Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 5 September 2007

Marilah sama-sama bantu sdr adiputragi

Assalamualaikum  wbh pembaca Laman Emjay sekalian

Pagi ini saya buka Laman Emjay dan saya dapati banyak sekali reply pada 5 thread yang ditulis oleh seorang  penulis bernama adiputragi. Marah benor gayanye si adiputragi menulis replynya menyanggah penulisan saya. Lihatlah sendiri penulisan adiputra ni.

Saya membuka thread baru ini bertujuan untuk sama-sama kita semua umat Islam membantu menasihati si adiputragi ini semoga beliau dapat kembali ke pangkal jalan, jalan yang diredhai Allah SWT dan dimatikanNya dalam Iman.

Berikut adalah tulisan-tulisan adiputragi serta jawapan saya:


Adiputragi:
MAJU DAN BUNGKUSNYA USAHA SESEORANG ITU BUKAN KERANA AJIMAT TETAPI KERANA TUAN PUNYA PERNIAGAAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT.SDR EMJAY NI PERCAYAKAN AJIMAT BAWA MALANG PADA PENGGUNANYA.SIAPA YANG SYIRIK NI BEB? TAK HABIS2 NGAN POWER RANGER HANG!!!!

Jawapan saya:
Assalamualaikum wbh adiputragi

Memang betul kata-kata sdr bahawa "MAJU DAN BUNGKUSNYA USAHA SESEORANG ITU BUKAN KERANA AJIMAT TETAPI KERANA TUAN PUNYA PERNIAGAAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT"

Kalau dah ini ketentuannya, mengapa perlu mencari pelaris?? Apakah Allah belum cukup menjadi tempat memohon pertolongan sebagaimana dalam Al Fatihah?? Apabila sudah memakai pelaris maka sudah mensyirikkan Allah. Apabila sudah mensyirikkan Allah maka Allah memberikan musibah sesuai dengan As Syura:30. Dan antara musibah ini ialah ia akan membawa malang.

Sekian wallahuaqlam

Emjay


Adiputragi
JIKA WAFA' DIKATAKAN AJIMAT,DI BILAH PEDANG NABI MUHAMMAD SAW JUGA ADA WAFA'?NI APE CER PLAK NI?BUKANKAH BAGUS ADA DIGANTUNG AYAT SUCI DIRUMAH,SEKURANG2NYA BAGI ORANG YANG TAK ALIM MCM SDR EMJAY NI DPT JUGA MEMBACA AYAT SUCI AL QURAN BILA TERPANDANG,BEGITU JUGA PADA ANAK2 YANG AKAN BERTANYA PADA KITA,DAN PASTINYA AKAN MENARIK MINAT SAUDARA KECIL KITE TENTANG ISLAM,JIRAN YANG BERKUNJUNG MUNGKIN ADA YANG TAK PERNAH MEMBACA AL QURAN DAN BILA TERNAMPAK AYAT SUCI DI DINDING RUMAH MAKA AKAN TERBACA JIRAN ITU,INIKAH YANG DIKATAKAN MEMBAZIR?MGKIN RUMAH SDR NI TAKDA TELIBISEN EK?CIANNNNN

Jawapan saya
Khas untuk adiputragi

Saya ingin membuktikan apa yang diajarkan oleh arwah guru saya. Satu hari saya bertanya seorang hamba Allah yang meletakkkan ayat Quran atas pintu rumah. "Polan, apa tujuan engkau letakkan ayat AlQuran atas pintu rumah? saya menyoal.

Polan menjawab "Emjay, kita ni kan orang Islam. Kita kenalah berusaha untuk mengelakkan agar jangan ada syaitan, jin dan hantu daripada masuk rumah kita. Jadi kita kenalah letakkan ayat AlQuran tersebut di atas pintu rumah kita agar syaitan, hantu dan iblis jangan masuk rumah kita."

Rupanya benar kata arwah guru saya bahawa ramai orang mensyirikkan Allah dengan menggantung ayat AlQuran.


Adiputragi
KENAPA TAK PEGI PENGGAL JE SEMUA TUKANG SIHIR?SELESAI MASALAH?NAK TANYA PLAK NI,PENGGUNAAN WAFA' APA PULA HUKUMNYA?PEDASNYA SAMBAL MCMANA PULA JALAN HUKUMNYA?

(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (al-Baqarah, 2:75)

Jawapan saya
Dari penulisan-penulisan sdr di atas dan di beberapa thread lain, seolah-olah sdr adalah salah seorang yang menggunakan azimat seperti ini. Itulah sebabnya sdr menyokong penggunaan azimat seperti ini.

Orang menasihatkan agar anda diberikan rahmat oleh Allah tetapi sdr menggalakkan terus penggunaan azimat seperti di atas dan yang lain-lain.

Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
 
“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)


Emjay


Adiputragi
KENAPA MESTI BESI KUNING YANG DIJAMPI NAK DILUPUSKAN?SDR EMJAY PERCAYAKAN JAMPI KE KEWUJUDAN BESI KUNING 2?

Jawapan saya
Zaman Nabi Ibrahim, patung berhala pun dilupuskan oleh Nabi Ibrahim. Apa sdr adiputragi nak buat muzium dengan menyimpan tangkal-tangkal ini ke???

Sdr ni berlagak macam orang pandai tetapi kasihannnnnn.

Bunyinye macam sdr pun termasuk salah seorang yang menyimpan tangkal kot???

Sejarah tangkal besi kuning ini sudah bermula dari zaman Nabi SAW lagi sebagaimana hadis berikut:

Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)


Wallahuaqlam

Emjay


Adiputragi
kenapa dikemenyankan?cube suadara ambil tahu.pastikah saudara ianya bertujuan memuja?tidak elok orang islam yang membuat andaian pada sesuatu yang tidak pasti.kenapa mesti menghina senjata islam dengan "power ranger"?sudara sedar @ tidak semasa menulis ni?kerana adanya pistol,senjata yang mungkin dah banyak membantu memerdekakan islam dan melayu seperti keris dan parang ni boleh dihina?cantik sikit...ia dimandikan kerana sesungguhnya islam itu bersih!islamkah jika membawa @ menyimpan sesuatu senjata yang kotor?ia dikemenyankan kerana ianya besi yang berpamor jadi perlu dikeringkan hingga keliang besi untuk menjaga ketajaman dan tidak karat.itu adalah keunikkan senjata melayu!tapi sekarang dah ada hair dryer,boleh juga digunakan bagi menggantikan asap bara kemenyan.tapi sedarkah kita jika besi keris itu sesuai dengan ion2 atau chemical yang dikeluarkan oleh barangan moden ini?melayu adalah ketelitian dimana islam disuruh teliti dalam segala aspek.sebab itulah penjagaan besi keris menggunakan bahan alami yang juga dikurniakan dan datangnya dari ALLAH SWT.kita disuruh menggunakan akal dan fikiran,jadi gunakanlah sedalam-dalamnya.pernah saudara lihat keris diasah menggunakan batu asah sepertimana pisau dan pedang?berpeganglah pada yang SATU(ALLAH SWT) dengan keikhlasan dan ketelitian,insyaALLAH akan beroleh rahmat dan pengetahuan yang mendalam jadi tidaklah berpikiran kolot.beristighfar dan berzikirlah,minta diluaskan pengetahuan akan kebesaranNYA>tiada yang mustahil bagiNYA.

wanknox said
”Assalamualaikum. Saya suka membaca bahan2 yg MJ sediakan dlm blog ni. Tahniah kepada MJ. Saya mmg menyokong tindakan MJ ni. “
TAHNIAH!!!!saudara juga salah seorang yang cetek ilmunya.
sokonglah kerana jika kita sudah benar2 memahami agama,bangsa dan kebesaran ALLAH.jangan jadi islam yang cetek pengetahuan dengan menilai berdasarkan ilmu seseorang yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya.kalau setakat lupus barangannya sahaja nak wat ape?takda maknanya.kan baik kalau dapat melupus apa yang tak sepatutnya mengganggu hamba2 ALLAH?habislah warisan melayu jika semua dilupus.sebaliknya warisan kapiaq seperti pedang samurai yang ditegakkan.mcmana orang islam nak wujud di alam nyata jika semua bukti warisan nak dilupus.memang ada nya agama islam itu sudah membuktikan segala-galanya.saudara dan makhluk yang ada membuktikan ALLAH dan islam itu ada tapi mana bukti yang islam dan melayu itu ada dialam nyata dizaman saudara belum dilahirkan jika tiada bukti dari warisan?islam itu indah dan luas lagi terbuka,carilah ilmu yang dapat kita dalami supaya dapat menilai sesuatu yang baik dan yang tidak.ALLAH dah sediakan akal fikiran jadilah islam yang berpendidikan bkn islam yang cepat percaya pada seseorang.apa saje yang berlaku kita harus balik kepada diri sendiri tidak menyalahkan pada barangan atau seseorang.lepas ni akan ramailah orang islam melayu @ jawa yang dilupuskan kerana direzekikan penyakit ghaib.sebabnya ada yang nak menegakkan islam tapi tak tau mana punca sesuatu yang cuba ALLAH uji bagi lebih memahami kebesaranNYA.

kalau sibuk nak melupus,,,,,kenapa sibuk pulak nak tau tentang gelang 2 sdr amjay?lupus ajelah.tak perlu ditanyakan lagi.haprak.mana saudara anakcurra?saya nak juga lihat kebijaksanaan c amjay ni berhujah.nak menegakkan islam tapi soalan mudah pun tak dijawabnya.jgnlah jadi pembelit amjay.tahniah sdr anakcurra anda juga telah membuktikan sesuatu yang mungkin pengunjung lain tidak sedar...sesuatu yang berbaur haprak!!!!!

emjayjb said
“Kepada masjoyo, alhamdulillah saya belum pernah ambil duit apabila melupuskan senjata dan sebarang tangkal.

Berhala kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, kelak apabila dijumpai orang lain, akan dipuja semula.

Keris puaka kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, apabila orang jumpa kalau jual lagi menguntungkan dan nilainya mahal. Ia tidak menyelesaikan masalah.

Kepada anakcurra, abghaz dan masjoyo, selamat menyertai kelab BOMOH ARTIS di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bmh_foto1.html#atas. Bomoh artis ini memang menyimpan keris pujaan bernama keris Zawil Hayat, siap ada nama.

Selepas ini boleh buat baik dengan bomoh artis ini mudah-mudahan dapat belajar ilmu masukkan susuk dan sebagainya. Memang di Laman Emjay menentang penggunaan keris seperti ini. Mungkin sdr bertiga salah masuk tempat.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN BAHAWA MENYIMPAN KERIS ATAU SEBARANG SENJATA SEPERTI BOMOH ARTIS MENYIMPAN KERIS ZAWIL HAYAT ADALAH SALAH DI SISI ISLAM DAN SYIRIK HUKUMNYA.

Kepada masjoyo, anakcurra dan abghaz, taubatlah sebelum Allah SWT memberikan azab yang lebih perit kepada sdr bertiga.
Tidak ada untungnya malahan rugi belaka dengan menyimpan keris seperti ini.

Sekian Wallahualam

Emjay

dengan melupuskan senjata yang dikatakan syirik ni dapat menyelesaikan masalah ke sdr emjay?kenapa bomoh mesti dipertikaikan dalam laman ni.takda kene mengena.kan ke baik sdr emjay buat ceramah tentang islam ke tpt seperti disemenanjung,dari sibuk melupuskan bahan2 sejarah ni."porah"...jangan jadi lidah seperti ini...luk keris tak sampai ketahap belit lidah ini.
nak menghilangkan syirik dari hati orang islam tapi mengatakan keris puakalah,apalah.belit sangat.pening dbuatnya dgn kenyataan sdr emjay ni.nak lupuskan syirik tapi dia sendiri mengatakan keris berpuaka...PUAKA,,PUAKA,,PUAKA,,PUAKA TEBING BIRU@#$%$#@#$.kenapa tak bakar skali filem2 melayu yang berbaur syirik?tak pergi pada Sultan Perak dan bertanyakan keris Tamingsari dan nyatakan ianya mesti dilupuskan kerana boleh membuat seseorg menjadi syirik?CANTIK SIKIT LA BRADER.BENGANG ADA SAUDARA YANG MACAM SDR EMJAY NI.LUPUS???MELUPUS KERIS BERPUAKA???SAPA YANG SYIRIK???SDR EMJAY BERGURU DULU HABIS KE TIDAK??LAIN KALI JAWA JGN SEBUT HAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!NGALOR,NGIDOL,KUE SING KESANDONG.

Jawapan saya
dari semua reply sdr jelaslah sdr adiputragi ini adalah meminati dan penyokong tangkal, azimat dan keris berpuaka.

Mungkin si adiputra ni memang ada menyimpan tangkal, azimat dan senjata berpuaka. Itulah sebabnya marah benor bunyinya si adiputra ni bila saya mengatakan menyimpan tangkal, azimat dan keris berpuaka ini menyalahi hukum Islam.

Semoga sdr adiputragi diberikan Allah SWT taufik hidayah dan berpatah balik ke pangkal jalan, jalan yang diredhai Allah SWT.

Wallahuaqlam

Emjay

44 comments:

  1. Sdr ni berlagak macam orang pandai tetapi kasihannnnnn. >>>har har..sah lah awak ni ustaz 'cut-and-paste'...

    to the rest,
    to understand more, pls read my comment at topic -memalukan, memang tak malu (or of the sort)

    ReplyDelete
  2. saya macam kenal ayat yg jurutaip paparkan....tapi di mana yaaa.....ayat demikian nak pakai kene bayar tu saudara emjay....Menasihati mereka yang dikatakan "cetek pemikiran" dengan ayat cut-and-paste....rasanya lagi cetek fikirannya.

    ReplyDelete
  3. haha..nampak gayanye bukan setakat VCD/DVD je orang cetak rompak sekang ni ek..btw..takpe..mak tak ble nak saman..sbb pic mj tu nampak songkok jer...

    hihi (amat menghiburkan)

    ReplyDelete
  4. errr..satu lagi GENERAL komen saya lah emjay...pakai komputer dan berinternet ni pun bahaya..boleh menjuruskan ke pelbagaian maksiat..tak payah la saya listkan satu2..semua harus lebih maklum ape yg ada 'dalam alam virtual/maya ini'..so kalau ikut rentak emjay ni nak ikut pakai komputer dan berinternet ini juga haram...lebih haram dari karate..kueng-kueng

    *me still puzzling what's wrong with karate?

    ReplyDelete
  5. memang patutlah ko jadi jurutaip jer....

    ReplyDelete
  6. Pada tuan emjay...teruskan usaha murni saudara...berdoalah semoga Allah memberi kemudahan dan petunjuk semoga usaha saudara diberkati..hanya padaNya lah kita meminta dan berserah....Sesuatu usaha yang baik itu pastinya akan dihujani dengan pelbagai halangan berbentuk sindiran, cacian, tomahan dan seribu satu macam onak dan duri. Biasalah tu....zaman Nabi Muhammad dulu lagi hebat ujian yang Allah berikan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh langitke07 dan landung72

    Syukur alhamdulillah dan terima kasih diatas sokongan sdr. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

    Tentang tulisan jurutaip tu, sebenarnya jurutaip sedang menzalimi diri sendiri namun dia tak sedar lagi.

    Mudah-mudahan satu hari dia sedar dan jadi lebih baik dari langitke07 dan landung72

    Saya cuma teringat ayat berikut dari surah Al-Anfaal:

    [8]
    Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.


    [73]
    Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar


    Emjay

    ReplyDelete
  8. Salam MJ....ada kesilapan disini....kemurnian sdra MJ mengadakan q&a ini amat baik...tp byk yg menjadi keraguan. Akibat dari cut-and-paste sdra MJ...ternyata sdra tidak membaca dengan teliti tindakbalas yg dipostkan. Kenapa berterima kasih dengan saya (walau mcmmana pun saya terima). Kemusykilan dan kritikan yang dilemparkan adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  9. Mudah-mudahan satu hari dia sedar dan jadi lebih baik dari langitke07 dan landung>>>insyaalh saya berazam akan jd lebih baik dr saudara mj juga..mungkin sekarang pun sudah cukup baik..sbb sbb nampaknye yg baik tu sume cut-and paste..yg lain2 tu yg original dari saudara...meletakkan nama org lain sebagai benchmark..how creative ;)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Tulisan di atas adalah rangkuman beberapa reply dari adiputragi dan reply daripada saya daripada beberapa thread yang kemudian saya rangkumkan ke dalam satu thread baru agar mudah kita semua membaca dan menilai penulisan adiputragi. Memang saya copy and paste dari beberapa thread tetapi sekiranya berasingan, bagaimana untuk menilai adiputragi? Jikalu tidak boleh menilai bagaimana untuk membantu??

    Tujuan saya mengumpulkan semua reply seterusnya adalah agar kita semua dapat membantu menasihati sdr adiputragi supaya tidak lagi meminati tangkal, azimat dan senjata berpuaka.

    Sama-samalah kita membantu menasihati adiputragi

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. salam sejahtera...ingin bertanya kepada saudara emjayjb..apakah makna "wallahuaqlam" yang selalu anda tuliskan?Fahamilah dengan sebenar-benarnya.
    Al-Israa' ayat [36]
    Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  12. Teruskan usaha murni sdr mj dalam mempertahankan dakwah dan pemurnian aqidah.. Sebelum ini sdr mj pernah melabelkan saya sebagai suku-sakat prof. Ibrahim dan prof. Norhisham.. tetapi saya sekadar ingin berkongsi artikel dari laman lain sahaja..... Bab keris atau pusaka melayu ni... kalau sekadar keris tiada masalah... tetapi kalau dah diperasap setiap mlm jumaat tu apa cerita???? Pertahankan bangsa sangat sehingga agama tergadai buat apa???

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbh sdr anakkerak

    Rupanya sdr anakkerak masih menyimpan hati. Saya sekali lagi minta maaf atas kesilapan saya terhadap anakkerak. Dahlah tu buang yang keruh ambil yang jernih. Lagi pun saya tersasar kerana tiada kenyataan artikel tersebut di copy paste dari orang lain.

    Wassalam wallhuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  14. AlhamdulliLah...sama-sama memperingati dan diigati..semoga Allah memberkati kita semua.....(bagusnya jika semua umat manusia ini maaf dan bermaafan...saling merendah diri dan bantu membantu...saya tumpang gembira dengan perkembangan begini...) "kemarau bertahun mampu terhapus dengan hujan sehari"

    ReplyDelete
  15. rupanya tak habis2 lagi dengan puaka-puaka saudara emjay ni....buat saudara adiputragi....bersabarlah bila berhujah dengan saudara emjayni...memang susah untuk berhujah dengan orang yang sebegini....balik2....kata guru saya....balik2....kata guru saya....balik2....kata guru saya....nampaknya taksub bebeno emjay ni dengan gurunya...hinggakan hujah orang lain walaupun benar tetap dibakul sampahkan......entahlah.... dunia dah akhir zaman.....

    ReplyDelete
  16. saudara jurutaip.....nasihat saya......bersedialah untuk dihentam dalam laman ni....maklumlah...laman ni dia yang empunya......kita ni tetamu....tapi kadang2 tetamu pun kena halau gak....walaupun patutnya tetamu dimuliakan......

    ReplyDelete
  17. Wahai anakcurra semoga lebih mulia dari kura-kura

    Tetamu datang ke rumah membawa 1000 rahmat. Namun kalau tetamu yang datang adalah pencuri dan perompak, kena bersedialah berhadapan dengan parang panjang.

    Berkenaan 5 isu yang dibangkitkan oleh sdr adiputragi diatas, kini saya ingin merujukkan kes ini kepada anakcurra dan dengan ini saya meohon dengan segala hormatnya kepada anakcurra semoga memberikan pandangan atau fatwa dari sdr berkenaan perkara tersebut:

    1. Isu pelaris, apa sebenar pandangan sdr acakcurra atau agenda sdr??
    2. Apa pandangan sdr anakcurra kepada perbuatan pensyarah berikut " Polan menjawab "Emjay, kita ni kan orang Islam. Kita kenalah berusaha untuk mengelakkan agar jangan ada syaitan, jin dan hantu daripada masuk rumah kita. Jadi kita kenalah letakkan ayat AlQuran tersebut di atas pintu rumah kita agar syaitan, hantu dan iblis jangan masuk rumah kita.""
    3. Apa pandangan sdr anakcurra mengenai tangkal yang dihasilkan dari surah Yaasin?
    4. Adakah sdr anakcurra bersetuju dengan pandangan adiputragi agar membiarkan sahaja tanpa melupuskan sebarang tangkal seperti tangkal besi kuning?
    5. Adakah sdr anakcurra bersetuju dengan pandangan adiputragi untuk menyimpan, memandikan dan mengasap kemenyan senjata puaka?

    Surah Al 'Araaf:[179]
    Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

    Semoga kita semua tidak menjadi seperti binatang ternak.

    Saya menunggu penjelasan dari anakcurra berkenaan 5 perkara di atas agar orang awam jelas dan mendapat faedah yang diredhai Allah SWT.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...saudara Emjay..

    Jawapan saya.....sila rujuk kpd reply saudara sendiri....

    Rep : Wahai anakcurra semoga lebih mulia dari kura-kura

    NAMPAKNYA SAUDARA BEGITU MUDAH MENYAMAKAN ANTARA MANUSIA DENGAN BINATANG/HAIWAN....

    Rep :Tetamu datang ke rumah membawa 1000 rahmat. Namun kalau tetamu yang datang adalah pencuri dan perompak, kena bersedialah berhadapan dengan parang panjang.

    NAMPAKNYA TUAN TIDAK MENGANGGAP SAYA SEBAGAI TETAMU DI LAMAN TUAN...

    Rep : saya meohon dengan segala hormatnya kepada anakcurra semoga memberikan pandangan atau fatwa dari sdr berkenaan perkara tersebut:

    Rep : Saya menunggu penjelasan dari anakcurra berkenaan 5 perkara di atas agar orang awam jelas dan mendapat faedah yang diredhai Allah SWT.

    JIKA BEGINILAH ANGGAPAN SAUDARA KEPADA SAYA.....

    1. KENAPA HARUS MENUNGGU PENJELASAN SAYA....
    2. SAUDARA RASA SAYA LAYAK KE UNTUK BERI FATWA?....
    2. SAYA PERCAYA TUAN TAK AKAN TERIMA PENDAPAT SAYA ataupun TUAN AKAN GUNAKAN BALIK UNTUK MENYALAHKAN SAYA SEBAGAI MANA BIASA YANG TUAN LAKUKAN KPD SAYA DAN YANG LAIN2...

    SAYA RASA TUAN LAH ORANG YANG PALING LAYAK MEMBERI FATWA.....DALAM SOAL HUKUM MENGHUKUM NI....

    TUAN TAK RASA TERHINA KE.... KALAU SAYA YANG TUAN SAMAKAN DENGAN BINATANG/HAIWAN NI ......YANG KELUARKAN PENDAPAT@FATWA... UNTUK PANDUAN ORANG AWAM PULAK TU....

    SELAMA NI DAN SEBELUM NI PERNAH KE TUAN FIKIR AKAN KESAN DAN PENGARUH TULISAN TUAN KAT LAMAN TERBUKA INI TERHADAP ORANG AWAM YANG MENCARI-CARI JALAN YANG BENAR........

    sekian mohon maaf...

    wasallam

    ReplyDelete
  19. Dalam Al Quran Allah bahasakan macam-macam seperti nyamuk dan lalat. Allah juga ada membahasakan manusia yang lebih hina dari haiwan. Itulah sebabnya saya mendoakan di awal-awal lagi semoga sdr anakcurra lebih mulia dari kura-kura iaitu sejenis haiwan sebagaimana diingini oleh Allah SWT.

    Saya apabila menyanggah amalan selawat-selawat yang diamalkan Darus Syifa iaitu selawat Syifak dan selawat tafrijiyah sebagaimana di dalam artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 dan http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131, maka saya merasakan dengan hujah akademik yang sahih amalan tersebut adalah merosak akidah dan dengan itu saya menyanggah amalan tersebut semoga umat Islam awam tidak terjerumus dengan kesesatan tersebut.

    Kalau sdr ingin menyanggah hujah atau mana-mana artikel saya, hujahlah secara orang berilmu dan perkara ini amat saya alu-alukan bukan sekadar komen sperti komen sdr berikut:

    {rupanya tak habis2 lagi dengan puaka-puaka saudara emjay ni....buat saudara adiputragi....bersabarlah bila berhujah dengan saudara emjayni...memang susah untuk berhujah dengan orang yang sebegini....balik2....kata guru saya....balik2....kata guru saya....balik2....kata guru saya....nampaknya taksub bebeno emjay ni dengan gurunya...hinggakan hujah orang lain walaupun benar tetap dibakul sampahkan......entahlah.... dunia dah akhir zaman.....}

    Semoga kehadiran anakcurra dilaman emjay membawa seribu rahmat

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Niat sdr mj baik.... anda semua kena fahami bebetul apa yg hendak disampaikannya... Terima dengan berlapang dada. Mudahan mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t. Perhatikan bebetul apa isinya..jangan terlalu emosi untuk terus menolak pandangan sdr mj. Kalau dah terkena dan terasa tu, cuba2 lah tanya pada diri sendiri. Apakah anda di jalan yang benar??? Bersedialah perbetulkan diri. Mudahan mati nanti dalam iman yang benar dan lurus.

    ReplyDelete
  21. tuhan yang menjadikan adalah ALLAH,terima dan redha jika Dia yang mengatakan kita ini sbgai umatNya lebih hina dari haiwan,ini kerana dia yang menjadikan kita tapi kalau dari mulut dan jari c emjay ni wat the hack!!!ko igt dengan ilmu ko yang taksub pada gurunya ni boleh memberikan ko hak tuk menyamakan orang dengan kura2??sadar dan pulanglah emjay.tkot cbuk nak sedar kan org,diri sendiri yang tak terjaga.biar alpa tapi jangan tak sadardiri.alpa boleh ingat lagi tp tak sadar diri rumah hang kata pergi kubur dah sibuk kata mari ni dah tak guna.anakcurra,saudara adalah orang yang berilmu dlm memberi hujahan tuk ustadz taksub pada gurunya ni.i'm looking forward too hear all your hujah and question 4 this guy actually.pesanan terakhir wat kita2 yang dikatakan syirik ni,anggaplah ini semua ilmu,apa yang baik diambil dan apa yang kurang ditambah dan apa yang tak betul diambil iktibar buat diri sendiri dan jadikan ia lebih berilmu dari pemikiran c emjay yang taksub ni and yang penting ilmu itu luas,sebab itu manusia dianugerahiNya dgn akal.assalamualaikum.

    ReplyDelete
  22. adiputragl, walau apapun yang awak nak berhujah dengan emjay, merasakan emjay sesat ke, pertama sekali jika kamu betul2 menghayati islam, buatlah sembahyang istikarah agar diberi petunjuk mana yang baik atau buruk. kita sebagai manusia yang berakal, apa2 sekalipun yang didengar, dilihat atau dibaca, walaupun buruk sekali pun, pertama sekali dengan akal gunalah akal untuk menilai dengan cara positif,..

    ReplyDelete
  23. seburuk-buruk manusia ialah orang yang berhujah dengan cara yang biadap dan memaki hamun

    ReplyDelete
  24. emjay mendoakan adiputragl agar lebih mulia dari kura-kura, sepatutnya kamu gembira kerana tidak mendoakan kamu seperti berikut :kura2 lebih mulia dari kamu.

    adiputragl suka menggunakan perkataan biadap dan kesat semasa berhujah. sekiranya adiputragl itu baik dan beriman, tentu perkataan ini tidak digunakan.
    nabi muhammad pun menggunakan bahasa yang baik2 sebab itu ramai orang kafir masuk islam. banyakkan membaca supaya ilmu dan pengetahuan kamu luas.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbh dan selamat datang kepada zalehamd

    Emjay

    ReplyDelete
  26. hahaha emjay terkena sendir..
    Mana boleh samakan manusia dengan binatang..
    lagi satu saudara emjay suka membusukkan nama orang.
    ade ke patot bukak thread semata2 untuk hentam orang.

    ReplyDelete
  27. tuduh menuduh lagi..hehehe..psl bukak thread bak kata tris.. ada tolak ada campur terpulang pd mr.emjay pilih...tris leh menilai hehe.. cik zaleha kenapa nak doa kene banding dgn haiwan mcm kurang manis jer dgr........ermm..bykkan membaca dan bertanya pd yg lebih arif supaya ilmu dan pengetahuan adi luas tak gitu ker mrs zaleha..salah harap di maafkan..

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..ni kenapala dok bgaduh2 ni..kepada saudara2 yg tidak myokong sdr mj,bpeganglah kpd apa yg anta fkrkn.ana bgitu trtarik dgn hujah2 anta.ana fhm knapa sdr mj memegang apa yg diajarknnya olh gurunya.itu yg diplajari dan djmpainya.spttnya anta smua xusahla bgaduh sesama islam.biarkn sdr mj mgeluarkn pndaptnya.kta pun x smua yg mgenali dia kn..smmgnya bnyk hujah yg blh dipertikaikn.ttpi,apalah gunanya skiranya ea lbh mbawa kpd kburukn ea x.jd, sama2lah kta bsabar dn mnilai baik bruknya.lg satu, jika kurg pasti,bertanyala kpd yg lbh berilmu dr kta...

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalam wbh mudshah11

    Sekiranya kita berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT insya-Allah diberikan Allah jalan lurus iaitu jalan yang diredhai Allah SWT.

    Saya di Laman Emjay sekadar menyampaikan.

    Emjay

    ReplyDelete
  30. sbtlnya sy sgt ske dgn perdebatan sbegini.cuma bla tgk ada pertengkaran smpi memaki hamun ni, sy jd xselesa.bnr kalian smua ada ilmu dan pnh mnuntut d mana2. org yg berilmu ini sbnrnya tdk akan sekali2 mengeluarkn kata2 kesat krn itu merupakan 1 doa..xeolk mendoakan sebegitu..fhm kn mksudnya..

    ReplyDelete
  31. Macam mana tak bertelagah mudshah11

    Saya menentang tangkal azimat dan senjata yang berpuaka manakala adiputragi adalah penyokong kepada perkara-perkara seperti ini. Saya menentang senjata yang berpuaka (yang tidak berpuaka saya tidak tentang) tetapi anakcurra memang peminat pelbagai keris. Lihatlah dan pergilah ke laman anakcurra di atas dengan mouse click gambarnya di sebelah replynya. Dia memang peminat keris. Agak-agaknya keris dia tu ada puaka ke tidak ??????

    Emjay

    ReplyDelete
  32. Mau beli Pedang Samurai "Custom" (Katana/Wakizashi/Ninjato) yg murah meriah??

    Klik LINK ini:

    http://pedangsamuraimurah.blogspot.com/2010/01/dijual-pedang-samurai-murah.html?showComment=1263964806471#c7852077602123813607

    Disitu BANYAK koleksi pedang2 keren yg berkualitas Oke!! dan Langka

    Semoga info ini bermanfaat

    Reza Miyamoto [reza_miyamoto@yahoo.co.id]

    ReplyDelete
  33. saudara emjay...

    harap saudara pun sedar dgn kekurangan sendiri....
    xptut saudara menyamakan manusia dengan binatang...
    saudara buka thread ini juz untuk memalukan adiputra...
    x kisah lah sapa yg betul sapa yg salah....
    niat saudara membuka blog ini untuk berdakwah....
    alhamdulillah.....
    tp saudara sendiri telah mencemarkan dgn kata2 yg kurang manis didengar...
    di dalam thread lain sy terbaca saudara mghukum artis2 siap dgn nama btol lg..
    itu membuka aib namanya...
    jika artis 2 x salah boleh membawa kpada fitnah...
    mgkin kami tetamu laman ini x bijak pandai sprti saudara...
    tetapi jgn lah ingin menyedarkan kami dgn kata2 yg menyinggung...
    sekian...

    ReplyDelete
  34. Kebanyakan tetamu yg dtg kat laman ni ntah apa-apa ntah... banyak yang ada masalah jiwa...

    ReplyDelete
  35. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada sdr clearroots

    Emjay

    ReplyDelete
  36. sudahlah emjay...baiki kelemahan diri kita masing2...Pandai belajar ataupn mengajar belum tntu pndai berfikir..jgn jd ustaz express je..jgn la copy pste je,klu awk btl nk berdakwah,jgn la delete komen2 dr sahabat2 kita yang lain,marilah kite jadikn renungan komen2 mereka tu..nth2 komen saya ni pn awk delete nnti..

    ReplyDelete
  37. Salam semua

    Saya rasa saudara emjay bukan lah seorang ustaz. Beliau hanyalah seorang guru sains sahaja walau pun cara saudara berhujah untuk menunjukkan saudara adalah seorang ustaz.

    Banyak perkara2 yang dibahaskan oleh pengunjung laman saudara tidak dijawab atau dijawab dengan umum dengan meng'quote'

    ReplyDelete
  38. Banyak perkara2 yang dibahaskan oleh pengunjung laman saudara tidak dijawab atau dijawab dengan umum dengan meng'quote' terjemahan ayat quran yang di cut and paste.

    ReplyDelete