Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 14 August 2010

Imsak dan puasa. Adakah imsak sebahagian syariat Islam?

Imsak dan puasa. Adakah imsak sebahagian syariat Islam?
Assalamualaikum wbh sdr seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya.
Selamat berpuasa kepada umat Islam semoga ibadah puasa kita semua  diterima Allah SWT.
Puasa dan waktu imsak adalah saling bergandingan di Malaysia. Apabila masuk saja bulan Ramadhan, umat Islam akan sibuk mencari surat khabar atau radio atau TV untuk mengetahui waktu imsak bagi kawasan mereka.
Menurut BAHEIS (http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/346a4ffac16b04fd0025735c00122b84?OpenDocument ), Waktu imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh).
Umat Islam  di Malaysia secara umumnya akan menjaga waktu imsak ini di mana mereka akan berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak. Apabila kita perhatikan waktu subuh dan waktu imsak ini, kita akan dapati bahawa waktu imsak ialah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.
Persoalan yang ingin saya bincangkan kali ini ialah:
1.       Adakah waktu imsak ini sebahagian dari syariat Islam?
2.       Adakah Nabi Muhamad melalui hadisnya ada mengajarkan waktu imsak bagi mereka yang berpuasa Ramadhan?
Apabila kita meneliti mana-mana kitab hadis dari Ahmad, Turmizi, Nasaie, Muslim atau Bukhari mahu pun Al Quran, Nabi Muhamad SAW tidak pernah mengajarkan waktu imsak ini. Marilah kita melihat dalil-dalil untuk menolak perkara ini.
1.       Al Baqarah ayat 187:  …. Makan dan minumlah hingga jelas bagi mu antara benang putih dan benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam.
Dalam mentafsirkan maksud benang putih dan benang hitam ini, marilah kita teliti hadis Muslim No 1053 maksudnya: Dari ‘Adi bin Hatim ra katanya; “Setelah turun ayat ….. hingga jelas bagi mu antara benang putih dan benang hitam iaitu fajar…..” maka berkata ‘Adi bin Hatim kepada rasulullah SAW “Ya rasulullah ! Aku meletakkan benang putih dan benang hitam di bawah bantalku untuk membezakan malam dan siang.” Sabda rasulullah SAW “Bantal mu terlalu lebar. Yang dimaksudkan (dengan benang hitam) ialah gelap malam, dan (benang putih) ialah cahaya siang.
2.       Dari kitab sahih Bukhari dan Muslim di riwayatkan oleh al Qasim dari Aisyah bahawa rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya; “Azan Bilal tidak menghalangi makan sahur kalian kerana ia mengumandangkan adzan pada malam hari. Maka makan minumlah sehingga mendengar adzan Ibnu Ummi Maktum kerana ia tidak mengumandangkan adzan melainkan fajar telah terbit.
Berdasarkan hadis ini, adalah menjadi sunnah untuk mengumandangkan azan subuh 2 kali di mana adzan pertama (oleh Bilal) untuk mengejutkan orang bangun dari tidur dan adzan kedua (oleh Ibnu Ummi Maktum) adalah adzan untuk solat. Namun sedihnya dua adzan ini tidak dilakukan di Malaysia. Di Arab Saudi masih dilakukan.
Dari kedua-dua dalil ini jelas bahawa umat Islam adalah dibenarkan untuk makan minum serta berjimak  (rujuk pangkal Baqarah 187) sehingga masuk waktu subuh iaitu apabila telah keluar fajar siddik. Tidak ada sebarang dalil untuk umat Islam berjaga-jaga kira-kira 10 minit sebelum waktu subuh.
Kini sudah jelas bahawa amalan waktu imsak adalah berlawanan dengan dua dalil di atas. Al Quran dan hadis memerintah kita makan minum (jimak) sehingga masuk waktu subuh. Sekarang mari kita lihat pula satu dalil hadis yang menolak sama sekali waktu imsak yang diamalkan di Malaysia.
Dari Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit ia menceritakan: “Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW dan setelah itu kami berdiri untuk mengerjakan solat”. Anas pun bertanya kepada Zaid: “Berapa lama jaraknya antara waktu makan sahur dengan solat?” Zaid menjawab “Kira-kira selama membaca 50 ayat (Al Quran)”.
Dari hadis ini jelas menyatakan bahawa waktu makan sahur adalah kira-kira bacaan 50 ayat dari Al Quran. Kalau membaca ayat-ayat pendek mungkin tempuhnya kira-kira 10 minit dan sekiranya membaca ayat-ayat panjang mungkin tempuhnya 25 - 30 minit. Berdasarkan hadis ini, seseorang yang bersahur pada pukul 4 pagi sebenarnya mereka tidaklah bersahur, mungkin sekadar makan lewat malam atau late supper. Tempuh 10 – 25/30 minit ini adalah amat bersesuaian dengan lumrah manusia untuk makan. Bagi yang makan dengan laju, 10 minit sudah dikira mampu selesai dan bagi orang yang makan perlahan, 25 minit sudah dikira mampu sangat untuk segala bentuk makan dan minum. SubhanAllah mahasuci Allah.
Melalui perbincangan ringkas ini maka sesungguhnya
1.       Waktu imsak adalah bukan sebahagian dari syariaat Islam
2.       Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali melalui hadisnya / sunnahnya mengajarkan waktu imsak iaitu sebagai waktu berjaga-jaga sebelum waktu azan subuh.
Marilah kita semua mencari keberkatan amalan bersahur menurut Islam yang sebenar iaitu kira-kira 10-25/30 minit sebelum azan subuh kerana menurut hadis dari Anas  RA katanya Rasulullah bersabda mafhumnya “Makan sahurlah kamu kerana makan sahur itu mengandungi berkat”.
Satu hadis  dari Amru bin ‘Ash RA katanya Rasulullah bersabda mafhumnya “Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur”
Pada zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan benang putih benang hitam untuk azan subuh dan orang juga tidak lagi melihat matahari terbenam untuk azan Maghrib. Penggunaan jam yang tepat adalah dikira lebih mudah. Orang dengan yakin berbuka hanya dengan melihat jam tangan mereka. Begitu juga orang dengan yakin mampu melihat jam tangan mereka untuk mengenalpasti waktu azan subuh. Tolaklah kefahaman waktu imsak dan bersahurlah sehingga waktu azan subuh semoga kita semua mendapat berkat amalan sahur sebagaimana yang dijanjikan oleh Muhamad SAW dari Allah SWT.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

12 comments:

  1. terima kasih saudara,
    tetapi,adakah masih dibenarkan makan apabila sudah azan?kerana,puasa bukan kah bermula terbit nye fajar?

    ReplyDelete
  2. Asas yg dikeutarakan nampak benar.
    Mesti ada sebabnya kenapa imsak ada di Malaysia. Kupas lagi. maybe boleh rujuk mana-mana sumber JAKIM. Apa kata mereka.
    Selamat berpuasa juga diucapkan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh

    Ramai ulamak termasuk Syaikh al-albani memberikan pendapat bolehnya menghabiskan makanan/minuman yg ada di tangan waktu sahur jika tiba-tiba azan berkumandang. Ini adalah berdasarkan hadis
    Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas makanan / minuman masih berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sebelum dia menunaikan hajatnya dari bekas tersebut".

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum emjayjb,

    Saya dari forum Lowyat.net, saya ada terjumpa artikel Tuan yg berikut yang menarik perhatian saya:

    "Bagi yang tidak berilmu atau yang sememangnya “buta”, orang seperti ini pun dibiarkan terus menyesatkan orang lain sama seperti bagaimana mereka membiarkan bomoh sesat seperti bomoh di Pusat Rawatan Keraton di Sentul yang diusahakan oleh Prof Dato Dr Raden Johari Mansor sebagaimana telah saya ceritakan dalam artikel saya Bomoh di Malaysia semakin moden dan canggih, tahniah syaitan di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/118 ." - emjayjb

    Bolehkah kiranya tuan menjadikan link di atas "public", saya ingin membaca artikel berkenaan Johari Mansor tersebut.
    Tuan boleh melawat laman2 web berikut untuk perbincangan mengenai "Pusat Rawatan Keraton"

    http://forum.lowyat.net/topic/1070318

    http://mahaguru58.blogspot.com/2008/06/pusat-rawatan-keraton-defies.html (sila lihat bahagian2 komen)

    http://forum.malaysianmedicine.com/topic.asp?TOPIC_ID=2503

    (nota: nama "Cybersetan" yg saya gunakan hanyalah nama semata2 yg saya gunakan online semenjak tahun 2000 lagi, harap Tuan tidak kisah)

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussaam wbh

    Sila buka PM Multiply sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.
    Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Boleh Tuan tolong terangkan berkenaan zakat fitrah. Saya baca zakat fitrah lebih afdal kalau deiberikan terus ke fakir miskin.

    ReplyDelete
  8. maaf ye kalau saya kepo, tapi disini ada satu article tentang zakat fitran

    http://www.islamiq.sg/

    ReplyDelete
  9. Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  10. terima kasih ustaz di atas pencerahan..

    ReplyDelete