Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 11 August 2007

Sayangnya “aku” dengan keris puaka

Sayangnya “aku” dengan keris puaka

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Alhamdulillah pada 6 November 2006, saya telah uploadkan 14 gambar foto keris dan senjata puaka. Memang semenjak kecil saya telah banyak didedahkan dengan senjata puaka seperti ini maklumlah saya ini memang berasal dari orang Jawa. Pada waktu itu saya beranggapan bahawa memiliki senjata puaka adalah satu kelebihan atau seolah-olah rahmat dari Allah. 

Disekolah pula saya didedahkan dengan pelbagai cerita menarik tentang senjata puaka seperti keris Taming Sari yang mempunyai pelbagai kesaktian dan antaranya menjadikan orang yang menggunakannya kebal. Di TV pula melalui pelbagai cerita yang menceritakan pelbagai kelebihan menyimpan dan menggunakan senjata puaka ini. Kesemua cerita ini menjadikan saya seolah-olah meredhai penggunaan senjata puaka di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Berbagai-bagai cerita lagi berkenaan senjata puaka didedahkan kepada saya sama-ada di sekolah, di tempat kerja atau dimajalah-majalah. Kini terdapat banyak majalah yang menceritakan senjata puaka ini seolah-olah menyimpan senjata puaka ini dibenarkan dalam Islam. Kisah senjata puaka ini dimantapkan lagi apabila surat khabar arus perdana turut menonjolkan kisah senjata puaka yang dimiliki oleh orang penting dinegeri-negeri mengadakan majlis mandi untuk kesemua senjata puaka mereka oleh bomoh tertentu. Kisah ini pernah diceritakan oleh satu akhbar arus perdana berturut-turut untuk beberapa tahun. Tindakan ini seolah-olah seperti mendidik semua rakyat Islam di Malaysia agar turut menyimpan dan memandikan senjata puaka ini.

Kesemua usaha memartabatkan keris puaka ini oleh buku-buku, majalah, TV, akhbar dll ini semakin mantap dan berjalan lancar kerana mufti-mufti di Malaysia tidak membantah usaha ini dan seolah-olah menghalalkannya. Akibat dari kesemua faktor ini, semakin ramai umat Islam di Malaysia menyangkakan bahawa menyimpan senjata puaka dan mengadakan ritual khas untuk senjata-senjata puaka ini seolah-olah ia adalah salah satu dari ajaran Islam yang dibenarkan. 

Pandangan saya tentang keris puaka ini masih berterusan sehingga awal 80an. Apabila saya dipertemukan Allah dengan arwah guru saya, alhamdulillah pandangan saya telah berubah dan akibatnya saya telah memandang jijik perbuatan menyimpan senjata puaka ini. Saya telah berdoa untuk melupuskan senjata puaka yang di simpan oleh saudara mara saya.

Sepanjang berguru dengan arwah guru saya ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai senjata puaka ini. Pada permulaannya, menakutkan juga namun akhirnya alhamdulillah tidak lagi. 

Berikut saya cuba menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan senjata puaka:

1.      Sebarang senjata (keris, tombak, kerambit, pedang, parang dsbnya) yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya.
2.      Sebarang senjata yang dihasilkan dengan kaedah yang pelik seperti memicit.
3.      Sebarang senjata yang perlu dilakukan ritual tertentu seperti dimandikan dalam upih pinang atau diasap kemenyan atau dmandikan dengan limau nipis.
4.      Sebarang senjata yang berbalut kain selalunya berbalut dengan kain kuning.
5.      Sebarang senjata yang diyakini mempunyai kuasa tertentu yang luar biasa seperti menjadikan penyimpannya kebal, boleh terbang, boleh berkata-kata dsbnya.
6.      Sebarang senjata yang digunakan untuk merawat pesakit atau perubatan.
7.      Sebarang senjata biasa seperti parang atau pedang tetapi telah diyakini membawa tuah.
8.      Senjata yang diwariskan dari keturunan leluhurnya siap dengan aturan penjagaannya.
9.      Sebarang senjata yang dianugerahkan secara rasmi dari perguruan persilatan seperti persilatan Budi Suci yang menganugerahkan keris kepada pelatihnya.

Sebarang senjata seperti keris, pedang, pisau, pedang samurai, tombak atau parang panjang yang tidak melalui mana-mana dari 9 perkara di atas tidaklah dinamakan senjata puaka dan bolehlah untuk disimpan dan digunakan. Saya sendiri pun menyimpan parang yang selalu saya tajamkan. Pagi tadi digunakan untuk memotong pokok dan pada musim haji digunakan untuk menyembelih.

Mengapa salah menggunakan / menyimpan senjata puaka ini?
1.      Senjata yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya samalah dengan tangkal. Tangkal seperti gambar http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html  tidak boleh digunakan kerana penyediaannya telah melalui jampi mantera. Kedudukan senjata puaka ini sebenarnya adalah sama dengan tangkal beras kunyit ini.
2.      Penggunaan senjata puaka dan tangkal sebenarnya telah mengalihkan / memindahkan harapan yang sepatutnya diberikan semata-mata hanya kepada Allah sahaja menjadi harapan kepada makhluk dan ini sudah semestinya merosakkan tauhid uluhiah.  
3.      Ritual khusus seperti mengasap dan memandikan senjata sebenarnya adalah satu ritual pemujaan kepada selain Allah SWT.
4.      Mempercayai tuah dari senjata yang disimpan adalah sudah menyalahi dan berlawanan dengan konsep tauhid rububiah.  Dari sebuah hadis dari Ibnu Masud mafhumnya “mempercayai atau meyakini bahawa usaha seseorang  menyimpan anjinglah yang telah menggagalkan usaha pencuri memasuki rumahnya sudah cukup untuk menjadikan orang tersebut sebagai syirik kerana mempersekutukan Allah dengan anjing dan seolah-olah anjing tersebut mempunyai kuasa mentadbir alam ini sebagaimana Allah SWT melalui tauhid rububiahNya”  
5.      Menggunakan senjata di dalam amalan rawatan pesakit atau perubatan adalah menyalahi Islam kerana telah ada unsur pemujaan kepada senjata tersebut sebagaimana dilakukan oleh bomoh artis di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bomohartis.html#atas .

Apakah akibat yang menjadi sunnatullah lepada orang yang menyimpan senjata puaka ini:

Apa yang menjadi lumrah atau kelaziman yang diberikan Allah kepada orang yang menyimpan senjata puaka ini ialah:

1.      Selalu bergaduh antara suami isteri, anak dengan anak lain dan ibu atau bapa dengan anak-anak.
2.      Anak atau keturunan yang menjadi gila
3.      Penyimpan senjata puaka sentiasa panas badannya dan oleh itu lebih selesa dengan tidak memakai baju walau pun hari sejuk
5.      Berbagai gangguan seperti bunyi yang pelik-pelik di dalam rumah yang menyimpan senjata puaka ini. Kadang-kadang anak-anak atau isteri ternampak hantu-hantu di dalam rumah
6.      Sukar untuk melaksanakan ibadah asas terutama sekali solat 5 waktu.
7.      Keluarga dijauhi pelbagai rahmat dari Allah seperti tidak lepas dari kemiskinan, anak tidak begitu berjaya dalam akademik dan sebagainya.
8.      Tidak ada ketenteraman dan harmoni di dalam keluarga tersebut dan slalu resah gelisah.

Saya menulis artikel berkenaan senjata puaka ini antara tujuannya ialah untuk membantu tiga pembaca Laman Emjay  iaitu anakcurra , abghaz  dan masjoyo  semoga mereka ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hujah-hujah senjata puaka ini, silalah membaca reply dari pembaca dan saya di thread ini, sila ke Album senjata syirik orang Melayu di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/album-senjata-syirik-orang-melayu.html untuk melihat reply sebenar.

Berikut adalah reply yang menarik yang wajar sekali dipaparkan sebagai iktibar yang saya copy paste dari thread tersebut  http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/album-senjata-syirik-orang-melayu.html .

Reply 1
Jgn buang keirs tu, kan boleh dijual?

Reply saya
Assalamualaikum aristz.
Kalau dijual memang boleh dapat harga beribu RM. Orang Melayu memang suka benda syirik seperti ini. Kalau bomoh memang dicari untuk pemujaan semasa mengubat. Saya mengutipnya bukan untuk buat pameran atau dijual malahan semata-mata untuk dilupuskan. Setengahnya saya ambil gambarnya sebagai iktibar. Kalau saya menjualnya, haram memakan hasil jualannya kerana ia akan menambah kesyirikan pembelinya.

Wassalam, Wallhualam.

Reply 2
ustaz kalu senjata tersebut kita buat pertahanan diri.syirik ke?Kekadang saya dengar orang yang bersilat diaorang mesti perah limau kat atas parang tu..Itu perbuatan kurafat ye ustaz?

Reply saya
Kalau saya beli pistol dan disimpan untuk pertahanan diri dan keluarga ia tidak mensyirikkan Allah, cuma sekadar menyalahi hukum Malaysia. Kalau pistol ini saya bawa jumpa bomoh untuk ditepung tawar dan diasap kemenyan maka ia adalah syirik.

Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.

Wassalam wallahualam

Emjay

Reply 3
kalau disimpan utk kegunaan atau senjata warisan salah jugak ker

Reply saya
Andaikan begini: seorang sahabat baik saya balik dari bercuti ke Pulau Bali. Sebagai hadiah cenderamata kepada saya, dihadiahkan kepada saya satu patung orang bali yang diukir cantik pada kayu. Saya menyimpannya atas dasar menghormati seorang sahabat. Hukumnya tetap haram.

Senjata warisan nenek moyang kebanyakkannya berasal dari pulau Jawa yang walaupun baru mengamalkan Islam namun gaya hidup mereka masih saling tidak tumpah berdasarkan agama nenek moyang mereka iaitu agama Hindu. Senjata ini telah dijampi dan diarahkan oleh penjampi kepada syaitan tertentu untuk menjaga senjata ini.

Tidak ada untung menyimpan senjata ini malahan membawa bencana.. Kalau ingin senjata yang lebih berkesan, beli pedang samurai atau parang panjang atau belilah senapang atau pistol adalah jelas lebih meberikan faedah.

Sekian

Wallahualam wassalam

Emjay

Reply 4
keris tu tak salah... yang salah manusia... puja2 buat pe... keris tu sebagai alat je... tak de mudarat dan manaffat pun.... semua alat je... sayang beb kalau lupus gitu je

Reply saya
Begitu juga patung berhala zaman Nabi Ibrahim dan zaman Nabi Muhamad mula berdakwah dahulu. Patung ini tidak bersalah dan berdosa dan hanya manusia sahaja yang salah dan berdosa yang membuatnya dan menyembahnya. Namun Nabi Ibrahim dan Nabi Muhamad tetap menghancurkan berhala yang tidak berdosa ini agar tidak disembah oleh manusia yang jahil.

Inilah juga pegangan saya berkenaan keris ini. Objek ini tidak berdosa namun manusia yang berharap kepada keris ini telahberdosa dan mensyirikkan Allah. Oleh itu setiap keris ini wajib di lupuskan.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 5 dari anakcurra
BERAPA BANYAK PISTOL YG U DAH BELI...SAYA NI TAK MAMPU BELI PISTOL ...TLG BELIKAN SEBIJI BLEH...MUDAH SANGAT CAKAP SYIRIK.....
saudara sepatutnya berhati-hati semasa mengeluarkan pendapat di laman umum seperti ini kerana ianya dibaca oleh ramai orang yng mungkin akan terpengaruh den pendapat saudara

Reply saya
Bagi semua orang Islam sepatutnya mereka mahir untuk menyatakan sama ada sesuatu perbuatan atau amalan adalah syirik atau tidak. Jikalau kita tidak mampu untuk menilai sama ada sesuatu amalan syirik atau tidak, maknanya orang tersebut belum cukup berilmu. Kekurangan ilmu adalah bahaya kerana mudah di tipu oleh syaitan.

Bab senjata sebagaimana gambar di atas, janganlah mudah melenting apabila saya katakannya syirik. Perbuatan syirik dosa paling besar.

Kepada anakcurra, silalah berhujah secara ilmiah mengapa benda ini bukan syirik supaya menjadi petunjuk kepada orang ramai. Laman Emjay memang diwujudkan untuk membantu orang ramai.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 6 dari anakcurra
Assalamualaikum.....saudara... emjay....saya adalah seorang islam melayu keturunan jawa yang skrg ni tggl di malaysia. sebagaimana yg saudara katakan amat mudah untuk mulut kita mengeluarkan kata syirik dan tak berilmu kpd seseorang...sprt mana yg saudara lakukan (MUNGKIN ILMU TUAN TERLALU TINGGI TARAFNYA SEHINGGA BEGITU MUDAH MENYATAKAN SESUATU PENDAPAT TANPA MENGENALI SESEORANG ITU... pada PENDAPAT saya untuk saudara emjay manggunakan tajuk ALBUM SENJATA2 SYIRIK ORANG MELAYU adalah suatu sikap tidak bertanggungjawab sekali kerana sprt yg saya katakan laman ini boleh dilihat oleh semua orang DAN BOLEH MEMPENGARUHI PEMIKIRAN SESEORANG lebih2 lg klu org itu kurang berilmu. Beranikah saudara DI SINI mengatakan semua yang berkaitan dgn senjata melayu khususnya keris itu adalah brg syirik. Sekiranya saudara berani menggunakan TAJUK tsbt seharusnya saudara berani mempertahankan nya. Sedarkah saudara bahawa senjata orang melayu ini disimpan oleh semua lapisan masyarakat...dari org biasa hingga ke pemerintah....beranikah saudara mengatakan yg pemerintah itu syirik.....dan kenyataan saudara SEPERTI berikut :-

1. Senjata warisan nenek moyang kebanyakkannya berasal dari pulau Jawa yang walaupun baru mengamalkan Islam namun gaya hidup mereka masih saling tidak tumpah berdasarkan agama nenek moyang mereka iaitu agama Hindu. Senjata ini telah dijampi dan diarahkan oleh penjampi kepada syaitan tertentu untuk menjaga senjata ini.

2. Tidak ada untung menyimpan senjata ini malahan membawa bencana.. Kalau ingin senjata yang lebih berkesan, beli pedang samurai atau parang panjang atau belilah senapang atau pistol adalah jelas lebih meberikan faedah.

KENYATAAN INI ... amat tidak bertanggungjawab.. seharusnya saudara faham di sanalah tanah yang pernah melahirkan para wali yng berjuang ke jalan Allah...saudara seolah2 menuduh senjata warisan yang pernah digunakan para pejuang islam di zaman para wali untuk menumbangkan kerajaan hindu-buddha Majapahit sebagai senjata syirik. Beranikah saudara mengatakan bahawa Senjata kepunyaan PARA WALI itu sendiri sebagai syirik. Ataupun saudara merasakan yg saudara lebih MULIA dari para wali tersebut.... Memang saya akui terdapat dua kategori senjata warisan iaitu tinggalan para WALI dan zamannya dan satu lagi dari tinggalan pengaruh Hindu-Buddha....seharusnya saudara lebih arif berkenaan hal ini dan tahu membezakannya.....

Kenyataan ke 2....bagaimana yang saudara katakan senjata warisan ini tiada guna....Pada masa ini berapa banyak pistol dan senapang yang dimiliki oleh orang melayu...tlg bagi statistik...dan berapa ramai orang melayu yang mampu untuk beli senapang dan pistol dan senang ke nak beli ? .. senang ke nak beli pedang samurai...dan senang ke nak simpannya kat rumah...di benarkan undang2 ke?...Saya nak tanya saudara berapa ramai orang melayu yang dirumahnya ada sekurang-kurangnya PARANG...sekadar utk melindungi anak/isteri (WAJIB) sekiranya berlakunya kejadian tidak diingini...rompakan ataupun darurat.......atau pun yang ada setakat 'PISTOL AIR' je..dan boleh ke 'PISTOL AIR' tu digunakan waktu darurat....atau sekadar pakai pisau potong bawang je....

Akhir sekali...jika senjata warisan itu datang dari orang tua atau keturunan awal saudara...bagaimana......memanglah jika sampai ke tangan saudara ianya boleh dilupuskan....tapi sanggupkah saudara mengatakan yang orang tua dan keturunan awal saudara sebagai syirik dan menyimpan barang syirik...

Reply saya
Waalaikumussalam wbh

Saya sudah menjelaskan di dalam reply saya dia atas bahawa:

~~~~~~~~
Kalau saya beli pistol dan disimpan untuk pertahanan diri dan keluarga ia tidak mensyirikkan Allah, cuma sekadar menyalahi hukum Malaysia. Kalau pistol ini saya bawa jumpa bomoh untuk ditepung tawar dan diasap kemenyan maka ia adalah syirik.

Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.

Wassalam wallahualam

Emjay
~~~~~~~~

Bagi makluman sdr anakcurra, saya adalah dari keturunan orang Jawa. Saya sudah melihat dalam masyarakat jawa saya banyak yang sesat syirik kerana menyimpan senjata warisan ini. Diatas kesedaran melihat sengsara yang dialami oleh mereka yang menyimpan senjata ini, itulah sebabnya saya mewujudkan Laman Emjay sebagai amal makruf nahi mungkar.

Sangat sedih melihat pelajar saya yang menyimpan keris menjadi bodoh sebagai musibah menyimpan dan mempercayai keris warisannya.
Ada orang yang susah nak mati kerana menyimpan keris warisan. Ada yang anak-anaknya mendapat pelbagai musibah berat dari Allah. Ini semua adalah mesej jelas dari Allah bahawa menyimpan dan mempercayai keris pusaka sesat ini adalah salah di sisi Islam.

Ada seorang guru agama menyimpan keris berjampi sekarang sangat hampir bercerai walau pun sudah bercucu. Kalau anakcurra ingin meneruskan menyimpan keris pusaka serta mempercayainya, teruskanlah tetapi jangan kempen orang lain menyertai kesesatan sdr. Saya di sini memang sentiasa menasihati semua muslimin yang mahu mendengar agar menjauhi sebarang perkara syirik.

Siapa saja sama ada orang besar atau orang kecil kalau menyimpan senjata pusaka dan mempercayainya apatah lagi kalau sering mengasap kemenyan, mandi limau dan dalam upih pinang serta berbagai-bagai ritual lain, maka sudah jelaslah syiriknya dan setiap syirik kalau tidak bertaubat adalah neraka tempat akhirnya.

Saya kalau sekadar menyimpan pedang panglima Islam Salahudin Al Ayubi yang tidak pernah dijampi dan tidak pernah menjalani sebarang ritual sesat, saya sendiri gemar menyimpannya manalah tahu satu ketika ada juga gunanya. Kalau sekadar keris kontot dari pusaka nenek moyang yang minta diasap dan dimandikan serta berbagai ritual lain, memang ada faedahnya, tetapi kerugiannya tersangatlah besar. Buat apa berniaga kalau sekadar untung RM 1 juta tetapi rugi RM5 juta.

Kalau anakcurra ada menyimpan senjata pusaka seperti ini di rumah, bertaubatlah, poskan saja senjata tersebut untuk saya lupuskan. Gantikan saja dengan parang panjang atau pedang samurai.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 7 dari anakcurra
Assalamualaikum...

Saudara emjay.. saya rasa yg sdra memang bermasalah dengan senjata melayu khususnya keris....sebabnya atas kenyataan sdra sendiri....

Quote :-
"Inilah juga pegangan saya berkenaan keris ini objek ini tidak berdosa namun manusia yang berharap kepada keris ini telahberdosa dan mensyirikkan Allah. Oleh itu setiap keris ini wajib di lupuskan."

Sdra ajak saya berhujah secara ilmiah ..namun dari reply sdra saya dapati tiada satu pun persoalan yg saya kemukakan sdra jawab. Sdra hanya secara berulang menyatakan pegangan dan iktikad saudara....

Saya ingin bertanya kpd sdra....ADAKAH SDRA BERIKTIKAD BHW SESUATU YG BERSIFAT MAKHLUK ITU BOLEH MENDATANGKAN MUSIBAH DAN MANFAAT KPD SESEORANG.....SEDARKAH SAUDARA BHW IKTIKAD SAUDARA ITU JUGA SUATU KESESATAN...... KENAPA SAUDARA DENGAN MUDAH MENYATAKAN BHW ANAK MURID SAUDARA BODOH( suatu ucapan yang amat tidak wajar dari seorang guru kpd murid) KERANA SENJATA PUSAKA, ADA ORG SUSAH MATI DISEBABKAN KERIS WARISAN YG DISIMPAN, DAN KESUSAHAN YG BERTIMPA ITU DIDATANGKAN OLEH ALLAH ATAS SEBAB MENYIMPAN KERIS WARISAN...NAMPAKNYA ILMU SDRA AMAT HEBAT HINGGA BERKEMAMPUAN UTK MENAFSIRKAN SESUATU KEJADIAN..yang bersangkutan dgn perkara GHAIB..ataupun IANYA ADALAH SUATU FITNAH DARI SDRA KPD KELUARGA SIMATI @ ORG YG BERKENAAN ......bagaimana sekiranya jika saya katakan bhw ianya hanyalah muslihat Syaitan utk menunjukkan bhw org ini susah mati disebabkan keris warisan dan saudara mempercayainya,,,lantas menyatakan..... " lihatlah org ini dia susah mati sebab syirik sebab simpan keris pusaka....dan ahli keluarganya mempercayai kata2 sdra....atau melenting marah atas tuduhan sdra... atau didengar oleh jiran dan menyampaikan pula kata2 sdra kpd org lain....yg simati itu mati syirik......BUKANKAH ITU JUGA SUATU FITNAH YG SGT BESAR KPD SIMATI....yg tak boleh menjawab balik tuduhan saudara.....

Kata kata sdra yang menyatakan agar saya jangan mempengaruhi org lain dan menuduh saya sesat dan menyesatkan sedangkan kita saling tidak mengenali satu sama lain secara berdepan...ADALAH MENUNJUKKAN SIFAT SAUDARA YG SEBENAR....sebab itulah saya tidak hairan jika saudara begitu cepat menghukum Syirik ke atas orang lain tanpa usul periksa dan hanya disebabkan kita berbeza pendapat...sebab KATA2 MENGHUKUM SYIRIK ITU SUDAH JADI SATU PERMAINAN DI MULUT SDRA.......

TERUS TERANG...SAYA MALU ADA ORANG KETURUNAN JAWA SPRT SAUDARA!!!!!!!

Berapa banyak pedang Salehuddin Al Ayubi...yang sdra simpan....?
Tahukah sdra bagaimana Syaidina Ali membuat mata pedang....?
Klu sya BAGI PILIHAN antara keris yang dibuat oleh penempa di zaman para wali yang mula pembuatannya di mulai dgn Bismillah, puasa, diiringi zikir dan ada yang dipicit besinya sehingga menjadi keris DENGAN satu pistol / pedang samurai yang dibuat oleh KAFIR laknattullah...yang tidak pernah MANDI JUNUB seumur hidupnya........MANA SATU YANG AKAN SDRA PILIH ?

terima kasih atas tuduhan saudara, moga Allah sahaja yg membalasnya...

TIADA SUATU PUN YG MAMPU MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT KECUALI DENGAN IZIN ALLAH........

Sekian wassalam wallahualam

Reply saya
Waalaikumussalam wbh

Kalau jenis inilah hujah sdr:

~~~~~~~~
Klu sya BAGI PILIHAN antara keris yang dibuat oleh penempa di zaman para wali yang mula pembuatannya di mulai dgn Bismillah, puasa, diiringi zikir dan ada yang dipicit besinya sehingga menjadi keris
~~~~~~~~

Mungkin sdr juga memandang hebat seorang pengusaha ketuk kereta di Batu Pahat yang meratakan kereta yang kemik dengan hanya memicit. Kalau cara inilah sdr berhujah, mungkin arwah panglima Kiyai Salleh dalam perang Batu Pahat dahulu pun pun sdr kila wali keramat yang hebat yang mantap imannya di sisi Allah!!

Saya guna pisau di rumah dan juga pisau yang di rumah sdr juga buatan jepun atau china. Tidak ada masalah pedang samurai dan pisau dibuat dari Jepun sekiranya tidak ada ritual sesat sewaktu membuatnya oleh para bomoh.

Adakah sekadar dimulai bismillah , puasa dan zikir sudah menunjukkan amalan tersebut diredhai oleh Allah? Orang berjudi dan merompak pun ada memulakan dengan bismillah. Sami hindu sebelum memulakan perayaan Thaipusam juga puasa 40 hari. Sami buddha juga rajin berzikir. Adakah bismillah , puasa dan zikir dalam memulakan membuat keris sudah menunjukkan amalan tersebut diredhai oleh Allah?

SEKALI LAGI SAYA TEKANKAN DI SINI, KALAU SDR NAK SIMPAN KERIS WARISAN TURUN TEMURUN, NAK TERUS MENGASAP, MANDI LIMAU DAN MANDI SENJATA DALAM UPIH PINANG, BUATLAH kerana akaun dosa pahala sdr tidak digabungkan dengan akaun saya TETAPI JANGAN BERKEMPEN UNTUK ORANG AWAM DI LAMAN EMJAY.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 8 dari anakcurra
KINI SAYA RASA SAYA LEBIH MEMAHAMI SAUDARA......SAUDARA ADALAH SEORANG YANG BERCAKAP DAHULU DAN BERFIKIRNYA KEMUDIAN....SAYA DAPATI SAUDARA LAAANNNNNGSUUUUUUUUNG TIIIIIIDDDDDDAAAKKKKKK MENJAWAB PERSOALAN SAYA...

KALAU BEGINILAH CARA SAUDARA BERHUJAH...KITA HENTIKAN DISINI SAHAJA....ADA KE SAYA KATAKAN SEPERTI YANG SAUDARA TULIS DIATAS...PSL KETUK KERETA...KIYAI SALEH WALI KERAMAT.... ITU SEMUA HANYA ANGGAPAN DAN SANGKAAN SDRA YANG SDRA KEMUKAKAN DAN .....PAKSAKAN SAYA .....DAN SETIAP PEMBACA LAMAN INI UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA SAYA ADALAH ORANG YG SEBEGITU.....

BARU LAH SAYA TAHU JENIS APA SAUDARA INI:-

1. SAUDARA TAK TAHU MEMBEZAKAN YANG HAK DAN YANG BATIL, YG HARAM DAN HALAL....

SEBAB BILA SAYA TANYA YG MANA SDRA NAK PILIH ANTARA KERIS BUATAN PARA WALI ATAUPUN PEDANG BUATAN KAPIAAQQQQ.....SDRA TAK BUAT PILIHAN

2. TAK TAHU BEZAKAN BISMILLAH YG DILAFAZ PARA WALI DENGAN BISMILLAH YG DIUCAPKAN OLEH PENJUDI DAN PEROMPAK,..........

3. PUASA, ZIKIR AMALAN PARA WALI DAN TURUNANNYA BERBANDING DENGAN PUASA 40 HARI SAMI HINDU....DAN SAMAKAN PULA ZIKIR PARA WALI DENGAN ZIKIR SAMI BUDDHA.....

4. SAUDARAKAH YANG MENENTUKAN SEGALA AMALAN HAMBA ALLAH IBI DIREDHAI ATAU TIDAK?...........

MACAMANA SAUDARA BILA SAYA KATA BAB BISMILLAH, PUASA, DAN ZIKIR....SAUDARA BOLEH BANDINGKAN DENGAN SEMUA TU... YANG DIBUAT OLEH ORG KAPIAAAQQ..... SAYA RASA HUJAH DAN CONTOH YANG SAYA GUNA TU TAK PERNAH MELAMPAUI BATAS TERSEBUT..................

ASTAGHAAFIRULLAH..HAL AZIM...... NAU'ZUBILLAHII..MINZALIKK....


KENAPA DENGAN AKAUN DOSA DAN PAHALA KITA...BERDUA....SAUDARA RASA YANG SAUDARA DAH CONFIRM BOLEH MASUK SURGA KE....

SEBAB ITU SAYA KATAKAN SDRA INI JENIS CAKAP DULU BARU FIKIR...

SDRA PUN TAK FAHAM TUJUAN KITA HUJAH....BUKAN NAK CARI SIAPA SALAH SIAPA BENAR....TUJUANNYA ADALAH NAK MEMBERSIHKAN SEKIRANYA SAYA SALAH DAN PENDAPAT SAUDARA BETUL...MAKA SAYA AKAN TERIMA UTK KEBAIKAN....DAN SEKIRANYA SAUDARA SALAH DAN SAYA BETUL...SDRA JUGA KENA TERIMA ...UTK KEBAIKAN....SUPAYA ORANG LAIN YANG MEMBACA LAMAN INI SEBAGAI PENGUNJUNG SAHAJA TAK AKAN TERKELIRU DAN BOLEH DJADIKAN PANDUAN.....SEBAB TULAH KLU TAK FAHAM TANYA....SUPAYA BOLEH DIPERJELASKAN.......BUKAN SURUH TETAMU KELUAR DARI LAMAN NII.....

JANGAN TAKUT SAYA TAK PERNAH DAN TAK AKAN TERSINGUNG DLM BAB UTK CARI KEBAIKAN NI....MUNGKIN LAIN KALI KITA BILEH HUJAH ATAS PERKARA LAIN PULA...

AMPUN MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA.....

WASSALAM......WALLAHUALAM......

Reply saya
Saya cuma takut wali yang sdr gambarkan tu bukan wali Allah tetapi WALI SYAITAN!!.

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Mungkin kalau menurut ilmu sdr, mungkin orang ini juga salah seorang wali yang sdr puja kerana dia ini juga pakai keris untuk mengubat dan namanya keris Zawil hayat dan mungkin keris ini juga dibuat oleh wali seperti yang sdr sebutkan di pulau Jawa tu, sila rujuk http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bomohartis.html#atas

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 9 oleh abghaz
pada hemat saya keris tak payah le dilupuskan...sepatutnya dilupuskan syaitan yang ada dalam keris tu tapi saya rasa sdr tak berapa pandai dalam hal ni...

saya baru sahaja membaca komen atau debat sdr dengan MJ. MJ ni saya rasa cuma pandang pada satu arah je...atau dalam satu Malaysia ni je...

Reply saya
Beginilah sahaja abghaz,

Saya dengan ini ingin sekali belajar ilmu baru untuk buang syaitan tanpa buang kerisnya dari sdr yang bijaksana. Sudah berapa kes sdr abghaz sudah berjaya melakukannya? Berapa berjaya dan berapa tidak berjaya?

Selepas ini saya ingin belajar pula buang syaitan pada tangkal-tangkal seperti dalam gambar-gambar ini http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html tanpa membuang tangkal-tangkal ini. Biarkanlah tangkal-tangkal ini bergantungan di sekitar rumah ke atau bawah tilam ke maklumlah syaitannya sudah dibuang!!!

Lepas itu saya nak belajar pula ilmu tertinggi yang paling-paling tertinggi dari sdr abghaz iaitu untuk membuang syaitan pada berhala. Selepas setiap berhala ini dilupuskan setiap syaitannya, bolehlah semua berhala ini di simpan di dalam rumah abghaz.

Sila tetapkan bila saya boleh belajar ilmu-ilmu diatas terutama sekali ilmu buang syaitan pada berhala.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply saya
Semenjak arwah guru saya masih hidup dahulu (lebih sepuluh tahun dahulu) orang yang sangat cinta dengan keris puaka seperti gambar-gambar diatas memang banyak sekali. Mereka sering berangan-angan dapat memiliki keris-keris puaka ini.

Antara yang cukup cinta dengan keris puaka ini ialah anakcurra dan abghaz. Saya kalau ditawarkan RM100 juta untuk menyerahkan keris-keris yang saya kutip kepada mana-mana hamba Allah, saya lebih rela melupuskannya.

Keris puaka ini janganlah cari di rumah saya, sudah dilupuskan kerana tidak mencintai keris-keris puaka ini.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 10
sdr MJ ni mungkin terlalu banyak makan sardin...so sdr cuma terfikir hal hal yang terjadi di sekeliling sdr je....sdr tak dapat bezakan keris dengan tangkal dan berhala dengan ayat ayat suci dari Al Quran dan Hadith....seperti yang saya katakan pada awalnya....sdr ni ambil senang je membuat atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu yang bernas...sdr cuma memberikan pendapat atau fahaman sdr shj...memang banyak yang betul dan banyak yang salah.......

saya beri contoh...
1. Kenapa Allah tidak melenyapkan PIRAMID?
2. Apa itu WALI...?
3. Tak ada ayat AL QURAN ke untuk menghapuskan Jin dan Syaitan?

Lagi satu saya nak terangkan...hapuskan je le berhala tu...bukannya kita nak simpan berhala tu...! kalau hapuskan berhala pun...syaitan tu masih ada lagi....bangang...!

Lagi satu...keris puaka tu kalau kita hapuskan syaitan dalam keris tu...keris tu boleh dijadikan keris PUSAKA dan bukannya keris PUAKA....dapat tak bezakannya?

Sdr MJ ni mungkin buta SENI...agaknya...sdr tidak menyanyangi Warisan Melayu...agaknya sdr ni bukan Melayu......ada ke Warisan Melayu ni penuh dengan Jin dan Syaitan....?
~~~~
Siapa guru MJ?
Sebelum tak ada siapa yang berani atau sesiapa yang sudi nak menegur sdr...mungkin sebab tu sdr pakai hentam je sebab sdr ingat sdr selalunya betul...

Dalam banyak hal memang ada yang betul tapi sdr MJ tak memahami agaknya....

Sya rasa sdr MJ ni baru sahaja mempelajari ILMU Agama agaknya...sebabnya....sifat RIAK sdr MJ banyak terdapat dalam artikal sdr.....

Memang bagus niat sdr nak tolong sesama Islam tapi biarlah banyak yang betulnya....so kali ni biarlah saya tolong sdr MJ pula....itupun kalau sdr MJ sudi terima....
~~~~~ 
Nasihat saya...bagi sesiapa yang ada anak atau sdr mara yang kemasukkan Jin ke hape ke....hantar le kpd ustaz MJ ni....pasti kena lupus punyer...

Reply saya
Mulai hari ini saya tidak akan melayan segala reply dari pencinta keris puaka bernama abghaz.

"Aku adalah penjamin rumah di tengah-tengah taman syurga bagi siapa pun yang menghindari perdebatan sekali pun dia benar, serta sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi siapa pun yang meninggalkan dusta sekali pun dia hanya bermaksud bercanda (bergurau)"

KEPADA PEMBACA LAMAN EMJAY SEKELIAN, HINDARILAH DARI MENYIMPAN KERIS ATAU SENJATA PUAKA LAINNYA.

Warisan Melayu bukan warisan Islam. Tidak rugi membuang warisan Melayu yang bercanggah dengan agama Islam dan mengekalkan warisan Islam. Banyak sekali warisan Melayu yang menyesatkan seperti kuda kepang, ilmu kebal, pati geni, berbomoh, adat perpatih, tepung tawar, tarian mak yong dan termasuklah menyimpan keris/senjata puaka.

Sayangi Allah lebih bermakna dari menyayangi warisan Melayu yang sesat lagi menyesatkan.

Wallahualam

Emjay

Reply 11 dari masjoyo
saya setuju dgn abghaz dan anakcurra tu,kita ckp hendaklah dgn ilmu jgn tau nak hentam kromo je,pah tu mntak org hntar serahkan besi kuninglah kerislah kat dia nak lupuskan kalau nak buang,buang aje la, sya pun ada simpan keris jugak jgn ingat smua ada setan,setan dalam diri tu lagi besar,bapak-bapak setan,kita hndklah open minded,mngaji smua,setan jin bukan duduk kat keris diapun tak bodoh nak duduk situ,kita tu yg setan.Syirik,kalau kita beramal nak kan pahala dan syurga,berubat hrapkan org sedekahpun tak ikhlas jugak.Beramal nak kan syurga , dpanggil apa? ngaji lagiii la----masjoyo sukmo

ini buat blog ni nak duit ke nak pahala?

Reply saya
Kepada masjoyo, alhamdulillah saya belum pernah ambil duit apabila melupuskan senjata dan sebarang tangkal.

Berhala kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, kelak apabila dijumpai orang lain, akan dipuja semula.

Keris puaka kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, apabila orang jumpa kalau jual lagi menguntungkan dan nilainya mahal. Ia tidak menyelesaikan masalah.

Kepada anakcurra, abghaz dan masjoyo, selamat menyertai kelab BOMOH ARTIS di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bmh_foto1.html#atas. Bomoh artis ini memang menyimpan keris pujaan bernama keris Zawil Hayat, siap ada nama.

Selepas ini boleh buat baik dengan bomoh artis ini mudah-mudahan dapat belajar ilmu masukkan susuk dan sebagainya. Memang di Laman Emjay menentang penggunaan keris seperti ini. Mungkin sdr bertiga salah masuk tempat.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN BAHAWA MENYIMPAN KERIS ATAU SEBARANG SENJATA SEPERTI BOMOH ARTIS MENYIMPAN KERIS ZAWIL HAYAT ADALAH SALAH DI SISI ISLAM DAN SYIRIK HUKUMNYA.

Kepada masjoyo, anakcurra dan abghaz, taubatlah sebelum Allah SWT memberikan azab yang lebih perit kepada sdr bertiga. Tidak ada untungnya malahan rugi belaka dengan menyimpan keris seperti ini.

Sekian Wallahualam

Emjay

128 comments:

  1. Assalamualaikum?.....Sekadar memetik sebuah kisah.....Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya A.S telah melihat Iblis membawa pengait daripada segala macam bahan. Lalu Nabi Yahya A.S bertanya: "Wahai Iblis, apakah pengait itu?" Mendengar pertanyaan dari Nabi Yahya A.S, iblis pun menjawab: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak-anak Adam dengannya.".......Lalu Nabi Yahyah bertanya lagi: "Adakah aku juga?(Mempunyai bahagian dalam perancangan itu)" Lantas Iblis menjawab: "Ada. Bila kamu kenyang, aku jadikan kamu ini berasa berat untuk bersolat dan berzikir."........ Nabi Yahya terus bertanya lagi: "Adakah ada sesuatu lagi untuk aku?" Iblis menjawab:"Tiada."......Nabi Yahya berkata kemudiannya." Bagi Allah wajib ke atasku, maka aku tidak akan memenuhi (makan sehingga kenyang) perutku dengan makanan selama-lamanya...." Mendengarkan kata-kata daripada Nabi Yahya, Iblis pula membalas: Dan Demi Allah, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim buat selama-lamanya..."------------Untuk Renungan Bersama----------

    ReplyDelete
  2. Jelas dan nyata di sisi Islam yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, manakala yang berselisih antara kedua-duanya dinamakan syubahah, juga wajar dijauhi..Islam is the way of life..Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumu wbh

    Betul lah tu dan tiadalah saya ingin menyanggahnya.

    Namun bagi bab keris puaka ini, bagi saya ia kes yang jelas dan nyata.

    Selamat datang kepada abbasonz ke Laman emjay semoga kehadiran mu membawa seribu rahmat.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan lakaran Emjay (Mengapa pula saya mesti tidak bersetuju dalam bab ini?! ) Sekarang ni zaman teknoloji...gunakanlah yg terbaik yg kita mampu....Keris(senjata)...tak kesahlah puaka ka apa ka...itu semua melemahkan semangat kita dgn tidak bergantung secara mutlak pada Pencipta nya! Adakah kita ingin menyandarkan ikhtiar kita pada puaka keris?! Apa itu semua?! Apalah sgt dgn keris ni....tapi yg seni bermain nya itu saya sanjung...itu ikhtiar kita...Bagi saya Islam itu adalah agama "teknoloji". Dapat peluru berpandu...pakailah peluru berpandu! Pelik sungguh lah saya ni... Islam itu mudah...mengapa harus kita persulitkan?! Maaf saudara Emjay....itu pandangan saya sahaja yg jahil ini.... :))

    ReplyDelete
  5. Saudara Emjay...saya rasa ramai juga pembaca yg tersasar dgn apa yg saudara cuba sampaikan...mungkin mereka keliru dgn apa yg saudara cuba sampaikan...Seni keris itu tidak salah...itu seni senjata...seni pertahankan diri....yang salahnya ialah kita memujanya! Itu "HARAM"!!! Seni tidak salah dalam Islam...itu ilmu...tapi tgk lah bagaimana...Dirumah saya sendiri ada keris...tapi itu tinggalan datuk saya sahaja...tidak lah pula kami memujanya dari zaman datuk saya...saya baling dalam tong! Bukan nya apa....merbahaya...takut budak main...itu saja! Saya menghargainya kerana seni dan teknoloji pemikiran org yg membuat keris tu...bagaimana dia dapat melarik pamornya dgn begitu indah....begitu juga dgn pedang2 sahabat2 Nabi...seni ketukangan itu yg kita patut teliti...kerana bagi saya ia adalah "Teknoloji"! Tapi kalau hendak bertempur menggunakan nya dizaman ini....hmmmm...saya lebeh suka mendapatkan sebuah "Machine Gun" yang mampu menepati sasaran beratus ratus meter!!! Tapi kalau tak dapat...keris pun boleh la....kalau keris pun tak ada....batang kayu pun boleh juga.... :))

    ReplyDelete
  6. Keris puaka ni semuanya "Pembohong " saja! Semua tipu muslihat syaitan nak menyesatkan anak Adam...cuba kita semua pi perang pakai keris puaka yg konon nya amat dasat sekali....dan musuh menggunakan senapang2 canggih! Siapalah agak2nya yg mempunyai keperatusan utk memenangi perang?! Lengkapkanlah barisan2 kita dgn senjata2 canggih dan taktik tipu muslihat yg berkesan...itu "Wahid"!!! :))

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Dalam bab keris ni saya setuju dgn MJ... saya juga menyokong tulisan "torpedoflash"..

    Dikesempatan ini saya ada cerita ttg keris yg saya nak kongsi...
    Saya ada sorang kawan yg suka mengumpul barang2 eksotik terutama keris. Bahkan beliau sanggup membeli jika ada yg nak jual. Menurut beliau, ia hanya sebagai hobi & minat atas hasil seni melayu dahulu kala. Memang pun, skrg mana nak cari org yg pandai buat keris dgn seninya... Cerita beliau lagi, ada satu keris yg jika dibuka sarungnya akan datang seekor lebah berterbangan. Beliau cuba hanya 2 kali shj. Lps tu tidak lagi, bimbang jika ada sesuatu diluar jangka akan berlaku. Maklumlah, beliau ni bukan bomoh atau org yg pandai bermantera, sekadar menyimpan hasil seni saja.

    Suatu hari saya bertandang ke rumah beliau (sblm ni hanya sembang sambil pekena teh tarik ajer). Masa tu hanya kami berdua di rumah. Saya minta utk melihat keris2 yg aneh simpanan beliau. Ada sepasang keris yg dipanggil keris 2 beradik di bawa keluar. Keris yg mendatangkan lebah puas di cari tapi tak jumpa pulak. Pada awalnya saya hanya memerhatikan saja sepasang keris tersebut, yang dibungkus dalam suratkhabar.. baunya juga harum semacam... Akhirnya saya berserah kpd Allah dan minta dijauhkan segala musibah jika keris2 ini berpenunggu. Pada masa tu saya dalam keadaan berwuduk. Saya pegang dan belek2 keris ni, buat macam biasa. Tak lama kemudian bau harum tadi hilang. Apabila di cium keris tu, hanya bau besi buruk yg tinggal. Pelik juga kami rasa. Pada hemat saya, keris tu mgkn ada penjaganya, krn menurut kawan tu dia beli dari pencari yg dapat dibawah perdu serai, dgn bantuan ritual tertentu.

    Sehingga skrg keris tu masih dalam simpanan kawan tu. Manakala keris yg berlebah itu sampai sekarang masih belum jumpa. Takde jodoh dgn saya kot.. Bagi saya, tiada halangan utk kawan tu terus menyimpan keris tu (yg saya rasa dah tawar). Ia bukan dikategorikan sbg syirik atau sesat.

    Sekian pandangan saya yg masih kena belajar banyak..

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Menarik ceritanya dari mienyak ini.

    Kalau kita perhatikan ayat dari mienyak ini:
    ~~~~~~~
    Pada hemat saya, keris tu mgkn ada penjaganya, krn menurut kawan tu dia beli dari pencari yg dapat dibawah perdu serai, dgn bantuan ritual tertentu.
    ~~~~~~~

    Sejarah keris ini pun sudah tidak molek. Kawan sdr ini nampak gayanya sudah bersubahat dengan perkara yang bukan-bukan.

    Berdasarkan dari kenyataan ini, menyimpan benda ini hanya seperti menyimpan bara api.

    Berdasarkan kenyataan ini pula:

    ~~~~~
    Cerita beliau lagi, ada satu keris yg jika dibuka sarungnya akan datang seekor lebah berterbangan. Beliau cuba hanya 2 kali shj. Lps tu tidak lagi, bimbang jika ada sesuatu diluar jangka akan berlaku. Maklumlah, beliau ni bukan bomoh atau org yg pandai bermantera, sekadar menyimpan hasil seni saja.
    ~~~~~

    Memang sahih keris ini berpuaka. Menyimpan keris berpuaka ini sama macam menyimpan berhala di dalam rumah walaupun kita tidak menyembah dan berharap kepada berhala ini serta menjaga akidah Islam. Menyimpan berhala ini macam menyimpan anjing dalam rumah dan menggantung gambar juga di dalam rumah. Berat azabnya.

    Kalau berminat sangat dengan keris, cari tukang keris yang membuat keris tanpa sebarang ritual khas yang bukan-bukan. Kalau susah sangat mencari tukang keris seperti ini, tukar saja hobi simpan keris kepada hobi lain yang bermanfaat seperti membela anak yatim atau kerja-kerja jihad lainnya.

    Sekian wassalam walahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Cerita senjata puaka ini ada dipercayai oleh orang Cina bukan Islam dan Kafir Kristian semenjak dahulu lagi.

    Zaman Parameswara dan raja-raja melaka dahulu lagi sudah ada certita tentang keris puaka ini. Namun hakikatnya, bila berperang dengan Portugis, Belanda dan Inggeris, puaka dalam keris ini lari jauh-jauh meninggalkan pemilik keris ini bersendirian dan lebih teruk lagi kalau mati cara ini adalah amat malang sekali.

    Kalau hebat betullah keris dan senjata puaka ini, yang peliknya ialah pusat penyebaran senjata puaka ini iaitu Pulau Jawa kalah berperang dengan Belanda dan terjajahlah mereka. Nampak benar pembohong si puaka ini.

    Yang menariknya pula ialah Acheh yang kuat berpegang dengan ajaran Islam dan menjauhi senjata puaka ini telah dibuktikan sejarah tidak pernah kalah berperang dengan Penjajah dan Belanda. Acheh cuma bergabung dengan Indonesia namun selepas penggabungan ini rakyatnya dianiaya.

    Dengan ilmu racun dari tikus mati yang disapu pada panah yang sekadar untuk mencederakan ala kadar dapat membunuh musuh dalam tempuh 24 jam.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Terima Kasih buat Ustaz Emjay kerana menerangkan perihal nazar kepada saya. Cukup ringkas tetapi padat.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dengan Emjay tentang keris dan senapang. kalau diberi pilihan, lebih baik saya gunakan senapang....(apa yang terjadi pada zaman dahulu hampir di setiap nusantara, kita tewas dengan bedilan walaupun mempunyai keris-keris yang kononnya hebat) Wallahualam...Sekadar mencelah.

    ReplyDelete
  12. Saya juga sependapat dgn emjay......semua Benda benda yang mengarah ke sirik...hanya akan mendatangkan mudharot....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbh penatumpul dan narigunung

    Semoga kita semua dijauhi dari perkara yang mensyirikkan Allah dan dimatikan kita dalam iman.

    ReplyDelete
  14. Salam... saya memohon utk berbeza pendapat dgn MJ.

    Saya masih berpendapat yg kawan tu tidak bersalah. Sebenarnya puaka pada keris boleh ditawarkan. Nak simpan keris tu takde masalah. Tak sama dgn menyimpan berhala. Tak sama dgn menyimpan salib.

    Cuma beza di sini, MJ tawarkan puaka dan buang keris. Sesetengah pula tawarkan puaka dan simpan keris. Tidak mendatangkan syirik selagi keris tersebut tidak digunakan utk pemujaan.

    Berkenaan dgn ritual utk mendapat keris tu kita kena nasihat lah.. mgkn mereka tak sedar. MJ pun selalu sebut yg Imam Syafie pun bukan lahir sebagai org alim. Jika mereka dah tahu & faham tapi masih berdegil tu soal lain.

    Pendapat MJ & pendapat saya bukan hukum mutlak... masih ada ruang bantahan. Hanya Allah yg tahu selebihnya... saya berlapang dada jika MJ tak setuju dgn pendapat saya. Maklumlah...pernah menghukum saya sesat, mestilah kena pertahankan. Walaupun nampak macam tak dipelawa menulis di sini, tapi saya buat ini semua adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Nobody is perfect termasuk MJ atau saya, atau siapa saja. Di akhirat nanti kita akan dihitung dosa dan pahala.. kalau pahala lebih dari dosa beruntunglah...

    ReplyDelete
  15. Saya juga menyokong pendapat Mienyak dengan mengatakan menyimpan keris itu tidak salah. cuma yang memuja dan mengharap pada (puaka) itu menjadi salah. sebesar-besar dosa yang tidak diampunkan Tuahn adalah syirik...........Tetapi untuk mengelakkan daripada perkara yang lain terjadi seperti syirik atau berharap pada keris itu, seelok-eloknya dihindarkan daripada menyimpan. (saya tidak mengatakan bahawa menyimpan itu salah, di muzium juga ada terdapat benda-benda ini malah mereka tidak pula memuja(Wallahualam) cuma sekadar dipamerkan untuk bahan kajian dan sejarah)...........Apa yang dibimbangkan jika menyimpannya boleh membuatkan seseorang itu berfikir sesuatu yang lain (seperti keris mendatangkan hikmat dan sebagainya), adalah lebih baik dibuangkan sahaja. bimbang hati-hati kita ini nanti dibisikkan oleh syaitan untuk mengharapkan sesuatu daripada penyimpanan keris tadi....Sekadar memberi pandangan.....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbh

    Nampaknya ada beberapa orang yang kurang jelas dengan kenyataan saya di atas dan dengan ini saya menjelaskan sekali lagi seperti berikut:

    A. Kenyataan saya: SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN BAHAWA MENYIMPAN KERIS ATAU SEBARANG SENJATA SEPERTI BOMOH ARTIS MENYIMPAN KERIS ZAWIL HAYAT ADALAH SALAH DI SISI ISLAM DAN SYIRIK HUKUMNYA.

    Disini saya jelaskan hanya menyimpan keris atau senjata lain sebagaimana bomoh artis menyimpan keris Zawil Hayat adalah syirik dan bukan menyimpan semua keris dan senjata.

    B. Definisi senjata puaka sebagaimana saya jelaskan di atas iaitu:
    senjata puaka:

    1. Sebarang senjata (keris, tombak, kerambit, pedang, parang dsbnya) yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya.

    2. Sebarang senjata yang dihasilkan dengan kaedah yang pelik seperti memicit.

    3. Sebarang senjata yang perlu dilakukan ritual tertentu seperti dimandikan dalam upih pinang atau diasap kemenyan atau dmandikan dengan limau nipis.

    4. Sebarang senjata yang berbalut kain selalunya berbalut dengan kain kuning.

    5. Sebarang senjata yang diyakini mempunyai kuasa tertentu yang luar biasa seperti menjadikan penyimpannya kebal, boleh terbang, boleh berkata-kata dsbnya.

    6. Sebarang senjata yang digunakan untuk merawat pesakit atau perubatan.

    7. Sebarang senjata biasa seperti parang atau pedang tetapi telah diyakini membawa tuah.

    8. Senjata yang diwariskan dari keturunan leluhurnya siap dengan aturan penjagaannya.

    9. Sebarang senjata yang dianugerahkan secara rasmi dari perguruan persilatan seperti persilatan Budi Suci yang menganugerahkan keris kepada pelatihnya.

    Segala senjata baik senapang, keris , pisau, kerambit, tombak, pedang dsbnya yang tidak menjalani 9 proses ini bukanlah senjata puaka.

    Kalau saya yang buat keris panjang 2 kaki uantuk pertahanan diri saya, mengapa pula disalahkan dan tiada bertentangan dengan namun dari segi kewajarannya, membeli dan menyimpan pedang samurai atau parang panjang adalah lebih wajar bagi saya untuk pertahanan di rumah daripada penceroboh.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Saya ingin memberikan pandangan balas dari tulisan terbaru mienyak. Dia kata::
    *****************
    Saya masih berpendapat yg kawan tu tidak bersalah. Sebenarnya puaka pada keris boleh ditawarkan. Nak simpan keris tu takde masalah. Tak sama dgn menyimpan berhala. Tak sama dgn menyimpan salib.
    *****************
    Marilah lihat komen saya di atas:

    *****************
    Kalau kita perhatikan ayat dari mienyak ini:
    ~~~~~~~
    Pada hemat saya, keris tu mgkn ada penjaganya, krn menurut kawan tu dia beli dari pencari yg dapat dibawah perdu serai, dgn bantuan ritual tertentu.
    ~~~~~~~

    Sejarah keris ini pun sudah tidak molek. Kawan sdr ini nampak gayanya sudah bersubahat dengan perkara yang bukan-bukan.

    Berdasarkan dari kenyataan ini, menyimpan benda ini hanya seperti menyimpan bara api.
    *****************
    Setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dari setiap apa yang kita katakan , nasihatkan dan putuskan. Keputusan sdr mienyak diatas seolah-olah merestui kesilapan rakan sdr tersebut. Keris ini diperolehi dari pencari yg dapat dibawah perdu serai, dgn bantuan ritual tertentu. Sdr mienyak tahukah bagaimana pencari ini mendapatkan keris ini dan bagaimana bomoh yang dirujuk oleh pencari tersebut menjalankan ritualnya untuk mendapatkan keris ini?

    Keris yang tersebut ini apabila dirujukkan dengan definisi saya telah termasuk di dalam kategori 1, 3, 5 dan 7. Orang seperti kawan mienyaklah sebenarnya yang banyak sekali merosakkan orang awam biasa dengan menawarkan harga yang tinggi untuk mendapatkannya. Pencari keris ini sanggup berurusan dengan bomoh sesat dan mengamalkan ritual sesat hanya untuk mendapatkan pulangan wang sekian banyak apabila dijual. Samalah kesnya pembeli video lucah dengan pelakon video lucah. Kalau tiada pembeli, tidak adalah pelakonnya.

    Setiap orang akan dibalas oleh Allah berdasarkan niat sebenarnya. Mengapa rakan sdr sanggup menggalakkan pencari keris yang sesat cari bawah perdu serai dengan ritual tertentu?? Bukankah lebih mudah beli yang baru yang kemas siap dengan sarungnya yang dijual di Chow kit KL yang digunakan untuk pengantin lelaki bersanding? Ada berbagai-bagai bentuk di sana. Bukankah keris jenis ini jauh lebih murah harganya berbanding keris puaka dari perdu pokok serai ini? Jawapannya ialah kemungkinan kawan sdr ini mengharapkan sesuatu in return dari pelaburan yang lebih ini. Inilah yang sudah merosak akidah kerana berharap kepada keris puaka ini.

    ***************
    Berdasarkan kenyataan ini pula:

    ~~~~~
    Cerita beliau lagi, ada satu keris yg jika dibuka sarungnya akan datang seekor lebah berterbangan. Beliau cuba hanya 2 kali shj. Lps tu tidak lagi, bimbang jika ada sesuatu diluar jangka akan berlaku. Maklumlah, beliau ni bukan bomoh atau org yg pandai bermantera, sekadar menyimpan hasil seni saja.
    ~~~~~
    ***************
    Sdr mienyak sudah mengakui bahawa keris ini ada puakanya. Bagaimana anda dengan selamba sahaja boleh merestui dan menggalakkan rakan sdr ini menyimpan keris puaka dan berkempen pula di Laman Emjay ini bahawa "Saya masih berpendapat yg kawan tu tidak bersalah"?

    Orang lurus akidahnya dapat dilihat dari akhlaknya dan cara penulisannya di Laman Emjay ini seperti albangkawy, axstudio dan ramai lagi yang lainya. Saya sebenar meluahkan kekesalan kepada sdr mienyak kerana masih membangkitkan lagi kisah lampau iaitu "Maklumlah...pernah menghukum saya sesat, mestilah kena pertahankan". Dalam thread lain anda ulangi kata-kata ini sebagai "Ini berdasarkan pglmn saya yg telah dihukum SESAT & MENYESATKAN oleh MJ di sini."

    Saya nak bertanya kepada sdr mienyak, apakah kewajaran sdr mengulang-ulang kenyataan tersebut? Ia seolah-olah sdr ingin memburuk-burukkan saya agar pembaca Laman Emjay jangan lagi mempercayai saya???

    Adakah sdr merasakan perlu lagi untuk saya membuka thread baru untuk membincangkan perkara yang pernah kita binc

    ReplyDelete
  18. SAYA DGN INI MEMOHON BERBANYAK2 MAAF DAN AMPUN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI KPD TUAN GURU EMJAY....

    Saya sebenarnya tiada niat apa2. Gentlemen la syeikh... kena cuit sikit dah kelam kabut melenting....

    Sebelum tuan guru emjay menjatuhkan hukuman, elok bersabar sikit.... bawa bertenang. Terburu2 itu itu tak bagus utk org beriman... INGIN SAYA TEGASKAN, saya mengenali kawan itu BUKAN sebelum beliau membeli keris. Tapi SELEPAS.... dia kurang arif dalam hal ini....jadi, saya rasa bertanggungjawab utk membawa beliau ke jalan yg lebih elok. Cara saya lebih lembut berbanding cara tuan guru emjay yg suka melatah dan melenting serta cepat menghukum SESAT. Kawan saya ni bukan budak2 yg kita boleh pulas telinga...kita kena cakap elok2.... Beliau buat silap dalam keadaan tak sedar...tak salahkan???

    Dah la tuan guru...saya malas nak hurai sb huraian saya akan di copy & paste utk menghentam saya balik... walaupun itu hanya pendapat tuan guru, tidak semestinya betul.

    Saya nak tanya tuan guru emjay.... boleh ka tuan guru confirm kan saya ni sesat akidah??? Bolehkah tuan guru confirm kan saya ni ahli neraka???? Tlg jawab...

    Salahkah kalau kita berbeza pendapat?

    Saya takde halangan jika tuan guru nak buka thread baru utk membincangkan point2 kesesatan saya... itu hak tuan guru...blog ni tuan guru punya... Tuan guru juga boleh ulang sebagai zikir kata "mienyak ni dah sesat, ahli neraka" tapi ingat, kerja tu bukan tuan guru punya.... jgn sekali2 ambil tugas Allah...

    Dalam pemerhatian saya, arwah tok guru tuan emjay cukup hebat. Ilmu yg ada dalam dada tuan guru emjay cukup hebat...mana tidaknya, tuan guru pernah menulis nak nasihat Dr.Asri, Haji Hadi, Ustaz Badrul Amin, Ustaz Rasul, Ustaz Al-Makki... kalau mereka tak betul. Ilmu tuan cukup hebat kerana masing2 nama tersebut telah mengata masing2. Dalam hal ini, tuan guru emjay saja yg betul. Mmg layak lah beliau menghukum mufti perak tak betul.... saya apa lagi? bukan mufti bukan ustaz...selamber je la dihukum SESAT....

    Masih nak buka thread baru utk menyesatkan saya??? terpulanglah, itu hak anda tapi ingat, ada yg lebih berhak secara mutlak.... tepuk dada tanya keyboard... Bagi saya, bukan semestinya pandangan ulama'2 dalam laman emjay saja yg boleh dirujuk. Kalau begitu, ramai la ulama' diluar sana membawa ajaran sesat. Lagipun bukannya semua mereka baca tulisan tuan guru emjay ni...

    ReplyDelete
  19. tuan guru....bisikan syaitan sungguh halus.... lagi tinggi iman manusia itu, lagi halus tipu dayanya... jadi hati2 lah... anda sekarang dah jadi selebriti, ramai duk perhati tulisan2 tuan guru.... jgn nanti ketinggian ilmu tuan tu makan diri...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbh

    Saya nak jawab soalan sdr "Salahkah kalau kita berbeza pendapat?".

    Dari dahulu Nov 2006 hingga kini memang banyak pembaca Laman Emjay yang berbeza pendapat termasuk yang saya hormati kini iaitu antijumud/antijumudpencen. Saya masih terus melayan kelainan pendapat sehingga satu takat yang saya rasakan saya mampu bertahan.

    Berbeza pendapat ini jugalah yang menjadikan ada antara pembaca Laman Emjay gembira apabila saya mengekalkan kelainan pendapat tersebut kerana ada antara kelainan pendapat itu sebenarnya adalah merupakan pendapat mereka masa lampau.

    Saya tidak menghalang kelainan pendapat tetapi ingatlah juga bawa Laman Emjay ini adalah rumah kedua saya. Kalau masuk ke rumah saya, bersopanlah. Janganlah memburukkan saya dan jangan berkempen agar pembaca mengikut pandangan sdr yang berbeza dengan pandangan saya.

    Jagalah akhlak kerana sepatutnya Islam dapat membentuk akhlak yang mulia. Jangan suka mengungkit perkara lampau dan inilah perkara yang saya paling tidak gemari.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum? Diriwayatkan seorang lelaki sedang berjalan-jalan di tepi sungai lantas terpadang seorang budak kecil sedang menangis sambil mengambil wuduk....Lelaki itu merapati budak tersebut lantas bertanya kepadanya: "Wahai anak kecil, mengapa kamu menangis?" ......Lantas budak kecil itu menjawab:"Wahai pakcik, saya telah membaca Al Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi'YAA AYUHAL LADZINA AAMANU QUU ANFUSAKUM' yang membawa maksud, 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu'. Saya menangis kerana saya takut dimasukkan ke dalam api neraka."......Orang tua itu berkata pula: "Wahai anak, jangalah kamu takut sesungguhnya kamu terperlihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.".....Mendengar kata-kata itu, anak kecil yang menangsi tadi membalasnya:" Wahai pakcik. Pak cik adalah orang yang BERAKAL, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api, maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kecil untuk memulakan apinya sebelum meletakkan yang besar? Jadi tentu saya yang kecil ini dahulu akan dibakar sebelum yang dewasa."....Mendengarkan itu, orang tua tadi menangis. "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut akan siksaan api neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kami nanti?"-----------------
    Diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim A.S kembali ke dalam kuil (ketika penganut-penganut yang lainnya keluar meninggalkan rumah ibadat itu) lantas dengan sebilah kapak, Nabi Ibrahim memusnahkan semua berhala-berhala sehinggalah Nabi Ibrahim meninggalkan sebuah berhala yang paling besar....Nabi Ibrahim meninggalkan kapak berkenaan di tangan berhala tadi lalu menanti akan penganut-penganut yang menyembah patung-patung itu kembali. Demi melihatkan tuhan-tuhan mereka musnah, lantas mereka langsung menuduh Nabi Ibrahim yang melakukannya kerana hanya dia seorang yang berada di situ."Bagaimana aku pula yang dituduh sedangkan berhala itu yang memegang kapak? Mungkin ia cemburu lantas memusnahkan semua pesaingnya." jawab Nabi Ibrahim apabila dituduh demikian....."Kamu jangan memperolok-olokkkan kami. Mana mungkin patung itu boleh bergerak dan bertindak. Tentu sahaja kamu yang melakukan ini semua." Lantas Nabi IBrahim mencelah:" Jika begitu, mengapa kalian harus menyembah dan mempercayainya sedangkan hendak bergerak dan menyelamatkan diri daripada dimusnahkan juga tidak mampu?"----------

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam penatumpul.

    Saya tak nampak langsung pena yang tumpul. Kelihatan macam tajam aje!!

    Teruskan usaha yang baik tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  23. salam emjay,

    sempena merdeka ni ada terbaca tentang kiyai salleh dari batu pahat yang amat sinonim dgn parang terbang dan selendang merah. boleh cerita sikit atau ulas untuk pengetahuan am.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum wbh wafdi

    Saya berasal dari Labis Johor. Waktu kecil dahulu memang biasa sangat mendengar cerita tentang kiyai Salleh ini. Dia bagi air jampi dan selempang merah kepada semua orang Melayu tak kira lelaki atau perempuan. Selepas memakai selempang merah mirip gambar ini http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/31 dan minum air jampi, orang yang meminum air jampi ini secara automatik boleh bersilat dan berparang, hebatnya. Amalan seperti ini sebenarnya mirip amalan sesat anugerah agung di http://anugerahagung.com/.

    Dengan kebodohan kami semua, kami menganggap Kiyai Salleh tu benar-benar wali Allah rupanya macam Wali syaitan.

    Banyak sekali ajaran persilatan sesat seperti Nasrul Haq satu ketika dahulu di amalkan di hampir seluruh masjid di Malaysia ketika itu akhirnya di fatwakan sesat.

    Sewaktu saya di sekolah menengah dahulu pun ramai kawan-kawan saya menurun menjadi panglima Hitam dan mahir bersilat hanya setelah membaca jampi mantera yang pendek.

    Kalau umat Islam tidak berilmu, sejarah penyesatan oleh orang seperti ini akan berulang dan terus berulang.

    Tentang perkataan KIYAI seperti KIYAI XXX yang ada madrasah dan masjidnya sendiri di negeri YYYY ada pulak anak memegang jawatan penting di pejabat agama sebenarnya juga menyesatkan.

    Ceritanya begini. Pernah satu ketika satu orang lelaki bernama Halim berkahwin dua dan selepas itu meletuslah perang dunia ketiga. Setelah tidak sanggup menghadapi ujian ini, halim bertemulah dengan kiyai XXX ini. Maklumlah menurut pandangan halim kalau jumpa bomoh sesat sudah merugikan maka halim pun berjumpalah dengan kiyai XXX ini mengadukan masalah dan memohon pertolongan.

    Setelah sampai di rumah kiyai XXX ini, halim pun berceritalah masalahnya lalu meminta amalan atau segala sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Kiyai XXX ini berkata "engkau gunting rambut engkau barang 2 inci, gunting rambut isteri pertama juga 2 inci dan rambut isteri kedua sewaktu mereka tidur. Engkau gabungkan ketiga-tiga gumpalan rambut tersebut dan ikat kemas-kemas dan simpan. Kes seperti ini senag sahaja."

    Halim balik dan melakukan pesanan kiyai XXX ini dan mengharapkan sesuatu namun rahmt yang diharapkan tetapi bala musibah yang diberikan Allah. Kiyai XXX ini pada ketika itu dan kalau masih mengamalkan kaedah ini dan meyakininya dan tidak bertaubat, maka SYIRIK dan sesat lagi menyesatkan.

    Itulah sebabnya dalam pengajaran Islam perlu difahami wali Allah dan wali syaitan.

    Nak sesat memang mudah dan iklannya cukup banyak kini seperti iklan berikut oleh Dr. Raja Othman Bin Raja Abu Bakar Ph.d dalam artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/123:

    "KURSUS ASAS MEMPERTAHANKAN DIRI:

    Meliputi kaedah kaedah jurus tempur yang efektif yang mampu digunakan sewaktu berlaku ancaman bahaya diserang musuh. Amat sesuai untuk anda yang tiada memiliki asas bela diri atau ingin menambah ilmu. Kursus hanya 4 5 jam sahaja. Dilatih secara peribadi oleh pakar seni bela diri."

    Sementara Allah memberikan usia, berusaha dan berdoalah agar dapat mempelajari ilmu yang Allah redha dan bukan ilmu yang menyesatkan

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  25. x dinafikan kalau 5 minit dh pandai bersilat daripada x tau apa2 tu mmg sesat yg haqiqi..

    tentang je kalau jmp org camtu emjay..bagus..

    ReplyDelete
  26. Jangan percaya dengan sebarang barang bertuah..samada keris, batu serai dan sebagainya yang kononnya dijumpai di bawah perdu serai atau lain-lain pokok... itu penipuan semata-mata.... benda tu mmg dah lama ditanam awal2 lagi distu...ditimbus sebelum menanam pkok serai tersebut.... Saya tau penipuan itu semua... saya belajar dari Indonesia. Semua bomoh di malaysia menggunakan kaedah ini... kalau barang tersebut kononnya berkhasiat pun itu itu TIPUdaya syaitan dan jin.... sebenarnya ia adalah barang biasa.... tiada langsung sebarang khasiat atau keajaiban..... Byk lagi perkara yg kononnya mistik dan misteri tetapi semuanya penipuan... buat habis duit je semua itu... BOMOH SAJA NAK CARI MAKAN!!! InsyaAllah kalau ada masa sesuai..saya akn wujudkan satu laman pendedahan khusus penipuan2 bomoh2 dan ilmu2 mistik.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wbh antijumudpencen.

    Tulah saya dah kata, engkau ini memang mahal harganya kerana engkau pernah terlibat dalam perkara ini. Alhamdulillah di atas ilmu yang dikongsikan.

    Saya nak tambah tentang bomoh sedut jarum dari badan pesakit, itu semua lakonan sahaja dimana jarum tersebut telah sedia dipotong siap dimasukkan ke dalam mulut sebelum ritual tersebut yang hanya bertujuan menipu dan menyesatkan manusia.

    Teruskan jihad mu wahai antijumudpencen dan semoga Allah memberkati mu

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Jangan biarkan masyarakat tertipu dan percaya dengan perkara-perkara khurafat ini..... Keris yang kononnya diperolehi dari pertapaan dan sebagainya itu..semuanya ditempah khas... besi kuning, batu delima merah, semuanya tipu... Pernah ada seorang tua menghubungi saya, dia menyatakan bahawa dia telah berhabis duit beribu ringgit untk mendapatkan batu delima merah yang kononnya boleh menarik duit. Bila nak guna... takde hasil..kononnya khodamnya dah lari atau tak aktif. Dia minta saya bantu. Saya tak nak bantu sebab saya tahu... batu itu sememangnya batu biasa. saya sememangnya dah tahu yang duitnya yang dah kena tarik dengan bomoh..... saya nasihat dia degil... sebab dah rugi punya pasal..dia kata batu tu tetap original...... Kalau dah sayang sangat kat benda bertuah ni.... orang cakap pun byk alasannya walaupun hatinya tau yg benda tu tak betul.

    ReplyDelete
  29. ASSALAMUALAIKUM................TERIMA KASIH KERANA MUATKAN REPLY SAYA DALAM RUANGAN BLOG SAUDARA YANG TERBARU.... SELAMA INI SAYA MENGIKUTI SETIAP PERKEMBANGAN DLM LAMAN SDRA.....SAYA MASIH MENELAAH YANG SDRA INI DARI GOLONGAN MANA..... SETELAH SEKIAN LAMA....DARI CARA RUJUKAN SDRA DAN GAYA PEMAHAMAN DAN PEGANGAN SERTA IKTIKAD SAUDARA.....TAHULAH SAYA YANG SAUDARA INI DARI GOLONGAN MANA........SEBAB TIADA LAH GUNA BERHUJAH DGN SDRA......


    SELEPAS INI KEPADA SESIAPAPUN YANG MELAYARI LAMAN INI.....BERHATI-HATILAH......BERHATI-HATILAH......BERHATI-HATILAH......DENGAN GOLONGAN INI DAN SEMAKLAH SETIAP APA YANG DIPERKATAKANNYA....DENGAN PELBAGAI SUMBER YANG SAHIH.......

    YA ALLAH!!........ PELIHAHARAKANLAH DAKU DAN KELUARGAKU SERTA ZURIATKU DARI SIFAT-SIFAT MUNAFIK DAN DARI ORANG-ORANG MUNAFIK....... AMIIN......

    ReplyDelete
  30. Anakcurra..awak kata siapa yang sesat sebenarnya???

    ReplyDelete
  31. Kenapa la korang ni pertahankan sangat benda2 yang karut ni... mudah betul kena tipu... keris picitlah... keris merokok lah..keris keluar darah la.... siapa nak sangat.... aku boleh tempah kat indonesia sepuluh kontena pun aku boleh bawa. Kalau betul masyarakat kita ni ada benda2 hebat ni semua takde la kena jajah dengan bangsa asing.... sekarang pun dok jadi perlarian di bumi sendiri.... sebab tu la malaysia lambat maju... orang bangsa lain bincang pasal ekonomi, pasal teknologi... bangsa melayu dok asap keris tiap malam jumaat..... Mengharap khasiat benda2 pelik ni melemahkan semangat jihad umat Islam... dok ingat dia ada power... padahal kena tembak..mati terbongkang semua.

    ReplyDelete
  32. Mudah-mudahan... saya berjaya mewujudkan website pembongkaran penipuan bomoh dan ilmu2 mistik.

    ReplyDelete
  33. Nauzubillah....Sesungguhnya ketentuan itu di tangan Tuhan.Sekadar kisah untuk renungan bersama. Daripada pengalaman saya sendiri.....Dikalangan saya dahulu, ramai yang mengaku bomoh dan berilmu tinggi.Malah pelbagai barangan pelik dan mistik yang kononnya diperolehi oleh mereka, pernah saya lihat. Pelbagai-bagai lagi yang dipersembahkan dan menjadi buah mulut ramai mengenai hebatnya si polan dan si polan itu dalam melakukan itu dan ini....saya berkesempatan mengikuti hampir lapan orang bomoh dan pengamal ilmu. Tujuan saya hanyalah untuk melihat sejauh mana kebenaran yang ingin mereka pamerkan tentang ilmu masing-masing.Antaranya meramal, menarik, menghalau serta pelbagai lagi. Tetapi apabila saya menyertai mereka ini, tiada satu buktipun yang mampu atau lebih senang dikatakan "Menjadi" dengan pelbagai alasan yang dicipta kononnya si polan dan si polan yang mengikut tidak bersih, atau tamak dan sebagainya....saya hanya tersenyum melihat bijak pandai(antaranya guru, serta pegawai tinggi kerajaan) ditipu bulat-bulat oleh bomoh ini.....Satu lagi kisah mengenai keris yang tidak dapat dibuka sarungnya oleh orang lain kerana dipercayai setiap yang mencuba itu berniat tidak baik, lantas keris tersebut enggan terpisah dari sarungnya. Saya dicabar pemilik keris untuk membuka sarungnya setelah bomoh dan rakan-rakan lain termasuk pemilik sendiri gagal membukanya. Lantas tanpa ilmu, sekadar BIsmillah serta teori bahawa 'kecondongan' kedudukkan keris itu perlu dicabut dengan cara lembut, serta mengalihkan hulunya sedikit, dengan senang sahaja saya berjaya membukanya. Lantas secara automatiknya mereka meyangkakan saya ini 'lebih berilmu' daripada mereka padahal kerana kebodohan mereka mempercayai bahawa keris itu 'hebat' kerana tiada sesiapa mampu membukanya membuatkan mereka menganggap yang lain pula....Jika dikaji, keris lama yang telah tersimpan di dalam sarung dan payah dibuka adalah disebabkan proses pereputan sarungnya ataupun juga 'seperti proses luluhawa'(ada istilah yang lebih tepat tetapi saya tidak tahu apakah istilah itu dalam sains) menyebabkan ianya berkarat, atau mungkin juga condong kedudukkan sehingga sempit untuk di tarik keluar. Begini lebih senang saya berikan contoh. Jika kedua magnet saling menarik dan melekat, jika direntap secara bertentangan, pasti agak sukar untuk memisahkannya tetapi jika kita mengalihkan dengan menolak (seperti memusing sedikit)tanpa perlu menariknya, pasti ianya senang dipisahkan....Cuba buat kajian ini dengan dua magnet yang kuat....Tarik untuk memisahkan(satu ditarik ke kanan, satu ke kiri) seperti mahu memutuskan tali, atau lebih senang jika ditolak keduanya ke sisi dengan arah bertentangan.....Mana lebih senang?.......Sekadar pengalaman....Tiada niat lain...

    ReplyDelete
  34. Wah-wah-wah antijumudpencen dan penatumpul, saya sekadar mengucap syukur alhamdulillah.

    Berkenaan reply anakcurra di atas, saya selalu mengungkap perkataan ini bila saya memberi ceramah iaitu "paling bermasalah untuk mengajar orang bermasalah ialah orang ini tidak tahu ia bermasalah". Di dalam Al Quran banyak ayat menerangkan fenomena ini dimana syaitan telah menjadikan orang bermasalah ini memandang baik perbuatan buruk mereka.

    Contoh mudahnya ialah dimana orang perempuan tak pakai tudung selalu mengutuk perempuan bertudung sebagai kuno dan ketinggalan zaman dan sebagainya. Begitu juga sesetengah perokok memandang hina orang tidak merokok.

    Itulah masalah paling besar kepada anakcurra apabila saya menjatuhkan sesat menyimpan keris puaka ini. Dia dan kuncu-kuncunya masih memandang mulia perbuatan mereka dan menghukumkan saya sesat pula.

    Doakanlah anakcurra, abghaz dan masjoyo semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  35. Ustaz, saya ada ramai kenalan yang berniaga, dan biasanya ada persaingan, kadang2 kurang sihat. Soalan mereka, kemana harus mereka mencari penawar sekiranya kedai atau gerai mereka dituba/disihir.

    ReplyDelete
  36. muhasabah diri sendiri dulu sebelum mengata orang itu & ini.......tingkah laku ,perbuatan & tutur kata kita dalam kehidupan seharian .......adakah seperti tuntuan al quran & alhadis.....fikir fikirkanlah........jangan sesuka hati mengata orang.....kalau orang itu salah kita sama sama betulkan.....tapi dengan kaedah /cara/bahasa yg betul.....kalau diri kita sendiri ...tiba tiba orang kata sesat ...mesti kita marah......jadi kalau nak tegur tu biarlah dengan cara yg lebih berhemah.....

    ReplyDelete
  37. sempena Ramadhan, kisah kelebihan Malam Lailatul Qadar untuk semua.

    Nabi Musa a.s telah bermunajat kepada Allah seperti ini:"Wahai Tuhaku, aku ingin dekat kepadamu."

    Allah S.W.T berfirman:" Wahai Musa, aku terlalu dekat dengan orang yang bangun pada malam Lailatul Qadar."

    Nabi Musa A.S:"Ya TuhanKu, aku sangat-sangat mengharapkan rahmatMu."

    Allah S.W.T berfirman:" Wahai Musa, rahmatKu bagi orang yang kasih sayang pada si miskin pada malam Lailatul Qadar."

    Nabi Musa A.S:"Wahai TuhanKu,aku ingin melintasi titian Silatur Mustaqim sepantas kilat."

    Allah S.W.T berfirman:"Wahai Musa,yang demikian itu bagi orang yang bersedekah pada malam Lailatul Qadar."

    Nabi Musa A.S:"Wahai TuhanKu, aku ingin berteduh di pohon-pohon syurga dan ingin memakanbuahnya."

    Allah S.W.T berfirman:" Wahai MUsa, yang demikian itu bagi orang-orang yang bertasbih dengan bersungguh-sungguh pada malam Lailatur Qadar."

    Nabi Musa A.S:"Ya TuhanKu, aku ingin diselamatkan daripada neraka jahanam."

    Allah S.W.T berfirman: Wahai Musa, yang demikian itu bagi orang-orang yang beristighfar memohon keampunan kepadaKu pada malam Lailatur Qadar sehingga waktu subuh."

    Nabi Musa A.S:"Yang TuhanKu, aku ingin mendapat keredahaanMu."

    Allah S.W.T berfirman:"Wahai Musa, keredahaanKu bagi orang-orang yang mengerjakan solat dua rakaat pada malamLailatur Qadar."

    Semoga kita semua beroleh kesejahteraan....InsyaALLAH..

    ReplyDelete
  38. sejahtera hendaknya kepada saudara semua.

    ReplyDelete
  39. ustaz mj outstation.... student tgh exam ni... tgh busy.

    ReplyDelete
  40. Memang saya outstation dari jumaat hingga ahad. Sebelumnya saya ada aral

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbh sdr akukesal yang dihormati

    Guru saya pernah berkata, sorang yang nak jadi tukang urut tulang patah, Allah akan patahkan tulang orang yang sedang belajar ini sebagai aset penting ilmu yang dipelajarinya.

    Untuk saya mendapatkan sedikit ilmu rawatan tradisional, saya alhamdulillah telah diuji Allah dengan pelbagai penyakit sama terus kepada diri saya atau kepada anak dan isteri.

    Begitulah antara pelbagai cara Allah menyampaikan ilmuNya kepada saya. Saya juga pernah berniaga komputer untuk selama lebih 10 tahun. Pengalaman berniaga ini cukup mengajar saya.

    Musuh utama perniagaan bukannya pesaing dan sifat dengki khianat manusia tetapi ialah DIRI SENDIRI!!

    1. Kalau tak bayar zakat macam mana nak terus maju
    2. Kalau mengamalkan bomoh untuk pelaris dan pendinding, macam mana nak terus maju
    3. Kalau riak dengan kemajuan perniagaan, macam mana tak terlingkup perniagaan
    4. Kalau kedekut dengan sedekah, macam mana Allah nak jadi pemurah kepada sdr
    5. Kalau membiarkan pekerja melakukan maksiat di premis perniagaan sdr, macam mana Allah nak bagi rahmat ke atas perniagaan.
    6. Kalau saban hari dan setiap jam hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akhirat dan berusaha kearahnya, macam mana Allah nak majukan terus perniagaan.

    Kalau seribu bomoh jahat diupah untuk menuba atau khianat ke atas perniagaan namun Allah tetap melindungi perniagaan ini, ianya akan terus maju dan maju kerana itu adalah kehendak Allah. Ingatlah bahawa syaitan tiada kuasa ke atas orang yang beriman.

    Kalau nak datang berkongsi ilmu dengan saya di JB, saya terima dan emailah saya

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  42. kekadang kita ni cakap macam bagus
    adakah kita memang betul2 bagus?
    kekadang perbuatan kita dalam kehidupan seharian tak seperti apa yg kita cakapkan
    fikir fikirkanlah

    ReplyDelete
  43. Sekadar tambahan kepada kenyataan Ustaz Emjay:

    "Kalau seribu bomoh jahat diupah untuk menuba atau khianat ke atas perniagaan namun Allah tetap melindungi perniagaan ini, ianya akan terus maju dan maju kerana itu adalah kehendak Allah. Ingatlah bahawa syaitan tiada kuasa ke atas orang yang beriman."

    Surah Al-Nahl, 99-100: “Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (Syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutunya dengan Allah”.

    ReplyDelete
  44. Terimakasih saudara falah1979 dan Ustaz. Keras betul peringatan yg ustaz berikan, tapi ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum wbh falah1979

    Alhamdulillah syukur dan terimakasih

    Semoga Allah mencantikkan segala amalan sdr dan diredhaiNya. Semoga Allah mematikan sdr dalam IMAN.

    ReplyDelete
  46. Waalaikumussalam WBT
    Semoga doa saudara dimakbulkan seperti yang diharapkan oleh setiap insan di muka bumi ini. Semoga dijauhi dari fitnah Dajjal dan permainan kesesatan syaitan. Wasalam.

    ReplyDelete
  47. "Kalau seribu bomoh jahat diupah untuk menuba atau khianat ke atas perniagaan namun Allah tetap melindungi perniagaan ini, ianya akan terus maju dan maju kerana itu adalah kehendak Allah. Ingatlah bahawa syaitan tiada kuasa ke atas orang yang beriman."

    Saya pernah terdengar riwayat Nabi s.a.w kena sihir...(maaf kalau ia tidak sahih) Jadi apakah Nabi s.a.w bkn org yang beriman mengikut pandangan mj dan kenyataan falah1979????

    ReplyDelete
  48. Sejak Nabi Muhamad SAW mula berdakwah, pastinya ramai para bomoh Quraish menyihir Nabi tak putus-putus. Namun cerita Nabi kena sihir oleh Labid hanya satu. Cantiknya Nabi kena sihir adalah sebagai iktibar cara rawatan (ruqyah) yang sangat perlu diajarkan kepada umat manusia.

    Nabi bersama rakan pernah terbangun waktu pagi matahari dah tinggi. Ia adalah satu pengajaran penting oleh Allah melalui Nabi Muhamad SAW kepada umat Islam semuanya. Apa yang Nabi buat bila semua terbangun lambat ialah tetap solat subuh berjamaah. Inilah yang mesej yang ingin disampaikan.

    Nabi disihir Labid bukan menunjukkan Allah dan Nabinya lemah tetapi adalah untuk menjadi syariaat dan iktibar kepada manusia. Itulah sebabnya Nabi berperang pun luka dan bukannya kebal.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Jadi terkena sihir bukan hujjah kukuh mengatakan orang tersebut jauh dari Allah, sesat, syirik atau tidak beriman.

    ReplyDelete
  50. Apa yg berlaku ada hikmahnya tersendiri...

    Saya pun pernah kena sihir, tapi Allah bagi jalan keluar... malah jadi lebih dekat kpdNya. Nikmatnya tidak terkira, kesusahan semasa disihir hilang tidak dirasai lagi, nikmat Allah melebihi segalanya.

    Baru saya tahu apa beza org yg kuat zikir berbanding org yg lemah zikir...

    Bukan semua faham apa yg kita faham, sb org lain tak rasa apa yg kita rasai...

    ReplyDelete
  51. Saya berpendapat...semua org tak boleh jadi SUPERMAN, mahir dalam segala bab... tambahan pula hidup diakhir zaman ni, penuh pancaroba & maksiat...

    Namun, tugas hamba Allah dari dulu sampai sekarang sama, mencari jalan pulang

    ReplyDelete
  52. Wahai Akubodo...

    Aku adalah engkau dan engkau adalah aku!

    Amat mudah untuk mengatakan kita beriman dengan percayakan keenam-enam Rukun Iman seperti kita mengaku Islam dengan melakukan kelima-lima Rukun Islam.

    Cukupkah kita mempercayai Allah tapi membuat yang bukan suruhanNya? Cukupkan kita mempercayai Rasul tapi tidak melakukan Sunnahnya melainkan Bidaah? Cukupkah kita mempercayai Malaikat tapi menafikan mereka mencatat amalan-amalan kita? Cukupkah mempercayai Kitab-Kitab tapi kita sendiri tak faham maknanya melainkan menghafal bacaan semata-mata? Cukupkah kita mempercayai Qada' dan Qadar tapi bila berlaku musibah kita menyalahkan manusia lain tanpa melihat kesalahan diri sendiri? Cukupkah kita mempercayai Kiamat tapi amalan kita menunjukkan Azab Kubur dan Neraka adalah ilusi dan tahyul?

    Tetapi untuk syirik amat mudah. Dan Allah telah berfirman bahawa amalan-amalan sebelumnya musnah bila kita mempersekutukanNya! Surah apa kan keberapa, carilah sendiri sepertimana saudara luangkan masa untuk tenaga dalam itu sendiri.

    ReplyDelete
  53. KEAJAIBAN DALAM BESI

    Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

    ....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.

    Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

    Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.

    Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

    Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.

    Jadi di sini buktinya setiap apa yang Allah jadikan itu punya keistimewaannya tersendiri bagi mereka yang mahu berfikir... kekuatan yang Allah berikan pada sifat besi juga bukanlah sekadar kekuatan fizikal....

    ReplyDelete
  54. Tulisan anakkerak dirujuk.

    Kalau kekuatan pada besi bukan sekadar kekuatan fizikal, Nabi kita Muhamad SAW pastinya sudah mengajarkan perkara ini. Kekuatan diluar kekuatan fizikal besi adalah sebenarnya silap mata dan sihir yang dibawakan oleh syaitan.

    Janganlah mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan dengan kisah kebal dan pelbagai keajaiban lain dari menggunakan keris dan pelbagai senjata puaka lain.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  55. Benar kata sdr.mj...itu yg saya nak maksudkan... selain dr kekuatan fizikal... besi kadang-kala dimasukkan unsur ghoib ..atau juga sememangnya ada penunggu.

    ReplyDelete
  56. Sememangnya itu yang saya maksudkan....

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum, ustaz Emjay nak tanya sikit boleh? kenapa bayang gambar ustaz kelihatan lain? macam ada janggut panjang je..padahal gambar ustaz tu takder jangut pun.

    ReplyDelete
  58. Waalaikumussalam wbh

    Saya memang ada janggut dan dah banyak yang putih pun janggutnya, dah tua.

    Gambar saya dah diproses sikit pakai adobe photoshop.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  59. keris..keris..sekilo 2 ringgit..

    aperdaa..byk2 senjata keris jugak nak digunakan utk pertahanan..kalu berani, pakailah keris lawan dengan parang panjang..byk jgk gunanye parang panjang..boleh wat tebang pisang..keris??main tikam2 je lah..nak wat potong bawang pon lom tentu lagi....melayu oh melayu..aku wong jowo tak ngaku melayu..

    seni dan warisan tu kite kena tgk jgk dari aspek yang berlainan..saya tak pndai nak terangkan..cuma sebagai umat islam zaman ini kita dah pandai utk berfikir..mmg keris tu seni melayu...tp relevan ke senjata tu digunakan selain perhiasan pada zaman sekarang??

    ok..katelah nak simpan..keris pusakalah katakan.."utk perhiasan" katenya..kenapa melenting kalau dicabar utk dibuang??kalau ade yg nak pinjam mesti cakap "mane bley,keris pusaka tuu" cuba comparekan pisau potong bawang kat dapur tu..kalo nak pinjam time kenduri ker ape ker, "amik je lah jah oii"..kalo ilang "takpe, beli lagi"

    sentimental value lah tuuu konon..chitt podaah..baju, kain, spender yg tok moyang kita dulu takmo plak simpan..benda tetap benda..seni itu indah tapi waspadalah pada seni yang memesong akidah..

    mengakulah wahai melayu2, jawa2, bugis2, ape2 jelah bangsa yang beragama islam di malaysia ni...adat kita terlalu banyak yang terpesong dan bercanggah dari Islam..mmg bukan mudah nak terima tapi kenyataannya cuba kita fikirkan..relevan dan rasional kah?pepatah ada berbunyi "biar mati anak jangan mati adat" gilo apo??susah tu nak dpt anak...adat di sanjung2..dari adat baik tukar jadik adab..."biar mati adat, jgn mati adab, kelak anak-anak tak mati katak"

    ReplyDelete
  60. Gua caya habis dengan kenyataan vipersodas di atas terutamanya:

    "sentimental value lah tuuu konon..chitt podaah..baju, kain, spender yg tok moyang kita dulu takmo plak simpan..benda tetap benda..seni itu indah tapi waspadalah pada seni yang memesong akidah..

    mengakulah wahai melayu2, jawa2, bugis2, ape2 jelah bangsa yang beragama islam di malaysia ni...adat kita terlalu banyak yang terpesong dan bercanggah dari Islam..mmg bukan mudah nak terima tapi kenyataannya cuba kita fikirkan..relevan dan rasional kah?pepatah ada berbunyi "biar mati anak jangan mati adat" gilo apo??susah tu nak dpt anak...adat di sanjung2..dari adat baik tukar jadik adab..."biar mati adat, jgn mati adab, kelak anak-anak tak mati katak"".

    Semoga Allah memberikan rahmat dan mematikan vipersodas dalam iman

    Emjay

    ReplyDelete
  61. Saudara emjay. Biarlah mereka yang memperjuangkan warisan budaya bangsa dengan semangat mereka itu. Terus terang saya katakan saya juga seorang pencinta keris yang juga berwaspada dengan amalan syirik di kalangan bangsa sendiri. Tapi TIDAK semua pencinta keris mempercayai amalan sedemekian. Keris itu adalah warisan kita. Budaya kita. Ia nya tidak bercanggah dengan amalan atau syariat islamiah. Cuma yang salah ialah juga pemilik nya terlalu taksub tentang "kemistikan" keris itu sendiri. Dan TIDAK semua keris itu "berpuaka" seperti saudara katakan. Jadi saya berharap jangan lah tuan melabel pencinta keris seperti kami terpesung dari jalan yang benar. Orang melayu dulu, tak mempunyai pistol atau pedang arab. Ini lah senjata mereka. Dan tak semua senjata melayu yang ditempa dengan amalan seperti yang saudara katakan. Rata rata orang nusantara dahulu mempunyai keris mereka sendiri dan kalau saudara melabelkan keris sebagai senjata puaka dan bertentangan dengan islam bermakna RATA RATA orang nusantara islam dahulu telah TERKELUAR dari ajaran islam TERMASUK para ulama, wali dan lain lain nya termasuk nenek moyang kita!
    Biarlah kita berpada pada dan ingat mengingati sesama kita TETAPI jangan lah kita sampai taksub dengan pendirian kita hingga melabelkan sesaorang itu sesat kerana keris yang disimpan nya. Pendapat yang sedemekian ini sebenar nya satu menyakit. Kalau pun saudara tidak bangga dengan "kaum" saudara - melayu ke, jawa ke saya rasa lebih baik tinggalkan saja "warisan budaya" saudara tu. Jangan lah mengaku sebagai melayu atau jawa. Pakailah jubah daripada berpakaian melayu. Berbuallah dalam bahasa arab sebab banyak perkataan dalam bahasa melayu ni berasal dari hindu sanskrit. Sunan kali jaga dalam process menawan orang orang jawa hindu dahulu, mengabungkan tradisi mereka denagn ajaran islam agar mereka senang dan dapat memahami islam itu denagn mudah. Maka di adakan persembahan gamelan dan wayang kulit di perkarang masjid untuk menjinak jinak mereka kedalam mesjid. Salah ke apa yang di laku kan Sunan Kali Jaga?
    Biarlah yang menentukan kafir nya sesaorang itu ditetapkan oleh ALLLAH bukan kita sesama manusia yang belum tahu benar atau salah nya.

    ReplyDelete
  62. ni megat ;saudara banyak buang keris hey,pernah nampak keris dua muka?kalau ada kat mana boleh kasi tau,pertolongan saudara amat dihargai.allah swt hanya dapat membalas budi tuan hamba

    ReplyDelete
  63. Selamat menjalani eksperimen menyimpan keris!!

    Simpanlah kerana itulah kehendak sdr. Kalau ikut saya tiada faedahnya menyimpan benda begini malahan elok dibuang saja.

    Selepas ini bolehlah sdr melihat sendiri hasil eksperimen sdr ini dan mungkin hasil eksperimen adalah seperti:

    1. Anak sdr melihat pelbagai lembaga di dalam rumah
    2. Suami isteri kerap bergaduh
    3. Anak-anak kerap bergaduh
    4. Anak-anak bergaduh pula dengan ibu bapa
    5. Kerap putus duit
    6. Sukar untuk mengamalkan solat 5 waktu dan kerap meninggalkan solat
    7. Ahli keluarga mungkin sdr, isteri atau anak-anak kerap di tindih lembaga sewaktu tidur.
    8. Pelbagai bunyi yang pelik di dalam rumah sdr.
    9. Peringkat yang parah ialah ahli keluarga ada yang kena kerasukan.

    Bila sdr sudah memperolehi mana hasil eksperimen dari menyimpan keris ini, bolehlah sdr kongsi di laman emjay ini sebagai iktibar.

    Semoga menjalani eksperimen dengan jaya.

    Wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete

  64. Saya menulis artikel berkenaan senjata puaka ini antara tujuannya ialah untuk membantu tiga pembaca Laman Emjay iaitu anakcurra , abghaz dan masjoyo semoga mereka ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

    ape kebende punye orang menjatuhkan maruah orang lain..

    ini sifat seorang ustaz kew?

    ReplyDelete
  65. Biorlah lah dia Mhalid, Aku setuju ngan ko.

    Wahabi totok ni akan labelkan sesiapa sesat kalo tak sealiran ngan mereka, main pukul rata aje. Yg pengikutnya pulak "angguk memanjang" "enggeh,enggeh" dengor MJ berfatwa.

    Dia siap buat list perkara yg mungkin terjadi buat ko, MJ ni tukang tilikkah ? Syirik tu... nak mendahului Allah gamaknya...

    ReplyDelete
  66. Adakah anda percaya wujudnya keris taming sari?

    ReplyDelete
  67. ade beberape perkare yg org tua cite kat aku pasal kiyai salleh...
    1. dia tak kebal.. dia pon cedera mase kat semerah..
    2. takde pon parang terbang.. yg cakap nampak parang terbang nih komunis.. sebab dorang tak nampak pon orang yg pegang parang tu..
    3. air yassin dalam tempayan tu takde pon bagi pengikut nyer kebal.. kalo kebal.. semua pengikut dia hidup mase bertempur ngan komunis.. nih ade yg arwah gak..
    4. selempang merah tu.. sebagai lambang kumpulan tu.. takdenyer selempang tu bagi kebal, ghaib pelbagai...

    tu antare nyer yg diberitau pade aku oleh salah sorang anak murid kiyai salleh

    ReplyDelete
  68. lain orang lain pendapatnya...rambut sama hitam,hati....

    ReplyDelete
  69. celah lagi..keris hehe ..mr emjay nih biarkan mhalid dgn minatnyer..kan dia dah kata berwaspada dgn amalan syirik..yang pergi suh dia wat eksperimen tuh wat aper..pastuh dah bagi kesimpulan atas eksperimen mr emjay sendiri..1 smpai 9 tuh takde keris pun buleh terjadi..pening ker mr emjay..rindu pulak dkt hamba allah anakcurra..aisey ade delete2 lagi..biarkanlah mr emjay.jgn risau masing2 ada akal leh timbangkan..

    ReplyDelete
  70. Saya nak tanya 15dabel77, sdr membenarkan keris puaka ini atau menentangnya??

    Sila jawab dahulu sebelum saya mengulas lebih lanjut lagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  71. tiada soal dalam keris puaka antara hamba dan mrhalid.hanya mengatakan keris sahaja..pasal eksperimen mr. emjay di atas mengenai keris 1-9..takder tulis keris puaka..jgn kelamkabut..bc betul2..
    skang nih berbalik pada pertanyaan mr emjay pada hamba..yg dimaksudkan sebenarnya oleh mR. emjay adakan keris puaka dgn keris (takder cop puaka) sama?tuh yg mr.emjay buat kesimpulan pada mrhalid..

    ReplyDelete
  72. adakah salah kata hamba eksperimen mr emjay pada keris bukan pada keris puaka 1-9 itu tanpa menyimpan keris buleh terjadi perkara 1-9 itu...

    ReplyDelete
  73. ana stuju dgn sdr muor76..apa yg dkatakn tu mmg bnr.
    datuk ana jga mrupakn slh seorng drpd anggota selempang merah.sms zmn darurat 13mei dlu darulasbab mereka jgala rmai org islam terselamat dgn izin Allah..

    ReplyDelete
  74. salam..untuk emjay..maaf kalau menggagu,,,
    saye hanya nak bagi tau...yang emjay bukan nak selamatkan umat...tapi nak merosakan...
    adekah senjatabergitu boleh menyebabkan manusia boleh bercerai berai dan sebagainya,,,
    bagaimane dgn org yang tak pernah ade senjata puaka...tapi bercerai...?
    satu lagi awak percayakan guru awak lebih dari ALLAH.tiada yang boleh selamatkan kita kecuali ALLAH sahaja...awak kata orng syirik awak syirik awak tak nampak...awak hanya perosak ugama yang HAQ awak hanya nak menghancurkan kekuatan islam dan melayu dari dalam..awak ini ibarat API DALAM SEKAM...
    maaf cakap ....ramai musuh2 islam mengkaji di mana kekuatan umat ISLAM....adakah awak salah seorang dari egen YAHUDI itu...saye pun nak menegakan kebenaran juga....jangan nila setitik rosak susu sebelangga.kalau kail panjang sejengkal jangan lautan dalam nak di duga...kalau belum rasa macam mane awak tahu manis ke masin...awak bercakap atas pergalaman orang.cara awak cakap nampak sangat awak tak tahu yang mane yang HAQ yang mana yang BATIL....kerana orang macam awak la..ISLAM akan hancur..MELAYU akan musnah.sudah kembali la ke pangkal jalan emjay...tak salah kalau tak tahu ...tapi jangan sombong bodoh macam semua dah tahu....saye minta maaf la emjay...kalau bahasa saye kasar.saye pun macam awak juga nak menengakkan kebenaran.tak semua yang awak nampak tu salah..dan tak semua yang awak amal tu betul.amalan awak yang kata orang syirik tu.sekali lagi saye minta maaf pada awak emjay.saye tau awak pun tak pandai taramana pun.sebab saye tau tak semua awak tahu.lagi satu awak tak ade pergalaman .awak hanya dengar cerita orang aje lebih...atau pergalaman guru awak tu aje.

    ReplyDelete
  75. CUKUPLAH...HENTIKAN PERBALAHAN INI.

    ReplyDelete
  76. aku punya keris dari duhulu aku belum muslim sekarang ini buat aku antik boleh atau tidak
    maaf tidak nullis bagus saya dari belanda

    ReplyDelete
  77. seronok ke bergaduh sesama sendiri...? tugas sudah diselesaikan dan nasihat telah diberi..kalau tiada respon terpulanglah diri sendiri..janganlah sampai perkataan sesat dipermainkan..fikir dahulu sebelum berkata kerana tulisan di dalam ni tak sama dengan dialek perkataan seseorang itu...wallahualam..

    ReplyDelete
  78. saya nak tanya..... seelum nih ada gak bertanya kengkawan yg mempunyai hobi nih.....

    bagi diorang, diorang asapkan kemenyan setelah di cuci dengan limau nipis... sebab nyer ialah untuk mengeringkan besi tersebut, kerana tidak boleh menggunakan kain... yer ah... dengan pamor berselerak, tajam bergigi halus. mana bisa kain mengeringkan nyer betul kan?

    jadi di asap kan, klu asap guna ubat nyamuk pelik lak org nanti....

    just tanyer jer klu boleh berkongsi ilmu di dada

    ReplyDelete
  79. Mau beli Pedang Samurai "Custom" (Katana/Wakizashi/Ninjato) yg murah meriah??

    Klik LINK ini:

    http://pedangsamuraimurah.blogspot.com/2010/01/dijual-pedang-samurai-murah.html?showComment=1263964806471#c7852077602123813607

    Disitu BANYAK koleksi pedang2 keren yg berkualitas Oke!! dan Langka

    Semoga info ini bermanfaat

    Reza Miyamoto [reza_miyamoto@yahoo.co.id]

    ReplyDelete
  80. Sdr reza

    Kalau saya buat tempahan 1 unit dari Malaysia, bagaimana caranya.

    Emjay

    ReplyDelete
  81. nmpak sgt sdr emjay ni xreti pasal senjata..istilah "memicit" keris pn xtahu..."memicit tu istilah je..klu xreti istilah,jgn disebut tentang senjata ni...
    org dulu asapkan keris pakai kemenyan,pasal dulu xde hair dryer dan nk kasi keris tu wangi..
    cuci keris pakai limau,sebab limau tu tajam,boleh cuci bau yg xsedap..
    cucuk kat batang pisang pasal senang nk kuarkan kotoran..
    klu nk bercakap tu pakai kepala otak..jgn pakai kepala lutut..
    ni la jadi nye...asal asap kemenyan,melimau je..ingat puaka..bukak sikit minda ko tu.berpikir sempit sgt.buat malu jawa je.

    ReplyDelete
  82. Engkau lah yang betul tentang bab kemenyan dan mandi limau ini.

    Dalam Al Quran sudah disebut golongan seperti ini. Mereka melakukan kesalahan tetapi iblis menjadikan mereka melihat perbuatan mereka sebagai betul.

    Biarlah engkau sahaja yang sesat tetapi jangan engkau sesatkan orang lain pengunjung Laman Emjay ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  83. jwb dl soklan aku sblm ko ckp org sesat.

    ReplyDelete
  84. erk.. aku cuma nak beli keris jer....


    salah ke aku.....

    ReplyDelete
  85. xsalah jerungkampungjaya...dapat bli yg jenis "picit" punye pn,gempak gak..

    ReplyDelete
  86. heem ada ker encik odio? pernah dengar tapi hamba tak pernah liat hasil nyer.....

    apakah maksud picit tuh tidak menggunakan tukul atau besi?

    ReplyDelete
  87. apo plak takdo,ado.
    maksud picit tu bukan la pakai tangan@jari mengikut guru hamba..pakai tukul gak...
    org dulu2 kan suke berkias.
    name "picit" tu teknik aje...

    ReplyDelete
  88. oooow.... aku ingat macam picit kat masage tuh haaaum

    ReplyDelete
  89. kakakaka....klu picit yg tuh,keris laen yg naek..

    ReplyDelete
  90. haaah? ooow

    harap saya tak tersasar permikiran... amin

    ReplyDelete
  91. keris,tumbak is art (seni budaya)

    ReplyDelete
  92. Kuda kepang, makyong, wayang kulit tari menari pun adalah satu seni budaya.

    Namun hanya orang buta hati dan buta Islam yang akan mengekalkan seni budaya ini.

    Saya tidak menolak seni seperti berpakaian seperti baju melayu, baju kurung dan bersongkok.

    Emjay

    ReplyDelete
  93. Seni tu seni juga tetapi mana yang bertentangan agama Islam kita buang jauh-jauh la.

    Emjay

    ReplyDelete
  94. astagfirullah hal adzim...,Allohumma sholli ala Muhammad wa ala aliy saiyidina Muhammad. salam damai salam sejahtera wahai saudaraku .mohon ma af, jika ada yang kurang setuju dengan kata ""saiyidina""

    ReplyDelete
  95. ok..... ape yg bertentangan dengan ugama dari petikan anda yg pertama tadi... (kuda kepang, makyong, wayang kulit tari menari) rasa nyer suma pon takda beza dengan sehati berdansa, AF 1-10, juara kecil, dan pelkbagai lagi... rasa nyer suma pon bertentangan dengan ISLAM.....

    ReplyDelete
  96. Mana yang bertentangan dengan Islam kita tentanglah. Saya nak muntah melihat sehati berdansa dan program-program lainnya. Itulah sebabnya saya boikot TV3 kecuali berita pukul 8. Janganlah kita atau anak kita menyertai program ala orang kafir ini.

    Kuda Kepang amat SESAT kerana terdapat amalan jampi manteranya yang mengakibatkan penari-penari kuda kepang ini akan menurun hilang ingatan.

    Emjay

    ReplyDelete
  97. saya ingin bertanya bapak ustadz, ada di dalam kitab apa, kalimat yang berbunyi""aku adalah penjamin rumah di tengah tengah taman syurga,bagi siapa yang menghindari perdebatan,sekalipun dia benar,serta sebuah rumah di tengah tengah syurga bagi siapapun yang meninggalkan dusta, sekalipun dia hanya bermaksud bercanda(bergurau).""syukran kasyiran, terima kasih, untuk kajianya.

    ReplyDelete
  98. Apa yang sdr tuliskan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dihasankan oleh Al Bani.

    Saya memang beriman dengan hadis tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  99. terima kasih bapak Emjayjb, semoga Alloh menunjukan jalan yang benar, kepada kita. amien.

    ReplyDelete
  100. Saya ingin tanya ke Bapak Ustadz, karena saya tertarik dengan, ketika Bapak bertemu dengan arwah guru Bapak,bagaimana Bapak yakin itu benar2 arwah guru Bapak? jika iya, adakah ibadah kusus yang Bapak lakukan, sehingga ALLAH memilih Bapak menjadi, salah seorang yang di kasih karomah bisa bertemu (dipertemukan) dengan arwah orang yang sudah meninggal dunia?terima kasih.

    ReplyDelete
  101. Untuk pengetahuan sdr, selepas arwah guru saya meninggal dunia, saya tidak pernah bermimpi bertemu dengan beliau dan tidak pernah bertemu dengan arwah dalam mana-mana alam ghaib.

    Saya bertemu dan seterusnya belajar dari arwah guru saya sewaktu beliau masih hidup dari tahun 1985 - 2003. Arwah guru meninggal pada Februari 2003 pada usia 58 tahun.

    Emjay

    ReplyDelete
  102. BERILMU TAPI BODOH..tuli dan pekak..tidak dapat bezakan yang benar...shok sendiri..Allah tu maha pengasih kepada semua umat nya termasuk semua mahluk dan juga orang kafir...Shirik atau pun tidak sasaorang itu hanya Allah yang dapat menghukum nya..tidak ada sesiapa yang bolih berkata demikian kerana kita tidak dapat tahu dan dapat membaca hati dan niat sesaorang itu. Kita hanya dapat memperpanjangkan kefahaman kita kepada sasaorang " dakwah nya sahaja " terpulanglah kepada sasaorang itu dapat menerima nya atau pun tidak..yang penting kita berdakwah dengan cara yang dituntut olih Islam..dan juga Dakwah itu bukan lah segala-gala nya yang wajib di lakukan tetapi banyak perkara yang wajib lagi perlu di utamakan...pilih lah yang teratas...atau agih-agihkan lah kepada sahabat-sahabat yang lain untuk menegakan kewajiban..Ingat persudaraan dalam Islam akan di tanya nanti dalam Alam KUBUR...

    ReplyDelete
  103. ni sorang pengumpul keris bagitau aku...
    fungsi limau... nak buang karat/nak tajamkan keris... kadang dia pakai nenas...
    diperasapkan ngan kemenyan... nak keringkan keris tu....
    tu dia nak jage keris tu... hanye sebagai perhiasan...
    begitu jugak cangkul.. kalo tak buang tanah... tak lap/tak basuh... karat ler...
    walau bagaimanepon... aku tertarik ngan paparan mengenai satu batu (dipercayai tahi bintang)
    dimane kalo kite pegang batu tu akan ade satu tenage (tak tau tenage ape) bile kite tikam orang tu.. memang takkan lut nyer... tapi bile kite hiris.. sorong depan belakang.. baru ler luke...
    jadik kajian saintifik menunjukkan batu tu ade sejenis tenage... bukan batu tu ade penunggu/jin/setan/dll...
    kire cam magnet ler.. ade tenage yg leh tarik besi...

    ReplyDelete
  104. muor76,xde gune ko cakap camtu ngan puak2 wahabi..diorg bukan reti pape.

    ReplyDelete
  105. odioman85....... wahabi? ape yg sesat/salah pasal wahabi eikk? dorang tak sembah Allah ker? dorang tak ngaku nabi muhammad tu nabi dorang ke? berape banyak kitab karangan ahmad wahabi(sori aku tak tau name sebenor dia) ni eikk? kenape mekah ramai puak puak yg dianggap wahabi? puak puak wahabi nih tak rujuk ayat quran atau hadith ke? atau dorang rujuk hadith hadith palsu?
    sorry nak tanye sket... adekah sekirenya aku.. tak berdoa/berwirid reramai lepas solat berjemaah aku akan dilabel sebagai wahabi? atau adekah sekirenya aku tak berdiri ketike syair (karangan ahmad berzanji-sori tak tau name sebenor) memuji nabi ketike sambutan maulidur rasul aku anggap di label wahabi? (bende nih pernah kene kat kawan aku)
    sekirenya kite mesti/wajib ikut mazhab syafie... kenape time bayor zakat fitrah pakai duit... sebab setau aku mase aku belajo kat sekolah dulu imam syafie soh bayor pakai beras (yg kite makan)... tak bagi pakai duit
    banyak pertelagahan antara puak puak yg melabel dorang ahli sunnah vs yg dilabel wahabi...

    orang tu cakap camnih... org tu cakap camtu... dok label org sane sesat... org sini sesat... kan elok kalo dibawak berbincang...quran ade... hadith sahih ade... semua ade rujukan...

    ReplyDelete
  106. wohoo i likeeee...xde sape yg cakap wahabi ni xsembah Allah,xngaku Nabi Muhammad S.A.W nabi diorg,xrujuk al quran n hadis..cuma,golongan nih yg suke2 melabel org laen sesat.kan?..sampaikn ulama pn dilabelnye sesat..ish3..sori nk tny sket..e2 hari aku g ke sambutan maulud nabi kt area dengkil,adekah aku dianggap sesat sebab melakukan bid'ah?(ktt sana ramai ulama2 besar dtg,xkn diorg sesat kot)aku baca al'quran resam uthmani yg ade baris dan juzuk skang ni,dianggap bid'ah?(sbb dl mase zaman nabi al'quran xde baris).
    bab zakat fitrah plak,pernah ke ko dengar Jab.Agama Islam keluarkan harga zakat ikut harga jagong?diorg kire pakai harga beras kan?knp nk susah2 pergi cari beras sedangkan ade badan yg menguruskan hal2 ni kan??islam e2 mudah..nk memberatkan mende yg mudah watpe..kan kan kan??

    aku menulis bukan utk bertelagah antara sunnah n wahabi,mcm ko ckp,utk berbincang kan.
    ape2 pn "i liikkeeeeeeeee"

    ReplyDelete
  107. ooooo... so skang nih label melabel ler... org sane label org sini cam gitu.. orang sini label orang sane cam gini... bende cam nih bawak ler bincang.. tp kene ler refer dari tempat yg betul... jgn ler refer dari bende tak betul... hadith kan byk... leh kaji ler hadith hadith sahih... dan alquran...
    jgn ler sampai buat majlis untuk ingat nabi kite label bidaah... jgn ler bile orang cakap berarak sambut kelahiran nabi tu orang syiah yg mulekan, kite label wahabi.... jgn ler kalo bace quran ade baris kite label bidaah... jgn ler kalo tak berdiri mase puisi memuji nabi muhammad dialunkan, kite label wahabi.... kan lagi bagus kalo dok bincang... dan dengar dulu pendapat memasing.... bile dah diberi pendapat.. kene ler kaji... jgn nak nolak jerk...
    bagi orang yg digelar wahabi.. dorang mesti rujuk hadith hadith tertentu yg cakap pasal bidah... bagi golongan islam melesia yg lain.. dorang mesti rujuk hadith hadith yg cakap pasal sesuatu bende yg tak bidaah... so bentangkan.. bincangkan ler... kene ler open minded... ini dok label sane label sini.. ape yg dpt..?

    ReplyDelete
  108. memang benar..memang da salah ...sebenarnya keris ini tidak ada apa-apa pun..yang menjadikan ia seperti "berpenunggu"..adalah kerana jin yang menumpang keris itu.....jadi seeloknya hindarilah dari menyimpan keris yang kita mengatakan ada " powernya"..supaya akidah kita tidak terpesong....

    Datuk saya dulu ada jugak keturunan..tetapi dia tak mahu kerana dia percaya ...pada ALLAH..
    itulah yang terbaik.....ALLAh yang satu....kenapa kita memerlukan 'benda' lain..kan kita ada ALLAH...

    ReplyDelete
  109. macam mane dgn kia salih(pergaduhan parang panjang 13 may... mengikut cerita banyak parang yg terbang?

    ReplyDelete
  110. Waalaikumussalam wbh

    Apa yang dilaksanakan oleh Ustaz Rasul Dahri ini memang sealiran dengan apa yang saya amalkan.

    Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi rahmat kepada ustaz Rasul Dahri

    Emjay

    ReplyDelete
  111. semoga emjay sedar yang meletakkan sesuatu hukum tanpa periksa adalah berdosa dan boleh menyesat kan org lain

    ReplyDelete
  112. puaka tu kan maksud die penunggu sesuatu tempat.
    kenape?????? hujah macam x kuat je?????

    ReplyDelete
  113. saya nie bukan nak cakap ape la kann. islam tu agama yang diredhai allah
    islam jugak adalah agama yang universel.
    kenapa pulak cara emjay ber hujah macm islam nie kolot je..........
    keris keris la bukan semua benda tu ade khadam.......
    kalau la simpan keris suke suke salah ke keris tu bukanye ke besi ke??????????????

    ReplyDelete
  114. habis tu raje kite kan pakai keris kan....
    kenapa x pegi cakap kat raja kite??????
    apa pulak hukumnye tu???????

    ReplyDelete
  115. kenapelah lahir org jawa macam kalian?????????????
    ade ke fatwa malaysia kata haram ke???????????
    rasul x cakap pun simpan keris haram bukan ke keris tu senjata je tapi ade yang salah mengunakanye
    apa pulak hukum tu macam mane kalau simpan keris yang kononye x de puaka tu...........

    ReplyDelete
  116. bukan ke sebelum pedang samurai di tempa pendeta akan bacakan mantara kat besi tu
    ade je pedang ade hantu. macam amne dengan keris wafak pulak

    ReplyDelete
  117. kenape kene hina org yang nak mempertahan kan hujah die???? samapi kena dimasuk kan kedalan
    bomoh artis??????????
    bukan mengaib kan org tu berdosakan.
    brg siapa yg membuka aib org diatas dunia nescaya allah bukakan aibnye diakhirat

    ReplyDelete
  118. kenape pulak wafak x de kat contoh tangkal eik .
    bukan ke ade wafak yg salah dan haram

    ReplyDelete
  119. org cume tanye jangan la cakap org simpan keris ke atau ade tangkal.

    ReplyDelete
  120. awak kesianye mana ade org perang guna keris lagi zaman nie? org dah gune nuclear la ? keris zaman nie bukan cume dalam bingkai gambar je ke?????/

    ReplyDelete
  121. emjay saya harap dapt la betulkan keterangan mengenai semua ini.

    ReplyDelete
  122. Salam kepada semua sedara penentang mj. Mj dah kata n dah terangkan panjang lebar pun masih x paham lagi ke? Korang ni masa belajar dulu mesti bodoh dan bebalkan. Susah betul nak masuk otak dan paham. Benda simple jerr pun.. Nak ulang berapa ratus kali??
    Okay, pasal keris n segala barang2 mistik tu pun. Sebenarnya wujud ke benda tu semua? Aku ni dulu sebenarnya adalah orang yang taksub dengan benda2 mistik n jin2 ni. Walaupun mak n pak aku orang kuat agama dan disegani di daerah aku tuttt. Aku sungguh berminat nak tangkap jin konon nak bela. Nak cari benda mistik konon yang ada jin. Sapa x nak klu dapat bela jin ni macam2 kita bleh buat woo. Kita suma pun maklum apa jin boleh buatkan.. So sumanya bermula bila aku joint satu persatuan yang di namakan ttuttt. Bila dah joint maka banyaklah kenal konon tok guru power2 kat malaysia ni. Antaranya KSS (kesaktian suci sejati) di shah alam. Nama cikgu zul tuttt. Sebabkan aku ada skit pengaruh maka dapatla ampu belaja ngan cikgu ni (ada pengaruh tu sebab aku ni ada banyak pengikut yang setia ngan aku setelah joint persatuan tutttt tu.. Cikgu tu pikir dengan pegang aku maka ramailah anak murid dia nanti). Paksu tuttt (kajian hak) kat prai. Dan banyak lagi beberapa nama yang bermula ngan ayahanda di pangkal gelarannya. X boleh nak petik dengan detail sangat takut jadi issue. Macam2 ada aku blaja. Ilmu kebal laa., panggil qarin la, amik toyol la, lembutkan hati orang, pemikat gadis, bunoh jin la, ubat orang ngan air jampi la dan berbagi lagi. Aku belajar sehingga khatam walaupun terpaksa berulang dari kl ke prai tiap2 minggu selama berbulan sampai selesai. Setakat tinggal anak bini tu perkara biasa.
    Berapa taun Kemudian aku terjebak pulak dengan perniagaan barang2 mistik plak. Asalnya kenal ngan seorang dato. Ni dato betul ye. Bukan datuk tua kerepot. Dato ni pun ngan geng2 dia (ada yang dato jugak) nak cari barang kebal yang ada khadam. Maka dengan kabel yang aku ada kononnya maka daptlah aku beberapa barang. Ada yang import dari indonesia. Delima merah la, rantai/cemara babi la, geliga lipan la, besi kuning la, keris berdiri la dan sgala macam merapulah. Semua deal tersebut tak jadi. Ada yang kata jin larilah time akad. Barang jadi cairlah. Kebal x jadi kebal. Tembus x nampak tembus. Delima masuk air x jadi merah laa.. Duit memang berjutalah stanby dato ni semua. Dengan bodyguard dia, dengan tester dia. Kadang tu pengurusan deal jadi sampai berbulan bulan lamanya. Tunggu tester datanglah. Barang tunggu acara ritual dari indonlah.
    Hasilnya...... Setelah bertahun2 aku hidup dalam benda ni apa. Yang aku dapat ialah kesedarannn...!!!
    Aku sedar benda2 ni suma x wujud pun. Hanya manusia bodoh jer yang percaya. Punya banyak kat indon tu penipu.. Diorang siap ada kilang keris berdiri dan segala jenis macam barang penipu yang lain termasuk jenglot pon diorang buat sendiri. Tu belum cita bab pengalaman terjebak ngan tokek pulak tu.
    Jin2 yang aku panggil kononnya, tangkap, potong, semunya dengan perasan jerr.. Rasa didalam hati. Kemudian bayangkan. Para ku chaiitttt!!!! Apa benda semua ni?? Poyo ke apa?? Sehingga sekarang aku x pernah nampak jin pun seumur hidup aku. Pantang aku klu ada orang or bomoh kata nak bagi aku jin. Aku mesti turut (dulu laa). Macam syarat bagi kat aku. Kena duduk dalam hutan kat tepi higway ampang laa (masa tu laa) tunggu sengsorang sampai ada dugaan sampai pagi laa. Mencanak aku tunggu. X de apa punn. Bila di tanya mana toyol tu. Dia kata ada dalam poket aku. Cuba rasa dengan perasaan. Cheihhh!! Penipu!!
    Klu nak cita suma pengalaman bodoo aku. Ni 3 hari 4 malam x abis.
    Sekarang ni bila ada orang dakwa:-
    dia boleh nampak jin dia penipu!
    Dia boleh santau orang. Dia penipu! Ko boleh santau aku klu nak buktikan. Di persilakan.
    Dia boleh menilik kononnya. Dia penipu! Pernah satu kes ada kecurian pecah kendraan niaga di uptown kota damansara. Tengok bomoh di paya jaras kluar gambo paraut mana tah kat dalam tin milo berisi air. Dia kata tu pencuri (setelah acara ritual tertentu). Aku n geng amik

    ReplyDelete
  123. Waalaikumussalam wbh

    Sebagai tanda bersyukurnya saya kepada Allah SWT diatas tulisan sdr amirlia3 ini, saya telah menyediakan ruangan khas bagi sdr dan juga sdr gogol7551 untuk menyambung tulisan sdr di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/266 .

    Saya memohon kerjasama sdr amirlia3 untuk menyambung tulisan sdr diruangan baru tersebut semoga ia menjadi iktibar kepada umat islam sekelian.

    Semoga Allah memudahkan dan memberikan kekuatan untuk perkongsian ilmu tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete