Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Sunday, 15 November 2009

Mengapa ramai orang suka menempuh Jalan kesesatan?

Mengapa ramai orang suka menempuh Jalan kesesatan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbh kepada sdr sesama agama dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.

Alhamdulillah terima kasih Allah, pada tulisan yang lalu saya telah menulis tentang “Tahi dan Bunga” di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/10/tahi-dan-bunga.html. Kepada sesiapa yang masih belum membacanya, bacalah.

Secara mudah apa yang saya ingin sampaikan menerusi artikel tersebut ialah apabila kita melihat lalat atau langau, insya-Allah boleh kita temui tahi (atau bangkai) manakala apabila kita melihat tahi (atau bangkai), insya-Allah boleh kita temui lalat / langau yang bakal menghurungnya. Begitulah juga dengan bunga dan lebah (atau rama-rama). Apabila kita melihat lebah (atau rama-rama) insya-Allah boleh kita temui bunga manakala apabila kita melihat bunga, insya-Allah boleh kita temui lebah (atau rama-rama).

Apabila kita temui orang tua yang koma berbulan-bulan, badan sudah macam papan plywood, namun masih makan bila disuap, insya-Allah apabila diselidiki sejarah orang tua ini bakal ditemui amalan-amalan syirik seperti membela hantu atau khadam, memakai susuk, mengamalkan amalan songsang seperti menjadi bomoh, menyimpan tangkal, menyimpan senjata puaka atau berbagai kisah lainya. Inilah antara analogi bagi tahi dengan lalat / langau.

Apabila kita temui orang yang mati dengan mudah, tambah pula matinya dihari Jumaat, insya-Allah apabila kita selidiki mungkin bakal menemui sejarah hidup orang ini yang menarik dan cantik seperti banyak membantu orang lain, mengambil berat hal ehwal anak yatim, banyak mengajarkan ilmu agama yang diredai Allah SWT dan mungkin banyak lagi kisah-kisah menarik lain. Inilah antara analogi bagi bunga dan lebah / rama-rama.

Di Malaysia kini seolah-olah terdapat dua golongan sebagaimana yang disebutkan oleh Pak Hamka iaitu golongan tua dan muda. Setiap golongan saling menyalahkan golongan yang lagi satu. Golongan muda menyalahkan golongan tua manakala golongan tua pula menyalahkan golongan muda. Bagi orang awam, golongan yang mana satukah yang mereka perlu diikuti??

Golongan muda menyalahkan golongan tua kerana banyak mengamalkan bidaah manakala golongan tua menyalahkan golongan muda sebagai pemecahbelah umat Islam.

Semenjak isu penangkapan Dr Mohd Asri Zainalabidin (MAZA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) isu pertelingkahan antara golongan tua dan muda ini semakin panas. Hampir setiap hari terdapat artikel tentang MAZA di akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian, Harian Metro atau Utusan Malaysia. Kalau di forum internet seperti Tranungkite, isu ini adalah antara isu nombor satu yang dibincangkan.

Saya semakin tertarik dengan polemik ini apabila pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada 8 November 2009, Mingguan Malaysia menerbitkan artikel tulisan MAZA separuh muka dibahagian atas bertajuk “Bersaing dengan Hujah” (Sila rujuk Lampiran 1 di bawah) di satu pihak manakala pihak yang satu lagi (pihak tua) diwakili oleh Yusri Mohamad dengan artikel bertajuk “Memahami isu penangkapan Dr Asri” (Sila rujuk Lampiran 2 di bawah).

Apa yang menjadi lebih pelik lagi adalah Mingguan Malaysia yang menerbitkan kedua-dua artikel yang bertentangan 180 darjah  di muka surat yang sama tidak pun memberikan sebarang ulasan. Jadi bagi orang awam, mana yang perlu diikuti? Adakah fahaman yang dibawa oleh Dr Asri atau pun yang dibawa oleh Yusri Mohamad????

Pada hari ini di ruangan yang sama iaitu Minda Dr Maza di Mingguan Malaysia Ahad 15 November, sebagaimana biasa Mingguan Malaysia menerbitkan lagi artikel rencana yang menjadi susulan dari isu minggu sebelumnya bertajuk “Takut hantu wahabi” dan boleh diakses melalui http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive atau melalui Lampiran 3 di bawah.

Dalam pertelingkahan antara dua golongan ini pastinya satu adalah tahi dan satu lagi adalah bunga, Masalahnya yang mana satu bunga dan yang mana satu tahi??

Islam ada mengajarkan bahawa apabila kita berbalah-balah, kembalilah merujuk kepada Al Quran dan Al Hadis pastinya ditemui jawapannya. Ini dijelaskan melalui ayat Al Quran terjemahannya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

Kedua-dua golongan iaitu tua dan muda mengeluarkan hujah-hujah masing-masing namun hujah yang manakah yang lebih menepati Al Quran dan Al Hadis?? Adakah terdapat mana-mana hujah Dr Asri yang tidak menepati Al Quran dan Al Hadis??

Bagi saya isu perbalahan antara golongan tua dan muda ini adalah satu isu yang teramat serius kerana pastinya satu golongan adalah diterajui oleh dorongan mencari redha Allah manakala golongan satu lagi adalah dorongan dari iblis. Ini adalah sebenarnya “cold war” antara tahi dan bunga dan menunggu saat ketika berlakunya “the real war” .

Setiap umat Islam yang benar-benar mencari jalan lurus yang diredhai Allah SWT insya-Alah dapat menilai mana satu golongan tahi dan mana pula golongan bunga. Saya berpendapat bahawa golongan tahi menyangkakan bahawa mereka adalah golongan bunga dan mereka sanggup bermati-matian menegakkan fahaman mereka. Mini adalah jelmaan golongan munafik yang menyangkakan mereka adalah dari golongan benar sehingga sanggup membunuh khalifah Usman bin Affan dahulu.

Apa sahaja hujah yang diberikan oleh Dr Asri atau mana-mana ulamak hatta dari Muhammad bin Shalih bin Muhammad bin Utsaimin atau oleh Yusuf Al Qardawi akan tetap ditolak dan ditentang oleh golongan tua ini. Untuk memahami permasalahan ini, bacalah dan fahamilah Al Quran surah Al-A’raaf:146:

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Berdoalah agar Allah tidak memasukkan kita sebagai salah seorang dari orang yang dimaksudkan di dalam ayat Al Quran tersebut.

Menurut Tafsir Ibnu Katsir, dijelaskan “Aku (Allah)  akan menghalangi hati orang-orang yang menyombongkan diri, tidak mahu taat kepada-Ku dan menyombongkan diri terhadap manusia tanpa alasan yang dibenarkan, dari memahami terhadap hujah-hujah dan dalil-dalil yang menunjukkan keagungan diri-Ku, syariaat-Ku dan hukum-hukum-Ku. Allah pun menghinakan mereka dengan kebodohan seperti firmanNya mafhumnya: Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati mereka (Ash-Shaff:5).

Uyainah mengatakan: Maksudnya Allah akan melepaskan diri mereka dari memahami Al Quran dan memalingkan mereka dari tanda-tanda kekuasaanNya

Maksud “Dan jika mereka melihat Jalan yang membawa petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya ” ialah walaupun mereka melihat jalan yang menuju petunjuk iaitu Jalan yang selamat , mereka tetap tidak mahu melaluinya. Dan apabila mereka melihat jalan kehancuran dan kesesatan, mereka ingin menempuhnya.

Punca sikap songsang seperti ini melalui ayat ini Allah menyatakan “Yang demikian itu adalah kerana  mereka mendustakan ayat-ayat Kami. Hati-hati mereka mendustakan,  mereka selalu lalai terhadapnya yang bermaksud mereka tidak mahu mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya”

Kesilapan utama golongan tua yang tergolong dalam kesalahan fatal yang membawa kerosakan akidah lalu memasukkan pelakunya sebagai salah seorang yang Allah maksudkan sebagaimana dalam Al A’raaf:146 di atas ialah menolak Al Quran dengan mengatakan bahawa Allah berada di mana-mana. Bagi para pembaca sekalian, Allah adalah bersemayam di ArashNya sesuai dengan sifat kebesaranNya. Rujuklah http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/06/pengajian-aqidah-007-allah-itu.html . Artikel dalam bentuk pdf juga boleh didownload melalui http://www.4shared.com/file/29129280/818e51f2/Di_Mana_Allah.html .

Apabila mereka golongan tua atau mana-mana pengikutnya menolak keterangan yang disampaikan oleh Allah melalui Al Quran dan tetap berpendirian bahawa Allah ada di mana-mana, maka sesungguhnya mereka sudah terkena ayat Al A’raaf 146 di atas iaitu Yang demikian itu adalah kerana  mereka mendustakan ayat-ayat Kami. Hati-hati mereka mendustakan, mereka selalu lalai terhadapnya yang bermaksud mereka tidak mahu mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya”

Di Laman Emjay, golongan penentang memanglah ramai. Golongan ini adalah juga yang mengamalkan fahaman dari golongan tua. Apabila saya kata menyimpan senjata seperti keris lalu melakukan pelbagai ritual pelik dan berharap kepadanya sebagai syirik, mereka menentang saya. Apabila saya kata amalan aura chakra kuasa minda reiki qigong, mereka menentang saya. Apabila mengamalkan selawat yang tidak pernah diajarkan Nabi Muhamad SAW tambahan pula mengandungi tawassul yang tidak dibenarkan dalam Islam merosak akidah, mereka menentang saya. Apabila saya mengupas sebahagian amalan yang dilakukan oleh AKRINE sebagaimana di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/06/kupasan-tentang-pusat-rawatan-akrine.html , bukan main lagi mereka menentang saya.

Para pembaca perlu menilai, berdoa dan seterusnya memilih adakah golongan tua adalah bunga atau tahi.

Kalau menurut sebahagian dari golongan tua ini, apabila kita membaca hujah mereka sebagaimana di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mahkamah/20091113090711/Article/index_html , kebodohan mereka boleh dikategorikan sebagai KEBODOHAN MELAMPAU yang tidak boleh diterima akal yang waras. Marilah kita semua membaca hujah dari golongan TUA yang menentang fahaman yang dibawa oleh Dr Asri ini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oleh Murni Wan Omar
murni @ hmetro.com.my
HARIAN METRO 13/11/09

(Sumber :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mahkamah/20091113090711/Article/index_html)

PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah.

Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam kes seorang penceramah agama, Dr Abdullah Yasin, 63, yang didakwa mengajar tafsir al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 14 hingga 20 yang berhubung agama Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118(3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah Pusat Rukun Tetangga, Seksyen 14/26 Petaling Jaya, pada jam 4.30 petang, 24 April 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdullah diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mohamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

KAMAR: Pada 24 April 2006, kamu berada dalam dewan tempat kejadian, kamu dengar apa yang diajar?

TARNUZI: Saya tidak mendengar dengan jelas, tetapi dia (Abdullah) ada menulis ayat al-Quran di papan putih.

KAMAR: Apa ayat itu?

TARNUZI: Saya tidak pasti.

KAMAR: Kamu pasti ia ayat al-Quran bukan bahasa Arab?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: (Rujuk kepada tafsir al-Quran yang didakwa digunakan Abdullah pada hari kejadian) Cuba tunjukkan kepada mahkamah, ayat mana kamu kata tertulis di papan putih?

TARNUZI: Saya tidak ingat.

KAMAR: Ada kamu atau sesiapa rakamkan tulisan di papan putih itu?

TARNUZI: Tidak ada.

KAMAR: Sila rujuk sekali lagi, al-Quran ini dicetak oleh siapa?

TARNUZI: Tidak pasti tetapi ada cop 'Royal Saudi of Arabia'.

KAMAR: Adakah al-Quran ini yang diluluskan atau palsu?

TARNUZI: Saya tidak pasti.

KAMAR: (rujuk kepada tafsir al-Quran) Tolong bacakan kepada mahkamah tafsir Surah al-Baqarah ayat 14 hingga ayat 20. Setuju jika saya katakan ayat ini menerangkan sifat orang munafik?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: Adakah salah bagi orang yang berilmu memberi peringatan mengenai sifat orang munafik kepada jemaah?

TARNUZI: Tidak boleh tanpa tauliah.

KAMAR: Adakah itu kehendak Islam?

TARNUZI: Tidak, tetapi ia undang-undang berdasarkan Islam.

KAMAR: Adakah Abdullah tidak layak mengajar Islam?

TARNUZI: Layak, tetapi dia tidak mempunyai tauliah.

KAMAR: Saya katakan kepada kamu di Selangor hanya orang ada tauliah boleh mengajar?

TARNUZI: Ya.

KAMAR: Kalau kamu sendiri yang tidak mempunyai tauliah mengajar anak kamu membaca Muqadam?

TARNUZI: Tidak boleh.

KAMAR: Jika ada seorang mualaf datang kepada kamu dan meminta supaya diajarkan solat?

TARNUZI: Tidak boleh.

Sementara itu menjawab soalan Mohamad Nazri, Tarnuzi berkata, tauliah diperlukan bagi mengelak individu mengajar ajaran tidak betul serta lari dari landasan Islam.

NAZRI: Selain ajaran tidak betul, apa lagi?

TARNUZI: Mengelak daripada ajaran sesat atau fahaman yang tidak betul, tetapi ia hanya pendapat saya.

NAZRI: Adakah perlu ada pengiktirafan atau tauliah walaupun dimasukkan di dalam senarai dikecualikan daripada mendapat tauliah mengajar yang dikeluarkan Jais?

TARNUZI: Ya.

Dalam prosiding semalam, Mohamad Nazri memohon sapina dikeluarkan terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Mohd Zaki Arshad untuk memberi keterangan dalam prosiding akan datang.

Prosiding bersambung 28 Januari ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah hujah paling TIDAK MUNASABAH  pernah saya dengar yang diberikan oleh seorang yang menjawat jawatan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Tarnuzi Nokin. Kita jangan marahkan mengapa mentality Ahmad Tarnuzi Nokin ini sampai begitu rupa kerana inilah manusia yang apabila mereka mendustakan ayat-ayat Al Quran dan tidak mahu mengamalkan apa yang terkandung di Dalam Al Quran. Mereka akan sentiasa menolak jalan yang lurus serta mencintai jalan kesesatan.

Golongan tua seperti inilah juga yang menggalakkan amalan mirip orang Cina agama penyembah nenek moyang yang sentiasa berdoa kepada nenek moyang atau ibu bapa mereka yang sudah meninggal dunia. Golongan tua ini menggalakkan berdoa kepada wali / guru murshid / orang-orang tertentu / Nabi Muhamad SAW yang sudah meninggal dunia. Golongan muda menentang amalan bertawassul mengikut kaedah ini kerana membawa kesyirikan namun golongan tua tetap berhujah balas untuk menegakkan amalan mereka ini.

Amalan yang entah dari mana asal usulnya seperti konsep Nur Muhamad yang sama sekali tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhamad dan para sahabat pun mereka berjuang bermati-matian untuk menegakkannya. Amalan ini amat ditentang oleh golongan muda.

Bagi orang awam di Malaysia, mereka adalah orang yang mudah keliru dalam perselisihan ini. Ulamak tidak akan dan tidak pernah sepakat. Sebahagian mufti adalah dari golongan tua manakala ada segelintir pula dari golongan muda termasuk bekas mufti Perlis Dr Asri. 

Tidak akan memperoleh ilmu seorang yang pemalu dan seorang yang sombong. Barangsiapa yang tidak bersabar atas penderitaan menuntut ilmu, ia akan merasakan penderitaan akibat kebodohan untuk selamanya.

Menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995):

4.      Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; orang tersebut telah kafir.
5.      Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
6.      Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia.

Ingatlah bahawa apa yang dijelaskan menurut Al-A’raaf:146 iaitu mendustakan ayat-ayat Al-Quran serta tidak mahu mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya adalah termasuk menolak salah satu rukun iman iaitu :
  1. Percaya kepada kitab-kitab Allah
  2. Percaya kepada Rasul
Akibat dari perbuatan ini kelak Allah akan menjadikan pelaku mencintai kemungkaran dan membenci kebenaran sesuai dengan Al-A’raaf:146. Inilah sebabnya kini ramai orang suka menempuh jalan kesesatan.

Sekian wallahuaqlam


Emjay


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Lampiran 1.
Petikan dari Mingguan Malaysia 8 Nov 2009

ARKIB : 08/11/2009

Bersaing dengan hujah

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

Saya malu apabila 'orang agama' bertindak secara terbuka 'seakan' menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk 'memerangi' golongan agama. Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. Saya berfikir betapa sukar hendak menunaikan arahan Nabi SAW: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. (Riwayat al-Bukhari). 


Nampaknya hadis ini tidaklah dapat ditunaikan oleh kebanyakan orang jika seseorang tidak boleh memberikan nasihat agama melainkan selepas mendapat tauliah. Saya sedang berfikir apa akan jadi jika perkara ini dikuatkuasakan kepada guru-guru yang mengajar dalam kelas di sekolah-sekolah, pensyarah-pensyarah universiti, penceramah-penceramah motivasi yang ingin memasukkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran mereka. Bahkan sukarelawan-sukarelawan yang ingin menyampaikan nasihat agama seperti jemaah tabligh juga akan terkena tempiasnya. Di kala yang sama, kita bising jika ada gerakan missionary agama lain, tetapi sesama muslimlah jua yang membelenggu tangan pendakwah mereka dengan berbagai peraturan yang memberikan mudarat lebih banyak daripada maslahat.


Saya tidak menafikan kemungkinan perkara tauliah ini boleh dikuatkuasakan di bawah siasah syariah (politik Islami) yang bertujuan untuk kemaslahatan umat. Namun apabila ia dikuatkuasakan untuk kepentingan kelompok tertentu, maka tujuannya menjadi rosak. Sepatutnya mereka yang sudah mempunyai sijil pengajian Islam yang sah dari institusi-institusi pengajian Islam yang diiktiraf dianggap sebagai berkelayakan. Apatah lagi jika mereka pensyarah pengajian Islam di universiti-universiti. 


Seorang muslim juga boleh menyampaikan ucapan kepada masyarakat melalui unsur-unsur agama dengan kadar yang difahaminya. Tidak perlulah setiap orang yang hendak memperkatakan tentang Islam dikehendaki mendapatkan tauliah. Berapa kerat manusia yang ada tauliah kalau begitu. Maka hanya berapa kerat manusia sahajalah yang boleh menyampaikan nasihat agama dalam ucapan-ucapan mereka dalam negara ini. Jika pun tauliah hendak diwajibkan, wajibkan kepada mereka yang langsung tiada sijil pengajian Islam rasmi tetapi ingin mengajar bab-bab khusus dalam disiplin ilmu seperti mengajar khusus akidah, hadis, tafsir, fikah dan seumpamanya. Bidang-bidang ini memerlukan kepakaran, seseorang yang ingin mengajarnya padahal dia tidak pernah menjalani pengajian formal mengenainya, perlulah diuji. Di sini mungkin sistem tauliah boleh berfungsi.


Amatlah dukacita, di kala umat kehausan ilmu, golongan muda tercari-cari, isu-isu agama makin banyak yang belum terjawab, penularan pemikiran yang salah merebak dengan pantas dalam era globalisasi, unsur-unsur pengajaran yang bercanggah dengan ajaran tersebar di sana-sini. Tiba-tiba di kala itu dihalang golongan pendakwah dan mereka yang mempunyai pengajian Islam untuk menyampai ilmu atau memberi nasihat agama di 'mana saja' melainkan dengan tauliah. 


Sudahlah ramai ilmuwan dihalang dari bercakap dalam masjid dan surau hanya kerana isu tauliah yang sebahagian mereka berulang kali memohonnya tetapi tidak dapat, di tempat lain pun dihalang. Tidakkah pernah pihak-pihak berkenaan terkenangkan ayat Allah: (maksudnya): Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Surah al-Baqarah ayat 114). 


Kata al-Imam as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir: "Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat" (1/144, Beirut: Dar al-Khair).


Minggu lepas saya telah sebut tentang senjata fitnah. Memang sejak dahulu, ada kelompok yang apabila sahaja melihat atau mendengar tentang idea-dea pembaharuan terus sahaja dilabelkan Wahhabi. Senjata ini telah dihalakan kepada Prof Hamka, Za'ba, Syed Syeikh al-Hadi dan ramai lagi. Senjata fitnah jugalah dikenakan oleh sesetengah kelompok agama kepada tokoh-tokoh reformis sepanjang sejarah. Bak kata orang 'apabila habis perkakas hujah, lalu dipakai perkakas fitnah'. Apakah itu Wahhabi? Ia masih lagi misteri. Orang seperti saya bukan susah hendak cari kesesatan pemikiran jika ada. Saya bukan insan yang ghaib bersembunyi, saya ada tulisan, ada buku, ada siaran media elektronik dan berbagai lagi yang pemikiran saya boleh disiasat menerusi ucapan dan tulisan. Mengapa membuat tuduhan tanpa mendatangkan bukti? Saya teringat kata-kata Prof. Hamka menjawab sikap suka memfitnah ini, katanya: "Bersama dengan penghinaan kepada Wahhabi, diperbuat pula buku-buku yang memburukkan as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, dan as-Syeikh Muhammad Abduh, dan al-Sayyid Rasyid Ridha. Yang sangat bersemangat membuat buku demikian ialah al-Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabahani yang menjadi kadi di mahkamah Beirut dalam kerajaan Turki. 

Bukunya Shawahidul haq penuh dengan kata-kata yang penuh dengan fitnah dan penghinaan. kitab-kitab seperti inilah yang sampai ke tangan kaum tua. Oleh kerana mereka biasa dengan taklid tidaklah mereka mahu membaca pula kitab-kitab lain yang menerangkan pokok-pokok pendirian yang sebenar daripada orang yang dihina dan dicela itu. Syeikh Yusuf al-Nabahani menyatakan bahawa as-Sayyid Jamaluddin dan Syeikh Muhammad Abduh tatkala mati terjulur lidah, maka lekatlah kata-kata ini pada seluruh pembaca kitabnya. Syeikh Nabhani tidak sanggup menerangkan apakah kesalahan beliau itu, melainkan membuat fitnah yang tidak-tidak. 


''Sampai as-Sayyid Rasyid Ridha dikatakan sama dengan Abu Jahal. Sehingga orang yang otaknya telah beku dan fikirannya tidak jalan, telah percaya kepada fitnah yang dibawa oleh al-Nabhani itu. Oleh kerana ulama yang mula-mula melepaskan tauhid Islam yang suci daripada khurafat dan bidaah mutasawwifin ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim maka beliau-beliau ini pun tidak pula lepas daripada serangan. Segala kata yang bukan-bukan pula yang diperbuat atas diri beliau-beliau itu. Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat Islam, berkaum tua berkaum muda". (Prof. Hamka, Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s 76).


Akidah

Saya amat terkejut apabila dalam wawancara dengan Utusan Malaysia seorang wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan antara kesalahan akidah kelompok Wahhabi ialah pembahagian perbincangan tauhid kepada tiga; tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Inilah yang dianggap kesalahan akidah puak ini. Wakil JAIS itu barangkali lupa; perbahasan tauhid seperti ini dipakai dalam pendidikan sekolah dan universiti tempatan. Bahkan inilah yang dipakai dalam ratusan universiti di dunia Islam, di Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Qatar, Mesir dan berbagai negara lagi. Separuh umat Islam Indonesia dan separuh umat Islam di selatan Thai. Apakah mereka ini semuanya Wahhabi dan sesat? Dengan itu, inilah kes sesat-menyesat yang terbesar dalam sejarah umat Islam. Amat malanglah, jika umat Islam berbalah disebabkan kedengkian dan hasad lalu pergi ke daerah sesat-menyesat seperti ini.


Namun, apa boleh buat, nasib yang sama menimba insan yang jauh lebih mulia, Nabi Muhammad SAW, daripada seorang yang digelar al-Amin, lalu dipanggil tukang sihir dan gila. Ini semua akibat tidak mampu bersaing di pasaran pemikiran. Padahal, dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasul-Nya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa, tetapi bersaing dengan hujah. Namun, bak kita kata tadi, apabila habis perkakas hujah, ada yang guna perkakas fitnah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Lampiran 2
Petikan dari Mingguan Malaysia 8 Nov 2009

ARKIB : 08/11/2009

Memahami isu penangkapan Dr. Asri

Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan Bekas Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Datuk Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang. Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum. 


Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil. Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan. 


Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.


Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan 'pemberani' dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.
Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti 'tajdid' atau 'kaum muda' serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti 'Wahhabi'.


Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran 'kaum muda' seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma' para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah 'Ash'aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.


Pegangan
Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran 'kaum muda' sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.


Dalam 'perjuangan' mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.


Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, "Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!", adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.


Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi. 


Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?


Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.


Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini. 


Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya. Wallahualam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lampiran 3
Takut hantu Wahabi

Takut hantu wahabi

 

Minda Dr. Maza

ADA beberapa orang mencadangkan saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang aktivis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya.
Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh 'syeikh' mereka tanpa bertanya lagi dalilnya. 


Namun persoalan besar yang sering ditimbulkan siapakah ahli sunah wal jamaah? Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengisytiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari ahli sunah wal jamaah. 


Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: "I am France and France is me". Maka ramailah orang mendakwa ahli sunah wal jamaah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu ahli sunah wal jamaah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya.
Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Sehingga kelompok tarekat yang sering mencetuskan dakwaan berbagai-bagai termasuk konsep 'wahdatul ujud' (kesatuan tuhan dengan makhluk) yang dilaungkan oleh Ibn 'Arabi juga mendakwa mereka ahli sunah wal Jamaah. 


Lebih sedih lagi, ada yang mendakwa "ahli sunah hanya yang ikut mazhab Syafie". Kalau demikian, habislah terkeluar imam-imam lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Ahmad daripada kalangan ahli sunah wal Jamaah. Sehinggakan mereka yang tidak qunut pun dikeluarkan daripada ahli sunah wal Jamaah. Maka barangkali tiga perempat dari umat Islam ini terkeluar daripada ahli sunah wal Jamaah.


Padahal istilah sunah di sini merujuk sunah Nabi Muhammad SAW yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunah, maka ahli sunah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jamaah merujuk kepada para sahabat Nabi SAW dalam erti kata lain menghayati al-Quran dan sunah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. 


Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan sunah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabat adalah panduan mereka, maka mereka adalah ahli sunah wal Jamaah (lihat: al-Mausu'at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu'asarah, 40-54, WAMY). Maka dengan itu berbagai mazhab fikah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan daripada ahli sunah wal jamaah. 


Ini seperti kata 'Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): "Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi'i, al-Auza'i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida'ah ahli hawa nafsu dan sesat"(al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma'rifah).


Jika kita lihat di sini, mazhab Zahiri yang hanya berpegang kepada zahir nas sahaja dikategorikan sebagai ahli sunah, apakah tidak qunut, letak tangan atas dada ketika solat, tidak berwirid beramai-ramai selepas selepas solat terkeluar daripada ahli sunah?


Tauhid

Wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu wawancara menyebut antara ciri sesat itu mereka yang membicarakan pecahan tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat. Namun dalam ciri-ciri ahli sunah wal Jamaah yang dikeluarkan oleh WAMY, bahkan sukatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sukatan sekolah negara kita dan kebanyakan universiti di dunia ini, itulah ciri manhaj kefahaman tauhid ahli sunah yang diajar.


Sejak saya sekolah rendah, dalam usrah, dalam buku akidah Presiden Pas, dalam buku sekolah kerajaan UMNO dan di negara-negara Arab, di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah itulah bentuk perbahasan akidah ahli sunah yang diajar. Hari ini wakil JAIS menyatakan itu bukan akidah ahli sunah bahkan dikaitkan dengan akidah penyembah berhala. 

Akhirnya, dikaitkan dengan wahabi. Kalau begitu telah lamalah kita semua wahabi.
Saya amat dukacita, jika golongan agama itu suka menjadikan senjata kafir mengkafir, sesat menyesat sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan dan diri, akhirnya umat yang musnah. Izinkan sekali lagi saya menyebut perkataan Prof. Hamka: "Kadang-kala dikatakan kaum muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah". (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 66).


Daripada cerita tauliah pergi ke cerita wahabi. Setiap yang berbeza pendapat dengan mereka yang memegang kuasa agama dilabelkan wahabi.


Minggu lepas Pengarah JAIS menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Dalam keadaan ramai bukan muslim salah faham terhadap Islam, fatwa seperti ini dikeluarkan. Padahal pada zaman Nabi SAW para perwakilan muslim dan bukan muslim sama ada Yahudi, Kristian dan selain mereka masuk berjumpa Nabi SAW dalam masjid. 


Mereka memahami Islam dari masjid dan berurusan dengan kerajaan Islam dalam masjid. Ini disebut dalam banyak hadis. Jika Pengarah JAIS itu memilih pendapat yang saya anggap tidak kukuh dan merugikan Islam di Malaysia dan saya memilih pendapat para ulama yang menyatakan bukan muslim boleh masuk ke masjid jika ada keperluan, adakah saya telah menjadi wahabi dan sesat? 


Apakah pula jika satu hari Allah takdirkan saya berada di tampuk kuasa, maka pendapat beliau pula akan dihukum wahabi dan sesat? Rosaklah agama jika menjadi mainan hawa nafsu dan kepentingan!


Saya bukan peminat karangan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab (1115H). Saya suka dengan Dr. Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan jiwanya begitu dekat Ibn Taimiyyah (meninggal 728H). Begitulah juga saya. Namun saya sama sekali tidak dapat menerima tabiat suka mengkafir dan menyesatkan tokoh ilmuwan seperti yang berlaku sekarang ini. 


Jika saya tidak bermazhab Maliki, saya tetap membantah mereka yang menghina al-Imam Malik bin Anas, kerana seorang muslim wajib membela muslim lain yang dizalimi, apatah lagi tokoh ilmuwan. Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatah lagi, kesannya besar.
Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lebanon dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat. Ini akan dihuraikan dalam tulisan akan datang. 


Baru-baru ini UIAM meraikan kedatangan tokoh ilmuwan terkenal 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki, Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah


Tokoh ini dalam tulisannya Mujmal I'tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: "Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat" (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah). 


Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: "Bagi al-Imam Muhammad bin 'Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah menjadi keutamaannya memelihara benteng tauhid daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. 


Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah). 


Seorang lagi tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk, Dr. Wahhab al-Zulaili menyebut: "Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya): "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikan), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin 'Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.


Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bidaah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin 'Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih." (Rujukan: Dr. Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani 'Asyar, m.s 57-58).
 
Sekali lagi, seperti yang pernah saya tanya dahulu, apakah mereka semuanya wahabi kerana memuji Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Apakah mereka jika berceramah di negara ini akan ditangkap kerana tiada tauliah dan tauliah pun tidak boleh diberikan kepada mereka kerana mereka ada unsur wahabi? 


Dalam sejarah, akibat permainan golongan agama seperti ini al-Imam Ahmad bin Hanbal pernah dijatuhkan hukuman oleh ulama pemerintah pada zamannya, al-Imam al-Bukhari juga sama. Wahabi telah menjelma bagaikan istilah hantu yang digunakan oleh orang tua-tua dulu untuk menakutkan budak-budak. 


Maka, tidak pentinglah sama ada hantu itu wujud atau tidak di situ, tidaklah penting sama ada orang tua-tua itu pernah melihatnya atau tidak, tidaklah penting apa rupanya, yang penting kanak-kanak menjadi takut dan orang tua-tua dapat duduk selesa bersembang di meja kopi dengan gelak ketawa sampai ke pagi.



19 comments:

  1. ajen dajjal sudah meresap dalam jabatan agama islam,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wht.Prof Emjay,semoga sihat sejahtera selalu."TIADA TUHAN SELAIN ALLAH YANG MAHA ESA,TIADA SEKUTU BAGI ALLAH.HANYA ALLAH YG MEMPUNYAI SEMUA KERAJAAN DAN SEMUA PUJI-PUJIAN.DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU."Satu artikel untuk renungan bersama!.

    ReplyDelete
  3. jangan suka mengatakan sesuatu itu sesat! kerana tidak hina org yg di muliakan dan tidak mulia org yg di hinakan. kiranya kita rasa sudah betul (tidak sesat) utk apa kita takut kepada kesesatan.

    ReplyDelete
  4. bro..
    dunia yg salah atau ko yg salah ek?

    ReplyDelete
  5. Ketahuilah,- semoga Allah merahmati Anda- Sesungguhnya kita wajib mempelajari empat perkara, iaitu:

    1. Ilmu, iaitu mengenal Allah, mengenal Nabinya dan mengenal agama Islam dengan dalil-dalilnya.
    2. beramal bedasarkan ilmu.
    3. Mendakwah ilmu tersebut dan mengajak orang untuk mengamalkannya.
    4. Besabar terhadap gangguan dalam menuntut ilmu, beramal, dan berdakwah.

    ( dipetik dari Tsalasah Ushul: Muhammad ibn Abdul Wahab).

    ketahuilah ust sedang di uji..dalam menyebarkan ilmu...jangan berputus asa...


    beliau menekankan kita wajib menunutut Ilmu ". طالب علم فرضة على كل مسلم
    kita tidak boleh beramal melainkan setelah ada ilmu....

    ReplyDelete
  6. Memang betullah kata-kata hidirashid bahawa saya sedang diuji. Tentera iblis memang marah sekali apabila saya mengajak umat Islam membersihkan diri dari perbuatan syirik.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. 1. Sesungguhnya Allah tidak ridha dipersekutukan dengan sesuatu selain-Nya ketika seseorang beribadah kepada-Nya, miskipun yang dipersekutukan dengan-Nya tersebut adalah malaikat yang dekat dengan Allah maupun rasul yang diutuskan-Nya. Dalilnya adalah Firman Allah yang bermaksud:

    " Sesungguhnya masjid2 itu adalah kepunyaan Allah, maka janganlah kalian menyembah seseorang pun di samping (menyembah) Allah". (QS. Al JiN:18)

    2. Sesungguhnya orang yang mentaati rasul dan mentauhidkan Allah tidak boleh memiliki krompomi kepada orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya walaupun orang-orang itu adalah kerabatnya yang paling hampir. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    " Engkau tidak akan mendapatkan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasul-Nya walaupun mereka itu adalah bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,saudara atau keluarga mereka sendiri. Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan memperkuatkan mereka dengan roh yang berasal dari-Nya. Allah memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya ada sungai2 yang mengalir. Mereka kekal di dalamnya. Allah ridha dengan mereka dan merekapun ridha kepada Allah. Mereka itu adalah golongan Allah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itu adalah golongan yang beruntung". (QS. Al-Mujadalah:22).

    Ketahuilah,- Semoga Allah memberi keteguhan kepadamu untuk melakukan ketaatan- Sesungguhnya hanafiyah, agama Nabi Ibrahim, adalah agama yang menyeru manusia agar beribadah kepada Allah samata-mata. Allah memerintahkan seluruh manusia untuk beribadah kepada-Nya. Bahkan Allah menciptakan mereka untuk tujuan tersebut. Hal ini sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

    " Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku". (QS: Adz Dzariyat: 56)

    maknanya beribadah kepada-Ku dalam ayat di atas adalah mentauhidkan-Ku. Perintah Allah yang paling agong adalah perintah untuk bertauhid. Bertauhid adalah menyerahkan peribadahan hanya kepada Allah. Larangan Allah yang paling berbahaya adalah larangan melakukan perbuatan syirik. Syirik adalah beribadah kepada selain Allah disamping (beribadah) kepada-Nya. Dalilnya adalah firman Allah Swt yang bermaksud:
    " Sembahlah Allah dan janganlah kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.( QS. An-Nisa: 36).

    ................................................................................................................................................

    Semoga Allah merahmatimu....baca dan fikir2kan dan amalkan....dan bersabar menghadapi ganguan...

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kebathilan (yang baharu) sedang melonjak-lonjak untuk mengatasi kebenaran (yang lama). Sesuailah dengan dunia yang dah akhir zaman.... bukankah yang baharu itu semakin buruk berbanding dengan yang lama.... sesuai dengan hadis bermaksud "umat yang terbaik adalah selepasku dan umat yang seterusnya..." Dan umat yang terburuk adalah umat yang paling akhir, seperti yang akan muncul ini....

    ReplyDelete
  9. Bismillah....kepada marabbuka,

    Apa maksud saudara dengan ayat"Sebenarnya kebathilan (yang baharu) sedang melonjak-lonjak untuk mengatasi kebenaran (yang lama). Sesuailah dengan dunia yang dah akhir zaman.... bukankah yang baharu itu semakin buruk berbanding dengan yang lama..."mohon penjelasan

    ReplyDelete
  10. Dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad saw apa yang dibawa adalah agama tauhid.Ia tidak berubah mengikut zaman.Tauhid lah yang akan Allah soal dahulu sebelum amalan-amalan yang lain.Tapi terdapat ramai golongan yang merekacipta amalan dalam beragama atas nama ibadah sedangkan ia suatu yang bidaah.Surah Al Mu'minuun ayat 52 ada menjelaskan "Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua,agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu,maka bertaqwalah kepada Ku" manakala ayat 53 menjelaskan seperti berikut : Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka(masing-masing).

    ReplyDelete
  11. Asskum,
    Allah swt berfirman tetap akan uji iman hambaNya. Inilah dia ujianNya.
    Iblis syaitan [ semoga dilaknat olehNya dan berlindung kita kepadaNya ] pula diberi lesen untuk mengoda mahlukNya dengan strategi halusnya. Jika Iblis tidak ingkar kepada Tuhan, pasti aman dunia, tapi itulah urusan tadbir Allah swt menjadikan iblis syaitan musuh yang nyata walaupun ghaib sebagai ujian keimanan manusia sejak moyang kita Adam dan Hawa. Allah swt juga berfirman manusia adalah sebaik baik ciptaanNya, lebih mulia dari malaikat apalagi dari syaitan yang sudah dilaknat.
    Manusia berilmu agama pasti yakin iblis syaitan itu musuh yang nyata
    Manusia tiada ilmu [ makna lain : bodoh / kebodohan ] saja akan ikut jejak langkah syaitan
    Strategi syaitan banyak dan teramat halus
    Dengan kata lain pintu-pintu syaitan luas dan banyak
    Melawan musuh perlu ada pelan perang dan perlu selidik strategi musuh [ Strategi musuh paling besar ialah hawa nafsu ]
    Sudah tahu / masak pelan dan strategi lawan baru lancar perang : PERANG JIHAD
    Semasa masuk perang berserah diri pada Allah swt, tawakal, niat cari keredaanNya saja bukan cari nama, cari upah, tegakkan negara, rampasan perang dll tapi HANYA UNTUK TEGAKKAN AGAMA.
    SAYA BERPENDAPAT , SDR. EMJAY SEDANG MENERANGKAN KEPADA KITA SEMUA TENTANG STRATEGI MUSUH ATAU PINTU MASUK MUSUH DAN TANGGUNG JAWAB KITA :
    TUTUP PINTU MASUK MUSUH DAN LUMPUHKAN STRATEGI MUSUH..
    Namun, adapula ujian sampingan Tuhan berikan iaitu MUSUH YANG NYATA DAN NAMPAK IAITU SYAITAN-SYAITAN MANUSIA [ Yang mengambil / mengikut hasutan musuh yang nyata tapi Ghaib : iblis syaitan laknatullah ] termasuk yang MUNAFIK [ Talam dua muka : contoh gaya ustaz tapi jual azimat,pelaris, penunduk ] , FASIK [ Bergelumang dengan dosa maksiat tapi mengaku beriman atau baik buat jahat pun buat atau ilmu putih dituntut ilmu hitam pun belajar - Anak kita masih kurang dosanya jika dipertontonkan gambar foto " orang pintar" pasang susuk dengan wanita berkemban dan mandikan wanita berkemban, apa komen mereka. Jika mereka komen bagus bermakna kita belum ajar mereka erti aurat dan dosa dan belum ajar mereka siapa musuh kita sebenar , semoga kita dijauhkan dari menghampiri golongan " Yang mendustakan ayat-ayat /Kalam Allah "]] .

    JANGAN KHUATIR, BUKANKAH ALLAH BERFIRMAN : iblis syaitan itu mahluk yang lemah [ TERMASUK KITA JUGA MEMANG TIADA DAYA UPAYA TANPA IZINNYA.
    Janji Allah swt kemenangan adalah dariNya. Senjata kita :
    IMAN
    ISLAM
    IHSAN
    Yang didalamnya merangkumi senjata sulit dan ampuh meliputi :
    NIAT CARI REDANYA
    DOA / MOHON KEPADANYA
    ZIKIR KEPADANYA
    BERLINDUNG KEPADANYA
    BERSERAH DIRI KEPADANYA
    TAWAKAL
    BERSANDAR KEPADA KALAMNYA [ ALQURAN]
    BERSANDAR KEPADA SERUAN RASULNYA [ HADIS]
    IKUT SURUHANNYA
    TINGGALKAN LARANGANNYA
    GUNA AKAL KURNIANYA
    JANGAN GUNA NAFSU HASUTAN MUSUHNYA

    Ayuh, BERJIHAD KITA. Perangi musuh kita, tutup pintu-pintunya dan lumpuhkan strateginya. ALLAH HU AKBAR.

    Peringatan : Sudahkah / Pernahkah anda berniat MEMERANGI MUSUH YANG NYATA IBLIS SYAITAN. Berniatlah Jihad memerangi Musuh Allah swt dan Musuh kita - iblis syaitan. Semoga ada bahagian anda diakhirat kelak HANYA KERANA NIAT. Alangkah ruginya kita kerap berniat serong kepada sesama mahluk [ baik niat nak buat sihir atau santau sesama manusia atau niat nak baling anjing liar dijalanan atau kucing jiran yang buang najis dirumput karpet yang anda tanam, TAPI ANDA BELUM BERNIAT UNTUK MEMERANGI MUSUH ALLAH DAN MUSUH MANUSIA.
    Sekali lagi disyorkan BERNIATLAH.... Pasti musuh kita akan bertambah lemah, dan mengecil sebesar lalat saja kemudian sama-sama kita gempur dengan bacaan Kalam Allah swt berserta niat kita tadi. Insyaallah Allah akan turunkan TENTERANYA pula membantu kita. Begitulah sebenarnya Rasulullah saw mencapai kemenangan dalam peperangan BADAR.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah mematikan saya dan ehsanalsabaki dimatikan dalam iman.

    Saya sangat setuju dengan tulisan ehsanalsabaki. Amat rugilah mereka yang mengaku Islam tetapi tiada niat langsung untuk berjihad.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Setelah berkecimpung di dalam arena Facebook yang serba meluas tanpa ada kawalan (sebagaimana juga laman-laman blog/web) yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. Didapati terdapat juga group fans yang dalam diam/halus membawa fahaman Wahhabi tetapi dengan motto yang pastinya memikat siapa sahaja. Seperti groupfans ini :...
    1. ♥ LA TAHZAN, Jalan pulang kepangkuan Allah terlalu luas!
    2. AHLI SUNNAH
    3. SUNNAH
    Apa yang menarik, artikel-artikel yang bercorak percintaan amat menarik perhatian remaja akan disajikan. Dan biasanya secara perlahan-lahan akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ulamak salafi zaman moden/wahhabi yang terlibat dalam menghukum sesat dan kafir kepada Umat Islam. Terdapat beberapa ahli yang telah di’ban’ hanya kerana menegur admin di Group Fans ini kerana menjelaskan dan membongkar kegiatan mereka. Sebagai contoh :
    GroupFans yang pertama iaitu :♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas! telah memberikan link group ini ke laman web RASUL DAHRI.
    Rasul Dahri telah menulis satu buku di dalam kandungan bukunya mengandungi isi yang mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang mengikut Asya’iroh.
    BUKTI ADA DISINI: http://pondokhabib.wordpress.com

    ReplyDelete
  14. Wa ilahi turjaul umur....dalam kesibukkan tuduh menuduh antara satu sama lain dan mengaku lebih islam daripada lawannya kuil-kuil hindu tumbuh becambah bagai cendawan di mana-mana,seks bebas,murtad dan pelbagai lagi syirik,kufur mendepani masyarakat Melayu tanpa tentangan yang sepatutnya,yalah semua ahli-ahli fikir ugama sedang sibuk berbantah-bantah.. semuanya nak menang sendiri...berbantah-bantah itu sebenarnya daripada Syaitan.

    ReplyDelete
  15. sy sokong liefreddie ..kita kena bersatu ok

    ReplyDelete
  16. erti "ketahuilah ,bahwa dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram "

    ketahuilah tempat ilmu adalah hati hati yg halus iaitu yg mengatur segala aanggota tubuh . yg halus inilah yg dilayani oleh segala anggota tubuh
    yang halus ini jika dihubungkan kpd hakikat ilmu adalah cermin dgn dihubungkan dgn warna . maka segala yg berwarna iitu menpunyai bentuk dan keadaan

    ReplyDelete
  17. sesunguhnya lidah itu adalah perkakas syaitan yg terbesar utk menipu manusia . Maka dgn taufik dan kepimpinan Allah yg baik akan menguraikan semua bahaya lidah

    pertama kelebihan diam kemudian bahaya berkata -kata meengenai tidak penting kemudian bahaya kata berlebihan

    besarnya bahaya lidah dan keutaman diam .> ertinya barang siapa diam , nescaya ia terlepas ( dr bahaya )
    dan sabda nabi muhammad ertinya diam itu suatu hukum dan sedikit yg melaksanakannya

    hukum pada makna hadis ini ialah hikmah dan memikikan akibat

    ReplyDelete
  18. ertinya barang siapa yang suka selamat , maka hendaklah iamembiasakan diam
    dari said bin jubair ( haadis marfu) yang diteruskan kpd rasullah bahawa beliaw bersabda " apabila anak adam itu berpagi hari , nescaya semua anggota badanya mengingati lidah ertiya ANGOTA BADANNYA berkata ' takuti ALLAH mengenai kami kerana jiakalau engkau berdiri lurus maka kami pun dapat berdiri lurus . dan jikalau engkau bengkok ( menyeleweng ) nescaya kami pun menjadi kekok

    ReplyDelete
  19. bahaya mengutuk
    rasullah bersabda " orang mukmin itu bukanlah pengutuk"

    nabi bersabda " jgnlah kamu kutuk mengutuk dengan kutukan ALLAH dgn kemarahan ALLAH dan dengan neraka jahannam

    sifat yg membawa kpd kuutuk ialah tiga iaitu kufur , bidaah dan fasik dan kutukan ada tiga pangkat

    ReplyDelete