Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 26 November 2019

Bodoh Tidak Semestinya Kekal Bodoh Selamanya



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya merasakan kisah yang bakal saya paparkan kali ini tidaklah membuka aib sesiapa pun. Saya ingin kongsikan kisah benar ini sekadar untuk menjadi iktibar kepada kita semua, insya-Allah.

Saya namakan hamba Allah ini sebagai Kasim, bukan nama sebenar. Kasim sudah ada ramai anak. Kasim berhajat nak belajar agama Islam sekadar yang mampu saya sampaikan.

Kasim belajar di rumah saya sekali seminggu secara berseorangan antara pukul 9.00 mlm hingga 11.00 mlm. Minggu pertama belajar, lebih kepada pengenalan dan peraturan untuk belajar dengan saya. Antara peraturannya ialah:
  1.           Kasim perlu membaca Al Quran berserta terjemahannya bermula dari surah Fatehah pada bila-bila masa minimum 7 muka surat seminggu. Mana-mana terjemahan yang tidak difahami hendaklah di tandakan dan dicatat untuk di ajukan kepada saya sewaktu pertemuan mingguan akan datang.
  2.       Setiap kelas mingguan akan dimulakan dengan semakan mana-mana ayat Al Quran yang tidak dapat difahami oleh Kasim. Dengan cara ini saya dapat memantau kemajuan Kasim dalam istiqamahnya meneruskan membaca Al Quran secara berterusan. Memang pun Kasim tidak pernah membaca terjemahan Al Quran apatah lagi untuk memahaminya sebelum ini.
  3.           Pelajaran agama Islam hanya akan bermula selepas selesai membincangkan perkara 2. di atas.
  4.         Perlu taat dan tekun melaksanakan solat wajib dan tidak boleh meninggalkan mana-mana solat.

Pada pertemuan pertama ini sempatlah juga dimulakan pengajian agama. Kasim kelihatan seperti orang dewasa normal lainnya. Kasim boleh bersoal jawab dengan lancar.

Pada minggu kedua, Kasim tepat datang mengikut waktu, nampaknya dia berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Lumrahnya, ramai yang berhajat untuk belajar agama di rumah saya hanya bertahan sekadar pertemuan pertama sahaja. Untuk pertemuan kedua, puas saya menunggu tetapi orangnya tidak kunjung tiba. Memang buruk sekali adab dan akhlak orang seperti ini. Bukankah sopan kalau tak mahu belajar lagi, memadailah dengan kirim SMS atau wasap. Saya menjangkakan ramai yang tidak sanggup sambung belajar selepas pertemuan pertama disebabkan mungkin mereka tidak berminat untuk membaca dan memahami Al Quran.

Al Quran untuk dibaca, difahami, diamalkan dan disampaikan. Ramai orang sekadar melagukannya sahaja.


Apabila membincangkan pengajian agama, Kasim minggu ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda sukar memahami konsep-konsep penting. Saya sekadar memperlahankan penyampaian agar Kasim dapat mengikuti setiap kandungan pengajian. Dalam bab tauhid, setiap konsep adalah amat penting. Setiap konsep bakal berhubung dan berkaitan dengan konsep-konsep yang bakal diajarkan.

Minggu ketiga, alhamdulillah Kasim tiba mengikut waktu ditetapkan. Apabila memasuki bab bacaan al Quran, alhamdulillah Kasim banyak kemajuannya. Banyak muka surat yang dibaca dan banyak perkara yang disoal.

Seterusnya pengajian disambung dengan pelajaran tauhid Rububiah. Kasim sudah menunjukkan ciri tidak boleh memahami komunikasi. Apabila disoal tentang pelajaran yang baru disampaikan, Kasim terpinga-pinga tidak dapat menjawab. Puaslah saya mengulang pelajaran lalu menyoal semula, Kasim gagal menjawab. Apabila berulang kali Kasim tidak dapat menjawab, suara saya mula tinggi dan keras. Namun Kasim tetap tidak mampu menjawab walau pun sudah dipermudahkan. Saya seolah-olah bercakap dengan tembok. Kasim seperti hilang kemampuan berfikir. Kemampuan belajar Kasim jauh lebih rendah daripada cucu saya yang ketika itu berusia 6 tahun.

Saya ambil masa bertenang memikirkan bagaimanakah kaedah yang sesuai untuk saya mengajar Kasim. Panjang doa dan zikir saya buat memohon bantuan dari Allah swt. Setelah mengambil masa rehat ini saya mulakan semula untuk mengajar ilmu yang sama semoga Kasim dapat menerima dan memahaminya. Apabila dia faham insya-Allah nanti dia boleh menjawab soalan berkaitannya.

Saya ulang pelajaran dan kembali menyoal soalan yang sama , tetapi malangnya Kasim seperti kepalanya kosong tidak mengandungi otak yang mampu berfikir. Ulang pelajaran lagi dan ulang soalan yang sama, dipermudahkan, masih tetap tidak mampu menjawab. Kalau bahasa mudah Kasim adalah tersangat bodoh yang tidak ada kemampuan untuk berfikir. Kalau guna skala 1 hingga 10 di mana 1 adalah paling bodoh dan 10 adalah paling pandai, Kasim berada pada skala 1. Saya tidak pernah berjumpa seseorang di sepanjang tempuh kehidupan saya yang sebegitu bodoh.

Sabar ada hadnya dan saya bertanya kepada diri sendiri “adakah ini adalah kegagalan saya untuk menyampaikan ilmu agama Islam kepada Kasim?” Memang berat ujian saya kali ini. Saya meninggalkan Kasim lalu masuk ke rumah menemui isteri saya mengadu masalah saya. Isteri saya pun pastinya tertanya-tanya mengapa kali ini saya banyak menggunakan suara kuat, keras dan tinggi tidak seperti kebiasaannya.

Setelah mengambil sedikit masa untuk bertenang dan terus berdoa dan berzikir, saya kembali keluar rumah memasuki bilik studi untuk usaha seterusnya ke arah menjadikan Kasim sebagai orang yang berilmu, beriman dan mengerjakan amal soleh. Kali ini saya ubah topik dan bertanya kepada Kasim “kat rumah engkau ada tak sebarang objek atau tangkal dan air jampi pemberian sesiapa pun hatta ustaz?”

Kasim menjawab “ada juga”.

Mendengar jawapan ini saya amat bersyukur dan gembira sekali lalu berkata “engkau balik ke rumah sekarang juga, ambil semua objek atau tangkal azimat dan segala macam air jampi. Lepas tu balik semula ke sini segera”. Dalam perjalanan balik saya ajarkan zikir tasbih, tahmid dan takbir dan berdoa agar Allah swt tolong dan mudahkan segala urusannya. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan sekitar pukul 11.00 malam.

Sebaik sahaja Kasim menaiki keretanya balik ke rumahnya untuk projek besar membersihkan kediamannya daripada segala macam benda syirik, saya perbanyakan zikir dan doa agar urusan Kasim dipermudahkan Allah swt. Saya terus masuk ke rumah dan stor untuk mencari kayu yang sesuai dijadikan kayu api, pisau, parang dsbnya untuk membuat unggun api. Saya potong kayu yang saya temui menjadi potongan kecil kayu untuk memudahkan saya membuat unggun api.  Lalu saya susun kesemuanya di tepi jalan berhadapan rumah saya.

Alhamdulillah setelah jam melewati sedikit dari pukul 12.00 mlm, Kasim sampai semula ke rumah saya sambil menyerahkan bungkusan yang mengandungi pelbagai tangkal termasuk kayu setanggi. Gembira saya bukan kepalang. Terima kasih ya Allah di atas pertolongan Mu ini. Saya segera menyalakan unggun api lalu memasukkan pelbagai tangkal ke dalamnya. Air jampi saya buang ke lubang tandas.

Saya bertanya kepada Kasim, “kat rumah ada lagi tak barang-barang seperti ini? Berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah mudahkan engkau untuk membersihkan rumah kau dari segala macam benda syirik”.

Kasim menjawab “sudah bersih tak ada lagi. Semuanya sudah saya bawa”.

Saya menasihati Kasim bahawa apa yang dibuatnya selama ini berjumpa bomoh dan juga perawat yang kononnya merawat secara Islam adalah syirik dan besar sekali dosanya. Saya mengajarkan Kasim bagaimana untuk bertaubat iaitu dengan mengucapkan “astaghfirullah, aku mohon ampun atas dosa-dosa ku mensyirikkan Mu ya Allah. Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah”. Saya juga menasihati beliau agar terus tekun membaca Al Quran serta terjemahannya dan berusaha memahaminya. Saya amat berdoa berharap kepada Allah SWT semoga dengan taubatnya itu Allah SWT memudahkan Kasim untuk belajar agama dengan saya.

Minggu berikutnya amat saya nantikan dengan harapan menggunung semoga Kasim akan berubah. Kasim datang tepat pada masanya. Walau pun minggu sebelumnya banyak sekali perkataan kuat keras dan kasar yang saya sampaikan kepadanya, Kasim tetap datang. Alhamdulillah saya mulakan dengan Al Quran dan seterusnya dengan pelajaran tauhid. Apabila soalan diberikan alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan rahmatNya, Kasim hari ini sudah tidak seperti Kasim minggu lepas. Gembiranya saya Allah SWT sahaja yang tahu. Terima kasih ya Allah.

Minggu berganti bulan Kasim terus tekun datang belajar. Bacaan Al Qurannya semakin banyak dalam tempuh seminggu. Kasim kelihatan semakin seronok datang belajar dan membaca Al Quran. Saya juga makin seronok mengajarnya. Kalau tak silap saya dalam tempuh 4 bulan Kasim telah dapat menyelesaikan membaca keseluruhan Al Quran berserta terjemahannya di samping dapat memahaminya.

Walaupun Kasim adalah pemegang rekod sebagai anak murid saya yang pernah paling bodoh, tetapi kini Kasim mencipta rekod baharu bagi pelajar saya iaitu rekod terpantas menghabiskan bacaan Al Quran berserta terjemahan dan memahaminya. Terima kasih Ya Allah.

Seterusnya saya meminta duit sekitar RM80 (saya lupa jumlah sebenar) untuk saya belikan buku hadis SAHIH MUSLIM. Di samping nasihat saya agar Kasim meneruskan membaca Al Quran berserta terjemahan, kini bacaan kitab bagi Kasim sudah bertambah, Kasim perlu membaca kitab hadis ini, yang penting faham apa yang Nabi SAW nak sampaikan. Mana-mana hadis yang tidak difahami, tandakan untuk dibincangkan di awal setiap kelas. Jadi sesi membincangkan Al Quran di awal kelas digantikan dengan membincangkan mana-mana hadis yang tidak dapat difahami oleh Kasim. Setelah perbincangan ini baharulah pelajaran agama disambung.


Buku hadis seperti ini menakutkan dek tebalnya. jika bersungguh-sungguh insya-Allah habis dibaca dan difahami.

Begitulah rutin mingguan Kasim dan saya. Dua jam seminggu Kasim datang belajar di rumah saya. Dimulakan dengan perbincangan hadis. Kemudian sambungan pengajian ilmu. Mana-mana soalan tambahan oleh Kasim juga dibincangkan.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Kasim menunjukkan kesungguhan dalam membaca hadis-hadis dan memahaminya. Cepat Kasim memahaminya. Mana yang kurang jelas difahaminya pun dapat mudah difahami Kasim selepas dibincangkan. Dengan takdir Allah Kasim berjaya mencipta satu lagi rekod baharu iaitu paling pantas menghabiskan keseluruhan Kitab Hadis Sahih Muslim di kalangan semua anak murid saya. Kalau tak silap saya dalam tempuh empat atau lima bulan.

Orang seperti Kasim ini kita boleh nampak jelas betapa Allah memberikan balasan pelbagai rahmatNya semenjak beliau datang ke rumah saya mempelajari Islam. Kehidupannya lebih teratur. Rezekinya bertambah. Anak-anaknya lebih berjaya dalam akademik di samping semakin tekun mereka membaca Al Quran sebagaimana bapa mereka membaca, baca dan faham.

Begitulah manusia, Umar Al Khattab pun bermula jahil tetapi berubah daripada pembenci dan musuh Islam kepada sahabat Nabi SAW yang dijamin syurga. Adalah kerugian yang amat besar seandainya seseorang dilahirkan jahil, membesar sebagai jahil, dewasa sebagai jahil dan berkesudahan dengan mati dalam jahil. Ujian yang dilalui sebelum Kasim datang belajar juga adalah berat namun beruntunglah Kasim dapat merubah kehidupannya dengan mempelajari agama Islam. Semoga Kasim tetap teguh dengan AL Quran dan hadis serta melaksanakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.

Namun orang seperti Kasim tidak ramai. Allah pun mengesahkannya di dalam Al Quran sebagaimana ayat-ayat berikut:
1.    (أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَشْكُرُونَ) “Kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (QS.al-Baqarah:243)
2.    (أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ) “Kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS.al-A’raf:187)
3.    (أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يُؤْمِنُونَ) “Kebanyakan manusia tidak beriman.” (QS.Huud:17)

Kebanyakan manusia nak jalan mudah sahaja, susah sedikit tinggalkan. Ramai yang ingin merubah kehidupan untuk keluar dari dunia jahil namun apabila disuruh mulakan dengan membaca AL Quran serta memahami terjemahannya, minggu depan terus tak datang  belajar. Walhal datang belajar di rumah saya bukan kena bayar pun. Kira-kira 2 bulan lepas pun seorang janda 40 tahun yang susah hidupnya datang bersama 2 anaknya ingin sangat nak belajar Islam semoga Allah keluarkan keluarga beliau dari kesempitan hidup. Oleh kerana janda ini tidak pandai membaca Al Quran, kami carikan orang untuk mengajar janda bersama 2 anaknya belajar Iqrak dan seterusnya al Quran dengan bayaran bulanan RM150 ditanggung oleh saya. Saya berikan duit untuk janda ini beli buku Iqrak. Kemudian setiap kali janda datang belajar sekali seminggu, saya akan berikan RM20 insentif. Sedihnya saya minggu hadapan janda ini menghilang terus tiada khabar berita. Langsung tidak mahu hantar whatsapp pun kepada saya.

Marilah kita semua menyedari bahawa sesungguhnya syurga amat mahal dan bukan percuma. Hanya neraka yang mudah dimasuki dan percuma. Tiket untuk memasuki syurga perlu dibayar dengan kesungguhan, tekun, sabar dan istiqamah mempelajari ilmu AL Quran dan hadis. Apabila kita mempunyai ciri-ciri ini, yakinlah bahawa Allah swt akan memudahkan segala urusan.

Sedarlah bahawa Muhammad SAW telah banyak sekali melakukan pengorbanan semata-mata untuk menyampaikan kepada kita semua iaitu Al Quran dan hadis, untuk dibaca, difahami, diamalkan dan seterusnya disampaikan. Saya akhiri tulisan kali ini dengan sebuah hadis H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm, maksudnya;

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.

Maknanya, kalau al Quran dan hadis ditinggalkan maka sesatlah.

والله أعلم

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

EMJAY

Monday, 25 November 2019

Heart Attack / Serangan Jantung, Satu Perkongsian Pengalaman



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Alla tuhan sekelian alam. Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ya Allah, lamanya saya tidak menulis di Laman Emjay ini. Kali terakhir saya menulis adalah pada 10 Jun 2014.  Maknanya sudah lebih 5 tahun saya tidak menulis. Sudah banyak perkara tentang pengendalian Blogspot ini yang saya sudah lupa, namun Alhamdulillah sekarang sedang mengejar semula ilmu ilmu lama. Semoga Allah mempermudah  dan merahmati dan memberkati usaha ini.

Apabila angin ribut, kita carilah tempat berteduh dan apabila cuaca kembali pulih, kita lakukanlah perkara yang biasa kita lakukan. Pada tarikh tersebut, lumrahnya saya kerja hampir 7 hari seminggu dari awal pagi hingga malam baharu dapat pulang ke rumah. Di samping kerja hakiki, saya memimpin Koperasi UTM dan terlibat juga dengan Koperasi Iskandar. Kerja meletihkan tetapi seronok. Namun menjelang penghujung tahun 2015 bulan Disember, kerja yang berat di Koperasi Iskandar menjadi bertambah rumit dan buntu. Itulah akibatnya apabila bekerja dengan orang yang tidak faham agama malahan menentang sesi mentadabbur Al Quran seminggu sekali dengan para staf. Dia ni memang bangsa yang tidak solat.

Apabila menyedari situasi yang amat rumit ini saya berkata kepada 2 rakan baik saya “situasi ini amat tidak baik sekali untuk kesihatan jantung saya. Alangkah seronoknya kalau saya dapat bercuti 5 bulan”.

Saya banyak menasihati orang untuk mengelakkan situasi runsing keterlaluan  atau bahasa lainnya STRESS. Ia akan menjadi bertambah parah sekiranya turut mengalami situasi buntu iaitu situasi yang tidak nampak jalan keluar. Namun inilah yang saya lalui.

Sempena cuti Tahun Baharu Cina 2016, saya berkunjung ke rumah anak menantu saya di Puchong Selangor. Berjumpa dan bermain dengan cucu-cucu dapat menghilangkan kerinduan. Pada 8 Feb 2016, menantu ajak makan malam di Bangi makan sup lembu geabox. Sedap juga. Pada hari Selasa 9 Februari 2016 hari Selasa kira-kira pukul 10.30 pagi saya dan isteri kembali semula ke Johor Bahru memandu kereta.

Setelah memandu kira-kira 10 minit, saya merasakan sakit di uluhati, sila lihat rajah. 



Saya menjangkakan ini sakit akibat angin mungkin salah makan. Tetapi sakitnya amat luar biasa, tidak pernah saya mengalaminya sebelum ini. Saya teruskan memandu. Sampai di hentian sebelah Kulai, kami berhenti untuk solat jamak qasar zohor dan asar. Saya terasa bahawa saya semakin lemah. Sewaktu berdiri solat saya hampir pitam. Tidak pernah saya mengalami situasi seperti ini.

Apabila masuk kereta, saya minta isteri saya memandu kerana saya semakin lemah. Sampai di rumah saya terus berehat kerana semakin lemah. Saya menjangkakan bahawa saya ada masalah angin, agaknya insya-Allah esok sembuhlah. Selera makan sudah amat  berkurang.

Keesokan harinya saya terus semakin lemah dan saya terus berehat. Makan pun tak lalu. Terbaring saja di kerusi rehat. Meyakini bahawa sakit saya sekadar sakit angin biasa. Menjelang malam keadaan saya semakin lemah dan mula muntah. Anak sulung saya datang menjenguk. Melihat situasi saya yang amat lemah, anak dan isteri saya membawa saya ke Hospital Columbia tak jauh dari rumah.

Apabila masuk ke unit kecemasan Hospital Columbia, doktor memasang berbagai bagai alat ke tubuh saya, selepas selesai diagnosis, doktor berkata “anda perlu dipindahkan ke hospital lain. Anda ingin ke Hospital Sultanah Aminah atau mana-mana hospital lain. Anda kena heart attack”. Terperanjat sekali saya mendengar kata-kata doktor.

Saya memilih untuk dihantar ke Hospital Sultanah Aminah. Saya dihantar dengan menggunakan ambulance kerana menurut doktor, situasi saya adalah kritikal. Saya menuruti tanpa membantah.
Setibanya saya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), berbagai bagai soalan diajukan oleh doktor kepada saya. Kemudian dengan nada tegas doktor berkata “Mengapa lewat datang ke HSA? Sekiranya awak datang dalam tempuh 12 jam setelah kena serangan jantung, awak akan terus dibawa ke dewan pembedahan untuk menjalani prosedur Coronary Bypass. Sekarang sudah melewati tempuh 36 jam dan sekiranya dibedah ditakuti banyak komplikasinya. Maka saya tidak dibedah dan terus dipasang dengan pelbagai peralatan untuk memantau situasi saya.

Saya dimasukkan ke wad khas pesakit jantung. Saya semakin lemah dan reda dengan apa jua yang dibuat oleh doktor dan stafnya. Rupanya saya mengalami serangan jantung atau heart attack. Saya diberitahu akan menjalani prosedur angiogram dan kemudian akan melalui prosedur Magnetic resonance imaging (MRI).

Hasil dari diagnosis Angiogram dan MRI, dua salurnadi koronari saya telah tersumbat dan satu lagi adalah pada tahap separuh tersumbat. Ini adalah kes berat. 

Pelawat tidak dibenarkan masuk beramai-ramai. Barulah saya sedar bahawa kes saya adalah serius. Apabila pelawat datang, ada ketikanya saya pengsan / tak sedar diri. Saya pun semakin terasa lemah. Ujian berat ialah untuk solat. Saya menjamakkan setiap solat. Isteri menyapu anggota saya untuk berwuduk.

Selepas 3 hari duduk di hospital baharulah terasa saya semakin bertenaga. Duduklah saya di hospital selama 6 hari. Berbagai bagai ubat perlu saya ambil. Handphone saya pun tidak dibenarkan untuk digunakan. Isteri saya yang mengawasinya. Sebenarnya saya pun tidak mampu melihat screen handphone,  pening melihatnya.

Dihospital, berbagai bagai persoalan seperti peperiksaan pelajar, Koperasi UTM dan Koperasi Iskandar bermain di kepala. Menambahkan kerungsingan. Kasihan juga melihat staf Koperasi Iskandar yang datang untuk mendapatkan pelbagai tanda tangan saya kena halau oleh staf hospital. Saya perlu direhatkan dan tidak boleh diganggu, itu kata staf hospital.

Dalam memikirkan pelbagai permasalahan ini, saya mengambil keputusan untuk membebaskan diri saya daripada Koperasi Iskandar kerana pokok permasalahan saya adalah berakar umbi di sini. STRESS dan buntu dengan pelbagai kerenah manusia. Setelah memaklumkan perletakkan jawatan saya, baharulah terasa kepala ini seolah-olah menjadi ringan, terbebas dari pelbagai tekanan.

Setelah saya keluar dari HSA, saya diberikan cuti selama 6 minggu. Saya pula bakal bersara pada 6 Julai 2016. Setelah ditolak dengan baki cuti tahunan saya yang agak banyak juga, saya hanya perlu datang bertugas ke UTM selama 2 hari sahaja. Apabila saya datang bertugas untuk 2 hari tersebut, staf UTM menyuruh saya balik berehat kerana saya masih amat lemah. Jadi saya dapat cuti rehat sebenarnya hingga bulan Julai 2016 iaitu kira-kira 5 bulan. Lima Bulan???? Diawal kisah saya di atas saya ada berhajat untuk dapat cuti rehat selama 5 bulan!!! Begitulah Allah mentadbir. Saya berhajat untuk berehat selama 5 bulan, Alhamdulillah diberikan Allah.

Antara usaha memulihkan kesan serangan jantung ialah untuk hadir proses rehabilitasi di HSA. Alhamdulillah memang banyak membantu merawat kesan serangan jantung saya. Alhamdulillah saya perlu datang berjumpa doktor setiap beberapa bulan. Alhamdulillah pada tahun lepas 2018 saya tidak perlu lagi berjumpa doktor. Terima kasih Allah. Segala pujian hanya layak bagiNya sahaja.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah jagalah jantung anda dengan antara yang penting  ialah tidak mengambil margarine, kuih muih mengandungi margarine, krimer bukan tenusu seperti dalam produk 3 in 1 serta makanan yang banyak mengandungi lemak terutama sekali lemak lembu. Pada malam sebelum saya kena heart attack, saya memang dibawa menantu makan sup lembu gearbox.

Namun apa yang lebih berbahaya berbanding makanan ini ialah elakkanlah
  • 1        Stess, tekanan atau runsing
  • 2.       Buntu iaitu masalah yang tidak nampak sebarang penyelesaian atau jalan keluar.
  • 3.       Marah
  • 4.       Dengki
  • 5.       Irihati
  • 6.       Sakit hati
  • 7.       Risau
  • 8.       Dan perkara lain yang sewaktu dengannya

Kira kira tak sampai 40 hari saya mengadu dengan dua orang rakan karib saya bahawa situasi di Koperasi Iskandar ini tidak sihat bagi jantung saya akibat STRESS dan buntu, saya telah Allah hadiahkan HEART ATTACK. Berat sungguh pengalaman melalui penyakit ini.

Sebagai orang Islam perlulah kita meyakini dengan janji Allah sebagaimana ayat Surat Al-Insyirah Ayat 6 berikut:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Terjemah : Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Memanglah berat pengalaman menempuhi Heart Attack namun nikmat terbebas dari belenggu Koperasi Iskandar adalah sebenarnya amat indah sekali. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana memberikan saya heart attack.

Mari kita belajar serba sedikit tentang heart attack. Sila rujuk rajah dibawah.


Terdapat dua jenis salurdarah iaitu salurnadi dan pembuluh. Salurnadi adalah salurdarah yang dibungkus oleh tisu yang kuat dan elastik. Apabila mengambilan kolesterol tidak sihat, lemak, serta bahan-bahan lain, secara perlahan akan terjadi timbunan bahan-bahan ini pada bahagian dalam salurnadi dan dinamakan plak salurdarah. Plak ini akan menjadikan rongga saluran salurnadi semakin sempit dan dinding salurnadi yang asalnya elastik akan hilang keanjalannya.

Semakin hari plak akan semakin menimbun sekiranya terus mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti kurang bersenam disertai pengambilan makanan yang kurang seimbang apatah lagi kalau mengambil makanan tinggi lemak dan kolesterol. Pada peringkat ini, blood pressure atau tekanan darah akan meningkat akibat halangan kepada sistem aliran darah tubuh badan. Pantaulah tekanan darah anda  agar berada dalam lingkungan bacaan yang sihat.

Plak yang semakin banyak dan menebal akan terus menyempitkan salur darah. Plak yang pecah atau tanggal akan dihanyutkan oleh aliran darah. apabila plak yang hanyut melalui saluran yang sempit maka plak ini bagaikan empangan yang menghalang aliran darah. Jika halangan plak ini berlaku didalam salurdarah koronari, maka akan ada tisu jantung yang terputus bekalan darah dan dengan ini fungsi jantung akan terjejas dalam mengepam darah keseluruh tubuh. Inilah yang dipanggil heart attack atau serangan jantung.

Sekiranya halangan plak didalam salurnadi ini berlaku di otak maka akan ada bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah menyebabkan fungsi otak terjejas dan kejadian ini dinamakan angin ahmar atau dalam bahasa Inggeris dinamakan STROKE.


Melalui penjelasan ringkas ini dapatlah dirumuskan bahawa pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti tinggi pengambilan kolesterol dan lemak akan menyebabkan penempelan atau mendapan yang dipanggil PLAK di permukaan dalam salurnadi darah. ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah atau blood pressure. Penempelan plak ini juga akan sangat aktif apabila faktor STRESS, runsing, marah, risau, dll memainkan peranannya. Apabila kedua-dua faktor diet dan perasaan hati ini bergabung maka tunggulah perintah Allah samaada mendapat STROKE atau HEART ATTACK.

APA APA PUN, USAHLAH BERSEDIH, SESUNGGUH DISEBALIK KEBURUKAN ADA KEBAIKAN.

Sekian untuk kali ini.

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 والله أعلم 

Emjay

Wednesday, 11 June 2014

Sambungan Tak Payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick



Bismillahirrahmannirrahim

ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah  pada 17 Julai 2013 saya telah menulis satu entri bertajuk Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick. Pada mulanya pageviews untuk entri ini  tidaklah begitu banyak. Alhamdulillah pada bulan Februari 2014 tiba-tiba handphone saya dihujani dengan email comments dari pengunjung Laman Emjay yang diluar jangka. Inilah akibat dari teknologi whatsapp apabila ada pembaca memasukkan artikel tersebut ke whatsapp.

Alhamdulillah sehingga hari ini artikel ini menjadi rekod Laman Emjay dan sehingga hari ini pageviews bagi artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick   telah mencecah 258596 hits. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Seperti biasa saya sudah faham benar walau apa pun artikel yang saya tulis pastinya ada kaki bangkang. Kalau dahulu memang naik darah juga dibuatnya tetapi tugas saya sebagaimana dinyatakan di dalam Al Quran adalah sekadar tukang sampai. Lagi banyak email dihandphone saya menyatakan comments di Laman Emjay lagi saya biarkan masa berlalu. Tambahan pula saya kesibukan teramat sangat ditambah pula mendapat cucu kedua pada Julai 2013, cucu ketiga pada September 2013 dan cucu keempat pada Februari 2014. Semua anak anak berehat cuti bersalin di rumah. Sehingga kini pun cucu keempat masih ada dirumah. Alhamdulillah dalam tempuh 7 bulan dapat tambahan 3 cucu.

Saya menulis di Laman Emjay sebagai orang kata part time business dengan Allah semoga Allah memberikan keuntungan di dunia dan akhirat. Persetankan dengan kaki bangkang. Nabi Muhamad waktu berdakwah dahulu pun lagi ramai kaki bangkang sampai berperang. Bagi saya mudah, setiap ilmu yang saya sebarkan apabila dimanfaatkan oleh orang ramai mudah mudahan saya memperolehi balasan rahmat dari Allah.

Berkenaan artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick tu saya ingin sekali merumuskan kepada pembaca sekalian. Tentang komen komen kaki bangkang tu biarkanlah kalau perlu nanti saya cuba jawab tetapi ingin sekali saya ulang semula komen komen baik yang telah diberikan oleh pembaca sebagai rumusan dan antara lain menjawab komen komen pembaca bagi pihak saya. Berikut adalah antara komen baik dari pembaca Laman Emjay:

Lebih setahun saya meninggalkan milo, nescafe dan neslo. Ini kerana saya terasa ketagihan yg agak kritikal pd minuman ini. Pd awalnya terasa badan letih n lemah jika tidak minum. Saya kuatkan hati, hasilnya mmg terbukti. Saya terasa segar n senang tidur malam. Saya gantikan kopi serbuk mesin dan teh yg direndam daun pudina atau lemon. Sunquick pula mmg tak berapa suka. Saya suka air lemon dan limau nipis, kdg2 tanpa gula...

Alhamdulillah. Walaupun umo dh hampir 50 segala penyakit belum ada lagi. Semoga dlm.lindungan Allah sentiasa. Dari 8 org adik beradik saya je yg x ada ssmua penyakit tu. Mungkin sebab saya ni mmg dari kecil x suka segala jns minuman tersebut. Sesekali sunquick dulu ada lah. Sekarang sebotol kecil pun x habis. Dah berbulan2. Mkn pun dh lama pantang mkn.sedap. Cuma mkn mknn yg biasa je. Lebihkan sayur. Roti pun roti wholemeal. Sesekali teringin mkn yg lain2 tu ada juga.

A'ah, btul sgt anak saya 5 tahun tabiatnya suka minum milo + susu formula.. tiap kali buang air besar mmg susah kdg2 amik masa 1 jam nk buang air besar sbb najis keras. terpaksa saya pkaikn dia diaper sbb lama sgt meneran.

Pengalaman kak ipar saya, jumpq doktor sbb anaknya ada mslh pencernaan..then dok tu nasihatkn jgn minum milo..dia ckp bila kita minum milo, cuba lihat di dasar gelas tu..ada sisa2 milo berwarna coklat pekat rite?..then sisa tu cuba colek sedikit dengan hujung jari..kita akan rasa something seakan-akan pasir..so dok tu ckp benda tu buah pinggang kita langsung x bole proses..bila kita minum milo benda tu, mcm mana dia msuk mcm tu jgk dia akan keluar..yg tinggal dlm buah pinggang tu lg la teruk..akan merosakkan buah pinggang..wallahualam

kalau xslp dlm milo ad clay additive bg mnmbh berat milo tu...

penulis hanya berkongsi pengalaman bukan berdasarkn kajian saintifik, mmg patut la x de cerita komposisi kimia ke asid ke. kl nk tahu lbh lanjut kita sendiri la yg kna cari prof ke doc ke. kl sapa2 ada fakta, kongsikn. jgn la perlekehkn seseorang sebab tidak puas hati/ tidak bersetuju. sbb tu la bangsa kita susah nak maju asyik salahkn org tapi kita sendiri malas nk cari kebenaran.

Boikot brg yahudi/israel..milo n nescafe antara produk yahudi.nestle pn sama.kami skluarga dh lama boikot.alhamdulillh kesihtn makin brtambh baik..

sy pun ketagih nescafe.kdg2 ada dtg jgk skt tengkuk berdenyut2.ramai yg kata akibat nescafe.lbh2 lg kalau slps bersukan.

bahan2 dr milo tu ada campuran dr cacing tanah yang di kisar halus memang la tak bagus, try la melawat kilang nyer, tak pn tanya pd orang yg kerja bahagian analisis air ni, so minum lah susu kambing minuman sunnah,

Penulis hanya share pengalamannya secara langsung, terpulang la nak terima atau tak, lgpun produk ni ternyata yahudi dan dah lama meresap dlm budaya kita, tu yg rasa susah nak terima kan?? Tak perlu kot bukti2 saintifik, ingrediant produk pun bukan kita baca sgt kot...kalau baca mcm semua org phm jadual berkala...

Saya setuju dengan encik Eriq Faisal Rusli.
Tidak perlu kita menghentam penulis yang berkongsi pengalaman peribadi dan pengetahuannya.

Dan bukan beliau bersifat berat sebelah tetapi beliau bukan pakar perubatan atau penyelidik maka tidak wajar bagi beliau untuk menyatakan pandangan tentang makanan2 lain yang menjejaskan kesihatan.

Beliau berpengalaman dengan Milo, Nescafe dan Sunquick, sebab itulah beliau bercerita tentang 3 jenis minuman ini.

Kalau anda betul2 mahu fakta, bolehlah anda kaji sendiri, tak perlu nak blame penulis dan minta fakta serta kajian whatsoever jika anda sendiri tidak melakukan kajian dan mencari fakta sendiri. Hanya meminta org lain buat untuk anda.

Jika tak puas hati, usaha sendiri. Bukan suruh orang lain buatkan untuk anda. Anda minta fakta sebab anda dah mula ragu2 juga kan? Tapi anda tak sanggup nak tinggalkan minuman yang dah lama jadi tabiat tu, jadi anda mula nak pelbagai fakta dan kajian saintifik. Macamlah anda faham kalau dibentangkan fakta sekalipun.

Kalau kena tipu dengan fakta pun bukan anda tahu.
Ini hanya perkongsian pengalaman dan rasanya ini juga satu reminder permulaan yang baik buat kita yang merupakan peminat tegar 3 jenis minuman ini.

Salam.. saya setuju. Penulis hanya berkongsi pengalaman. Nak terima atau tak terpulang pada masing-masing. Setahu saya minuman yang disebut di atas memang mengandungi kadar gula yang tinggi. Contohnya milo, xpayah letak gula @ susu pun dah manis. Penerimaan badan seseorang dengan sesuatu makanan tu pun berbeza.

Contohnya, Suami saya xboleh minum nescafe, kepala pening dan makan masa nak pulih. Abang saya pulak 1 mlm sampai 2 pek nescafe 3 in 1 die telan, xade ape-ape masalah (pening @ sakit tengkuk) setakat ini. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada imunisasi badan seseorang.

apapun alasan penulis sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saya rasa.....yang baik kita ambil dan yang buruk kita letak tepi.....terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi .

As salam
Berita tentang milo diperbuat dari kisaran cacing Tanah mmg pernah saya baca di blog seorg penulis. Dah lama dah. Dan sejak itu, saya sekeluarga beralih kpd Koko Tamar keluaran sykt alhadad. Sahih atau tidak, pd saya, disbbkan ianya berkaitan kebersihan, lebih baik saya menukar kpd produk lain yg lebih terjamin.
Nescafe pula mmg telah menjadi habit saya sentiasa minum air ni. Sampailah satu hari, saya mendpt sakit kepala yg amat sgt. Nak muntah. Saya minum kopi pegaga warisan, yg mmg terbukti dpt hilangkan migrain. Alhamdulillah, hingga skrg, saya tak minum Nescafe lagi sebaliknya minum Kopi Pegaga Warisan.
Yg ingin mencuba, boleh call saya di 019-7685408

Pasal milo tu betul sbb sy baca dari artikel doktor zubaidi makanan n minuman yg pesakit gout tak boleh ambil. Memang milo tak boleh ambil n sy agak tkejut tp bila jumpa blog ni sy nampak kaitannya. Nescafe pon betul kafein tlampau tinggi n salah seorang pentadbir saya langsung tak boleh hidu bau nescafe terus pening sampai nak pitam.. Sunquick pula diperbuat drp oren sbenarnya x berbahaya kalau jarang minum tapi kalau kerap jadi berbahaya sbbnya oren punya bnyak 'urat' mcm sabut kelapa la n bila kerap ambik buah pinggang x dpt tapis n jd kotor.. X reti nk terang.. Apepon sec general benda yg diproses mmg x elok diambil blebihan. Islam itu indah n kita pon tawu diajar supaya bsederhana..wallahualam

saya peminat setia milo....kalau masuk kedai...wajib milo@nescafe@teh susu...kt rumah wajib sebulan sekilo...baru sy teringat knp sy kerap sakit kt area bwh perut...sbb terlalu byk minum milo..dulu dh stop skjp...ok la pastu bile dh x sakit start minum balik..huhu..alhamdulillah terbaca artkel ni,baru teringat balik knp sy pernah stop ambik milo dulu...

mungkin pengalaman sy boleh ditambah dlm entry tuan ini,,sy memang xboleh minum nescafe kerana akan rasa loya,gemuruh n pening2,,bgitu jugak dgn kwn sy dia post dlm fb rasa benda yang sama,sy tanya ada minum pape ke sebelum ni,,dia kata bru leps minum nescafe..oo ptutlah..minum nescafe atas orang jugak,,klu yang boleh minum,xbg kesan pape,tp klu yang xleh minum akan rasa mcm2,,,ok itu nescafe,,satu lg sy memang suka sgt minum tea panas/sejuk(tea + susu).baru2 ini sy amik keputusan utk minumnya setiap hari apabila tiba wktu makan di tempat kerja..dalam seminggu saya hairan setiap kali ingin sujud solat,kepala rasa teramat sakit,berat seolah nak terkeluar otak melalui mata,,xleh bayangkan kesakitan tu sampai sy mengerang dalam sujud solat,sy terfikir mungkin sy dah tua dan dilanda penyakit,sy juga mula ubah pemakanan sy,,try berhenti minum air kegemaran sy tu,,menakjubkan sakit kepala sy berhenti smpai sekarang,,alhamdulillah,,jd besar kemungkinan sakit yang kita hadapi adalah melalui pemakanan kita sehari2,,,

Saya sokong kata2 penulis blog.. berkenaan penyakit tu berkemungkinan juga... tapi sedihnya yang bangkang semuanya kaki minum milo dan nescafe serta sunquick.. ishhh... semuanya bumiputera melayu islam? maaf, saya nak pesan & bagitau. produk milo dan nescafe adalah keluaran Nestle. Dan Sunquick pula adalah dari keluaran Ca Ya Nun Alif yang bukan beragama islam. Nestle adalah sebahagian pengeluaran dari negara Yahudi. Tak payah ceritala bape sen jer masuk ke negara Israel dari sepeket milo. Yang pasti. Dari hasil jualan barang runcit & makanan, sehari saluran dari negara Malaysia sahaja 7 billion !! Nampak je kecil barang hangpa belikan? lepas ni tak payah la cerita kesian dkt anak2 org palestine. kesian dkt org2 syria dan anak2 kecil kena tembak dan bom. siapa juga yg sokong bantu depa? org islam juga.. ok? Peace~!!

aku tak guna barang2 di atas. dari artikel di atas aku leh caya 50% jer walaupun takada pengesahan dari kementerian. sbb kementerian pun terlepas pandang juga perkara2 ni. sedangkan suntikan HPV pun kementerian suruh. inikan benda2 mcm ni. lagi kementerian lepas tangan.

sesal dulu pendapatan. sesal kemudian takder guna. nnti dah kena baru nak cari ubat. time tu kim salam lah... sementara sihat time tu lah kena jaga pemakanan.

bab nescafe tu mcm tak setuju. mak sy tiap2 pagi minum nescafe, alhamdulillah..sihat.minum coffee kan bagui..tp sunquick? sy tak suka..klu minum sakit tekak.apapun, skrg sy lebih suka minum air masak.memikirkan nak pakai buah pinggang lama.

Setiap org ada pndpt n pndgn msing2 so yg elok kita amk yg x elok kite dgr jelah....bkn cume milo,nescaffe n sunquick je tp minuman lain pun ada bahayanye jgk...yg pnting disini jglh pemakanan fgn btul n teratur.pnykit tu bole dtg bile2 sj jika kita x jage...so tepuk dada tnye selera...fikir2kn n renung2kn...

Saya tak tahu la apa kesan Milo dan Nescafe... Kalau Nescafe memang saya tak minum,badan tak boleh terima...Saya ada baca buku hasil tulisan mualaf dan sekarang dia jadi pendakwah.., John D. Gray, iaitu Usaha Amerika Untuk Merosakkan Kesihatan Dunia... Mereka ini berselindung di sebalik WHO... Untuk makluman, Nestle adalah produk Yahudi.. Saya tak tahu sama ada kaitan atau tak....Tapi fikir-fikirkanlah... Cuba cari buku ni... Penerbit PTS....

Tapi kalau xsilap aku..nestle n nescafe ni pengasasnya yahudi..kalau xsilap la..mohon pencerahan..apa2 pon kita berhati2 dlm pengambilan mknan n mnuman..aku mmg jarang minum milo n nescafe..sunquik lg la 1 tahun skali mnum 2 pon sebab g beraya umah sedara..lani aku amalkan mnum madu..Alhamdulillah slps amalkan mnuman sunnah ni aku rasa smakin sihat..syukur pada Allah swt.. aku setuju dgn kata2 penulis..kita harus perbaiki hubungan dgn Allah swt..InnShaAllah Allah swt akan perbaiki kehidupan kita dunia n akhirat.. InnShaAllah..

Pengalaman sendiri, saya ada sakit ekzema dan kadangkala sakit di sendi2, dan kini sudah kurangkan makanan minuman coklat. Sudah setahun tak minum milo, dan dengan izin Allah SWT sakit kulit ini sudah berkurangan...sebelumnya agak teruk juga. Selain daripada itu elakkan seafood, kacang tanah dan telur...sekadar perkongsian bagi yang sakit memang kena research diri sendiri makanan/minuman yang sesuai dengan keadaan diri/badan.

Salam.....
Sangat setuju dengan tajuk ini....terbukti atas kesakitan perut anak saya setelah hampir setiap hari minummilo.
Anak saya telah alami sakit perut dan sembelit yg teruk akibat minum milo setiap hari.....sehinggalah saya ke hospital sebab sudah seminggu tak buang air besar....setelah reda saya hentikan minum milo.....alhamdulillah sampai sekarang kembali normal .....

stiap kali mnum nescafe cnfirm sakit prut n berak cair...then sunquick plak cnfirm tekak rasa kering n kmudian kena batuk..ini yg sya alami klu mnum kedua2 mnuman tersebut...
                                                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Apabila bercerita tentang cacing tanah sebenarnya perusahaan menternak cacing tanah memang amat lumayan. Harga pasaran bagi setiap kilogram adalah RM450. Cuba anda baca link berikut, http://hamydy.wordpress.com/2008/05/20/ternakan-cacing-tanah/.

Koperasi UTM dahulu pun nyaris nak buat perusahaan menternak cacing tanah. Kalau menurut pembaca Laman Emjay sebagaimana di atas, serbuk cacing tanah menjadi salah satu ramuan di dalam Milo. Namun saya tidak mahu mengulas kenyataan tersebut sebab saya tiada ilmu untuk mengesahkan berita tersebut. Namun apa yang kita semua boleh buat ialah lakukan saranan pembaca tersebut iaitu hantar sampel Milo ke Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada benar unsur cacing tanah terdapat dalam Milo. Saya tidak perlu risau tentang kenyataan ini sebab tidak lagi minum  MILO tetapi bagi yang masih minum MILO elok sekali dapatkan kepastian daripada jabatan kimia. Keluarlah duit sedikit sebagai bayaran yuran kepada Jabatan Kimia.

Tentang kenyataan dari pembaca seperti ini; Anonymous 21 March 2014 05:06
TEMBERANG SEMUA NI...klu betul,knapa masih jual & knapa ada kelulusan??milo dh lebih 80thn ada dipasaran, nescafe plak dh lebih 70thn...ceh!! porahh..!!! dia minum ketum dh 3'4 thn, pastu baru minum nescafe, milo & sunquick, terus tuduh milo, nescafe & sunquick punca...CEH!! PIGIDAA....

Saya nak komen, rokok dan arak sudah dijual di Malaysia lebih dari 100 tahun. Bolehkah kita menafikan mudarat rokok dan arak kepada manusia? Kalau rokok dan arak mendatangkan mudarat mengapa ia masih dijual??

Tentang komen berikut; Anonymous 27 February 2014 11:50
Sy seorang caffeine addict.sehari sekurang2nya ada 5-6 cawan nescafe.tabiat ini telah sekian lama menjadi ketagihan (selama 33 tahun). Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih lagi sihat walafiat, semalam baru sahaja lepas buat full medical body scan & bloodworkout. Alhamdulillah, tiada apa2 penyakit yang ada pada diri saya....

Saya nak komen, kebanyakan orang Cina bukan Islam dan India bukan Islam minum arak dari muda sampai tua dan mereka claim bahawa badan mereka sihat tak kena penyakit. Bolehkah kita memutuskan bahawa arak  tidak merbahaya kepada kesihatan?

Begitu juga ramai orang tua menjangkau umur lebih 60 tahun masih tetap menjadi heavy smoker dan mereka claim bahawa mereka sihat walafiat tiada penyakit apa pun. Bolehkah kita memutuskan dan simpulkan bahawa rokok tidak membahayakan kesihatan??

Dalam bab ini saya nak kongsikan sebuah mafhum hadis. Suatu hari, Rasulullah shalallahu wa sallam diundang ke rumah salah seorang muslim. Sewaktu beliau tiba di rumahnya, beliau melihat seekor ayam sedang bertelur di sebuah sarang di samping rumah. Beliau melihat telor ayam tersebut tidak jatuh, dan kalaupun jatuh ternyata tidak pecah. Betapa takjubnya Rasullah saw melihat kejadian tersebut. Karena itu, pemilik rumah tersebut bertanya kepada beliau, “Engkau heran melihatnya, ya Rasullah? Demi Allah yang telah memilih Anda sebagai Nabi, sesungguhnya saya selama ini tidak pernah sakit”.
Rasulullah segera meninggalkan rumah tersebut, seraya berkata, “Barangsiapa yang tidak pernah mengalami ujian , maka ia jauh dari kasih sayang Allah.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 15 : 1 : 53)

Dalam satu hadis lain pula  maksudnya, apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepatkan tindakan hukuman (musibah) atas dosanya (didunia) dan jika Allah menghendaki keburukan  maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat.(hR. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Jadi apabila hisap rokok masih tetap sihat walau pun sudah tua, takutilah balasan Allah di akhirat. Jauh lebih baik menerima balasan Allah di dunia berbanding menerima balasan di hari kiamat. Begitu jugalah apabila minum nescafe sampai usia 85 tahun masih sihat itu tidak boleh menjadi bukti bahawa Nescafe tidak membahayakan kesihatan.

Kita lihat kes lain. Maggi mee adalah mee segera yang sangat digemari baik kanak kanak mahu pun orang dewasa. Ia juga sudah dijual amat lama di Malaysia. Ada sesiapa yang benar-benar berani claim bahawa mee segera Maggi ini tidak membahayakan kesihatan.?. Sudah banyak kes kesihatan melibatkan kanak-kanak mahu pun orang dewasa akibat gemar makan mee maggi ini. Saya pun waktu jahil dahulu amat gemar makan mee maggi termasuk waktu di kampus dahulu. Bila sudah berubah amalan agama saya alhamdulillah saya sudah tinggalkan amalan makan mee maggi.

Berkenaan makanan minuman yang merosak kesihatan dan agama, saya ingin mengambil contoh kes minuman P----I yang menjadi minuman kegemaran oarang ramai termasuk orang Islam. Satu ketika dahulu saya diberitahu oleh pekerja syarikat tersebut bahawa kerja beliau adalah membancuh minuman tersebut. Antara kandungan bancuhan ialah LIQUOR. Liquor lebih merbahaya berbanding beer. Liquor ialah arak dengan kandungan alkohol yang tinggi. HambaAllah ini amat saya kenali dan masih rapat hinga sekarang dan bukan orang munafik yang perlu kita semak kesahihan kata-katanya. Dia bekerja di kilang pembotolan syarikat tersebut di Tampoi. Terperanjat amat sangat saya mendengar kenyataan tersebut. Namun mengapa minuman ini mendapat tanda HALAL dan menjadi kegemaran ramai umat Islam di Malaysia? Kalau masih ragu-ragu dengan kenyataan  saya ini sila bawa sampel minuman ini ke Jabatan Kimia dan selidikilah perkara ini.

Sebagai penutup, Allah apabila mengasihi hambaNya maka dijaga lidah hambaNya dari makanan minuman perosak seperti maggi mee, junkfood seperti Chickadees, mangga jeruk, burger, sausage, minuman berkarbonat, Pepsi Cola, Coca Cola dan juga Nescafe, Sunquick dan Milo.

Sekian

Emjay