MEROKOK DAN BALASAN LUMRAH DARI ALLAH dan cara berhenti
Merokok sudah difatwakan haram oleh majlis ulama Malaysia sebelum tahun 2000 tetapi entah mengapa fatwa ini hanya diwartakan beberapa tahun kemudian. Mungkin mereka ingin memberi peluang kepada syarikat rokok untuk lebih bersedia menangani kesan dari fatwa ini. Namun apa yang jelas sama ada diwartakan atau tidak, bilangan mereka yang merokok terus meningkat.
Secara mudah kita semua boleh melihat kesan merokok ini dari dari dua aspek. Aspek pertama ialah ia jelas membazir. Apatah lagi dengan harga rokok yang mahal sekarang. Membazir adalah kerja syaitan. Setiap pembaziran jelas hukumnya iaitu haram. Aspek yang kedua pula ialah merokok jelas merosakkan anggota tubuh iaitu paru-paru. Allah menjadikan tubuh badan kita dengan begitu elok sekali dan setiap kita hendaklah manjaga tubuh badan agar sentiasa sihat. Dengan merokok ia akan merosak paru-paru dan dengan ini jelas hukumnya adalah haram.
Walau hukum merokok ini jelas haram, namun ramai manusia yang mempersendakan hukum Allah. Ada seorang rakan saya dari golongan ustaz dan sudah berusia lebih 50an, bila saya nasihatkan tentang berhenti merokok beliau akan mempersendakan saya dan beliau sanggup berhujjah dengan pelbagai dalilnya bahawa merokok bukanlah haram.
Astaghfirullah. Begitulah Syaitan sudah menjadikan perbuatan buruk mereka dipandang baik oleh golongan ini seperti yang Allah banyak kali sebutkan dalam Al Quran. Begitulah juga golongan yang tidak memakai tudung. Mereka memandang diri mereka adalah lebih mulia, moden dan berpendidikan berbanding daripada mereka yang memakai tudung dan tudung labuh.
Bagi perokok, selalunya mereka memandang diri mereka lebih macho, segak dan bergaya dengan tabiat merokok mereka. Bagi golongan ini, tidak merokok adalah sesuai bagi golongan yang mundur, pondan, antisosial dan lemah. Begitulah tipu daya syaitan yang menipu golongan perokok yang sebenarnya bodoh dan sangat lemah sehingga mudah ditipu dan dipermainkan oleh syaitan.
Kali ini bukan tujuan utama saya untuk menceritakan hukum merokok kerana ia telah banyak kali diceramahkan oleh pelbagai ustaz. Apa yang ingin saya sentuh berkaitan merokok ialah sesuatu yang jarang disebutkan dan diceramahkan berkaitan tabiaat merokok.
Sebelum saya mengupas balasan yang Allah kerap berikan sebagai sunnatullahnya (kelaziman) ke atas perokok, marilah kita melihat senario ini:
Bagi perokok, selalunya mereka memandang diri mereka lebih macho, segak dan bergaya dengan tabiat merokok mereka. Bagi golongan ini, tidak merokok adalah sesuai bagi golongan yang mundur, pondan, antisosial dan lemah. Begitulah tipu daya syaitan yang menipu golongan perokok yang sebenarnya bodoh dan sangat lemah sehingga mudah ditipu dan dipermainkan oleh syaitan.
Kali ini bukan tujuan utama saya untuk menceritakan hukum merokok kerana ia telah banyak kali diceramahkan oleh pelbagai ustaz. Apa yang ingin saya sentuh berkaitan merokok ialah sesuatu yang jarang disebutkan dan diceramahkan berkaitan tabiaat merokok.
Sebelum saya mengupas balasan yang Allah kerap berikan sebagai sunnatullahnya (kelaziman) ke atas perokok, marilah kita melihat senario ini:
- Orang yang banyak melakukan maksiatberkaitan seks, Allah mengambil semula rahmat seks dari pelaku ini dengan memberi penyakit seperti AIDS atau siphilis. Bila kemaluan dah berkudis dan bernanah, bagaimana nak berjimak?? Satu contoh lain ialah orang yang kerap melakukan dosa berkaitan seks, dengan suka bahan pornografi, rahmat seks di ambil Allah apabila berjimak iaitu, bila melakukan jimak dengan isteri, tidak sampai seminit sudah terpancut airmaninya. Begitulah sunnatullahnya.
- Orang yang suka menipu orang lain, kelak kehidupan masa depannya, orang lain akan banyak menipunya pula.
- Orang perempuan yang suka berdandan sewaktu pergi kerja di pejabat dengan mekap setebal “1 kilogram” dan lipstik merah menyala adalah jelas haramnya. Setengah daripada mereka sudah pun bersuami. Kelazimannya bagi perempuan yang sudah berkahwin ini Allah akan memberikan kepada mereka orang ketiga sebagai musibah dan ujian. Itulah sebabnya banyak kes maksiat jenis ini berlaku di pejabat yang menjerumuskan kepada keruntuhan keluarga. Bagi seorang lelaki yang suka dan redha kepada perempuan yang bermekap, Allah akan berikan pula isteri yang suka bermekap dan seterus suami ini akan terpesona pula dengan perempuan lain yang seterusnya akan memporakperandakan keluarga mereka. Begitulah sunnatullahnya.
- Orang yang suka meceritakan keburukan orang lain (mengumpat) satu ketika kelak Allah akan menjadikan orang ini sebagai tajuk utama umpatan gosip orang-orang lain.
- Orang yang suka berjudi lazimnya akan hidup dengan banyak angan-angan dan kemiskinan yang melarat. Seorang yang sangat saya kenali menjadi tauke judi dengan menyediakan kolam memancing ikan dengan pelbagai pertaruhan seperti pancingan terbanyak mingguan dan pelbagai jackpot lainnya dengan pelbagai hadiah pertaruhan dari TV warna dan motorsikal Jaguhnya akhirnya mengalami kemelaratan yang tidak pernah dilaluinya seumur hidupnya.
- Orang yang banyak berjalan dimuka bumi Allah dengan tidak sepatutnya seperti melakukan dosa-dosa kecil, kelak banyak kali tayar motorsikal atau keretanya selalu pancit mungkin terlanggar paku dan sebagainya. Kalau banyak melakukan zina atau perkara menghampiri zina pula kelak insya-Allah diberikan Allah kerosakan enjin motorsikal atau kereta sewaktu menggunakannya.
Memadailah saya menceritakan 6 senario seperti diatas. Setiap musibah yang Allah berikan ada kelaziman dan ia berpunca dari kesilapan / kezaliman manusia itu sendiri dan ini Allah banyak kali menyatakannya di dalam Al Quran. Manusia yang dengan sengaja merancang kemalangan orang lain dengan menyimbah minyak hitam bercampur air ke atas jalan raya dengan tujuan mengambil keuntungan dari masalah orang lain insya Allah mereka ini dibalas Allah dengan bencana kemalangan yang lebih mengerikan.
Setiap musibah yang diberikan menurut AL Quran adalah berpunca dari kesilapan manusia. Musibah ini juga adalah satu ujian manusia semoga mengambil iktibar dari musibah Allah tersebut semoga bertaubat dan memperbaiki kesilapan ini. Sekiranya kita redha dengan musibah ujian Allah ini, kelak insya-Allah akan di lupuskan dosa-dosa yang lalu. Kita sangat perlu redha dengan setiap musibah Allah ini kerana selain dari dilupuskan dosa-dosa lalu, Allah berkata dalam Al Quran bahawa setiap rahmat Allah akan dimulai dengan musibah.
Pengenalan yang saya berikan begitu panjang sekali, jadi apakah sebenarnya satu kelaziman / sunnatullah yang diberikan Allah kepada perokok?? Berikut adalah kelaziman musibah yang diberikan Allah kepada perokok:
Susah sangatkah seseorang itu untuk berhenti menghisap rokok?? Sebenarnya ia boleh jadi senang atau susah dan ianya bergantung bukan ke atas Allah tetapi bergantung kepada perokok itu sendiri. Diwaktu bulan puasa, semua perokok hampir tiada masalah untuk tidak merokok waktu siangnya kerana perokok tersebut sudah menetapkan niatnya serta bertekad untuk berhenti sekadar pada waktu siang sahaja. Allah
Sekiranya perokok berniat dan bertekad untuk terus berhenti merokok, sebenarnya dengan menggunakan model bulan puasa, ia adalah suatu proses yang mudah sekiranya perokok tersebut hendak menjadikannya mudah. Saya sendiri sewaktu muda dahulu pernah merokok dan alhamdulillah diusia awal tiga puluhan sudah berhenti. Ramai yang dinasihati alhamdulillah berjaya terus berhenti merokok dengan mudah sekali kerana perokok tersebut menjadikannya mudah.
Bagi memudahkan proses berhenti merokok, boleh gunakan nasihat berikut:
Berhenti merokok sebenarnya satu proses yang sangat mudah sekiranya perokok ingin menjadikannya mudah dan ia akan menjadi sangat sukar sekiranya perokok seorang yang lemah dan gembira dengan tabiaat merokok ini dan tiada niat dan tekad untuk berhenti.
Berhentilah merokok kerana perokok bakal mewarisi tabiaat ini kepada anak-anak dan keturunan.
- Warna gigi dan bibir yang berlainan yang hanya dimiliki oleh perokok.
- Bau badan yang dibenci oleh orang perempuan dan isteri
- Baju yang bocor terkena bara rokok terutama sekali yang menghisap rokok keretek.
- Masaalah berkaitan paru-paru dan jantung dan boleh membawa kepada barah paru-paru.
- Mengah atau mudah penat apabila membuat kerja terutama kerja yang berat. Itulah sebabnya tidak terdapat di dunia ini ahli sukan seperti pelari pecut dari kalangan perokok
- Musibah seterusnya ini adalah musibah yang besar namun ia berlaku secara tidak langsung. Sesuatu perbuatan haram yang berdosa sebenarnya adalah pintu masuk kepada pelbagai perbuatan haram
lain yang lebih besar. Jika dibuat kajian, akan didapati bahawa gejala menghisap rokok adalah batu loncatan yang sangat sempurna untuk seseorang melakukan kerosakan dosa yang lebih besar seperti menyalahguna dadah seperti ganja, heroin dan pil kuda. Satu benteng yang kukuh bagi mengelakkan gejala dadah sebenarnya ialah “JANGAN MEROKOK”. Insya-Allah kalau tidak merokok, tiadalah menyalahguna dadah. - Musibah yang terakhir yang saya mampu senaraikan di sini ialah perkara yang penting yang sering menimpa perokok (selain orang yang suka berjudi). Musibah teakhir dan terpenting ini ialah PEROKOK AKAN MENGALAMI MASALAH KERAP PUTUS DUIT. Baik orang bujang atau sudah berkahwin, putus duit adalah satu masalah besar. Kalau gaji hanya bakal diterima seminggu lagi, tetapi dalam kocek sudah kehabisan duit, ini bakal menjerumuskan perokok kepada masalah yang lebih rumit iaitu MASALAH BERHUTANG. Masalah putus duit dan hutang ini akan menjerumuskan perokok ini pula kepada masalah lain iaitu masalah jiwa yang resah, kacau bilau dan tidak tenteram. Masalah utama tersebut boleh menjerumuskan dan menambah kepada masalah
lain yang lebih kronik iaitu menipu, mencuri dan menyalahguna kuasa dan rasuah. Seorang kenalan saya yang kuat merokok bergaji melebihi 6 ribu ringgit serta isteri pula bergaji melebihi 7 ribu ringgit sebulan, baru-baru ini mengalami masalah keretanya hendak ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan dan kereta tersebut pula sudah tamat road tax dan insurans. Rakan saya ini sudah putus duit dan tidak mampu memperbaharui road tax dan insurans kereta ini. Namun diberanikan sahaja oleh kenalan saya ini kehulu ke hilir memandu kereta tiada road tax dan insurans ini. Seorang kenalan lain saya seorang profesor madya bergaji lebih 7 ribu sebulan dan isteri seorang guru kerap berhutang dengan rakan sekerja (dia ini seorang perokok gred A – bertali arus). Beliau ini telah
kehilangan seorang rakan rapatnya kerana gagal melunaskan hutang beribu ringgit. Begitulah kalau rakan saya dari golongan profesor madya lain dapat mengumpul harta, kenalan saya ini sekadar rumah dan kereta sahaja dengan pelbagai hutang.
Susah sangatkah seseorang itu untuk berhenti menghisap rokok?? Sebenarnya ia boleh jadi senang atau susah dan ianya bergantung bukan ke atas Allah tetapi bergantung kepada perokok itu sendiri. Diwaktu bulan puasa, semua perokok hampir tiada masalah untuk tidak merokok waktu siangnya kerana perokok tersebut sudah menetapkan niatnya serta bertekad untuk berhenti sekadar pada waktu siang sahaja. Allah
sekadar memudahkan proses seterusnya setelah manusia itu sudah berniat dan bertekad. Namun perokok tidak ada niat dan tekad untuk berhenti merokok pada sebelah malamnya. Itulah sebabnya Allah mengizinkan perokok untuk terus merokok pada sebelah malamnya kerana itulah sebenarnya kehendak dan tekad perokok.
Sekiranya perokok berniat dan bertekad untuk terus berhenti merokok, sebenarnya dengan menggunakan model bulan puasa, ia adalah suatu proses yang mudah sekiranya perokok tersebut hendak menjadikannya mudah. Saya sendiri sewaktu muda dahulu pernah merokok dan alhamdulillah diusia awal tiga puluhan sudah berhenti. Ramai yang dinasihati alhamdulillah berjaya terus berhenti merokok dengan mudah sekali kerana perokok tersebut menjadikannya mudah.
Bagi memudahkan proses berhenti merokok, boleh gunakan nasihat berikut:
- Elakkan dari berkata sebutan yang negatif seperti “susahlah nak berhenti merokok” atau “lecehlah” kerana sebenarnya setiap sebutan kita adalah doa. Apabila kita berkata dengan sebutan negatif ini, sebenarnya insya-Allah Allah akan memakbulkan doa tersebut lalu diberikan Allah jalan yang sukar
untuk berhenti merokok. Sebaik-baiknya jangan berkata apa-apa bila hendak berhenti merokok. - Seterusnya gantilah sebutan berkaitan keinginan berhenti merokok ini dengan sebutan yang positif dan doa seperti “ya Allah permudahkan usaha aku untuk berhenti merokok buat selama-lamanya”.
Sebutlah selalu sama ada di mulut atau didalam hati dengan sebutan seperti ini atau sebutan lain yang positif. Ingat setiap sebutan adalah sebenarnya doa. - Sembahyang sunat taubat dua rakaat dengan sepenuh taubat dari perbuatan merokok lalu dan minta Allah ampunkan
- Dalam sujud terakhir setiap sembahyang 5 waktu, berdoalah dengan satu doa yang bulat iaitu minta Allah permudahkan segala urusan berkaitan hajat untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.
- Kesalilah perbuatan merokok anda yang lalu kerana ini adalah sebahagian dari tanda bertaubat . Seterusnya teruskan tekad untuk berhenti selama-lamanya. Pandang hinalah perbuatan merokok anda yang lalu dan kepada rakan-rakan anda yang merokok.
- Jauhi diri anda dari semua rakan anda yang merokok kerana mereka semua tidak akan redha dengan usaha anda berhenti merokok. Mereka akan menasihati anda untuk kembali kepada merokok. Asap rokok mereka juga adalah amat menyulitkan sekiranya anda terbau terutama sekali pada awal peringkat berhenti merokok ini.
Akhir sekali sebagai nasihat saya kepada yang merokok, berhentilah melakukan dosa berkaitan menghisap rokok. Setiap dosa walau dosa kecil, sekiranya dilakukan berulang kali akan menjadikan pelakunya FASIK. (Semua penghisap rokok FASIK??). Dosa ini mengundang pelbagai musibah dan kesulitan hidup anda didunia dan pastinya di akhirat perokok ini akan mendapat balasan setimpal dengan dosa-dosa ini.
Berhenti merokok sebenarnya satu proses yang sangat mudah sekiranya perokok ingin menjadikannya mudah dan ia akan menjadi sangat sukar sekiranya perokok seorang yang lemah dan gembira dengan tabiaat merokok ini dan tiada niat dan tekad untuk berhenti.
Berhentilah merokok kerana perokok bakal mewarisi tabiaat ini kepada anak-anak dan keturunan.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay.
tambahan:
ReplyDeletehttp://www.syariahonline.com/new_index.php/id/4/cn/23971
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/4/cn/11467
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/4/cn/4418
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/9145
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/3947
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/3161
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/2297
http://www.syariahonline.com/new_index.php/id/11/cn/2084
http://www.eramuslim.com/ust/fqk/45762468.htm
http://www.eramuslim.com/ust/fqk/44a0d1e0.htm
http://www.eramuslim.com/ust/fqk/444600c2.htm
Assalamualaikumwbt sdr yanuarmuharrom
ReplyDeletesemoga Allah sentiasa memberkati sdr.
Bersyukur dan terima kasih di atas usaha sdr tersebut. Semoga Allah sahaja membalasnya.
Emjay
wa iyyakum brother..
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh emjay
ReplyDeleteSaya orang baru dan saya sangat bersetuju dengan cerita ini berdasarkan pengalaman saya bersuamikan seorang insan yang pernah meroko, berhenti dan memulakan semula tabiaat lama sekarang walaupun tidak kerap tetapi masih merokok.
Betullah bagai dikatakan emjay.
insaniah
saya dah acap kali berenti merokok ni....
ReplyDeletetp isap semula sbb ramai kekawan yg perokok,kita x nak dia hulur jugak
lama-lama isap balik....
x tau la bila nk berenti.....
adakah saya ni x ada commitment...?.
boleh mj bg nasihat atau petua...
Arwah guru saya kata, setiap yang baik memerlukan pengorbanan. Apabila seseorang bertaubat nasuha, secara lumrahnya ia akan kehilangan kawan. Seorang pelacur bila bertaubat perlu redha kehilangan rakan pelacurnya. Sekiranya takut kehilangan kawan, pastinya pelacur ini akan melacur semula.
ReplyDeletehajilloh perlu redha bahawa kawan yang mengajak semula untuk merokok ini sebenarnya adalah syaitan (syaitan terdiri dari jin dan manusia).
Jauhi syaitan manusia rakan perokok anda sekiranya ingin mencari rahmat Allah.
Emjay
klau isap rokok daun tnpa tembakau plak,camne hukumnya mj???
ReplyDeleteIa tetap merosakkan paru-paru. Partikel dalam asap tersebut akan termendap dalam paru-paru. Setiap sesuatu yang merosak tubuh badan yang Allah jadikan begitu sempurna maka hukumnya........
ReplyDeleteharam...
ReplyDeleteaku bace artikel ni sambil isap okok....bugus takk?hahah...tengok 2 sedut lagi!!!....from dasuka
ReplyDeleteuy7ryu
ReplyDeleteIngatlah bahawa azab Allah SWT itu perit. Tak takutkah sdr dengan azab Allah??
ReplyDeleteEmjay
aku bace artikel ni sambil isap okok....bugus takk?hahah...tengok 2 sedut lagi!!!....from dasuka
ReplyDeletehttp://abuaqil08.blogspot.com/
Lu layak baca ni bro. Ada berani???
kita x baik merokok........x baik untuk kesihatan,membazir pula 2......islam mementingkan kebersihan....klo isap rokok seolah olah kita ini tidak bersih...ingat 2 umat islam smua
ReplyDeletedaripada:izaan & ridhwan 14thn (SMK DURIAN TUNGGAL)
klu nak cerita pasal merokok ni memang panjanglah kisahnya yg berkaitan dgn agenda yahudi, iblis, dan kelemahan individu sbg manusia yg bernama hambaAllah. ckp la mcm mana pun, hujah la mcm mana pun, keluar ayat2 mcm mana pun, perokok akan tetap dgn pelbagai alasan mereka. klu budak kecil tu boleh la dipukul ke ape ke, klu dah besar panjang ni.. berdoa minta tolong dgn Allah swt je la caranya sambil mengusahakan cara yg menampakkan kehinaan merokok. itupun klu org yg disamping para perokok masih ambil peduli dan berharap perokok itu berhenti merokok.. berhenti kerana Allah swt. dari pengalaman yg lalu, klu setakat berhenti kerana takde duit atau kerana perkara2 lain, selalunya tak berpanjangan.
ReplyDeletewallahualam.
Betullah tu
ReplyDeleteEmjay
pengalaman benar saya... saya dulu perokok tegar... secara tiba2 2 jam sebelum masuk waktu solat jumaat rokok yg terakhir saya hisap rasa teramat-amat teruk.. sejak itu terus tidak merokok sehingga hari ini (telah 2 tahun). mungkin hikmah dari allah yg dengar rintihan hati saya setiap hari kerana tak dapat mesra dengan anak2 kerana wajah saya nampak bengis pabila merokok. sejak berhenti, rakan merokok saya dah tidak rapat dengan saya tapi anugerah wajah makin segar dan berseri serta makin rapat bersama anak2 dan isteri. itulah pengorbanan yg saya hadapi dan anugerah yg saya terima.
ReplyDeleteAlhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan rahmatNya kepada sdr.
ReplyDeleteEMjay