Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 21 February 2007

Isu cawat besi oleh Datuk Abu Hassan Din

Isu cawat besi oleh Datuk Abu Hassan Din

 

Baru-baru ini tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ini mencadangkan pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa.


Pandai sungguh Datuk Abu Hassan Din menggeletek saya sehingga saya ketawa terbahak-bahak. Saya rasa saranan Datuk ini macam tengok cerita kartun di TV.

 

Bagi menyanggah saranan Datuk Abu Hassan ini, saya ingin ketengahkan analogi  sebelum Malaysia mempunyai lebuhraya, kadar kemalangan di Malaysia sudah sedia tinggi. Berkatalah pak menteri “Lebuh raya yang sedang dibina bakal menurunkan kadar kemalangan kerana lebuh raya ini lurus dan lebar serta banyak lorongnya”. Rakyat menunggu penuh harapan semoga kadar kemalangan yang tinggi ini dapat di kurangkan. Selepas beberapa tahun lebuh raya siap malahan sehingga sekarang ini pun, kadar kemalangan masih tinggi dan antara tertinggi di  dunia. Dimana silapnya??

 

Selagi rakyat Malaysia tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup, selagi itulah Allah akan mengazab manusia. Bayangkanlah di manakah negara lain selain Malaysia, ada segelintir manusia suka mengambil kesempatan dari kepayahan manusia lain seperti kes menuangkan minyak hitam bercampur air di atas jalanraya agar kenderaan akan mengalami kemalangan seperti yang banyak dilakukan oleh “tow truck”. Begitu juga ada segelintir manusia sanggup melastik dengan batu dari lereng bukit ke arah kenderaan yang sedang lalu agar cerminnya pecah semoga mereka ini dapat habuan dari pekedai yang memberikan khidmat menukar cermin kenderaan?? Inilah perbuatan buruk manusia yang insya-Allah bakal mengundang musibah dan berkemungkinan manusia seperti ini akan diberikan Allah kemalangan yang ngeri diketika mereka sangat mengharapkan keselamatan seperti balik bercuti untuk berhari raya.

 

Allah telah berfirman dalam ayat-ayat berikut:

 

An Nisaak:111. dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu dosa maka Sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

Tohaa: 124. "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".

 

Al Ankabut: 40. maka masing-masing Kami binasakan Dengan sebab dosanya, Iaitu di antaranya ada Yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya Dengan batu; dan ada Yang dibinasakan Dengan letusan suara Yang menggempakan bumi; dan ada Yang Kami timbuskan Dia di bumi; dan ada pula Yang Kami tenggelamkan di laut. dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri.

 

Asy Syuura: 30. dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

 

Yunus:27. dan untuk orang-orang Yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan Yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka Pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup Dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam Yang gelap-gelita. mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

 

Dari ayat-ayat AlQuran ini jelas bahawa musibah seperti kemalangan adalah disebabkan kezaliman manusia itu sendiri dan Allah memberikan balasan yang setimpal sebagaimana orang yang suka berzina akan diberikan AIDS.

 

Kembali kepada kes zina, rogol dan cawat besi di Malaysia ini yang begitu berleluasa, apakah kezaliman manusia dan dosa-dosa yang telah mengundang musibah yang sebegini rupa. Berikut saya ingin menyenaraikan antara pelbagai dosa manusia yang mungkin menyebabkan Allah menurunkan azab seperti ini.

 

1.      Hukum Allah dipersendakan.

Berhubung isu ini, mari kita lihat ayat Al Quran berikut: Mereka yang memutuskan perkara dengan selain hukum Allah, Firman Allah Al Maidah: 44

"Barang siapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir."

      Dari ayat ini jelas bahawa sesiapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; maka orang tersebut telah kafir menurut ayat ini.

      Di Malaysia ini terlalu ramai manusia yang merasakan hukum dari akal fikiran mereka jauh lebih baik dari hukum yang ditetapkan oleh Allah. Lihat sajalah, merokok dibiarkan, berzina di denda sekitar RM1000, minum arak denda, mencuri masuk penjara (dan ironinya, selepas keluar penjara mencuri lagi). Lebih melucukan lagi apabila orang tertentu yang ingin melaksanakan hukum Allah seperti menangkap orang Islam minum arak di The Zoux dikenakan tindakan dan yang meminumnya terlepas dari sebarang tindakan.

      Orang seperti ini merasakan hukum Allah tidak sesuai dengan mereka dan tidak sesuai dengan zaman sekarang. Oleh kerana hukum Allah tidak cantik, maka ia perlu dipinda. Inilah satu fitnah terbesar terhadap Allah dan dengan itu balasan kesalahan ini Allah katakan sebagai balasan terbesar iaitu menjadi kafir!!

      Apabila hukum-hukum yang bertentangan dengan apa yang diperintah Allah dalam Al Quran dilaksanakan di Malaysia, sebenarnya Malaysia mengundang musibah dan bukan rahmat dari Allah. Itulah sebabnya bilangan anak haram diluar nikah di Malaysia sudah menjangkau puluhan ribu sebagai musibah dari Allah. Sila rujuk Mastika bulan Januari atau Februari

2.      Mendedahkan aurat.

Manusia telah lupa ajaran Islam menutup aurat. Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur di sekitar Lot 10, sedih mengenangkan nasib umat islam yang tidak segan silu membuka aurat masing-masing  mempertontonkan rambut, peha dan pangkal dada dengan pakaian yang ketat macam sarung nangka. Buah nangka kalau masih muda tidak mengapa kalau tidak berbungkus. Kalau buah nangka sudah semakin remaja (belum masak tetapi makin tua) dan tidak berbungkus, ia akan jadi hidangan ulat. Kalau pada peringkat ini sudah dibungkus rapi (bukan bungkus ala kadar) insya-Allah buah nangka ini akan masak dengan baik dan boleh dijadikan hidangan manusia. Begitulah analogi bagi perempuan. Pada usia 2 – 4 tahun kalau tidak menutup aurat, insya-Allah tidak membahayakan kanak-kanak ini. Bila dah masuk enam tahun atau sudah mumaiyiz, tutuplah aurat mereka bersandarkan surah An Nuur ayat 31. Bila sudah melaksanakan perintah Allah ini kelak wanita ini akan di jodohkan Allah dengan lelaki yang baik sesuai dengan surah AnNuur: ayat 3 dan ayat 26.

Mendedahkan aurat memang menyeronokkan lelaki namun lelaki yang beriman insya-Allah dapat mengawal nafsunya. Allah berfirman dalam surah Al Ahzab: 59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah memberi peringatan di sini bahawa apabila tidak menutup auratnya seperti ayat ini, Allah akan mengizinkan lelaki yang jahat untuk mengganggu dan gangguan terbesar dari kaum lelaki adalah ROGOL.

3.      Berhias

Menurut An Nuur ayat 31, sudah jelas hukum Allah berkaitan berhias. Memakai barangan kemas dari emas, perak, logam, batu berwarna atau barangan plastik seperti dipakai kaum india sudah jelas hukumnya. Memakai tudung yang dihias batu berkilau juga sudah dikategorikan berhias dan dilarang di dalam Islam. Dalam bahasa mudah, mengenakan sesuatu atau memakai sesuatu yang menarik perhatian orang terutama sekali lelaki adalah berhias. Apa lagi kalau perempuan memakai lipstick, celak, eye shadow  dan sebarang mekap lain di pipinya.

Oleh kerana sebenarnya sama ada disedari atau tidak oleh orang perempuan yang berhias bahawa mereka menarik perhatian orang, maka sebagai pembalasannya, satu ketika Allah akan datangkan seseorang yang benar-benar sudah tertarik hatinya dan ini pastinya bakal mengundang zina atau rogol.

Orang lelaki kalau ingin dirangsang nafsu seksnya, pergilah ke kawasan seperti Lot 10 di KL dan kalau ingin tenteram jiwanya dari gangguan nafsu seks, pergilah ziarah umrah di Mekah atau Madinah, insya-Allah tenteram melihat perempuan dengan jubah hitam dan tiada perhiasan yang terdedah.

4.      Memakai bau-bauan

Lelaki memang suka perempuan yang berhias dan memakai bau yang harum. Allah yang menjadikan manusia memang mengetahui sifat lelaki ini. Itulah sebabnya Allah meletakkan hukum tertentu bagi mengelakkan perkara buruk. Bila saya naik lif dengan perempuan yang memakai bau-bauan sememangnya menyegarkan dan merangsang nafsu apatah lagi perempuan tersebut mendedahkan auratnya.

Nabi telah menasihati agar perempuan yang keluar dari rumahnya tidak mengenakan bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu orang lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

Jadi kalau perempuan seperti ini berzina atau dirogol, jangan marahkan Allah tetapi marahlah diri sendiri.

5.      Bercakap manja

Allah berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 32:

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).

Lelaki kalau mendengar suara perempuan yang manja memang menyeronokkan. Itulah sebabnya, ada lelaki yang tertawan dengan perempuan tanpa melihat rupa paras wanita tersebut tetapi hanya dengan mendengar suara yang manja menawan di telefon.

Orang perempuan yang baik ialah yang bercakap dengan nada yang biasa tanpa di ubah menjadi mengada-ngada dan manja menawan. Kalau dibuat juga insya-Allah diberikanNya musibah seperti zina dan rogol. 

6.      Pakaian yang nipis dan ketat.

Pakaian jenis ini Allah bahasakan mereka sebagai berpakaian tetapi telanjang. Bayangkan apa akan berlaku kepada wanita berjalan di Lot 10 dengan keadaan telanjang. Pelbagai musibah insya-Allah bakal menimpa wanita yang bertelanjang ini.

7.      Bercampur gaul lelaki dengan perempuan dengan bebas.

8.      Berpakaian warna merah dan warna lain dan corak yang menawan

 

Demikianlah 8 alasan yang saya boleh senaraikan mengapa kejadian rogol berleluasa di Malaysia. Bayangkan adakah masalah rogol akan selesai sekiranya wanita keluar rumah memakai cawat besi namun tidak menutup aurat, berhias, memakai minyak wangi, bercakap dengan nada menggoda, baju ketat dan nipis, baju merah kuning dengan corak yang garang dan bergaul bebas dengan lelaki! Itulah sebabnya saya begitu tergelak dengan saranan datuk Abu Hassan ini.

 

Masalah rogol dan zina hanya saya ulang HANYA insya-Allah dapat ditangani apabila hukum Islam di Malaysia dilaksanakan dan ditegakkan secara TOTAL. Janganlah seperti sekarang di mana ustaz dan ustazah di sekolah menyuruh orang perempuan bertudung dengan elok tetapi RTM dan kuncu-kuncunya termasuk TV3  menyuruh masyarakat berpakaian seperti mereka, subhanAllah apalah nak jadi.

 

Berkaitan saranan Datuk Abu Hassan ini kalau hendak dikatakan ikut sunnah, memang saya belum dengar ada amalan zaman nabi kaum wanitanya memakai cawat besi. Tambahan pula kalau dikenalkan hukum pakai cawat besi  di Malaysia, siapa yang akan memegang anak kuncinya?? Poliskah atau Datuk sendiri yang akan memegang anak kuncinya?? Saya pastinya saya sendiri tidak ingin memegang anak kunci cawat besi anak perempuan saya sewaktu mereka keluar rumah atau ke sekolah. Kalau mereka hendak ke tandas, macam mana saya akan membuka cawat tersebut? Nampak sangat saranan Datuk ini macam seorang yang sudah kurang siuman. Kalau anak kunci cawat besi ini diberikan kepada pemakainya, samalah macam tidak pakai cawat besi!

 

Kembalilah kepada Islam secara TOTAL. Jadikanlah Islam sebagai Addeen, insya-Allah berbagai rahmat kelak akan diberikan oleh Allah. Yakinlah dengan kebijaksanaan Allah mengatur perjalanan dunia ini. Manusia sentiasa lemah dan Allah sentiasa sempurna. Ikut sahajalah hukum yang Allah telah tetapkan seperti dinyatakan dalam AlQuran dan Hadis.

 

Saya memberikan pandangan tidak berdasarkan kedudukan seseorang. Nabi berpesan jangan lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang diperkatakan oleh seseorang walaupun yang berkata itu hanya seorang arab Badwi.

 

Sekian wassalam wallahualam

 

Emjay.

12 comments:

  1. sesuatu yang sal tak dapat terima Emjay. baru sabtu lepas ustaz hassan din datang ke singapura beri ceramah bersama aa gym. sayangnya sal terlalu sibuk dengan kuliah dan mengajar. jadi sal tak dapat hadir. i feel like to ask him personally kenapa dia beri ujaran tersebut. sayangnya tak da rezeki hari tu...

    ReplyDelete
  2. Apa salahnya tegur menegur. Saya silap Sal tegur, Datok Hassan Din silap saya tegur. Itulah namanya hidup tegur menegur. Datuk Hassan Din bukannya maksum. Saya lagi rendah ilmunya berbanding Datok Hassan. Saya rela ditegur. Hidup saya banyak sekali ditegur terutama sekali oleh arwah guru saya. Alhamdulillah saya telah banyak berubah. Janganlah kita taksub dengan seseorang. Kalau taksub dengan ajaran Nabi Muhammad itu elok sekali.

    ReplyDelete
  3. Semua yang silap perlu ditegur.... Tak kira siapa kita ada silapnya.... Teguran perlulah berhikmah dan menggunakan kata-kata boleh diterima. Mengata di belakang juga tidak berguna... elok jumpa terus orang yang hendak ditegur.... Usahakan hubunginya untuk diperbetulkan...Contoh Dr.Ibrahim dan Dr. Norhisham.. Tiada siapa nak tegur mereka berdepan... mereka sendiri pun tak tau apa yang mereka buat...Begitu juga Dato Abu Hassan... kena tanya kenapa dia mengeluarkan kata-kata sebegitu..... adakah ada orang yang letak pistol kat belakangnya. Gurau je.. Jangan cepat melenting.

    ReplyDelete
  4. Mj ni taksub dengan GURUNYA..... Orang lain tegur..... macam la dia dengar sangat... yang dia nak kita bertanya dengan dia... agar dia boleh menunjukkan ke"terror"an nya tu konon nya maacam ulama.

    ReplyDelete
  5. Saya bukanlah nak bersetuju sangat ngan antijumud ni, tapi dari apa yang dah saya tengok pada topik-topik yang diperbincangkan minta maaf saya katakan yang tuan emjay nie orangnya agak takbur dan boleh dikatakan riak kot (saya pun tak pasti apa yang sesuai untuk saya describe tuan ni). Maaf kalu menyinggung. Kalu saya, saya paham apa yang Datuk Hassan Din nak sampaikan. Kata-kata beliau tu bersifat SINDIRAN pada orang-orang tertentu. Nak cakap terus tentang pelaksanaan Hudud nanti terus orang-orang UMNO akan cop dia sebagai PAS pulak dan akan terjadi fitnah-fitnah lain. Itu yang dia cuba nak sampaikan. Tuan emjay nie saya tengok terlalu cepat sangat melenting. Kalau orang yang berpegang pada ilmu agamaNya tak lah macam tuan nie. Saya bersetuju dengan kata-kata Sal, jangan la kita nak jatuhkan hukuman tanpa diselidiki dahulu tentang kesahihan dan maksud yang hendak disampaikan. Tuan dah buat tuduhan melulu dan merosakkan nama baik seorang ilmuan Islam. Tuan sendiri cakap ilmu tuan masih rendah berbanding dengan Datok Hassan Din, kenapa sewenang-wenangnya nak buat spekulasi dengan mencemarkan nama baiknya. Saya rasa kalau tuan jumpa dengan Datok sendiri dan bertanya apa yang dia maksudkan lagi bagus. Saya rasa Datok bukanlah orang yang kedekut ilmu atau cepat melenting macam tuan. Pasti dia akan jawab apa maksud sindirannya tu.

    ReplyDelete
  6. Kalau Dato' Hasan Din yang saya rasa terbukti ilmunya saya yakin sikit. tapi kalau tuan emjay nie saya agak was-was. Saya nie bukan apa, masuk web nie pun atas saranan seorang sahabat yang mana sahabat saya nie adalah muallaf. Cina masuk Islam. Saya lihat perubahannya dan pendapat-pendapatnya terlalu ta'sub pada emjay. Saya cuba nasihati dia, belajar dulu perkara yang paling asas. Baca qiraati, belajar al-quran dan bab-bab tauhid nie dulu sebelum berpegang pada sesuatu pendapat. Bacalah atau dengarlah apa-apa kuliah pun tapi, asas kena ada. Ilmu fekah dan ilmu tauhid tu kena kukuh. Cari guru yang kita betul-betul tahu dan yakin akan ilmunya bukan sembarangan. Baca je buku agama tanpa ada gurunya itu bahaya. Ditakuti yang nak di faham lain dan yang difaham tu lain. Tuan emjay ni dah bagus menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar tapi yang payahnya bila ada orang ikut emjay bukan kerana Allah atau menuntut ilmu bukan kerana Allah tapi terlalu ta'sub pada tuan. Tu yang saya bimbang tu.

    ReplyDelete
  7. hehe... pada saya, ustaz Abu Hassan jaz gurau berkias tu, memang mukanya nampak serius, tapi apa yang tersirat tu yang perlu kita fikirkan... tentang undang2 lak pada saya undang undang yang mendatang cam pakai tali pinggang keledar, pakai topi keledar, n sebagainya tu, dah cantik dah... tapi kenapa kemalangan or jenayah masih tinggi ialah sebab manusia tidak dididik untuk takutkan Tuhan... sebab tu walau hukuman gantung ker, kusi letrik ker, tembak kepala, pukul kepala kemaluan lelaki ker ( minta maaf ), rejam ker, potong tangan ker, selagi manusia tidak takut pada tuhan sampai bila pun jenayah akan terus berlaku...

    ReplyDelete
  8. SEDARLA ENCIK EMJAY
    awak tu suka ati je nak cakap...mulut cabul dan tak cukup ilmu agama..

    Insyaallah...
    kalau tidak ada apa2 aral,dan ada kesempatan, INSYAALLAH...SAYA USAHAKAN DAN saya bercadang untuk mengadakan sesi perjumpaan bersama mufti dan ulama' DENGAN ENCIK EMJAY ni...
    sampai ISMAIL KAMUS PUN DIKUTUKNYA....masyaallahh...

    encik emjay mungkin baru mengenali islam, dan CUBA UNTUK BERLAGAK TAHU SEGALANYA..

    ReplyDelete
  9. Sekadar memberikan pandangan kepada seseorang adakah menjadi satu kesalahan?

    Cuba sdr didibee copy paste bahagian mana dari saranan saya di dalam artikel tersebut yang menyalahi hukum Islam??

    Emjay

    ReplyDelete
  10. kenapa kalian semua takut dengan pekara yang benar? Belajar lah al-Quran dan Hadis jangan guna ilmu akal kalaian semua yang cetek itu. biar siapa pun yang bercakap walau pun seekor semut sekalipun, selagi tidak menyalahi Al-Quran dan Hadis kita kena ikut. biar kita taksub pada Al-Quran dan Hadis jangan kita taksub pada manusia biasa. Takutlah pada Allah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh sdr noorlan32

    Semoga Allah mematikan saya dan sdr noorlan32 dalam iman

    Emjay

    ReplyDelete
  12. bercakap mendengar melihat,,,,,siapakah yang benar
    adakah kita benar dalam islam ,,,,adakah islam terletak pada sembahyang,pakaian..dan segalanya
    kalau kita tidak duduk dalam sidik amanah tablik fatanah,,,adakah kita benar2 islam
    islam luas islam nih politik ke,,,kepentingan peribadi ke,,,ape
    dalam alquran ada pecahannya ,,,islam ni bersesuaian dgn keaadaan,,,
    adakah islam letak pada hukum2
    dan adakah islam terletak pada hati kamu
    adakah terletak pada perlaksanaan
    ?????????????????


    ReplyDelete