Gambar di atas ialah PENGANUT agama Hindu berbaris menunggu giliran untuk dimandikan sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Muniswarar, Tampoi, Johor Bahru, semalam.
PETIKAN 1
Utusan Melayu Sabtu 3 Februari 2007
UPACARA KEAGAMAAN ...
Beribu-ribu penganut agama Hindu menyempurnakan upacara keagamaan Thaipusam di kuil-kuil di seluruh negara kelmarin.
Selain daripada mengangkat kavadi sambil berjalan kaki yang lazimnya dapat dilihat di Batu Caves, Kuala Lumpur, penganut agama Hindu melakukan upacara mandi bunga di Kuil Sri Muniswarar, Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu, upacara mandi bunga yang disempurnakan oleh pandit bertujuan membuang segala nasib buruk dan memberi tuah baru kepada individu berkenaan.
Tujuh jenis bunga ditabur di dalam air kunyit yang kemudiannya disiram ke atas penganut agama Hindu'yang melawat Kuil Sri Muniswarar sejak awal pagi.
Kesemua mereka ini berharap nasib yang lebih baik akan menyebelahi mereka sempena sambutan tahun baru, Thaipusam .
Berikut pula adalah petikan dari akhbar yang sama pada: 16/08/2006 Utusan Melayu
PETIKAN 2
Bunga dan limau purut pelengkap mandi bunga
Oleh ROSMAH DAIN
RAMAI yang menyangka mandi bunga hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan untuk menaikkan seri pengantin.
Khabar terkini, mandi bunga juga dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam pelbagai peringkat umur mengikut keperluan serta hajat.
Antaranya mandi bunga dilakukan untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi, menjadi perhatian, membuang penyakit, mendapat penghormatan, mendapatkan jodoh, serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri dan sebagainya.
Menurut Perunding kecantikan dan Pemilik Mari Cantik Bridal Beauty & Skincare Centre, Maria Jamatin Sulaiman, rawatan kecantikan dan semangat seseorang itu boleh dipulihkan menerusi Mandian Aura Puteri yang disediakan di kedainya.
Mengadaptasi mandian aura daripada pengetahuan yang dipelajari daripada generasi keturunannya, Maria Jamatin memanfaatkan cara mandian berkenaan secara moden.
Menggunakan ayat-ayat suci dalam amalannya, Maria Jamatin memberitahu, mandian aura yang dilakukannya adalah rumit memandangkan kiraan bunga dan limau purut yang diperlukan oleh seseorang individu itu adalah berlainan di antara satu sama lain.
Katanya, jumlah bunga dan limau purut yang digunakan dalam mandian dikira mengikut nama individu berkenaan. Selain kiraan jumlah bunga, sebutan nama juga boleh memberitahu bilakah tarikh mandian yang sesuai, malam atau siang dan pukul berapa ia perlu dilakukan.
Ini kerana menurut Maria Jamatin setiap individu mempunyai kunci penyembuhan yang berlainan di samping jarak seri individu berkenaan yang terlalu jauh dan kelebihan individu itu.
“Ada yang perlu dimandikan dengan tiga jenis bunga sahaja dan ada yang terpaksa dimandikan dengan
berpuluh-puluh jenis bunga mengikut maklumat yang terkandung di dalam nama individu berkenaan,” katanya.
Maria Jamatin mengaku, ada di antara pelanggan yang meminta khidmatnya terpaksa dimandikan sehingga 100 jenis bunga dan 50 biji limau purut yang dipotong mengikut keserasian tertentu.
Katanya, seelok-elok mandian dilakukan tiga kali dalam masa yang berbeza.
Mandian dilakukan dengan menggunakan bunga-bunga tradisional seperti melur dan ros untuk menyerikan wajah dan limau purut untuk membersihkan tenaga-tenaga yang negatif dalam diri individu berkenaan.
Mereka yang telah menjadi isteri juga elok untuk melakukan Mandian Aura Puteri agar hubungan terus kekal berkasih sayang.
Bahan-bahan yang digunakan:
Bunga, tempayan, bekas berwarna putih dan limau purut
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari dua petikan dari Akhbar Utusan Melayu ini, saya ingin mengemukakan soalan-soalan berikut:
- Apakah harapan mereka yang menyertai upacara mandi bunga dari petikan yang pertama?
- Berdasarkan petikan pertama, bolehkah orang Islam menyertai upacara mandian bunga ini??
- Kalau boleh mengapa dan kalau tidak mengapa?
- Bolehkah Pandit yang menguruskan upacara mandi ini juga dipanggil sebagai bomoh??
- Apakah harapan mereka yang menyertai mandi bunga dari petikan kedua?
- Adakah sebarang persamaan atau perbezaan harapan (hajat) dari mereka yang menyertai mandi bunga dari petikan pertama dan kedua??
- Adakah sebarang kemungkinan bahawa Maria Jamatin Sulaiman adalah berasal dari keturunan hindu dahulu kala sebelum generasi ini memeluk Islam?
- Bolehkah sebagai seorang Islam kita mempercayai bahawa ada hari yang baik, ada hari yang kurang baik dan ada masa yang baik dan kurang baik seperti apa yang dinyatakan oleh Maria Jamatin iaitu “Selain kiraan jumlah bunga, sebutan nama juga boleh memberitahu bilakah tarikh mandian yang sesuai, malam atau siang dan pukul berapa ia perlu dilakukan” ??
- Adakah kemungkinan bahawa upacara mandi bunga yang dilakukan oleh Maria Jamatin ini sebenarnya berasal dari budaya orang hindu ?
- Seandainya mandi bunga yang dijalankan oleh Maria Jamatin ini sebenarnya berasal dari ajaran Agama Hindu dan Maria Jamatin sekadar menambahkan ayat Al Quran di permulaannya, adakah ia sudah membersihkan amalan mandi bunga untuk digunakan dikalangan orang Islam?
- Adakah Maria Jamatin ini sebenarnya seorang bomoh moden??
- Bolehkah orang islam menyertai program mandi bungan di kedai Maria Jamatin ini??
- Apakah hukum kepada Utusan Melayu yang menyiarkan artikel mandi bunga di Kedai mandian Maria Jamatin ini??
Sesiapa yang ingin menambahkan soalan disini sangat dialu-alukan.
Sekian untuk kali ini.
Wassalam Wallahualam
Emjay
selama saya hidup cuma sekali saja mandi bunga di spa,sebenarnya untuk apa pun saya tak tahu, tapi kalau di tanya saya, rasanya lagi bersih mandi air biasa dari mandi air bunga, sila terangkan lebih lanjut sebab saya kurang arif.
ReplyDeleteMandi bunga di SPA ada yang ok ada yang KO kerana setengahnya seperti yang diusahan oleh Maria Jamatin pada petikan kedua diatas ada ritual tertentu dan jampi serapahnya. Kalau was-was, elakkan sama sekali mandi bunga tersebut, lebih baik mandi air panas di rumah dapat jimat duit dan masa.
ReplyDeleteSaya tak pernah mandi bunga,mandi wajib kerap la!
ReplyDeletehehehe kamu ni, yang mandi ini tak payah disebut, satu kampung dah tahu...
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeletesejarah tentang mandi bunga mungkin tidak diketahui umum..saya pun tak berapa pasti tentang mandi bunga ini berasal dari mana?? tetapi khasiatnye terlalu banyak...bunga adalah ciptaan dari allah dan air juga adalah ciptaan dari allah...apa kata kite mengambil mandi bunga ini dari aspek kesihatan (sains dan teknologi)..jgn la kite ambil dari aspek kebudayaan india....nanti kite jugak takut nak mandi bunga lak...ok??
fikir dan fikirkan....jgn laa kite berfikiran singkat, dunia ni luas...byk benda yang kite perlu terokai dlm bidang sains dan teknologi...islam itu suci murni, senang dan tidak menyusahkan...
salam,
bellow lower...aka cicakman
Encik saya nak bincangkan sikit, mandi bunga asal dari mana tak penting ok bagus.
DeleteKita mesti la tgk dari segi sains dan teknologi pun bagus.
Tapi kenapa you ckp “nanti kita jugak takut nak mandi bunga lak” ayat ini tak baik di dengar oleh kalangan umat hindu. Kalau asal dari umat Hindu you tak akan mandi bunga ke? Fikiran ape ini? Aduhai…
Kenapa you nak takut, ingat kita bukan semba tuhan ke. Bila comment itu jangan pertikai perkataan yg salah. Please don’t ever speak something you don’t know about it.
I comment kat sini just nak bagi tahu, blogspot ini semua org boleh tgk. Mind your words.
Untuk saya tak kira asal dari mana, setiap org ade masalah, mandi bunga adalah satu satunya perkara yg suci diikuti oleh semua agama. Dikalangan umat Hindu, memang dari dulu kita mengikuti upacara mandi bunga ini. Kita mandi bunga utk membuang benda yg tak baik dan sucikan aura kita dari benda negatif.
Kalau takut jgn mandi bunga, senang.
Sebagai manusia, kita perlu la tolong sesama manusia. Jangan pertikaikan pasal agama.
Tuhan kita pun suci, murni dan menyuruh kita utk menghormat sesama manusia dan agama lain.
Kita dah zaman 2021, sampai skrg banyak benda tak ubah ubah lagi.
I comment sini utk memberi penjelasan sahaja.
Terima kasih
waalaikumussalam wbh bellowlower
ReplyDeleteMandi bunga dengan mencampurkan sendiri bunga-bunga seperti bunga raya dan bunga orkid ke dalam air mandian, tiada larangan dan diharuskan. Yang tidak boleh ialah jumpa bomoh lalu dimandikan dalam upacara mandi bunga. Ini adalah perbuatan syirik kerana di dalam ritual mandian bomoh ini banyak perkara khurafat dilakukan.
Di Malaysia masih banyak upacara mandi bunga oleh bomoh serta mandi dengan limau nipis yang juga dilakukan oleh bomoh. Maria Jamatin seperti dalam artikel di atas macam seorang B****.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
Apa yang anda semua rasa,dapat dari mandi bunga itu,adakah dapat menaikkan semangat atau biasa sahaja.atau membazir wang sahaja.
ReplyDeleteMalahan kalau ada jampi serapahnya, orang yang mandi bunga ini akan dapat azab pedih dari Allah.
ReplyDeletepandangan perubatan moden keadah alternatif - khasiat bunga :
ReplyDelete1 - colourterapi - warna
2 - aromaterapi - bau/wangian
3 - khasiat tumbuhan - herba/khasiat tumbuhan
4 - psycoterapi - sedia maklum bunga berwarna ceria n tenang dgn bau yg wangi
5 - air - pelarut n tahap pendam haba tinggi - utk sejuk badan n aliran unsur atas.
dlm rawatan tradisional :
- air jika dibaca dgn doa n kalamullah akan memberi khasiat berganda.
- molekul air berubah n stukturnya lebih cantik n padat akan mmberi kesan
pemulihan terbaik pd manusia.
- hadis byk menyaksikan baginda rasul n sahabat berubat dgn perantaraan
air dgn bacaan ayat2 Allah
- hal ini dikaji oleh saintis jepon n skang mula dilihat oleh barat.
- darussyifa' contoh terbaik rawatan dengan air - www.darussyifa.org
kesimpulan :
5 unsur moden menurut kajian + kaedah baginda Rasul = mandi bunga
mengapa haram ?
- jika bacaan termasuk dgn kalimah syirik - bukan meminta dgn Allah
- jika praktik 100% ikut cara hindu
persoalan yg aku musykil
- salah ke ikut klu ikut cara rawatan yg secara x sengaja same dengan bangsa
lain sedangkan kite bersandar n niat krn Allah dengan menjauhi syirik. Kenape
pula tadak org persoalan keadah akupuntur drp cine n yoga drp india ??
Guna internet pun ikut cara dakyah kritian dan yahudi... Dakwah yang sebenar kena jumpa orang... pendakwah jumpa da'ie.... Barulah ikut sunnah...siapa setuju?
ReplyDeleteNabi pernah menyuruh orang kafir untuk mengajarkan ilmu kepada orang Islam. Segala yang baik dari orang kafir, kita ambillah dan segala yang buruk dari orang kafir kita tak usah guna pakailah.
ReplyDeleteyup setuju ..
ReplyDeleteIslam ni sesuai utk setiap zaman dan baginda Rasulullah di utus utk kesejahteraan sekian alam.
Kesesuaian berdakwah atau ape jua bidang perlu kpd garis asas supaya setiap aktiviti menjadi
ibadat. X kisah la ape jua cara asalkan menjauhi syirik serta sedar siapa tuan dan siapa hamba.
"Nabi pernah menyuruh orang kafir untuk mengajarkan ilmu kepada orang Islam. Segala yang baik dari orang kafir, kita ambillah dan segala yang buruk dari orang kafir kita tak usah guna pakailah."
ReplyDeleteIlmu tenaga dalam, aura, warna, gelombang dan getaran itu kan suatu ilmu yang baik yang perlu dipelajari.... mengapa itu pun nak di pertikai kan???? bukannya ikut ajaran agama kafir pun? Kalau ada di dalam website ilmu-ilmu ini bersifat syirik... kata-kata mereka untuk promosi ilmu ini yang syirik..yang mana mereka terlalu mengagungkan kuasa ilmu ini... itu sahaja... jangan nak cop kesemua ilmu-ilmu sebegini syirik. Yang aku tgk... mj ni asalkn ilmu perubatan bukan dr org Islam..dikatanya syirik.. Yang ilmu perubatannya tidak pernah dinyatakan di sini pun... entah-entah pakai apa pun aku tak tau.... sah takut kena komen.
Assalamualaikum wbh Antijumud
ReplyDeleteKalau menulis tu biarlah jangan pakai kepala otak dan ikut sedap aja. Saya mewujudkan Laman Emjay bukan untuk menulis pakai sedap dan kepala otak sahaja. Memutuskan sesuatu perkara dan amalan sebagai syirik adalah sesuatu yang berat dan diputuskan bukan pakai sedap dan kepala otak sahaja. Ianya perlu diputuskan berdasarkan ilmu yang sahih.
Kita hidup didunia ini jangan jadi orang bodoh sombong, bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut. Kalau tahu bodoh, ikut sajalah orang lain. Jangan jadi orang yang bila diletakan didepan, menghalang orang dibelakang untuk berjalan dan bila diletakkan dibelakang pula menarik orang didepan dari berjalan.
Kalau nak tahu mengapakah saya haramkan perkara tersebut, bacalah artikel saya bertajuk Hukum mengamalkan aura, chakra, kuasa minda & Color vibration theraphy (CVT) dsb di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/71.
Terlajak perahu boleh berundur, kalau dah terlajak mengamalkan aura, chakra, kuasa minda dan cvt, syiriklah balasannya dan tunggulah azab dari Allah di dunia sebagaimana artikel saya Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/72.
Bukankah lebih manis sdr antijumud mengaku saja kurang berilmu dan bertanyalah di laman emjay ini dengan sopan dan jangan jandi hero kepada golongan yang sesat kerana perbuatan orang yang tersesat akibat membaca tulisan antijumud, berat kepada antijumud kena turut memikul dosa-dosa orang ini. Saya kalau setakat baru main pakai teka-teka dan menulis serta menuduh orang pakai sedap tangan sahaja, tidak mungkin saya dapat menghasilkan artikel Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/72 ini. Perubatan dengan tangkal azimat berbeza. Kalau konsep ini pun sdr masih goyah, macam mana nak berhadapan dengan syirik-syirik lain.
Kalau nak mencari ilmu yang mudah-mudahan Allah redha dengannya, masuklah ke Laman Emjay tetapi kalau terus nak jadi hero golongan sesat, carilah tempat lain.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
ntah laa ..ulama terdahulu byk mengarang kitab perubatan termasuk beberapa tokoh besar ilmu
ReplyDeleteperubatan dlm bidang, mata, bedah, anatomi ..juga tokoh fizik, kimia, astronomi dan cam-cam
lagi bidang ..nape pula mereka tidak dorang kate syirik.
Semua ni bukan ade jelas n sebiji2 dlm Al-Quran atau hadis ..semua hasil drp ilham akal yg
Allah berikan pd mereka dan di amalkan mengikut garis ditetapkan Islam. Maka syirik tidak
berlaku. Begitu juga dgn Ilmu modern skang ni .. x kisah ape bidang asalkan jgn sekutu
Allah dah laaa.
Tenaga dalam, aura, warna, gelombang dan getaran itu semua makhluk Allah. Bukan pd
makhluk2 ini kite bermohon kesihatan n kesejahteraan. Tp hanya sekadar usaha n cara
ikhtiar semoga dgn menjauhi syirik beserta doa kite diberi kesihatan n kesejahteraan
oleh Allah.
Jgn ade segolongan tertentu yg taksub n mengamalkan cara perubatan menggunakan
sihir kite terus mengecam n menuduh golongan lain pon same. Makan panadol pon
klu kite ckp "aku makan panadol ni lah ok sakit kepala aku" pon dah syirik.
mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh
ReplyDeletemj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh
ReplyDeletemj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh
ReplyDeleteApakah hukum menggunakan sabun mandi harian yang berasaskan tumbuh2an yang dipanggil "aromatherapy" kerana kita sukakan bauan-nya yang menyegarkan sewaktu mandi? Adakah ini juga dikira syirik?
ReplyDeleteWahai blackxthat dan aydeen68
ReplyDeleteBanyak sudah saya perjelaskan di atas. Kalau sekadar saya ambil bunga di sekitar rumah saya lalu dimasukkan ke dalam bath tub saya, tidak ada masalahnya. Masalahnya adalah apabila kita melakukan ritual mandi bunga dengan bomoh atau orang-orang tertentu.
Emjay
Assalamualaikum MJ, Kalau mengamalkan Reiki utk perubatan macamana? apa hukumnya?
ReplyDeleteterima kasih
FM
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteReiki adalah amalan sesat yang sudah sinonim dengan budha, Hindu dan orang Jepun. Biarkan mereka. Mengapa pula orang Melayu Islam perlu mengamalkannya??
Benda haram seperti wain walaupun dicampurkan dengan ubat untuk mengubati penyakit dalam Islam sudah dihukumkan haram, maka jauhilah. Samalah dengan Reiki walau pun untuk rawatan atau pengubatan tetap syirik dan haram. Samalah dengan amalan perbomohan yang kononnya untuk pengubatan, ia tetap haram dan syirik.
Emjay
Terima Kasih atas jawapan tersebut. Alhamdulillah saya x terlanjur mengamalkannya..
ReplyDeleteCuma saya agak keliru sikit ttg " org melayu islam" yg dinyatakan.. seolah2 cuma org melayu islam je yg dilarang dari terus mengamalkan reiki... Islam kan universal... :-)
Lagi nak tanya:
(1) Saya ada terbaca ttg AYAT 7 ( Surah At-Taubah -51, Surah Yunus - 107, Surah Hud - 6 & 56, Surah Al-Ankabut - 60, Surah Al-Fathir -2, Surah Az-Zumar -38) yg merupakan ayat penyelamat dari sebarang bencana. apa hukumnya jika kita mengamalkannya memandangkan ia merupakan ayat2 al-Quran?
(2) bagaimana pula jika saya mengamalkan "Doa Pengasih Yusuf"?
Minta MJ tolong jelaskan..
Syukran
FM
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteDi dalam Al Quran jelas dinyatakan bahawa hanya Allah SWT yang menjadi pelindung bermakna Dialah pendinding dan penyelamat, rujuk Al Baqarah [257]
"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
Juga Ali Imran[68]
Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
Serta banyak lagi ayat-ayat lain.
Sekiranya kita bertawakal kepada tangkal sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Sekiranya kita bertawakal kepada azimat sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Sekiranya kita bertawakal kepada kayu kokka sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Sekiranya kita bertawakal kepada surah Yaasin sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Sekiranya kita bertawakal kepada bacaan ayat-ayat tertentu dari Al Quran sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Sekiranya kita bertawakal kepada bacaan ayat Kursi sebagai pelindung/pendinding, maka syiriklah kita.
Syirik bagi kes-kes seperti ini adalah kerana hanya Allah SWT yang berhak memberikan perlindungan/pendinding kepada manusia. Allah tidak mewakilkan kepada sesuatu apa pun selain Dia untuk memberikan perlindungan/pendinding kepada manusia. Allah tiada sekutu dalam melindungi/mendinding manusia.
Begitulah juga hanya Allah SWT sahaja yang berhak memberikan perasaan kasih sayang di kalangan manusia. Sekiranya kita bertawakal kepada pengasih Yusuf mampu memberikan perasaan kasih sayang, syiriklah kita. Abu Jahal dan Abu Lahab kekal membenci Nabi Muhamad SAW sampai mati. Kalau ada doa khusus ntuk berkasih sayang, pastinya Nabi Muhamad saw sudah mengajarkannya.
Kalau ingin berkasih sayang antara suami isteri, berdoalah dengan bahasa yang cantik dan tepat seperti "Ya Allah ya tuhan ku, berikanlah perasaan kasih sayang yang sempurna antara aku dan suami ku, setiap saat, sehingga kami dipisahkan oleh Engkau dengan kematian".
Sekian wallahuaqlam
Emjay
May god bless you all if its true what is writen here. For me god is a form of beleive. Those who beleive in them self is where god will be. No men have the right to judge another men to be right or wrong. Only god as that right in doing so. Knowing only about gods way does't make a men a better men. Not know about gods way also does't make a better men too. A men with both knowladeg is worth been called a men. Only god as the right to judge us. No one else have that right with many amount of knowladge.
ReplyDeleteAssalamualaikum,orang Melayu sering mengamalkan mandi bunga untuk tujuan perjodohan,karisma dan sebagainya.Saya tidak tahu sangat hikmah fadilat yang diperolehi daripadanya selain dikatakan beroleh dosa oleh sesetengah pihak.Terserah pada yang lebih tahu dalam hal tersebut tetapi apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah ada satu lagi amalan orang Melayu khususnya orang-orang Jawa yang terlibat dalam ilmu kebatinan yang mirip saling tak tumpah debgan amalan masyarakat Hindu iaitu puasa Pati Geni.Saya punya pergaulan luas dgn masyarakat Jawa di tempat saya meskipun saya bukan daripada puak mereka ,mereka menyenangi saya sehingga saya memperolehi beberapa perkara yang menjadi rahsia orang-orang Jawa.Suatu masa dalam perjalanan,secara kebetulan saya bertemu dengan seorang ahli ugama Hindu yang boleh tahan saktinya,beliau mempunyai beberapa kebolehan istimewa seperti kebal,kuat dan melompat tinggi beberapa kaki ke udara.Entah mengapa timbul hasrat di hati untuk mengetahui amalan rahsia lelaki Hindu itu.Dengan izinNya,tiba-tiba ahli kebatinan Hindu tersebut datang merapati saya mengajak berbual sehingga terbongkarkan salah satu daripada amalan kebatinanya iaitu berpuasa Pati Geni.Beliau menyebut dalam bahasa India nama puasanya tetapi saya faham itulah Pati Geni.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteRamai orang jawa memang memandang hebat puasa pati geni seolah-olah ia adalah dari ajaran Islam. Namun memang sebenarnya puasa pati geni ini adalah haram dan syirik mengamalkannya kerana melakukan satu ibadah bukan untuk Allah SWT.
EMjay