Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 17 July 2013

Di atas segala musibah, kitalah yang menzalimi diri sendiri



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim

Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Saya mulakan penulisan saya kali ini dengan terjemahan Al Quran dari surah Asy- Syura ayat 30:
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Dan juga dari surah An Nisaak ayat 111:
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan juga dari surah Al Mukmin ayat 40:

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya;

Dan juga dari surah Yunus ayat 27:
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding/setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan

Kali ini saya ingin menceritakan kisah bala musibah yang dialami oleh dua hamba Allah yang saya kenali semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Saya namakan mereka sebagai AA dan BB.

Berdasarkan ayat 40 surah Al Mukmin dan ayat 27 surah Yunus, apa yang kita semua perlu fahami adalah bahawa Allah al Syakur yang maha pembalas akan membalas setiap kesalahan kita dengan sesuatu azab musibah yang setimpal. Sekiranya seseorang menghidap penyakit siplis yang mengerikan, tahulah kita bahawa orang tersebut melakukan dosa besar iaitu berzina. Apabila kita mencuri insyaAllah kita pula mengalami kecurian. Amat setimpal dan amat adil balasan dari Allah.

Penyakit diabetes/kencing manis pula adalah penyakit yang berat yang merosakkan keseimbangan serta fungsi tubuh badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang amat perit. Penyakit ini melemahkan syahwat dan boleh mengakibatkan anggota seperti kaki dipotong sebagaimana berlaku baru baru ini kepada bekas menteri besar Kedah ustaz Azizan. Berdasarkan kaedah yang sama merujuk kepada ayat ayat yang sama iaitu Al Mukmin:40 dan Yunus:27, pastinya bala musibah berat ini adalah disebabkan dosa yang berat juga.

Kalau zina dibalas Allah SWT dengan siplis atau gonorea, jadi diabetes/siplis disebabkan dosa apa? Sebelum kita menjawab persoalan ini, marilah kita lihat mana lebih berat penyakit siplis atau diabetes? Penyakit siplis walau pun berat namun apabila dirawat dan taubat dari berzina lumrahnya mudah untuk sembuh. Manakala diabetes memberikan kesan berat yang boleh menyebabkan koma, lemah syahwat, banyak makanan tidak boleh lagi dimakan dan sebagainya yang berterusan untuk jangka masa yang lama dan boleh menjadi kritikal sehingga kena potong kaki dan lebih parah kena dialisis.

Berdasarkan penjelasan ini, agak-agaknya mana yang lebih berat azabnya adakah siplis atau kencing manis. Pastinya jawapan dari persoalan ini ialah kencing manis adalah satu penyakit yang lebih berat berbanding siplis. Apabila balasan dari Allah melalui penyakit siplis adalah disebabkan perbuatan zina, pastinya azab penyakit diabetes adalah Allah SWT berikan akibat satu perbuata dosa yang lebih besar berbanding zina.

Apakah perbuatan dosa yang lebih besar berbanding zina? Membunuh dan minum arak serta berjudi adalah juga dosa-dosa besar namun dosa-dosa ini lebih kepada setaraf dosa zina dan bukan dosa yang lebih besar. Jadi apakah dosa yang lebih besar berbanding zina, arak, judi dan membunuh?? Tidak lain tidak bukan jawapannya adalah kerosakan akidah akibat melakukan sesuatu seperti mensyirikkan Allah. Dosa syirik sememang dosa yang teramat besar mengatasi segala dosa-dosa besar lainnya seperti berzina, minum arak, berjudi dan membunuh.

Seorang hambaAllah diberikan penyakit diabetes untuk tempuh yang lama rasanya lebih dari sepuluh tahun. Rupanya hambaAllah ini disebalik kelihatan warak dan kaki masjid/surau rupa-rupanya adalah perawat Darul Syifak semenjak tahun 1990an. Belajar dengan Amran Kasimin dan ditauliahkan oleh Harun Din. Lagi dia beramal dengan kaedah Darul Syifak lagi anak-anaknya diazab dengan histeria selain Allah memberikannya DIABETES. Alhamdulillah hambaAllah ini setelah bertaubat kini kanser prostate yang dihadapinya telah Allah SWT sembuhkan manakala diabetesnya sudah semakin insyaallah pulih dengan bacaan gula sekitar 7 dan suntikan insulinnya semakin berkurangan. Semoga dalam dua bulan lagi hambaAllah ini tiada lagi suntikan insulin. Sila rujuk artikel amalan darul syifak melalui artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2012/12/lagi-penjelasan-tentang-kesesatan.html


Begitulah Allah dengan konsep rotan dan apel. Bila buat dosa dikenakan rotan dan bila melakukan sesuatu yang baik lalu diberikan apel. Hamba Allah ini melakukan syirik melalui amalan kaedah Darul syifak diberikan Allah SWT diabetes dan masalah anak-anak kena histeria dan bila balik ke pangkal jalan lalu Allah sembuhkan prostate cancer dan diabetes insyaallah bakal pulih. Anaknya yang kena histeria di sekolah alhamdulillah sudah tidak berulang lagi.

Kes pesakit diabetes yang patut dijadikan model apabila membincangkan kes sebegini ialah seorang hambaallah yang mengidap diabetes semenjak sebelum usia 30 tahun. Bila disiasat rupanya hambaallah ini mengamalkan ilmu persilatan beserta pelbagai ilmu yang bukan-bukan seperti ilmu kebal dan sebagainya semenjak masih muda. Hadiah dari kesesatan ini Allah memberikan diabetes. Alhamdulillah hambaallah ini mula belajar melalui telefon semenjak awal penubuhan Laman Emjay dahulu. Selepas datang menginap di rumah saya bersama anak isteri untuk mendalami ilmu tauhid, sempatlah saya mengajarkan rawatan diabetes dan dengan kuasa Allah alhamdulillah amat mudah sekali hambaallah ini sembuh dengan pantas. Kini diabetes sudah menjadi sejarah lampau bagi hambaallah ini.

Kembali kepada dua hambaAllah yang saya namakan AA dan BB, kedua dua mereka sudah lama menghidap diabetes. AA saya lebih mengenalinya dan amalan bidaahnya cukup hebat. Perbuatan syiriknya tidaklah saya ketahui namun pada awal tahun ini saya terlihat barang-barang sesat di hadapan rumah AA seperti gambar  di bawah:



Apabila terlihat kotak kotak air ishraq sebagaimana di atas dihadapan rumah AA maka fahamlah saya bahawa AA telah syirik malahan bukan syirik biasa. Apabila AA mengedarkan air ini maka AA sudah menjadi sesat dan menyesatkan orang lain. Laman air ishraq boleh dilihat di http://www.medicrapid.com/aiq.html .

Apabila saya mengetahui AA menjadi pengedar air sesat ini maka apa yang terfikir di kepala saya ialah AA menzalimi dirinya sendiri dan insyaallah tidak lama lagi AA akan diazab amat berat oleh Allah. AA sudah pun menghidap diabetes mungkin lebih 10 tahun. Berdasarkan ayat-ayat Allah diatas, AA sedang mengundang bala musibah yang lebih berat. 

Alhamdulillah kepada saya kerana bertambah ilmu saya, AA baru-baru ini dimasukkan ke hospital bahagian ICU lebih dari dua minggu kerana masalah batu karang disamping masalah pada organ-organ lain. Begitulah sesungguhnya kita tidak boleh lari ketetapan yang Allah SWT telah tetapkan. Dosa kecil di balas setimpal dengan azab kecil manakala dosa besar dibalas Allah SWT dengan azab musibah yang besar. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada AA.

BB pula seorang pensyarah yang mengamalkan ilmu kuasa minda yang dipelajari dari orang bukan Islam. Ilmu kuasa minda AA telah berkembang dipelbagaikan dengan nama NLP (Neuro Linguistic Programming). Nama macam canggih tetapi intipatinya adalah ilmu kuasa minda. Entah berapa ratus kalau bukan ribuan orang ramai termasuk pegawai atasan universiti yang telah disesatkannya dengan ilmu kuasa minda NLP.

BB sudah menghidap diabetes agak lama dan mungkin lebih dari 10 tahun. Baru-baru ini diabetes BB sudah maju setapak lagi dengan kegagalan fungsi buah pinggang mengakibatkan muka dan badannya bengkak. Doktor sudah menyarankan BB untuk dipasang tapak untuk dialisis. Apabila saya mendengar berita ini saya mengucap "Mahasuci Engkau Ya Allah, janji janji Mu sentiasa benar". Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya. Semoga Allah SWT memberikan taufik hidayahNya kepada sdr BB.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT kepada BB  ialah "mengapa engkau BB tidak menggunakan ilmu NLP yang kononnya hebat untuk merawat dan menyembuhkan penyakit diabetes serta penyakit kegagalan buah pinggang yang kau hadapi? ". Ilmu kuasa minda (mind power) yang diamalkan BB sekadar permainan iblis untuk menyesatkan manusia. Berkenaan kuasa minda ini boleh pembaca sekelian membaca artikel berkenaan di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/05/syirik-moden-aura-chakrakuasa-minda-dan.html dan di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/hukum-mengamalkan-aura-chakra-kuasa.html

Seorang saudara saya yang saya benci dengan amalan suka berbomoh dan amat menentang saya satu ketika dahulu telah juga menghidap diabetes lebih dari 10 tahun. Berbagai azab Allah berikan termasuk patah kaki beberapa kali namun tak serik dengan amalan berbomoh. Kini diabetesnya telah memasuki tahap dialisis. Sudah lebih dua tahun beliau menjalani dialisis. Kesihatannya semakin merudum.

Azab musibah dari Allah SWT diberikan kepada hambaNya adalah atas dasar Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah SWT memberikan azab pedih sebagai musibah bertujuan untuk mengingatkan hambaNya bahawa KAMU ADA DOSA DAN BERTAUBATLAH KAMU. Saya diazab oleh Allah SWT dengan pelbagai azab musibah adalah sesungguhnya benar sememangnya saya banyak berdosa kepada Allah. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa saya.

Anak saya apabila berbuat kesalahan maka atas dasar kasih sayang maka saya berikan marah atau pukulan sebagai satu tanda kasih sayang semoga anak saya kembali menjadi anak yang baik. Allah lebih meyayangi setiap hambaNya. Apabila kita berlaku zalim ke atas diri sendiri dengan melakukan kemungkaran maka Allah SWT datangkan pelbagai azab musibah semoga kita semua kembali ke pangkal jalan. Saya petik sedikit dari ayat Al Quran dibawah “sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim

Bacalah dan fahamilah ayat  ini dari surah Yunus
[105]
"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."
[106]
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
[107]
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia

Sekian untuk kali ini

Wallahua’lam

Emjay

2 comments:

  1. Dalam kes AA dan BB telah diketahui dosa nya. Bagaimana kalau kita tak tahu/sedar dosa yang kita sedang buat ??. Macamana nak taubat atas kesalahan yang tidak di ketahui.....?

    ReplyDelete
  2. macam mana lak dengan dosa2 kau Emjay? tanak kau tengok2 dan jengok2.....hah hah mesti kau da rasa kau confirm syurga nye....

    ReplyDelete