Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 15 February 2007

Petikan akhbar Berlian dari mulut,... -- ‘Puteri Berlian’ anggap kejadian anugerah Tuhan - satu analisis


Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Pada pagi 15 Feb 2007 saya terbaca artikel berikut di akhbar Utusan Malaysia:

Berlian dari mulut, kaca dari kaki -- ‘Puteri Berlian’ anggap kejadian anugerah Tuhan

Oleh ROSMAWATI MION

ALOR STAR 14 Feb. – Gadis ‘Puteri Berlian’ yang mendakwa mempunyai kelebihan mengeluarkan pelbagai objek seperti berlian, batu permata, barangan kemas dari mulutnya menganggap kejadian aneh itu sebagai satu anugerah Tuhan. 

Farah Izzati Mohamad Sani, 20, ketika ditemui di rumahnya di Taman Rakyat, Jalan Sultanah di sini berkata, kelebihan luar biasa itu wujud selepas dia secara tiba-tiba dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Katanya, ia bermula selepas dua tahun dia menderita penyakit misteri ketika usianya 11 dan 12 tahun.

‘‘Sejak itu saya bukan sahaja berupaya mengubati orang, tetapi turut mempunyai kelebihan lain dengan mulut saya boleh mengeluarkan pelbagai jenis objek termasuk ayat-ayat suci al-Quran.

‘‘Perkara ini memang sukar dijelaskan dan mungkin ia sebagai ganjaran kerana saya membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan dengan mengubati penyakit mereka,” katanya yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menurutnya, dalam tempoh sebulan, lebih 10 kali dia akan mengeluarkan barangan berharga itu yang jumlah dan masanya tidak menentu.

Dalam kejadian terbaru semalam, dia mengeluarkan satu set barangan kemas iaitu rantai dan gelang emas dari mulutnya.

Namun jelas gadis itu, dia tidak mengubati pesakitnya dengan menggunakan batu-batu permata yang keluar dari mulutnya tetapi dengan bantuan ‘Pak Sheikh’ yang didakwa ditemui ketika koma penyakit misteri pada usia kanak-kanak.

Bagaimanapun katanya, sejak mempunyai kelebihan mengeluarkan batu-batu permata, dia dan keluarga tidak pernah menjual barangan kemas dan batu permata itu.

Sebaliknya kata Farah Izzati, barangan tersebut akan diberikan kepada mereka yang memerlukan, malah turut disimpan sebagai koleksi peribadi.

‘‘Saya tidak pernah terfikir untuk mencari keuntungan kerana ‘Pak Sheikh’ meminta saya membantu mengubati masyarakat yang memerlukan pertolongan dan itulah yang saya lakukan sekarang.

‘‘Walaupun mula mengubati pesakit sejak usia muda iaitu pada awal remaja, tetapi saya tidak melihatnya sebagai satu masalah kerana sejak kecil lagi saya memang suka mendengar masalah orang,” ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma di sini.

 Sementara itu, bapanya, Mejar (B), Mohamad Sani Ahmad, 47 berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu sahaja mempunyai kelebihan tersebut yang diperoleh sejak usianya 12 tahun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikianlah ceritanya berkenaan Farah Izzati Mohamad Sani yang berusia 20. Orang Melayu Malaysia memang suka cerita seperti ini yang mirip cerita kartun Doraemon. Marilah kita melihat kisah Farah ini dari sudut lain iaitu dari sudut agama samaada ianya benar suatu rahmat atau sebenarnya satu azab musibah kepada Farah serta keluarganya.

Sebelum lebih jauh, saya ingin menjelaskan semula konsep rububiah Allah; iaitu secara mudah dan ringkas, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”. Melalui konsep ini, kalau kita terjatuh tangga, ia sebenarnya adalah dari usaha pentadbiran Allah yang sebenarnya menghendaki kita jatuh pada hari tersebut. Mungkin ini berlaku sebagai balasan dosa dan mungkin tuhan nak menguji dan mungkin tuhan nak melupuskan dosa kita dari azab tersebut. Pendek kata setiap kejadian buruk atau baik adalah atas pentadbiran dan kekuasaan Allah mentadbir kita dan semua makhluk lain di dunia.

Namun apa yang lebih penting untuk difahami di sini ialah, manusialah yang memilih perbuatan sama ada baik atau buruk. Sebagai contoh saya berhajat untuk berbuat baik dengan menderma untuk anak yatim. Usaha ini bermula dengan niat saya dan bila saya ada tekad dan kesungguhan, akhirnya Allah mentadbir dengan rububiahnya mengizinkan saya untuk menderma kepada anak yatim. Apa yang penting di sini ialah saya bertanggung jawab membuat pilihan dan Allah mengizinkannya dan seterusnya Allah membalasnya semoga mendapat pembalasan baik sama ada di dunia atau di akhirat.

Sebaliknya manusialah juga yang bersalah apabila ditimpa musibah sebagaimana dikatakan Allah dalam banyak ayat dalam Al Quran. Sebagai contoh Mat membuat upacara tertentu termasuk meletakkan pendinding di empat penjuru rumahnya seperti diarahkan bomoh sewaktu masuk rumah barunya. Ini adalah kesalahan besar yang berpunca dari niat dan hasrat Mat untuk menggunakan khidmat bomoh yang menyalahi ajaran agama Islam. Seterusnya Allah mentadbir sehingga semua hajat Mat yang salah ini dapat dilaksanakan. Mat merancang dan Allah mengizinkan pelaksanaan rancangan ini. Namun sebagai balasan dari Allah ke atas perbuatan salah Mat ini, Allah menganugerahkan mengizinkan syaitan mengganggu penghuni rumah tersebut seperti anak-anak Mat nampak lembaga apabila masuk bilik air, pelbagai bunyi mengerikan di waktu malam dan bulu roma ditengkuk selalu naik seakan-akan ada benda ghaib baru melintas. Ini semua adalah atas anugerah Allah di atas kesilapan manusia mensyirikkan Allah dengan menggunakan khidmat bomoh mendinding rumah. Dalam Islam sebenarnya tidak ada sebarang pendinding. Mintalah terus kepada Allah kerana Dialah sahaja yang berhak memberi perlindungan sewaktu masuk rumah baru (sila rujuk artikel panduan memasuki rumah baru http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/panduan-masuk-rumah-baru.html.

Itulah sebabnya orang yang mensyirikkan Allah selalu diganggu hantu seperti banyak diceritakan dalam majalah seperti mastika dsb. Ia adalah azab musibah kerana manusia mensyirikkan Allah . Sekiranya kita semata-mata berdoa, berusaha dan bertawakkal kepada Allah dengan kaedah yang betul, insya-Allah Allah akan memberikan rahmatNya dengan memberikan perlindungan dari gangguan hantu dan syaitan.

Kembali kepada persoalan Farah seperti diceritakan Utusan Melayu, memanglah kelebihan yang terdapat pada Farah tersebut adalah satu anugerah Allah kerana hanya Allah ada kuasa rububiah mengurus mentadbir segala sesuatu di dunia ini. Namun pada pandangan saya, anugerah Allah kepada Farah ini mirip menyerupai anugerah yang diberikan Allah kepada sami hindu di hari Thaipusam di Batu Cave sehingga sami ini mampu mencucuk pelbagai objek tajam ke tubuh badan penganut tanpa mengeluarkan darah dan tambah menarik lagi apabila besi ini dicabut, tidak terdapat sebarang kesan luka. Pada hari yang sama ini juga sami hindu ini mampu mengawal penganut Hindu atas anugerah Allah berjalan diatas bara api menyala tanpa sebarang kecederaan.

Sebagai contoh lain pula, pengamal akupuntur Cina diberikan anugerah istimewa oleh Allah sehingga mereka boleh mencucuk jarum akupuntur yang panjang masuk ke tubuh manusia tanpa sebarang luka, darah, kesakitan serta bekas luka. Mereka juga sebenarnya adalah seorang bomoh yang menggunakan syaitan sebagai pembantu melakukan sihir kepada manusia. Kesan perubatan cara ini dapat merasai kesan positif “immediately” namun selepas beberapa hari, ia kembali kepada asal kerana semua perkara tersebut sekadar permainan sihir oleh syaitan.

Kini amalan mirip sami Hindu ini sudah meresap jauh kepada umat Islam dengan amalan seperti mandi bunga, kuasa minda hingga boleh membengkokkan besi menggunakan leher dan memakan kaca serta pelbagai ilmu pelik dalam persilatan Melayu hingga membawa kepada “kebal” dan boleh mandi dengan minyak panas yang mendidih. Ia sebenarnya adalah satu perbuatan sihir dengan bantuan syaitan . Semua ini berlaku adalah jelas dari anugerah Allah melalui rububiahnya apabila manusia bersungguh-sungguh ingin melakukannya. Namun balasan dari Allah ke atas perbuatan ini pastinya api neraka di akhirat dan pelbagai azab musibah di dunia. David Copperfield juga mendapat pelbagai anugerah dari Allah sehingga beliau dapat melakukan pelbagai magic / silap mata yang sangat mengkagumkan. Sewaktu saya kecil dahulu pun saya pernah melihat silap mata di mana orang yang dibungkus kain hitam digergaji badannya lalu mengeluarkan banyak darah.

Sebagai kesimpulan setakat ini, semua perkara baik atau buruk yang berlaku sememangnya anugerah Allah kerana manusia mengingini perkara tersebut. Seorang yang berzina dianugerahkan peluang oleh Allah untuk berzina kerana manusia tersebut begitu mengingini untuk melakukan perkara tersebut. Selepas itu,tunggulah sahaja balasan azab musibah di dunia dan diakhirat. Manusia memilih, Allah mengizinkan dan membalas.

Kembali kepada kes Farah yang mampu “mengubati” dan mengeluarkan pelbagai barangan kemas dari mulutnya, ini semuanya sebenarnya adalah sihir dengan bantuan syaitan. Tujuan iblis syaitan dalam membantu Farah kononnya boleh mengubat adalah jelas dan hanya satu iaitu untuk menjerumuskan umat Islam lainnya menggunakan khidmatnya dan seterusnya menjadikan mereka yang menggunakan khidmatnya syirik. Konsep ini jugalah yang digunakan oleh bomoh artis (http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/)
dalam mengubati dan merawat pesakitnya. Semua ini adalah tipu daya syaitan. Memang akan ada contoh yang benar-benar sembuh atas izin Allah dan usaha bersungguh-sungguh iblis yang akan dijadikan kuasa penarik untuk menjerumuskan orang lain. Konsep ini sama dengan konsep judi empat nombor di mana akan ada benar-benar pemenang judi dan ini akan digunakan oleh syaitan untuk menarik orang lain turut sama berjudi.

Ingatlah saudara Islam ku semua bahawa benda buruk sangat mudah diperolehi dan perkara yang baik sangat sukar diperolehi. Kalau nak hebat bersilat dengan cara mudah, baca saja jampi serapah yang pendek dan selepas beberapa saat orang ini akan menurun dan sudah pandai bersilat sebagaimana ramai rakan saya di Sekolah Alam Shah dahulu. Ini adalah jelas syirik. Namun kalau hendak menjadi pakar karate, tidak ada jalan mudah melainkan usaha berterusan yang gigih.

Seorang yang pernah belajar dan dirawat sebagaimana artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/pengalaman-bersama-orang-yang-kerasukan.html hampir menjadi bomoh kerana Puan Ina ini mempunyai pelbagai perkara istimewa seperti nampak syaitan dsbnya sewaktu Puan Ina ini hidup dalam dunia yang penuh dengan kesyirikan dan pelbagai tangkal dan azimat. Hendak menjadi seperti Puan Ina memang mudah iaitu lakukanlah pelbagai perkara yang mensyirikkan Allah, kelak banyaklah syaitan yang akan datang membantu. Kalau hendakkan ilmu hebat lain dengan bantuan iblis, mudah sahaja iaitu ambil Al Quran ikat di bawah kaki kanan dan ambil Al Quran satu lagi dan ikat di bawah kaki kiri dan seterus.......................... Selepas ini datanglah syaitan menjadi khadam yang bakal membantu pelbagai urusan. Namun usaha ini adalah jelas syirik dan neraka adalah balasannya selain pelbagai musibah lain di dunia.

Adik Farah menurut pandangan boleh saya katakan sebagai bomoh muda yang baru direkrut oleh syaitan. Pada peringkat awal ini syaitan akan bekerja bersungguh-sungguh lebih masa bagi membina satu imej yang bakal menguntungkan syaitan. Kelebihan anugerah Allah ke atas Farah ini menurut pandangan saya yang lemah ini ialah berpunca dari kemungkinannya salah satu atau kedua-dua sekali dari perkara berikut:
  1. Farah mungkin mendapat saka. Saka ialah ilmu sesat dengan bantuan syaitan yang diwarisi sama ada dari ayah, ibu, datok dan nenek. Ilmu ini tidak perlu di pelajari. Ia diwarisi melalui mimpi. Bukan semua anak atau anak saudara atau cucu yang layak mendapat saka ini. Saka ini akan hanya diwariskan kepada anak, anak saudara atau cucu yang paling disayangi. Sudah pasti orang yang paling disayangi ini redha dengan amalan songsang ayah, ibu, bapa saudara, datok atau nenek tersebut. Dengan persefahaman secara tidak resmi ini, apabila pengamal ilmu songsang ini meninggal dunia, ilmu songsang ini diwariskan melalui mimpi seperti orang tua datang menyerahkan sesuatu objek dan seterus pada sebelah pagi, pewaris ini sudah lengkap mempunyai ilmu songsang ini. Begitulah janji syaitan membantu pengamal ilmu songsang ini. Antara janji syaitan ini ialah ia akan menyesatkan pengamal ilmu ini serta generasi berikutnya. Ya Allah jauhkan aku dan keturunanku dari perkara yang mensyirikkan engkau. Farah mungkin mengulang sejarah Puan Ina seperti yang saya nyatakan di atas. Menurut artikel dari akhbar tersebut (Katanya, ia bermula selepas dua tahun dia menderita penyakit misteri ketika usianya 11 dan 12 tahun.) Kebiasaannya, penyakit misteri Farah tersebut mungkin kerana disebabkan ibu bapanya ada mengamalkan amalan yang bercanggah dengan Islam. Apabila Allah menganugerahkan Farah penyakit misteri ini, ramai orang Melayu yang semakin jauh sesatnya dengan terus mendapatkan khidmat pelbagai bomoh dan kadang-kala daripada sami hindu serta bomoh Siam.
  2. Selalunya, selepas mendapatkan khidmat pelbagai bomoh ini, maka berkarunglah tangkal dan azimat yang dikutip. Kalau dipamerkan tangkal azimat ini mungkin boleh buka muzium jikalau berdasarkan pengalaman yang lalu. Akibat dari kesesatan yang semakin jauh ini, akhirnya Allah menganugerahkan azab musibah yang lebih besar sehingga kini Farah sudah menjadi bomoh. Begitulah, manusia yang tidak berilmu seperti ibu bapa Datok Siti Nurhaliza merasakan mereka diberikan anak yang sedemikian rupa sebagai satu augerah mulia dari Allah sedangkan hakikatnya adalah Datok Siti Nurhaliza adalah satu “liability” azab musibah yang besar kepada ibu bapanya. Namun kerana mereka semua begitu mengingininya, Allah mengizinkannya. Tetapi ingatlah bahawa azab Allah adalah pedih.

Dukun atau bomoh sesat sememangnya mendapat khidmat bantuan sokongan syaitan. Sewaktu saya kecil saya pernah mengikuti XXXX berjumpa bomoh. Bomoh ini menggunakan keris dan pelbagai alat yang pelik sewaktu mereka mengubat. Ada yang mengubat selepas menurun. Mereka yang mengubat pada waktu malam maklumlah syaitan jenis ini hanya aktif diwaktu malam. Kebanyakan mereka mendapat khidmat bantuan daripada perantaraan seperti “Pak Hitam”, “Wali Songo” dan pelbagai nama lain. Bagi kes Farah pula, syaitan yang memberi khidmat bantuan dan sokongan kepada nya menggunakan nama “Pak Syeikh”. Nama ini sungguh mempunyai nilai komersial kerana kelihatan islamik dan mudah-mudahan mereka mudah untuk menyesatkan umat Islam lainnya.

Nasihat saya ialah, hentilah menyanjung orang macam Farah sehingga syaitan ini diberikan liputan media yang begitu meluas yang tujuannya hanya satu iaitu menyesatkan manusia dari jalan Islam sejauh-jauhnya iaitu melalui perbuatan syirik. Berdoalah kita semua semoga Allah lindungi kita dari sebarang perbuatan syirik dan semoga Allah mematikan kita dalam iman. Semoga doa kita tersebut dimudahkan dan dimakbulkan, berusahalah dengan penuh tekad dan kesungguhan mendalami agama Islam. Sebagai peringatan kepada semua muslimin, saya ingin mengajukan satu soalan, sudah tamatkah membaca terjemahan AlQuran dan kepada yang sudah tamat membacanya, sudah berapa kali anda terus membaca terjemahan ini??

Dalam keadaan Malaysia hari ini, menjadi syirik dan murtad jauh lebih mudah dari menjadi orang islam yang
beriman.

Ya Allah, berilah petunjuk dan rahmat Mu semoga keluarga Farah kembali menjadi manusia yang beriman dan sekiranya ibu bapa Farah sukar untuk kembali ke jalan Mu yang lurus, berilah petunjuk dan rahmat Mu kepada adik Farah kerana usia beliau masih terlalu muda.



Sekian wassalam wallahualam.


Emjay


26 comments:

  1. adakah tuan sudah menyelidiki sendiri mengenag salasilah keluarga farah?? jgn bgi pendapat sendiri kerana akan mendatangkan fitnah...kaji dan bertanya sendiri kpd pihak terlibat...nanti tak pasal-pasala dapat dosa kering...wasalam

    ReplyDelete
  2. Ya ustaz, jika begitu penjelasannya mengenai Farah ini, bagaimana dan dari mana datangnya barang perhiasan gelang emas dn batu permata itu. Sesuatu yang bathil akan tetap bathil.. ia tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan Allah jua yang boleh melakukannya. Adakah ia diambil daripada tempat lain tanpa kita sedari.. iaitu dicuri daripada orang lain atau sebagainya???

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh

    Barang tersebut boleh datang mungkin dari orang ini sendiri yang merancangnya atau mungkin juga di sediakan oleh jin syaitan yang berhasrat untuk menyesatkan khalayak ramai.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Smekom... "Sebagai contoh lain pula, pengamal akupuntur Cina diberikan anugerah istimewa oleh Allah sehingga mereka boleh mencucuk jarum akupuntur yang panjang masuk ke tubuh manusia tanpa sebarang luka, darah, kesakitan serta bekas luka. Mereka juga sebenarnya adalah seorang bomoh yang menggunakan syaitan sebagai pembantu melakukan sihir kepada manusia. Kesan perubatan cara ini dapat merasai kesan positif “immediately” namun selepas beberapa hari, ia kembali kepada asal kerana semua perkara tersebut sekadar permainan sihir oleh syaitan" ... Maaf Ya Bro .. Camna la ade kaitan dgn sihir plak.. pelik + ajaib ... senang nye bg rumusan...

    ReplyDelete
  5. hehehe biase le kerengges..ko macam tak faham plak owner blog nie.

    ReplyDelete
  6. nak tanya mj! saya keliru dengan konsep rububiah yang diyatakan oleh sedara mj bahawa allah lah yang mentadbir seluruh alam, ini saya yakin dan percaya tapi bagaimana pula dengan otak kita @ pilihan kita, adakah allah yang mentadbir @kita yang mentadbir otak kita?sehingga kita boleh membuat pilihan sendiri, adakah kita juga mempunyai kuasa iaitu kuasa memilih?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Maksud rububiah ialah “yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya”. (Jumhur ulama)

    Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”.

    Namun demikian apa yang sangat penting untuk difahami ialah jikalau kita membuat perkara jahat, ia adalah sememangnya dengan izin dan pentadbiran Allah maka berlakulah perkara jahat tersebut tetapi perkara jahat ini berlaku adalah disebabkan manusia ini yang sangat berkeinginan untuk melakukan perkara jahat tersebut.

    Sekiranya Ahmad ingin merokok, Allah sudah memberikan amaran akan keburukan merokok ini melalui bisikan di hati dan melalui manusia lain yang menasihati perkara buruk merokok ini tetapi sekiranya Ahmad bersungguh-sungguh untuk merokok maka Allah mentadbir Ahmad untuk merokok. Maka Allah memberikan dosa serta pelbagai musibah lain di dunia kerana Ahmad telah bersungguh ingin merokok dan akhirnya telah merokok.

    Di dalam Al Quran Allah SWT telah menegaskan tentang perkara ini dengan menyatakan bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebutlah.

    Sebagai rumusan, apabila saya ingin dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan suatu perkara baik, insya-Allah Allah akan mentadbir sehingga perkara baik tersebut dapat terlaksana. Sesudah terlaksana, insya-Allah saya diberikan pahala dan pelbagai rahmat lain. Sebaliknya apabila seseorang ingin dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan perbuatan jahat, Allah mentadbir sehingga perbuatan jahat tersebut terlaksana dan sesudah itu orang ini diberikan dosa serta pelbagai musibah lain sebagai balasan dan pengajaran.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  8. minta maaf saya bertanya adakah keputusan allah akan terikat dengan usaha @ kesungguhan makhluknya,minta penjelasan! @ semua yang terjadi telah pun ditulis @ ditetapkan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbh

    Sdr membaca Laman Emjay sudah pun tertulis di Luh Mahfudz semenjak lama dahulu. Namun anda membaca adalah bukan dengan ketetapan Allah namun adalah akibat usaha dan kesungguhan sdr. Allah hanya mentadbir kejadian sdr membaca Laman Emjay apabila sdr ada kesungguhan.

    Sekiranya sdr membunuh seseorang, ia berlaku memangnya akibat pentadbiran Allah SWT tetapi Allah mentadbir sedemikian adalah kerana kesungguhan sdr. Jadi jangan salahkan Allah sekiranya sdr membunuh seseorang. Dan semua ini telah tertulis di luh mahfudz sejak lama dahulu.

    Memilih adalah hak manusia dan membalas dan mentadbir adalah hak Allah SWT sesuai dengan rububiahNya. Sekiranya seseorang ingin bersungguh-sungguh untuk melakukan satu kebaikan, insya-Allah satu masa Allah akan tadbirkan berlakunya kejadian sesuai dengan nbiat baik tersebut dan sebaliknya. Dan semua perkara yang telah dan akan berlaku ini sudah diketahui oleh Allah Taala.

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. terima kasih tuan, penjelasan ini suatu yang berguna untuk saya terima kasih.

    ReplyDelete
  11. ENCIK EMJAY...
    betapa berdosanya awak pada keluarga farah
    sukati je memfitnah family dia bela antu la ape la...

    encik emjay..
    saya rasa awak ni baru belajar agama islam..walaupun awak islam, mungkin awak baru beli buku2 tentang agama, dan awak bagi pendapat sendri..
    suka ati je cakap..
    main ikut sedap mulut je.
    kalau ye pensyarah, tolongla..x tinggi mana pun....kalau setakat cakap je lebih, awak setakat mana pada ALLAH pun awak x tahu..pastu nak pandai2 je letak pendapat, pandangan pada org..yang membawa fitnah plak tu..

    SEDARLA DIRI ENCIK EMJAY..
    HENTIKAN LA SEMUA BENDA NI..
    AWAK SEBENARNYA BARU MENGENALI ISLAM KOT.....PASTU BELAGAK MACAM TAHU SEGALANYA SAMPAI BOLEH LETAK HARAM HALAL..TANPA BINCANG, TANPA ANALISIS, COPY AND PASTE LA PALING BANYAK..

    MALU LA SKIT ENCIK EMJAY..
    RAMAI LAGI ORG YG LEBIH TGGI ILMUNYA DRPD AWAK...
    MAIN SEDAP MULUT JE NAK CAKAP MCM2 KAT ORG..
    SATU HARI NANTI SAYA RASA AWAK AKAN KENA SAMAN OLEH INDIVIDU YG AWAK FITNAH DAN HINA DI BLOG NI..
    ATAU....................
    awak kena tangkap sbb ajaran sesat....
    tu je..

    ReplyDelete
  12. Sdr didibee

    Saya menulis artikel ini berdasarkan ilmu yang diberikan Allah SWT kepada saya mudah-mudahan ia menjadi iktibar kepada umat Islam umumnya.

    Saya sudah memberikan pandangan serta kemungkinan-kemungkinan punca berlakunya kejadian ini melalui artikel di atas. SEKARANG MARILAH KITA SEMUA TUNGGU PULA PANDANGAN DARI SDR DIDIBEE.

    Kami menunggu pandangan bijaksana dari sdr didibee maklumlah ilmunya tinggi dan dapat pula menghukumkan saya baru mengenal Islam dan mengajar ajaran sesat.

    Marilah menjadikan Laman Emjay sebagai wadah untuk mendakwah umat Islam semua ke jalan lurus yang Allah redah.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. AKU RASE KAU NI WAHABI...
    SAH DAH...

    ReplyDelete
  14. Sdr didibee, adakah sekadar itu sahaja pandangan bijaksana dari sdr????

    Sekiranya sdr masih meredhai kejadian sebagaimana di dalam srtikel saya di atas, saya memohon doa semoga kejadian yang sama diberikan Allah SWT kepada anak atau anak-anak sdr semoga menjadi iktibar kepada sdr.

    Sekiranya ilmu yang dikongsikan melalui artikel-artikel di laman emjay sekadar merugikan masa sdr, pergilah cari laman yang bersesuaian dengan hati sdr seperti Laman Bomoh artis dan laman sesat lainya.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. ko memang gile lah emjay..
    aku x kata aku nak cari bomoh pun...pandai2 je ckp..
    pastu sukahati plak tu nak ckp org tu buat menda bercanggah dgn agama plak tu
    aku cabar ko emjay...
    kalo ko tu kuat agama sgt, ko pegi la hebahkan web ko kat tv..

    ini tak..
    dahla buat fitnah macam2...
    bodoh agama mengaku pandai.copy and paste aje..
    padahal ilmu ciput..

    ReplyDelete
  16. aku x kate merugikan masa aku
    cuma aku wonder kenapa org macam kau sanggup main2 kan agama?
    x takut ke ALLAH bg bala?

    ReplyDelete
  17. Woit!!!

    Tuhan emjay tak jawab lagi soalan ni - adakah tuan sudah menyelidiki sendiri mengenag salasilah keluarga farah??

    jgn bgi pendapat sendiri kerana akan mendatangkan fitnah...kaji dan bertanya sendiri kpd pihak terlibat...nanti tak pasal-pasala dapat dosa kering...wasalam

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum, saya bapa Farah. Apa yang sdr MJ tulis mengenai Farah adalah salah dan tidak benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En sani boleh bagi no wasap tak

      Delete
  19. Didibee & Maryjane.....jika kamu benar2 menghayati agama Islam yg indah ini, renungkan salasilah zaman Rasulullah & zaman nabi2 yg lain....ingin saya jelaskan bahawa hanya nabi sahaja mempunyai mukjizat & segala kebolehan istimewa....yg selainnya adalah sihir & sebahagian besarnya adalah dari syaitan & jin2 yg diberi keupayaan oleh Allah. Tidak ada nas didalam Hadis mahupun Al-quran bahawa sebahagian manusia diberi kelebihan istimewa seperti saudari Farah...sesuatu yg berlaku mesti ada sebab musababnya...dan MJ dengan pandangannya dari sudut ilmiah dapat diterima oleh sebahagian akal2 yg waras.

    ReplyDelete
  20. Semoga Allah mematikan sdr sarina7 dan saya dalam iman

    Emjay

    ReplyDelete
  21. aq musykil...mcm ne ilmu prubatan cine(akupuntur) ley dikaitkan dgn syaitan, jin...lw g2 la kn...abeh ilmu prubtn yg ade skrg spt ubt, rwtan...ape sume tu pun sbb jin & syaitan? pe bende pnye emjayjb.. lg 1...lw ko nk dkwah ke...nk ape ke..jgn la smpai nk hina org, nk mnuduh org tnpa pmerikssan....lg 1 aq x puas aty ngan cre ko yg ske mnegak kn benang yg bsah..lw da slah tu ngaku je la..x de org nk ktawe kn ko la..nie x, da la x reti nk ngaku slah...ego tinggi lak tu...mcm ilmu ko tggi sgt je... asal? wei...agk2 la bai... ko brani je mnidak kn kuasa ALLAH S.W.T... rsak agma islam de org mcm ko... tndkan ko nie hnye akn mnyebabkn prblahan sesama islam...ko da tua...ilmu pon comform lbih tggi dr aku...so pndai2 la ko nk pk...aq x tkot tok ngaku yg aq bwu 16 taun... tapi gye ko nie mnunjukan yg ko msih lom mumai'iz... pndai2 la ko nk pk.. ok bro...gua ciao lu..

    ReplyDelete
  22. teruskan perjuangan anda tuan emjay. saya menyokong tuan..!!!

    ReplyDelete
  23. Suke je ko menaip... Kalo x betul boleh jd fitnah... Cadangan aku la pada ko emjay ... Ape kate ko p jumpe farah ngn keluarga bwk ustaz yg bertauliah dlm perubatan islam.. Cek pastu baru ko kemukakan hujah ngn bukti dan rujukan pakar... Kalo xde sume tu baek ko mtk maap balik ngn org dan keluarga serta sesape lg yg ko fitnah... Lagi 1 aku nk igtkan sarina al zahrin... Mmg nabi je ade mukjizat tapi pernah x ko dgr wali Allah? Mereka ada karomah...kalo baca ape yg ko taip hanya nabi yg punya mukjizat dan kebolehan istimewa yg lain suma sihir dan dtg dari jin dan syaitan...jd keistimewaan dan karomah seorg wali Allah dtg dari mahluk jugak ke? Igtlah kita semua ada kelebihan dan kekurangan msg msg.... Kalo Allah nk bg kelebihan kt sesapa x ada sape yg boleh halang...lain kali siasat dulu jgn nk maen tabur fitnah....

    ReplyDelete
  24. Suke je ko menaip... Kalo x betul boleh jd fitnah... Cadangan aku la pada ko emjay ... Ape kate ko p jumpe farah ngn keluarga bwk ustaz yg bertauliah dlm perubatan islam.. Cek pastu baru ko kemukakan hujah ngn bukti dan rujukan pakar... Kalo xde sume tu baek ko mtk maap balik ngn org dan keluarga serta sesape lg yg ko fitnah... Lagi 1 aku nk igtkan sarina al zahrin... Mmg nabi je ade mukjizat tapi pernah x ko dgr wali Allah? Mereka ada karomah...kalo baca ape yg ko taip hanya nabi yg punya mukjizat dan kebolehan istimewa yg lain suma sihir dan dtg dari jin dan syaitan...jd keistimewaan dan karomah seorg wali Allah dtg dari mahluk jugak ke? Igtlah kita semua ada kelebihan dan kekurangan msg msg.... Kalo Allah nk bg kelebihan kt sesapa x ada sape yg boleh halang...lain kali siasat dulu jgn nk maen tabur fitnah....

    ReplyDelete