Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 27 December 2011

Perjudian, pertaruhan, undian dan perlumbaan, ramai yang keliru

Perjudian, pertaruhan, undian dan perlumbaan, ramai yang keliru.

 

Assalamualaikum wbt sekelian umat Islam dan laknat Allah SWT kepada iblis serta pengikutnya.

Kekeliruan umat Islam di Malaysia tentang judi pada hari ini cukup dahsyat sekali. Kekeliruan ini menjadi bertambah parah apabila kerajaan menambah hukum dalam Islam dengan mewujudkan istilah “judi haram dan judi halal”. Kerajaan menetapkan hukum tambahan baru bahawa segala perjudian di pusat judi yang berdaftar dan membayar cukai kepada kerajaan sebagai judi halal manakala segala pusat judi yang tidak berdaftar dan tidak membayar cukai kepada kerajaan sebagai judi haram. Hai apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia.

Saya menulis artikel berkaitan judi pada hari ini setelah didorong oleh pelbagai kekeliruan dikalangan umat Islam di Malaysia dan setelah setengah pihak di UTM menambah lagi kekeliruan ini dengan mengistiharkan cabutan bertuah sebagai haram kerana alasan mereka ia mirip perjudian. Pengistiharan ini adalah melalui wakil UTM yang di arahkan ke Pejabat Agama Islam Negeri Johor untuk menyertai taklimat dan sekembalinya pensyarah ini ke kampus, diistiharkan bahawa segala cabutan bertuah adalah haram menurut keputusan di putuskan di Pejabat Agama Islam Negeri Johor. Yang peliknya pula adalah perkara yang sangat jelas sebagai perjudian seperti peraduan memancing termasuk GP Joran anjuran Berita Harian tidak pula mereka haramkan!!

Artikel hari ini insyaAllah saya berusaha mengungkap persoalan-persoalan berikut sama ada ia adalah judi atau tidak dengan bersandarkan nas-nas sahih dalam ajaran Islam seperti:

  1. Adakah Loteri Kebajikan Masyarakat judi, mengapa?
  2. Adakah 4 orang main golf dengan pertaruhan RM50  satu judi, jika judi  mengapa?
  3. Adakah menyertai pertandingan memancing ini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2_000serbuPulauWarisan/Article/index satu judi?
  4. Adakah menyertai GP Joran anjuran Berita Harian satu judi, jika judi  mengapa?
  5. Adakah menyertai program memancing di kebanyakan kolam memancing satu judi, jika judi  mengapa.
  6. Adakah stesen minyak Petronas mengendalikan judi apabila mereka menawarkan pelbagai hadiah kereta kepada pemenang yang membeli minyak mereka, jika judi mengapa?
  7. Adakah cabutan bertuah seperti dalam suatu program mesyuarat atau pertemuan adalah judi?? Jelaskan.
  8. Adakah main dam haji dengan taruhan siapa kalah kena belanja makan malam satu judi, mengapa?
  9. Menyertai permainan futsal dengan yuran penyertaan yang mahal dan hadiah kemenangan yang tinggi satu judi?
  10. Adakah Lee Chong Wei dan rakan-rakan mereka menyertai satu permainan judi apabila menyertai perlawanan Badminton siri dunia dengan hadiah kemenangan menjangkau ratusan ribu ringgit?
  11. Adakah permainan bola anjoran FAM satu permainan judi memandangkan hadiah bagi juara bernilai ratusan ribu ringgit??


Pada perancangan awal penulisan artikel ini, saya merancang akan memberikan penjelasan awal konsep judi tetapi setelah meneliti beberapa artikel berkaitan judi di internet, tugas saya kelihatan lebih mudah apabila saya terjumpa artikel judi tulisan  sdr Muhammad Haniff Hassan. Artikel tersebut saya copy paste di bawah dan akan saya rujuk untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitan judi yang saya tuliskan di atas.


Tiket Loteri 

Persoalan 1. Adakah Loteri Kebajikan Masyarakat judi, mengapa?

Mari kita lihat artikel dibawah yang saya copy paste semula berbunyi:
Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;

  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan manfaat yang ia pertaruhkan.


Berdasarkan ketiga-tiga penjelasan ini, maka menyertai loteri Kebajikan masyarakat adalah satu judi kerana menepati ketiga-tiga perkara yang dinyatakan. Haramm

Persoalan 2.  Adakah 4 orang main golf dengan pertaruhan satu judi, jika judi  mengapa?

Ramai orang yang bermain golf saling bertaruh sesama mereka. Ada yang bertaruh siapa kalah kena bayar minum, ada yang bertaruh siapa kalah kena bayar makan malam dan tak kurang juga bertaruh setiap orang bayar RM50 dan siapa menang dapat wang pertaruhan. Kalau 4 orang bermain golf dan bertaruh seorang RM50, kalau menang dapat RM200.

Berdasarkan penjelasan dari Persoalan 1, permainan golf ini adalah satu perjudian kerana disertai oleh 4 orang, setiap pihak mempertaruhkan RM50 dan pemenang akan memperolehi RM150 dari 3 rakannya serta menyimpan semula wang pertaruhannya sebanyak RM50. Haram permainan seperti ini kerana ia adalah satu perjudian.

Pemenang GP JORAN anjuran Berita Harian

Persoalan 3. Adakah menyertai pertandingan memancing ini seperti http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2_000serbuPulauWarisan/Article/index satu judi?

[2,000 serbu Pulau Warisan
Oleh Faizul Azlan Razak

2011/11/19
SERAMAI 2,000 kaki pancing dari seluruh negara dijangka berentap merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM58,200 pada karnival memancing pantai sempena Monsoon Cup 2011 di persisiran pantai Pulau Warisan, Kuala Terengganu, Sabtu depan.]

Saya telah pun menelefon 0322822323 sambungan 4240 sebagaimana yang tertera dalam iklan tersebut  untuk mengesahkan program tersebut serta penyertaan pemancing. Hamba Allah yang menyambut panggilan saya mengesahkan bahawa hampir 2000 pemancing telah menyertai program joran tersebut. Penyambut panggilan tersebut juga menjelaskan kepada saya bahawa bayaran bagi satu joran adalah RM80.

Mari kita lihat ringkasan andaian perkiraan berikut:
Bilangan penyertaan anggaran 1950 orang x RM80 =  RM156000
Anggaran penyertaan joran kedua 400 orang x RM60 = RM24000
Jumlah fee penyertaan adalah sekitar = RM180,000
Jumlah hadiah wang tunai keseluruhan = RM58,000
Anggaran kos pengurusan =  RM60,000
Keuntungan kepada Berita Harian =RM62,000

Berdasarkan kaedah yang sama sebagaimana Persoalan 1 dan 2, program joran ini adalah satu perjudiaan kerana disertai oleh sekitar 1950 orang pemancing dimana setiap pemancing mempertaruhkan minima RM80 dan pemenang-pemenang akan memperolehi sejumlah RM58,000 hadiah wang tunai dan masing-masing pemenang akan mendapat semula wang pertaruhannya bersama hadiah pertaruhan berupa wang tunai.  Haram program memancing seperti ini kerana ia adalah jelas satu perjudian.

Dalam program seperti ini semua pemancing  mempertaruhkan RM80 untuk mendapat hadiah berjumlah RM58,000. Apa yang menarik adalah dalam program seperti ini timbul pula istilah towke judi. Dalam kes ini, Berita Harian menjadi Towke judi dan anggaran keuntungan sebagai towke atau penganjur judi ini adalah sekitar RM62,000.

Penyertaan penyumbang seperti Coleman dan sebagainya sekadar menambahkan barangan hadiah yang diterima oleh pemenang. Coleman bukan tauke judi dan syarikat ini merupakan penderma. Namun disisi Islam Coleman telah bersubahat dalam program perjudian.

Di atas alasan yang sama, maka Persoalan 4 dan Persoalan 5 adalah sama hukumnya iaitu satu perjudian dan harammm hukumnya. Dalam Persoalan 4, Berita Harian menjadi tauke judi dan dalam Persoalan 5, tuan punya kolam memancing adalah tauke judinya. Berlumba-lumba mereka menjadi tauke judi membeli saham NERAKA.

Ada orang menyoal saya dimana judinya kalau dia membayar RM20 untuk satu joran bagi tempuh memancing selama 2 jam di satu kolam memancing. Sebenarnya dalam kes ini,  mari kita lihat semula ciri perjudian yang dinyatakan sebagaimana di atas:

  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.  [Peserta judi dalam kes ini adalah antara para pemancing dengan tauke kolam]
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat. [Pemancing mempertaruhkan RM20 manakala tauke kolam mempertaruhkan ikan sebagai harta / manfaat]
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan manfaat yang ia pertaruhkan. [Kalau pemancing menang, dia akan memperolehi banyak ikan dan tauke kerugian ikan. Sebaliknya kalau pemancing kalah mereka akan kehilangan RM20 serta tidak dapat ikan dan tauke kolam akan memperoleh RM20 dari setiap pemancing]


Persoalan 4. Adakah menyertai GP Joran anjuran Berita Harian satu judi, jika judi  mengapa?

Di atas alasan yang sama sebagaimana Persoalan 3 di atas  maka Persoalan 4  adalah sama hukumnya iaitu satu perjudian dan harammm hukumnya. Dalam Persoalan 4, Berita Harian menjadi tauke judi. Para pemancing mempertaruhkan fee masuk berdasarkan berapa banyak joran yang digunakan. Satu joran lumrah bayaran yuran adalah RM80.
Kaedah yang diguna pakai dalam perjudian memancing ini adalah mirip perjudian 4D (tikam ekor) yang bersepah-sepah disegenap kawasan tak kira kampung atau bandar. Masing-masing pembeli tiket mempertaruhkan belian tiket 4D untuk mendapatkan hadiah yang lebih besar. Berlumba-lumba syarikat Magnum, Berjaya dan Genting menjadi tauke judi. Kerajaan pun tumpang semangkuk bersubahat menjadi tauke judi yang lebih besar kerana redha dan menggalakkan judi ini berleluasa menjerat rakyatnya disamping turut mengambil keuntungan dari cukai syarikat perjudian.

Persoalan 5. Adakah menyertai program memancing di kebanyakan kolam memancing satu judi, jika judi  mengapa.

Saya ulang semula penjelasan mengapa memancing dikebanyakan kolam memancing adalah merupakan perjudian. . Sebenarnya dalam kes ini,  mari kita lihat semula ciri perjudian yang dinyatakan sebagaimana di atas:

  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.  [Peserta judi dalam kes ini adalah antara para pemancing dengan dan pihak satu lagi ialah tauke kolam]
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat. [Pemancing mempertaruhkan RM20 manakala tauke kolam mempertaruhkan ikan sebagai harta / manfaat]
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan manfaat yang ia pertaruhkan. [Kalau pemancing menang, dia akan memperolehi banyak ikan dan tauke kerugian ikan. Sebaliknya kalau pemancing kalah mereka akan kehilangan RM20 serta tidak dapat ikan dan tauke kolam akan memperoleh RM20 dari setiap pemancing]


Aktiviti memancing boleh menjadi satu aktiviti yang tidak mendatangkan dosa sekiranya diubah kaedah seperti berikut:

  1. Tauke kolam memancing menyediakan prasarana seperti kolam, tempat berteduh, ikan dalam kolam, tandas dan sebagainya.
  2. Pemancing dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak contohnya RM5 sekali masuk.
  3. Pemancing dibenarkan memancing untuk mendapatkan seberapa banyak ikan.
  4. Harga setiap jenis ikan dalam kolam diistiharkan harganya sebagai contoh, siakap RM14 / kg, kerapu RM20 / kg dan sebagainya.
  5. Ikan yang diperolehi oleh pemancing diasingkan mengikut jenis dan ditimbang.
  6. Pemancing perlu membayar wang mengikut jenis dan timbangan ikan yang dipancing sebagaimana yang telah diistiharkan, contohnya kalau pemancing mendapat 1 ekor ikan siakap seberat 1.5 kg dan harga siakap adalah RM 14 / kg maka pemancing perlu membayar sebanyak RM21 untuk membawa pulang 1 ekor ikan siakap yang berjaya dipancing.
  7. Sekiranya pemancing tidak berjaya memancing sebarang ikan, pemancing hanya telah membayar RM5 untuk membayar segala kemudahan yang disediakan oleh tauke pemancing.

Judi mendatangkan kerugian dan pelbagai kesan negatif kepada peserta judi. Namun sistem kolam memancing sebagaimana yang dicadangkan tidak mendatangkan sebarang kerugian sama ada kepada pemancing atau kepada tauke kolam, Sekiranya pemancing memperolehi banyak ikan, mereka perlu membayar lebih banyak duit mengikut timbangan dan harga setiap jenis. Islam sentiasa menjaga kebajikan kepada setiap pihak.


Persoalan 6. Adakah stesen minyak Petronas mengendalikan judi apabila mereka menawarkan pelbagai hadiah kereta kepada pemenang yang membeli minyak mereka, jika judi mengapa?

Persaingan antara penjual minyak menjadikan penjual seperti setesen Shell dan Petronas mengadakan program kreatif untuk menambah jualan. Mari lihat http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PeraduanPetronastawarRM1_8j/Article/index_html .Petronas menyediakan pelbagai hadiah berjumlah RM1.8 juta ringgit kepada pembeli setia minyak Petronas. Adakah program ini merupakan satu perjudian?? Asas takrifan perjudian adalah diulang sekali lagi:

  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan manfaat yang ia pertaruhkan.


Menurut takrifan ini maka sesungguhnya program ini bukan satu perjudian kerana jelas bahawa pembeli minyak tidak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat. Setiap wang yang dibayar kepada stesen minyak Petronas telah memperolehi minyak yang dibeli dan dengan ini telah sempurna muamalatnya - jual belinya.

Dengan menggunakan satu analogi, saya ingin menjelaskan perkara ini dengan situasi begini:
Saya ada kedai runcit di sebuah kampung. Di kampung saya ini terdapat beberapa kedai runcit lain. Persaingan adalah sengit. Saya mempunyai banyak pokok rambutan dan sedang lebat berbuah dan sudah masak ranum. Saya pun membuat iklan besar di depan kedai saya berbunyai ”Setiap belian di kedai saya melayakkan diri anda untuk mendapat hadiah buah rambutan. Anda hanya perlu isi maklumat dalam borang penyertaan. Hadiah akan dihantar terus ke rumah anda”.

Adakah sistem hadiah berpilih ini merupakan satu perjudian? Jawapannya adalah tidak sama sekali. Ia bukan perjudian. Tidak ada mana-mana pihak yang mendapat kerugian. Mereka yang tidak dapat hadiah rambutan telah mendapat barangan yang dibelinya dan saya sudah mendapatkan wang bagi setiap barang yang saya jual. Saya mendapat manfaat kerana dapat menderma kepada pemenang-pemenang terpilih. Pemenang mendapat manfaat tambahan hadiah rambutan dari saya. Maka ia bukan satu perjudian. Tiada pertaruhan.

Persoalan 7. Adakah cabutan bertuah seperti dalam suatu program mesyuarat agung atau pertemuan adalah judi?? Jelaskan.

Saya memulakan penjelasan ini dengan satu senario begini: Saya mengadakan hari terbuka sempena Aidilfitri di rumah saya. Semua staf fakulti saya serta jiran tetangga serta saudara mara dijemput. Saya menyediakan pelbagai hadiah untuk para tetamu namun kerana atas faktor kewangan, saya hanya mampu menyediakan 30 hadiah sahaja. Oleh kerana tetamu pada hari itu adalah ramai melebihi 100 orang, maka saya mengadakan sistem cabutan undi bagi memilih pemenang hadiah tersebut. Adakah sistem ini merupakan perjudian? Kalau perjudian, siapa yang bertaruh dan dengan siapa mereka bertaruh?? Maka sesungguhnya in bukanlah satu perjudian.

Di Johor ini ada pihak yang mengharamkan cabutan bertuah dengan alasan amalan ini menyerupai perjudian. Ingatlah bahawa dalam sebuah hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila ingin bermusafir mengundi isteri-isterinya untuk menentukan siapa yang akan mengikutinya. Sekiranya kita mengharamkan cabutan bertuah maka amalan Nabi SAW mencabut undi ke atas isteri-isteri baginda bukan islamik??

Persoalan 8. Adakah main dam haji dengan taruhan siapa kalah kena belanja makan malam satu judi, mengapa?

Apabila dua pihak berlawan bolasepak dengan setiap pihak mempertaruhkan RM1000 dan pemenang akan membawa pulang wang pertaruhan berjumlah sebanyak RM2000 adalah suatu perjudia ia adalah jelas kerana setiap pihak ada mempertaruhkan sesuatu.

Begitulah juga apabila dua orang bermain dam haji dengan mempertaruhkan wang RM10 setiap orang dan pemenang akan bawa pulang RM20 adalah suatu perjudian. Setiap orang ada taruhannya iaitu RM10. Berdasarkan konsep ini terdapat setengah orang menyatakan bermain dam haji dengan ditetapkan oleh kedua-dua pemain bahawa yang kalah kena bayar makan malam adalah bukan suatu perjudiaan kerana setiap pemain tidak mempertaruhkan sesuatu melainkan yang kalah sahaja kena bayar makan malam. Adalah jelas salah pendapat sebegini.

Apabila dua pemain dam haji tersebut main dam haji dengan ketetapan yang kalah kena bayar makan malam, sebenarnya mereka telah pun berjudi. Penjelasannya adalah seperti berikut. Katakanlah makan malam tersebut adalah di KFC dengan kos makan malam bagi dua orang adalah RM20. Yang kalah kena mengeluarkan wang sebany ak RM20 untuk makan malam berdua bersama pemenang dam haji tersebut. Dalam kes ini sebenarnya setiap pemain telah mempertaruhkan sebanyak RM10 secara tidak langsung. RM10 setiap pemain dan jumlah pertaruhan ini adalah RM20. Sebenarnya pemenang akan memperolehi semula RM10 pertaruhannya dan pemain yang kalah perlu membayar RM20 untuk membayar makan malam. Inilah sebabnya bermain dam haji dengan mempertaruhkan siapa yang kalah kena bayar makan malam adalah suatu permainan judi dan harammmm hukumnya.

Inilah juga apa yang dikatakan di atas sebagai setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat. Yang menang mendapat manfaat makan malam percuma.

Persoalan 9. Menyertai permainan futsal dengan yuran penyertaan yang mahal dan hadiah kemenangan yang tinggi adakah satu judi?

Dalam bahasa mudah judi adalah mempertaruhkan sesuatu dalam apa bentuk sekali pun sama ada wang atau manfaat.

Kalau dalam pertandingan futsal atau segala permainan lain, duit yuran penyertaan digunakan untuk membeli atau sebagai hadiah  dan hadiah tersebut direbut oleh peserta atau pihak yang bertanding, maka ia adalah satu perjudian dan harammm hukumnya.

Seandainya dalam satu program pertandingan futsal, setiap pasukan perlu membayar RM50 yang digunakan oleh penganjur untuk membiayai kos pengurusan program seperti untuk membayar sewa tapak, minuman, alat tulis, bayaran pengadil dan segala kos pengurusan lainnya sahaja manakala hadiah kepada pemenang adalah diperolehi daripada penaja seperti Panasonic, Proton atau Petronas maka program pertandingan futsal seperti ini bukanlah satu perjudian dan diharuskan.

Banyak dalil penjelasan tentang perkara ini di dalam artikel dibawah yang di tulis oleh Muhammad Haniff Hassan. Bacalah.

Persoalan 10. Adakah Lee Chong Wei dan rakan-rakan mereka menyertai satu permainan judi apabila menyertai perlawanan Badminton siri dunia dengan hadiah kemenangan menjangkau ratusan ribu ringgit?

Jawapan kepada persoalan 10 ini adalah sama seperti jawapan bagi persoalan 9.

Sekiranya setiap pemain perlu membayar yuran penyertaan yang mahal dan yuran mahal ini bukan dibayar oleh pemain itu sendiri dan mungkin dibayar oleh penaja dan hadiah kemenangan pula adalah diperolehi oleh pemain, maka ia bukan satu perjudian kerana ini bukan satu pertaruhan.  Bayaran yuran bukan dari pemain tetapi sekiranya Lee Chong Wei sendiri yang membayar yuran penyertaan dan hadiah adalah diberikan menggunakan duit yuran penyertaan dari Le Chong Wei dan para pemain lainnya, maka ia adalah satu perjudian.

Persoalan 11. Adakah permainan bola anjoran FAM satu permainan judi memandangkan hadiah bagi juara bernilai ratusan ribu ringgit??

Samalah juga dengan pertandingan bolasepak anjuran FAM yang menawarkan hadiah ratusan ribu ringgit kepada pemenang bukanlah satu perjudian sekiranya para pemain atau pasukan mereka tidak mempertaruhkan sebarang wang atau manfaat untuk mendapat hadiah dari wang yuran penyertaan yang disatukan. Ingatlah bahawa kalau duit yuran penyertaan digunakan untuk membeli atau sebagai hadiah  dan hadiah tersebut direbut oleh peserta atau pihak yang bertanding, maka ia adalah satu perjudian dan harammm hukumnya dan sekiranya sebaliknya, ia adalah harus.

Namun apa yang banyak berlaku dalam pertandingan bolasepak anjuran FAM di Malaysia ini ialah ramai penonton berjudi menentukan pemenang yang bertanding dan jumlah gol setiap pasukan. Yang ini adalah jelas perjudian dan tidak ada sebarang kesamaran. Setiap penjudi mempertaruhkan wang untuk mendapatkan pulangan hadiah lumayan yang diperolehi dari gabungan wang taruhan dari setiap penjudi ini.

Ingatlah bahawa judi adalah salah satu dosa besar dan pastinya mengundang azab pedih yang amat berat kepada pelakunya.  Inilah perlunya belajar sejarah dalam erti kata sebenar seperti contohnya kajilah sejarah mereka yang terlibat dengan judi dalam satu tempuh yang panjang. Salah seorang saudara saya dibuang kerja dan kehilangan banyak faedah yang diberikan dari majikannya termasuk rumah. Wang pejabat yang diamanahkan kepadanya telah diperjudikan dan Allah tetapkan ia kalah judi. Beliau tidak dapat memulangkan semula wang pejabat dalam waktu yang ditetapkan. Anak isteri termasuk kenderaan jadi mangsa. Hilang rumah hilang kereta melarat jadi papa. Itulah bahananya berjudi.

Seorang lagi saudara rapat saya sebagai satu kajian sejarah saya ceritakan sebagai iktibar. Allah telah memberikan rezeki yang agak lumayan kepada hambaAllah ini. Rumah ada, kereta ada, tanah pun luas dengan pelbagai taaman. Tiba-tiba dek terpengaruh dengan desakan kawan hambaAllah ini memulakan satu bisnes baru iaitu menjadi tauke judi dengan menyediakan khidmat kolam memancing disalah satu tanahmya yang luas. Pelbagai mesin dibawa masuk untuk memulakan bisnes judi memancing.

Setelah bermula, pemancing kena membayar RM20 bagi tempuh memancing selama 2 jam. Ramai jugalah orang yang datang berjudi. Pendek kata rezekinya jelas nampak bertambah banyak. Saya menasihatinya bahawa usahanya tersebut adalah satu perjudian. HambaAllah ini menempelak saya dengan berkata bahawa usahanya ini adalah bukan satu perjudian malahan dia berkata ramai ustaz datang memancing di kolamnya dan tidak ada seorang pun yang mengatakan aktiviti ini sebagai satu perjudian.

Rezeki hambaAllah terus menigkat sehingga mampu mengupah orang gaji untuk menguruskan keluarganya. Dari semasa kesemasa hambaAllah ini mengadakan pesta memancing dengan menyediakan hadiah lumayan termasuk seperti motorsikal Jaguh, peti televisyen yang besar serta pelbagai hadiah menarik lainya. Jumlah hadiah sahaja sudah menjangkau belasan ribu ringgit.

Pesta demi pesta memancing dilaksanakan demi meningkatkan lagi pulangannya. Dengan takdir Allah, beberapa pesta judi besar memancing anjurannya tidak dikunjungi pemancing sedangkan hadiah sudah disediakan. Akibatnya ialah kos membeli hadiah serta kos memasukkan ikan ke dalam kolam jauh melebihi kos yuran penyertaan para pemancing yang sedikit bilangannya. Inilah namanya JUDI, kalau tidak tauke yang tambah kaya maka penjudi pulalah yang tambah kaya. Akibat dari pesta memancing besar-besaran anjuran hambaAllah ini berturut-turut kalah judi amat besar maka segala kekayaan terdahulu sudah hilang lesap. Beberapa keping tanah sudah terjual untuk membayar hutangnya. Apabila anak-anak mengetahui beberapa keping tanah sudah terjual, anak menyorokkan geran tanah dan pertengkaran antara anak dengan bapa pula berlaku. Pendek kata berbagai azab pedih yang Allah berikan sehingga nak bayar ansoran kereta pun sudah tidak mampu. Itulah bahananya menjadi tauke judi. Nak kaya tetapi hakikatnya bertambah kayap (bankrap).

Fahamilah konsep judi sebagaimana telah saya jelaskan diatas. Main dam atau badminton dengan menetapkan siapa kalah kena belanja makan adalah satu judi. Judi adalah haram. Selain dapat dosa pastiya dapat balasan azab didunia selain di akhirat. Judi adalah salah satu dari dosa besar. Mudahnya, jauhilah segala bentuk judi kerana ia hanya sekadar menambah azab dan bukannya menambah rahmat.

Apa yang Allah benarkan jangan pula diharamkan. Bijak pandai di UTM ini sepatutnya bukan menjadi “yes man” apabila ada pihak yang kononnya berkuasa dan berilmu menyatakan bahawa cabutan undi bertuah adalah haram kerana mirip perjudian. Lainlah dengan judi TOTO dimana nombor-nombor untuk dimenangi dicabut secara cabutan “bertuah”. Di sini jelas ada pertaruhan antara para pemain judi dengan tauke judi.

Sekian untuk kali ini. Wallahauqlam

Emjay


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Islam Mencela Judi

© Muhammad Haniff Hassan

Judi Adalah Haram

Di sisi para fuqaha, judi dikenali sebagai Al-Maisir dan Al-Qimar. Ia bermaksud permainan yang mengandung unsur taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut.[ Dr. Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ickhtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 3, ms 1053]

Judi adalah haram dalam Islam. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut;


  1. Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam.
  2. Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.
  3. Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan.
  4. Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.
  5. Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk dari berjudi.
  6. Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.
  7. Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar meninggalkannya sebagai penegasan.
  8. Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika melakukannya.

Oleh itu, pengaharaman judi adalah sesuatu yang tsabit dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. Ertinya dalam apa jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain.

Apa yang tidak tsabit secara qat’ii ialah bentuk-bentuk permainan yang dikategorikan sebagai judi. Dalam aspek ini sememangnya terdapat khilaf dikalangan ulama kerana permainan selalunya berkembang dari masa ke semasa dan berbeza-beza antara dahulu dan sekarang dan antara kalangan kaum.

Cukup Bagi Kita Al-Quran

Oleh kerana itu pendirian seorang muslim dalam persoalan judi ialah untuk menerima ketentuan Allah taala dengan yakin akan keburukan judi. Walau pun terdapat pelbagai hujah dan kajian saintifik yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi menjustifikasikan judi samada untuk tujuan ekonomi, sosial dan lain-lain.

Babi tidak akan boleh menjadi halal walau pun para saintis dapat membuktikan faedah yang ada padanya. Begitulah juga judi.

Seorang muslim wajib menolak judi dan membanterasnya walau pun ia tidak lihat atau belum lihat tanda-tanda negatif dari perbuatan judi.

Keimanan kita terhadap Allah taala dan kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah cukup bagi menolak judi samada sikit atau banyak, untuk tujuan peribadi atau manfaat sosial. Ini sejajar dengan firman Allah taala yang bermaksud

“Alif Lam Mim, (Al-Quran) itu adalah kitab yang tiada keraguan padanya dan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 1-2)

“Demi tuhankau (Muhammad), sesungguhnya mereka belum beriman sehingga mereka menjadikan kau sebagai hakim dalam perkara yang mereka berselisih dan tidak merasa keberatan atas apa yang kamu putuskan dan menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa’ : 65)

Walau pun begitu, ini tidak bermaksud untuk menghalang umat Islam dari membuat pelbagai kajian berkaitan judi secara objektif. Seperti kajian mengenai kesan judi terhadap masyarakat, individu dan psikologi penjudi.

Hari ini judi sudah menjadi satu amalan sosial yang biasa. Ia bahkan menjadi satu industri tersendiri yang memberi pekerjaan pada ratusan tenaga manusia, pendapatan bilion dolar bagi pemerintah dan syarikat judi, sumbangan bilion dolar juga kepada kerja kemasyarakatan. Begitu besar manfaat ini, sehingga ia mengaburi mata dan menggoncang keyakinan adakah benar judi itu hina dan tidak baik?

Dalam hal ini suka dipertegaskan bahawa Islam tidak menafikan kewujudan manfaat dari judi. Namun judi tetap diharamkan bukan kerana ia tidak ada faedah tetapi kerana mudarat yang timbul dari berjudi lebih besar dari faedah yang boleh diraih. Ini dengan jelas dinyatakan dalam Al-Baqarah : 219.

Ini tidak akan berubah walau pun pada hari ini ramai yang berjudi secara suka-suka atau kecil-kecilan dan judi yang diinstitusikan tidak pula mencetus permusuhan, pergaduhan dan ibadah kepada Allah taala.

Antara Permainan & Judi

Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;


  1. Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
  2. Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
  3. Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan manfaat yang ia pertaruhkan.

Berdasarkan ini, para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.

Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.” Ini berdasarkan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu dan beliau menang dalam pertandingan. [Ibid, jld, ms 1055]

Di dalam sebuah hadits juga diriwayatkan dari Anas

“Ditanyakan kepada Anas Apakah kamu bertaruh di masa Rasulullah s.a.w? Apakah Rasulullah s.a.w bertaruh? Anas menjawab Ya, beliau telah mempertaruhkan seekor kuda yang dinamakan Sabhah, lalu taruhan itu dimenangkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau senang terhadap hal itu dan mengaguminya.” (Riwayat Ahmad)

Apa jua permainan yang apabila seorang di antara yang bertaruh menang lalu mendapatkan taruhan itu sedang bila kalah maka dia berhutang kepada temannya dianggap sebagai judi yang diharamkan. [Sayid Sabiq, Fiqh Sirah, PT Al-Ma`arif, Bandung, 1987, jld 14, ms 141.]

Loteri Adalah Judi

Berkaitan dengan loteri dan permainan 4D atau TOTO pada hari ini, Muhammad Abduh berpendapat bahawa walau pun permainan seperti ini mempunyai ciri-ciri

·         Tidak menimbulkan permusuhan, kebencian dan tidak menghalangi pembelinya dari perbuatan mengingat Allah taala dan mendirikan solat kerana para pembeli permainan-permainan ini tidak berkumpul di satu tempat, bahkan mereka berada dijarak yang jauh dan berlainan dari tempat perlaksanaan permainan.

·         Dalam bermain permainan ini juga, pembeli tidak terhalang dari berzikir dan bersolat berbeza dengan mereka yang menghadap meja judi kerana berjudi.

·         Para pembeli tidak mengetahui orang yang memakan hartanya berbeza dengan judi biasa.

Namun, mengikut Muhammad Abduh, dalam pelaksanaannya undian loteri ( juga 4D dan TOTO – penulis) ini terdapat akibat-akibat buruk seperti yang juga terdapat pada jenis judi yang lain adalah kenyataan bahawa perlaksanaan undian loteri ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah iaitu tanpa balasan yang jelas seperti pertukaran harta itu dengan benda lain atau dengan satu jasa. Cara-cara ini diharamkan oleh Islam. [ Dinukil dari Dr Aziz Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ichtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 3, ms 1055. Lihat Muhammad Abduh, Tafsir Al-Manar, juz 2.
]

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis bahawa apa yang sekarang ini dinamakan dengan ‘loteri’ adalah semacam cabang dari perjudian juga, yang mana tidak seharusnya dipandang remeh serat membolehkannya atas nama badan bantuan sosial dan kerana tujuan-tujuan kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana tujuan-tujuna yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan kerana tujuan-tujuan khairat dnegan mengadakan majlis-majlis joget dan pertunjukan seni yang haram. Sebaik-baiknya kita katakan kepada orang ini sebagaimana yang disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja” (Riwayat Muslim)  [Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Halal Dan Haram Dalam Islam, Pustaka Islamiah, Singapura, 1995, ms 498]

Lumba Kuda Dalam Islam

Islam menggalakkan umatnya beriadah dengan berkuda. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)!” (Riwayat Muslim)

“Kuda itu ada tiga macam. Kuda yang dimaksudkan untuk Allah, kuda yang dimaksudkan untuk manusia dan kuda yang dimaksudkan untuk syaitan. Adapun kuda yang dimaksudkan untuk Allah, ialah kuda yang disediakan untuk berperang pada jalan Allah, maka makanannya, tahinya, lalu beliau sebut lagi bermacam-macam (semuanya ada kebaikannya). Adapun kuda yang disediakan untuk syaitan, itulah kuda yang disediakan untuk berjudi dan untuk pertaruhan. Adapun kuda yang disediakan untuk manusia, itulah kuda yang dipelihara manusia untuk dibiakkan, maka itu adalah untuk menutup diri dari kemiskinan.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dalam konteks hari ini, permainan Polo dan equestrian sebagai satu riadah dibolehkan dalam Islam. Perlumbaan menunggang kuda juga dibolehkan jika sebagai satu pertandingan yang mana pemenangnya mendapat hadiah dari pihak ketiga bukan dari taruhan para pelumba. Yang haram ialah perbuatan bertaruh dan menikam / meneka oleh para penonton bagi menentukan kuda yang menang.

Oleh kerana perlumbaan kuda hari ini diwujudkan tidak lain kecuali untuk menarik taruhan dari masyarakat umum, maka secara umum perlumbaan kuda hari ini menjadi haram kerana tujuannya yang menyimpang. Ini sejajar dengan hadits yang dinyatakan di atas.

Tikam Bola Juga Judi

Tidak syak lagi bahawa permainan menikam keputusan pertandingan bola di Liga S juga adalah judi. Maka ia adalah haram dalam Islam.

Cabutan Bertuah = Judi?

Cabutan bertuah yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat bagi menggalak penjualan barangannya atau yang dianjurkan oleh badan-badan bagi mengumpul dana atau yang diadakan dalam majlis-majlis tertentu tidak dianggap sebagai judi. Ini kerana tiada pertaruhan antara pemegang tiket cabutan bertuah berkenaan. Cabutan bertuah bagi tujuan perdagangan, pembeli telah mendapat manfaat wangnya dengan memperolehi barangan yang diberi.

Cabutan bertuah itu hanyalah satu janji peniaga / pengumpul dana untuk memberi hadiah kepada mereka yang membeli barangannya atau yang telah menderma, sebagai tanda terima kasih dan bagi galakan. Oleh kerana ramai yang memenuhi syarat bagi menerima hadiah yang dijanjikan, maka undi dibuat bagi menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hadiah yang terhad jumlahnya.

Cabutan bertuah melalui undi yang tidak mengandungi kerosakan sama sekali bahkan mengandungi manfaat seperti cabutan bagi kuiz berhadiah dan promosi perdagangan dibenarkan. [ Dr. Azis Dahlan, Ensiklopedi Hukum Islam, PT Ickhtiar Baru, Jakarta, 1997, jld 6, ms 1871]

Membuat keputusan secara mengundi seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam. Dalam sebuah hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila ingin bermusafir mengundi isteri-isterinya untuk menentukan siapa yang akan mengikutinya.

Penggunaan Wang Hasil Judi

Wang hasil judi haram dimanfaatkan oleh pemenang judi atau sesiapa yang menerima pemberian dari wang berkenaan. Apa yang boleh dilakukan ialah wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul-Mal. Wang ini menjadi milik Baitul-Mal untuk digunakan bagi faedah umum kaum Muslimin.

Derma dari hasil yang sedemikian jika digunakan untuk membina masjid hukumnya adalah makruh dan amalannya itu tidak merupakan satu kebajikan kerana Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud 

"Sesungguhnya Allah itu Suci, tidak menerima melainkan yang suci.”(Riwayat Muslim)

Akan tetapi, ibadat seseorang serta fardu jemaahnya di dalam masjid itu adalah sah. [Fatwa MUIS, rujuk www.muis.gov.sg]

Kesimpulan

Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu, Islam mengharuskan hiburan dan pelbagai permainan. Mengikut prinsip hukum Islam, apa jua hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang menjadikannya haram.

Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi.

Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.

Islam bertujuan untuk menjaga harta manusia dari musnah dan diambil secara salah. Sedangkan judi memusnahkan harta penjudi dan membuka pintu untuk mengambil harta orang lain melalui untung nasib semata-mata.


23 comments:

  1. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT.

    Emjay

    ReplyDelete
  2. sangat jelas+ tak sangka gp joran termasuk dalam kategori perjudian.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah diatas kurnia rahmat Allah ke atas sdr zairo

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Mcm forex echange rate exchange in rates to the main foreign. Pleasewasapme on details and the bcoints

      Delete
  5. saya sangat ragu2 dengan forex. rasa nak main. mohon penjelasan dari ustaz.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt

    Saya kurang faham tentang FOREX ini sebab saya tak terlibat.

    Tetapi kalau dah ragu-ragu, Islam menasihatkan tinggalkanlah.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Assalamalaikum wbt

    Memang betullah bagaimana dikatakan oleh Ustaz tu. Ilmu ini bukan kira pakai umur muda atau tua. Apabila dia berkata betul berlandaskan Quran dan sunnah, maka betullah. Cuma yang marah tu adalah puak puak yang makan cabai maka dia terasa pedas tetapi tak nak kalah.

    Apa peliknya, banyak zikir yang diamalkan oleh orang tarekat Al Arqam (Aurad Muhammadiah) dahulu sampai sekarang pun sudah difatwakan sesat namun orang Arqam mana nak terima. Orang tarekat memang begitu. Jauhilah tareqat.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ustaz,

    Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini.

    Saya nak minta pandangan ustaz mengenai satu program TV (sejenis game). Untuk lebih jelas, boleh rujuk di sini http://www.astro.com.my/moneydropmy/. Adakah game sebegini dikategorikan judi?

    Kalau menurut ciri-ciri yang ustaz sebutkan di atas, saya rasa game ini tidak terlibat sekiranya wang tersebut betul2 tulen daripada pihak penganjur dan bukannya daripada peserta2 yang mendaftarkan diri untuk masuk game ini. Cuma cara permainan tersebut iaitu membuat taruhan itu agak memusykilkan saya. Harap ustaz dapat berikan pandangan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. kalau ragu2 tinggalkan ajer permainan mcam tu. akhirat lebih utama..

    ReplyDelete
  10. Assalamulaikum
    forex boleh jadi haram,boleh jadi halal.bagaimana?
    carilah guru yang boleh menerangkan tentang apa itu gharar,mudharabah,riba dan judi.ingin sya menerangkan disini,tetapi penjelasan nya amat panjang lebar.dan kejelasan bgi penjelasan tersebut hanya dapat difahami oleh mereka yang memasuki bidang forex itu sendiri.sangat sedih dengan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan yang ternyata penjelasan mereka amat berat sebelah dan bermotifkan politik berkepentingan.apabila skim bsn yang ternyata jelas berunsurkan judi difatwakan halal,forex yang perlu dibincangkan lgi dikatakan haram dalam keputusan satu malam oleh "ular mak" kera-jaan

    forex market terbesar didunia (4 trillion usd sehari) amat merugikan bagi umat islam jika tidak mengambil peluang utk terjun ke dalam bidang ini. ianya satu perniagaan bukan perjudian,tetapi ia boleh menjadi perjudian.islamic akaun sudah dianjurkan,menjauhi segala mcm riba.apa yang perlu dibimbangkan tentang riba,leveraging dan margin??

    apakah beza pengurup wang berlesen dengan traders forex?sperti yang ditekan oleh ust zaharuddin?ada ditekan dgn risk management dan money management,yang amat dititik beratkan oleh rasullallah s.a.w dalam perniagaan? (perkara ini amat dititik beratkan oleh traders bukan muslim,amat kasihan melihat traders muslim langsung tidak tahu menahu tntang risk management,bila sudah wipe out atau terkena margin call mulalah mengatakan forex itu haram-typical malay muslim traders minded)

    dan yang paling utama,bila ada sesetengah ust or ulama yang sewenang-wenangnya mempersoalkan tentang hasil keberkatan rezki tersebut dan mengatakan bahawa sesungguhnya mmberi hasil dari forex kpda anak isteri adalah haram.siapakah mereka utk berkata demikian?tuhankah mereka?

    adakah mereka sudah mendalami keseluruhan ilmu trading utk sewenangnya menjatuhkan hukum sebegitu??amat menyedihkan bila tanah air tercinta ini dikuasai oleh Ular-mak bukan ulama.

    renung-renungkan dan selamat beramal!

    ReplyDelete
  11. maaf, nak betulkan skit.. jikalau seseorang itu melihat sesuatu kemungkaran, dia tidak perlu menjadi tuhan untuk mengatakannya haram.. he he..
    no komen tentang forex..

    ReplyDelete
  12. http://www.kantakji.com/fiqh/Files/Markets/a%20(47).pdf

    the papers presented at the Fourth Fiqh Seminar organized by the Islamic Fiqh Academy, India in 1991
    (bebas dri ular-mak kere-jaan malaysia.hehehe)

    ReplyDelete
  13. maaf.terkadang sya teremosi dlm hal gini.penat untuk menerangkan pda insan2 yang sewenang-wenangnya menghukum org lain

    ReplyDelete
  14. amirlia3
    maaf.terkadang sya teremosi dlm hal gini.penat untuk menerangkan pda insan2 yang sewenang-wenangnya menghukum org lain

    ReplyDelete
  15. salam saudara emjay...boleh sy dapatkan alamat rumah saudara...sy ingin mendapatkan rawatan kencing manis untuk ayah saya...terima kasih

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbt

    Saya dah PM kan ke multiply sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. nasihat untuk emjay sila dalami ilmu sebelum memberikan nasihat. dalami hadith. cth judi taruhan pertandingan .jgn angkuh dgn ilmu yg tak seberapa.ilmu juga dugaan allah terhadap hambanya.

    ReplyDelete
  18. Nasihat saya untuk rasasky9 pula ialah "berikanlah kami semua petunjuk / nasihat yang kami semua boleh manfaatkan berkaitan tajuk yang saya kemukakan".

    Atau adakah rasasky9 marah kerana ibarat orang makan cili maka terasa pedasnya?

    Emjay

    ReplyDelete
  19. aku ingatkan kau cuba nak cakap cabutan bertuah dan contest2 macam petronas pun haram gak...memang aku pijak2 kau betul2....dan jangan kau tanya kenapa aku pijak2 kau...!

    ReplyDelete
  20. Niceblogspot and myknowledgeadvices

    ReplyDelete