Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Tuesday, 10 June 2014

Sambungan Tak Payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick



Bismillahirrahmannirrahim

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah  pada 17 Julai 2013 saya telah menulis satu entri bertajuk Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick. Pada mulanya pageviews untuk entri ini  tidaklah begitu banyak. Alhamdulillah pada bulan Februari 2014 tiba-tiba handphone saya dihujani dengan email comments dari pengunjung Laman Emjay yang diluar jangka. Inilah akibat dari teknologi whatsapp apabila ada pembaca memasukkan artikel tersebut ke whatsapp.

Alhamdulillah sehingga hari ini artikel ini menjadi rekod Laman Emjay dan sehingga hari ini pageviews bagi artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick   telah mencecah 258596 hits. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Seperti biasa saya sudah faham benar walau apa pun artikel yang saya tulis pastinya ada kaki bangkang. Kalau dahulu memang naik darah juga dibuatnya tetapi tugas saya sebagaimana dinyatakan di dalam Al Quran adalah sekadar tukang sampai. Lagi banyak email dihandphone saya menyatakan comments di Laman Emjay lagi saya biarkan masa berlalu. Tambahan pula saya kesibukan teramat sangat ditambah pula mendapat cucu kedua pada Julai 2013, cucu ketiga pada September 2013 dan cucu keempat pada Februari 2014. Semua anak anak berehat cuti bersalin di rumah. Sehingga kini pun cucu keempat masih ada dirumah. Alhamdulillah dalam tempuh 7 bulan dapat tambahan 3 cucu.

Saya menulis di Laman Emjay sebagai orang kata part time business dengan Allah semoga Allah memberikan keuntungan di dunia dan akhirat. Persetankan dengan kaki bangkang. Nabi Muhamad waktu berdakwah dahulu pun lagi ramai kaki bangkang sampai berperang. Bagi saya mudah, setiap ilmu yang saya sebarkan apabila dimanfaatkan oleh orang ramai mudah mudahan saya memperolehi balasan rahmat dari Allah.

Berkenaan artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick tu saya ingin sekali merumuskan kepada pembaca sekalian. Tentang komen komen kaki bangkang tu biarkanlah kalau perlu nanti saya cuba jawab tetapi ingin sekali saya ulang semula komen komen baik yang telah diberikan oleh pembaca sebagai rumusan dan antara lain menjawab komen komen pembaca bagi pihak saya. Berikut adalah antara komen baik dari pembaca Laman Emjay:

Lebih setahun saya meninggalkan milo, nescafe dan neslo. Ini kerana saya terasa ketagihan yg agak kritikal pd minuman ini. Pd awalnya terasa badan letih n lemah jika tidak minum. Saya kuatkan hati, hasilnya mmg terbukti. Saya terasa segar n senang tidur malam. Saya gntikan kopi serbuk mesin dan teh yg direndam daun pudina atau lemon. Sunquick pula mmg tak berapa suka. Saya suka air lemon dan limau nipis, kdg2 tanpa gula...

Alhamdulillah. Walaupun umo dh hampir 50 segala penyakit belum ada lagi. Semoga dlm.lindungan Allah sentiasa. Dari 8 org adik beradik saya je yg x ada ssmua penyakit tu. Mungkin sebab saya ni mmg dari kecil x suka segala jns minuman tersebut. Sesekali sunquick dulu ada lah. Sekarang sebotol kecil pun x habis. Dah berbulan2. Mkn pun dh lama pantang mkn.sedap. Cuma mkn mknn yg biasa je. Lebihkan sayur. Roti pun roti wholemeal. Sesekali teringin mkn yg lain2 tu ada juga.

A'ah, btul sgt anak saya 5tahun tabiatnya suka minum milo + susu formula.. tiap kali buang air besar mmg susah kdg2 amik masa 1 jam nk buang air besar sbb najis keras. terpaksa saya pkaikn dia diaper sbb lama sgt meneran.

Pengalaman kak ipar saya, jumpq doktor sbb anaknya ada mslh pencernaan..then dok tu nasihatkn jgn minum milo..dia ckp bila kita minum milo, cuba lihat di dasar gelas tu..ada sisa2 milo berwarna coklat pekat rite?..then sisa tu cuba colek sedikit dengan hujung jari..kita akan rasa something seakan-akan pasir..so dok tu ckp benda tu buah pinggang kita langsung x bole proses..bila kita minum milo benda tu, mcm mana dia msuk mcm tu jgk dia akan keluar..yg tinggal dlm buah pinggang tu lg la teruk..akan merosakkan buah pinggang..wallahualam

kalau xslp dlm milo ad clay additive bg mnmbh berat milo tu...

penulis hanya berkongsi pengalaman bukan berdasarkn kajian saintifik, mmg patut la x de cerita komposisi kimia ke asid ke. kl nk tahu lbh lanjut kita sendiri la yg kna cari prof ke doc ke. kl sapa2 ada fakta, kongsikn. jgn la perlekehkn seseorang sebab tidak puas hati/ tidak bersetuju. sbb tu la bangsa kita susah nak maju asyik salahkn org tapi kita sendiri malas nk cari kebenaran.

Boikot brg yahudi/israel..milo n nescafe antara produk yahudi.nestle pn sama.kami skluarga dh lama boikot.alhamdulillh kesihtn makin brtambh baik..

sy pun ketagih nescafe.kdg2 ada dtg jgk skt tengkuk berdenyut2.ramai yg kata akibat nescafe.lbh2 lg kalau slps bersukan.

bahan2 dr milo tu ada campuran dr cacing tanah yang di kisar halus memang la tak bagus, try la melawat kilang nyer, tak pn tanya pd orang yg kerja bahagian analisis air ni, so minum lah susu kambing minuman sunnah,

Penulis hanya share pengalamannya secara langsung, terpulang la nak terima atau tak, lgpun produk ni ternyata yahudi dan dah lama meresap dlm budaya kita, tu yg rasa susah nak terima kan?? Tak perlu kot bukti2 saintifik, ingrediant produk pun bukan kita baca sgt kot...kalau baca mcm semua org phm jadual berkala...

Saya setuju dengan encik Eriq Faisal Rusli.
Tidak perlu kita menghentam penulis yang berkongsi pengalaman peribadi dan pengetahuannya.

Dan bukan beliau bersifat berat sebelah tetapi beliau bukan pakar perubatan atau penyelidik maka tidak wajar bagi beliau untuk menyatakan pandangan tentang makanan2 lain yang menjejaskan kesihatan.

Beliau berpengalaman dengan Milo, Nescafe dan Sunquick, sebab itulah beliau bercerita tentang 3 jenis minuman ini.

Kalau anda betul2 mahu fakta, bolehlah anda kaji sendiri, tak perlu nak blame penulis dan minta fakta serta kajian whatsoever jika anda sendiri tidak melakukan kajian dan mencari fakta sendiri. Hanya meminta org lain buat untuk anda.

Jika tak puas hati, usaha sendiri. Bukan suruh orang lain buatkan untuk anda. Anda minta fakta sebab anda dah mula ragu2 juga kan? Tapi anda tak sanggup nak tinggalkan minuman yang dah lama jadi tabiat tu, jadi anda mula nak pelbagai fakta dan kajian saintifik. Macamlah anda faham kalau dibentangkan fakta sekalipun.

Kalau kena tipu dengan fakta pun bukan anda tahu.
Ini hanya perkongsian pengalaman dan rasanya ini juga satu reminder permulaan yang baik buat kita yang merupakan peminat tegar 3 jenis minuman ini.

Salam.. saya setuju. Penulis hanya berkongsi pengalaman. Nak terima atau tak terpulang pada masing-masing. Setahu saya minuman yang disebut di atas memang mengandungi kadar gula yang tinggi. Contohnya milo, xpayah letak gula @ susu pun dah manis. Penerimaan badan seseorang dengan sesuatu makanan tu pun berbeza.

Contohnya, Suami saya xboleh minum nescafe, kepala pening dan makan masa nak pulih. Abang saya pulak 1 mlm sampai 2 pek nescafe 3 in 1 die telan, xade ape-ape masalah (pening @ sakit tengkuk) setakat ini. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada imunisasi badan seseorang.

apapun alasan penulis sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saya rasa.....yang baik kita ambil dan yang buruk kita letak tepi.....terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi .

As salam
Berita tentang milo diperbuat dari kisaran cacing Tanah mmg pernah saya baca di blog seorg penulis. Dah lama dah. Dan sejak itu, saya sekeluarga beralih kpd Koko Tamar keluaran sykt alhadad. Sahih atau tidak, pd saya, disbbkan ianya berkaitan kebersihan, lebih baik saya menukar kpd produk lain yg lebih terjamin.
Nescafe pula mmg telah menjadi habit saya sentiasa minum air ni. Sampailah satu hari, saya mendpt sakit kepala yg amat sgt. Nak muntah. Saya minum kopi pegaga warisan, yg mmg terbukti dpt hilangkan migrain. Alhamdulillah, hingga skrg, saya tak minum Nescafe lagi sebaliknya minum Kopi Pegaga Warisan.
Yg ingin mencuba, boleh call saya di 019-7685408

Pasal milo tu betul sbb sy baca dari artikel doktor zubaidi makanan n minuman yg pesakit gout tak boleh ambil. Memang milo tak boleh ambil n sy agak tkejut tp bila jumpa blog ni sy nampak kaitannya. Nescafe pon betul kafein tlampau tinggi n salah seorang pentadbir saya langsung tak boleh hidu bau nescafe terus pening sampai nak pitam.. Sunquick pula diperbuat drp oren sbenarnya x berbahaya kalau jarang minum tapi kalau kerap jadi berbahaya sbbnya oren punya bnyak 'urat' mcm sabut kelapa la n bila kerap ambik buah pinggang x dpt tapis n jd kotor.. X reti nk terang.. Apepon sec general benda yg diproses mmg x elok diambil blebihan. Islam itu indah n kita pon tawu diajar supaya bsederhana..wallahualam

saya peminat setia milo....kalau masuk kedai...wajib milo@nescafe@teh susu...kt rumah wajib sebulan sekilo...baru sy teringat knp sy kerap sakit kt area bwh perut...sbb terlalu byk minum milo..dulu dh stop skjp...ok la pastu bile dh x sakit start minum balik..huhu..alhamdulillah terbaca artkel ni,baru teringat balik knp sy pernah stop ambik milo dulu...

mungkin pengalaman sy boleh ditambah dlm entry tuan ini,,sy memang xboleh minum nescafe kerana akan rasa loya,gemuruh n pening2,,bgitu jugak dgn kwn sy dia post dlm fb rasa benda yang sama,sy tanya ada minum pape ke sebelum ni,,dia kata bru leps minum nescafe..oo ptutlah..minum nescafe atas orang jugak,,klu yang boleh minum,xbg kesan pape,tp klu yang xleh minum akan rasa mcm2,,,ok itu nescafe,,satu lg sy memang suka sgt minum tea panas/sejuk(tea + susu).baru2 ini sy amik keputusan utk minumnya setiap hari apabila tiba wktu makan di tempat kerja..dalam seminggu saya hairan setiap kali ingin sujud solat,kepala rasa teramat sakit,berat seolah nak terkeluar otak melalui mata,,xleh bayangkan kesakitan tu sampai sy mengerang dalam sujud solat,sy terfikir mungkin sy dah tua dan dilanda penyakit,sy juga mula ubah pemakanan sy,,try berhenti minum air kegemaran sy tu,,menakjubkan sakit kepala sy berhenti smpai sekarang,,alhamdulillah,,jd besar kemungkinan sakit yang kita hadapi adalah melalui pemakanan kita sehari2,,,

Saya sokong kata2 penulis blog.. berkenaan penyakit tu berkemungkinan juga... tapi sedihnya yang bangkang semuanya kaki minum milo dan nescafe serta sunquick.. ishhh... semuanya bumiputera melayu islam? maaf, saya nak pesan & bagitau. produk milo dan nescafe adalah keluaran Nestle. Dan Sunquick pula adalah dari keluaran Ca Ya Nun Alif yang bukan beragama islam. Nestle adalah sebahagian pengeluaran dari negara Yahudi. Tak payah ceritala bape sen jer masuk ke negara Israel dari sepeket milo. Yang pasti. Dari hasil jualan barang runcit & makanan, sehari saluran dari negara Malaysia sahaja 7 billion !! Nampak je kecil barang hangpa belikan? lepas ni tak payah la cerita kesian dkt anak2 org palestine. kesian dkt org2 syria dan anak2 kecil kena tembak dan bom. siapa juga yg sokong bantu depa? org islam juga.. ok? Peace~!!

aku tak guna barang2 di atas. dari artikel di atas aku leh caya 50% jer walaupun takada pengesahan dari kementerian. sbb kementerian pun terlepas pandang juga perkara2 ni. sedangkan suntikan HPV pun kementerian suruh. inikan benda2 mcm ni. lagi kementerian lepas tangan.

sesal dulu pendapatan. sesal kemudian takder guna. nnti dah kena baru nak cari ubat. time tu kim salam lah... sementara sihat time tu lah kena jaga pemakanan.

bab nescafe tu mcm tak setuju. mak sy tiap2 pagi minum nescafe, alhamdulillah..sihat.minum coffee kan bagui..tp sunquick? sy tak suka..klu minum sakit tekak.apapun, skrg sy lebih suka minum air masak.memikirkan nak pakai buah pinggang lama.

Setiap org ada pndpt n pndgn msing2 so yg elok kita amk yg x elok kite dgr jelah....bkn cume milo,nescaffe n sunquick je tp minuman lain pun ada bahayanye jgk...yg pnting disini jglh pemakanan fgn btul n teratur.pnykit tu bole dtg bile2 sj jika kita x jage...so tepuk dada tnye selera...fikir2kn n renung2kn...

Saya tak tahu la apa kesan Milo dan Nescafe... Kalau Nescafe memang saya tak minum,badan tak boleh terima...Saya ada baca buku hasil tulisan mualaf dan sekarang dia jadi pendakwah.., John D. Gray, iaitu Usaha Amerika Untuk Merosakkan Kesihatan Dunia... Mereka ini berselindung di sebalik WHO... Untuk makluman, Nestle adalah produk Yahudi.. Saya tak tahu sama ada kaitan atau tak....Tapi fikir-fikirkanlah... Cuba cari buku ni... Penerbit PTS....

Tapi kalau xsilap aku..nestle n nescafe ni pengasasnya yahudi..kalau xsilap la..mohon pencerahan..apa2 pon kita berhati2 dlm pengambilan mknan n mnuman..aku mmg jarang minum milo n nescafe..sunquik lg la 1 tahun skali mnum 2 pon sebab g beraya umah sedara..lani aku amalkan mnum madu..Alhamdulillah slps amalkan mnuman sunnah ni aku rasa smakin sihat..syukur pada Allah swt.. aku setuju dgn kata2 penulis..kita harus perbaiki hubungan dgn Allah swt..InnShaAllah Allah swt akan perbaiki kehidupan kita dunia n akhirat.. InnShaAllah..

Pengalaman sendiri, saya ada sakit ekzema dan kadangkala sakit di sendi2, dan kini sudah kurangkan makanan minuman coklat. Sudah setahun tak minum milo, dan dengan izin Allah SWT sakit kulit ini sudah berkurangan...sebelumnya agak teruk juga. Selain daripada itu elakkan seafood, kacang tanah dan telur...sekadar perkongsian bagi yang sakit memang kena research diri sendiri makanan/minuman yang sesuai dengan keadaan diri/badan.

Salam.....
Sangat setuju dengan tajuk ini....terbukti atas kesakitan perut anak saya setelah hampir setiap hari minummilo.
Anak saya telah alami sakit perut dan sembelit yg teruk akibat minum milo setiap hari.....sehinggalah saya ke hospital sebab sudag seminggu tak byan air besar....setelah reda saya hentikan minum milo.....alhamdulillah sampai sekarang kembali normal .....

stiap kali mnum nescafe cnfirm sakit prut n berak cair...then sunquick plak cnfirm tekak rasa kering n kmudian kena batuk..ini yg sya alami klu mnum kedua2 mnuman tersebut...
                                                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Apabila bercerita tentang cacing tanah sebenarnya perusahaan menternak cacing tanah memang amat lumayan. Harga pasaran bagi setiap kilogram adalah RM450. Cuba anda baca link berikut, http://hamydy.wordpress.com/2008/05/20/ternakan-cacing-tanah/.

Koperasi UTM dahulu pun nyaris nak buat perusahaan menternak cacing tanah. Kalau menurut pembaca Laman Emjay sebagaimana di atas, serbuk cacing tanah menjadi salah satu ramuan di dalam Milo. Namun saya tidak mahu mengulas kenyataan tersebut sebab saya tiada ilmu untuk mengesahkan berita tersebut. Namun apa yang kita semua boleh buat ialah lakukan saranan pembaca tersebut iaitu hantar sampel Milo ke Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada benar unsur cacing tanah terdapat dalam Milo. Saya tidak perlu risau tentang kenyataan ini sebab tidak lagi minum  MILO tetapi bagi yang masih minum MILO elok sekali dapatkan kepastian daripada jabatan kimia. Keluarlah duit sedikit sebagai bayaran yuran kepada Jabatan Kimia.

Tentang kenyataan dari pembaca seperti ini; Anonymous 21 March 2014 05:06
TEMBERANG SEMUA NI...klu betul,knapa masih jual & knapa ada kelulusan??milo dh lebih 80thn ada dipasaran, nescafe plak dh lebih 70thn...ceh!! porahh..!!! dia minum ketum dh 3'4 thn, pastu baru minum nescafe, milo & sunquick, terus tuduh milo, nescafe & sunquick punca...CEH!! PIGIDAA....

Saya nak komen, rokok dan arak sudah dijual di Malaysia lebih dari 100 tahun. Bolehkah kita menafikan mudarat rokok dan arak kepada manusia? Kalau rokok dan arak mendatangkan mudarat mengapa ia masih dijual??

Tentang komen berikut; Anonymous 27 February 2014 11:50
Sy seorang caffeine addict.sehari sekurang2nya ada 5-6 cawan nescafe.tabiat ini telah sekian lama menjadi ketagihan (selama 33 tahun). Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih lagi sihat walafiat, semalam baru sahaja lepas buat full medical body scan & bloodworkout. Alhamdulillah, tiada apa2 penyakit yang ada pada diri saya....

Saya nak komen, kebanyakan orang Cina bukan Islam dan India bukan Islam minum arak dari muda sampai tua dan mereka claim bahawa badan mereka sihat tak kena penyakit. Bolehkah kita memutuskan bahawa arak  tidak merbahaya kepada kesihatan?

Begitu juga ramai orang tua menjangkau umur lebih 60 tahun masih tetap menjadi heavy smoker dan mereka claim bahawa mereka sihat walafiat tiada penyakit apa pun. Bolehkah kita memutuskan dan simpulkan bahawa rokok tidak membahayakan kesihatan??

Dalam bab ini saya nak kongsikan sebuah mafhum hadis. Suatu hari, Rasulullah shalallahu wa sallam diundang ke rumah salah seorang muslim. Sewaktu beliau tiba di rumahnya, beliau melihat seekor ayam sedang bertelur di sebuah sarang di samping rumah. Beliau melihat telor ayam tersebut tidak jatuh, dan kalaupun jatuh ternyata tidak pecah. Betapa takjubnya Rasullah saw melihat kejadian tersebut. Karena itu, pemilik rumah tersebut bertanya kepada beliau, “Engkau heran melihatnya, ya Rasullah? Demi Allah yang telah memilih Anda sebagai Nabi, sesungguhnya saya selama ini tidak pernah sakit”.
Rasulullah segera meninggalkan rumah tersebut, seraya berkata, “Barangsiapa yang tidak pernah mengalami ujian , maka ia jauh dari kasih sayang Allah.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 15 : 1 : 53)

Dalam satu hadis lain pula  maksudnya, apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepatkan tindakan hukuman (musibah) atas dosanya (didunia) dan jika Allah menghendaki keburukan  maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat.(hR. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Jadi apabila hisap rokok masih tetap sihat walau pun sudah tua, takutilah balasan Allah di akhirat. Jauh lebih baik menerima balasan Allah di dunia berbanding menerima balasan di hari kiamat. Begitu jugalah apabila minum nescafe sampai usia 85 tahun masih sihat itu tidak boleh menjadi bukti bahawa Nescafe tidak membahayakan kesihatan.

Kita lihat kes lain. Maggi mee adalah mee segera yang sangat digemari baik kanak kanak mahu pun orang dewasa. Ia juga sudah dijual amat lama di Malaysia. Ada sesiapa yang benar-benar berani claim bahawa mee segera Maggi ini tidak membahayakan kesihatan.?. Sudah banyak kes kesihatan melibatkan kanak-kanak mahu pun orang dewasa akibat gemar makan mee maggi ini. Saya pun waktu jahil dahulu amat gemar makan mee maggi termasuk waktu di kampus dahulu. Bila sudah berubah amalan agama saya alhamdulillah saya sudah tinggalkan amalan makan mee maggi.

Berkenaan makanan minuman yang merosak kesihatan dan agama, saya ingin mengambil contoh kes minuman P----I yang menjadi minuman kegemaran oarang ramai termasuk orang Islam. Satu ketika dahulu saya diberitahu oleh pekerja syarikat tersebut bahawa kerja beliau adalah membancuh minuman tersebut. Antara kandungan bancuhan ialah LIQUOR. Liquor lebih merbahaya berbanding beer. Liquor ialah arak dengan kandungan alkohol yang tinggi. Hambaallah ini amat saya kenali dan masih rapat hinga sekarang dan bukan orang munafik yang perlu kita semak kesahihan kata-katanya. Dia bekerja di kilang pembotolan syarikat tersebut di Tampoi. Terperanjat amat sangat saya mendengar kenyataan tersebut. Namun mengapa minuman ini mendapat tanda HALAL dan menjadi kegemaran ramai umat Islam di Malaysia? Kalau masih ragu-ragu dengan kenyataan  saya ini sila bawa sampel minuman ini ke Jabatan Kimia dan selidikilah perkara ini.

Sebagai penutup, Allah apabila mengasihi hambaNya maka dijaga lidah hambanya dari makanan minuman perosak seperti maggi mee, junkfood seperti Chickadees, mangga jeruk, burger, sausage, minuman berkarbonat, Pepsi Cola, Coca Cola dan juga Nescafe, Sunquick dan Milo.

Sekian

Emjay

16 comments:

  1. Salam ust. Petuax cara pemakanan larangan bg orang yg terlebih uric asid dlm badan yg ust berikan sebelum ini boleh ke diamalkan dlm diet bg org yg mempunyai kolesterol lebih dlm darah? Mengamalkan buat tunjuk langit apakah mujarab bg kedua dua masalah tersebut? Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbh
      Pantang larang permakanan bagi orang yang terlebih uric acid tidak sama dengan pantang larang orang yang mempunyai kolesterol lebih dalam darah.

      Mengambil biji buah tunjuk langit insyaallah boleh digunakan bagi masalah asid urik berlebihan dan kolesterol berlebihan.

      Wallahualam

      Delete
  2. Salam…boleh bagi email address en…email saya sabanoon@gmail.com..terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbh
      email address saya ialah emjayjb@gmail.com

      emjay

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. MUSLIM JONED

    ReplyDelete
  5. amboi senang je kau melabel haram halal....... muke kau tunjuk la kalau ko anak jantan la.......apsal sorok2 ngadap ke belakang....???

    ReplyDelete
  6. Emjay emjay emjay...cucu la pulok hang bagi alasan...pulak tu pilih yg komen2 tak bangkang...mana pi hang punya integrity sebagai kakitangan universiti apex?? hang boleh kata org lain yg bangkang tu salah buta2 macam tu ja...kalu hang betoi sangat pasal milo ni, pi la buat official complaint kat kementerian, kat CAP ka, Pengguna ka, Nestlé ka...lepas tu hang publish la entri pasal complaint2 hang tu kat sini...baru nampak hang buat kerja...ni pi tuleh entah apa2, kunun berani...apa ni emjay?...bertanggungjawab la sikit...kat akhirat nanti hang kena tanya bab2 ni...amanah sheikh, amanah!...

    ReplyDelete
  7. saya selalu minum nescafe, kalau sehari tak kena nescafe memang ketagihlah, kenapa al-quran tidak mengharamkan nescafe? Sudah tentu aku tidak menyentuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn amalkan . nnti buasir

      Delete
  8. salam saudara emjay.. saya ada hantar emel semalam tp belum dibalas.. saya ingin mengutarakn beberapa persoalan.. syukur, blog ni byk manfaatnya.. dan sy mula mengikutinya.. harap byk entri baru selepas ini.. terima kasih in advance..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    encik emjay... sy baca dgn penuh khusyuk blog encik emjay..
    saya cuma nak tny..yg x boleh tu cap nescafe saja atau semua jenis kopi segera dlm botol tu??
    sy pon kompius kdg2 nk beli kopi yg mana satu..kalo biji kopi 2 mmg payah nk cari dan payah nk di buat minuman...
    terima kasih :)
    sy harap sgt encik emjay jwb soalan sy ni...

    ReplyDelete
  10. salamualaik.apa hukum nipis bulu kening?

    ReplyDelete
  11. Telah disebutkan dlm riwayat bukhari bahawa; "Rasulullah SAW melaknat para perempuan yg mencukur keningnya dan yg meminta dicukur keningnya"
    والله أعلم

    ReplyDelete
  12. KISAH NYATA.
    Ass.Saya IBU Yunu Sara.Dari Kota Surabaya Ingin Berbagi Cerita
    dulunya saya pengusaha sukses harta banyak dan kedudukan tinggi tapi semenjak
    saya ditipu oleh teman hampir semua aset saya habis,
    saya sempat putus asa hampir bunuh diri,tapi saya buka
    internet dan menemukan nomor Nyi Pele,saya beranikan diri untuk menghubungi beliau,saya dikasi solusi,
    awalnya saya ragu dan tidak percaya,tapi saya coba ikut ritual dari Hyi Pele alhamdulillah sekarang saya dapat modal dan mulai merintis kembali usaha saya,
    sekarang saya bisa bayar hutang2 saya di bank Mandiri dan BNI,terimah kasih Nyi,mau seperti saya silahkan hub Nyi
    Dimas di nmr 0823-9350-0556 Nyi Pele,ini nyata demi Allah kalau saya bohong,indahnya berbagi,assalamu alaikum.UNTUK INFO LEBIH JELAS KLIK DISINI

    ReplyDelete