat kemudian membuat tekaan bahawa semua azab atau bala yang diturunkan Allah SWT itu sebagai balasan dosa silam, itu sudah dikira MERAMAL saudaraku MJ.

    Jenuh dah saya baca blog saudara MJ yang penuh ketaksuban dengan `arwah guru' tapi sampai sekarang semua pertanyaan pengunjung-pengunjung di sini tidak pernah dijawab? Siapakah `arwah guru' tersebut? KEIKHLASAN dan KEJUJURAN itu penting saudaraku MJ. Kalau saudara di pihak yang benar, dedahkanlah manalah tahu ada saudara seguru di sini yang MJ tidak kenali....

    Saudaraku MJ,
    Saya percaya keris2 tersebut telah `kosong' sebab saya PERNAH BELAJAR bagaimana hendak MENGENAL PASTI benda2 tersebut yang bagi saya tak melanggar hukum syariat dan merosakkan akidah... Lihat tanda2 zahir dan batin keris2 itu kemudian SEMBAHYANG ISTIKHARAH sahaja minta jawapan pada persoalan yang kita tak nampak pada ALLAH... Bukannya susah...Memang LUPUS itu senang tapi saudara tak jawab juga persoalan saya tentang CARA PELUPUSAN yang saudara lakukan... Saya tahu saudara tak dibayar gaji untuk operate laman web ni dan saya BERSIMPATi serta MENGHORMATI SAUDARA kerana banyak soalan yang harus saudara jawab tapi masalahnya zaman sekarang ni ramai sangat CONMEN... KEIKHLASAN saudara KEIKHLASAN...

    Zaman sekarang zaman pancaroba saudaraku MJ...Jangan dikaitkan bohjan, bohsia , rempit dengan sambutan maulidur rasul... Takda kena mengena langsung....Zaman dahulu tak ada GAMBAR LUCAH di INTERNET, DVD lucah saudaraku...Maksud saya di sini ialah kerosakan akhlak senang berlaku kerana terlampau banyak PENDEDAHAN mudah...Bayangkan kalau tak ada LANGSUNG bidaah hasanah?? Budak2 di sekolah nk ambik exam besar2 tak diajak buat bacaan yassin? LAGILA teruk...Yassin pun silap2 budak2 ni tak kenal...PENGENALAN saudara PENGENALAN...banyak bida`ah hasanah ni bertujuan untuk ENHANCEMENT bukan menambah amalan sesuka hati....sekadar penerapan nilai2 murni....sebab tu perkara2 tersebut tidak dihukumkan WAJIB sekadar SUNAT....Semua orang tahu perkara WAJIB mesti dikerjakan dahulu sebelum SUNAT

    Maaf sekali lagi saudara MJ, blog saudara tentang laman anti hadis itu cukup bagus tapi seperti yang saudara sendiri katakan....nyaris nk letak link pada web tu di sini sebabnya saudara kurang MENGHAYATI... Maaf saudara saya hanya seorang muslim biasa tanpa kelulusan agama yang tinggi tapi artikel pertama yang saya baca di laman web tersebut (sebelum saya bertemu blog saudara) saya sudah dapat mengagak itu adalah laman web anti hadis kerana anti hadis nak mengenal mereka mudah sahaja saudara... bila tafsiran al-quran itu mereka terjemah sebulat-bulatnya... mereka buang kurungan (penerangan tafsiran)... pepatah melayu yang saya buat alteration TAK KENAL MAKA TAK BENCI

    Tuduhan saudara terhadap karate dan silat cekak hanafi jugak tidak saya setujui....Saya adalah salah seorang pesilat peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan pelbagai jenis seni mempertahankan diri pernah saya pelajari. Amalan seperti mandi minyak seperti yang diterangkan oleh salah seorang pengunjung laman ini sebagai satu `TRICK' sebenarnya bukan untuk tarik pengikut tapi sekadar menguji keberanian pesilat tu sendiri. Memang ada banyak silat amalkan khurafat dan tahyul. Bagi saya senang, TINGGALKAN sahaja tak perlu ikut. Dalam ini saya gunakan pulak pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Kalau kita tidak kaji sesuatu perkara dengan teliti tak boleh dituduh begitu saja dengar pendapat orang terus TUDUH jatuh hukum sesat.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wbh para pembaca dan anakburung306

    Nampak gaya sdr anakburung masih tidak boleh menerima ilmu hipotesis yang cuba saya kembangkan kepada para pembaca sekelian. Biarkanlah dia. Sesungguhnya saya memang tidak boleh memberikan rahmat dan hanya Allah SWT pemberi rahmat yang mutlak.

    Semalam saya diiznkan untuk bertemu dengan seorang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan, maklumlah kalau naik kapal terbang dia kena duduk dalam business class dan bukan kelas ekonomi. Saya tidak pernah bertemu sebelumnya dengan hamba Allah ini. Saya bertemu hamba Allah ini bagi satu urusan rasmi namun dalam perbincangan kami alhamdulillah banyak sungguh hipotesis yang telah saya terbikan.

    Sesudah selesai urusan rasmi, saya cuba mempastikan sama ada hipotesis2 saya tersebut adalah benar atau tidak. Alhamdulillah hipotesis berkenaan penyakit benar. Seterusnya saya bergerak kepada hipotesis2 yang lebih berat iaitu berkenaan amalan kesesatan dan perbomohan. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah di atas segala rahmatMu, pagi ini saya menerima pelbagai tangkal yang banyak sekali dari hamba Allah ini. Semoga Allah SWT terus memberikan rahmatNya kepada hamba Allah ini dan dimatikannya di dalam iman.

    Ilmu hipotesis yang saya amalkan ini adalah ajaran arwah guru yang berlandaskan ilmu dalam Al Quran setelah mengkaji ilmu sunnatullah. Apabila saya sebut ilmu sunnatullah, memang memeningkan ramai orang kerana ilmu ini memang khususnya tiada di dalam kitab. Ilmu sunnatullah sebenarnya adalah ilmu kelaziman yang diberikan Allah kepada segala kejadian di dunia ini.

    Secara lumrahnya / kelaziman / sunnatullah apabila kita makan akan insyaAllah kenyang, bila dahaga minum maka hilang dahaga. Ilmu sunnatullah ini juga yang dikaji oleh para saintis dimana oksigen dapat dibuktikan dengan ujian kayu uji bernyala manakala gas hidrogen diuji kesahihannya dengan ujian kayu uji bernyala yang bakal menghasilkan bunyi pop.

    Melalui sunnatullah ini juga saya di ajarkan ilmu ini. Jambatan MRR di Kuala Lumpur rosak lagi. Sebenarnya ramai orang yang sudah mengetahui ilmu sunnatullah ini dimana mereka sudah membuat hipotesis bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan urusan pembinaan jambatan ini dan akibatnya hari ini kontraktor bridgex yang membinanya sudah disiasat. Mungkin selepas ini banyak pihak lain yang akan dipanggil untuk disiasat. Siasatan mereka ini sebenarnya adalah antara lainnya untuk mengesahkan hipotesis yang mereka ciptakan.

    Melalui ilmu sunnatullah ini juga saya membuat hipotesis untuk mengenal pasti punca masalah yang menyebabkan pegawai kerajaan yang saya temui semalam menghidap penyakit diabetes. Alhamdulillah benar. Setelah begitu banyak hipotesis yang benar (secara hukum sunnatullahnya) adakah salah saya mengusulkan teori bahawa antara punca penyakit diabetes adalah pengambilan nescafe, mee kuning, kacang dan kacang bergaram, jeruk kering dan basah, kurang sayur berkhasiat dan sebagainya. Dan teori yang saya hasilkan ini adalah dibawah seliaan arwah guru saya. Saya sebenarnya melakukan kajian semua ini sebenarnya hanya untuk mengesahkan ilmu yang diberikan oleh arwah guru kerana saya tidak suka menerima ilmu yang saya tidak pasti kesahihannya.

    Di dalam kes yang lebih abstrak pula, penggunaan ilmu yang sama saya aplikasikan dalam kes seperti keguguran dan sebagainya. Secaranya teorinya (berdasarkan kajian sunnatullah dan banyak hipotesis) dan secara ilmu yang diberikan kepada saya oleh arwah guru, keguguran sewaktu seorang ibu mengandung adalah disebabkan tekanan / pressure / stress. Berdasarkan ilmu ini , saya telah mengkaji untuk sekian lama mengapa seorang ustaz di satu tempat itu, isterinya kerap sahaja keguguran. Alhamdulillah hipotesis/teori saya ini benar apabila beberapa minggu lepas ustaz ini bercerita dengan saya tentang amalan perbomohan dan kisah cintanya dengan isteri orang. Memanglah dalam situasi ini, isteri akan kecewa dan memendam rasa dan inilah mungkin antara pelbagai punca yang menyebabkan isteri ini kerap keguguran.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum...terpaksa saya mencelah perkara ini.....Sambutan maulidur rasul - Saya nk tanya kepada saudara.... kalaulah sambutan maulidur rasul tidak diadakan... lebih ramai lagi anak2 muda zaman sekarang yang menjadi semakin buta kasih sayangnya terhadap Rasullullah SAW....Berapa ramai yang tahu Rasullullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal? Pastinya apabila buta mengenai sirah Rasullullah dari awal sehingga akhir, bagaimana nak mengikuti sunnah Baginda?

    saya ingin bidas

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum...terpaksa saya mencelah perkara ini.....Sambutan maulidur rasul - Saya nk tanya kepada saudara.... kalaulah sambutan maulidur rasul tidak diadakan... lebih ramai lagi anak2 muda zaman sekarang yang menjadi semakin buta kasih sayangnya terhadap Rasullullah SAW....Berapa ramai yang tahu Rasullullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal? Pastinya apabila buta mengenai sirah Rasullullah dari awal sehingga akhir, bagaimana nak mengikuti sunnah Baginda?

    saya ingin bidas sedikit....buku sirah mana yang saudara anak burung baca ar?.....sila lihat tulisan pakar hadis negara kita berkenaan dengan maulidurrassul...setakat sirah ibnu Hisham campak dalam tong sampah je!...PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.



    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang




    Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.



    Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.



    Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).



    Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).



    Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.



    Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)



    Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Aw

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbh habrashid dan pembaca sekelian

    Semoga habrashid sentiasa diberkati dan dirahmati dan cepat diberikan jodohnya.

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  26. insyaallah dalam lingkungan 10 tahun lagi habrasid kahwin...syukran ust Emjay....

    ReplyDelete
  27. buat saudara anak burung....apakah tak cukup lagi yang Nabi ajarkan kepada umatnya...ha!...adakah awak ni lebih pandai dari nabi....ini penjelasan tentang bidaah........ Berlaku pertentangan pendapat antara kalangan ulama tentang pembahagian bid'ah. Sebahagian mereka membahagikannya kepada bid'ah hasanah dan bid'ah saiyi'ah. Sebahagiannya pula menjadikan bid'ah kepada lima bahagian seperti hukum syar'i. Semua pembahagian ini tidak ada asalnya. Kerana hadis s.a.w. menyatakan: "Setiap bid'ah itu dhalalah." Ia adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak berada di bawah mana-mana asal atau sumber dari sumber-sumber tasyri' (pensyariatan) atau ia bukanlah perkara yang ada dalilnya dari mana-mana dalil hukum.

    Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:

    Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.

    Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).

    Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah.

    Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)."

    Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.

    Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum... nak mencelah juga...tanya sikit...apa makna Ilmu Hikmah?

    ReplyDelete
  29. Kenapa saya nak tahu identiti emjay yg sebenar?

    Salam buat para sahabatku sekalian.

    Baru-baru ini saya ada menulis dua artikel khas ditujukan buat Emjayjb ini.

    Pertama, artikel tentang siapakah Emjayjb ini sebenarnya.Sila klik:

    http://tablighster.multiply.com/photos/album/3/Siapakah_Emja yjb_

    Kedua, artikel tentang misteri kehilangan blognya itu selepas saya mendedahkan identitinya itu. Sila klik:

    http://tablighster.multiply.com/photos/album/5/Emjayjb_Does_ Not_Exist

    Jika saudara sekalian mempunyai masa lapang jemputlah berkunjung ke sana.

    Ikhlas,

    Tablighster

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Wr. Wbrkth......

    Saya yang cetek ilmu hendak bertanya, kemungkinan soalan ini sudah diajukan, kemungkinan juga mempunyai maksud yang berlainan.

    Di rumah, saya ada menggantungkan ayat2 Al-Quran seperti ALLAH-MUHAMMAD, ayat Seribu Dinnar, ayat Kursi-Yasin dan sebagainya dalam bentuk berbingkai kayu dan kaca sebagai hiasan dinding dan secara tidak langsung anak2 saya sentiasa mengamalkan membacanya.

    Dulu sebelum saya mengetahui hukum-hakam dan perkara syirik dalam sesuatu benda dan kepercayaan, saya juga berpendapat bahawa ayat2 ini baik sekali sebagai sesuatu yang ditakuti oleh Syaitan dan Jin. Tetapi kini saya telah membuang semua fikiran dan pendapat negatif saya mengenai benda tersebut (maksud saya ayat2 yg saya gantung) kini bukanlah saya anggap sebagai pelindung dan cuma sekadar menjadikannya sebagai hiasan semata agar dapat membezakan kita sebagai penghuni muslim yang menduduki rumah tersebut. Disamping itu anak2 saya juga suka membacanya...
    Apakah perbuatan saya ini masih dianggap syirik?

    - TANGKAL sebenar pada diri seorang muslim itu adalah DOA DI DALAM SOLAT!

    ReplyDelete
  31. Ma'af! apa yg boleh saya rumuskan dgn sedikit ilmu yg cetek ini, walaupun saya akui betul dlm bnyk perkara tetapi berperawakan 'agak tidak enak' dan 'sedikit 'sombong' . Salah satunya, ttg fatwa sambutan Maulidurrasul, mungkin boleh baca fatwa terkini Dr Yusof Qardawi, mungkin MJ lebih berilmu dari Dr Yusof?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wbh

    Atau adakah Dr Yusof Qardawi lebih hebat dan lebih pandai dari para sahabat Nabi dan para tabiin?

    Saya dalam banyak perkara adalah sangat lemah dan kadang-kadang memang agak keras apabila berkata dan menulis namun sahabat nabi Abu bakar amat berdiplomasi tetapi ada juga para sahabat yang keras seperti sayyidina Hamzah.

    Yang baik memang dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya jua. Dan oleh kerana saya banyak kelemahan maka saya ikutlah contoh yang paling mudah iaitu mencontohi para sahabat dan tabiin kerana itu adalah contoh terbaik.

    Emjay

    ReplyDelete
  33. as..kum..tuan..saya ada membaca laman mj..saya tk de komen..cuma ingin tahu cara utk membersihkan kws dlm rumah dr ganguan energi negatif

    ReplyDelete
  34. as..kum..tuan mj..saya ingin tahu cara bagaimana utk membersih kws dalam rumah dr gangguan energi negatif...

    ReplyDelete
  35. Waalaikumussalam wbh

    Islam tidak mengajarkan energi negatif. Hanya ilmu sesat dan ilmu dari orang kafir sahaja yang mengajarkan ilmu energi negatif. Pada mereka garam, tangkal, berhala dsbnya boleh digunakan untuk menghalau energi negatif.

    Islam mengajararkan rahmat dan azab musibah. semuanya ditadbir dan dikurniakan oleh Allah. Gangguan dari syaitan juga adalah satu bentuk azab musibah dari Allah.

    Pendinding dalam Islam HANYA Allah SWT kerana DIAlah sahaja yang memberikan rahmat dan azab musibah. Mohonlah kepadaNYA dengan bercakap dan berdoa (mudahnya dalam bahasa Melayu). Semoga doa sdr mudah diperkenankan Allah, buatlah apa yang disuruh dan elakkan dari perkara yang ditegah. Mudah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  36. Assalamu'alaikum Ustaz.

    Soalan saya sama seperti InsanDahaga. Tapi byk bezanya.

    Pakcik saya dia tinggalkan byk membeli dan mengantung ayat2 Quran di rumah sewanya dulu. Sekrg dia dah pindah, tapi sbb rumah sewa barunya kecik, dia tinggalkan ayat2 Quran tu pada kami. Masalahnya, isteri saya nak gantung ayat2 Quran tu atas alasan hanyalah sebagai hiasan. Utk pengetahuan Ust, kami

    ReplyDelete
  37. Jangan beriktikad bahawa ia memberi bekas sudah ler...

    ReplyDelete
  38. assalamu'alaikum ustaz...

    saya ingin bertanya...
    apakah maksudnya jika kita menemui tulang yang ditanam dihadapan rumah?

    ReplyDelete
  39. Waalaikumussalam wbh

    Kalau ragu-ragu dengan tulang tersebut, poskan saja kepada saya. Tentang alamat saya tu boleh PM saya melalui Multiply ini atau email saya di kangmasjb@hotmail.com.

    Sesorang sahabat saya macam-macam orang tanam di depan rumahnya alhamdulillah tiada apa pun yang berlaku. Saya sentiasa memberikan nasihat kepada sahabat saya tu, "jaga diri dari melakukan kesilapan kerana apabila kita silap kelak Allah SWT kenakan sihir kepada kita".

    Apabila kita sentiasa menjaga diri dari melakukan dosa-dosa besar terutama sekali dosa syirik, insya-Allah biar berbagai-bagai tangkal kemenyan di tanam di depan rumah, insya-Allah Allah adalah pelindung TERHEBAT. Tiada sesuatu apa pun dapat menandingi kuasa Allah SWT.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. Aslmwht.Tuan sila fw artikel ini utk http://nasa-suatu perjalanan.blogspot.com.T'kasih

    ReplyDelete
  41. Waalaikumussalam wbh

    Segala artikel di dalam Laman Emjay adalah disediakan untuk para pembaca sekelian. Sesiapa yang ingin mengambil dan memasukkan ke mana-mana laman adalah dipersilakan. Ingin memasukkan sekali sumbernya iaitu dari Laman Emjay pun boleh dan kalau tak ingin memasukkan sumbernya pun tidak mengapa.

    Seandainya saya forwardkan ke blog tersebut, seolah-olah saya mengarahkan empunya blog sedangkan saya tidak mengenali empunya blog tersebut. Kalau sdr arazaka kenal empunya blog tersebut, beritahulah dia, ambillah saja artikel dari laman saya ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  42. untuk tajuk menggantungkan ayat al-quran
    Assalamualaikum..
    ustaz, adakah benar menggantungkan ayat al-quran adalah salah..
    tetapi saya sebagai seorang pelajar.. saya rasa kalau ada ayat quran memang senang untuk saya mengingati allah.. dan saya suka membacanya pada orang yang meletakkan ayat al-quran dan saya akan menampalkan di dinding memberitahu adik saya maksudnya.. guru sekolah saya kata untuk satu huruf ada pahalanya tidak termasuk niat membaca.. tetapi kalau tiada ayat seperti ini digantung, kemungkinan besar adik saya dan juga saya tidak amik peduli pun tentang itu dan tidak mengingati langsung.. ya memang saya boleh mengaji di kitab al-quran tetapi bagaimana dengan adik saya kalau dia degil dan malas untuk membacanya melainkan saya membuat sesuatu iaitu menggantungkan ayat-ayat quran dan sekarang alhamdulillah dia boleh menghafal surah-surah mukadam.. boleh tak ustaz memberikan sedikit cadangan..

    ReplyDelete
  43. di darus syifa(ustaz harun din) pun ada mengunakan ayat al quran untuk tujuan mandi ...ada juga mengunakan limau yang dimasukkan ke dalam air mandian...tapi mereka bukan bomoh...bagaimana pulak tu...minta pencerahan...

    ReplyDelete
  44. Di Darus Syifa awal 90 dahulu, Harun Din sendiri mengajar anak-anak muridnya untuk memasukkan ibu jari ke dalam bangkai anak buaya untuk memperolehi kuasa sakti. Tanyalah sendiri perkara ini kepada Harun Din.

    Kesimpulannya:
    Kenyataan dari pumabiru:
    1. mengunakan ayat al quran untuk tujuan mandi
    2. mengunakan limau yang dimasukkan ke dalam air mandian..

    Kenyataan dari saya:
    1. memasukkan ibu jari ke dalam bangkai anak buaya untuk memperolehi kuasa sakti
    2. Yang lainnya silalah rujuk artikel-artikel saya terdahulu.

    Soalan saya, masih tak jelas lagi ke dengan amalan bomoh sesat?? Bomoh sesat memang menggunakan limau nipis atau limau purut. Waktu mandi safar dahulu pun para ustaz sesat menulis ayat-ayat al Quran atas kertas lalu dimasukkan ke dalam baldi lalu dicampur air sebagai mandian tolak bala. Bukankah ini jelas sesat?? apa bezanya dengan Harun Din??

    Bagaimana pula dengan masukkan ibu jari ke dalam mulut buaya tu???? Macam cerita vodoo orang Afrika sahaja!!

    Emjay

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum..saudara emjay..

    Sudah agak lama saya tidak mengunjungi laman web saudara emjay..dan saya tertarik dgn tajuk dan penulisan artikel di atas..

    Apa yg saya fahami...yang di maksudkan oleh saudara emjay adalah..ramai di kalangan org islam yg menggantungkan ayat2 al-quran di rumah sebagai penghalau syaitan dan sebagainya...seolah-olah menganggap bahawa dgn menggantungkan ayat al-quran tersebut maka..syaitan dan jin atau penyakit dapat di hindari....apa kah bezanya dengan menggantungkan azimat dan tangkal??..sedangkan di dalam azimat dan tangkal tersebut juga terkandung ayat2 al-quran..maka..apa yg di maksudkan oleh saudara emjay...perbuatan org ramai pada masa sekarang yang menggantungkan ayat2 al-quran tidak ada bezanya dengan menggantungkan azimat dan tangkal....

    persoalannya di sini...manakah yang lebih baik..membaca ayat al-quran atau menggantungkan ayat al-quran???...nabi saw pernah mengajar..untuk menghalau syaitan di rumah..amalkan bacaan surah al-baqarah dirumah..keraplah membaca al-quran di rumah..bknnya menggantungkan ayat2 al-quran di rumah...persoalan seterusnya..adakah org2 yg menggantungkan ayat2 al-quran itu..mengamalkan bacaan al-quran di rumah setiap hari..atau sekadar menggantungkan sahaja ayat2 al-quran dan tidak menjadikan amalan bacaan al-quran di rumah??....

    seolah2 menganggap bahawa ayat2 alquran hanya sebagai pehiasan di rumah atau sebagai pelindung atau pendinding.....sedangkan hanya Allah yang Maha Melindungi kita dari segala perkara yang memudaratkan....sedangkan kita dituntut untuk membaca..memahami dan mengamalkan apa yg terkandung di dalam al-quran tersebut..bukannya digunakan sebagai perhiasan di rumah.......inilah yg cuba terangkan oleh saudara emjay di dalam penulisan beliau..utk mengajak kita melakukan perkara yang utama daripada melakukan perkara yg sia-sia..manakah yg lebih utama...menggantungkan ayat2 alquran ATAU membaca, memahami dan mengamalkan apa yg terkandung di dalam alquran tersebut??..tepuk dada..tanya iman..

    berkenaan dgn sambutan malidur rasul...ramai yg menganggap bahawa jika sambutan itu tidak dilakukan..maka ramai anak muda akan lupa mengenai rasulullah dan perjuangan beliau dalam menegakkan iman dan takwa di muka bumi ini.....

    persoalannya di sini..adakah anak muda tersebut mengerjakan solat?..membaca al-quran...atau berzikir kpd Allah..atau pergi ke kuliah-kuliah agama yg di adakan di masjid atau surau.??..percayalah...dgn mengerjakan solat..itu tandanya kita mengingati Rasulullah..dengan membaca al-quran itu tandanya kita mengingati Rasulullah..dengan mengamalkan sunnah nya..kita mengingati Rasulullah....dengan menghadiri kuliah2 agama di masjid atau surau..kita akan mengenal Rasulullah dengan lebih dekat dan menambahkah rasa cinta kepada beliau...bukannya dengan menyambut hari kelahiran beliau...sekiranya budaya ini diteruskan maka..anak muda hanya akan mengingati perjuangan Rasulullah saw setahun sekali..sedangkan kita di perintah untuk melakukan apa yg telah beliau ajarkan kepada kita seperti solat, membaca al-quran..berzikir dan sebagainya...persoalan seterusnya..adakah mereka2 yg menyambut hari maulidur rasul ini benar2 mencintai Rasulullah atau sekadar mengingati beliau..berapa ramai kah mereka2 yg berarak ketika sambutan tersebut..tetapi kepenatan untuk melakukan solat zuhur kerana penat berjalan berarak membawa sepanduk....sehingga solat itu di tinggalkan..adakah itu tandanya mereka mengingati Rasulullah...??..

    wallahualam...yang baik itu dari Allah..yang tidak baik itu adalah kelemahan saya sendiri...maaf kiranya ada pembaca yg terkecil hati dgn membaca komen saya ini..bukan berniat utk membetul sesiapa..hanya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri...

    peace...Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kepada umat islam di Malaysia dan juga kepada saudara emjay sekeluarga...

    assalamualaikum...

    ReplyDelete
  46. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah SWT mematikan saya dan sdr kingtensai dalam iman

    Emja

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum
    ingin mencari ilmu ..berguru
    agar jalan lurus ..

    ReplyDelete
  48. Waalaikumussalam wbh

    Kalau sudi datanglah belajar di rumah saya di JB

    Kalau berhajat saya berikan alamat dan nombor telefon

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum
    sy dh email kepada ustaz , semoga terbuka hati ustaz untuk membalas email sy tersebut.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Waalaikumussalam wbh

    Email saya kangmasjb@hotmail.com tidak dapat digunakan lagi kerana telah dicrack oleh entah siapa lalu menghantar beribu-ribu email sampah kepada merata orang sehinggakan hotmail telah membekukannya. Saya tidak boleh lagi memasukinya.

    Oleh itu sila gunakan email baru saya emjayjb@gmail.com. Sila emailkan semula email sdr ke sana

    Emjay

    ReplyDelete