Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 28 February 2025

 DIABETES / KENCING MANIS – punca / penyebab diabetes.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Allah Azzawajalla kerana dengan limpah kurnia rahmatNya diizinkan saya menulis lagi setelah sekian lama menyepikan diri, maklumlah usia pun sudah mencecah 68 tahun. Terlalu banyak ingin diusahakan. Semoga Allah swt permudahkan saya menulis artikel ini sebagai amal jariah saya.
Dengan latar belakang saya sebagai pesara pensyarah di UTM sahulu, saya amat gemar mengkaji pelbagai penyakit. Alhamdulillah dipermudahkan Allah dihadirkan seorang hamba Allah yang banyak membantu saya dalam pengkajian tentang penyakit. Banyak yang telah pun saya tuliskan didalam blog saya iaitu LAMAN EMJAY. Walau pun saya ingin sekali dan gigih berusaha menyelami tentang penyakit diabetes jenis 2, namun saya masih gagal mencari korelasi punca penyakit diabetes jenis 2 ini sehinggalah awal 2024.
PENGENALAN
Secara mudah, diabetes ada dua jenis iaitu diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2. secara umumnya kedua dua jenis diabetes ini adalah mempunyai ciri yang sama iaitu tahap gula dalam darah yang tinggi iaitu melampaui tahap normal. Diabetes jenis 1 adalah orang yang mendapat diabetes sejak lahir manakala diabetes jenis 2 adalah jenis yang di hidapi seseorang bukan atas sebab kelahiran.
Penyakit diabetes jenis 2 adalah jenis penyakit diabetes metabolik yang berpunca daripada tahap gula darah yang tinggi, atau juga disebut sebagai hiperglisemia. Gula darah tinggi berpunca daripada beberapa perkara iaitu tubuh badan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup dan berkemungkinan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. Ini disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance).
Antara salah satu ciri penyakit diabetes ialah tubuh badan tidak berkemampuan untuk menggunakan gula / glukosa dalam darah. Apabila ini berlaku, glukosa akan kekal dalam aliran darah dan seterusnya menyebabkan hiperglisemia. Jika dibiarkan berpanjangan, ia boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan.
Diabetes jenis 2, juga dikenali sebagai penyakit diabetes orang dewasa. Ini kerana ia lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang berumur 40 tahun dan keatas.
Namun kini, diabetes jenis ini juga sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja dan kanak-kanak disebabkan pelbagai faktor yang masih dikaji.
Kita semua amat perlu mengambil berat tentang masalah diabetes kerana Malaysia adalah negara ke-5 dengan penghidap diabetes tertinggi di dunia! Ya benar, Malaysia adalah TOP 5 countries dengan penghidap diabetes.
Berdasarkan pandangan para doktor, berikut adalah 4 punca mengapa seseorang menghidap diabetis. Antaranya termasuklah:
1. Diet tinggi gula dan lemak.
Diet tinggi gula dan lemak adalah punca utama peningkatan kes diabetes di Malaysia. Pengambilan makanan segera dan minuman manis semakin berleluasa, terutamanya di kawasan bandar.
2. Gaya hidup tidak aktif
Ramai rakyat Malaysia kini menjalani kehidupan yang kurang aktif.
Dengan pekerjaan yang melibatkan lebih banyak duduk daripada bergerak, kekurangan senaman, dan waktu rehat yang tidak mencukupi, gaya hidup sedentari menjadi pencetus utama diabetes.
3. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
Statistik juga menunjukkan trend peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, yang turut meningkatkan risiko diabetes jenis 2 pada usia muda.
4. Faktor genetik
Sejarah keluarga juga memainkan peranan dalam peningkatan kadar diabetes.
Mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan diabetes lebih cenderung untuk mewarisi risiko yang sama.
MEJAWAB PERSOALAN PUNCA DIABETES SARANAN PARA DOKTOR
Baiklah, mari kita bincangkan pandangan para doktor tentang 4 punca utama yang menyebabkan penyakit diabetes.
Menjawab persoalan 1. Diet tinggi gula dan lemak.
Saya jawab dahulu persoalan pengambilan gula tinggi menyebabkan diabetes. Kasihan, gula jadi momok atau kambing hitam penyebab diabetes. Kita perlu sedar bahawa pengambilan produk beras, gandum, pulut dan berbagai karbohidrat lain, setelah melalui proses pencernaan, hasil akhir adalah glukos, fruktos dan galaktos. Ketiga tiga glukos, fruktos dan galaktos adalah gula ringkas atau dipanggil juga monosakarid. Terdapat juga gula dari golongan disakarid yang terbentuk dari 2 molekul monosakarid iaitu sukros, laktos dan maltos. Kesemua gula sama ada monosakarid atau disakarid adalah manis namun manis setiap satunya adalah berbeza. Sebagai contoh rasa manis glukos yang boleh dibeli seperti jenama GLUCOLIN adalah berbeza dengan manis air tebu yang mengandungi gula sukros.
Mengapa orang ramai termasuk para doktor hanya menyalahkan gula sebagai penyebab diabetes? Mengapa tidak menyalahkan nasi, roti, mee, roti canai, kueh mueh serta makanan berkarbohidrat lain sebagai punca penyebab diabetes? Bukankah kesemua makanan ini juga akan dicernakan dan akhirnya menjadi gula ringkas monosakarid iaitu glukos, fruktos dan galaktos?
Kita ambil satu kisah benar dari satu sampel pesakit diabetes ini. Beliau adalah seorang doktor yang kini menjawat jawatan tinggi kerajaan. Bapanya adalah seorang pesakit diabetes juga. Satu ketika bapanya diarahkan oleh doktor di hospital agar dipotong paras lutut akibat kompikasi luka tidak sembuh di tapak kakinya. Doktor ini tidak mengambil sebarang gula / minuman manis atas kesedaran yang dipelajarinya bahawa pengambilan gula boleh menyebabkan diabetes. Namun realitinya ialah doktor ini telah disahkan menghidap diabetes di usia awal 40an. Satu realiti yang amat pahit untuk ditelan. Selain doktor ini, ramai lagi orang yang terperanjat mengapa mereka diusia muda telah disahkan menghidap diabetes walau pun orang ini telah berusaha untuk tidak mengambil gula dalam minuman seharian mereka.
Adakah benar gula pasir putih adalah penyebab utama penyakit diabetes? Jika ya, mengapa doktor yang baru saya jelaskan diatas serta ramai lagi orang disahkan menghidap diabetes walaupun mereka telah berusaha sekian lama tidak mengambil gula??? Adakah hanya sekadar sangkaan sahaja? Mari kita lihat pula sampel berikut yang mana merupakan arwah ayah saya sendiri. Arwah ayah saya adalah pekebun. Ada kebun getah, ada kebun kelapa sawit dan ada kebun buah buahan. Beliau adalah pengguna gula yang amat tegar sejak muda sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2019 di usia 94 tahun atas komplikasi kanser prostat. Sebagai pekebun, bekalan penting bila beliau kekebun ialah air. Arwah bapa akan membawa air teh O manis bersama air putih. Sama banyak yang dibawa. Air teh ini pula sangat manis. Bila dirumah pula arwah saya akan minum berbagai bagai jenis air namun kebanyakannya adalah manis bergula dan amat manis. Kalau orang lain cuba minum air minuman arwah bapa saya, mungkin tak sanggup telan kerana teramat manis. Memang itulah bapa saya, dari muda sampai akhir hayat amat gemar air manis termasuk air bergas terutamanya air botol FN ice cream soda. Namun realitinya ialah arwah bapa saya tidak ada masalah diabetes pun. Sehingga usia 93 tahun bapa saya masih memandu keretanya bersendirian dari Labis ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rutin appointment / temujanji masalah berkaitan kanser prostatnya. Sekiranya gula adalah sahih penyebab diabetes, pastinya arwah ayah saya sudah lama menghidap diabetes namun ini tidak berlaku.
Persoalan saya kini adalah adakah anda semua masih percaya dengan sangkaan bahawa mengambil gula secara berlebihan adalah penyebab diabetes??? Dari penjelasan saya diatas, orang yang amat berusaha untuk mengelakkan diri dari mengambil gula namun berkesudahan tetap menghidap diabetes manakala ayah saya yang pengguna gula yang tegar tidak menghidap diabetes sehingga meninggal dunia diusia 94 tahun.
Persoalan berikutnya pula dituduh diet tinggi lemak menyebabkan antara punca menghidap diabetes.
Orang Malaysia adalah kurang mengambil produk kaya lemak iaitu cheese dan butter. Mungkin atas faktor harganya yang mahal. Orang di Eropah dan Amerika lebih banyak mengambil cheese dan butter berbanding orang Malaysia. Namun mengapakah Malaysia tergulung top 5 countries dengan bilangan penghidap diabetes tertinggi?
Jika mengikut pandangan saya, diet tinggi gula dan lemak bukanlah punca penyebab diabetes. Namun apabila sudah menghidapi diabetes, pengambilan gula sememangnya bakal memberikan impak yang lebih merosakkan.
Menjawab persoalan 2. Gaya hidup tidak aktif
Cukupkah sampel untuk merumuskan bahawa gaya hidup tidak aktif adalah antara punca utama diabetes? Bagaimana nak membuat penjelasan apabila seorang yang aktif bersukan serta aktif ditempat kerja tiba tiba disahkan menghidap diabetes? Bagaimana mungkin Malaysia menduduki tempat ke 5 didunia dengan bilangan pesakit diabetes terramai. Adakah majoriti penduduk Malaysia sangat tidak aktif berbanding penduduk negara lain? Bagi pandangan saya, gaya hidup tidak aktif antara punca utama diabetes tidak dapat disokong dengan sampel data yang mantap. Jadi abaikan sahaja sangkaan seperti ini.
Menjawab persoalan ke 3. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
Hujah ini amat lemah sekali. Ramai yang saya kenali tidak ada masalah obesiti langsung semenjak kecil. Mengapa orang yang langsung tiada sejarah obesiti kini adalah merupakan penghidap diabetes? Abaikanlah kenyataan ini. Sandaran untuk membuat rumusan sebegini tidak mantap sama sekali.
Menjawab persoalan ke 4, Faktor genetik
Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab. Apabila tiada hujah untuk membahas maka dicari hujah tangkap muat, asalkan ada hujah untuk memperbodohkan orang awam. Para doktor yang tergolong sebagai orang bijaksana dosogokkan dengan kenyataan tak masuk akal iaitu diabetes disebabkan faktor genetik. Aduhhh.
Adakah Nabi Adam dan Siti Hawa isteri serta keturunanya dahulu pernah menghidap penyakit diabetes? Lainlah dengan penyakit kusta yang ada sejarah lampau manusia menghidap penyakit kusta. Sejak bila penyakit diabetes pernah direkodkan dalam sejarah kemanusiaan?
Saya lahir pada tahun 1956. Sewaktu saya berusia sehingga belasan tahun sebelum masuk ke sekolah Alah Shah Cheras, tidak pernah saya melihat atau mengetahui ada orang meghidap penyakit diabetes apatah lagi kaki perlu dipotong akibat komplikasi diabetes. Sekiranya diabetes adalah penyakit disebabkan genetik, pastinya ada orang dari generasi datuk dan ibu ayah saya yang menghidap penyakit diabetes. Sebagaimana gen orang Cina sememangnya diwarisi dari zaman lebih 2000 tahun dahulu. Gen orang cina dengan mata sepet dan kulit putih langsat disimpan baik dan diwariskan melalui DNA dalam kromosom. Mana mungkin tiada sejarah diabetes sejak dahulu kemudian dengan mudah memberi alasan bahawa antara punca diabetes hari ini adalah disebabkan faktor genetik. Carilah dan semaklah rekod kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia antara tahun 50an sehingga 70an, ada berapa ramai pesakit diabetes jenis 2.
Hentikanlah prasangka jahat bahawa faktor genetik adalah antara punca penyakit diabetes. Sangkaan jahat ini seolah olah menuduh Allah Azzawajalla yang memasukkan gen diabetes dalam DNA manusia semenjak Adam lagi.
Sekiranya kesemua kenyataan punca penyakit diabetes sebagaimana diatas ditolak kesemuanya. Persoalannya ialah apakah sebenarnya punca penyakit diabetes ini? Inilah a billion dollar question yang perlu dijawab.
Didalam penulisan penulisan yang saya tulis di Laman Emjay dahulu, syukur alhamdulillah banyak telah saya kongsikan punca pelbagai penyakit hari ini antaranya;
1. Kipas ceiling yang laju dan kesannya keatas penyakit asma kepada kanak kanak.
2. Terlalu terdedah kepada air conditioner antara punca utama penyakit polip nasal
3. Air batu / air sejuk (below room temperature) merosakkan paru paru
4. Air batu / air sejuk (below room temperature) menjadi punca Hyperthyroidism.
5. Pengambilan lemak jahat seperti margarine dan krimer (non dairy creamer) merosak jantung dan tekanan darah tinggi
6. Mandi malam merosak paru paru.
7. Disiplin waktu makan utama yang tidak menentu menyebabkan penyakit gastrik
8. Pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan batu di pundi hempedu
9. Dan lain lain lagi.
Bila kita perhatikan 8 perkaitan gaya hidup diatas ini menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan. Berhati hatilah. Jagalah tubuh badan kita dengan menjauhi gaya hidup yang tidak sihat. Semenjak dari waktu ini dahulu saya dan arwah guru tercari cari gaya hidup yang bagaimana boleh menyebabkan penyakit diabetes. Pelbagai hipotesis saya ciptakan namun berakhir dengan tiada korelasi. Maknanya saya masih belum menemui kaitan sebenar gaya hidup tertentu dengan penyakit diabetes.
PUNCA SEBENAR PENYAKIT DIABETES JENIS 2
Walau pun usia semakin menghampiri 70, saya tidak putus asa mencari punca sebenar penyakit diabetes. Di awal tahun lepas Syukur alhamdulillah Allah swt memberikan ilmuNya. Saya dapati setakat ini ada dua faktor yang boleh menyebabkan diabetes iaitu;
Pengambilan air batu / air sejuk bawah suhu bilik untuk jangka masa lama
Pengambilan gandum tercemar untuk jangka masa lama.
PENGAMBILAN AIR BATU / AIR SEJUK BAWAH SUHU BILIK UNTUK JANGKA MASA LAMA.
Sebagaimana saya tegaskan lagi diatas, pengambilan air batu/air sejuk bawah suhu bilik boleh mengakibatkan kerosakan paru paru dan juga hyperthyroidism. Selain dari itu, air sejuk bawah suhu bilik ini juga boleh mengakibatkan badan alah dengan airconditioner, alah sejuk, tapak tangan basah atau lembab serta gemar memakai baju tebal walau dalam keadaan cuaca panas. Air sejuk bawah suhu bilik ini diperolehi melalui kaedah;
1. Air dicampur air batu
2. Air minum dimasukkan kedalam peti sejuk agar sejuk tetapi tidak menjadi air batu.
3. Pengambilan air sejuk bawah suhu bilik menggunakan mesin water dispenser COWAY atau CUCKOO

                                                 COWAY WATER DISPENSER


Untuk penulisan seterusnya saya akan gunakan air batu / air sejuk bawah suhu bilik ini dengan ringkasan air sejuk sahaja.
Melalui pemerhatian jangka panjang dari banyak sampel, bolehlah dirumuskan bahawa pengambilan air sejuk dalam jangka masa antara 6 hingga 10 tahun dengan kadar kekerapan yang tinggi iaitu sekitar purata 2 kali atau lebih sehari bakal mengundang penyakit diabetes. Bayangkan kalau kita lihat senario berikut;
1. Makan tengahari dengan air sejuk 1 gelas
2. Balik dari pejabat minum air sejuk dari mesin COWAY 1 gelas.
3. Malam sebelum tidur minum air sejuk dari mesin COWAY 1 gelas.
Amalan seperti ini sudah menjadikan purata pengambilan air sejuk sebanyak 3 kali sehari dan ini sudah dikira sebagai kadar kekerapan yang tinggi. Bila minum cendol, kekerapan sudah bertambah. Bila minum ABC atau air batu kacang maka kekerapan minum air sejuk semakin bertambah. Bila kekerapan pengambilan air sejuk semakin kerap, insyaAllah lagi cepat mendapat diabetes.



Lebih parah lagi apabila saya perhatikan kini ramai kanak kanak dan remaja bila sarapan pagi mereka minum milo ais. Lebih parah zaman sekarang dimana penggunaan water dispenser COWAY dan CUCKOO sudah jadi barang kemestian setiap rumah. Orang kampung pun ada mesin air COWAY. Mudah digunakan, air terus minum tidak perlu dididihkan. Nak minum tolak cawan atau gelas ke mesin air, air sejuk pun keluar.
Mesin air COWAY dan CUCKOO sepatutnya diharamkan diMalaysia. Ia amat membazir wang. Bayaran sewa hampir RM100 sebulan. Penggunaan letrik untuk mesin COWAY saiz sederhana dalam lingkungan RM100 hingga RM160 bergantung kepada kekerapan mesin digunakan. Ini satu jumlah yang besar. Rakyat Malaysia membayar wang yang mahal sebenarnya untuk membeli mudharat yang besar iaitu diabetes. Itulah sebabnya jika diperhatikan dengan teliti, mereka yang mempunyai kewangan yang mantap, mereka yang lebih awal membeli mesin air COWAY dan mereka inilah yang lebih awal mendapat diabetes.
Satu lagi Kesan amat merugikan dengan menggunakan mesin air COWAY atau CUCKOO ini ialah pengguna mencelakakan diri sendiri dengan mengambil air tulen tanpa sebarang zat mineral didalamnya secara berterusan. Perlu difahami bahawa Mesin air COWAY dan CUCKOO adalah menghasilkan air tulen tanpa kotoran dan zat mineral kerana mesin ini menggunakan proses REVERSE OSMOSIS. Habis segala zat mineral didalam air disingkirkan. Sedarlah bahawa kita semua amat memerlukan zat mineral dan sumber utama mineral kita adalah dari bekalan air paip. Didihkanlah dan minumlah dan didalamnya mengandungi banyak mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Fahamilah mengapa pada zaman sebelum sebelum 1970 tidak terdengar sebarang kes diabetes di Malaysia. Maklumlah pada zaman 1950an, majoriti rakyat Malaysia masih belum mendapat bekalan letrik. Saya waktu sekolah rendah, rumah ibubapa saya masih menggunakan pelita minyak tanah. Mana ada peti sejuk atau mesin COWAY atau CUCKOO. Nak gosok baju sekolah gunakan seterika arang. Pada tahun 1960an, perlahan lahan rumah orang kampung mula dapat bekalan letrik swasta. Peti sejuk bukan keperluan. Dapat beli kipas angin pun satu kemewahan. Kemudian mereka yang berkemampuan mula membeli televisyen walau pun cuma dalam warna hitam putih. Faktanya ialah apabila tiada peti ais maka tidak adalah air batu dan air sejuk. Inilah sebabnya tiada kedengaran kes diabetes.
Apabila khidmat TNB lebih menyeluruh, golongan elit adalah golongan yang lebih awal membeli peti ais. Dapatlah nikmat minum air sejuk. Dan faktanya ialah golongan elit inilah juga antara mereka yang terawal menghidap penyakit diabetes. Dapatkah anda semua melihat korelasi ini? Kini hampir semua rumah orang Malaysia tak kira B40 atau M40 mempunyai peti sejuk dirumah. Tujuan utama adalah untuk mudah menyimpan ayam ikan dan sayuran. Namun bila sudah ada peti ais, mulalah satu tabiat baru iaitu minum air sejuk. Ingatlah bahawa hampir semua rumah di Malaysia kini mempunyai peti ais dan inilah antara punca utama Malaysia menduduki tempat kelima didunia dari segi bilangan pesakit diabetes.
Pada tahun 2019, 18.3% orang dewasa berusia 18 tahun keatas di Malaysia menghidap diabetes. Berbanding Indonesia hanya 10.6% warga berusia 20 – 79 tahun menghidap diabetes pada tahun 2021. Maklumlah bilangan rumah yang mempunyai peti ais di Indonesia tidaklah sehebat di Malaysia. Bagi negara Laos yang lebih mundur pula, peratus rakyat Laos yang menghidap diabetes pada tahun 2021 cuma 6.2% sahaja.
Memang terdapat negara maju seperti Korea Selatan dengan peratus rakyat yang menghidap diabetes agak rendah iaitu cuma 6.8% dan Jepun dengan nilai 6.6%. dua negara ini mengalami proses urbanisasi yang hebat namun mengapa kadar penduduk mereka yang menghidap diabetes agak rendah? Pemerhatian saya tidak meliputi penduduk Korea Selatan dan Jepun. Apa yang boleh saya katakan ialah kemungkinan penduduk dua negara ini kurang terlibat dengan budaya minum air sejuk. Suhu di negara negara ini sudah sedia sejuk. Tidak perlu lagi minum air sejuk. Mereka lebih memerlukan untuk minum air panas.
Merujuk kepada penghidap diabetes merentas kaum di Malaysia, berdasarkan pemerhatian mereka yang melakukan dialysis di pusat pusat dialysis, bangsa Melayu adalah merupakan bangsa paling ramai di dialysis berbanding bangsa Cina. Berkemungkinan bangsa Cina kurang mengamalkan minum air sejuk. Bangsa Cina di Malaysia ini amat terkenal dengan budaya kuat minum air suhu bilik dari botol botol besar semenjak dari alam persekolahan lagi. Budaya membawa bekalan air minum dari botol besar ini amat jelas berbeza diantara bangsa Cina dan Melayu. Sesiapa yang ada akses bilangan pesakit diabetes merentas kaum di Malaysia bolehlah membantu saya untuk mendapatkan data sebenar.
Mari kita kembali melihat fakta bilangan pesakit diabetes mengikut negeri di Malaysia. Sarawak dan Sabah adalah antara negeri dengan bilangan pesakit diabetes yang rendah berbanding negeri negeri lain. Maklumlah banyak kawasan kediaman di Sarawak dan Sabah masih belum ada kemudahan letrik. Bila tiada letrik maka tiadalah peti ais dan tiadalah air sejuk dan tiadalah diabetes. Namun bilangan pesakit diabetes di dua negeri ini sedang meningkat naik akibat urbanisasi. Bila urbanisasi berlaku, ada kemudahan letrik, boleh beli peti ais serta mesin air COWAY atau CUCKOO dan dengan itu diabetes sedang menunggu.
Itulah peri pentingnya Pendidikan. Pendikan terutamanya subjek biologi bukan sekadar untuk lulus periksa. Biologi amat perlu dikuasai oleh kita semua. Bila tidak berilmu, ramailah yang membeli botol air minuman bertutup putih yang juga dipanggil drinking water kerana harganya yang murah. Drinking water ini adalah air paip yang telah diproses menggunakan reverse osmosis untuk menyingkirkan segala mineral didalamnya. Orang berilmu tidak akan membeli air ini. Orang berilmu akan membeli botol air bertutup biru atau bertutup hijau kerana didalamnya mengandungi banyak mineral.
Jadi kembalikanlah segala mesin air COWAY atau CUCKOO kepada pembekalnya. Jimat duit disamping dapat menjauhkan diabetes. Tanpa mesin air COWAY atau CUCKOO badan bakal mendapat zat mineral yang amat diperlukan tubuh dan insyaAllah tubuh badan bakal semakin sihat, SAY NO TO COWAY ATAU CUCKOO. Saya sudah beberapa tahun hidup tanpa mesin air COWAY dirumah. Anda bila lagi?
Bayangkalah sekiranya seorang kanak kanak memulakan pengambilan air sejuk diusia 4 tahun. Dicampur dengan 10 tahun maka insyaAllah diusia 14 tahun atau mungkin lebih awal beliau bakal menghidap diabetes. Diabetes bila sudah dihidapi ia akan merebak kepada tekanan darah tinggi, jantung, buah pinggang, mata dan sebagainya. Paling menakutkan ialah apabila terpaksa melakukan dialysis.
PENGAMBILAN GANDUM TERCEMAR UNTUK JANGKA MASA LAMA.
Dalam perundingan damai perang Rusia Ukraine antara perwakilan Rusia dengan perwakilan Amerika, antara perkara yang dipohon oleh perwakilan Amerika ialah untuk membenarkan pengilang COCA COLA beroperasi semula di Rusia. Mengapa perlu COCA COLA beroperasi semula di Rusia? Pastinya ada sesuatu yang menarik disitu.
Pada tahun 1973 telah berlaku peperangan Yum Kippur antara gabungan Mesir dan Siria menentang Israhell. Ekoran peperangan ini satu perjanjian damai dinamakan CAMP DAVID ACCORDS telah ditandatangani. Apa yang menarik dalam perjanjian ini ialah Mesir tidak boleh lagi menanam gandum yang menjadi makanan ruji orang Mesir. Bayangkan Mesir telah menanam gandum semenjak dari zaman Nabi Allah Yusuf ribuan tahun dahulu. Mesir hendaklah mengimpot gandum dari Amerika. Apa sebenarnya kaitan gandum dengan perjanjian damai? Inilah liciknya Israhell dan Amerika.
Di Amerika peladang gandum menghadapi masalah gandum sedia dituai yang tidak serentak. Maknanya ialah apabila gandum dituai, terdapat biji gandum yang masih muda. Bagaimana nak diusahakan agar pokok gandum ini tua dan dituai serentak? Mereka menggunakan racun herbicide glyphosate. Di Malaysia racun herbicide seperti Round Up dan Ecomax digunakan sebagai kawalan herbicide. Saya menggunakan racun Round Up sejak lama dahulu. Tahun 2023 saya menggunakan racun glyphosate untuk membunuh pokok kelapa sawit dengan memasukkan racun kedalam batang kelapa sawit yang telah dibuat lubang. Glyphosate adalah jenis racun sistemik yang memasuki ke seluruh bahagian tanaman untuk membunuhnya. Racun glyphosate ini adalah merbahaya kepada manusia. Namun di Amerika racun glyphosate ini disemburkan kepada pokok gandum sekadar untuk menyeksa lalu pokok gandum ini stress dan berbunga serta berbuah serentak. Persoalannya ialah adakah biji gandum yang terhasil mengandungi racun glyphosate?


                                    RACUN HERBICIDE DENGAN BAHAN AKTIF GLYPHOSATE

Racun tikus yang menggunakan padi yang disaluti racun, apabila dimakan oleh tikus, tikus ini bakal mati. Sekiranya manusia memakan sebiji padi dari racun tikus ini setiap hari, mungkin selepas 1 tahun orang yang makan biji padi beracun masih belum mati. Namun insyaAllah selepas 5 tahun orang ini bakal mati selepas menghidapi pelbagai masaalah Kesihatan. Ini Namanya mati perlahan lahan.
Mungkin orang yang memakan gandum tercemar dengan racun glyphosate ini tidak akan mati dalam tempuh 10 tahun namun orang ini berkemungkinan bakal menghidapi pelbagai masaalah kesihatan.
Dalam pemerhatian kes kes diabetik yang dikaji terdapat sampel yang tidak mengambil air sejuk dengan kerap namun telah menghidap diabetik di usia bawah 30 tahun. Beliau didapati sejak kanak kanak banyak sekali mengambil produk gandum seperti biskut, roti, piza dan kueh mueh lainnya. Seorang sampel lain pula menjadikan lempeng yang dibuat dari tepung gandum sebagai makanan ruji menggantikan beras. Beliau terpaksa menjalani dialysis diusia muda sekitar hujung 30an.
Pada tahun 1990 dahulu saya sangat lantang melalui blog Laman Emjay milik saya untuk menjelaskan betapa bahayanya racun Benzoyl Peroxide yang terkandung didalam kebanyakan tepung gandum di Malaysia. Alhamdulillah kini banyak alternatif tepung gandum lain yang tidak mengandungi racun Benzoyl Peroxide seperti tepung gandum Faiza. Bayangkanlah apabila racun Benzoyl Peroxide terdapat didalam tepung gandum bersama sama racun Glyphosate. Jadilah ia kekuatan berganda bertujuan untuk merosakkan manusia mengakibatkan pelbagai penyakit seperti gout dan diabetes.
PENUTUP
Berhentilah menyebarkan cerita dari para doktor kononnya diabetes adalah disebabkan oleh pengambilan gula yang tinggi. Kini semakin terbukti bahawa ramai yang mengamalkan minuman tanpa gula namun tetap menghidap diabetes. Jikalau saranan para doktor ini adalah amat benar, sepatutnya para doktorlah yang terhindar dari diabetes. Lebih menyedihkan apabila kini ramai para doktor pula menghidapi diabetes. Bila puak ini tidak dapat mencari punca sebenar penyakit diabetes, maka dicarinya alasan dan digunakan cerita faktor genetik adalah penyebab diabetes. Sudah sudahlah. Hentikan berbuat fitnah. Kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tidak rata.
Berdasarkan fakta fakta yang diberikan diatas, dua faktor penyebab utama diabetes adalah pengambilan air sejuk yang kerap untuk tempuh yang lama lumrahnya dalam tempuh 6 hingga 10 tahun. Faktor kedua pula pengambilan tepung gandum dari Amerika yang tercemar dengan racun glyphosate. Hentikanlah dua perkara ini sebelum anda disahkan sebagai penghidap diabetes. Bila sudah menghidap diabetes, ianya sukar disembuhkan walau anda menghentikan minum air sejuk dan mengelakan pengambilan tepung gandum tercemar. Namun berhenti dari mengambil air sejuk dan tepung gandum tercemar tetap lebih baik bagi penghidap diabetes untuk mengelakkan diabetes lebih memburuk.
Malaysia adalah negara khatulistiwa. Suhu boleh mencecah 37° Celcius. Minum air sejuk waktu panas dan berpeluh seolah olah satu nikmat hebat. Namun ingatlah pesan Allah Azzawajalla dalam surah Al Baqarah ayat 216 maksudnya; boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. Saya sekeluarga sudah berhenti mengambil air sejuk. Tiada lagi cendol dan ABC serta aiskrim. Makanlah tepung gandum Faiza. Insyaalah tiada bahan tercemar racun glyphosate dan benzoyl peroxide. Kalau teringin sangat nak makan roti canai, makanlah sekeping sahaja dan jangan jadikan budaya kerap memakannya.
Wabillahi taufik wal hidayah. Wassamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Wallahuaklam
Emjay.

No comments:

Post a Comment