Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 15 January 2010

Persoalan di mana Allah SWT?

Assalamualaikum wbh semua saudara seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis serta pengikutnya.

Semakin banyak saya melayari internet, semakin banyak saya temui pengikut serta penyokong tarekat. Kalau di Laman Emjay mereka ini adalah antara penentang utama kepada sebahagian artikel-artikel saya dalam bab yang melibatkan ilmu tauhid. Pandangan mereka selalu sahaja 180 darjah berbanding pandangan saya dalam satu-satu isu. 

Kalau di Laman TKO, cukup ramai sekali golongan mereka ini (pengikut dan penyokong tarekat). Golongan mereka ini walau pun terdapat banyak aliran namun secara umumnya mereka sama pandangan dalam isu-isu berikut iaitu :
  1. Allah berada dimana-mana
  2. Allah boleh bersebati dengan mereka - konsep dalam aku ada Dia dan dalam Dia ada aku.
  3. Mengamalkan / bersetuju dengan konsep .... hakikat makrifat
  4. Boleh bertawassul dengan guru-guru murshid mereka yang telah mati dan tidak ketinggalan juga boleh bertawasul dengan Nabi Muhamad SAW.
  5. Konsep Nur Muhamad
  6. Kasyaf bagi guru-guru murshid mereka.
  7. dsbnya.
Mereka ini memang amat menyokong fahaman Allah SWT berada dimana-mana termasuk dalam tahi, lubang najis, lubang kemaluan mereka, babi, anjing dsbnya. Mereka akan memperjuangkan konsep ini bersungguh-sungguh maklumlah apabila mereka sudah sampai ke tahap hakikat makrifat, Allah SWT menurut fahaman mereka akan bersebati dengan mereka dan dengan itu dalam dirinya ada Allah dan dalam Allah ada diri mereka.

Berikut saya terlebih dahulu menyenaraikan terjemahan ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan bahawa Allah mempunyai arash dan Allah bersemayam di atasnya.


[7:54]
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. 

[10:3]
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya? 

[13:2]
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). 



[20:5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[25:59]
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya. 

[32:4]
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? 

[40:7]
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. 

[57:4]
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 

[69:17]
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

Berikut pula adalah hadis menunjukkan Allah turun dari arasynya:
Allah ta'ala turun ke langit dunia ketika sepertiga malam yang pertama telah berlalu. Dia berkata Akulah raja, Akulah raja, siapa yang berdo'a kepada-Ku Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku Aku beri, siapa yang meminta ampun Aku ampuni. Dia terus berkata demikian sampai sinar fajar merekah.(HR.Muslim)

Untuk syarah hadis ini, silalah lawati https://muslimah.or.id/2720-syarah-hadits-nuzul-turunnya-allah-ke-langit-dunia.html


Pada tahun 2008 Januari 21, saya ada menulis artikel bertajuk "Persoalan Allah melihat, mendengar dan bersemayam di Arash! yang" boleh diakses di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/01/persoalan-allah-melihat-mendengar-dan.html

Kini saya memaparkan hujah ilmiah yang lebih mantap melalui paparan kuliah video oleh ustadz Rasul Dahri. Lihat dan dengarilah video ini serta fahamilah apa yang disampaikan olehnya.

Untuk tatapan yang lebih laju, pembaca bolehlah "mouse over" ke bucu kanan bawah video tersebut dan sila klik pada paparan You Tube yang keluar. Pembaca akan menonton video tersebut terus dari youtube.



















Emjay


52 comments:

  1. Group Di Facebook Yang Membahayakan

    Dimasukkan oleh IbnuNafis

    Assalamu’alaikum,
    Setelah berkecimpung di dalam arena Facebook yang serba meluas tanpa ada kawalan (sebagaimana juga laman-laman blog/web) yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. Didapati terdapat juga group fans yang dalam diam/halus membawa fahaman Wahhabi tetapi dengan motto yang pastinya memikat siapa sahaja. Seperti groupfans ini :
    1. ♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas!
    2. AHLI SUNNAH
    3. SUNNAH
    Apa yang menarik, artikel-artikel yang bercorak percintaan amat menarik perhatian remaja akan disajikan. Dan biasanya secara perlahan-lahan akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ulamak wahhabi yang terlibat dalam menghukum sesat dan kafir kepada Umat Islam. Terdapat beberapa ahli yang telah di’ban’ hanya kerana menegur admin di Group Fans ini kerana menjelaskan dan membongkar kegiatan mereka.
    Sebagai contoh :
    Group Fans yang pertama iaitu :♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas! telah memberikan link group ini ke laman web RASUL DAHRI.
    Rasul Dahri telah menulis satu buku di dalam kandungan bukunya mengandungi isi yang mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang mengikut Asya’iroh.
    Buktinya :

    Antara isinya (sila klik untuk besarkan imej) :

    Dalam tulisan yang digariskan merah menyebutkan :

    Termasuk dalam kategori ini (bid’ah i’tikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal – Jama’ah [tidak tahulah ulamak mana yang beliau sandarkan hukuman ini] yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asya’ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka ini adalah golongan yang bid’ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.

    Adakah ini salah satu cara terbaharu untuk membawa fahaman Rasul Dahri yang menghukum kafir kepada Asya’iroh ? Juga membawa fahaman wahhabi ekstrim yang lain ?
    Peringatan : Berhati-hatilah dalam memilih group fans di Facebook. Tidak mahulah suatu hari nanti sesama sendiri, keluarga, saudara, kawan-kawan menghukum bid’ah sesat/ahli neraka/kafir. Na’uzubiLlahi min zalik.
    Bacaan Tambahan :

    1. Hukum Menuduh Musyrik, Kafir Ke Atas Umat Islam Tanpa Hak
    2. Hukum Mengkafirkan Golongan Al Asya’irah
    3. Ahlu Sunnah Wal Jama’ah As Sya’irah Dan Penyaksian Para Ulamak Umat Dan Dalil-dalil Mereka
    4. Saranan Dr Yusuf Al Qardhawi Agar Aqidah Al Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia
    http://jomfaham.blogspot.com/2010/05/group-di-facebook-yang-membahayakan.html

    ReplyDelete
  2. Bagaimana kita nak tahu Allah ni Tuhan yang sebenar, bukannya makhluk lain yang menyamar sebagai Tuhan?

    ReplyDelete
  3. salam,

    kenapakah wujudnya persoalan DIMANA ALLAH SWT?
    apakah allah suruh kita bergaduh tentang lokasinya?
    jika allah tempatnya di arasy, adakah allah lebih kecil saiznya drpd arasy?
    apa dan siapa yang dapat mengesahkan pendapat yang benar tentang isu ini?

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam pada semua,

    saya sebenarnya cari perkara lain tapi lain pulak yang saya jumpa. Langsung dah jumpa, saya nak tanya satu persoalan yang bermain-main diminda saya. Soalannya :

    "Perlukah kita mengenal ALLAH S.W.T?" Kalau YA... KENAPA?"

    Sambungan kepada tajuk utama "DIMANA ALLAH S.W.T?"... saya nak bertanya MACAM MANA KITA NAK TAHU ALLAH DIMANA SEDANGKAN KITA TAK KENAL ALLAH ITU SENDIRI.

    Seumpama... saya menjemput anda datang kerumah saya. BOLEHKAH ANDA SAMPAI KERUMAH SAYA SEDANGKAN ANDA TAK KENAL SIAPA SAYA DAN DIMANA SAYA TINGGAL.

    Sekian... tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  5. Apa yang Allah suruh ialah fahami Al Quran dan terima sajalah keterangan berkaitannya sebagaimana dijelaskan Allah SWT dalam Al Quran. Jangan diubah. Hanya orang yang melawan Al Quran akan mengatakan Allah SWT berada dalam najis, dalam bangkai dan dalam diri mereka!!

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Kenalilah Allah SWT sebagaiamana diajarkan dalam Al Quran dan Hadis.

    Untuk mengetahui dimana Allah SWT berada, bagi mereka yang membaca Al Quran dalam erti sebenar iaitu dengan membaca, memahaminya dan beramal maka persoalan ini tidak akan timbul kerana Allah SWT sendiri sudah menjelaskan perkara ini sebagaimana dalam Al Quran.

    Orang yang tidak membaca Al Quran dengan memahaminya dan beramal dengannya apatah lagi tidak belajar ilmu Al Quran dan tidak pula belajar Al hadis, jadilah mereka macam sibuta dengan gajah. Kelak mereka berkata gajah tu macam batang kelapa, gajah macam kipas, gajah macam tali dan sebagainya.

    Bagi mereka yang belajar kenal Allah SWT dari orang tarekat, lagilah hanyut bagai hanyaut dilautan pasifik.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. salam,

    mustahil ada sumber rujukan selain al quran dan hadis yang mampu menjelaskan tentang allah.

    sdr emjay, adakah kemungkinan kebenaran didalam al quran boleh terpesong akibat drpd salah faham dari kita? bagaimanakah kita boleh membatasi atau mengatasi kelemahan itu?

    terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Benar sungguh kata sdr iaitu "mustahil ada sumber rujukan selain al quran dan hadis yang mampu menjelaskan tentang allah. "

    Hanya orang yang suka melawan Allah melalui apa yang disampaikan dari Al Quran dan Hadis akan Allah pesongkan apabila mereka membaca Al Quran. Baca dan fahamilah ayat Al Quran berikut: Al Quran surah Al-A’raaf:146:

    Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu; dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

    Berdoalah agar Allah tidak memasukkan kita sebagai salah seorang dari orang yang dimaksudkan di dalam ayat Al Quran tersebut.

    Sekiranya kita adalah terdiri daripada manusia yang 100% redha terhadap segala ketetapan Allah dan tidak pernah melawan Al Quran dan Hadis, berdoa kepada Allah minta Allah tunjukkan jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai, insyaAllah dengan membaca Al Quran dan hadis, bertambah pula keimanan.

    Memanglah begitu dan di dalam Al Quran Allah jadikan ayat-ayat mahkamat dan ayat mutasyabihat. Bagi orang yang suka melawan Allah, lagi baca Al Quran lagi bertambah kesesatan mereka. Jadilah golongan seperti ini mengatakan bahawa Allah ada dimana-mana termasuk di kemaluan mereka, tahi mereka dan burit mereka. Mahasuci Allah SWT dari segala sifat yang buruk!!

    Allah bersemayam di arashNya sesuai dengan segala sifat kebesaranNya.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. saya rasa ramai yang mengenal salah seorang wali Allah iaitu Sheikh Abdul Qadir Jailani. saya minta en. emjay cari salah satu perenggan didalam kisah/riwayat beliau berkenaan kebolehan beliau untuk mentafsirkan ayat-ayat dari Al-Quran. Salah satu anugerah Allah S.W.T kepada beliau. Ayat-ayat Al-Quran itu boleh beliau tafsirkan lebih dari satu tafsiran (lebih tepat lagi beliau memberi 40 tafsiran terhadap satu ayat Al-Quran) . APAKAH IMPLIKASI ini? pada saya, ayat-ayat Al-Quran itu mengandungi lebih dari satu tafsiran.

    Sebelum manusia pertama dicipta oleh Allah, syurga telah sedia ada dan pada pintu masuk syurga itu ada gerbang dan pada gerbang itu tertulis satu khalimah. APAKAH KHALIMAH ITU? APAKAH IMPLIKASINYA PADA MANUSIA YANG PERTAMA SEHINGGA MANUSIA PADA ZAMAN INI? APAKAH MAKSUD/ERTI KHALIMAH INI?

    pada zaman Rasullullah S.A.W, Baginda menyampaikan ajaran Islam itu dalam dua (2) cara iaitu
    PERTAMA: secara terbuka dimana orang ramai boleh menghadirinya
    KEDUA: secara tertutup. hanya mereka yang terpilih sahaja yang menghadirinya.

    KENAPAKAH SEDEMIKIAN RUPA BAGINDA MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM ITU?

    pada saya, tidak semua yang mampu menanggung/menerima kandungan-kandungan ajaran Islam itu sendiri. apabila manusia tidak dapat menerima kandungan-kandungan yang sangat berat itu maka manusia lazimnya akan berfikiran/bertindak secara negatif. ini akan mengundang tomahan yang pada pendapat saya senario yang ingin dielakkan.

    Al-Quran itu adalah kitab yang selengkap-lengkapnya yang mengandungi segala-gala penjelasan, ilmu dan sebagainya dan ianya dianugerahkan kepada Baginda. Al-Quran itu adalah panduan dari Allah dimana ianya mengatasi (superceed) naskah-naskah kitab yang dianugerahkan kepada para nabi yang terdahulu. kitab-kitab yang terdahulu itu juga adalah anugerah dari Allah S.W.T yang menjadi panduan kepada manusia sezaman dengannya. APAKAH YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI KESEMUA KITAB ALLAH INI?

    sekadar untuk renungan....

    Sekian... tq

    ReplyDelete
  10. Allah tidak memerlukan tempat,bahkan tempat itulah yang memerlukan Allah,Segala galanya memerlukan Allah..Pahami sahaja yang Allah tidak bergantung kepada tempat,hanya makhluk yang bergantung kepada Allah..yg dikenal sebagai tempat itu adalah ciptaan Allah kerana Allah menciptakan segala galanya,,Maka segala galanya la yang memerlukan Allah..

    ReplyDelete
  11. Allah tidak memerlukan tempat, bahkan tempat lah yang memerlukan Allah kerana tempat itu ciptaan Allah,,segala galanya memerlukan Allah..Jadi pahami saje begitu..

    ReplyDelete
  12. Pada persepsi manusia najis adalah kotor, tapi dari segi sains najis hanyalah jirim-jirim yang bergabung membentuk toksik kepada manusia, tetapi baja kepada pokok.

    ReplyDelete
  13. Ustaz emjay tu masih lemah ilmunya..moga Allah memberi hidayah kepadanya

    ReplyDelete
  14. Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi maha Penyayang

    Assalamualaikum

    Saudara Emjay. saya ingin bertanya satu soalan iaitu semasa saudara solat, adakah saudara atau guru yang mengajar saudara khusuk semasa mengerjakan rukun islam yang kedua ini. Atau saudara buat-buat khusuk atau solat ikut-ikut orang solat atau nak tunjuk kat orang yang kita solat.
    Jawapan dari saudara saya nantikan.......

    Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  15. Salam, maaf jika tersalah kata. Bkn MJ saja yg lemah ilmunya, tapi sedarilah bahawa kita semua pun begitu jua. Brg sesiapa yg mengatakan ilmunya hebat segeralah beristighfar. Tak de benda pun dlm dunia ni milik kita, semuanya pinjaman belaka..

    ReplyDelete
  16. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  17. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  18. ulama salaf dan khalaf berbeza pandangan soal di mana Allah...dua2 pndangn adalah betul..mrk menafsirkannya berdasarkan ijtihad mereka...tak perlu diperpanjangkan soal ini..ini soal akidah...nk belajar berguru dgn mereka yang soheh ilmunya...rupanya guru emjay ni Rasul Dahari...bahaya ni...Rasul Dahari ni menghina ikhwanul muslimin..termasuk Dr Yusuf al Qardhawi...sbb itu Rasul Dahari ni xdibenarkan berkuliah secara terbuka...kuliahnya adalah tertutup dan disebarkan melalui cd dan di youtube sahaja...ada juga buku2 Rasul Dahari ni diharamkan beberapa jabatan agama negeri kerena menyeleweng dpd ajaran Islam...

    ReplyDelete
  19. Wahai sdr jihadakbar83,

    Kalau membaca Al Quran masih tak boleh faham, belilah kitab tafsir Al Quran seperti tulisan Ibnu Katsir. Baca dan fahamilah. Ibnu Katsir pun tidak berani nak beri pandangan atau pendapat berkaitan isu ini. Kalau sudah katakan bahawa Allah bersemayam di atas arasy, terima sajalah tanpa cuba menjelaskan lebih lanjut. Bahasanya mudah. Jangan nak berdalih-dalih macam orang tareqat. Orang tareqat memang mati hidup balik pun akan mengatakan bahawa Allah berada dimana-mana termasuk dalam tahi, dalam babi, dalam anjing, dalam kemaluan dan paling penting Allah dalam diri sebahagian mereka setelah bersatu.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Air laut suci lagi menyucikan tak?
    Jawab=suci
    Jika Tahi di masuk dalam Air laut Apakah Air laut masih suci.
    Jawab=Air laut tetap suci.
    Kenapa?

    ReplyDelete
  21. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang-telah-diperakui-haram-0

    aik takkan padam benda yang fakta?
    jika rasa benar, kenapa nak padam.. fatwa dah keluar. kenapa takut dengan fatwa ni..sembunyi dalam terang?

    ReplyDelete
  22. Kepada milah123, cuba beritahu saya apa yang tak betul dengan perkara yang disampaikan oleh Rasul Dahri di atas??

    Saya nak soal milah123, kalau menurut sdr, Allah SWT dimana?? mari beritahu saya??

    Emjay

    ReplyDelete
  23. AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN JAKIM & latihan tauhid

    Kalau dlm pos awak guna pakai fatwa jakim..tapi bila jakim keluar fatwa haram pada imam besar salafy ni..awak tak guna pakai pulak..hehe..

    Bg je la orang baca fatwa tu..kenapa nak buang pulak..tak telus dalam penulisan mcm ni la..fatwa da keluar itu fact..kalau rasa benar kenapa takut pada fakta?

    ReplyDelete
  24. saudara emjayb sy akui wahdatul wujud itu salah kerana org tasauf sendiri menolak wahdatulwujud ...
    ...wahdatulwujud itu menyatu diri dgn tuhan tetapi ahli tasawuf x berfahaman bergitu dan hanya berzikir utk mengeluarkan nafsu amarah dlm hati
    sunan wali sembilan contohnya mengeluar dan memulau sheikh sidir jenal kerana beliau mengamalkan wahdatul wujud ..krn org tasawuf tidak menerima wahdatul wujud . jgn anda salah sangka ..saudara emjayb

    ReplyDelete
  25. maaf kalau tulisan saya ini salah fahaman & akidahnya tetapi Persoalan dimana Allah kalau mengikut pegangan Ahli SWJ tidak silap saya adalah..Allah wujud tidak bertempat.atau wujudnya Allah itu tidak bertempat..tidak dimana2..sbb kita tidak boleh samakan Allah Azza Wajalla dengan makhluk yang berjisim...Allah bersemayam (istawa) di atas arasy tidak sama dengan raja yg duduk di atas singahsana..macamana Allah Yang Maha Besar kena membina arasy utk diriNya bersemayam?..peristiwa Israk Mikraj di atas langit yg ke7,cuma tempat Nabi Muhammad menerima wahyu & bertemu Allah..wallahua'lam

    ReplyDelete
  26. ini adalah antara hadis tentang tasawuf
    Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf
    maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia
    kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara
    keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”

    adakah anda mahu perkataan tasawuf dlm isalam itu baca sendiri dan rujuk laa kitab hadis jika anda membaca kitab hadis

    ReplyDelete
  27. Demikian dibawah ini teks terjemahan nas Imam Abu Hanifah dalam hal tersebut ( Rujuk kitab wasiat yang ditulis imam hanifah, sepertimana yang telah di scandiatas, baca yang di line merah) :

    “ Berkata Imam Abu Hanifah: Dan kami ( ulama Islam ) mengakui bahawa Allah ta’al ber istawa atas Arasy tanpa Dia memerlukan kepada Arasy dan Dia tidak bertetap di atas Arasy, Dialah menjaga Arasy dan selain Arasy tanpa memerlukan Arasy, sekiranya dikatakan Allah memerlukan kepada yang lain sudah pasti Dia tidak mampu mencipta Allah ini dan tidak mampu mentadbirnya sepeti jua makhluk-makhluk, kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum diciptaArasy dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”. Tamat terjemahan daripada kenyatan Imam Abu Hanifah dari kitab Wasiat beliau.

    Amat jelas di atas bahawa akidah ulama Salaf sebenarnya yang telah dinyatakan oleh Imam Abu Hanifah adalah menafikan sifat bersemayam(duduk) Allah di atas Arasy.
    kalaulah Allah memerlukan sifat duduk dan bertempat maka sebelum diciptakan semua makhluq (sebelum diciptakan tempat, arah, arsy, langit dan smua makhluq = zaman azali) dimanakah Dia? Maha suci Allah dari yang demikian”

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbh

    Panduan yang wajib kita semua ikuti adalah Al Quran dan As Sunnah. Bila Al Quran menyatakan [7:54]
    Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; ----------- maka wajiblah kita beriman dengannya. Bacalah tafsirannya yang ditulis oleh Ibnu Katseer. Allah berada di arashNya, usahlah dipertikaikan. Mempertikaikannya merosak akidah.


    Emjay

    ReplyDelete
  29. asalamualaikum tuan emjayb
    ini adalah hujah imam hanafiah dgn yahudi si dahri

    "Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

    "Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

    "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

    "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

    "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

    "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

    "Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

    "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

    Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

    Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
    "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
    "Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

    ReplyDelete
  30. Ini penjelasan ringkas Ustaz Azhar idrus ttg persoalan dimana Allah AzzaWajalla http://www.youtube.com/watch?v=XEOHoJS99sI
    saya tidak menolak bahawa Allah istawa atau bersemayam di atas Arasy dan Arasy itu di mana? ianya di langitkah? Apakah maksud sebenar
    [20:5]
    Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

    [25:59]
    Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

    Adakah ayat ini bermaksud selesai penciptaan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa lalu Allah bersemayam di atas Arasy, kalau begitu sebelum penciptaan2 itu berlaku..dimana Allah berada?
    Bagaimana dengan ayat ini..Surah Al Hadid Ayat 4
    هو الذي خلق السماوات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش يعلم ما يلج في الأرض وما يخرج منها وما ينزل من السماء وما يعرج فيها وهو معكم أين ما كنتم والله بما تعملون بصير

    yang bermaksud : 4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan..
    .dinyatakan Allah tetap bersama-sama kamu dimana sahaja kamu berada dan melihat apa yang kamu kerjakan..bagaimana pula? adakah Allah wujud tidak bertempat salah akidahnya? ..semoga Allah menetapkan akidah saya dengan ilmu tauhid yang benar..Wallahuaqlam

    ReplyDelete
  31. Arasy di atas air? http://amanah2u.com/?p=1727 ia menyatakan Arasy berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib. Wallahuaqlam.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wbh

    Allah SWT berfirman dalam Al Quran surah Hud [7]
    Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air ...

    Terimalah sahaja bahawa Arasy berada di atas air, usah dipersoal. Samalah apabila Allah melihat, usahlah mempersoal bagaimana sifat Allah SWT melihat kerana ini hanya merosak akidah.

    Kalau menurut tafser Jalalain: dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari yang permulaannya adalah pada hari ahad dan berakhir pada hari Jumaat dan adalah arasynya sebelum diciptakan langit dan bumi di atas air iaitu berada atas angin....

    Kalau menurut tafser Ibnu Katsir lagi panjang tetapi tidak bercanggah pun siap dengan dalil hadis lagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  33. Arasy di atas air? maksudnya arasy di atas air yg mana? itu persoalannya ..bukan mempersoal kebenaran ayat tersebut..kerana apa yang terkandung dalam Al Quran ada pembuktiannya dengan keizinan Allah...mana mungkin faham begitu saja maksud ayat itu..kalau mengatakan Allah tidak berada di Arasy tetapi bersemayam di Arasy adakah perkataan itu salah?
    http://www.youtube.com/watch?v=TfJHv7IXUhY&feature=related

    ReplyDelete
  34. salamualaikum tuan emjayb
    ini adalah hujah imam hanafiah dgn yahudi si dahri

    "Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

    "Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

    "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

    "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

    "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

    "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

    "Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

    "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

    Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

    Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
    "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
    "Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

    ReplyDelete
  35. kita dan semua janganlah bercakap mengenaii zat ALLAH dan berkenanan kitaa lama kelamaan pasti akan sesat

    ReplyDelete
  36. Payah-payah mencari bilah
    Bilah ada di dalam buluh
    Payah-payah mencari Allah
    Allah sangat dekat dengan tubuh

    ReplyDelete
  37. Kalau ingin tahu diparak ganting
    Lihatlah dari guguk pelana
    Kalau ingin tahu dilemaknya emping
    Kunyalah dahulu lama-lama
    Agar Tuhan dengan kita harus di upayakan dengan amal yang sungguh-sungguh, sehingga lebih dekat dengan urat leher kita sendiri,

    ReplyDelete
  38. Guruh petir menuba limbat
    Pandan serumpun di seberang
    Tujuh ratus carikan obat
    Badan bertemu maka senang

    Dendang dua dendang tiga
    Pecah periuk pembuat rendang
    Biar makan biar tidak
    Asal duduk berpandangan

    ReplyDelete
  39. kamu faham ajaran islam fahamanahlisunnah waljamah menetapkan ALLAH x bertempat dan ALLAH bukan seperti makhluk yang menkhendaki sesuatu ..seperti tempat .. itu saya dengar ceramah dr ustaz yang berfahaman ahli sunnah wajamah ...

    ReplyDelete
  40. benda ko merepek la bepantun la satu nasib.... setakat merepek mcm azhar idrus kt link bawah tu semua org pun blh.. hujah quran hadis pun x bwk, tau2 tuduh wahabi sesat. bodoh la azhar idrus tu. tgk rasul dahri bwk hujah mcm mana, guna quran hadis, kata2 sahabat, tabiin.. azhar idrus?? merepek ada la. tuduh org x tentu pasal. sama la mcm ko satu nasib.. TG nik aziz pn jelas ckp Allah bersemayam di Arasy..
    ni la kesesatan azhar idrus ni.. http://www.youtube.com/watch?v=TfJHv7IXUhY&feature=related

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbh

    satunasib adalah adalah orang kuat pengamal tarekat dan kalau tak silap tarekat naqsyabandiah. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Oleh kerana degil dan ingin terus berkempen untuk tarekat dia maka saya dah block satunasib.

    Ustaz Azhar ini pengamal / penyokong tareqat. Memang begitulah pegangannya. Agaknya dia tu baca Quran tetapi tak reti maknanya. Itu yang dia merapu tak habis-habis. Walhal dalam Al Quran tu jelas Allah SWT nyatakan:
    1. Terdapat malaikat-malaikat yang mengawal segala penjuru Arasy
    2. Terdapat malaikat-malaikat yang memikul Arasy
    3. Malaikat-malaikat yang memikul arasy ini sentiasa memohon keampunan bagi setiap orang yang bertaubat yang berjalan dijalan Allah. Malaikat-malaikat ini juga memohon doa agar orang-orang ini dijauhkan dari azab api neraka.
    4. Allah SWT bersemayam diatas Arasy ini.

    Semoga kita semua dimatikan Allah SWT dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya.

    Emjay

    ReplyDelete
  42. Assalammualaikum, saya setuju benar dengan Tuan emjay... jika sesuatu perkara itu telah tercatat di dlm Al-Quran, maka hendaklah kita menerimanya tanpa was2 kerana Al-Quran adalah kalamullah, bermakna Al-Quran adlah dr Allah, jd jika kita tidak dapat menerima Al-Quran. kita juga xdpt menerima perintah Allah... dan ketahuilah persoalan yang sia-sia itu hanyalah mainan syaitan supaya manusia itu tetap sesat dr jalan yg benar...

    pentingkah kita bertanya:
    "Allah di mana?"--------------> Al-Quran dah pun jawab soalan tu...boleh baca tafsir Al-Quran...
    tp bila dah terjawab soalan tu, bertanya pula manusia seorang ni
    "Arasy Allah di mana pula?" ----------> Al-Quran dah pun jawab soalan kedua ini,

    Allah SWT berfirman dalam Al Quran surah Hud [7]
    "Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air ..."

    dan bila dah terjawab soalan tu, keluar pula soalan lain:
    "Besar ke Arasy Allah tu?" dan "Allah lagi besar ke arasy lagi besar?" dan "Allah bersemayam macam mana?"
    kenapa tak tanya:
    "Arasy Allah tu warna ape? Hijau ke kuning ke pink ke?" atau "Arasy Allah tu ada GPS ke? Ada komputer tak?" mcm2 la lagi boleh tanya,

    tapi disini ingin saya tanyakan kpd semua pembaca penting sangat ke soalan2 tu semua? adkah dengan terjawabnya soalan2 tu semua membuat kan kita bertambah amal ibadat kita? adkah kita akan bertambah khusyuk di dalam ibadah? adakah membuatkan kita menjauhi larangan Allah?

    sedarilah wahai pembaca2 sekalian, sesungguhnya persoalan2 yang timbul itu hanya lah mainan dan godaan syaitan supaya kita lalai dan lupa kepada persoalan yang lebih utama sprt:
    1) cukup ke bekalan aku utk akhirat nanti?
    2)adkah sempurnna amalan aku selama ini?
    3)esok kalau aku mati, ape lah soalan yang akan ditanya malaikat, apa la yang aku nak jawab...
    4) di akhirat nanti, aku ni akan dimasukkan ke neraka ke, ke syurga?
    5)layakkah aku ke syurga?
    dan mcm2 lah lagi soalan yg lebih penting utk ditanya... pikir la sendiri...
    Wallahhualam....

    ReplyDelete
  43. Waalaikumussalam wbt

    Semoga Allah SWT mematikan sdr majurie88 dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  44. Doakan saya juga dimatikan dalam iman. Saya juga mengimani sebagaimana kefahaman saudara berdua.

    ReplyDelete
  45. Orang Islam boleh dibahagikan kepada tiga sebagaimana juga agama iaitu Islam, Iman, Ihsan @ Feqah, tauhid, tasauf @ syariat, haqiqat,ma'rifah. Gologan Ihsan ini adalah golongan ma'rifah yang mengenal Allah terdiri dari Anbiya dan Awliya. Golongan Iman ini adalah golongan yg ada hubungkait dgn golongan Ihsan tadi yakni sebagai murid. Mereka inilah yg digolongkan sebagai umat Muhammad yg amat sedikit jumlahnya. Golongan Islam pula adalah mereka yg menyembah terus Tuhan tanpa ada nasab ilmu aqidah dgn golongan Ihsan tadi, Mereka inilah golongan munafik yg sangat ramai jumlahnya dan juga dikenali sebagai umat Islam. Islamnya mereka ini kalau dahulunya melalui penaklukan para sahabat di jazirah Arab tetapi kemudian banyak melalui keturunan. Lahirlah dikalangan mereka ulama-ulama yg memegang kebanyakan tanpuk agama hingga kehari ni.
    Manusia adalah contoh bagi ketuhanan kerana itulah mnusia adalah sebaik-baik kejadian. Allah ciptakan manusia di atas bayangan Rahman. Kita ambil dua orang manusia dan satu benda (tahi pun takpa) dan kita masukkan kedalam kotak fikiran kita. Kita namakan dua orang tersebut sebagai si A dan si B dan benda itu sebagai tahi. Kita jadikan diri kita si A dan kita pukul si B. Apakah perbezaan diantara si A dan si B? Tidakkah si A itu kita tetapi si B bukan kita walaupun berada dalam kotak fikiran yg sama termasuklah tahi tadi. Kita adalah si A tapi adakah kita ada dalam si A, si B atau tahi tadi. Kalau kita sendiri tiada didalam benda yg ada dalam ilmu kita. apatah lagi Tuhan. Kita umpamakan si A, B dan tahi tadi ada di dalam ilmullah, Tuhan boleh sahaja menjadikan dirinya si A atau si B tapi takkan Tuhan nak jadi tahi kut. Kalau Tuhan menjadikan dirinya si A atau si B,adakah Tuhan ada di dalam si A atau si B.
    Wahdatulwujud adalh berkenaan dgn Tuhan dan bukan makhluk. Kita tidak disuruh mncari Tuhan kerana Tuhan memperkenalkan dirinya kepada hamba piliihannya yg terdiri dari Anbiya (wahyu) dan Awliya (ladunni). Mereka inilah si A tadi. Wajiblah si B, C dan seterusnya mencari mereka untuk dipegang sebagai buhul tali Allah. Mereka inilah maudhud bagi Al Quran. Quran bukan dipegang atas ayat atau maknanya yg hanya ada dalam Al Quran, tetapi atas maksudnya yg hanya ada pada si A kerana mereka mempunyai siddiq (benar)-amanah, tabligh, fatanah.
    Timbulnya tareqat selepas berlalunya sesuatu masa hanya kerana hendak mengembalikan kegemilangan nasab atau buhul tali Allah ini, namun golongan Islam keturunan sudah terlalu ramai dan menguasai segenap bidang agama sehinggakan apa sahaja yg diamalkan oleh golongan sedikit ini semuanya dianggap sesat.
    Hadis Nabi yg bermaksud: "Bila matinya seorang Nabi dikalangan bani Israil maka diganti dgn Nabi lain namun tiada Nabi sesudah aku namun aku tinggalkan ramai pengganti."
    Hadis yg lain:" Akan benar-benar ada 70 atau 700 ribu dikalangan umatku yg benar-benar akan masuk syurga. Yg awal tidak akan masuk sehingga yg akhir masuk. Mereka masuk dlm satu barisan dan wajah mereka bagai bulan purnama penuh." Kalau kita ambil jumlah ini dan dibahagi 1440 thn usia Baginda, nak dpt setahun sorang pun susah.
    Saya tidak menyalahkan ustaz Rasul atas pandangannya. Sebagian dari pandangannya adalah betul. Tetapi bukan semua pandanganya ada kebenaranya. Abu Hurairah pernah berkata: " Aku ada dua karung ilmu. Satu aku boleh buka untuk orang ramai dan yang satu lagi kalau aku buka maka halallah darah ku".

    ReplyDelete
  46. Allah jadikan 7 petala langit dan dihiasi langit yg terdekat dgn bintang-bintang. Hanya langit yg terdekat(langit pertama) sahaja yg boleh dinaiki seperti mana roket naik kebulan. Tidak bagi langit-langit lain kerna langit-langit lain adalah langit keyakinan. Langit-langit ini perlu di naiki dari satu tingkat keyakinan kesatu tingkat keyakinan. Dari ilmulyakin naik ke ainul yakin, naik ke haqqulyakin dan seterusnya kamalulyakin. Umpama sbuah kereta, bagi si ilmulyakin, dia tahu tentang kereta tersebut. Bagi si ainulyakin, dia pernah merasai pemanduannya. Bagi si haqqulyakin dia mahir dan boleh memperbaikinya krn mekanik kereta tersebut dan bagi kamalulyakin, dialah pereka kereta tersebut.
    Iman adalah kepercayaan dan kepercayaan berlandaskan keyakinan. Serendah-rendah keyakinan adalah ilmulyakin. Yakin dgn ilmu, bukan ilmu sendiri tetapi ilmu guru kita sebagaimana para sahabat percaya kpd Allah di atas keyakinan mereka terhadap apa yg disampaikan oleh Rasullallah saw. Ini berbeza dgn Rasulallah. Keyakinan Baginda berlandaskan penyaksiannya sendiri. Hanya Baginda yg naik dan menyaksikan. Orang-orang beriman hanya bergantung di atas penyaksian baginda.
    Sudahkah guru yg kita yakini itu mencapai tahap kamalulyakin untuk dijadikan pegangan sebagai buhul tali Allah di akhirat nanti. Tiap-tiap ayat mempunyai makna dan maksudnya (maudhud). Sudahkah guru kita mencapai maksud sesuatu ayat sehingga beliau layak menjadi guru..
    Memang benar Al quran mengatakan Allah bersembahyam diatas arsy. Quran juga mengatakan arasy Tuhan diatas air. Setahu kita hanya ada 2 tempat yg ada air. Pertama bumi 70% dan yg kedua tubuh manusia 70% juga terdiri dari air. Tidakkah qalbulmukmininbaitillah (hati hamba-hamba yg beriman itu rumah Allah). Tidakkah hanya orang yg mengenal Allah sahaja Tuhan berumah dihatinya dan orang yg beriman bergantung kpd mereka. Mereka inilah sebagaimana di dlm satu hadis Rasulallah berkata "seolah-olah kamu melihat Allah" dan bagi orang yg bergatung kpd mereka: "dan jika kamu tidak melihatnya, dia melihat kamu".
    Kalau dah Arasy Tuhan di hati manusia, tidakkah itu langit keyakinan namanya. Alam yg dihiasi bintang akan hancur bila kiamat. Takkan Tuhan pun akan hancur bila kiamat. Tapi langit keyakinan akan kekal selama-lamanya. Kesitulah roh manusia akan kembali di akhirat nanti itupun kalau ada hubungan dgn qalbumukminibaitillah. kalau tidak tak tahulah kemana. Kalau dah Arasy Tuhan di hati manusia (bukan saya kata, Al quran yg kata) macammana kita nak tolak wahdatulwujud. Tidakkah Tuhan kata: " Aku lebih dekat dari urat marih kamu" @ "wahuwamaakumainamaakuntum" (tak tahu pula apa maknanya) @ "wafiamfusikumafalatubsirun" (bukan saya kata, Al quran yg kata) "Fainamatuwalfasamawajhullah" (pun Quran yg kata). Kalau kita boleh terima sebahagian ayat alquran kenapa kita tak boleh terima bahagian lain.
    Memang benar kata Imam Abu Hasan Asyaari bahawa tidak boleh dibincangkan tentang ayat mutasyabihat kerna bukan tahap untuk diperbincangkan oleh orang yg beriman. Begitulah naiknya bagiinda di dlmm peristiwa Isra'. tidak diperbincangkan bagaaimana Rasulallah berjumpa Tuhan tetapi itu tidak bererti Baginda sendiri tidak tahu.
    Tiap-tiap ilmu ada kesempurnaannya walaupun tidak boleh diperbincangkan. Kesempurnaan Isra' dan mi'raj Baginda adalah pengenalan Baginda dgn Allah, walaupun tidak boleh diperbincangkan. Tahulah Baginda dimana Allah kerna Baginda berjumpa sendiri dgnnya walaupun tidak boleh diperbincangkan.
    Jadi disini saudara tahulah dimana silapnya ust rasul dahari. Beliau betul pada sebahagian ilmu tapi tidak pada sebahagian yg lain kerna beliau tiada kesempurnaann ilmu tersebut yakni siddiq(benar) beliau seorang yg jujur (mahu kebaikan keatas orang lain) tetapi tiada amanah kerna tiada siddiqnya dan beliau tidak boleh bertabligh(menyampaikan) kerna beliau tidak fathanah(bijaksana) Haram hukumnya.

    ReplyDelete
  47. sesuatu ilmu itu tidak boleh diambil dari kitab hatta Al quran itu sendri. Ia nya mesti didengar dan meresap kedalam jiwa melalui mulut guru sendiri. Seolah-olah Al quran @ kitab-kitab orang yg terdahulu itu kepunyaan guru itu sendiri kerna gurulah yg mentafsir berkenaan sesuatu kitab itu. Apabila ust rasul menggunakan Al quran dan kita Imam Asyaari, maka beliaulah yg bertanggungjawab keatas apa yg dikupasnya. Bukan saja ust rasul malah sesiapa sekalipun. Beliau tidak payah berkata begitu dan begini terhadap penulis sesuatu kitab kerna beliau tidak pernah berjumpa mereka yg hidup 1000 thn dulu hatta Al quran yg disampaikan oleh Rasulallah yg hidup 1440 thn dulu. Yg penting adalah apa yg ditafsir @ disampaikan oleh beliau sendiri di dalam memahamkan pengikut beliau. Belaiulah yg bertanggungjawab di atas ilmu yg diberi kpd murid-muridnya.
    Buat saudara, yg penting ialah pengakuan ust rasul bahawa memang saudara adalah muridnya dan beliau sanggup bertanggungjawab di dunia dan akhirat selagi saudara mengamalkan apa yg diajarinya. Jika demikian keadaannya bolehlah saudara terus menjadi murid beliau. Sekurang-kurangnya dihadapan Rabbuljalil nanti saudara ada alasan dgn Tuhan bahawa saudara sudah ada guru. Kalau betullah ust rasul maka saudaralah yg akan menjadi orang yg paling beruntung. Jika salah ust ini maka sama-samalah saudara tanggung akibatnya.
    Kita tidak boleh mentahkikkan sesuatu ilmu lebih-lebih lagi ilmu aqidah jika kita belum pasti akan kesahihannya. Lebih baik dibawa berbincang dan diambil pendekatan yg paling hampir.

    ReplyDelete
  48. Tiga reply dari kamarzamanah di atas terpaksa saya delete kerana membawa fahaman sesat aliran tareqat. Biarlah dia dengan tareqatnya.

    Emjay

    ReplyDelete