Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Labis. Kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis sehingga tingkatan 3. Alhamdulillah menyambung pendidikan di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur pada 1972.
Di sekolah Alam Shah saya agak aktif dengan pelbagai aktiviti seperti wakil sekolah permainan catur, bola tampar dan bola keranjang. Sewaktu tingkatan 5 saya dilantik menjadi pengawas. Dengan jawatan pengawas di samping menjalankan penyelidikan untuk projek pertandingan sains antara sekolah-sekolah, saya mendapat akses ke makmal dengan mudah.
Di Dalam makmal saya mula berlatih untuk menyediakan bahan bakar untuk projek roket kerana saya juga adalah ahli kelab roket sekolah saya. Selepas dibancuh, dibakar untuk melihat kesannya. Memang seronok melihat campuran bahan kimia ini terbakar dengan rancak sekali. Kelab roket kami berjaya melancarkan beberapa roket ke udara dengan nozle khas ditempah dari Maktab Perguruan Teknik Cheras.
Apabila masuk tingkatan enam rendah, dalam salah satu buku kimia terdapat maklumat secara umum campuran untuk membentuk "gun powder" yang disediakan dengan nisbah tertentu. Dengan sikap ingin mencuba, saya menyediakan gun powder ini di makmal secara bersendirian. Saya meletakkan sedikit gun powder ini ke dalam lesung batu makmal yang dibuat dari tembikar putih (mortar). Untuk membuat fius bagi menyalakan gun powder ini, saya menggunakan gelung dawai tembaga halus yang saya lilit menjadi gelung dengan melilitkan kepada batang pensil yang bulat. Saya uji gelung ini dan mendapati dengan bekalan elektrik 3V gelung ini sudah merah menyala sebagaimana nyalaan filamen dalam mentol 40 watt. Saya letakkan gelung ini bersama gun powder di dalam lesung batu makmal ini. Saya on litar dan sekelip mata terhasil letupan yang kuat di dalam makmal saya. Saya berseorangan ketika itu. Alhamdulillah tiada kecederaan pada saya tetapi lesung batu tembikar putih tersebut pecah. Begitulah kuatnya letupan dari gun powder tersebut yang walau pun tidak bertutup namun mampu memecahkan mortar tersebut.
Saya sungguh ketakutan kerana walaupun bunyi tidak begitu kuat namun nyalaan dari gun powder tersebut adalah tersangat marak dan ianya berlaku dalam masa yang amat singkat. Ia begitu kuat kuasa pembakarannya walaupun saya hanya menggunakan sedikit sahaja gun powder. Begitulah kisah seorang budak lelaki yang memandai-mandai berseorangan di dalam makmal tanpa diketahui oleh sesiapa. Memanglah gun powder ini tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menghasilkan letupan yang kuat. Saya pada waktu itu juga merupakan kadet askar dan biasalah menembak dengan senapang SLR atau M16 di lapang sasar tentera di Sungai Besi. Dengan sedikit sahaja gun powder yang terdapat di dalam peluru, ia sudah mampu memuntahkan peluru sebenar dengan begitu laju untuk menembusi apa sahaja.
Bermula dari ketakutan dengan letupan dari gun powder di dalam makmal, kedegilan saya tidak berhenti di situ. Saya mula merancang untuk menghasilkan bom tangan mudah pula. Untuk menghasilkan bekas logam yang kuat untuk diisi gun powder ini, saya tidak ada kemudahan untuk menghasilkannya. Jadi saya ingin mencuba terlebih dahulu menghasilkan bom tangan ini dengan menggunakan bekas kaca dakwat basah pen parker. Saya membersihkan bekas kaca dakwat pen parker ini dan mengeringkannya. Setelah kering saya isikan separuh penuh botol kaca ini dengan gun powder. Saya masukkan fius yang saya buat dari gelung dawai tembaga halus yang saya sambungkan kepada dawai pengalir kembar yang panjang. Seterusnya saya penuhkan botol kaca ini dengan gun powder lalu saya tutup.
Setelah siap bom tangan ujian ini, saya menghadapi masalah bagaimana untuk meletupkannya dan di mana tempat yang paling sesuai. Akhirnya saya dapat tempat yang sesuai berhampiran bilik kelab elektronik berhadapan dengan kelas pelajar. Pada suatu malam saya mengajak beberapa pelajar yang rapat dengan saya untuk menguji bom ini. Mereka bersetuju dan membantu saya untuk menutup semua tingkap yang berhadapan dengan tempat ujian bom ini. Bom ini saya letakkan di tepi tembok batu membelakangi saya dan berhadapan kelas pelajar.
Saya hubungkan dawai pengalir dengan bekalan tiga bateri bersaiz besar 1.5V. Saya merasa ketakutan juga untuk menguji bom ini. Dengan galakan rakan setia saya beranikan juga lalu saya sambungkan fius tersebut dengan on litar. Tidak lama kemudian letupan kuat berlaku dengan nyalaan api yang cukup kuat. Alhamdulillah tidak ada sebarang kemalangan. Kes ini tidak diketahui pun oleh sebarang guru dan warden. Kalaulah diketahui oleh mereka, entah apa yang akan berlaku kepada saya tambahan pula saya adalah pengawas. Pelajar di dalam kelas persediaan malam cukup seronok melihat letupan dan nyalaan api yang kuat.
Begitulah kisah saya sewaktu di sekolah dengan kedegilan dan sifat ingin tahu menghasilkan sendiri sesuatu yang cukup berbahaya iaitu bom tanpa pengawasan dari mana-mana guru atau orang dewasa. Pada usia tua seperti sekarang ini barulah saya sedar rupanya beginilah sikap ingin tahu seorang budak lelaki iaitu diri saya.
Semenjak kecil juga saya telah dilatih untuk menghasilkan sendiri bom tetapi sekadar meriam tanah. Saya gali tanah depan rumah, tutup dengan papan dan selepas itu saya kambus dengan tanah setinggi busut. Saluran udara untuk membakar bahan api saya gunakan tangkai betik sewaktu mengambus tanah di atas meriam tersebut. Saya gunakan karbaid sebagai bahan api dan saya nyalakan dengan nyalaan api menggunakan galah kayu yang panjang. Memang seronok mendengarkan bunyi meriam ini. Aktiviti ini saya lakukan menjelang setiap hari raya. Ada rakan sekampung yang menggunakan buluh tetapi saya tetap dengan meriam tanah kerana ia lebih selamat dan kurang membahayakan. Bersahut-sahutlah bunyi meriam menjelang aidilfitri. Kalau tidak kerana pengharaman kerajaan ke atas meriam karbaid ini, rasanya nak juga mengajarkan anak lelaki saya untuk membuat meriam tanah ini menjelang aidilfitri.
Setelah mendapat ijazah sarjana muda sains dengan pendidikan, saya dihantar posting ke Cameron Highland. Seronok berada di tempat yang begitu sejuk. Saya sempat mengajar genap setahun di sekolah ini dan dipindahkan ke Raub Pahang pada 1 Mei 1981 kerana mengikut isteri yang baru dikahwini. Waktu ini daerah pendalaman Raub masih lagi kawasan curfew kerana aktiviti komunis masih aktif. Kawasan sekitar Cheroh memang popular dengan pergerakan komunis.
Kawasan Raub dikelilingi dengan banyak sungai dan air sungai ini begitu bersih. Ikan sungai pun masih mudah diperolehi. Saya mula berjinak dengan aktiviti memancing dan menjala. Di antara Raub dengan Cheruh ada sebatang sungai yang begitu jernih airnya dan airnya tidak dalam. Waktu siang memang tidak boleh menjala kerana airnya terlalu jernih dan segala pergerakan dalam sungai mudah dikesan oleh ikan. Cara untuk menjala di sungai ini ialah menjala waktu malam. Inilah pengalaman yang tidak pernah saya lakukan di Johor iaitu menjala waktu malam. Lampu suluh tidak boleh dinyalakan secara kerap kerana ia akan memanggil ular sungai yang berbisa. Alhamdulillah aktiviti menjala waktu malam ini berbaloi kerana dapat juga lauk ikan sungai yang sangat saya gemari.
Beberapa kali saya mengikut rakan memancing dan menjala di hutan Cheroh kawasan curfew iaitu satu kawasan yang mencabar tetapi menarik. Memang kawasan hutan dara dan kawasan komunis tetapi saja beranikan diri untuk mencari ikan dan alhamdulillah dapat juga ikan berguni. Setelah dibahagikan 5 orang, masih berkilo setiap seorang mendapat bahagiannya.
Kemuncak aktiviti mencari ikan di Raub ini ialah setelah saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Raub pada 1 Mei 1983 untuk menjawat guru kanan sains dan matematik. Di sini saya mempunyai group mencari ikan yang macam satu kumpulan profesional. Disamping menggunakan jala dan pancing di kawasan hutan Raub, kami menggunakan kaedah yang lebih canggih iaitu menggunakan bom ikan.
Bom ikan memang sangat canggih kerana dapat mengutip ikan yang hebat iaitu ikan KELAH. Inilah pertama kali saya mengenali ikan kelah di mana sisiknya boleh dimakan. Namun menggunakan bom ikan terutama sekali di kawasan hutan curfew boleh mengundang masalah yang besar sekiranya tertangkap apatah lagi kalau tertangkap bersama bom ikan. Jadi saya memerlukan network yang mantap untuk menyelamatkan diri kami semua. Dalam pasukan kami seramai 5 orang, salah seorang adalah anggota polis hutan. Dialah yang mengajarkan aspek keselamatan agar kami tidak kena tangkap.
Bahan mentah untuk membuat bom ikan mudah diperolehi di Raub iaitu belerang, klorat dan arang kayu. Arang kayu ditumbuk halus dan semua bahan mentah ini tidak boleh dicampurkan kerana kalau ditangkap dengan campuran gun powder ini, hukumannya berat. Batang paip berdiameter kira-kira 2 inci kami gunakan sebagai bekas bom. Tar hitam kami ambil dari JKR untuk menutup bom ikan kami menjadi waterproof. Semua bahan-bahan ini di sorokkan dalam tempat berasingan di dalam kereta saya. Kami pergi seramai 5 orang. Fius yang kami gunakan adalah dari mentol lampu suluh yang telah dilubangkan dengan mengasah pada batu asah. Mentol ini kami solder kepada dawai penghubung. Bateri besar 3 biji kami gunakan untuk menyalakan fius mentol lampu suluh ini.
Tiba satu hujung minggu yang sesuai pasukan kami yang terdiri dari 5 orang menaiki kereta saya masuk ke hutan Cheroh kawasan curfew termasuk seorang anggota polis hutan. Kami menggunakan laluan lori balak. Alhamdulillah setelah sekian lama memandu perlahan, kami sampai ke kawasan yang dituju. Kami mengeluarkan semua bahan mentah bom ikan dan bekas ikan dan berjalan menuju ke lokasi pertama. Lokasi ini cukup menarik iaitu satu lubuk ikan dengan satu batang balak tumbang merentang sungai. Di sinilah kami membancuh gun powder kami dan menyempurnakan bom ikan dari paip besi. Setelah semuanya disempurnakan, segala lubang pada paip besi ini kami tutup dengan tar hitam agar bom ini waterproof.
Seorang dari kami bersedia memegang bom ini berjalan ke atas lubuk ikan dan seorang lagi memegang dawai penghubung untuk disambung ke bateri 3 biji yang sudah diikat kemas. Apabila segalanya telah sedia, bom dijatuhkan ke dalam lubuk lalu orang yang memegang bateri dan dawai penghubung melengkapkan litar dan sebentar kemudian air dari dalam sungai menyembur ke atas dan diikuti dengan bunyi letupan.
Kami kemudian berkejaran menghilir sungai dari arah lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang hanyut. Alhamdulillah satu demi satu ikan kelah sepanjang 2 kaki kami pungut dan masukkan ke dalam bekas ikan. Setelah tidak ada lagi ikan yang hanyut, kami bergerak menuju lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang tenggelam ke dasar lubuk. Satu demi satu ikan kami naikkan. Alhamdulillah lumayan hasil pekerjaan kami. Ikan kecil tidak mati dan hanya ikan besar sahaja yang akan mati kesan dari bom ikan ini.
Setelah selesai memungut hasil di lubuk pertama, kami ulangi lagi proses yang sama dengan lubuk kedua dan ketiga. Alhamdulillah 3 lubuk sudah memadai. Selesai mengumpul ikan, kami semua bersama menyiang ikan di dalam hutan ini. Ikan kena bom tidak boleh dibiarkan lama kelak dagingnya pahit kerana hempedu ikan yang pecah akan meresap ke dalam daging ikan. Salur darah dalam perut ikan ini juga pecah. Semuanya akibat tekanan tinggi di dalam air yang menyebabkan segala saluran darah dan buli hempedu ikan pecah.

Setelah segala urusan selesai, kami balik ke Raub dengan hasil tangkapan. Ikan paling banyak kami tangkap ialah ikan kelah disamping beberapa jenis ikan lain seperti ikan daun dsbnya. Ikan-ikan ini semua asing bagi saya kerana di sungai Johor memang tidak ada ikan-ikan ini.
Setelah tiba di Raub, kami membahagikan sama rata ikan tangkapan kami, alhamdulillah memang lumayan. Sebahagian besar ikan saya simpan di dalam peti sejuk kerana terlalu banyak. Sebahagiannya saya bungkus dengan plastik dengan kemas untuk saya berikan kepada mertua saya di Kajang. Nak diberikan kepada ibu bapa terlalu jauh. Arwah mertua saya sangat gembira dibawakan ikan kelah segar dari Pahang. Tak habis-habis bercerita tentang kesedapan memakan ikan kelah ini.
Setelah bertukar tempat kerja ke UTM Jalan Semarak pada 1985, saya tidak dapat lagi makan ikan kegemaran saya iaitu ikan kelah. Apabila terkenang pengalaman waktu dahulu memancing, menjala, menuba dan mengebom ikan, ia membawa satu memori yang sungguh indah. Kini nak mencari sungai yang bersih airnya dan ada ikan untuk dipancing pun sudah payah di Johor ini. Banyak sungai telah tercemar akibat pembukaan perbagai kilang termasuk kilang kelapa sawit.
Begitulah pengalaman saya semenjak kecil bermain meriam karbaid, bom tangan dengan gun powder dan bom ikan. Semua perbuatan ini adalah merbahaya tetapi pengalaman yang saya kutip adalah sebenarnya amat mahal. Kini tiada peluang lagi untuk kita bermain meriam karbaid kerana telah diharamkan kerajaan.
Sekian wassalam wallahu'alam
Emjay