Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 5 November 2006

Akidah bahagian 4

Tauhid Uluhiyah


Ialah “Dialah Tuhan yang sebenarnya dan hanya Dialah sahaja satu-satunya Tuhan yang wajib disembah, tidak ada sekutu bagiNya. Allah disembah dengan penuh keikhlasan, kecintaan dan kebesaranNya”.
(Jumhur ulama)

Secara mudah, konsep uluhiyah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang perlu disembah dan diibadati dan tidak boleh disekutukan atau menggunakan perantara”.

Ini bermakna seandainya kita menyembah selain Allah seperti dewa angin, Latta, Uzza, Tok nenek, penjaga gunung, Tuhan Subramaniam dan sebagainya lagi maka rosaklah tauhid uluhiyah Allah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran.

Demikian juga apabila kita mempersekutukan (sekutu George Bush adalah Tony Blair) Allah dengan segala sesuatu seperti berhala yang berbagai bentuk (dari bentuk patung hingga kepada bentuk cermin dan tahi besi), Tuhan Isa, Tuhan Mariam, tangkal dan azimat maka pelaku tersebut telah mengingkari tauhid uluhiyah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran menjadi kafir musyrik.

Antara berhala sembahan orang kafir yang biasa dilihat adalah seperti patung, gambar dan objek seperti tangkal di atas pintu masuk rumah mereka. Tangkal dan azimat sebenarnya adalah merupakan berhala yang disembah oleh orang Melayu Islam hari ini. Amat menyedihkan sekali. Jikalau tidak kita mulai hari ini siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memerangi gejala ini jikalau tidak kita semua?

Berhala orang kafir. Orang kafir memohon perlindungan kepadanya (atau perantara kepada Tuhan), berdoa kepadanya (atau perantara kepada Tuhan), takut akan siksanya (kalau tak disembah boleh menyebabkan kecelakaan), berharap kepadanya (atau perantara kepada Tuhan) dan bertawakal kepadanya.


Berhala sesetengah orang Melayu “Islam ?”. Mereka memohon perlindungan kepada “berhala” ini (atau perantara kepada Allah), berdoa kepadanya (atau perantara kepada Allah), takut akan siksanya (kalau tak dipuja atau diasap kelak dia marah dan menyebabkan kecelakaan) , berharap kepadanya (atau perantara kepada Allah) dan bertawakal kepadanya.

Mari kita lihat contoh-contoh kes kerosakan tauhid uluhiyah:

a. Seorang pelaku sewaktu hendak masuk hutan lalu berkata “Tabik datuk nenek, cucu nak tumpang lalu”.
Pelaku telah rosak akidahnya (uluhiyah) lalu menjuruskan kepada kekafiran kerana ia telah menyembah selain daripada Allah. Ramai orang Cina di Malaysia mengamalkan agama yang dinamakan agama nenek moyang kerana mereka menyembah nenek moyang yang telah mati.

b. Di kalangan orang jawa selalu akan berkata begini apabila berjumpa dengan orang cacat “tamit-tamit djambambayi majukaget, ngesok anak aku ojo koyok ngunu”. (......... besok anak aku jangan macam itu).
Pelaku percaya dengan jampi tersebut akan memberi kekuasaan agar kelak anak mereka
tidak cacat seperti orang itu. Ini menggugurkan keimanan (tauhid uluhiyah) kerana jampi tersebut sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa. Dengan memohon sesuatu melalui perantaraan / sekutu iaitu dalam bentuk jampi, ini telah merosakkan akidah (tauhid uluhiyah) dan menjuruskan pelakunya kepada kekafiran.


c. Terdapat di kalangan orang Islam menyimpan ayat Kursi di dalam beg tangannya dengan meyakini bakal mendapat kebaikan dan perlindungan daripada kejahatan iblis dan syaitan.
Orang ini juga telah rosak akidahnya, gugur imannya lalu menjadi kafir (mushrik) kerana mempercayai bahawa selain Allah ada makhluk lain (sekutu Allah) iaitu ayat Kursi yang boleh memberi kebaikan dan perlindungan daripada kejahatan Iblis dan syaitan.


d. Mengadu dengan arwah emak dikuburnya : “Emak, saya sekarang sedang terlalu kusut. Suami kat rumah tu dah mula buat hal. Mak, macam mana mak. Tolonglah mak”. Pelaku ini secara tak sedar sudah meminta pertolongan kepada arwah emaknya yang menyalahi uluhiyah Allah menjadikannya
kafir.

Apakah lawan bagi tauhid uluhiyah ?. Lawan bagi tauhid uluhiyah ialah syirik.


Syirik

Syirik “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang
disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”
.

Daripada definisi ini, jelaslah bahawa takut kepada hantu boleh membawa kepada syirik
begitu juga dengan takut kepada pemimpin.

Renungilah firman Allah dalam surah Al-Maidah: 72:

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

Begitulah juga dengan firman Allah dalam surah An-Nisaak:48:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

Dan dalam surah An-Nisaak: 116:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Mohammad Abdul Kadir Al Mandili menyatakan syirik sebagai mempersekutukan Allah dengan sesuatu makhluk ciptaanNya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal, azimat, pokok dan Quran. Seterusnya beliau menyatakan bahawa di antara punca-punca syirik ialah beribadah (menyembah)
terhadap makhluk seperti :

a. Menjadikan makhluk tempat berseru termasuk menyeru wali yang telah mati dan menyeru malaikat.

b. Taat makhluk lebih dari taat kepada Allah SWT.

c. Meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya. (Minta duit dari ayah tidak menyalahi).

d.Cinta Makhluk lebih dari mencintai Allah.

e. Lebih takut kepada makhluk (termasuk hantu) berbanding Allah.

Sayang sekali kerana ramai daripada orang Melayu yang sembahyangnya tidak tinggal, naik haji 3 kali, tetapi di rumah ada keris pusaka yang diasap pada malam tertentu dan pelbagai lagi tangkal dan azimat. Ibadat
yang dilakukan tidak ada makna langsung dan neraka sahajalah tempatnya kelak. Apabila akidah kita sudah rosak maka syaitan akan menjadi teman setia seperti yang difirmankan oleh Allah daripada dua ayat berikut iaitu Al A’raaf: 27:

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Dan surah Az Zukhruf: 36

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa mereka telah murtad hanya dengan menolak atau tidak redha dengan satu hukum. Orang perempuan pun mudah sangat rosak akidah mereka hanya dengan tidak redha kepada hukum poligami seperti kumpulan ***** yang popular sedikit waktu dulu . Apalah sangat kita tidak setuju dengan hukum Islam, mencuri tanpa sebab yang munasabah dihukum potong tangan. Di negara China, hukuman rasuah adalah bunuh tetapi tidak ada pula orang yang mempertikaikannya.

Syirik adalah jelas merosakkan akidah. Apabila sudah menjadi mushrik (pelaku syirik) - rahmat, hidayah dan taufik daripada Allah akan terlindung. Mengambil tangkal, azimat, pelaris, pendinding dan berjumpa bomoh menjadikan kita kafir mushrik. Sebesar-besar dosa seperti zina atau membunuh tak boleh menandingi dosa syirik seperti yang dinyatakan oleh ayat Quran surah An Nisaak 116 di atas iaitu:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Dan Dia akan mengampuni dosa-dosa lain bagi yang dikehendakiNya.”.

Amalan syirik seperti mandi bunga, tangkal pelaris, penunduk suami, penghalau jin dan syaitan, pagar rumah, penerang hati dsb memang banyak sekali diamalkan di kalangan orang Melayu Islam kita.

Kes 11

Kes ini berlaku pada sesi pengajian 2002/2003 sesi ke 2. Saya  diberikan tugas untuk mengajar pengajaran mikro kepada kira-kira 12 orang pelajar tahun 3. Setiap pelajar perlu menjalani pengajaran mikro mengikut gilirannya. Pelajar pertama selalu kurang bernasib baik dan ramai yang gagal kerana tidak dapat melihat model pengajaran untuk diikuti. Pelajar kedua, ketiga dan seterusnya lebih bernasib baik kerana telah melihat model-model pengajaran dan telah mendengar pelbagai komen yang positif dan negatif dari pensyarah. Pelajar K adalah antara pelajar yang bernasib baik kerana giliran beliau adalah kira-kira yang kelima. Namun sewaktu pelajar K mengajar, beliau seolah-olah tidak pernah melihat langsung sebarang model pengajaran yangsepatutnya. Beliau gagal dengan teruk sekali. Beliau perlu menunggu sehingga semua pelajar lain habis menjalani pengajaran mikro sebelum beliau dikehendaki mengulang untuk kali kedua. Saya telah memanggil pelajar K untuk ditemu bual. Pelajar K telah menceritakan bagaimana keluarganya memang pernah memanggil bomoh untuk datang ke rumah dan pernah pergi mencari bomoh-bomoh lain kerana ibunya memang mempunyai masalah. Salah seorang daripada bomoh ini adamemberikan kain hitam kira-kira semeter panjang untuk disimpan oleh pelajar K. Selepas sesi-sesi pertemuan dengan bomoh-bomoh ini, pelajar K mendapat satu kelebihan iaitu boleh menurun dan boleh berkomunikasi dengan makhluk halus (iblis). Lalu saya ceritakan bahawa pengalaman yang telah dilalui oleh pelajar K ini salah di sisi Allah dan
adalah sejenis syirik iaitu sebesar-besar dosa. Saya menyuruh pelajar ini taubat dan menyerahkan kain hitam tersebut kepada saya. Namun pelajar K tidak dapat berbuat seperti yang diarahkan dengan segera kerana rumahnya berada jauh di pantai timur.

Apabila tiba giliran pelajar K untuk menjalani pengajaran mikro kali kedua, seperti yang dijangkakan, beliau telah gagal sekali lagi dan langsung tidak ada peningkatan walaupun telah menonton semua pelajar lain disamping mendengar semua sesi perbincangan selepas setiap sesi pengajaran mikro. Beberapa hari selepas kegagalan kali kedua tersebut, pelajar K telah balik ke kampung untuk cuti hari
raya Aidiladha. Sekembalinya beliau dari pantai timur, terus beliau menyerahkan tangkal kain hitam kuning kepunyaan beliau kepada saya iaitu pada hari Jumaat. Tiga hari selepas itu iaitu pada hari Isnin berikutnya, pelajar K menjalani sesi pengajaran mikronya untuk kali ketiga dan peluang ini adalah peluang yang
terakhir. SubhanaAllah, maha suci Allah, saya dan pelajar-pelajar lain terpegun sama sekali melihat kelancaran sesi pengajaran mikro tersebut. Pelajar K telah lulus dengan baik sekali pengajaran mikronya hanya selepas tiga hari beliau membebaskan dirinya daripada belenggu syirik tangkal.

Rumusan daripada cerita ini ialah melakukan syirik bagi orang Islam akan menjadikan pelakunya semakin tidak pandai kerana rahmat Allah telah tidak turun kepadanya.

Kes 12

Kes ini pula berlaku pada semester II sesi 200X/200Y. Saya juga dikehendaki mengajar kelas pengajaran mikro seramai kira-kira 13 orang pelajar. Salah seorang daripada pelajar saya ini adalah
pelajar mengulang iaitu beliau gagal pada sesi yang lalu. Saya namakan beliau sebagai ABC. Sebaik sahaja saya mengetahui bahawa ABC adalah pelajar bermasalah dan mengulang seperti yang diberitahu oleh penyelaras mata pelajaran, saya lalu meminta ABC untuk menemui saya untuk sesi temu bual. Melalui beberapa sesi temu bual, diceritakan bagaimana keluarga ABC adalah pencinta bomoh. Berbagai-bagai
tangkal boleh dilihat bersepah di dalam rumah. Ada tangkal yang telah ditanam di sekeliling rumah. Keturunan ABC adalah tukang buat wayang kulit, Sebahagian daripada alat pertukangan untuk membuat wayang kulit juga terdapat di sekitar rumahnya. Seorang abang ABC merupakan graduan bekas pegawai tentera berpangkat kapten tetapi kini telah menjadi seorang penganggur kerana menghidap penyakit mental.
ABC juga menceritakan bagaimana beberapa bulan lalu beliau ada menemui beberapa bomoh. Berbagai-bagai tangkal dan air jampi telah diberikan oleh bomoh-bomoh ini.

Ada di antara tangkal-tangkal ini adalah dalam bentuk pen dan pensel untuk digunakan setiap
kali beliau menulis nota kuliah di universiti agar mudah diingat. Walaupun berbagai usaha dan tangkal yang diberikan para bomoh, hakikatnya ialah beliau semakin merosot di dalam akademik. ABC semakin menghadapi banyak masalah dan kemuncak daripada pelbagai masalah ini ialah beliau telah mencampurkan berbagai ubat lalu diminum dengan harapan untuk mati secara bunuh diri. Namun Allah masih sayang kepadanya dan ABC sempat ditemui lalu dihantar ke sebuah hospital. Alhamdulillah ABC tidak mati. Setelah menyedari berbagai-bagai kesilapan melakukan syirik, beliau telah bertekad untuk menyerahkan berbagai-bagai tangkal dan azimat serta air jampi kepada saya. Alhamdulillah ABC menyerahkan berbungkus-bungkus tangkal, azimat, buku sihir dan air jampi jauh lebih awal dari giliran beliau untuk pengajaran mikro. Selepas beberapa pertemuan awal yang memakan masa lebih se jam setiap pertemuan, ABC sangat berminat bertemu dengan saya hampir setiap minggu dan kadangkalanya dua kali se minggu untuk
mempelajari agama terutamanya aspek pembersihan akidah. Apabila tiba giliran ABC untuk pengajaran mikro, beliau telah lulus dan begitu juga bagi sesi latihan mengajar.

Rumusan daripada kes 11 dan 12 ini ialah, apabila pelajar dibesarkan dengan kebesaran keluarga yang mengamalkan amalan suka jumpa bomoh, akhirnya pelajar ini sendiri sudah pandai mencari bomohnya sendiri. Kesyirikan yang dilalui pelajar ini menyebabkan pelbagai masalah kronik timbul yang seterusnya
menjejaskan prestasi akademik dengan teruk sekali. Apabila pelajar ini membebaskan diri daripada pengaruh syirik, rahmat Allah turun semula dan prestasi akademik meningkat. Apabila sudah sesat dan jauh daripada jalan yang ditunjukkan oleh Allah, maka :

Sifat orang kafir sesat ini Allah nyatakan dalam dua ayat berikut iaitu Al Hijr: 56 :

”Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari
rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

Dan dinyatakan lagi dalam surah Yusuf: 87

”Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Seperti yang dijelaskan pada dua ayat di atas, putus asa daripada rahmat Allah adalah sifat bagi orang kafir dan sesat. Orang kafir sememangnya sesat dan orang sesat sememangnya kafir. ABC telah membunuh diri walau pun belum mati kerana pada ketika itu beliau adalah sesat dan kafir. Pada waktu tersebut beliau telah putus asa ke atas rahmat Allah .

Kes 13
Satu kes lain yang di alami oleh seorang guru perempuan yang tidak putus-putus dilanda masalah bala bencana telah berniat untuk membunuh diri juga tetapi belum dilaksanakan tetapi sudah mula menghisap rokok dan berusaha untuk mendapatkan dadah. Masalah guru ini juga adalah sama iaitu beliau dan suami
suka mencari bomoh dan mengumpul tangkal dan azimat.

Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:

“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)

(1 Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)

Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,

“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)

Dalam satu hadis lain, mafhumnya:

“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”

Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”
(Riwayat Waqi’e)

Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan. Mengenai perkara ini berkata Ibrahim bin Nakhi:

“Dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud: Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal, dari Al Quran atau bukan dari Al Quran.

Nabi SAW tidak bertangkal tetapi bertawakal kepada Allah. Syirik menukarkan konsep tawakal kepada Allah menjadi tawakal kepada makhluk.


1 comment:

  1. salam....selain dari bertemu dengan tuan untuk memusnahkan azimat dan tangkal, boleh tak di beritahu cara2 untuk melupusnya sendiri?
    wassalam.

    ReplyDelete