Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Apa khabar semua pembaca Laman Emjay. Bulan Puasa dah semakin memasuki penghujung Ramadhan. Semoga amalan sdr di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan dihapuskan segala dosa.
Sudah lama saya tidak menulis dan tulisan saya terakhir adalah pada 24 September lalu. Hari ini sudah 5 Oktober. Kerja dipejabat agak banyak untuk disempurnakan dan waktu malam dibulan puasa ini saya tidak membuka pun Laman emjay di rumah.
Sudah lama saya menulis artikel-artikel yang hevyweight dan insyaAllah kali ini saya ingin menulis sesuatu yang digemari ramai iaitu petua berkaitan suami isteri.
Dalam sebulan dua ini, atas urusan rasmi saya dipertemukan dengan satu hamba Allah seorang wanita muda yang baru setahun lebih bersuami. Anak baru seorang dan masih kecil. Pertemuan saya yang pertama dengan hamba Allah yang saya namakan Asiah ini pada waktu itu beliau bermake up. Saya seperti biasa memang suka busy body dan menegurnya dengan tujuan agar Allah menambah rahmat ke atasnya. Alhamdulillah pada pertemuan berikutnya, Asiah tidak lagi bermake up. Semenjak pertemuan kedua, Asiah bertambah rapat dengan saya dan saya memulakan proses membimbing dan berdakwah. Saya mula mencampuri urusan keluarga termasuk anak, suami dan keluarganya. Macam-macam cerita keluar dari mulut Asiah.
Asiah semakin percaya dengan saya dan tiba-tiba pada suatu hari telefon saya berbunyi. Dihujung talian, kedengaran suara Asiah sedang menangis beria-ia sambil menceritakan pergaduhannya dengan suami. Perkara paling meruncing ialah hasrat sang suami yang mengugut hendak kahwin lain. Melalui telefon, alhamdulillah sempat juga saya menasihati Asiah agar bersabar dan jangan lari meninggalkan suami. Begitulah, perkahwinan belum sampai setahun setengah, berbagai pergaduhan antara Asiah dengan suaminya.
Pada pertemuan antara saya dengan Asiah berikutnya, panjanglah ceramah saya untuk membimbing Asiah ini. Berikut adalah antara intipati nasihat saya:
1. Asiah teramat suka makan kobis. Keturunannya semua sangat suka makan kobis. Asiah dan keluarganya (perempuan) menghadapi masalah keturunan keputihan yang serius. Saya menjelaskan kepada Asiah bahawa keputihan bukanlah penyakit keturunan tetapi adalah kesan dan akibat gemar memakan kobis. Sila baca artikel saya berkenaan kobis ini di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html
2. Asiah menghadapi masalah untuk melayan suaminya dari segi hubungan kelamin. Kerap kali ia menolaknya kerana tidak berupaya untuk melakukannya. Saya menjelaskan bahawa orang yang mengidap keputihan serius memang menghadapi masalah untuk melayan suami dari aspek hubungan kelamin.
Masalah sang isteri sukar untuk melayan suami di bilik tidur berdasarkan pengalaman saya memang semakin lumrah bagi pasangan Melayu pada masa kini. Isteri yang kerap makan jeruk kering (seperti asam boi), jeruk basah, junk food, jambu batu dan kubis insyaAllah bakal menghadapi masalah untuk melayan suami.
Saya mengajarkan satu ilmu yang dititipkan oleh arwah guru saya dahulu sebagai panduan isteri untuk menambat hati sang suami iaitu:
1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.
2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta. Bab jaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah kerana kalau tidak pandai masak, boleh saja membeli makanan di restoran. Namun sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana nak cari ganti?? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing kelaparan. Bila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul. Pernah saya diberitahu oleh seorang hamba Allah, si isteri hanya melayan suaminya sekali dalam tempuh dua hingga tiga bulan walau pun pasangan ini baru berkahwin!!
Dalam bab menjaga kemaluan suami ini, ramai isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya sewaktu haid dan sewaktu pantang beranak. Ada suami yang kuat nafsu yang mengingini dilayan kerap kemaluannya dan ada yang tidak begitu agresif. Apatah lagi kalau suami ini masih muda. Ada suami yang tidak mampu bertahan dan merasakan tempuh seminggu haid sebagai tempuh yang sangat lama. Kalau seminggu sudah tidak mampu bertahan, inikan pula berpantang lebih 40 hari sewaktu isteri beranak!!
Di dalam pertemuan ini, saya menasihatkan Asiah agar melayan juga suaminya pada kedua-dua waktu ini. Islam hanya mengharamkan berjimak sewaktu haid dan nifas tetapi Islam tidak melarang isteri melayan kemaluan suami. Saya menasihatkan Asiah membeli satu seluar dalam yang ketat yang macam seluar pendek untuk dipakainya bersama pad haid untuk kegunaan memuaskan nafsu suami. Saya menasihatkan Asiah untuk melakukan apa sahaja selain memasukkan ke vagina atau lubang dubur kerana ini ditegah dan haram. Lakukanlah apa sahaja asalkan air mani suami keluar, dan itu yang penting. Bila dah keluar mani tu, legalah sang suami.
Apa yang penting ialah puaskanlah nafsu suami kerana adalah bahaya seorang suami yang lapar kemaluannya. Suami dalam keadaan ini sangat sensitif dan kuat marah dan mungkin beliau akan marah tak tentu pasal. Kalau sang suami melancap untuk memuaskan nafsunya kerana tidak cukup makan, ini adalah haram dan bakal mengundang pelbagai masalah lain sebagai musibah dari Allah dan pastinya si isteri juga mendapat saham dosa. Yang haram ialah suami mengeluarkan air maninya sendiri tetapi adalah satu ibadah apabila isteri mengeluarkan air mani suaminya.
3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok.
Dengan menguasai ketiga-tiga ilmu ini, seorang suami bakal menjadi suami yang bertimbang rasa, pemurah, sabar dan perkara-perkara positif lain.
Alhamdulillah Asiah dapat menerapkan 3 ilmu ini tetapi timbul pula satu masalah baru sewaktu saya menemuinya baru-baru ini. Suaminya menyuruh sang isteri bercuti pada hari jumaat semata-mata untuk melayan nafsunya.
Ilmu yang saya kongsikan di atas kelihatan sangat mudah namun persoalannya ialah adakah ianya mudah untuk dilakukan oleh sang isteri?? Kalau menurut saya jawapannya ialah SUSAH!. Mengapa susah? Jawapannya ialah walaupun ilmu ini kelihatan mudah, namun seandainya Allah tidak mengizinkannya, tetap ia tidak akan terlaksana!!! Ramai para isteri yang mengamalkan ilmu ini tidak menyertakannya dengan meningkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini di amalkan serentak dengan peningkatan amalan agama sebagaimana dituntut Islam, insyaAllah ketiga-tiga ilmu ini menjadi mudah untuk diamalkan.
Bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan 3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami
Allah tidak memberikan sesuatu rahmat secara percuma. Setiap rahmat Allah memerlukan pengorbanan dari pada isteri. Korbankanlah segala sikap negatif semoga Allah memberikan rahmatNya dan seterusnya mudah mengamalkan 3 ilmu ini dan seterusnya dapat menawan hati sang suami.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu!
Sekian untuk kali ini, wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam perkenalan...
ReplyDeleteAda tak petua MENAMBAT HATI ISTERI? dan article no2, andai kata itu isteri dan ape pula peranan si suami? Maaf ye andai saya too outspoken in this matter...you can reply me by PM or email ..if it too sensitive. Andai tak bisa di jawab soalan saya atau tak mahu menjawab, don't bother and no further questions :)
T.kasih
Xana
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteInsyaAllah jika diizinkan Allah kelak saya tulis artikel berkenaan menambat hati isteri.
Berkenaan soalan sdr berikut: "dan article no2, andai kata itu isteri dan ape pula peranan si suami?", saya minta maaf kerana tidak dapat memahami soalan sdr. Minta tolong sdr jelaskan di sini atau melalui PM saya.
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
salam kpd prof emjay.
ReplyDeletelama dah tak bertegur sapa dlm web ni.
sy nak tanya pd prof emjay,boleh x sy pakai gelang magnetik kt tangan utk hilangkan toksik.
gelang ni terbukti baik dari segi saintifik.pelakon ac mizal menjadi dutanya.
http://edymium.com/new/web/default.asp
http://edymium.com/new/web/articles.asp
prof emjay boleh ke saya memakai nya utk tujuan kesihatan sbg usaha sy lebih mudah beribadat kpd ALLAH.
Assalamualaikum wbh afandianiqoh
ReplyDeleteKalau makan food supplement seperti cendawan DXN, jelly gamat, INTRA dsbnya, saya memang tidak membantah tetapi kalau yang gelang magnet itu, elakkanlah.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
mana ustaz petua nak menambat hati isteri,puasa ni susah betul nak bermesra mlm hari dgn isteri krn penat...
ReplyDeleteSabarlah tentang petua untuk menambat hati isteri, tengah kumpul bahan.
ReplyDeleteBulan puasa memanglah begitu. Itulah sebabnya di bulan puasa ini Allah sunnahkan solat malamnya sebelum tidur.
Wassalam
Emjay
salam prof emjay.terima kasih.
ReplyDeleteprof emjay boleh bagi sbb atau dalil utk tidak pakai gelang magnet ni tak?
sbb ramai saudara-saudara saya disini yg pakai dan promo kpd yg lain.
nanti dgn dalil yg akan prof emjay berikan akan saya jadikan hujah utk menolak ajakan dari mereka.
dikesempatan ini saya disini memohon ampun dan maaf jikalau terkasar bahasa dgn prof emjay.
ampunkan saya prof emjay.
akhir kata,selamat hari raya eidulfitri dari saya.
salam afandianiqoh... apa yang saya tahu, bahawa gelang magnet, cincin magnet dan sebagainya itu sama juga seperti batu-batu kristal...ia tiada manfaat di dalam perubatan...( berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pengamal rawatan alternatif aura). Ia cuma digembar-gemburkan sahaja kelebihannya dengan mewujudkan pelbagai jenis teori agar boleh diterima masyarakat.
ReplyDeleteMemakai atau menggunakan gelang magnet ini sama juga seperti memakai tangkal, yang ia tiada manfaat melainkan digembar-gemburkan. Sesuatu yang dipakai pada badan untuk mengharapkan kebaikan daripadanya padahal ia tidak relevan dengan sifatnya maka itulah yang dinamakan tangkal. Kalau anda sakit kepala atau pening..lalu ditampal koyok..itu bukan tangkal..tetapi itu ubat tetapi sekiranya anda sakit anda beli satu sticker yang kononnya boleh menyerap energi penyembuhan lalu ditampal di kepala..itu tangkal namanya kerana sticker sebenarnya tidak mempunyai sifat sebegitu melainkan digembar-gembutkan sahaja. Begitu juga gelang magnet... ia sebenarnya tiada fungsi dalam perubatan melainkan teori semata-mata. Kalau benarlah magnet ini bagus untuk perubatan maka tidak perlu membeli gelang yang sebegitu mengapa tidak ambil sahaja magnet yang besar2 ikat di badan.. Betul tak??
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih dan cantik sungguh jawapan reply dari sdr hatisuci di atas. Dengar dan ikutlah wahai afandianiqoh saranan hatisuci tersebut kerana sesungguhnya pengalaman hidup hatisuci memang sangat berharga.
Makan ubat dan berharap sihat dari Allah adalah disarankan dalam Islam.
Memakai tangkal lalu berharap sihat kepada Allah atau kepada tangkal tersebut tetap sesat dan syirik.
Memakai jade atau gelang kristal dan berharap sihat sama ada kepada Alah atau kepada jade atau gelang kristal tetap sesat dan syirik. Begitulah juga dengan gelang magnet ini.
Syeikh Mohammad Abdul Kadir Al Mandili memberikan satu petua untuk mengenali tangkal iaitu "Meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya. (Minta duit dari ayah tidak menyalahi).". Meminta sihat dari gelang batu jade, kristal atau gelang magnet adalah memohon sesuatu diluar bidang kuasa mereka.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
salam.prof emjay,semasa sy surf ahkam.net persoalan ttg gelang magnet tekah dijwp rupanya.
ReplyDeleteapa pendapat prof emjay ttg jawapan thtl.
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33820
Isteri aje ke yang kena jaga suami???
ReplyDeletesalam...bagaimana untuk mengatasi suami yang panas baran dan ego,,,,,
ReplyDeletesalam,bagaimana utk mengatasi suami yang panas baran dan ego
ReplyDeleteTerlebih dahulu, belajarlah untuk menjadikan diri tidak cepat panas baran dan ego kepada orang lain. Insya Allah suami itu akan menjadi lebih baik.
ReplyDeleteEmjay
assalammualaikum..saya amat tertarik dengan segala panduan dan nasihat yang diberi ..
ReplyDeleteSaya sebenarnya musykil dengan suami saya...saya sentiasa cuba untuk menarik perhatian suami..seperti memasak untuknya..menjaga badan dan kesihatan untuknya..meminati apa yang diminatinya..tetapi suami saya nie seperti tidak ada perasaan..jarang sekali saya mendapat repond dengan apa yang saya buat...seperti pujian atau dari segi perbuatan..Dan saya rasa dia malu dan tidak open mind tentang perkara 2 seks..Kerana saya sentiasa mengkaji apa yang perlu saya lakukan untuk menarik perhatiannya...belaiannya.... Dari seotang yang agak gemuk saya sudah lansing semata-mata ingin menarik perhatiannya. Saya tanyakan padanya dia tidak tertarikkah melihat saya yang sudah lansing..Dia kata ada tapi tak perlulah nak tunjuk. Ini membuatkan saya putus asa. Tapi kalau saya ikutkan gayanya yang cool sahaja...Saya pasti rumahtangga kami sejuk beku...Saya ingatkan dia bahawa kiter perlu sentiasa membaja ruamahtangga kiter agar sentiasa mesra..tapi katanya anak2kan dah ada sebagai pengikat tali kasih sayang..
Dia suami yang rajin dan taat perintah allah tapi agak pendiam...Kadang saya rasa sunyi dan rasa terhegeh-hegeh untuk mewarnai rumahtangga kami..Tapi dia cool sahaja....Saya bingung...apa petua , amalan yang boleh saya lakukan. ?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSeorang suami yang rajin memuji sang isteri, merbahaya dan awas.Nabi tidak mengajarkan untuk memuji manusia kerana puji-pujian adalah sebenarnya hanya milik Allah SWT. Islam hanya menggalakkan apabila kita melihat sesuatu yang menggembirakan seperti isteri yang cantik, isteri yang rajin, sebutlah masyaAllah.
Pujian hanya merosak dan membawa padah. Itulah sebabnya di dalam sebuah hadis, Nabi menyuruh kita untuk membaling dengan pasir ke muka orang yang memuji kita.
Suami sdr tidak pandai memuji sdr sebenarnya adalah satu rahmat yang besar. Bersyukurlah dengannya.
Buatlah sesuatu untuk mencari redha Allah SWT dan bukan untuk mendapatkan pujian dari suami. Berbuat sesuatu untuk mendapat pujian suami adalah satu sifat riak yang sangat berdosa.
Suami pendiam lebih baik dari suami yang banyak cakap. Bersyukurlah.
Semoga sdr suami isteri sentiasa diberkati dirahmati Allah.
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
salam. boleh tak berikan cara bagaimana nak menyuruh suami berada di rumah, tak keluar setiap malam lepak dgn kawan2 kat luar. anak saya 5 orang, yg sulung 7 thn dan yg paling kecik 7 bulan. Tapi suami susah nak melayan @ bermain2 dgn anak2 kat rumah, tetapi setiap malam selepas maghrib @ makan malam kat rumah dia akan keluar bersembang dgn kawan kat luar sampai 2@3 pagi. (semua kawannya lebih muda dari usia suami saya iaitu 3 thn). tolong ya, saya tak ada 'maid', dirumah saya and anak2 je yg ada.
ReplyDeleteassalamualaikum.Saya ingat saya seorang je menghadapi masalah dgn suami yang dingin, masalah saya lebih kurang je dengan nurrinda tapi saya di tambah lagi dengan kekerapan outstation. tensionnyaaaaaaaaaaaaaa.
ReplyDeletemacam mana nak redha dan ikhlas sayang dan cinta kepada suami setelah kita tahu di pernah main kayu 3 belakang kita? bila dah jadi macam tu, kita sentiasa cuak padanya setiap kali dia keluar rumah dan berkelakuan lain macam. cuba untuk tidak syak yg bukan2 tp pengalaman lalu bukan sesuatu yg mudah dilupakan.kadang2 terfikir untuk buat perkara yg sama di belakang dia, tp masih waras dan takutkan allah.dahle byk dosa, nak tambah g...
ReplyDeleteApabila kita mencintai Alah dan rasulnya melampaui cinta kita kita kepada makhluk termasuk suami atau isteri, perkara ini akan jadi mudah.
ReplyDeleteCintailah Allah dan RasulNya dengan melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Emjay
ustaz yang dirahmati..saya telah mendirikan rumahtangga selama 11 tahun dan mempunyai 3 orang anak. tapi saya amat kecewa dengan suami saya kerana dia terlalu pentingkan kerja daripada keluarga..sebagai rutinnya hariannya dia akan menghantar saya dan anak-anak ke tempat kerja dan sekolah..petang dia akan ambil saya dan anak-anak dan dia hantar kami depan rumah. lepas tu dia akan ke tempat kerjanya semula dan akan pulang ke rumah pada pukul 5.30 pagi ke esokkan hari..pada hari minggu dia akan balik ke rumah sehingga waktu petang itu pun setelah saya telefon beberapa kali..dalam 11 tahun menjadi pasangannya, boleh dikira hanya berapa kali dia menemani saya tidur pada waktu malam..dulu saya ada tegur tentang sikapnya..tapi saya dimarahinya. dia akan berubah seketika dan akan ulangi..sekarang saya dah semakin tawar hati dengannya..saya kasihankan anak-anak saya..dan saya terasa beban untuk mendidik anak-anak saya seorang diri.. saya begitu kecewa pada waktu ini kerana apa yang saya katakan padanya supaya berubah tidak diendahkan..saya rasa saya ni tak penting baginya..dia hanya pandai merayu jika mahukan saya untuk puaskan dia..dan sekarang saya rasa berdosa kerana bila bersamanya saya terpaksa..@@@@
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteBerat juga kes yang sdr alami. Ada juga rupanya lelaki seperti ini. Susah juga saya nak memberikan pandangan dalam kes berat seperti ini.
Berhampiran dengan rumah saya dahulu ada seorang janda muda anak dua kematian suami, saya namakan Asiah. Alhamdulillah setelah beberapa tahun menjanda ada seorang suami orang berpendapatan tinggi ingin memperisterikan janda ini. Saya pun tumpang gembira kerana tanggung jawab saya membantu anak-anak janda ini sudah boleh dilepaskan kepada suaminya. Jadilah janda ini isteri orang walau pun isteri kedua.
Namun setelah di lihat sendiri dengan mata kepala dan disoal terus kepada Asiah, saya diberitahu bahawa suami Asiah hanya balik ke rumah waktu office hour. Selain office hour dan week end, suami Asiah tidak akan balik ke rumah kerana bersama dengan isteri tua.
Walau pun demikian Asiah masih boleh menumpang kasih kepada suami, alhamdulillah dan sekarang Asiah sudah memperolehi anak baru bersama suami baru ini walau pun bermadu.
Dalam banyak hal, meredhai kesusahan dan kepayahan adalah lebih baik. Dalam kes Asiah, renovation rumahnya telah banyak dilakukan dan menelan banyak duit juga. Kini Asiah juga tidak perlu memandu kereta lama peninggalan arwah suami kerana beliau sudah memandu kereta baru.
Berbanding menjanda, alhamdulillah kini Asiah ada tempat mengadu dan bermanja walau pun kehadiran suami hanya diwaktu office hour sahaja.
Bagi kes sdr azihaaz, saya tidak hendak menjadi batu api namun berlapang dada dengan masalah suami saya merasakan satu pilihan yang lebih baik.
Emjay
terima kasih atas pandangan ustaz..suami tidak ada isteri lain..itu yang saya pasti..tetapi dia gila kerja..pelik ye..kenapa suami di zaman sekarang kurang menghargaai pengorbanan isterinya dan kurang faham erti tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam erti kata yang sebenar..??
ReplyDeleteAssalamualaikum yang berbahagia ustaz,
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yang dikongsikan ini.. benar kata ustaz, Allah tidak akan memberikan rahmatNya secara percuma. Pada minggu hadapan, maka genaplah usia setahun perkahwinan saya. akan tetapi, saya dan suami hidup berasingan sejak awal perkahwinan lagi disebabkan komitmen kerja dan belajar. Suami saya bekerja di dubai, dan saya pula masih menuntut di Perancis. sejak awal tahun ini, saya terlalu sibuk dan jarang2 berada di dalam negara (France) atas urusan belajar (training dan data collection), hingga saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan suami (sudah hampir 6 bulan). Suami pula hanya ada masa2 tertentu untuk bercuti.. Teramat la berat rasanya hati dan diri ini menanggung rindu yang menggunung.. Menjadi isteri, tapi tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.. Kadang2 saya menjadi serba salah apabila suami berkata bahawa ada masa2 tertentu, dia seperti mahukan saya di sisinya..
Ustaz, bagaimanakah caranya untuk menjaga hubungan suami isteri ketika berjauhan?
Terima kasih. Moga Allah merahmati ustaz sekeluarga.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBerdoalah semoga anda dan suami diberikan Allah SWT kekuatan dalam mengharungi dugaan ini.
Saya mencadangkan sdr agar walau bagaimana sibuk pun, datang berjumpanya di Dubai, bukan jauh pun dubai france. Jumpa sehari sudah mencukupi.
Emjay
Salam, terima kasih ustaz. Memang saya dan suami hanya mampu berdoa moga diberikan kekuatan dan kesabaran. 6 bulan adalah satu jangka masa yang lama, dan dalam tempoh tersebut pelbagai dugaan telah ditempuhi. Saya juga mengalami pregnancy problem (heterotopic pregnancy) dalam tempoh tersebut. Suami hanya sempat menjaga saya kurang seminggu ketika saya ditahan di hospital dan pihak hospital telah meminta suami menjaga saya. Saya telah pun mengaturkan pertemuan dengan suami pada bulan hadapan (setelah berkali-kali memujuk supervisor meluluskan cuti). Kadang-kadang perkara ini membuatkan saya rungsing, tambah lagi supervisor adalah sangat berat hati utk memberikan cuti.
ReplyDeleteassalamualaikum wbt ustaz,
ReplyDeletesaya telah mendirikan rumahtangga selama 5thn dan mempunyai 3 org anak.saya merupakan isteri kedua. suami merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sentiasa travel ke luar negara.2 bln sekali baru dapat berjumpa suami itu pon dia tidak dapat memberikan masa kepada saya dan anak2.suami terlalu gilakan kerja dan lebih rela menghabiskan masa bekerja dan berjumpa rakan2 perniagaan.
apa yang menyedihkan saya ialah saya seperti tiada hak sebagai isteri.isteri pertama selalu menyerang saya,control suami dan suami terlalu mengikut kemahuaan isteri pertama dan saya rasa sangat tersisih.saya dan anak2 tinggal dirumah bapa.memanglah bapa saya seorang yang berpengaruh dalam perniagaan tetapi saya malu untuk terus menerus tinggal dengan bapa dan juga bapa menyediakan nanny,helper dan driver.suami saya sangat gembira dengan keadaan itu sebab dia boleh save duit dia..tapi saya kecewa kerana saya juga berhak meminta suami menyediakan rumah dan kenderaan untuk saya dan anak2..mengapa untuk isteri pertama dia boleh menyediakan rumah dan kereta mewah tapi untuk saya tidak? bila saya meminta saya dimarahi dan dituduh tidak bersyukur dan macam2.bila berlaku pergaduhan suami akan memboikot saya dengan tidak mahu menjawab panggilan telefon,sms,email dari saya.
saya diperlakukan seperti tidak bermaruah.suami akan sangat baik bila inginkan sesuatu dari saya dan juga bapa saya.
bila berlaku pertelingkahan saya menuntut cerai kerana walaupun saya bersuami tapi seperti tidak bersuami.
saya fikir saya selalu menggembirakan hati suami tetapi saya tidak tahu apa yang diingini.
suami juga tidak suka bertemu isteri pertama tetapi terpaksa mengikut kehendak isteri pertama dan apabila suami bertengkar dengan isteri pertama saya yang menjadi mangsa dia melepaskan geram.
kadangkala suami menunjukkan yang dia sangat menyayangi saya tetapi dia membiarkan saya.suami tidak mahu berbincang bila kami menghadapi masalah dan suami terlalu ego dengan kedudukan yang dia ada.
saya terlalu sedih dan sangat tertekan.
sikap suami selalu membuat saya keliru.keadaan suami yang terlalu cemburu dan suka memperlekehkan saya.
walaupun kedudukan saya stabil dari segi pelajaran,kewangan dan juga fizikal tapi saya terlalu terluka dengan keadaan ini.
saya sentiasa mencari2 jawapan dalam masalah ini tetapi menemui jalan buntu.
salam ustaz, saya amat rusing dengan perangai suami saya.suami saya suka melancap dari bersama saya.saya pun tak tahu mana silapnya saya,saya cuba pakai baju seksi2 mgoda dia tapi tak diendahkan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteAda yang tak betul tu. Kena semak semula setiap amalan yang bertentangan dengan Islam. Isteri bersolek bila keluar rumah sudah cukup untuk merosakkan hubungan suami isteri. Inikan pula kalau isteri keluar rumah tak tutup aurat.
Kembalilah ke jalan yang Allah SWT redha agar kehidupan sdr dilimpahi rahmat.
Emjay
salam ustaz,kami telah berkahwin sudah lebih 15 tahun dan mempunyai 4 orang anak.sikap suami yang tidak mengambil berat ttg pelajaran ank dan kurang membimbing saya dan anak 2 ke arah jalan kebaikan membuatkan hati sy amat kecewa.saya pernah menegur dengan cara yang sopan tp tak berkesan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.bila cakap tentang kisah nabi ke atau bab2 agama ,suami saya pandai dan tahu tetapi dia tidak mempraktikkannya.kuat hisap rokok dan bila kami bersama setelah saya puas selalu saja suami pula tak dapat mengeluarkan maninya.ini kadang2 membuatkan saya kecewa dan cepat syak wasangka sebab suami saya kerja d kl manakala sy d utara.Tolong ustaz doa apa yang harus saya baca untuk suami lebih mengambil berat.
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletesuami saya ego yg sangat tinggi..airmata saya berjuraian bile terasa pilu melihat keegoan suami.. saya telah berusaha utk berlembut dan melayannya sebaik mungkin tetapi dia tetap melayan saya seperti banduan. Apakah saya perlu tunjuk ego saya pula utk menyedarkn suami akan tingginya maruah seorg isteri..
Assalammualaikum ustaz.
ReplyDeleteJika tak keberatan,boleh ustaz beritahu bagaimana cara mengatasi suami yg suka melancap?boleh dikatakan hampir setiap hari kami melakukan hubungan intim.kecuali uzur.tetapi adakalanya saya lihat suami saya terlalu lama di tandas.hingga la satu hri saya terniat untuk mengintip.baru lah saya tahu suami saya suka melancap.hancur luluh hati saya ustaz.kerana sambil melancap,suami saya menonton adegan lucah di handphone.saya seorang suri rumah dan untuk pengetahuan ustaz,saya tidak pernah keluar rumah jika tidak bersamanya.saya juga tidak memakai baju yg menjolok mata apabila keluar.tolong la saya ustaz.bagaimana cara saya berhadapan dengan suami yg bersikap begini?
assalamualaikum ustaz...saya bekahwin hampr 5 thn,berkenalan seblm kahwin 6 thn..masalah saya adalah,saya x tau pun yg suami saya ni kuat minum arak..bl dh kahwin br la saya tahu kalu sblm kahwn saya tahu,sumpah saya x kawn ng dia..ni anak mask 3 org,suami saya suka pukul saya ustaz walau pon tgh mengandung.saya sebnrnya dh pent nk bg badn kene bantai je,tp saya takt nk mnt lepas sbb takt dia ambik ank2.untuk maklumat ustaz,suami saya tiap2 hari minum arak waktu malm mula dr jam 8..kami org islam,dh pent saya nasihat kn dia tp dia jawp dia lbh rela lepas kn saya dr arak..saya juga sembahyang 5 waktu ustaz,tapi suami saya ttp x nak berubah.sepanjang kahwin,x pernah 1 kali pn dia sembahyag ngn saya.ni anak yg sulung dah sekolah tadika islam(4tahn).kat rumh ank kami sll nasihat tanya papa dia kenapa papa x penah sembahyang,dia boleh pulk marh ank dia.kalu gadoh pun ustaz,saya kene je ngn dia,,kadg2 anak2 pun kene..tlg la saya ustaz..masa saya tulis ni dia tgh tido br 2 hari leps kene sepak n hentak kepala kat dinding ngn siku dia..sekali pon dia x mnta maaf,walau dh 3 kali mask hospital..saya x pernah lawan cakap dia ustaz sebab saya hormat dia..tp kadg2 adalh silap sket,itu la yg dia jadikan punca ustaz..kadg2 saya rasamacm x guna..untuk maklumat ustaz,suami saya orang pakistan yg keluarga dia kuat agama..tlg la bantu saya ustaz..sakt badan saya kalu sell mcm ni..
ReplyDeletesalam ustaz..saya ni telah berkahwin selama 7thn.tp makin lama saya dpt rase yg kami tdk serasi..hak2 saya sebagai isteri diperlekehkan ustaz.hub seks kami makin dingin..kemesraan juga makin hlg..kdgkala saya terfikir utk berpisah..saya melayari facebook utk menghiburkan hati.sehinggalah saya mula berubah hati kepada seseorg.dan sekarang saya bingung ustaz..ape yg perlu saya lakukan.dah byk kali saya berbincg dgn suami tp tdk berhasil..saya takut iman saya akan goyah ustaz..
ReplyDeleteNak tanya, sdr
ReplyDelete1. Solat selalu miss tak
2. Ada ber make up dan lipstick
3. Ada tutup aurat tak
Jawab dahulu semoga saya mudah menjelaskan kelak insyaAllah
Emjay
saya mmg selalu miss solat ustaz..pakai lipstik tp sdrhn je..tp menutup aurat..
ReplyDeleteApabila sdr miss solat maka sdr akan sia-siakan suami, anak, pekerjaan dan sebagainya. Ini janji dari Allah yang disebutkan oleh hadis.
ReplyDeleteApabila sdr pakai lipstick maka satu hari sdr akan terpaut dengan jantan lain. Sekarang ada suami terpaut dengan jantan lain. Esok kalau sdr bercerai dengan suami sekarang, sdr akan terpaut pula dengan jantan lain, itulah antara hadiah yang diberikan Allah SWT apabila seorang wanita berhias bermake berlipstick keluar rumah.
Kalau nak dibaiki hubungan dengan suami sekarang,:
1. Buang lipstick
2. Jaga solat wajib
3. Hormati suami
4 Elakkan segala amalan bertangkal, amalan pengasih dan segala amalan khurafat lain.
Semoga Allah SWT memberikan sdr rahmat dan berkat
Emjay
Subhanallah..ini punca semuanya..saya xpernah menyedari semua ini..terima kasih dgn penerangan dr ustaz..saya akan ubah mane yg xbetul dlm diri saya agar terus bahagia..terima kasih ustaz..alhamdulillah..
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeletemohon penyelesaian utk permasalahan saya ni. Sya sbnarnya seorg yg bru nak blajar kembali ke jln yg betul... insyaallah. masalah yg sya hadapi skg, suami sya seolah2 x izinkan. Dia lbh suka sya yg dlu. Sya benar2 nak kembali ke jalan Allah... sya juga sygkan suami sya. Skg, sya x putus2 mohon petunjuk Allah... sya takut klu sya kembali ke jln lama sya... sya takut sbb sya sedar iman sya masih blum kukuh... mohon bantuan ustz...
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKembali ke jalan yang betul yang Allah SWT redha adalah satu jalan yang penuh ranjau berduri. kini sdr sedang mengalaminya iaitu ranjau berduri dari tentangan suami. Banyak lagi ranjau berduri yang sdr perlu lalui. Itulah sebabnya Allah berfirman mafhumnya:
Al Baqarah [155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Muhamad [31]
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Al Anbiya [35]
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Memang sesungguhnya untuk masuk ke syurga rumit jalannya tetapi jalan untuk ke neraka memang mudah sekali.
Kalau sdr ada peluang, datanglah belajar di rumah saya di Johor Bahru.
EMjay
Salam ustaz,
ReplyDeleteSejak bulan pertama kahwin hingga sekarang lebih 10 tahun, anak sudah 4, suami saya tetap dengan perangai laghanya. Hobinya sama ada: 1. main game komputer dari balik kerja sampai ke pagi esoknya. 2. bersembang dan melepak dgn kwn2 dr awal malam hingga 2-3 pagi, 3. chatting dalam facebook atau email sampai pagi, 4.tonton cd dan cd lucah sepanjang malam, 5. tidur dari senja sampai esok pagi. Solat sekali-sekala, biasa sekali sehari(maghrib aje). Kerja rumah tak pernah ditolong. Wang dapur berkira2 dgn isteri, keperluan anak2 sekolah diabai, hendak baju raya setahun sekalipun terpaksa minta2. Puas saya ajak berbincang, dia buat tidak tahu, tulis surat, dia buang. Tulis mesej dia sindir2 saya. Panas baran pula tu, kucing msk rumah dibunuhnya, anjing main tepi pagar dibunuhnya. Silap aje pecah pinggan, mulut sebut babi, celaka, bodoh pada isteri. anak2 selalu kena bangang. Saya sudah jaga makan minum, pakaiannya...pakai seksi2 di rumah, beli baju tidur mcm2 gaya, dia tak pandangpun...sedap lagi dia tengok cd lucah, saya pernah jumpa berpuluh2 keping, bila dah dibuang, tengok beli lagi...bila saya bengang, dia masuk group e-mail "kl bogel", berlambak2 didownloadnya. Macam mana saya nak buat lagi?saya sudah letih & kecewa.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBenar sungguh hadis yag lebih kurang maksudnya, "kalau kamu sia-siakan solat maka kamu akan sia-siakan kehidupan mu".
Kini suami mensia-siakan kehidupamnya, isteri disia-siakan, anak disia-siakan, harta benda di sia-siakan untuk pornografinya, usia pun disia-siakan.
Sebenarnya orang macam ini memang banyak sekali. Itulah bahananya apabila agama disia-siakan. Orang macam ini memang Allah berikan azab yang pedih seperti hutang, hati tak gembira, keluarga sempang perenang dsbnya.
Kini lazimnya azabnya akan bertambah. Tunggu ajelah masanya.
Semoga sdr sabar dan lakukanlah solat dan berdoa kepada Allah SWT. Dan janga lupa minta ampun kepada Allah atas dosa-dosa sdr yang lalu seperti tidak jaga solat dsbnya.
Emjay
Terima kasih atas nasihat ustaz, insyaallah saya akan jaga solat saya & bykkan tahajud.
ReplyDeleteSejak saya tegur perangai dia buat kesekian kalinya pada minggu lepas, dia tak bertegur sapa dengan saya. Kami dlm rumah seperti org asing. Dia tak makan apa yg saya hidang, tidur memanglah tak sekali sebab selama ini dia asyik dgn hobinya sampai ke pagi, mana ada masa nak tidur dengan saya.
Naluri saya kuat ingin mengatakan saya ingin mohon penceraian kerana benci dengan kelakuannya. Apatah lagi, semalampun dibalingnya anak dgn bekas air milo sebab anak yg umur setahun lebih ganggu dia tengok youtube...Berdosakah saya minta cerai dalam keadaan begini.
Kalau dia tidak memberi nafkah batin untuk beberapa bulan, sudah boleh rujuk ke pejabat agama untuk minta nasihat dahulu untuk bercerai. Kalau dia tidak solat untuk sekian lama pun boleh minta nasihat di pejabat agama untuk bercerai. Dibolehkan.
ReplyDeleteNamun yang penting sekali sekiranya sdr sendiri tidak mengubah agama sdr, esok selepas bercerai kalau dapat suami baru pun lebih kurang serupa dengan yang sekarang ini, itu janji Allah.
Emjay
Saya kdg2 jadi tidak faham, apa salah saya sehingga mendapat suami begini. Sejak kecil saya menjaga solat, menjaga aurat,bertudung labuh, terlibat dengan usrah dsbnya. Semasa dilamar suami saya terus menerima apabila dia selalu mengatakan dia anak cucu alim ulama, dan dia sering juga terlibat usrah kononnya. Bila sudah berkahwin baru saya tahu siapa dia. Dia ajar saya tengok wayang, perkara yang saya tak pernah buat. Dia tidak solat, suka memaki celaka dan babi yg saya tidak pernah dengar dari keluarga saya. Dia tgk cd lucah dlm rumah, benda yg tidak pernah saya jumpa. Dia bersalaman dengan perempuan ajnabi, perkara yang saya sangat elak, Dia benci rancangan atau aktiviti agama, yg bertentangan dengan saya. Dia kata dia memang sengaja cari wanita baik sebab nak buat isteri sebab susah nak cari wanita yang betul2 suci. Hingga kini setelah sekian lama hidup dengan teladannya, saya hampir2 tewas dan seperti jauh dari agama. Sedangkan, saya sangat menginginkan seorang suami yang menjaga agama, memberi teladan yang baik kepada isteri dan anak2...tapi saya dapat yang lebih teruk dari orang2 yang biasa, hingga saya tertanya, apa salah saya?
ReplyDeletesalam ustad.suami saya seorang yg panas baran.kdg2 menengking saya depan org ramai.saya sgt malu dan sedih.bila saya meluahkan masalah ini dia kata soal perasaan belakang kira,dia xnak ambil tau.smi saya boleh di katakan asyik nak marah2 je.bantula saya ustad
ReplyDeleteSebelum nak bagi komen nak tanya dulu, irfanita:
ReplyDelete1. Ada miss solat tak?
2. Ada pakai gincu / lipstick tak?
Sekian buat masa ini.
Emjay
Assalamualaikum ustaz...macamana nak mengatasi masalh suami yang memperlekehkan solat...sehari 2 waktu sahaja, yang lain hilang entah ke mana..bertahun hidup dengannya, masalah saya cuma itu sahaja. suami saya sgt sayangkan keluarga terutama sekali anak2. tapi bila tak solat, iman menjadi setipis bawang..kesabaran kurang...hati cepat panas, baran datang tak semena2...saya dah nasihatkan dia tapi diam seribu bahasa. buat masa ni saya cuma menjaga untuk saya sahaja tapi dalam pada yang sama saya kesiankan dia. saya tak nak dia terus alpa dibuai kesibukan mencari duniawi, tapi akhiratnya entah kemana...doa saya tak pernah putus mungkin belum diizinkan Allah atas sbb2 tertentu..wallahualam...
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz...
ReplyDeletesy boleh dikatakan br setahunjagung berumah tangga. untuk pengetahuan ustaz, sy telah mengenali suami sebelum berkahwin selama 3thn semasa menuntut bersama2. kami mmg saling menyayangi antara satu sama lain.pada bln mei 2010 kami berkahwin dan sekarang telah dikurniakan seorang ank lelaki yang comel. suami seorang lelaki berkerjaya n berjaya. begitu juga dgn sy. penghujung thn lepas, suami ade out-station bersama officemate (perempuan-bujang). n lama kelamaan hubungan kawan bertukar menjadi teman yg mesra. sy penah mengesyaki suami n bertanyakan perihal itu. tetapi suami telah menyatakan hanya rakan. tp awl bulan ini, sy dpt menhidu segalanya. suami pernah melakukan perkara yg tidak sepatutnye dilakukan oleh bukan muhrim (tidak sampai berzina). dia telah mengaku n telah memohon maaf dgn saya kerana kealpaaan dan kecurangan yg die ckp tanpa die sedar. die mula menyayangi perempuan lain selain sy. sy telah memaafkan suami atas ape terjadi. sbb sy terlalu sygkan dia dan rumah tangga kami. sy dngn suami ade bertemu dgn officemate die. kami berbincang dr hati ke hati. untuk pengetahuan ustaz, sy amat sedih and derita dlm hati sy tertanggung. sy hanya mampu berserah n momohon Allah untuk melapangkan hati sy n suami. sy telah melakukan solat istikhoroh dan momohon petunjuk ttg keraguaan hati. sy memohon Allah berikan petunjuk andai suami adalah jodoh untuk sy dan sebaliknya untuk sy dan jodoh suami sy hanya ditakdirkan untuk sy seorg, sy memohon Allah tunjukkan jln kebaikan n hindari klu jln yg leh memodaratkan sy. dan sy telah didatangi byg2 dan gambaran wajah ank kami silih berganti. sehinggalah sy tersedar dr tidur. apakah itu merupakan petunjuk Allah berkenaan istikhoroh sy?
sy redha ape sahaja keputusan suami. tp untuk pengetahuan ustaz, sy bkn membenci pilogami. cume sy tidak yakin suami mampu adil dlm semua segi. sy tidak mahu suami menerima laknat Allah andai die menyeksa hati mne2 isteri(kalau berpoligami). sbb itu, sy pnh ckp bialah sy berundur untuk menyelamatkan suami dr hanyut dgn hasutan syaitan. tp suami menolak kerana die terlalu sygkan sy. die rela melepaskan perempuan itu keran tidak mahu kehilangan sy. sy bersyukur tp sy ingin memohon n minta pendapat ustaz, bagaimanakah cara untuk sy membantu suami melupakan perempuan itu, ape yg ptt sy lakukan?.
untuk pengetahuan ustaz, dulu sy mmg seorang yang lalai dlm tanggjawab terhadap agama (solat). tp alhamdullillah Allah telah beri petunjuk n bukakan hati sy untuk kembali pd jln-Nya. sy selalu meminta Allah selamatkan rmh tangga kami, peliharakan kasih syg kami, kukuhkan kasih kami...
hanya dngan Allah tempat sy mengadu.
harap ustaz boleh menasihati sy cara yg ptt sy lakukan untuk membantu suami dan menyelamatkan rumah tangga kami. suami seperti kecewa n sedih dgn perpisahan yg die telah tetapkan. bantulah sy ustaz....Assalamualaikum
Salam ustaz...apa yg sy tahu isteri jika tidur tidak boleh membelakangkan suami. tapi kalu suami tidur membelakangkan isteri tak pe ke ustaz...sbg isteri terasa kita tidak disayangi....
ReplyDeleteassalammualaikum ustadz..
ReplyDeletesaya seorg istri yang saat ini sedang berjauhan dengan suami karena saya sedang mengambil study diluar negara. suami sering meminta saya utk mengirimkan foto-foto dan video saya yang sekiranya dpt memancing gairahnya. apakah ini dibenarkan dalam islam?? dan apabila kemudian suami melakukan onani setelah melihat video dan foto saya tersebut? apakah cara yang kami lakukan ini dibenarkan?? kami takut akan zina oleh sebab itu kami melakukan hal ini.
Assalammualaikum ustaz..
ReplyDeletesy ingin bertanya adakah berdosa bgi seorg isteri mencurigai suaminya sendri setelah apa yg suaminya penah lakukan. maksud sy disini sebelum ini sy tdk penah mencurigai suami sy. tpi setelah sy mendapat tahu dia berhubung kembali dgn bekas kekasihnya sy mula syak wasangka kepadanya. mmg suami sy sudah pun meminta maaf kepada sy dan mengakui itu semua kesilapannya dan berjanji tdk akan mengulanginya lagi. tpi hati dan perasaan sy sering curiga kepadanya. apa yg harus sy lakukan untuk menghlgkan perasaan curiga ini. dan apa ptt sy lakukan lagi utk memikat hati suami supaya suami tak mencari lain. kerana ketiga2 diatas mmg sy tlh lakukan sjk mendirikan rumahtangga lagi.
Sila perturunkan cara terbaik isteri melayan suami tidak kira masa agar suami rasa tidak mahu berpisah
ReplyDeleteAssalammualaikum,ustaz...soalan sy agak peribadi sedikit tapi mohon ustaz beri tips dan pendapatnya ya..sy dan suami sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurnia 2 org puteri..sy bru shj mlhirkn ank kmi yg kedua dan skrg brusia 5 bln..saya ada mslh kurang nafsu stlh mlhirkn ank kedua..ini mnyebbkn sy tidak rse nikmat ktika bsama..akn ttapi apabila sy bnafsu suami mbolak keas pmintaan sy..dan suami lbih suka sex sy ktika sy sdg nyenyak tidur..tnpa belaian dan kucupan dia trus mmasukkn zakarnya..sy seringkali mrsekn dri sy ini sprti patung krna dprlakukn bgitu..dan sy sgt sdih krana hubungan intim kami tak semesra dahulu..setiap kali sy ingin bmnja dan mmblainya suami mengherdik sy..apakh hukumnya dan mohon tips dan nasihat ya,ustaz
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSesungguhnya Allah amat menyayangi kita semua. Diberikan ujian adalah semata-mata untuk manusia jadi lebih baik.
Kalau wanita berlipstik, rumah tangga memang panas dengan berbagai azab / ujian agar manusia berubah menjadi lebih baik.
Kalau wanita membenci poligami, insyaallah diberikan Allah ujian orang ketiga agar wanita redha dengan segala hukum Islam. Poligami bukannya hodoh. Nabi SAW pun menyayangi Aishah lebih dari isteri yang lain, tidak menjadi kesalahan pun. Rujuklah An Nisaak [129]
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Redhalah dengan hukum Islam 100%. Itu lebih baik bagi sdr.
Dalam kes sdr ini, jauhilah ambil air penawar atau jumpa bomoh kerana ini hanya akan menghancurkan rumahtangga sdr. Berdoalah dan jagalah solat. Tambahkan solat tahajud.
EMjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKalau diberi izin oleh suami dan suami redha tidak mengapa.
Emjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteTidak elok perbuatan hantar gambar sdr yang berbentuk lucah tu. Kalau nampak dek anak kan tak elok. Apatah lagi gambar lucah sdr dijadikan sandaran untuk suami melakukan onani, haram hukumnya.
Sahabat nabi dahulu pun tidak dapat bertahan berjauhan melebihi 2 bulan tanpa isteri. Nasihat saya ialah simpanlah duit agar setiap 2 bulan salah seorang dari anda boleh terbang untuk bertemu.
Emjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSuami berhak mencurigai isteri kerana itu adalah tanggungjawab dia tetapi sebaliknya isteri tidak boleh mencurigai suami. Mencurigai suami hanya menambah dosa serta balasan pedih dari Allah kepada isteri.
Bila suami keluar rumah, doakanlah dia.
Ingat bahawa mencurigai suami hanya mengundang masalah hadiah dari Allah SWT
Emjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSimpati saya ke atas masalah yang di lalui. Masalah ini adalah hadiah dari Allah kerana sesuatu yang Allah tidak redha. Selalunya masalah begini berpunca kerana suami gemar pornografi. Cuba semak dengan suami.Rahmat atas katil adalah milik Allah dan hanya diberikan kepada yang Allah perkenan sahaja pastinya yang tak banyak dosa berkaitan seks. Yang banyak dosa berkaitan seks seperti pornografi memang lazimnya Allah tarik nikmat seks.
Semoga Alah merahmati sdr.
Emjay
asalam ustaz, saya ada masalah ngan mertua. mertua saya dan ipar2 saya semua tak sukakan saya, sampai tahap memaki saya. raya dah tak lama. suami minta saya beraya di rumah mertua. tapi selepas kena maki tu saya dah rasa serik. macam2 dia kata saya ustasz..... tapi saya diam jer. sakit hati siapa la yang tau. abang ipar dia main bomoh siam. sekarang saya dah ada anak. saya risau. kalau saya balik saya risaukan keselamatan anak saya, abang ipar saya pernah menyuruh suami saya ceraikan saya, sebab saya ni tak boleh nak tumpang senang, katanya. dia pula main bomoh siam. macam mana ni
ReplyDeleteperluka saya balik umah mertua saya
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKita semua tidak akan lepas dari ujian. Antaranya rakan sepejabat, jiran, saudara mara dan tidak ketinggalan mertua dan ipar. Apa nak dirisaukan dengan ujian ini. Ia perlu dilalui. Orang marah hina kita bukannya sakit pun tubuh badan sdr. sabarkanlah sahaja. Ini adalah sebahagian proses pembelajaran.
Tentang abang ipar kaki bomoh siam tu apa yang sdr perlu takut. Syaitan tiada kekuasaan ke atas orang beriman. Kalau syaitan tu hebat sangat, Dr MAZA tu dah gila dikerjakan oleh syaitan. Sdr saya pun ada yang kaki bomoh. biarkanlah mereka.
Ikut dan taat suami tu. Baliklah kampung suami tu. Jangan takut kerana Allah adalah Allahuakbar.
Emjay
Assalamualaikum. Terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya seorang isteri bekerjaya, 10 tahun melayari bahtera rumahtangga, dikurniakan 3 cahayamata. Suami, juga menjawat jawatan yg tidak kurang hebatnya. Kami bercinta selepas berkahwin, (kenal, terpisah 4 tahun, bertemu semula, kahwin dlm tempoh 3 bulan) Alhamdulillah, saya bahagia. Namun, atas kealpaan dalamkebahagiaan, saya lalai.... Tersentak dengan perubahan mendadak suami menjadi pendiam. Dia memang seorang yg takbanyak kerenah, kurang bicara..... Namun, sejak akhir- akhir ini, terlalu mnyendiri membuat saya bingung. Sapaan saya dibalas dengan rengusan, sapaan anak2, tidak di endahkan.... Menitik airmata anak sulong saya sebentar td, bila bertanya pada ayahnya, "ayah... Jadi tak pegi rumah acik lia?". Rumah kakak ipar.... Ayah membatu. Sambil menitik air mata, dia mendapatkan saya, ".... Ummi, ayah buat tak tahu je dengan kakak....". Ya Allah, hati ibu mana yg tak tersentuh dgn ketulusan seorang anak sedemikian...... Saya pernah slow talk, kalau ada wanita lain, saya izinkan poligami, namun, dia menafikan. Cuma permintaan saya satu, jgn menjauhkan diri dari saya dan anak2. semoga Allah membuka pintu hatinya menyayangi kami.... Semoga Allah meleraikan kekusutan yang saya hadapi...... Mohon sedikit nasihat agar saya dapat menjernihkan kekeruhan rumahtangga kami, dengan izin Allah. Wallahua'lam.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteNak tanya dulu,
1. Sdr ada tak memakai make up seperti lipstick bila keluar rumah?
2. Ada tak sdr mengamalkan sebarang amalan / bacaan tertentu bertujuan untukmenambat hati suami?
3. Ada tak pakai produk Aura Seri atau produk yang mirip sepertinya?
4. Ada tak sdr tampal di dinding atau dimana-mana dalam rumah ayat-ayat tertentu / tulisan arab tertentu dan ada pula huruf-huruf arab tertentu atau ada rajah tertentu di dalamnya. Kadang-kadang ada orang datang ke rumah jual dan kadang-kadang pemberian ustaz tertentu.
Jawab dulu soalan ini nanti saya jawab soalan sdr yang lain tu.
Emjay
Salam ustaz..sy ingin bertanya adakah berdosa bg seorg isteri utk memarahi suami d dlm hati?sdgkan tjuannya adalah utk mengelakkan sebarang pergaduhan..namun dlm masa yg sama si isteri makan hati dan kecewa dgn sikap suami yg mengabaikn tanggungjawabnya.
ReplyDeleteKenapa ustaz lbh mmpersoalkn kesilapan istri? Sdgkn suami yg byk blaku curang, tdk thn godaan wanita cntik dn sbgnya. Istri pakai sopan, yg dsukanya pompuan bpakaian tp telanjang atau telanjang terus. Istri telanjang dn seksi mane pon x dpandg. Istri x bgincu yg ttariknya dia pd wanita bgincu yg bkn istrinya. Krn llaki lh tmsk suami org, ramai wanita btudung tp gedik dn ibarat telanjang skrg ni. Ada jg istri yg bpakaian seksi utk bsaing dgn wanita d luar sana yg sering di igaukn si suami... Mf. Inilh hakikat. Pgorbanan istri tlalu bsr utk dlakukn. Sila blaku adil.
ReplyDeleteSbg ketua keluarga, suamilh yg lbh utama sbg cnth dn mndidik keluarganya. Bkn sering mjd cnth tdk elok dr segi akhlak, klakuan, pbuatan dn tjwb lainnya. Pkahwinn bkn blandas nafsu smata. Dn dlm islam ini bkn alasan utk si suami mlakukn zina atau mgikut hawa nafsunya smata. Llaki yg tdk tahu mjaga kmaluan dn pandgnnya sahaja yg akn myokong klakuan suami sbegini. Istri bkn objek seks dn perlu mjd objek seks smata. Si suami yg baik akn bijak mgurus, bbincang dn myelesaikn masalah kluarganya bkn diri si suami sdri yg sering masalah. Kalo bgitu apa perlunya ketua kluarga dlm pkahwinan.
ReplyDelete