Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 4 March 2008

Azab disebalik nikmat, nikmat disebalik azab.

Azab disebalik nikmat, nikmat disebalik azab.

Assalamualaikum wbh

Pada hari Sabtu 23 Feb lalu, badan saya mula tidak sihat dengan tekak yang perit dan kahak, tanda macam kena flu. Begitulah lazimnya kita akan mudah kena flu sekiranya badan kita tidak cukup rehat. Kebelakangan dalam dua minggu lalu saya memang sangat penat kerana sibuk terlibat dalam pengurusan Teluk Danga International Game Convention yang berlangsung pada 18 – 20 Feb 2008 di Hyatt Regency. Sakit flu ini sebenarnya satu rahmat atau nikmat dari Allah untuk memaksakan diri berehat dari pelbagai aktiviti yang memenatkan fizikal dan mental.

Memang sudah agak lama saya tidak kena flu dan apabila kena kali ini, tiada pilihan selain dari redha di atas ketentuannya. Semoga menjadi penghapus dosa dan semoga menjadi rahmat. Walau pun kena pada hari Sabtu (23 Feb), saya tidak jumpa doktor pun dan masih mampu mengajar kelas SPACE UTM pada Sabtu dan Ahad berikutnya.

Petang Ahad rasa badan bertambah ringan sedikit. Isteri ada membelikan air lin chee kang bungkus untuk saya. Air lin chee kang suam memang antara kegemaran minuman saya namun pengusaha lin chee kang kini telah banyak merubah resipi asalnya yang memang mempunyai berbagai khasiat kepada resipi baru yang bermotifkan nikmat tekak semata-mata. Antara ramuan penting berkhasiat lin chee kang resipi lama ialah bunga kembang semangkuk. Bunga kembang semangkuk ini sudah lama dikeluarkan dari resipi lin chee kong entah atas sebab yang tidak diketahui namun sebenarnya kembang semangkuk adalah amat baik di minum dan antara khasiatnya ialah menyejukkan tubuh terutama sekali apabila musim panas.

Air lin chee kang yang saya minum kali ini memang sangat sedap penuh nikmat walaupun resipinya sudah jauh lari dari resipi asal dan banyak mengandungi buah mata kucing kering yang telah di rebus dan sebagainya. Habis kesemuanya saya minum. Saya bertanyakan dengan isteri di mana beliau membeli air lin chee kang tersebut dan pada keesokan harinya iaitu Isnin (25 Feb), saya membeli 3 bungkus air lin chee kang di Taman Universiti. Satu bungkus untuk saya, satu untuk isteri dan 1 untuk anak sulung.

Pada hari isnin (25 Feb) keadaan flu saya alhamdulillah semakin baik walau pun masih ada kesannya lagi. Pada petang isnin tersebut, saya menghabiskan bungkusan lin chee kong saya. Memang sedap aduh nikmatnya. Pada lewat malam tersebut, anak saya tidak mahu minum lin chee kong maka saya telah menghabiskan pula lin chee kong anak saya tersebut.

Hari Selasa 26 Feb, sebelah petang saya kena demam dan semakin malam demam saya saya semakin serius. Sebelum lewat malam Selasa tersebut, demam macam sudah kebah tetapi badan masih tidak sihat. Pada waktu tidur malam saya macam lemas sesak nafas dan susah untuk tidur semula.

Keesokan harinya hari rabu 27 Feb badan semakin lemah dan demam teruk dan saya kuatkan diri untuk pergi ke klinik ambil antibiotik. Doktor memberikan MC satu hari di samping memberikan pelbagai ubat. Saya membuang ubat-ubat yang diberikan termasuk ubat batuk dan sakit tekak dsbnya tetapi hanya mengambil antibiotik 6 biji untuk dihabiskan dalam tempuh 3 hari. Hari Rabu banyak dihabiskan dengan tidur dan baring di rumah. Kini penyakit sudah bertambah dari asalnya flu kepada demam berat dan batuk pula selain badan yang lemah.

Doktor menjangkakan penyakit yang saya alami akan sembuh dalam satu hari namun pada hari berikutnya iaitu Khamis, keadaan saya tidak banyak berubah. Saya meminta isteri untuk mendapatkan tambahan MC sehari lagi iaitu pada hari Khamis. Sepanjang hari Khamis saya juga banyak tidur dan baring sahaja.

Hari Jumaat keadaan beransur sedikit positif sahaja namun saya kuatkan diri bekerja kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuk membuat beberapa persediaan untuk kelas “Produksi video menggunakan Sony Vegas sepanjang hari Sabtu 1 Mac”.

Hari Sabtu 1 Mac saya masih tidak sihat sekadar sedikit peningkatan namun saya perlu ke UTM untuk mengajar kelas video ini. Pagi ini sewaktu bangun, saya sedar bahawa penyakit saya sudah bertambah lagi dan kini lutut kiri saya sudah terasa sengalnya serta sudah bengkak. Saya pernah mengalami simptom-simptom seperti ini dan selalunya saya mengambil masa yang lama dan ada kalanya berminggu untuk pulih. Selepas minum pagi saya mengambil pil antibiotik terakhir.

Dalam keadaan yang kurang sihat dengan lutut yang semakin sakit, saya mengajar juga kelas produksi video ini bermula dari 9.00 pagi hingga 5 petang. Semakin menjelang petang sakit di lutut kiri semakin parah dan saya semakin sukar berjalan. Ini adalah pertanda saya sedang mengalami gangguan di buah pinggang. Sememangnya rekod kesihatan buah pinggang saya tidaklah begitu baik dengan rekod gout, kencing bernanah dan sebagainya maklumlah sewaktu muda dahulu makan asal halal. Kacang, mee, nescafe, cendawan, tembikai, ikan bersengat dsbnya memang kegemaran.

Sekembali dari mengajar kelas video yang tamat pada pukul 5.00 petang saya terus bergegas ke klinik dengan satu matlamat sahaja iaitu untuk mendapatkan bekalan antibiotik yang sama sebagaimana yang telah saya perolehi dahulu sebagai usaha semoga Allah SWT redha dengannya. Saya berjalan terdengkot-dengkot dengan kesakitan lutut kiri saya memasuki Klinik ini. Setelah mendaftar diri dan mengisi borang yang diperlukan, saya pun dipanggil masuk. Kali ini doktor bertugas bukan doktor Suzana iaitu pemilik klinik ini tetapi doktor pengganti seorang doktor lelaki yang bertugas di Hospital Pakar di Johor Bahru.

Setelah menjelaskan simptom penyakit saya seperti demam dan bengkak dan sakit di lutut kiri ini, saya pun menyatakan hasrat kedatangan saya yang semata-mata meminta untuk diberikan antibiotik yang sama sebagaimana kejadian sama yang menimpa diri saya pada Julai 2007 dahulu oleh seorang doktor pengganti lain. Setelah menjelaskan hasrat saya, doktor ini agak marah dengan sikap saya sehingga akhirnya terkeluar kata-kata “I challenge you...”. Namun demikian banyak sekali persamaan pendirian antara saya dengan doktor ini dan terdapat juga percanggahan pendapat antara kami. Antara persamaan pendapat antara kami ialah:

1. Buah pinggang kalau cedera boleh menyebabkan infection (jangkitan).
2. Tanda-tanda infection adalah seperti nanah pada bahagian yang cedera tersebut.
3. Infection boleh menyebabkan demam.
4. Apabila kes infection, adalah perlu sekali diberikan antibiotik.

Diantara perbezaan pendapat antara saya dengan doktor pula ialah bahawa beliau berkata “Infection pada buah pinggang adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan kesan serius seperti dialisis”. Saya tidak begitu bersetuju dengan pandangan doktor ini kerana situasi masakini adalah bahawa buah pinggang sangat mudah cedera seperti apabila:

1. Menahan kencing
2. Mengambil makanan mengandungi pengawet seperti asid borik dengan banyak seperti apabila makan mee kuning (mee goreng)
3. Memakan makanan laut seperti udang ketam dan sotong dengan kuantiti yang banyak
4. Memakan kacang dengan banyak
5. Memakan jeruk kering atau jeruk basah
6. Memakan makanan beracun (insecticide) yang tinggi seperti buah tembikai, bunga kubis (cauliflower) dsbnya
7. Menunggang motorsikal dengan kedudukan kaki kehadapan.
8. Bersukan lasak secara mengejut tanpa warm up dan latihan yang berterusan. Contohnya sudah 3 tahun tidak bermain badminton terus main bersungguh-sungguh dan lama.

Istilah kencing kotor yang kerap dihadapi oleh sebahagian wanita adalah berkemungkinan sekali buah pinggang mereka sedang cedera dan dalam kes kebiasaan adalah disebabkan pengambilan makanan yang merosak buah pinggang kerana mungkin mengandungi bahan yang mencederakan buah pinggang seperti bahan pengawet.

Doktor bertegas untuk tidak akan memberikan antibiotik sekiranya tidak terdapat bukti yang jelas bahawa saya telah mengalami infection. Saya menjelaskan kepada doktor bahawa setelah meminum air lin chee kang tersebut sehingga hari sabtu ini (1 Mac) kencing saya memang sangat kemerahan menandakan buah pinggang saya memang tidak sihat. Doktor masih tidak percaya lalu menyuruh saya memberikan sampel air kencing. Memang warna sampel air kencing saya pada hari itu masih kemerahan atau oren pekat walau pun tidak se teruk hari rabu dan khamis lepas.

Setelah diuji dengan urine test strip ( rujuk http://craigmedical.com/urine_diagnostics.htm ), doktor menunjukkan hasil perubahan pada urine test strip tersebut kepada saya lalu mengatakan bahawa air kencing saya sihat tidak seperti dakwaan saya. Namun saya menyanggah “tapi doktor, bacaan ini mungkin kurang tepat kerana sebaik-baik waktu untuk mengambil bacaan ini adalah pada kencing pertama di awal pagi”. Doktor menerima pandangan saya dan menambah bahawa keputusan dengan urine test strip ini memang kurang tepat dan ujian yang paling tepat adalah dengan ujian klinikal air kencing yang melibatkan analisis kimia di makmal termasuk ujian microbe culture.

Setelah banyak masa dihabiskan antara kami berdua untuk saling mengeluarkan pandangan, akhirnya doktor bersetuju untuk memberikan hanya antibiotik sebagaimana yang saya pinta. Saya mengucap syukur alhamdulillah dan berdoa semoga dapatlah kiranya saya bekerja pada hari Isnin kelak. Namun doktor meminta dengan nada keras dan bersungguh-sungguh agar saya datang menemuinya pada hari Sabtu minggu depan antara pukul 5 ptg hingga 10 malam untuk melihat perkembangan saya dan doktor ingin melakukan “scanning” ke atas buah pinggang saya untuk mengetahui kedudukan sebenar buah pinggang saya.

Sekembali dari klinik dan bersolat, saya terus demam teruk sehingga lewat malam sebagaimana hari-hari sebelumnya tetapi kali ini adalah paling teruk. Kali ini saya perlu berselimut tanpa sebarang kipas angin. Menjelang malam, saya makan sedikit nasi untuk mengalas perut sebelum saya mengambil antibiotik ini. Saya berdoa semoga saya di sembuhkan Allah dengan segera.

Hari Ahad (2 Mac) saya bangun pagi dengan mengucap kesyukuran, sakit bengkak di lutut kiri saya semakin pulih. Namun sepanjang hari Ahad tersebut saya lebih banyak berehat dan tidur. Menjelang malam keadaan saya semakin alhamdulillah menunjukkan simptom lebih positif.

Hari Isnin (3 Mac) saya mengucap syukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya saya semakin pulih dan mampu bekerja walau pun anggota tubuh masih agak lemah. Di sebelah malam alhamdulillah saya semakin sihat dan terasa badan ini lebih ringan dan berselera sekali di waktu makan malam.

Alhamdulillah sewaktu bangun hari Selasa (4 Mac) terasa sekali badan semakin ringan dan terima kasih kepada Mu Ya Allah.

Alhamdulillah kini dengan serangan masalah iaitu demam on and off, badan lembik / letih, lutut membengkak dan sakit serta sukar berjalan yang kerap saya hadapi sebagaimana dahulu kini mengambil masa yang singkat iaitu 2/3 hari untuk sembuh. Kalau dahulu memang ia memakan masa yang lama sehingga berminggu-minggu sehingga saya terpaksa berjalan bertongkat.
Apa yang dapat dirumuskan daripada pengalaman kali ini ialah bahawa:

1. Berhati-hatilah dengan makanan dan minuman hari ini. Ada kalanya sesuatu minuman seperti lin chee kang sangat sedap penuh nikmat tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk diri kita. Inilah yang kita boleh sebutkan sebagai azab di sebalik nikmat. Mungkin minuman ini telah dicampurkan dengan ubat pengawet agar tahan lama tidak basi. Sekiranya diambil dalam kuantiti sedikit dan tidak berulang-ulang, insya-Allah tidak menyebabkan masalah yang besar. Namun sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh mengundang kecederaan buah pinggang.

2. Kecederaan buah pinggang boleh di lihat dari kesan kepada warna air kencing kerana air kencing yang sihat kelihatan lebih jernih tanpa kekuningan manakala kencing dari buah pinggang bermasalah adalah lebih kekuningan atau kemerahan atau macam warna oren.

3. Kecederaan buah pinggang juga dapat dirasai melalui denyutan sengal-sengal di bahagian belakang pinggang. Ia mungkin berlaku sekali sekala bukan secara berterusan.

4. Kecederaan buah pinggang ini menyebabkan proses penyingkiran bahan toksik keluar dari tubuh menghadapi masalah. Akibatnya ialah bahan toksik yang sepatutnya dikeluarkan dari tubuh masih terdapat di dalam aliran darah dan kepekatannya akan terus meningkat. Setelah kepekatan bahan toksik terus meningkat dan mencapai tahap tertentu, berbagai masalah boleh berlaku seperti:
a. Bengkak di ibu jari kaki
b. Bengkak di buku lali
c. Bengkak di bahagian atas tapak kaki
d. Bengkak di lutut
e. Bengkak di peha
Kesemua pembengkakan ini akan menyukarkan proses berjalan sehingga memerlukan tongkat dsbnya.

5. Kecederaan buah pinggang juga menyebabkan proses seterusnya iaitu infection atau jangkitan kuman dan bernanah. Ini akan menyebabkan tubuh mengalami demam dan mungkin sekali demam ini secara on dan off.

6. Tanda yang mudah dikenali dalam masalah ini ialah badan sering rasa kesejukan walaupun tidak demam dan sukar berpeluh.

7. Segala masalah yang berkaitan buah pinggang – gout – kencing manis akan menyebabkan seorang lelaki menghadapi masalah dengan kehidupan seksnya. Kalau gout menyerang dan tidak sembuh dalam sebulan, akibatnya lelaki tidak dapat berfungsi / bermasalah dengan seknya dalam tempuh ini. untuk membaca artikel sebelumnya berhubung gout, sila rujuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/gout-punca-dan-insya-allah-anda-boleh.html

8. Bagi merawat infection pada buah pinggang ini, penggunaan antibiotik insya-Allah dapat merawatnya.

9. Penggunaan urine test strip untuk menguji infection di dalam air kencing mungkin tidak tepat

10. Dalam tempuh rawatan ini, elakkanlah segala makanan yang melewatkan proses pemulihan seperti telur, daging, ayam, sotong, kerang, ketam, ikan bersengat, limau oren, minuman squash dan sunquick, cendawan, mee kuning, tembikai, mangga, kacang tanah, burger, naget, junk food dsbnya macam orang berpantang ketika beranak.

11. Nikmat di sebalik azab yang saya dapat kenal pasti dari pengalaman kali ini untuk dikongsikan ialah alhamdulillah dalam tempuh yang singkat insya-Allah kita boleh pulih dari masalah kecederaan buah pinggang melalui pengambilan antibiotik serta menjaga pantang larangnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay



16 comments:

  1. Salam buat Mas ku Emjay,

    Sedikit ilmu agar dapat membantu memperbaiki kesihatan abangku ini. Cuba dicari di farmasi (kalau nak mudah) kapsul Sambiloto (hempedu bumi) sebagai antibiotik yang semulajadi. Disamping mampu utk menurunkan tekanan darah, hempedu bumi adalah terbaik berbanding ubat antibiotik sintetik. Kalau larat nak diminum rebusannya juga bleh diambil 3 helai daun hempedu bumi yang segar direndam di dalam gelas kaca selama 1/2 jam. Diulang minum 2 kali sehari ketika perut kosong @ 2jam sebelum makan.hempedu bumi ni amat pahit. Dicuba jika percaya dengan khasiat "Farmasi Alam" ciptaan Tuhan. Jika benar Mas ada masalah dengan buah pinggang nanti saya akan berikan formula yang berasaskan tanaman ubat (herba) namun jika Mas ada gastrik, kena cari pengganti kepada hempedu bumi ini. email kepada saya jika diperlukan formula utk infeksi pada buah pinggang atau alternatif hempedu bumi jika gastrik.

    Semoga cepat beransur sembuh.

    jemi.4085@gmail.com
    www.anjungherba.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh saudaraku wafdi

    Alhamdulillah dan terima kasih diatas keperihatinan sdr semoga Allah sahaja yang membalasnya.

    Memang saya sangat mengalu-alukan usaha sdr tersebut dan saya memohon sudilah kiranya emailkan saya di kangmasjb@hotmail.com berkenaan formula rawatan buah pinggang. Terutama sekali saya mengalu-alukan hasrat sdr untuk memberikan formula untuk infeksi pada buah pinggang.

    Terima kasih dan diatas usaha sdr, biar Allah sahaja yang layak membalasnya.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. sy kagum dgn keyakinan ustaz dlm m'pthnkan kbnran mengenai masalah yg dihadapi...even doktor zaman lani pun belum cukup handal mengatasi ibnu sina.

    ReplyDelete
  4. Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT

    Doktor sekarang belajar ilmu kedoktoran dari barat (bukan Islam) adalah memang baik namun mana boleh menandingi para ilmuan Islam dahulu kala kerana rahmat dari Allah kepada ilmuan Islam ini adalah melimpah ruah disebabkan ketakwaan mereka.

    Doktor bukan Islam ini pula banyak yang taksub dengan ilmu mereka, bagaimana Allah hendak memberikan rahmat yang melimpah ruah sebagaimana ilmuan Islam. Itulah sebabnya terlalu banyak ilmu yang Allah sorokkan daripada mereka ini sebagaimana penyakit diabetes masih tiada ubatnya sehingga kini.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Semoga sihat walafiat hendaknya..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    Saya nak tanya..time saya buang air kecil,ia berwarna kehijauan kekadang berkelodak(keroh).Adakah ini tanda2 kerosakan buah pinggang?Lagi satu saya sering makan ubat ponstan bila sengal2 badan..,kekadang jika demam atau sakit tekak saya sering minum ubat batuk yg di ambil dari farmasi di singapore yg masih mengandungi cordine,adakah pengambilan ubat2 ini memberi kesan pada buah pinggang?

    Saya tertarik dgn air lichikang yg ustaz cakapkan tu(macam sedap jer)...buleh tak ustaz bg address kedai di taman U yg jual air tu?

    Wassalam..

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Warna air kencing selain bersih hampir tiada berwarna adalah menunjukkan gangguan pada buah pinggang. Warna kehijauan menunjukkan ada gangguan. Namun selalunya apabila mengambil ubat yang berwarna kehijauan, airkencingnya juga akan kehijauan. Dalam kes ini bukan gangguan pada buah pinggang.

    Namun air kencing yang berkelodak keruh itu memangnya menunjukkan gangguan pada buah pinggang.

    Tentang ubat batuk tu, saya tidak ada ilmu berkenaannya.


    Tentang air lin chee kang tu, elakkan dari membeli tempat yang saya membelinya kerana dikhuatiri memudaratkan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. salam....

    prof,... setiap pagi bila sy bangun mmg ler air kencing saya agak kekuningan yang pekat. Tapi bila sebelah siang, air kencing saya bertukar menjadi putih jernih... macamana tu? adakah saya berkemungkinan menghidap sebarang penyakit berkaitan buah pinggang atau pun tidak. wasalam/.

    ReplyDelete
  9. Mungkin disebelah malam sdr kurang minum air.

    Minumlah air yang banyak pada siang hari dan juga malam terutama sekali sebelum tidur minumlah segelas air.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Izan teringat masa kandungan izan mencecah 5 bulan,

    - Hari ahad izan demam, pinggang disebelah kiri sakit sangat, sampai satu ketika izan tak boleh berjalan langsung kerana tidak boleh berdiri dengan tegak. Pada malamnya izan ke klinik, doktor yg merawat kata izan kencing kotor, bila buat ujian menggunakan urine test strip, dr kata dlm urine ada darah, protein dll.. dr bagi mc utk hari isnin supaya berehat dan bekalkan saya antibiotik, ubat demam dan serbuk garam.

    -Hari Isnin demam makin teruk, minum air kosong berbotol2, makan tak lalu.. badan makin panas walaupun makan ubat, shaking satu badan rasa sakit sana sini. Pergi klinik lain pulak, kena tahan kad wad smpi mlm sbb suhu panas mencecah 42.7, dr risau sebab izan mengandung.. tiba2 sesak nafas, masuk ventolin.. dr dan petugas klinik letak kain basah satu badan. jam 7ptg suhu badan turun skit 39.4.. dr kata klu suhu masih tak ok.. kena pi spital.

    -Hari Selasa izan truskan makan antibiotik dan minum byk air.. wlpun demam dtg dan pergi izan ckp dgn suami.. apapun taknak pergi hosp.. izan ambil kain basah dan buat mcm dkat klinik agar suhu panas berkurangan.

    -Hari Rabu izan pergi klinik lain (tempat checkup aternatal) dr scan buah pinggang, katanya buah pinggang sblh kiri prob.. dia bagi ubat antibiotik yg lain pula bewarna putih..

    -Hari Khamis dan Jumaat izan diberikan MC lagi.. genap seminggu izan MC.. boss pon rindu kemain kat izan.. hihii sbb kerja melambak kat atas mejaa..

    ReplyDelete
  11. Aslkm, nak tanya apa nama antibiotik yang prof ambil?

    ReplyDelete
  12. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  13. Another ring by Birks is referred to as the; Blue choice diamond solitaire engagement ring 18kt bright gold as well as the http://www.tiffanyukonlinejewelry.com/ reference amount is 5000022078. This ring also attributes diamonds in cased near to the strap also it appears amazing.

    ReplyDelete
  14. 8. Bagi merawat infection pada buah pinggang ini, penggunaan antibiotik insya-Allah dapat merawatnya.

    kenapa mj? bkn antibiotik tu bahaya ke?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh

    Antibiotik secara umumnya tidak merbahaya kepada manusia kerana antibiotik membantu tubuh badan menyingkirkan kuman dalam badan. Cuma kalau antibiotik sentiasa digunakan secara kerap, tubuh badan menjadi lemah dan manja kerana sentiasa dibantu oleh antibiotik ibarat anak yang sentiasa dibantu oleh ibu dan bapanya. Kalau sampai homework pun ibu bapa yang melakukannya, anak ini akan bertambah lemah.

    Dalam kes yang serius, penggunaan antibiotik amat diperlukan.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Selamat hari setiap orang,
    Jual buah pinggang dan Simpan nyawa dan dapatkan wang, saya doktor alex dengan nama a
    neughrogist
    dalam Pembelian Ginjal, Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk menyelamatkan nyawa?
    mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk harga yang baik supaya anda
    boleh membayar hutang anda? Ini adalah peluang untuk anda menjual buah pinggang anda
    600,000.00 $ dan ke atas. Semua penderma yang berminat perlu menghubungi pasukan kami
    maklumat lanjut melalui e-mel: dralexspeciallist@gmail.com Atau apa
    permohonan?
    +2348162029187 Pastikan anda tidak teragak-agak untuk menghubungi kami seperti yang kami kehendaki
    Pasti pastikan kami bekerjasama dengan anda dan juga Kami akan pastikan anda
    nikmati perniagaan dengan kami

    E-mel: dralexspeciallist@gmail.com

    ReplyDelete