Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Monday, 19 October 2009

Perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya

Perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya
Satu hari saya melihat perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya yang telah lama berpisah. Di dalam kesempatan tersebut, guru ini ingin sekali menilai semula beberapa ajaran yang telah beliau sampaikan lebih 15 tahun dahulu. Guru ini amat berharap bahawa segala yang telah beliau sampaikan dahulu kepada muridnya ini masih utuh.
Guru: “Berapa rukun iman”
Murid: “Enam”
Guru tersenyum gembira: “Sila nyatakan”
Murid dengan amat yakin menjawab : 
“(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar”
Guru tersenyum gembira lalu menambah soalan: “Berapa rakaat dalam solat-solat wajib sepanjang hari yang engkau lakukan?”
Murid: “Subuh 2 rakaat, Zuhur 4 rakaat, Asar 4 Rakaat, Maghrib 3 rakaat dan Isyak 4 rakaat”
Guru  tersenyum lebih lebar mengetahui bilangan rakaat dalam solat wajib sepanjang hari masih kekal sama sebagaimana yang  beliau ajarkan dahulu. Seterusnya: “Kali ini saya menyoal soalan yang lebih mudah, sebutkan oleh mu Tasbih”
Murid dengan amat yakin menyebutkan: “Subhanallah”
Guru bertambah girang mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Tahmid”
Murid menjawab lancar: “Alhamdulillah”
Guru  bertambah lagi girangnya mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Takbir”
Murid menjawab mudah: “Allahuakbar”
Guru   amat gembira mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Tahlil”
Murid ini mula mengerutkan dahinya. Selepas lama berfikir beliau menjawab “Nak buat tahlil pendek atau tahlil panjang?
Kini Guru pula yang berkerut-kerut dahinya. Seterusnya “Saya tidak pernah pula mengajarkan kepada engkau dahulu tahlil pendek atau tahlil panjang. Bacakanlah apa yang kamu tahu tentang Tahlil!”
Murid semakin panjang kerut dahinya dan semakin jauh berfikir. Seterusnya menjawab: “Nak sedekahkan pahala tahlil ini kepada arwah siapa?”
Guru kini hilang segala raut wajah gembira sebagaimana sebelumnya. Kerutan dahi  beliau semakin nyata menggambarkan kesugulan yang amat jelas. Seterusnya guru menjawab “Saya tidak pernah mengajarkan amalan sedekah pahala tahlil kepada arwah. Dari mana kamu dapat ilmu mengarut ini?”
Murid semakin pening dengan penjelasan Gurunya. “Saya diajarkan oleh pemimpin dan guru-guru kami di sini tambahan pula nenek moyang kami juga mengamalkan amalan tahlil sebegini”
Guru   seterusnya mendesak Murid ini: “Bacakanlah oleh mu sebagaimana kamu biasa bertahlil”.
Murid: “Maaf saya tidak dapat bertahlil kerana saya tidak hafal dan tidak ada buku panduan bertahlil di sini”
Guru  : “Tahlil adalah ucapan lailahaillallah. Bagaimana kamu tidak menghafalkannya? Adakah kamu tidak membaca tahlil ini dalam solat kamu?”
Murid tercengang : “Saya minta maaf kerana menurut fahaman saya tahlil adalah perkara lain” Murid ini lalu bergegas mencari buku panduan bertahlil di dalam rumahnya dan setelah ditemui lalu diberikannya kepada Guru.
Sebaik sahaja Guru membuka buku panduan tahlil tersebut, guru kelihatan amat marah dan bersedih lantas berkata: “Laknat Allah dan celaka sungguh mereka yang berani merubah syariat Nabi Muhamad SAW. Lain yang diajarkan lain pula yang mereka amalkan. Sesungguhnya setiap yang baru dalam agama Islam adalah bidaah dan setiap bidaah adalah neraka”
Kedua-dua Guru dan Murid lama termenung. Masing-masing menerawang jauh dengan kesedihan yang mendalam. Setelah sekian lama menyepi, Guru meneruskan soal jawab: “Ucapkanlah oleh mu syahadah”
Murid mengucapkan: “ASYHADU ALLA ILAHA ILALLAH WAASYHADUANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.”
Kesedihan guru dari peristiwa sebelumnya hilang dan terpancar pula kegembiraan dengan bacaan syahadah bekas muridnya ini. Seterusnya guru menyambung dengan soalan: “Bagaimana pula bacaan selawat kamu. Bacakanlah aku mahu mendengarnya”
Murid lalu membacakan  selawat Fatih sebagaimana yang selalu diamalkannya yang terdapat di http://koleksi-doa2.blogspot.com/2009/04/pelbagai-selawat-i.html  
Guru menggeleng-gelengkan kepala dan muka  beliau jelas menunjukkan kemarahan. Guru berkata: “Bacakanlah selawat sebagaimana yang saya telah ajarkan dahulu!!”
Mengetahui bacaan selawat sebelumnya adalah salah, lalu Murid ini membacakan pula selawat Syifa yang selalu diamalkannya sebagaimana di http://www.youtube.com/watch?v=laL-kax2ctw
Guru bertambah lagi kemarahannya: “Ini bukan selawat yang saya ajarkan dahulu! Bacaan yang kamu bacakan pula mengandungi amalan tawassul yang merosak agama. Nabi Muhamad SAW adalah seorang penyampai dan bukan pemberi rahmat. Mintalah terus kepada Allah mengapa minta kepada Nabi Muhamad SAW yang sudah wafat?”.
Memandangkan Guru  tidak menerima selawat-selawat yang telah dibacakan, dengan pantas Murid ini membacakan pula selawat-selawat lain seperti :
1      Selawat penghapus dosa selama 80 tahun
2      Selawat Tafrijiyah
3      Selawat Kubra
4      Selawat Munjiyat
5      Selawat Kamaliyat
6      Selawat Badriyah
7      Selawat Nuruzzati
8      Selawat Aliyul Qadri
9      Selawat Nurul Qalbi
10   Selawat Syeikh Fakhrudin Ar-Razi
11   Selawat Ahmad Khujandi
12   Selawat Sayyid Ahmad Al Badawi
13   Selawat Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
14   Selawat menghilangkan dukacita dan kesusahan (Maknanya; Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rahmatilah penghulu kami Muhamad kekasih yang dikasihi, penyembuh segala penyakit dan pelapang segala kesempitan)
Bagi setiap selawat yang dibacakan oleh Murid ini, Guru dengan pantas dan marah menolaknya.
Murid: Membacakan selawat sebagaimana terdapat di dalam solat waktu tahiyat awal dan akhir.
Sebaik sahaja guru mendengar bacaan ini beliau terus mencelah dan berkata: “Itulah antara bacaan selawat yang saya ajarkan dahulu. Mengapa kamu mencipta berbagai-bagai selawat lain? Adakah kamu lebih hebat dari aku atau Nabi Muhamad SAW? Apakah aku pernah menyorokkan sesuatu yang baik bagi kamu? Apakah Allah SWT terlupa untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad SAW bagaimana cara berselawat yang paling baik? Kembalilah kepada sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhamad SAW. Tinggalkanlah segala selawat bidaah yang telah kamu bacakan tadi serta selawat-selawat lain yang tidak pernah diajarkan dalam Islam”
Murid: “Astaghfirullah al ‘azim. Ya Allah ampunilah dosa aku kerana mengamalkan amalan agama yang tidak berlandaskan panduan Mu iaitu Al Quran dan Al Hadis.
Guru   seterusnya mengancam Murid ini dengan membacakan Al Quran serta menjelaskan maksudnya: “Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya baginyalah neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al Jin: 23)
 “Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa (bebas) terhadap kesesatan yang telah ia kuasainya itu dan Kami masukan ia ke Jahannam, dan Jahannam seburuk-buruknya tempat kembali.”(An Nisa:115)


 “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”(Al-Ahzab:36)
Begitulah lebih kurang cerita saya untuk kali ini.


Wallahuaqlam

Emjay

22 comments:

  1. Assalamualaikum wrh.wbt..Bismillah

    Didoakan agar saudara emjayjb dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berdakwah.Merujuk kpd kisah diatas, sama lah dgn amalan2 lain seperti marhaban, tahlil dan baca yaseen hari khamis yang menjadi amalan dikalangan umat islam nusantara.Baru-baru ini saya dijemput ke rumah seorang pegawai di salah sebuah IPTA bagi jamuan hari raya..sudahlah tidak dimaklumkan ada marhaban,tiba2 disuruh pulak saya memimpinnya.diringkaskan cerita.....dgan izin allah,diberi jalan keluar untuk mengelakkannya.terima kasih allah.

    ReplyDelete
  2. hanya dengan ilmu sahaja lah kita dapat mengetahui apa yang Nabi suruh buat atau dilarang. Tanpa ilmu dan aqidah yang lurus maka kita akan menyangka amalan2 spt marhaban, tahlil dan baca yaseen hari khamis adalah ibadah.sudah lah begitu, kita ajak orang lain untuk sama-sama melaksanakannya.Wallahua'alam

    ReplyDelete
  3. ASsalamualaikum..
    minta sdr Emjay perbetulkan skit......Maghrib tu 3 rakaat!
    makacheh!

    ReplyDelete
  4. Salam!
    Dah lama tak dapat buah tangan Emjay. Terimakasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terima kasih saya dah betulkan

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Salam kang Mas,

    terima kasih info yg sgt2 berguna, teringt semasa di Masjidil Haram kenapa lepas habis sembahyang setiap waktu tiada wirid dan bacaan doa oleh imam? kat sini kalau di masjid panjang berjela. Ulas sikit kang.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Mohon pandangan tuan....saya sering mengamalkan ayat 42 surah shaad yg bermaksud "hentakkanlah kakimu,inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum" dengan cara membaca ayat ini dalam hati sewaktu mandi dan ketika air jatuh ke atas kepala... dalam masa yang sama saya berdoa antaranya berbunyi ya Allah yang maha berkuasa,engkau keluarkanlah segala penyakit yang ada dalam tubuh badanku dan lancarkan perjalanan darah dalam badanku ini ya Allah yang maha berkuasa,hanya engkau yang berkuasa atas segalanya. Semuanya dibaca dalam hati semasa mandi ( berpakaian mandi menggunakan kain basahan ).
    Ayat doa ini diajar oleh seorang ustaz kepada kawan saya dan saya juga mengamalkannya. Saya mohon pandangan tuan haji jika amalan ini bersalahan dengan hukum. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Nampak amat pelik amalan ini. Islam tidak membenarkan bacaan Al Quran serta zikir di dalam tandas. Kebanyakan bilik air kita adalah beserta tandas.

    Amalan membaca ayat 42 surah Shaad ini saya belum jumpa pernah diamalkan oleh Nabi serta para sahabat. Oleh itu elakkan dari amalan yang tiada sandaran.

    Kalau nak amalkan, amalkan saja doa tersebut iaitu "ya Allah yang maha berkuasa,engkau keluarkanlah segala penyakit yang ada dalam tubuh badanku dan lancarkan perjalanan darah dalam badanku ini ya Allah yang maha berkuasa,hanya engkau yang berkuasa atas segalanya.". Doalah seberapa banyak pun disebarang waktu kecuali dalam tandas, ia adalah suatu yang baik.

    Namun berdasarkan apa yang terdapat dalam hadis, penyakit pun baik juga kerana ia banyak memadamkan segala dosa-dosa kita yang lampau. Kalau kita mampu, berdoalah agar kita sakit kerana ini ada sandarannya. Pernah satu ketika sahabat berdoa agar beliau sakit kecuali apabila beliau ingin menyertai jihad perang dan diperkenankan Nabi Muhamad SAW. Begitu juga seorang wanita yang kena penyakit sawan babi.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz. adakah selawat ibrahimiyah juga termasuk bidaah? minta penjelasan.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh sdr ku abende

    Alhamdulillah dan terima kasih di atas teguran sdr abende tentang selawat ibrahimiyah. Selawat itu adalah selawat yang benar menurut Al hadis kecuali tambahan "Saiyyidina". Saya mengaku tersilap. Saya sudah pun betulkan dalam tulisan saya di atas.

    Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang terdapat dalam tahiyat akhir sewaktu solat.

    Terima kasih daun keladi.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. salam.. saudara
    saya ada kemusykilan..
    bagaimana pula dengan bacaan hizib yang disanadkan kepada ulama'2 muktabar seperti imam hasan asy syazili.. imam abdullah al haddad.. sekadar bertanya, terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalaamuaalikum ustadz emjay.

    Apakah membaca al-Quran sekerat-sekerat itu bida'ah?

    Jika jawabannya ya, haruslah kita menghabiskan satu surah atau semua sekali al-Quran itu setiap kali membacanya.

    Apakah Nabi Muhammad tadarus al-Quran sekerat-sekerat atau satu-satu surah atau menghabiskan seluruh al-Quran dengan sekali baca?

    Saya kira membida'ahkan dalam soal kaedah pembacaan ini haruslah dinilai semula, supaya semua amalan yang tidak menepati cara Nabi akan kita buang tanpa sebab yang kukuh.

    Membida'ahkan pehak lawan yang juga mempunyai hujah, akan menjatuhkan kita ke dalam jurang menyesatkan orang lain.

    HAMKA berkata, ijtihad tidak boleh disalahkan dengan ijtihad.

    Wassalam

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Apakah kesah di atas hanya ilusi atau benar-benar berlaku?

    Jika benar-benar berlaku, apakah ia menjadi hujah sahih dalam manhaj ustadz Emjay?

    Dan jika tidak berlaku, apakah ia fitnah dalam bentuk ilusi?

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Saya benar-benar tidak faham dengan soalan-soalan sdr.

    Artikel saya di atas tidak membincangkan langsung kaedah membaca Al Quran?

    Minta penjelasan lanjut tentang soalan sdr??

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalaamualaikum tuan ustad Emjay.

    Soalan saya jelas berkatitan dengan cara membaca al-Quran dan simple sahaja.

    Saya bersetuju dengan kata tuan bahawa membaca al-Quran dalam tandas adalah tidak boleh. Namun apakah membaca dalam hati juga tidak boleh? Kalau tidak boleh, bagaimana hukumnya jika kita menyebut ALLah jika terjatuh ditandas? Ramai orang yang biasa dengan kalimah itu akan menyebut tanpa diminta apabila berlaku kemalangan umpamanya.

    Demikian juga, membaca al-Quran tanpa habis apakah boleh atau tidak. Contohnya jika saya membaca surah al-Baqarah, sampai ditengahnya saya berhenti dan menyimpan al-Quran itu. Apakah boleh atau tidak. Ini maksud saya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Memandangkan reply yang sdr utarakan serta email yang sdr hantarkan kepada saya, saya nak tanya sekali lagi, tarekat apa yang sdr amalkan.

    Bab membaca Al Quran tu, adakah saya ada melarang berhenti membaca Al Quran di tengah-tengah?. Berhentilah dimana tanda wakaf atau ditempat-tempat lain yang tidak merosak makna ayat tersebut. Ayat Al Qursi pun adalah ayat-ayat ditengah-tengah Al Baqarah, apa salahnya dengan membacanya?

    Bila Allah sudah melarang baca Al Quran di dalam tandas, dengarlah dan laksanakanlah. Dalam hati pun membaca juga, jadi tak sesuailah buat dalam tandas. Susah sangat ke larangan ini!!. Benda yang tak sengaja apalah nak dikira sangat. Nabi pun tak sengaja terbangun pagi terlewat matahari dah tinggi tetapi nabi terus solat subuh juga.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalaamualaikum ustadz emjay.

    Saya ingin bertanya kepada tuan, apakah sebenarnya tariqat Ahmadiah, Naqsyabandiah, Qadiriah dan lain-lain itu? Mengapakah tuan mengatakan semuanya sesat?

    Apakah semua tariqat itu tidak sejalan di atas al-Quran dan Sunnah?

    Bolehkah tuan memberikan saya satu statement asal usul tariqat ini, apakah ia tidak bersumberkan al-Quran dan Sunnah atau perjalanannya tidak ada sedikitpun menurut perlakuan Nabi Muhammad dan Sala Salihin?

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Saya baru saja menulis di thread lain menjawab reply sdr bahawa saya sudi berkongsi ilmu dengan sdr.Namun sekiranya sdr sudah masuk aliran tarekat, maka saya minta maaf iaitu saya tidak lagi sudi untuk berkongsi ilmu dengan sdr.

    Waktu Arwah Ustaz Hashim masih hidup lagi, kami merasa amat sedih apabila ramai golongan assunnah di utara telah terrrmasuk kepada golongan tarekat. Kini saya pun tambah sedih kerana sdr pun terrrjerumus ke lembah tarekat.

    Maaf kerana saya memang "alergi" dengan tarekat.

    Semoga Allah SWT memberikan taufik hidayah kepada sdr shahil63 dan dimatikan dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalaamualaikum ustadz emjay.

    Saya hanya mahu tuan memberikan satu persatu ajaran tareqat yang menyalahi sunnah atau tidak berdasarkan ajaran RasuluLLah. Dan berikan juga tujuan ahli tareqat itu seperti redha, kyusu', mahabbah, dzauk itu tidak berdasarkan al-Quran atau sunnah Rasul.

    Dan saya juga mahu tuan berikan hujah apakah zikir yang diamalkan ahli tareqat yang beribu kali sehari semalam itu tidak berdasarkan sunnah.

    Dan saya bertanya kepada tuan apakah Islam hanya mementingkan amal dzahir tanpa memerhatikan bathin ketika beramal?

    Dan hati-hati tuan berkata supaya ajaran kebathinan yang sememangnya sesat tidak tuan kelompokkan sebagai tariqat sufiah. Jika tuan lakukan, tuan telah melakukan fitnah.

    Silalah tuan jelaskan sejelas-jelasnya soalan saya, supaya kita diskusikan sehabis tuntas secara dzahir dan bathin, dari sistematika hinggalah hasil tujuannya.

    Silakan tuan. Tuan jangan takut, saya bukanlah orang berilmu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  20. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum.... abg emjay saya ingin bertanya adakah selawat badar juga tergolong sebagai bid'ah, sdgkan, selawat itu lahir ketika perang badar, dimane uma islam membacanya untuk menaikkan semangat para pejuang.....

    ReplyDelete
  22. memang laa emejy tarekat nie ..betul ke tidak .sy pun x tau

    ReplyDelete