Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 26 December 2006

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia

(‘Believe it or not’: high profile murders Malaysian-style)

Oleh
Ibnu Hakeem - Malaysia Today -Laman M@RHAEN
___________________________________________________________________________

Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak dibiarkan. Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa kelakuan yang bertamadun. Fakes Hollywood sememangnya kerap memaparkan realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah lebih pelik daripada fiksyen?

Ada satu bidang di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan penulis skrip Hollywood ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu, mungkin kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad ‘Gol’ di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di hadapan khalayak ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak kecil untuk membelah kepala Samad ‘Gol’ dan membunuhnya serta-merta.

Kemudian ada kisah seorang Timbalan Menteri Belia, Mokhtar Hashim yang telah dihukum kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi tidak pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan kisah kebal si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).

Mungkin, kes yang paling hebat ialah kisah Mona Fandy di mana seorang ahli politik yang
ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang dicarinya tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian menentukan kekebalannya. (Mona Fandy telah mengerat badan Dato’ Mazlan dan menanamnya di Kampung Gong, Raub Pahang – penterjemah).

Apa pun, kisah itu semuanya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan kalau pun ia
mengimbau nostalgia ia mungkin tidak melekat kepada ingatan mereka yang masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang hanya tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak jauh bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy.

Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut laporan akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah seorang wanita yang cantik dan memiliki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononnya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang ternama yang amat rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihan Raya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa perbicaraan beliau. “Martabat Kerajaan Barisan Nasional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dahulu berkonspirasi untuk menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudiselalu di pejabatnya,” kata Kit siang.

Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukum penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang kayu dan si nelayan. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seorang pun yang ditangkap dan didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu.

Kenapa? Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dahulunya dikenakan hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana berkelakuan baik. Jadi mereka mungkin meringkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.

Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan dengan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak bersalah, Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak daripada mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lagi Haniff akan dibebaskan dari segala tuduhan.

Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah laporan
berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)***

Norita telah didapati dibunuh di sebuah apartmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana
mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah, dua orang detektif polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam.

Pasukan penyiasat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang detektif itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya
di bahagian belakang.

Testimoni yang bercanggahan semacam ini, menunjukkan bahawa tempat kejadian jenayah sudah pun dicemari. Tetapi kenapa? Dua orang detektif itu tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Kenapa agaknya? Apabila Pendakwaraya tidak memanggil dua orang detektif polis itu, Pendakwaraya sebenarnya sengaja melumpuhkan kes tersebut – dengan kata lain, memberi ruang secukupnya untuk memenangkan pihak peguambela.

Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada
membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakah Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.

Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah
kes Altantuya Shaariibuu, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang yang arif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sebuah bangunan empat tingkat. Di mana dan bagaimana mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan
untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan
mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka
sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian Mustakizah dahulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin kandungannya. (Sekali gus menafikan kemungkinan mengesan siapa bapa kandungan itu).

Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang penganalis politik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita yang khusus ini dipercayai menjadi eskort ataupun pengawal peribadi kepada seorang ternama di peringkat atasan.

Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan
Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafee telah mengumumkan kepada media bahawa Razak Baginda
tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah dilakukan di Shah Alam.

Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsudin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak
Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan.

Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukakan semasa perbicaraan? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ke tepi seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?

Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan
bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang pernah dijatuhkan hukuman mati. Sebelum kita sedari, para pembunuh Hasleza Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan harga minyak pada awal tahun hadapan.


Terjemahan
MT-SPAR - 17.12.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/
reformasi@gmail.com)

10 comments:

  1. Senebarnya mereka-mereka ini telah lupa bahwa mereka juga akan mati...
    untuk menghadapi sakratulmaut org yg seperti 'mereka2 ini' akan yang merasai
    azab sengsara nya.....belum lagi azab di barzah,mahsyar dan.........
    Inilah bahananya bila kita semua( tak semua ) lupa akan hari MATI
    ingatlah wahai sahabat MATI ADALAH PASTI...maka berbekal lah kamu dan bekalan yang paling ampuh ialah TAQWA...melaksana yang diperintah dan menghindar dari yang ditegah ALLAH TAALA......insyaAllah kita akan selamat

    wassallam....

    ReplyDelete
  2. Kuasa esekutif melebihi kuasa kehakiman menyebabkan kepincangan sistem kehakiman di Malaysia. Inilah jadinya bila islam tidak diletakkan ditempat yg sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. Hukuman dunia bolehlah bebas, tunggulah hukuman di akhirat kelak. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang tu di dunia pun Allah balas.

    ReplyDelete
  5. Apa cerita kes dulu-dulu... pembunuhan satu kampung memali, sik, kedah? Lagi teruk.

    ReplyDelete
  6. cara si antijumud ni menunjukkan dia mempunyai hati yang keras, dan suka memusuhi orang. sepatutnya, bila membaca sesuatu artikel, fikirlanlah, dan renung dulu, bukannya menghantar komen hendak bergaduh. antijumud, jangan buat penilaian ke atas emjay tanpa kamu mengenali emjay dengan lebih dekat, mengenali anak isteri dAN sahabat emjay dengan lebih dekat. bahasa antijumud juga biadap, kalau antijumud betul2 orang yang beriman, tidak perlulah membincangkan sesuatu topik dengan maki hamun dan menyumpah orang lain. saya tidak menyatakan saya menyokong sesiapa, tetapi saya menyokong apa yang betul, dengan menggunakan akal yang diberikan oleh Allah. antijumud ada akal, gunalah akal antijumud dengan sebaik2nya bukannya dengan berbahas dengan bahasa yang kesat. kalau apa yang Emjay tulis ini tidak memuaskan hati antijumud, buat sembahyang istikarah, sembahyang hajat minta Allah tunjukkan kebenaran.bukan nya memfitnah orang lain.cara antijumud boleh mengelirukan orang lain. ingatlah, buat sembahyang istikarah dan sembahyang hajat agar Allah beri petunjuk akan kebenaran sekiranya kamu merasakan si emjay yang sesat dan kamu yang betul.

    ReplyDelete
  7. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  8. ingatlah sejarah kejahatan wahabi sampai menyokong british menentang turki,akhirnya selepas itu seluruh dunia arab di jajah dan palestin terus di jajah sampai sekarang

    ReplyDelete
  9. perghhh...best siut baca cerita...nie...
    macam cerita hollywood tajuk dia..enemy on state...
    takut laa gak kalau sy jadi cam orng dlm cerita tu.......

    ReplyDelete
  10. Dalam dunia ni kita boleh lepas dari semua tuduhan, semuanya "terkunci rapat". Hanya mereka yang bersekongkol dengan "mereka2" ini sahaja yang tahu. Tapi ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Sebarang bentuk "persembunyian", besar @ kecil akan menerima balasan dan hukuman yang setimpal. Kita berdoa sahaja kepada Yang Maha Esa agar roh-roh mereka yang teraniaya ini akan mendapat pembelaan, walaupun bukan di dunia mungkin di akhirat kelak. Amin.........

    ReplyDelete