Assalamualaikum wbth
(Updated 15 Disember 2019)
Zina adalah persetubuhan antara lelaki dengan wanita dengan persetujuan kedua-dua pihak. Kalau satu pihak setuju satu pihak tidak setuju sudah menjadi rogol pula. Jimak antara suami dan isteri pula adalah satu ibadah sebagaimana hadis berikut:

“ Pada kemaluan kamu mempunyai sedekah.” Para sahabat terkejut lalu berkata: “Kami menggunakannya untuk melepaskan syahwat lalu diberi pahala?” Baginda saw menjawab: “Apakah kamu tidak melihat, bagaimana jika ia digunakan pada tempat yang diharamkan, adakah ia satu dosa?” Mereka menjawab: “Ya.” Nabi melanjutkan sabdanya:”Begitulah juga jika ia digunakan pada tempat yang halal, ia akan diberi pahala.”
Hanya dengan peraturan mudah iaitu bernikah, jadilah satu perbuatan yang haram berubah menjadi kepada ibadah. Perbuatan serupa tepi berlainan hukum.
Kali ini saya tidak ingin menulis mengenai zina dan berjimak suami isteri namun analogi ini saya gunakan untuk bercerita mengenai sesuatu yang serius iaitu menjampi secara islam (diharuskan) dan menjampi secara sesat yang dihukumkan syirik.

Berkenaan latar belakang jampi, berikut adalah artikel yang sangat menarik berkaitan jampi nukilan Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Amalan Perbomohan Atau Jampi Dalam Masyarakat
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.
Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya
Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendaklah;
Pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh.
Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu.
Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.
Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk ungkapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman Baginda Nabi s.a.w. sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab, sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam.
Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang

Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi – yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam – telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk.
Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam? Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat Baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, Baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”
Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.
Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata, “Kita usaha, Allah yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33:
(maksudnya) “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.
Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil, namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang membatalkan iman.

Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh
Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.
Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).
Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net
Mantera
Mantera adalah bacaan tertentu yang dilakukan untuk mengharapkan anugerah atau hasil dari perbuatan tersebut. Paling mudah sebagai contoh ialah P Ramle membaca mantera “Niat enson matakaji semar ngiseng...” maka anugerah atau hasilnya ialah pintu gua terbuka. Membaca mantera atau membaca jampi yang sesat tidak memerlukan perhubungan langsung dengan Allah.
Sami Hindu membaca mantera untuk mencucuk besi ke tubuh |
Sami Hindu sewaktu perayaan Thaipusam membaca pelbagai mantera sebelum mencucukkan besi ke anggota tubuh badan begitu juga dengan ahli sihir, bomoh dan ahli silap mata tertentu. Terdapat bomoh yang mencampur aduk ayat Al Quran dan mantera dalam proses pengubatan. Sebenarnya ayat Al Quran itu sendiri boleh dijadikan mantera apabila teknik melakukannya menyalahi apa yang disunnahkan oleh Nabi saw.
Dalam amalan kaum jawa dan melayu terdapat pelbagai mantera seperti “tabek tok nenek cucu nak tumpang lalu” sewaktu masuk hutan. Orang jawa selalu akan berkata begini apabila berjumpa dengan orang cacat “tamit-tamit djambambayi majukaget, ngesok anak aku ojo koyok ngunu”. (......... besok anak aku jangan macam itu)
.
Selain mantera di atas terdapat banyak lagi mantera di kalangan orang Bugis seperti
Mantera lipan::
Ebung kusuk aseg tongang-tongang na
Puat tan nabi
Eyak mapau ni tongeng
Mandugung-mandugung iyak ilaukak ati....
.....................
Tangkal keteguh::
Hi di wa di mani manikkan
Aku menahan darah putih dan darah merah
Berkat doa
(dilakukan pada air, kemenyan diasapkan)
Di kalangan orang Inggeris dan ada juga dilakukan di kalangan remaja Melayu semenjak dahulu pula ialah permainan syirik iaitu “spirit of the coin”. Mereka melakukan syirik dengan membaca mantera-mantera tertentu.
Di kalangan orang melayu terdapat juga pelbagai mantera seperti yang di bacakan sebelum keluar rumah dan ada yang dibacakan di awal pagi. Begitulah manusia, mereka menggantikan doa dengan mantera. Doa mengeratkan hubungan antara makhluk dengan Allah manakala mantera terus mengharapkan balasan automatik dari perbuatan membaca mantera tersebut tanpa melibatkan Allah sebagai Tuhan.
Sekiranya sudah jelas kefahaman berkaitan jampi yang diharuskan, jampi sesat serta mantera, barulah kita semua boleh berganjak kepada persoalan penting yang ingin saya kemukakan di sini..
Sebagai orang Islam, bila kita makan nasi, tidak boleh sama sekali mengiktikadkan atau meyakini bahawa nasi yang mengenyangkan. Ia membawa kepada rosak akidah. Makan nasi sekadar usaha dan kenyang adalah rahmat dari Allah. Bila sakit makan ubat dan bila sembuh bukan kerana kuasa ubat tetapi adalah kerana Allah telah memberikan kesembuhan selepas kita berusaha. Allah boleh memberikan kesembuhan tanpa kita makan ubat pun.
Ini adalah persoalan pokok ilmu tauhid iaitu Allah
sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini. Bila ingin lulus SPM, berusaha bersungguh-sungguh adalah memang disuruh tetapi bila dapat keputusan cemerlang adalah bukan kerana pelajar ini hebat dan cemerlang namun adalah kerana rahmat dari Allah. Sesiapa yang tidak boleh memahami konsep asas tauhid ini tidak boleh membaca tulisan berikutnya dan hendaklah mengulang semula bacaan ini dan berbincang dengan mana-mana guru sehingga benar-benar memahami konsep ini.
Hanya setelah memahami konsep asas tauhid barulah seseorang berhak untuk menjampi sesuai dengan sunnah Nabi. Jika tidak, seolah-olah Sami Hindu menjampi menggunakan ayat Al Quran. Latihan menjampi yang paling baik ialah menjampi kepada bayi (berusia di bawah 1 tahun) yang menangis tanpa henti waktu maghrib atau waktu tengah malam.
Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luar biasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bukan disebabkan oleh lapar, sakit atau kencing dan berak, bacalah kalimah-kalimah Allah dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah, Al Fatihah, ayat Kursi atau ayat-ayat lain dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Memahami maksud terjemahan setiap ayat adalah sebaik-baiknya. Selepas itu teruslah berdoa mohon perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut. Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini.
Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi dan ayat-ayat lain ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Elakkan membaca secara beramai-ramai. Boleh juga disambung bacaan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan ini sehingga anak tersebut diam.
Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.
Satu perkara yang sangat penting di sini ialah setelah anak tersebut diam selepas dibacakan ayat-ayat Allah dan berdoa, letakkanlah bayi tersebut lalu buatlah sujud syukur kerana Allah telah memberikan rahmatNya. Bukan anda yang hebat tetapi Allah-lah yang hebat. Anda sekadar bertambah ilmu yang dikurniakan dari Allah. Jangan riak selepas ini dengan menceritakan usaha anda yang berjaya kepada rakan. Memadailah dengan bersyukur sahaja kepada Allah.
Sekiranya anda melakukan usaha yang sama namun dengan iktikad bahawa perbuatan dan bacaan ayat tersebut mampu menghalau syaitan, maka sebenarnya anda sudah menyalahi asas tauhid dan anda seolah-olah membaca mantera. Anda kini sudah menjadi bomoh sesat!!! Akibat dari perbuatan sesat anda ini, insya-Allah Allah tidak akan memberikan rahmatNya dan anak ini mungkin semakin kuat menangisnya sehingga anda pun putus asa. Inilah yang saya analogikan di permulaan penulisan iaitu zina dan jimak suami isteri adalah sebenarnya perbuatan yang sama tetapi mempunyai dua hukum yang jauh berbeza, satunya haram dan satunya ibadah.
Selepas latihan menjampi bayi ini berjaya, bolehlah maju setapak dengan menjampi pelajar yang kerasukan histeria. Bagi kes histeria, permulaan yang paling penting ialah menjauhkan sejauh-jauhnya pelajar lain yang belum kena histeria (lebih baik yang belum kena di suruh balik dari sekolah). Syaitan akan berusaha untuk menjangkitkan histeria ini kepada pelajar lain melalui ketakutan. Orang yang ketakutan histeria ini sebenarnya telah kehilangan keyakinan terhadap Allah dan sebagai balasan, Allah memberikan histeria sebagai musibah!.
Selepas berjaya menjauhkan pelajar lain, barulah proses merawat boleh dimulakan. Jangan ada orang perempuan berhaid berdekatan orang histeria ini. Kalau tidak hendak menjampi pun tidak mengapa sekadar membiarkan orang histeria ini kepenatan dan jin syaitan putus asa kerana tidak dapat menakutkan pelajar lain. Kalau ingin menjampi juga boleh dengan membaca bacaan seperti proses di atas. Kalau ingin menambah dengan membaca ayat-ayat tertentu juga dibolehkan dan digalakkan. Ulangilah beberapa kali dengan bacaan dan doa. Kalau ingin bersolat fardhu berjamaah berhampiran mangsa ini pun boleh dengan dimulakan azan yang lantang dan iqamah. Berdoalah semata-mata kepada Allah semoga memberikan RahmatNya memulihkan mangsa histeria tersebut. Insya-Allah semoga Allah mengurniakan rahmatnya ke atas usaha anda dan ke atas mangsa histeria ini.
Namun apa yang amat perlu difahami ialah bahawa menjampi bukanlah satu penyelesaian muktamad kepada masalah bayi menangis waktu maghrib dan histeria. InsyaAllah ia bakal berulang. Apa yang penting ialah pendidikan ilmu tauhid kepada ibu bapa bayi yang menangis dan juga ibu bapa kanak-kanak yang diserang histeria. Inilah kaedah penyelesaian muktamad terhadap permasalahan ini. Jadilah orang yang beriman dan jauhilah perbuatan syirik semoga Allah SWT sentiasa melindungi.

Sekian untuk kali ini An nisaak 79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
Yang baik sememangnya dari Allah dan yang buruk sememangnya dari kelemahan saya jua.
Wassalam wallahua'lam
Emjay
jazakallah khoiron katsiro :)
ReplyDeleteAfwan
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan artikel Emjay mengenai Jampi dan mentera....dan juga histeria...banyak dapat tip-tip untuk menghadapi situasi tersebut....Insya Allah kita sama-sama usahakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga ditambah rahmat dan berkat dari Allah kepada Yuspy
ReplyDeleteBiiznillah
ReplyDeleteAssalamualaikum....mudah2an ia memberi impak & manfaat berguna untuk saya & kaum muslimin..insya Allah
ReplyDeletewaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteyang mana emjay ni betul,aku sokong,yg tak betul aku bantah walaupun dia wahabi sekalipun.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh 2542596
ReplyDeleteBegitulah sepatutnya.
Emjay
Assalamualaikum
ReplyDelete"Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan."
Saya ada tgk di internet,ada tokoh perawat indonesia melantangkan bacaan "ukhruj ya aduwwallah..."sebagai laknat kepada jin yang berada di dalam badan si pesakit.Utk keadaan ini adakah dianggap salah perbuatan tersebut?
Bukankah dengan bersuara tegas menjadi asbab Allah menakutkan jin yang berada dalam badan pesakit?minta penjelasan.jzkk.
Saya benar2 ingin menjadi hamba Allah yang taat.Mendambakan redha-Nya dalam setiap keadaan.saya fikir semua manusia normal sepatutnya begitu.Inginkan rahmat dan kasih sayang dari penciptanya untuk terus hidup bahagia walau diuji.
ReplyDeletePermasalahannya,saya sering dihantui perasaan was-was yang tidak menentu.Sebagai contoh,apabila ingin mengisi waktu lapang dengan menonton tv,
selalu juga berfikir,berdosakah aku ni?ye lah..rata2 rancangan dalam tv tu walau msgnya baik,tapi yg berlakonnya x bertudung,x menekankan aurat.
Adakah terus menerus mengisi waktu lapang dengan membaca AlQuran dikatakan ghulu fiddin(berlebihan dalam agama)...Rasanya saya pernah kena dengan penyakit ini hingga menjadi sedikit futur.Sehingga nak bergaul sesama manusia pun,rasa semacam x berkenan.walhal,utk berda'wah amat perlu berjumpa dgn manusia.
Mudah2an Allah ampunkan saya.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteJikalau sekadar menguatkan bacaan pada bahagian tertentu, tidaklah boleh kita mengatakan amalan tersebut sebagai bertentangan. Perlu diteliti amalan lain bagi perawat ini untuk menilai amalannya.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Menonton kebanyakan program TV di Malaysia ini memang jikalau menurut Islam lebih banyak mudharat dan dosanya dari kebaikan yang diperolehinya. Menjauhi kebanyakan program ini seperti drama, hiburan serta program-program yang melibatkan wanita tidak menutup aurat mereka adalah jelas menguntungkan.
ReplyDeleteMembaca Al Quran dengan maksud saya membaca dalam erti kata sebenar iaitu memahmi maksudnya dan berusaha untuk mengamalkannya adalah sememangnya dituntut Islam. Jikalau dibandingkan usaha sdr membaca Al Quran sehingga kurang tidur dengan usaha Imam Syafiee yang dalam usaha muda sudah menghafal Al Quran dan membaca dan menghafal banyak hadis-hadis, adakah imam Syafiee ini sudah ghulufiddin?
Di Malaysia ini, semakin kita mendekatkan diri kepada Islam sememangnya bakal kita kehilangan ramai kawan, itu memang sudah pasti.
Tentang berdakwah tu, semakin sdr berusia, kelak insyaAllah disusun Allah agar mudah-mudah sdr dapat berdakwah. Ingatlah bahawa Nabi Muhamad hanya berdakwah selepas usianya 40 tahun selepas dilantik menjadi rasul.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Terima kasih.... anta telah menjelaskan dengan mudah, tetapi tepat. Barkallahufik. boleh emailkan ana artikel2 anta. nasa_peace@yahoo.com. ana seorang tholibul ilmi. maka harap dapat membantu. salam
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteTeruskanlah mengunjungi Laman Emjay
Semoga syafiq88 sentiasa dirahmati Allah SWT
Emjay
jampi dan mentera?? bomoh kah?? rujuk balik hal tentang histeria mengenai bomoh..( syaitan bertepuk tangan..)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya confuse dgn hukum solat hajat, saya ada terbaca solat hajat tidak ada asas dalil. Tapi ustaz emjay tulis :
"Kalau ingin di tutup dengan solat hajat dua rakaat pun boleh. Kalau ingin bersolat berjamaah berhampiran mangsa ini pun boleh dengan dimulakan azan yang lantang dan iqamah...."
Pendapat ustaz ttg solat hajat?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMemang dahulu saya ada melakukan solat sunat hajat kerana masih ragu-ragu dengan kesahihan hadis yang berkaitannya. Alhamdulillah kini saya tidak lagi melakukan solat sunat hajat. Allah SWT melalui nabiNya Muhamad SAW telah memberikan penyelesaian tentang menyatakan hajat melalui solat.
Melalui hadis-hadis yang sahih, Nabi Muhamad SAW banyak menyatakan hajatnya (doa) di dalam solat wajib 5 waktu semasa sujud terskhir atau sewaktu duduk sebelum memberi salam. Gunakanlah peluang ini untuk berdoa kepada Allah SWT.
Alhamdulillah terima kasih kerana bertanya. Saya telah banyak mengeluarkan solat hajat dalam artikel-artikel saya tetapi mungkin masih ada yang belum saya temui. Sekiranya pembaca bertemu dengan solat hajat, beritahulah saya untuk saya keluarkan.
Emjay
Alhamdulillah,
ReplyDeleteBak kata Yusuf Estes, manusia melakukan kesilapan, kita akui shj kesilapan dan memohon keampunan dari Allah, 'what a big deal'...(apa susah sgt?) ... Nasihatnya kpd yg keras kepala...
Namun masyarakat kita masih lagi duk sibuk bersolat hajat berjemaah lagi, minta pulak perkara2 utk keburukan...
Minta juga ustaz ambil masa komen http://fathur-eman.blogspot.com/2010/03/penjelasan-mengenai-selawat-syifa-dan.html
Nampak mcm hardcore sgt ... budak ni muda lagi minat sgt perbomohan ni... Moga mendapat petunjuk dan kefaqihan...
assalamualaikum ustaz mj,
ReplyDeleteSaya baru mengetahui bahwa solat hajat tak boleh dilakukan. boleh ustaz terangkan secara ringkas kenapa.kerana sepanjang saya membaca artikel ustaz yang lain,tak jumpa pula sebab musababnya.ke ada artikel yg menerangkan ? selain dari solat hajat,solat apa lagi yang tidak dianjurkan (merujuk kepada amalan dan sunnah Nabi junjungan SAW)yang terdapat banyak tersenarai dalam buku2 panduan solat sunat?
saya ini baru hendak mendalami agama Islam yang sebenar2nya,tapi takut terlibat dalam ilmu2 tarekat sebagaimana diamalkan oleh ahli keluarga saya yang lain.waktu mereka memujuk saya untuk mempelajarinya,saya minta diberi tempoh kerana jika apa yang bakal lakukan,saya akan kaji terlebih dahulu kesahihannya untuk mencapai redha Allah swt. Kerana banyak yang saya dapati amalan yang mereka dilakukan tidak menurut syariat. Alhamdulillah kepada Allah swt telah menemukan saya dengan laman web ust mj yang banyak info berguna untuk saya.Terima kasih ust Mj
aziemy
ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.
ReplyDeleteSAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.
PERHATIAN !!!!!!!!!
BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.