Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 16 January 2010

Pemikiran bagaikan kartun yang kronik di Malaysia.

Pemikiran bagaikan kartun yang kronik di Malaysia.
Assalamualaikum wbh kepada saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Di TV Malaysia baik RTM, TV3 – TV9 dan tidak ketinggalan ASTRO, rancangan kartun adalah tarikan utama kepada penonton terutama sekali kanak-kanak termasuk juga orang dewasa. Menonton cerita kartun bagaikan orang di India menonton filem Bollywood. Ia bagaikan percutian murah ke tempat-tempat menarik hanya dengan memiliki tiket masuk ke panggung wayang atau pun sebagai satu escapism. Kalau dalam filem kartun pula, seorang watak lelaki yang lemah boleh menjadi kuat dengan bantuan kuasa-kuasa magik seperti pedang sakti dsbnya.
Doraemon juga amat diminati sehinggakan penerbit telah mengubahkan suara Jepun ke bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh penonton. Cerita Doraemon ini mengajar nilai BODOH kepada manusia untuk lari dari masalah sebenar mereka. Bayangkan manusia boleh menjadi helicopter hanya dengan menyeluk saku besarnya dibaju Doraemon. Sekiranya Doraemon inginkan sesuatu, memadai dengan menyeluk saku besarnya keluarlah berbagai perkara yang sama sekali tidak masuk di akal. Itulah sebabnya Kerajaan Saudi dilihat lebih bijak apabila satu waktu dahulu mengharamkan tayangan kartun Doraemon dari TV di Arab Saudi. Yang kelihatan sama-sama macam KARTUN adalah mereka-mereka yang berkepentingan yang terus menerus menayangkan kartun Doraemon serta kartun-kartun BODOH lain di Malaysia.
Pemikiran bodoh sebagaimana yang diutarakan dalam kartun-kartun  seperti Doraemon dan siri lain saban tahun ditayangkan di Malaysia dan sudah pastinya ini akan  membina satu gaya pemikiran ala-kartun kepada para penontonnya. Konsep yang telah terbina diminda mereka akan mudah menjerumuskan penonton ini kepada kesyirikan besar apabila mereka bertemu dengan ajaran-ajaran sesat seperti boleh makan api, badan kebal tidak lut senjata, boleh terbang, berjalan atas api dsbnya. Lihat sahajalah Laman anugerah agung. Senangnya belajar ilmu sesat “ASMA’ KHAFI - Asma untuk mendapatkan kecukupan dalam segala hal, seperti jodoh, pengasihan, pagaran rumah, rezeki, penglarisan, keselamatan lahir batin, pengubatan lahir dan batin, penghancur sihir, mempercepat datangnya hajat dll.
Daripada gaya pemikiran Doraemonlah maka ramai umat Islam di Malaysia mudah terpedaya lalu mengamalkan ilmu ajaib pelik-pelik seperti kitab sesat Mujarrobat dan kitab lain yang sewaktu dengannya.
Lihatlah berikut contoh pemikiran bodoh ala kartun Doraemon sebagaimana terdapat dalam kitab Mujarrobat dan yang sewaktu dengannya:
1.    Bagi orang bodoh atau bebal dari asal tabiaatnya, hendaklah ia membaca enam belas kali (16X) waya haiyushab mauta qalbi falam azal bizik rika ya qai yu m .........
2.    Penawar gila - Orang yang hendak mengubat orang gila hendaklah di tuliskan isim ini di pinggan putih, setelah itu dihapuskan (dileburkan) dan diberi minum, insya-Allah iaitu:
Ya rahim ‘ala..........................
(Air Musoffa dan air yang sewaktu dengannya adalah belajar dari kitab sesat seperti ini!!)
3.    Tangkal gila – dituliskan dengan terang di atas sekeping kayu bersapu minyak bulung dan digantungkan pada orang gila itu, nescaya sembuh ia, juga kepada orang yang berpenyakit teruk akan menjadi ringan iaitu:
Ya badi al ..................................
4.    Memudahkan hafaz – Luban atau kemenyan putih apabila ditumbuk halus-halus dan dicampurkan dengan sedikit gula pasir kemudian di makan satu camca pada tiap-tiap pagi , insya-Allah mudah menghafaz dan terang hati.
5.    Isteri sayang suami – apabila bersetubuh  dengan isteri, bacakan dalam hati. Insya-Allah cintalah isteri kepada suaminya dengan sebenar-benar cinta. Jampinya iaitu:
Ya na fe inanibi amalika wahdini .........................
Inilah antara ilmu mirip cerita kartun Doraemon yang terdapat dalam kitab SESAT Mujarrobat dan yang sewaktu dengannya. Namun yang pelik (sebenarnya tidak pelik pun) ialah ramai sekali umat Islam di Malaysia terpukau dengan ciri kartun tersebut. Maklumlah saban hari diajarkan oleh Kementerian Penerangan melalui TV mereka. Pendek kata tak payah lagi bersusah-susah  belajar, bertusyen, berdiskusi dsbnya tetapi sekadar amalan mudah sebagaimana di atas, jadilah pengamalnya terang hati dan berjaya dalam peperiksaan. Sungguh macam cerita kartun.
Mengikut ajaran sesat di atas, kalau seorang suami inginkan cinta sejati dari isteri, memadai membaca jampi tersebut waktu bersetubuh dengan isteri. Cinta kasihlah isteri kepadanya. Tidak payah lagi tolong menolong di dapur bersama-sama isteri, tidak perlu lagi membantu isteri menguruskan keluarga di rumah hanya jampi waktu bersetubuh. Inilah ajaran mirip kartun Doraemon ajaran Iblis namun pengikutnya ramai sekali kerana minda mereka sudah jadi macam minda KARTUN. Inilah satu kejayaan Yahudi mengatur minda manusia melalui TV.
Apa yang saya tulis setakat ini adalah lebih merupakan intro atau pengenalan kepada apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini. Perkara yang ingin diketengahkan adalah berhubungkait dengan pemikiran kartun dikalangan umat Islam Di Malaysia.
Pada suatu hari seorang sahabat baik saya menemui saya minta saya menolong kes masalah abang kandungnya. Abang kandung ini saya namakan Baba adalah dahulunya seorang yang amat bertimbang rasa kepada ibu dan adek beradeknya. Baba berkahwin dan telah dianugerahkan beberapa anak. Bidang perniagaan yang diceburi Baba telah meningkat dan menjulang Baba dengan title puluhan jutawan. Harapkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, keluarga idaman Baba di lamun badai lalu bercerailah Baba dengan isterinya disebabkan orang ketiga.
Setelah bercerai Baba mengahwini seorang janda kematian suami yang juga merupakan jutawan hasil peninggalan arwah suaminya. Sebaik-baik Baba mengahwini janda jutawan ini, Baba bertukar 180 darjah jadi pembengis dengan semua adek beradeknya. Sifat bertanggung jawab kepada adek beradek dahulu bertukar menjadi kaki gaduh. Harta sedikit warisan arwah ibu pun jadi pergaduhan. Kini walau pun Baba kaya raya, ia telah menjadi seorang yang tamak haloba. Maka sedihlah semua adek beradek Baba ini termasuklah sahabat saya ini.
Sahabat saya menceritakan kes abang kandung tersebut dengan harapan dapatlah kiranya saya melakukan sesuatu bagi membantu abang kandungnya Baba menjadi seorang manusia sebagaimana dahulu.
Dalam menjawab persoalan dan hajat yang diminta oleh sahabat saya ini marilah kita lihat ayat-ayat Al Quran berikut:
[2:7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan (tutup /seal) atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[6:110]
Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.
[6:113]
Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.
[10:74]
Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan (tutup/seal)  atas hati orang-orang yang melampaui batas.
[15:12]
(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
[30:58-59]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata: "Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu".
Demikianlah Allah meteraikan (tutup/seal)  hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).
[40:35]
"(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan (tutup/seal) atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"
Itulah antara ayat-ayat dalam Al Quran yang menerangkan bagaimana Allah menetapkan hati orang-orang yang melupakan Islam / Allah SWT supaya mereka (terus) melakukan kemungkaran / kejahatan yang mereka lakukan itu. Rujuk [6:113] dan ayat-ayat lain di atas. Kalau Allah sudah “SEAL” / materi / patri, siapalah saya atau mana-mana bomoh atau ustaz yang mampu untuk mengubah hati-hati yang tetap ingkar ini. Kalau saya atau mana-mana bomoh / ustaz dapat mengubah semula hati yang rosak maka saya atau mana-mana bomoh / ustaz adalah setaraf atau lebih hebat darai Allah SWT??? Allah memateri / seal manakala saya atau mana-mana bomoh / ustaz pula berupaya membuka pateri / seal tersebut?? Sebenarnya Ini hanya boleh berlaku dalam cerita kartun seperti Doraemon.
Selain dari dalil Al Quran yang diketengahkan di atas tadi yang menjelaskan bahawa mengubah hati manusia setelah Allah SWT mengunci / mematri /seal adalah satu kerja mustahil, berikut pula adalah dalil dari sunnah Rasulullah SWT;
1.    Dua orang anak perempuan Nabi Muhamad SAW iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalsum telah diperisterikan oleh dua orang anak-anak lelaki Abu Lahab bernama Atbah dan Utaibah. Apabila Nabi Muhamad SAW mula berdakwah mengajak manusia beriman dengan Allah SWT, kedua-dua puteri Nabi SAW ini telah menyahut seruan Nabi Muhamad SAW sedangkan suami-suami mereka tetap dengan agama nenek moyang mereka. Akibat dari situasi ini, maka berpisahlah / bercerai puteri-puteri Nabi SAW dengan suami-suami mereka iaitu anak-anak Abu Lahab. Seandainya mengubah hati manusia ini adalah kerja mudah sekadar minum air bacaan Yaasin atau minum air Musoffa atau minum Air Asy-Syifa’ TOK GURU, PASTINYA Nabi Muhamad SAW telah melakukannya untuk di minum oleh kedua-kedua menantunya iaitu anak-anak Abu Lahab.
2.    Abu Talib bin Abdul Mutalib adalah bapa saudara Nabi Muhamad SAW. Beliau adalah adek beradek kepada bapa Nabi SAW iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib. Beliau banyak sekali menyumbangkan jasa terhadap keselamatan Nabi SAW serta perkembangan Islam di Mekah sebelum hijrah ke Madinah. Namun malang sekali Abu Talib telah mati sebagai Kafir Musyrik.
Al-Bukhaari (3884) meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyeru bapa saudara sebelah ayahnya Abu Talib kepada Islam ketika dia uzur, dan Nabi SAW bersabda: “Saya akan berdoa untuk keampunan (Abu Talib) jika saya tidak diharamkan untuk melakukannya.” Kemudian ayat-ayat berikut telah diwahyukan (terjemahan maksudnya):
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”  [al-Tawbah 9:113]
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” [al-Qasas 28:56]
Begitulah walau pun Abu Talib amat rapat dan mengasihi Nabi Muhamad SAW dan sebaliknya Nabi Muhamad SAW juga amat menyayangi Abu Talib namun Nabi SAW tidak dapat berbuat apa-apa untuk memasukkan Abu Talib ke dalam Islam. Mengubah hati dan tabiaat bukan kerja Nabi Muhamad SAW. Baginda sekadar menyampaikan.
Seandainya kerja minum air jampi seperti air Yaasin, air Musoffa serta Air Asy-Syifa’ TOK GURU adalah diamalkan dalam Islam, PASTINYA Nabi Muhamad SAW telah mengambil air Zamzam lalu membacakan jampinya atau menuliskan berbagai ayat Al Quran di pinggan putih untuk dileburkan dengan air Zamzam. Apabila diminum air jampi ini oleh Abu Talib dan kedua-dua menantu Nabi SAW iaitu anak-anak Abu Lahab (Atbah dan Utaibah), teranglah hati mereka (bagaikan disuluh dengan mentol 100watt) lalu mereka memeluk Islam????????????????
Inilah pemikiran bagaikan kartun yang amat kronik di Malaysia. Islam tidak pernah mengajarkan air berjampi atau pun melebur tulisan Al Quran dengan air Zafaran atau air Zam zam. Ajaran dalam Islam telah sempurna dan segala yang perlu untuk manusia di dunia dan akhirat telah pun Nabi SAW sampaikan.
Seandainya Nabi memang terbukti ada menggunakan air jampi dan terlebih baik lagi menggunakan air Zam-zam, pastinya para sahabat telah mengamalkannya. Dan sekiranya Air jampi atau air leburan Al Quran ini adalah memang sebahagian ajaran Islam dan terbukti kesannya, maka tidak adalah lagi orang jahat termasuk George Bush kerana HANYA dengan memberi mereka minum air Musoffa atau Air Asy-Syifa’ TOK GURU, mereka semua akan insaf dan masuk Islam. Mungkin saya pula akan menempah air Musoffa dan Air Asy-Syifa’ TOK GURU sebanyak satu lori tangki untuk diagihkan ke setiap tangki bekalan air setiap daerah di Malaysia. Maka dengannya semua penduduk Malaysia menjadi baik dan masuk Islam????????????
Dalam Islam yang menurut amalan Nabi Muhamad SAW, para sahabat dan tabien sebenarnya tidak ada istilah air jampi, air/tangkal pelembut hati, amalan pelaris, amalan pendinding, amalan pengasih, pembenci, penghalau syaitan, ubat saka dan segala sesuatu yang sewaktu dengannya.  
Bayangkan kalau seseorang umpamanya si Ahmad sejak kecil sampai remaja hingga berusia 50 tahun tidak menjaga solatnya, tauhidnya rosak habis, maksiatnya fulamak hebat sekali, semua wanita dianggap halal baginya, arak umpama teh, Allah pun sudah melaksanakan sebagaimana ayat [6:113] di atas, bagaimana mungkin manusia yang lemah dari kalangan apa saja termasuk ustaz atau bomoh menukarkan perlaksanaan yang telah ditetapkan oleh Allah???
Allah tidak akan mengubah nasib manusia melainkan manusia itu sendiri ingin mengubah nasibnya. Apabila seseorang banyak melakukan pelbagai maksiat termasuk mengamalkan perkara-perkara syirik semenjak muda namun disebalik perbuatan terkutuk tersebut beliau tetap berdoa bersungguh-sungguh semoga satu hari beliau akan bertaubat, insya-Allah orang seperti ini akan diberikan pertolongan dari Allah SWT dan ini dapat mengelakkan hatinya di patri / seal oleh Allah dan terus mengerjakan perkara mungkar.
Baru-baru ini seorang wanita yang mempunyai suami mengunjungi saya untuk menolongnya mengubahkan hati suaminya yang amat banyak bermasalah. Suaminya pernah bertatoo, jarang sekali solat, kaki betina, kahwin cerai lebih 10 kali, tidak memberi nafkah batin kepada isteri, tidak memberikan nafkah zahir yang mencukupi, tidak minat dengan agama, berbagai kejahatan lain dan berusia di sekitar 50 tahun. Wania ini pernah mengunjungi bomoh-bomoh sehingga ke Melaka untuk berusaha mengubah hati dan tabiaat buruk suaminya namun masih belum berjaya. Kini giliran wanita ini meminta pertolongan dari saya pula.
Maka saya ceritakan bahawa seorang yang sudah Allah berikan umur sehingga sekiar 50 tahun namun masih tetap ingkar kepada Allah, adalah amat susah untuk sesiapa pun untuk mengubahnya. Kemungkinan besarnya Allah telah melaksanakan semua ayat-ayat Al Quran di atas termasuk [6:113]. Saya sekadar memberikan tip untuk si isteri ini untuk melepaskan dirinya dari kemelut yang dahsyat ini iaitu dengan cara “KEMBALI KEPADA ALLAH SWT DENGAN BELAJAR AGAMA TERUTAMA SEKALI SOAL TAUHID DI RUMAH SAYA  yang memerlukan wanita ini untuk datang banyak kali lagi bagi pelajaran tersebut”. Saya amat kasihan mendengar aduan dari si isteri ini tentang azab Allah SWT yang diberikan kepada keluarganya namun inilah hakikat yang pasti dilalui apabila si suami lupa Allah manakala si isteri rajin solat tetapi rajin juga berurusan dengan bomoh untuk mencari jalan pintas merubah suaminya menjadi kononnya orang beriman.
SESUNGGUHNYA TIDAK ADA JALAN PINTAS KE SYURGA TETAPI SENTIASA ADA JALAN PINTAS UNTUK KE NERAKA. Nak membeli tiket ke syurga mahal harganya. Seseorang amat wajib belajar, berilmu dan beramal dimana proses ini memakan masa yang agak panjang.
Sesungguhnya bomoh dan setengah “ustaz” memang ada menyediakan jalan pintas untuk mencapai hajat tetapi hakikatnya ialah jalan yang ditunjukkan mereka ini adalah jalan untuk kesengsaraan di dunia dan akhirat.
Berpijaklah ke bumi nyata kerana kita bukanlah satu watak dalam cerita kartun DORAEMON. Nabi Muhamad SAW dan para sahabat telah menyampaikan ilmu untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Namun semua ini perlu ditempuhi dengan istiqomah yang kuat, tabah dan sabar. Dalam sirah Nabi Muhamad SAW tidak ada satu pun kaedah kartun yang digunakan untuk merawat permasalahan manusia mahu pun dalam mengembangkan agama Islam. Semuanya ditempuhi secara nyata. Apabila perlu mempertahankan dengan perang maka peranglah yang dilalui. Ramai para sahabat yang gugur syahid bukannya kebal atau menggunakan pedang sakti sebagaimana idaman peminat siri kartun Power Ranger dsbnya. Ada kalanya Nabi dan sahabat kalah perang. Ada kalanya para sahabat dibunuh secara tipu helah dan Nabi sendiri tidak ada ilmu ghaib untuk mengelakkan Nabi SAW dari kena tipu.
Kalau kita tidak mahu hati kita dan hati seseorang dipatri oleh Allah dan terus menerus mengerjakan kemungkaran sebagaimana  ayat Al Quran di atas,  dekatilah Allah SWT sejak muda bukan menunggu tua baru ingin bertaubat. Berdoalah agar Allah memasukkan kita semua ke syurga. Bersungguh-sungguhlah beramal untuk mencari redha Allah. Masuk syurga memang mahal namun masuk neraka adalah percuma!!!!
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay

12 comments:

  1. salam ustaz..
    sya dh add ustaz dalam ym...
    bila boleh agaknya ustaz on ym ye?

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah hari ini 18 Jan selepas 12.

    Saya sudah berikan PM no tel saya kepada sdr. Boleh sms untuk tetapkan waktu YM

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Benarkah kata-kata si penulis ini? kata-kata ia seolah-olah menyekat perkembangan perubatan islam. ingat, islam tidak mengharamkan perubahan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak yakni al-quran dan sunnah. Apakah menggunakan air jampi dengan membaca Al-quran dan doa secara nyatakan akan menyembuhkan penyakit 100 peratus. kalau begitu, tak perlu lah ada hospital, tak perlu wujudkan universiti untuk kedoktoran, tak perlu ada injection perubatan, pil dan sebagainya..Tapi kenapa ia tidak berlaku.kerana nak menunjukkan Allah itu maha Besar,Allah itu Maha Kuasa dan Allah itu Maha penyembuh. Segalanya Berpaksi kepada konsep tauhid. manusia hanya perlu berusaha tapi yang menyembuhkannya adalah Allah. namun, landasan akidah dalam perubatan hendaklah dijaga. inilah yang dituntut oleh agama.

    Mungkin saya dangkal dalam agama, tapi penulisan ini seolah-olah membawa gambaran kita tidak perlu berada dalam dunia maju kerana dunia maju tiada pada zaman Rasulullah. Kereta tiada, kilang tiada, jadi sekiranya kita menaiki kereta kita tidak ikut sunnah Rauslullah sebab Rasulullah naik unta dan sebagainya..kalau inilah yang dimaksudkan saya merasakan pemikiran ini dangkal dan lari dari al-quran dan sunnah yang kaya dengan ilmu tak kira zaman berubah sekalipun..

    Kalu zaman Rasullullah menggunakan unta..ia memberi pengertian bahawa itu adalah kenderaan pada zaman itu..apabila konsep kenderaan..apakah salah kita menggunakan kereta sebagai kenderaan untuk zaman sekrang dengan percabanan ilmu yang diterbitkan dari Al-quran.. begitu dengan air jampi dari doa dan bacaan al-quran.. tak silap saya ada hadis mengatakan bahawa nabi ada menggunakan air dan memohon kepada Allah terhadap orang yang sakit. (kalau salah saya minta maaf dan sila perbetulkan). konsepnya sama, asasnya sama, cuma yang bezanya ia dibotolkan, mungkin ada perwarna dan sebagainya..

    pada saya, kita jangan terlalu jumud dalam hal ini, konsep ilmu itu luas dengan membawa erti bahawa Allah itu Maha Penyembuh, luas IlmuNYA. sekian..

    ReplyDelete
  4. salam ustadz saya ingin minta pendapat ustadz mengenai kumpulan al arqam yg telah di haramkan oleh pusat islam.Apa kah ajaran sesat yg telah di sebarkan kumpulan mereka itu.Terima kaseh.Wasallam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Berdasarkan amalan yang dilakukan dahulu, Al Arqam dahulu adalah sesat menyesatkan. Arqam sekarang tak tahulah.

    Sekiranya zikir mengandungi tawassul, ia sudah sesat. Kalau nak tahu kesesatan mereka dengan jelas, boleh beli buku kesesatan aurad Muhammadiah. Saya ada buku ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. sedih jugak aku baca blog ni, saudara emjayjb ni pemikiran dia macam manusia zaman purbakala, tak pernah tengok api, bila nampak api dikatanya setan. He he he......

    ReplyDelete
  7. Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi maha Penyayang

    Assalamualaikum

    Saudara Emjay. saya ingin bertanya satu soalan iaitu semasa saudara solat, adakah saudara atau guru yang mengajar saudara khusuk semasa mengerjakan rukun islam yang kedua ini. Atau saudara buat-buat khusuk atau solat ikut-ikut orang solat atau nak tunjuk kat orang yang kita solat.
    Jawapan dari saudara saya nantikan.......

    Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  8. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  9. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  10. bagaimana nak zikir secara betul emejy ? cara islam ..

    ReplyDelete
  11. aurad muhammadiah laayg sesat bukan tasawuf ..itu adalah tarekat yg direka utk memburukan trekat ...ada tarekat yg benar dan muktabar

    ReplyDelete