Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Monday, 25 December 2006

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia







TAG
2262
:


Percaya
Atau Tidak: 

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia


((‘Believe it or not’: high profile
murders Malaysian-style) 


Oleh
Ibnu Hakeem -  Malaysia Today
-Laman
M@RHAEN






Kita
kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang
Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para
pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak
dibiarkan. Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan
tanpa kelakuan yang bertamadun. Fakes Hollywood sememangnya kerap memaparkan
realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah
lebih pelik daripada fiksyen?

Ada satu bidang
di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan
penulis skrip Hollywood ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang telah
menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu, mungkin
kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad ‘Gol’
di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di hadapan khalayak
ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak
kecil untuk membelah kepala Samad ‘Gol’ dan membunuhnya serta-merta.


.

Kemudian ada
kisah seorang Timbalan Menteri Belia, Mokhtar Hashim yang telah dihukum
kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi tidak
pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan kisah kebal
si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul
mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).

Mungkin, kes
yang paling hebat ialah kisah Mona Fandy di mana seorang ahli politik yang
ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang dicarinya
tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian menentukan
kekebalannya. (Mona Fandy telah mengerat badan Dato’ Mazlan dan menanamnya
di Kampung Gong, Raub Pahang – penterjemah).

Apa pun, kisah
itu semuanya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan kalau pun ia
mengimbau nostalgia ia mungkin tidak melekat kepada ingatan mereka yang
masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang
baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur
misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang
hanya tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak
jauh bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy

Pada November
1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama
Mustakizah Jaafar. Mengikut laporan akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga
mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah seorang wanita
yang cantik dan memiliki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononnya,
dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang
ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun
kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihan Raya untuk
Barisan Alternatif, menjelang Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999,
Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa
perbicaraan beliau.

“Martabat Kerajaan
Barisan Nasional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang
bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau
menuduh bekas rakan sekabinetnya dahulu berkonspirasi untuk menyingkirkan
beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan
beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan
pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudi
selalu di pejabatnya,” kata Kit siang.

Kemudian muncul
kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada
2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukum penjara
kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan
yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak
pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang
kayu dan si nelayan. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang
jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak
kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seorang pun yang ditangkap dan
didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?

Si pembantu
istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara
selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dahulunya dikenakan hukuman
20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14
tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya
selepas satu pertiga itu dipotong kerana berkelakuan baik. Jadi mereka
mungkin meringkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan
terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan
dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.

Selepas itu
muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan dengan
terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak bersalah, Hanif
Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak
daripada mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah
dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lagi Haniff akan dibebaskan
dari segala tuduhan.

Memang terdapat
banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah laporan
berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk
Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi
(OSA)

***

Norita telah
didapati dibunuh di sebuah apartmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana
mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah,
dua orang detektif polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian
dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan
mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyiasat polis tiba di tempat
kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah
bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati
berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus
dua orang detektif itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya
di bahagian belakang.

Testimoni yang
bercanggahan semacam ini, menunjukkan bahawa tempat kejadian jenayah sudah
pun dicemari. Tetapi kenapa? Dua orang detektif itu tidak pernah dipanggil
untuk memberikan keterangan di mahkamah. Kenapa agaknya? Apabila Pendakwaraya
tidak memanggil dua orang detektif polis itu, Pendakwaraya sebenarnya sengaja
melumpuhkan kes tersebut – dengan kata lain, memberi ruang secukupnya untuk
memenangkan pihak peguambela.

Mereka telah
menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada
membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada
malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci
rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak
pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti
yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja
melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa
perlu mempertahankan dirinya.

Sebagai rumusan;
seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan
sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya
kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya
untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan
melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006,
sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah
kes Altantuya Shaariibuu, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah ditembak
mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang
yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan
Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sebuah bangunan empat tingkat.
Di mana dan bagaimana mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai
kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya
Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan
untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan
mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka
sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian
Mustakizah dahulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia
mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin
kandungannya. (Sekali gus menafikan kemungkinan mengesan siapa bapa kandungan
itu).

Dua orang anggota
UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang penganalis politik
Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri,
Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis
wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk
menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita
yang khusus ini dipercayai menjadi eskort ataupun pengawal peribadi kepada
seorang ternama di peringkat atasan.

Apabila kes
itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan
Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila
beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak
ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan
oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh
tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah
mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada
orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya
kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran
seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah
dianggap pelik. Shafee telah mengumumkan kepada media bahawa Razak Baginda
tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada
mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah
dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa
ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada
sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan
oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi
seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsudin,
media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak
Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan
sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan.
Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah
segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukakan semasa perbicaraan?
Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan
di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat
dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ke tepi seperti
banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?

Mungkin juga
semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan
bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah
dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang
pernah dijatuhkan hukuman mati. Sebelum kita sedari, para pembunuh Hasleza
Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua
ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada
perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan
harga minyak pada awal tahun hadapan.


 

Terjemahan
MT-SPAR
  - 17.12.2006 (suntingan
M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/
reformasi@gmail.com)



10 comments:

  1. Senebarnya mereka-mereka ini telah lupa bahwa mereka juga akan mati...
    untuk menghadapi sakratulmaut org yg seperti 'mereka2 ini' akan yang merasai
    azab sengsara nya.....belum lagi azab di barzah,mahsyar dan.........
    Inilah bahananya bila kita semua( tak semua ) lupa akan hari MATI
    ingatlah wahai sahabat MATI ADALAH PASTI...maka berbekal lah kamu dan bekalan yang paling ampuh ialah TAQWA...melaksana yang diperintah dan menghindar dari yang ditegah ALLAH TAALA......insyaAllah kita akan selamat

    wassallam....

    ReplyDelete
  2. Kuasa esekutif melebihi kuasa kehakiman menyebabkan kepincangan sistem kehakiman di Malaysia. Inilah jadinya bila islam tidak diletakkan ditempat yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. Hukuman dunia bolehlah bebas, tunggulah hukuman di akhirat kelak. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang tu di dunia pun Allah balas.

    ReplyDelete
  5. Apa cerita kes dulu-dulu... pembunuhan satu kampung memali, sik, kedah? Lagi teruk.

    ReplyDelete
  6. cara si antijumud ni menunjukkan dia mempunyai hati yang keras, dan suka memusuhi orang. sepatutnya, bila membaca sesuatu artikel, fikirlanlah, dan renung dulu, bukannya menghantar komen hendak bergaduh. antijumud, jangan buat penilaian ke atas emjay tanpa kamu mengenali emjay dengan lebih dekat, mengenali anak isteri dAN sahabat emjay dengan lebih dekat. bahasa antijumud juga biadap, kalau antijumud betul2 orang yang beriman, tidak perlulah membincangkan sesuatu topik dengan maki hamun dan menyumpah orang lain. saya tidak menyatakan saya menyokong sesiapa, tetapi saya menyokong apa yang betul, dengan menggunakan akal yang diberikan oleh Allah. antijumud ada akal, gunalah akal antijumud dengan sebaik2nya bukannya dengan berbahas dengan bahasa yang kesat. kalau apa yang Emjay tulis ini tidak memuaskan hati antijumud, buat sembahyang istikarah, sembahyang hajat minta Allah tunjukkan kebenaran.bukan nya memfitnah orang lain.cara antijumud boleh mengelirukan orang lain. ingatlah, buat sembahyang istikarah dan sembahyang hajat agar Allah beri petunjuk akan kebenaran sekiranya kamu merasakan si emjay yang sesat dan kamu yang betul.

    ReplyDelete
  7. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  8. ingatlah sejarah kejahatan wahabi sampai menyokong british menentang turki,akhirnya selepas itu seluruh dunia arab di jajah dan palestin terus di jajah sampai sekarang

    ReplyDelete
  9. perghhh...best siut baca cerita...nie...
    macam cerita hollywood tajuk dia..enemy on state...
    takut laa gak kalau sy jadi cam orng dlm cerita tu.......

    ReplyDelete
  10. Dalam dunia ni kita boleh lepas dari semua tuduhan, semuanya "terkunci rapat". Hanya mereka yang bersekongkol dengan "mereka2" ini sahaja yang tahu. Tapi ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Sebarang bentuk "persembunyian", besar @ kecil akan menerima balasan dan hukuman yang setimpal. Kita berdoa sahaja kepada Yang Maha Esa agar roh-roh mereka yang teraniaya ini akan mendapat pembelaan, walaupun bukan di dunia mungkin di akhirat kelak. Amin.........

    ReplyDelete