Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 21 July 2008

Rumah engkau kosong, tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum wbth

Sudah lama saya berhajat untuk menulis artikel ini tetapi banyak sangat rintangannya. Mudah-mudahan dengan rahmatNya saya dapat menyempurnakan artikel ini. 

Normi (bukan nama sebenar) pernah mengalami gangguan syaitan sehingga ke tahap kerasukan teruk di tempat kerja dan di rumah. Alhamdulillah dengan rahmatNya Normi telah pulih. Bukan sekadar pulih, kini Normi banyak membantu rakan-rakan ditempat kerja serta saudara maranya berdakwah ke arah jalan yang Allah redha. Alhamdulillah ada juga sepupu perempuan Normi yang kemudiannya mengalami masalah kerasukan yang sama di sebuah IPTA juga telah dibawa ke rumah dan alhamdulillah dengan rahmatNya kembali normal dan kini telah bekerja dan hampir mendirikan rumah tangga. 

Ramailah selepas itu saudara mara Normi ini yang terdiri daripada ibu bapa, sepupu, pakcik dan makcik yang turut datang berurusan ke rumah. Alhamdulillah diantara mereka ini ramai yang berubah ke arah yang mudah-mudahan Allah redha dan ada juga yang degil tidak mahu merobah amalan yang sangat bergantung kepada bomoh dan pawang. Salah seorang pakcik Normi yang kaki bomoh pernah berurusan dengan saya namun beliau ini tersangat degil dan ingin terus mengamalkan amalan sesatnya. Kini hamba Allah ini sedang terlantar teruk sedang diuji Allah SWT.

Kira-kira beberapa bulan lalu, seorang sepupu perempuan Normi yang saya namakan Sarah (bukan nama sebenar) menghadapi masalah kerasukan yang sama. Bapa Sarah meminta bantuan kepada saudara maranya termasuk Normi dan ibu bapa Normi bagi menangani masalah berat yang dihadapi anak perempuan kesayangan. Sarah sudah bekerja dan sudah bertunang dan hanya beberapa bulan lagi bakal melangsungkan perkahwinan. Diantara adik beradik Sarah, Sarahlah yang paling cantik dan menarik. 

Beberapa bulan lagi, Sarah bakal menjadi anak pertama melangsungkan perkahwinan di dalam keluarganya. Mana ayah yang tidak gembira apabila bakal menerima menantu. Apabila saudara mara bapa Sarah datang berkumpul, Normi serta ibu bapanya yang sudah mengalami saat-saat sebegini banyak memainkan peranan untuk menasihati bapa Sarah agar membetulkan amalan agamanya agar jangan lagi percayakan bomoh serta bertangkal. Alhamdulillah bapa Sarah termakan juga nasihat baik dari Normi, suaminya, ibu bapa Normi dan saudara-mara lain yang sudah datang belajar di rumah saya. Bapa Sarah telah bersetuju untuk datang berurusan dengan saya serta menyerahkan kebanyakan tangkal azimat yang sudah lama tersimpan di dalam rumahnya. 

Dengan persetujuan bapa Sarah tersebut, Normi terus membuat temu janji melalui telefon dengan saya dan alhamdulillah saya bersetuju untuk menerima Sarah serta keluarganya pada pukul 9 malam hari tersebut.

Pada kira-kira pukul 9.00 malam, beberapa kereta berhenti di hadapan rumah saya. Ramai yang datang termasuk Sarah, ibu bapa dan keluarga Sarah, Normi dan keluarganya serta ibu bapa Normi. Memang kasihan sungguh saya melihat seorang anak dara yang cantik seperti Sarah kerasukan. Cuma Sarah belum sampai ke peringkat menjerit-jerit dan membogelkan diri.

Sebagaimana biasa saya mulakan proses rawatan saya dengan menyoal bapa Sarah. Setelah puas dengan jawapan-jawapan yang diberikan, saya pun menceritakan mengapa Allah memberikan ujian berat ini kepada Sarah dan keluarganya. Sesuai dengan banyak ayat Al Quran seperti   :

Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Ghafir: 40-:
Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Surah Yunus: 27:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan;

Gambar berikut adalah antara tangkal yang dikutip dari rumah keluarga Sarah ini.



Bungkusan kecil berwarna hitam berjumlah 11 bungkusan ini diletakkan disetiap tingkap dan pintu dengan kepercayaan kononnya untuk menghalang hantu syaitan daripada memasuki rumah keluarga Sarah.

Saya menegaskan kepada bapa Sarah bahawa saya tidak ada sebarang keistimewaan dan kuasa memulihkan Sarah kepada keadaan sebelumnya kerana kuasa memulihkan adalah hanya milik Allah SWT. Bila Allah redha dengan usaha kita, insya-Allah akan diberikan rahmatNya lalu pulihlah tetapi sekiranya Allah tidak redha, akan disiksa umatNya sesuai dengan nama Allah Al Muntaqim yang bermaksud “Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Penyeksa”. Saya menegaskan lagi bahawa kaedah rawatan saya adalah lebih kepada membimbing mereka yang sedang diuji Allah SWT ini semoga akhirnya Allah redha lalu menyembuhkannya.

Setelah banyak bersoal jawab, seterusnya saya menjelaskan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh ayah Sarah seperti berikut:

  1. Membersihkan persekitaran rumah keluarga Sarah daripada tangkal azimat dan termasuk juga segala ayat Al Quran yang digantung di dinding rumah.
  2. Mempelajari asas tauhid / asas akidah di rumah saya kerana segala kesilapan yang berlaku selama ini adalah berpunca kerana ibu bapa Sarah jahil tentang asas tauhid.
  3. Segera bertaubat di atas segala kesilapan berat selama ini terutama sekali kerana mensyirikkan Allah SWT.
  4. Segera memulakan projek besar ini iaitu projek memurnikan akidah dengan memberikan sumbangan kewangan seberapa yang ikhlas kepada anak yatim miskin (bukan kepada saya) semoga Allah redha dengannya.
Perkara 1 di atas dipersetujui bapa Sarah dan sesungguhnya sudah banyak tangkal azimat yang sudah diserahkan kepada suami Normi. Perkara 2 juga telah dipersetujui dan bapa Sarah telah memberikan kesungguhan untuk belajar asas akidah pada keesokan malamnya. Bapa Sarah juga telah memberikan persetujuannya untuk melakukan perkara 3 dan 4.  

Saya amat bersyukur sekali di atas kesedaran dan persetujuan bapa Sarah untuk mengubah hidupnya yang penuh dengan pelbagai kepercayaan karut marut tahyul khurafat yang memang banyak sekali dipusakai oleh ramai orang Melayu dewasa ini. Semoga Allah merestui dan memudahkannya.

Walau bagaimana pun, saya masih tidak berpuas hati lagi dengan perkara 1 di atas iaitu membersihkan persekitaran rumah keluarga Sarah daripada tangkal azimat dan termasuk juga segala ayat Al Quran yang digantung di dinding rumah. Saya berserta ibu bapa Sarah serta suami Normi bergegas ke rumah keluarga Sarah untuk membersihkan saki baki dari segala tangkal azimat dan ayat Al Quran yang tergantung di dinding. Alhamdulillah masih terdapat tangkal yang berjaya dikutip. 

Ayat Al-Quran yang dibawa balik ke rumah saya begitu banyak sekali, ada yang ditulis di kepingan tembaga, kayu dan sebagainya. Ayat Al Quran apabila diyakini bahawa dengan menggantung didinding rumah dapat digunakan untuk mendinding atau menghalang hantu syaitan dari memasuki rumah tersebut maka ia adalah satu perbuatan khurafat syirik. Jika semudah inilah untuk menghalang gangguan hantu syaitan, tak perlulah berdakwah, memadai dengan mengedarkan helaian-helaian dari Al Quran untuk diedarkan kesetiap rumah. Nabi Muhammad SAW pun tidak perlu berdakwah sehingga perlu berperang, memadai dengan mengedarkan helaian-helaian Al Quran untuk digantungkan didinding rumah. Inilah gaya pemikiran karut jahiliyyah manusia yang kononnya mengaku beragama Islam. Inilah juga gaya pemikiran karut jahiliyyah orang Buddha dan Hindu yang menjadikan batu sebagai berhala untuk mereka sembah dan seterusnya memohon pertolongan.

Namun ada juga tangkal yang tidak mahu diserahkan kepada saya atas alasan tangkal tersebut milik tunang Sarah dan bapa Sarah memberikan kepastian kepada saya untuk menyerahkannya kepada bakal menantunya.

Jam sudah melewati 12 malam. Kami berkumpul semula di rumah saya. Saya menasihati bapa Sarah agar jangan sekali-kali berurusan lagi dengan bomoh selepas ini dan juga ustaz perawat dari Pusat Rawatan "Islam"  “Darul Syi***” Johor Bahru. Setelah merumuskan sekali lagi mengapa Allah memberikan ujian berat ini ke atas keluarga Sarah serta mengingatkan agar datang ke rumah saya malam esok untuk memulakan pelajaran asas akidah, keluarga Sarah pulang dan waktu itu jam sudah hampir pukul 1 pagi.

Keesokan malamnya saya bersedia awal untuk menerima tetamu yang ingin belajar asas tauhid semoga Allah redha dengannya. Menjelang pukul 9 malam, ayah Normi sudah tiba di rumah saya. Ayah Normi begitu gembira dan beriya-iya untuk menemani keluarga Sarah belajar asas agama Islam ini. Kami bersembang sambil menunggu ketibaan keluarga Sarah. Masa berlalu namun tetamu yang ditunggu masih belum tiba. Jam sudah pukul 11 malam dan tetamu yang dinanti juga masih belum tiba. Kami sudah tidak yakin lagi dengan janji ibu bapa Sarah. Kami bersungguh-sungguh ingin membantunya tetapi sekiranya empunya diri tidak mahu berubah, apakan daya saya. Bapa saudara Nabi Muhamad SAW yang paling disayangi iaitu Abu Talib juga mati sebagai orang kafir, inikan pula saya yang amat lemah.

Keesokan hari saya menerima telefon dari suami dan ayah Normi. Mereka menceritakan perasaan yang amat kesal kerana ibu bapa Sarah tidak mahu datang belajar agama semalam. Paling menyedihkan ialah bapa Sarah meminta kepada saya melalui suami Normi untuk menyerahkan semula segala tangkal terutama sekali segala ayat Al-Quran yang telah saya ambil dengan persetujuan bapa Sarah dua hari lepas. Rupa-rupanya pada hari semalam, ustaz dari Pusat Rawatan Islam “Darul Syi***” telah dibawa ke rumah keluarga Sarah untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. 

Ustaz dari Pusat Rawatan “Islam” Darul Syi*** ini telah berkata lebih kurang “patutlah syaitan bebas masuk ke dalam rumah engkau. Rumah engkau  ini kosong (tidak ada ayat Al-Quran), tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran. Mengapa engkau serahkan ayat-ayat Al-Quran tu kepada Emjay? Engkau kena minta balik ayat-ayat Al-Quran tu daripada Emjay dan letakkan semula di rumah engkau.”
 
Saya amat bersyukur apabila dapat memungut tangkal azimat dan ayat Al Quran untuk dilupuskan tetapi saya memang tidak mahu sama sekali untuk menyerahkan tangkal azimat dan ayat Al Quran untuk digantungkan semula di dinding rumah. Saya berkeras untuk tidak mahu menyerahkan semula pelbagai ayat Al-Quran tersebut dan saya berdoa kepada Allah SWT semoga mengelakkan diri saya dari menyerahkan semula barangan tersebut. Alhamdulillah walau pun didesak berkali-kali alhamdulillah akhirnya segala barangan tersebut telah saya lupuskan.

Saya amat sedih apabila terdapat umat Melayu Islam percaya bahawa dengan usaha menggantung pelbagai ayat dari Al Quran di dinding rumah akan dapat mengelakkan kemasukan dan gangguan dari syaitan. Subhanallah, apalah nak jadi dengan umat Islam ini. Namun apa yang saya amat kesal ialah ada pula golongan mengaku ustaz dari Pusat Rawatan "Islam" Darul Syi*** yang turut percaya dengan perkara jahil khurafat seperti ini dan menyesatkan pula umat Melayu Islam lain yang lemah dengan memberikan nasihat yang menyesatkan. Sesungguhnya perbuatan menggantung ayat Al Quran dengan meyakini ayat Al Quran tersebut mampu menghindari kemasukan hantu syaitan ke rumah  adalah satu perbuatan syirik. Mengharapkan bantuan daripada sesuatu (dalam kes ini ayat al Quran yang tergantung) yang mana hal tersebut  merupakan hak Allah semata-mata adalah satu perbuatan syirik. Hanya Allah yang berhak untuk melindungi manusia dari gangguan hantu dan syaitan. Mana mungkin ayat Al Quran mampu melindungi manusia dari gangguan hantu dan syaitan. Samalah juga dengan mana mungkin berhala yang dibuat oleh manusia daripada batu melindungi manusia dari gangguan hantu dan syaitan.

Disebabkan ramainya umat Islam di Malaysia yang tidak faham tentang perkara ini, itulah agaknya sebab mengapa kini semakin ramai yang percaya dengan baju-baju bertulisan ayat Al-Quran yang kononnya boleh memberikan pelbagai kuasa magis. Saya bersyukur sekali Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (BKPTQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 533 objek termasuk tangkal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan bomoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu 16 Julai 2008. Alhamdulillah tahniah dan syabas kepada Tengku Rosnani Tengku Yusoff dan pasokannya. Berikut adalah sedutan dari akhbar berita Harian pada 17 Julai 2008:

Berita Harian 17 Julai 2008.

533 barang, tangkal bomoh dirampas

HASIL RAMPASAN: Wan Zulyaina (kiri) menunjukkan selendang, baju rompi serta tangkal yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu.
BUTTERWORTH: Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (BKPTQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 533 objek termasuk tangkal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan bomoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Rabu lalu.

Objek itu yang disimpan dalam sebuah beg pakaian dan dialamatkan kepada seorang penerima di Bandar Baharu, Kulim, Kedah, dikesan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan dibawa masuk dari Indonesia.

Ketua Unit Penguat Kuasa BKPTQ, Tengku Rosnani Tengku Yusoff, berkata Ketua Unit Kawalan Teks al-Quran, Wan Zulyaina Wan Zakaria bergegas ke LTABL sebaik mendapat maklumat daripada KDRM.


Katanya, pemeriksaan mendapati beg itu mengandungi enam jenis objek dipercayai untuk kegiatan bomoh seperti sapu tangan (200), tangkal (200), kelongsong (50), minyak wafak azimat (39), baju rompi (22) dan selempang mengandungi ayat al-Quran (22).

"Semua objek itu mengandungi ayat al-Quran, tetapi mempunyai kaitan dengan unsur khurafat dan kepercayaan karut," katanya di sini, semalam.

Semua objek itu dirampas mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), Seksyen 14 Akta Penerbitan dan Teks al-Quran 1986, selain menyalahi Perkara 3.2 (vi) Garis Panduan Rampasan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.

Artikel ini boleh dirujuk melalui http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080719012321/Article/
 
Dari semasa ke semasa Normi ada menceritakan kepada saya tentang perkembangan sepupunya Sarah. Apa yang paling menyedihkan ialah keadaan kerasukan Sarah semakin serius sehingga tidak ada lagi perasaan malu untuk berbogel dan berjalan keluar rumah. Begitulah azab dari Allah. Saya juga dimaklumkan bahawa ibu bapa Sarah telah habis beribu ringgit selepas pertemuan tunggal dengan saya dahulu untuk membiayai kos berurusan dengan pelbagai bomoh lain. Duit banyak habis, tenaga usah dikira, sedih dan malu Allah sahaja yang tahu. Semuanya dilakukan untuk mengejar sebuah fatamorgana.

Lebih parah lagi tunang Sarah telah memutuskan ikatan pertunangan mereka. Maklumlah, siapa yang hendak mendukung biawak hidup dengan mengahwini seorang wanita yang "gila". Pertunangan boleh diputuskan. Adalah satu langkah mudah untuk seorang lelaki untuk mencari tunang baru.

Bagi bapa Normi yang banyak berusaha membimbing bapa Sarah hingga beliau sanggup berjumpa dengan saya dahulu. Kini hubungan dua adik beradik ini iaitu bapa Normi dan bapa Sarah sudah sangat jauh selepas insiden ini. Apa yang sangat dikesali oleh bapa Normi ialah apabila bapa Sarah menuduhnya termasuk saya mengamalkan ajaran sesat yang bertentangan dengan agama Islam selepas dinasihati oleh ustaz dari Pusat Rawatan "Islam" Darul Syi***. 

Bagi diri saya, tuduhan seperti ini sudah banyak kali saya lalui termasuk pelbagai tuduhan dari pengunjung Laman Emjay. Bagi saya mudah, kemarahan orang terhadap saya menunjukkan dakwah saya sudah berkesan. Saya hanya mencari redha Allah SWT. Persetan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh mereka.    

Selain dari ayat-ayat Al-Quran yang digantung di dinding rumah dengan harapan semoga ayat-ayat ini menghalang hantu syaitan daripada memasuki rumah, para bomoh sesat juga menggunakan pelbagai ayat Al-Quran yang ditulis pada sekeping kertas lalu dimasukkan ke dalam air untuk diminum atau untuk mandian. Setengah orang memanggilnya sebagai wafak. Bomoh-bomoh moden sesat yang tidak mahu lagi memenatkan diri dengan menulis telah mengubah strategi dengan fotokopi ayat Al-Quran tertentu untuk dimasukkan ke dalam air bagi di minum atau untuk mandian. Kini berbagai tulisan Al-Quran pula dituliskan dengan dakwat khas pada pinggan putih lalu disiram dengan air tertentu untuk dibotolkan dan dijual dengan pelbagai jenama. Berbagai alasan digunakan untuk menghalalkan usaha jahil mereka. 

Sekian wassalam wallahuaqlam (Updated 30 January 2020)

Emjay

Monday, 14 July 2008

Apabila Al-Quran dipijak-pijak

Assalamualaikum wbh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apabila Al-Quran dipijak-pijak
Alhamdulillah dan Terima kasih Zool Fadli yang memanjangkan email berikut kepada saya. Sdr Zool Fadli memang sangat kerap memanjangkan email kepada saya.
Dari zool fadli (zoolfadli2005@yahoo.com.my)

--Forwarded Message Attachment--
To: kelakarnyer@yahoogroups.com
From: umaga2012@yahoo.com
Date: Sun, 1 Jun 2008 17:43:29 -0700
Subject: [kelakarnyer] Apabila Al-Quran dipijak-pijak
Apabila Al-Quran dipijak-pijak
 
Assalamua'laikum warahmatullah,

WAHAI SAUDARA SEAGAMA KU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DI DALAM UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN,

ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?

Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan seorang pelajar Islam, Najeeb Rahman di majlis "Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan)

Bacalah. Agak panjang tapi sangat menyentuh hati.

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera ke atas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar- gambar yang mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh di lihat di internet.

Laporan bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan- pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan airmata kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang. Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman ke atas kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia di mana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman "cuci bersih" ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. 

Begitu juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci bersih", dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali. 

Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia?

Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia , atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci bersih puak Kristian Serbs.
Tetapi adakah hanya ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA? 

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya.

Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual mengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak Kristian Serbs.

Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak (bir) berleluasa dimerata pelusuk.
Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.  Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah melakukan syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannya di dalam gereja).

Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah "keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada “inter-mediaries" atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs. 

Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre ke atas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar azan, atau mereka akan kelak memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).

Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid. Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid.

Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan ) 

Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah. Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam. Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.

Seorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku..Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu. 

Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey . Datok  beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam, walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh di campur.

Golongan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar" oleh ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta. 

Bagi golongan sekular Turkey , undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan.

Tidak terlintaskah kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT. TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang berhijab / bertudung menutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey . Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan 'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat). 

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean . Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jeneral-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina.

Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini". Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut ke dalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan

Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah." 

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre di sana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

 Saudara-saudari Islam, ini hanyalah  contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran.
Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut.

Seperti firman Allah SWT di dalam Al-Quran (terjemahan) : yang bermaksud "Janganlah kamu jadikan seruan Rasul di antara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih." (Surah An Nuur Ayat 63). 

Dan di dalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) :yang bermaksud "Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)". ( Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran di dalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya.  Bukankah mereka ini (Bosnia , Kosovo , Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya?  Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab ke atas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya. 

Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran. Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre ke atas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya.

Misalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa. 

Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya.
Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua? Kalau kita percaya hidup berakhir di dunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-saudari Islam kita. Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? 

Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman. KITA PERLU: kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. memohon keampunan Allah SWT. bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji masing-masing. berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya. 

Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. 

Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara- perkara yang remeh.

Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya. 

Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya. Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail. 

Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu. 

Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH.

Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa di kalangan orang Islam yang meminum arak di sana .

Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain. 

Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. 

Inilah maknanya "La Haula walaa quwata illa billah", tiada  kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu.

Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.

Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.
Ya Allah Tuhan kami.
Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat.
Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang.
Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya.
Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri.
Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.
Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja mereka ditindas.
Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati di dalam iman.
Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan ke dalam hati mereka.
Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami
Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,  pesuruh Engkau
Ya Allah Tuhan semesta alam.
Wa billaahit-tawfiq wal hidayah.
Subhanaka Wabihamdika wa ash-haduallaa ilaaha illa anta.
Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik
Wasallallaahu 'alaa Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihiwassalam. Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!

CATATAN PENTING: Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti.

Ini bukannya perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa? 

1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa seolah-olah mengalakkannya.
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
5) Rasuah berleluasa.

Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku.
Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. 

Adakah kita memilih untuk berdiam dan menunggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?

Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia ? 
Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. (Ingatlah kini gempa bumi sudah mula berlaku di Bukit Tinggi berhampiran Pusat Judi Terbesar di Malaysia)

Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ke atas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. 

Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.

Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah SWT.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." 

Apa yang diharapkan supaya kita dapat memanjangkan perkara ini kepada rakan-rakan kita dan kita mendapat pengajaran dan kesedaran dari peristiwa-peristiwa yang telah diterangkankan tadi. Insyaallah kita berharap kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. 

Wassalam

Baca dan fahamilah ayat-ayat Quran berikut (terjemahan) bagaimana Allah mengazab kaum yang zalim.

Maryam:[58]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
 
[59]
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab

An-Nisaa’ [133]
Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.

At-Taubah
[39]
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Hud:
[57]
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu."

Al Anbiyaa’
[11]
Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.

Saturday, 12 July 2008

Garam dll untuk kemusnahan keluarga!



Garam dan produk lain untuk kemusnahan keluarga!

Assalamualaikum wbh

Pada 22 Julai 2007 saya telah menulis artikel bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145

Berikut adalah sebahagian sedutan dari artikel saya tersebut:

"You may try forms of blessings and smudging as suggested here on this site. You may want to take some long baths in sea salt or throw some sea salt about or put them in glass bowls about your bed, bedroom and apartment. I say try all things, and keep trying each one until you find a remedy that works.

Bomoh-bomoh di Malaysia masih menggunakan garam secara menabur keliling rumah tetapi mungkin tidak lama lagi kaedah mandi dengan air garam yang sudah berjampi bakal diamalkan sama seperti saranan orang putih ini."

Semasa saya menulis artikel tersebut, saya menjangkakan pada suatu masa akan ada bomoh di Malaysia yang menyuruh orang mandi garam untuk buang sial atau mencari rahmat. Kini terbukti bahawa pengamal bomoh moden Prof ****** memang mengamalkan amalan sesat ini. Gambar ini saya ambil dari produk yang diberikan oleh Prof Dr ***** di Kuala Lumpur. Ada garam untuk mandian, ada untuk disimpan dan ditabur dan siap dengan aura seri dan aura genius. Setiap satu botol ini berharga RM50 dan untuk 7 botol produk sesat ini, pembeli ini perlu mengeluarkan RM350.

Selain amalan menggunakan garam oleh Prof Dr ***** sesat ini, banyak pusat rawatan yang mengaku SECARA ISLAM yang juga diketuai oleh seorang Prof Dr **** juga menggunakan garam dan lada hitam yang kononnya untuk menghalau dan mengelakkan hantu syaitan.

Kepada umat Islam sekelian, janganlah mudah terpedaya dengan helah syaitan ini.

Hidup bahagia dirahmati Allah tanpa tangkal termasuk tangkal dari garam.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Rompakan terbesar di dunia!!!




IS IT GOLD?!!!! NO

IS IT DIAMOND?!!!!!! NO

IS IT MONEY?!!! NO

IS IT OIL?!!!!!! NO

AN YOU GUESS?????



THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20th CENTURY IS

Friday, 11 July 2008

Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya

 
Dengan nama Allah yang Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya


Berikut adalah reply daripada sdr mikran:

mikran wrote on Jul 10
salam ustaz,
sudah lama saya mengikuti website ustaz ni...banyak ilmu yang saya perolehi..Alhamdulillah n terima kasih ustaz..Di sini saya ingin meminta pandangan ustaz berkaitan anak saya yang mengidap penyakit asma...anak saya berumur 2 tahun merupakan anak pra matang dan mempunyai byk masalah semasa kecil. Dia selalu mendapat ruam dan gatal2 di badan. Doktor mengatakan anak saya mendapat alahan susu lembu dan doktor telah menasihatkan saya untuk memberi susu soya.. 

Pada umur 1 tahun 3 bulan, anak saya telah mendapat asma yg boleh dkatakan teruk. Setiap kali selepas menyusu, dia akan muntah bersama dengan kahak2. Sampaikan tidur mlm pun terjaga disbebabkan oleh muntah selepas menyusu.Saya telah berjumpa dgn pakar kanak2 dan dinasihatkan untuk memberi inhaler. 2 inhaler digunakan iaitu satu yg bewarna biru dan satu lagi yang bewarna jingga. Doktor menasihatkan saya untuk menggunakan inhaler ni selama 3 bulan berturut2 dan jka didapati masih lagi ada tanda2 asma tadi selepas 3 bulan dgunakan...terus sambung menggunakan selama 3 bulan lagi. Sekarang sudah hampir 5 bulan saya menggunakan inhaler tersebut dan masih lagi ada tanda2 penyakit asma tersebut. Apakah ada cara atau petua daripada ustaz untuk membantu anak saya ini.
 
Salam.
 
mikran


Berikut adalah jawapan saya:

Sekali lagi saya ingin memberikan peringatan bahawa berhati-hatilah dengan pandangan para doktor. Bukanlah semua pandangan doktor adalah benar dan bukanlah semua pandangan doktor adalah salah. Ada pandangan doktor boleh diamalkan tetapi memang ada pandangan dari doktor ini kena buang secara total.

Apabila doktor mengatakan bahawa diabetes tidak boleh diubati atau dipulihkan, pandangan ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Sedangkan Allah SWT telah menyatakan bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati. Jikalau ada yang bersungguh-sungguh untuk pulih dari diabetes, datanglah ke JB, redhalah untuk menjadi orang Islam yang lebih baik,  dengarlah dan amalkanlah nasihat dan insya-Allah diabetes boleh pulih.

Apabila doktor mengatakan anak sdr adalah allergy kepada susu lembu, pandangan doktor ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Dalam bab allergy kepada susu lembu ini, Allah sebenarnya tidak pilih kasih kepada kanak-kanak.  Allah menjadikan lembu yang bersaiz besar boleh menghasilkan susu yang banyak adalah untuk manfaat kepada manusia. Banyak khasiat Allah berikan melalui susu lembu ini untuk kesihatan manusia.

Dalam beberapa artikel yang lalu, seperti Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil ,   Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) saya ada bercerita tentang khasiat yang dijadikan Allah melalui susu lembu untuk merawat masalah berkaitan sistem pernafasan.

Berdasarkan pengalaman saya dengan kanak-kanak yang telah disahkan oleh doktor sebagai allergy kepada susu lembu yang akhirnya telah sihat walafiat, itulah sebabnya saya mengatakan bahawa apabila doktor berkata bahawa “anak tuan allergy kepada susu lembu”, dengarlah pesanan tersebut tetapi jangan dipakai.

Anak yang menghadapi Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) insya-Allah boleh dirawat hanya dengan mengamalkan pantang larang  dan meminum susu lembu. Bagi kes anak mikran yang disahkan doktor sebagai allergy kepada susu lembu, sebenarnya anak sdr mikran ini juga telah menghidapi Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP). Insya-Allah jika diperhatikan hujung jari tangan anak mikran ini warnanya agak kebiruan sedangkan hujung jari orang yang sihat warnanya adalah kemerahan. Warna kebiruan mengesahkan bahawa mereka ini menghidap Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP). Warna kebiruan adalah disebabkan oksigen yang dibawa oleh darah kesetiap bahagian tubuh badan tidak mencukupi akibat dari paru-paru yang bermasalah.

Bagaimana atau mengapa paru-paru bermasalah? Persoalan ini telah saya kupas di dalam artikel saya yang lalu iaitu Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) . Saya rumuskan sekali lagi faktor-faktor yang merosakkan paru-paru atau sistem pernafasan iaitu:

  1. Minum air batu
  2. Mandi malam
  3. Tidur di bawah kipas yang laju atau aircondition
  4. Makan banyak makanan seperti belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya.
  5. Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan.
  6. Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board (PCB) juga merosakkan paru-paru.
  7. Kerja shift malam
  8. Menghisap rokok.

Selain dari punca-punca sebagaimana di atas, menghidu barangan asbestos atau mendiami kawasan berhampiran kilang asbestos juga amat merbahaya kepada paru-paru.

Bagi kes anak mikran yang baru berusia 2 tahun ini, mengapakah paru-parunya sudah bermasalah? Jika di amati segala faktor-faktor merosak paru-paru sebagaimana 8 + 1 diatas, kemungkinannya segala faktor di atas tidak berlaku ke atas kanak-kanak ini. Bagi kanak-kanak, punca kerosakan paru-paru atau sistem pernafasan mereka selalunya adalah faktor nombor 3 di atas iaitu tidur di bawah kipas yang laju atau aircondition. Namun demikian, faktor ini hanya akan menyebabkan kerosakan pada paru-paru atau sistem pernafasan selepas satu tempuh waktu seperti usia kanak-kanak 3 – 4 tahun sahaja.

Bagi kes anak mikran ini, punca lain yang kerap menjadi penyebab kerosakan paru-paru atau sistem pernafasan bayi atau kanak-kanak pada usia awal ialah sebenarnya akibat air susu ibu atau susu formula yang memasuki paru-paru. Ibu-ibu selalu diajarkan untuk mengeluarkan angin (macam sendawa) bayi mereka selepas bayi ini disusukan dengan menggosok belakang dada sehingga bayi ini keluar angin dari mulut beberapa kali. Amalan ini adalah sangat penting kerana sekiranya angin ini tidak dikeluarkan, angin ini akan menyebabkan bayi ini muntah. Dalam posisi bayi yang terlentang, muntah adalah amat merbahaya kerana sebahagian muntah ini boleh memasuki paru-paru melalui hidung. Muntah yang memasuki paru-paru memanglah amat merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai masalah kronik seperti pneumonia selain kerap batuk dan selsema.

Itulah sebabnya sebahagian ibu bapa meletakkan bayi mereka pada posisi meniarap dengan mengiringkan mukanya sama ada ke kiri atau ke kanan. Pada posisi ini, sekiranya bayi muntah, ia akan dikeluarkan terus dari mulut tanpa takut muntah ini akan memasuki hidung.

Air yang tertumpah ke dada bayi mudah dikeringkan dengan mengelapnya tetapi muntah yang memasuki paru-paru bagaimana untuk mengeringkannya? Allah SWT yang menjadikan manusia amat mengetahui masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh manusia. Allah telah menjadikan susu lembu untuk membantu manusia menangani masalah paru-paru termasuk masalah muntah bayi yang memasuki paru-paru. Apabila terdapat sebarang bendasing di dalam paru-paru seperti muntah dan sebagainya, dengan meminum susu lembu, Allah SWT melalui sunnatullahNya (kelazimanNya) menyebabkan silia yang terdapat di permukaan sistem pernafasan / paru-paru menolak bendasing ini untuk dikeluarkan sebagai kahak berlendir yang boleh ditelan semula untuk masuk ke perut atau dibatukkan untuk keluar melalui mulut.

Bagi orang dewasa, mengeluarkan kahak melalui batuk atau menelannya masuk ke perut adalah perkara mudah dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun bagi bayi dan kanak-kanak kecil, kahak ini memang menimbulkan masalah dan dalam kebanyakan kes kanak-kanak akan muntah untuk mengeluarkan kahak ini. Muntah sekali-sekala untuk mengeluarkan kahak adalah baik namun muntah yang kerap boleh menimbulkan masalah lain termasuk masalah kehilangan air dan makanan dari badan selain menyebabkan keadaan tidak selesa.

Bagi bayi yang terdapat banyak bendasing di dalam paru-paru / sistem pernafasan, apabila mereka minum banyak susu ibu atau susu lembu, kuantiti kahak yang dikeluarkan juga akan menjadi banyak. Di sinilah akan timbul masalah yang lebih kritikal dimana kahak yang banyak ini akan menyebabkan bayi ini sesak nafas. Keadaan kritikal ini akan menyebabkan bayi semakin kuat menangis. Kahak yang banyak di dalam paru-paru / sistem pernafasan mengakibatkan bunyi tertentu dan bunyi ini boleh mudah didengar menggunakan stetoskop doktor.

Bagi mengatasi masalah kahak yang banyak sehingga menyukarkan bayi bernafas, ramai doktor mengambil jalan mudah dengan mengisytiharkan bayi adalah alah / allergy kepada susu lembu lalu menasihatkan ibu bapa menggantikan susu formula berasaskan susu lembu kepada susu formula berasaskan kacang soya. Memanglah dengan menukar susu formula susu lembu kepada susu formula kacang soya dapat menyelesaikan sesak nafas bayi ini disebabkan kahak / lendir yang banyak namun adakah ini suatu perkara yang bijak?? Berhenti dari mengambil susu formula susu lembu akan menyebabkan silia di dalam paru-paru / sistem pernafasan berhenti menolak keluar bendasing dari paru-paru / sistem pernafasan. Lebih lama bendasing berada di dalam paru-paru menyebabkan lebih merbahaya kerana ini boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif termasuk jangkitan.

Kini timbul konflik, minum susu formula susu lembu menyebabkan kahak banyak sehingga sesak nafas, jikalau ambil susu formula kacang soya, banyak khasiat di dalam susu lembu tidak dapat dibekalkan kepada bayi dan kahak tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Jika di amati dengan lebih teliti, bayi yang mengambil susu formula kacang soya dalam tempuh yang lama memang jauh kurang sihat berbanding bayi yang mengambil susu formula susu lembu.

Jalan penyelesaian dalam konflik ini ialah teruskan memberi susu formula susu lembu kepada bayi namun kuantiti yang diberikan dikawal agar tidak terlalu banyak sekali gus. Memberikan susu formula susu lembu dalam kuantiti yang sedikit secara berterusan adalah lebih baik agar kahak dapat terus dikeluarkan dari paru-paru / sistem pernafasan. Dengan memberikan susu formula susu lembu yang sedikit menimbulkan masalah lain di mana bayi menangis kerana lapar. Susu formula kacang soya bolehlah diberikan antara pemberian susu formula susu lembu.

Kawallah kuantiti susu formula susu lembu sekadar kahak yang dikeluarkan mampu ditangani oleh bayi dan tidak menyesakkan pernafasannya. Bila kuantiti kahak sudah kelihatan berkurang, tambahlah kuantiti susu formula susu lembu dan kurangkanlah susu formula kacang soya. Apabila bayi boleh bertahan dengan pengambilan susu formula susu lembu semata-mata, maka situasi paru-paru / sistem pernafasan bayi ini alhamdulillah semakin pulih.

Terdapat satu kes dua beradik seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi 6 tahun disahkan kedua-duanya oleh doktor sebagai alergy kepada susu lembu semenjak sekian lama dan setelah mengamalkan amalan terus minum susu lembu, alhamdulillah kedua-dua beradek ini jauh lebih sihat berbanding dahulu.

Diharapkan dengan penjelasan ini dapat mengungkap persoalan mengapa di awal artikel ini saya menyangkal apabila doktor mengatakan anak sdr adalah allergy kepada susu lembu. Pandangan doktor ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Kahak berlendir yang dimuntahkan oleh bayi atau kanak-kanak kecil adalah antara pelbagai rahmat dari Allah SWT semoga bendasing di dalam paru-paru / sistem pernafasan dapat dikeluarkan dari tubuh. Proses pengeluaran kahak dari paru-paru / sistem pernafasan banyak dirangsang apabila kita meminum susu lembu.

Namun apa yang sangat perlu diambil perhatian ialah susu lembu yang dapat merangsang pengeluaran kahak adalah susu lembu dari jenis full cream, susu lembu segar dan yang sewaktu dengannya dan bukan susu rendah lemak (low fat milk, high low, no fat milk) dan bukan susu anlene kerana anlene dibuat dari susu rendah lemak.

Kepada sdr mikran, jika anak sekadar muntah selepas menyusu, biarkanlah kerana ia adalah mekanisme sihat untuk mengeluarkan lendir dari tubuh. Waktu malam dan pagi adalah waktu di mana banyak kahak dikeluarkan. Namun pastikan juga anak sdr tidak tidur di bawah kipas yang laju, aircondition, minum air batu atau air yang sejuk, aiskrim dan mandi malam kerana ini hanya bakal mengundang masalah berkaitan sistem pernafasan termasuk astma.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Emjay