Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 16 April 2008

AMALAN MENDAPATKAN KHADAM AYAT KURSI

AMALAN MENDAPATKAN KHADAM AYAT KURSI

Bismillahiirahmanirrohim

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Hari ini 16 April saya menerima satu email dari salah seorang pembaca Laman Emjay. Berikut adalah email tersebut:

Saya nak tanya sedikit. Saya ada terjumpa tentang cara amalan khadam ayat kursi.

Lepas solat isyak, buat solat sunat dua rakaat

Lepas al-fatihah
baca ayat kursi 21x
inna anzalnahufi lailatil qadr 1x
al-ikhlas 3x
al-falaq 1x
an-nas 1x

sama juga untuk rakaat kedua. Dan apabila selesai solat, baca selawat 11 kali dan baca al-fatihah sedekah kepada rasullullah s.a.w.  dan etc.....

Lepas baca doa...minta pada Allah swt nak khadam tu.... tak silap saya ada doa khusus dan saya tak nampak sebarang perkara yang menduakan Allah swt di dalam doa itu.

Adakah ini dikira haram?

                        ****************************************
Berikut adalah jawapan saya berkenaan perkara ini:
Saya mulakan dengan terjemahan surah 114 An-Nass
[1]:Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
[2]:"Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]:"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]:"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]:"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]:"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
 
Penghasut dari kalangan jin dan manusia ini telah berjaya membisikkan amalan sesat ini kepada saudara.

Syaitan memang tidak akan berhenti untuk berusaha menyesatkan umat Adam ini. Langkah ini adalah antara berbagai-bagai cara untuk menyesatkan manusia. Sehubungan dengan ini Islam mengajarkan satu nasihat penting iaitu ”tidak akan sesat umat manusia selagi mereka berpandukan Al Quran dan sunnah”. Memanglah apabila kita tidak berilmu maka kita akan menjadi sasaran mudah bagi syaitan menyesatkan manusia. Bagi kebanyakan manusia, apabila menerima bisikan syaitan melalui ajaran di atas, mereka akan melakukannya kerana secara kasarnya memang seronok dan menarik apabila ada khadam. Namun bagi mereka yang berilmu, bisikan syaitan ini adalah semata-mata ibarat perangkap tikus yang bertujuan untuk membunuh tikus sahaja.
 
Jikalau kita membaca Al Quran dalam erti kata sebenarnya iaitu membaca untuk memahami dan mengamalkannya, di dalam Al Quran terdapat ayat tegahan Allah SWT agar umat manusia tidak berurusan dengan jin iaitu: 

Al Jinn: [6]. `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
 
Jikalau sudah jelas ditegah oleh Allah SWT sebagaimana ayat Al Quran ini, mengapa perlu menjadikan jin sebagai khadam? Khadam ayat Kursi ini sebenarnya adalah dari golongan jin syaitan yang akan bersetuju membantu manusia apabila manusia sudah menentang agama Islam dengan melakukan amalan yang ditegah Islam. Bagi memudahkan memahami konsep jin ini, silalah membaca artikel terdahulu saya berkenaan jin ini di dalam artikel bertajuk “Iblis, syaitan dan jin” di
http://laman-emjay.blogspot.com/2007/04/iblis-syaitan-dan-jin.html
 
Berkenaan ajaran sesat di atas yang di ajarkan oleh pengirim email ini, dimanakah bahagian ilmu yang menyesatkan?? Mereka yang ilmu tauhidnya senipis kulit bawang memang tidak akan melihat kesesatan di dalam ilmu yang disampaikan ini.
 
Saya jikalau berdoa kepada Allah agar memberikan malaikat tertentu sebagai khadam saya, ini sudah boleh merosak akidah saya. Mengapa fahaman sebegini merosak akidah? Asas akidah atau asas tauhid adalah perlunya manusia mengimani rukun iman yang enam iaitu 

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qadak dan qadar
 
Meminta malaikat menjadi pembantu manusia adalah merosak akidah kerana bertentangan dengan ajaran Islam di mana malaikat dijadikan Allah SWT dengan sifat kejadian malaikat iaitu mereka sentiasa patuh terhadap apa-apa yang diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka tidak diciptakan untuk membangkang atau melawan kepada Allah. Allah menciptakan mereka dari cahaya. Mereka menyembah Allah dan sentiasa taat kepada-Nya, mereka tidak pernah berdosa. Marilah kita fahami dan hayati ayat Al Quran dari surah Saba’:40-41. 

[40]Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"
[41]Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)".

Malaikat menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa manusia yang kononnya meminta pertolongan dari malaikat (menyembah) sebenarnya adalah menyembah jin syaitan!!
 
Meminta sesuatu yang bukan-bukan seperti meminta sebahagian sifat Allah sebagaimana ajaran setengah tarekat juga merosak akidah kerana bercanggah dengan ajaran Islam. Memang mudah sebenarnya untuk rosak akidah seperti meminta agar Allah SWT tidak menjadikan hari pembalasan iaitu hari akhirat.  Sekiranya saya berdoa kepada Allah SWT agar tidak dijadikan hari pembalasan iaitu hari akhirat, maka saya sudah merosakkan akidah saya.
 
Dalam kes persoalan yang diutarakan melalui email di atas, amalan ilmu tersebut sememangnya adalah perangkap syaitan dan apabila seseorang manusia mengamalkan amalan tersebut, insya-Allah akan datang jin syaitan yang mengaku kononnya beliau adalah khadam ayat Kursi tersebut yang bersedia untuk membantu orang yang berhajat ini sebagai balasan kerana menjadi kafir ingkar kepada Allah dengan melakukan tegahan Islam iaitu memohon pertolongan dari jin.
 
Bacalah dan hayatilah ayat dari surah Al Anaam:128 berikut:
dan (ingatlah) hari (kiamat Yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian Kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) Dengan sebahagian Yang lain (Syaitan-syaitan), dan Kami telah sampailah kepada masa Kami (hari kiamat) Yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa Yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.
 
Dari semasa ke semasa orang yang membela khadam ini akan terus meminta pertolongan dari khadamnya yang sebenarnya adalah jin syaitan dan ini akan menjadikan pelakunya tetap kekal syirik kerana memohon pertolongan dari selain Allah iaitu kepada jin syaitan. Perkara ini Allah jelaskan di dalam Al Quran berikut:
 
Al Anaam:100. Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah Yang mencipta jin-jin itu;
 
Sebagai kesimpulan dari perkara ini, ambillah yang paling mudah dari ajaran Islam iaitu jikalau Nabi Muhamad SAW tidak buat, tidak usahlah kita melakukannya. Nabi tidak pernah berkhadam. Setiap peperangan dengan tentera kufar, Nabi SAW pun tidak ada contoh menggunakan khadam. Ilmu kebal dan pelbagai ilmu sakti pun Nabi SAW tidak pernah mengajar dan mengamalkannya. Yang menggunakan khadam jin sebagaimana dijelaskan didalam Al Quran hanyalah Nabi Sulaiman namun Nabi Sulaiman berdoa agar kemampuan mengendalikan jin ini hanya diberikan kepadanya sahaja dan Allah SWT telah mengizinkannya. Itulah sebabnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah mencontohkan mengkhadamkan jin atau membunuh jin. Pernah satu ketika Nabi Muhamad SAW memegang jin di dalam sembahyangnya namun akhirnya dilepaskan oleh baginda kerana teringatkan doa Nabi Sulaiman ini agar ilmu mengendalikan jin ini tidak diberikan kepada orang lain (termasuk Nabi Muhamad SAW) sebagaimana ayat Al Quran berikut:

Saba’
[12]: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
[13]: Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur

Saad
[35]: Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
[36]: Maka (
Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;
[37]: Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
[38]: Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
[39]: (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)".

Jauhilah usaha mencari khadam kerana tidak ada dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW sama ada khadam apa pun dari kalangan jin dan juga malaikat dan usaha ini sekiranya dilakukan hanya akan menyesatkan manusia.

Satu perkara mudah dan penting di sini ialah amalan sebagaimana diajarkan di dalam email di atas sebenarnya adalah satu ibadah bukan untuk Allah SWT sedangkan Islam mengajarkan bahawa setiap ibadah adalah semata-mata hanya untuk Allah SWT! Begitulah juga orang yang ingin mendapatkan ilmu kebal perlu berpuasa memutih selama 40 hari dan ini adalah satu ibadah yang bukan disuruh oleh Allah SWT. Setiap ibadah didalam agama Islam adalah telah diperintah oleh Allah SWT yang dianjurkan melalui Al Quran dan sunnah. Sembahyang adalah ibadah dan terdapat perintah untuk manusia mengerjakannya. Berbuat baik sesama manusia adalah ibdah dan terdapat perintahnya. Namun tidak ada perintah untuk puasa memutih selama 40 hari untuk dapat ilmu kebal dan sebenarnya puasa memutih ini adalah satu ibadah untuk syaitan!!! 

Dengan itu, ajaran sebagaimana email di atas adalah sebenarnya satu ibadah untuk syaitan kerana Islam tidak pernah menganjurkannya. Itulah sebabnya sami hindu juga perlu berpuasa sebulan sebelum upacara Thaipusam agar ilmu sihirnya menjadi semasa mencucuk pelbagai objek ke tubuh penganut Hindu waktu perayaan tersebut.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay


Emjay

180 comments:

  1. salam...
    Ya..saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.
    Saya pernah terbaca satu kisah dimana Nabi Muhd s.a.w berkata kepada puterinya Siti Fatimah.."wahai Fatimah beramallah.Sesungguhnya aku tak dapat menolong kamu dihadapan Allah nanti.."

    Kita semua maklum Nabi Muhd kekasih dan hamba yang paling Allah sayang pun tak dapat menolong puterinya sendiri jika dihisab oleh Allah kelak...inikan pula dengan hamba-hamba Allah yang lain seperti jin dan malaikat.

    Memang jarum iblis dan syaitan itu amat halus.Sedangkan manusia bertaraf wali pun boleh sesat apatah lagi manusia biasa.Moga-moga Allah menolong kita dijauhkan dari segala perbuatan syirik...Aminnn..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sahabat EmJay;

    Dalam masyarakat kita memang banyak benda-benda yang begini. Sehingga di sekolah-sekolah Ugama semua peringkat pun, kita boleh dapati benda gini diamalkan. Bagi Ibubapa yang hantar anak ke sekolah ugama, perlulah sentiasa bertanya pada anak, jika terdapat amalan-amalan yg ganjil. Jangan pikir semua yg diajar di sekolah ugama itu baik belaka.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbh ebkc

    Memang tepat sekali kata-kata sdr di atas. Ada satu sekolah agama tu siap panggil bomoh sesat untuk menjampi satu kawasan padang sekolah mereka kerana dikatakan keras kerana ada penunggunnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. salam...
    Memang payah nak buang tabiat dan amalan masyarakat kita ni sebab agama dan kepercayaan yang sampai dulu ke tanah melayu adalah agama hindu.


    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ustaz. mintak pandangan ustaz tentang laman web berikut. www.nursyifa.net & www.nurmuhammad.com kedua² ada kaitan dgn topik yg pernah ustaz ketengahkan...tentang topik mendapatkan khadam tentunya syirik tetapi pendapat saya sama dgn fikirdulu...mmg payah hendak membuang kebiasaan dari kehidupan seharian...sbb manusia mudah selesa dgn kebiasaan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum warahmatullah...

    Dalam kes dapatkan khadam ayat kursi, saya dapati disini:

    1. Manusia memang mudah menghukum mengikut apa yg kita sangka.

    2.Untuk bertanya kedudukan sesuatu isu kepada orang lain, dapatkan kepastian isu daripada orang yg melakukan isu tersebut terlebih dahulu sebelum bertanya kepada orang ketiga.

    3. Kaedah kajian bagi seorang pengkaji (menentu duduk hukum) ialah mendapatkan dapatan daripada sumber primer sebelum merumuskan hasil dapatan tersebut. Sumber primer dalam kes berkaitan akidah, ialah pengamal kes tersebut. Seorang pengkaji yg meletakdudukkan hukum (penulis blog ini) patut menemui pengamal sebelum membuat kesimpulan.

    5. Penulis blog dicadangkan merujuk kepada qawaid fiqhiyyah & usul fiqh sebelum meletakkan sesuatu hukum.

    6. Seorang pengkaji yang berilmiah dalam meletakkan sesuatu hukum, akan meletakkan kata2 "penjikaan".. jika begini, hukumnya begini..jika begitu...jadi begitu hukumnya... bukannya terus mengeluarkan hukum tanpa ada kecualinya.

    Sekian, wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn saudara...

      sy lihat jwpn ustaz tu pun tak ada kaitan dgn soalan...

      ertinya ustaz ni pun myalahgunakan tafsiran ayat...

      ALLAHU AHLAM


      Delete
  7. mmm dibaca dan difahami thanks

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Alhamdulillah dengan kurniaNya juga saya yang kerdil ini telah dapat menyiapkan artikel mengapa sesat mengamalkan amalan berkaitan tenaga dalaman, kuasa minda, inner energy, aura, chakra, Color vibration therapy dan sebagainya yang mirip amalan ini.

    Penilaian ke atas amalan-amalan ini memerlukan seseorang memahami teras Islam iaitu asas ilmu tauhid. Apabila kita memahami asas teras Islam ini insya Allah kita dapat menghukum pelbagai amalan sesat di Malaysia sekarang.

    Sekian dan selamat membaca serta memahaminya

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    _________________________________________________________________________
    Brhati-hati jgn sampai mnsyirikkan Allah.Dalam pada itu Allah telah membentangkan
    kejadian dan ilmu untuk dikaji.tidakkh kamu memerhatikn kejadian pada alam dan pada diri kamu sendiri?Sesungguhnya Allah menyuruh manusia itu brfikir.siapa yg brfikir dia mempunyai ilmu.Samakh org yang mempunyai ilmu dgn yg tdk?

    ReplyDelete
  9. apa kata ustad join in faithfreedom.org dan membantu para intelek kita debate di sana untuk menghapuskan fitnah terhadap islam.

    ReplyDelete
  10. Aku tidak setuju dengan pendapat ini sebab ilmu Allah yang haq itu luas. Pernah suatu ketika dahulu Tok Kenali (Wali) pernah mengajar tentang penggunaan khadam ayat untuk tujuan kebaikan.Bukan kejahatan. Adakah beliau dituduh sesat? Bila Mansur al-Halaj mendakwa dirinya 'ana al-haq', adakah beliau sesat? Apabila Allah mengurniakan warid pada hamba yang dikasihinya adakah dia sesat? Khadam ayat bukan dari kalangan jin atau syaitan tetapi dari kalangan malaikat ataupun bukan jin dan malaikat tetapi makhluk Allah s.w.t lain yang diberi kelebihan dan tugasan dan ketetapan yang maha pengatur dan maha pentadbir sekalian alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat setuju dengan saudara...dalam satu riwayat dalam kitab fudhail amal ada diceritakan tentang khadam sebuah ayat Quran yang telah dibaca oleh seorang saudagar yang hendak dirompak dan dibunuh oleh perompak...adakah perbuatan membaca ayat tersebut dikira syirik...?

      Delete
  11. Jangan cepat melatah dalam membuat dakwaan dan kesimpulan. Makhluk Allah itu banyak dan macam2 jenis. Kita hanya tahu Iblis,Jin,manusia,haiwan daratan dan lautan,unggas. Pemikiran kita terbatas dalam membicarakan sesuatu di luar kemampuan kita. hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui dan maha pemberi pertunjuk.

    ReplyDelete
  12. Dimana baris ayat di atas menunjukkan keterangan tujuan untuk syaitan? Siapa kita untuk menuding jari pada orang lain melainkan diberi pertunjuk yang nyata dari Allah s.w.t. Cukup bahaya!!

    ReplyDelete
  13. Wahai penentang,

    Tok Kenali atau tok Fulan atau Tok Pekong atau sesiapa yang mengajarkan ilmu sesat ini maka orang ini adalah sesat lagi menyesatkan. Mengapa perlu taksub kepada tok-tok ini???? Taksublah hanya kepada Nabi Muhamad SAW.

    Janganlah kita menjadi kafir. Kafir adalah orang yang sentiasa menentang atau ingkar!!!

    Seandainya sdr bersungguh-sungguh berdoa, insya-Allah diberikan petunjuk jalan lurus yang diredhai Allah.

    Artikel saya di atas sudah jelas, bacalah lagi dengan berdoa. Jangan jadi penentang Al Quran dan Al Hadis!!

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. sda jelas kelihatannya bahawa tuan cuma TAHU sahaja...tetapi tuan tidak FAHAM...Fahamilah bahawa Allah telah menciptakan sebanyak 125 ribu makhluk2nya di mukabumi ini..dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu
      tanpa alasan...pasti ada sebab dan musababnya...Al Quran sda pasti kita akan turuti...tetapi bukan cuma sunnah nabi sahaja yang boleh kita ikuti...mafhum sabda nabi" Turutilah sunnahku dan Sunnah Khulafa Ar Raasyidiin.."
      dan janganlah tuan lupa sabda nabi "Al Ulama' warosatul anbia"...jika dibanding ilmu yang tuan miliki ketika ini dengan ilmu para "Tok-tok" yang tuan pandang rendah tersebut...bezanya adalah seperti langit dan bumi...dan untuk pembetulan...jangan gunakan perkataan taksub untuk Rasuulullah...kerana Rasuulullah sendiri tidak suka untuk diagung2kan apatah lagi untuk ditaksubkan...banyak yang perlu difikirkan sebelum berkata...tahu dan faham itu berbeza seperti yang hilang dan yang lenyap itu juga berbeza...menunaikan solat dan mendirikan solat itu juga berbeza...berkatalah dengan ilmu bukan dengan perasaan sombong...

      Delete
    2. pembetulan...124 ribu makhluk...bukan 125 ribu...salah tekan...

      Delete
    3. Setuju.. seperti pemandu kereta kecil kondem pengguna kereta mewah berdasarkan artikel2 yg dia petik jumpa merata.. ilmu sejengkal artikel2 yg di cari dan dah lah tak pernah bawa kereta mewah serta alami pemanduan nya tp kondem itu ini tak betul.. pandu rasa lama2 dulu baru komen.. itu pun jika ada.. subhanAllah

      Delete
  14. Tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak. Di atas orang yang berpengetahuan ada yang lebih berpengetahuan. Ilmu Islam itu tidak sesat tetapi manusia yang sesat disebabkan tafsiran yang yang memandai-mandai. Anda telah salah tafsir di atas isu yang ditimbulkan. Di dalam perubatan Islam yang hak kaedahnya yang benar. Pilihlah yang mana mengikut kemampuan diri masing. Ada dikalangan orang Islam menyalahgunakan ayat2 Allah untuk tujuan kebatilan. Begitu juga dengan memanggil khadam ayat kursi dan sebagainya. Anda belum menunjukkan baris ayat tujuan khadam kursi digunakan dalam kesesatan. Walau apa pun anda telah menuduh Tok kenali sebagai sesat. Na'uzubillah hi mink zalik. Beliau adalah tokoh agama yang disegani,perkeperibadian tinggi dan mendidik manusia ke hadrat Illahi. Menuduh kebatilan pada kebenaran itu adalah suatu dosa tanpa usul periksa. Bukan taksub tetapi fikirlah apa ilmu yang diberi untuk diamalkan,digunakan dengan cara yang betul. Bukannya menuduh seorang wali itu sesat.

    ReplyDelete
  15. Sedihnya bila penulis ini menghukum wali sesat. Nak menangis rasanya.

    ReplyDelete
  16. Sekali lagi saya menyatakan di sini bahawa sesiapa sahaja hatta tok Kenali atau tok Fulan atau Tok Pekong atau sesiapa yang mengajarkan khadam ayat maka orang ini adalah sesat lagi menyesatkan.

    Nabi Muhamad SAW ada pakai khadam ayat ke?

    Para sahabat nabi ada pakai khadam ayat ke?

    Mungkin pada tanggapan seseorang pakai khadam adalah sesat tetapi kalau pakai khadam dari ayat Al Quran dibenar?? Siapa yang mengajar begini, saya rasa iblis!

    Mudahnya manusia ditipu Iblis!

    Mungkin fahaman seperti ini diambil dari tok bomoh artis di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/ . Kalau menurut Awang Mohamed Yahya atau Awang Mohd Yahya iaitu bomoh artis, kalau memakai SUSUK JARUM EMAS, BERLIAN, BESI ADALAH DILARANG PENGGUNAANNYA OLEH UMAT ISLAM. Tetapi kalau memakai susuk dari ayat Al Quran untuk perkara berikut dibenarkan??
    1. Susuk Ayat untuk Ilmu Kesian 11. Susuk Penunduk
    2. Susuk Pemanis 12. Susuk Pendinding Diri
    3. Susuk Seri Wajah 13. Susuk Suara Merdu
    4. Susuk Penyeri Diri 14. Susuk Kelamin Suami Isteri
    5. Susuk Pelaris Diri 15. Susuk Pasak Tenaga Batin
    6. Susuk Pelaris Perniagaan 16. Susuk Pengikat Kasih
    7. Susuk Penarik Batin 17. Susuk Luruh Badan
    8. Susuk Pemikat Umum 18. Susuk Mandi Susuk
    9. Susuk Payudara 19. Susuk Penyeri
    10. Susuk Pulih Dara 20. Susuk Ibu Segala Susuk

    Hai malangnya manusia. Itulah sebabnya Dato Ismail Kamus menggunakan tangkal kertas bertulisan Surah Kahfi untuk mengelakkan pencuri masuk rumah di bolehkan. Mungkin kepada orang seperti ini hanya tangkal dari kemenyan sahaja yang diharamkan!!!

    Kepada sdr entahapaentah, janganlah rasa nak menangis, tetapi menangislah.

    Nak tanya kepada sdr entahapaentah, berapa ekor khadam ayat yang sdr bela?? Belalah barang 200 ekor boleh guna bajak sawah nanti.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesat jgk BG diaorang

      Delete
    2. Almarhum ustaz Ismail kamus

      Delete
  17. Ada bela ayam dan itik jer. Dagingnya boleh masak dan dimakan. Telurnya pun boleh makan. Kalau tak nak makan, jual di pasar atau sesiapa sahaja. Harga pasaran o.k. Tak pernah dalah sejarah orang bela khadam ayat. Khadam hantu ader ler (bomoh). Khadam ayat dipanggil untuk tujuan perantaraan sahaja. Bukan bergantung padanya. Adus! kasihanilah mamat ni. Berilah pertunjuk kepadanya Allah...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya khadam ayat ni... Kawan saya, ayahnya guna khadam ayat untuk jadi kuat. Amalan mudah je, hanya perlu baca beberapa baris dari surah yasin. Namun sekarang ayahnya dah tua dan sakit tapi perangai panas baran masih tidak berubah walaupun dah tua. Sepatutnya kita ni bila dah tua, perangai semakin baik...

      Delete
  18. Sdr entahapaentah ni cakap macam orang India, berbelit-belit. sekejap cakap "Tak pernah dalah sejarah orang bela khadam ayat". Sekejap cakap pula "Khadam ayat dipanggil untuk tujuan perantaraan sahaja. Bukan bergantung padanya".

    Bila melihat entahapaentah menulis seperti di atas, teringat saya seorang pensyarah yang menyimpan tangkal pernah berkata begini kepada saya ::

    "Saya menyimpan tangkal bukan bertawakkal kepadanya"
    Lalu saya berkata "Kalau tidak berharap dan bertawakkal kepadanya, berilah kepada saya untuk dilupuskan kerana sesungguhnya menyimpan tangkal membawa syirik"

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Maksudnya bela dengan panggil lain saudara emjay.Apakah bela itu sama dengan panggil. Jika bela nak kena bagi makan la.....Jamu sana sini la. Siapa yang cakap belit-belit. Tolong faham kontek ayat betul-betul. Jangan tuduh sebarangan pula. Bagi pendapat saya tidak ada syiriknya kalau simpan tangkal tanpa ada sekutu Allah s.w.t. Melainkan kalau beriktikad macam-macam tentang tangkal. Samalah seperti makan ubat-ubatan moden ini. Kalau sekadar makan ubat tanpa iktikad lain daripada Allah s.w.t yang menyembuhkan memang ternyata salahnya. Jika lillahi ta'ala dan memohon bantuan daripadaNya apakah itu dikira jatuh hukum kesalahan disisi agama Islam? Sama ada nak lupus atau tidak, itu bukan masalahnya. Bagi sya tak kisah sebab benda itu tidak memberi mudharat dan manafaat kalau nak lupus sekalipun. Oleh sebab itu hal ini mesti faham betul-betul. Persoalan penysyarah itu, mungkin dia beranggapan seperti mana sya sebutkan di sini.

    Allahu 'alam bissawaab.

    ReplyDelete
  20. Sdr entahapaentah

    Sdrlah orang berilmu tetapi menjadi agen syaitan!!!!!!!!! Apabila sdr menulis di Laman Emjay dan membenarkan mereka-mereka yang menyimpan tangkal azimat pemberian bomoh, ingatlah bahawa apa yang sdr nasihatkan sehingga ada orang mengikutnya, sdr tetap ada saham kepada mereka yang melakukan kesyirikan tersebut!!!!

    Kalau menurut fahaman sdr, bela khadam tidak boleh tetapi menerima khidmat khadam yang tidak dibela boleh. Berapa ekor khadam yang engkau gunakan khidmat mereka?? ada 1000?? kalau 10000 lagi bagus??? Cakap engkau ini betul-betul macam bomoh artis di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/b_rawatan.html#JENIS-JENIS%20SUSUK . Menurut bomoh artis ini kalau susuk emas berlian tidak boleh tetapi susuk dari ayat Al Quran boleh. Memanglah engkau ini serupa dengan bomoh artis ini.

    Kalau menurut entahapaentah, apabila seseorang menerima produk http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6 dari bomoh lalu memakainya (walau pun tiada sebarang iktikad?) tidak mengapa.

    Kalau menurut entahapaentah, apabila seseorang menerima produk http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#7 dari bomoh lalu menyimpannya di rumah (walau pun tiada sebarang iktikad?) tidak mengapa.

    Kalau menurut entahapaentah, apabila seseorang menerima produk http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#15 dari bomoh lalu menyimpannya di rumah (walau pun tiada sebarang iktikad?) tidak mengapa.

    Kalau menurut entahapaentah, apabila seseorang menerima produk http://emjayjb.multiply.com/photos/album/24/Azimat#17 dari bomoh lalu menyimpannya di rumah (walau pun tiada sebarang iktikad?) tidak mengapa.

    Kalau inilah pegangan sdr, sdr adalah sesat dan menyesatkan!!!!
    Kalau inilah pegangan sdr, menyimpan berhala patung buddha dalam rumah sdr pun tidak mengapa asalkan tiada sebarang iktikad? Berat kau ni.

    Segala apa yang kita tulis, perkatakan dan nasihatkan akan dipersoalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi orang sesat lagi menyesatkan.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Terima kasih kerana komen saudara emjay.

    Sya tidak mengatakan boleh simpan patung/berhala pun. Cuma khusus bab tangkal. Sya tahu menyimpan patung di dalam rumah itu dilarang. Dalam soal ini kita mesti dapat membezakan dimana hukum yang tepat. Kesalahan diukur tanpa ada sebarang kepentingan di dalam sesuatu hal. Oleh sebab demikian hukum itu telah ditetapkan, tidak dapat lari daripada hukum taklif yang lima. Sya tidak menolak hukum-hukum tersebut sebaliknya mengkaji dan menghalusi daripada segi perbuatan dan iktikad hati. Jika benar,benarlah.Jika salah,salahlah. Apa yang dikatakan di dalam alquran dan hadis tidak pula ditolak.Walau apa pun kita tidak boleh cepat menghukum semuanya disebabkan segelintir yang taksub dengan keajaiban,kekhasiatan,keuntungan dan kelebihan pada sesuatu benda atau perkara. Sebaliknya kita fikir bahawa sesuatu yang dijadikan Allah mempunyai manafaat dan mudharat pada manusia. Bergantunglah pada pemiliknya menilai,beranggapan dan beriktikad macam mana. Sama ada salah ataupun benar. Sesungguhnya Allah itu lebih utama kita lihat kerana hasil ciptaanNya yang maha kuasa. Subhanallah! kerana ciptaannya yang manafaat untuk manusia. Maka di sini kita mengagungkan ciptaanya bukan bersandarkan atas kuasa sesuatu selainNya. Kita percaya bahawa tiada satupun kejadian di alam dunia tiada manafaat. Pasti ada gunanya walaupun bukan untuk manusia tetapi mungkin juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walhal lalang itu berguna pada serangga dan unggas2 tapi tidak pada kita (bukan nak suruh tanam lalang pula.Hanya sebagai contoh sahaja.).Ada sebabnya kejadian alam ini yang perlu kita hayati.

    Susuk memang terang-terangan dilarang dalam Islam kerana ada perbuatan sihir dan syirik. Ini jelas kita dapat lihat di dalam mentera dan perbuatannya. Soal tangkal adalah bab lain yang perlu kita lihat dalam sudut ilmu dan iktikad. Ada pendapat yang mengharamkan adalah kerana iktikad yang salah dan perbuatan sihir yang boleh menyebabkan rosak aqidah. Tidak sya katakan membenar dalam soal perbuatan syirik. Ada pula pendapat yang mengharuskan pemakaian tangkal dengan syarat mesti dengan ayat-ayat alquran,bahasa yang boleh difahami,tiada kesyirikan,tiada perkara sihir,tiada iktikad yang salah. Kita dapat lihat dalam sebuah riwayat bahawa seorang hamba Allah yang menunjukkan jampiannya pada Rasulullah s.a.w. Maka rasulullah membenarkan kerana tiada kesyirikan dalam perubatan untuk kebajikan. Mungkin saudara emjay telah mengambil cegahan awal daripada sebarang kemungaran berlaku berdasarkan individu yang kurang kefahaman ilmu ditakuti terjebak dalam perkara syirik dan iktikad yang menyeleweng.Ini sya akui ramai yang berpendapat seperti ini. Oleh sebab itu persoalan pemakaian tangkal,memanggil khadam,memakai gelang tangan magnet,memakai cincin yang dikenakan macam-macam jenis batu,menyimpan patung (teady bear,barbie,transformers,pink panter dsb) menjadi kebimbangan menular dalam umat Islam kini. Bahkan sya juga mengakui ramai umat Islam yang mempersetujui dan mengamal ritual keagamaan lain tanpa rasa sedikitpun kesalahan. Sebenarnya kita mesti banyak mengkaji dan menyelidik secara halus. Oleh sebab itu juga yoga diharamkan atas sebab ada perilaku keagamaan lain dalam amalannya.

    Sya mengajak saudara emjay berfikir dan mentelaah daripada ahlinya. Mungkin saudara dapat jawapannya sebelum terus menghukum. Sya menghormati pendapat anda walaupun terdapat perbezaan antara kita. Itulah kefahaman saudara dalam apa yang dituntut dan diterima di dalam dada. Sya juga punya landasan yang dipegangi. Sya sekadar mengajak anda berfikir.

    Allahu 'alambissawaab.

    ReplyDelete
  22. Sdr entahapaentah

    Bab yang pertama tentang khadam ayat dimana sdr membenarkannya, saya nak bertanya, khadam ayat tu dari golongan apa? Malaikat atau jin?? Mana ada makhluk lain selain manusia, malaikat dan jin yang engkau nak khadamkan? Sama ada engkau mengkhadamkan malaikat atau jin, sdr tetap menyalahi hukum Islam. Bacalah lagi artikel asal saya di atas dan fahamilah.

    Daripada perbincangan diatas, sdr menyokong dan membenarkan perbuatan pensyarah tersebut menyimpan tangkal. Namun saya terus menyesatkan dengan bersandarkan dari hadis berikut:

    1. Rasulullah bersabda dalam hadis berikut mafhumnya:
    “Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
    (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

    2. Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
    “Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
    (Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)

    3. Dalam satu hadis lain, mafhumnya:
    “Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”
    Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”

    Dari hadis 1, Bertangkal tu syirik, itulah sebabnya saya menyatakan perkara ini sebagai sesat.

    Dari hadis 2, Apabila Nabi mengetahui orang tersebut memakai tangkal gelang tembaga seperti http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6 , Nabi tak tanya pun kepada orang itu "apa iktikad engkau?". Nabi terus menyatakan bahawa orang ini akan kekal di neraka

    Dari hadis 3, apabila nabi tidak ingin mensolatkan jenazah orang tersebut apabila dia mati, itu adalah kerana orang tersebut sudah dikira bukan Islam kerana sudah mensyirikkan Allah dengan menggunakan tangkal bertali mirip seperti ini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#21 .

    Apabila Nabi telah menyesatkan satu golongan seperti yang memakai dan menyimpan tangkal, maka saya tidak ingin melawan Nabi Muhamad dan dengan itu maka saya turut menyesatkan. Dan semoga sdr entahapaentah tidak pula membenarkan / menerima / menyokong golongan yang telah Nabi sesatkan itu.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik benor engko ni, adakah engko tulis d atas MANA ADA MAKHLUK SELAIN MANUSIA?? AIKK

      Delete
  23. Sdr entahapaentah.

    Dalam hadis tersebut iaitu ""Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar syaitan tidak menghampiri.'" Nabi tidak suruh pun menggantung ayat Al Quran untuk dijadikan tangkal. Apa yang nabi suruh adalah berdoa dengan doa tersebut. Dalam bab doa ini, apa doa sekali pun mana salahnya???

    Tentang menggunakan ayat Al Quran sebagai tangkal azimat, memangnya ada dua aliran, di mana aliran pertama tidak bersetuju dan aliran satu lagi bersetuju. Samalah dengan bertawassul. Orang mengikut sunnah tidak membenarkan bertawassul melalui Nabi Muhamad sedang aliran satu lagi iaitu tarekat bebas habis bertawassul dengan melalui Nabi Muhamad. Samalah juga golongan mengikut sunnah tidak membenarkan NUR MUHAMAD sedangkan aliran tarekat mengeluarkan berbagai hujah untuk membenarkan konsep Nur Muhamad yang karut tu.

    Yusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menetang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil.

    1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.

    2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.

    3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.

    4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.

    ~~~~~~~~~

    Dengan nasihat Yusuf Al Qardawi sebagaimana di atas, berhentilah menggunakan tamimah walau pun dibuat dari ayat-ayat Al Quran seperti ini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/24/Azimat . Ia hanya sekadar menambahkan kesesatan.

    Satu lagi saya ingin menambah. Tatoo adalah haram dan tiada perbantahan mengenainya namun tatoo menggunakan ayat Al Quran seperti di sini http://sirloinskipper.fotopages.com/?entry=1331262 adakah dibolehkan ke dalam Islam????? HANYA ORANG SESAT SAHAJA YANG MEMBENARKAN TATOO DARI AYAT AL QURAN INI!!

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Ust emjayjb...Saya ada pernah pergi merawat dengan seorang ustaz ttg makhlus halus yang memasuki tubuh isteri saya...cuma ada beberapa perkara yang saya berasa tak berapa sedap ketika ia merawat isteri saya:
    1)- Memperasapkan chalok india ( berbau sedap )
    2)- Menggunakan kain kuning
    3- Bacaan doa

    Soalannya: adakah rawatan di atas menggunakan khidmat JIN atau Khadam ?kerana Ustaz ini cukup marah dengan rawatan menggunakan JIN atau pun adakah di sana pandangan yang mengatakan boleh berkhadamkan khadam Islam?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbh kepada saudara seagamaku dan laknat Allah ke atas Iblis dan pengikutnya.

    Ustaz As Shaari dan Ayah Pin sendiri amat marah kalau kita mengatakan bahawa mereka tu sesat. Seorang ustaz yang saya tegur kerana berurusan dengan pelbagai bomoh yang jelas sesat pun tidak mahu menerima teguran saya dan beliau masih mengatakan perbuatannya adalah benar di sisi Allah. Namun ustaz ini kini menerima padah musibah yang amat berat walau pun usia sudah semakin senja.

    Di Dalam Al Quran banyak dinyatakan bahawa syaitan menjadikan orang-orang sesat seperti ini memandang baik perbuatn buruk mereka.

    Apa yang penting adalah kita perlu berilmu. Bagi saya adalah jelas bahawa ustaz yang merawat isteri sdr adalah sesat.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye syaitan menjadikan orang2 sesat sperti kamu memandang baik perbuatan buruk kamu.

      Delete
  26. ...............................................

    ReplyDelete
  27. saudaraku semua,

    jangan terlalu cepat mengeluarkan fatwa yang kadang-kadang tidak kita sedari kita telah terpesong. jangan sekali-kali kita memperlekehkan & mempersendakan nama ulama-ulama seperti Tok Kenali seperti yang dibuat oleh saudara.
    kita kena ingat setiap kejadian atau ciptaan Allah itu ada hikmahnya, saya nak buat 1 contoh..kalau kita demam, pastinya kita akan gi klinik utk dapatkan rawatan doktor & akan diberi ubat demam..Saudara kalau demam tak pergi klinik ke?tak makan ubat demam ke?ke saudara jadi doktor sendiri atau cukup berdoa kepada Allah tanpa ada sebarang usaha?dalam soal khadam ke, ayat ke, yang penting apa yg kita tetapkan dalam hati..macam juga kita pasang kunci, grill pada tingkap & pintu rumah kita,adakah itu dikira sesat??pokok pangkalnya adalah hati & iman kita. kita perlu berusaha utk ke arah kebaikan, menjaga diri,menjaga harta benda adalah sesuatu yang wajib disertakan dgn bertawakkal kpd Allah. kita perlu tahu & belajar ilmu Islam dengan lebih mendalam. kalau ilmu panjang sejenggal, lautan dalam jangan diduga..saudara belajarlah dulu sebelum membuat kenyataan-kenyataan yang memperlihatkan kekurangan ilmu saudara..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbh kepada saudar seagama dan laknat Allah kepada Iblis dan pengikutnya.

    Sdr islamiah79, nama sdr sudah cantik, janganlah burukkan pula nama sdr yang cantik ini.

    Kalau sdr sakit demam lalu jumpa bomoh dan bawa balik tangkal azimat, bolehkah???
    Kalau sdr sakit pelik, jumpa bomoh lalu diberikan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#photo=6 dan sdr memakainya, adakah dibenarkan dalam Islam???

    Islam adalah satu agama yang tidak membenarkan konsep matlamat menghalalkan cara. Kalau sdr ada hajat tertentu lalu sdr mengamalkan khadam, adakah ini dibenarkan dalam Islam. Apa yang salah dalam Islam adalah tetap salah walau pun yang melakukannya adalah sultan, mufti, ulamak atau Tok Kenali sekali pun!!!

    Tulisan sdr seolah-olah menunjukkan sdr ada mengamalkan khadam ayat!!. Bertaubatlah sdr

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pilihan org saja mau bawa azimat atau tangkal. yg berdosa dia , bukannya kamu wahai sodara sekalian alam

      Delete
    2. kamu juga telah berburuk sangka. kamu menyatakan Seolah2 mengamalkan khadam ayat. apekah. sedangkan seorang ustaz pn ada pembatu . jgn mau selalu betul. lain org lain pandangan ye. sdgkn karomah itu juga wujud dan dihadirkan oleh allah untuk sahabat2 nabi dulu . saya belajar ni pn dri buku tauhid sekolah agama dan ianya tidak sesat . rasulullah sndiri prnh berkata tntg ilmu2

      Delete
  29. bagaimana pula ada yang mendakwa dapat membunuh jin. adakah ia diharuskan dalam Islam. Difahakmkan jin yang merasuk cuma dapat dihalau, tapi tidak dibunuh. Minta to long jelaskan.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum wbh saudara seagama dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya

    Mengikut sunnah, Nabi dan sahabat tidak pernah membunuh jin. Yang dibenarkan untuk membunuh jin ialah jin yang telah menyerupai seperti mengikut hadisnya menyerupai ular. Yang ini sahaja menurut sunnah boleh dibunuh. Jin dalam bentuk asal tidak pernah dibunuh dalam hadis.

    Perbincangan lanjut perkara ini boleh diperolehi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/237 bertajuk Kupasan tentang pusat rawatan AKRINE.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. terimakasih. Setahu saya jin ni makhluk penipu, pura-pura mati tapi sebenarnya tidak. kalau tidak beramal dia datang balik.

    ReplyDelete
  32. Memang betullah tu kata lanlee666

    Emjay

    ReplyDelete
  33. Salam semua......
    Janganlah kita sesama islam bergaduh berpecah belah dek perbezaan pendapat akibat permasalahan furu`(cabang2). Kembalilah kita semua kepada pokok asal iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Pelajarilah serta dalamilah ia agar kita tidak tersesat dari jalan ALLAH yang lurus. Jangan saling tuduh menuduh siapa salah dan siapa tidak. Mengapa kita hendak menuduh secara melulu siapa sahaja yang kita anggap tidak sejalan dengan kita. Ingat kita adalah bersaudara dalam islam. Satu lagi ingat jika tidak ada `Alim Ulamak silam tidak akan ada bijak pandai yang kemudian dari mereka. Jangan menuduh mereka semua itu sesat, salah, sedangkan mereka semua mendalam ilmu mereka dalam Islam, sehinggakan ada yang menghapal beribu-ribu hadis bahkan puhan ribu. Bagaimana dengan kita, berapa hadis yang kita telah hafal dan kaji secara mendalam untuk menghukumkan siapa salah siapa tidak. kembalilah semua kepad Allah. Allah hanya menerima hambaNya yang ikhlas dan suci hatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa diri lg hebat pada ulama dahulu..ulama dl2 hebat hafal n simpan smua dalam kepala selain ditulis..beribu hadis,quran dan MCM2 kitab dlm kepala ulama dl,cuma skrg ada DR atau prof je yg bt segelintir rasa diri nye lagi hebat dan lg berilmu.

      Delete
  34. assalamualaikum.. dlm bab khadam ayat kursi, di sini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya tahu untuk menemui khadam ayat kursi,.

    ReplyDelete
  35. , hendaklah diamalkan selalu selepas solat maghrib dan isyak ( tgh malam). Hendaklah membaca ayat kursi wakaf sembilan diikuti dengan doa nya.. assalamualaikum aya tusharifah antahfadu waamuali audadi aubustani inisyarikin walrosibi nawabihakiha alaikum wabifadliha lahu ladaikum barakallah huliwalakum.. allah,allah,allah................................... ( AYAT KURSI WAKAF 9 7KALI DIIKUTI DOA 3 KALI DAN ULANG KEDUA DUA NYA 3 KALI DAN AKHIR SEKALI ALLAH,ALLAH,ALLAH................................. SELAMA MANA YANG MAMPU.

    ReplyDelete
  36. Hei anasatu!!!

    Setiap saranan buruk / jahat dan lalu di ikuti orang, kejahatan yang dilakukan oleh orang lain ini maka engkau akan turut sama mendapat DOSA sama seperti engkau yang melakukannya. Engkau selamba saja buat kerja syirik ini. Tak takut neraka ke??

    Khadam ayat Kursi ini bukan amalan dari Nabi Muhamad SAW dan para sahabat. Ia adalah amalan yang diajarkan oleh Iblis!!.Bacalah artikel saya bertajuk "Haram beribadat melainkan dengan dalil" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/245.

    Begitulah juga amalan memberi salam kepada malaikat tertentu. Amalan kelihatan baik tetapi ini tidak pernah disuruh oleh Nabi dan para sahabat. Jika dilakukan juga ia menjadi haram kerana ibadah ini tiada dalil!! Bila buat kerja haram iblis suka dan akhirnya iblis menjawab salam tersebut lalu mengaku bahawa dia adalah malaikat yang turun untuk memberikan bantuan. Kononnya nanti orang yang memberikan salam ini sudah mendapat khadam malaikat!! Orang bodoh seperti ini mengaku mendapat khadam malaikat sedangkan yang membantu menjadi khadam adalah iblis untuk menyesatkan manusia. Samalah seperti khadam ayat Kursi. Iblis menghambakan diri kepada manusia untuk tujuan menyesatkan manusia.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu dalil tunggulah sampai ustaz2 moden akhir zaman buat fatwa sendiri. Kepada Sedara Emjay jgn nak suka2 tuduh mereka sesat takut berbalik pada diri sendiri. Kepada yang bertanya, bertanyalah kpd yg berhak (berimu), jgn bertanya pada yg fahaman org awam.

      Delete
    2. Em jay, jangan jadi orang tak berakal.. diberi akal tanak gunakan.. jadi ape² amalan yang kau buat ni hanye kerana tanak masok neraka hanye nak syurga. Ingat syurga neraka tu makhluk allah taala pasti suatu hari akan binasa.. yang kekal abadi hanya allah taala.. jangan suka menuduh seseorang tu sesat.. yang tentukan sesat atau tidak hanye allah taala saje yang boleh menentukan. Bukan manusia! Baru berlaja dengan ustaz da rase diri tu betul.. kau ade bukti yang kau ni da betul² seorang islam? Kalau nak cakap sesiapa nak masuk islam harus mengucap kalimah syahadah da islam lah tu..? Begitu senang ke nak masuk islam?? Kalau seluruh makhluk didunia ni mengucap kalimah syahadah baik berbangsa ape lah da islam.. wah begitu senang dan mudah nak masuk islam.. tangkal mangkal ni semua tk salah.. yang dipersalahkan ade lah kepercayaan diri masing².. tangkal mangkal ini semua hanye bende tak ade ape² pon yg boleh buat lindung. Pakai tak jadi masalah hanye kepercayaan kite terhadap allah bukan pade tangkal mangkal.. sebelum nak menasihati orang lain, terlebih dahulu nasihat lah diri tu sendiri.. stakat komen dekat dalam ni semua orang pon boleh cakap.. kesian aku tengok kau.. belum cukop berilmu ade hati nak nasihat orang.. selagi orang boleh bantah persoalan atau jawapan kau. Itu bermakne ilmu kau belum cukop.. jangan bangga sangat dengan ilmu tu kerane allah taala pandang hati daripade ilmu.. sebab ilmu tu hak allah taala mesti die ambil balek hak die.. biar hilang ape² pon asalkan jangan hilang allah taala..

      Delete
  37. salam emjayb.. nabi diturunkan untuk memimpin manusia, syaitan diturunkan untuk menyesatkan manusia. tp kedua dua nya tiada kuasa hanya Allah. la haulawala kuwwataillabilla hilaliyulazim.. oleh emjayb terangkan ckit..

    ReplyDelete
  38. Nabi Muhamad SAW dan nabi-nabi lain memang tiada kuasa. Nabi Noh tiada kuasa menjadikan isteri dan keluarga lainnya dari kekafiran dan matilah mereka sebagai kafir. Nabi Muhamad tiada kuasa menjadikan bapa saudara tersayang Abu Talib mati dalam iman. Nabi Muhamad SAW tiada kuasa mengelakkan para sahabatnya dibunuh hatta dalam peperangan atau ditipu kononnya datang untuk mengajarkan agama walhal mereka hanya sekadar ingin membunuh para sahabat tersebut. Nabi ditugaskan untuk menyampaikan ajaran agama Islam. Berbahagialah mereka yang mengikutinya dan rugilah mereka yang mentangnya.

    Iblis dan syaitan dijadikan sebagai ujian kepada manusia. Mereka yang memilih jalan iblis dan syaitan, ke nerakalah perginya.

    Sedangkan nabi pun tiada kuasa membuat benda pelik-pelik (melainkan mukjizatnya), mengapalah manusia ingin mengambil khadam. Khadam adalah iblis yang menyamar. Kalau Islam membenarkan khadam, Nabi Muhamad dan para sahabat telah lebih awal menggunakannya.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan khadam tetapi makhluk Allah yg menemani dan melindungi kita semasa dalam kuburr

      Delete
  39. Saya ada sedikit soalan.

    Salah sekiranya seseorang meminta bantuan daripada syaitan untuk mendapatkan sesuatu. Bagaimana pula orang yang mengunakan jasad seseorang hamba allah yang hidup dan waras menjadi perantaraan syaitan atau jin yang mengatakan ingin membantu mendapatkan sesuatu. Ada tidak apa-apa hadith atau ayat-ayat alquran yang boleh membantu dan menyokong saya untuk memberi hujah untuk menghentikan perbuatan ini.

    ReplyDelete
  40. Sdr bertanya "Salah sekiranya seseorang meminta bantuan daripada syaitan untuk mendapatkan sesuatu." Maksudnya ialah, kalau minta pertolongan syaitan dari golongan jin adalah salah dan seperkara lagi ialah kalau minta pertolongan dari syaitan dari golongan manusia pun tetap salah.

    Orang hidup yang menjadi perantaraan syaitan adalah syaitan dari golongan manusia. Kedua-dua syaitan dari golongan jin dan manusia tetap perlu dijauhi. Bomoh adalah satu contoh syaitan dari golongan manusia.

    Emjay

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum... ustaz em, minta penjelasan. saya ada membaca salah satu amalan ilmu hikmah.
    amalan ini berguna untuk mendatangkan makanan dan rezeki dari langit di sisi Allah melalui 2/4 orang malaikat yang mengenahkan mahkota emas dan jubah berhiaskan permata yakut. syarat nya adalah puasa sunnah selama 21 hari di dalam sebuah kamar bolong langit-langit atapnya, sehingga dapat melihat langit dalam rumah. selama puasa pada malam harinya setelah solat hajat, tahajud, amalan pertama di baca 1000 kali dan amalan ke dua di baca 21kali.setelah selesai puasa selama 21 hari, pengamalan ilmu ini harus di teruskan hingga sampai 100 malam. pada malam ke 100 akan datang 2/4 orang malaikat dari langit dengan membawa hidangan makanan buah-buahan minuman madu dan susu... dan di jelaskan juga orang yang pertama kali mengamal kan amalan ini adalah Abu Utbah Al-Gulam r.a buliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat shaleh, rajin mengaji dan seorang hafidzil Qur'an. apa pendapa ustaz menganai amalan ni...

    ReplyDelete
  42. Waalaikumussalam wbh

    Saya pun boleh berkata "bahawa Abas bapa sdr Nabi Muhamad pernah tinggalkan sembahyang selama sebulan." Adakah kata-kata saya ini bersandarkan mana-mana nas yang sahih?? Ini semua adalah fitnah dan kata-kata saya bahawa Abas pernah tinggalkan solat selama sebulan adalah tiada sandaran dan semata-mata fitnah bohong.

    Semua orang termasuk saya boleh buat cerita bohong. Jadi mesejnya ialah jangan mudah cerita bohong bodoh sebagaimana yang sdr ceritakan di atas.

    Sami Hindu di kuil pun sekarang sedang sibuk berpuasa untuk menyambut Thaipusam.

    Para Malaikat adalah diciptakan untuk beribadah menurut perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Tidak ada sandaran langsung bahawa malaikat boleh dipanggil oleh manusia untuk membantu urusan manusia. Ini semua adalah cerita yang diajarkan oleh Iblis!!!!!!

    Buku sesat yang sdr baca tu kalau di kedai buku Malaysia memang bersepah-sepah maklumlah para mufti macam tiada peluru untuk menembak atau tidak tahu menembak.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas izin Allah jika Allah hantar malaikatnye.. lagipun nisbah malaikat dgn manusia 1 manusia mgkin 10ribu malaikat sbb manusia mati cepat,jd dgn ramainye malaikat xde mustahil bagi Allah

      Delete
  43. assalamualaikum... ustaz em, terima kasih atas penjelasan ustaz... saya harap ustaz tak salah sangka ngan pertanyaan saya minta penjelasan ngan ustaz tu, bukan la saya sendiri yang merika-rika kan cerita itu... demi Allah saya dapat baca cerita itu di salah satu amalan ilmu hikmah. terima kasih sekali lagi atas penjelasan ustaz... ustaz 1 lagi minta penjelasan ngan ustaz mengenai ilmu kebal, contoh nya... dalam medan peperangan atau bukan dalam midan peperangan walau banyak kali terkena timbakan tapi semua timbakan itu tak mencederakan walau sedikit pun pada orang yang ada mengamal ilmu tertentu seperti ilmu kebal. dan ada juga yang mempunyai amalan tertentu bila di timbak peluru timbakan tak mengenai pada orang yang ada mengamalkan ilmu tertentu walau dengan jarak dekat. adakah amalan-amalan seperti ini ajaran dari pada iblis atau khadam kah yang membantu pengamal ilmu tertentu agar terselamat dari pada bahaya timbakan... adakah ini bukan dari pertolongan Allah ke atas hambah nya yang mengamal kan ilmu seperti kebal, dan ilmu selamat dalam peperangan. harap ustaz dapat menerangkan pada saya yang kurang ilmu pengetahuan ini...?

    ReplyDelete
  44. Waalaikumussalam wbh

    Eloklah bertanya agar kita tidak sesat jalan. Alhamdulillah sdr bertanya.

    Ilmu kebal juga adalah satu ilmu sesat yang diajarkan syaitan dan iblis untuk menyesatkan manusia.

    Di Pulau jawa dahulu waktu zaman Belanda dan Inggeris menjajah mereka, dikatakan dikalangan kiyai ulamak mereka banyak yang ada ilmu kebal namun hakikatnya adalah mereka kalah dengan Belanda dan Inggeris. Inilah dia ular dalam semak dan bukannya ulamak. Mereka mengaku Islam tetapi mereka menyesatkan!!!

    Sebaliknya sejarah di Acheh menjelaskan bahawa mereka mengamalkan Islam dengan baik (semoga Allah redha dengan mereka) dan terbukti bahawa dalam siri penjajahan Belanda dan Inggeris, tentangan oleh orang Acheh ini tidak dapat ditewaskan dan akibatnya mereka tidak pernah dijajah. Cuma mereka dijajah oleh sukarno bukan secara peperangan dalam pembentukan Indonesia.

    Tentera Islam zaman Rasulullah tidak pernah diajarkan ilmu kebal atau ilmu musuh tidak nampak mereka. Tentera Islam berperang untuk menegakkan Islam dan ingin mati syahid. Ilmu kebal ini adalah ilmu sesat. Tentera Taliban Afghanistan menang dengan Rusia bukan dengan ilmu kebal tetapi dengan kekuatan iman. Mereka ingin mati syahid dan ramai para syuhada yang gugur syahid di medan perang. Perang Uhud dahulu ramai para syuhada mati syahid termasuk bapa saudara Nabi iaitu Hamzah.

    Kalaulah ilmu kebal atau musuh tak nampak adalah sesungguhnya berasal dari Islam, PASTInya satu dunia ini semua orang menganut agama Islam kerana setiap peperangan akan dimenangi tentera Islam kerana mereka kebal. Hakikatnya kini umat Islam amat lemah dan diperkotak katikkan oleh orang kafir.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp sahabat nabi juga membaca surah2 dari Al-Quran sblm berperang,sahabat baca mintak dari Allah tp bila kita baca tak boleh jadi syirik..zaman nabi sahabat tak mintak ke bantuan dari malaikat masa nk berperang

      Delete
  45. assalamualaikum ustaz em... terima kasih kerna sudi memaham kan ngan saya yang sesungguh nya selama ini pengertian saya tentang ilmu kebal tak salah di amal kan, sekiranya sesuatu amalan itu tak bersandar kan pada saitan atau pun jin. saya sendiri kalau di ajar ilmu keselamatan daripada bahaya timbakan, benda-benda tajam dan sebagai nya yang boleh memudarat kan, saya akn mengamal kan ilmu yang di ajar kan itu sekiranya dalam ke adaan situasi yang memerlukan, yang penting nawaitu kita hanya pada Allah sahaja kita bertawakal... kat kampung kami di mindanau, basilan, zamboanga, (pilipin) ramai yang mengamal kan amalan macam ni untuk keselamatan diri mahupun keluarga, terutama nya orang suluk. tapi kan ustaz yang saya hairan kan ilmu yang di amal kan dari pada ayat-ayat al-quran, dari pada ayat kursi, selawat, kelimah syahadat, kelimah Allah, zikir, zikir nafas dan sebagai nya. sedang kan ustaz mengatakan ajaran iblis... harap ustaz sudi terangkan lebih mendalam lagi agar menambah kan ilmu pengatahuan saya yang tak seberapa ini?

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum... hai, ustaz em... saya ber pendapat mungkin ustaz tak sudi terang kan lagi pertanya saya kat atas tu, sebap tu tak reply balik. tapi tak mengapa la terimah khasih.... ok la ustaz em, salam hormat dari pada saya Jisonbaix morocan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Mcm bau2 Wahab je..maaflah bkn menuduh cume dari tulisan ustaz byk mengarah ke Wahab..nabi tak buat kita tak boleh buat,seolah2 belajar direct dari nabi.. guru2 dan ulamak yg tidak sefaham n beza pendapat di cop sesat..

      Delete
  47. adi putra rote.. assalamualaikum semua. ini cadangan saya. saya biasa jumpa ustaz yang macam ni. Bukan saya kata dia tak betol cuma saya sedih ilmu dia belom cukup lagi. Saya ada terbaca sebuah buku berkenaan wali wali allah. Di dalam buku ini ia menerangkan secara terperinci berkaitan perkara perkara yang tuan tuan bincangkan berserta dalil dalilnya. sya rasa islamiyah79 ni bagus orangnya. di dunia ini banyak rahsia2 allah yang tersembunyi. Kalau setakat belajar baru dua kerat komen besar panjang sya tak heran. Saya amat bersependapat dgn islamiyah79. Kalau sya tanya ustaz. Kau tau rupa jin. kau tau rupa malaikat. kau pernah jumpa dengan benda ni semua. Saya raya kompom tak pernah. sebab apa tahap atau kmampuan ustaz masih terbatas. selepas kewafatan nabi allah melantik sahabat dan daripada keturunan nabi sehingga hari ini meneruskan dakwah. selepas kewafatan nabi tidak ada nabi lagi. itu memang betul. Allah melantik pula wali wali sebagai penerus pejuangan nabi. Sebagai wali pula sudah tentu ada kelebihan dia . Inilah bukti bahawa kekuasaan allah. wali wali diberikan kelebihan oleh allah seperti apa yang allah kehendaki. Kalau setakat kebal apalah sangat. Itu bukan perkara mustahil bagi allah. oleh yang demikian jgn hina tok kenali. kalau ustaz ada keupayaan untuk tembus pandang saya rasa ustz bole beta. tapi kalau setakat ambik ayat sana cedok ayat sini hentikanlah. Cuba kita fikr. Ustaz merupakan rakyat biasa. kalau berani pi masuk kawasan istana tanpa ditemani sesiapa. agak agak besepai tak kepala. atau mintak tolong dgn pegawai istana. agak agak lepas tak jumpa sultan. Agak agak sultan nak dgr cakap ustaz ke atau dgr cakap pegawai istana. begitulah allah. Kadang kala amalan kita belum tahap para wali wali allah sebab itu pecapaian kita kurang jika kita nak di bandingkan dgn para wali allah. Wali ni kekasih maka apabila kita dikasihi apa saja yang diminta dapat diberikan. Carilah buku berkaitan 99 wali serta keramat. Segala persoalan dapat dijawab. Cuma bila kita jahil kita tidak dapat membezakan antara kaca atau permata. Contoh simple jer saya suruh tuan2 pikir. apa beza jin atau malaikat. jika tuan bermimpi jumpa orang jubah putih ker hijau ker. macam mana nak kenal serupa tapi berbeza......wallahhualam

    ReplyDelete
  48. Salam semua, saya bersetuju dengan penentang, ilmu Allah tu tersangat lah luas, bagi orang sufi-sufi, mereka adalah yang terpilih, bukan lah taksub kepada mereka, mereka adalah yang telah mencapai tahap kerohanian yang begitu tinggi. Sesiapa yang kata sufi tu kafir ke ape ke, ingat lah jangan Allah terbalik kan perkara yang sama kepada kite. Kalau ilmu panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga ustaz. Allah mendatang kan pertolongan nye dengan berbagai-bagai cara. Bukan semua orang menjadi sufi, mereka bukan sesat, mereka di uji Allah dan sangat dasyat berbanding orang biasa, cuma ahli ugama di Malaysia je yang tak bersetuju dengan khadam ayat. Banyakkan baca-baca kesufian, dapat tangkap sikit beberapa idea, jangan self centered. Setengah2 perkara memang sukar difahami oleh manusia biasa. Memang Rasulullah saw tak pakai khadam sebab Rasulullah itu Nabi dan Rasul. Banyak perkara dalam dunia ni pun kite tak mampu nak buat lepas tu nak accused orang lain yang buat. Wallahualam bissawab

    ReplyDelete
  49. assalamuallaikum
    ustaz anda dengar dan baca sejarah jawa dan aceh dr mn?
    dr mana pula anda bs brpndpt sukarno itu penjajah.
    fikirkan dan telaah baik2 sblm mengeluarkan komentar.

    ReplyDelete
  50. saudara emjay..
    saya rasa utk menyelesaikan masalah ini eloklah saudara berbincang dengan cara yang lebih sopan..siapa saudara utk melekehkan tok kenali??kalau hanya berdebat dalam blog saya rasa agak tidak sesuai...saya cadangkan kita berjumpa dan berbincang secara baik tntang apa yang kita perdebatkan disini...saya sedia berjumpa pada bila2 mase...

    ReplyDelete
  51. Salam . . Ustaz kadang2 kita tak tahu yang kita ni buat salah. . apapun tahniah atas penjelasan diatas, saya pun tak percaya khadam2 ayat ni sebab boleh mendatangkan syirik. , lebih baik kita berdoa moga2 kita dapat mengawal nafsu kita (ada ke doa nak minta kawal nafsu). satu lagi janganlh kita mudah percaya cakap orang dan mudah cakap orang sesat. . saya ingat lagi tok guru saya cakap "tak payah sembahyang" ada setengah orang kata wahhh sesat orang tua ni sebab tak bagi orang sembahyang TETAPI sebenarnya maksud tok guru saya tu "tak payah sembahyang" ialah tak susah nak lakukan solat sebab tu lh apapun ilmu yang kita nak tuntun kenalh cari guru yang betul. berpeganglh kepada Al-Quran dan As-Sunnah..salam saudara ku

    ReplyDelete
  52. numpang coment..
    saya pernah membaca suatu hadist yang mana putri Rasulullah SAW. fatimah mengaduhkan permasalahan rumah tanggahnya kepada Ayahandanya Rasulullah, yang mana fatimah meminta agar di berikan seorang khodam untuk membantu segala permasalahan yg di hadapinya...
    Rasulullah bersabda wahai putriku fatimah : " Ucapkanlah Untukmu Subahanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33 dan dan digenapkan dgn Lailaha Illallah wahdahu Lasyarikalah lahul mulku wa lahul Hamdu wa hua Alaa Qullisaein qodir" sesungguhnya itu jauh lebih baik darimu daripada 100 org Khodam....

    nah.... dari sini jelas larangan bersekutuh dgn Jin dan sebangsanya
    saya sungguh sangat takjub dan sepakat dengan Pemaparan Kyai Emjay
    "satu lagi liat surat Al-Jin ayat 6"

    ReplyDelete
  53. Semoga Allah mematikan sdr arrrrsa dan saya dalam iman.

    Note: Elakkan tambah nama saya dengan panggilan "Kyai" kerana cukuplah dengan Emjay sahaja.

    Emjay

    ReplyDelete
  54. Salam emjay, saya berterima kasih kerana sudi membahaskan topik khadam kursi ini kerana terlalu berleluasa sekarang..kesimpulannya, memang benar apa yang saudara Emjay bahaskan...Syaitan memerlukan teman di neraka & telah bersumpah meminta izin dari Allah SWTuntuk menyesatkan manusia..untuk menemani mereka di neraka..masyaAllah jika kita mengikut syaitan. Allah SWT juga akan mengabulkan sesiapa saja yang ingin bersekutu dengan syaitan atas kehendakNYA. Jadi sedarilah saudara-saudaraku,jangan sesekali tersimpang dari jajaran & kitab Al Quran yang diturunkan kepada the last prophet Nabi Muhammad SAW. Pertimbangankanlah tindakan kita kerana tanpa sedar atau tidak, kita telah syirik pada ALLAH SWT. Waullahualam

    ReplyDelete
  55. Apakah komen Emjay dengan perubatan Islam sekarang,yang boleh menangkap jin dan dikurung dalam botol? Amalan apakah yang mereka pengamal perubatan ini gunakan?

    ReplyDelete
  56. Ikut saya, mereka itu semua sesat. Namun ramai sekali hulubalang di Malaysia yang mengagungkan mereka ini.

    Tangkap jin masukkan dalam botol atau sembelih jin sebenarnya adalah satu permainan sandiwara iblis untuk menyesatkan manusia.

    Emjay

    ReplyDelete
  57. assalamualaikum MJ..sy sokong le coz nmpk cam lawak je bla dpt islamkn jin pstu sng2 je dpt smbelih @ tgkp jin.ini sema msti pakai jin jg le dgn syarat jin tok bomoh lbih power dr jin yg mngacau.ilmu kebal melayu hanya blh brtahan dgn parang & pedang aje tp dgn peluru msti tembus coz jin khadam xsempat nk tangkap peluru,laju sgt.hehehe..sbb tu le perompak2 indon yg pnuh ngan tgkal kebal abis mati kna tembak ngn polis.

    ReplyDelete
  58. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah SWT mematikan kita dalam Iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  59. statement emjayjb...yg kt org lain tu sesat tu..berhati-hatilah..krn org munafik sahaja yang mengatakan saudara sesama islam tu sesat..ttg khadam ayat tu..saya xnak komen ape2la...selagi saya xjumpe RASULULLAH kt mn2 orang yg amalkan khadam ayat ni sest..saya xnk komen ape2la..sebb bnde psl khadam ayat ni..menurut pmahamn sy..sudah ada dr zaman rasulullah....tu saya xnk kt sest...kita xkan sest selagi kt xlari dari alquran dan as sunnah..tu je yg psti...

    ReplyDelete
  60. encik emjay seolah olah ckp seperti orang tidak ada agama...klau mcm tu xyhlah haramkan dadah..dadah xde dlm quran mahupun hadis..tp knp ulamak mengharamkan..sebab jelas dalam al-quran mengatakan sesuatu yang memabukkan itu haram, meskipun tidak disebut dalam alquran ttg dadah..tp dadah itu memabukkan dan yang memabukkan itu haram...
    lagi satu mengenai isu susuk..knp susuk itu diharamkan dlm islam..siap dilabel syirik... jelas pmakai susuk nk cntik...dgn mminta pertolongn syaitan...kalau nk cntik mintklah kt allah bukan kt makhluk nmpk sangat kt ctu sifat menduakn tuhan..itu syirik...
    berbalik kpd isu encik emjay pulak...sedp2 pggil sy mengamalkan fahaman sesat..saya xpernh tau pun psl khadam ayat ni...saya hanya bace tulisan encik yg terlalu mengikut nfsu..dr tulisan encik emjay seolah2 tidak pernah bukk alquran, bc hadis, mmbc sirah nabi dan para sahabat..adakah seseorg yg berhati-hati dr mengatakn saudara islam mereka sesat mesti dilabel sebagai sesat jugk...kalau encik emjay cariklah dalam dunia mana ade orang berilmu agama ni akn kt saudara die sesat..melainkn klau bnda tu btul2 jelas... SAYA CKP ORG MUNAFIK YG SUKE CKP MCM TU...hati2lah... xtaulah banyak btul knyataan dari internet ttg ilmu agama...yg xbrp tepat..cuBe dptkn pndangan jumhur ulama tentang perkara ni...SAYA PUN SEKARANG NI TENGAH CARIK SIRAH NABI TENTANG BACA DOA ATAU AYAT ...MAKHLUK BERSERBAN MUNCUL ...(ataupun yg biasa en emjay ckp khadam ayat)...berdasarkn sdikit ilmu agama yang saya miliki..ada peristiwe tu ms zmn rasullah...dan rasulullah xkt pun sesat...saya cube carik kbnrn tu dulu... MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA..

    ReplyDelete
  61. Beginilah justiqis, sdr pun dah mengaku sdikit ilmu, tak payahlah menyokong atau menggalakkan orang memakai khadam ayat kerana ia adalah syirik. Kalau dah syirik tu sesatlah.

    MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA..

    Emjay

    ReplyDelete
  62. xpelah dah alang2 sy trjebk dlm prmslhn nie...dn oleh kerana ilmu agama saya tdkla tggi mn..sy akn crk kbnrn prkare nie...sy xprnh sokg org yg trlibt...tp saye xnk mngtkn saudare islam saye sest...saye jugak xnk liht prgaduhn org islam mengenai perkara ni... (maaf ada peristiwa ni..saya nk daptkn kesahihan kebenaran)..assalamualaikum

    ReplyDelete
  63. Waalaikumussalam wbh
    Eloklah tu. Saya sarankan sdr berdoa bersungguh-sungguh agar Allah SWT tunjukkan kepada sdr mana yang yang batil dan mana yang benar.

    Saya bila nampak orang mengamalkan khadam ayat Kursi ini, ia adalah sudah jelas sesatnya sebagaimana saya memandang bahawa orang sudah kahwin berzina wajib kena rejam sampai mati.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahatnya mulut. Kenapa suka menghukum org dan lihat jht org sahaja. Yang boleh menilai orang baik atau jht hanya Allah shj. Dosa pahala itu urusan dia dengan tuhan.

      Delete
  64. ya benar orang yang kahwin berzina wajib kene rejam...tp dalam islam andaikata orng yang berzina tidak cukup 4 orang saksi..dan tidak ada bukti kukuh..ttp tidak boleh direjam..dan andaikata 4 saksi itu jenis tidak solat..perakuan...itu tidak sah...smpai bgitu skali dalam islam... dn jikalau bukti tidak kukuh mereka yg trlibt dalam berzina disuruh bertaubat dengan allah SWT sebab tu saya xnk tuduh..tndg terajang membuta tuli....saya nk tengok prjlnn tu scare berlapis lapis...dr pelbagai sudut dn pndgn..."DAHULU ADA CERITA SEORANG SAHABAT RASULULLAH, HAMPIR DIBUNUH OLEH MUSUH ALLAH..DIA TELAH MEMINTA KEIZINAN UNTUK SOLAT 2 RAKAAT DAN BERDOA... PADA WAKTU ITU JUGAK MUNCUL 1 MAKHLUK BERSERBAN MENAIKI SEAKAN AKAN KUDA DAN MEMBUNUH MUSUH ALLAH INI...MAKHLUK TU MENGATAKAN JIBRIL MENGARAHKAN AKU UTK MENGHAPUSKAN MUSUH KAU..SAHABAT RASULULLAH PULANG DAN MEMBERITAHU RASULULLAH PERISTIWA ITU...DAN RASULULLAH MEMBERITAHU SAHABATNYA ITU..ALLAH TELAH MENGAJAR KAU SUATU KALIMAH..DAN ANDAIKT KAU MEMBC KALIMAH ITU..ALLAH AKN SEGERA MENURUNKAN BANTUANNYA"-- lihat rasulullah pun xkt sahabat die sesat..apatah lagi syirik..tentang perkara yang encik emjay ckpkn tu...sesat dan syirkla..saya cuba carik kebenaran tu secara berlapis lapis...

    ReplyDelete
  65. Ko nie klau berdoa slpas sembahyang kn sng mintak pertolongan Allah secare direct. Bile2 pn ko bole minte bantuan Allah dengan berdoa kpd Allah scare bersungguh2 dan beradab. Knp mesti melalui khadam ke atau ap2? Lg pn mner dalil ko yg mengenai khadam tue.Aku slalu lau berdoa trus doa kpd Allah. Kalau mlm2 aku mmp ngeri dan terjage, aku bace ayat kursi atau aku bace doa dlam bahase melayu pn jdik la. Sbb aku percaye klau kite doa bersungguh2 kpd tuhan, tuhan akan menolong kite. Insyaallah. Lg satu, Islam adlah agame yg mudah, jgn la kite nk tmbh sesuatu perkare shingge mnjd rumit nnt.

    ReplyDelete
  66. Astaghfirullah..
    Sudah lupakah hukum kita di dasari atas empat perkara
    1.Al-Quran
    2.Al-Hadis
    3.Ijmak
    4.Qias

    awak ni bukan nya alim ustaz ke hape,entah awaklah SYAITAN besar mulut celupar,belajar sejengkal dah memandaitakde dalam Al-Quran Al-Hadis sesat selalu,setan,lagi dua tu hang nak taruk mana bodoh,bangang,bahlol.

    ReplyDelete
  67. Salam. Ilmu Allah maha luas, lagi banyak yg kita pelajari semakin banyak yang kita x ketahui. So mari kita belajar lagi....k.

    ReplyDelete
  68. Contoh paling senang cerita mashur dalam AL-QURAN kisah antara Nabi Khidir dan Nabi Musa,
    Fikir2 kan jgn mudah melatah..ILMU ALLAH TERAMAT LUAS..

    ReplyDelete
  69. ILMU ORANG AWAM TAK AKAN SAMA TARAF MAKAM WALIYULLAH,AKU MARAH SANGAT KO NI BANGSAT SANGAT KUTUK ULAMA MACAM TOK KENALI PEHAL YA,FIKIR2 LE SIKIT KALO NAK BERHUJAH PUN ADA ADAB2 NYA,ORANG MACAM KAU NI TAK LAYAK NAK HUJAH PASAL TAHI AYAM NAJIS KE TAK PUN?APA LAGI DALAM HAL2 KEROHANIAN,SEBAB TU LAH GURU ROHANI TAK MAHU DEDAH BENDA2 CAMNI,TAKUT TIMBUL FITNAH BILA JUMPA ORANG MACAM ANTA NI,WAHAI SYEIKH MAHBUB AL - BUDDUUUUUUUUSSSSSS........

    ReplyDelete

  70. Salamullah ///
    Dari pengamatan ana..sedara EMJAY ni nyata lagi bersuluh pengikut WAHABI !!!

    Panji Hitam Ufuk Timur

    ReplyDelete
  71. Dari pengamatan saya pula:

    1. Sdr panjihitamufuktimur ini mengajarkan ilmu yang entah dari mana bermaksud bukan ajaran Islam berdasarkan kaedah memberi salamnya .

    2. Sebenarnya orang ini sudah mati akal kerana tiada hujah berdasarkan artikel yang saya tulis di atas. Hujahnya sekadar hujah ajaran dari iblis sahaja.

    3. Mungkin orang ini sudah terkena ayat Al Quran dari surah Al Baqarah berikut iaitu:

    [6] Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

    [7] (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

    4. Orang ini mungkin ada mengamalkan khadam, itu yang orang ini marah sangat kepada saya kerana hanya orang yang makan cili terasa pedas. Kalau tidak menyimpan khadam pun merupakan penyokong kuat menyimpan khadam. Dalam Islam pelaku maksiat dan penyokongnya dihukum sama berat.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat tu sebenarnya tuju kepada orang seperti kamu.

      Delete
  72. salam..akhirnya saya muncul ALHAMDULILAH..,baiklah,saya bukan dari pihak mereka dan juga bukan dari pihak saudara emjay...panji hitam di ufuk timur,cara awak bagi salam tu INSYA ALLAH salah..dan saudara emjay ,saya ada miliki naskah2 lama,shahih bukhari dan banyak lagi Alhamdulilah...saya nak tanya tuan satu soalan saja,kenapa mesti hina wali ALLAH? sdangkan dia diberi pengiktirafan di MEKAH,saya ulangi ya di MEKAH,jadi bagaimana tuan boleh mghina dia,ini bukan berkenaan KHAWARISH,SUNNAH WAHABI,LIBRAEL,SYIAH @ lain2 tapi ini masalahnya saudara emjay,ini pengiktirafan yang ulamak MEKAH beri pada beliau ( tok kenali ) ,kalau lah ya pun haram @ tidak memiliki khadam tu,tapi saudara emjay tak seharusnya menghina beliau,DIMANA LETAKNYA SAUDARA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN ULAMAK MEKAH?! ingin saya tegaskan disini,saya bukan ustaz,bukan lebai ,tapi saya ada la sikit ilmu kurnian DIA,ingat saudara2 semua,kita semua dibelai oleh syaitan supaya timbul perasaan tak mahu mengaku kalah satu sama lain dalam berhujah,lagipun internet ni,tuan empunya sapa,KAFIR KAN? KAFIR KAN?,KAFIR KAN? jadi mereka semestinya sedang ketawa kerana kita berbalah sekarang,dalam khadam ayat ni,ada ulama kata boleh,ada yang tidak..kita berbalah di sini macam anak2 kecil yang tidak berilmu,sememangnya kita tidak berilmu, jadi apa kata kita rujuk ja dengan siapa yang lebih arif,yang pasti bukan dari kalangan kita semua..asalamualaikum...

    ReplyDelete
  73. Waalaikumussalam wbh

    Saya diajar agar taksub hanya kepada Nabi Muhamad SAW, para sahabatnya, tabiin tabiq tabiin serta ulamak seperti imam 4 mazhab juga ulamak-ulamak yang benar-benar wali. Abu Bakar dan Osman tidak diberikan pun gelaran wali. Adakah mereka bukan wali?

    Bab khadam ini, sesiapa sahaja yang mengajarkan untuk mengambil / membela khadam tak kira tok Kenali atao sesiapa sahaja maka saya tetap mengatakannya sebagai sesat! Harun Din sekiranya mengajarkan kita untuk berkawan bersahabat dengan dengan jin tetap saya akan katakan di sebagai sesat. Tak kiralah sesiapa hatta TGHH sekiranya beliau mengajarkan untuk membela jin, saya tetap akan menyesatkan beliau. Menyesatkan dalam hal ini kerana ada sandarannya.

    Antara nas untuk menolak penggunaan jin ini ialah Al Jinn:6
    `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

    Bacalah artikel saya http://emjayjb.multiply.com/journal/item/129.

    Sekiranya sdr 3003677 menyokong konsep bebas zina, dosanya adalah besar bagaikan sdr melakukan zina. Sekiranya sdr menyokong membela khadam (dari golongan jin) ini, samalah dosanya seperti sdr membela khadam. Kalau sdr sudah menyokong, bolehlah esok sdr 3003677 mendapatkan seekor khadam ini!

    Satu lagi yang perlu diamati di sini ialah sekiranya terdapat mana-mana pembaca yang terpengaruh dengan pandangan melalui tulisan sdr di sini lalu mengamalkan berkhadam, PASTINYA sdr juga akan memikul dosa orang yang berkhadam tersebut.

    Dalam perbincangan soal berkhadam ini terdapat dua pilihan iaitu BOLEH BERKHADAM dan HARAM BERKHADAM. Mana satu yang sdr pilih?? Kalau sdr memilih pilihan boleh berkhadam, apa sandarannya. Islam tidak membenarkan sama sekali alasan berkhadam seperti ini "Saya membela khadam kerana Tok Kenali pernah mengajarkannya dahulu" atau "Saya berkhadam kerana Profesor XXX XXX (sebagai contoh) membenarkan kita umat Islam untuk membela khadam".

    Islam telah sempurna dan sudah ada panduan untuk hampir semua amalan di dunia ini. Islam tidak mengajarkan berkhadam dan sudah ada larangannya. Mengapa perlu BERKHADAM? Hanya kerana nak mengikut Tok Kenali??

    Memang ada ulamak yang membenarkan berkhadam walaupun ramai ulamak melarang. Sesungguhnya ulamak ini memang terdiri dari dua golongan, golongan pertama ialah ulamak sebenar manakala ulamak golongan kedua adalah sebenarnya ular dalam semak yang menunggu untuk mematuk mereka yang boleh dipatuk. Samalah juga seperti di Malaysia sekarang ini, ada ulamak mengatakan mengubah hukum Islam seperti hukum berzina kena RM1000 sebagai sudah kafir manakala ulamak golongan kedua mengatakan hukum denda RM1000 untuk orang berzina ini adalah dibolehkan sesuai dengan peredaran zaman. Dalam bab ini yang mana satu sdr sokong??

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam yang mana mengajar utk taksub kepada Rasulallah SAW? Di pakistan mereka terlalu taksub dengan replika kononya itu rambut Nabi Muhammad. Keadaan ini serupa dengan berlaku di gereja katolik dimana mereka menggunakan replika kononnya tulang Nabi Isa sbgai menarik perhatian org ramai berkunjung ke gereja mereka. INGAT KITA PERLU SAYANG SEMUA NABI. ADA AYAT ALQURAN YANG MEMI TA SUPAYA TIDAK MEMBEZA2KN PARA NABI DAN RASUL. Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada NABI-NABI dari Tuhannya. Kami tidak MEMBEZA-BEZAKAN seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". ●
      KALAU SEDARA KAJI ASAL USUL KETURUNAN RASULALLAH PASTI SAUDARA AKAN SAYANG SEMUA NABI.

      Delete
  74. Assalam pada semua..kta tiada hak utk menghukum sesuatu kerana masing2 masih membawa pegangan yg sama iaitu ajaran agama Islam.Selagi kita pegang 5rukun Islam dan 6Rukun iman kita masih lg org Islam.mereka masih membawa ke jln yg sama cume cara bawaan masing2 yang lain..oleh krn itu adanya byk mazhab.Ilmu Allah itu terlalu luas dan Dia berhak memberikn sesuatu itu pada sesiapa sj yang dia kehendaki.Nabi itu tiada hijabnye dgn Allah dan mendapat wahyu terus dr Allah.manakala kita manusia manusia biasa boleh mendpt sesuatu kelebihan itu dgn kehendakNye krn kita tiada mukjizat seperti Nabi tetapi diberikan maunah.adakah kita tahu sume ilmu Allah yg ada di dunia ini sehingga kita mengatakan yg sebarang ilmu lain yg wujud itu sesat?selagi kita memakai ayat2 Allah,adakah kita sesat?sudah pasti kita perlu melakukan sesuatu utk mendptkn sesuatu.maka dgn amalan2 tertentulah baru kita boleh mendptkn sesuatu kelebihan krn kita manusia biasa dan bkn mcm nabi.al-baqarah:ayat 75 "apakah kamu masih mengharapkan mereka percaya kpdmu,padahal segolongan dari merka mengubahnya setelah mereka memahaminya,sedan mereka mengetahuinya" ayat 92 "alangkah buruknya perbuatan mereka yg menjual dirinya sendiri dgn kekafiran kpd apa yg telah diturunkan Allah,krn dengki bhw Allah menurunkan kurniaNya kpd sesiapa yg dikehendakinya di antara hamba-hambanya.krn itu mereka mendapat murka sesudah mendapat kemurkaan.Dan utk org kafir seksaan yg menghinakan"

    ReplyDelete
  75. Waalaikumussalam wbh

    Berjela-jela tulisan sdr pecintaislam hanya untuk menyampaikan sokongannnya terhadap amalan membela khadam. Adalah lebih baik bodoh daripada pandai hanya seandainya pandai membawa kepada amalan membela khadam. Tersesat dihujung jalan boleh balik kepangkal jalan, sesat terbela khadam, syirik hukumnya!!!

    Janganlah memandai-mandai berlagak macam orang lebih pandai dari Nabi Muhamad SAW dengan membela khadam dari jin!!

    Membela khadam atau menyokong membela khadam dari jin sama hukumnya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  76. hmm..sy bkn nk membela org yg membela khadam ni..sy pn x bape setuju dgn khadam atau pendamping ni..tp apa yg sy sokong adalah pengamalan ilmu silat batin krn sy sendiri adlh pengamalnye..dan lsg tidak ada menggunakn jin ataupn sihir.Hanyalah bergantung pd ayat2 alquran dan amalan2 agama yg biasa.Klu btl apa yg sy amalkn ada jin pasti jin itu akn berckp dgn sy tetapi sy lsg x penah jumpe ngn jin.Tp setelah mengamalkan segala apa yg sy blaja makin mendktkn diri sy pd Allah dan mengelakkn sendiri diri sy dr melakukan perkara2 mungkar.So,pd sy x salah nk amalkn ilmu batin tp biarlah dgn cara yg betul dan bkn syirik.=)

    ReplyDelete
  77. Salam....
    Bukankah ayat Kursi tuh amat banyak fadilat hikmahnya.
    Ummat Islam disuruh baca kalo boleh sebanyak yg terdaya.
    Walo pun setiap ayat ato huruf tuh ada Malaikat yg menjaga,
    Namun usah diniat mengamalnya nak didatangkan kadamnya.
    Berserah terus kepada Allah Yg Maha Berkuasa atas segala2nya....

    ReplyDelete
  78. prof nak tanya ada seorang hamba Allah berustaz kata boleh minta tlong dgn malaikat? hujahkan hal itu...bab sy emang tak setuju dengar dia kata gitu..t kasih.

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum wbh

    Dalam satu syarat rukun iman ialah hendaklah percaya kepada Malaikat. Bagaimana sewajarnya percaya kepada Malaikat::

    Hendaklah dipercayai dan diyakini bahawa Allah telah menjadikan semua malaikat yang mana tugas mereka HANYALAH untuk beribadah kepada Allah. Setiap malaikat tugasnya berbeza-beza seperti:

    1. Malaikat Jibril memiliki tugas / bertugas menyampaikan wahyu dari Allah SWT.

    2. Malaikat Isrofil / Izrofil memiliki tugas / bertugas meniup sangkakala penanda hari kiamat telah tiba.

    3. Malaikat Izroil / Isroil / Maut memiliki tugas / bertugas mencabut nyawa.

    4. Malaikat Rokib / Rakib / Raqib / Roqib memiliki tugas / bertugas memcatat segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.

    5. Malaikat Atit / Atid memiliki tugas / bertugas mencatat segala perbuatan buruk dan dosa seseorang.

    6. Malaikat Mungkar / Munkar memiliki tugas / bertugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.

    Oleh kerana setiap malaikat adalah taat hanya kepada Allah SWT maka setiap mereka melaksanakan tugas masing-masing tanpa kesilapan, ingkar atau ada perasaan malas seperti manusia.

    Malaikat maut Izroil sentiasa taat perintah Allah mencabut nyawa setiap manusia tanpa mencepatkan atau melewatkan hatta 1 saat pun. Kalau manusia boleh minta tolong kepada malaikat maka marilah kita semua minta tolong malaikat Izroil memberitahu kita semua tarikh mati semua kita semua boleh melakukan amalan soleh sebulan sebelum mati.

    Mempercayai dan meyakini bahawa manusia boleh minta tolong kepada malaikat sudah merosakkan kepercayaan kepada malaikat sebagaimana ditetapkan dalam rukun iman dan kerosakan seperti ini membawa akibat rosak akidah. Maka berat kesan percaya boleh minta tolong kepada malaikat. Samalah juga seperti seseorang yang percaya dan yakin bahawa manusia boleh minta tolong kepada wali yang sudah mati yang mana kesilapan ini menyebabkan kerosakan akidah atau bahasa kasarnyaSYIRIK!!

    Jadi percaya boleh minta tolong kepada malaikat samalah dengan percaya boleh minta tolong dengan keramat atau wali yang sudah mati yang membawa kepada rosak akidah atau syirik!!

    Emjay

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum ustaz,
    Saya ingin menayakan sesuatu kpd ustaz..ini perkara benar yang berlaku kepada saya..
    Ringkasan ceritanya saya telah dirasuk oleh jin kafir@syaitan 4 tahun lepas sehingga dapat mendengar bermacam2 suara dan dikuasai tubuh badan menuruti perintah suara2 tersebut ..pada masa tersebut membaca surah2 alQuran tidak mendatangkan kesan yg lama..selepas habis dibaca makhluk tersebut kembali menguasai diri saya ..saya cuma gantungkan hati saya pada Allah kerana sudah berasa malas dan tidak berupaya lagi hendak membaca ayat alquran dan tidak mungkin ada sesiapa yang boleh menolong saya pada waktu itu...kemudiannya saya mendengar kalimah La ilaha illallah...La ilaha illallah..La ilaha illallah.. Ini Khadam dari Allah...beratus ratus kali saya mendengarnya melawan suara syaitan2 tersebut..alhamdulillah gangguan tersebut berakhir dan saya semakin sihat dan masih boleh berkomunikasi dengan khadam tersebut.
    Untuk pengetahuan ustaz saya tidak mengamalkan apa2 amalan untuk mendapatkan khadam dan juga bukan seorang yang alim dan arif tentang agama Islam..
    Soalan saya :
    i)Adakah manusia boleh berkomunikasi dengan jin?
    ii) Apakah perkara yang berlaku pada saya merupakan benar2 pertolongan dari Allah Azza Wajalla atau ianya hanya tipu muslihat Iblis? Bolehkah syaitan atau iblis menyebut nama Allah?
    iii) Apakah ada khadam dari Allah itu..adakah khadam dari Allah itu dinamakan juga khadam asal?

    Diharap ustaz dapt memberi jawapan kepada kemusykilan saya diatas..

    Mentera Beradu

    ReplyDelete
  81. Waalaikumussalam wbh

    Apabila anda kerasukan bermakna sd sudah terlepas dari perlindungan Allah SWT berdasarkan Al Quran [257] Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman dan beberapa banyak lagi ayat-ayat dari Al Quran. Apabila Allah SWT tidak lagi melindungi sdr, Allah membiarkan iblis menguasai sdr.

    Suara yang sdr dengar iaitu ".kemudiannya saya mendengar kalimah La ilaha illallah...La ilaha illallah..La ilaha illallah.. Ini Khadam dari Allah...beratus ratus kali saya mendengarnya" adalah suara dari syaitan. Apabila sdr masih boleh berkomunikasi dengan suara tersebut, bermakna sdr masih dibawah kekuasaan dan permainan syaitan laknatullah.

    Berkenaan soalan sdr:

    1. Apabila anda menjadi bomoh sesat, anda boleh berkomunikasi terus dengan syaitan. Bila anda kerasukan atau di bawah penguasaan syaitan, anda memang boleh berkomunikasi dengan "kawan" syaitan tersebut. Itulah sebabnya mereka yang kerasukan apabila telah pulih, mereka tidak boleh lagi berkomunikasi tidak boleh lagi melihat syaitan tersebut.

    2. Ingatlah bahawa apabila kita melakukan sesuatu yang merosak akidah (atau segala dosa dosa lain), Allah akan memberikan syaitan jin sebagai teman yang akan terus menyesatkan berdasarkan Al A’raaf: 27: “.... Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
    Az Zukhruf: 36
    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

    Ingatlah bahawa disebabkan amalan yang merosak akidah oleh sdr seperti pakai gelang magnet, gelang kayu koka, amalkan ayat Al Quran dengan fadhilat tertentu yang tidak diajarkan Nabi Muhamad SAW seperti ayat 6 dan ayat 7 dan berbagai amalan lain, simpan tangkal, simpan kain putih dan objek-objek lain dari ajaran persilatan maka Allah memberikan keistimewaan seperti boleh nampak syaitan dan berkomunikasi dengannya sama sebagaimana bomoh sesat. Bomoh merasakan ini sebagai satu rahmat tetapi sebenarnya ini adalah satu musibah berat. berbentuk tipu muslihat iblis.

    Iblis boleh saja menyebut nama Allah sebagaimana orang kafir pun boleh menyebut Allah SWT. Iblis pun boleh membaca Al Quran sebagaimana syaitan tertentu dari golongan manusia pun mampu membaca Al Quran

    3. Allah menjadikan malaikat yang tugasnya semata-mata beribadah kepada Allah tanpa boleh diganggu oleh manusaia dan jin.

    Allah menjadikan jin dan diantara mereka ada yang beriman dan kafir. Iblis adalah satu golongan jin yang kafir yang kerjanya hanya untuk mencari pengikut dikalangan manusia dan jin lainnya untuk menyertainya masuk neraka.

    Hantu seperti bunian, polong, pontianak dsbnya adalah jelmaan jin syaitan termasuk iblis untuk mengganggu manusia dan menyesatkan.

    Khadam adalah satu bentuk syaitan dari golongan jin / iblis yang memberikan khidmat kepada manusia seperti mampu mambawa manusia tanpa kenderaan dengan pantas, mencuri wang (toyol), mengkhianat manusia lain, mengubat, membuka hutan untuk dijadikan kebun, mensihir orang lain dan pelbagai tugas lain. Jin syaitan atau iblis yang sudi menjadi khadam menghambakan diri kepada manusia memerlukan bayaran paling mahal iaitu ROSAK AKIDAH. Sesuailah dengan ayat Al Quran diatas Al A’raaf: 27 dan Az Zukhruf: 36. Selain bayaran rosak akidah untuk mengambil khadam ini, iblis / jin syaitan ini akan menyesatkan keturunan orang yang mengambilnya sebagai khadam dalam bentuk saka.

    Jadi bagi menjawab soalan sdr tadi, memanglah khadam (jin syaitan / iblis) dihadiahkan oleh Allah sesuai dengan dua ayat Al Quran Al A’raaf: 27 dan Az Zukhruf: 36 iaitu apabila manusia tidak lagi tidak mengindahkan pengajaran Al-Quran dengan melakukan apa yang ditegah dan tidak melakukan apa yang disuruh. Itulah sebabnya ada orang sanggup berak dan kencing ke atas Al Quran kerana dengan melakukannya mereka bakal mendapat khadam.

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum Ustaz..

    Terima kasih kerana memberi jawapan kepada soalan-soalan saya , ianya membuka minda dan pemahaman saya tentang kebolehan iblis dan syaitan merosakan akidah manusia dengan tipu dayanya hingga makhluk-makhluk ini berupaya mengucapkan dua kalimah syahadah dan membaca Al-Quran. Kalau difikirkan dengan akal fikiran dan keimanan terhadap Al Quran, betul apa yang ustaz terangkan dan ada beberapa perkara lain lagi yang saya ingin nyatakan kepada ustaz .

    Tujuan saya menyatakan masalah saya kepada ustaz adalah untuk mencari kebenaran dan kepastian kerana saya merasa takut dengan apa yang berlaku kepada saya.
    Saya adalah seorang yang banyak berdosa kepada Allah dan kurang ilmu agama tetapi dengan sedaya upaya saya akan sentiasa cuba menjaga akidah saya. Saya juga tidak melakukan apa-apa amalan atau bidaah dan juga bukanlah seorang bomoh. Saya juga tidak percayakan khadam atau pertolongan dari khadam apatah lagi melakukan amalan mendapatkan khadam termasuk amalan mendapatkan khadam ayat kursi atau apa2 ayat Al Quran.

    Sewaktu diganggu, saya bukanlah seperti dirasuk hantu dengan menjerit-jerit meminta pertolongan, saya menjadi tidak keruan kesana kemari, berligar dalam rumah kemudianya disuruh ke masjid..kemudiannya tidak dibenarkan ke masjid, minda dan tubuh badan dikunci terasa seperti disihir..tidak boleh tidur..diganggu ketika tidur dan terasa ada bonjolan seakan sebesar telur burung puyuh bergerak didalam badan yang menyakitkan dan juga makhluk itu berbau busuk macam najis, mungkin najis babi.

    Seperti yang ustaz terangkan" Apabila anda kerasukan bermakna sd sudah terlepas dari perlindungan Allah SWT berdasarkan Al Quran [257] Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman dan beberapa banyak lagi ayat-ayat dari Al Quran. Apabila Allah SWT tidak lagi melindungi sdr, Allah membiarkan iblis menguasai sdr." ...kenyataan ini menakutkan saya..terasa saya tidak layak mendapat perlindungan Allah atas dosa-dosa saya, semoga Allah memberi perlindungan kepada hamba mu ini.

    Saya teringat tentang Nabi Muhammad SAW juga pernah terkena ilmu sihir dan mendapat pelindungan Allah dan juga kisah wali Allah Bashisa yang akhirnya masuk neraka kerana perbuatan Iblis, bagaimana pula dengan kelebihan Iskandar Zulkarnain, dikatakan dianugerahi Allah SWT dengan mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah, adakah ianya perkara yang benar berlaku dan sekiranya benar bukankah ada hikmahnya? Subhanallah..maha suci Allah
    Ini membuat saya berfikir tentang perkara ghaib yang berlaku kepada saya, bukan yang berlaku kepada orang lain, dimana saya perlu mencari hikmahnya dan saya memerlukan seseorang seperti ustaz unutk memberikan pandangan dan jawapan yang ikhlas supaya saya yakin kebenarannya..baik ataupun buruk,adakah saya seorang yang sesat akidah dan syirik kepada Allah?

    Peristiwa-peristiwa ini juga berlaku kepada saya dan ianya benar-benar berlaku dan diharapkan ustaz dapat memberi jawapan kemusykilan saya:

    i. Sehari sebelum gangguan berlaku saya tidak boleh tidur sehingga pukul 3 pagi sambil duduk ditepi katil dalam keadaaan sedar..tiba2 saya mendengar suara " Mimpi jumpa Nabi Muhammad" itulah ayat sebenar yang saya dengar sebelum datang rasa mengantuk yang berat dan badan saya rebah berbaring atas katil dan saya mendapat gambaran wajah manusia dalam tiga peringkat umur /keadaan selama beberap saat sahaja sebelum saya sedar kembali.....adakah ianya benar2 mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan Allah atau mimpi dari iblis?

    ii. Saya telah berubat dengan seorang ustaz semasa gangguan itu telah reda pada sebelah petang kerana saya masih mendengar bisikan2 tersebut termasuk kalimah Lailahaillallah masih kedengaran ..ustaz itu telah membaca surat Al-Quran dikedua-dua belah telinga saya tetapi maaf saya tidak tahu surah apa, semasa balik dari rumah ustaz tersebut didalam kereta yg dipandu oleh ayah saya..bisikan2 tersebut kedengaran semakin kuat seolah2 berlawanan suara-suara sy

    ReplyDelete
  83. Waalaikumussalam wbh

    Dalam kes sebagaimana yang sdr alami sekarang, sebenarnya banyak sekali berlaku dikalangan orang Melayu di Malaysia. Iblis yang mengganggu sdr sedang berlakon seolah-olah dia adalah sesuatu yang baik dan diizinkan oleh Islam. Inilah halusnya strategi iblis. Semoga sdr tidak terpedaya.

    Nabi Allah Sulaiman dibenarkan menggunakan jin untuk membantu urusannya. Syariaat Nabi Sulaiman membenarkan penggunaan jin namun ini adalah bagi umat Nabi Sulaiman sahaja.

    Bagi syariaat Nabi Muhamad SAW, tidak dibenarkan berurusan dan mengkhadamkan jin kerana ianya hanya akan menyesatkan manusia sebagaimana Surah Al Jinn [6]:
    `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

    Kalau kita boleh mengkhadamkan jin, pastinya Nabi Muhamad SAW dan para sahabat telah mengkhadamkan jin dan pastinya semua peperangan dimenangi tentera Islam kerana kita boleh sahaja mengkhadamkan jin sebagai sebahagian tentera Islam. Jadi tak usahlah lagi berangan-angan untuk mengkhadamkan jin.

    Berkenaan soalan sdr:

    1. Pengalaman sdr ini amat menyerupai seorang hamba Allah yang sedang belajar di rumah saya. Beliau diganggu hampir macam yang sdr alami ini semenjak muda sehingga lebih dari 40 tahun sekarang. Kini alhamdulillah gangguan ini semakin tidak ada. Alhamdulillah terima kasih Allah.

    Sdr mendengar suara " Mimpi jumpa Nabi Muhammad" dalam keadaan sedar dan pastinya ini adalah kerja iblis/setan. Mimpi sdr jumpa lelaki ini adalah lebih sebagai sandiwara yang diarahkan oleh iblis agar sdr redha menerima iblis/setan sebagai khadam sdr.

    2. Bacaan Asma Ul Husa ini juga adalah permainan iblis/setan. Mereka sedang bersandiwara bertujuan agar sdr menerima dengan redha apa yang berlaku keatas diri sdr dan seterusnya sdr berpendirian bahawa anda adalah THE CHOOSEN ONE atau ORANG YANG TERPILIH dari Allah SWT dengan mempunyai pelbagai ilmu ghaib dan pelik seolah-olah anda setaraf nabi dan rasul. Apabila ini berlaku ke atas sdr, seterusnya sdr akan dibekalkan oleh iblis/setan ini dengan ilmu perbomohan dan dari saat itu anda boleh nampak benda yang bukan-bukan, nampak hantu, nampak jin, bercakap dengan mereka, nampak orang yang kononnya membuat onar/sihir dsbnya.

    3. Apa yang anda dengan bukanlah cerita karut tetapi adalah cerita benar yang berlaku kepada orang yang dikuasai iblis/setan. Dalam kes di Negeri Sembilan dahulu yang membunuh ramai ahli keluarganya, pemuda ini juga mendengar bisikan-bisikan sebagaimana yang anda alami. Doktor tidak mempunyai ilmu berkenaan perkara ini dan mereka meberikan pelbagai istilah. Mereka (doktor) adalah orang yang tidak layak menangani masalah seperti yang sdr alami.

    Dalam kes seperti sdr ini, untuk saya bantu, sila telefon saya. Saya telah berikan nombor telefon saya melalui Multiply PM. Bukalah PM sdr. Dalam bab seperti ini, datanglah belajar di rumah saya di JB. Tiada bayaran dari sdr diperlukan. Boleh menginap di rumah saya sekiranya sdr datang dari jauh. Belajar biarlah berguru. Sdr akan diajar one to one di rumah saya bukan dicampur dengan orang-orang lain.

    Amalkanlah doa ini: Ya Allah ya tuhanku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus jalan yang Engkau redha jalan yang membawa aku ke syurga Mu. Jauhkanlah aku jalan yang sesat jalan yang Engkau tidak redha jalan yang membawa ke neraka. Ya Allah tolonglah, mudahkanlah, bimbinglahlah, berkatilah, rahmatilah aku dalam melalui jalan yang Engkau redhai tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  84. Salam, saya pernah di banned dalam laman emjay..

    tapi atas dasar perjuangan tak perlu saya berdendam..register je baru free je...sy pernah guna nick ryujimitsui....

    pandangan saya pula : apa yang saudara emjay kita ni kata ada betulnya..tapi akal semata2x tak dapat mentafsir perkara yang ghaib kerana terhijab..so tak payah lah nk tafsir bende yang tak sampai dek akal kerana boleh dikategori kan gile..sedangkan Allah itu sendiri ghaib..adakah kita nk mentafsir dengan akal...contohnya Bahagimana wajahnya..di mana tempat Allah dll...

    saya bukan macam saudara Emjay yang sllu mengeluarkan hadist dan ayat Al-Quran..tapi dapat kah saudara Emjay menidakkan bahawa tiada khadam(mahluk Allah) yang menjaga Ayat2x Al-Quran sedangkan dia sendiri terhijab...

    bg saya senang sahaja...sapa saja kita di dunia ini tak kira pangkat atau darjat..kita adalah hambanya..peranan hamba tak lain tak bukan melakukan apa yang di suruh..dan tinggalkan apa yang tak disuruh..kenapa kita nk pikirkan tentang khadam jin dan lain2x sedangkan Dia ALLAH yang menciptakan semua?

    contoh disini..tentang syurga dan neraka (ghaib)...kita pon tak tau di mana neraka dan macam mana indahnya syurga..tapi kenapa kita sibuk nk masuk syurga?beramal untuk kesyurga dan berdoa setiap malam untuk tidak dicampakkan ke neraka..tak salah...tapi lebih baik kita beramal kerana untuk mendapatkan CINTA kita kepada Allah kerana ALlah sangat menyayangi kita..setiap saat dan ketika tak putus putus hidayah dan keberkatan dariNYA...
    kalau kita baik dengan tukang buat air..kita cuma dapat rasa airnya saja..tapi kalau kita baik dengan tuan kedai..kita dapat rasa apa saja kat kedainya..pikir2xkan lah kiasan ini..

    oleh itu kenapa nak pikirkan sangat khadam dan lain-lain dalam beramal..cuma pikirkan Allah itu lah yang sepatut patutnya..kerana Allah sangat dekat dengan kita..lebih dekat dari urat nyawa kita..dia lah punca segala-galanya..kenapa perlu khadam dan sebagainya...kenapa Rasullulah selamat smpai keakhir hayatnya walaupun ramai yang nk membunuhnya? kerana Allah Cintakan Muhammad dan Muhammad Cintakan ALLAH...maka rasullullah berada dalam bentengNYA...perlukah dia khadam khadam dan sebagainya?sebaliknya khadam khadam itu lah yang mengharapkan syafaat baginda. kerana itu sebabnya baginda diturunkan bukan untuk manusia sahaja..baginda diturunkan UNTUK SEKALIAN ALAM!!..adakah rasullullah tidak pernah mengislam kan jin??pk sendiri...dan cari kisah2x nabi..

    tentang wali Allah tok kenali..tak elok kita bercerita jika bukan kita sendiri yang mendengarnya..setakat baca pada buku dan dengar kata orang tak memadai untuk dijadikan bukti..tp cukuplah bagi kita mengambil ilmu yang sah diturun kan oleh dia..kerana perjalan dia mempunyai salasilah..(opss..tak boleh bercerita tentang tarekat dll..saudara emjay kita ni melenting nnt...hehe..nnt kene banned..)

    last but not least..syaitan itu adalah musuh yang nyata..dan syaitan itu adalah bekas mahluk yang mencintai Allah..dan sentiasa memuji dan membesarkan ALLAH dalam zikirnya satu ketika dlu..dengan kata lain dia adalah ahli makrifat pada ketika menjadi penghulu malaikat dulu..tersungkur dia kelembah kehinaan kerana kemuliaan..terlaknat dia kerana angkuh dan sombong...tapi sekarang lihat sahaja ramai antara kita yang berhujah mengenai kesucian islam, dll dengan sombong dan angkuh..kerana apa..kerana da rasa ilmu tinggi dan tinggi darjatnya dari insan lain?Allah saja yang tahu..tapi soalannya..apa beza kita dengan syaitan kalau bersikap begitu....

    seelok eloknya jangan lah kita berhujah dengan nafsu yang mazmumah...sebaliknya lebih baik berdiam jika kita sedar kita masih kalah lagi dengan nafsu..sedangkan nabi dah berpesan..jihad yang terbesar adalah jihad dengan diri sendiri(nafsu)..bila da menang dan dapat kuncinya baru lah keluar berjihad di luar untuk membela agama..kerana kita sendiri yang membawa keindahan agama islam..sedangkan nafsu kita yang memburukkan islam..contohnya..memburuk2xkan orang..berkata kasar..melemparkan rasa marah...sedangkan mendapatkan rasa cinta dari Allah itu bermodalkan airmata...(sabar!!)

    maka berhati2x lah dala

    ReplyDelete
  85. Waalaikumussalam wbh

    Hai milah123, kalau masuk rumah orang dan tak menentang tuan rumah, insyaAllah saya tidak banned. Rumah saya, saya berhak ke atasnya. Laman Emjay memang menentang mana-mana amalan yang boleh merosak akidah. Disinilah banyak berlaku pertentangan antara saya dengan milah 123 kerana lain kapalnya. Walau apa pun saya tetap akan menegakkan pegangan yang saya pelajari di Laman Emjay. Lagi pun laman yang berfahaman tareqat kan sudah banyak di internet ini.

    Dalam bab khadam ini, saya selaku pemilik laman emjay menolak segala amalan membela khadam, syirik. Siapa menentang, ada kemungkinan saya banned dan carilah laman lain yang menyokong khadam.

    Harun Din pun saya tentang bukan kerana saya dilahirkan bencikan dia tetapi kerana pandangan sudah 180 darjah terbalik, dia mengamalkan tangkal garam dan lada hitam sedangkan saya menegakkan pegangan saya bahawa mengamalkan garam dan lada hitam sebagai pendinding adalah syirik.

    Jadi sdr milah123, minta maaflah kerana pandangan kita tidak sama kerana ilmu kita tidak sama. Namun saya masih bertahan dengan komen sdr diatas.

    Emjay

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum...

    Terimakasih atas nasihat dan doa yang ustaz berikan dan juga komen dari Milah ..insyaAllah saya akan hanya memohon kpd Allah..melangkah di jalan yang diredhaiNya..

    Seprti yg ustaz emjay tulis,"Bagi syariaat Nabi Muhamad SAW, tidak dibenarkan berurusan dan mengkhadamkan jin kerana ianya hanya akan menyesatkan manusia sebagaimana Surah Al Jinn [6]:
    `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat..

    Allah telah berfirman dengan menegaskan tidak boleh meminta pertolongan dengan jin.dan saya percaya perkara ini adalah akibat hasutan iblis laknatullah kepada manusia yang akan terperangakap dengan janji-janji iblis...mungkin saya telah terperangkap... tapi saya mesti yakin Allah jualah yang memberi perlindungan kepada hambaNya

    Memang megelirukan ustaz..cuma bagi saya Asma Ul-Husna adalah nama-nama Allah..tidak mungkin Iblis dapat mempermainkan nama-nama Allah..kalau semuanya dari iblis teruk lah saya ustaz..saya tidak memiliki kebolehan luarbiasa ataupun ilmu perbomohan yg luarbiasa..sakit ada la kerana gangguan ini
    Kalau ini memang pertolongan dari Allah dan saya tidak bersyukur dan redha dgn keadaan ini, macamana akibatnya? Kalau khadam ini sememangnya wujud dan kita takut utk mengakui akan kebesaran Allah dan pertolongan yang Allah telah berikan dengan bukti-bukti yang Allah tunjukkan, apa lagi alamat dan petunjuk yang kita hendak dari Allah? Persoalan The chosen one itu tidak wujud dlm diri saya..yang ada selalunya "aku dah dalam keadaan parah ni" sampai begini jadinya hidup saya..Everybody is born to be somebody..wether u like it or not..roh,akal, nafsu, rohani, hati nurani, jiwa sanubari, batin semuannya datang dari Allah..kita boleh berusaha sebaik mungkin tapi qadak dan qadar itu hanya Allah yang mengetahui..terimakasih...wallahualam.

    Mazlan

    ReplyDelete
  87. laman ilmu ialah laman yg (memberi dan menerima X infiniti) kadang2x tuan laman jadi penerima kadang2x jadi pemberi....di situ berlaku percambahan ilmu.di situ juga konsep berpesan2x...kalao dok banned je sebab tak setuju tanpe ulasan...sama jugalah macam orang zaman jahiliah..orang yang menentang agama mereka di mekah..mereka pulaukan..tangkap dan bunuh...

    kalau emjay bukak laman ni untuk berjuang untuk agama islam Alhamdulillah lah..tp dalam perjuangan tak kan tak ada penentang..kalau harap yang baik je...rase baik tutup je la laman ni...kerana sifat rasul yang tabligh... berkata(sampaikanlah) berkata benar walaupun pahit membawa dua maksud..
    1 maksud yg kita sedia maklum..dan kedua maksud terus berhujah..walaupun die cincang lumat..ini baru dtg orang-orang yang bercangah dalam pemahaman agama emjay dah banned..so macam mana nak berdakwah dengan orang yang da terang2x kafir?

    kata pegang sunah hadith dan Al Quran..tp ni yang nyata bg sifat junjungan kita ni tabligh pon dah belage2x dengan orang..jgn cepat menghukum..sape tak melenting kalau di tuduh sesat..orang kapir pon marah bile kita ckp die kapir..ini kan pulak sedare kita...
    dalam berdakwah kena ada strategi jugak..klo rasa hati kata dia sesat...tegur lah dengan cara berhemah..jgn terus cop sesat je..

    contoh paling senang..emjay mesti tau cerita nabi khidir & musa..bagaimana byk yang nabi khidir buat salah di pada akal musa..tp hakikatnya bagaimana??cepat sangat menghukum dengan akal..

    Allah maha berkuasa menukarkan seseorang yang baik menjadi jahat..dan Allah maha berkuasa menukarkan seseorang yang jahat menjadi baik...

    waalaikum salam menteraberadu...

    soalan saudara tentang gangguan benda ghaib tu..sesungguhnya itu adalah salah satu hidayah Allah disebalik tipu daya syaitan...cari lah orang yg ariff tentang benda ini untuk berubat..tapi yang sebenarnye ubat adalah Allah..semuanya atas kita sendiri..teringat pesan guru sy..

    "Orang yang paling tenang dan berani adalah orang yang dihatinya hanya Allah (mengingati ALLAH)..walau seribu ekor singga hendak membahamnya, seinci pon takkan dia berganjak"

    ketenangan itu hanya ada pada Allah taala...mungkin itu hidayah dari Allah supaya saudara dapat kembali kepadanya..dan lagi satu..berguru lah..carilah guru yang murshid yang benar2x dapat memimpin saudara pada Allah..seelok2xnya bukan guru yang dok ajar kebal takut lama2x jadi bebal..ajar jin lame2x jadi gila isim dll..tapi cari la yang sebenar2x nya murshid yang memimpin dan membetulkan diri kita..berhati2xlah..dizaman sekarang ramai yang mengaku murshid...pantang orang dok tanya terus panggil dtg rumah ajak belajar sbb nk ramai anak murid.

    dan jgn lupa bila dah berilmu...jgn memperlekehkan ilmu orang walaupun kita rasa kita dijalan yang benar...seperti biasa contoh saya mudah je..macam sy cakap td..kisah nabi khidir dan musa...:D

    dan sya mintak para pembaca Emjay..jgn lah buruk sangka dengan ilmu tarekat..benar sy sendiri boleh katakan 10 guru yang mengajar tarekat mungkin hanya 1 je yang benar..tapi mencari kebenaran itu mmg pahit..bemodalkan air mata...berenanglah dalam lautan tasauf...kerana pasti terasa nikmatnya walaupon tak kan berjumpa penghujungnya...

    wallahualam..
    saya doakan kita semua dikurniakan rasa cinta kepadaNYA...amin..

    ReplyDelete
  88. Terimakasih atas nasihat Milah123..saya pun teringat pasal kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir A.S.mengelirukan ilmu nabi Khidir pada nabi Musa a.s ..disebut juga ilmu laduni oleh sesetengah ulamak..tidak kesampaian bagi akal dan imanku...walaupun kita boleh mencuba..ilmu itu haK Allah Azza Wa Jalla....wallahualam

    ReplyDelete
  89. Milah123, kalau ada orang Kristian masuk Laman Emjay, sampai kiamat pun pertelagahan akan terus berlaku selagi saya dengan pegangan saya dan orang Kristian dengan pegangan dia, Begitulah saya dengan sdr, tidak sama, kita berlainan kapal, sdr dengan tarekat sdr dan saya menolak tareqat 100%. Jadi jangan sdr cuba berdakwah kepada menteraberadu menyuruh beliau mencari guru murshid kerana guru murshid adalah guru tareqat. Anda berdakwah ke arah tareqat sekali lagi d Laman Emjay maka saya akan terus banned sdr sekali lagi.

    Saya bukan memperlekehkan tareqat tetapi saya menolak tareqat 100%. Itu harus sdr fahami. Nak berdakwah ke arah tareqat, pergilah ke laman lain dan bukan di Laman Emjay.

    Terima kasih kerana memahami pegangan saya. Nak bercakap tentang ilmu silakan namun saya menolak sebarang ilmu berkaitan tareqat.

    Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  90. kelakar lah emjay...apa yang sibuk pasal kapal...tp arah tujunya sama..sibukkan kapal orang kapal sendiri bocor takut tak sedar pulak..tak kire salafi @ tarekat...selagi berpegang pade sunah&hadits dan Al quran..nk tentang apa?terlampau sibukkan amalan orang...kerana terlampau byk membaca kitab..perasaan ujub riak & takbur mengawal diri..kat mana tu nak renung kalau tak da cermin?orang angkuh mana perasan angkuh...hehehe...


    tak kesah lah emjay nk banned ke ape ke?silakan...saya just menjalankan tanggungjawab..ada orang hantar emel suruh saya jawab masalah mentera beradu..so saya dah jawab..

    maaf kalau ada terkasar bahasa...sekian wassalam...:D

    "Aku hairan melihat org yg meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia msih terus tenteram brsamanya. Aku hairan melihat org yg alim dgn lidah, tetapi jahil dgn hati. Aku hairan melihat org yg menyucikan dgn air, sedangkn hatinya tdk bersih."

    ReplyDelete
  91. Apa yang saya nak beritahu ini bukan perkara kelakar. Kalau tarekat kau mengikut sunah&hadits dan Al quran, mengapakah ada perbezaan dalam apa yang saya tuliskan berikut::-

    1. Islam sunah&hadits dan Al quran mengajarkan setakat akidah dan syariaat, mengapakah tarekat menambahkan HAKIKAT dan MAKRIFAT?? Adakah bende ini ada dalam sunah&hadits dan Al quran??

    2. Islam sunah&hadits dan Al quran mengajarkan Allah bersemayam di atas Arasy sebagaimana dalam ayat 7:54, 10:3, 13:2 dan banyak lagi ayat-ayat lain tetapi mengapa tarekat mengajarkan Allah SWT berada dimana-mana?

    3. Islam sunah&hadits dan Al quran tidak pernah mengajarkan tawassul kepada orang mati termasuklah Nabi Muhamad SAW yang telah wafat tetapi mengapa tarekat redah saja tak kira sapa pun yang sudah mati hatta guru mursyid yang dah mati, Abdul Kadir Jailani ke, Nabi Muhamad SAW ke tarekat pakai berdoa keatas orang yang sudah mati ini. Apa beza tarekat dengan orang Kristian yang berdoa kepada Isa?? Apa beza tarekat kau dengan tarekat orang Yayasan Sofa tu?? Tawasul kepada orang yang dah mati ditegah dalam Islam sunah&hadits dan Al quran tetapi tarekat selamba saja bertawasul kepada orang yang dah mati.

    4. Nur Muhamad yang terdapat dalam sunah&hadits dan Al quran 180 darjah berbeza dengan Nur Muhamad yang orang tarekat sampaikan. Adakah ajaran Nur Muhamad ini sebagaimana yang terdapat dalam sunah&hadits dan Al quran? Sunah&hadits dan Al quran ajar benda lain tetapi tarekat ajarkan Nur Muhamad yang lain.

    5. Dalam Islam menurut sunah&hadits dan Al quran maka sesiapa yang mengaku mengetahui perkara yang ghaib sudah rosak akidah tetapi orang tarekat memuja mereka yang mengetahui perkara ghaib dan diberi pula gelaran KASYAF. Apa ini, ada nabi Muhamad ajarkan ke??

    6. Dan banyak lagi.

    Itulah sebabnya saya katakan kapal kita tak sama. Kapal saya kompasnya sunah&hadits dan Al quran tanpa menambah-nambah tetapi kapal orang tarekat gunakan sunah&hadits dan Al quran juga tetapi ditokok tambah entah apa bendenya dah jadi macam rojak Singapore.

    Lagi aman saya kalau orang tarekat tidak menulis di Laman Emjay. Jadi kalau sdr pun nak aman, jangan menulis tentang tarekat di Laman Emjay. Kita bercakap tentang perkara lain sahaja.

    Emjay

    ReplyDelete
  92. :D..byk emjay dengar crite..:)
    siape yang bercerite?
    sape yang mencerite?
    da jumpe ke dengan orang yang patut menceritakan?
    ke sekadar jumpe orang ditepi jalan?maka buat kesimpulan?

    tak perlulah saya jawab soalan2x kat atas tu..sebab sy tak layak menceritakan kerana kedaifan ilmu sya kalau nk banding kan dengan emjay..kenalkan saya dengan orang yang kata kat Emjay yang tuhan ada dimana2x...saya nak berjumpa...sebab maknanya mungkin dia mengenal tuhan kerana selalu bersama dengan tuhan. mungkin dapat belajar dari dia...tapi ramai kita hanya mulut kata Allah..tp hati mencari Allah, Allah di atas Arash...emjay cari arash dlu lah macam tu?

    tolak 100%...dalam maksiat ada kebaikan..dalam kebaikan ada maksiat...apakah semua buruk dalam tarekat?ada sesuatu yang sangat penting mungkin...tp emjay da buang 100%...takkan dapat lah yang penting..(mungkin)...:D
    sebab dengar cerite orang??mungkin :D
    sebab baca dekat laman maya ??mungkin :D

    hehehe

    saya peduli apa dengan kasyaf, peduli ape dengan kebal dll...guru sya tak pernah suruh pon bende2x tu..satu tujuan sahaja = CINTA..

    kenapa perlu bertarekah? ni tulisan yg saya dapat dari saudara seperjuangan..

    http://www.zawiyahsam.com/aswjtarekah.htm
    http://www.zawiyahsam.com/aswjtarekah2.htm

    kali ni saya yakin kena banned...hehe..
    semoga kita dapat mencintaiNya kerana Dia sentiasa selalu mencintai kita..

    ReplyDelete
  93. [Saya Emjay telah copy dan edit semula reply dari milah123 kerana ada kempen untuk ajaran tareqat. Reply asal telah saya delete. Last Warning dari Emjay Berikut adalah reply dari milah123 dengan bahagian bertanda XXX menunjukan bahagian yang telah saya edit]

    milah123
    delete reply
    milah123 wrote on Apr 25

    :D..byk emjay dengar crite..:)
    siape yang bercerite?
    sape yang mencerite?
    da jumpe ke dengan orang yang patut menceritakan?
    ke sekadar jumpe orang ditepi jalan?maka buat kesimpulan?

    tak perlulah saya jawab soalan2x kat atas tu..sebab sy tak layak menceritakan kerana kedaifan ilmu sya kalau nk banding kan dengan emjay..kenalkan saya dengan orang yang kata kat Emjay yang tuhan ada dimana2x...saya nak berjumpa...sebab maknanya mungkin dia mengenal tuhan kerana selalu bersama dengan tuhan. mungkin dapat belajar dari dia...tapi ramai kita hanya mulut kata Allah..tp hati mencari Allah, Allah di atas Arash...emjay cari arash dlu lah macam tu?

    tolak 100%...dalam maksiat ada kebaikan..dalam kebaikan ada maksiat...apakah semua buruk dalam tarekat?ada sesuatu yang sangat penting mungkin...tp emjay da buang 100%...takkan dapat lah yang penting..(mungkin)...:D
    sebab dengar cerite orang??mungkin :D
    sebab baca dekat laman maya ??mungkin :D

    hehehe

    saya peduli apa dengan kasyaf, peduli ape dengan kebal dll...guru sya tak pernah suruh pon bende2x tu..satu tujuan sahaja = CINTA..

    XXXXXX
    XXXXXXXX
    XXXXXXXXXXX [Bahagian ini telah dipadam oleh saya Emjay kerana kempen untuk tareqat]

    kali ni saya yakin kena banned...hehe..
    semoga kita dapat mencintaiNya kerana Dia sentiasa selalu mencintai kita..

    ReplyDelete
  94. assalamualaikum..
    saya hanya pelajar uitm yg mempunyai ilmu yg cetek...
    tapi mengikut ilmu yg saya pelajari...
    anda tidak layak untuk menyesatkan seseorang itu..SIAPA ANDA UNTUK BERKATA SEDEMIKIAN? ANDA TUHAN KAH? dari apa yg saya baca dari artikel anda ANDA SEORG YG TDK MAHU KALAH DAN TIDAK MAHU MELIHAT ATAU MENERIMA PNDGN ORG LAIN..ANDA INGAT ANDA BETUL? INGATLAH BAHAWA NOBODY PERFECT!!! siapa anda hendak dibandingkan dgn WALI? beringat-ingatlah wahai HAMBA allah...terimalah untuk mendengar pandangan org lain...ANDA BERCAKAP MENGENAI ISLAM SEOLAH-OLAH ANDA TAHU SEMUA HUKUM,,,SEOLAH-OLAH ANDA TAHU SEMUA PERKARA YG TERJADI DI DUNIA IN...SIAPAKAH ANDA? ANDA TUHAN KAH? W'PUN SAYA BARU BERUMUR 19 TAHUN..TETAPI SAYA JELAS DGN PERKARA INI..IANYA TERLETAK KEPADA SESEORANG ITU..W'PUN DIE MEMAKAI ILMU APA SEKALIPUN..W'PUN MEMAKAI TANGKAL APA SEKALIPUN ASLKN TDK BERCANGGAH DGN HUKUM ALLAH ianya adalah betul berdasarkan niatnya dan PERCAYA KEPADA KUASA ALLAH BKN KEPADA BNDA LAIN..YAKNI PERCAYA DGN KUASA ALLAH SWT MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA,,,,SAYA RASA ANDA PERLU BELAJAR DGN LBIH LAGI..

    ReplyDelete
  95. disini saya ade beberapa soalan yg hendak saya tya kepada anda
    1) adakah anda percaya dengan ilmu kebal? apa pendapat anda?
    2) ayat kaf 40 dan 50..adakah ayat itu betul dan tidak sesat?...
    3) apa pendapat anda tentang ayat pengasih,ayat pendingding diri?
    note: saya tidak menyalahkan dan tidak menyebelahi sesiapa disini,,ada benarnya dan tidak kata2 anda disini..saya juga seorang budak yg sedang belajar...mohon di beri tunjuk ajar...

    ingatlah bahawa semakin banyak anda tahu tentang sesuatu perkara itu...sebenarnya banyak lagi yg anda belum ketahui...
    semoga ALLAH memberikan hidayahNYA kepada kita semua untuk mengetahui kebenaran..amin..

    ReplyDelete
  96. Dah kau tu pandai sangat untuk menolak hujah saya, buat apa saya jawab!! Kang saya jawab satu-satu perkara sesat, kau pulak cakap siapa saya untuk menyesatkan.

    Kalau saya cakap nanti engkau tolak jadi saya copy paste dari buku Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :
    Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam dan salah satunya ialah:

    Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.


    Emjay

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum...
    sy amat tertarik dengan hujah dan komentar disini... membuka minda sy yang sempit..berlegar legar mencari .. harap akan ketemui... Doakan untuk sy agar diberi petunjuk dan hidayah... diberi kekuatan iman.. boleh berikan saya nasihat ...
    shah.

    ReplyDelete
  98. Waalaikumussalam wbh

    Kalau sudi datanglah belajar di rumah saya di JB

    Kalau berhajat saya berikan alamat dan nombor telefon

    Emjay

    ReplyDelete
  99. Assalamualaikum tuan emjay,
    Menolak betul tuan dengan khadam ayat. Soalan utk tuan emjay.....mengapa iblis dan konco2nya termasuk syaitan dan jin tak cukup tanah melarikan diri kerana gementar dan ketakutan lantaran turunnya kalimah ayat kursi? Bukan turunnya ayat kursi diiringi dengan para malikat. Apakah malaikat yang mengiringi kalimah ini merupakan penjaga atau khadam bagi ayat kursi sebagaimana malaikat malik menjaga neraka dan malaikat redzuan menjaga surga. Mengapa terus saja tuan mengatakan khadam ayat kursi ni syaitan dan jin.....sedangkan ayat ini boleh membinasakan mereka? Takkan tuan boleh menjadi penjaga kepada barang yang boleh membinasakan diri tuan....contoh... tuan jaga tong yang ada najis.....sedangkan baunya saja tuan dah nak muntah....mahukah tuan menjadi khadam atau penjaga tong naji (taik)?.... nak mengangkatnya saja tuan nak pengsan dengan baunya. Jadi benarlah bahawa iblis dan sebangsanya 'bodoh' kerana sudi jadi khadam kepada benda yang boleh membinasakan mereka. Lagipun tuan dah kata...bahawa nabi menyeru apabila ditakuti ditimpa perkara yang tidak baik ketika nak tidur....mintalah perlindungan drp kalimah2 allah......soalan.....kenapa mesti dengan kalimah2......kenapa tak terus je pada allah.....nape disebut kalimah2? Itu je...mohon pencerahan drp tuan.

    ReplyDelete
  100. Asalamualaikum Ustaz. Ini topik lain.

    Cuba ustazemak pengetahuan yang saya dapat di

    http://www.siapaallah.blogspot.com

    ReplyDelete
  101. Asslamualaikum ustaz...
    saya baru jer dapat baca laman emjay nie...sungguh bagus laman emjay nie...saya ni orng cetek ilmu agama jugak... nak tanya ustaz bagaimana dengan amalan ayatul kursi pula ustaz... dikatakan kalau mengamalkannya sebanyak 170 kali segala hajat kita dimakbulkan... saya begitu berusaha nak mengamalkannya tapi bila dah baca komen dalam laman emjay nie...saya mula timbul keraguan adakah amalan membacanya juga akan membawa saya kepada kesesatan... saya dapat amalan dari pembacaan buku2 agama tentang khasiat ayat al quran dan doa yang dijual di pasaran... maafkan saya jika pertanyaan saya nie telah menunjukkan saya begitu jahil tentang agama tetapi hakiktanya memang saya cetek sangat dalam ilmu agama...minta uztaz beri pandangan

    ReplyDelete
  102. Waalaikumussalam wbh

    Kalau begini mudahnya segala hajat kita dimakbulkan hanya dengan membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, mungkin saya sekarang sudah jadi jutawan dengan harta melimpah ruah hanya dengan saya mengamalkan baca ayat Kursi sebanyak 170 kali?

    Inilah ajaran dari iblis agar kita duduk membaca ayat Kursi tanpa usaha. Abdul Rahman Auf sangat kaya adakah dengan beliau mengamalkan baca ayat Kursi 170 kali??

    Di Malaysia banyak sekali buku GILA yang mengajarkan ilmu SESAT seperti ini. Amalkan baca ayat tertentu dapat ini. Amalkan baca ayat tertentu lain dapat pula benda lain, mudahnya hidup.

    Tinggalkanlah amalan tersebut.

    Wallahuaqlam


    EMjay

    ReplyDelete
  103. asslamualaikum wbh

    terima kasih atas pandangan ustaz... mungkin di malaysia ada banyak buku buku agama seperti ini di jual di pasaran jadinya org yang seperti saya ni tidak dapat membezakan yang mana betul atau yang mana salah sebab jika dijual di pasaran sudah semestinya ada lesen kan ... apa apa pun terima kasih atas pandangan ustaz tu... ..

    ReplyDelete
  104. Assalamualaikum w.b.r...:-)

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum w.b.r...
    Wallahualam...
    Alhamdulillah masih ramai saudara2 ku yg mengambil berat tentang perundangan ilmu Islam dan pengetahuan ilmu Islam...
    Al-Hadid57:3. Dia Yang Pertama dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin (Tersembunyi); Dia mengetahui segala sesuatu.

    ReplyDelete
  106. Ya, saya sokong saudara Emjay...Nabi da kata dah tidak akan kita umatnya sesat selama mana kita berpegang dengan Quran dan hadis..hanya golongan yang berpegang kepada Quran dan hadis sahaja yang survive dihari kiamat, yang lain(berpuluh-puluh golongan kalau xsilap) semua masuk neraka..mudah2an kita termasuk golongan yang satu ini...

    ReplyDelete
  107. siapalah kita di dunia untuk menilai manusia. siapakah kita untuk mengkafirkan manusia. siapakah kita yang blh menunding jari bahawa manusia itu dan ini sesat. hanya Allah dan penghuni di langit sahaja yang tahu. apa yang lebih baik dari berdebat adalah persaudaraan yang baik dan pendamaian. ustaz, kita blh nak menasihati orang, tapi biarlah berhikmah, bukankah itu yang Rasulullah ajar. Adakah Rasulullah pernah mengkafirkan orang, Beliau hanya mengeluarkan kata2x tapi tidak pernah menunding jari kepada sesiapa. Malu bergelar ustaz. Khadam ayat mengikut imam2x tertentu diharuskan. kita bukan berimamkan ustaz. kepada pembaca rujuklah iman2x maliki, shafie, hambali, dan hanafi. ada antara mereka yang membolehkan bersahabat dengan jin. Ingat walauapapun ustaz ni kata, syurga neraka bukan dia yang tentukan. semoga kalian termasuk dalam kalangan2x manusia disayangi dan diberi petunjuk. InsyaAllah

    ReplyDelete
  108. jamtangan2 menulis sangat lembut tetapi sesungguhnya amat merbahaya tulisan seperti ini kerana hanya iblis dan tenteranya layak menulis tulisan seperti ini.

    Bulan depan anak lelaki jamtangan2 menolak hadis, tak usah bising-bising kerana - "siapalah kita di dunia untuk menilai manusia. siapakah kita untuk mengkafirkan manusia. siapakah kita yang blh menunding jari bahawa manusia itu dan ini sesat. hanya Allah dan penghuni di langit sahaja yang tahu. apa yang lebih baik dari berdebat adalah persaudaraan yang baik dan pendamaian"

    Dua bulan dari sekarang isteri jamtangan2 membenci hukum hudud dan hukum poligami, tak usah bising-bising kerana - "siapalah kita di dunia untuk menilai manusia. siapakah kita untuk mengkafirkan manusia. siapakah kita yang blh menunding jari bahawa manusia itu dan ini sesat. hanya Allah dan penghuni di langit sahaja yang tahu. apa yang lebih baik dari berdebat adalah persaudaraan yang baik dan pendamaian"

    Tiga bulan dari sekarang anak perempuan jamtangan2 menolak Allah dan Nabi Muhamad SAW, tak usah bising-bising kerana - "siapalah kita di dunia untuk menilai manusia. siapakah kita untuk mengkafirkan manusia. siapakah kita yang blh menunding jari bahawa manusia itu dan ini sesat. hanya Allah dan penghuni di langit sahaja yang tahu. apa yang lebih baik dari berdebat adalah persaudaraan yang baik dan pendamaian"

    Saya hanya sekadar menggunakan cara jamtangan2 berfikir untuk menjawab persoalannya. Itulah sebabnya saya menyatakan di atas bahawa cara jamtangan2 menulis amat merbahaya kerana hanya iblis dan tenteranya layak menulis tulisan seperti ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  109. Saya ingin berkomunikasi dgn khadam yang boleh membantu saya dlm urusniaga FOREX, mengetahui pasaran pada masa hadapan, memberi target profit , membuat keuntungan maksima dalam masa yang singkat, ada sesiapa boleh bantu ?

    ReplyDelete
  110. janganlah kita bertanya pada yang tidak belajar, kata imam al ghazali, lebih baik tutup mulut dari berbicara dengan yang jahil. saudara sila semak kitab imam al ghazali sendiri AL AUFAQ, MAJMUK AL LATIF DAN THIBBUR AR RUHANI...kalau kita menuduh orang sesat, bermakna senang menuduh ulama dulu pun sesat jugak lah. BERHATI HATI BILA BERBICARA KELAK CELAKA.

    ReplyDelete
  111. Saudara EM, jika saudara merasa saudara betul...jelaskan hadis rasulullah berkenaan dalil YA HADI IHBISU...YA HADI IHBISU...atau saudara sememangnya wahabi??

    ReplyDelete
  112. Hai kibrit28

    Kalau engkau nak jadikan al ghazali kau tu sebagai nabi dan rasul kau, apa saya peduli. Engkau nak simpan khadam sampai 1000 pun apa saya peduli. Sebab kubur kau dan kubur saya berbeza.

    Tetapi yang saya peduli adalah jangan engkau berkempen untuk orang lain bela khadam.

    Biarlah kubrit28 dengan khadam-khadamnya. Yang penting ialah jangan kita semua bela khadam.

    Emjay

    ReplyDelete
  113. nk tnye skit lah,, sape2 nk jwb alhmdulilah la,, ilmu yang ade pada almarhum panglima hj kiai saleh 2 belndaskn dri mane????

    ReplyDelete
  114. salam pada sume sedara seislam,, nk tnye skit lah,, ilmu yang diproleh pada almarhum hj kiai salleh 2 jlnye berunsur dri mane??

    ReplyDelete
  115. Waalaikumussalam wbh

    Supaya saya dapat menjawab dengan lebih tepat, minta penyoal jelaskan ilmu yang mana satu mudah-mudahan saya dapat jawab.

    Emjay

    ReplyDelete
  116. Assalamualaikum..
    Jom lah kita pakat2 g solat berjemaah di surau/masjid sehari smlm 5 waktu.ditambah dgn solat sunatnya dan membaca Al Quran dan di samping itu kita berusaha mencari rezeki yang halal dengan usaha/titik peluk sendiri.buat baik kpd ke 2 ibu bapa.menyambungkan silaturrahim.mengucapkan salam kpd saudara seagama.bersedekah.buat perkara yang disuruhNya/tinggalkan perkara yang dilarangNya..Semoga amalan kita diterimaNya.

    hambaNya

    ReplyDelete
  117. بسم الله الرحمن الرحيم
    صل على النبي
    Kiedesa mmg cerdik..
    bek g pakat2 g mesjid.
    biasanya org yg nk khadam ni sbb utk kpentingan diri sendiri..
    baca tu baca ni... sbb nk khadam. klau kita tengok qaul ulama.. ijmak ulama rata2 x mmbenarkan khadam. kita ikut je la ijma'.
    yg ijtihad tu bukan calang2 orang. ilmu agama dah sah lagi tinggi dari kita.. (rnungkanlah)
    saudara Emjay x slah dlm soal ni.(pd pndapat saya.).. dia nk mmpertahankan akidah umat islam. jgn dhalang usahanya. akidah yg ada jgn ditmbah, diubah, dan dikotorkan.. andai kata memiliki khadam tu salah... myebabkan org sombong, riak , terjebak dlm pkara syirik maka kita pun sama dpt saham bila mengatakan khadam tu xslah. bygkan brapa rmai yang akan tpngaruh akhirnya menjurus kpada rosak akidah.. (sggup ke nak tnggung?)
    bila berkait dgn hukum islam kita rujuk ahli agama.
    ijmak melarang khadam.. maka kita ikut ijmak ulama.. melainkn ilmu kita sudah smpai ilmu orang yg boleh berijtihad dlm soal akidah ini seperti 4 imam mazhab tu atau imam mujtahid lain... bila kita xsmpai thap mujtahid maka kita perlu ikut ijtihad ulama dahulu... nt kat akhirat nt tuhan tnya ada ulama ijtihad knapa xnak ikut... rnung2kanlah....
    mmg ada hukum fiqh 4 imam ada yg mmbenarkan berkawan bhkan imam malik mmbenarkan berkahwin dgn jin apabila dharurah...
    tp lojiknya knapa perlu mengamalkan surah untuk berkawan..atau berkahwin... atau apapun.. atas niat apa surah dibaca... semata2 untuk berkahwan dgn jin atau khadam? ader yg kata khadam bukan malaikat jin dan lain2. kita perlu mendapatkan sumber2 dan dalil yg kukuh.. jgn taklid.. ( biarlah kita jujur dgn hati kita.. biarlah ilmu memandu nafsu dan hati... marah membutakan mata.)

    niat tidak menghalalkan cara...
    1. Niat nk tolong orang miskin tapi dengan hasil curi (Robin Hood)
    2. Mengubat guna Khadam tolong org lain

    niat da chantek... tapi cara tidak molek... sayang

    dulu.....
    1. saya percaya benda2 ni..
    2. pernah amal. belajar sana sini...
    3. marah bila ader yang kata benda ni sesat..( siap keluar dalil saya )

    sekarang....
    1. sy percaya lg.. cuma sy percaya ini merosakkan akidah.
    2. x marah da bila kata bnda ni sst ( Mata da cerah.. hati da tnang )

    kalau orang kita pandai ilmu itu ini dengan kebal... dengan penunduk pelebas, pengasih, pelebur, penggerun... maka..

    1. Kenapa tiada bomoh2 yg berjaya kahwin dengan Siti Nurhaliza
    2. Kenapa Malaya blh kena tawan wlaupun dgn khbatan ilmu di malaya..
    3. Kenapa bomoh tepi jalan jual ibu duit tapi dia sndiri x kaya2.

    fikirkanlah.....


    ANDA... Ya... ANDA...
    1. Sepanjang amal ilmu itu ini pernah menjadi tak?
    2. Pernah terfikir berapa lama usia dan masa disia-siakan.
    3. Pernah renungkan apa akibat di akhirat kelak..

    renungkanlah....

    ReplyDelete
  118. Semoga Allah SWT mematikan sdr ku mistajoe dan saya dalam iman.

    Syukur akhamdulillah diatas lipah kurnia rahmatNya mistajoe kini sudah kembali ke pangkal jalan. Semga Allah terus memudahkan urusan ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  119. assalammualaikum...saya mahu bertanya adakah berubat mengunakan kain kuning salah

    ReplyDelete
  120. Waalaikumussalam wbt

    Ini namanya berubat dengan tangkal. Bukan sekadar salah tetapi SYIRIKK. Dalam perubatan Melayu memang banyak macam ini.

    EMjay

    ReplyDelete
  121. agama tidak menilai siapa yg pandai>>>>allah yg mengatur smua<<<<<
    allah menciptakan allah jg membinasakan
    jalankan perintah-Nya
    jauhi larangan-Nya
    jangan suka tambahin larangan -Nya atau pun perintah-Nya jelas2 di dalam al-quran sudah ada
    jdi ikutin aja yang ada di dalam al-quran....jgn menggurui yg ada hanya timbul perpecahan
    allah menurunkan al-quran sebagai petunjuk agar kita smua dekat dengan allah
    amalan atau sejenis ilmu apapun klau allah sudah berkata kun fayakun siapapun tak boleh menghindar
    jdi cukup jelas jalankan perintah-Nya jauhi larangan-Nya
    sholat fardu sunnah pun di jalankan
    maaf tidak bermaksud mengajari amalan2 kl allah tak berkehendak maka amalan tiada artinya
    jdi dekatkanlah dirimu hanya kepada allah niscaya allah tak pernah tidur dan meninggalkan kta
    kl ada khodam yg melindungi kta jgn musryik
    tetap berlindung kepada allah
    la ilaha illalah

    ReplyDelete
  122. ustaz2..... Ikhlas kan hati...zikir la byk2... Moga Allah mmberi petunjuk. Ustaz, sy ingin bertanya apa pendapat ustaz tentang mereka yg berzikir sehingga seperti org gila? seperti org makuk adakah ustaz labelkan mereka sesat?

    ReplyDelete
  123. ustaz emjayyb..., saya rasa uztaz banyak teori tetapi tiada praktikal, berilmu mungkin tetapi belum tentu perlksanaan, dalam hidup kita mesti praktikal kan dari ilmu yang kita ada, saya cabar uztaz banyakkan praktikalnya cth 1) jika ada kes kerasukan ustaz rawat 2) kena santau uztaz rawat 3) melawan sihir daripada tukang sihir 4) menentang yahudi laknatullah 5) menegakkan syariat islam.. dlll, saya banyak dah jumpa uztaz2 yang pandai berteori bila suruh buat hancus.....saya ada kes yang nak cabar ustaz ni phone saya 0165508388, Muhammad saw seorang praktikal, pemimpin, jurutera, saintis, pengamal perubatan dll..... baru la hasil menjadi bila praktikal....

    ReplyDelete
  124. salam...sekilas pandang ust emkay ni berpandangan cara wahabi...nampak pada zahirnya memang cantik...sana kurafat situ bidaah..kat sana sesat...hatta tiada hurmat langsung pada ulama2 besar..hatta diperlekehkan Imam Ghazali & Tok Kenali dll. mungkin pd mereka2 yg pro wahabi, ulama2 Islam cuma 3 org semata2...ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim & Abdul Wahab...kalaulah Allah itu bertempat, maka apa makna sifat Allah SWT dgn "mukhalafatuhulilhawadith..bersalahan Allah dgn segala yg baharu"

    pahtu dikutuknya cara Ust Harun Din berubat dgn garam & lada hitam...kenapa tak suruh kerajaan Malaysia haramkan saja Panadol..ramai yg "percaya" makan panadol boleh hilang pening, garam dsbnya cuma lat shj...mcm ust emkay makan nasilah, bukan nasi yg mengenyang kan, tapi pada hakikatnya Allah yg mengenyangkan..nasi tu cuma alat shj.

    mohon agar ust emkay berlapang dada...hurmatkan juga ilmu ustaz2 & ulama2 lain..bagaimana Imam Malik menghurmati ilmu Imam Shafie walaupun Imam Shafie itu muridnya. dan...tok2 guru saya tak dapat bersetuju dgn wahabi, & begitulah juga saya

    ReplyDelete
  125. assalamu'alaikum saudaraku..........ada rahasia dibalik rahasia..terkadang kita memutuskan dengan nafsu merasa benar....ber istiharohlah minta petunjuk Allah.Karna Pada dasarnya kita lemah dan bodoh...semoga perdebatan ini tidak menimbulkan dendam dihati kita.karna dihati kita ada kalmat "laailaa haillallah .kita adalah bersaudara dunia aherat.gitu aja kok repot..........Ind

    ReplyDelete
  126. confirm wahabi..sah2 wahabi..xterima pendapat ulama`.xpun ko ni muktazillah..hu2.hrp2 jgn syiah dh la..huhuhuh

    ReplyDelete
  127. salam..sekadar mahukan penjelasan..adakah prof Harun Din benar-benar 'menggunakan' tangkal?
    Mustahil...saya rasa mungkin dia menggunakan garam dan lada hitam tapi bukan sebagai tangkal..
    Ada yang berkata jin memang alergik kepada garam dan lada hitam(mungkin kerana sifatnya) so Prof Harun Din menggunakannya untuk menakutkan jin...dan tidaklah ia bermaksud iktikad bahawa garam itu berkuasa menyembuh..Jika prof Harun Din berpandangan begitu, maka saya rasa mustahillah..dan sesuatu yang ironi memamndangkan Prof mempunyai background Usuluddin..Dikhuatirkan perkara ini akan menimbulkan fitnah semata..
    Walaubagaimanapun syabas kepada ustaz emjay keran usaha untuk memurnikan akidah...memakai tangkal memang sesuatu yang kita mesti tentang...ia cenderung kepada syirik..tak kiralah tokoh mana sekalipun yang membawanya...namun sebelum menamakan tokoh tertentu, elok kiranya kita selidik dahulu..beri peluang tokoh tersebut menjelaskan hal sebenar...takut nanti berlaku fitnah pula..Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  128. Kalau saya menggunakan serbuk kemenyan untuk menjauhkan segala jin, boleh atau tidak??

    Kalau saya menggunakan tulisan-tulisan dari Al Quran dibungkus dalam kain hitam digantung atas setiap pintu dan tingkap untuk menjauhkan jin, boleh atau tidak??

    Kalau saya menggunakan air zam zam yang sudah dibacakan ayat dari Al Quran dan disiram di sekeliling rumah untuk tujuan menjauhkan segala jin, boleh atau tidak??

    Sesiapa yang mengatakan usaha-usaha ini boleh maka berat dan dikhuatiri sudah rosak iman.

    Di Malaysia baik orang kampung mahu pun para USTAZ ramai yang menjadikan garam, kacang hijau, lada hitam dan segala jenis tangkal sebagai pelindung mereka. Inilah dia perbuatan syirik.

    Bagi saya cukuplah Allah SWT sebagai penolong dan pelindung saya.

    7 Al-A'raaf
    [195]
    Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.
    [196]
    "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"

    Emjay

    ReplyDelete
  129. Assalamualaikum..Nabi Muhammmad S.A.W membenarkan jampi jika ia tidak mensyirikkan Allah dan kisah Nabi Ayub disihir oleh iblis ketika beribadat dan dimana doa Nabi Ayub akhirnya dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran"..bukti air boleh digunakan utk mengurangkan kesan sihir...wallahuaqlam..

    ReplyDelete
  130. nih dari indon .... kalau minta tolong jin nggak boleh, boleh nggak minta tolong ama mahluq manusia, palagi yng kapir ustad

    ReplyDelete
  131. assalamualaikum ustaz dan saudara islamku, bergantung kepada makhluk dan perantaraan adalah syirik dan merosak aqidah, tidak kira samada dari perantaraan khadam, jin, bomoh atau sebagainya adalah haram.Ramai orang melayu percaya, memakai cincin yang diisikan dgn khadam menggunakan ayat Al Quran dibolehkan.... itu juga adalah syirik dan haram. Sesungguhnya ibadahku, hidupku dan matiku hanya kepada Allah, tuhan sekelian alam, kita mengaku didalam solat Allah yang disembah, hanya Allah kita memohon keampunan dan pertolongan, jadi mengapa masih mahu berkhadam, bertangkal dan sebagainya? Secara akalnya, kita telah pun memohon pertolongan lain selain dari Allah, mengapa ??

    ReplyDelete
  132. Waalaikumussalam wbh

    Betulah tu sdr azmanbsp. Semoga kita dimatikan Allah dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  133. Salam sume.. Saya ade beberapa soalan nak tanya.. Mungkin boleh dapat dijelaskan.. Sesungguhnya saya budak baru belajar.. Kalau salah mohon tunjukkan Dikatakan jika mengamal ilmu kebal syirik, saya musykil..bagaimana pula dengan ayat surah at taubah? Surah at taubah mumpunyai khasiat yg mana jika diamal tidak akan terjamah oleh senjata tajam.. Bukankah itu kebal? Jadi soalan saya adakah menjadi syirik bila saya baca surah tu? Sedangkan itu adalah ayat2 suci alquran.. Sedangkan khasiat nya berada didalam ayatnya tapi keputusannya tetap allah yg berkuasa, tapi since dikatakan kebal tu syirik, Adakah jika si pengamal menjadi kebal disebabkan jin atau memang qudrat dan iradat allah s.w.t? Dan soalan seterusnya jika memanglah ayat kursi itu mempunyai khadam ayat yang dikatakan sebagai jin dan syaitan bagaimana pula sekiranya saya baca ayat kursi letak lah sekadar baca sahaja tapi tanpa saya sedari sudah ade khadam dalam badan saya? Bagaimana pulak? Kerana setahu saya jin dan setan takot bile dengar ayat kursi.. Itu saja, mohon jelaskan terima kaseh..

    ReplyDelete
  134. Khasiat yang u sebutkan tu jjika diamalkan SYIRIK!!

    Sekiranya mengamalkan ayat tersebut menjadi kebal, maka Nabi Muhamad SAW serta para sahabat lebih layak mengamalkannya. Apabila diamalkannya maka semua tentera Islam zaman dahulu tiadalah yang mati syahid.

    Mati syahid adalah satu ibadah yang amat menguntungkan. Kalau betullah amalkan ayat ini kebal, tiada gunalah Allah SWT menyuruh umat Islam untuk mati syahid. Kalau benarlah amalkan ayat ini kebal, engkau pergilah ke Afghanistan lawan tentera Amerika, kelak u tahulah kebal atau tidak.. Cara u berfikir macam budak lembam. Tak pasal pasal buat u syirik.

    Kalau u nampak kebal, itu sebenarnya adalah permainan iblis. Dalam permainan kelihatan kebal tetapi bila dalam situasi sebenar jadi mati katak macam perompak indon yang amalkan ilmu kebal konon.

    Didunia ini kalau benar jin iblis takutkan bacaan ayat Kursi, amanlah dunia. Isteri PM kita bila dibacakan terus menerus ayat Kursi maka dia pun terus pakai tudung dan terus beriman?? Ling Liong Sik dibacakan ayat Kursi terus menerus, beliau pun terus masuk Islam?? Hanya orang berfikiran macam kartun Doraemon yang berfikir macam ini. Nabi Muhamad SAW tidak mengajarkan ilmu macam ini.

    Bacalah artikel artikel saya berkaitan akidah untuk mempelajari kesesatan mempercayai ayat Kursi ada kuasa kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa.

    Emjay

    ReplyDelete
  135. salammmmm....perkhhhh emjayjb dan semua2 yg ader disini....cuba bila ditanya bila dibahassss..sesuatu perkara ada dalil2 al-quran dan hadis semua tahu tahuu.. tu kan... maka nya tak perlu lah kata sesat takperlulahh kata dia tak betul yang ni tak betul selagi berbahas tak lari dari alquran dan hadis maka jangan lahhh tuduh menuduh ini ker cara islam nak jadi kuattt..sesama sendiri duk cari panas memanas saya mintak maaf banyakk lahhh saya baca dari mula sampai separuh sedihh tgkk sedangkan saya emjay dah bagi dalil dia dan yg kata kadam ayat kursi pun dah bagi dalil dia maka masing2 dah ader dalil maka nanti jawab lah dengan allah taala ,,,,kita ader 4 mazhab yang besar maka aderkah mazhab shafie jer yg masuk syurga?yang lain sesat?sedangkan 4 mazhab ini pun berpandukan alquran dan sunah..sedangkan imam syafie pernah berguru dengan imam maliki maka kenapa kita tak guna mazhab imam maliki jer kerana imam syafie pernah berguru dengan imam maliki dan kenapa ada berbeza pendapat dari segi pegang anjing kering boleh basah tak boleh,tak boleh langsung( berkenaan hal pegang anjing perlu samak atau tak),berbeza pendapat berkenaan memasukkan air di dalam hidung semasa wuduk sunat ke wajib ke sunat ke dan perbezaan dari perkara yg lain2 lagi...,mudah sangat ker 4 imam ini meletakkan hukum 5 keatas sesuatu permasalahan itu? bagaimana cara beliau meletakkan hukum 5 keatas sesuatu permasalahan itu dan apakah syarat2 yg wajib ader pada seseorang itu melayakkan beliau layak memberi hukum keatas sesuatu permasahan itu? walaupun berbeza pendapat aderkah mereka ini berperang tidak bertegur sapa saling cari salah masing2 saling buruk memburuk.. setahu saya jikalau tak silap semasa imam abu hanifah meninggal imam syafie datang dihari pengembumian imam abu hanifah dan kebetulan waktu itu subuh maka pengikut2 imam abu hanifah minta supaya imam syafie menjadi imam dan imam syafie menjadi imam utk solat subuh waktu tanpa membuat doa qunut dengan sengaja kerana menghormati pegangan imam syafie dan pengikutnya..sedangkan imam syafie dlm pegangannya doa qunut itu sunnat muakad(betulkan saya jika salah ) tapi kenapa imam syafie buat juga pegangan imam hanafi walaupun dia berpegang cara lain ,ini kerana dia menghormati pegangan sahabat beliau dan pegangan sahabat beliau juga berpandukan alquran dan sunnah..pada ayat alquran yg sama tapi perbezaan mereka hanya dari segi tafsiran...maka disini permahaman saya alangkah elok cantik indah jika diambil contoh meraka ini dlm perbezaan pendapat tiada tuduh menuduh salah menyalah kerana hati2 dlm bermuzakarah kerna jika dlm bermuzakarah dlm berbincang jikalau ader dihati perasaan marah iri maka takbur bongkak,maka itu berhentilah bermuzakarahhh kerna unsur2 sifat syaitan sudah hadir....atauu mereka ini tidak boleh dijadikan panduan kerana mereka ini bukan nabi muhammad? nabi muhammad juga tidak berpesan supaya naik lah unta sebgai kenderaan anda.. maka zaman sekarang ini mereka yg bawa kereta selain unta adalah adalah berdosa,sedangkan kereta ini memudahkan kita mengurus masa kita utk menjalani kehidupan kita hari ini,..maafkan saya jika pandangan saya ini membuat sesiapa yang terasa,saya hanya melontar pandangan dan mengambil contoh 4 imam berbeza pendapat tapi masih dlm 1 ugama sedih saya rase jika seislam kita berpecah kerana isu berbeza pendapat dlm agama itu sendiri. selagi pendapatt itu terang2 melanggar syariat.waallah hualam..

    ReplyDelete
  136. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  137. Assalamualaikum semua...
    Satu tangan mengaut sedikit dua belah tangan boleh mengauat dengan banyak
    Tetapi satu tangan adalah lebih baik
    Kerna kita boleh memilihnya.
    Ada duit tak dapat beli pahala
    Ada pahala tak dapat beli syurga
    Nak ambil ambilah jarum sahaja
    Nak ambil tepung tinggalkan lah jarum.

    ReplyDelete
  138. Wahabi wahabi wahabi....quran hadis quran ... Ijmak qias tak pakai... Mula. Memening dan meyesatkan orang

    ReplyDelete
  139. Salam sejahtera, saya rasa sedikit pelik dgn penulis @ pengarang yg hanya memakai Al-Quran dan Al-sunnah tanpa ijmak ulama, qias dan sbgnya dlm islam,,,, dlm islam sendiri banyak ilmu spt nahu sorof, qias ulama,fekah, tasrif , dan sbgnya yg perlu dan dpt dipelajari utk memahami sesuatu ilmu,,,, bukan hanya memandai-mandai dan membabi buta saja mengeluarkan pendapat dan hukum sendiri,,,, rasa diri tu alim dan gah,,,, padahal, ilmunya kurang,,,, saya nk tnye kpd pengarang, kamu boleh faham ke 100% Al-Quran dan Al-Sunnah tu tanpa qias dan ijmak ulama dan ilmu2 islam yg lainnya??? Tentu saja anda xdpt, bukan?? Jdi, kita perlu qias ulama dan jugak ijmak dan ilmu2 islam yg lainnya barulah kita lebih faham dengan agama kita dan juga dgn kitab Al-quran dan Al-sunnah,,,, ada berbagai pendapat ulama mengenai hukum menggunakan khadam,,,, kalau menggunakan khadam utk kebaikan dan bukan kearah maksiat itu xjadi masalah,,,, seperti kita mitak tolong cikgu kita ajar sesuatu ilmu yg baik-baik,,,, kenapa kita mitak terus kat Allah supaya ajar sesuatu ilmu tu?? Sbb kita ni manusia biasa, lemah dan bodoh,,,, tak dpt tidak perlu bantuan org2 lain yg masih hidup yg sanggup dan mampu menolong kita,,,, tu kan xsalah dlm islam,,,, khadam pun makhluk Allah yg hidup dan mampu menolong kita dgn izin Allah,,,, khadam ada 2 jenis,,,, yg suci dan tinggi spt roh para wali dan malaikat, jin Islam,,,, dan yg kotor dan rendah seperti syaitan, jin kafir dan iblis,,,, jadi, nak dpt khadam yg suci dan tinggi ni susah sikit,,,, yg dlm islam ajar tu, cara2 memanggil khadam2 yg baik lagi suci tulah,,,, bukan khadam yg jahat lagi kotor tu,,,,, jgn salah faham,,,, khadam manusia pun ada seperti pembantu rumah,,,,, nak tnye kenapa kita perlu pembantu rumah, sbb kita perlu utk jaga kebersihan rumah, sediakan makanan dan sbgnya,,,, jdi, dibolehkan ada khadam selagi tak membawa kpd maksiat dan kekufuran,,,, khadam disini maksud saya ialah khadam dari aruah2 yg baik2 dab suci sahaja spt malaikat, ruh para wali dan sbgnya yg hidup,,,,

    ReplyDelete
  140. Xelok cakap psal wali tu xbaik or sebagai nya.. sebab kita xtw amalan orang..sedangkan org ke syurga or ke neraka pun kita xtw..

    ReplyDelete
  141. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  142. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  143. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  144. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  145. Panggil khadam ayat-ayat Suci Al-Quran sebagai perantaraan atau sebab-musabab atau ikhtiar utk membantu manusia tak mengapa selagi seseorang itu bergantung kpd Allah, kerana Allah lah yg memudahkan khadam ayat itu utk kita dan Allah yg memberi kesan dan bekasnya, bukan khadam ayat, khadam ayat hanya sebab-musabab dan perantaraan sahaja. Penulis blog ni rasa tak habis belajar lagi ni, sebab tu lah dia memandai-mandai dlm hal agama. Tidak pun penulis blog ni belajar dari Mesir yg majority nya syiah dan yahudi. Penulis blog cakap org yg baca ayat-ayat spt di atas dianggap beribadah kpd syaitan? bila masa pula syaitan suruh baca al-Quran? kenapa syaitan tak suruh baca matera, kenapa perlu baca al-Quran? Dari mana penulis blog ni tahu khadam ayat ni jin dan syaitan? dia pernah jumpa ke? padahal dalam kitab agama membolehkan penggunaan khadam ayat sebagai perantaraan dan sebab-musabab atau ikhtiar utk membantu manusia dlm hal kebaikan tapi kita kena ingat dan berpegang bahawa hanya Allah sahaja yg memberi bekas atau kesannya. Contoh lainnya ialah seperti ubat, bukan ubat yg menyembuhkan tapi Allah, ubat hanya perantaraan atau sebab-musabab atau ikhtiar manusia sahaja. Buktinya, ade org sakit yg selalu makan ubat tapi tak sembuh-sembuh juga. Itu menunjukkan Allah sahajalah yg memberi kesan dan bekasnya, bukan ubat yg memberi bekas dan kesannya, ubat cuma sebab-musabab atau perantaraan sahaja. Begitu juga dgn makanan, bukan makanan yg mengenyangkan kita tapi Allah yg mengenyangkan kita, makanan itu hanya sebab-musabab dan perantaraan sahaja. Buktinya, ade org makan banyak tapi tak kenyang-kenyang. Itu menunjukkan, Allah yg mengenyangkan bukan makanan. Begitu juga dgn khadam ayat atau khadam surah. Khadam ayat atau surah hanya perantaraan, sebab-musabab dan ikhtiar sahaja, yg memberi bekas dan kesannya hanyalah Allah. Padahal dlm al-Quran sendiri menyuruh utk kita mempercayai bahawa adanya dan wujudnya benda-benda ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, jin, kursi, arasy, azab kubur, nikmat kubur, dan sebagainya. Sebab tulah, kalau xde ilmu xpayah nak memandai-mandai komen dan tak payah beri pendpat, buat malu je.

    ReplyDelete
  146. Untuk pengetahuan pembaca blog ini, tuan emjay bukanlah seorang ustaz. Pengetahuan beliau amat dangkal tentang ilmu perubatan islam dan ilmu tasahuf,

    ReplyDelete
  147. 2019 and i am here. Seronok pulak membaca di sini. Sebab tambah ilmu. Bookmark dulu nanti sambung baca.

    ReplyDelete
  148. sy lihat amalan yg dilakukan(penanya) tiada unsul syirik dan jwpn yg diwarkan tiada pun berkaitan....

    ALLAHU AHLAM

    ReplyDelete
  149. Maaf sya menjampok, sya rasa perselisihan pendapat tidak akan selesai sampai hari khiamat selagi adanya perbezaan aqidah iyaitu aqidah ahlussunnah wajamaah dan puak mujasimah wahabiyah...

    ReplyDelete
  150. Emjay banggang 2 simpan sikit

    ReplyDelete
  151. Assalamualaikum... Mohon Diperbetulkan Ayatnya... Bukan "Sedekah" Al Fatihah Kepada Rasulullah S.A.W... Tetapi "Hadiah" Al Fatihah Kepada Rasulullah S.A.W....

    ReplyDelete
  152. Wahabi mana, mau, terima ini semua..

    ReplyDelete