Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 23 October 2007

Mudahnya ikut sana dan sini, susahnya ikut sunnah!!

Mudahnya ikut sana dan sini, susahnya ikut sunnah!!

 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
  
Assalamualaikum wbh

 Lama sungguh tidak menulis di Laman Emjay dan akhir sekali ialah pada 5 Oktober lalu. Ini bermakna sudah 18 hari tidak menulis. Maklumlah bulan puasa dan Syawal ini adalah masa yang sibuk.

Walau pun tidak menulis artikel, namun sebenarnya saya tetap perlu membuka Laman Emjay hampir setiap hari untuk melihat dan membalas berbagai Reply dari pembaca sekelian.

Pada permulaan usia Laman Emjay dahulu, memang saya mudah naik suhu bila setengah pembaca memarahi saya di atas artikel yang saya tulis seperti aura chakra kuasa minda CVT reiki keris puaka tangkal surah Yaasin dan sebagainya. Lama kelamaan saya sudah alah bisa tegal biasa dengan kutukan pembaca seperti ini.

Sebenarnya hasrat saya untuk menyedarkan umat Islam yang tersasar sudah mula berkesan apabila reaksi pembaca yang membacanya naik marah dengan penulisan saya. Manusia memang begitu sukar menerima perubahan walaupun perubahan tersebut adalah sebenarnya baik dan menguntungkan mereka. Antijumudpencen (semoga beliau terus diberikan taufik  hidayah dan rahmat dari Allah) yang sebelumnya menggunakan nama antijumud memang begitu marah dan benci dengan penulisan saya apabila beliau mula membaca artikel-artikel saya.  Alhamdulillah kini antijumudpencen sudah menjadi antara hulubalang saya menentang kemungkaran. 

Berikut adalah antara komen dari antijumud dahulu:
Bomoh dan mj sama2 sesat pada pandangan saya..... bomoh tu syirik dan mj tu sesat jalan sebab terlalu pandai dari ulama besar dunia. 5 tahun lagi blog ni dibiarkan...mungkin mj dah jd imam mahdi kot hehehehe 

Ini orang yang sesat bagaikan DAJJAL... yang berpura-pura membawa umat kepada kebaikan tetapi akhirnya menyesatkan jauh dari landasan hidup Islam yang sebenarnya
sekali lagi DOL MJ meng"confirm"kan orang masuk neraka... APA NERAKA SYURGA NI BAPAK KO PUNYER KE DOL???? hahaahaha mmg SAMDOL BETUL LA KO NI.... Baru belajar ilmu tauhid dah belagak jadi perintis "tareqat" WAHABI. Tunjukkan la muka ko Dol kalau ko berani... kecut nak mampus la ko ni.... barua punya mamat.... pokemon punya doraemon. Nampak sangat ilmu FIZIK tak belajar..tu la sapa suruh tido dalam kelas masa cikgu mengajar??? kan dah dapat gred 9... TAK YAH NAK COPY PASTE ilmu lain masuk sini la DOL... WAHABI perlu dibanteras sampai ke akar umbi... tangkap dan sula je. hahahha... merapu betul orang tua ni.

Pernah satu ketika dahulu seorang pelajar wanita di UTM marah sungguh kepada saya apabila saya mengatakan dalam satu ceramah saya bahawa orang di Malaysia cukup gembira apabila anak mereka telah khatam baca Al Quran seolah-olah sudah sempurna imannya sedangkan apa yang Allah ingini ialah membaca dengan erti kata sebenar iaitu memahaminya dan seterusnya beramal dengannya. Namun alhamdulillah pelajar ini kini telah menjadai pelajar kesayangan saya dan telah banyak belajar dari saya.

Saya pun mulai sedar bahawa satu ketika dahulu apabila saya ditegur atas perbagai perkara, ia akan dimulai dengan perasaan berbuku di hati. Namun setelah menimbang semula teguran arwah guru tersebut, alhamdulillah saya mengambil keputusan bahawa teguran tersebut adalah sebenarnya satu rahmat bagi saya.

Satu ketika dahulu setelah berpindah ke rumah baru yang saya diami sekarang, saya telah menubuhkan dan menjadi kepala majlis marhaban di bulan Syawal di kawasan kediaman saya ini. Ia berlaku pada awal 1990 dahulu. Apabila ditegur bahawa acara marhaban ini menyalahi agama Islam, memang marah juga saya kepada arwah guru maklumlah acara ini sudah diamalkan di Malaysia untuk sekian lama dan tidak ada pun manusia sebelum ini yang menegur bahawa amalan marhaban ini adalah salah di sisi Islam. Lama juga saya mengambil pendekatan memberontak atas teguran arwah guru tersebut. Namun atas sikap ingin menyiasat kedudukan sebenar perkara ini, saya pun membeli buku terjemahan berzanji di kedai buku Angsana dan setelah mengkajinya, alhamdulillah eureka memang buku berzanji ini mengandungi unsur mensyirikkan Allah kerana mengagungkan Nabi Muhamad dan berdoa kepadanya. Kita sebagai hamba Allah hanya dibenarkan berharap dan berdoa kepada Allah sahaja.

Agama Islam adalah agama yang paling mudah untuk di anuti di dunia ini kerana panduan dan bimbingannya adalah lengkap diperturunkan di dalam Al Quran, Al Hadis dan perbagai kitab yang begitu banyak ditulis seperti oleh Ibnu Qayyim, Imam Syafiee dsbnya. Segala undang-undang untuk manfaat manusia telah sedia Allah perjelaskan melalui nabinya seperti:
  1. Ibadah ; seperti solat, puasa, zakat dan haji.
  2. Adab dan akhlak ; seperti jujur, menepati janji dan amanah.
  3. Muamalah ; seperti jual beli.
  4. Hubungan kekeluargaan ; seperti nikah, talak, dan faraid.
  5. Hukuman jenayah ;  seperti qisas dan hadd.
Sekiranya semua undang-undang dan hukum ini dilaksanakan, insya Allah perbagai rahmat dikurniakan oleh Allah sebagaimana tiada atau sedikit orang mencuri dan hisap dadah di Arab Saudi. Namun hakikatnya ramai manusia merasakan pemikiran mereka lebih hebat dari Allah maka dengan itu undang-undang dan hukum dari Allah telah diubah dan digantikan dengan hukum dan pemikiran mereka dan timbullah undang-undang kalau berzina kena denda RM1000.  

Mengenai cantiknya agama Islam ini, Allah telah sebutkan di dalam Al Quran surah Al Maaidah ayat 3.
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 

Walaupun hakikatnya Islam telah sempurna, namun ramai umat Islam merasakan bahawa apa yang disampaikan oleh Nabi Muhamad masih belum sempurna dan perlu ditambah lagi dan akibatnya ramai yang menambah syariaat di dlam hal ehwal agama Islam dan timbullah perbagai amalan baru termasuklah amalan bertareqat. Berbagai amalan yang tidak pernah Nabi lakukan dijadikan syariaat di dalam amalan perbagai tareqat ini termasuk tareqat yang masih berkembang walau pun diharamkan seperti  tareqat Al Arqam dan Naqsyabandiah. Tambah menjadi mushkil apabila ada mufti yang juga bertareqat.

Imam Syafiee berkata: Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah)
Tiada sesiapa pun yang berani menghalang orang beramal untuk berbakti kepada Allah selama amalan tersebut termasuk dalam peraturan yang disyariaatkan oleh rasul SAW kerana rasullullah diutus adalah untuk membetulkan cara akidah dan ibadah untuk berhubungan dengan Tuhan. Apabila tidak ada panduan maka manusia akan mengadakan cara mereka sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah menurut nafsunya dan dengan itu datanglah iblis membantunya dengan halus sehingga manusia terseleweng jauh dari pimpinan Allah dan Rasulnya. Inilah yang telah disebutkan Allah dalam AlQuran Al Kahfi:104 , (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja Yang mereka lakukan".

Fahami dan hayatilah hadis dari Bukhari berikut mafhumnya:
Telah berkunjung tiga orang kerumah isteri-isteri Nabi SAW untuk memnanyakan betapa ibadah Nabi SAW, manakala diceritakankepada mereka, mereka pun seolah-olah memperkecilkan ibadah Nabi SAW itu. Mereka berkata sesama sendiri: “Apa bezanya kita dengan Nabi SAW ini sedang dia diampuni Allah dosanya yang lalu dan kemudian”. Seorang antara mereka berkata: “Saya sembahyang malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya tetap berpuasa sepanjang masa dengan tidak berbuka ” dan berkata pula yang lain: “saya tetap menjauhi perempuan, saya tidak mengahwini perempuan selama-lamanya”. Lalu rasulullah saw sampai dan bersabda: “Apakah kamu yang mengatakan begini dan begitu tadi?. Demi Allah sayalah sesungguhnya orang yang paling takut dan paling taqwa kepada Allah antara kamu semua tetapi saya berpuasa dan saya berbuka, saya sembahyang dan saya tidur dan saya mengahwini perempuan, oleh itu siapa sahaja yang tidak suka pada sunnahku maka bukanlah ia dari golonganku”.

Begitulah manusia apabila mereka tidak mengikut panduan Islam dan mengikut sahaja panduan dari hawa nafsu mereka, mereka akan menghasilkan perbagai syariaat yang baru. Dengannya timbullah tareqat, maulid Nabi, tahlilal dsbnya. Tidak cukup dengan syariaat baru ini, apabila melihat kaum Cina melakukan dan mengamalkan hari Cheng Beng iaitu hari untuk mengenang arwah lalu pergi ke kubur untuk membersihkan kuburan, bersembahyang untuk arwah, keluarga berkumpul, mengirim perbagai bahan kepada arwah melalui membakar duit kertas dan pelbagai alat lain seperti kereta dan pakaian kertas, kini orang Islam juga mengamalkannya dengan mengadakan hari tertentu untuk ke kubur termasuk pada hari raya aidilfitri dan hari hol sebagaimana di Johor. Islam sebenarnya menggalakkan untuk kekubur sebagai pendidikan agar mengingatkan kematian di samping berdoa untuk mereka yang berada di dalam kubur tetapi Islam tidak menentukan hari-hari tertentu untuk ke kubur. Elakkan amalan mirip hari Cheng Beng kaum Cina.

Apabila dilihat kaum hindu menyambut hari depavali (hari cahaya) memasang perbagai pelita, umat Islam pun mengambil dan meniru amalan ini seolah-olah ia telah menjadi satu syariaat segolongan orang Islam untuk memasang pelita pada hari aidilfitri.

Bersedia dengan perbagai pelita dan menyambut hari 7 likur pada bulan ramadhan adalah sebahagian amalan Hindu tetapi seolah-olah ia telah menjadi satu syariaat di bulan Ramadhan di Malaysia.

Orang Cina menyambut tahun baru mereka dengan membakar mercun dengan harapan untuk menghalau roh-roh (tenaga) jahat namun ia juga telah diterapkan di kalangan sebahagian penduduk Islam seolah-olah telah menjadi syariaat dalam menyambut aidilfitri.

Apabila melihat kaum Cina mengamalkan pemberian ang pau kepada kanak-kanak di hari raya mereka, umat Islam di Malaysia kini juga menjadikan amalan ini seolah-olah satu syariaat dalam menyambut aidilfitri. Ingatlah pesanan imam Syafiee diatas!. (Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah)). Memanglah Islam menggalakkan berzakat dan bersedekah tetapi galakan ini telah disempurnakan dengan panduannya dan Islam telah menetapkan asnaf yang layak untuk menerima zakat dan sedekah. Adakah anak buah yang beribubapakan doktor dan jurutera layak menerima duit raya seorang RM10?? Apa rasionalnya memberikan duit hari raya kepada anak buah yang tidak termasuk di dalam 8 asnaf sebagaimana panduan di dalam Islam?

Amat malang sekali ramai umat Islam beria-ia sekali untuk menyediakan duit raya sehingga RM300 dan ada yang RM500 atau lebih tetapi masih berhutang zakat wang simpanan, barang kemas dan imfak gaji bulanan. Ada yang sangat berkira untuk membuat aqiqah untuk anak pada hari ke tujuh kelahiran tetapi amat pemurah untuk memberikan duit raya. Ada yang sangat kedekut untuk memberikan sedekah jariah untuk membina madrasah atau masjid tetapi begitu pemurah untuk menghulur duit raya!!

Islam adalah sudah sempurna dan sangat jelas panduannya, ikutilah sahaja dan janganlah membuat syariaat baru. Syariaat yang baru adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah neraka (kullu bidaatin dhallalah ..... finnar).

Menyangka memberikan duit raya kepada kanak-kanak adalah baik adalah dikhuatiri sudah termasuk di dalam pesanan imam Syafiee iaitu Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah). Sebenarnya amalan memberikan duit raya kepada kanak-kanak di aidilfitri lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan dan antara keburukan tersebut ialah:

  1. Kanak-kanak pandai berbelanja besar selepas musim raya seperti untuk membeli mainan komputer, mp3 / mp4 player atau video game atau untuk membeli hand phone. Perkara ini seterusnya akan mengundang pelbagai masalah.
  2. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di cyber cafe bermain komputer dan amalan tidak sihat lain termasuk menonton bahan lucah
  3. Boleh belajar membeli dan menghisap rokok
  4. Boleh belajar membeli dan menghidu gam
  5. Boleh membeli lebih banyak mercun dan bunga api - latihan penting membazir wang
  6. Menonton wayang bersama rakan atau girlfriend
  7. Bermain judi secara kecil-kecilan seperti bermain tikam-tikam di kedai.
  8. Membazirkan wang dengan membeli perbagai permainan  termasuk kereta remote  control
  9. Menimbulkan budaya meminta sedekah di kalangan kanak-kanak di hari raya.
  10. Menjadikan satu industri menguntungkan kepada ibu bapa yang kekeringan selepas hari raya dengan menghantar anak-anak memungut duit raya di kawasan perumahan.
  11. Menjadikan suasana hari raya satu hari yang membebankan kepada keluarga yang agak berada kerana kerap diganggu kanak-kanak yang ingin memungut duit raya.   
Sekian untuk kali ini. 

Maaf di atas segala kesilapan saya
Wassalam wallahu'alam

Emjay

24 comments:

  1. Ingatan yg amat baik tapi mmg sukar sikit sperti pemberian duit raya ni. Ia akan mengundang masalah pulak seperti menjadi tohmahan org. Ada idea nak selesaikan?

    ReplyDelete
  2. bab bagi duit raya.. nie dah jadi macam WAJIB plaks kan...... turun temurun.. yang nie susah skit....kalu tak bagi kan... apa pulaks kata org...... ntah laa ustaz... dah jadi macam sebati.... pelik pulaks rasanyer.... bebudak sekarang nie dah pandai nak demand... rm5 atau rm 10 ... kalau setakat rm1 memang masam jer muka... poning kepala.. kalu nak diikutkan.....alangkah baiknya kalau duit raya tu disedekahkan kepada Anak-anak Yatim.......

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh

    Bagi diri saya, apabila kanak-kanak datang beraya ke rumah, saya terus terang beritahu mereka ketika saya membuka gate, "kalau nak beraya jemputlah masuk tetapi duit raya tidak ada". Ada yang memang nak beraya dan memang nak masuk ke rumah saya dan saya layanlah mereka macam orang dewasa. Saya memang tidak memberikan mereka duit raya. Tetapi ada yang anak yatim tu memang saya berikan duit sedekah. Ada juga antara kanak-kanak ini langsung tidak mahu masuk ke rumah saya apabila diberitahu tidak ada duit raya.

    Apabila saya buat seperti ini, tahun-tahun berikutnya aman rumah saya berbanding rumah-rumah jiran yang kerap diberi salam oleh kanak-kanak yang mencari duit raya.

    Ada antara kanak-kanak ini apabila saya selidiki terdiri daripada adik beradek yang ramai yang datang dari jauh ke kawasan perumahan saya di hantar oleh bapa mereka dan akan dijemput pada waktu tertentu semata-mata untuk mendapatkan pendapatan bagi mereka dan mungkin untuk ibu bapa mereka.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  4. sy baru tahu...banyak lagi yang tersirat dalam agama Islam yang belum di'explore'...urmmmm

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas tips diatas Ustaz. Bagaimana pula dgn keluarga sendiri ya?
    Maklum la hubungan keluarga ni nak kena jaga jugak.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas nasihat diatas.

    ReplyDelete
  7. Ada yang sangat berkira untuk membuat aqiqah untuk anak pada hari ke tujuh kelahiran tetapi amat pemurah untuk memberikan duit raya.

    Mas emjay,

    semasa anak yg sulong, saya dianjurkan rakan pejabat lama untu k buat akikah anak lelaki saya genap pada tujuh hari, serta dicukur dan ditimbang rambut. di sedekahkan duit kepada org miskin setara dengan berat berat rambut mengikut timbangan emas. saya berusaha utk melakukan akikah pada tepat hari ketujuh walaupun pada mulanya agak ditentang oleh abang dengan mengatakan bahwa kalau hari k 7 bukan hujung minggu susah nak arramge kenduri and so on. alhamdullih hari ktujuh tu jatuh hujung minggu . sekrg istri hamil anak ke dua dan bercadang nak buat perkara yg sama. boleh mas huraikan adakah amalan akikah ni sunat atau bidaah dibuat mesti pada hari ktujuh atau ada fadilatnya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh sdr wafdi.

    Apa yang sdr lakukan untuk majlis akikah tersebut adalah berdasarkan syariaat Islam. Jangan lupa kalau anak lelaki 2 ekor dan 1 ekor untuk perempuan. Amalan ini di galakkan dalam Islam iaitu sunat dan bukan wajib. Kalau buat elokkalah sebagai tanda bersyukur berterima kasih kepada Allah SWT yang telah memberikan anak dan keselamatan ketika bersalin. Kalau ikut sunah, memang dilakukan akikah dalam tempuh seminggu serentak dengan memberikan nama yang baik. Kalau lepas seminggu kalau mengikut sunnah memang tidak ada dilakukan.

    Boleh merujuk artikel terdahulu saya iaitu panduan mendapat anak di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/8.

    Bila melakukan sesuatu kerana sunah, ia sudah melayakkan berbagai rahmat dari Allah. Allah swt sahaja yang mengetahui fadhilatnya.

    Sekian wassalam wallhuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. bolehkah jin ditangkap didalam botol

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Kisah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol adalah sebenarnya permainan sihir dan tipu daya syaitan dan bomoh sahaja. Jangan percaya kisah ini. Mereka hanya ingin menipu sdr agar mensyirikkan Allah dan di samping itu mereka ingin sangat wang ringgit saudara. Itu sahaja.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. bismillah,macamni,ana seorang perawat banyak tempat yg dah ana belajar ada yg bagi salam pada wali wali spt sy.abd kadir jailani dan sbg,ada yg sedekah alfatihah pada wali wali dan nabi dan setelah ana belajar kitab sunnah dan hadis sohih dgn seorang ustaz semua benda benda bidaah yg melibat kan agama ana tinggalkan.ana selalu berdoa pada Allah SWT agar ana dijauhkan dari perbuatan syirik dalam ilmu perubatan.dan kaedah yg selalu ana gunakan ialah dengan bedialog dgn jin yg mengaggu dan alhamdulillah ada jin yg masuk islam,jika yg berdegil tu ana akan baca rukyah paerubatan

    ReplyDelete
  12. seperti terdapat dalam perubatan islam.dan ana tak ada mengguna kadam atau apa benda pun yg ana guna kan hanyalah sebelum berubat ana bedoa kpd AllahSWT akan menurunkan pertolongan Nya.dan ada juga ana gunakan botol yg diletakkan di kaki dan kemudian ana akan suruh pesakit tu lurutkan dgn tangan dari kepal hingga kekaki dan seterusnya memasukkan jin dlm botol.ana memng tak nampak jin dalam botol tu

    ReplyDelete
  13. tapi ada pesakit yg nampak jin dlm botol tu berbentu asap atau berwarna hitam.jadi ana nak tanya ada tak cara perubatan ana ni yg tidak betul dari segi islam.dan ana nak tanya bagaimana kah cara nya nabi mengikat jin yg menganggu beliau ketika solat dan apa bacaan yg digunakan .wassalam

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh sdr banirroad

    Alhamdulillah selamat datang ke laman emjay semoga kehadiran sdr membawa seribu rahmat.

    Tentang soalan syaitan yang dipegang Nabi SAW ketika solat, sila baca artikel saya bertajuk Kisah tangkap jin dan masukkan ke dalam telur & hafiz pangkat besar menyesatkan! di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/129

    Tentang menggunakan botol tu, fahamilah artikel saya ini.

    Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada sdr banirroad semoga berada di jalan lurus yang diredhai Allah dan di matikanNya dalam iman.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Bismillah! semoga Allah memberi rahmat kpd Emjay ,saya dan semua pencinta sunnah Nabi SAW,saya terlupa nak beritahu selepas jin dimasukakn dalam botol saya akan lepaskan dga berdoa kpd Allah agar dikembalikan jin itu kpd tempat yg sepatutnya.tolong beritahu saya yg kurang arif ini adakah ini termasuk dlm perbuatan sihir .dan sekarang ni pun saya dah tinggal kan bacaan selawat sifa' da tafrijiyyah ketika merawat krn ia tiada bersumber dari nabi ,yg dibaca adalah selawat spt dalam solat shj.semoga Allah menjauhkan saya dari perbuatan syirik.wassalam

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt...nama saya Azman Omar,pertama sekali saya ucapakan terima kasih kepada Ustaz kerana memperkenalkan saya kepada Kak Aida.Daripada Kak Aida,ibu saya telah memperolehi ubat utk sakit hempedu batu karangnya.Kak Aida kirimkan ubat itu melalui anaknya yang mengajar di Pendang,Kedah.Alhamdulillah sakit ibu saya semakin berkurangan ,jika dulu dia tidak mampu bekerja kerana sentiasa sakit kini sakit itu semakin berkurangan dan dia sudah boleh bekerja spt biasa.

    Maaflah sebab setelah lebih 3 bulan baru saya memaklumkan kepada ustaz tentang perkembangan tersebut.Selama 3 bulan saya menunggu keputusan kesihatan ibu dan ternyata ubat itu berkesan,alhamdulillah..Sebenarnya setiap minggu saya lawati laman web ustaz,membaca setiap artikal yg ustaz karang,cuma tidak pernah memberi komen atau reply.Adakalanya saya photostat artikal2 menarik yg ustaz tulis,maaf sebab tak minta kebenaran dulu dari ustaz,selepas ini saya harap ustaz izinkan saya copy/potostat artikal2 yg ditulis ustaz.Selepas ini saya harap ustaz perbanyakkan lagi artikal2 tentang cara2 memelihara anak agar menjadi anak soleh/solehah.Akhir sekali jutaan terima kasih utk ustaz kerana sudi membantu,hanya tuhan yg membalas segala jasa dan usaha ustaz selama ini.

    Sekian wassalam wallahuaqlam.

    Azman Omar

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam abexic.

    Alhamdulillah di atas segala rahmatnya. Jangan lupa memanjatkan kesyukuran ke atasNya yang memberikan rahmat kesembuhan ke atas ibu sdr. Jangan lupa pesan kepada ibu sdr untuk mengelakkan pantang larangnya terutama sekali minyak.

    Kepada pembaca lain yang menghadapi masalah batu karang pada hempedu, boleh menghubungi saya.

    Artikel saya di laman memang untuk di baca orang ramai dan bebas untuk memanjangkannya. Lagi dipanjangkan lagi beruntung saya, insyaAllah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. salam. tn hj, saya student tn hj, saya sbnarnya ada nak tanya, tp saya sbuk sikit sem ni, tp bila saya free, bilik tn hj pn rmai org yg b'urusan. jd, sy tanya kat sini la..
    tentang kg saya, selalu buat berzanji. tp yg saya confius, wanita yg berzanji dgn mike, nada suara tinggi.. ada sekali tu, siap disahut dengan paluan kompang dari org laki kat halaman rumah.. baca berzanji tu bergilir2..tp smpai ke hadapan saya dan ibu saya, kami tolak (xnak bace).. pastu jadi la isu diorang.. kami (saya+ibu) tolak sbb ayah saya ada pesan, ayah saya xsuke ibu saya melagukan berzanji tu kat khalayak ramai..
    dlm hal ini, adakah salah saya menolak itu menunjukkan saya xhormat kpd bcaan berzanji tu? lagi satu, apakah status 'aurat' suara dlm situasi ni? sbb setahu saya, wanita tak boleh tinggikan suara @ melagukan @ merengek ngan org laki kan...? sbb ayah saya selalu pesan, jgn mengada2 bila b'ckap ngn org laki @ di khalayak rmai..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbh n110686

    Dalam bahasa mudah, elakkanlah dari membaca kitab berzanzi kerana banyak perkara karut marut di dalam nya dan kaedah bertawassulnya adalah menyesatkan. Namun kalau orang tarekat mereka pakai langgar sahaja.

    Perempuan bukan mahram kalau mengaji kuat depan saya pun saya tidak boleh mendengar, inikan pula kalau perempuan menyanyi atau melagukan bacaan dari kitab berzanzi.

    Elok benarlah bapa sdr tidak membenarkan ibu sdr membaca berzanzi. Kalau perempuan dibenarkan membunyikan Al Quran kepada bukan mahram, saya akan mencadangkan Siti Norhaliza untuk azan dan iqamat di Masjid Negara!!!

    Menjaga "hati Allah" adalah lebih baik dari menjaga hati manusia.

    Memang kebelakangan ini masa saya amat mahal dan ramai yang berurusan dengan saya di bilik saya tu. Kalau ada kenderaan, datanglah ke rumah saya waktu malam atau hujung minggu yang saya ada di rumah, banyak boleh bersembang.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Ya Allah, semoga Allah merahmati kita semua...terima kasih apa yanh saya cari telah jumpa.Seseorang yang mengajar Islam mengikut Al-Quran dan Hadith. Tak mahu di tokok tambah.Thanks

    ReplyDelete
  21. Semoga Allah merahmati kita semua.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum ust mj
    Mengenai pemberian duit raya,bagaimana dgn keluarga ust mj sendiri?adakah ust mj juga mengaplikasikan untuk tidak beri duit raya pada anak2 buah?bagaimana pula jika mereka (adik beradik dan saudara mara)mahu memberi duit raya pada anak2 kita?wajarkah saya menolak ?
    memang susah nak buang amalan tradisi yg telah berakar umbi dalam masyarakat.bagaimana ust mj menghadapi situasi ini dikalangan ahli keluarga sewaktu mula2 mengamalkan untuk tidak memberi diut raya pada kanak2.

    saya memang menyokong pandangan ust mj.ada baiknya kita bersedekah terus pada anak2 yatim dan gol fakir miskin sewaktu hari raya supaya mereka juga boleh menyambut hari raya dengan hati yang gembira.terima kasih

    ReplyDelete