Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 23 July 2013

Pijak nama Allah lawan Pijak Allah



Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu ala asyrafilanbiya iwal mursalin waala alihi waashabihi ajmain
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Assalamualaikum wbh

Gambar di atas adalah gambar yang saya scan dari akhbar Harian Metro  bertarikh 7 Jun 2013 mukasurat 43.

Bukan main lagi pegawai JAJ iaitu ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Johor (JAJ) mengadakan operasi di beberapa kedai di bandaraya Johor Bahru selepas menerima aduan dari orang ramai. 

Katanya, (En Yosree Ikhsan) apabila diminta penjelasan, pemilik kedai berkenaan menyatakan dia tidak sedar perkara itu.

“Bolehkah anda bayangkan seseorang memijak kalimah Allah”

“Perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana menjejaskan sensitiviti umat Islam” katanya.

Yosree berkata, susulan serbuan berkenaan, pihaknya merampas barangan berkenaan.
Wahhh bukan main marah pegawai JAJ Yosree ini apabila kalimah Allah dipijak-pijak. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen awal tentang isu pijak kalimah Allah pada selipar. Insyaallah saya akan komen dipenghujung artikel ini. Saya memulakan perbincangan isu kali ini dengan persoalan “Dimana Allah SWT”.

Soalan ini adalah satu soalan yang amat mudah dan jawapannya juga amat mudah. Buka dan semak Al Quran dan dapatlah jawapannya yang tepat  iaitu Allah bersemayam di Arasy. Tetapi mengapa persoalan ini menjadi rumit? Inilah hasil kerja fahaman orang-orang tareqat yang tak habis-habis mengubah Agama Islam. Al Quran dan Al Hadis mengajarkan Allah di Arasy tetapi mereka golongan tareqat mengajarkan pula perkara yang bertentangan iaitu :

  1. Allah berada di mana-mana
  2. Allah berada di dalam hati.
  3. Allah tidak bertempat

Apabila kita semak persoalan ini kepada orang awam di Johor, majoriti mereka menjawab menggunakan ajaran fahaman tareqat ini iaitu sama ada Allah di mana-mana atau tidak bertempat atau Allah berada di dalam hati mereka. Bila saya menyoal perkara yang sama kepada ustaz ustazah yang mengajar di sekolah agama Negeri Johor, majoriti mereka juga menjawab dengan jawapan yang sama . Hanya segelintir dari mereka yang menjawab Allah di Arasy.

Untuk membaca penjelasan lanjut persoalan di mana Allah ini bolehlah pembaca membaca di http://laman-emjay.blogspot.com/2010/01/persoalan-di-mana-allah-swt.html 
Allah SWT telah menyatakan bahawa Alah berada di arasy berdasarkan banyak ayat-ayat dari Al Quran berikut seperti:

[7:54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy........

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. …………

[13:2] Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; ............

[20:5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[25:59] Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, ……..

Kalau tak faham juga penjelasan Allah SWT sebagaimana di dalam ayat-ayat Al Quran di atas, bolehlah semak kitab tafsir Jalalain. Kalau nak kitab tafsir yang tercanggih bolehlah merujuk ke kitab tafsir Ibnu Katsir. Kalau masih tak reti dan tak faham juga bolehlah belajar bahasa Arab apa makna “”astawa a’lal arsy”.

Maka dengan ini umat Islam tidak sepatutnya mempercayai bahawa Allah SWT berada di mana-mana atau tidak bertempat atau di dalam hati kerana kepercayaan songsang seperti ini merosak akidah kerana bertentangan dengan kenyataan dalam Al Quran. Amalan songsang seperti ini hanya layak diguna pakai oleh orang-orang tareqat sahaja.

Orang tareqat memang amat ramai di Malaysia dan mungkin merupakan golongan majoriti dan sebab itulah ramai juga orang tareqat yang menjadi mufti.

Kali ini saya ingin membawa para pembaca sekelian melihat kebatilan kepercayaan orang-orang tareqat dalam isu persoalan dimana Allah SWT menggunakan dalil aqli iaitu dalil yang bersumber dari akal fikiran yang rasional.

Orang tareqat mengatakan Allah dimana-mana!!! Berdasarkan fahaman ini maka dengan itu berdasarkan dalil aqli, Allah berada dimana-mana termasuk di dalam tahi, air kencing, dalam lubang tahi, dalam babi, dalam anjing, di atas tanah , di selipar dan kasut. Maka berdasarkan dalil aqli ini, adalah tidak wajar kita berjalan kaki kerana kelak kita akan memijak Allah?? Tidak wajar kita kencing dan berak kerana kelak kita akan berak dan kencing kepada Allah? Tidak wajarlah kita minum air kerana kelak kita meminum Allah?? Tidak wajarlah kita makan sebarang makanan kerana kelak kita akan memakan Allah SWT?? Tidak wajarlah kita membunuh dan menghina babi kerana di dalamnya ada Allah??

Begitulah dahsyatnya implikasi kepercayaan karut orang tareqat yang mengajarkan bahawa Allah SWT berada dimana-mana. Pijak nama Allah yang terdapat diselipar tahu pulak JAJ marah, tetapi apabila umat Islam pijak Allah SWT yang terdapat dimerata-rata tempat tak marah pun!! Walhal yang dipijak di selipar tu bukan Allah SWT cuma sekadar namaNya sahaja sedangkan kalau berdasarkan ajaran tareqat, Allah berada di mana mana akan membawa implikasi bawa setiap saat kita akan memijak Allah, berak kencing kepada Allah, memukul Allah, apabila kita menyembelih ayam kita sembelih Allah dan apabila kita makan minum maka kita akan minum Allah. Amat buruk dan hodoh sekali ajaran orang tareqat ini. Itulah akibatnya bila manusia merubah maksud Al quran. Dalam Al Quran Allah menjelaskan Allah berada di arasy tetapi orang tareqat merubah maksudnya kepada seperti “kekuasaan”. Seolah-olah kekuasaan Allah hanya berada di arasy sahaja.

Orang tareqat mengatakan Allah berada di dalam hati!!! Dalam ajaran orang tareqat, mereka perlu bersolok dengan melakukan pelbagai ritual khas sehingga akhirnya Allah SWT akan turun bertemu mereka untuk mengampunkan segala dosa dan seterusnya Allah yang ditemuinya itu akan bergerak masuk ke dalam hatinya. Pada peringkat inilah yang dikatakan “dalam aku ada DIA dan dalam DIA ada aku” sebagaimana lagu yang dinyanyikan oleh M Nasir. Maka bersebatilah pengamal tareqat itu dengan Allah SWT dan pada tahap itu Allah SWT berada dalam hati-hati mereka.

Sesungguhnya menolak Al Quran atau mengubah Al Quran adalah satu perbuatan merosak akidah. Allah menyatakan DIA berada di Arasy dan ajaran tareqat telah menolak ayat Al Quran ini dan merubahnya pula bahawa Alah SWT boleh berada didalam hati hati mereka. Nauzubillahiminzalik!! (“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)).”

Menjual dan menggunakan selipar yang bertuliskan Allah adalah sesuatu yang tidak wajar namun apa yang lebih buruk dari perkara ini ialah apabila umat Islam mempercayai bahawa Allah berada dimana-mana. Kepercayaan ini sesungguhnya merosakkan akidah kerana bertentangan dengan Al Quran dan al hadis. Begitulah juga dengan kepercayaan bahawa Allah SWT berada didalam hati adalah juga merosak akidah. Kepercayaan Allah tidak bertempat juga telah merosak akidah.

Sekian wallahua’lam

Emjay

Thursday, 18 July 2013

Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick

Bismillahirrahmannirrahim

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.

Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah dengan situasi Laman Emjay di Blogspot sudah semakin teratur, seronok sikit untuk menulis. Kali ini saya ingin menulis artikel berkenaan pengambilan MILO, Nescafe dan Sunquick serta kesan pengambilannya.  Semoga Allah SWT memudahkan penulisan ini.

Alhamdulillah pada 15 Mach 2007 saya telah menulis artikel bertajuk

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs

Di dalam artikel tersebut saya menjelaskan 
  1. Punca-punca seseorang menghidap penyakit gout
  2. Pantang larang bagi pesakit gout
  3. Kaedah untuk merawat penyakit gout
Di dalam artikel tersebut saya ada menulis bahawa minuman Milo adalah antara punca penyakit gout. Selain Milo, Nescafe dan minuman Sunquick juga adalah antara punca penyakit gout dan juga mengakibatkan penyakit arthritis dan diabetes serta kegagalan fungsi buah pinggang.

Pada kira-kira dua bulan lepas, seorang ibu berusia sekitar 40 tahun mengadu pinggangnya kerap sakit. Saya kata "buah pinggang engkau dah mula meragam".

Wanita ini seakan-akan tidak puas hati dengan jawapan saya lalu berkata "tetapi sakitnya tu kat bawah lagi, Rasanya bukan buah pinggang"

Saya menjawab "cuba engkau bangun berdiri membelakangkan saya dan tunjukkan bahagian yang engkau kerap sakit tu"

Wanita ini berdiri membelakangi saya dan menunjukkan bahagian pinggangnya yang kerap sakit tu. Saya lalu berkata "ha tu bahagian buah pinggang kau lah tu"

Wanita ini macam tak gembira diberitahu buah pinggangnya sudah mula meragam. Saya pun menyoal ibu ini tabiaat pengambilan makanan dan minumannya. Alhamdulillah amalan permakanannya baik melainkan satu iaitu ibu ini gemar minum air Sunquick. Lihat gambar botol air sunquick di bawah:

Pendek kata bekalan air minuman Sunquick ini sentiasa ada di rumah wanita ini bukan untuk tempuh setahun dua tetapi sudah amat lama bertahun tahun. Wanita ini berserta anak anak dan suaminya memang kerap minum air Sunquick ini.

Saya memberi arahan kepada anak sulung wanita ini "balik rumah nanti tugas engkau ialah ambil botol minuman sunquick di rumah dan terus buang ke dalam tong sampah"

Anak sulung wanita ini menjawab dengan wajah tidak gembira "tetapi botol sunquick ini masih penuh, baru beli"

Lalu saya segera membalas "lagi penuh botol sunquick tu lagi perlu kau buang kerana kalau masuk perut lagi mudarat'

Pada minggu berikutnya wanita ini datang lagi bersama keluarganya untuk menyambung pelajaran ilmu agama. Saya memulakan kelas dengan soalan kepada wanita tersebut "macam mana dengan masalah pinggang sakit kau tu?"

Wanita ini dengan muka gembira berkata "lepas nasihat dulu saya sudah tidak minum lagi Sunquick dan alhamdulillah saya terus tidak lagi mengalami sakit pinggang".

Begitulah kesan pengambilan air Sunquick. Apabila sampai satu tahap ia akan menyebabkan sakit pinggang dan bila diteruskan pengambilan Sunquick ini ia akan menyebabkan tahap kerosakan buah pinggang yang lebih serius dan tahap seterusnya, penyakit GOUT sedia menanti.


Bagi mereka yang sudah kena penyakit gout atau arthritis, mereka boleh mencuba minum air Sunquick untuk tempuh beberapa hari dan lihatlah sendiri kesan pengambilan air Sunquick ini. Bagi mereka yang cukup sihat, pengambilan sekali sekala air Sunquick mungkin tidak memberikan kesan tetapi bagi mereka yang sudah mula bermasalah dengan buah pinggang, pengambilan Sunquick meninggalkan kesan yang jelas.

Apabila air sunquick ini memudaratkan buah pinggang, jadi apakah pilihan lain yang boleh diambil? Setakat ini, pengambilan air Ribena saya dapati tidak meninggalkan mudarat begitu juga air sirap. Air jus perisa buah-buahan di pasaran, elakkanlah kerana semata-mata perasa dan pewarna.


Jus Ribena
Begitulah juga air Nescafe. Tak usahlah minum Nescafe. Nescafe ni mahal begitu juga dengan Milo. Mahal kalau mendatangkan khasiat tidak mengapa. Saya telah diazab perit oleh Allah dahulu antaranya akibat minum air Sunquick, Nescafe dan Milo.
Kalau kita bertanya kepada beberapa orang sama ada mereka minum Nescafe atau tidak, mungkin kita akan temui jawapan "aku tidak boleh minum Nescafe, kalau minum aku pening". Ada orang yang bila minum Nescafe akan pening kepala, ada yang sakit tengkuk dan ada macam macam jawapan lain.

Begitulah lumrahnya minuman perosak kesihatan Nescafe. Kalau air susu lembu diminum, insyaallah tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan negatif malahan peminumnya bakal mendapat kesan positif seperti mudah buang air besar dan sebagainya.

Tidak perlulah pembaca semua mengikuti laluan kehidupan saya dengan mengambil Nescafe dan Milo. Alhamdulillah hidup lebih sihat tanpa Nescafe dan Milo. 

Air kopi dan teh saya memang minum. Campur susu tepung fullcream sedap sekali.


Tentang Milo, aduh mengucap panjang saya apabila terkenang azab Allah pada diri saya akibat MILO!! Sekian lama saya menghidap gout dahulu, walau pun saya sudah berjaga-jaga dengan segala pantang larang namun situasi gout saya tetap sensitif. Apabila saya dalam keadaan sihat,  cuba makan sepotong piza, keesokan harinya saya kaki sudah bengkak kena gout. Pendek kata tidak boleh salah makan, memang bakal kena gout bila terambil makanan yang menjadi pantang larangnya.

Alhamdulillah setelah berhenti mengambil MILO, terima kasih ya Allah semoga gout saya tidak berulang lagi. Saya juga dapat rahmat kedua iaitu belanja dapur berkurang kerana harga Milo ni agak mahal juga.

Tentang kesan pengambilan Milo kepada kanak-kanak pula, marilah pembaca sekelian melihat kesan apabila anak kecil mengambil Milo berterusan untuk satu tempuh dan selepas itu hentikan pengambilan Milo. Lihatlah kesan bentuk tahi anak-anak kecil anda. Insyaallah anda akan perasan bahawa anak-anak kecil sukar buang air besar dan tahinya juga keras setelah mengambil Milo. Apabila anak-anak tidak mengambil Milo, mereka lebih mudah buang air besar dan tahinya juga tidak keras. Itu adalah antara kesan buruk mengambil Milo.

Jika pengambilan Milo pada kanak-kanak ini diteruskan sejak kecil hingga dewasa, inilah yang menjadi antara punca kerosakan buah pinggang mengakibatkan gout, diabetes atau arthritis.

Milo sudah cukup jahat namun apa yang lebih jahat lagi ialah gambar di bawah:
  

Milo 3 in 1 ini lebih merbahaya berbanding Milo sahaja. Milo 3 in 1 mengandungi gula dan non dairy creamer. Non dairy creamer inilah yang menjadikan minuman 3 in 1 ini semakin merbahaya. Milo merbahaya kepada buah pinggang manakala non dairy creamer ini sangat merbahaya kepada jantung.

Berkenaan krimer bukan tenusu (non dairy creamer), saya ada menulis artikel berkenaannya di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/04/kalau-nak-sihat-elakkan-makan-krimer.html

Sebagai penutup, elakkanlah mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Ia hanya menjadikan hidup kita lebih sengsara. Sebenarnya nasihat saya melalui artikel ini amat mudah diamalkan sekiranya Allah SWT ingin memberikan rahmatNya kepada anda. Namun kalau sebaliknya ia akan menjadi sukar sekiranya Allah tidak ingin memberikan rahmatNya. Saya waktu saya jahil dahulu, Allah SWT mentadbir saya seisi keluarga mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Alhamdulillah kini semuanya sekadar bahan sejarah saya. Wanita yang saya ceritakan di atas yang mengambil Sunquick, Allah mudahkannya bercerita masalahnya lalu diberikan penyelesaian oleh Allah SWT selepas beliau memperbaiki agamanya.

Dengan itu marilah sama-sama kita semua memperelokkan agama kita semoga Allah SWT redha dengan kita lalu ditadbirkan kita semua mengambil makanan minuman yang halal lagi baik dan seterusnya Allah memberikan kita semua rahmat kesihatan dan dijauhi segala jenis penyakit, Kesihatan bukan suatu yang percuma, Ia perlu dibeli dengan takwa.

Sekian untuk kali ini 

Wassalam wallahua'lam

Emjay


Wednesday, 17 July 2013

Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, cvt dsbnya

Assalamualaikum wbh.

Artikel ini saya tempatkan ditempatnya yang asal di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/hukum-mengamalkan-aura-chakra-kuasa.html . Sila klik link ini.

Maaf di atas segala kesulitan

Emjay

Di atas segala musibah, kitalah yang menzalimi diri sendiri



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim

Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Saya mulakan penulisan saya kali ini dengan terjemahan Al Quran dari surah Asy- Syura ayat 30:
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Dan juga dari surah An Nisaak ayat 111:
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan juga dari surah Al Mukmin ayat 40:

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya;

Dan juga dari surah Yunus ayat 27:
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding/setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan

Kali ini saya ingin menceritakan kisah bala musibah yang dialami oleh dua hamba Allah yang saya kenali semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Saya namakan mereka sebagai AA dan BB.

Berdasarkan ayat 40 surah Al Mukmin dan ayat 27 surah Yunus, apa yang kita semua perlu fahami adalah bahawa Allah al Syakur yang maha pembalas akan membalas setiap kesalahan kita dengan sesuatu azab musibah yang setimpal. Sekiranya seseorang menghidap penyakit siplis yang mengerikan, tahulah kita bahawa orang tersebut melakukan dosa besar iaitu berzina. Apabila kita mencuri insyaAllah kita pula mengalami kecurian. Amat setimpal dan amat adil balasan dari Allah.

Penyakit diabetes/kencing manis pula adalah penyakit yang berat yang merosakkan keseimbangan serta fungsi tubuh badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang amat perit. Penyakit ini melemahkan syahwat dan boleh mengakibatkan anggota seperti kaki dipotong sebagaimana berlaku baru baru ini kepada bekas menteri besar Kedah ustaz Azizan. Berdasarkan kaedah yang sama merujuk kepada ayat ayat yang sama iaitu Al Mukmin:40 dan Yunus:27, pastinya bala musibah berat ini adalah disebabkan dosa yang berat juga.

Kalau zina dibalas Allah SWT dengan siplis atau gonorea, jadi diabetes/siplis disebabkan dosa apa? Sebelum kita menjawab persoalan ini, marilah kita lihat mana lebih berat penyakit siplis atau diabetes? Penyakit siplis walau pun berat namun apabila dirawat dan taubat dari berzina lumrahnya mudah untuk sembuh. Manakala diabetes memberikan kesan berat yang boleh menyebabkan koma, lemah syahwat, banyak makanan tidak boleh lagi dimakan dan sebagainya yang berterusan untuk jangka masa yang lama dan boleh menjadi kritikal sehingga kena potong kaki dan lebih parah kena dialisis.

Berdasarkan penjelasan ini, agak-agaknya mana yang lebih berat azabnya adakah siplis atau kencing manis. Pastinya jawapan dari persoalan ini ialah kencing manis adalah satu penyakit yang lebih berat berbanding siplis. Apabila balasan dari Allah melalui penyakit siplis adalah disebabkan perbuatan zina, pastinya azab penyakit diabetes adalah Allah SWT berikan akibat satu perbuata dosa yang lebih besar berbanding zina.

Apakah perbuatan dosa yang lebih besar berbanding zina? Membunuh dan minum arak serta berjudi adalah juga dosa-dosa besar namun dosa-dosa ini lebih kepada setaraf dosa zina dan bukan dosa yang lebih besar. Jadi apakah dosa yang lebih besar berbanding zina, arak, judi dan membunuh?? Tidak lain tidak bukan jawapannya adalah kerosakan akidah akibat melakukan sesuatu seperti mensyirikkan Allah. Dosa syirik sememang dosa yang teramat besar mengatasi segala dosa-dosa besar lainnya seperti berzina, minum arak, berjudi dan membunuh.

Seorang hambaAllah diberikan penyakit diabetes untuk tempuh yang lama rasanya lebih dari sepuluh tahun. Rupanya hambaAllah ini disebalik kelihatan warak dan kaki masjid/surau rupa-rupanya adalah perawat Darul Syifak semenjak tahun 1990an. Belajar dengan Amran Kasimin dan ditauliahkan oleh Harun Din. Lagi dia beramal dengan kaedah Darul Syifak lagi anak-anaknya diazab dengan histeria selain Allah memberikannya DIABETES. Alhamdulillah hambaAllah ini setelah bertaubat kini kanser prostate yang dihadapinya telah Allah SWT sembuhkan manakala diabetesnya sudah semakin insyaallah pulih dengan bacaan gula sekitar 7 dan suntikan insulinnya semakin berkurangan. Semoga dalam dua bulan lagi hambaAllah ini tiada lagi suntikan insulin. Sila rujuk artikel amalan darul syifak melalui artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2012/12/lagi-penjelasan-tentang-kesesatan.html


Begitulah Allah dengan konsep rotan dan apel. Bila buat dosa dikenakan rotan dan bila melakukan sesuatu yang baik lalu diberikan apel. Hamba Allah ini melakukan syirik melalui amalan kaedah Darul syifak diberikan Allah SWT diabetes dan masalah anak-anak kena histeria dan bila balik ke pangkal jalan lalu Allah sembuhkan prostate cancer dan diabetes insyaallah bakal pulih. Anaknya yang kena histeria di sekolah alhamdulillah sudah tidak berulang lagi.

Kes pesakit diabetes yang patut dijadikan model apabila membincangkan kes sebegini ialah seorang hambaallah yang mengidap diabetes semenjak sebelum usia 30 tahun. Bila disiasat rupanya hambaallah ini mengamalkan ilmu persilatan beserta pelbagai ilmu yang bukan-bukan seperti ilmu kebal dan sebagainya semenjak masih muda. Hadiah dari kesesatan ini Allah memberikan diabetes. Alhamdulillah hambaallah ini mula belajar melalui telefon semenjak awal penubuhan Laman Emjay dahulu. Selepas datang menginap di rumah saya bersama anak isteri untuk mendalami ilmu tauhid, sempatlah saya mengajarkan rawatan diabetes dan dengan kuasa Allah alhamdulillah amat mudah sekali hambaallah ini sembuh dengan pantas. Kini diabetes sudah menjadi sejarah lampau bagi hambaallah ini.

Kembali kepada dua hambaAllah yang saya namakan AA dan BB, kedua dua mereka sudah lama menghidap diabetes. AA saya lebih mengenalinya dan amalan bidaahnya cukup hebat. Perbuatan syiriknya tidaklah saya ketahui namun pada awal tahun ini saya terlihat barang-barang sesat di hadapan rumah AA seperti gambar  di bawah:



Apabila terlihat kotak kotak air ishraq sebagaimana di atas dihadapan rumah AA maka fahamlah saya bahawa AA telah syirik malahan bukan syirik biasa. Apabila AA mengedarkan air ini maka AA sudah menjadi sesat dan menyesatkan orang lain. Laman air ishraq boleh dilihat di http://www.medicrapid.com/aiq.html .

Apabila saya mengetahui AA menjadi pengedar air sesat ini maka apa yang terfikir di kepala saya ialah AA menzalimi dirinya sendiri dan insyaallah tidak lama lagi AA akan diazab amat berat oleh Allah. AA sudah pun menghidap diabetes mungkin lebih 10 tahun. Berdasarkan ayat-ayat Allah diatas, AA sedang mengundang bala musibah yang lebih berat. 

Alhamdulillah kepada saya kerana bertambah ilmu saya, AA baru-baru ini dimasukkan ke hospital bahagian ICU lebih dari dua minggu kerana masalah batu karang disamping masalah pada organ-organ lain. Begitulah sesungguhnya kita tidak boleh lari ketetapan yang Allah SWT telah tetapkan. Dosa kecil di balas setimpal dengan azab kecil manakala dosa besar dibalas Allah SWT dengan azab musibah yang besar. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada AA.

BB pula seorang pensyarah yang mengamalkan ilmu kuasa minda yang dipelajari dari orang bukan Islam. Ilmu kuasa minda AA telah berkembang dipelbagaikan dengan nama NLP (Neuro Linguistic Programming). Nama macam canggih tetapi intipatinya adalah ilmu kuasa minda. Entah berapa ratus kalau bukan ribuan orang ramai termasuk pegawai atasan universiti yang telah disesatkannya dengan ilmu kuasa minda NLP.

BB sudah menghidap diabetes agak lama dan mungkin lebih dari 10 tahun. Baru-baru ini diabetes BB sudah maju setapak lagi dengan kegagalan fungsi buah pinggang mengakibatkan muka dan badannya bengkak. Doktor sudah menyarankan BB untuk dipasang tapak untuk dialisis. Apabila saya mendengar berita ini saya mengucap "Mahasuci Engkau Ya Allah, janji janji Mu sentiasa benar". Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya. Semoga Allah SWT memberikan taufik hidayahNya kepada sdr BB.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT kepada BB  ialah "mengapa engkau BB tidak menggunakan ilmu NLP yang kononnya hebat untuk merawat dan menyembuhkan penyakit diabetes serta penyakit kegagalan buah pinggang yang kau hadapi? ". Ilmu kuasa minda (mind power) yang diamalkan BB sekadar permainan iblis untuk menyesatkan manusia. Berkenaan kuasa minda ini boleh pembaca sekelian membaca artikel berkenaan di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/05/syirik-moden-aura-chakrakuasa-minda-dan.html dan di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/hukum-mengamalkan-aura-chakra-kuasa.html

Seorang saudara saya yang saya benci dengan amalan suka berbomoh dan amat menentang saya satu ketika dahulu telah juga menghidap diabetes lebih dari 10 tahun. Berbagai azab Allah berikan termasuk patah kaki beberapa kali namun tak serik dengan amalan berbomoh. Kini diabetesnya telah memasuki tahap dialisis. Sudah lebih dua tahun beliau menjalani dialisis. Kesihatannya semakin merudum.

Azab musibah dari Allah SWT diberikan kepada hambaNya adalah atas dasar Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah SWT memberikan azab pedih sebagai musibah bertujuan untuk mengingatkan hambaNya bahawa KAMU ADA DOSA DAN BERTAUBATLAH KAMU. Saya diazab oleh Allah SWT dengan pelbagai azab musibah adalah sesungguhnya benar sememangnya saya banyak berdosa kepada Allah. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa saya.

Anak saya apabila berbuat kesalahan maka atas dasar kasih sayang maka saya berikan marah atau pukulan sebagai satu tanda kasih sayang semoga anak saya kembali menjadi anak yang baik. Allah lebih meyayangi setiap hambaNya. Apabila kita berlaku zalim ke atas diri sendiri dengan melakukan kemungkaran maka Allah SWT datangkan pelbagai azab musibah semoga kita semua kembali ke pangkal jalan. Saya petik sedikit dari ayat Al Quran dibawah “sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim

Bacalah dan fahamilah ayat  ini dari surah Yunus
[105]
"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."
[106]
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
[107]
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia

Sekian untuk kali ini

Wallahua’lam

Emjay

Status Laman Emjay di Blogspot pada 17 Julai 2013



Assalamualaikum wbh

Segala puji bagi Allah yang memberikan begitu banyak rahmatNya. Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada Nabi Muhamad SAW serta semua keluarganya.

Alhamdulillah terima kasih Allah begitu lega sekali rasanya hari ini setelah dapat mengemaskini Laman Emjay setelah berbulan-bulan masa dan keringat dicurahkan. Apabila Multiply sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan khidmat laman sosialnya pada tahun lepas, saya bagaikan tiada upaya dan semangat untuk meneruskan Laman Emjay kerana begitu kecewa dengan cabaran tersebut. Maklumlah setelah sekian lama mengendalikan Laman Emjay semenjak penghujung tahun 2006, alhamdulillah Laman Emjay saya rasakan sudah begitu besar dengan banyak sekali artikel dan reply dari para pembaca. 

Apabila menerima pemberitahuan dari Multiply untuk menutup khidmat laman soailnya, ia bagaikan satu missile Amerika yang menghancurkan usaha sekian lama. Hancur luluh jiwa ini tidak terkira. Begitu banyak ujian yang dihadapi sepanjang mengendalikan Laman Emjay dengan sekian ramai penentang sehingga ke tahap Laman Emjay kena HACKED beberapa kali. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang bukan kecil semata-mata untuk menamatkan riwayat Laman Emjay. Mereka merancang namun Allah merancang juga sedangkan perancangan Allah adalah yang terhebat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan Laman Emjay. 

Memindahkan kandungan Laman Emjay dari Multiply ke laman-emjay.blogspot.com bukan satu kerja mudah. Tujuh kali saya berpindah rumah dahulu pun saya merasakan tidak seberat memindahkan Laman Emjay ke blogspot. Amat Perit sekali. Segala formatting setiap artikel perlu diperbetulkan semula. Segala gambar perlu dipindahkan juga namun banyak juga gambar yang tidak dapat diselamatkan. Segala link ke pelbagai artikel Laman Emjay di Multiply perlu ditukar ke link yang baru di blogspot. Aduhhhhh amat perit sekali. Hanya mengenangkan saham akhirat maka saya pohonkan kekuatan dari Allah SWT untuk memudahkan segala kerja.

Banyak attachment file dalam Laman Emjay lama tidak dapat diselamatkan. Saya redha dengan segala kesukaran. Semoga Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.

Alhamdulillah hari ini saya baru sahaja tamat fasa 1 mengemaskini segala artikel dan gambar foto laman Emjay di blogspot ke satu tahap belum 100% namun sudah agak teratur untuk dilayari oleh pembaca Laman Emjay sekelian. Mungkin saya memerlukan masa yang banyak juga lagi untuk menyempurnakan semua artikel dan gambar foto ke tahap 100%. Doakanlah saya dan ya Allah permudahkan urusan saya mengemaskini Laman Emjay di blogspot ini.

Kepada para pembaca sekelian saya mohon bantuan apabila menemui sebarang format, link yang tak berfungsi, link yang salah atau segala bentuk kecacatan harap dapatlah kirana memaklumkan melalui ruangan comment atau boleh terus email saya di emjayjb@gmail.com. Email lama saya di kangmasjb@hotmail.com  lalu telah kena hacked dan saya telah lama tidak boleh memasukinya.

Itulah sebabnya sudah sekian lama saya tidak menulis sebarang artikel di Laman Emjay kerana terlalu banyak masalah dalaman di Laman Emjay di blogspot ini yang perlu diperbetulkan. Alhamdulillah semoga Allah memudahkan saya selepas ini untuk menulis artikel baru.

Sekian

Emjay