Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 4 November 2006

Akidah bahagian 2

PERCAYA KEPADA ALLAH

Semua penganut agama sama ada agama Islam atau bukan
Islam percaya kepada konsep keTuhanan. Di sinilah membezakan sama ada seseorang
itu beragama Islam atau bukan ialah daripada segi bagaimana mereka mempercayai
Tuhan mereka.
Islam mengajarkan 3 perkara berikut untuk membolehkan seseorang
itu mempercayai Allah mengikut landasan yang betul yang telah
disyariatkan.

1. Tauhid Rububiah.

Ialah “yakin berserta keimanan yang
teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya
Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada
pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan
tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar
Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan
memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak
selain kuasa dan perintah yang ada padaNya”. (Jumhur ulama)

Secara mudah,
konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa
dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”.

Berdasarkan konsep rububiah
ini, contohnya, apabila kita memandu kereta yang dirahmati Allah serta selamat
daripada kemalangan, ini adalah sebenarnya disebabkan oleh kehendak Allah yang
menyelamatkan kita daripada kemalangan, kerana mungkin disebabkan kita tidak
melakukan tegahan Allah yang tertentu dan kita melakukan suruhan Allah. Apabila
seseorang itu mengalami kemalangan pula, ini berlaku adalah disebabkan rububiah
Allah yang menghendaki pemandu tersebut kemalangan, mungkin kerana Allah hendak
menjadikannya sebagai satu musibah yang akan menjadi satu ujian untuk
memperbaiki individu tersebut (sekiranya individu tersebut ingin memperbaiki
dirinya) dan ia juga adalah satu kafarah iaitu menjadi penebus dosa seperti yang
dinyatakan Allah pada surah Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa
kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa
yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam
pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Namun seperti
kebiasaan (kelaziman) bagi sunah Allah, apabila Allah menghendaki seseorang itu
mengalami sesuatu kemalangan, ini dilaksanakan melalui sebagai contohnya ialah
tayar meletup, brek putus, terlelap, terlalai atau melalui orang lain yang
melanggar kenderaan anda.

Dengan segala kekuasaanNya, Allah boleh menjadikan
seseorang itu pandai bagi suatu tempoh, dan pada tempoh masa yang lain orang
yang sama akan menjadi bodoh pula. Ini banyak berlaku di masa kini, di mana
seorang anak yang sangat bijak dari umur 2 tahun hingga darjah 4 sekolah rendah.
Oleh kerana ibu kanak-kanak ini sangat riak dengan suka menceritakan kehebatan
anak beliau kepada orang ramai terutama rakan-rakannya, Allah dengan perlahan
lahan dan cantik menjadikan anak tersebut semakin hari semakin bebal dan
akhirnya pencapaian SPM kanak-kanak ini setakat pangkat 3 sahaja.

Di dalam
dunia ini Allah melalui sifat rububiahNya mencipta, menyusun dan mentadbir
setiap sesuatu hatta urusan makanan bagi ulat di dalam batu. Allah menjadikan
ramai pelajar lelaki Melayu Islam di UTM semakin lama semakin jauh daripada
rahmat Allah iaitu merosot pencapaian akademik mereka sebagai balasan musibah
untuk mengingatkan mereka dosa menonton video lucah. Allah menghendaki ramai
pasangan suami isteri Islam dilanda berbagai masalah kronik sebagai balasan
musibah di atas segala dosa yang telah dilakukan seperti suka menonton video dan
bahan internet lucah, menggalakkan isteri membuka aurat, bersolek untuk orang
ramai dan gemar melakukan berbagai maksiat lain seperti zina, berjudi dan minum
arak.

Apakah lawan tauhid rububiah? Lawan bagi tauhid rububiah ialah
beriktikad adanya pelaku bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam
mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidup atau mematikan, mendatangkan
kebaikan atau menolak keburukan atau beriktikad adanya sesuatu yang menandingi
Allah dalam kandungan nama-namaNya dan sifat-sifatNya seperti mengetahui perkara
ghaib, pemilikan keagungan, kebesaran dan sebagainya.

Daripada penerangan ini
jelas hanya dengan mempercayai bergambar 3 orang boleh membawa kematian kepada
salah seorang sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu menjadi kafir musyrik.
Mempercayai jika biawak melintas sewaktu ingin pergi ke sesuatu tempat bakal
mendatangkan kecelakaan juga satu perkara syirik.
 
Konsep rububiah Allah ini
selari dengan apa yang selalu dizikirkan selepas sembahyang;
“La hawla wa laa
quwwata illa billahil ... adziem”
Tidak ada daya kekuatan melainkan dari
Allah (sahaja).
Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi
apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib,
milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik
pengasih, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal maka
kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua
perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku melakukan syirik lalu
boleh dipanggil kafir musyrik.

Memanglah Allah menjadikan sunah Allah
(kelaziman) seperti api itu akan memanas, biji benih disiram akan bercambah,
bila rajin berusaha akan pandai dan sebagainya. Namun kelaziman atau sunah Allah
ini boleh berubah pada bila-bila masa di atas kehendakNya. Sebagai contohnya
kalau makan makanan kotor dan basi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya
tetapi mengapa ini tidak berlaku kepada orang gila? Walau macam mana dahaga
sekali pun kalau minum air satu liter sudah mencukupi namun mengapa orang minum
arak hingga 4 atau 5 liter masih tidak mencukupi? Kalau mengikut sunah Allah
atau kelaziman apabila sebahagian (separuh) dari otak manusia dibuang pasti mati
tetapi kenapa dalam program “Ripley’s believe it or not” orang ini masih sihat
dan kini telah mula memperbaiki pergerakannya?. Begitulah Allah melalui sifat
rububiahNya boleh sahaja merubah kelaziman (sunah Allah) bila dikehendaki.


Sebagai orang Islam tulen, bolehkah kita melakukan perkara-perkara seperti
berikut :

a. Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan
kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah.
Orang ini ingkar
tauhid rububiah dan membawa kepada kerosakan akidah dan setiap kerosakan akidah
menjadikan pelakunya tidak beriman dan membawa kepada kekafiran. Ini adalah
kerana setiap sesuatu perkara yang berlaku sebenarnya adalah di atas kehendak,
kekuasaan dan pentadbiran Allah. Sebagai suatu perbandingan, mengikut sunah
Allah, seorang yang makan makanan yang kotor dan basi mengikut kebiasaannya akan
menyebabkan orang tersebut mengalami keracunan dan ceret beret tetapi sedarkah
kita bahawa ramai orang gila yang berpakaian compang campeng makan makanan kotor
dan basi tetapi di atas kehendak dan kekuasaan Allah orang ini tidak mengalami
sebarang keracunan makanan atau ceret beret.

b. Seorang berkata “Saya
dapat keputusan SPM cemerlang kerana saya belajar secara konsisten
...............................” tanpa menyebut pun faktor rububiah
Allah.
Sepatutnya sebagai orang Islam yang tulen, beliau sepatutnya berkata
seperti ini “Alhamdulillah, saya mendapat keputusan SPM yang cemerlang kerana
faktor utama ialah kerana atas izin dan kehendak Allah dan faktor keduanya
mungkin kerana saya belajar secara konsisten
............................................”.

c. Seorang berkata “Api
membakar kerana sifatnya yang begitu dan begini........” tanpa mengaitkan
sedikit pun faktor rububiah Allah.
Allah mencipta api, memilikinya dan
memerintah mengikut kehendaknya. Bila kita menyatakan api membakar kerana
sifatnya yang begitu dan begini tanpa faktor rububiah Allah, maka kita telah
menafikan tauhid rububiah Allah dan gugurlah akidah lalu menjuruskan pelaku
kepada kekafiran.

d. Seorang menceritakan kemalangan yang dialami kepada
seorang rakannya “engkau tahu Mad, nasib baik betul aku semalam pakai tali
keledar. Kalau tidak entah-entah aku hari ini dah jadi arwah.
.................”. (Nasib yang mengatur kejadian ?)

e. Disebabkan kemalangan
yang kerap berlaku ke atas lori dan bas, seorang menteri telah memberikan komen
seperti berikut “Puspakom patut dipersalahkan kerana gagal membuat semakan yang
berkesan ke atas kenderaan berat lalu menyebabkan kenderaan ini terlibat dalam
kemalangan.”

f. Seseorang berkata kepada rakannya “Kalau aku tak ikut cakap
kau, taklah aku terlibat sama di dalam kemalangan ini. Lain kali aku tak mahu
ikut cakap kau lagi !”.

g. Seorang isteri meleteri suaminya selepas kereta
yang mereka naiki untuk balik ke kampung terlibat di dalam kemalangan “Itulah
abang tak nak dengar cakap ayang. Kan ayang dah suruh balik tengah malam, kereta
tak banyak, tapi abang degil nak jugak balik siang hari. Ha sekarang apa dah
jadi?”

h. Ahmad berkata kepada rakannya Amir sebelum mereka berdua memulakan
perjalanan ke bandar “petang ini pasti hujan. Elok kita bawa baju hujan.” Amir
tidak mengendahkan pesanan Ahmad dan tidak bawa baju hujan. Selepas kira-kira
sejam menunggang motor tiba-tiba hujan lebat turun lalu Ahmad berkata “Ha kan
aku dah cakap tapi engkau degil, sekarang kan dah basah kuyup.”

i. “Jikalau
tidak kerana anjing itu nescaya kami akan kecurian malam tadi” (Ibnu Masud R.A)
(mempersekutukan Allah dengan Anjing!)

Tukang sihir atau bomoh memang telah
jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad telah bersabda mafhumnya :
“Hukuman
tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari
Jundub).

Gejala surat berantai masih lagi berleluasa semenjak puluhan tahun
yang lampau sehingga kini dan masih berlaku juga di kampus UTM. Bagi sesetengah
kes, penghantar surat berantai ini terdiri daripada kalangan pensyarah Islam.
Antara pelbagai surat berantai ini ada yang dimulakan dengan nasihat yang agak
baik tetapi bermotifkan agar selepas dibaca, diikuti dengan galakan membeli
tiket loteri (berjudi) dan sebagai penutupnya adalah perosak akidah iaitu agar
orang Islam membuat salinan sebanyak 20 salinan dan menghantar kepada 20
penerima lain. Ugutan yang diberikan di dalam surat berantai ini ialah sekiranya
penerima tidak membuat 20 salinan untuk 20 penerima lain, penerima akan di timpa
musibah. Mempercayai tidak memanjangkan surat berantai boleh mendatangkan
musibah adalah merosakkan akidah lalu menjuruskan pelaku kepada kekafiran. Surat
berantai adalah satu senjata ampuh musuh Allah yang ingin melihat orang Islam
menjadi lemah, mudah ditakutkan dan seterusnya rosak akidah mereka.


2 comments:

  1. Assalamualaikum

    minta saudara lihat webpage ni
    http://www.esqway165.com/

    dan

    http://youtube.com/watch?v=P_yaa6RlFZU&feature=related

    Program ESQ ini kelihatan mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan Insha-Allah akan berkembang.Apa pandangan saudara?

    ReplyDelete
  2. ESQ ini adalah saudara kembar Prof Dr Ibrahim dan Prof Dr Norhisham di Malaysia. Mereka menggunakan Mind Power dan yang sewaktu dengannya.

    Jauhilah amalan ini.

    Emjay

    ReplyDelete