Jagalah lidah / mulut / tutur kata |
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan
juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan
namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya mulakan dengan hadis berikut; Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang paling banyak
memasukkan manusia ke surga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda
ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW
menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Dalam riwayat
yang lain, daripada Abu Hurairah r.a, daripada
Nabi SAW Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka
hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada
Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa
yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara
dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”(Hadith riwayat
al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)
Pengajaran Hadith :
- Allah SWT telah mencipta
syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba.
Apabila dia melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan
sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempat kembali.
- Jaminan syurga kepada
seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga
mulut ialah menjauhi makanan dan sumber yang haram. Menjaga lidah pula
dengan memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada
dosa-dosa yang telah dilakukan. Seterusnya menjaga kemaluan daripada
hubungan yang tidak halal dan yang diharamkan.
- Keutamaan menjaga lidah
kerana daripadanya akan lahir perbuatan yang akan membawa kepada dosa-dosa
kemaluan dan sebagainya. Awasilah dalam berkata-kata. Jangan disebabkan
tergelincir dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca dosa
dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.
Begitulah Mulut atau lidah atau tutur
kata adalah amat penting. “Tidakkah engkau mahu aku beritahu dengan
sesuatu yang sangat menentukan dengan itu semua?” Rasul lalu memegang lisannya
dan mengatakan, “peliharalah ini.” Mu’adz kemudian mengatakan, “Ya Rasulullah,
apakah kita akan dihukum dengan apa yang akan kita katakan?” Ia menjawab, “Wahai
Mu’adz, apakah akan dijerumuskan ke neraka di hadapan mereka, kecuali karena
apa yang diucapkan lisannya, “ (HR. Turmudzi).
Hanya dengan kata-kata, apa yang
diharamkan oleh Allah SWT iaitu zina menjadi halal melalui akad nikah.
Hanya dengan kata-kata, seorang bukan
Islam menjadi Islam iaitu melalui ucapan dua kalimah syahadah.
Hanya dengan kata-kata, seorang Islam
terkeluar dari agamanya melalui berbagai-bagai ucapan seperti “aku benci
Islam” atau “aku nak keluar dari Islam”.
Hanya dengan kata-kata, suami isteri
bercerai seperti “aku ceraikan engkau dengan talak satu”.
Ambillah iktibar dari satu hamba
Allah, pada tahun 1977, dia pernah berkata kepada teman sebiliknya ketika
belajar di universiti ‘room mate, dapat kahwin dengan orang Cina elok
juga ya”. Pada ketika ini, hamba Allah ini sudah pun bertunang. Beliau
menyatakan ucapan tersebut hanya sekali sahaja. Pada tahun 1981, beliau
berkahwin dengan tunangnya tersebut. Apa yang perlu dipelajari di sini ialah pada
tahun 1990, hamba Allah ini berkahwin
dengan seorang wanita Cina tulen iaitu seorang anak Cina yang dijadikan
anak angkat kepada orang Melayu. Begitulah, setelah kira-kira 13 tahun Allah
berikan apa yang dituturkan oleh hamba Allah tersebut. Maka hamba Allah ini ada
dua isterilah. Begitu besar sekali kesan dari kata-kata.
Segala apa yang setiap manusia lakukan
dan ucapkan akan sentiasa direkodkan oleh para malaikat sebagaimana tertulis
dalam al Quran “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu)
ketika dua orang Malaikat mencatat amal perbuatannya. Seorang duduk disebelah
kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan
melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf :
16-18]
Bayangkan apakah yang bakal berlaku
apabila seorang ibu atau bapa memanggil anaknya dengan ucapan buruk seperti “BODOH”?
Apatah lagi seandainya ucapan tersebut dibuat berulang-ulang kali. Kata-kata
itu adalah doa, maka ingatlah selalu untuk menjaga kata-kata yang diucapkan. Terlajak perahu boleh diundurkan,
terlajak kata amat buruk sekali padahnya.
Berikut saya paparkan kisar benar
yang berlaku kepada satu hamba Allah wanita saya namakan Mimah yang berlaku
kira-kira 10 tahun lepas.
Mimah berkahwin sewaktu beliau masih
di menara gading sedang menghabiskan pengajian ijazah pertama di sebuah universiti
di Kuala Lumpur. Duduklah Mimah bersama suami yang sudah bekerja. Dengan
pendapatan hanya dari suaminya, agak sukar juga mengharungi kehidupan di Kuala
Lumpur. Segalanya memerlukan duit. Apabila merasai keperitan hidup sebenar,
tersembullah kata-kata dari mulut Mimah kepada suaminya “abang, selagi kita
belum beli rumah sendiri dan ekonomi kita belum mantap, kita tangguhkan
dahululah hajat untuk nak ada anak”. Kata-kata ini tidak diulang dan hanya
sekali sahaja diucapkan. Namun hakikatnya ialah ada malaikat di kanan dan kiri
Mimah yang mencatatkan kata-kata tersebut. Ingatlah bahawa kata-kata adalah
doa.
Hari berganti minggu, minggu berganti
bulan, ibu bapa mertua Mimah tak sabar menunggu berita Mimah mengandung.
Setelah bulan berganti tahun dan Mimah masih tetap tidak mengandung, kerisauan
ibu bapa mertua Mimah sudah tidak dapat dibendung. Perbincangan sudah dibuat
secara terbuka antara ibu bapa mertua dengan Mimah dan suaminya. Apabila masuk
tahun kedua Mimah masih belum mengandung, ibu mertua Mimah membawanya menemui
doktor pakar hospital swasta yang terkemuka untuk dikenal pasti masalah sebenar
yang menyebabkan Mimah tidak boleh mengandung.
Setelah dibuat pemeriksaan oleh
doktor pakar ini, didapati bahawa telur atau ovum Mimah tidak mampu menjadi
matang. Ukuran pembesaran diameter telur/ovum berhenti selepas satu tahap dan
tidak mencapai tahap matang. Ini adalah masalah besar bagi Mimah. Berbagai-bagai ubat subur perlu diambil oleh Mimah melalui rawatan kesuburan dibawah
seliaan doktor pakar ini. Namun dalam pemeriksaan berkala, keputusannya ialah telur atau ovum Mimah masih belum mampu untuk menjadi matang. Kalau terus gagal maka jawabnya Mimah bakal memakai
gelaran isteri mandul. Satu kenyataan yang perit bagi seorang bernama isteri.
Apabila masalah Mimah ini dirujukkan
kepada saya, sebagaimana biasa saya akan mencari punca penyebab mengapa Allah
SWT masih belum mahu memberikan zuriat kepada Mimah. Akhirnya dapat dikenal
pasti punca masalahnya bahawa Mimah pernah mengucapkan kata-kata “abang,
selagi kita belum beli rumah sendiri dan ekonomi kita belum mantap, kita
tangguhkan dahululah hajat untuk nak ada anak”. Inilah kata-kata yang
pernah diucapkan Mimah beberapa tahun dahulu. Allah sudah memproses kata-kata
yang menjadi doa Mimah dan sudah pun dimakbulkan.
Bagi mereka yang melakukan kemungkaran,
Allah menyediakan pintu taubat agar orang ini kembali ke jalan yang benar. Bagi
orang yang terlanjur dengan ucapan yang sebenarnya mengundang bencana
sebagaimana kes seperti Mimah ini, apakah yang perlu mereka lakukan???
Jawapannya ialah bayarlah kafarah sumpah.
Apakah itu sumpah? Dari sudut
Islam, sumpah bermaksud menyatakan dengan penuh kesungguhan perkara yang
mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku yang diperkukuhkan dengan menyebut
nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.
Kalau seseorang berkata: “Aku
bersumpah dengan nama Allah bahawa aku akan melakukan perkara berikut.” Maka ia
adalah sumpah, tidak kira sama ada lafaz itu diniatkan sebagai sumpah ataupun
tidak diniatkan apa-apa, kerana lafaz tersebut pada kebiasaannya hanya
digunakan untuk sumpah.
Apabila seseorang bersumpah, menjadi kewajipannya
untuk melaksanakan sumpah tersebut. Seandainya ingin membatalkan sumpah
tersebut, sila rujuk firman Allah swt:
Maksudnya:
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. (al-Maidah:89)
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. (al-Maidah:89)
Dalam kes kata-kata oleh Mimah ini adakah ia satu sumpah? Pada pandangan
peribadi saya, YA. Itulah yang diajarkan oleh arwah guru saya. Seandainya
tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, ia boleh pula termasuk dalam perkara
syubhah. Dari Abu Abdillah Nu’man bin
Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah
shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu
jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara
yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang
takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan
kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan
terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang
menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk
memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa
setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia
haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia
baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh
tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jadi sekiranya kata-kata Mimah ini adalah sumpah, maka bayarlah kafarah sumpah. Kalau ragu-ragu sama ada ia termasuk dalam kategori sumpah atau tidak, atau dalam kata lain syubhah, bayar sajalah kafarah sumpah, bukan banyak pun. Sekiranya kata-kata Mimah tersebut bukan sejenis sumpah dan bukan perkara yang ragu-ragu atau syubhah, jadi bagaimana caranya untuk membatalkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Mimah tersebut?
Jadi saya pun menasihati Mimah agar membayar kafarah sumpah
sebagaimana dalam ayat Al Quran Al Maidah ayat 89 di atas semoga Allah menarik
balik kata-kata atau sumpah yang kurang elok tersebut dan seterusnya memberikan Mimah zuriat. Bagi membantu Mimah
melaksanakan bayaran kafarah sumpahnya, saya mencadangkan agar Mimah sekadar membayar
harga makan malam untuk 10 orang kepada saya dan biarlah saya menguruskan
pembelian makanan malam untuk 10 orang miskin. Lagi pun saya memang ada membiayai
anak-anak yatim yang miskin yang melebihi 10 orang. Mimah bersetuju dan memberikan
wang tersebut kepada saya. Sebagaimana biasa, saya dan isterilah yang bakal
menguruskan pembelian dan pengedaran makanan untuk makan malam anak yatim miskin tersebut.
Beberapa bulan selepas itu, berita menarik dari Mimah diterima, ujian air
kencingnya alhamdulillah positif mengandung. Sehingga hari ini Mimah sudah
diberikan tiga orang anak oleh Allah SWT. Segala puji hanya bagi Allah. Begitulah bahana ucapan dari mulut. ia boleh mengundang kebaikan atau keburukan.
Bagi menjaga mulut, amalkanlah
perkataan “insyaAllah” ketika bersumpah kerana ini tidak memerlukan pembayaran
kafarah sumpah sebagaimana hadis berikut:
مَنْ حَلَفَ فَقَالَ : إِنْ شَاءَ
اللَّهُ لَمْ يَحْنَثْ
“Siapa yang
bersumpah dan dia mengucapkan: InsyaaAllah, maka dia tidak dianggap melanggar.” (H.r. Ahmad, Turmudzi, Ibn Hibban dan
disahihkan Syu’aib al-Arnauth)
Berbagai bagai perkara diberikan
Allah kepada saya akibat tutur kata. Bagi mengundang keuntungan, lebih baik
selalu menyebutkan perkataan yang baik seperti anak bertuah atau sebarang
kata-kata baik yang lain. Apabila marahkan orang, marahlah dengan menuturkan
kata-kata yang baik seperti “panjang umur kau” dan sebagainya. Kalau tak tahu apa yang nak dituturkan terutama sekali apabila marah, adalah lebih baik diam sebagaimana saranan hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim diawal tulisan saya diatas..
Saya masih teringat pernah menuliskan
sesuatu di atas kertas lama dahulu. Lapan tahun kemudian saya dapat apa yang
saya tuliskan tersebut. Alhamdulillah saya menulis kata-kata yang baik. Bukan
sekadar kata-kata yang perlu kita berhati-hati, tulisan juga perlu
berhati-hati.
Oleh kerana itu, dalam sebuah syair
disebutkan :
Aku menulis dan aku yakin pada saat
aku menulisnya
Tangan ku akan lenyap, namun tulisan tangan ku akan abadi
Tangan ku akan lenyap, namun tulisan tangan ku akan abadi
Bila tangan ku menulis kebaikan, akan
dibalas dengan setimpal
Jika tangan ku menulis keburukan, tinggal menunggu balasan.
Jika tangan ku menulis keburukan, tinggal menunggu balasan.
Semoga Allah SWT sentiasa menolong dan melindungi saya dari sebarang tulisan yang buruk.
Semaklah kita akan apa jua kata-kata
yang pernah diucapkan. Kalau kata-kata yang baik alhamdulillah. Seandainya pernah
mengatakan perkataan yang buruk, bayarlah kafarah sumpah. Bukan banyak pun
duitnya. Kalau dibelikan nasi ayam untuk 10 orang miskin, baru RM70. Semoga
dengan membayar kafarah sumpah ini kita bakal dibimbing Allah SWT menjadi orang
yang sentiasa berhati-hati dengan tutur kata.
Sekian buat kali ini.
والله أعلم
“وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ”
Emjay
Barakallahu Fikkum ustadz pengetahuan baru lagi untuk sy..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah sahaja.
DeleteEmjay
Assalamualaikum ustad.
DeleteBlh msg sy ustad.sy ada masalah 01120712892
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbth
ReplyDeletesaya sudah whatsapp sdr Zharif
Emjay
suka membaca tulisan ustaz, dah lama tak tulis artikal yer
DeleteAjzkh ustaz atas ilmu ini kebetulan saya baru saja membaca surah tersebut dan berjumpa ayat ini. Semuga ustaz terus mengembangkan ilmu pada kami. Banyak tulisan ustaz yang telah saya manafaatkan. Ajzkh.
ReplyDeletesembang lebih. tuduh orang syirik bagai. kau tengoklah penghujung hidup kau tu.
ReplyDelete