Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Tuesday, 27 October 2009

Tahi dan bunga

TAHI DAN BUNGA


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Bunga-bungaan dijadikan Allah begitu cantik sekali. Hatta bunga tahi ayam yang tidak molek namanya pun tetap cantik menarik juga. Dari bunga-bungaan ini seterusnya Allah ciptakan madu yang menjadi rahmat besar kepada manusia. Lebah diperintahkan Allah untuk mengumpul madu dari bunga-bungaan untuk dibawa balik ke sarangnya.
Tahi pula amat menggelikan. Melihat gambar tahi di atas adalah cukup meloyakan. Baunya pula amat tidak menyenangkan. Baik tahi apa pun, ia adalah tetap meloyakan. Tahi ayam candu dan tahi kucing lebih hebat penangannya. Kalau terkena hujung seluar atau melekat dikasut, boleh naik pening kepala.
Bunga yang cantik dengan bau yang berbagai-bagai menjadi hiasan menarik bila diletakkan dirumah. Rumah yang mahal sekali pun bila tidak dihiasi dengan pokok bunga, ia kelihatan tidak menarik. Rumah yang tidak mahal apabila dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, menjadikan rumah ini kelihatan sempurna.
Rumah cantik penuh dengan pokok bunga-bungaan namun kalau terdapat banyak tahi ayam atau itik disekeliling rumah ini, ia tetap merosakkan pandangan dan keselesaan. Saya amat suka membela binatang seperti ayam dan itik namun disebabkan kawasan rumah yang tidak luas dan tentangan dari isteri terpaksa melupakan hasrat membela ayam itik. Isteri saya tidak boleh bertolak ansur dengan tahi ayam dan itik.
Bunga yang cantik dan menarik seterusnya Allah hiasi dengan rama-rama, lebah serta pelbagai serangga berterbangan yang lain. Setiap satu melengkapi yang lain. Rama-rama melengkapi bunga dan bunga melengkapi rama-rama. Begitulah juga lebah melengkapi bunga-bungaan.
Disebaliknya pula tahi yang hina yang dihukumkan najis dalam Islam memang tidak boleh dijadikan perhiasan sebagaimana bunga. Tahi perlu dijauhkan, dibuang, dinyahkan serta disorokkan. Tahi yang terdedah baik tahi apa pun bakal mengundang lalat dan langau. Lalat dan langau dari pelbagai saiz bakal mengerumuni tahi. Lalat yang mengibaskan kepak mereka  menghasilkan bunyi yang unik. Bunyi ini sahaja sudah cukup menggelikan. Melihat sendiri lalat mengerumuni sebarang jenis tahi cukup memualkan.
Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, apabila terdapat bunga, insya-Allah datanglah rama-rama @ lebah atau yang sejenisnya. Apabila terdapat rama-rama @ lebah, insya-Allah boleh dicari bunganya. Lebah @ rama-rama boleh mewakili perkara-perkara baik manakala lalat adalah mewakili perkara-perkara buruk. Bunga bolehlah diwakili pula oleh orang yang baik manakala tahi pula mewakili orang yang jahat.
Begitulah juga apabila ada tahi, adalah lalat. Sebaliknya pula apabila ada lalat, bolehlah cari tahi.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perumpamaan atau analogi. Seorang Islam yang mengamalkan Islam secara yang diredhai Allah adalah bagaikan bunga. Bunga bakal mengundang lebah dan rama-rama. Akhlak seorang Muslim yang diredhai Allah SWT adalah cantik bagaikan lebah @ rama-rama. Buktinya adalah akhlak Nabi Muhamad SAW sememangnya terpuji.
Satu ketika dahulu seorang kiyai masyhur yang mengamalkan amalan tarekat di Johor menzalimi kucing dengan mengurung kucing ini dalam sangkar. Islam sendiri adalah menegah umatnya menzalimi kucing seperti ini. Setelah diselidiki rupanya kiyai ini adalah guru mursyid satu tarekat. Guru tarekat masyhur ini juga adalah sorang BOMOH. Bila orang lelaki berpoligami menghadapi masalah menemui tok Kiyai ini, beliau lalu mengajarkan ilmu sesat iaitu menyuruh sang suami tersebut gunting rambut isteri-isteri waktu mereka tidur dan campurkan dengan rambut suami lalu diikat. Simpanlah. Katanya “insya-Allah” baiklah semuanya.  Kepada pembaca sekelian janganlah lakukan perkara ini kerana ini adalah perbuatan syirik dan rambut yang diikat dan disimpan ini adalah sejenis tangkal. Guru tarekat ini memang amat sesuai menzalimi kucing dan mengamalkan ilmu perbomohan (yang diibaratkan lalat) kerana guru tarekat ini mengamalkan amalan tarekat sesat. Maka amat sesuailah tahi (guru tarekat) ini dihurungi oleh lalat (perbuatan buruk mengurung kucing dan mengamalkan amalan bomoh).
Sebagai perbandingan pula, seorang hambaAllah mempunyai akhlak yang amat baik tidak kira kepada orang Islam atau orang bukan Islam. Beliau kerap berdakwah membetulkan akidah umat Islam. Keluarganya amat harmoni dan dicemburui. Matinya pula pada pagi hari Jumaat. Begitulah apabila bunga, yang layak menghurunginya ialah rama-rama dan lebah.
Seseorang yang mengamalkan amalan sesat seperti ajaran sesat, aura chakra kuasa minda dan berbomoh dengan mengumpul pelbagai tangkal bolehlah diistilahkan sebagai tahi. Tahi akan mengundang lalat. Itulah sebabnya orang seperti ini sentiasa dirundung musibah seperti keluarga tidak tenteram, rezeki tidak mencukupi, pergaduhan antara ahli keluarga, gangguan hantu syaitan dalam rumah, anak lari dari rumah dan pelbagai musibah lain sebagai balasan dari Allah semoga hamba Allah ini balik ke pangkal jalan.
Seorang yang baik ibarat bunga. Apabila orang yang baik minum arak, beliau telah menjerumuskan dirinya ke lembah yang dalam. Perbuatannya ini menjadikan dirinya bertukar dari bunga menjadi tahi yang bakal mengundang pelbagai lalat langau. Akibat meminum arak ini, orang ini akan mudah pula membuat dosa besar lain (lalat langau) seperti berzina, bejudi dan sebagainya.
Bagi mereka yang meredhakan dirinya untuk menjadi tahi dengan merokok, perlulah bersedia dengan lalat dan langaunya yang terdiri daripada putus duit (rezeki mahal), sakit dan langau paling besar ialah menyalah guna dadah seperti Metapetamine, ganja dsbnya.
Bagi mereka yang menjadi tahi melalui amalan menganut Islam secara keturunan yang sekadar seorang Islam yang tidak makan babi dan tidak pegang anjing sahaja, mereka inilah yang amat memperjuangkan majlis bertahlil, marhaban/berzanji, menyambut hari jadi, berhari raya beriya-iya selama sebulan dsbnya. Maklumlah, lalat memang sesuai menghurung tahi.
Laman Emjay dikunjungi Alhamdulillah oleh ramai orang yang terdiri dari bunga, kudup bunga, bunga yang hampir mekar dan tidak ketinggalan juga golongan tahi serta Alhamdulillah tahi yang sedang berusaha menukar dirinya kepada bunga. Kata-kata melampau seperti dihamburkan maryjane666 “Emjay..ku sembah tuhan emjay.. celaka lah kau tuhan emjay !!!!! emjay MAHASIAL....” adalah umpama langau yang menghurung tahi. Membaca tulisannya bolehlah cuba memahami penulisnya.
Sebagai satu contoh analogi bunga dan rama-rama/lebah, berikut ini saya copy pastekan satu email yang saya terima dari seorang pembaca Laman Emjay:
“Assalammualaikum wrt. wbt
Tahun lalu saya ada emel ustaz mengenai masalah anak saya yang berumur 3 tahun dan selalu nampak 'hantu'. Maaflah saya tak dapat mengunjungi ustaz di JB. Suami saya tentu tak bagi. Takpalah... Dah setahun berlalu. Untuk pengetahuan ustaz , sepanjang tempoh itu.. kehidupan saya dah banyak berubah. Saya telah mendapat nikmat tidur sepenuhnya. Nikmat dalam beribadat pun... mudah solat dan terasa 'ringan' ayat2 Quran yang saya sebut dlm sembahyang. Nikmatnya... tak boleh nak cerita. Hidup saya semakin ceria. Urusan di tempat kerja semakin terancang dan tak serabut lagi. Saya pun dah tak sakit hati dengan suami lagi, kalu dia lambat balik rumah @ asyik di padang bola saja.. Perasaan 'hari-hari nak cerai' tu dah tak ada.

Perangai anak saya yg 'memeningkan kepala' tu dah banyak kurangnya. Saya bersyukur sangat pada Allah yang telah memberi kebebasan pada saya, akhirnya. Walaupun 1,2 masalah masih ada, ...nikmat beribadat tu, rahmat yang utama.Saya berdoa semoga Allah menetapkan hati saya hanya padaNya. Masalah saya yang lain, saya serahkan pada Allah saja. Biarlah Dia tentukan hidup saya. Yang penting, Allah sentiasa bimbing saya. Sekarang , baru saya sedar nikmat di sebalik musibah itu. Allah nak bagi PELAJARAN pada saya. Rugilah kalau saya masih tak belajar. Terima kasih Ustaz, kerana telah membuka minda saya. Semoga Allah sentiasa memudahkan jalan Ustaz.”
Apabila hamba-Allah ini menukar hidupnya menjadi bunga, Alhamdulillah pelbagai rahmat yang Allah SWT berikan iaitu analogi kepada rama-rama/lebah yang mendatangi bunga.
 Sebagai latihan amali kita semua, marilah kita berkunjung ke laman http://yaya1327.multiply.com/photos/album/4/spritual_gurus untuk melihat koleksi gambar foto hamba Allah ini. Orang tarekat memang gemarkan gambar-gambar seperti ini termasuk gambar guru tarekat Al Arqam sheikh Ashaari dan sheikh Mahmud al kedahi iaitu guru tarekat yang difatwakan sebagai tarekat sesat.
Sebagai latihan juga, cubalah pembaca sekelian analisakan email yang saya terima berikut sama ada amalan yang hamba Allah lalui melalui rawatan tersebut menjadikan beliau bunga atau tahi;
Setahun yg lalu, saya pernah berubat dengan Ustaz M**ek (Terapi A* ***n) dengan teknik ruqyah. Di samping itu saya juga membaca tulisan2 Ustaz. Semasa diruqyah, ada jin Islam lelaki yang mengaku tinggal di badan saya. (Saya selalu bermimpikan dia dlm bentuk seorang lelaki yg menaruh hati pada saya). Dipendekkan cerita, jin ini dengan rela hati telah keluar dari tubuh badan saya. (Masa tu, hanya saya dan ahli keluarga yg ada). Semasa tempoh itu, saya sedar apa yang berlaku, cuma tak boleh mengawal perlakuan dan kata2. Namun, saya yakin yang 'dia' telah pergi kerana saya sendiri dapat merasakannya. Ditambah pula, saya telah merasakan perubahan pada diri saya seperti yg saya ceritakan di atas.

Tetapi, sejak itu juga.. saya rasa diri semakin 'lemah'. Seolah-olah ada 'laluan' untuk makhluk halus keluar masuk mengganggu saya. Selalunya, ia akan bermula dengan gangguan lenguh @ sakit kepala @ senak perut yg agak luar biasa sakitnya. Setelah berdoa pada Allah dan dibacakan ayat Kursi, tangan saya akan mula terketar-ketar dan walaupun dlm keadaan sedar dan masih mampu mengucap @ membaca ayat Quran, saya masih dapat merasakan yg tingkahlaku dan pertuturan saya dikawal oleh 'benda' lain. Bila gangguan tu berlaku di rumah, suami tak layan 'benda' tu. Dia akan suruh 'benda' tu keluar, baca ayat Kursi sambil paksa saya bangun dan suruh saya ambik wudhu' dan sembahyang.Terasa saya dah back to senses. Tapi, tak pula saya rasa 'dia' dah tak ada.Yang tak seronoknya, saya akan bangun pagi esoknya keletihan dan terpaksa ambik cuti rehat. Masuk hari ni, dh habih cuti rehat saya 7 hari.
Sesuatu yang sangat saya ingin sampaikan di sini ialah tentang penyakit diabetes. Secara umumnya (mungkin ada pengecualian). Ramai yang menghidap penyakit ini (bukan semua) adalah orang yang banyak melakukan dosa. Ini akan menyebabkan pelaku dosa ini mendapat lalat/langau dalam bentuk penyakit diabetes. Untuk menukar dari lalat/langau kepada rama-rama/lebah, penghidap diabetes ini perlulah terlebih dahulu menukar dirinya daripada tahi kepada bunga. Sekiranya penghidap diabetes ini asyik kerap mendatangi bomoh dan menyimpan tangkal azimat, apa yang bakal diperolehi adalah lalat/langau. Usahlah berharap untuk mendapat rama-rama/lebah iaitu kesembuhan dari  Allah.
Dari pengalaman yang saya lalui, seseorang amat mudah untuk sembuh dari diabetes apabila hamba-Allah tersebut terlebih dahulu bertaubat dari dosa-dosa lalu, mempelajari dan mengamalkan ilmu akidah yang sepatutnya serta melakukan ibadah yang diperintahkan.
Seterusnya saya minta sdr pembaca sekelian memberikan pelbagai contoh analogi bunga dan tahi menurut pengalaman sdr sekelian untuk dikongsikan.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

45 comments:

  1. salam.sangat tidak adil menilai seseorang dari tulisannya.dont judge the book by its cover.boleh saya tahu saudara emjay ni bunga ke tahi?

    ReplyDelete
  2. Setiap apa yang kita cakap atau tulis akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Saya bertanggung jawab di atas apa yang saya tulis di dalam Laman Emjay.

    Saya tidak faham apa yang sdr persoalkan. Buku apa yang perlu di nilai di sini?

    Tentang diri saya ini, sdr nak nilai sebagai tahi atau bangkai sekali pun tidak mengapa kerana tulisan saya bukan bermaksud untuk mencari sanjungan dari sdr. Bagi orang kafir Quraish dahulu, Nabi Muhamad SAW bagi mereka adalah seolah-olah tahi babi.

    Terpulanglah apa saja sdr nak menggambarkan saya.

    Apabila saya berkunjung ke laman sdr, terlihat saya link yang sdr berikan iaitu link ke "KELAB PENYOKONG UMNO KPMU". Setengah orang memandang UMNO sebagai tahi namun setengah orang memandangnya sebagai bunga. Terpulanglah kepada diri masing-masing.

    Namun ironinya ialah apabila diri kita adalah tahi, kita memandang kehadiran lalat seolah-olah rama-rama atau satu rahmat besar.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Setuju sepatutnya jauh lebih hina dari najis tahi lagi guru2 tareqat sesat tu...
    Saya cadangkan pada prof jika ada penganut tareqat yang menulis dalam ruangan komen ni lebih dihapuskan sahaja tulisan mereka, kita boleh bersikap terbuka dengan hujah dan fakta tapi tak guna kita bersikap terbuka dengan orang jenis macam ni, langsung tak boleh menerima kebenaran. Buang masa melayan depa ni, memang tak ada lagi jalan keluar bagi mereka setelah disihir oleh guru2 mereka...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh sdr man1961 serta saudara seagama sekelian

    Mereka semua tu sudah terkena Surah Bararah ayat 8: [7]
    (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

    Semoga man1961, diriku serta saudara seagamaku sekelian dimatikan Allah dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. tiada gerak kerana allah s.w.t.manusia ialah semulia-mulia kejadian tapi lebih hina dari binatang sekiranya tidak berhukum dengan hukum allah.apa hak saudara untuk menjatuhkan hukum.kalau saudara menggunakan dalil naqli sila buktikan.jika menggunakan kaedah soal-selidik boleh saudara terangkan berapa responden saudara?soalan2 yang berkaitan,target responden,linkungan umur dsb.boleh saudara jelaskan kenyataan saudara.

    Seseorang yang mengamalkan amalan sesat seperti ajaran sesat, aura chakra kuasa minda dan berbomoh dengan mengumpul pelbagai tangkal bolehlah diistilahkan sebagai tahi. Tahi akan mengundang lalat. Itulah sebabnya orang seperti ini sentiasa dirundung musibah seperti keluarga tidak tenteram, rezeki tidak mencukupi, pergaduhan antara ahli keluarga, gangguan hantu syaitan dalam rumah, anak lari dari rumah dan pelbagai musibah lain sebagai balasan dari Allah semoga hamba Allah ini balik ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  6. Bismillah.....

    kalau nak ikut cara wankhairul,....anak dan isteri buat maksiat, berzina dan minum arak kita tak boleh hukum....BIARKAN SAHAJA.....sebab kita tidak berhak untuk menghukum. Kena siapkan kaji selidik dan target responden dahulu macam pensyarah nak buat tesis baru boleh menghukum. Kena dapat tauliah dari jabatan agama baru boleh menghukum. Hukum dalam Al Quran dan Hadis simpan dulu.

    ReplyDelete
  7. Pada saya, selagi kita orang mu'min dan berIMAN dengan hukum Allah (Al Quran dan Al Hadith) WAJIB ke atas kita menjalankan hukum Allah walau dimana kita berada.Amalan chakra,reiki,budi suci sejati,bomoh,pawang,ilmu tarikh lahir dan mengumpul tangkal memang mengundang AZAB dan kemurkaan Allah tidak kira individu itu tua atau muda,berjubah atau berserban dan dari parti apa sekalipun.Sebabnya mereka ini telah SYIRIIIKKKK.Musibah melanda kerana Allah tidak turunkan rahmat akibat dari perbuatan SYiIRIIIK.

    ReplyDelete
  8. berzina dan minum arak memang telah ditegaskan dalam al-quran:

    Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
    ( al-Quran, al-Isra : 32 )

    Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
    ( al-Quran, an-Nur : 2 )

    pengharaman minum arak pula telah di jelaskan:

    Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan kejidan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .

    ( al-Quran, al-Maidah : 90 )

    perkara-perkara seperti zina dan minum arak telah terang-terang diharamkan oleh allah s.w.t.
    maksud syirik ialah menyekutukan allah dengan makhluk sama ada dengan hati,lisan, dan perbuatan.rukun islam pertama ialah mengucap dua kalimah syahadat yang bererti aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain allah dan nabi muhammad s.aw. utusan allah.iaitu mengakui dengan hati,berikrar dengan lisan dan melakukan dengan perbuatan keesaan allah s.w.t dan kerasulan nabi muhammad s.a.w.segala perbuatan kita,kata-kata, dan hati hendaklah sentiasa kerana allah s.w.t.
    selain dari allah adalah syirik.tak tunggu nak belajar tentang aura,cakra ,reiki,budi sejati,bomoh pawang ,ilmu tarikh lahir dan tangkal je.kalau kita kerja sebab nak duit semata-mata,tu pun dah kira syirik.

    yang jahil lagi hina,

    wkk yg hebat

    ReplyDelete
  9. Jadi sdr wankhairul, saya nak juga tahu apa keputusan atau ketetapan sdr berkenaan amalan tentang aura,cakra ,reiki,budi sejati,bomoh pawang ,ilmu tarikh lahir ??

    Saya yang sedang menanti

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Bismillah,..ada satu ayat Al Quran yang boleh jadi panduan dan pedoman buat semua pembaca berhubung artikel diatas.

    Surah Al Kahfi(ayat 54) terjemahannya : "Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"

    ReplyDelete
  11. mohon maaf kerana membuat saudara emjay menungu.okay,saudar emjay tanya keputusan saya mengenai amalan tentang aura,cakra,reiki,budi sejati,bomoh pawang,ilmu tarikh lahir.akal dengan akal.bagi saya aura bleh diterima pasal ader penjelasan dari sudut sains.ilmu tarikh lahir x salah.bomoh pawang kalau menggunakan 100% ayat al-quran di terima.
    pasal cakra,reiki, dan budi sejati saya tak tahu.budi sejati saya x pnah dengar pun.aper yang kite x tahu jangan kata salah.belajar dulu baru faham.ader sesiapa boleh bagi penjelasan?maksud saya yang pernah ikut kursus2 cakra,reiki dan budi sejati.yang setakat copy paste kat laman web org n suka-suka menghukum x di terima kerana dikhuatiri mengundang fitnah.

    rahsia tarikh lahir dan azizan adalah dua perkara yang berbeza.sila ambil perhatian.

    ReplyDelete
  12. Kehadiran wankhairul di laman emjay lebih banyak membawa mudharat. Saya dengan ini banned wankhairul dari laman emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Membaca artikel tahi dan bunga oleh emjay, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman saya yang dapat saya dan rakan-rakan lain jadikan pedoman dan panduan hidup. Di tempat kerja saya juga banyak berlaku senario tahi dan langau. Terdapat segelintir rakan wanita tidak kira gadis ataupun isteri orang yang akhlaknya tidak menurut ajaran Islam sebenar. Kalau bertudung seperti tidak bertudung, muka di dandan bak pengantin, harumnya.....semerbak. Nak dijadikan cerita, pada satu hari saya berbual-bual dengan beberapa orang rakan sekerja lelaki, entah macam mana melintas seorang bini orang persis seperti gambaran saya di atas. Apa lagi .....mata-mata liar ni mengekori setiap langkah si wanita ini dengan seribu macam 'bahasa mata' yang kalau diterjemahkan, orang yang dah kahwin tahu maknanya....salah seorang rakan tersebut memberi komen secara sepontan, pompuan macam tu sedap tengok dan kalau aku berurusan dengan diapun memang syok...cari bini yang baik.....yang macam tu buat syok-syok je. Ya Allah ampunkanlah dosa....kalau dengar memang takut, so bagi kaum wanita, fikirkanlah....janganlah kita menjadi tahi yang sering diurung lalat. Bagi sang lelaki, kalau ikut perintah agama....tak berani dia nak dekat wanita sebegini ......sebab tahu hukum hakamnya. Lebih dahsyat lagi kalau ianya menjadi elemen kepada terbitnya bibit-bibit cinta antara isteri orang dengan lelaki orang.... nauzubillah.

    ReplyDelete
  14. Mesej yang ingin disampaikan oleh safiyyahasma ialah seorang wanita tidak kira gadis ataupun isteri orang yang akhlaknya tidak menurut ajaran Islam sebenar, kalau bertudung seperti tidak bertudung, muka di dandan bak pengantin, harumnya.....semerbak adalah diibaratkan tahi. Hasilnya ialah banyaklah lalat/langau dari kalangan lelaki yang bermasalah bakal mengerumuninya.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wht.Prof Emjay semoga keikhlasan hati Tuan mendapat kekuatan dan ketabahan dari Allah dan digantikan sejuta penghinaan itu dengan sejuta kemuliaan.Insya Allah!.Amin.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh arazaka

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Siapa nak tahu khasiat tahi silalah berkunjung ke laman hamba.

    ReplyDelete
  18. slm en emjay....moga tuan mendapat rahmat dari Nya...sy ingat nk berjmp ngan tuan emjay...bleh ke??

    ReplyDelete
  19. Boleh, dan saya sudah berikan no tel saya melalui PM. Sila semak PM sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Taik dan air kencing berasal daripada bahan yang suci seperti beras, air, sawi, ikan, garam, gula dll sekiranya org yang makan memakan makanan halal. setelah kandungan vitamin telah diserap dan diambil oleh tubuh dan hampas dikumpulkan yang mana orang melayu memanggil taik kemudian akan dikeluarkan melalui saluran khas. mengeluarkan taik dan air kencing merupakan nikmat dari Allah yang sungguh besar. Bayangkanlah sekiranya tidak boleh mengeluarkan hampas dinamakan taik ini tentulah derita. Sebeluam taik dikeluarkan ia disimpan dalam perut dibawa ke mana-mana oleh tuannya termasuklah dibawa sembahyang sehinggalah tiba waktunya barulah dikeluarkan. Proses ini berjalan berterusan mengikut pusingan.

    ReplyDelete
  21. Salam emjay....
    berkaitan link yang saudara berikan diatas mengenai gambar2 spiritual gurus, saya masih kurang jelas
    kaitannya dengan artikel Tahi dan Bunga...boleh tolong jelaskan...
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbh

    Sekiranya empunya blog tersebut sukakan para penyanyi, kelak dalam blognya terpapar gambar ramai para penyanyi. Apabila empunya blog gemar bolasepak, kelak boleh kita lihat dalam blognya banyak terpapar gambar pemain bolasepak terkemuka.

    Apabila seseorang memaparkan gambar Abuya Ashaari dan sheikh Mahmud al kedahi di dalam blognya ini boleh memebrikan makna bahawa beliau sealiran atau gemarkan Ashaari dan sheikh Mahmud. Amalan yang dibawakan Asshaari iaitu Al Alqam telah pun diharamkan dan disesatkan di Malaysia manakala amalan tarekat Sheikh Mahmud ini, berikut saya pastekan:

    Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    Hanya tahi minatkan lalat / langau dalam kes ini bermakna hanya orang berfahaman tidak keruan akan berusaha memasukkan gambar Asshaari dan Mahmud Al Kedahi dalam blog mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  23. Salam.

    Terimakasih atas penjelasan saudara Emjay. Maksudnya disini tidak semua tokoh dalam gambar tersebut yang membawa ajaran sesat......betulke macamtu? kalau salah tolong betulkan...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  24. kaitan tahi dan bunga

    tahi boleh dibuat baja untuk pokok agar hidup segar dan berbunga kemudian mengeluarkan buah untuk dimakan. bila dah kenyang nak berak mengeluarkan tahi begitulah putaran seterusnya.

    ReplyDelete
  25. ASLMKM..

    cuba fikir sejenak..PERNAH TAK RASUL YANG MULIA DAN MAKSUM MENGHUKUMKAN DAN MENILAI MANUSIA CIPTAAN ALLAH DENGAN TAHI..

    ReplyDelete
  26. memang saya setuju dengan pendapat tuan....recycle....itulah namanya SUNNAH TULLAH

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam wbh

    Dalam surah Al A'raaf ayat 179; "....... mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai":. Di sini Allah membahasakan orang tertentu sebagai lebih hina dari kambing dan lembu.

    Allah membahasakan orang-orang tertentu sebagai kambing / lembu dan saya membahasakan orang-orang yang melakukan kemungkaran sebagai tahi!

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Saya nak bertanya kepada Wankhairul. Adakah anda Islam yang sah?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum ustaz Emjay......saya pernah satu ketika dulu berjumpa dengan seorang ustaz dari utara kedah (nama dah lupa) kerana pada ketika itu saya sering gelisah, tak boleh tidur sakit perut yang kerapkali.....APabila berjumpa dengan dia....dia scan badan saya dengan menggunakan limau yang dibacanya ayat (apa ayatnya saya tak pasti) bila scan dia kata ada makhluk halus masuk dalam badan (hantu mcm beruang) jadi ubatnya cari air 7 kolah masjid untuk minum dan mandi......mula saya percaya juga dan buat apa yang disuruh tapi lama kelamaan saya mula meraguinya.....apa pandangan ustaz dalam perkara ini...untuk makluman juga ustaz ini selalu memberi khutbah di masjid dan mengajar di surau dan masjid...Tak silap saya anak saudara kepada Arwah Ustaz Fadzil Noor

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam wbh

    Tanpa scan-scan pun saya boleh mengatakan dalam diri abuamali mungkin ada syaitan yang bergerak melalui salur darah sdr kerana berlandaskan hadis Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Juga dalam hadis lain, Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam (manusia) seperti aliran darah.

    Kita semua tidak perlu pelik apabila syaitan iblis berada disekeliling kita dan dalam badan kita kerana memang itulah kerja mereka.

    Apabila ustaz ini pakai limau dan mengaku boleh pula nampak iblis macam beruang dan suruh pula mandi dan minum air kolah 7 masjid, maka nasihat saya ialah jauhilah orang sesat macam ini. Sepuluh tahun lagi kalau semua masjid sudah tidak kolah, nak pakai air apa pula??

    Memberi khutbah di masjid bukan satu lesen untuk membenarkan ajaran orang macam ini. Ada seorang ustaz lulusan bidang usuludin kini menjadi pensyarah di satu IPTS tetapi tidak sembahyang, bolehkah kita ikut mereka ini??

    Emjay

    ReplyDelete
  31. Tahi adalah mengelikan dan meloyakan.
    Asal tahi ialah di dalam perut kita sendiri.
    Lalu apabila keluar dari perut kita, maka kita Menghinakannya, sedangkan Tahi telah berkorban diri dan sanggup di hina oleh tuannya sendiri untuk manafaat tuannya sendiri iaitu manusia.
    Tahi berasal dari makanan yang memberikan manafaat buat kesihatan kita.lalu apabila makanan di perah dan kebaikannya kita ambil buat tubuh badan, lalu sisanya(tahi) kita hina.
    Jika kita perhatikan baik baik, Sikap kita yang menghina itu adalah suatu yang tidak baik sama sekali.
    Ramai manusia yang bermandi tahi ketika akhir hayatnya.....Mengapa?

    ReplyDelete
  32. Kalau sdr muliakan tahi sehingga satu tahap sekali pun, tahi manusia ke tahi babi ke, tahi tetap mengundang lalat dan langau.

    Dalam artikel diatas saya bukan nak memuliakan atau menghina tahi tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah tahi mengundang lalat dan langau manakala bunga mengundang lebah atau rama-rama, ada faham????

    Kalau sdr nak memuliakan tahi atau nak bercerita tentang tahi mengenai bab lain, tulislah artikel sendiri.

    Emjay

    ReplyDelete
  33. maaf emjayb , jika kenyataan hamba membuat emjayb terasa.
    Maksud kata kata ana adalah secara umum.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum ust.

    Adakah sy dlm golongan lalat dan langau atau tahi tahi itu sendiri, kerana disekeliling sy penuh tahi langau dan lalat... dimana hendak mencari bunga lebah dan rama-rama. sekiranya berada di dalam kelompok tahi lalat dan langau apa pula yang perlu dilakukan, berdiam diri, larikan diri, sembunyikan diri,
    sy masih berfikir bersihkah hati sy ini... atau sekotor ..... dari mana harus sy mula untuk membersihkannya...kalau bersih bagaimana pula hendak kekalkan keberishannya...sedangkan disekeliling penuh..........

    ReplyDelete
  35. Waalaikumussalam wbh

    Saya dibesarkan sebagai anak jawa yang penuh dengan tahi dan lalat langau. Alhamdulillah Allah memberikan arwah guru yang banyak menukar saya kepada saya pada hari ini.

    Mulakanlah perjalanan jauh sdr dengan doa "Ya Allah tunjukkanlah aku jalan lurus, jalan yang Enkau redha, jalan yang membawa ke syurgaMu dan elakkanlah aku jalan sesat, jalan yang Engkau murkai yang membawa ke neraka Mu. Ya Allah mudahkanlah, berkatilah, rahmatilah, tolonglah aku dalam melalui jalan tersebut"

    Emjay

    ReplyDelete
  36. akan sy usaha kan kembali ke jalan yg lurus.. harap ustaz doakan sy agar kembali ke jalan yg lurus. terima kasih ustaz.. Insyaallah dng izin nya sy akan sampai ke JB.

    ReplyDelete
  37. sungguh jijik anda menjadikan najis sebagai pembandingan agama islam ..adakah tiada contoh lain yg anda mahu ambil ..tahi siapakah yg anda ambil itu ..hanya anda saudara yg tahu

    ReplyDelete
  38. abu hurairah berkata "rasullah bersabda yang paling dikasihi ALLAH diantara kamu ialah meraka yang baik tingkah laku ,yang menrendahkan sayap (menrendah-rendahkan diri ), yang suka dengan orang dan disukai orang dan yang paling di marahi ALLAH ialah meraka yang membawa fitnah , yang mencerai ceraikan antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya

    ReplyDelete
  39. emejy mahu ubah org tp x reti guna istilah elok nak cerite passal agama islam.........................semua yg baca komen ini fikir kan lah

    ReplyDelete
  40. saya hairan la kalau masuk blog emjay, tapi hanya mau provoke saja.. jika hanya mahu menyakitkan hati tuan rumah, lebih baik berdiam diri sahaja.

    kepada emjay, usaha anda amat saya hargai selama ini.. saya berasa amat2 kesal kerana masih ramai manusia2 yang tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.. mereka seolah2 beragama islam dan mengamalkan islam.. walhal dari tulisannya pun, kita secara lahiriahnya pun dapat menggambarkan imannya... sungguh kasihan sekali.. tapi apakan daya, kita tak akan mampu mengubahnya.. walau hamba Allah tersebut berada di depan mata.. jika cuba juga memulihkannya, kita terlalu kena banyakkan bersedia diri kita untuk bersabar kerana banyak perkara2 yang menyakitkan hati kita akan berlaku..

    saya tak tahan emjay.. lain la emjay.. daya tahan berhikmah dengan orang agak boleh tahan.. tahniah usaha2 emjay mendekati ilmu2 islam yang amat susah dihuraikan, malah banyak khilaf untuk kita cari penyelesaiannya secara islam.. bagi sesiapa yang mempunyai kecintaan kepada islam, nescaya imannya memandu kepada islam dan Allah.. jika hanya kemunafikan yang beraja dihati, orang lain pun sakit hati dengan apa yang kita buat.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbt

    Kita semua ni ramses02 sekadar mampu menyampaikan. Tidak lebih dari itu. Kalau hati Allah dah seal / pateri macam mana kita nak nasihat. Allah sahaja yang mampu memberikan rahmat. Nabi SAW sendiri pun tak dapat nak Islamkan pakciknya Abu Talib. Nasihat kepada ramses02 dan saya, sampaikanlah, selebihnya terserah kepada Allah SWT.

    Semoga Allah SWT matikan ramses02 dan saya dalam iman
    Emjay

    ReplyDelete
  42. asslm..yang jelas yang simpel, ibarat kita makan d'restaurant halal kita tinggal memakan..sama halnya islam,udah bersyukur..kita ini dalam keadaan islam, apa yang sudah diberikan Allah kepada nabi SAW Al-Quran dah Hadits..tinggal kita sebagai umatnya menjalankan perintah dan larangannaya (dan banyak lah membaca) makin tinggi ilmu makin dia tidak menyalahkan orang lain

    ReplyDelete