Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Monday, 25 August 2008

Berkopiah berserban tetapi mensyirikkan Allah SWT



Berkopiah berserban tetapi mensyirikkan Allah SWT


Assalamualaikum wbh

Orang putih kata “don’t judge the book by its cover”.  Saya kata pula kalau tengok orang berjubah dan pakai kopiah, tidak semestinya orang ini adalah orang yang beriman. Pada hari penamaan calon yang bertanding di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu, tiga calon telah bertanding iaitu Dato’Seri Anwar Ibrahim, Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dan gambar mereka boleh dilihat seperti berikut:

Hanafi Mamat di tengah-tengah berjubah dan berserban

Melihatkan gambar ketiga-tiga calon, kelihatan Hanafi Mamat begitu islamik dengan pakaian jubahnya dan berserban tebal melilit kepala. Saya memang tidak pernah mengenali calon ketiga iaitu Hanafi Mamat ini dan saya tidak menyimpan sebarang sangkaan terhadapnya. Namun setelah membaca dan melihat gambar Hanafi Mamat di Akhbar STAR hari ini 25 Ogos 2008, saya merasakan terpanggil untuk menulis dengan niat untuk membetulkan keadaan semoga jangan ada umat Islam yang mengikuti contoh yang ditonjolkan oleh Hanafi Mamat ini. 

Apa yang ingin saya perkatakan adalah sesuatu kes berat kerana melibatkan perbuatan syirik. Saya memulakan perbincangan isu Hanafi Mamat ini dengan mengimbas rukun iman. Beriman menurut Islam adalah terdiri dari 6 asas iaitu:


1. Percaya kepada Allah .
2. Percaya kepada malaikat .
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah .
4. Percaya kepada Rasul .
5. Percaya kepada hari akhirat .
6. Percaya kepada qadak dan qadar
    Syirik pula mengikut jumhur ulamak  “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

    Menyimpan tangkal adalah syirik kerana penyimpan tangkal ini telah berharapkan sesuatu kepadanya (selain Allah SWT). Orang Islam kebanyakannya tetap berharapkan dan bertawakal kepada Allah namun ramai yang dalam waktu yang sama juga berharapkan kepada tangkal. Syirik ini adalah tidak dibenarkan di dalam Islam dan setiap pelaku syirik dinamakan orang musyrik atau  musyrikin. Musyrikin adalah dikirakan orang kafir kerana mempersekutukan Allah.

    Orang Kadazan di Sarawak mengadakan majlis pesta menuai sebagai satu harapan / tawakal kepada perbuatan mereka ini semoga dengan perbuatan mereka ini akan menghasilkan tuaian yang baik pada tahun hadapan. Ini adalah satu perbuatan syirik menurut Islam. Orang Cina berharapkan kepada cermin di atas pintu rumah mereka untuk menghalau perkara-perkara negatif dari memasuki rumah mereka dan semoga hanya perkara baik sahaja yang masuk rumah. Bagaimanakah pula seseorang yang meyakini bahawa dengan memakai cincin tertentu boleh mendatangkan tuah? Jawapannya adalah tetap syirik perbuatan mempercayai tuah dari penggunaan cincin tertentu. Cuba sdr pembaca baca artikel dari akhbar The Star di bawah yang menyatakan bahawa Hanafi Mamat ini yakin dengan cincin yang dipakainya membawa tuah dari dahulu, sekarang dan akan datang???

    Orang Cina (yang kafir) sangat percaya kepada pelbagai objek tangkal yang boleh mendatangkan tuah kepada mereka seperti menggunakan kain merah, tidak menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, penggunaan cermin atas pintu, menabur garam di tepi pintu dan tingkap, menanam pokok delima di depan rumah mendatangkan tuah dan pelbagai amalan sesat lainnya. Sdr pembaca boleh melihat pelbagai objek tangkal yang kononnya boleh membawa tuah yang saya paparkan di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/34/Objek_perantaraan_Cina_Hindu_atas_pintu_rumah objek / tangkal dan inilah perbezaan utama antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Islam memaksa pengamalnya untuk mengesakan Allah SWT melalui tauhid uluhiah. Namun apabila Hanafi Mamat melakukan sesuatu amalan yang menyamai amalan orang kafir dengan meyakini tuah pada cincin yang dipakainya, ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Apa yang jelas di sini ialah syaitan melalui akhbar The Star ingin mendidik umat Islam lain di Malaysia agar mencontohi amalan syirik yang sesat ini dan inilah yang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk membetulkan situasi ini.. . Orang Cina yang kafir ini memanglah mereka mempersekutukan Tuhan mereka dengan pelbagai objek / tangkal, biarkanlah mereka.

    Mempercayai tuah pada sesuatu objek sebenarnya secara sindiran ialah lembu punya susu sapi dapat nama. Dalam kata lain Allah yang mentadbir memberikan rahmatNya tetapi objek yang ada tuah ini yang dapat pujian. Inilah yang dinamakan bahawa mempercayai tuah sesuatu adalah sebenarnya menolak tauhid rububiah dimana Allah lah yang mentadbir segala sesuatu di dalam dunia ini hatta sehelai daun yang gugur bukan cincin atau objek lain punya kerja.

    Apabila seseorang mensyirikkan Allah dengan mempercayai tangkal, sebenarnya mereka telah merosakkan rukun iman yang berikut.

    1. Rosak rukun iman pertama iaitu percaya kepada Allah. Secara jelasnya, orang ini telah kerosakan tauhid rububiah dan tauhid uluhiah. Sila baca artikel saya di akidah bahagian 1 hingga 4 
     http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-1.html 
    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html
    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-3.html

    http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-4.html
     
    2. Rosak rukun iman ke tiga iaitu percaya kepada kitab-kitab Allah kerana amalan mempercayai tangkal telah bercanggah dengan ajaran Al Quran. Al Quran menentang segala perkara yang mempersekutukan Allah SWT .

    3. Rosak rukun iman yang keempat iaitu percaya kepada rasul  kerana Nabi Muhamad SAW adalah menentang penggunaan tangkal dan segala sesuatu yang mensyirikkan Allah SWT.

    Menurut surah Al Maidah : 72 : bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

    Di dalam surah An-Nisaak:48:
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

    Pandangan saya berkenaan perbuatan Hanafi Mamat ini adalah beliau perlu bertaubat kerana dosa syirik yang dilakukan adalah amat besar.

    Petikan dari akhbar STAR 25 Ogos 2008:

    Former PAS man Hanafi hopes to catch fallout votes from main candidates

    BUTTERWORTH: Before nomination day on Aug 16, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) president Hanafi Hamat was a virtual unknown in Permatang Pauh.
    The preacher would still remain a face in the crowd but for a huge, flashy ring on his left hand.

    Ringing in good luck: Hanafi showing off his eye-catching emerald bauble which he claims has brought him a lot of luck.
     
    The Kelantan-based 61-year-old claimed that the eye-catching accessory was a good luck charm.
    “It is an emerald ring which I have been wearing for as long as I can remember – my cincin pembawa tuah (lucky ring),” he smiled.


    Asked if he was nervous about losing his by-election deposit, the father of 12, who is still fighting on, said that he stood a good chance of winning even though he only started campaigning on Thursday.
    “Both PKR and Barisan Nasional supporters have come by my operations centre in Prai since Aug 16 to offer their encouragement.


    “I sincerely believe that people are disgusted and fed up with all the mudslinging between these parties - their style of campaigning is too much because it incites hatred. This is not our culture.

    “They want and need what we offer – harmony and peace between all races in the context of Islam. I may not be from here but I am confident I will get the support of the locals because the basic ideology of Akim is applicable in all states and constituencies,” the former PAS man said.




    Asked if his family was here to help campaign, he said his wife was back in Kelantan but two of his sons were with him here.

    “Our campaign is to talk and explain our principles - not to criticise others,” he said.


    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    64 comments:

    1. kali pertama saya lihat dia hati saya berdetik ada yang tak kena dengan dia nie berat semacam. sudah saya tembak hantunya

      ReplyDelete
    2. tangkal, azimat, cincin, subang apa jenis barangpun tak ada apa-apa kuasa, tidak mendatangkan tuah atau sial kepada pemakainya.Allah Maha Berkuasa adalah penentu segala-galanya, bukan barang-barang tersebut.Wahai saudarai Hanafi, buatlah penafian terbuka bahawa kamu tidak pernah mengatakan cincin itu membawa tuah kepada kamu. Namun jika benar lapuran akbar itu, bertaubatlah juga secara terbuka, di media-media, bahawa kamu telah silap agar tidak ada yang mengikuti kamu

      ReplyDelete
    3. Cuba siasat org yg berpengaruh ini

      1. H_ _ _n D_ _n

      2. I_ m _ _l K_ _ _S

      3. F_ d _ _ _h K_ _ m _ _h

      ReplyDelete
    4. Para sufi memang paling suka membuat tangkal azimat yang diambilnya dari kitab sesat semacam syamsul ma'arif, memang kita jangan percaya dahulu jika ada orang yang bersorban dan berjenggot panjang

      ReplyDelete
    5. Sorang cincin.. Sorang lagi percaya no 3 bawa tuah..emm,orang macam ni mmg tak patut diundi langsung

      ReplyDelete
    6. Inilah realiti masyarakat melayu...

      Pandangan SS MAZA: http://drmaza.com/home/?p=385
      Kepercayaan sial dan tuah mengenai cincin dan tarikh pengundian adalah satu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

      Tulisan ini merujuk kepada dua artikel di bawah:

      Kepercayaan mengenai cincin: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/25/nation/22160776&sec=nation

      Kepercayaan mengenai tarikh: http://www.bharian.com.my/klikkhas/pil_ppauh/Artikel/Terkini/20080823162251/Article/

      Bersama-sama menentang kebathilan. Insya-Allah.

      ReplyDelete
    7. pasni boleh dia campak cincin dia kat tong sampah..........pasni kita tengok pula sejauh mana benar sumpah-sumpah laknat yang di buat oleh....siaful dan fitnah-fitnah yang dibuatnya!.....ke atas Annuwar.....

      ReplyDelete
    8. kalo cincin yg dipakai hanafi ini dikatakan sbgi tangkal dan orang yg memakainya dikatakan sebagai sesat kerana taksub kepada benda itu sebagai pembawa tuah bolehlah jugak diterima akal.

      ReplyDelete
    9. Alhamdulillah.. manusia yang tak jelas aqidahnya tak patut diundi.. celakalah ia.. dengan hanya 92 undi sahaja.. apa khabar emjay, dah lama tak tulis komen di blog tuan.. moga dirahmati Allah

      ReplyDelete
    10. Semoga Allah juga sentiasa merahmati memberkati sdr axstudio

      Emjay

      ReplyDelete
    11. Baru baru ni seorang wanita ada berjumpa dengan saya mengenai penyakit yang dia hadapi nya .Setelah di periksa saya dapati bahawa dia mengamalkan satu jampi dalam bahasa melayu yang diakhir kata nya berbunyi ' jika kau dehaka kepada aku bermakna kau derhaka kepada ALLAH ' .
      Inilah satu dari perbuatan syirik yang kita tidak sedari kerana menyama kan kedudukan kita sama dengan kedudukan ALLAH.

      Wallahua'lam

      ReplyDelete
    12. Assalamualaikum wbh

      Betullah memang dia mengamal jampi serapah yang khurafat da syirik

      Amalan pusaka nenek moyang di kalangan orang Melayu memang banyak sekali

      Emjay

      ReplyDelete
    13. itu di namakan amalan turun-temurun....nak kata banyak, memang banyak lagi....harap-harap amalan ni dapat dibersihkan....sekian والله أعلم...

      ReplyDelete
    14. Amalan turun temurun memang banyak yg harus dikaji semula. Perlu juga adalah amalan-amalan yang baru diwujudkan. Ini adalah bagi memastikan kita tidak melakukan amalan yg bertentangan dengan syariat dan juga tidak menwujudkan/mensyariatkan sesuatu yg baru, nauzubillah.

      Baru-baru ini, anak saya balik dari sekolah selepas kem ibadah, beliau terasa amat terkeliru. Pihak sekolah telah menjemput seorang ustaz untuk motivasi, selepas tu ada upacara baca surah Yasin dan semua pelajar disuruh buka botol air mineral, kononnya untuk dapat berkat.

      Selepas tu, ustaz tu ada jual air (dalam botol mineral) yang katanya sudah dibacakan Al-Quran 30 juzuk oleh mereka-mereka yg pandai membaca. Setiap botol air ini harganya RM5. Ramai ibubapa berebut-rebut membeli air ini. Arahan atas botol itu, bila nak minum kena baca selawat tiga kali. Dan bila air itu dekat nak habis, boleh tambah air, asalkan jangan sampai dah kosong baru nak tambah.

      Anak saya tertanya-tanya, apakah benar usaha begini? Begitulah bahayanya pemesongan akidah umat Islam dengan perbuatan menggunakan ayat Al-Quran, dan mengelirukan generasi muda dan mereka yg jahil. kenapa mufti-mufti kita tak buat kenyataan mengenai perkara begini, bagi membetulkan akidah umat Islam.

      ReplyDelete
    15. Kalau setengah mufti itu orang sufi / tareqat, faham-faham sajalah, mungkin dia akan menumpukan usaha sekadar meramaikan ahli tareqatnya sahaja.

      Ada pula mufti tu yang menyokong pula penjualan air berjampi yang dijual dari RM10 hingga RM160. Ini lagi teruk!!!

      Semoga umat Islam di Malaysia diberikan petunjuk jalan lurus yang diredhai Allah SWT.

      Emjay

      ReplyDelete
    16. ....mufti perlis dah banyak kali dah tegur perkara ni! dah macam-macam kaedah dah yang digunakan ....tapi yang malangnya banyak pula mufti yang menentang!...yang duka-citanya..mengata mufti perlis tu macam-macam bawa pecah- bela lah..yang habrashid ingat teguran mufti perlis dulu...(cuba kita bandingkan anak orang melayu nak peksa dengan anak orang Cina nak peksa)..ank orang melayu...nak peksa sibuklah buat kenduri baca yassin ,tahlil,doa selamat...yang kelakarnya doa yang mereka baca...doa dalam buku yassin tu...doa untuk arwah2..doa orang untuk orang yang dah meninggal mana ada yang khas untuk anak mereka lulus dalam peperiksaan...imam atau ust yang baca doa tupun tak tahu maksud ataupun erti doa yang didoakannya itu..sepatutnya yang nabi ajar berdoa bukan baca doa itupun setelah berusaha bersungguh serta bertawakal..berbeza dengan anak orang cina, anak mereka di suruh berusaha bersungguh2...adil ke macam ni?....(anak orang melayu) ubat2 atau air yassin yang mereka bergantung harapan untuk mencapai kejayaan !... itu bezanya anak orang cina ngan anak orang melayu kita..yang paling orang terlepas pandang ialah..doa begini-begini****2 dapat tenangkan fikiran dan dapat di permudahkan menjawab peksa!) tanpa di periksa adakah bertentangan dengan akidah ataupun tak..! maksud saya..ialah..dia bergantung harapan kepada doa yang di baca...bukan pada Allah...Swt...perasan tak benda ni berlaku dalam masyarakat kita... persoalan yang saya nak kemukakan ialah syirik tak benda ni? saya ulang lagi sekali...anak orang melayu bergantung pada doa yang di baca...tanpa memahami maksudnya...tanpa berusaha...hanya bergantung harapan pada doa...tertentu yang dianggap mujarrab!...yang boleh memberi ketenangan, kemudahan dalam manjawab peperiksaan..(semoga kita dapat rahmat dan pertunjuk oleh Allah Swt)...sekian w"uaqlam.

      ReplyDelete
    17. Biasanya kalau diterangkan panjang lebar pd orang yang xmau mendengar pun akan jadi angin lalu je...sedih jugak kengkadang bila kate perkara yang bertentangan tu salah, diorang jawab balik, amalan orang tua...garam keliling rumah la, beg lada hitam untuk budak2 la...supaya x kene kacau katenye...tapi...budak2 yang kne kacau tu biasanya sebab ibu bapa mereka yang ada buat amalan yang bertentangan dengan syara'....mensyirikkkan Allah SWT...

      ReplyDelete
    18. jadi apa tindakan kita!..teruskan ingat-memperingat di antara sesama Islam....agar mereka kembali ke pangkal jalan...dan semoga Allah mengampunkan kita semua...
      (....إلا الذين وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتوابالصبر surah al-Asr'i ayat 3)....dan janganlah kita menjadi dari kalangan orang-orang yang menyembunyikan kebenaran...kerana golongan ini dilaknat oleh Allah Swt..
      (....إن الذين يكتمون مآ أنزلنا من البينت والهدى من البينت من بعد ما بييَنه للناس فى الكتب أُولىئك يلعنهم الله ويلعنهم اللعنون
      (surah Al-baqarah ayat 158)
      melainkan orang yang sentiasa berusaha memperbaiki (agamanya), dan mereka menerangkan ayat-ayat Allah dengan kebenaran, maka maka orang-orang itu, aku terima taubat mereka (kembali kepangkal jalan)...sesungguhnya Allah Maha terima Taubat dan Maha penyayang....)....
      ..... إلا الذين تابوا وأصلحوا وبينوا فأولىئك أتوب عليهم وأنا التواب الرحيم
      (surah al-Baqarah ayat 159)
      oleh itu marilah kita saling bantu-membantu sesama Islam.....

      ReplyDelete
    19. Sebab tu anak melayu tak pandai2.. main makan kismis je nak pandai.. Takpun suruh ustaz mana2 tiup dalam air botol pastu minum..

      ReplyDelete
    20. melantak satu botolpun belum tentu cerdik otak...mereka...ingat masa sekolah rendah dulu...saya suka sangat makan kismis seminggu satu botol habis.... tapi malas nak baca buku..sembahyang hari Jumaat jer!...ye lah tengok orang hari Jumaat je pergi sembahyang !...puas kena marah ngan orang tua..kalu sepak, sekel kepala, dan kayu api bawah dapur tu memang biasa kene!...nasib baik orang tua tak pernah buat baca yassin,tahlil, marhaban dan sekutunya kat rumah ada juga ruang-ruang untuk memahami Apa itu Sunnah....

      ReplyDelete
    21. juz mahu betulkan yg kaum kadazan seperti yg penulis blog ni sebut sebenarnya ada di sabah, bukan di sarawak. tapi ritual yg hampir sama juga diamalkan oleh masyarakat iban dan bidayuh di sarawak.

      ReplyDelete
    22. Terima kasih zulhana kerana membetulkan.

      ReplyDelete
    23. Assalamualaikum Wr. wbrkth...

      Ada seorang hamba Allah pernah memberitahu saya yang anaknya pernah terminum air holy (air suci gereja). Dia pernah bertanya kepada saya bagaimana untuk mendapatkan air (yang famous tu) yakni Air jampi Musaffa yang kononnya telah dibacakan ayat2 suci Al-Quran 30 Juzuk serta di tulis doa2 di piring putih dengan menggunakan bunga zafaran serta telah dirasmikan sendiri oleh Prof. Dtk. Dok. Mashita.
      Persoalannya, apakah anak hamba Allah ini dapat disucikan / samak dirinya dengan menggunakan air Musaffa ini kerana anaknya telah berubah akhlak setelah terminum air gereja tersebut atau apakah cara alternatif lain?
      Tolong bantu kerjasama berikan sedikit panduan, nasihat dan cara untuk teman kita ini...
      Terima Kasih.

      ReplyDelete
    24. Waalaikumussalam wbh

      Holy Water adalah air sihir. Perbuatan maksud sihir akan kena kepada mangsa dengan izin Allah Atau akan tidak mengena juga dengan izin Allah. Banyak perbuatan sihir tidak mengena kepada mangsa kerana perlindungan Allah SWT. Jadi tidak perlulah takut kepada air sihir holy water ini.

      Apabila seseorang terminun holy water dan kemudian meminum air Musoffa untuk tujuan menyucikannya adalah bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Air Musoffa adalah air penambah masalah.

      Bagi pendapat saya bagi mengatasi masalah ini,
      1. Perbaiki akidah mangsa dan keluarga mangsa
      2. Bersihkan tangkal azimat dari rumah mangsa dan keluarganya
      3. Bersihkan segala bentuk patung dan gambar haiwan/manusia dari rumah mangsa dan keluarganya
      5. Jauhilah dari berurusan dengan segala macam bomoh termasuk dari D***** S****** dan yang sewaktu dengannya
      4. Bertaubat dari segala dosa terutama jenis dosa yang mensyirikkan Allah
      5. Jagalah solat
      6. Buatlah segala yang disuruh dan jauhi segala larangannya.
      7. Ingatlah dan fahamilah bahawa kuasa Allah adalah jauh lebih besar dari kuasa sihir dari holy water ini.

      Jika ingin belajar asa tauhid/akidah yang berkaitan, datanglah ke rumah saya dan boleh dapatkan alamat dan no telefon dengan PM saya atau email saya.

      Sekian wassalam wallahuaqlam


      Emjay

      ReplyDelete
    25. Terima kasih atas keprihatinan saudara.... Semoga Allah saja membalasnya.....
      Insya Allah, saya akan maklumkan perkara ini kepada ibu mangsa tersebut.

      ReplyDelete
    26. Tuan Emjay, air Musoffa tu memang tak bleh minum ke? Ada orang pernah bagitahu saya dia pernah bagi anak dia minum sebab nangis waktu maghrib. dia cakap ok.

      ReplyDelete
    27. minumlah air zam zam yang telah Allah jamin.

      ReplyDelete
    28. kalau xde air zamzam, minum je air masak.....
      nak lagi berkat, kita suruh ibu kita yang doakan lagi mujaral.....

      ReplyDelete
    29. Utk suci...carilah guru yg bkn sahaja tinggi ilmunya...tetapi yg lebih penting tinggi adab pekertinya. Wallahua'lam.

      ReplyDelete
    30. Peristiwa baik dan buruk pun atas izin Allah juga. Air musoffa adalah hasil lebur dari ayat2 suci AQ yang ditulis daripada zafaron untuk tujuan merawat dan mengubati kerana Allah s.w.t. Orang yang terkena sihir tidak mampu merubati dirinya sendiri tetapi orang lain perlu membantu dan merawatnya. Menggunakan air musoffa tidak syirik sebab tidak beritikad bahawa air itu menyembuhkan tetapi memohon pada Allah s.w.t melalui ikhtiar ,usaha. Kalau tak ikhtiar,usaha mana nak buka jalan pertunjuk hanya berlandaskan doa semata-mata. Mengharapkan bulan jatuh ke riba. Pungguk rindukan bulan aaaar.....

      ReplyDelete
    31. Daripada sdr leburkan tulisan Al Quran dengan air zaafaron, lebih baik sdr bakar satu Al Quran dan abunya sdr bancuh dengan air zam-zam dan kemudian sdr minum air abu tersebut.

      Kalau masih tidak cukup powernya, ambil 10 Al Quran, bakar, abunya campur air zam-zam, minumlah????

      Benda karut seperti air musoffa pun sdr nak menggalakkan. Nabi Muhamad SAW pernah melakukannya ke???? Ada ke sahabat dan tabiien pernah melakukannya ke ?????

      Sekiranya sdr amat taksub dengan air Musoffa dan segala air yang sewaktu dengannya, jangan lupa sdr minum air abu Al Quran tu.

      Kalau masih tidak terang hatinya, boleh bedah dada dan pasang mentol 40watt sebelah hati sdr tu.

      Nasihat saya seterusnya kepada penentang ialah agar beliau membeli 10 botol air Musoffa lalu masukkan ke dalam tangki air daerah tempat tinggal sdr agar segala orang yang gelap hati dan terkena sihir terus terang hati dan pulih.

      Emjay

      ReplyDelete
    32. Berkenaan air Musoffa dan segala macam air yang sewaktu dengannya, berikut adalah fatwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

      Fatwa Tentang Air Musoffa dan Yang Seumpamanya (Jus Tok Guru?)
      Kategori : Muamalat

      Tajuk : Kedudukan Air Musoffa Dan Seumpamanya
      Isu : Kedudukan Air Musoffa Dan Seumpamanya


      Fatwa :

      "Penjualan air musoffa dan sebarang jenis air yang diproses seumpamanya secara komersil adalah dilarang kerana boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan."


      Tarikh Pewartaan :
      3 Januari 2007
      Oleh : Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan

      ReplyDelete
    33. Ikhtiar membantu tidak menimbulkan fitnah jika ada muzakarah mengenainya. Jangan bertaklid dengan majlis fatwa. Kekadang mereka juga berlaku kekhilafan dalam menghukum. Kita semua manusia yang tidak lupa daripada melakukan kesilapan. Maka ikutlah AQ dan hadis.

      ReplyDelete
    34. Saudara MJ memang belum faham tentang perubatan Islam. Hanya sekadar kulit dan mendakwa macam2. Berubat apabila sakit. Kalau ikut apa yang dikatakan MJ itu memang jahil murakab. Saudara MJ ini umpama mencuci kain dengan air kencing.Niatnya betul tapi caranya salah.

      ReplyDelete
    35. Daripad posting2 yang dihantarkan oleh sdr penentang, nampak benar beliau ini peminat totok buku SESAT Mujarrobat.

      Kalau membasuh kotoran dengan air kencing mungkin masih boleh tahan juga, saya takuti penentang membasuh kotoran dengan najisnya pula.

      Emjay

      ReplyDelete
    36. Memang sahlah MJ ini wahabiyah. Pendokong mazhab wahabi. Patutla.... suka mengambil petikan artikel ustaz Asri (mufti Perlis).

      ReplyDelete
    37. Sdr penentang, kalau tak nak bakar Al Quran, bagaimana kalau saya cadangkan rebus Al Quran dan minum air rebusannya?? Kan lebih baik dari melebur Al Quran dengan air zaafaron???

      Kalau rebus, jangan lupa bubh gula dan garam biar rasanya sedap sikit. Nak bubuh kari pun boleh juga.

      Emjay

      ReplyDelete
    38. Itulah cara orang bodoh berfikir. Ibarat nyamuk seekor,kelambu dibakarnya.

      ReplyDelete
    39. Engkaulah yang maju fikiran dan itulah hebatnya fikiran engkau sehingga apa yang Nabi tak suruh buat pun engkau buat (dalam soal agama).

      Inilah bahananya mengamalkan tarekat. Nama pun penentang, kerjanya asyik tokok tambah agama Islam

      Emjay

      ReplyDelete
    40. Bismillahirrahmanirrahim,
      Wahai saudara pembaca yang budiman saya nasihatkan berhati-hati dengan hujah-hujah tanpa merujuk kepada dalil hadis atau firman, dan juga tanpa rujukan ulamak-ulamak yang muktabar...Ini bisa menyesatkan anda...

      Emjay sekali engkau melanggar Sunah Rasul,
      Engkau banyak kelirukan orang tanpa dalil hadis atau firman..
      berhujah mengikut hawa nafsu...

      lihat Dalil di bawah. Sila rujuk hadis dan firman di bawah berkaitan penyembuhan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran...


      Ruqyah Terbahagi Kepada Dua :-

      Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.

      Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

      Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim )

      Syarat Ruqyah Syar'iyah

      Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

      1. Dengan menggunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
      2. Menggunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
      3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

      Ketentuan Meruqyah

      Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-

      1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
      2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
      3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukang tilik dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
      4. Ruqyah tidak menggunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
      5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
      6. Ruqyah tidak menggunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.

      Ketentuan Al Quran Dan Sunnah Rasulullah SAW

      Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.

      Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah."
      ( HR. Muslim )

      Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat, efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

      "Katakanlah, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )

      "Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )

      Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda telah mencontohkan pengubatan dengan menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

      Hadis Berkaitan Ruqyah

      Nabi Muhammad SAW meruqyah diri baginda sendiri tatkala hendak tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu baginda tiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh

      ReplyDelete
    41. Bismillahirrahmanirrahim,
      Al-Qur’an merupakan penyembuh yang sempurna di antara seluruh obat hati dan juga obat fizik, sekaligus sebagai obat bagi seluruh penyakit dunia dan akhirat. Tidak setiap orang mampu dan mempunyai kemampuan untuk melakukan penyembuhan dengan Al-Qur’an. Jika pengobatan dan penyembuhan itu dilakukan secara baik terhadap penyakit, dengan didasari kepercayaan dan keimanan, penerimaan yang penuh, keyakinan yang pasti, terpenuhi syarat-syaratnya, maka tidak ada satu penyakit pun yang mampu melawan Al-Qur’an untuk selamanya. Bagaimana mungkin penyakit-penyakit itu akan menentang dan melawan firman-firman Rabb bumi dan langit yang jika (firman-firman itu) turun ke gunung, maka ia akan memporak-porandakan gunung-gunung tersebut, atau jika turun ke bumi, niscaya ia akan membelahnya.

      Oleh karena itu, tidak ada satu penyakit hati dan juga penyakit fizik pun melainkan di dalam Al-Qur’an terdapat jalan penyembuhannya, sebab kesembuhan, serta pencegahan terhadapnya bagi orang yang dikurniai pemahaman oleh Allah terhadap Kitab-Nya. Dan Allah Azza wa Jalla (Yang Mahaperkasa lagi Maha Agung) telah menyebutkan di dalam Al-Qur’an beberapa penyakit hati dan fizik, juga disertai penyebutan penyembuhan hati dan juga fizik.

      Adapun penyakit-penyakit hati terdiri dari dua macam, yaitu : penyakit syubhat (kesamaran) atau ragu-ragu, dan penyakit syahwat atau hawa nafsu. Allah yang Mahasuci telah menyebutkan beberapa penyakit hati secara terperinci yang disertai dengan beberapa sebab, sekaligus cara penyembuhan penyakit-penyakit tersebut. (Lihat Zaadul Ma’aad karya Ibnul Qayyim (IV/6, IV/352)

      Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

      “Dan apakah tidak cukup bagi mereka, bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) sedang dia dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya di dalam Al-Qur’an itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang-orang yang beriman” [Al-Ankabuut : 51]

      Al-Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah mengemukakan.

      “Barangsiapa yang tidak dapat disembuhkan oleh Al-Qur’an, berarti Allah tidak memberikan kesembuhan kepadanya. Dan barangsiapa yang tidak dicukupkan oleh Al-Qur’an, maka Allah tidak memberikan kecukupan kepadanya” (Lihat Zaadul Ma’aad (IV/352)

      Mengenai penyakit-penyakit badan atau fizik, Al-Qur’an telah membimbing dan menunjukkan kita kepada pokok-pokok pengubatan dan penyembuhannya, dan juga kaedah-kaedah yang dimilikinya. Yakni, bahwa kaedah pengubatan penyakit badan secara keseluruhan terdapat di dalam Al-Qur’an, yaitu ada tiga :

      1). Menjaga kesihatan
      2). Melindungi diri dari hal-hal yang dapat menimbulkan penyakit
      3). Mengeluarkan unsur-unsur yang merosak badan. (Lihat sumber-sumber sebelumnya Zaadul Ma’aad (IV/6, 352)

      Jika seorang hamba melakukan penyembuhan dengan Al-Qur’an secara baik dan benar, nescaya dia akan melihat pengaruh yang sangat menakjubkan dalam penyembuhan yang cepat. Ibnul Qayyim berkata : “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang dokter atau obat penyembuh. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surat Al-Faatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air zamzam dan membacakan padanya surat Al-Faatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan sepenuhnya. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam mengobati berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahukan kepada orang banyak yang mengeluhkan suatu penyakit dan banyak dari mereka yang sembuh dengan cepat” (Lihat Zaadul Ma’aad (IV/178) dan Al-Jawaabul Kaafi (hal. 23)

      Demikian juga pengobatan dengan ruqaa (jama’ dari ruqyah) Nabawi yang riwayatnya shahih merupakan obat yang sangat bermanfaat. Dengan ayat dan do’a yang dipanjatkan. Apabila do’a tersebut terhindar dari penghalang-penghalang terkabulnya do’a itu, maka ia merupakan sebab yang sangat bermanfaat dalam menolak hal-hal yang tidak disenangi dan akan tercapai hal-hal yang diinginkan. Yang demikian itu termasuk salah satu ubat yang sangat bermanfaat, khususnya yang dilakukan berkali-kali. Dan do’a

      ReplyDelete
    42. Dan lagi satu pesan untuk diri saya dan juga kepada saudara EmJay jangan menghina al-Quran jika anda kurang memahami...
      Akibatnya boleh mengakhiri diri kita dalam Su'ul Qatimah....

      Allahu a'lam.

      ReplyDelete
    43. Alhamdulillah,telah hadir lagi pejuang-pejuang islam tulen lagi benar.Salam kebahagiaan untuk anda

      ReplyDelete
    44. Banyak pula user yang kena block dan komen yang benar kena deleted. Sya terkilan juga sebab kenyataan tur betul.

      ReplyDelete
    45. Selamat datang ke Laman EMjay sdr entahapaentah

      Untuk makluman sdr dan pembaca sekelian, segala reply dari abuafiqah telah di delete kerana beliau menggunakan gambar yang tidak senonoh. Sendiri buat sendiri tanggung lah.

      Segala reply yang membawa fahaman tarekat tidak akan dilayan dan diberi muka di sini. Saya adalah aliran yang berlawanan dengan aliran tarekat.

      Aliran tarekat membawa fahaman Nur Muhamad namun saya menentangnya.
      Aliran tarekat membenarkan bertawassul kepada seisapa sahaja terutama guru mursyid mereka namun saya menentangnya. Dan banyak lagilah.

      Kebelakangan ini ramai pengunjung beraliran tarekat memasuki Laman Emjay. Saya nasihatkan jangan cuba memasukkan fahaman dakwah tarekat ke Laman Emjay. Kita memang tidak serupa.

      Emjay

      ReplyDelete
    46. Cuba saudara senaraikan apa yang menjadi faktor tentangan hebat pengunjung laman ini kena blok selain daripada atas. Apa pun pendapat kita tetap berbeza. Bukan semua apa yang dikatakan di laman ini sya tolak. Cuma ada sedikit kefahaman yang berbeza mengikut kefahaman masing-masing.

      ReplyDelete
    47. Teruknya.

      teruk betul MJ ni.. tok guru mana dia blajar ni.

      ReplyDelete
    48. Fakta yang nyata salah... Orang Kadazan dan Pesta Menuai hanya ada di Sabah..

      ReplyDelete
    49. Memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.a. berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Ali Bin Abi talib, beliau berkata :

      Telah melarang saya oleh Rasulullah s.a.w. daripada memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (yaitu jari tengah atau jari hantu)

      Sila rujuk buku "RAHSIA CINCIN NABI DAN HUKUM BERCINCIN" oleh Imam AlBaihaqi, Alihbahasa dan tambahan oleh Abdullah Al-Qari B Haji Salleh, Terbitan Al-Hidayah, Kuala Lulmpur, mukasurat 47.

      ReplyDelete
    50. Memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.a. berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Ali Bin Abi talib, beliau berkata :

      Telah melarang saya oleh Rasulullah s.a.w. memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (yaitu jari tengah atau jari hantu)

      Sila rujuk buku "RAHSIA CINCIN NABI DAN HUKUM BERCINCIN" oleh Imam AlBaihaqi, Alihbahasa dan tambahan oleh Abdullah Al-Qari B Haji Salleh, Terbitan Al-Hidayah, Kuala Lulmpur, mukasurat 47.

      ReplyDelete
    51. semoga Allah merahmati kita semua, dan menjauhkan kita semua dari benda2 yang meyesatkan akidah kita.........
      apa kata kita lebihkan ibadah..dan rajin buat solat taubat n tahajjud...
      tak perlula nak pkai ape2 menda bawak tuah nie...yng bagi rezeki ni adalah ALLAH.swt..
      pelik manusia sekarang...takut sangat nak ditimpa musibah..pastu pakai benda yang idak2...
      ujian kan bagus....tanda Allah mengingati kita supaya kita mengingati DIA..

      ReplyDelete
    52. Assalamu'alaikum....Kepada Semua Muslimin dan Muslimat yang budiman sekelian, Saya rasa teringin untuk mencelah ditengah2 kesibukan para User Hebat sekelian... bila diperhatikan semuanya mempunyai kecanggihan dan calang2 ilmiah yang di utarakan terutama Sdr Emjay dan juga Fanadarwisy. Dari pandangan dan penilain Saya di mana secara keseluruhan Saya amat terkilan dan tidak menerima langsung dengan hujah dan cara pendekatan Sdr Emjay mengenai perkara "Syirik" itu,
      Dan Saya dengan ikhlas bersetuju penuh akan segala huraian jelas dan panjang lebar dari Sdr? Fanadarwisy.

      Dizaman Rasulullah... pernah terjadi satu peristiwa dimana salah seorang Sahabat (lupa namanya) bertanya kepada Baginda....mengenai untanya kalau hendak ditinggalkan perlukah di ikat atau dilepaskan sahaja dan hanya berserah dan berharap kepada Allah semata2... maka jawab Baginda " Kamu ikatlah unta mu itu dahulu lepas itu barulah kamu berserah kepada Allah". Tidakkah ini menunjukkan bahawa kita harus atau wajib juga menaruh hati dan kepercayaan kepada sang TALI itu dan seterusnya baru kita berserah kepada
      Allah. Bagaimana pendapat Sdr Emjay juga pandangan Fanadarwisy dan yang lain?

      ReplyDelete
    53. Waalaikumussalam wbh

      Tulisan kau ni BAHAYA betul macam bahayanya YAHUDI!!

      Memanglah setiap perkara kena berusaha dahulu kemudian bertawakal kepada Allah SWT. Namun setiap usaha hendaklah selari dan bibenarkan Islam!! Seandainya saya berusaha mencuri untuk kaya, tak betullah tu!!

      Seandainya saya berusaha mengelakkan gangguan setan dalam rumah maka saya meletakkan pelbagai ayat Al Quran sebagai pendinding, tak betullah tu.

      Seandainya saya inginkan anak-anak cemerlang pendidikan maka saya buat air penerang hati untuk mereka maka tak betullah tu.

      Seandainya saya memakai pendinding pada badan untuk mengelakkan sihir maka sesatlah saya.

      Itulah sebabnya saya kata tulisan tokboh bahaya macam Yahudi! Boleh menyesatkan cara orang berfikir.

      Emjay

      ReplyDelete
    54. Memanglah setiap perkara kena BERUSAHA DAHULU KEMUDIAN BERTAWAKAL kepada Allah SWT. Namun setiap usaha hendaklah selari dan bibenarkan Islam!! Seandainya saya berusaha MENCURI UNTUK KAYA, tak betullah tu!!

      Pandaaii Sdr Emjay bermain dengan kata kata :) padahal dua perkara yang tersebut itu tiada hubungan langsung antara keduanya. (yang satu BENAR sementara satu lagi SALAH)

      Berusaha dahulu kemudian bertawakkal kepada Allah itulah yang Saya maksudkan disamping selari dengan tuntutan Islam yang sebenarnya, bukan main hentam keromo dan berkata ikut selera sahaja, Sementara mencuri pula SALAH dan kaya dari hasil curi juga SALAH (disisi "adat, Undang2 dan lebih2 lagi Ugama) dan itu bukanlah "berusaha dahulu kemudian bertawakkal" namanya, "itu nak cari mampus!!" adakah mencuri itu ilmu lunas Islam Sdr? disini Jelas yang Sdr Emjay sudah lari dari perkara pokok yang diperkatakan,


      Kita tidak perlu pergi jauh jauh, Saya hanya kemukakan dua(2) pokok persoalan...iaitu minta diperjelaskan erti sebenar benar Syirik dan soal Tali unta, (Kerana ini satu contoh atau kisah benar dizaman Rasulullah) setiap pandangan yang baik itu untuk menjadi renungan dan ikutan sesama Islam kita sejagat begitu juga sebaliknya akan mengelirukan malah membutakan hati dan mendangkalkan ilmu dalam Islam setiap Ummah kelak.

      Sdr Emjay park kereta Berkunci Alarm ke tak? Kenapa berharap kepada Kunci Alarm? Apa kata HATI YA? :)

      ReplyDelete
    55. A'slamualaikum....mmg benar bahawa ayat2 Al Quran blh didlm perubatan. Dalil2 yg dibentangkan oleh saudara kita fanadarwisy amat jelas dan meyakinkan. Cuma 1 persoalan disini ialah,perbezaan ruqyah yg diamalkan dizaman Rasulullah itu sama dgn apa yg dilakukan oleh syarikat air mosafa itu?
      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      Dalil dari saudara fanadarwisy:

      " Syarat Ruqyah Syar'iyah

      Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

      1. Dengan menggunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
      2. Menggunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
      3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

      Ketentuan Meruqyah

      Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-

      1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
      2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
      3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukang tilik dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
      4. Ruqyah tidak menggunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
      5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
      6. Ruqyah tidak menggunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya."
      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      Cuma 1 saya nak tanya saudara fanadarwisy, adakah anda pernah lihat,dengar atau baca ayat2 ruqyah yg dilakukan oleh syarikat tersebut? Jika saya, anda atau saudara2 lain disini pun tidak pernah dengar atau
      lihat serta baca ayat2 ruqyah tersebut,bagaimana kita hendak menilai ketiadaan unsur2 syirik dan yg wajib bagi menghalalkan ruqyah tersebut. Sebagai mana Rasulullah membenarkan ruqyah dikalangan para sahabat tersebut, dgn dalil yg anda kemukakan, jelas sekali para sahabat mendapat izin dari rasulullah dan mengamalkan dgn bimbingan Rasulullah.

      Baik...apa pula bezanya dgn syarikat air ini? Apakah SAHIH akan ayat2 yg ditulis sebelum dihapuskan itu tiada sifat2 syirik? pernahkah anda lihat?
      Adakah benar2 ayat2 itu tiada tokok tambah dari mana sumber yg lain dari Al Quran?
      Pernahkah anda dgr ayat2 itu dibaca dan anda boleh paham apa yg dibaca?
      Bilik bagaimanakah yg digunakan semasa melakukan ruqyah air itu?
      Semua pertanyaan itu adalah ketentuan yg perlu diperhatikan dlm meruqyah seperti anda bentangkan.

      Jadi apakah jelas dan yakin akan ruqyah yg diamalkan oleh syarikat air itu langsung tidak ada unsur2 yg mensyirikan? Berapa org disini yg pernah lihat dan dgr ayat2 tersebut? Apakah sama ruqyah Rasulullh dgn mereka ini? Jika anda disini tidak pernah lihat ayat2 dan dgr ayat2 tersebut, bagaimana anda yakin sgt dgn ruqyah air tersebut? Ruqyah Rasulullah dan para sahabat adalah jelas, Malah ayat2 tersebut anda telah lampirkan bersama. Bkn kah diantara yg halal dan haram adalah jelas. Namum diantaranya adalah samar(Subahat).

      Kt semua tidak pernah lihat dan dgr akn ruqyah tersebut,jadi dimana keyakinan halal itu blh kt letakkan? Jika yg melakukan ruqyah itu org berserban dan berjubah juga bkn 1 dari kekuatan utk meghalalkan ruqyah tersebut,jadi apa yg meyakinkan anda ianya halal? Dalil Hadis dan Al Quran kt terima 100%. Namun dimana dalilnya ruqyah syarikat ini halal dan tiada unsur2 syirik dan sihir?

      Anda berhujah ttg ruqyah Rasulullah mmg betul,tetapi yg kt pertikai skrg ini ialah ruqyah dari syarikat ini. Adakah anda yakin ianya sama dgn yg diajarkan ole

      ReplyDelete
    56. Sepekara lagi yang boleh kt persoalkan adalah cara2 ruqyahh itu diamalkan semasa mereka meruqyah.
      Apakah sama spt yg diajarkan atau dibenarkan Rasulullah?
      Siapakah yg membaca Ruqyah itu? Adakah dia Benar2 org2 soleh atau org yg ahli kitab serta fasih?
      Kesemua dalil hadis2 dari saudara fanadarwisy menujukkan ruqyah dari rasulullah adalah secara terus dan meletakkan tgh ditempt yg sakit lalu meruqyah. Saya tidak nampak 1 pun dalil yang Nabi melakukan ruqyah dgn menulis ruqyah tersebut diatas sesuatu spt (pinggan putih) yg digunakan oleh syarikat air tersebut dan menghampuskan, lalu dia minum air nya.
      Ibnul Qayyim telah dengan jelas( spt dalil yg saudara lampirkan) telah membaca Al Fatihah sebagai ruqyah beliau dlm mengobati sakit beliau. Nah.......jelas juga ayat ruqyah tersebut. Namun beliau tidak MENULIS dan MENGHAPUSKANNYA dgn air zam zam lalu meminumnya. Perihal yg dilalukan oleh syarikat air ini pula jauh berbeza bukan?

      Kesimpulan yg sefahamnya saya atas hujah2 oleh saudara emjy ada asasnya ttg perbuatan yg meyalahi syarak ialah: Syarikat air ini tlh melakukan ruqyah dgn mengunakan zafaran dan menulis 30 juz surah Al Quran diatas 'PINGGAN PUTIH" lalu menghapuskannya dgn air zam zam. Bukankah ini tidak termasuk salah 1 pun dalil daril hadis2 yg saudara kemukakan?
      **Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim ) dalil dari saudara fanadarwisy. Bukankan

      Rasululullah meminta para sahabat MEMPERLIHATkan (menzahirkan) ruqyah mereka utk pastikan tiada unsur2 SYIRIK. Maknanya Rasulullah mendengar dahulu seblum membenarkan ruqyah tersebut. Jelas dan sahihkan? Bukankah Rasulullah cukup berhati2 serta menitik beratkan ayat2 ruqyah para sahabat sebelum membenarkannya?
      JELAS kah ruqyah syarikat air mosafa ini saudara fanadarwisy?
      Dimanakah dalil yg menunjukkan perbuatan MENULIS SURAH2 AL QURAN DIATAS PINGGAN PUTIH itu ada dilakukan oleh Rasulullah ? Atau mgkn sahaja dahulu tiada pinggan putih, maka Rasulullah menulis ayat ruqyah tersebut diatas sesuatu spt Tembikar atau buah2an,pelepah tamar lalu menghapuskannya dgn air zam zam lalu meminumnya. Bersamaankah dgn syarikat air ini? Selarikah dari segi syariaat?
      Sesungguhnya, Rasulullah tlh mengajar para sahabat dgn cukup jelas. Meruqyah secara terus bkn dgn cara para 'sahabat' syarikat air mosafa ini..Disinilah blh dikatakan syirik apabila perbuatan itu tlh meyalahi perbuatan Rasulullah spt dijelaskan olen saudara emjy.

      Kesimpulannya, anda sebenarnya tlh mengatakan hujah anda dgn betul TETAPI Menafsirkan nya dgn JAHILAN. Ayat2 Allah bukan sekadar baca dan faham maksudnya( tafsirannya), tetapi anda perlu dan MESTI belajar mengerti makna yg TERSIRAT dari ayat2 tersebut. Saya amat kecewa dgn saudara fanadarwisy kerana telah menafsirkan keterangan2 ayat2 Allah serta Rasulullah dgn hawa nafsu. Anda hanya 'PEMBACA' bkn ahli 'PENAFSIR'.

      Mohonlah keampunan dari Allah dan mintalah kemaafan kepada saudara emjy atas kelancangan anda dgn hujah2 yg meyesatkan itu. Semoga Allah meredahi kt semua disini sebagai hambaNya yg sentiasa diberi petunjuk kejalan yg benar...Insyaallah.... Wasalamm..

      ReplyDelete
    57. *** RALAT :Perkataan ini typing error ''' BUKANKAH'' Rasululullah meminta para sahabat MEMPERLIHATkan (menzahirkan) ruqyah mereka utk pastikan tiada unsur2 SYIRIK. Maknanya Rasulullah mendengar dahulu seblum membenarkan ruqyah tersebut. Jelas dan sahihkan? Bukankah Rasulullah cukup berhati2 serta menitik beratkan ayat2 ruqyah para sahabat sebelum membenarkannya?

      ReplyDelete
    58. Quote dalam tulisan sedara MJ:

      "Syirik pula mengikut jumhur ulamak “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah.."

      "Menyimpan tangkal adalah syirik kerana penyimpan tangkal ini telah berharapkan sesuatu kepadanya (selain Allah SWT). Orang Islam kebanyakannya tetap berharapkan dan bertawakal kepada Allah namun ramai yang dalam waktu yang sama juga berharapkan kepada tangkal.."

      Saya setuju, lagipun memang ulamak dah kata kan, syirik itu menjadikan sesuatu sama taraf dengan Allah. Sama tarafkan tu bagaimana? Adalah dengan meyakini bahawa benda ada sifat menjadikan. Sedangkan hanya Allah saja yang ada daya dan upaya untuk menjadikan. Menjadikan tu mcm mana? Contohnya makan. Bila suap nasi dalam mulut kite percaya yang kite akan kenyang. Eh? Siapa yang memberi kenyang? Siapakah yang berhak 'menjadikan' kenyang? Hanya Allah lah yang memberi kenyang! Jadi ramai yang pergi kedai, nak makan dah yakin akan kenyang lepas makan macam mana? Itu juga syirik! Tapi malangnya sedara MJ hanya sempitkan fikiran dan skop hanya pada kayu, batu, besi dan jin sahaja. Sedangkan luas perbincangan syirik ini.

      Sekarang, saya pergi kedai makan, saya percaya yang Allah yang memberi kenyang. Bukan nasi. Mana syiriknya disitu? Saya tak sama kan taraf benda dengan Allah.

      Sekarang, saya pakai cincin kayu (ada sifat yang lebih dalam untuk di kaji, baunya, kaitan dengan hormon etc.), saya percaya Allah yang menghindarkan saya dari jin, haiwan buas. Bukan kayu yang ada kuasa menghindarkan. Mana syiriknya?

      Saya rasa ini analogi yang cukup mudah untuk difahami tentang syirik, langsung tidak menyimpang dari jumhur ulamak. Jika sedara MJ masih tidak setuju dengan pernyataan saya, barulah boleh dikatakan "lakumdinukum waliyadin.."

      ReplyDelete
    59. Assalamualaikum. Pada pendapat saya admin blog ini bermain dgn api. Byk kenyataan yg membahayakan diri sendiri. Untuk keseimbangan, elok juga admin perkenal diri latar pendidikan dsbnya agar dpt dipertanggungjawabkan.

      ReplyDelete
    60. Tahniah atas penjelasan yg baik. MJB ni takde apa sebenarnya. Dia cuma menemui satu cara utk melepas perasaan sambil membina populariti. Hujahnya sekadar logik dan rujukan pun macam 'asal ada' je, diambil drpd internet agaknya.

      ReplyDelete
    61. sini adalah tempat PENENTANG IMAM MAHDI AS dan ISLAM serta KUNCU2 nya~ jauhilah mereka yang KUFUR dan KAFIR kepada RASULULLAH SAW~ bermula dengan KAFIR dan INGKAR kepada IMAM MAHDI AS yang disebut dalam HADIS2 SAHIH dan HASSAN maka bermula di situ lah KEKAFIRAN dia DAN pengikut2nya.......CELAKALAH KAMU SEMUA!!!

      ReplyDelete