Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 27 October 2009

Tahi dan bunga

TAHI DAN BUNGA















Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
(Updated 12 Disember 2019)
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Bunga-bungaan dijadikan Allah begitu cantik sekali. Hatta bunga tahi ayam yang tidak molek namanya pun tetap cantik menarik juga. Dari bunga-bungaan ini seterusnya Allah ciptakan madu yang menjadi rahmat besar kepada manusia. Lebah diperintahkan Allah untuk mengumpul madu dari bunga-bungaan untuk dibawa balik ke sarangnya.
Tahi pula amat menggelikan. Melihat gambar tahi di atas adalah cukup meloyakan. Baunya pula amat tidak menyenangkan. Baik tahi apa pun, ia adalah tetap meloyakan. Tahi ayam candu dan tahi kucing lebih hebat penangannya. Kalau terkena hujung seluar atau melekat dikasut, boleh naik pening kepala.
Bunga yang cantik dengan bau yang berbagai-bagai menjadi hiasan menarik bila diletakkan dirumah. Rumah yang mahal sekali pun bila tidak dihiasi dengan pokok bunga, ia kelihatan tidak menarik. Rumah yang tidak mahal apabila dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, menjadikan rumah ini kelihatan sempurna.
Rumah cantik penuh dengan pokok bunga-bungaan namun kalau terdapat banyak tahi ayam atau itik disekeliling rumah ini, ia tetap merosakkan pandangan dan keselesaan. Saya amat suka membela binatang seperti ayam dan itik namun disebabkan kawasan rumah yang tidak luas dan tentangan dari isteri terpaksa melupakan hasrat membela ayam itik. Isteri saya tidak boleh bertolak ansur dengan tahi ayam dan itik.


Bunga yang cantik dan menarik seterusnya Allah hiasi dengan rama-rama, lebah serta pelbagai serangga berterbangan yang lain. Setiap satu melengkapi yang lain. Rama-rama melengkapi bunga dan bunga melengkapi rama-rama. Begitulah juga lebah melengkapi bunga-bungaan. 
Disebaliknya pula tahi yang hina yang dihukumkan najis dalam Islam memang tidak boleh dijadikan perhiasan sebagaimana bunga. Tahi perlu dijauhkan, dibuang, dinyahkan serta disorokkan. Tahi yang terdedah baik tahi apa pun bakal mengundang lalat dan langau. Lalat dan langau dari pelbagai saiz bakal mengerumuni tahi. Lalat yang mengibaskan kepak mereka  menghasilkan bunyi yang unik. Bunyi ini sahaja sudah cukup menggelikan. Melihat sendiri lalat mengerumuni sebarang jenis tahi cukup memualkan.


Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, apabila terdapat bunga, insya-Allah datanglah rama-rama @ lebah atau yang sejenisnya. Apabila terdapat rama-rama @ lebah, insya-Allah boleh dicari bunganya. Lebah @ rama-rama boleh mewakili perkara-perkara baik manakala lalat adalah mewakili perkara-perkara buruk. Bunga bolehlah diwakili pula oleh orang yang baik manakala tahi pula mewakili orang yang jahat.
Begitulah juga apabila ada tahi, adalah lalat. Sebaliknya pula apabila ada lalat, bolehlah cari tahi.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perumpamaan atau analogi. Seorang Islam yang mengamalkan Islam secara yang diredhai Allah adalah bagaikan bunga. Bunga bakal mengundang lebah dan rama-rama. Akhlak seorang Muslim yang diredhai Allah SWT adalah cantik bagaikan lebah @ rama-rama. Buktinya adalah akhlak Nabi Muhamad SAW sememangnya terpuji. Begitulah ibaratnya wanita mukmin solehah adalah seperti bunga yang cantik yang bakal didatangi oleh rama-rama atau lebah mewakili lelaki mukmin yang soleh.
Satu ketika dahulu seorang kiyai masyhur yang mengamalkan amalan tarekat di Johor menzalimi kucing dengan mengurung kucing ini dalam sangkar. Islam sendiri adalah menegah umatnya menzalimi kucing seperti ini. Setelah diselidiki rupanya kiyai ini adalah guru mursyid satu tarekat. Guru tarekat masyhur ini juga adalah sorang BOMOH. Bila orang lelaki berpoligami menghadapi masalah menemui tok Kiyai ini, beliau lalu mengajarkan ilmu sesat iaitu menyuruh sang suami tersebut gunting rambut isteri-isteri waktu mereka tidur dan campurkan dengan rambut suami lalu diikat. Simpanlah. Katanya “insya-Allah” baiklah semuanya.  Kepada pembaca sekelian janganlah lakukan perkara ini kerana ini adalah perbuatan syirik dan rambut yang diikat dan disimpan ini adalah sejenis tangkal. Guru tarekat ini memang amat sesuai menzalimi kucing dan mengamalkan ilmu perbomohan (yang diibaratkan lalat) kerana guru tarekat ini mengamalkan amalan tarekat sesat. Maka amat sesuailah tahi (guru tarekat) ini dihurungi oleh lalat (perbuatan buruk mengurung kucing dan mengamalkan amalan bomoh).
Sebagai perbandingan pula, seorang hambaAllah mempunyai akhlak yang amat baik tidak kira kepada orang Islam atau orang bukan Islam. Beliau kerap berdakwah membetulkan akidah umat Islam. Keluarganya amat harmoni dan dicemburui. Matinya pula pada pagi hari Jumaat. Begitulah apabila bunga, yang layak menghurunginya ialah rama-rama dan lebah.
Seseorang yang mengamalkan amalan sesat seperti ajaran sesat, aura chakra kuasa minda dan berbomoh dengan mengumpul pelbagai tangkal bolehlah diistilahkan sebagai tahi. Tahi akan mengundang lalat. Itulah sebabnya orang seperti ini sentiasa dirundung musibah seperti keluarga tidak tenteram, rezeki tidak mencukupi, pergaduhan antara ahli keluarga, gangguan hantu syaitan dalam rumah, anak lari dari rumah dan pelbagai musibah lain sebagai balasan dari Allah semoga hamba Allah ini balik ke pangkal jalan.
Seorang yang baik ibarat bunga. Apabila orang yang baik minum arak, beliau telah menjerumuskan dirinya ke lembah yang dalam. Perbuatannya ini menjadikan dirinya bertukar dari bunga menjadi tahi yang bakal mengundang pelbagai lalat langau. Akibat meminum arak ini, orang ini akan mudah pula membuat dosa besar lain (lalat langau) seperti berzina, bejudi dan sebagainya.
Bagi mereka yang meredhakan dirinya untuk menjadi tahi dengan merokok, perlulah bersedia dengan lalat dan langaunya yang terdiri daripada putus duit (rezeki mahal), sakit dan langau paling besar ialah menyalah guna dadah seperti Metapetamine, ganja dsbnya.
Bagi mereka yang menjadi tahi melalui amalan menganut Islam secara keturunan yang sekadar seorang Islam yang tidak makan babi dan tidak pegang anjing sahaja, mereka inilah yang amat memperjuangkan majlis bertahlil, marhaban/berzanji, menyambut hari jadi, berhari raya beriya-iya selama sebulan dsbnya. Maklumlah, lalat memang sesuai menghurung tahi.
Laman Emjay dikunjungi Alhamdulillah oleh ramai orang yang terdiri dari bunga, kudup bunga, bunga yang hampir mekar dan tidak ketinggalan juga golongan tahi serta Alhamdulillah tahi yang sedang berusaha menukar dirinya kepada bunga. Kata-kata melampau seperti dihamburkan maryjane666 “Emjay..ku sembah tuhan emjay.. celaka lah kau tuhan emjay !!!!! emjay MAHASIAL....” adalah umpama langau yang menghurung tahi. Membaca tulisannya bolehlah cuba memahami penulisnya.
Sebagai satu contoh analogi bunga dan rama-rama/lebah, berikut ini saya copy pastekan satu email yang saya terima dari seorang pembaca Laman Emjay:
“Assalammualaikum wrt. wbt
Tahun lalu saya ada emel ustaz mengenai masalah anak saya yang berumur 3 tahun dan selalu nampak 'hantu'. Maaflah saya tak dapat mengunjungi ustaz di JB. Suami saya tentu tak bagi. Takpalah... Dah setahun berlalu. Untuk pengetahuan ustaz , sepanjang tempoh itu.. kehidupan saya dah banyak berubah. Saya telah mendapat nikmat tidur sepenuhnya. Nikmat dalam beribadat pun... mudah solat dan terasa 'ringan' ayat2 Quran yang saya sebut dlm sembahyang. Nikmatnya... tak boleh nak cerita. Hidup saya semakin ceria. Urusan di tempat kerja semakin terancang dan tak serabut lagi. Saya pun dah tak sakit hati dengan suami lagi, kalu dia lambat balik rumah @ asyik di padang bola saja.. Perasaan 'hari-hari nak cerai' tu dah tak ada.

Perangai anak saya yg 'memeningkan kepala' tu dah banyak kurangnya. Saya bersyukur sangat pada Allah yang telah memberi kebebasan pada saya, akhirnya. Walaupun 1,2 masalah masih ada, ...nikmat beribadat tu, rahmat yang utama.Saya berdoa semoga Allah menetapkan hati saya hanya padaNya. Masalah saya yang lain, saya serahkan pada Allah saja. Biarlah Dia tentukan hidup saya. Yang penting, Allah sentiasa bimbing saya. Sekarang , baru saya sedar nikmat di sebalik musibah itu. Allah nak bagi PELAJARAN pada saya. Rugilah kalau saya masih tak belajar. Terima kasih Ustaz, kerana telah membuka minda saya. Semoga Allah sentiasa memudahkan jalan Ustaz.”
Apabila hamba-Allah ini menukar hidupnya menjadi bunga, Alhamdulillah pelbagai rahmat yang Allah SWT berikan iaitu analogi kepada rama-rama/lebah yang mendatangi bunga.
Sebagai latihan, cubalah pembaca sekelian analisakan email yang saya terima berikut sama ada amalan yang hamba Allah lalui melalui rawatan tersebut menjadikan beliau bunga atau tahi;
Setahun yg lalu, saya pernah berubat dengan Ustaz M**ek (Terapi A* ***n) dengan teknik ruqyah. Di samping itu saya juga membaca tulisan2 Ustaz. Semasa diruqyah, ada jin Islam lelaki yang mengaku tinggal di badan saya. (Saya selalu bermimpikan dia dlm bentuk seorang lelaki yg menaruh hati pada saya). Dipendekkan cerita, jin ini dengan rela hati telah keluar dari tubuh badan saya. (Masa tu, hanya saya dan ahli keluarga yg ada). Semasa tempoh itu, saya sedar apa yang berlaku, cuma tak boleh mengawal perlakuan dan kata2. Namun, saya yakin yang 'dia' telah pergi kerana saya sendiri dapat merasakannya. Ditambah pula, saya telah merasakan perubahan pada diri saya seperti yg saya ceritakan di atas.

Tetapi, sejak itu juga.. saya rasa diri semakin 'lemah'. Seolah-olah ada 'laluan' untuk makhluk halus keluar masuk mengganggu saya. Selalunya, ia akan bermula dengan gangguan lenguh @ sakit kepala @ senak perut yg agak luar biasa sakitnya. Setelah berdoa pada Allah dan dibacakan ayat Kursi, tangan saya akan mula terketar-ketar dan walaupun dlm keadaan sedar dan masih mampu mengucap @ membaca ayat Quran, saya masih dapat merasakan yg tingkahlaku dan pertuturan saya dikawal oleh 'benda' lain. Bila gangguan tu berlaku di rumah, suami tak layan 'benda' tu. Dia akan suruh 'benda' tu keluar, baca ayat Kursi sambil paksa saya bangun dan suruh saya ambik wudhu' dan sembahyang.Terasa saya dah back to senses. Tapi, tak pula saya rasa 'dia' dah tak ada.Yang tak seronoknya, saya akan bangun pagi esoknya keletihan dan terpaksa ambik cuti rehat. Masuk hari ni, dh habih cuti rehat saya 7 hari.
Sesuatu yang sangat saya ingin sampaikan di sini ialah tentang penyakit AIDS. Secara umumnya orang yang menghidap penyakit ini adalah orang yang banyak melakukan dosa seperti zina, homoseks, lesbian dan pengambilan dadah bahaya. Ini akan menyebabkan pelaku dosa ini mendapat lalat/langau dalam bentuk penyakit AIDS. Untuk menukar dari lalat/langau kepada rama-rama/lebah, penghidap AIDS ini perlulah terlebih dahulu menukar dirinya daripada tahi kepada bunga. Sekiranya penghidap AIDS ini asyik kerap mendatangi bomoh dan menyimpan tangkal azimat, apa yang bakal diperolehi adalah lalat/langau. Usahlah berharap untuk mendapat rama-rama/lebah iaitu kesembuhan dari  Allah.
Dari pengalaman yang saya lalui, seseorang amat mudah untuk sembuh dari apa jua penyakit seperti gastrik apabila hamba-Allah tersebut terlebih dahulu bertaubat dari dosa-dosa lalu, mempelajari dan mengamalkan ilmu akidah yang sepatutnya serta melakukan ibadah yang diperintahkan.
Seorang wanita apabila memulakan karier sebagai penyanyi, maka dari mula saat itu mulalah pelbagai lalat langau akan menghampirinya seperti, bermake-up, dedah aurat, berjoget dan juga dihampiri oleh lelaki yang ada penyakit didalam hatinya sesuai dengan ayat al Quran surah Al Ahzab:32, Allah berfirman:


Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Begitulah juga sekiranya seorang lelaki adalah lelaki yang suka berzina, beliau adalah ibarat tahi dan Allah akan kahwinkan mereka ini lalat langau yang merupakan wanita kaki zina atau kaki musyrik sebagaimana surah an Nur: 3 Allah berfirman bahawa 


Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

Jadilah kita semua ibarat bunga yang cantik semoga diberikan Allah rama-rama dan lebah sesuai dengan janji Allah SWT dalam surah A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Sesungguhnya kita manusia sebagai hamba Allah amat memerlukan rahmatNya.


Seterusnya saya minta sdr pembaca sekelian memberikan pelbagai contoh analogi bunga dan tahi menurut pengalaman sdr sekelian untuk dikongsikan.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

Tuesday, 20 October 2009

Perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya

Satu hari saya melihat perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya yang telah lama berpisah. Di dalam kesempatan tersebut, guru ini ingin sekali menilai semula beberapa ajaran yang telah beliau sampaikan lebih 15 tahun dahulu. Guru ini amat berharap bahawa segala yang telah beliau sampaikan dahulu kepada muridnya ini masih utuh.
Guru: “Berapa rukun iman”
Murid: “Enam”
Guru tersenyum gembira: “Sila nyatakan”
Murid dengan amat yakin menjawab : 
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar”
Guru tersenyum gembira lalu menambah soalan: “Berapa rakaat dalam solat-solat wajib sepanjang hari yang engkau lakukan?”
Murid: “Subuh 2 rakaat, Zuhur 4 rakaat, Asar 4 Rakaat, Maghrib 3 rakaat dan Isyak 4 rakaat”
Guru  tersenyum lebih lebar mengetahui bilangan rakaat dalam solat wajib sepanjang hari masih kekal sama sebagaimana yang  beliau ajarkan dahulu. Seterusnya: “Kali ini saya menyoal soalan yang lebih mudah, sebutkan oleh mu Tasbih”
Murid dengan amat yakin menyebutkan: “Subhanallah”
Guru bertambah girang mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Tahmid”
Murid menjawab lancar: “Alhamdulillah”
Guru  bertambah lagi girangnya mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Takbir”
Murid menjawab mudah: “Allahuakbar”
Guru   amat gembira mendengar jawapan tersebut. Seterusnya “Sebutkan oleh mu Tahlil”
Murid ini mula mengerutkan dahinya. Selepas lama berfikir beliau menjawab “Nak buat tahlil pendek atau tahlil panjang?
Kini Guru pula yang berkerut-kerut dahinya. Seterusnya “Saya tidak pernah pula mengajarkan kepada engkau dahulu tahlil pendek atau tahlil panjang. Bacakanlah apa yang kamu tahu tentang Tahlil!”
Murid semakin panjang kerut dahinya dan semakin jauh berfikir. Seterusnya menjawab: “Nak sedekahkan pahala tahlil ini kepada arwah siapa?”
Guru kini hilang segala raut wajah gembira sebagaimana sebelumnya. Kerutan dahi  beliau semakin nyata menggambarkan kesugulan yang amat jelas. Seterusnya guru menjawab “Saya tidak pernah mengajarkan amalan sedekah pahala tahlil kepada arwah. Dari mana kamu dapat ilmu mengarut ini?”
Murid semakin pening dengan penjelasan Gurunya. “Saya diajarkan oleh pemimpin dan guru-guru kami di sini tambahan pula nenek moyang kami juga mengamalkan amalan tahlil sebegini”
Guru   seterusnya mendesak Murid ini: “Bacakanlah oleh mu sebagaimana kamu biasa bertahlil”.
Murid: “Maaf saya tidak dapat bertahlil kerana saya tidak hafal dan tidak ada buku panduan bertahlil di sini”
Guru  : “Tahlil adalah ucapan lailahaillallah. Bagaimana kamu tidak menghafalkannya? Adakah kamu tidak membaca tahlil ini dalam solat kamu?”
Murid tercengang : “Saya minta maaf kerana menurut fahaman saya tahlil adalah perkara lain” Murid ini lalu bergegas mencari buku panduan bertahlil di dalam rumahnya dan setelah ditemui lalu diberikannya kepada Guru.
Sebaik sahaja Guru membuka buku panduan tahlil tersebut, guru kelihatan amat marah dan bersedih lantas berkata: “Laknat Allah dan celaka sungguh mereka yang berani merubah syariat Nabi Muhamad SAW. Lain yang diajarkan lain pula yang mereka amalkan. Sesungguhnya setiap yang baru dalam agama Islam adalah bidaah dan setiap bidaah adalah neraka”
Kedua-dua Guru dan Murid lama termenung. Masing-masing menerawang jauh dengan kesedihan yang mendalam. Setelah sekian lama menyepi, Guru meneruskan soal jawab: “Ucapkanlah oleh mu syahadah”
Murid mengucapkan: “ASYHADU ALLA ILAHA ILALLAH WAASYHADUANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.”
Kesedihan guru dari peristiwa sebelumnya hilang dan terpancar pula kegembiraan dengan bacaan syahadah bekas muridnya ini. Seterusnya guru menyambung dengan soalan: “Bagaimana pula bacaan selawat kamu. Bacakanlah aku mahu mendengarnya”
Murid lalu membacakan  selawat Fatih sebagaimana yang selalu diamalkannya yang terdapat di http://koleksi-doa2.blogspot.com/2009/04/pelbagai-selawat-i.html  
Guru menggeleng-gelengkan kepala dan muka  beliau jelas menunjukkan kemarahan. Guru berkata: “Bacakanlah selawat sebagaimana yang saya telah ajarkan dahulu!!”
Mengetahui bacaan selawat sebelumnya adalah salah, lalu Murid ini membacakan pula selawat Syifa yang selalu diamalkannya sebagaimana di http://www.youtube.com/watch?v=laL-kax2ctw
Guru bertambah lagi kemarahannya: “Ini bukan selawat yang saya ajarkan dahulu! Bacaan yang kamu bacakan pula mengandungi amalan tawassul yang merosak agama. Nabi Muhamad SAW adalah seorang penyampai dan bukan pemberi rahmat. Mintalah terus kepada Allah mengapa minta kepada Nabi Muhamad SAW yang sudah wafat?”.
Memandangkan Guru  tidak menerima selawat-selawat yang telah dibacakan, dengan pantas Murid ini membacakan pula selawat-selawat lain seperti :
1      Selawat penghapus dosa selama 80 tahun
2      Selawat Tafrijiyah
3      Selawat Kubra
4      Selawat Munjiyat
5      Selawat Kamaliyat
6      Selawat Badriyah
7      Selawat Nuruzzati
8      Selawat Aliyul Qadri
9      Selawat Nurul Qalbi
10   Selawat Syeikh Fakhrudin Ar-Razi
11   Selawat Ahmad Khujandi
12   Selawat Sayyid Ahmad Al Badawi
13   Selawat Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
14   Selawat menghilangkan dukacita dan kesusahan (Maknanya; Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rahmatilah penghulu kami Muhamad kekasih yang dikasihi, penyembuh segala penyakit dan pelapang segala kesempitan)
Bagi setiap selawat yang dibacakan oleh Murid ini, Guru dengan pantas dan marah menolaknya.
Murid: Membacakan selawat sebagaimana terdapat di dalam solat waktu tahiyat awal dan akhir.
Sebaik sahaja guru mendengar bacaan ini beliau terus mencelah dan berkata: “Itulah bacaan selawat yang saya ajarkan dahulu. Mengapa kamu mencipta berbagai-bagai selawat lain? Adakah kamu lebih hebat dari aku atau Nabi Muhamad SAW? Apakah aku pernah menyorokkan sesuatu yang baik bagi kamu? Apakah Allah SWT terlupa untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad SAW bagaimana cara berselawat? Kembalilah kepada sunnah yang ditinggalkan Nabi Muhamad SAW. Tinggalkanlah segala selawat bidaah yang telah kamu bacakan tadi serta selawat-selawat lain yang tidak pernah diajarkan dalam Islam”
Murid: “Astaghfirullah al ‘azim. Ya Allah ampunilah dosa aku kerana mengamalkan amalan agama yang tidak berlandaskan panduan Mu iaitu Al Quran dan Al Hadis.
Guru   seterusnya mengancam Murid ini dengan membacakan Al Quran serta menjelaskan maksudnya: “Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya baginyalah neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al Jin: 23)
 “Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa (bebas) terhadap kesesatan yang telah ia kuasainya itu dan Kami masukan ia ke Jahannam, dan Jahannam seburuk-buruknya tempat kembali.”(An Nisa:115)


 “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak (pula) perempuan yang mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”(Al-Ahzab:36)
Begitulah lebih kurang cerita saya untuk kali ini.


Wallahuaqlam

Emjay

Monday, 5 October 2009

Breast lump (benjolan pada buah dada) dan pewangi ketiak.

Pewangi ketiak seperti ini boleh menyebabkan breast lump

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbth kepada sdr seagama dan laknat Allah kepada iblis serta pengikutnya.
Lama sungguh tidak menulis. Ada beberapa tajuk yang sudah mula menulis tetapi kerana tidak menemui bahan yang sesuai sebagai sokongan, artikel-artikel ini masih belum dapat dimasukkan ke dalam Laman Emjay.
Kepada para pembaca Laman Emjay, doakanlah saya agar segala urusan berkaitan menulis artikel dimudahkan oleh Allah SWT.
Kali ini saya ingin menulis tentang masalah orang perempuan iaitu tentang  lump atau benjolan pada buah dada. Kalau dalam istilah bahasa Inggeris atau istilah kedoktoran, ia dipanggil “breast lump”.  Kalau nak tahu lebih lanjut tentang breast lump ini, masuk saja GOOGLE dan taipkanlah “breast lump”. Kelak akan keluar berbagai-bagai artikel tentang breast lump ini. Antara anrtikel menarik tentang breast lump di internet ini anda boleh baca seperti di :
4.       dan berbagai artikel lainnya di internet ini.

Berbagai penjelasan diterangkan oleh para doktor dan antara rumusan yang boleh saya jelaskan di sini (menurut pandangan doktor) ialah:
1.       Breast lump adalah kejadian normal di kalangan wanita sama ada sebelum kahwin atau sesudah berkahwin.
2.       Breast lump boleh berlaku sewaktu haid, mengandung atau dikalangan wanita yang sudah berusia.
3.       Sebahagian breast lump adalah sekadar lump dan bukan kanser manakala sebahagian breast lump adalah kanser.
4.       Breast lump adalah disebabkan faktor hormon.
5.       Terdapat breast lump yang sakit  dan ada juga yang tidak meninggalkan sebarang kesan sakit.
6.       Breast lump terdapat dalam pelbagai saiz dan saiz lump ini juga boleh membesar sehingga melebihi saiz bola ping pong.

Baru-baru ini saya didatangi seorang suri rumah, saya namakan Salmah (bukan nama sebenar) yang datang ke rumah saya bersama seorang anak daranya Ida (juga bukan nama sebenar) yang berusia kira-kira 21 tahun. Setelah tamat sesi perbincangan masalah Salmah, suri rumah ini lalu mengemukakan masalah anak daranya Ida. Ida menghidap masalah breast lump ini pada buah dadanya dan saiznya sudah lebih 3cm.
Berdasarkan ilmu yang diajarkan arwah guru, apabila menerima soalan seperti ini saya pun terus mengemukakan soalan “Ada gunakan pewangi ketiak seperti ODORONO?”.
Ida menjawab “ada”.
“Sudah berapa lama gunakan pewangi ketiak ini?” soalan saya seterusnya.
“Sudah beberapa tahun” Ida menjawab.
Terdapat beberapa soalan lain yang berkaitan yang saya ajukan kepada Ida. Setelah cukup data maka saya pun menjelaskan kepada Ida bahawa masalah breast lump yang dihadapi ini adalah disebabkan penggunaan pewangi ketiak seperti ODORONO. Bahan kimia yang terdapat pada pewangi ini menjadikan faktor penting terjadinya breast lump.
Apa yang lebih menarik perhatian dari perbincangan saya dengan Ida dan Puan Salmah ialah bahawa anak sulungnya juga menghadapi masalah yang sama dan saiz breast lump anak sulung ini sudah melebihi saiz bola ping pong. Setelah diselidiki, anak sulung puan Salmah inilah yang mula mengamalkan penggunaan pewangi ketiak dalam keluarganya dan seterusnya memperkenalkan pewangi ketiak ini kepada adik-adiknya.   
Saya lalu menasihati Ida dan adek beradek lainnya agar tidak lagi menggunakan pewangi ketiak. Pewangi ketiak mendatangkan hukum berdosa kerana orang perempuan tidak boleh sama sekali menggunakan wangian apabila keluar rumah. Pewangi dalam apa bentuk sekali pun sama ada bedak, sabun mandi apatah lagi kalau minyak wangi atau perfume, semuanya adalah haram digunakan apabila keluar dari rumah.  Pewangi diharuskan penggunaannya oleh wanita apabila di rumah bersama suami atau mahram.

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam betrsabda: “Seorang wanita, siapapun dia, jika dia (keluar rumah dengan) memakai wangi-wangian, lalu melewati kaum laki-laki agar mereka mencium bau wanginya maka wanita itu adalah seorang pezina”HR an-Nasa’i (no. 5126), Ahmad (4/413)


Saya menasihati Ida dan adek beradek lain agar menjaga makanan dengan memakan makanan yang berkhasiat lagi baik serta menjauhi makanan rapu semoga dalam tempuh beberapa tahun ini breast lump mereka akan sembuh sendiri.
Breast lump pada wanita kebanyakannya diakibatkan oleh pewangi ketiak. Isteri saya waktu muda dahulu pun ada ketulan breast lump pada buah dadanya dan setelah menghentikan pewangi ketiak, ia hilang dengan sendiri.
Terdapat juga breast lump yang mungkin disebabkan oleh sebab-sebab lain. Pada zaman moden ini makanan yang tercemar dengan pelbagai bahan kimia merosak seakan-akan sudah menjadi lumrah dunia. Setiap satunya akan mengakibatkan kesan buruk setelah satu jangka masa yang panjang. Makan krimer hari ini tidak akan mendatangkan kesan buruk pada jantung keesokan harinya. Namun sekiranya amalan ini berterusan, insya-Allah selepas sebulan sudah boleh dirasakan kesanya. Begitulah juga apabila meminum Nescafe. Begitulah juga apabila memakai pewangi ketiak. Ia tidak akan menyebabkan breast lump pada keesokan harinya. Kepada sesiapa yang ingin menjalankan eksperimen, boleh memulakannya pada hari ini dengan menggunakan pewangi ketiak setiap hari dan lihatlah kesannya setelah setahun.

Breast lump tidak merbahaya namun bagi mereka yang menyusukan bayi mereka, ia berkemungkinan menjadi antara penyebab menyebabkan barah buah dada.
JAUHILAH SEBARANG PEWANGI KETIAK. Kalau ingin berusaha untuk menghilangkan bau ketiak, makan kulit limau kasturi adalah satu usaha yang lebih baik. Wanita yang berbau ketiaknya ketika bercampur dengan lelaki di luar rumah adalah lebih baik dari mendapat dosa dengan menggunakan pelbagai perfume atau pewangi ketiak.

Sekian untuk kali ini.
Wallahuaqlam

Emjay