Assalamualaikum wrh. Wrh
Bismillahirrahmanirrahim
Pada minggu lepas seorang hamba Allah telah mengirimkan artikel http://laman-emjay.blogspot.com/2010/07/wanita-kalau-nak-masuk-syurga-memang.html untuk tatapan kita semua. Pada kali ini, hamba Allah yang sama telah mengirimkan kepada artikel tersebut.
Dengan ini saya mempersilakan pembaca semua membaca artikel kedua hamba Allah ini sebagai iktibar kita semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WANITA KALAU NAK MASUK SYURGA MEMANG SENANG……NAK MASUK NERAKA LAGI SENANG!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrh. Wrh
Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi tercinta Muhammad saw. Saya berdoa agar hidup ini sentiasa mendapat redha Allah swt. ….dan itulah yang paling utama dan sentiasa kita cari-cari. Artikel ini ditulis setelah berbincang dengan guru agar dapat berkongsi dengan para pembaca. Apabila hendak menulis sesuatu artikel, perkara yang paling menggusarkan saya sebagai hamba Allah yang lemah ini adalah olahan bahasa agar dapat difahami. Maklumlah bidang tugas penulis tiada kaitan langsung dengan bidang penulisan mahupun penerbitan. Kisah yang akan dipaparkan ini adalah kisah benar dan pengalaman amat berharga untuk dikongsi. Tiada lain tujuan melainkan menjadi bahan dakwah kerana Allah swt semata-mata.
Genap seminggu selepas ayahanda saya dipanggil Allah swt (meninggal), saya menerima panggilan telefon dari ibu yang masih sugul bersedih berikutan kematian arwah, memberitahu akan kematian seorang hamba Allah jiran di belakang rumah. Maha suci engkau ya Allah yang meminjamkan nyawa dan mengambilnya kembali. Tidak sesaat dicepatkan dan tidak sesaat dilewatkan. Untuk pengetahuan pembaca, hamba Allah ini pada masa hayatnya merupakan bekas tentera berpangkat Mejar. Orangnya berbadan tegap dan kelihatan gagah. Setelah berpencen pun masih digelar orang dengan panggilan Mejar(B) ……..
Setelah bersara, hamba Allah ini memilih untuk bergiat aktif dalam politik melalui parti xxx. . Maka banyaklah program ceramah politik yang disertai merata tempat. Kalau setakat usrah dengan Ustaz2, Dato al ustaz ni biasalah dijemputnya untuk berusrah. Dalam parti xxx ini beliau berjawatan Bendahari Bahagian. Isteri simati pula pada awalnya tidak berminat dengan kerja-kerja parti tapi apabila berkawan dengan ibu mertua saya jadi minat pula. Untuk makluman pembaca, bapa mahupun ibu mertua saya ini memang bergiat aktif dalam parti xxx ni.
Saya pun tanpa berlengah lagi terus menelefon isteri memaklumkan berita kematian tersebut. Setelah berbincang saya mengambil keputusan untuk pulang seorang diri sahaja memandangkan kami ada anak-anak yang masih kecil dan ada yang bersekolah. Saya melafazkan innalillahiwainnailaihirajiuun . Niat saya hanyalah untuk melaksanakan sunnah Nabi yang menyuruh dan menggalakkan umat Islam menziarahi jenazah. Hikmahnya, apabila menziarahi jenazah, kita akan ingat mati, bila ingat mati kita akan buat persediaan amal soleh, menghindari maksiat. Mudah-mudahan amanlah dunia ini.
Lebih kurang jam 2.30 petang saya tiba di rumah dan menziarahi ibu dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah jiran.....tapi diberitahu oleh ibu, jenazahnya tiada di rumah. Warisnya telah membuat keputusan untuk mengebumikan si mati di kampung asal yang terletak amat jauh dari rumahnya. Astaghfirullah...... maka saya pun meminta adik lelaki yang masih lagi bercuti kerana menemankan ibu untuk memandu ke pekan R......... Sudahlah begitu, Allah menguji kami dengan kesukaran mencari kampung asal si mati. Dalam kereta banyaklah yang saya bualkan dengan adik dan menimbulkan beberapa pertanyaan. Antaranya “mengapa dikebumikan di tempat yang jauh??? Hingga menyukarkan orang kampung untuk datang berziarah”. Ada anak, tapi pihak hospital yang mengurus jenazah?? (diswastakan). Sakit apa?? ...dan pelbagai persoalan.
Kami tiba di kampong asal si mati lebih kurang jam 3.45 petang. Maka kelihatanlah orang-orang bertahlil dan membaca yasin dibawah pimpinan kenalan si mati barangkali. Saya lalu bersalam dengan anak kedua si mati dan mengambil tempat dikaki si mati untuk berdoa. Doa saya agar rohnya ditempatkan dikalangan orang mukmin. Setelah selesai berdoa, saya meminta adik lelaki membuka kain penutup muka untuk melihat wajah jenazah. Entah mengapa dengan izin Allah, saya jadi gerun untuk membukanya. Padahal baru seminggu lepas ayahanda saya meninggal. Untuk pengetahuan pembaca, saya bukanlah kasyaf, bomoh atau memiliki ilmu ladunni yang boleh meramal sesuatu perkara dan sewaktu dengannya. Sebaik dibuka, dapatlah saya tatap wajah jenazah. Kelu dan pilu, wajahnya seakan menanggung azab sengsara. Jenazah masih mengetap bibir seakan menahan sakit. Ada terbit kesan lebam di dahi. Maha suci engkau ya Allah. Amat berbeza wajahnya ketika masih hidup!. Ampunilah dosanya ya Allah…bisik saya didalam hati.
Saya mengajak adik pulang ke rumah. Tiba-tiba terbit cadangan dari beberapa individu untuk menyembahyangkan jenazah sekali lagi walaupun telah disembahyangkan pada waktu zohor di rumah asalnya. Jenazah meninggal lebih kurang jam 10 pagi. Saya membatalkan niat untuk pulang dan turut serta bersolat. Apatah lagi bapa mertua akan tiba menziarah sebentar lagi…jadi dapatlah kami berjumpa. Sekali lagi, ketika mengangkat takbir…..lantai rumah kayu tersebut patah!..tangan kami ketika mengangkat takbir pun terangkat sama, terkejut yang amat! …kejadian yang sama berlaku pada takbir yang ke 2, dan ke 3. Saya menjangkakan lantai rumah kayu itu akan terbolos bila-bila masa..tapi bagaimana dengan jenazah??.Alhamdulillah sehingga solat selesai tiada apa-apa yang berlaku. Kami pun pulang…..dalam kereta saya dan adik hanya berpandangan antara satu sama lain. Balik ke rumah, saya mendapat berita-berita berkenaan jenazah seperti berikut :
1) Arwah menanggung azab 3 hari sebelum kematiannya hingga terbuang air kecil dan besar merata-rata di hospital.
2) Dibawa ke hospital oleh adiknya yang paling rapat. Isterinya gagal memujuk.
3) Tulang rusuknya patah ditekan oleh Pegawai Perubatan dan staf hospital untuk menyelamatkan nyawanya.
4) Ketika berdepan azab sakaratul maut, isteri si mati masih boleh ke mesyuarat Parti xxx
5) Ketika hayatnya, kerap ditinggal isteri kerana menjalankan kerja-kerja parti seluruh Malaysia termasuk sebagai perayu undi.
6) Isteri pernah menunaikan umrah tanpa suami.....balik umrah maklumkan pada kawan-kawan wanita seronok buat ibadah tanpa suami. Ada suami leceh, penat, asyik melayan kerenah suami seperti sakit, cerewet dan lain-lain urusan.
7) Si mati juga ketika hidupnya kurang bergaul dengan penduduk kerana perbezaan parti politik dan pernah bermasalah silaturrahim dengan jiran tetangga.
Wallaua'lam.
Emjay
cerita saya pula lain.. sewaktu saya di mesjidil haram memang sungguh menakjubkan jenazah yg meninggal dunia di mekah.. selepas kami kami solat jenazah.. keranda di angkat dan di julang beramai-ramai.. dengan sekelip mata s hukaramah ni. selesai sahaja solat jenajah, keranda tersebut di usung beramai2 di atas jutaan orang di bawahnya.. seperti terawang2an keranda tersebut sekilas mata memandang ianya telah beada di pintu besar masjidil haram. tak sampai beberapa saat.. masa'allah tahjub betul saya menyaksikan kehebatan semasa membantu mengusungkan jenazah tersebut.. semuga rohnya di cucuri rahmat... ameen
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDelete
ReplyDeleteDengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi maha Penyayang
Assalamualaikum
Saudara Emjay. saya ingin bertanya satu soalan iaitu semasa saudara solat, adakah saudara atau guru yang mengajar saudara khusuk semasa mengerjakan rukun islam yang kedua ini. Atau saudara buat-buat khusuk atau solat ikut-ikut orang solat atau nak tunjuk kat orang yang kita solat.
Jawapan dari saudara saya nantikan.......
Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).
ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.
ReplyDeleteSAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.
PERHATIAN !!!!!!!!!
BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.
subhanallah..
ReplyDeletetuan haji,izinkan saya share ye
ReplyDeletesilakanlah
ReplyDeleteEmjay