Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian atau sebarang pemberian lainnya kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
- Meminta/Menerima Rasuah
- Menawar/Memberi Rasuah
- Membuat Tuntutan Palsu
- Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak,
menggoyahkan, memutar balik, menyogok)
Menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:
- melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
- penyalahgunaan harta negara.
- merugikan negara
- memperkaya diri sendiri dan kerabat.
rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!
Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat
penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas)
Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan (mengutip dana) parti politik
untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal (sah) di tempat tertentu lain.
Antara jenis rasuah adalah “pemberian ganjaran” samaada atas nama hadiah, upah tambahan, komisen dan sebagainya kepada orang yang mempunyai kuasa atau penjawat jawatan tertentu dengan tujuan bagi membolehkannya menjatuhkan hukuman (sekiranya hakim) seperti yang dikehendakinya, atau menyelesaikan sesuatu kerja atau mendapatkan sesuatu
kontrak atau melambatkan / mencepatkan sesuatu tugas yang sepatutnya boleh disiapkan.
Sebagai latihan awal, marilah kita buka minda atas kes-kes seperti berikut:
Pak Halim ingin bertanding untuk kerusi ketua bahagian sebuah parti politik:
1. Adakah rasuah sekiranya Pak Halim memberikan sumbangan hari raya bernilai RM500 setiap seorang ke atas semua ajk bahagian, cawangan dan ranting parti yang diwakili
oleh Pak Halim
oleh Pak Halim
2. Adakah rasuah sekiranya Pak Halim membuat jamuan hari raya besar-besaran kepada semua ajk bahagian, cawangan dan ranting parti yang diwakili oleh Pak Halim
3. Pak Halim berjaya menjadi Ketua bahagian parti yang diwakili Pak Halim. Pada pilihan raya umum yang lalu, Pak Halim menjadi calon wakil rakyat. Seminggu sebelum membuang undi, Pak Halim telah mengagihkan duit sebanyak RM100 sebagai duit raya kepada penduduk beberapa kampung di kawasan pilihanraya yang ia tandingi. Adakah
pemberian ini satu rasuah atau tidak.
pemberian ini satu rasuah atau tidak.
4. Sempena kempen pilihan raya, Pak Halim yang bertanding sebagai seorang calon wakil rakyat, pak Halim telah mengagihkan bantuan berupa baja, racun rumpai dan kain batik dan kain pelikat kepada penduduk beberapa kampung lain. Adakah ini juga satu rasuah dan sekiranya ya, siapakah yang berdosa sama ada yang menyumbang atau yang menerimanya?
Marilah kita semua mengambil nasihat berkaitan rasuah ini yang sudah dijelaskan oleh Nabi saw sejak lebih 1400 tahun lalu.
Nabi bersabda mafhumnya: Barang siapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu tugas / kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu ghulul (pengkhianatan). (Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadis sahih; Maálim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
Nabi bersabda kepada seorang gabenor yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian wang yang dikutip sambil berkata: “ Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untuk ku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda mafhumnya : “ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiah mu, sekiranya kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah) (Al Bukhari & Muslim).
Sebagai rumusan, wang hadiah kepada pegawai / penguasa boleh dikira sebagai pengkhianatan (tidak halal) dalam keadaan berikut:
1. Diberikan kepada hakim / orang tertentu bagi memastikan menang kes mahkamah yang
sepatutnya kalah.
sepatutnya kalah.
2. Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri dalam hal ketika didapati
bersalah. Sebagai contoh seorang yang didapati bersalah melakukan kesalahan
trafik membayar duit kopi untuk tidak mendapat surat saman. Haram memberi dan
menerimanya.
bersalah. Sebagai contoh seorang yang didapati bersalah melakukan kesalahan
trafik membayar duit kopi untuk tidak mendapat surat saman. Haram memberi dan
menerimanya.
3. Diberikan kepada pegawai berkuasa (sama ada diletakkan atas nama komisen atau hadiah) bagi mendapatkan sesuatu seperti tender kontrak untuknya. Haram ke atas si pemberi dan si penerima.
4. Diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran lebih awal (potong que atau giliran).
5. Menggunakan kuasanya untuk memberikan sesuatu kontrak / tender kepada orang tertentu dengan syarat diberikan “upah khas” atau “komisen” oleh pembida.
Imam As Syawkani mengingatkan, jika pemberian material boleh diungkit pada masa akan datang bagi memperoleh sesuatu manfaat dikemudian hari bagi si pemberi, eloklah dijauhkan penerimaan tersebut dan cukuplah gaji yang kita perolehi dari majikan untuk membuat
tugasan tersebut dengan cekap, ganjaran selebihnya diserahkan kepada Allah membalasnya.
Sebagai latihan, sila lihat kes ini: Amir adalah seorang penjaga stor yang bertanggung jawab membuat pembelian dari para pembekal. Pembekal sentiasa bersaing sesama mereka untuk mendapatkan pembelian dari Amir.
1. Mengambil upah 1% dari setiap pembelian yang diputuskan?
2. Bolehkah Amir menerima buah-buahan atau nasi bungkus setiap kali pembekal datang
menghantar barang yang dipesan atau mendapatkan pembelian baru?
menghantar barang yang dipesan atau mendapatkan pembelian baru?
3. Bolehkah Amir menerima hadiah sempena hari jadinya dari pembekal?
4. Bolehkah Amir dan rakan setugasnya meminta bantuan kewangan dari para pembekal untuk membiayai sebahagian kos kewangan hari keluarga jabatan Amir bekerja?
5. Bolehkah Amir dan rakan setugas membeli barangan dari pembekal ini untuk kegunaan
peribadinya dengan menggunakan duitnya sendiri tetapi dengan potongan harga
luarbiasa dari harga yang biasa?
peribadinya dengan menggunakan duitnya sendiri tetapi dengan potongan harga
luarbiasa dari harga yang biasa?
6. Bolehkah Amir dan rakan setugas menerima hadiah berupa melancong keluar negara
semata-mata sebagai pemberian mengenang budi dari pembekal.
semata-mata sebagai pemberian mengenang budi dari pembekal.
7. Bolehkah Amir dan rakan setugas menerima hadiah hamper pada setiap hari raya
Pemberian material dalam pelbagai jenis kepada petugas kerajaan atau swasta dari pelanggan mereka jikalau tidak rasuah pastinya syubhat kerana tidak ada siapa pun akan memberi habuan material kepada petugas ini sekiranya petugas ini tidak bekerja di situ dengan jawatan tertentu. Sebagai contoh, di sebuah pejabat, mungkin hanya seorang atau dua sahaja yang kerap mendapat habuan seperti hadiah dan sebagainya namun mari kita fikirkan mengapa petugas lain seperti jurutaip, operator telefon dan kerani-kerani lain dan tukang sapu tidak mendapat habuan yang serupa.
Segala pertanyaan atau komen balas boleh dilakukan melalui emjayjb@gmail.com
Wallahualam, wassalam.
Kangmasjb (Emjay)
No comments:
Post a Comment