Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 3 May 2012

Pelaris pelingkup perniagaan. Sedikit nasihat kepada MARA.




Pelaris pelingkup perniagaan. Sedikit nasihat kepada MARA.
Bismillah hir-Rahman nir-Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh kepada semua muslim dan muslimat dan laknat Allah kepada iblis dan para penyokongnya.
Semoga Allah swt memberikan rahmatNya agar berjaya dimasukkan ke Laman Emjay artikel yang bakal ditulis ini.
Kebelakangan ini  saya banyak berjumpa kes yang berkaitan pelaris yang diamalkan oleh orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam. Sedih saya. Ramai sekali peniaga yang inginkan rezeki tetapi apa yang diperolehi mereka adalah SYIRIK selain bisnes yang mereka usahakan lingkup serta STRESS yang melampau. Ada yang sempat menjalankan bisnes untuk tempuh 5 bulan sahaja.
Beberapa bulan dahulu saya berkesempatan melawat sebuah kilang yang diusahakan oleh pengusaha Melayu yang saya namakan hamba Allah ini sebagai Malek (bukan nama sebenar). Malek ini dahulu menjadi orang penting di satu kilang miik orang Cina yang mengeluarkan produk K. Banyaklah ilmu yag dicurahkan oleh Malek untuk memajukan perniagaan usahawan Cina ini.
Habis madu sepah dibuang. Apabila semua ilmu sudah diperolehi oleh usahawan Cina ini, maka usaha dimulakan untuk membuang Malek. Malek berjaya dibuang dari kilang milik Cina tersebut.
Dengan berkat usaha gigih mengumpul dana serta pinjaman dari MARA, Malek berjaya mendapat sebuah kilang (saya tidak pasti sewa atau milik sendiri) untuk mengeluarkan produk yang sama iaitu produk K. Setelah sekian lama berusaha maka beroperasilah kilang milik Malek ini memasarkan produk K ke pasaran dalam negeri dan juga tidak ketinggalan pasaran luar Negara.
Pada hari yang dirancang, saya dibawa melawat ke kilang milik Malek ini. Gembira hati tidak terkata melihat seorang Bumiputra yang masih muda belum masuk 40 tahun sudah  menjadi pemilik kepada perusahan mengeluarkan produk K ini.  Di dalam kilangnya terdapat ramai juga pekerja sedang asyik memproses produk K. Ketika itu saya berdoa ketika itu semoga lebih ramai orang Melayu yang berjaya macam Malek.
Saya dibawa ke dalam bilik mesyuarat dan seterusnya Malek menceritakan operasi kilangnya serta tidak ketinggalan bercerita tentang pasaran produknya di dalam dan luar Negara. Namun pasaran diluar Negara masih belum stabil maklumlah produknya masih baru di pasaran. Pelanggan mengharapkan produk yang berkualiti.
Sesudah sesi taklimat oleh Malek dan soal jawab, kami pun beredar dari bilik mesyuarat tersebut. Saya pun agak terkilan juga kerana kami tidak diberikan sampel produk K. Apalah salahnya setiap kami diberikan sebungkus produk K, bukan rugi pun malahan hadiah ini amat baik dari sudut promosi dan semoga kami terus mendoakan kejayaan perusahaan Malek ini.
Sewaktu saya membuka pintu  keluar dari premis kilang Malek ini saya tertoleh bahagian atas pintu tersebut dan saya amat sedih dan terperanjat melihat azimat/tangkal yang kemas tergantung dalam bingkai mirip macam gambar di atas. Amat sedih saya apabila Malek mengamalkan tangkal/azimat seperti ini, insyaAllah lazimnya perniagaannya akan lingkup.
Saya mengambil kesempatan menasihati Malek bahawa usaha seperti  menggunakan pelaris ini hanya akan membawa kerugian dan kehancuran semata-mata (bisnes lingkup). Malek memberi tahu bahawa tangkal azimat tersebut adalah pemberian datuknya. Saya menjelaskan bahawa tidak kira usaha sendiri atau pemberian datuk, hukum telah jatuh iaitu syirik.
Saya menasihati Malek untuk belajarlah asas tauhid di rumah saya dan saya pun meninggalkan nombor telefon  untuk Malek hubungi.
Di dalam kereta untuk kembali ke Johor Bahru, saya berborak dengan beberapa rakan Malek. Saya menjelaskan bahawa usaha melalui tangkal azimat adalah salah di sisi agama Islam dan membawa kepada syirik. Saya berkata bahawa selalunya pada tahap ini Malek lumrahnya sudah berat diseksa di azab oleh Allah SWT kerana kesilapan diri Malek sendiri. Mendengar kata-kata saya tersebut, seorang sahabat Malek bercerita bahawa memang kedudukan kewangan Malek amat runcing sekali. Sudah beberapa kes, barang makanan produk K yang dihantar ke pelanggannya di dalam dan diluar negeri telah rosak – basi / bercendawan. Bayangkanlah makanan satu kontena perlu dibuang ke tong sampah. Kes ini pula berlaku berulang kali.
Lumrahnya kalau berniaga makanan menggunakan pelaris, makanan akan cepat rosak, basi, tertumpah, tidak sedap, termasin, terkurang garam dan berbagai masalah lain. Ini semua sebenarnya adalah musibah pentadbiran Allah SWT yang mentadbir makanan-makanan tersebut rosak sebagai satu azab sebagai balasan dosa mensyirikkan Allah.
Saya pun membayangkan pinjaman berjuta ringgit yang dibiayai MARA berkemungkinan besar akan terpaksa dilupuskan kerana usaha oleh Malek ini akan menjadi sia-sia bagaikan kata-kata peribahasa berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap atau dalam bahasa lain, bisnes lingkup.
Ramai sudah peniaga Melayu yang saya kenali bungkus / lingkup perniagaan mereka akibat mengamalkan pelaris. Meletakkan ayat seribu dinar di premis perniagaan sudah dianggap sebagai pelaris dan sudah jatuh syirik hukum nya.
Ada satu usahawan Melayu yang baru berniaga sendiri namun perniagaan tidak mampu melepasi tempuh satu tahun. Apabila diselidiki, pengusaha ini mengamalkan bacaan ayat 1000 dinar sebagai pelaris. Inilah padahnya. Sepatutnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT tetapi mereka berdoa dan bertawakal kepada amalan membaca ayat 1000 dinar. Inilah bahananya orang tidak berilmu, mudah sangat ditipu iblis.
Alhamdulillah saya telah pun menulis artikel berkenaan isu yang sama bertajuk “PELARIS HARAM DAN SYIRIK” di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/09/pelaris-haram-dan-syirik.html . Alhamdulillah juga saya telah memasukkan artikel menarik di Laman Emjay semoga Allah memurahkan rezeki kita semua bertajuk KUNCI-KUNCI REZEKI Menurut Al Quran dan As-sunnah melalui tulisan oleh Syaikh DR. Fadhl Ilahi Zhahir di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/01/kunci-kunci-rezeki.html
Kini usaha menggunakan pelaris seakan-akan mendapat booster apabila tukang menggalakkan penggunaan pelaris ini adalah mereka yang mempunyai gelaran ustaz dan mempunyai latar belakang pendidikan agama Islam.
Tidak cukup dengan “Ustaz penyesat” ini, kini terdapat “ikhtiar” yang kononnya islamik yang bila diamalkan boleh memajukan perniagaan seperti yang diajar oleh Haji Saat Jais melalui laman internet  ini iaitu http://saatjais.files.wordpress.com/2011/01/doa-untuk-perniagaan.pdf.  Amalan yang diajarkan oleh laman ini sesat kerana:
1.       Ibadah ini tidak pernah diajarkan oleh mana-mana Nabi hatta Nabi Muhamad SAW atau para sahabat.  Perlu diingat bahawa setiap ibadah adalah haram kecuali yang ada sandarannya.

2.       Konsep tawakkal sudah lari. Sepatutnya tawakkal adalah kepada Allah namun ilmu ini mengajarkan tawakal kepada amalan bacaan tertentu (walau pun dari Al Quran).

3.       Petikan dari laman tersebut “Dibaca di dalam kedai sebanyak 35 kali , insya-Allah akan dapat melariskan perdagangan anda. Di baca 35 kali di dalam rumah dapat mengharmoniskan hubungan kekeluargaan.”  Ilmu ini adalah ilmu sesat. Banyak sekali ilmu seperti ini di dalam kitab sesat Mujarrobat. Tuhan baru dalam amalan ini ialah “amalan membaca bismillah sebanak 35 kali”. Amalan seperti ini salah dan sama seperti amalan “meletakkan penyapu secara terbalik dibelakang pintu dengan harapan tidak terkena perbuatan sihir dan pukau”. Tuhan baru ciptaan manusia bagi kes ini ialah amalan metakkan penyapu dibelakang pintu. Bacalah bismillah 35 kali atau 3500 kali atau 35,000 kali namun kalau hidup bergelumang dosa, bagaimanalah Allah SWT akan memberikan rezeki??

ELAKKAN DARI MENGAMALKAN SEBARANG AJARAN DARI LAMAN Pati Rahasia – Haji Saat Jais INI KERANA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN AKIDAH.
Laman sesat berikutnya yang mengajarkan pelbagai ilmu untuk sesat dan syirik ialah http://fadhilat-al-quran.com/tag/pelaris-perniagaan/. Alhamdulillah laman ini kini telah ditutup.
Berikut adalah petikan sebahagian dari laman sesat tersebut ;
Khasiat ayat 39 Surah Al kahfi.
Bacalah ayat ini sebelum memasuki rumah atau kedai. InsyaAllah diluaskan rezeki ahli rumah tersebut. Sebaiknya ditulis di atas pintu rumah atau kedai. Bacalah ayat ini sebanyak 45 kali pada binatang. InsyAllah terpelihara dari sebarang wabak penyakit. Jika dibaca ayat ini sebanyak mungkin, ketika menghadapi kesusahan khususnya untuk mendapatkan apa-apa hajat. InsyaAllah ditunaikan oleh Allah s.w.t segala hajatnya. 
Kalau betullah ilmu ini sangat mujarab, PASTINYA semua peniaga Islam di dunia ini kaya raya mengalahkan kekayaan Bill Gates. Apa tidaknya, buatlah apa saja perniagaan, amalkan amalan ini, bukan susah pun amalannya, dan seterusnya  apa saja hajat akan terlaksana. Kelak dapat pakai BMW 7 series, bini empat, rumah banglo ada 5 dan duit simpanan adalah 15 juta. Namun yang pastinya sekiranya ada yang mengamalkan amalan ini untuk perniagaan mereka, insyaAllah perniagaan bakal lingkup.
ELAKKAN DARI MENGAMALKAN SEBARANG AJARAN DARI LAMAN Khasiat dan Fadhilat Al Quran INI KERANA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN AKIDAH.
Pandangan saya tentang amalan menggunakan pelaris ini sebenar juga adalah selari dengan pangan yang diberikan oleh Hafiz Firdaus melalui lamannya di https://hafizfirdaus.com/kolum-bulanan-mainmenu-110/daracom-mainmenu-121/soal-jawab-agama-mainmenu-90/621-pelaris-perniagaan.html



Artikel yang juga berkaitan dengan tajuk hari ini ada terdapat dalam Laman Emjay bertajuk PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT??  
Sebenarnya terlalu banyak laman-laman di internet yang mengajar ilmu sesat pelaris selain dari dua yang saya jelaskan di atas seperti:
3.      https://shopee.com.my/Minyak-Pelaris-Perniagaan-Paling-Mujarab-i.135700651.2041199074 Kini minyak pelaris RM430 sudah boleh dibeli di Shopee
4.      http://www.aurailahi.com/ibuduit-bunian/ (Apa yang para mufti buat dengan laman sesat seperti ini?)
Terkini seorang hambaAllah telah disekat sama sekali segala rezekinya oleh Allah SWT dan hutangnya pula tidak dapat dijelaskan dan apabila disemak ternyata hamba Allah ini juga menggunakan pelaris serta pelbagai jenis tangkal. Jauhilah pelaris serta tangkal lainnya kerana ia pasti sebagaimana janji Allah SWTakan membawa kesengsaraan di dunia dan akhirat. Pelaris yang diajarkan oleh Islam ada saya ajarkan di dalam artikel saya yang lalu di  http://laman-emjay.blogspot.com/2008/01/kunci-kunci-rezeki.html.
Kepada MARA iaitu satu oraganisasi yang banyak membantu bumiputra, saya mencadangkan agar diwajibkan setiap ahli perniagaan yang ingin meminjam darinya untuk menyertai kursus wajib asas tauhid agar perniagaan yang mereka ceburi diberikan rahmat oleh Allah SWT. Jika perlu, saya suka menawarkan diri untuk mengajar bab ini kepada bakal peniaga yang bakal menjadi peminjam MARA. Semoga mudah-mudahan pengusaha Melayu Islam ini bakal menjadi pengusaha yang berjaya yang murah rezekinya.
Sekian. Hidup bahagia dengan takwa tanpa tangkal dan azimat serta pelaris.
Emjay

21 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian Emjay.. Moga dapat diteruskan usaha membenteras unsur unsur syirik yang kurang difahami oleh masyarakat Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Pelaris pelingkup perniagaan. Memang betul, sebab keluarga sendiri pernah terkena. Alhamdulilah akhirnya kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah melindungi kita daripada bisikan iblis yang menyesatkan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. terbaeek! mohon share tuan..

    ReplyDelete
  4. Silakan. Eloknya, bubuhlah link dari mana diambil semoga lebih ramai orang ke Laman Emjay.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum, emjay saya nak bertanya jika mengamalkan al mathurat setiap hari adakah elok atau tidak. Selalunya al-mathurat di amalkan setiap lepas subuh dan maghrib di kebanyakan sekolah agama tapi tak pasti mengenai akibat kepada akidah. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. assalamuallaikum pak ustad saya sangat senang membaca blog bpak, semoga ALLAH mengkaruniakan semangat dan kemudahan dalam mengelola blog ini

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbt

    Semoga Allah mematikan kamu dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Perrrgh hebat habis kumpulan ini. Mereka mengaku melihat Iblis, Syaitan dan Jin. Lihat di http://puteri.synthasite.com/ilmu-pembuka-hijab.php. Menurut tulisan puak ini, mereka akan jadi hebat dan murah rezeki dan kalau beginilah, semua orang Melayu Islam boleh jadi kaya raya dan tidak perlu lagi BRIM RM500.

    Jauhilah orang-orang seperti mereka ini. Mereka ini menambah kesesatan sahaja. Sekira ada orang yang mengaku melihat benda benda ghaib, larilah jauh-jauh daripada mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. salam ustaz , kawan saya ada dapat kertas ayat seperti link di bawah dari seorang ustaz.kalau kertas ayat seperti itu adalah tangkal, bagaimana cara untuk musnahkan nya kerana terdapat ayat quran di situ

    terima kasih

    http://www.ziddu.com/download/19383995/ayat.pdf.html

    ReplyDelete
  10. salam ustaz,
    kawan saya ada mendapat kertas ayat seperti link di bawah dari seorang ustaz, kalau kertas tersebut adalah tangkal bagaimana cara untuk musnahkannya kerana terdapat perkataan Allah di situ.

    terima kasih

    http://wwwaj-aj.blogspot.com/2012/05/ayat.html

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbt

    Ustaz ini sesat lagi menyesatkan. Kertas ini adalah tangkal / azimat. Bakar saja kertas tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. salam ustaz!
    mintak pjelasan skit..saya ada kesangsian tentang rawatan darul syifa..apa komen ustaz?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. pak ustad saya mau tanya jika ada tangkal dirumah kita cukupkah kita dengan membuangnya/memusnahkannya dari rumah kita?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbh

      Apa yang disunnah oleh Nabi Ibrahim dan apabila tentera Islam membuka semula kota Makkah, hancurkanlah berhala tersebut. Tangkal dan azimat adalah serupa dengan berhala.

      Emjay

      Delete
  15. buang dari rumah. kembalibergantung hanya pd Allah..

    ReplyDelete
  16. mungkin en ibrahim terkeliru antara almujorabat dan alma'thurat.. alma'thurat ialah himpunan doa-doa dan ayat2 yang selalu dibaca oleh Rasulullah SAW dan sahabat bersumberkan nas-nas yang sahih.. versi yg popular di negara ini di susun oleh al Imam Hassan al Banna, selain itu terdapat versi2 lain yg disusun oleh ulama' lain.. tetapi ada juga pihak penerbit yg mengambil kesempatan memasukkan sekali amalan-amalan kurang sahih dalam buku mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sungguh tulisan sdr ana murid

      Semoga Allah mematikan kita dalam iman.

      EMjay

      Delete
  17. "Jika perlu, saya suka menawarkan diri untuk mengajar bab ini kepada bakal peniaga yang bakal menjadi peminjam MARA"...sempat lagi ek, tuan blogger..

    Sempat juga minta pembaca letak link elok2, supaya lagi ramai ziarah blog tuan ni...

    Klako lah tuan ni...macam mana agaknya students tuan berkata2 dlm kelas tu ek?...

    Hebat2...

    Azlanjabar

    ReplyDelete