Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 28 February 2007

IKTIBAR ALLAH SUSAHKAN ORANG TERTENTU KETIKA NAK MATI!!







Gambar di atas: Tangkal macam baju kebal dan tiga keris simpanan Atok dalam kisah ini yang digunakan dalam mengubat.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbth

Seorang rakan sekerja Mr X menemui saya pada awal 2006 dengan membawa hajat dengan bersungguh-sungguh. “Haji, minta tolong boleh tak”.

Saya menjawab “insyaAllah, apa dia”

“Atok saya sakit teruk dah terlantar lebih sebulan. Macam orang koma. Badan dah macam papan sekeping. Nak minta haji tolong tengok dan tolong apa yang patut. Kesian dia.”, rayu Mr X.

“Insya-Allah saya tolong. Bila nak pergi?”

Menurut Mr X, atoknya adalah seorang yang warak dan mengubat orang sakit menggunakan kaedah yang diizinkan oleh Islam. Namun kalau menurut saya kalau atoknya orang yang Allah redha, mengapa pula saat nak mati Allah SWT azab begitu rupa?

Setelah membincangkan masa yang sesuai, pergilah kami ke destinasi kediaman atok Mr X di daerah Senggarang di Johor. Kami pergi berdua menaiki kenderaan saya ke pekan Senggarang pada hari Sabtu. Kira-kira pukul 11.00 pagi tersebut tibalah kami di pekan Senggarang.

Rumah Atok Mr X sudah agak usang di diami oleh Atok dan nenek Mr X serta anak bongsu bersama suami dan anak-anak yang masih kecil. Setelah sampai kami disambut dan dipersilakan masuk ke rumah. Nenek Mr X masih sihat walau sudah berusia lebih dari 70 tahun. Nenek ini membawa saya menemui suaminya yang terbaring kaku di ruang tamu rumah beralaskan tilam bujang yang nipis.

Subhanallah, tubuh atok Mr X sudah begitu kurus tinggal tulang dan kulit dengan mata yang terjegil. Tidak berkata dan bernafas melalui mulut. Setelah meneliti keadaan atok ini buat seketika, saya memanggil nenek ke satu sudut untuk berbicara dan beliau tidak membantah.

Antara perbualan kami ialah: “dah lama atok terbaring macam ini? kata saya.

“Sudah lebih sebulan macam ini” jawab nenek.

“Ada tak atok mengubat orang ?” tambah saya

“Dia memang ada mengubat orang dan juga mengurut ?” jawab nenek.

“Ada tak atok menyimpan barang-barang tertentu dan digunakan untuk mengubat?”, saya menambah.

“Atok ada 3 keris. Sewaktu mengubat atok gunakan keris kecil. Yang lain disimpan.” jawab nenek.

“Atok ada mengamalkan ilmu-ilmu lain tak untuk mengubat atau mengurut?” sambung saya.

“Sejak atok muda memang ada dia memakai susuk di lengan kiri supaya kuat mengurut. Tetapi sebelum sakit dulu atok dah suruh saya buat sesuatu supaya susuk ini keluar. Saya dah buat dan melihatkan pada tandanya, susuk ini memang sudah keluar” jawab nenek.

Saya terus menyoal sama ada atok ini ada menyimpan pelbagai tangkal lain dan jawapan dari nenek
ialah memang ada iaitu kelihatan seperti tangkal baju kebal warna merah yang terletak atas para.

Setelah mendapat input-input yang mencukupi dari nenek ini berkaitan suaminya, saya mula memberikan pandangan “Barang-barang keris dan tangkal simpanan atok perlu saya ambil semuanya untuk dilupuskan. Sekiranya tidak diambil, insya-Allah atok terus macam ini dan susah untuk mati”.

Nenek bersetuju untuk menyerahkan kesemua barangan “SYIRIK” kepunyaan atok kepada saya untuk dilupuskan.

Dimudahkan cerita, alhamdulillah pada sebelah petang hari yang sama, saya telah dapat mengumpulkan kesemua 3 keris pusaka dan tangkal baju kebal berwarna merah. Sebelum saya beredar balik ke Johor Bahru, saya berkata kepada nenek “Menurut lazimnya, insya-Allah sebelum 40 hari, atok ini akan meninggal dunia”.

Seperti biasa barangan yang dikumpulkan dari pekan Senggarang ini saya ambil gambarnya terlebih dahulu sebelum memulakan proses melupuskan.

Dua hari selepas itu kira-kira pukul 7.45 pagi hari Isnin ketika saya sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja, telefon saya berbunyi. Di hujung talian kedengaran suara Mr X “Haji, atok saya selamat meninggal dunia pukul 6.45 pagi tadi”. Jelas kedengaran nada lega suara Mr X kerana kerisauan selama ini sudah selesai.

Saya menyahut “Alhamdulillah”.

Begitulah serba sedikit kisah seorang yang sengsara bila nak mati. Setengah orang kata sebenarnya atok ini telah meninggal dunia namun khadam dalam tubuhnya yang membantu seolah-olah atok ini masih hidup. Namun apa yang jelas ialah keadaan atok sewaktu saya melihatnya memanglah mengerikan rupanya.

Mr X sewaktu mula menemui saya untuk meminta bantuan menjelaskan kepada saya bahawa atoknya ini adalah seorang yang baik dan mengubat orang dengan cara yang diperkenankan Islam. Namun hakikatnya ialah seorang yang menyimpan tangkal adalah jelas hukumnya iaitu syirik. Pengubat yang menggunakan keris dalam perubatan mereka adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat lagi menyesatkan.


Berikut adalah antara hadis berkenaan perbomohan:

Tukang sihir atau bomoh memang telah jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad saw telah bersabda mafhumnya :

“Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari Jundub).


Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :

Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)

Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:

“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”

(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)


(1 Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)

Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,

“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”

(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)

Dalam satu hadis lain, mafhumnya:

“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”

Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”

(Riwayat Waqi’e)

Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan. Mengenai perkara ini berkata Ibrahim bin Nakhi:

“Dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud: Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal, dari Al Quran atau bukan dari Al Quran.

Allah menyusun saat kematian atok ini sebegini rupa sebenarnya mungkin kerana Allah ingin memberitahu kepada waris dan tetangga bahawa inilah yang akan berlaku kepada setiap manusia yang mengaku beragama Islam namun hakikatnya bergelumang dengan amalan syirik dan lebih teruk lagi menyesatkan orang lain melalui amalan perbomohannya.

Berdoalah untuk mendapat husnul khotima (saat tua dan kematian yang menggembirakan) dan jauh dari suul khotima (saat tua dan kematian yang menyedihkan).


Sekian wassalam wallahua'lam



Emjay

18 comments:

  1. pengalaman melihat keluarga sendiri yang mengenakan susuk dan sukar nak mati amat mengerikan....walaupun pada ketika waktu hidupnya amat ditakuti dan siapa yang melihatnya akan tunduk...selain mempunyai kekuatan melakukan kerja berat yang luar biasa....moga2 kita semua terhindar dari melakukannya....

    ReplyDelete
  2. Minta kerjasama sitibaizura untuk merakamkan pengalaman tersebut dengan lebih terperinci sebagai iktibar kita semua.

    ReplyDelete
  3. Hubungi saya sekiranya memerlukan bantuan dalam kes sebegini. Sekadar yang mampu insya-Allah akan menolong. Niat saya sekadar mengelakkan waris berkaitan merujukkan kes ini kepada tukang bomoh sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  4. kalo sy nak pakai susuk boleh x.. tapi xnak susuk yang kuat, nak yang biase je

    ReplyDelete
  5. Kalau saya zina sekali atau zina seribu kali, hukuman bagi saya tetap sama iaitu direjam dengan batu dll sampai mati (kerana saya dah ada isteri)

    Kalau pakai susuk satu atau susuk 6 atau pakai tatu 1 dan pakai tatu penuh badan, hukumannya hanya satu iaitu syirik - nauzubillah

    Jauhilah susuk kerana ia menguntungkan 5 point tetapi merugikan 10 point, kesudahannya tetap rugi 5 point dan masuk neraka kesudahannya.

    Sekian wassalam allahu'alam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. kalu mcm kes saka tu camne tuan?? dia mesti nk waris.. x blh tidak..camne tu??

    wassalam..

    ReplyDelete
  7. Nanti doakan saya menulis tentang bab saka tu.

    Mudah-mudahan Allah memudahkan saya menulis tentang saka.

    ReplyDelete
  8. Boleh tolong saya dah lama cari orang untuk buang 1 susuk jarum emas di bawah duga

    ReplyDelete
  9. reply saya di linn09-abdullah@hotmail.com

    ReplyDelete
  10. Saya dah email sdr berkenaan susuk emas tu

    Emjay

    ReplyDelete
  11. saya terkena santau dari air minuman macam mana nak buang benda tu.

    ReplyDelete
  12. orang yang megenakan santau itu mencampurkan bahan santau itu dalam air minuman yang saya pesan di kedai makan lebih 6 tahun lepas. sekarang saya merasa kesannya sejak 6 tahun lepas.

    ReplyDelete
  13. boleh tolong saya memnbuang santau ini untuk selama lamanya . saya tak ingin mengetahui siapa yang mengenakan santau itu . dan saya tak ingin membalas dendam

    ReplyDelete
  14. assalam.

    ustaz, wada'ah tu apa ustaz?

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Mudahnya ia adalah sejenis tangkal.

    Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. mak saya sakit gastrik kuat..langsung tak boleh buat keje,,,baring je,,,sedih sya tgk,,,mak sy mkn ubt doktr,,tp baik kjp2 je,,,bole tolong???

    ReplyDelete
  17. pkcik emjayjb tlg reply kat cini je...nnt sy cek ari2 kt blog pkcik ni
    time kaseh,,assalamualaikum.....

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt

    Boleh tak sdr dan emak datang ke rumah saya di JB??

    Jangan takut, tiada sebarang bayaran.

    Emjay

    ReplyDelete