Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 1 March 2007

Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil

Artikel berikut dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 1 Mac 2007


 Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil


PARIS
28 Feb. - Wanita yang gemar susu penuh lemak dan ais krim mempunyai peluang tinggi untuk hamil berbanding mereka yang memilih susu rendah lemak kerana ia menghalang kesuburan.

Menurut para penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, kepuutusan itu mungkin 'mencabar' garis panduan pemakanan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Kajian oleh universiti itu dijalankan ke atas 18,555 wanita berusia antara 24 hinggga 40 tahun di AS yang hamil atau mencuba untuk hamil antara tahun 1991 hingga 1999. 

"Tiga atau lebih hidangan susu rendah lemak atau yang sepadan dengannya setiap hari untuk orang dewasa menyebabkan mereka berhadapan risiko menjadi kurang subur sebanyak 85 peratus”.

"Hidangan susu seperti itu akan mengurangkan pengeluaran telur oleh ovari," kata ketua penyelidik, Jorge Chavarro.

Katanya, pengambilan sekurang-kurangnya satu hidangan produk tenusu penuh lemak, mengurangkan risiko tidak subur berbanding wanita yang mengambil sedikit atau tidak mengambil langsung produk tenusu penuh lemak.

Jelas  Chavarro, kehadiran bahan larut lemak dalam hasil tenusu dapat meningkatkan fungsi ovari untuk menghasilkan telur.



- AFP




Komen saya:

Allah sudah menjadikan susu lembu sudah sempurna bagi anak lembu dan boleh juga dimanfaatkan untuk manusia.


Dalam penulisan saya yang lalu seperti dalam artikel gastrik & ulcer punca dan rawatan alternatif, mengapa gigi mudah rosak / berlubang? dan tapak tangan lembab atau basah bahagian 2, saya ada menceritakan khasiat susu lembu yang dalam bentuk asal iaitu susu segar atau susu tepung fullcream dan bukannya dalam bentuk HL (high low) atau low fat.


Begitulah Allah menjadikan susu lembu  dapat membantu merawat penyakit berkaitan paru-paru dan gastrik (gastritis) di samping menguatkan gigi dan tulang. Bagi yang ingin mengamalkan 4 kali minum susu sehari bagi rawatan paru-paru, jangan terperanjat kelak insya-Allah setiap pagi keluar lendir atau macam kahak berwarna cokelat gelap macam darah kerana ini sebenarnya adalah tindakbalas positif tubuh menyingkirkan bahan terkumpul di dalam paru-paru untuk sekian lama. 

Hari ini saya mendapat satu lagi khasiat susu lembu (bukan HL atau low fat) iaitu membantu kesuburan perempuan, subhanallah.

Elakkan susu rendah lemah dan susu high low serta susu Anlene kerana ia adalah dibuat dari susu rendah lemak.


Sekian wassalam wallahualam.
 


Emjay

13 comments:

  1. subhanallah..... syukron pak :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...dapat lagi ilmu yang akan dimenafaatkan satu hari nnt...
    thankss

    ReplyDelete
  3. bukankah zuriat itu anugerah Allah....apa kaitan dengan susu lembu pula...nanti jadi anak lembu.tak menyesat ke ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    suasana kerja suami saya penuh dengan chemical, debu dan wasap....kerap pada waktu pagi saya perhatikan kahak dia berdarah...dia merokok...saya dah suruh dia berhenti...tapi payah sangat...

    saya kena bagitau dia la pasal susu ni...sebab saya pun dah amalkan minum susu sejak saya baca artikel ttg masalah pernafasan aritu....Alhamdulillah....

    Terima kasih Emjay dgn tunjuk ajar tu...dan jika boleh dan berkesempatan, apa lagi cara untuk singkirkan racun dlm badan dia sebab dia dah sedut byk sgt chemical....time kasih...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbh

    Memang kena berhenti merokok dan minum banyak susu lembu tetapi bukan susu rendah lemak dan anlene

    Emjay

    ReplyDelete
  6. asslamualaikum wbt...
    bleh sy taw contoh2 jenama susu fullcream

    ReplyDelete
  7. Setiap jenama ada susu fullcream masing-masing seperti Nestle, Fernleaf, Dumex dsbnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Kalau susu kotak dutch lady full cream (kotak warna biru pekat) tu dikira susu fullcream gak tak?

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Kalau susu dutch lady full cream (kotak warna biru pekat) tu dikira susu full cream gak tak?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Ialah tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Salam en.emjay, 1st time saya dgr tentang perkara susu nie.saya sudah mengamalkan minum anlene dh 2 taun.sebelum tu saya mmg amik susu fullcream dutch lady selama 8 taun tp sbb tkut kene kencing manis tu sye stop.slh ke konsep nie?

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh

    Sambunglah semula meminum susu fullcream, insyaAllah banyak manfaatnya.

    Emjay

    ReplyDelete