Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 26 March 2007

PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT??


                                                Gambar 1: Kitab sesat Mujarobat


MENGAPA KITAB MUJARROBAT SESAT DAN MENGAMALKANNYA JUGA SESAT??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Semoga dipermudahkan Allah saya menulisnya dan dipermudahkan juga orang yang membacanya untuk memahami dan mengamalkannya.

Tulisan ini adalah sambungan dari bahagian pertama tulisan saya iaitu 

PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT?? . Tulisan insyaAllah menjadi pelengkap atau pun penutup bagi persoalan yang dibangkitkan tentang kitab sesat Mujarrobat. Silalah membaca terlebih dahulu tulisan ini.


Dalam artikel saya yang lalu saya ada menerangkan tentang konsep akidah dan rububiah melalui artikel akidah 2 http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html

Konsep rubububiah Allah ini ada saya perjelaskan lagi dalam artikel saya iaitu INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH. Bagi mereka yang masih belum membacanya, silalah luangkan masa untuk membacanya kerana artikel ini amat penting bagi kita semua membincangkan topik mujarrobat ini.

Sekali lagi saya tegaskan di sini, secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”

Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap sesuatu selain Allah SWT tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:
Manusia, makanan, ubat, ayat Al-Quran dan segala sesuatu selain Allah SWT  tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan.

Pengertian ini adalah selari dengan ucapan hauqalah

 لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat tidak akan sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.

Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.

Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang halal lagi baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.

Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.

Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.

Perkara ghaib seperti ini memerlukan dalil sahih dari Al Quran atau hadis sahih. Mempercayai adanya sesuatu yang sama kuasanya atau lebih berkuasa daripada Allah SWT adalah syirik hukumnya!. Mengharapkan bantuan daripada sesuatu yang mana hal tersebut merupakan hak Allah semata-mata juga adalah jelas syirik hukumnya!

Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis dengan sendirinya. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah SubhanahuwaTaala.


Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau  menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemurkaan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.

Sekali lagi saya ulang tulisan dari artikel tersebut iaitu bahawa membaca AlQuran dengan iktiqad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.

Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan bahawa orang yang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah swt bukannya kuasa kekuatan dari Ayat tertentu atau bacaan Al-Quran. 

Allah SWT tidak pernah memberikan rububiahNya kepada mana-mana ayat Al Quran sebagaimana dinyatakan dalam kitab Mujarobat ini.

Menjampi dalam islam sememangnya dibenarkan dan disunnahkan dan ini sudah saya perjelaskan dalam artikel saya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum.

Berikut saya perjelaskan sekali lagi berkenaan tulisan oleh Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) yang boleh diakses melalui url berikut: http://kalampemintas.wordpress.com/2007/01/11/amalan-perbomohan-atau-jampi-dalam-masyarakat/

Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). 

Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabat berjampi, termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan katanya “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah” . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendaklah

1. ‘Aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh.
2. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu.
3. Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi, yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam (seperti yang ada title profesor dan Dr dsb) telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Sebagai contohnya seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang jahat menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. 

Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. 

Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” 

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi seluruh empangan air minuman di Malaysia supaya masyarakat umum mendapat hidayah!! Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.
 
Berdasarkan hujah inilah saya ingin menjelaskan bahawa menyediakan, menjual, membeli dan meminum air Musoffa dan air ANNUSHRAH adalah sesuatu yang bidaah dan lebih menjurus kepada syirik. Sila rujuk web air musoffa dan web Annushrah.

Apa yang saya cuba perjelaskan adalah sama seperti yang telah disebut oleh MAZA iaitu “Meyakini Ayat Al-Quran mempunyai kuasa menghalau hantu syaitan atau boleh menyembuhkan adalah membawa kepada syirik” dan adalah selari dengan maksud tulisan MAZA di atas iaitu ‘Aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh’.

Itulah sebabnya di dalam artikel saya bertajuk Adakah membaca Yaasin malam Jumaat satu tafa'ul? Saya ada mengatakan bahawa sekiranya Surah Yaasiin tersebut dibaca apabila bermasalah, sedih, buntu dan kacau bilau dengan mengharapkan sesuatu berkat rahmat kaifiyat dari bacaan tersebut atau perbuatan mereka itu, maka ini adalah satu tafaul dan tafaul adalah syirik!

Sekarang mari kita juruskan perbincangan untuk menangani kesesatan kitab Mujarrobat. Sebagai permulaan mari kita lihat satu bahan berikut yang saya ambil dari kitab Mujarrobat dan saya ada masukkan dalam artikel saya di MENGAPA KANDUNGAN KITAB MUJARROBAT SESAT DAN MENYESATKAN.

KHASIAT BISMILLAH
Bismillahirrohmanirrohim
a. SAWAH TERJAGA DARI PENYAKIT.
Bila Bismillah anda tulis pada kertas sebanyak 101 kali, kemudian dimasukkan ke dalam botol dan disumbat, lalu ditanam di tengah sawah, maka insya Allah sawah anda itu selamat dari penyakit-penyakit apa pun yang membahayakan.
b. TERJAGA DARI GANGGUAN SYAITAN, PENCURI DAN MATI MENDADAK.
Bila anda baca 21 kali ketika hendak tidur, in­sya Allah semalam anda dijaga oleh Allah dari gangguan syaitan, pencuri dan mati secara mendadak.
c. MENCERDASKAN FIKIRAN.
Bila anda baca 786 kali pada waktu malam dengan menghadapi air digelas, kemudian pagi harinya ke­tika matahari terbit air tersebut diminum, insya-Allah anda menjadi cerdas. Ini harus anda lakukan hingga 7 hari.

Dari contoh ini jelas bahawa tujuan sebenar kitab Mujarrobat diciptakan ialah untuk mengalihkan penggantungan manusia terhadap Allah sebagai pencipta dan pergantungan ini dialihkan kepada usaha dan tangkal tersebut. Perkataan insya-Allah yang dimasukkan di penghujung arahan dalam kitab Mujarrobat sekadar seperti kertas pembungkus yang baik dan cantik tetapi digunakan untuk membungkus najis. Rata-rata bomoh sesat di Malaysia juga menggunakan insya-Allah di hujung dan bismillah di awalnya dalam rawatan mereka sekadar untuk mengabui mangsa.

Mari kita lihat contoh petikan dari Mujarrobat lainnya:

MENGUSIR JIN DAN SYAITAN DARI RUMAH
Firman Allah S.W.T :
Rujuk Al Quran AL-A' RAAF : 97 - 99),
(AFA-AMINA AHLUL QURAA AYYA'TIYAHUM BA’ SUNAA BAYAATAN WAHUM NAA-IMUUNA. AWA­AMINA AHLUL QURAA AYYA'TIYAHUM BA'SUNAA DLUHAN WAHUM YAL'ABUUNA. AFA-AMINUU MAKRALLAAHI FALAA YA'MANU MAKRALLAAHI ILLAL QA UMUL KHAASIRUUNA. SURAH AL-A' RAAF : 97 - 99),
KHASIAT:

Apabila ayat ini ditulis pada kertas, menulisnya pada permulaan bulan Muharram, lalu dihapus dengan air dan airnya dipercikkan ke empat sudut rumah. Maka insya Allah jika di rumah itu ada jin atau syaitan tentu akan keluar.


Kalau beginilah mudahnya untuk mengusir jin dan syaitan, pastinya kita boleh lakukan kepada rumah Dato’ Samy Vellu, dan selepas seminggu dirawat dengan kaedah ini, ia akan menjadi orang yang baik dan sudah bersedia untuk belajar menganut agama Islam. Kita buat pula air ini di rumah kediaman bekas perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir, dia terus baik dan isterinya terus berkeinginan untuk menutup aurat dan anak-anaknya termasuk Marina Mahathir terus menjadi orang beriman. Ini semua adalah perbuatan bidaah dan kerja syirik untuk menjerumuskan umat Islam ke Neraka.


Seterusnya kita lihat pula petikan dari kitab Mujarrobat seterusnya:

SUPAYA BANYAK REZEKINYA (pelaris)
Firman Allah Ta'ala :


Sila rujuk gambar  di atas
Walaqod makkannaakum fil-ardli waja'alnaa lakum fiihaa ma'aayisya qoliilam maa tasykuruun.

Hikmahnya :
Ayat tersebut jika ditulis lalu ditempelkan pada pintu rumah atau toko (kedai), insya Allah banyak rezekinya, Menulisnya pada hari Jum'at, waktunya sesudah Shalat, Jumaat.

Jikalau begini mudahnya untuk mendapat rezeki, pastinya sekarang ini umat Melayu Islam sudah menguasai ekonomi dunia dan menafikan kaum kapitalis dan Yahudi dari memerintah dunia dengan kuasa ekonominya. Namun dengan begitu banyak orang Melayu Islam yang berniaga dan mendapatkan pelbagai jampi dan tangkal pelaris, hakikatnya lebih banyak peniaga Melayu yang jatuh bankrap. Salah satu puncanya adalah kerana MurkaNya Allah kerana peniaga ini mensyirikkan Allah.

Kini kita lihat pula ilmu Mujarrobat yang kini sudah dipermodenkan dan dikeluarkan secara skala besar melalui kilang. Lebih tepatnya ialah kilang buat air syirik atau air syaitan seperti AIR MUSOFFA DAN AIR ANNUSHRAH:

BAHAN PENJERNIH HATI DAN MENCERDASKAN AKAL (Penerang hati)
Firman Allah Ta'ala :


Sila rujuk gambar  di atas

Hikmahnya :
Hikmah ayat ini, bila ditulis di piring dengan memakai tinta misik za'faron dengan air mawar, lalu dilebur (dijirus) dengan air, terus diminumkan orang itu, diusahakan sampai tujuh hari, Insya Allah orang yang lembam dalam berfikir (bebal otaknya) akan jadi terang. Demikian pula orang suka pelupa atau was-was. Silakan anda amalkan.

Mari kita lihat pula amalan sesat selanjutnya melaui gambar berikut:



Mudahnya untuk  sihat? adakah dengan mengamalkan amalan sebegini kita akan terlindung dari segala penyakit? Sesungguhnya Allah SWT memberikan penyakit dan Allah SWT sahaja yang menyembuhkan.

Menurut hujah akal dengan pemikiran logik, sekiranya amalan sesat sebegini dapat mengelakkan sebarang penyakit maka seluruh umat manusia di dunia ini akan semuanya sihat. Dengan mengamalkan amalan  tertentu dan azimat tersebut maka terlindunglah dari segala penyakit?? Mereka yang mempercayai perkara khurafat seperti ini sebenarnya otaknya ada yang tidak betul. MANA MAMPU AMALAN DAN AZIMAT INI MENGELAKKAN MANUSIA DARI TERKENA AZAB PENYAKIT DARI ALLAH? 

Amatlah cantik ayat-ayat Al Quran berikut dari surah Al A'raaf, bacalah dan fahamilah terjemahannya:

[194] Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
 

[195] Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.
 

[196] "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"
 

[197] Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
 

[198] Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

Kegagalan disediakan untuk manusia yang suka mencari jalan pintas untuk berjaya dan kejayaan disediakan untuk manusia yang sabar, redha dan bertekun melaksanakan perintah Allah. Mujarrobat serta jampi sesat dan tangkal adalah jalan pintas untuk berjaya tetapi sebenarnya jalan pintas untuk mengalami azab musibah Allah di dunia dan ia juga adalah jalan pintas untuk ke neraka. Tidak ada jalan (mudah) pintas untuk ke SYURGA dan sentiasa ada jalan mudah untuk ke NERAKA.

Ibnu Qayyim Al Jauziah Rahimahullahu ‘alaihim pernah berkata, untuk mengeratkan hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai penciptanya ialah melalui:
1. Menguatkan keyakinan tentang Rububiah Allah SWT.
2. Menguatkan keyakinan tentang tauhid uluhiah.
3. Menguatkan tauhid di dalam bentuk menguatkan kefahaman di dalam ilmu-ilmu yang berhubung dengan iktikad.
4. Mensucikan Allah daripada sangkaan-sangkaan bahawa Allah lah yang menzalimi hamba-hambanya atau pun Dia yang menghukum hamba-hambanya;
5. Pengiktirafan hamba bahawa dialah (manusia) sebenarnya yang zalim.
6. Bertawasul kepada Allah dengan sesuatu paling Allah sukai iaitu dengan menggunakan nama-nama dan sifatNya.
7. Meminta pertolongan denganNya semata-mata.
8. Meletakkan pengharapan kepadaNya semata-mata.
9. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan penyerahan yang sepenuhnya kepadaNya dan mengiktiraf bahawa Allah melakukan apa yang dia sukai dan menghukum mengikut apa yang Dia sukai dan Dia adil dengan ketetapanNya.

Pengajaran asas akidah terutama bab rububiah dan uluhiah di Malaysia adalah kebanyakannya tidak mantap. Tambah merosak lagi apabila rububiah dan uluhiah tidak diajarkan, tetapi yang diajarkan pula ialah ilmu sifat 20. Dengan asas akidah yang lemah ini, umat Islam di Malaysia menjadi sasaran mudah untuk dipermainkan oleh syaitan dan iblis. Kini ramai umat Islam sudah tidak peka dengan hukum berjumpa bomoh. Kini serangan akidah terbaru melalui Prof Dr Ibrahim dan Prof Dr Norhisham dan ramai lagi profesor yang sealiran dengan mereka masih belum di jawab dan diulas oleh mana-mana mufti, pejabat agama dan Jakim. 

Kini makin ramai umat Melayu mengamalkan ilmu dari Mujarrobat termasuk Air Musoffa dan air AnNushrah juga masih belum dijawab oleh mufti dan ulamak melainkan MAZA yang pernah menyuarakan bantahan terhadap air Musoffa namun Mufti yang kononnya hebat dari Perak pula jadi juara menggalakkan orang menggunakan produk AnNushrah. Sila lihat surat sokongan Mufti ini di SOKONGAN TERHADAP PENGELUARAN AIR ANNUSYRAH. Begitulah kalutnya senario kesesatan di Malaysia, yang seorang menyokong, yang seorang membantah, yang ramai membisu, rakyat berpusu-pusu membeli air musoffa dan air Annushrah.

Sekian wassalam wallahua'lam 

Emjay

27 comments:

  1. Assalamualaikum wbh
    Berikut adalah artikel yang saya ambil dari Al Ahkam http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=12150&sid=fa7fdb037eb48634cdbf3d2e84f6733e

    Soalan:
    Saya ada terjumpa buku, yg di depannya, dikatakan Imam Ghazali RAH yg mengarangnya. Buku itu adalah berkenaan petua2 wifiq (betul ke ejaannya?) yg dianjurkan oleh beliau. Saya dapati banyak kedapatan wifiq ini, yg berupa kertas2 yg ditulis2 nombor2 atau huruf2 jawi, bahkan doa dan ayat2 Quran utk tujuan tertentu, cthnya di kedai utk melariskan jualan, dsbnya. Apakah hukumnya wifiq ini? Benarkah Imam Ghazali RAH ada mengarang buku berkenaan wifiq ini?

    Maafkan saya jikalau wifiq ini, termasuk dlm masalah tangkal kerana saya pasti sudah tentu ada jawapan2 bagi masalah tangkal dlm portal al-ahkam. Cuma, saya mengemukakan soalan ini kerana ingin jelas sama ada tangkal hanya berkait dgn ayat2 Quran sahaja ke, manakala wifiq pula dgn nombor2 dan huruf2? Satu lagi nak mintak jelas pasal betul ke Imam Ghazali RAH ada mengarang buku mengenai perkara ini.

    Jazakumullah.
    Wassalam

    Jawapan:
    Hujjatul Islam alGhazali rh memang menulis kitab yg dinamakan Mujarobat (panduan/petua/pengubatan rohani) yg berjudul al Awfaq. Begitu juga alImam Ibn Qayyim, Tibb anNabawi, begitu juga Imam asySyuyuti, Tibb anNabawi. Imam Syaraf anNawawi, "Hizib annawawi, Imam Rifa'iy," Hizib Rifa'iy.

    Apa yg terjadi Dukun2 Timur Jauh telah memanipulasi dan menterjemah kitab2 ini dan memberi judul baru "Pengobatan Mujarab", "Buku Penambah Rezki", Kitab Ilmu Pengasih" dsbnya dan utk melariskan kitab mereka, mereka mendakwa isi kandungannya bersumber dari Imam-Imam ini. Apa yg disusun oleh Imam-Imam besar itu dalam kitab2 yg kita sebutkan di atas adalah himpunan hadis2 dan athar2 sahabat berupa jampi dan mentera berupa ayat alQur'an dan Hadis (DR Badruddin HSubky, Bid'ah-Bid'ah di Indonesia, Gema Insani Press, Jakarta, 1993)

    Wifiq atau Wafaq atau tilsamat sebenarnya ialah tulisan ayat2 alQur:an atau do'a yg ditulis oleh orang alim atau wali kepada orang awam di atas belulang, kain, atau kertas, supaya mereka menghafal dan mengingatinya. Orang awam kemudiannya membawa wafaq ini ke mana sahaja dan akhirnya menggantung pada badan mereka atau pada rumah mereka menjadi azimat atau tangkal atau jimat-jimat. (ibid) WA

    Sekian

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum w.b.t,

    Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Emjay yang membawa isu ini di laman Emjay yang padat dengan informasi.

    Kepada sidang pembaca yang melawat dan melayari penerangan di atas, saya berharap para sidang pembaca yang budiman tidaklah terlalu terburu-buru dan terlalu ghairah menjatuhkan hukum sesat ke atas amalan-amalan daripada kitab mujarrobat.

    Dalam menilai pendapat orang lain, perlulah menggunakan pendekatan secara berhikmah dan bukannya secara beremosi. Ikutilah nasihat yang kita warisi daripada nenek-moyang kita “Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati, Ikut Nafsu Lesu” sebagai panduan dalam menyampaikan sesuatu dakwah.

    Bagi menjernihkan isu-isu ini, sila rujuk jawapan balas saya kepada pihak tuan rumah di isu ‘Mengapa Kandungan Kitab Mujarrobat Sesat dan Menyesatkan’

    http://emjayjb.multiply.com/journal/item/67

    Saya berharap jawapan balas saya ini akan menjadi suatu pengimbang kepada permasalahan, sekaligus menjernihkan isu ini . Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha saudara Emjay mengelolakan laman ini.

    Di sini saya ingin juga mengambil kesempatan untuk memberikan pandangan saya terhadap dalil-dalil naqli yang digunakan. Apa yang saya perhatikan secara umumnya golongan cerdik pandai sekarang suka menggunakan hadis-hadis sahih untuk menguatkan hujah mereka tanpa segan-silu dan tanpa bersopan-santun. Ini adalah satu bentuk penyalahgunaan dalil-dalil yang bersifat Sahih dan Hassan (Al-Quran & Hadis) kerana ia disecocokkan dengan pendapat sendiri.

    Sebelum kita menyandarkan pendapat kita dengan sesuatu sumber, kita harus selidiki terlebih dahulu sebab-sebab sesuatu ayat Al-Quran diturunkan dan sebab-sebab sesuatu hadis itu disabdakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Setelah melalui proses ini, barulah kita boleh mentakwilkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis mengikut kehendak semasa.

    Berkenaan dengan hadis ini seperti yang terdapat dipangkal perbincangan isu ini,

    Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.


    Mengikut tafsiran yang disyarahkan oleh para ulama hadis terdahulu, golongan ‘Mereka Keluar Dari Agama Sebagaimana Anak Panah Menembusi Binatang Buruan’ itu sebenarnya merujuk kepada golongan Khawarij. Sesetengah ulama lain pula mengatakan mereka itu adalah golongan yang dipimpin oleh Musailamah Al-Khadzhab (Nabi Palsu) yang muncul pada zaman kekhalifahan Saidina Abu Bakar r.a.

    Jadi, hadis di atas lebih tertuju kepada golongan Khawarij seperti yang tersurat, dan tertuju kepada gerakan Riddah Musailamah Al-Khadzhab seperti yang tersirat.

    Jika kita mengguna pakai pendapat yang lebih terkini iaitu kurun ke-19, dua orang tokoh ulama besar di Tanah Arab iaitu Sheikh Sulaiman b. Abd Wahab (adik kandung Sheikh Muhammad b. Abdul Wahab – Pendiri Madzhab Wahabi) dan Sheikh Abdul Wahab (ayah kandung kepada pendiri Madzhab Wahabi) pula merujukkan Sheikh Muhammad Abd. Wahab itu sebagai ‘Khawarij’ pada zaman moden. Mereka begitu yakin mengatakan bahawa Sheikh Muhammad Abd. Wahab (Wahabi) itu sebenarnya golongan yang dimaksudkan dalam hadis sebagai 'Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan'.

    Oleh itu, jika saudara Emjay menggunakan hadis di atas untuk merujuk kepada ‘golongan’ yang mengamalkan amalan mujarrobat TERKELUAR daripada agama ‘seperti mana anak panah menembusi binatang buruan’, pertanyaan saya kepada semua sidang pembaca, Bolehkah kita menggunakan hadis yang sama ini kepada golongan ‘Khawarij Zaman Moden’ kerana tokoh-tokoh u

    ReplyDelete
  3. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  4. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  5. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  6. kunjungi http://ruqyah-online.blogspot.com jika ingin tahu lebih banyak mengenai ruqyah syar'iyyah, hakikat ilmu metafisik, hakikat tauhid dan syirik, hakikat ilmu ghoib dan lain sebagainya

    ReplyDelete
  7. Do you know Tabligh?
    Become his contact Who is on Multiply?
    Find your friends Want to learn more?
    Take the Tour Already a Member?
    Sign In

    Tablighster's SiteHomeBlogPhotosVideoMusicLinks

    Kitab Mujarrobat Sesat Lagi Menyesatkan? Jawapan Kepada Emjay May 27, '07 12:44 AM
    for everyone

    Prakata: Assalamualaikum w.b.t ,

    Semoga sidang para pembaca dirahmati Allah s.w.t. Artikel di blog ini bertujuan untuk menjawab tuduhan liar Ustaz Emjay yang mengatakan bahawa mengamalkan amalan dari kitab mujarrobat itu sesat lagi menyesatkan.

    Sebelum ini saya telah membuat kupasan secara terperinci terhadap masalah ‘Mengapa Kitab Mujarrobat Sesat Lagi Menyesatkan’ di lamannya itu. Tetapi malangnya Ustaz Emjay bersikap emosi dan kebudak-budakan lalu terus memadamkan posting saya. Kemudian beliau telah menghantar beberapa emel kepada saya yang mengatakan bahawa beliau tidak suka membuang masa berdebat dengan saya kerana Rasullullah s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang meninggalkan perdebatan itu lebih baik daripada mereka yang masih mahu berdebat walaupun dia benar. Beliau telah mem’blocked’ saya dari memasuki laman tersebut.

    Sebagai menghormati pendirian saudara Emjay dan hadis Rasullullah s.a.w, saya tidak lagi mahu berdebat dengannya.

    Pada mulanya saya menjangkakan Ustaz Emjay tidak akan berdebat kerana ingin meneladani hadis Rasulullah s.a.w tersebut, rupa-rupanya beliau TIDAK mengotakan apa yang dinasihatinya itu. Beliau masih lagi BERDEBAT dan MENGHENTAM pelayar-pelayar lain yang tidak bersetuju dengannya.

    Jelaslah bagi saya akan pendirian sebenar Ustaz Emjay yang suka berdebat itu. Nampaknya, alasan beliau tidak mahu berdebat dengan saya itu semata-mata mahu mengelak daripada saya dan bukannya kerana meneladani hadis Rasulullah s.a.w.

    Bagi saya, seseorang pendakwah itu haruslah berani berdepan dengan kritikan dan serangan. Sebagai seorang pendakwah yang ingin menghapuskan unsur-unsur khurafat, sudah tentu beliau berani menerima kritikan dan serangan daripada pihak-pihak tertentu yang dianggpanya ‘sesat’ lagi ‘kafir’. Namun, apa yang saya perhatikan ialah beliau begitu gentar sekali dengan artikel-artikel saya yang menjawab setiap fatwa beliau. Beliau terus memadamkan artikel saya.

    Apakah yang sedang berlaku sebenarnya?

    Adakah beliau benar-benar jujur dalam berdakwah?

    Adakah beliau takut ‘tembelangnya’ akan terbongkar kerana artikel saya?

    Adakah beliau takut akan kebenaran yang selama ini disembunyikannya akan diketahui oleh pengikut-pengikutnya? dan berasa malu dengannya?

    Agak ironis sekali, kerana tuan guru Wahabi ini yang dipandang hebat oleh pengikut-pengikutnya itu sudahpun ketakutan dengan perbahasan yang datang daripada orang awam lagi jahil seperti saya. Saya sudah dapat membayangkan bagaimanakah keadaannya nanti jika ada perbahasan yang datang daripada orang yang benar-benar pakar seperti Dr. Haron Din dan juga Mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria (yang pernah dituduh sesat dan ahli neraka oleh beliau).

    Alangkan dengan saya yang jahil ini sudahpun beliau berasa kecut, apatah lagi dengan Dr. Haron Din & Dato’ Harussani Zakaria, sudah tentu akan kecut perutnya, naik darah tingginya, menggigil kakinya malah basah kuyup kain pelekatnya dibuat mereka.

    Saya bukannya mendabik dada mengatakan saya ini seorang pakar, tetapi saya mendabik dada kerana saya ini seorang yang jahil, ‘sesat’ lagi ‘kufur’. Alangkan orang yang ‘sesat’ lagi ‘kufur’ seperti saya ini sudah digentarinya, apatah lagi dengan ulama besar yang dianggap ‘sesat’ lagi ‘kufur’ seperti Dr. Haron Din dan Dato’ Harussani Zakaria.

    Mungkin benak saudara akan mengatakan bahawa saya ini u’jub dan takabbur dengan artikel saya. Benar tanggapan saudara itu, memang saya u’jub dan takabbur kerana saya masih lagi orang awam dan jahil yang tidak terkecuali daripada sifat-sifat mazmumah ini. Bahkan saya mengakui saya begitu u’jub dan takabbur deng

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Emjay...

    Saya penah terjumpa satu kertas yang ada tulisan jawi....dalm sampul bantal saya...saya tanya husband ..apa ni?..dia kata ...nak halang dari pencurik masuk umah.....saya kata..dah tu naper letak bawah bantal saye?.....dia tak tahu nak jawab apa...pastu saya tanya....mana awak belajar....dia kata....kitab mujarrobat...saya suruh dia buang kertas tu....ntah la dia letak mana....

    pastu...saya kekadang musykil...kekadang kagum gak...tak tau mana satu nak diterangkan...ttg suami saya ni...kalu bab gerak hati memang saya boleh percaya 89%...yang lebih tu...saya kira kebetulan jer laaa...sbb saya tak mau percaya sangat benda ni semua....

    apa yang saya nak highlight kan disini...persoalan saya..cemana cara saya nak suruh dia buang tebiat lama dia...yang tak berapa bagus...susah gak..sebab saya ni cepat naik angin bila dengar jawapan dia....walaupun saya tahu dengan suami takleh camtu...dan sekarang pun memang sedang baiki diri saya....( sebab semua tu kifarah dosa saya yang lalu )..saya dah boleh terima dengan redha...cuma saya benar - benar berusaha untuk membuang segala amalan - amalan,gaya hidup, kepercayaan dan kebiasaaan yang Emjay utarakan dalam kebanyakan article Emjay...dari segi pemakanan sampailah ke tempat tidur..dari segi rohani sampai jasmani...TANGKAL...AMALAN...MIND SETTING...


    errrr...cemana nak pos tangkal kat Emjay....saya rasa saya terjumpa satu benda yang amat mencurigakan saya kat umah saya ni....rasanya banyak lagi ni yang tersembunyi....cemana nak cari?...tanya famili..semua tak ngaku ada tangkal....

    tolong lerrrrrr....

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah di atas segala rahmat yang diberikan kepada sdr lyna1976 sehingga membawa kepada kesedaran tentang tangkal / azimat bertuliskan tulisan jawai dalam bantal.

    Selagi ada benda-benda seperti ini di dalam rumah, memang panas anak beranak.

    Sekiranya sdr ada sebarang masalah yang memerlukan jawapan khusus secara tertutup, emaillah kepada saya di kangmasjb@hotmail.com.

    Tangkal-tangkal / azimat tersebut bolehlah sdr poskan kepada saya. Tentang alamat dan nombor telefon saya tu, saya telah PM kepada sdr. Jangan lupa buka PM saya tu. Sdr kena masuk multiply sdr untuk membuka PM tersebut.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum....,
    Saya kurang sependapat dengan anda...
    Sebaiknya jangan mengambil hanya 1 dalil saja dan menerjemahkan sekehendak masing-masing:
    Jangan terburu buru men"judge"bidah atau syirik...

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Kalau penjelasan saya salah, adakah sdr ingin menghalalkan penggunaan kitab mujarrobat ini??? Apakah sdr sendiri ingin mengamalkan sebagaimana yang terdapat di dalam kitab mujarrobat???

    Pendapat antara sesama manusia memangnya boleh bercanggah namun apa yang kita bincangkan ini adalah satu perkara yang berat kerana menyangkut akidah. Jikalau tidak tahu eloklah belajar tetapi kalau sudah tersesat dengan mengamalkan mujarrobat berat padahnya!!!!!!!

    Saya bukan terburu-buru. Sdr pula janganlah tersesat kerana mujarrobat.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. kamu tu wahabi, wahabi musuh saya

    ReplyDelete
  13. Seandainya sdr marah kerana tulisan saya di atas maka kemungkinan besar sdr adalah dari kalangan mereka yang makan cili yang terasa pedasnya.

    Oleh kerana sudah seronok mengamalkan perkara syirik dan ingin meneruskannya, maka itulah sebabnya sdr begitu marah.

    Bertaubatlah sebelum maut mengunjungi mu. Dosa syirik adalah sebesar-besar dosa.


    Emjay

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Saya ada kemusykilan berkenaan satu kedaini yang menantung gambar macam pahlawan.Dia mengatakan bertujuan untuk melariskan kedai...adakah termasuk dalm syirik jugak ke.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Pekedai ini telah melakukan syirik dengan menganggap gambar tersebut melariskan kedai. Menganggap segala sesuatu melainkan Allah SWT boleh mendatangkan rezeki atau rahmat, syiriklah tu. Segala penggantungan kepada selain Allah maka syiriklah.

    Kalau nak melariskan perniagaan, sila baca artikel saya bertajuk KUNCI-KUNCI REZEKI di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/181

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Pekedai ini telah melakukan syirik dengan menganggap gambar tersebut melariskan kedai. Menganggap segala sesuatu melainkan Allah SWT boleh mendatangkan rezeki atau rahmat, syiriklah tu. Segala penggantungan kepada selain Allah maka syiriklah.

    Kalau nak melariskan perniagaan, sila baca artikel saya bertajuk KUNCI-KUNCI REZEKI di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/181

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  17. salam..ni smela dgn berdoa untuk dimurahn rezeki..klu diperkenankn alhamdulillah,,jika tidak usaha lg..berdoa dan berusaha untuk dimurahkan rezeki..doa 2 merupakan slh stu iktiar kita kpd Allah...klu mcm 2 xpyh berdoala..juz berusaha je spt org kafir..bkerja,dia tidak minta rezeki pd Allah tp kaye..Kita yg bertuhankan Allah tp tidak kaye2..yg 2 sume adalah iktiar..tp ketentuan dari Allah..mnusia hanye mampu merancg dan berusaha terlaksana atau tidak serah pd Allah

    ReplyDelete
  18. Kalau ini sdr katakan sebagai doa, apa kata saya ajar sdr agar buat tangkal sebagaimana diajarkan kitab Mujarrobat ini sebagaimana berikut dan juallah kepada para petani yang bersawah!! Adakah ini dibenarkan dalam Islam. Kalau beginilah, tak payahlah beli insectide dan tak payahlah menghalau burung dan musuh padi lainya. Amalkan sebagai saranan Mujarrobat berikut (kalau nak syirik):

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    KHASIAT BISMILLAH

    Bismillahirrohmanirrohim

    a. SAWAH TERJAGA DARI PENYAKIT.

    Bila Bismillah anda tulis pada kertas sebanyak 101 kali, kemudian dimasukkan ke dalam botol dan disumbat, lalu ditanam di tengah sawah, maka insya Allah sawah anda itu selamat dari penyakit-penyakit apa pun yang membahayakan.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~

    Lemahnya pemikiran sdr ini!!

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kitab tertakluk dalam quran..dan alquran dalam fatihah dan fathah dalam bismillah...cuba google ada tak hadis nni...

      Delete
  19. Assalamualaikum wbh saudara seagama dan laknat Allah kepada Iblis dan pengikutnya.

    Saya dengan ini menarik kembali semua artikel saya yang diatas.Harap maaf kepada semua para pembaca laman emjay,perkara ini terpaksa saya lakukan kerana sepanjang bulan ramadan yang lalu saya
    telah di ganngu dengan bayangan arwah guru yang menyuruh saya bertaubat.

    wassalam

    saya yang bertaubat

    emjayjb

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbh saudara seagama dan laknat Allah kepada Iblis dan pengikutnya.

    Saya dengan ini menarik kembali semua artikel saya yang diatas.Harap maaf kepada semua para pembaca laman emjay,perkara ini terpaksa saya lakukan kerana sepanjang bulan ramadan yang lalu saya
    telah di ganngu dengan bayangan arwah guru yang menyuruh saya bertaubat.

    wassalam

    saya yang bertaubat

    emjayjb

    ReplyDelete
  21. Walau macam mana pun, saya tetap membenci bd'ah.Orang-orang tariqat adlah semuanya bodoh,sesat lagi menyesatkan.Bodoh punya tariqat

    saya yang bertaubat

    emjayjb

    ReplyDelete
  22. Celakalah anda wahai orang-orang tariqat

    emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa ler emjay ni perempuan yg andartu sbb takder kerja dia blajar ler ilmu agama dengan pakcik bangla kat masjid india yg boleh bagi no ekor kat taik2 ekor tu...tu pasal dia jadi lagu tu hahahaha

      Delete
  23. assalamualaikum..Encik Emjayjb..sy hendak bertanya..encik emjay belajar ilmu agama islam dengan siapa dan mengapa berdakwah pakai nama paslu??kenapa tidak menggunakan nama sebenar encik??setahu sy tidak ada guru2 yg berdakwah pakai nama samaran..encik takut di ancam??

    muhd ridho'uddin

    ReplyDelete
  24. ku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana kamu tak akan sesat selagi menyentuhnya..Alquran dan Sunnahku..jom sama2 belajar tafsir dan hadis..bnyk lagi tak tau sapa tau korek idung nabi ajar macamana

    ReplyDelete
  25. Astagafirullahhalazim...MJ MJ!...taubat dengan hati yg iklas dan jujur, dan tanpa paksaan dari sesiapa kerana allah'taala....dengan azam, tak buat lagi dan rasa kesal apa yang telah berlaku....

    ReplyDelete