Assalamualaikum wbt sekelian muslimin
Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.
Islam meletakkan
perkahwinan itu salah satu perkara terpenting dalam peradaban kemanusiaan
sehingga ia dapat memenuhi separuh iman dan agama seseorang Muslim.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka dia pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.” (Riwayat Baihaqi).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila berkahwin seseorang hamba itu, maka dia pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.” (Riwayat Baihaqi).
Galakan supaya berkahwin
memang jelas ditekankan dalam Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan
Al-Hakim:
“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada hari akhirat nanti.”
“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada hari akhirat nanti.”
“Hal itu boleh melemahkan
umat Islam. Melalui perkahwinan, umat dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w akan
terus berkembang. Baginda juga merasa bangga dan gembira umatnya ramai.
“Ini dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Berkahwinlah kamu. Sesungguhnya aku pada hari kiamat kelak akan bergembira dengan sebab ramainya umatku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Nasrani bertapa hidup membujang”.
“Nabi Muhammad s.a.w dan rasul terdahulu terdiri daripada golongan orang yang berkahwin dan mempunyai zuriat keturunan. Kebanyakannya mereka beristeri lebih daripada seorang,” katanya.
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami mengutuskan rasul-rasul sebelummu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan” (Surah al-Ra’d ayat 38).
“Ini dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Berkahwinlah kamu. Sesungguhnya aku pada hari kiamat kelak akan bergembira dengan sebab ramainya umatku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Nasrani bertapa hidup membujang”.
“Nabi Muhammad s.a.w dan rasul terdahulu terdiri daripada golongan orang yang berkahwin dan mempunyai zuriat keturunan. Kebanyakannya mereka beristeri lebih daripada seorang,” katanya.
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami mengutuskan rasul-rasul sebelummu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan” (Surah al-Ra’d ayat 38).
“Anas bin Malik
meriwayatkan, terdapat tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah
isteri-isteri Rasulullah untuk menanyakan ibadat yang dikerjakan Baginda.
Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasakan ibadat mereka itu jika dibandingkan dengan ibadat Rasulullah s.a.w terlalu sedikit. Lalu ketiga-tiga orang sahabat itu berkata sesama mereka: “Bagaimana dengan ibadat kita, padahal Baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan akan datang?” Maka salah seorang daripada mereka itu berkata, “Aku akan Solat Tahajud setiap malam”; seorang yang lain berkata, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka”; dan seorang yang lain berkata, “Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)”
Sebaik Rasulullah s.a.w datang, lalu baginda bersabda yang bermaksud, “Kenapa kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasakan ibadat mereka itu jika dibandingkan dengan ibadat Rasulullah s.a.w terlalu sedikit. Lalu ketiga-tiga orang sahabat itu berkata sesama mereka: “Bagaimana dengan ibadat kita, padahal Baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan akan datang?” Maka salah seorang daripada mereka itu berkata, “Aku akan Solat Tahajud setiap malam”; seorang yang lain berkata, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka”; dan seorang yang lain berkata, “Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)”
Sebaik Rasulullah s.a.w datang, lalu baginda bersabda yang bermaksud, “Kenapa kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan ummahku). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Firman Allah
SWT dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :
“Dan di
antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Tidak berlaku
didalam sejarah dimana seorang nabi atau rasul yang tidak berkahwin. Para
sahabat Nabi Muhamad SAW pun berkahwin belaka. Ini adalah antara rahmat yang
diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Diberikan isteri adalah sebagai
rahmat dari Allah dan tidak diberikan isteri adalah rahmat yang tidak diberikan oleh Allah SWT atau
dalam Bahasa lain boleh dipanggil sebagai musibah.
Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan tiada pilih kasih kepada manusia melainkan orang yang beriman lebih disayangi Allah SWT.
Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.
Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.
Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:
- Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.
- Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.
- Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.
- Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.
- Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.
- Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)
- Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.
- Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.
Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.
Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.
Sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi ilmu, silalah email :: emjayjb@gmail.com
Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam wallahualam
Emjay
syukran gn artikel yg enta postkn ni..
ReplyDelete~jazakillahu khoiran kathira~
Bukan masalah tiada jodoh...tetapi kalau yang sudi hanyalah lelaki yang berstatus suami orang....apakan daya...banyak pihak yang membangkang...banyak hati yang bakal terluka....lebih baik mengundur diri....Bukan semua orang yang tidak kahwin itu bermasalah....mungkin ada hikmah di sebaliknya...mungkin dugaan buat dirinya...hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI atas segala urusannya. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh wahai ainasafiyah
ReplyDeleteTidak ada salahnya menjadi isteri kedua atau ketiga. Orang beristeri tunggal juga berkelahi bertumbuk dan bercerai. Saya dah lihat mereka yang berpoligami hidup dalam aman damai. Pokoknya kalau hidup dengan pegangan yang disuruh Allah dibuat dan yang ditegah dijauhi kahwin monogami atau poligami tetap membawa berbagai rahmat dari Allah.
Berbagai rahmat Allah terkandung di dalam poligami yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sebagai analogi, ramai orang bermasalah kerana ada anak tunggal dan ramai kurang bermasalah dengan anak yang ramai. Setiap yang buruk ada baikya dan setiap yang baik ada buruknya.
Terimalah suami orang yang mengajak ainasafiyah untuk berkahwin. Mereka mengajak untuk berkahwin dan bukan untuk berzina. Banyak rahmat Allah kelak apabila ainasafiyah berkahwin.
Semoga ainasafiyah diberikan jodoh dengan segera walaupun sekadar suami orang. Redhalah.
Sekian wassalam wallahualam
EMjay
segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya..jodoh dengan siapa pun memang dah ditetapkan..
ReplyDeleteAssalamualaikum, berkenaan dengan jodoh..banyak yang hendak diceritakan. Saya pernah mempunyai kawan-kawan yang berkahwin umur hampir-hampir 30-an dan keatas. Mereka bukanlah dikalangan orang yang tidak baik tetapi yang menjadi ukuran pada kebanyakan orang zaman ini adalah rupa dan mereka ditolak kerana tidak mahu memenuhi tuntutan lelaki untuk keluar bersama secara berseorangan seperti muda-mudi zaman ini dengan alasan untuk lebih mesra. Saya sendiri berpengalaman berkawan dengan lelaki seperti itu, dia menggalakkan saya bermekap untuknya, pakaian up to date ikut bentuk badan, layanan istimewa dan mengajar saya maksiat sedangkan kami tidak ada ikatan perkahwinan yang sah...Dan kali kedua bersama seorang lelaki yang pada awal perkenalan telah berani menceritakan unsur-unsur lucah yang boleh merosakkan diri saya. Akhirnya saya membuat pilihan untuk meninggalkan kedua-duanya kerana tidak sanggup merosakkan diri sendiri. Memang ada antara mereka yang ingin jadikan kami teman hidup tetapi dihujung ayat mereka berbunyi 'Kamu bukanlah cantik sangat tapi mujur ada yang sudi' dan kerana kami mempunyai pekerjaan yang bagus. Tetapi saya bersyukur dengan berkat usaha dan doa kini kawan-kawan saya telahpun berumahtangga walaupun agak lewat. Saya percaya apa yang terjadi sebelum ini dugaan sebelum bertemu dengan jodoh sebenar dan saya sendiri berusaha dan redha dengan apa yang Tuhan tentukan untuk saya, mungkin saya masih belum mampu tunaikan tanggungjawab setelah bergelar isteri.
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan komen alshifa berkenaan lelaki di alaf baru ini....sukar untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia...memang ada tapi tak ramai...anggaplah apa yang terjadi atas ketentuanNYA jua...kita wajib percaya kepada qado & qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi.Saya tak setuju dengan pandangan saudara Emjay yang mengatakan "Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH".
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan komen alshifa berkenaan lelaki di alaf baru ini....sukar untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia...memang ada tapi tak ramai...anggaplah apa yang terjadi atas ketentuanNYA jua...kita wajib percaya kepada qado & qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi.Saya tak setuju dengan pandangan saudara Emjay yang mengatakan "Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH".
ReplyDeletemcm mzne nak tau jodoh kite.heheheh..from dasuka
ReplyDeletemcm mzne nak tau jodoh kite.heheheh..from dasuka
ReplyDeleteInsyaAllah semoga kami yg belum menemui jodoh semoga dipermudahkn sama Allah......amin ya rabbal alamin....
ReplyDeleteAssalamu`alaikum..
ReplyDeleteNamun tidak dinafikan, ada juga kes berat jodoh ni ada kaitan dengan gangguan jin dan sihir pemisah.
Berikut ialah tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
1. fikiran selalu runsing
2. sakit-sakit di belakang bahagian bawah
3. badan lesu, selalu letih
4. sakit perut selalu
5. sakit kulit
6. rasa ada seseorang tidur di sebelah
7. terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
8. suka menyendiri, pendiam
9. selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
10. selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
11. orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
12. orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
13. selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
14. selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
15. imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
16. bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
17. selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
18. selalu kena period pain
19. ada migrain yg kronik
20. sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
21. halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
22. selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
Untuk mereka yang masih tak sampai jodoh, tapi tak banyak tanda yang disebutkan, teruskan berdoa..insyaAlloh sampailah nanti jodoh anda.
Untuk mereka yang masih tak sampai jodoh, dan banyak tanda yang disebutkan itu ada pada anda, ada baiknya ambil langkah mempercayai bahawa ada mahkluk Tuhan yang sedang mengganggu anda. Untuk confirmkan, selalulah bangun malam (qiamullail) dan minta petunjuk daripada Alloh dalam solat malam tu. Minta juga ia dapat diselesaikan dengan baik.
Seterusnya, boleh cuba kesan dengan bantuan pengamal rawatan Islam. Tapi kena pastikan pengamal itu menggunakan kaedah yang bersih daripada bantuan jin, kaedah tilik, kaedah pelik yang seperti tidak selari dengan landasan Islam.
Wallohu'alam..
"Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad."
ReplyDeleteapa la salah si era fazira tu.. bg pngetahuan je dah le..takyah le hentam peribadi org.. kita ni pun lum tentu syurga nerakanye..
Apa yang saya hentam tentang Erra Fazira? Orang seperti Erra Fazira memang dahulunya sangat layaklah berkahwin dengan Yusri kerana sama pemikiran dan amalan. Dan inilah yang Allah Tadbirkan. Salah ke?
ReplyDeleteSaya ni cekgu kalau mengajar suka memberikan contoh. Apalah mengajar kalau tak bagi contoh - tak konkrit.
Sekian
Emjay
Jodoh datang lewat bukanlah satu masalah seandainya pandai menjaga diri dan bukan menjadi kudis masyarakat. Andaikan tiada anak soleh yang yang mendoakan kita setelah tiada di atas muka bumi ini janganlah merasa sedih kerana Allah dengan jelas memberi jalan bagaimana mendapat tiket ke syurga dengan membuat amal kebajikan lain.Janganlah pula putus asa mengharap jodoh daripada Allah, sesungguhnya kita tidak tahu pada masa hadapan apa yang Allah telah sediakan untuk kita di dunia ini mahupun di akhirat. Perkara penting kekalkanlah ketaatan kepada suruhan Allah dan jauhi larangannya.Nikmat Allah amat luas, mendapat pasangan di dunia adalah nikmat kecil yang sementara.
ReplyDeleteAssalamualikum w.b.t...izinkan sy memberi komentar atas topik yg tk kurang menarik ini..sepanjang yg pernah sy baca tentang isu jodoh baik yg barbau ilmiah, perbincangan atau bersangkutan dgn agama ini, inilah pertama kali sy membaca isi yg sangat keras bunyinyer...perlu difikirkan jika saudara emjay (yg boleh digelar bapa) mempunyai anak gadis yg menerima lamaran dr lelaki ...apakah tn. tidak menyelidiki dahulu latarbelakang lelaki itu sebelum tn. menerima lamaran utk ank gadis tn? Sy tdk pernah pula terbaca sabda Rasul atau riwayat para Anbiya' menyatakan isi sekeras saudara emjay khususnye tentang isu sensitif spt ini.(Kerana diri ini yg jahil tdk cukup ilmu). Saudara emjay...suka sy utk mengingatkan diri sy dan saudara2ku yang lain...lambat atau cepatnyer jodoh...kita perlu bersyukur kepada Allah disamping berusaha menyelesaikan masalah...akhirnyer berserah kpdNya. Ketetapan jodoh ini sudah di tetapkan di Louhh Mahfuz...Apakah sy,..tn. emjay dan saudaraku yg lain tidak percaya kpd Qada' dan QadarNya? Lambat jodoh adalah sebahagian dugaan dari Allah...terimalah dgn hati yg sentiasa redha dan bermuhasabah diri. Allah mengutuskan 3 perkara kpd khalifahNya selagi hidup nyawa anak Adam...UJIAN, KIFARAH, BALA...Cuba renungkan...sebenarnya ALLAH kasih dan sayang kpd kita semua..ayuhal muslimin..Rahmat Allah sgt luas...diberiNya Ujian utk menguji sejauh mana iman kita...diturunNya kifarah utk kita muhasabah diri dan ditimpakan bala utk kita mendekatkan diri kpdNya...Cantek sungguh susunan kehidupan ini andai kita sentiasa mahu mencari rahmat Allah...Ingatan utk diri sy sendiri dan saudaraku yg lain...jgnlah brputus asa dari mencari rahmat Allah...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKeras atau lembut itu terpulanglah kepada pandangansdr. Saya hanya menyampaikan. Manusia memang begitu ada yang pendik, tinggi macam saya, gemuk dsbnya. Apa yang penting ialah mesej yang ingin saya sampaikan. Sekiranya sdr masih belum berkahwin, tiadakah fakta seperti yang saya nyatakan di atas tidak anda lakukan??
Saya ini makin tua dan semakin menghampiri maut. Apa yang saya tulis diatas saya rasakan memang benar. Silalah buat semakan dan perubahan yang Allah redha semoga Allah memberikan rahmat kahwin.
Sekian
Emjay
Assalamualikum w.b.t
ReplyDeleteTidak menafikan apa yg saudara emjay kata itu benar...cuma sy terlupa sdr bukanlah mewarisi kelembutan kekasih Allah... Muhammad S.A.W. Jd maafkanlah sy ats keterlupaan sy.
SALAM..semoga wanita yg belum ada jodoh dan baik iman-amalnya memaafkan kamu sdr emjay...usahlah mbuat kesimpulan sendiri..rahmat kahwin tidak ditolak oleh Allah...qada dan qadar Allah yg tetapkan...hikmahnya hanya Allah yg tahu..sebabnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..sedang mereka yg membuat banyak dosa pun mendapat jodoh dengan org yg beriman..hingga dia balik ke pangkal jalan dan bertaubat. Wassalam
ReplyDeletehd
ReplyDeleteassalamualaikum.. umat islam semua..
ReplyDeleteinilah kali pertama saya memasuki laman ini, dan saya agak terkejut dengan keangkuhan saudara emjayJB. Terima kasih saudari baby khalifah kerana paling kurang memberi pandangan ikhlas dan insyallah dapat menyedarkan umat yang terlupa.Bab era fazira juga agak keterlaluan pada saya..terima kasih juga buat saudara Jibraun77 ..paling tidak saudara kita ini x mengwar -warkan keburukan org lain.. terfikir saya cikgu ni mengajar sekolah mana.. sebab kelakuan tidak sekali menunjukkan anda seorang yang layak menjadi pengajar atau penyebar ilmu yang bertauliah.Sebagai islam , (saya x lah pandai) tapi setahu saya kita seharusnya tidak angkuh atau memburukan saudara islam yang lain di khalayak ramai.. berdosa.
Cubalah muhasabahkan diri EMJAYJB
Saya ini makin tua dan semakin menghampiri maut. Apa yang saya tulis diatas saya rasakan memang benar. Silalah buat semakan dan perubahan yang Allah redha semoga Allah memberikan rahmat kahwin.
ReplyDelete(Kalau sedar... bertaubatlah)
Assalamualaikum...saya terpanggil untuk memberi pendapat..soalan cepat atau lambatnya kahwin itu adalah urusan allah...sbb memang ada segelintir insan yg ditakdirkan untuk hidup sendiri sehingga ke akhir hayat...
ReplyDelete...."Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan"....
ReplyDeleteTidak bersetuju jika belum ada/tak de jodoh tu sebab musibah. Semua tu ketentuan Allah.
salam..saya tertarik dgn apa yang disebut oleh saudaragatarbah...hampir kesemua tanda itu ada pada saya...saya sedang berusaha untuk berubat..doakanlah semua..sahabat2 islam...
ReplyDeleteassalammualaikum , benarkah jika seseorang itu jodohnya tidak kesampaian maka jodohnya menantinya di hari kiamat? sesungguhnya setiap manusia allah s.w.t menciptakan semua umatnya berpasangan. Jadi tidak salahlah kita redha dengan nya .Sememangnya jodoh itu di tangan allah Inssyaallah seseorang pasti menanti nya dia alam yg lain ( hari kiamat).
ReplyDeleteBukan hari kiamat, tapi hari akhirat.
DeleteAllah bukan menciptakan 'umatNya' tapi 'hambaNya'.
Salah perkataan, lain sangat maksud ayat jadinya.
thanx emjay... blog ni berguna untuk tambah pengetahuan saya, walau ada certain topics yang saya kurang bersetuju, tapi topik macam hasil kajian berdasarkan fakta, saya suka baca dan menambah pengetahuan saya... cuma atas dasar persaudaraan Islam dengan ikatan kasih sayang, tak salah saya menegur sikit... harap tak terasa, saya pun ada banyak kelemahan, insya Allah ada yang menegur dengan hikmah nanti...
ReplyDeletesaya menilai saudara seorang yang agak keras dalam menyampaikan dakwah... isi kebenaran ibarat makanan sedap, jika makanan diberikan pada kita dengan cara melempar sure kita tak makan sebab kecik ati, tapi walau makanan jaz ada ikan masin ngan nasiputih tapi dihidang ngan tertib dan beradab, orang pun jadi berselera untuk menjamahnya... Allah itu indah, kebenaran itu indah,Islam itu indah, pancarkan keindahannya hingga terang hati orang yang ingin kita ketuk kesilapannya, kita cuma berusaha untuk melahirkan sebab, ingatlah, usaha tidak memberi bekas, Allah yang menentukan... kalau dakwah tidak berkesan, tidak perlu kita marah marah, kita dan melaksanakan, biar Allah yang memutuskan... tak salah kalau cara Umar al -Khattab yang dikenali ngan sahabat yang tegas dan keras kita gunakan kalau hati manusia di sekeliling dah tunduk pada Allah, tapi untuk manusia yang ada skang ni, kengkadang eloklah Abu Bakar / Uthman dijadikan contoh... samalah cam hudud, hudud bukan sekadar hukuman tapi ada nilai didikan dan kasih sayang Allah, malah pada yang dihukum sekali pun, hudud itu indah kalau manusia dan ditanamkan rasa cinta dan takut pada Allah
Assalamualaikum pada semua pembaca.....ini lah pertama kali nya saya memasuki blog ini dan agak tertarik dengan komen2 para pembaca yang lain...tapi yang paling menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan komen sdr.emjayjb yang agak menyentuh hati..."Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan".....astaqfirullah hal'azim.....saya sedar saya seorang yang teramat2 cetek pengetahuan agama dan ilmu ilmiah tapi belum pernah saya dengar mana2 ilmuan agama menyebut kenyataan sebegini....amat2 menyentuh hati....apa yang saya faham daripada pembacaan dan pemahaman ilmu yang cetek ini, ajal rezeki jodoh maut sume nya telah ditentukan oleh ALLAH....sume tu rahmat dari NYA yang tak tercapai oleh kita, melainkan dengan izinNYA saja.....sume orang impikan sebuah keluarga yang bahagia di samping suami, isteri dan anak2 sebagai penyambung zuriat yang bakal mdoakan kita bila kita sudah tiada....setiap manusia sudah pasti akan melalui ujian ALLAH dalam menguji keimanan seseorg...jodoh juga adalah salah satu ujian ALLAH yang telah di tetapkan untuk org2 tertntu...bukan kerana kesilapan yang dilakukannya sahaja sehingga seseorg itu tiada atau lambat jdoh nya....sume nya sudah ketentuan ALLAH...sapa kita nak mempertikaikan dan menghukum seseorg yang lambat jdoh nya sebagai musibah ALLAH kerana kesilapanya.....masyaALLAH....memang betul setiap manusia tak lepas dari melalukan kesilapan...termasuk juga sdr.emjayjb tetap melakukan kesilapan tapi sdr. tetap juga mendapat jodoh...ini kerana sdr.emjayjb telah ditetapkan untuk tidak mendapat ujian sebegini dari ALLAH...mungkin ujian lain yang telah ditetapkan untuk sdr.emjayjb dalam mnguji keimanan sdr. terhadap ALLAH....kita sebagai manusia wajib bersyukur dengan apa je yang tuhan tetapkan dan yang tuhan bagi tuk kita...wajib bersyukur dan kita tak boleh menghukum org lain atas ujian2 yang ALLAH telah tetapkan untuk nya....betapa ramai yang terluka dengan kenyataan sdr.emjayjb itu.....cuma yang saya pinta andai suatu hari nanti ujian tuhan terhadap sdr.emjayjb, andai anak tuan sndri mengalami ujian yang sebegini samada lambat atau tiada jdohnya, ingatlah mungkin ini adalah kerana doa2 mereka yang terluka dengan kenyataan tuan dan mgkin ujian yang telah tuhan tetapkan agar tuan sndari melihat dan merasai betapa apa yg berlaku itu adalah suatu qado' dan qadar tuhan terhadap anak tuan yang tuan telah asuh dengan sebaik mungkin dari melakukan kesilapan...na'uzubillah....sekian...
ReplyDeleteAssalamualaikum pada smua pmbaca....alhmadulillah dapat lagi kita bersua di laman sdr.emjay ni...betul apa yg sdr. emjay ckp tu dan sume firman2 ALLAH jugak memang btul...tak ada org menafikan tapi apa yang nak saya nak ingatkan sdr.emjay kat cni apa yg berlaku juga tetap merupakan rahmat ALLAH tuk hamba2NYA.....adakah hamba ALLAH Maryam juga idup dalam musibah ALLAH saja????? adalah anak yang dikandung nya juga merupakan musibah ALLAH????
ReplyDeletemasyaALLAH...bukan kah ianya rahmat ALLAH yang amat2 besar.....adakah segala ujian2 yang tertimpa pada nabi2 ALLAH seperti Nabi Duad a.s, nabi Ibrahim a.s, nabi Yusuf a.s dan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w merupakan musibah ALLAH yg juga kerana kesilapan2 nya....masyaALLAH...andai saya tersalah ckp disni, maafkan lah hamba MU ni YA ALLAH.....mmg telah terlunas dalam hadis2 menyatakan stiap ujian yg tuhan berikan memang bersesuaian dengan tahap kesabaran seseorg kerana ALLAH tidak akan mzalimi hamba2NYA dengan mberikan ujian yang tak sepdan dengn kemampuan...jadi makin tggi dan teguh iman seseorg makin tggi dan besar ujian terhadap hamba2NYA dalam menguji keimanan hamba2NYA terhadap ALLAH..begitu lah yang berlaku pada nabi2 ALLAH, kekasih2 ALLAH dah sume org yang beriman...adakah kekasih2 ALLAH yang diberikan ujian yang besar itu adalah kerana musibah atas dosa2 nya....bukan kah ujian yg besar ALLAH turunkan untuk menguji keimaman terhadap NYA yg mana selagi kita redha dengan ujian ALLAH itu maka tinggi lah darjat kita di sisi ALLAH????? dan seterusnya mendapat keredhaan NYA..tak saya nafikan apa yg sdr.emjay ckp tu betul kerana mmg dah tertulis dalam quran juga ada musibah yang datang kerana dosa2 kita jugak tapi jgn sdr lupa rahmat ALLAH amat la luas.....segala ujian NYA juga kerupakan rahmat ALLAH untuk mcapai syurga NYA selagi kita redha dan beriman....lambat atau tiada jdoh hamba2 NYA juga merupakan rahmat ALLAH yang di kurniakan untuk kita....betapa ramai nya manusia kat muka bumi ini yang ingkar akan perintah ALLAH, yg murtad, yang syirik pada ALLAH, yang mgingkari perintah ALLAH, yang menyekutukan ALLAH tetap ada jdoh nya....klu kta lihat hamba2NYA yang beragama islam yang meneguk air haram, yang berzina yang jauh dari tikar sembahyang tetap ada jodohnya, ada rmai anak, ada duit berjuta2, ada rezki melimpah ruah...tapi adakah dia seorg yang sempurna imanNYA..tetap mendapat jdoh dan rezki dari ALLAH....tapi seseorg yang tak penah tggal solat, yang menutup aurat, yang sntiasa ingat akan azab ALLAH, yang sntiasa bangun sepertiga mlm untuk bersujud pada ALLAH, yg sntiasa menangis kerana takutkan dan rindu akan ALLAH selalu mdapat ujian2 ALLAH....bukan kah sume itu rahmat ALLAH tuk hamba yang di kasihi NYA yg tidak kita ketahui....kita jgn menilai sesorg dengan begitu mudah....apa yang berlaku pada stiap hamba2NYA tetap terselit hikmat yang tidak kita ketahui yang mana hanya ALLAH saja mengetahui..kerana sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui..wallahuaqlam
Sdr fatihahkl
ReplyDeleteApa yang ingin saya ajarkan kepada para pembaca ialah bila dapat musibah (susah jodoh), muhasabah, kenal pasti punca masalah, bertaubat, mudah-mudahan Allah memberikan jodoh. Susah sangat ke ilmu yang saya cuba sampaikan????
Kalau sdr asyik mengelak dari mengakui kesilapan, bagaimana nak bertaubat dan bagaimana Allah akan memberikan rahmatNya iaitu jodoh???
Kalau beginilah sdr, eloklah saya katakan bahawa sdr fatihahkl adalah semulia Mariam ibu Isa, semulia Nabi Daud, semulia Nabi Yusuf dan semulia Nabi Muhamad dan sdr fatihahkl tidak ada melakukan sebarang kesilapan?????
Teringatkan saya kisah baru-baru ini, seorang yang menyangka dirinya suci dan tidak banyak buat dosa namun alhamdulillah setelah belajar baru sedar rupanya beliau banyak melakukan dosa besar syirik.
Wallahuaqlam
Emjay
Assalamualaikum...saya tak kata saya semulia itu sdr.emjayjb.....apa yg saya cuba sampaikan hanyalah sbgai contoh sbb apa yg saya pandang tuan hnya lihat apa yg berlaku hny dari sudut yang negatif saja....pada saya, saya hanya melihat segalanya dari sudut yang positif....lambat atau tiada jdoh pada saya tetap merupakan rahmat ALLAH kerana hnya DIA YG MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik tuk hamba2NYA.....sbb tu lah contoh nya kekasih ALLAH Maryam yang saya bgi...itu saja..bukn bermaksud saya semulia kekasih ALLAH itu tuan...
ReplyDeleteSaya dan semua hamba2 ALLAH yang lain tau smua kita bnyk melakukan kesilapan. Saya bukan mengelak dari mengakui kesilapan dan dosa2 yang bnyk saya lakukan tapi saya tak penah lupa bertaubat, berusaha dan berdoa tanpa henti dan tanpa mengenal jemu dalam memohon apa yang saya cari, apa yang saya hajati...Walau pun bertahun2 usaha dan doa yang kita lakukan, tapi klu kehendak DIA yang doa kita masih belum nak di makbulkan, redha je lah...mgkin tu yang terbaik tuk kita yang DIA telah rancang...saya tau kita wajib sntiasa bertaubat dalam menepuh hari2 yang mendatang kerana betapa bnyk nya dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari...insyaALLAH sume orang sntiasa bertaubat tapi klu doa tetap tak dimakbulkan redha je lah....dan teruskan la berusaha dan berdoa...itu yang saya cuba sampaikan tuan emjay...bukan nya mengakui saya ni semulia2 umat.....
Seperti yang saya katakan sblm ni, klu suatu hari nanti tuhan jugak menguji tuan dengan memberikan ujian yang sama pada anak cucu tuan dan keturunan tuan, walau sebyk mana usaha tuan untuk mendapatkan nya jodoh namun klu dah tu ketetapan tuhan buat nya, pasti dia tetap keseorangn dan saya amat2 pasti pada masa itu tuan akan menyedari mungkin itu adalah ujian tuhan buat nya dan buat diri tuan setelah didikan yang sempurna tuan telah berikan pada nya...sesungguh nya takde daya dan kuasa tuk menandingi kuasa tuhan klu dah tu ketetapanNYA....harus menerimanya denagan rasa syukur kalau lah tu rancangan tuhan buat hambaNYA itu....sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI...
Saya seorang yang amat2 cetek pengetahuan agama nya...tapi saya tak penah kesal dan sntiasa bersyukur dengan apa je yang tuhan tentukan tuk saya....dan apa je kekurangan diri yang tuhan kurniakan, saya memandangnya sebagai rahmat yang besar tuk saya tuan emjay... namun saya tak penah lupa bertaubat, berusaha, berdoa, meminta keampunan dariNYA, dan sntiasa redha dengan kehendakNYA buat diri saya....cuma yang saya kesalkan, kalau pun tuan mahu menyedarkan hamba2 ALLAH yang lain tentang kekurangan diri, tentang bnyk nya dosa yang stiap kita lakukan, sampaikan la dengan cara yang lebih lembut agar stiap orang yang mbca nya dapat menyedari akan kekurangan dan dosa2 yg dilakukan, dan sterusnya sampai ke hati bukannya dengan cara sp yg tuan lakukan...Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pun mengajar kita biarlah berlembut dalam melakukan dakwah.... semoga kita smua mendapat redha ALLAH...wallahuaqlam...
Saya bukan memandang dari sudut negatif atau positif tetapi saya berusaha untuk menyelesaikan masalah susah jodoh, itu saja.
ReplyDeleteSetiap dosa ada musibah yang berkaitannya dan ia telah menjadi sunnatullah. Sebagi contohnya :
* Bezina diberikan siphilis atau AIDS
* Menipu orang akhir dirinya juga tertipu
* Mendapatkan rezeki dari perzinaan, ahli keluarganya tidak habis dirundung malang dengan pelbagai azab yang berat seperti kemalangan dan sebagainya.
* Meminati pornografi, rahmat dibilik tidur ditarik oleh Allah
* Orang tua yang masih suka berzina, anak mereka pun suka berzina
Dan pelbagai kelaziman lain yang diberikan Allah. Apa yang saya catatkan adalah antara ilmu yang diberikan oleh arwah guru untuk menjadi iktibar kepada para pembaca semoga menjadi panduan dan seterusnya para pembaca diberikan jodoh.
Saya menulis dengan tujuan yang baik dan sekiranya sdr menerima alhamdulillah dan sekiranya sdr membencinya, saya hanya sekadar menyampaikan.
Melalui pengalaman saya bersama arwah guru, memang mereka yang lambat jodoh ada perkara yang perlu diselesaikan. Insya-Allah apabila diselesaikan, semoga Allah memberikan jodoh kepada mereka. Saya ada 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki dan saya berdoa semoga mereka semua diberikan jodoh.
Wallahuaqlam
Emjay
assalamuaalaikum emjay sy nak berkongsi masalah dgn emjay setiap kali sy berkawan dgn lelaki mesti tak kekal sy pom tak tahu kenapa:( sampai sekarang sy dah 26tahun tapi masih solo nak katakan sy tak ada rupa ada tak ada laa hodoh sgt pom..apabila sy gi berubat dgn ustaz dia ckp ada penghalang.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSituasi sdr adalah sangat kerap berlaku kepada ramai wanita. Allah tidak kedekut untuk memberikan jodoh kepada setiap wanita. Namun apabila seorang wanita melakukan kesilapan, itulah yang menyebabkan Allah menutup rahmat perkahwinan kepada seorang wanita. Untuk membuka rahmat yang tertutup, itulah pentingnya melakukan muhasabah dan setelah mengenal punca masalah, bertaubatlah. Setelah bertaubat selalunya insya-Allah tak lama berkahwinlah dengan rahmat Allah.
Namun perkara paling sukar ialah untuk muhasabah mengenal pasti kesilapan. Di sinilah saya selalunya memainkan peranan.
Apabila seorang wanita melakukan kesilapan lalu Allah menutup rahmat jodoh, kemudian wanita ini bertemu bomoh / ustaz dan mereka pun mengatakan ada pelalau atau ada penghalang dan untuk membuka penghalang ini perlu ritual khas seperti mandi bunga dan sebagainya. Apabila wanita ini berjumpa bomoh sesat / "ustaz" ini dan melakukan ritual tersebut, maka kesilapan wanita ini telah pun bertambah dan kesilapan amat berat ini iaitu membawa kepada syirik kerana membenarkan dan menerima pandangan bomoh. Dengan ini Allah mengunci lebih rapat agar wanita ini dihalangNya dari rahmat jodoh.
Sekiranya lebih ramai bomoh sesat / "ustaz" yang ditemui maka lebih sukarlah untuk mendapat jodoh. Inilah namanya mengejar fatamorgana, lagi dikejar lagi mengazabkan.
Saya teringat satu kisah: satu wanita (guru) yang sudah bertunang telah kematian tunangnya yang kemalangan. Bapa sdr guru ini mencadangkan guru ini menemui bomoh membuang sial yang menyebabkan tunang guru ini mati kemalangan dan semoga dapat jodoh baru. Bomoh memasukkan susuk keris dibelakang tubuh wanita ini untuk membuang sial dan semoga lekas dapat jodoh pengganti tunang yang telah mati kemalangan. Namun jodoh yang ditunggu tidak kunjung tiba. Berkunjunglah lagi guru ini bersama bapa sdrnya berjumpa bomoh. Bomoh menekankan bahawa susuk dahulu belum cukup kuat dan perlu ditambah lagi satu susuk keris. Terbanglah RM yang bukan sedikit kepada bomoh sial ini. Ditunggulah jodoh sebagaimana dijanjikan oleh bomoh sial namun macam menunggu kucing bertanduk, tidalah juga jodoh. Guru ini berjumpa lagi bomoh sial tersebut dan dimasukkan lagi susuk agar segera dapat jodoh. Proses ini berulang sehingga akhirnya guru wanita ini mempunyai 10 susuk keris dalam badannya. Apa yang menyedihkan ialah kini wanita ini hampir pencen namun jejaka idaman bernama suami tidak kunjung tiba. Inilah namanya mengejar fatamorgana.
Bertemu dan berurusan dengan bomoh / "ustaz" hanya menambah azab. Dalam kes guru wanita ini, jodoh yang diberikan Allah hanyalah kesepian hidup tanpa suami balasan mensyirikkan Allah.
Walahuaqlam
Emjay
tapi emjay apa yg harus sy buat ??sy mahu pendapat dari emjay tolong laa sy.
ReplyDeleteDatanglah ke JB. Terengganu JB bukanya jauh. Saya dan isteri ambil sdr di stesen bas JB. datang sabtu ahad boleh balik semula. Banyak perkara perlu dibincangkan. Saya sudah berikan nombor telefon saya, telefonlah.
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum ustaz emjay dan sume pembaca.....
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kita berjumpa di ruangan ustaz emjay ini.... saya ada menyinggah melewati laman ini beberapa kali sebelum ini namun baru tergerak ati untuk sama2 mnyelesaikan masalah yang di hadapi saya dan rakan2... saya juga mengalami masalah yang sama seperti tajuk dia atas namun sudah buntu memikirkan apa yang patut saya lakukan...berusaha sudah penat saya usahakan, berdoa tak pernah berenti siang dan mlm namun masih belum ada tanda2 menunjukkan apa2 perubahan.... mungkin betul kata ustaz, dosa2 yang bnyk ini telah menutup pintu rahmat ALLAH buat saya dalam menemui sebuah perkahwinan dan kebahagiaan...
Saya sedar saya bukan la seorg yang baik agamanya, cuma saya cuba mnjaga solat saya setakat yang mampu, berpuasa, bersedekah dan melakukan perkara2 baik yang termampu.... dan saya tidak pernah bergelumang dengan dosa2 besar seperti minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya... berdoa tidak pernah sekali di abaikan setelah berusaha namun tetap tidak ada apa2 yang mbhagaiakan berlaku...apa yang patut saya lakukan ustaz....boleh kah ustaz menolong saya dalam menyelesaikan masalah2 yang saya dan rakan2 hadapi...apa yang patut saya buat dalam mengenal segala keburukan dan segala kesilapan2 yang saya lakukan... mungkin ini juga balasan dan musibah terhadap dosa2 yang saya lakukan tanpa saya sedari.... sebagai manusia biasa, bnyk nya dosa2 kita yang datang tanpa kita tau dan sedar kehadirnnya... apa yang patut saya buat ustaz..... namun saya sntiasa bertaubat atas segala2 perbuatan yang saya lakukan, berusaha dan sntiasa berdoa tanpa henti siang dan mlm...
Wallauaqlam....
An-Nur Iman
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSebagaimana saya jelaskan kepada pengunjung lainnya, datanglah ke JB, banyak perkara boleh dibincangkan. Dapatkan no telefon saya dengan email kangmasjb@hotmail.com. Saya bersama isteri akan jemput sdr di stesen bas JB.
Emjay
Emjay,
ReplyDeleteSaya tak berpengetahuan luas, tetapi....saya kenal ramai kakak-kakak yang belum lagi berkahwin , sebahagian besarnya mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas keluarga dieorg,ada yang bapa meninggal awal dan sebagainya.Saya cuma tak faham, kalau emjay kata dieorg ni semua bermasalah, yang saya nampak, yang berkahwin semua ni bukannya baik sangat pun.Masa saya berumur 15tahun saya ada terfikir begitu, sebb saya tak da teman lelaki mcm kawan-kwan yg lain.Bila meningkat dewasa, saya tgk yang berkahwin pun bukanlah sehebat mana, tidak adil bg kita untuk menghukum yang lain?
Pada sekitar umur saya 23tahun , saya ingin berkongsi pendapat setelah saya fikirkan namun pasti buah fikiran ini ada flaw di mana-mana inshallah untuk diperbaiki....
Pasti Allah jadikan setiap manusia itu dengan tanggunjawab masing2....dugaan setiap individu itu pasti berlainan juga kerna capacity kita yg berbeza.Jodoh ini, adalah salah satu dugaannya....yang menemukan jodoh dan belum bertemu jodohnya. Ada yang berkahwin , dipukul, tak diberi makan dan sbg....juga dugaan.Orang yang belum bertemu jodohnya sedih takut kesepian. Di mana-mana pun dugaan tetap akan ada, dugaan ini inshallah penghapus dosa.inshallah.inshallah.
Cuma masyarakat kita perlulah tukarkan gaya pemikiran, pada zaman lampau, ada perempuan-perempuan bijak pandai kaya raya yang tidak berkahwin.Mereka dipandang tinggi.Ada apa pada perkahwinan jika itu bukan jalan ke syurga.
apalah komen2 yang diberikan oleh penulis blog ni, bukan KeIslaman, tapi lebih kepada pendapat peribadi, sedangkan muka dia pun dia tak berani nak tonjolkan sepenuhnya, dari situ kita dah tahu tiada ketelusan....
ReplyDeletejust because seseorang tu tak bertemu jodoh lagi, tak bermakna dia desperate sampai takde pilihan, maka terpaksa berkahwin dengan suami orang....kalau lelaki itu benar2 beriman dan takut akan ALLAH, dia takkan cuba untuk berpoligami memandangkan belum tentu dia boleh berlaku adil...maklumkan mereka hanya manusia...hanya apabila seseorang tu dengan syok sendirinya rasa dia alim, or self proclaimed religious people...akan berkata apa salahnya kawin yang kedua ke ketiga ke....coz dia rasa Islam dia sempurna dan dia rasa dia boleh membimbing isteri2 baru dia...come on lah...isteri pertama yang ada tu pun dia tak dapat mengembirakan...nak tambah baru...bukannya dia nak fikir bagaimana nak mempertingkatkan ibadah bersama isteri dan anak2, mempertingkatkan kecemerlangan anak2, bagaimana memajukan dan mengembirakan keluarga yang sedia ada...tapi menambah bilangan isteri ....what kind of mentality....asyik2 bertopengkan Islam....bab kawin saje yang di ikuti...tapi bab lain?
ReplyDeleteemjay, membaca artikel tuan, membuat saya meluat..betapa shalownyer pemikiran tuan..saya bukannya orang yang arif mengenai ugama tetapi bila membaca artikel emjay saya rasa ini adalah AJARAN SESAT! masyaAllah nauzubillah....bertaubatlah emjay..artikel ini memang menyesatkan...
ReplyDeletesenyum09, kat kl ni i dah jumpa ramai ustaz yang mcm ni...rupanyer kat jb pun ada...apalah nak jadi kan...saya rasa fatihahkl lagi bijak dan bercakap ada fakta..inilah susahnyer..orang ada blog dia nak ada blog jugak..tapi ....masyaAllah
ReplyDeletesubhanaalah..sedara emjay ni perlu berguru lagi dgn yg arif..
ReplyDeleteSalam...sy sendiri sudah 37 tahun masih bujang. Bukan tak ada yg nak, tp jodoh dtg dlm keadaan yg tak sesuai...misal saya sedang belajar...ada org merisik. Nak dijodohkan dengan sepupu..saya susah nak menerima saudara terdekat dan sbb sy tau ia tidak digalakkan agama. Saya cuba berkawan tetapi 2-3 bulan sy dapat tahu dia suami orang, terus sy tinggalkannya. Sehinggalah sy rasa dah fobia nak percayakan lelaki. Bukan tidak ada yg suruh saya mandi bunga..tp sy takut kalau amalan mandi bunga tu ada unsur2 yang dilarang Islam. Saya tidak mahu bersubahat dengan bomoh atau amalan2 syirik. Saya tetap percaya pada jodoh, lamabat atau cepat sahaja.
ReplyDeleteHinggalah baru2 ini sy berkenalan dgn suami org. Mulanya sy menolak soal poligami kerana sy tidak mahu mengambil hak org. Sesekali sy tidak mahu menyakiti hati perempuan lain...sy jenis yg tidak suka cari masalah dgn org. Saya seorang yg lurus..jujur. Namun bila sy mengenali peribadi lelaki tersebut, yg baik ilmu agamanya...sy redha kalau ditakdirkan sy jd no 2. Niat sy terima dia kerana agamanya...dgn harapan dia boleh bimbing sy yg cetek ilmu agama. Dalam masa yg sama, sy suka peribadinya, caring, bertangggjawab (pd keluarga dia)..hinggalah bulan Disember lepas, isterinya terjumpa telefon dia dan membaca mesej2 dari saya. Mulanya sy terpaksa berdiam diri..hinggalah suatu hari sy nekad berterus terang pada isterinya itu dengan harapan isterinya memberi izin pd suaminya utk berpoligami. Niat sy betul2 ikhlas waktu itu..sampai bila nak sembunyi?...
Mmg betul2 surprise hari tu...rupa2nya bukan isteri pertama tapi isteri kedua!!!...aduhh...menggeletar kaki sy sepanjang malam tu. Saya mcm tak percaya selama ni dia sembunyikan dr sy pasal isteri keduanya yg jauh lbh muda dr saya. Apa lagi, masing2 berkongsi masalah masing2 sbb rasa diri ditipu. Sehingga kini sudah sebulan sy tidak berpeluang nak bcakap dgn suami org tersebut. Call sy tidak diangkat, mesej tidak dibalas...sy rasa teraniaya. Alasannya, dia marah sy berterus terang pasal hubungan kami. Sy merayu2 nak jumpa atau diberi peluang bercakap. 5 bulan sy berkawan dgn dia, melibatkan soal hati dan perasaan...hati dah sayang. Bila jd mcm ni, sy redha kalau jd no 3. Sy tak kisah sgt soal kemampuan dia...sy pun ada kerja tetap..yg penting persefahaman. Saya rasa serasi dgn dia..dan yg penting dia boleh menerima segala kekurangan diri saya. Sy sentiasa ada rasa rendah diri. Sy tahu dia sayangkan saya...tetapi masalah sekarang ni dia perlu menenangkan perasaan isteri kedua dia. Saya beralah, tetapi dlm asa yg sama sy merana..Allah sj yg tahu keadaan sy. Sy minta berpisah cara baik, tapi takda respon. Sy minta kawan lelaki bercakap dgn dia dlm fon...katanya nak lepas dia sayang....aduhh...tamak sungguh lelaki ni. Say nak buat keputusan sendiri...sy masih sygkan dia. Hingga kini sy buntu....berserah dan pasrah. Untuk mencari lelaki lain rasanya susah untuk saya. Sukar sy nak percayakan lelaki zaman ni...walaupun dia tipu sy, sy anggaplah mcm dialog madu 3 tu..."Jamil..Jamil...ku sangka kan 2..rupanya 3...."...selebihnya sy redha kerana mengenangkan segala kebaikan dia selama ini pd saya. Saya tahu dia bermatlamat utk ada 4 isteri. Saya katakan pd dia dulu, kalau sy jd no 2, dia nak kawin 3 atau 4 sy redha...kerana hidup ini sementara, tiada apa yg perlu sy tamakkan...segala2nya milik Allah...mgkin Allah nak duga sy supaya sentiasa bersihkan hati dr sifat tamak, iri hati, marah..dan sbgnya...hanya Allah sy Maha Mengetahui atas apa yg terjadi...wsalam.
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
ReplyDeleteMy name is Tasya.. Umo 18.. belek pnya belek termasuk lah blog nie..
alang2 da masuk n baca comment, sy pn nk bg commnt gk.. kpd emjayb, anda perlu
mndiami dlu hal2 agama.. ada yg anda smpaikan btl dan ada yg anda smapaikan bertentangan dgn agama..
cara ilmu agama anda smpaikan amatlah cetek... Anda tidak layak tuk menyamapaikan hal2 agama..
k..salam..
Amaran : jgn percaya pada emjayb yang ajak kaum wanita berbincang dirumahnya, ntah2 dia amek n.....huh~!! bkn boleh percaya sgt...
kepada saudara emjay...saya menyokong anda..teruskan usaha anda !!..
ReplyDeletesebenarnya manusia ini takut dengan masalah dan ujian...
kita sebagai hamba ALLAh kena redha....dan ada sifat keihlasan..
teruskan perjuangan saudara emjay..
" Dan Apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) ,maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan ( dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) ,Dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu" .....(asy-syuura:30)
ReplyDeleteSemoga Alah memberikan syaidatul86 suami / isteri dan anak-anak yang soleh.
ReplyDeleteEmjay
Salam Ramadhan..
ReplyDeleteKepada insan-insan yang belum menemui jodoh banyakkan bersabar,jangan beremosi jika sdr mj mengesyorkan untuk muhasabah diri.Mana bumi tidak ditimpa hujan,mana laut tidak bergelora,mana insan yang tidak melakukan kesilapan.Apa salahnya jika kita muhasabah diri.Tinggalkanlah segala amalan sesat dan berbaliklah kepada agama yang suci.Redhalah dengan semua syariat agama.Hayatilah betul-betul ayat asy-syura:30.Berimanlah dengan Al-Quran wahai saudaraku.
pelik tapi benar....yg buat salah tak kan nak mengaku buat salah..apa yg di ceritakan di dalam artikel nie..betul2 menyedarkan kepada sesiapa yg melapangkan dadanya dalam mencari ilmu dan bukannya untuk berdebat mengenai sapa yg betul..sapa yg salah..tak salah memberi pendapat..tp jgn lah kerana tidak bersetuju dgn apa yg di nyatakan di dalam artikel ini menyebabkan kita membenci saudara penulis dan mengatakan yg bukan-bukan....sebaiknya ambil lah pelajaran ini dan muhasabah diri...betulkah sebelum ini takde langsung buat dosa atau kesalahan sehingga belum dpt jodoh.....??...tepuk dada..tanya iman..renunglah ayat al-quran di bawah:
ReplyDelete"إِنَّ هَذَا كَانَ لَكُمْ جَزَآءًۭ وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُورًا
Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan)." (QS. AL INSAAN:22)
wallahualam..
peace
assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh....
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mematikan sdr kingtensai dan saya dalam iman.
Emjay
andai tiada cinta insani...
ReplyDeletecintalah kepada Allah dengan sepenuh hati mu...
dengan jiwa dan ragamu...
nanti... akan datang DIA yang mencintaimu..
lebih dan kurangmu kerana ALLAH
salam
ReplyDeletesaya pelik kenapa ramai sgt pembaca yang hentam saudara.Cubalah buka fikiran dengan menerima ilmu yang baru.Ilmu ini sgt berguna sebenarnya,walaupun mgkin ada yang berpendapat ia tidak baik,apa salahnya check diri sendiri pernah ke buat salah satu itu.
Jika dipikirkan apa yang dikatakan adalah benar. dan saya setuju dengan pendapat saudara.Memang ada antarannya yang sy lakukan kerana emak sy yang suruh.Kalau tak buat,dituduh menderhaka.Macam2 air dh dimandikan.Bila ada lelaki yang berkenan dengan saya,semua mak saya tak berkenan.Ikutkan sahaja.Diajak berubat ke hulu ke hilir,semua saya ikutkan.Kadangkala saya sampai bergaduh2 dengan dia.malas nak menasihatkan,sbgi anak saya tak blh nak cakap apa,saya selalu sahaja bergaduh dengan dia.Sbb tula saya ini lambat jodoh.Jadi kalau mcm tu,macam mana nak buat?
saudara emjad, terima kasih kerana berkongsi ilmu ALLAH di sini. teruskan usaha anda, biarpun banyk halangan atau kata2 nista. Ambillah contoh perjuangan Rasullulah S.A.W yg berdakwah dgn menghadapi pelbagai rintangan yg kita sendiri tidak tahu apa perit dan getirnya. doakan yg terbaik untuk mereka yg menghentam saudara,kerana mereka tetap saudara sesama Islam.. amin..
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteKes macam sdr ini memang banyak berlaku. Kes dilalui sdr ini saya rangkumkan sebagai kes "mencintai ibu lebih dari mencintai Allah dan rasulNya". Islam tidak membenarkan perkara ini.
Untuk mengatasinya, perbaikilah akidah sdr dan selepas itu amalkan satu sunnah yang amat disarankan nabi Muhamad iaitu mengerjakan solat tahajud dan witir setiap malam kalau dapat 40 hari atau lebih. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati ibu sdr.
Semoga sdr lekas mendapat jodoh.
Emjay
Assalamualaikum...semoga saudara amjayjb tidak putus semangat dengan komen2 yg mnghentam saudara. Saya sedikit sebanyak setuju dgn pendpt saudara. Saya sudah berumur 26thn. Mcm2 ayat AlQuran, saya baca dan jadikan doa utk dpt jodoh tp xde jgk. Sy rasa agak kecewa dgn diri sbb xpenah bercinta. Sy rsa pelik sbb saya bukan tiada rupa dan saya juga berkerjaya. Bila difikir balik, benarlah bahawa inilah dugaan Allah kpd sy sbb sy penah kata tak mo kahwin. Tp sebenarnya sy x bermaksud bgtu. Mungkin inilah dugaan Allah kpd saya spya saya sentiasa bersabar atas dugaannya. Namun, sy sgt berharap semoga sy kahwin thn ini wlpn sy xpenah ada calon n masih x penah bercinta. Amin..
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteSemua tanda-tanda gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah memang pernah berlaku pada diri saya hingga kini. Ramai lelaki yang suka saya tetapi saya pelik mengapa selalu ada perasaan benci dan geram pada setiap lelaki yang serius dengan saya sehingga saya memutuskan perhubungan tanpa sebab munasabah sehinggalah saya berusia 26 tahun, masalah gangguan dan rasa tak puas hati kepada lelaki yang menyayangi saya kerap berlaku. Kenapa ya?
Terima kasih kepada saudara emjayjb kerana telah menyedarkan saya berkenaan artikel sebelumnya. Harap saya masih belum terlambat untuk menerima rahmat tuhan dan dipercepatkan dapat jodoh yang kekal hingga ke akhirat. Setelah saya bukakan hati dan muhasabah diri ada betulnya apa yang disampaikan oleh emjayjb berkenaan setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Kita mungkin tak sedar atau tak perasan dan mengakui kesalahan tersurat dan tersirat disebabkan ilmu yg terbatas.
bukanlah semua org yg belum dpt jodoh itu kerana banyak dosa kerana jodoh ini ditentukan Allah dan dosa ini ialah perkara yg ghaib dan xde sape yg dpt melabelkan sesorg itu tidak berkahwin kerana dia banyak berdosa.mungkin juga Allah mahu menguji hambanya,atau ia sebagai kifarah kepada dosa2nya justeru itu sesorg itu lambat dpt jodoh.apa yg perlu dibuat oleh setiap mukmin ialah redha,berusaha dan berdoa kpd Allah dan utk memudahkan doa kita sampai kepada Allah,haruslah kita memelihara hubungan dgn Allah dgn cara melakukan yg makruf dan menjauhi yg mungkar dan sentiasa bertaubat kepada Allah atas segala kesilapan kita.insyaallah,Allah akan menentukan apa yg terbaik utk kita.
ReplyDeletekepada saudara emjay,sy memahami apa yg tuan cuba sampaikan, tp sy mencadangkan agar tuan dpt menggunakan kaedah yg lebih lembut agar maksud tuan lebih mudah diterima oleh pembaca.dgn cara yg lembut insyaallah dakwah tuan akan lebih berkesan.seperkara lg, sy mencadangkan agar kita tidak menggaitkan contoh yg tidak baik dgn org2 islam yg lain (seperti contoh erra fazira itu) kerana itu tidak baik dan tidak sesuai dgn akhlak islamiah yg menghalang kita berbuat ghibbah dan menghina sesama islam.siapa tahu, esok org yg kita kata tidak baik itu bertaubat kepada Allah dan menjadi baik sedangkan kita telah terlanjur menulis perkara yg negatif terhadap si fulan tersebut? kepada semua, ingatlah dlm kata2 itu ada keajaiban. wallahu'alam
tidak boleh menyama kan erra fazira seperti dia itu tidak layak untuk mendapat kan lelaki yang baik- lelaki mcm nabi muhammad saw itu tidak ada kerana sifat nabi yang mulia akhlak nya susah nak di contohi bahkan oleh para wali pun ... jadi jgan lah menhina orang wahai encik kerana jodoh yang lambat itu bukan beerti musibah, kadang kala itu satu rahmat kerana ALLAH nak menguji kita untuk memberi kan seorang lelaki dan wanita yang baik untuk kita. bukan kan bila kita habis ujian baru kita tahu marka kita baru lah ibu bapa kita memberi kan kita sesuatu yang menyenang kan hati kita ... tolong fikir fikir kan lah bila dah terkena kat anak sendiri baru lah kita sedar yang apa yang kita ckp kan ini tak relevant langsung kerana kadang kadang yang lambat jodoh nya itu adalah seorang wanita yang soleha tetapi ALLAH sayang nak beri kan pada mana mana lelaki untuk disakiti jadi dipilih nya lelaki yang baik dan ketahui lah untuk mendapat yang baik harus lah menunggu dan bersabar ....ALLAH AKBAR.....
ReplyDeletesalam.boleh ka saya copy paste edit dan share dgn kawan2 mana2 nasihat dan ilmu yg bermanfaat dari laman emjay..? tq
ReplyDeletemudah mudahan dengan pertolongan dr Allah insyallah kita akan mendapat jodoh yg terbaik utk kita.Amin.
ReplyDeletehttp://www.portaljodoh.com
Silakanlah.
ReplyDeleteEmjay
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBanyak ajaran-ajaran sesat berkenaan jodoh di internet ini. Ada yang menyarankan mandi bunga. Jangan dibuat kerana syirik. Bila dibuat lagi Allah tidak memberikan jodoh.
Sdr kata macam-macam ayat Al Quran diamalkan, mungkin ini juga amalan dari internet. Elakkan dari beramal dengan amalan seperti ini Lagi diamalkan lagi Allah elakkan jodoh kerana amalan seperti ini membawa kerosakan akidah.
Gantikanlah amalan membaca Al Quran cara yang salah tersebut kerana membaca Al Quran ayat-ayat tertentu untuk dimudahkan jodoh boleh membawa rosak akidah.
Gantikanlah amalan sdr sebagaimana berikut:
1. buang segala amalan yang telah diamalkan tentang bacaan ayat tertentu tu
2. Baca Al Quran dari muka surat 1 hingga akhir dengan membaca sekali terjemahannya
3. Berdoalah selalu bukan sekadar selepas solat minta Allah berikan jodoh dalam bahasa Melayu
4. Berikanlah imfak kepada anak yatim sekadar mampu
5. Solat malam tahajud / terawih dan sesudahnya berdoa kepada Allah SWT.
Kalau masih tak dapat jodoh maka kena semak semula apa amalan yang mungkin Allah murka.
Semoga Allah SWT memberikan sdr jodoh.
Emjay
Semoga Allah SWT memberikan sdr jodoh dengan kadar segera.
ReplyDeleteEmjay
lmbat jodoh itu musibah???
ReplyDeletex smstinya musibah...ia juga satu rahmat....
jodoh allah dh tetapkan bila.....
mgkin ada hikmah kenapa jodoh lambat....
ia lebih kepada ujian...klu musibah tu kurang sesuai.
semua org buat silap.buat dosa.
ramai je yg dh temu jodoh tpi bnyk dosa sblum ni.
rmai jgk yg blm tmu jodoh tpi akhlak n peribadinya baik.
Gelak2 saya baca entry ini dgn komen2 sekali... Betulah tu, tak de yang salah dgn tulisan saudara em jay kecuali bab lambat jodoh sebab musibah. Terkezut chek baca... Maiii aii... abis kalau org yang tkde jodoh langsung? bala petaka ke... Rabiatul Adawayah wali Allah pun tak kahwin. Imam Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah tak kahwin. Al-Imam An-Nawawi pun tak kahwin. Bukan tak suka sunnah nabi, Imam Ibnu Taimiyah terlalu sibuk berperang memperjuangkan islam. Imam An-Nawaai terlalu sibuk dgn ilmu, hingga bila ditanya oleh muridnya kenapa tidak berkahwin, beliau menjawab 'aku terlupa'. Rabiatul Adawiyah pula bila ditanya, hatinya terlalu dipenuhi cinta pada Allah hingga tidak ada ruang lain untuk mencintai dan membenci. Itu antara kisah yg pernah saya dengar. Wallahualam... Soalan, dekat mana pula musibahnya? ia akan jadi musibah jika kita fikir ia musibah. Ia akan jadi nikmat jika kita fikir ianya nikmat rahmat... Yang penting saudara saudari, beramallah hingga kita bertemu syurga di akhirat. Sudah dijanjikan Allah di akhirat tidak ada sesiapa pun yg bujang. Jika di dunia kahwin berpuluh kali sekalipun tetapi masuk neraka, tak ada gunanya, di neraka tidak berpasangan... Jika mahu jodoh seperti saudara em jay kata mungkin betul muhasabah diri. Doa, tawakal, sabar dannnn yang paling penting jangan putus asa dan bersangka baiklah dgn Allah. Jgn kita fikir, ini musibah dari Allah semata, mana tau sekadar ujian dari Allah untuk meningkatkan taraf kita di sisiNya. Wallahualam....
ReplyDeleteKomen ni paling saya suka. Memang tepat pada tempatnya!
DeleteAssalamualaikum wbh
DeleteWahai Anonymous 2 August 2014. Sdr nak tergelak, melalak atau menjerit terpulanglah tepuk dada tanya selera. Nak tergelak sepanjang hari pun boleh. Kalau sdr nak beranggapan bahawa kesemua paderi dan nun yang tak berkahwin adalah baik pun terpulanglah.
Kalau dalam diri anda tidak ada langsung istilah musibah pun terpulanglah. Namun saya Emjay tidak sama dengan sdr, Dalam kamus hidup saya ada istilah rahmat dan musibah. Diberikan isteri satu rahmat. Diberikan anak satu rahmat. Ditambah anak satu rahmat. ditambah isteri juga satu rahmat. Diberikan rezeki juga satu rahmat.
Manakala terjatuh berdarah adalah satu musibah. Kemalangan satu musibah. Tayar pancit juga satu musibah. Keguguran satu musibah. Gaji sentiasa tak mencukupi satu musibah. rosak enjin satu musibah. Terlajak usia tidak berkahwin juga satu musibah. Bercerai juga satu musibah. Tiada anak juga musibah.
Apabila kita sudah mengenalpasti rahmat mudahlah urusannya semoga ditambahi lagi dengan rahmat iaitu dengan bersyukur. Allah berjanji insya Allah kita akan memperoleh tambahan nikmat rahmat dari-Nya. Al-Qur’an menerangkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.”(QS.ibrahim [14]: 7)
Apabila kita sudah mengenalpasti sesuatu musibah maka mudahlah kita keluar dari musibah tersebut iaitu dengan mengenalpasti perbuatan mungkar yang menjadi punca musibah tersebut kemudian bertaubat. Inilah ajaran Islam.
Namun kalau sdr Anonymous 2 August 2014 merasakan tidak kahwin itu sebagai satu nikmat maka tidak perlulah sdr melakukan proses muhasabah dan tidak perlulah sdr melakukan proses bertaubat. Selamat menyertai kelab para paderi dan Nun kerana mereka juga beranggapan bahawa mereka adalah antara the selected person yang tidak merasakan mereka diazab dengan musibah malahan mereka beranggapan mereka dipenuhi rahmat dengan TIDAK BERKAHWIN.
Apakah Rabiatul Adawayah, Ibnu Taimiyah dan An-Nawawi benar benar tidak berkahwin? Kalau benar mereka ini tidak berkahwin, adakah mereka ini menjadi nabi-nabi sdr sehingga wajar dijadikan idola.
Bagaimanalah sdr nak membantu orang lain dari kemelut musibah sekiranya sdr pun tak tahu erti rahmat dan musibah.
Semoga sdr Anonymous 2 August 2014 diberikan rahmat dari Allah DAPAT MEMBEZAKAN RAHMAT DENGAN MUSIBAH dan semoga beliau diberikan jodoh.
Emjay
Syukuri apa yg ada pada kamu, cuba dalami dgn teliti betapa beruntungnya kamu dengan apa yg ada pada kamu skrg. Mungkin ada yg tak dapat merasai apa2 bahkan mengeluh dan merungut kerana pencapaian kehidupan kamu rasanya seperti sukar dan menyedihkan. Tetapi kamu tidak tahu, ada insan lain yg lebih buruk keadaannya, hingga akibat dari kesusahan dan malang yg menimpanya, dia akan merasa sangat bahagia jika dia dapat menjadi seperti kamu dan memiliki apa yg kamu ada pada masa sekarang ini. Percayalah. Ada sesetengan insan yg mmg tulisan takdir mereka amat malang dan tak dapat kamu mengertikan. Maka bersyukurlah.
ReplyDeleteSetiap penciptaan Tuhan itu ada pasangannya seperti firmanNya : " Kami ciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan." Ini adalah bertujuan mewujudkan 'balance/ keseimbangan" atau "yin -yang" dalam alam semesta ini.
Ada gelap, ada terang. Ada siang maka ada malam. Ada hitam maka ada putih, ada sedih maka ada gembira, ada org yg takdirnya mudah maka ada yg malang, ada yg memiliki teman maka ada yg akan bersendirian. Ada orang punyai ramai anak, akan ada yg tiada zuriat. Ada orang yg selalu sihat, ada yg selalu sakit. Ada org yg tabah, ada yg mudah putus asa. Ada org kuat, ada orang lemah. Ada orang yg cekap, ada yg lembab. Semuanya berpasang-pasangan.
Allah itu Maha Adil. Apakah maksud Adil? : (saksama , seimbang / balance) Maka kewujudan yin yang atau keseimbangam / balance ini adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya dalam melaksanakan keadilanNya dalam alam semesta ini. Adil BUKAN bermakna semua orang akan mendapat kegembiraan dan berpuashati. Adil adalah keseimbamgan. Maka hasil daripada keseimbangan ini pasti akan mewujudkan pihak yg gembira dan pihak yg tidak berpuashati. Inilah maksud adil yamg sebenar-benarnya. Umpama dacing, atau neraca keadilan, bukankah dacing yg adil itu kedua-dua timbangan sama berat? Memang sukar untuk menghadamkan hakikat ini. Inilah ujian yg sangat menguji. Iaitu sejauh mana seorang hamba itu mampu Bersyukur dan Redha dgn takdirNya terhadap kehidupan ini, tak kira samada takdirNya malang atau bahagia, menggembirakan atau menyedihkan. Jika semua orang berpuashati dan gembira, itu mungkin hanya wujud disyurga, bukan didunia tempat ujian ini.
Ujian untuk dapat merasai kita ini adalah benar2 HAMBA yg lemah, tiada daya upaya melainkan dgn izinNya, dan dapat menghayati betapa Allah Yang Maha Gagah Perkasa dan Maha Berkuasa Melakukan Apa Jua KehendakNya. Ujian untuk memahami bahawa everything in the whole universe is only about Allah, not about us. Bukankah Allah menciptakan makhluk kerana DIA mahu dikenali, diketahui kekuasaanNya, dikagumi, ditakuti, dipuja, digeruni dan tidak diciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk memgabdikan diri padaNYA? Apakah kita mahu menjadi manusia yg angkuh hingga merasakan kita ada hak untuk mengeluh pada takdirNYA walau memang ada yg perit dan adakalanya amat menyeksakan? We have no free will, we only have the appearance of having a freewill...