Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday, 5 December 2010

Demam dan mandi.

  Demam dan mandi.

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh sudara seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan tenteranya.
Selama mengajar di UTM, saat mengajar di makmal atau bilik kuliah adalah menyeronokkan tetapi bila bab mengumpul dan menyemak segala tugasan pelajar  adalah saat yang mencabar kesabaran.  Lebih mencabar lagi apabila tiba musim peperiksaan dimana segala jawapan pelajar perlu disemak, digred, diproses dan akhir sekali di key ini ke sistem komputer. Apabila perkara ini sedang  dilalui, mereka yang banyak menghantar pelbagai email ke kangmasjb@hotmail.com terpaksalah dibaikan tetapi bukan semuanya. Ada juga yang penting tu masih saya berikan jawapan tetapi yang minta analisa kesihatan terpaksalah saya abaikan kerana analisa memakan masa yang agak panjang. Jadi saya harap mereka yang menghantar email tetapi masih belum dibalas haraplah maklum. Saya ni menguruskan Laman Emjay berseorangan.
Hari Khamis lalu terasa lapang sungguh apabila kerja key in markah Alhamdulillah telah selesai. Segalanya berkaitan peperikasaan perlu disiapkan sebelum keluarga mengajak bercuti ke Pulau Pinang tempat anak sulung di Ivory Condo, halaman Bukit Gamber. Anak-anak dan isteri saya memang suka bercuti di sana kerana pemandangan yangmenarik dari tingkat 12. Anak-anak saya pula memang suka ke sana kerana dapat mandi kolam. Namun modal untuk membeli muslimah swimming suit sebanyak RM165 X 2 bukannya kecil.
Beberapa hari lepas Malaysia menamatkan persaingan di Sukan Asia di Guangzhou di tempat ke 10 di belakang Thailand. Apa yang dapat dilihat dari jadual pungutan medal tersebut, pungutan medal adalah berkadar terus dengan kedudukan ekonomi. China yang kini menjadi gergasi ekonomi dunia mengekalkan tempat pertama diikuti oleh Jepun dan Korea Selatan. Apa yang ingin saya bawa para pembaca sekelian adalah bukan berkenaan sukan Asia ini atau sukan Komanwel di India sebelumnya tetapi adalah berkenaan athlet yang kerap menghidap demam. Bayangkanlah pasukan Athlet Malaysia dihadiahkan masalah besar apabila persediaan sekian lama dirosakkan dengan kegagalan saat akhir kerana athlet yang tidak dapat diturunkan akibat menghidap demam.
Hari ini apabila saya membaca akhbar The Star, kisah athlet demam berulang semula. Dari akhbar The Star ini bertajuk Wee Wern makes winning return to help Malaysia down New Zealand menceritakan kisah “Wee Wern, who had been stricken with fever throughout the week and was rested from the semi-finals against Australia, came back from a set down to beat Joelle King 11-13, 11-2, 11-8, 11-1 in 54 minutes”. Mungkin sekiranya Wee Wern tidak demam, pasukan Malaysia mungkin dapat mengalahkan Australia di peringkat separuh akhir sebelumnya. Pada Sukan Asia juga pasukan badminton Malaysia acara berpasukan,  pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata gagal membawa Malaysia ke mana-mana apabila pemain ini  demam lalu tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana sekali gus memberi kemenangan moral untuk Thaliand menggandakan asakan sebelum menang 3-2. 
Sepanjang sukan Asia dan Komanwel yang baru berlalu, ramai athlet kalah bukan digelanggang tetapi kalah dengan demam. Begitulah juga kerap kita dengar dalam kejohanan-kejohanan peringkat dunia athlet tidak dapat beraksi cemerlang akibat kena demam atau baru pulih dari demam. Cubalah kita lontarkan soalan adakah para athlet ini orang yang tidak sihat dan akibatnya mereka mudah kena demam??  Athlet lumrahnya  adalah mereka yang mencapai tahap kesihatan dan kecemerlangan fizikal yang tinggi. Seandainya mereka ditahap yang tinggi, mengapakah mereka mudah kena demam?? Dalam sejarah 6 orang anak-anak saya serta saya dan isteri, hanya mereka yang kurang sihat sahaja yang kerap demam. Saya telah menceritakan kisah kisah anak sulung saya yang kerap demam dalam artikel di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/05/pertembungan-sains-dengan-islam-mana.html . Dalam artikel tersebut saya menceritakan kisah anak saya yang kerap demam semasa ber usia 4 tahun sehingga 13 tahun. Pada ketika itu anak saya ini memang amat lemah dalam acara sukan kerana tahap fizikal dan kesihatannya amat rendah. Apabila tempuh usia ini telah menjadi sejarah, Alhamdulillah anak sulung ini serta anak-anak saya serta saya dan isteri amat jarang menghidapi demam.
Inilah yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca Laman Emjay sekelian rahsia mengapa orang kerap demam. Ilmu yang pertama ini saya perolehi apabila saya bersama arwah guru menaiki kereta yang saya pandu dari Johor Bahru ke Pulau Pinang berurusan dengan pembeli yang tidak mahu bayar hutang. Kami sampai di Butterworth sudah lewat malam kira-kira hampir 11 malam. Sebelum tiba ke hotel arwah guru mengajarkan saya agar jangan mandi di hotel kerana ini boleh menyebabkan demam kerana hari sudah malam. Beliau menasihati bahawa elakkan mandi selepas maghrib (mandi malam) apabila terlalu letih kerana boleh menyebabkan demam.  Memandu seharian dari Johor Bahru seorang diri ditemani arwah guru ke Butterworth memang amat memenatkan dan sekiranya saya mandi setibanya di hotel di Butterworth, saya berkemungkinan demam pada keesokan harinya.  
Mulai saat itu saya melatih diri saya serta isteri dan anak-anak apabila berpergian dalam jarak yang jauh seperti Johor Bahru Kuala lumpur atau yang lebih jauh agar tidak mandi apabila sampai ke destinasi melewati waktu maghrib. Adek beradek isteri saya seramai 9 orang tinggal di Lembah Klang dan kami memang kerap mengunjungi  mereka. Apabila perjalanan kami lewat bertolak dan kami sampai sesudah maghrib, kami semua tidak akan mandi dan Alhamdulillah kami semua tidak demam keesokan harinya.  
Pada hari Jumaat lepas saya dan isteri bersama 3 anak-anak bertolak dari Johor Bahru kira-kira 11.20 pagi dan Alhamdulillah kami sampai di Ivory Condo Halaman Bukit Gamber kira-kira pukul 8.00 malam. Saya mengingatkan isteri dan anak-anak agar tidak mandi pada malam itu. Alhamdulillah Allah SWT memberikan kami semua kesihatan tidak demam.
Para athlet saban hari membanting tulang mengeluarkan peluh berlatih ke satu tahap “world class”. Seandainya mereka mandi pukul 10.00 malam, ini adalah amat merbahaya kerana boleh mengakibatkan demam pada keesokan harinya. Selain boleh mengakibatkan demam, mandi malam adalah amat tidak baik bagi tempuh jangka panjang kerana boleh mengakibatkan paru-paru berair. Bacalah artikel saya berkenaan perkara ini di : Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/12/mandi-malam-dan-air-batu-nasihat-kepada.html .   
Bagi mereka yang pernah mengerjakan haji mungkin mereka lebih berpengalaman berkenaan kesan mandi dengan demam. Mereka yang mengamalkan mandi 2 kali sehari sama sebagaimana mereka di Malaysia insya-Allah akan kerap demam. Saya sendiri yang mengamalkan mandi 2 kali sehari sebagaimana saya amalkan di Malaysia, tidak sampai dua minggu saya pun demam. Bila jumpa doktor dari Tabung Haji, mereka bertanya adakah saya mandi setiap hari. Saya pun memberi tahu saya mandi 2 kali sehari. Doktor tersebut menasihati saya agar jangan kerap mandi dan beliau sendiri memberitahu saya bahawa beliau hanya mandi kira-kira sekali dalam 2 minggu. Amalan ini amat perlu bagi mengelakkan demam. Seorang dari teman sebilik saya waktu di Makkah telah dinasihati oleh seorang gurunya waktu di Malaysia lagi agar jangan kerap mandi bagi mengelakkan  demam. Rupanya teman sebilik saya ini lebih advance.   
Ilmu jangan kerap mandi sewaktu mengerjakan haji atau pun umrah hanya berlegar dikalangan orang-orang tertentu. Maka beruntunglah mereka yang tidak kerap mandi di Makkkah dan Madinah kerana ini adalah satu usaha yang baik bagi mengelakkan demam.
Sewaktu saya kecil dahulu saya masih teringat saya juga pernah kena demam, ada yang demam sikit dan ada juga demam yang teruk. Setiap kali saya kena demam, ibu akan menasihati agar elakkan dari mandi. Apabila sudah pulih dari demam pun arwah ibu akan menasihati agar melewatkan mandi agar demam tidak berulang. Pernah satu ketika saya demam dan apabila saya merasai diri sudah pulih, keesokan harinya saya mandi dan sesudah mandi demam saya berulang semula. Itulah dia pengaruh mandi terhadap demam. Mungkin insya-Allah seandainya saya melewatkan mandi pagi tersebut saya tidak kena demam yang berulang.
Sewaktu saya demam, arwah ibu juga selalu menasihati agar elakkan mandi. Mandi sewaktu demam hanya akan menambah kesan buruk demam. Inilah juga yang dinasihatkan oleh arwah guru kepada saya agar memastikan anak-anak tidak mandi sewaktu mereka kena demam. Kebanyakan orang lama seperti saya masih mengamalkan amalan mengelakkan mandi sewaktu demam. Waktu demam teruk seperti apabila demam akibat campak, cacar atau cengkering, mandi juga perlu dielakkan. Bagi demam dengan suhu yang tinggi seperti ini, amalan orang tua / tradisional adalah menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan air lalu disapukan dibahagian atas kepala, dahi dan ketiak. Selain daun bunga raya, boleh juga gunakan air asam jawa. Air kelapa kulit hijau juga perlu diberikan setiap 3 jam. Bagi demam biasa, meminum air kelapa kulit hijau setiap 3 jam dikira sudah mencukupi.   
Namun kini doktor di hospital membawa ajaran GILA iaitu apabila seseorang terutama kanak-kanak yang didapati demam dengan suhu tinggi, mereka akan dmandikan dengan air batu. Ini sebenarnya adalah amalan kerja gila. Dari sudut jangka pendek memang mandi air batu ini dapat menurunkan suhu badan tetapi mereka yang dimandikan air batu ini akan mendapat penyakit lain pula sesudah itu. Jadi, elakkanlah dari membenarkan doktor GILA memandikan anak anda apabila mereka demam. Gunakanlah air ramasan daun bunga raya atau air asam jawa. Ia lambat bertindak balas tetapi tidak memberikan kesan buruk jangka panjang.
Selain dari demam-demam yang saya jelaskan di atas, demam juga boleh disebabkan kena air hujan. Di dalam udara dipenuhi dengan bermacam-macam bahan kimia, apabila hujan turun, air hujan ini akan melarutkan bahan-bahan kimia yang terapung di udara ini. Apabila kita kena air hujan seperti  ini, bahan kimia ini insya-Allah boleh mengakibatkan demam. Itulah sebabnya mereka yang kena hujan kerap kena demam keesokan harinya. Oleh itu apabila terkena air hujan, segeralah basuh kepala dengan segera mudah-mudahan Allah SWT jauhkan dari kena demam. Kalau nak mandi hujan, mandilah hujan tetapi mandilah sesudah hujan turun kira-kira 15 – 30 minit dengan andaian segala bahan kimia di udara telah dibersihkan oleh hujan yang turun lebih awal. Saya pernah juga bersama anak-anak bermain air hujan selepas diyakini bahan kimia di udara telah dibersihkan dan Alhamdulillah tidak kena demam pada keesokan harinya. 
Satu lagi jenis demam adalah demam pada musim panas. Demam jenis ini banyak melanda kanak-kanak dan para pelajar di sekolah terutama sekali dikalangan orang Melayu. Bagi kereta-kereta mahal, apabila suhu enjin meningkat melebihi satu takat, sistem keselamatan enjin ini akan mematikan enjin bertujuan bagi melindungi enjin dari kerosakan yang lebih teruk. Allah SWT menjadikan manusia ini cukup cantik, masya-Allah, subhanallah. Apabila kadar kehilangan air dari tubuh melebihi dari kadar pengambilan air bagi tubuh, Allah menghadiahkan demam bertujuan mengelakkan tubuh dari kerosakan yang lebih parah.
Pada musim panas, dengan suhu dan angin yang kuat, kadar kehilangan air dari tubuh akan meningkat melalui proses perpeluhan. Apabila penggantian air yang hilang ini tidak berlaku, maka DEMAM lah. Orang Melayu memang terkenal dengan tidak suka minum sebagaimana oran Cina. Itulah sebabnya apabila tiba musim panas, mereka yang ramai kena demam terdiri dari orang Melayu kerana kurang air. 
Saya dahulu apabila mengerjakan haji pada tahun 1999 dahulu pernah kena demam akibat perpeluhan melebihi air yang diminum.  Pada waktu itu saya amat menantikan tarikh 8 Zulhijjah untuk bertolak ke Mudzalifah. Alhamdulillah tahap fizikal dan kesihatan saya dan isteri baik semuanya. Pada awal  pagi 8 Zulhijjah saya sudah memakai ihram. Apabila memakai ihram ini, banyak bahagian tubuh saya terdedah seperti  lengan, sebahagian dada dan betis. Pada pagi tersebut sebaik kami meninggalkan maktab menuju ke bas, angin sejuk dan kering meniup agak kuat. Sementara menunggu bas bertolak saya sudah mulai rasa nak demam. Dalam bas semakin teruk demam dan setibanya di Mudzalifah, demam saya mencapai klimak. Saya tidak boleh bangkit kerana demam dengan suhu badan yang tinggi. Sesudah solat zuhur, ketua jemaah menyuruh saya mandi. Apabila saya mandi, demam saya baik tetapi tidak lama sesudah selesai mandi, demam saya kembali semula. Ketua jemaah sudah mula memikirkan untuk menghantar saya ke hospital. Saya terfikir kalau saya di tahan dihospital, maka haji saya kena ulang semula di tahun depan.  Menjelang asar, saya memanggil isteri saya lalu mengarahkan mereka menyapu minyak zaitun ke bahagian badan saya terutama yang terdedah. Isteri patuh menyapu minyak zaitun. Sebaik selesai di sapu, demam saya terus hilang dan saya kembali pulih sebagaimana biasa. Alhamdulilah di atas rahmat Allah. Dapatlah saya menyambung ibadah haji saya. 
Saya kena demam ini sebenarnya kerana kadar kehilangan peluh melalui kulit saya amat tinggi akibat permukaan tubuh yang banyak terdedah. Perlu diambil kira bahawa udara di Negara Arab Saudi amat kering dan dengan pantas ia menambah kadar perpeluhan .  Kehilangan air ini sepatutnya digantikan dengan pengambilan air yang tinggi namun ini tidak berlaku. Apabila disapu minyak zaitun, kadar perpeluhan dari kulit saya menurun dan inilah penjelasan mengapa saya segera sembuh sebaik disapu minyak zaitun. Bagi mereka yang bakal mengerjakan haji / umrah ingatlah pesanan ini.
Bagi bayi yang disusukan dengan susu formula bayi, ramai ibu bapa tidak mematuhi arahan dan panduan yang tertera di tin susu formula bayi mereka. Ibu bapa seperti ini menggunakan satu bancuhan sama ada pada musim sejuk atau musim panas. Kalau ditinjau pada arahan di tin  tersebut ada tertera bahawa bancuhan susu hendaklah dicairkan pada musim panas dan dipekatkan sedikit sewaktu musim sejuk. Apabila bayi menerima bancuhan susu yang pekat di musim panas, ini boleh mengakibatkan demam kerana kadar kehilangan air melalui peluh tidak seimbang dengan kemasukan air melalui bancuhan susu formula ini. Dalam bahasa mudah bayi ini kurang air.
Sekian untuk kali ini. Saya amat mengalu-alukan pengalaman bagi ibu bapa yang mana anak mereka pernah dimandikan oleh doktor gila sewaktu anak mereka demam dahulu. Semoga pembaca lain mendapat pengalaman berharga dari pengalaman ibu bapa seperti ini.


Wallahuaqlam


Emjay

Saturday, 16 October 2010

Bomoh sesat Paksu


Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah SWT keatas iblis dan tenteranya.

Ini adalah satu lagi laman sesat lagi menyesatkan. http://warisansingomorjo.blogspot.com/ . Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk masuk ke NERAKA, dipersilakanlah untuk berurusan dengan orang SESAT ini.

Di Malaysia, pejabat agama sekadar menjaga urusan nikah cerai sahaja. Orang sesat seperti ini dibiarkan terus menyesatkan.

Malaysia oh Malaysia.

Emjay

Saturday, 18 September 2010

Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas

Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamulaikum WBH saudara seagamaku dan laknat Allah terhadap iblis dan pengikutnya.
Apabila para pembaca Laman Emjay sedang membaca artikel ini sekarang, apa yang boleh saya katakan adalah anda semua sedang membaca dalam hati. Bolehkah anda semua menerima pernyataan ini? Kalau tak boleh, tak payahlah menerus pembacaan anda!! Membaca boleh dilakukan samada dengan mulut atau dengan hati. Membaca dengan mulut boleh didengar oleh orang lain apatah lagi sekiranya dibaca dengan kuat. Membaca dengan hati hanya diri sendiri yang memahaminya selain Alla SWT berdasarkan ayat Al Quran surah  Al- Baqarah ayat 235 :” Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,” dan banyak ayat-ayat lain.
Adakah membaca dalam hati sama dengan berniat?? Di Malaysia, ramai yang beranggapan bahawa membaca dalam hati adalah sama dengan berniat. Sebentar lagi saya akan mengupas tentang perkara ini.
Menurut Kamus Dewan, niat membawa definisi; maksud atau tujuan sesuatu perbuatan atau ingatan dalam hati. Ada yang menyatakan niat sebagai lintasan dalam hati. Apabila kita mengangkat kaki bergerak ke bilik air, pastinya sudah ada niat di dalam hati sama ada disedari atau tidak. Mungkin kita berniat nak meludah, buang air, mandi atau ingin mengambil wuduk.
Nabi telah bersabda mafhumnya:
“Katakanlah : “Setiap orang itu beramal menurut bentuk kehendaknya”
yang bermaksud seseorang itu membuat sesuatu perkara menurut apa yang menjadi niatnya dan bukan sebaliknya. Apabila seseorang berniat nak duduk, maka ia akan berusaha untuk duduk. Apabila seseorang ingin berjalan maka ia pun berjalan. Pokoknya setiap perbuatan adalah berdasarkan kepada niat .. Adakah terdapat mana-mana perbuatan yang dilakukan tanpa niat?? Sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat, lain dengan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Mengigau dan tersepak kaki orang ini adalah perbuatan yang dilakukan tanpa niat.

Apabila seseorang mengambil kunci keretanya, pastinya beliau sudah mempunyai niat termasuk ingin ke mana dan hendak buat apa. Inilah yang dinamakan niat dan niat ini keluar dari hati tanpa paksaan. Sekiranya seorang suami dipaksa isteri untuk membeli telur, sang suami apabila mengambil kunci kereta, beliau sudah ada niat untuk pergi ke kedai membeli telur. Niat ini tidak akan hapus sehinggalah sang suami ini sampai ke kedai dan membeli telur. Setelah selesai membeli telur, niat sang suami ini akan berubah pula ingin kembali ke rumah.  

Marilah kita lihat kes-kes berikut:
1.    Apabila seseorang membasuh kereta, ada yang melakukan perbuatan ini kerana ingin menunjukkan kepada saudara mara bagaimana cantiknya kereta barunya. Maka niat orang ini adalah untuk menayang kereta barunya yang cantik kepada saudara maranya.
2.    Ada wanita yang memasak untuk keluarganya dengan harapan semoga suami memuji dan menyayanginya. Maka niat wanita ini memasak adalah untuk dipuji dan disayangi oleh suami.
3.    Ada kakitangan di pejabat melakukan kerja-kerja sebagaimana diarahkan bosnya dengan tujuan agar dirinya disanjung dan dihormati semoga kelak sasaran kerja tahunannya (SKT) cemerlang. Maka niat orang ini melakukan kerja adalah untuk disanjung, dihormati dan untuk SKTnya.
4.    Ada orang melakukan ibadah korban kerana malu kerap diperli dan diajak oleh bapa mertuanya. Maka niat ibadah korban orang ini adalah kerana malu kepada bapa mertua.
5.    Ramai wanita apabila memakai pakaian walaupun menutup aurat adalah dengan tujuan untuk kelihatan cantik anggun dan menawan. Maka niat wanita ini berpakaian sedemikan adalah untuk kelihatan cantik anggun dan menawan.
6.    Ada wanita memakai tudung kepala kerana tidak tahan dengan leteran suami. Maka niat wanita ini memakai tudung itu adalah untuk menyelamatkan dirinya dari leteran suami.
7.    Ada orang menjemput para sahabat berhari raya ke rumahnya kerana ingin menunjukkan rumah barunya yang mahal lengkap dengan perabot mahal serta pinggan mangkuknya yang juga mahal. Maka niat orang ini menjemput tetamu datang adalah untuk menayangkan rumah serta perabot dan pinggan mangkuk yang mahal.
8.    Seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri.  Apakah niat solat sang suami ini??

Bagi kes 8 di atas ini, pastinya sang suami waktu bersolat ada melafazkan “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” serta berniat dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekelian, apakah niat sebenar sang suami solat berjemaah bersama isteri di depan mertua?? Adakah niatnya ikhlas kerana Allah Taala? Kalau ikhlas kerana Allah Taala, mengapa apabila di rumah mereka tidak solat??

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh sang suami ini ialah membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” dan niat sebenar sang suami adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada mengerjakan solat.

Itulah sebabnya di atas, saya ada mempersoalkan samaada membaca dalam hati adalah sama dengan niat!. Sebenarnya membaca dalam hati adalah bukan niat. Membaca dalam hati adalah satu bacaan yang dilakukan sama seperti apa yang anda semua sedang lakukan sekarang iaitu membaca artikel saya ini di dalam hati. Apabila orang yang sedang solat berkata / membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”, mereka sebenarnya bukan sedang berniat. Niat seseorang sewaktu melakukan solat adalah tujuan sebenar mengapa mereka solat dan dalam kes 8 di atas, niat sebenar solat sang suami tersebut adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat.

Adakah kita sedar sebenarnya bahawa niat kita solat mungkin tergolong daripada salah satu perkara berikut:
      I.        Kerana mengelakkan leteran ibu bapa
    II.        Kerana mengelakkan leteran suami / isteri
   III.        Kerana malu dengan jiran.
  IV.        Kerana untuk mendapat sanjungan / perhormatan jiran tetangga / orang ramai
    V.        Kerana malu sebagai ketua pejabat
  VI.        Kerana tanggungjawab terhadap Allah SWT
 VII.        Kerana takut akan azab Allah SWT

Allah SWT insyaAllah hanya akan menerima ibadah solat seseorang apabila ianya dilakukan dengan ikhlas. Niat-niat dari nombor I – V adalah niat yang tidak diterima Allah manakala niat nombor VI – VII insyaAllah diterima oleh Allah.

Itulah sebabnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali mengajarkan lafaz “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” dan bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Semua imam besar yang empat termasuk As Syafiee juga tidak pernah mengajarkan lafaz usholli dan bacaan dalam hati yang sedemikan. Saya apabila melakukan solat, niat saya adalah kerana saya ada tanggungjawab sebagai seorang umat Islam, saya wajib untuk solat, saya patuh dengan arahan Islam dan saya takut akan azab Allah SWT. Apabila saya berwuduk, niat saya ini sudah saya tanamkan dalam hati dan niat ini saya hanya akan lepaskan sesudah saya memberikan salam di hujung solat. Sekiranya saya terkentut waktu solat, saya juga melepaskan niat saya tersebut dan saya memasang pula niat baru untu ambil wuduk dan seterusnya berniat untuk ulang solat.

Ada setengah orang mengatakan bahawa isu lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....”  ini adalah kes membesarkan perkara kecil yang akan memecah belahkan masyarakat. Bagi saya perkara ini bukan satu perkara kecil malahan perkara yang boleh merosak akidah.

Kita lihat sahaja panduan solat di Malaysia hari ini. Ramai orang mengajar  bahawa lafaz  “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sunat hukumnya. Kalau perbuatan ini sunat hukumnya, pastinya Nabi Muhamad SAW pernah mengajarkannya dan terdapat dalam kitab hadisnya. Seandainya kita menyatakan bahawa “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sebahagian Islam, maka kita telah membuat fitnah kepada Allah SWT dan rasulNya Muhamad SAW. Apabila Nabi tidak pernah mengamalkan amalan lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....(dalam bahasa arab)” bagaimana boleh jatuh hukum sunat untuk melakukan perbuatan ini?? Maka dengan itu bacaan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati adalah satu bidaah dan sesungguhnya setiap bidaah adalah neraka balasannya.

Kesan buruk yang lebih parah dari amalan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati kini ialah umat Islam tidak pandai lagi untuk berniat apatah lagi untuk niat yang ikhlas. Ingatlah bahawa Allah hanya akan menerima amal ibadah yang dilakukan oleh hambaNya, yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan dengan kaedah yang betul. Lihatlah mafhum hadis berikut:

Dalam Al Bayan Hadis Nombor 1128 pula Nabi bersabda mafhumnya:

Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya. (Niat yang bagaimana di terima Allah SWT?)

Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a., berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dari hadis daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a di atas, niat-niat ketiga lelaki tersebut sewaktu berperang tertolak kerana tiada keikhlasan di sisi Allah SWT.

Sudah banyak kali kita bercakap tentang ikhlas tetapi apakah maksud sebenar ikhlas? Kamus Dewan menjelaskan maksud ikhlas sebagai  hati suci, tidak berpura-pura, tidak mengharapkan balasan. Dalam kontek Islam, pengertian sebagaimana dijelaskan Kamus Dewan tidak memuaskan. Apabila saya mengajukan soalan yang sama kepada para pelajar saya di UTM, jelas bahawa mereka juga kabur tentang maksud sebenar ikhlas di dalam Islam. Saya cuba mencari di internet maksud ikhlas, tetapi masih belum berjumpa dengan pengertian ikhlas yang sejajar dengan kehendak Islam. Islam mengajarkan bahawa segala amal ibadah yang tidak ikhlas sebagai amal ibadah yang sia-sia.

Sekiranya kita mengambil perngertian sebagaimana di dalam Kamus Dewan iaitu tidak mengharapkan balasan, adakah saya dikira tidak ikhlas apabila mengajarkan ilmu agama dengan tidak mengharap balasan dari pelajar saya tetapi dalam masa yang sama mengharapkan balasan dari Allah SWT? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas.

Sekiranya saya membaca surah Al Kahfi dengan mengharapkan dosa-dosa saya diantara dua Jumaat diampunkan serta mengharapkan dielakkan dari segala fitnah selama lapan hari, adakah amalan saya membaca surah Al Kahfi tersebut tidak ikhlas?? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas. Untuk memahami perkara ini, fahamilah dua hadis berikut:

Mafhum Hadis 1.
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Mafhum Hadis 2.
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)
Ramai pelajar saya menjawab pengertian ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah SWT.  Namun apabila saya menyoal mereka apa maksud “semata-mata kerana Allah SWT”, mereka gagal menjelaskannya. Ini bermakna mereka tahu tetapi tidak faham. Jawapan ini adalah merupakan jawapan yang paling banyak tetapi rata-rata mereka tidak faham apakah maksudnya “semata-mata kerana Allah SWT”.


Saya dengan ini menyarankan pengertian ikhlas yang selaras dengan kehendak Islam sebagai:

1.    Segala perlakuan yang dibuat dengan niat selari mengikut kehendak Islam
2.    Segala perlakuan yang dibuat semata-mata kerana Allah SWT.

Apabila saya memberikan sedekah kepada anak yatim dengan niat melaksanakan suruhan Nabi Muhamad SAW, adakah perbuatan ini dikira sebagai ikhlas? Mengikut definisi pertama di atas, ia dikira sebagai ikhlas kerana perbuatan ini adalah mengikut kehendak Islam. Mengkut definisi kedua pula perbuatan tersebut dikira sebagai ikhlas kerana apabila saya menuruti suruhan Nabi Muhamad SAW maka saya sebenarnya melakukan perbuatan tersebut kerana mengikut perintah Allah SWT kerana Nabi Muhamad SAW menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Mentaati perintah Nabi Muhamad SAW sebenarnya adalah mentaati perinah Allah SWT.

Apabila saya makan dan minum  dengan tangan kanan dengan niat akur perintah Nabi Muhamad SAW, insyaAllah amalan ini diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah kerana menepati kedua-dua definisi tersebut.

Apabila kita membaca Al Quran, adalah satu perkara yang sangat digalakkan agar kita berniat mana-mana satu dari berikut atau kesemua sekali iaitu:

1.    Niat untuk mendapatkan ilmu
2.    Niat sebagai satu amal ibadah
3.    Niat untuk bermunajat (berdialog dan berbisik seorang hamba terhadap Tuhannya)
4.    Niat untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah SWT
5.    Mencari ubat

Mana-mana niat yang dipilih sewaktu kita membaca Al Quran tidak perlu dimulakan dengan lafaz “Usholli..” atau “Nawaitu....” atau dengan bacaan dalam hati “sahaja aku.......”. Ia adalah lintasan dalam hati atau tujuan maksud satu-satu perbuatan.

Dalam kes nombor 8 di atas iaitu seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri.  Niat sebenar sang suami ini adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat. Bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” adalah sebenarnya satu bacaan yang dipaksakan di dalam hati yang bukan terbit dengan suci dari hati nurani. Bacaan ini seolah-olah satu perlakuan untuk menipu Allah SWT yang kononnya ia solat berjemaah bersama isteri adalah sesuatu yang ikhlas. Namun itulah yang diajarkan oleh ustaz ustazah kita di sekolah.

Dalam bab solat lima waktu ini, memadai niatnya sebagai mana-mana satu dari berikut:

1.    Aku solat kerana menurut perintah Allah SWT
2.    Aku solat kerana diwajibkan kepada aku
3.    Aku solat kerana  aku perlu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam
4.    Aku solat sebagai pengesahan bahawa aku adalah hamba kepada Allah SWT
5.    Aku solat kerana aku ingin sekali memasuki syurga Allah SWT.

Mana-mana niat ini adalah selari dengan kedua-dua definisi ikhlas di atas iaitu selari dengan kehendak Islam dan kerana semata-mata untuk Allah SWT.  Semoga amal ibadah yang ikhlas ini diterima oleh Allah SWT.

Saya sewaktu TAKBIRATUL IHRAM iaitu mengucapkan perkataan Allahu Akbar, di dalam hati saya berkata Allah Maha Besar, maha hebat maha berkuasa. Amat lemah dan kerdilnya diri saya ini. Sekiranya pada waktu tersebut saya perlu berkata juga di dalam hati “sahaja aku solat fardhu ...... kerana Allah Taala”, ini sebenarnya adalah satu perkara yang mustahil. Inilah namanya The impossible three in one. Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh Allah SWT pun tidak pernah mengajarkannya dan para sahabat pun tidak pernah mengamalkannya. Imam besar yang empat Hanafi, Maliki, Hambali dan Shafiee pun tidak pernah mengajarkannya. Niat sebenar dalam solat tidak pernah hilang mulai kita mengambil wudhuk. Itulah sebabnya saya telah menjelaskan dibahagian atas bahawa sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat melainkan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Saya makan nasi kerana saya telah berniat untuk melakukan perbuatan makan nasi tersebut. Apabila telefon saya berbunyi, saya berniat untuk berhenti sementara daripada makan nasi dan bergerak untuk menjawab telefon . Saya terlebih dahulu berniat untuk menjawab telefon tersebut.

Apabila kita memahami maksud sebenar niat, insyaAllah kita dapat memahami dengan mudah mengapa Sayyidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya tetapi menarik kembali pedangnya ketika beliau akan menghayun ke leher orang musyrikin, hanya karena si musuh itu meludahinya.

Sayyidina Ali tidak mahu membunuh orang musyrikin ini kerana hawa nafsu, iaitu hanya kerana dirinya yang diperlekehkan, beliau hanya ingin membunuh kerana agama Islam yang dicela, bukan kerana peribadi atau kaumnya. Sekiranya beliau membunuh pada ketika mukanya diludah, maka niat sebenar beliau membunuh adalah disebabkan marah kerana peribadinya yang diperlekehkan dan bukan kerana Allah SWT. Sekiranya ini dilakukan oleh Sayyidina Ali maka perbuatannya itu bukan merupakan perbuatan yang ikhlas.

Sebagai penutup:
1.    "SOLATLAH SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT" (HR. Muslim) Nabi telah mengajar segala-galanya tentang agama ini. Dengan merujuk hadis-hadis yang sahih kita akan dapat mengamalkan sunnah Nabi yang mulia. Elakkanlah dari melakukan perkara yang Nabi Muhamad SAW tidak melakukannya seperti lafaz “Usholli...”,  “Nawaitu....” dan “sahaja aku ....”. Ia kelihatan menambahbaik solat tetapi sebenarnya merosakkan umat Islam sehingga mereka sukar untuk melakukan solat dan menjadi orang yang tidak pandai berniat dengan ikhlas.
2.    Membaca di dalam hati adalah bukan niat. Niat adalah apa yang terbit dihati tentang maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.
3.    Setiap amal ibadah hendaklah ikhlas iaitu dengan niat semata-mata kerana menurut perintah Allah SWT dan selari mengikut kehendak Islam.
4.    Sebelum kita melakukan sebarang amalan seperti membasuh kereta, memasak untuk keluarga, memakai pakaian dan belajar, sertakanlah dengan niat yang ikhlas kerana hanya dengan kesempurnaan ini setiap amalan tersebut insyaAllah dikira oleh Allah SWT sebagai satu amal ibadah.

Sekian wallahuaqlam

Emjay

Thursday, 26 August 2010

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong.
Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik  bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu memberikan rahmat kerana hanya Allah SWT yang mampu memberikannya.
Dalam kesempatan yang singkat bertemu Minah semalam, saya teringin sangat untuk mengetahui apakah punca permakanan yang mengakibatkan Minah ditimpa penyakit diabetes. Dari temubual singkat tersebut, berikut adalah maklumat yang diperolehi:
1.    Umur lewat 40an. Menghidap Diabetes 16 tahun lalu ketika usia awal 30an.
2.    Suka dan kerap makan mee kuning
3.    Tidak suka makan nasi sehingga sekarang semenjak hampir 20 tahun lepas.
4.    Gemar makan roti canai, roti dan segala macam kuih yang dibuat dari tepung gandum (bleached flour).
5.    Teramat gemar dan kerap makan kacang tanah dan pelbagai kacang lainnya
6.    Teramat gemar dan kerap makan organ dalaman hati dan paru-paru
7.    Hampir tidak makan sayur kerana menurut Minah tidak mengapa kerana beliau menggantikannya dengan memakan buah-buahan
8.    Gemar makan durian, mata kucing siam / longan siam, duku
9.    Gemar dan kerap makan pulut, keledek, ubi, keladi dan kentang
10. Gemar kacang buncis
11. Gemar makan junk food seperti twisties dsbnya.
Saya berhenti sekadar ini kerana kesuntukan masa. Mungkin ada lagi makanan-makanan atau minuman lain yang menjadi punca penyakit diabetes yang dialami Minah ini.
Saya amat terperanjat melihat diet GILA seperti ini. Di kalangan pelajar UTM pun semakin ramai yang menggemari diet gila seperti makan tengahari dengan kentang goreng dan chicken chop. Ada juga yang gemar makan burger sahaja untuk makan tengahari dan malam. Ada pula yang sekadar makan mee magi. Saya mengkategorikan diet seperti ini sebagai diet gila kerana kesan dari diet seperti ini adalah amat parah sebagaimana masalah diabetes yang dihadapi oleh Minah.
Selepas mendapat maklumat  sebagaimana di atas, saya menyoal Minah “suami adakah turut sama meminati diet seperti ini?”
Minah kata “suami makan macam orang biasa  Cuma saya saja yang tak minat makan nasi”.
Saya mengatakan kepada Minah bahawa suaminya bakal menghidapi diabetes juga sekiranya beliau mengamalkan diet yang serupa. Itulah sebabnya ramai pasangan suami isteri hari ini menghidap diabetes kerana masing-masing mengamalkan diet yang serupa. Cuma yang lebih dahulu mengalami diabetes antara suami isteri ini adalah mereka yang lebih teruk mengamalkan amalan diet buruk tersebut. Arwah bapa mertua saya dahulu lebih awal menghidap diabetes dan setelah beberapa tahun kemudian barulah disusuli oleh arwah ibu mertua saya.
Seterusnya saya menyatakan kepada Minah bahawa mana-mana anaknya yang mengamalkan diet yang sama atau hampir sama juga bakal menghidap diabetes dan mungkin pada usia yang lebih muda. Saya menasihati Minah agar berubah segera kerana diet gila yang diamalkan sudah merosakkan dirinya dan seterusnya bakal merosakkan anak-anak dan generasi seterusnya.
Saya juga berkata bahawa melihat kepada keseriusan (seriousness) kes Minah ini dan melihat kepada kaki yang sudah membengkak, saya menjangkakan bahawa mungkin dalam tempuh tidak sampai dua tahun Minah akan terpaksa menjalani dialysis akibat kegagalan buah pinggang. Minah sempat menyampuk bahawa doktor beliau juga mengatakan perkara yang sama. Saya Alhamdulillah juga sempat menakutkan Minah tentang proses dialysis sebanyak tiga kali seminggu sampai mati sekiranya beliau terpaksa menjalaninya. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menyuruh beliau berubah.
Bagi penggemar  mee kuning, roti, roti canai dan segala kueh mueh yang dibuat dari tepung gandum putih, bacalah artikel saya bertajuk “Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)” di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/10/hidup-lebih-sihat-tanpa-tepung-gandum.html . Tepung putih ini kalau dimakan sekadar tempuh beberapa tahun sahaja dalam kuantiti yang kecil dan tidak kerap mungkin belum membahayakan tetapi apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak serta kerap dan berterusan dalam jangka masa lama, penyakit yang menanti anda adalah diabetes atau gout atau arthritis atau masalah buah pinggang.
Saya sempat menceritakan kepada Minah tentang fakta berkaitan tepung gandum putih ini. Produk dari tepung putih ini boleh digantikan dengan spaghetti, macaroni , capati, roti whole meal dan segala produk yang menggunakan tepung gandum asli yang tidak diputihkan dengan bahan kimia benzoyle peroxide. Cekodok kegemaran Minah bolehlah digantikan resepinya dengan menggunakan tepung ata yang digunakan oleh orang Singh atau India untuk membuat capati.
Satu ilmu salah / songsang yang diterapkan melalui mata pelajaran sains di sekolah adalah bahawa fungsi sayur dan buah-buahan adalah sama iaitu sekadar membekalkan mineral, vitamin, karbohidrat dan serat untuk memudahkan buang air besar.  Dari pengajaran ilmu sains yang cacat ini ramai orang menjangkakan bahawa pengambilan sayur-sayuran boleh digantikan oleh buah-buahan. Inilah ilmu sesat / songsang masa kini yang sudah banyak diamalkan oleh umat Melayu. Mereka lebih gemar makan buah-buahan dari memakan sayuran. Walhal sayur-sayuran adalah jauh lebih penting berbanding buah-buahan kepada kesihatan tubuh badan. Sayuran pahit tidak dapat sama sekali digantikan oleh makanan lain!!
Sayuran pahit adalah amat penting kepada tubuh badan dan itulah sebabnya orang Cina gemar makan peria bukan kerana ia sedap tetapi kerana amat penting kepada tubuh badan. Orang Cina juga menggemari sayur kailan yang pahit bukan kerana ia sedap tetapi kerana khasiatnya. Kini orang Melayu terutama sekali kanak-kanak sudah tidak lagi makan sayuran yang berkhasiat seperti sawi, kailan, daun ubi, jantung pisang, pegaga, peria, peria katak, ulam raja, kacang botor,  tenggek burung, daun selon, kacang panjang, pucuk betik, pucuk gajus dsbnya. Bagi setengah orang memadailah dengan memakan sayur taugeh, kobis, bayam dan bunga kobis. Tentang kobis tu, bacalah artikel saya bertajuk  “Jangan makan kobis” di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Bayam memanglah tidak pahit dan sedap tetapi bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, diet bayam perlu dielakkan sama sekali kecuali bayam pasir. Begitulah juga dengan bunga kobis dan kacang buncis yang juga perlu dielakkan.
Bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, buah durian, mata kucing siam / longan, duku, limau Sunkist, limau kasturi adalah perlu dielakkan sama sekali . Buah manis seperti durian, rambutan dan ciku hanya akan memburukkan masalah penyakit-penyakit ini. Pengambilan limau seperti limau Sunkist dan limau kasturi juga menjadikan penyakit-penyakit ini semakin parah. Perlu diingat bahawa darah mereka yang menghadapi masalah gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang adalah sudah berada dalam keadaan berasid. Pengambilan bahan berasid seperti limau Sunkist dan limau kasturi akan menambah keasidan darah dan menjadikan tubuh semakin tidak sihat kerana darah orang sihat sepatutnya berada pada sedikit beralkali. Itulah sebabnya memakan sayuran pahit adalah amat baik kerana ia menambahkan kealkalian darah.
Selain masalah diabetes yang dialami Minah, beliau juga mengalami masalah sakit pada dada sebelah kiri iaitu pada lokasi jantung dan sudah agak kerap. Simptom ini adalah symptom bagi masalah jantung. Apabila seseorang gemar makan kentang goreng seperti potato chip atau French fries serta gemar pula makan makanan merapu, tunggulah, sampai waktunya jantung anda akan bermasalah!!! Penyakit jantung.
Allah memberikan manusia penyakit adalah untuk mendidik manusia agar kembali kepada Allah. Begitulah apabila manusia lari dari Allah, Allah menarik kita kepadanya salah satunya melalui penyakit. Apabila Allah SWT memberikan penyakit diabetes kepada seseorang, siapalah saya dan saya sememangnya tidak  mampu memulihkan. Seandainya Allah memberikan diabetes lalu saya pula mampu memulihkan penyakit ini, maka saya sudah setaraf dengan Allah SWT, nauzubillah…. Itulah sebabnya apabila orang minta nasihat tentang penyakit diabetes ini, saya akan menyelidik tabiat diet seharian dan yang paling penting menyelidik perlanggaran hukum dalam agama Islam. Apabila seseorang mengenalpasti kesilapan lalu bertaubat disamping mengamalkan pantang larang dan juga mengambil ubat serta Allah SWT redha maka Allah SWT sahajalah yang mampu menyembuhkannya.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

Thursday, 19 August 2010

Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

 
Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!



 Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat iblis terhadap iblis dan tenteranya.
Pagi tadi saya terbaca reply seorang pembaca Laman Emjay yang saya hormati iaitu sdr wacanai seperti berikut:
wacanai wrote on Aug 18, edited on Aug 18
Assalamualaikum..
Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.

Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.
Alahamdulillah syukur, berikut adalah tulisan yang saya mampu lakarkan.
Menurut pandangan saya, punca permasalahan ini ialah :
1.      Islam semakin diperlekehkan.
Ramai pemimpin tidak segan silu mengutuk Islam. Mufti pun macam sekadar jaga periuk nasi mereka dan bukan menjadi panglima Allah SWT. Islam dielakkan dari menjadi  panduan dalam setiap aspek kehidupan. Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi.  Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dahulu yang suka mengubah hukum  agama mengikut selera dan keadaan semasa.
2.      Beromen dan zina  diajarkan secara bebas dan meluas.
Pendidikan seks semakin merebak di media massa yang mengajar generasi muda bagaimana nak beromen dan melakukan seks. Antara juara panglima iblis ini ialah:
a.    TV. Berlumba-lumba stesen TV mengajarkan kurikulum beromen dan melakukan seks. Lihatlah stesen ASTRO melalui movie mereka dan tidak ketinggalan stesen  TV lain.
b.   Panggung wayang yang menayangkan cerita dari barat atau Asia kini juga turut serta mengajarkan pelajaran beromen dan melakukan seks. Pendek kata segala movie yang ada kaitan dengan seks, larislah.
c.    Novel-novel remaja turut tidak ketinggalan mengajarkan ilmu beromen dan  melakukan seks

3.      Aurat wanita tidak lagi perlu dijaga.
Nafsu lelaki dijolok habis-habisan. Wanita setiap saat diajarkan untuk mendedahkan aurat mereka. Antara panglima iblis di sini ialah:
a.    Pemimpin mendidik rakyat terutama wanita bagaimana mendedahkan aurat.
b.   TV paling juara mendidik wanita untuk mendedah aurat
c.    Suratkhabar dan majalah macam dijuarai oleh kaki seks untuk mengajar para  pembaca bagaimana kaedah untuk mendedahkan aurat.
d.   Artis adalah antara hulubalang iblis menjadi model untk mendedahkan aurat.  Bukan sekadar lelaki yang terangsang malahan kanak-kanak lelaki dan orang  lelaki tua pun terangsang.
e.    Pejabat agama hanya sekadar mengajar orang untuk menutup aurat apabila  mereka berurusan dengan pegawai dipejabat agama Islam sahaja.  Ditempat  awam lain biarkanlah mereka. Membiarkan samalah dengan menggalakkan.

4.      Wanita berhias, memakai bauan (spt minyak wangi).
Wanita kalau keluar rumah berhias di muka, badan melalui barang kemas dan pakaian, memanglah rosak habis kehidupan. Janji Allah sebagaimana dalam surah Al Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Bacalah artikel saya bertajuk Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan.  di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/perhiasan-bagi-perempuan-kisah-dan.html  dan juga artikel bertajuk Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu? Di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/bolehkah-bersolek-nipis-ke-tempat-kerja.html   
Bila wanita memakai bauan / minyak wangi lagilah menggila kaum lelaki. Lelaki ini antara kelemahannya adalah bila mencium bauan dari wanita, cair iman.           
           
5.      Video / bahan Lucah.
Bahan  lucah sudah menjadi sinonim dengan Malaysia.  Bahan lucah mudah diperolehi sama ada dalam bentuk  CD, DVD, majalah, buku atau internet. Kanak-kanak kecil tahap sekolah rendah sudah mahir melayari internet lucah. Ada kanak-kanak ini  yang sudah mahir melayari bahan lucah di cyber café. Kalau kanak-kanak seusia ini sudah kerap disajikan dengan bahan lucah seperti ini, berapa lama mereka dapat bertahan dari melakukan adegan lucah sebenar? Paling lama setahun! Waktu saya di Sekolah Alam Shah tahun 1970an dahulu, terdapat seorang rakan saya yang kerap melakukan seks dengan pelajar perempuan berusia 15 tahun dan 12 tahun. Itu tahun 1970an, tahun 2010 ini bertambah lagi parahnya.  Apabila lelaki atau wanita sudah naik gian untuk melakukan seks akibat terdedah dengan bahan lucah ini, mereka tidak akan memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka. Apa yang penting adalah hajat mereka kesampaian.
6.      Lagu / nyanyian
Kalau kita perhatikan setiap lagu yang dikumandangkan di radio, lebih 75% mengandungi perkataan seperti cinta, rindu, kasih, sayang, peluk, cium, belai dan kucup. Kanak-kanak semuda 2 tahun ditanamkan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, peluk dan cium. Berapa lama mereka boleh bertahan dengan serangan nilai-nilai yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti ini?
7.      Pergaulan bebas lelaki perempuan
Kerajaan seolah-olah menggalakkan pergaulan bebas bermula dari sistem sekolah yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan.  Dalam bab ini saya lebih memandang mulia orang Ingeris kafir yang menubuhkan sekolah satu jantina seperti Methodist girl’s school dan Bukit Bintang Boys school. Kini budaya sekolah satu jantina seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Tun Fatimah hanya menunggu saat entah bila berkuburnya. Sekolah satu jantina seperti yang diamalkan di Arab Saudi dipandang ketinggalan zaman dan diperlekeh.
Akibat dari percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah ini, gejala pelajar bercium dan melakukan seks sudah semakin kerap kini. Jikalau di sekolah sudah berlaku gejala seks ini, di luar sekolah lagilah dahsyat perlakuan seks.
Kini lelaki dan wanita digalakkan bercampur gaul di tempat kerja, di kompleks beli belah, di tepi pantai dan hampir setiap tempat. Kerajaan melalui agensi-agensinya turut serta menggalakkan percampuran bebas ini melalui program seperti Sure Heboh dan berbagai pesta lagi yang digemari muda mudi Islam seperti konsert nyanyian.  

8.      Orang perempuan bebas bermusafir tanpa mahram.
Islam tidak membenarkan wanita Islam bebas bermusafir tanpa mahramnya. Itulah sebabnya Arab Saudi tidak membenarkan wanita mengerjakan haji atau umrah tanpa mahramnya. Oleh kerana ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam sendiri jahil dengan undang-undang Islam ini, maka kini berjuta wanita dari Indonesia, Filipina dan Sri Lanka bekerja di Malaysia dengan bebas. Kini minah indon cukup mengancam keimanan lelaki di Malaysia. Mereka yang jauh dari ibu bapa atau suami bergaya mengalahkan wanita kafir Cina menggayakan pelbagai fesyen mendedah aurat. Gaya seluar ketat baju pendek mendedahkan seluar dalam seakan-akan menjadi kegilaan mereka.  Lelaki kalau lemah imannya, berapa lamalah mereka boleh bertahan. Apatah lagi minah indon ini memang daring. Tanyalah lelaki yang bekerja di kilang terutama yang berpangkat, hampir setiap hari dicabar oleh wanita indon ini agar melakukan maksiat.
Wanita Islam yang bekerja di bandar-bandar besar juga tidak ketinggalan  termasuk dalam golongan ini. Apabila wanita ini berduit, jauh dari ibu bapa bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Maksiat menjadi permainan harian. Bukan ada yang nak menegur. Inilah bahana apabila Islam tidak dipraktikkan sebagai cara hidup dengan sebenar-benarnya.
Apa yang lagi menyedihkan ialah apabila wanita tanpa mahram ini bekerja menjadi pembantu rumah tak kiralah majikan beragama Islam atau bukan Islam. Situasi sebegini adalah keadaan yang amat dinantikan oleh iblis. Apabila seorang lelaki duduk sebumbung dengan wanita bukan mahram, auratnya pula tidak dijaga, wanita ini pula pandai mengambil hati sang suami, lelaki mana yang tidak cair imannya. Inikan pula kalau majikan adalah bukan Islam.

9.      Amar makruf nahi mungkar ditiadakan, jangan sibuk dengan tepi kain orang dimakmurkan.
Amar makruf nahi mungkar ini amat ditekan dalam Islam. Bacalah artikel yang menarik berkenaan perkara ini di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/amarmaruf.htm
Memadai saya letakkan hadis seperti berikut:
Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan (menjadikan pemimpin) diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun."
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
  Ali r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)."
Abul Said Alkhudi r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika kamu melihat perbuatan mungkar maka kamu harus roboh (tentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, jika tidak dapat maka dibenci dengan hatinya dan ini menunjukkan selemah-lemah iman. Menggunakan kekuatan kekerasan itu bagi orang yang berkuasa dan dengan lisan bagi para ulama (cerdik pandai) dan denganb hati bagi umum. Masing-masing orang menggunakan menurut kedudukannya, kekuatannya dan kekuasaannya."
Sudahlah konsep amar makruf nahi mungkar tidak lagi diutamakan, kini umat slam diajarkan pula konsep baru iaitu “jangan jaga tepi kain orang”. Inilah ajaran penting dari datok nenek iblis untuk menjahanamkan manusia.

10.   Perkahwinan dipersulitkan
Perkahwinan kini semakin dipersulitkan. Lelaki perlu bertunang lama sehingga 4 tahun untuk mengumpul duit bagi segala urusan berkaitan perkahwinannya. Bertunang seolah-olah diberikan lesen untuk pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Semua ini menjadi pemangkin untuk seks bebas sebelum berkahwin. Apabila wanita sudah mengandung sedangkan untuk berkahwin masih belum cukup duit, buang sajalah bayi, ini lebih selamat dari orang kampong semua tahu.
11.  Poligami dibenci, diperlekeh dan dipersulitkan
Di Malaysia hari ini, sesiapa yang ingin mengalami perang dunia ketiga dalam rumah tangga mereka, kahwinlah satu lagi. Mereka yang berpoligami dilihat sinis macam penjenayah. Disebaliknya kalau melihat orang berzina, ianya dianggap sebagai biasa. Memang Malaysia macam ulangan masyarakat jahiliyah kafir Quraish dahulu.
Bila isi borang untuk poligami, kalau gaji suami tidak cukup besar, permohonan untuk poligami ditolak. Yang peliknya apabila wanita kahwin bujang bergaji kecil sebagai perkahwinan pertama diluluskan pula.
Islam tidak melarang suami yang miskin dari berpoligami berdasarkan hadis. Jadi mengapa poligami dipersulitkan??
Dibuat pula peraturan kalau nak tambah isteri kena dapatkan izin isteri. Adakah peraturan ini terdapat dalam Islam. Adakah dalam Islam kalau nak tambah anak pun kena minta izin dari anak pertama?? Beristeri adalah hak suami. Permudahkanlah menurut Islam.
Dari peraturan yang bertentangan dengan Islam inilah maka timbul ayat “daripada engkau tambah isteri, lebih baik engkau simpan perempuan”. Di Malaysia, perkara ini mudah untuk dilakukan. Kalau perempuan simpanan termengandung, boleh campak kat tong sampah!!!
12.  Kalau di hulu sungai airnya keruh, di kuala lagilah keruh. Kalau kepala ikan dah busuk, dagingnya lagi busuk.
Saya ada menulis artikel yang berkaitan dengan perkara ini bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/iktibar-dari-kepimpinan-fam-di-malaysia.html .
Sekiranya seorang bapa yang merokok, anak-anak insyaAllah bukan sekadar merokok tetapi mungkin sehingga menghisap ganja atau mengambil  pil kuda.
Sekiranya seorang bapa gemar seks bebas, anak-anak insyaAllah jadi bohsia atau bohjan.
Kalau suatu Negara dipimpin oleh orang yang gemar seks bebas, insyaAllah rakyatnya memang mahirlah dengan seks bebas. Buang bayi soal kedua, yang pentingnya nafsu serakah perlu dilampiaskan.
Itulah sebabnya Singapura jauh lebih maju berbanding Negara kita kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan tanggung jawab, amanah dan integriti, namun di Malaysia………..
Kalau di Gombak dan Ulu Klang air sungainya sudah kotor, di kualanya iaitu di Klang, air sungai sangatlah kotor.
Banyak perkara perlu diubah sekiranya gejala buang bayi ingin diatasi, namun sekiranya pak menteri berfikir menurut kepala masing-masing dan menolak perintah dari Allah SWT, cadangan dan langkah mengatasi masalah dari mereka lebih banyak merosak dari membaiki, bagaikan tikus membaiki labu.
Masalah buang bayi insyaAllah dapat diatasi apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya ditanah airku Malaysia.  Islam dijadikan cara hidup. Merotan dan merejam pasangan zina dilaksanakan. 
Bagi mereka yang ingin menambahkan bahan perbincangan di sini, kecil tapak tangan nyiru saya sediakan.
Tentang bab menamakan anak tu, saya copy paste dari http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=346

Soalan.
3453. SALAM, Mereka bernikah setelah kandungan isterinya mencecah 3 bulan. Selepas 6 bulan kemudian, anak itupun dilahirkan (lelaki). Bolehkah dibinkan kepada ayahnya?

Jawapan
Jika wanita tersebut mengandung sebelum nikah maka anak itu adalah anak tak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kepada ayah tersebut"

Soalan
3454. salam, semasa anak berusia 12 tahun si ibu baru menyedari yang anak itu anak luar nikah tetapi telah dibinkan kepada ayahnya sejak lahir lagi. Perlukah menukar binnya skarang? Apakah kesan yang mungkin dialami oleh anak itu? ingin tahu

Jawapan
 Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan akibat perzinaan oleh ibunya atau anak yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan satu lahzah dari tarikh perkahwinan sah kedua ibu bapanya, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya. Sebaliknya anak yang lahir selepas 6 bulan satu lahzah, adalah dianggap anak sah taraf yang boleh dibin/bintikan dengan bapa asalnya. Oleh itu jika ia anak tak sah taraf, maka hendaklah ditukarkan binnya kepada nama Abdullah atau nama Asma' al-Husna yang lain. Kesannya ialah anak tersebut perlu memahami bahawa setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang. Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. ."

Sekian wallahuaqlam

Emjay