Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 5 October 2009

Breast lump (benjolan pada buah dada) dan pewangi ketiak.

Pewangi ketiak seperti ini boleh menyebabkan breast lump

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbth kepada sdr seagama dan laknat Allah kepada iblis serta pengikutnya.
Lama sungguh tidak menulis. Ada beberapa tajuk yang sudah mula menulis tetapi kerana tidak menemui bahan yang sesuai sebagai sokongan, artikel-artikel ini masih belum dapat dimasukkan ke dalam Laman Emjay.
Kepada para pembaca Laman Emjay, doakanlah saya agar segala urusan berkaitan menulis artikel dimudahkan oleh Allah SWT.
Kali ini saya ingin menulis tentang masalah orang perempuan iaitu tentang  lump atau benjolan pada buah dada. Kalau dalam istilah bahasa Inggeris atau istilah kedoktoran, ia dipanggil “breast lump”.  Kalau nak tahu lebih lanjut tentang breast lump ini, masuk saja GOOGLE dan taipkanlah “breast lump”. Kelak akan keluar berbagai-bagai artikel tentang breast lump ini. Antara anrtikel menarik tentang breast lump di internet ini anda boleh baca seperti di :
4.       dan berbagai artikel lainnya di internet ini.

Berbagai penjelasan diterangkan oleh para doktor dan antara rumusan yang boleh saya jelaskan di sini (menurut pandangan doktor) ialah:
1.       Breast lump adalah kejadian normal di kalangan wanita sama ada sebelum kahwin atau sesudah berkahwin.
2.       Breast lump boleh berlaku sewaktu haid, mengandung atau dikalangan wanita yang sudah berusia.
3.       Sebahagian breast lump adalah sekadar lump dan bukan kanser manakala sebahagian breast lump adalah kanser.
4.       Breast lump adalah disebabkan faktor hormon.
5.       Terdapat breast lump yang sakit  dan ada juga yang tidak meninggalkan sebarang kesan sakit.
6.       Breast lump terdapat dalam pelbagai saiz dan saiz lump ini juga boleh membesar sehingga melebihi saiz bola ping pong.

Baru-baru ini saya didatangi seorang suri rumah, saya namakan Salmah (bukan nama sebenar) yang datang ke rumah saya bersama seorang anak daranya Ida (juga bukan nama sebenar) yang berusia kira-kira 21 tahun. Setelah tamat sesi perbincangan masalah Salmah, suri rumah ini lalu mengemukakan masalah anak daranya Ida. Ida menghidap masalah breast lump ini pada buah dadanya dan saiznya sudah lebih 3cm.
Berdasarkan ilmu yang diajarkan arwah guru, apabila menerima soalan seperti ini saya pun terus mengemukakan soalan “Ada gunakan pewangi ketiak seperti ODORONO?”.
Ida menjawab “ada”.
“Sudah berapa lama gunakan pewangi ketiak ini?” soalan saya seterusnya.
“Sudah beberapa tahun” Ida menjawab.
Terdapat beberapa soalan lain yang berkaitan yang saya ajukan kepada Ida. Setelah cukup data maka saya pun menjelaskan kepada Ida bahawa masalah breast lump yang dihadapi ini adalah disebabkan penggunaan pewangi ketiak seperti ODORONO. Bahan kimia yang terdapat pada pewangi ini menjadikan faktor penting terjadinya breast lump.
Apa yang lebih menarik perhatian dari perbincangan saya dengan Ida dan Puan Salmah ialah bahawa anak sulungnya juga menghadapi masalah yang sama dan saiz breast lump anak sulung ini sudah melebihi saiz bola ping pong. Setelah diselidiki, anak sulung puan Salmah inilah yang mula mengamalkan penggunaan pewangi ketiak dalam keluarganya dan seterusnya memperkenalkan pewangi ketiak ini kepada adik-adiknya.   
Saya lalu menasihati Ida dan adek beradek lainnya agar tidak lagi menggunakan pewangi ketiak. Pewangi ketiak mendatangkan hukum berdosa kerana orang perempuan tidak boleh sama sekali menggunakan wangian apabila keluar rumah. Pewangi dalam apa bentuk sekali pun sama ada bedak, sabun mandi apatah lagi kalau minyak wangi atau perfume, semuanya adalah haram digunakan apabila keluar dari rumah.  Pewangi diharuskan penggunaannya oleh wanita apabila di rumah bersama suami atau mahram.

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam betrsabda: “Seorang wanita, siapapun dia, jika dia (keluar rumah dengan) memakai wangi-wangian, lalu melewati kaum laki-laki agar mereka mencium bau wanginya maka wanita itu adalah seorang pezina”HR an-Nasa’i (no. 5126), Ahmad (4/413)


Saya menasihati Ida dan adek beradek lain agar menjaga makanan dengan memakan makanan yang berkhasiat lagi baik serta menjauhi makanan rapu semoga dalam tempuh beberapa tahun ini breast lump mereka akan sembuh sendiri.
Breast lump pada wanita kebanyakannya diakibatkan oleh pewangi ketiak. Isteri saya waktu muda dahulu pun ada ketulan breast lump pada buah dadanya dan setelah menghentikan pewangi ketiak, ia hilang dengan sendiri.
Terdapat juga breast lump yang mungkin disebabkan oleh sebab-sebab lain. Pada zaman moden ini makanan yang tercemar dengan pelbagai bahan kimia merosak seakan-akan sudah menjadi lumrah dunia. Setiap satunya akan mengakibatkan kesan buruk setelah satu jangka masa yang panjang. Makan krimer hari ini tidak akan mendatangkan kesan buruk pada jantung keesokan harinya. Namun sekiranya amalan ini berterusan, insya-Allah selepas sebulan sudah boleh dirasakan kesanya. Begitulah juga apabila meminum Nescafe. Begitulah juga apabila memakai pewangi ketiak. Ia tidak akan menyebabkan breast lump pada keesokan harinya. Kepada sesiapa yang ingin menjalankan eksperimen, boleh memulakannya pada hari ini dengan menggunakan pewangi ketiak setiap hari dan lihatlah kesannya setelah setahun.

Breast lump tidak merbahaya namun bagi mereka yang menyusukan bayi mereka, ia berkemungkinan menjadi antara penyebab menyebabkan barah buah dada.
JAUHILAH SEBARANG PEWANGI KETIAK. Kalau ingin berusaha untuk menghilangkan bau ketiak, makan kulit limau kasturi adalah satu usaha yang lebih baik. Wanita yang berbau ketiaknya ketika bercampur dengan lelaki di luar rumah adalah lebih baik dari mendapat dosa dengan menggunakan pelbagai perfume atau pewangi ketiak.

Sekian untuk kali ini.
Wallahuaqlam

Emjay

28 comments:

  1. Salam.
    Mohon pandangan tuan emjay (bukan berkait dengan artikel ini) iaitu berkenaan pemakanan ulam peria setiap kali makan nasi setiap hari,samada berlaukkan ikan@daging@makanan laut( jarang2) dan disertai sayur juga..Adakah mendatangkan apa2 kesan atau ianya sangat baik untuk tubuh?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. A'kum,
    kalau ketiak berbau tidak menyenangkan,atau apa saja bau busuk bukan kah membawa implikasi orang islam pengotor?macam nabi walau jubah buruk tapi sentiasa bersih.kalau tak boleh wangi jangan lah pula biar busuk sekurang kurang nya bersihkan lah ketiak dengan bahan bahan asli....jangan nanti pergi majlis orang nak muntah..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbh

    Makan nasi berulam peria adalah baik. Ulam peria atau sayur peria adalah baik bagi tubuh tetapi makanlah juga sayur dan ulam-ulam lain saperti ulam raja, kacang panjang, tenggek burung, pegaga, kailan, daun ubi dan pelbagai sayur dan ulam yang baik. Ini lebih menguntungkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh

    Wanita keluar rumah pakai minyak wangi dan segala yang sewaktu dengannya, lelaki dan orang lain suka tetapi dapat dosa yang bakal mengundang musibah.

    Wanita keluar rumah dengan badan berbau, lelaki dan orang lain tidak suka tetapi tidak mengundang dosa!!

    Wanita keluar rumah dengan menjaga kebersihannya, tidak menghasilkan sebarang bau, saya lebih suka wanita seperti ini dan mungkin ramai lelaki dan wanita lain juga suka dengan wanita seperti ini, tidak mengundang dosa, semoga Allah memberikan pelbagai rahmat kepadanya.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Itu lah yang sebaik baik nya,kalau wangi pun kekadang pening kepala bau nya,bukan semua yang wangi itu nyaman bau nya.lebih baik tonyoh dengan limau purut ke,tawas ke atau ape ape je asal natural tidak rhau rhau bau dia......

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Macammana pulak kalau lelaki yang memakai pewangi ketiak, adakah ianya juga berbahaya?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.Alhamdulillah.Semoga artikel ini bermanafaat untuk kita semua.Selamat hari raya aidilfitri.Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  8. Itulah sebabnya dalam artikel kesihatan dari doktor-doktor barat, lump juga terdapat pada lelaki.

    Jauhilah pewangi ketiak.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam arazaka
    Saya juga mengucapkan Maaf Zahir Batin

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah terima kasih mdsg

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Sama2, saya suka betul website itu, dia bermanhaj salaf.

    ReplyDelete
  12. cam na nak hilangkan bau ketiak sebab pakai pewangi ni ade efek pulak.mintak petua sket

    ReplyDelete
  13. Makan kulit limau kasturi. InshaAllah hilang.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. 1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    2) Assalamualaikum wbh kepada sdr seagama dan laknat Allah kepada iblis serta pengikutnya.

    Salam, yang pertama tu Nabi ada ajarla, yang kedua, modify daripada mana pulak???? Nabi ajar lafaz laknat begitu? Modify hadith mana ni?

    ReplyDelete
  15. Seiring dgn Syiriknya Penggantungan kpd ayat Kursi. Sila buat artikel Syiriknya penggantungan masyarakat Melayu kepada doktor hospital. Asal sakit aje, doktor, asal sakit aje klinik. Kalau berterusan, 'berehatlah Allah' sebab doktor dan klinik dah amik alih tugas penyembuhanNya ? Sila buat artikel yg serupa untuk doktor, hospital dan klinik. Dedahkan penyelewengan mereka ini krn mereka lebih lama dalam pengakuan boleh menyembuhkan penyakit itu dan ini sehingga hospital penuh membanjiri tidak cukup katil pula!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wht.Prof emjay boleh tolong forward artikel ini ke-Natasya sarip.T'kasih.Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum..

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu pengetahuan ini.

    ReplyDelete
  18. Aslm.Tuan sila fw artikel ini utk facebook Nik mariam Nik Ismail.Semoga bermanafaat di fb pula.Tk.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. salam 1 malaysia! saya dan berkahwin dgn isteri saya sekarang hampir 30 tahun. setahu saya isteri saya tidak pernah pakai odorono atau yg sewaktu dgnnya. yg herannya, ketulan terjadi dan perlu dibedah dalam bulan feb 2010. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  20. Pewangi ketiak adalah satu punca yang membawa kepada lump. Lump juga boleh terbentuk disebabkan pelbagai faktor lain.

    Cubalah sdr zam757 kenalpasti atau senaraikan kegemaran atau permakanan isteri sdr tu semoga kita semua berusaha membuat perkaitannya.

    Emjay

    ReplyDelete
  21. salam 1 malaysia?
    ajaran mana tu?

    ReplyDelete
  22. Tentang salam 1 Malaysia tu, sahnya ialah bukan ajaran dari Nabi Muhamad SAW!!

    Emjay

    ReplyDelete
  23. Salam 1 Malaysia?? Assalamualaikum..... Saya ni krg ilmu....... Saya nk tau, Xboleh ke salam satu Malaysia.? Skrg ni, lepas bg salam (assalamualaikum) pemimpin2, dan media slalu guna salam satu malaysia....... Saya suka laman ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  24. As'salam ..
    saya ingin bertanya mengenai lump atau ketulan di ketiak...
    adakah ketulan di ketulan mempunyai tanda sakit sperti berdenyut-denyut? tapi takde lah berdenyut-denyut yg kuat atau sakit yg terlampau..cuma kadang-kadang terasa mcm ade sesuatu jek..
    adakah ia juga punca dari pewangi ketiak atau mungkin penyakit2 lain?

    terima kasih,
    azri

    ReplyDelete
  25. I'm proud to say now that I am finally at a place where I have found something that works for me. Almost four years ago I began seeing a classical Homeopath. I was put on a constitutional remedy by Dr Itua herbal center who reside in west africa, and I am amazed at my healing thus far. I will continue to post what worked for me and what didn't in more blogs to come (as this one is getting quite long... and I'm not writing a book on here - not yet anyway). This discovery has not only helped the way I practice, but it has also given me further insight into the world of Herbal  medicine. I came to know more about Dr Itua on Tv Station when I was taking my regular organic coffee at javamania coffee spot I watched the whole scene on how he uses Natural herbs to cure disease like Herpes, Hiv/Aids, Cancers,HPV,Men & Women Infertility,Melanoma, Mesothelioma, Multiple myeloma, Neuroendocrine tumors,Non-Hodgkin's lymphoma,Alzheimer's disease, chronic diarrhea, COPD, Parkinson's disease, Als And Diabetes, I was moved by his words then I took a confident step to contact him regarding my health condition Herpes & Prostate Cancer, He prepared his herbal medicine then sent it to me through Courier which I took as it's was instructed and I found myself healing symptoms are all gone I have being watching my health for years now and I finally confirmed that is a permanent cure like he told me at our first conversations so now I'm healthy and happy I purchase his herbal tea which I usually take in the morning before starting my day because it feels good to find addiction on natural herbs than medical drugs so is what I'm doing and loving it more and More to come later on blogs sooner I will be writing my book.I will advise you to contact Doctor Itua Herbal Center for any kind of permanent cure and herbal remedy.Doctor Itua Email Contact: drituaherbalcenter@gmail.com Also On Whats-App Calls: +2348149277967.

    ReplyDelete