Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 12 August 2008

Ayat Kursi kehilangan Power??


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(Updated 15 Disember 2019)

Ya Allah, berkati rahmati dan berikanlah pertolongan Mu semoga aku dapat menyempurnakan hajat penulisan ini.


Banyak juga reply menarik dari pembaca Laman Emjay. Silalah baca reply dari pembaca tersebut serta jawapan yang saya berikan.

Isu histeria di SMK Tanjung Lumpur ini masih berlarutan dan hari ini 12 Ogos 2006, Utusan Malaysia masih menyiarkan artikel berkenaan kes ini yang boleh dibaca bertajuk Histeria: 35 pelajar dibenar cuti.

Selain dari berita ini. Utusan Malaysia juga menyiarkan satu lagi berita berkaitan isu di sekolah ini yang jauh lebih menarik  yang saya copy paste seperti berikut:

Perhimpunan SMK Tanjung Lumpur kecoh, 11 pelajar histeria

KUANTAN 11 Ogos – Perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini kecoh apabila 11 pelajar perempuan sekolah itu diserang histeria ketika ayat Kursi dibacakan pada perhimpunan tersebut hari ini. 


Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa meraung dan meracau serta bertindak agresif sebelum merebahkan diri ke tanah pada perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 800 pelajar.
Malah, ada di antara mangsa dikatakan terpaksa diikat pada pengusung selepas dimasukkan ke dalam dua ambulans yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Jurucakap Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, pihak hospital terpaksa mengikat mangsa pada pengusung kerana mereka bertindak agresif sepanjang perjalanan ke hospital sejauh kira-kira tujuh kilometer dari sekolah berkenaan.

‘‘Pelajar-pelajar tersebut meraung serta menjerit dalam ambulans dan ada yang melawan serta ingin membuka pintu kenderaan ketika dalam perjalanan.

‘‘Oleh itu, kita terpaksa membaring dan mengikat mereka di atas pengusung pesakit bagi mengelak sebarang kejadian yang tak diingini,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu.

Sementara itu, Pengarah HTAA, Dr. Ardi Awang ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut tetapi mengesahkan ia berlaku.

‘‘Kebiasaannya, kalau kes histeria yang agresif, kita akan memberikan pesakit suntikan untuk menenangkan mereka,’’ katanya.

Difahamkan, semua pelajar terbabit kembali pulih dan dibenarkan pulang kira-kira pukul 2.30 petang setelah diberi rawatan di Unit Kecemasan hospital itu.

Pada 8 Ogos lepas, Utusan Malaysia melaporkan kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur bertambah buruk apabila beberapa pelajar perempuan bertindak lebih agresif termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

Kejadian misteri itu menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Julai lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu. 

Jabatan Pelajaran Pahang sebelum ini memberitahu, mereka akan menyegerakan proses memindahkan 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur yang mengalami histeria ke sekolah lain sebagai usaha menamatkan kejadian misteri yang berlaku di sekolah berkenaan sejak empat bulan lalu.



Saya amat sedih dan simpati dengan kejadian yang berlaku di SMK  Tanjung Lumpur ini dan atas semangat inilah saya telah menulis artikel lalu saya iaitu Histeria di SMK Tanjung Lumpur  - satu kupasan di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/histeria-di-smk-tanjung-lumpur-satu.html . Melalui semangat yang sama jugalah saya menulis artikel ini semoga dapat menghulurkan bantuan.

Lihatlah para pembaca sekelian cebisan dari berita ini iaitu – Perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini kecoh apabila 11 pelajar perempuan sekolah itu diserang histeria ketika ayat Kursi dibacakan pada perhimpunan tersebut hari ini. 

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kesemua mangsa meraung dan meracau serta bertindak agresif sebelum merebahkan diri ke tanah pada perhimpunan yang dihadiri oleh kira-kira 800 pelajar.

Malah, ada di antara mangsa dikatakan terpaksa diikat pada pengusung selepas dimasukkan ke dalam dua ambulans yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.”.

Saya yakin pihak pengurusan sekolah ini mengarahkan majlis membaca ayat Kursi di dalam perhimpunan pagi tersebut bertujuan untuk menghalau hantu syaitan dan memberikan pendinding kepada semua warga sekolah ini. Memang perkara seperti ini adalah satu lumrah di Malaysia ini. Namun rahmat yang dipinta tetapi bala yang diterima. Sebelum dibacakan ayat Kursi tiada gangguan namun sebaik dibacakan ayat Kursi ini 11 pelajar diserang histeria.

Saya ingin menekankan kepada pembaca sekelian bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menghalau hantu syaitan dan pendinding!! Jikalau kita buka kitab-kitab sesat seperti kitab mujarrobat dan kitab Majmu’Shariff, amalan pendinding memang banyak sekali. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati. Lihatlah bagaimana pandainya syaitan dan lemahnya manusia, hanya dengan menggantung tulisan Arab tertentu lalu dikalungkan di leher anak, maka anak ini bakal terhindar dari segala penyakit!! Subhanallah Astaghfirullah.

Dari kitab sesat Mujarrobat ini juga diajarkan kalau menuliskan huruf-huruf tertentu  ( alif, lam, to, alif, lam ......) ia boleh digunakan sebagai pendinding untuk menghindari syaitan!!! Subahanallah astaghfirullah, lemahnya manusia, cerdiknya syaitan!!!

Islam adalah satu agama yang mengesakan Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak menjadi pelindung, pendinding, pemberi rahmat dan sebagainya. Mengapa perlu dicari tuhan lain selain Allah untuk meminta perlindungan??? Kitab Mujarrobat dan Majmu’ Shariff adalah arahan syaitan untuk umat Islam menjadikan azimat, tulisan dan bacaan ayat-ayat sebagai tuhan selain Allah SWT.


Ingatlah bahawa Nabi SAW tidak bertangkal azimat tetapi bertawakal kepada Allah. Syirik menukarkan konsep tawakal kepada Allah menjadi  tawakal kepada makhluk / tangkal / azimat / amalan sesat lainnya.

Silalah baca artikel di Laman Emjay berikut untuk lebih memahami isu ini:

Memanglah menjampi atau meruqyah ada diajarkan di dalam hadis baginda Nabi Muhamad SAW tetapi ruqyah ini perlu dilakukan dengan peraturannya. Peraturan terpenting ialah hendaklah meruqyah ini dilakukan oleh orang yang mantap akidahnya. Meruqyah tanpa akidah yang mantap adalah seolah-olah menyuruh seorang sami Hindu meruqyah dengan ayat Al Quran !!!.

Dalam melakukan ruqyah perlu diingati bahawa perlindungan adalah mutlak dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Pelajarilah adab berdoa! Elakkan membaca secara beramai-ramai. Apabila pembaca ayat Kursi meyakini bahawa bacaan ayat inilah yang menjadi penghalau syaitan, maka rosaklah akidah kerana sudah menafikan peranan Allah SWT dan ketawalah syaitan. Di dalam kes bacaan ayat Kursi di SMK Tanjung Lumpur ini, Allah SWT seolah-olah telah berlepas tangan lalu membiarkan sahaja jin syaitan bermaharajalela. Perlu sekali dikaji mengapa Allah SWT seolah-olah berlepas tangan dan tidak menurunkan rahmatnya. Pastinya ada sesuatu yang Allah SWT tidak redha!!!

Kejadian seumpama ini memang banyak sekali berlaku di Malaysia. Seringkali berlaku apabila terdapat kes histeria maka ustaz dan pelajar membacakan ayat Kursi dan surah Yaasin namun sebaik-baik dibacakan ayat-ayat dari Al Quran ini , kejadian histeria ini bukan semakin pulih malahan semakin ganas dan rancak. Ini menunjukkan seolah-olah Allah SWT telah berlepas tangan dan tidak mahu menurunkan rahmatNya!!! 

Untuk menjelaskan lebih lanjut perkara ini saya berikan satu analogi. Secara umumnya memanglah digalakkan oleh Islam agar umatnya memberikan sedekah. InsyaAllah sedekah bakal dibalas dengan pelbagai rahmat dari Allah. Namun ada orang yang banyak bersedekah namun sudahlah tidak dapat balasan rahmatNya malahan diberikan pula azab oleh Allah. Apabila sedekah dibuat dengan niat riak maka sudahlah tiada balasan rahmat malahan diberikan pula pelbagai musibah. Begitulah ruqyah yang dilakukan dengan kaedah tidak betul hanya mengundang pelbagai musibah.


Di satu sekolah di Pantai Timur, kumpulan guru dan pelajar membacakan surah Yaasin berpuluh-puluh kali namun lagi dibacakan lagi teruk azab yang diberikan oleh Allah SWT sehingga akhirnya mereka semua bertempiaran lari kerana pelbagai kejadian aneh semakin berleluasa sehingga akhirnya atap sekolah macam nak runtuh. Ini semua adalah hasil kerja permainan jin syaitan laknatullah namun perkara yang sangat penting difikirkan ialah mengapa Allah mengizinkan kejadian aneh ini berlaku?? Bacalah artikel nombor 7 saya di atas iaitu   Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!! di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/mesej-dari-allah-yang-tidak-mahu.html
 
Apabila Islam dipermainkan, Nabi Muhamad SAW banyak difitnah, Allah SWT diperbodohkan dan diperlekehkan pastinya berbagai azab diterima sebagai mesej yang ingin disampaikan oleh ALLAH SWT. Kembalilah kepada jalan lurus yang diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW untuk mendapatkan RAHMAT DARI ALLAH SWT.


Ayat Kursi bukan kehilangan Power tetapi sesungguhnya ayat Kursi memang tidak ada Power kerana yang memiliki Power hanyalah Allah SWT.


Sekian wassalam wallahuaqlam. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah SWT.

Emjay


100 comments:

  1. Tiada perbuatan,melainkan perbuatan Allah SWT.Tiada kuasa melainkan kuasa Allah SWT.....kalau boleh saudara emjay kupas sikit ayat ini.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Perkara yg mudah boleh jadi sangat komplicated apabila berlaku kekeliruan. Yang perlu dilakukan hanyalah jangan syirik kepada Allah swt, betulkan akidah, insya-Allah masalah akan selesai. Syaitan tiada kuasa pada hamba yang ikhlas (betul tauhidnya).

    Yang peliknya, pihak yg terlibat asyik bergerak ke arah yg melibatkan lebih kesyirikan, dan masalah pun terus-menerus tanpa penyelesaian.

    Saya melihat Ust Emjay disini dimarah dan diserang, hanya menganjurkan jangan menggunakan cara yg mensyirikkan Allah. Begitu juga lah diri saya sendiri, salah seorang ahli keluarga terdekat terlibat dengan pertubuhan yg banyak melibatkan benda-benda yg disebutkan disini. Bila kita menyatakan ketidak-setujuan, maka kita pun dilempar berbagai tohmahan, kononnya tidak mengenang jasa, derhaka dan banyak lagi. Mereka mahu kita membuat bayaran, kononnya duit tu kan digunakan untuk bacakan surah yasin, tiga hari berturut-turut bila si saudara nie mati nanti. Selepas itu, akan dibacakan lagi pada hari-hari tertentu selepas kematian. Seolah-olah mereka menjamin bacaan mereka boleh memberi syafaat. Bila tidak dipersetujui, maka tohmahan kedekut, derhaka, tak kenang jasa lah label yg disandarkan kita.

    Perkara mudah, bila dikelirukan boleh menjadi rumit. Janganlah syirik dalam peribadatan.

    ReplyDelete
  3. Benar tu saudara ebkc.. saya setuju

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sdr ku ebkc dan pokben17

    Begitulah resamnya kita semua. Nak masuk syurga Allah SWT memanglah mahal dan perlu mengharungi segala onak duri ujian dari SWT. Kalau lulus mudah-mudahan kita dimasukkan ke syurga Allah. TETAPI untuk masuk ke neraka memang amat mudah sekali.

    Semoga kita semua diberikan Allah ketabahan kekuatan dan istiqomah di dalam mengharungi ujian Allah SWT ini dan dimasukkan kita semua ke syurga.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Salaam,

    Bagaimana agaknya jin-jin jahat tersebut boleh kenal siapa antara mereka yang lemah aqidahnya untuk mereka kacau? Mungkinkah daripada aura diri masing-masing? Apa komen emjay tentang relation antara aura dan kekuatan akidah seseorang?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Saya kalau ada orang bertanya tentang aura chakra, saya memang merasa geli kerana maklumlah saya memang anti aura chakra kuasa minda reiki dan yang sewaktu dengannya. Sila baca artikel berkenaannya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/152 .

    Saya cuma menjawab soalan pertama iaitu bagaimana jin syaitan mengenali umat Islam yang lemah akidahnya dan sebaliknya. Berikut adalah penjelasan saya:

    Kita semua kalau melihat seorang islam yang solat lima waktunya susah nak lengkap, kita boleh mengatakan bahawa keimanan / akidah orang ini adalah lemah. Apabila kita melihat seseorang menggunakan tangkal dan khidmat maka kita boleh mengatakan orang ini sangat lemah akidahnya. Apabila kita melihat seorang wanita Islam memakai mini skirt, bolehlah kita mengatakan bahawa wanita ini ada masalah dengan agamanya. Apa yang saya ingin katakan di sini ialah sebenarnya seorang manusia boleh menilai umat Islam lainnya.

    Tambahan pada 11.20 malam:

    Sekiranya manusia boleh menilai sesama manusia, inikan pula syaitan sesama syaitan. Bagi makluman pembaca semua, orang jahat mempunyai banyak Qarin yang mendampinginya dan orang baik mempunyai kurang Qarin yang mendampinginya. Ini adalah berdasarkan Al Quran surah Az Zukhruf: 36
    "Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan - Qarin (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."

    Apabila seorang ulama yang diredhai Allah bertemu dengan orang jahat buat kali pertama, selalunya / lazimnya orang jahat ini akan merasa amat tidak selesa dan ingin menjauhi ulamak ini adalah kerana Qarin yang mendampingi orang jahat ini telah ketakutan kerana melihat ulamak ini tidak banyak Qarinnya. Qarin orang jahat ini ketakutan kerana ditakuti ulamak ini akan menasihati orang jahat ini agar bertaubat dan menjadi orang yang baik dan ini adalah sesuatu yang merugikan bagi qarin ini.

    Itulah sebabnya orang jahat amat selesa bercampur dengan orang jahat walaupun baru kali pertama bertemu kerana Qarin bagi kedua-dua orang jahat ini adalah sama. Perokok amat selesa bercampur dengan perokok walau pun kali pertama bertemu. Penzina amat selesa bercampur dengan penzina walau pun juga kali pertama bertemu - sebab jenis Qarinnya adalah sama atau dalam istilah lain "sama gang".

    Itulah sebabnya juga seorang bomoh akan menjadi serba salah dan tidak selesa apabila terdapat orang yang baik menghampirinya. Ini adalah kerana Qarin pada bomoh tersebut akan membisikkan berbagai perkara kepada bomoh tersebut kerana sebenarnya bukan bomoh tersebut yang takut kepada orang baik tersebut tetapi adalah kerana Qarin bomoh yang ketakutan lalu membisikkan banyak perkara kepada bomoh ini. Memanglah Qarin amat gemar kepada orang yang ingkar kepada perintah Allah SWT dan Qarin amat takut kepada orang yang bertakwa dan beriman.

    Qarin sebenarnya adalah dari golongan jin syaitan.

    Diharap menjawap persoalan sdr diatas.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ustaz atas penjelasan. Saya amat menghargainya.

    Pengetahuan saya tentang aura hanyalah on the surface sahaja dan tidak tahu secara detail. Oleh kerana perkataan aura ini sentiasa sahaja disebut-disebut oleh ramai orang, maka dengan automatiknya kita pun kadang-kadang terikut-ikut menyebutnya tanpa mengetahui hakikat sebenar apakah ia.

    Tetapi sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan saintifik, saya jadi berminat sedikit apabila ada terbaca artikel-artikel yang mengaitkan teori aura dengan science. Tetapi setakat itu sahajalah. Saya dapati, walaupun ianya cuba dikaitkan dengan science, seolah-olah ada missing variables daripada formula yang diberikan. Wallahua'lam.

    Tentang soalan saya yang pertama itu, pada awalnya saya juga berpendapat seperti ustaz tetapi apabila melihat sendiri saudara terdekat (adik ipar) yang cukup solat lima waktu, tidak berbomoh dan tidak bertangkal, tapi masih lagi mendapat 'gangguan', saya macam jadi hairan. Itulah yang tiba-tiba terfikir nak kaitkan dengan aura. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. Kepada ummhajar, jangan lupa membaca bahagian kedua penjelasan saya kerana bahagian pertama sebenarnya masih belum menjawab. Maaf kerana saya perlu menulis dalam dua bahagian kerana saya terpaksa berhenti pada bahagian satu kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. apa-apa ayat al-quran pun dibaca atau didoakan, jika tidak dizinkan Allah tidak akan memberi kesan, Usaha2 pihak sekolah membaca al-qursi pada perhimpunan tersebut adalah satu ikhtiar semata-mata, janganlah diperlekehkan atau dipersendakan.Mungkin ada kekurangan sana-sini, kenalah gali atau berikhtiar lebih

    ReplyDelete
  10. PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN

    TEKNIK BUNUH IBLIS,SYAITAN,JIN,BUNIAN,KHANNAS,QARIN,DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL,ZAHIR,BATIN DAN BATIN DALAM BATIN

    TUJUAN:

    1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN DAN MEBELASAH SERTA MEMUKUL,MENGACIP,MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT
    2. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS
    3. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    HASIL

    1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
    2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
    3. SEMBAHYANG KHUSYUK
    4. HATI LAPANG
    5. DAN BANYAK LAGI

    INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

    *LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

    1. BERSIH RUMAH BERHANTU
    2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
    *TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*

    *BERGANTUNG KEADAAN DAN SITUASI (BOLEH DIRUNDING)

    BERMINAT SILA HUBUNGI:
    EN. ARMAND MAULANA
    ahlul_haq@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh pembaca Laman Emjay sekelian

    Di dalam ajaran Islam tidak diajarkan BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN (Kalau saya silap minta betulkan dan berikan nas-nasnya)

    Sedangkan Nabi Muhamad SAW sendiri tidak dibenarkan Allah untuk membunuh syaitan yang mengganggu solat beginda sebagaimana hadis berikut. Jikalau Nabi Muhamad SAW tidak buat, tidak usahlah kita melakukannya. Yang mampu mengawal jin sebagaimana dijelaskan didalam Al Quran hanyalah Nabi Sulaiman namun Nabi Sulaiman berdoa agar kemampuan mengendalikan jin ini hanya diberikan kepadanya sahaja dan Allah SWT telah mengizinkannya. Itulah sebabnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah mencontohkan mengawal jin atau membunuh jin. Pernah satu ketika Nabi Muhamad SAW memegang jin di dalam sembahyangnya namun akhirnya dilepaskan oleh baginda kerana teringatkan doa Nabi Sulaiman ini agar ilmu mengendalikan jin ini tidak diberikan kepada orang lain (termasuk Nabi Muhamad SAW) sebagaimana ayat Al Quran berikut:

    Saba’

    [12]: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
    [13]: Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur


    Saad

    [35]: Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
    [36]: Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;
    [37]: Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
    [38]: Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
    [39]: (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)".

    Jikalau manusia sememangnya mampu untuk membunuh jin syaitan iblis dan yang sewaktu dengannya, pastinya Nabi Muhamad SAW telah mengajarkannya dan pastinya kini dunia aman dan tenteram kerana bilangan jin iblis syaitan sudah hampir pupus kerana telah dibunuh manusia????

    Waspadalah dengan orang yang mengaku boleh "MEBELASAH SERTA MEMUKUL, MENGACIP, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT" sebagaimana yang diakui oleh penghantar reply ini!!!!

    Ribuan kemaafan dipohon diatas penulisan ini kerana saya semata-mata hanya mencari redo Allah SWT dan bukan mencari redho manusia tetapi bertentangan dengan redho Allah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. alaikumsalam wbt..

    saudara emjay..
    terlebih dahulu ingin saya nyatakan hendaklah kita mengkaji terlebih dahulu sebelum kita membuat sesuatu rumusan@kesimpulan..

    firman Allah dalam surah yasin 'sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu'(ayat 60)..dan firmanNya lagi dalam surah al-fatir 'sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu,maka anggaplah ianya musuh(mu)(ayat 6)

    daripada firman Allah ini jelaslah bahawa syaitan itu adalah MUSUH NYATA bagi manusia..jadi adakah wajar untuk melawan musuh hanya dengan berpeluk tubuh semata-mata.?

    sesungguhnya syaitan itu juga dijadikan oleh Allah..dan setiap makhluk yang dijadikan Allah sudah tentu mempunyai kelemahannya..

    dalam ajaran Islam adakah diajar macamana cara untuk membuat kereta proton.?
    adakah membuat kereta proton itu sesuatu yang diada-adakan dalam agama.?

    sebelum menghukum sesuatu perkara itu begitu atau begini kita perlu tahu dimana kategorinya sesuatu perkara yang dibawa itu..

    telah diriwayatkan bahawa nabi Idris a.s pernah mencucuk mata iblis sehingga buta
    ketika iblis membisikkan kata-kata cuba untuk merosakkan Iman nabi Idris a.s..
    jadi jika iblis itu buleh dibutakan matanya adakah mustahil ianya dibunuh.?

    bagaimana jika saya buleh membuktikan didepan mata saudara emjay sendiri bahawa syaitan itu buleh dibunuh.?

    mengapa ayat kursi kehilangan power.?
    mengapa doa2 sudah tidak mustajab.?
    mengapa bila dibaca ayat al Quran makin bersemarak kerasukan.?

    bagaimana mungkin doa2 yang diajarkan Rasulullah s.a.w buleh menjadi mujarab jika
    si pembaca atau pengamalnya penuh dengan zulumat,penuh dengan kebathilan dan bergelumang dengan ilmu2 bathil yang terus menerus mensyirikkan Allah.?

    jika kita mempunyai hubungan betul dengan Allah nescaya akan ada bantuan bersama-sama jika ikutkan tertib..
    'dan Allah adalah pelindung kepada orang-orang yang beriman'(ali 'imran ayat 68)
    kenapa orang Islam sekarang x dapat janji Allah.?

    cuba kita renung2 kan..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    Jika kita renungkan kisah iblis ketika dilaknat oleh Allah SWT kerana enggan sujud kepada Nabi Adam AS.

    Apa yang iblis mahu?
    Iblis kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
    (dan Allah telah memakbulkan doa iblis serta melaknatnya!!)

    Jadi, persoalan di sini, bagaimana kita sebagai manusia biasa mampu membunuh iblis/syaitan?

    Sekadar pandangan saya yang cetek ilmu.

    ReplyDelete
  14. sama seperti golongan manusia yang akan beranak pinak hingga ke hari kiamat..begitu juga dengan golongan mereka..

    ''pastinya kini dunia aman dan tenteram kerana bilangan jin iblis syaitan sudah hampir pupus kerana telah dibunuh manusia????''
    -bukankah manusia setiap hari mengalami kematian diseluruh dunia semenjak dari zaman nabi Adam a.s hingga sekarang.?mati terbunuh,mati kena bunuh,mati eksiden,mati kerana penyakit dan berbagai asbab kematian lagi..adakah terdapat tanda2 manusia akan pupus.?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh sdr ahlulhaq yang dihormati.

    Semoga kita semua diberkati dan dirahmati di dalam mencari redha Allah SWT.

    Sdr ada menyatakan bahawa "sesungguhnya syaitan itu juga dijadikan oleh Allah..dan setiap makhluk yang dijadikan Allah sudah tentu mempunyai kelemahannya.." . Saya memang SANGAT SETUJU dengan kenyataan ini.

    Alhamdulillah Allah SWT telah memberitahu kita semua bahawa sememangnya syaitan ini mempunyai kelemahan iaitu::

    Al Nahl:[99]
    Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

    Nabi Idris mencucuk mata iblis sehingga buta tetapi ini adalah syariat Nabi Idris bukannya syariaat Nabi Muhamad. Jikalau kita mengikut syariaat Nabi Allah Sulaiman, kita semua boleh berkahwin sehingga 70 orang. Kalau mengikut syariaat Nabi Musa ada diantara kita yang kena bunuh diri namun adakah bunuh diri dibenarkan di dalam syariaat Nabi Muhamad SAW?

    Sebaik-baik contoh tauladan adalah Nabi Muhamad SAW, para sahabatnya, tabiin dan tabiun tabiin. Adakah pada mana-mana zaman ini terdapat contoh tauladan dimana ada di kalangan mereka ini membunuh iblis atau memenjarakannya di dalam botol sebagaimana dilakukan setengah setengah perawat??

    Bagi saya cukuplah Allah SWT sebagai pelindung ku sebagaimana dinyatakan Allah SWT di dalam surah A-li Imraan:[150] (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

    Al A’raaf:[200]
    Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    Minta maaf sekali lagi kepada sdr ahlulhaq semoga perbincangan kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah dalam kita mencari jalan yang diredhai.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. saya setuju dengan saudara emjay..semoga perbincangan kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah dalam kita mencari jalan yang diredhaiNya..

    "Allah menganugerahkan al-hikmah(kefahaman yang mendalam tentang al-Quran dan sunnah)kepada siapa yang Dia kehendaki.Dan barangsiapa yang dianugerahi al-hikmah itu,ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran(dari firman Allah)''(al-Baqarah ayat269)

    terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada saudara emjay..apakah yang dimaksudkan dengan syariat.?apakah Nabi Idris a.s mencucuk mata iblis sehingga buta itu sebahagian dari syariat.?atau 'ilmu' yang Haq.?
    saudara juga mungkin lupa dalam peristiwa mikraj Rasulullah s.a.w yang mana syaitan yang ingin mengikut baginda s.a.w musnah menjadi debu.?
    Benar sebaik-baik contoh tauladan adalah Nabi Muhamad SAW, para sahabatnya, tabiin dan tabiut tabiin.dan kehebatan mereka-mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi..
    seperti mana kisah saiyidina Omar r.a yang menulis surat kepada sungai nil agar terus mengalir sampai ke hari ini tanpa perlu upacara bathil memuja sungai..kisah saiyidina Othman r.a yang memerintahkan binatang buas membunuh penjahat@perompak diwaktu malam dan banyak lagi kisah2 para sahabat ini yang cukup istimewa..
    dan persoalan disini..adakah perbuatan yang dilakukan oleh sahabat ini disuruh atau disyariatkan oleh nabi.?
    sesungguhnya mereka ini tiada pertikaian lagi tentang keimanan mereka..mereka mempuyai hubungan yang betul dengan Allah dan rasul dan mereka ini dikurniakan ilmu yang Haq dari Allah..''sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu(para rasul dan sahabat nabi) terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal'(yusof ayat 111)

    ayat-ayat al-Quran yang disebutkan oleh saudara diatas memang benar..tetapi seperti seperti yang saya nyatakan sebelum ini..kenapa orang Islam hari ini x dapat janji Allah sedangkan Allah telah berjanji bahawa Dia adalah pelindung bagi orang-orang yang beriman.?

    manusia dikalangan para rasul itu diberi ilmu dari Allah yang dipanggil wahyu..
    Dan dikalangan para rasul,para anbia dan manusia biasa yang dikehendakiNya yang beriman dengan sempurna dan betul hubungannya dengan Allah juga diberi ilmu yang dipanggil 'anugerah'
    'Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan'(al-Mujaadilah ayat 11)

    saya ingin bertanya kepada saudara lagi..adakah masyarakat melayu Islam hari ni terlepas dari amalan2 ini.?
    Bomoh
    pawang
    dukun
    Mak Andam
    Bidan Kampung
    Mandi limau
    Mandi bunga
    Mandi daun/sintok
    Mandi minyak
    Ilmu sri muka
    Ilmu penunduk
    Ilmu pengasih
    Ilmu gentel lada hitam
    Susuk
    Silat
    taekwando
    karate do
    judo
    silambam
    Saka
    Tangkal
    Tarikat
    Air jampi
    Air penerang hati
    Air penawar
    Pagar rumah
    Kadam / sheh / sahabat
    Petua yg salah
    Lenggang perut
    Ilmu sapu Kunyit
    Ilmu Kebal
    Pelaris
    Jampi
    Pati geni
    Kuda kepang
    Dabus
    Mandi air 7 perigi masjid
    Sangkal putung
    Pagar rumah
    kemenyan/gaharu
    Spirit of coin
    Kismis Doa
    dan macam-macam lagi..

    dan jika inilah amalan masyarakat melayu Islam khususnya..bagaimana mungkin mendapat jaminan perlindungan Allah.?

    bagaimana pula penyelesaiannya..?

    InsyaAllah semuanya akan terjawab..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh sdr ahlulhaq

    Semoga kita semua dilimpahi Allah SWT berkat rahmat taufik dan hidayah di dalam mencari jalan yang diredhai Allah SWT.

    Setiap Nabi ada syariaatnya masing-masing dan syariaat bagi nabi-nabi ini tidaklah sama antara satu sama lain. Secara bahasa mudah syariat adalah
    bermaksud hukum-hukum yang terkandung dalam satu-satu agama. Syariat di dalam agama Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis.

    Memang dalam peristiwa israk mikraj, syaitan yang ingin mengikuti beginda telah menjadi debu namun adakah syaitan yang menjadi debu ini disebabkan Nabi Muhamad SAW yang membunuhnya atau kerana Allah yang membunuhnya??

    Berkenaan para sahabat Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, memanglah mereka dibenarkan untuk membuat syariaat kerana Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya ikutilah sunahku dan sunnah para sahabat ......

    Saya amat bersetuju dengan sdr bahawa Nabi mendapat wahyu tetapi selepas Nabi memang terdapat wali yang diberikan Allah SWT berbagai kelebihan. Namun wali zaman para sahabat dan tabiin adalah wali yang lebih istimewa kerana lebih hampir dengan zaman Nabi tetapi mereka tidak membunuh iblis!

    Saya ingin menjelaskan di sini bahawa iblis telah diberikan izin oleh Allah SWT untuk terus hidup sampai kiamat sebagaimana dijelaskan dalam mafhum Al Quran berikut dari surah Al A'raaf

    [11]Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

    [12]Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

    [13]Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

    [14]Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

    [15]Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".

    [16]Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

    [17]"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

    [18]Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

    Terima kasih dan alhamdulillah tidak lupa kepada sdr integraillumina di atas reply beliau di atas yang menjelaskan perkara yang sama bahawa Allah telah memperkenankan hasrat iblis untuk terus hidup sampai kiamat

    Berkenaan amalan-amalan sesat yang sdr senaraikan di atas, saya sangat bersetuju dan marilah kita sama-sama membanteras amalan sesat tersebut. Bagi golongan yang mengamalkan kesesatan ini, mereka telah terkeluar dari senarai mereka yang diberikan rahmatNya melalui Al Nahl:[99] Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Memang begitulah mengikut tafsiran di dalam Al Quran sebagaimana saya jelaskan di atas bahawa Allah telah memperkenankan iblis untuk terus hidup sampai kiamat.

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum
    menarik sungguh perbincangan ini..

    ReplyDelete
  20. hampir setiap hari saya membunuh iblis dan kawan serta sekutunya. saya terpaksa berbuat demikian kerana makhluk durjana nie datang mengacau.
    tanda2 kena serangan
    Sembahyang tidak khusyuk
    Pergantungan kepada Allah tidak kuat
    Akhlak sukar dikawal
    -pemarah -ego -bangga diri
    -cakap kasar -sombong -riak
    -cakap besar -khianat
    -lain lain perkara yang buruk
    Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / Resah gelisah tak tentu pasal
    Jiwa tidak tenteram
    Hati cinta maksiat / seronok tengok maksiat
    Ada perasaan takut selain Allah
    Dada sebak/panas macam kena tusuk dengan keris berbisa/macam kena cucuk dengan hujung jarum
    Tindakan dan cakap ikut nafsu
    Pertimbangan diri tidak mantap (melalut)

    bila makhluk tu dah aku belasah sedapnya jiwa rasa tenang, sembahyang lebih berkualiti. cinta kebaikan berbanding cinta maksiat.

    cara nak bunuh senang je.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum saudara emjay dan pembaca sekalian,

    Menurut pandangan saya yang cetek ni... setahu saya IBLIS, SYAITAN dan JIN adalah makhluk yang berlainan spesis atau jenisnya. IBLIS memang dikurniakan kehidupan sehingga kiamat oleh ALLAH SWT, syaitan pula adalah konco2 nya tetapi JIN adalah makhluk yang beranak pinak dan mati sepertt juga manusia. Makanannya adalah asap dan sisa daging pada tulang sebab itulah kita dilarang beristinjak menggunakan tulang. Sebab itulah ada kategori jin islam, ifrit dan lain2 termasuklah yang nama panggilan dalam bahasa melayu spt Bunian, Polong, Hantu Raya, Pelesit dan lain2. Setahu saya IFRIT adalah sejenis jin bukannya IBLIS dan IFRIT inilah yang mengejar Nabi Muhammad SAW semasa ISRAK MIKRAJ. Maknanya JIN boleh dibunuh atau dihalau? Dan yang banyak merasuk, menjadi khadam dan sebagainya adalah golongan JIN

    Tolong komen sikit kalau ada yang tahu....

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum

    cuba rujuk Al Quran surah Al kahfi ayat 50, ada penjelasan siapa itu jin.

    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

    ReplyDelete
  23. Sebab itulah ada kategori jin islam, ifrit dan lain2 termasuklah yang nama panggilan dalam bahasa melayu spt Bunian, Polong, Hantu Raya, Pelesit dan lain2. Setahu saya IFRIT adalah sejenis jin bukannya IBLIS dan IFRIT inilah yang mengejar Nabi Muhammad SAW semasa ISRAK MIKRAJ. Maknanya JIN boleh dibunuh atau dihalau? Dan yang banyak merasuk, menjadi khadam dan sebagainya adalah golongan JIN

    habrashid nak tanya balik macamana anda dapat fakta diatas!. rujukan mana satu...yang saya tahu dan pernah habrashid balaja dahulu...tak pernah pula dengar IFRIT inilah yang mengejar Nabi Muhammad SAW semasa ISRAK MIKRAJ. ternyatalah apa yang idir sangkakan pada hari ini banyak sirah Nabi telah di sewengkan....sila renung kembali dan kaji kembali tentang Isra Mikraj...tolonglah!...cerita ini sahaja dibuat oleh orang2 yang tidak bertangungjawab tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan orang Islam...tak abis dengan nabi difitnah yang kononnya Isra Mikraj berlaku di rumah Ummu Hani...ini cerita terbaharu pula...yang timbul.

    ReplyDelete
  24. saudara habra rashid boleh recommend buku sirah rujukan mana patut dibaca? Thanks

    ReplyDelete
  25. lihat sirah nur yakin...bidayah wa nahiyyah..shahih bukhari....tarikh at-tabarri dan banyak lagi dan jika anda tak keberatan lawatilah...laman darulkauthar..habrashid syorkan belilah sirah nur yaqin(siratulmursaliin)...buku tak mahal..tapi habrashid tak pasti ada jual ke tak!..dan banyak lagi buku oleh ulama Ahli Sunnah..kalu lagi bagus awak dapatkan buku sirah yang di karang oleh Syeikh Muhammad Abu Hassan An-Nadwi (qisasunnabiy) ada beberapa jilid yang ditulis..bahasanya mudah difahami...

    ReplyDelete
  26. ana ada pengalaman menyelesaikan histeria.

    jika tahu apa kelemahan jin pasti dia cabut lari.

    ReplyDelete
  27. Kepada sdr ilmuhaq

    Boleh tanya bagaimana nak bunuh iblis dan sekutunya sebagaimana yang sdr nyatakan di atas?

    Emjay

    ReplyDelete
  28. habrashid pun nak dengar juga!....manalah tau jumpa iblis kata tepi highwayker!.....boleh habrashid pratik bunuh dia...

    ReplyDelete
  29. BERANI KERANA BENAR
    TAKUT KERANA SALAH
    Orang yg menyampaikan kebenaran tak perlu takut2 untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
    Hanya orang yg bersalah sahaja takut untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
    Saya pasti tentu ramai peminat setia emjay ingin mengetahui identitinya yg sebenar
    SAYA CABAR AWAK EMJAY

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah syukur masih ada yang sudi ingin tahu teknik membunuh iblis. ilmu itu saya mahu kongsi kepada seluruh umat.
    tekniknya memang mudah. semua makhluk di dunia ini dicipta oleh Allah.

    harimau makhluk atau tidak? apa kelemahannya? -tembak

    ular makhluk atau tidak? apa kelemahannya? -pukul dengan kayu

    api makhluk atau tidak? apa kelemahannya? -siram dengan air

    iblis, saitan, jin makhluk atau tidak? apa kelemahannya? -_______________

    semua makhluk ini ada kelemahannya masing2 ...

    teknik bunuh iblis memang sangat mudah tetapi untuk faham kelemahan iblis, saitan, jin dan sekutu dengannya memerlukan penjelasan agak panjang dan detail sekurang2nya 2 jam sesi bersemuka. teknik ini memang tiada dalam nas ia adalah ilmu yang telah ditemui yang telah Allah tunjukkan. sama macam api dari mana kita tahu ia kalah dengan air, harimau kalah kena tembak ia juga tiada dalam nas. oleh kerana iblis adalah makhluk halus jika asas kefahaman tidak kukuh orang susah nak percaya nampak macam main2 tetapi ia benar dan orang yang dah faham penjelasan memang boleh buat. ramai juga yang dah dijelaskan dan sekarang ini mereka hari2 bunuh iblis. kalau nak kenal siapa mereka pun boleh saya kenalkan. lelaki dan perempuan pun ada. baru-baru ini saya ada kirim fak kepada pengetua sekolah Tg. Lumpur untuk menolong masalah histeria tetapi tiada respone. Insaallah memang boleh bersih kawasan sekolah Tg. Lumpur jika ikut tertib. saya memang buat kerja ini dan dah banyak sesi yang di adakan dari johor hingga utara, pantai timur dan sabah. jika saudara2 dan saudari2 berminat boleh kita berjumpa kerana Allah dan untuk umat.

    ReplyDelete
  31. saudara ku emjay..semoga kita berlapang dada..

    ada pun syariat Islam itu adalah dari Allah dan rasul sahaja..tiada syariat lagi selepas itu..
    anjuran Rasulullah s.a.w supaya umat mengikut sahabat adalah kerana memang para sahabat lah yang benar2 mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasul..bukan lah para sahabat ini membuat syariat..semoga Allah ampunkan kita semua..
    adapun ilmu yang Haq bukan lah syariat dan ianya tidak bersalahan dengan syariat.sebab itu para sahabat ada melakukan perkara seperti yang saya sebutkan sebelum ini kerana mereka ada ilmu..saudara kena ada guideline yg jelas bab mana Tauhid,bab mana fikah,bab mana tasawuf dan bab mana 'ilmu'..
    saudara cakap- ''Namun wali zaman para sahabat dan tabiin adalah wali yang lebih istimewa kerana lebih hampir dengan zaman Nabi tetapi mereka tidak membunuh iblis!''
    -adakah saudara yakin dengan kenyataan saudara.?
    saudara..Rasulullah pernah bersabda bahawa syaitan sangat takut kan Omar r.a sehingga sekiranya Omar melalui sebatang jalan nescaya syaitan tidak akan melalui jalan yang sama..bagaimana nak bunuh sedangkan nampak sahaja mereka ini syaitan sudah cabut lari!!!

    saudara tanya-''Memang dalam peristiwa israk mikraj, syaitan yang ingin mengikuti beginda telah menjadi debu namun adakah syaitan yang menjadi debu ini disebabkan Nabi Muhamad SAW yang membunuhnya atau kerana Allah yang membunuhnya??''
    saya jawab..siapa yang bagi emjay makan.?Allah yang bagi rezeki atau dari kudrat emjay sendiri.? ataupun Allah yang suapkan nasi ke mulut emjay sendiri tanpa perlu emjay yang suapkannya.?
    saudara..manusia juga diberi izin hidup sampai ke hari kiamat..sebab itu manusia tidak terus disiksa apabila melakukan kesalahan didunia ini..hanya segelintir sahaja yang dibayar cash..begitu juga dengan makhluk durjana..sampai ajalnya matilah dia.."Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" (Al-Imran : 185)..dan firmanNya lagi ''tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Wajah Allah(al-Qasas ayat88).

    ''Berkenaan amalan-amalan sesat yang sdr senaraikan di atas, saya sangat bersetuju dan marilah kita sama-sama membanteras amalan sesat tersebut. Bagi golongan yang mengamalkan kesesatan ini, mereka telah terkeluar dari senarai mereka yang diberikan rahmatNya melalui Al Nahl:[99] Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.''
    -berkenaan ini bagaimana pula cara penyelesaiannya pada pandangan saudara.?

    maafkan saya sekiranya terkasar bahasa..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  32. Semoga Allah meredai kita semua....sesungguhnya dakwah memerangi khurafat termasuk dalam kerja-kerja amar Ma'aruf dan nahi mungkar yang menjadi simbol kecermelangan bagi umat yang terbaik. Firman Allah S.w.t :
    كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله
    (surah Al-Imran ayat,110)
    maksudnya: " kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma'aruf dan mencegah yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah".

    dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:
    ( والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر)

    (surah At-Taubah: ayat 71)

    maksudnya: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang Maaruf dan mencegah yang Mungkar".

    Sesebuah umat hanya akan dilihat sebagai umat yang terbaik dan beriman, selagi mana anggota masyarakatnya menunaikan tanggungjawab amar maaruf dan nahi mungkar ini. Sebaliknya jika mereka mengabaikan tanggungjawab ini, maka mereka tidak lagi menjadi umat yang terbaik, sebaliknya akan dilihat pula sebagai umat munafiq. Firman Allah S.w.t:

    المنفقون والمنفقت بعضهم من بعض يأمرون بالمنكر وينهون عن المعروف )
    (surah Taubah ayat 67)

    Maksudnya: "Orang Munafiq lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh kepada mungkar dan melarang kepada Maaruf.

    Seandainya tanggungjawab amar ma'ruf dan nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat akan dapat diperbetulkan.

    والله أعلم.......

    ReplyDelete
  33. ilmuhaq, anta tak terang macam mana nak bunuh iblis, sedangkan anta kata teknik itu amat mudah. Bolehkah ana katakan bahawa anta ini hanya "tong kosong" sahaja. Setahu ana, iblis diberi nyawa sampai kiamat, kalau jin, syaitan tak tahu le samada anta ada tekniknya.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum....

    Terima kasih saudara habrarashid.. Saya akan cari rujukan2 tersebut almaklumlah ilmu masih cetek...Hmm... pada pembaca laman ni yang `terer2' ni...ada tak nas yang memberitahu perbezaan jin, syaitan dan iblis? Setahu saya makhluk2 ini tidak sama `nature' nya...Bukankah berlainan jenis? Kalau saya silap.. Maaf lah sekadar bertanya...

    http://kawansejati.ee.itb.ac.id/09-mengembara-ke-alam-jin

    site di atas tu nampak lain macam... AWAS... tulisan pun dari geng2 rufaqa/arqam

    ReplyDelete
  35. Waalaikumussalam wbh anakburung306

    Untuk memahami lebih lanjut tentang jin syaitan dan iblis, sila baca artikel saya bertajuk Iblis, syaitan dan jin di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93.

    Semoga dapat membantu

    Emjay

    ReplyDelete
  36. betultu! camne nak bunuh iblis!....bagus yangkhai habrashid lupe nak tanya soalantu kembali?

    ReplyDelete
  37. sdr. yangkhai, sdr. habrashid: tuan2, puan2 sekelian
    teknik bunuh iblis, saitan, jin dan sekutudengannya kaedahnya hampir serupa. selalunya saya akan menerangkan tekniknya setelah membuat penjelasan sesi dialog sekurang2nya 2 jam. dalam bentuk teks agak sukar hendak menjelaskan khuatir disalah ertikan pulak jika tak faham. sebagai contoh untuk memotong sayur kita gunakan pisau ia memang mudah kan. cuba beri pisau itu kepada budak kecil apa dia akan gunakan pisau itu. kalau disuruh potong sayur pun dia tak faham malah membahayakan dirinya. kalau serius betul nak tahu boleh dirunding dan diaturkan pertemuan.

    saya tengah cari jalan untuk bertemu muka dengan En. Emjay untuk muzakarah live. pandangannya berkenaan syirik bagus sekali kalaulah dia tahu kaedah bunuh iblis dll alangkah bagusnya. dari segi permainan En. MJ dah ada hanya perlu penyudahan untuk menjaringkan gol dan memperkuatkan pertahanan agar tidak dibolesi.

    ReplyDelete
  38. memanglah kalu bagi kat budak kecik.kalu bagi kat budak besar kalu dia bunuh diri gak budak besartu takda otak!...senang cakap gilalah!....bagi kat kitorang ni yang nak tau teknik2 nyer? mana tau lepas ni jumpa jin dan sekutu2 nye boleh bunuh!....

    ReplyDelete
  39. dengan jawapan yg diberikan, confirmed ilmuhaq hanya "tong kosong", Dia tak ada apa-apa teknikpun nak diturunkan

    ReplyDelete
  40. nak belajar mestilah sabar.
    nabi musa belajar dengan nabi khidir tak sabar maka nabi khidir tinggalkan dia.

    kalau nak bagi alamat nanti saya poskan DVD hampir 4 jam sesi dialog. tapi saya lebih suka kalau dapat face to face.

    ReplyDelete
  41. yangkhai apalagi...kecik tapak tangan padang gof kita terima....mana tau boleh jadi tok moh ke pasni! tangkap jin......tapi sehebat-hebat ilmuhaq takleh lawan Pm kita....bukan setakat berkawan dengan jin malah berkahwin lagi.....Saudara ilmuhaq bagi no tel....

    ReplyDelete
  42. saya lebih suka ilmuhaq tulis teknik2 dan doa2 yang dikatakan tersebut di laman ini sahaja, supaya boleh dikongsi oleh semua orang. Lagipun seperti yang diakui sendiri oleh ilmuhaq, teknik itu mudah sahaja.Ianya akan memperkuatkan kredibilti ilmuhaq juga, jika benar teknik2 itu tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.Mungkin ilmuhaq tak dapat tulis teknik2/doa2 berkenaan dekat sini atas sebab2 atau alasan2 tertentu yang beliau sendiri lebih mengetahui.Saya harus menghormatinya.Saya masih kurang percaya ilmuhaq memiliki teknik2 yang dikatakannya itu. Namun kerana Ilmuhaq dah minta alamat utk membuktikannya, saya sahut dan inilah alamatnya : Ahamed, No,103, Lrg,SS 2/3,Tmn.Sentosa 2, 32000 Sitiawan, Perak.

    ReplyDelete
  43. apa yang diutarakan oleh yang kahi tu sangatlah tepat....habrahid berfikiran begitu....agar tekniknya tidak bercanggah dari akidah dan syariat....dan apa2 perkara perlu ada penelitian....alamat saya Hidir Ab Rashid, No9,
    JALAN SERI PURTA 2/3F, BANDAR SERI PUTRA BANGI,43000, KAJANG SELANGOR...terima kasih ingatkan saya Yangkhai....

    ReplyDelete
  44. berani kerana benar.

    Insaallah saya akan cari saudara atau saudara boleh cari saya, saya perlukan masa sekurang2nya 2 hingga 3 jam untuk menghuraikannya kemudian saudara boleh nilaikan sendiri. Kalau boleh sesi penerangan dan dialog dirakam dalam bentuk video sebagai bahan bukti jika ada penyelewengan.

    ReplyDelete
  45. ilmuhaq kata nak hantar dvd kepada kami.....ini kata-kata ilmuhaq kepada kami (kalau nak bagi alamat nanti saya poskan DVD hampir 4 jam sesi dialog). Kenapa sekarang lain pula tujuan Ilmuhaq...kalu betul Ilmuhaq ada ilmu tentang takniktu poskan sahaja kat kami agar...kami sendiri akan nilainya...dan kami akan paparkan di Laman ni!....itu lebih adil....pandai juga ilmuhaq ni berlakon....

    ReplyDelete
  46. saya lebih suka pilihan yang pertama dialog live. DVD yg ada hasil dialog dengan org lain. sekiranya pertemuan gagal direalisasikan maka DVD adalah alternatif kedua.

    ReplyDelete
  47. dan saya suka pilihan yang kedua.....saya ulang lagi sekali saya suka pilihan yang kedua......poskan saya dvd...paham x?...tak kira dialog nagan orang lein ke!...macam mana saya nak minat sekiranya....bukti yang pertama tak diberi!!!!!!!!......

    ReplyDelete
  48. kalau ye pun jangan emosi. ..(paham x) .kasar bunyinye

    ReplyDelete
  49. habrashid bersikap begitu (agak keras), tak boleh nak dipersalahkan 100%.Mungkin terlalu kecewa dan fed up dgn ilmuhaq, yg sehingga kini tak ada membuktikan apa-apa pun, melainkan dilihatkan mengamalkan sikap berdolak-dalih. Bila dah berjanji (jika bagi alamat akan poskan), maka kotakanlah janji tersebut.Bila kami dah tonton DVD, bolehlah kami komen, kalau nak penerangan lanjut, saya sendiri akan hubungi ilmuhaq, jika ilmuhaq sudi memberi no.telefon/alamat/e-mail. Biarlah kami tonton DVD itu sebelum mengambil langkah seterusnya.Saya berharap dalam 2/3 hari ni, dapatlah saya DVD itu.

    ReplyDelete
  50. okeylah encik mail atau ilmuhaq....sila hantar dvd di alamat yang telah tertulis di atas....terima kasih atas kerja sama awak!...dan saya tidak suka pilihan encik Ismail atau ilmuhaq itu...adakah mengerti!...apa-apapun saya ucapkan terima kasih atas teguran....anda...( bahasa ini di petik dari dewan pustaka kalu tidak di jumpai bolehlah awak cari ke kamus dewan orang ramai!...)

    ReplyDelete
  51. TANDA-TANDA ORANG KENA SERANGAN MAKHLUK DURJANA
    (iblis, saitan, jin dan sekutu dengannya)

    Sembahyang tidak khusyuk
    Pergantungan kepada Allah tidak kuat
    Akhlak sukar dikawal
    -pemarah-emosional -ego -bangga diri
    -cakap kasar -sombong -riak
    -cakap besar -khianat
    -lain lain perkara yang buruk
    Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / Resah gelisah tak tentu pasal
    Jiwa tidak tenteram
    Hati cinta maksiat / seronok tengok maksiat
    Ada perasaan takut selain Allah
    Dada sebak/panas macam kena tusuk dengan keris berbisa/macam kena cucuk dengan hujung jarum
    Tindakan dan cakap ikut nafsu
    Pertimbangan diri tidak mantap
    dan banyak lagi perkara negatif

    dah kena serang, nak balas serang balik tak tau maka dirilah yang tanggung.

    ReplyDelete
  52. Salah satu tanda diri kita memperolehi Iman dan bebas daripada dikuasai makhluk durjana

    1. Sembahyang khusuk
    2. Kuat pergantungan kepada Allah
    3. Akhlak baik
    4. Merasai kemanisan Iman, kemanisan beramal solah, zikir, membaca Al Quran dan lain lain
    5. Jiwa tenteram
    6. Hati suka kebaikan
    7. Sifat sifat buruk berkurangan
    8. Hati tidak suka maksiat
    9. Semakin hari kebaikan bertambah keburukan berkurangan

    ReplyDelete
  53. yangkhai....saya kehilangan kepercayaan kepada ilmuhaq...dan biarlah dia dalam dunia dusta dia....dan saya tetap pendirian selagi dia tidak hantar....takda maknanya penulisan dia dalam laman ini ......dan cita-cita saya takkan pernah luput...menentang kebathilan.....وتعاونوا على البر والتقوى ولاتعاونوا على الإثم والعدون واتقوا الله إن الله شديد العقاب ......surah maa'idah ayat 2...

    ReplyDelete
  54. tak reti sabar ker... niat saudara menentang kebathilan tu sangat bagus... tak usahlahlah provokasi tak usah ikut nafsu nanti tak dapat pahala rugi. buat kerja yang baik dengan niat yang ikhlas...hendak menegur dengan cara yang sopan supaya tidak menguris org lain barulah boleh berkerjasama sama-sama tolong-menolong sesama Islam. apa guna hendak buat kerja yang baik hasil tidak baik pecah belah... sudahlah stoplah tohmahhan tak tentu pasal...

    macammanalah nak pos kalau dipelekeh dan ditekan dengan kata2 kurang menyenangkan...saya cuma anjurkan untuk bertemu jika tidak dapat atau tidak bersedia tidak mengapa masih ada kaedah kedua sebagai alternatif. itupun kira dolak dalik ker. tolaransilah sikit, hormat menghormati sesama manusia.

    perkara yang paling saya khuatir saya berjuang untuk umat dapat hidayah tetapi diri sendiri tak dapat hidayah. contoh bapa saudara nabi yang membela nabi tetapi dirinya tak dapat hidayah. sama-samalah kita minta diberi petunjuk dan dipimpin oleh Allah s.w.t. ke landasan yang diredai.

    ReplyDelete
  55. terima kasih.....atas comment di atas sekurang-kurangnya saya tahu kesilapan saya...dan saya minta koreksi diri & maaflah banyak-banyak....""""orang yang bijak hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya....."...buat rakan-rakan perjuangan teruskan berjuang....

    ReplyDelete
  56. Saya dah pos DVD pada hari khamis malam jumaat 6 sept 2008. harap tonton dengan teliti dari mula hingga akhir. jika ada kemuskilan sila muzakarah.

    ReplyDelete
  57. terima kasih atass kerjasama awak!...moga Allah membalas perbuatan baik awak...Insyaallah saya tonton...sekian W'salam...

    ReplyDelete
  58. Terima kasih kerana penghurain ini..
    memang benar, kita sering terlupa untuk tawakkal kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  59. En yangkhai dan en hadrashid sudah sampaikah DVD,

    ReplyDelete
  60. Sudah tontonkah dari mula hingga akhir

    ReplyDelete
  61. Alhamdulillah...saya sudah tonton..insyallah saya akan buat satu rumusannya nanti...teriama kasih bagi pihak saya...kerana bagi kerja sama.....sekian Wasallam....

    ReplyDelete
  62. ya betul tu...ape perkembangan nya?
    nak juge tahu ni..

    ReplyDelete
  63. Saya ingin menekankan kepada pembaca sekelian bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menghalau hantu syaitan dan pendinding!! Jikalau kita buka kitab-kitab sesat seperti kitab mujarrobat dan kitab Majmu’Shariff, amalan pendinding memang banyak sekali. Pilihlah mana satu yang berkenan di hati. Lihatlah bagaimana pandainya syaitan dan lemahnya manusia, hanya dengan menggantung tulisan Arab tertentu lalu dikalungkan di leher anak, maka anak ini bakal terhindar dari segala penyakit!! Subhanallah.

    Dari kitab sesat Mujarrobat ini juga diajarkan kalau menuliskan huruf-huruf tertentu ( alif, lam, to, alif, lam ......) ia boleh digunakan sebagai pendinding untuk menghindari syaitan!!! Subahanallah lemahnya manusia cerdiknya syaitan!!!


    assalamu'alaikum, boleh ustaz senaraikan kitab-kitab sesat yg terdapat di Malaysia tetapi tidak diharamkan jakim...

    ReplyDelete
  64. saudara habrashid..hari tu bersungguh2 mintak dvd dgn ilmuhaq..sudah dapat dvd sampai sekarang belum ada ulasan lagi..apa cerita.?
    saya nak tau perkembangan juga ni...

    ReplyDelete
  65. yap saya....okey saya akan bagi komen....saya arap awak tak marah saya....penerangan awak bab tauhid dan fekah tu okey yang lain saya langsung tak paham...sebab awak cakap sikit gelak2..awak cakap sikit ye, gelak....camne saya nak paham....saya rasa tak puas hati tentang teknik nak bunuh iblis dan sekutu2nya dan langsung saya tak paham...saya malas nak bagi komen sebab ini lah!....awak jangan marah saya...sekian W'salam....

    ReplyDelete
  66. basicnya pulangkan dan buang. sekiranga asasnya dah faham dan dapat praktikkan bolehlah meningkat lagi teknik2 yang lain.
    bab mana yang kurang faham sila kemukakan soalan.

    ReplyDelete
  67. maaf kepada habrshid..sebenarnya saya bukan org yg bagi penjelasan dalam DVD itu..
    cuma saya juga penah dengar penjelasan itu secara live..kalau ada bab mana yg x paham tu rasanya buleh muzakarah la..

    ReplyDelete
  68. tak pe ....hanya kita doa sama2 pada Allah agar kita sentiasa dilindungi dan di tunjuk jalan yang benar..dan saya di sini bukan nak bermusuh2an tapi mana yang bengkok perlu diluruskan mana yang salah perlu di betulkan dan mana yang bathil perlu diterangkan tu jah yang saya harapkan....saya di sini menulis bukan nak cari nama, nak cari u.. wang tapi saya perlu jelaskan di sini ialah untuk mengajak orang kearah penyucian akidah...tu yang kalu bercanggah dengan sesuatu dalail saya terlalu keras membetulkannya....

    ReplyDelete
  69. FENOMENA TERBURU-BURU

    Fenomena terburu-buru dalam sesuatu sememangnya merupakan salah satu sifat yang amat dicela dalam Islam, kecuali dalam beberapa perkara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis Baginda s.a.w.. Hakikatnya, selain dari perkara-perkara tersebut, terburu-buru dalam urusan merupakan suatu bentuk tipu daya syaitan terhadap manusia. Fokus utama di sini ialah mengenai gejala sebahagian penuntut ilmu dewasa ini, yang masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang ilmu agama Islam, namun sudah pandai mengkritik, menyalahkan dan berdebat dalam perkara-perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya. Barangkali, mereka merasakan, setelah membaca beberapa buku sebahagian para ulama’ yang mengkritik dan membuat ulasan ilmiah terhadap sesuatu perkara ilmiah tersebut, mereka sudah rasa cukup untuk terlibat sama dalam menyuarakan pandangan mereka, sekaligus meletakkan diri mereka setaraf dengan para ulama’.
    Golongan penuntut ilmu yang bersikap sedemikian sememangnya tidak dapat menjadi seorang ulama’ masa hadapan yang berkualiti. Ini kerana, mereka tergesa-gesa dalam melibatkan diri terutamanya dalam mempersalahkan sesetengah golongan yang mengamalkan sesuatu perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.
    Gejala membid’ahkan amalan baca yasiin malam Jumaat, membid’ahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membid’ahkan golongan yang berzikir secara kuat dalam keadaan berjamaah, dan sebagainya, merupakan antara ciri-ciri utama golongan penuntut ilmu yang dangkal asasnya dalam bidang ilmu agama itu sendiri.
    Mereka berlagak bagai ulama’ dengan tanjak “nas-nas” yang mereka sangka, sudah cukup untuk menuduh sesuatu golongan yang lain itu salah atau sebagai pelaku bid’ah. Hasilnya, ramai di kalangan golongan penuntut ilmu ini lantang membid’ahkan perkara-perkara tersebut, dengan alasan, tidak menjumpai dalil atau sandarannya dalam Islam. Kalaulah Al-Qur’an dalam kepala, Kutub Sittah (buku hadis yang enam) pernah dikhatamnya, dan buku-buku fiqh Islam yang utama sudah selesai dipelajarinya, tidak mengapalah kalau berani menyatakan sesuatu itu bid’ah kerana tidak menjumpai dalilnya dari nas-nas Islam.
    Ini tidak. Baru setakat pernah baca buku Sifat Solat An-Nabi karangan Sheikh Al-Albani (itu pun baca terjemahan buku tersebut) dan sebagainya, sudah berani menuduh sesuatu amalan itu bid’ah. Memanglah, tidak dapat dinafikan, ada yang membaca jenis buku-buku yang “suka bid’ah membid’ahkan” ini, lalu terpengaruh dengan uslub dan pemikiran penulis buku tersebut lantas terlibat sama dalam membid’ahkan sesama Islam.

    Kami tidak layak untuk membincangkan tentang ulama’ yang melibatkan diri mereka dalam kencah “bid’ah membid’ahkan amalan khilafiyah” tersebut, kerana para ulama’ yang lebih muktabar sudahpun menjawab pertuduhan-pertuduhan mereka. Skop perbincangan di sini tidak lebih dari mengajak diri sendiri dan saudara seperjuangan yang masih lagi dalam peringkat “penuntut ilmu”, supaya tidak terfitnah dan terkeliru dengan “gejala bid’ah-membid’ahkan” ini, kerana sekurang-kurangnya, untuk menyatakan sesuatu itu bid’ah, mestilah pernah khatam Al-Qur’an, Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab sunan yang lain, untuk membuat kesimpulan bahawa sesuatu itu merupakan perkara yang bid’ah. Bahaya Membid’ahkan Sesuatu Tanpa Asas Ilmu yang Kuat Dewasa ini, ramai dari kalangan golongan penuntut ilmu yang ghairah membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah kerana terpengaruh dengan karangan-karangan beberapa kerat ahli agama yang menimbulkan perkara-perkara tersebut. Namun, tanpa mencermin diri mereka sendiri, mereka turut berlagak seperti ahli-ahli agama tersebut dengan turut membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut. Padahal, para penuntut ilmu terbabit tidaklah mempunyai latar belakang ilmu seperti golongan ulama’ yang membincangkan mengenainya.

    Contohnya, Sheikh Al-Albani yang terjerumus dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah” dan berpendapat bahawa, hanya pendapatnya sahajalah yang benar dalam setiap masalah yang diutarakannya (rujuk buku Sifat Solat An-Nabi s.a.w.), sekurang-kuran

    ReplyDelete
  70. Saya yang sememangnya cetek ilmu pengetahuan dan seorang hamba Allah yang dho'if tetapi saya sangat berminat untuk mengetahui sesuatu dan secara tidak langsung telah membaca laman ini dari atas hingga kenyataan dan penerangan panjang lebar dari saudara beruslee7 mengenai "FENOMENA TERBURU-BURU". Saya turut bersemangat dengan semua ini walaupun ada yang masih mengelirukan saya.
    Apa yang jelas saya amat bersetuju dengan pendapat dan nasihat berupa teguran dari saudara beruslee7 di atas.
    Walahua'lam.....

    ReplyDelete
  71. saya berminat untuk tahu lebih lanjut,email saya mezalink@yahoo.com

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum

    Ustaz emj
    jika seseorang telah terambil tangkal, keris untuk tujuan tertentu dan ingin bertaubat bagaimanakah cara untuk menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  73. Waalaikumussalam wbh

    Barang-barang tersebut lupuskanlah dan boleh poskan kepada saya. Dapatkan alamat saya dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Selepas poskan kepada saya, bertaubatlah. InsyaAllah diterima taubat sdr dan jangan ulangi lagi kesalahan yang sama ini.


    Emjay

    ReplyDelete
  74. bagaimana cara melupuskan barang tersebut? bolehkah saya melakukannya sendiri

    ReplyDelete
  75. Melupuskan keris agak rumit sikit. Biarlah saya yang melakukannya. Sekiranya barang yang boleh hancur, mungkin saya boleh ajarkannya. Email saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  76. ustaz akan melupuskan barang2 tersebut. bagaimana pula dengan makhluk yg mengikut tuan pemilik barang2 tersebut. bagaimana untuk melupuskan makhluk2 halus tu.

    ReplyDelete
  77. Pada objek tangkal tersebut terdapat pengiringnya iaitu syaitan jin. Pada pemilik tangkal tersebut terdapat Qarin (jin syaitan) yang diberikan Allah sewaktu memungut tangkal tersebut. Melalui taubat insya-Allah Allah akan melindungi pemilik dari gangguan seterusnya Qarin ini.

    Melaksanakan hanya salah satu iaitu tangkal atau taubat tidak menyelesaikan masalah. Perlu kedua-dua perkara ini dilaksanakan. Insya-Allah sdr akan nampak rahmat Allah tersebut selepas melupuskan tangkal dan bertaubat.

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  78. bagaimana sekiranya tangkal2/objek itu dibakar adakah boleh diertikan sebagai kaedah melupuskan.

    sekiranya orang yang bertaubat masih mengalami ganguan apa ertinya. bagaimana hendak menghilangkan terus dari ganguan2 tersebut.

    ReplyDelete
  79. Membakar adalah kaedah melupus yang kurang baik.

    Itulah pentingnya berguru apatah lagi dalam situasi bertaubat dari tangkal azimat.

    Lazimnya seseorang yang melupuskan satu tangkal akan mendapat rahmat seperti bebas dari gangguan syaitan dan kena tindih waktu tidur untuk tempuh kira-kira kurang lebih sebulan sahaja. Selepas tempuh ini mereka akan kembali kena gangguan. Gangguan terbaru seperti ini selalunya adalah disebabkan sebenarnya masih terdapat pelbagai tangkal azimat lagi masih terdapat di dalam rumah. Allah memberikan "SMS" berupa gangguan terbaru adalah untuk kebaikan manusia. Inilah sebabnya pentingnya berguru.

    Selalunya seseorang mengambil masa dari setahun hingga dua tahun untuk bebas sepenuhnya dari gangguan syaitan / gangguan kena tindih dsbnya iaitu apabila kesemua tangkal azimat sudah bersih sama sekali dari rumah.

    Lazimnya situasi bersih 100% dari tangkal dan azimat amat sukar dicapai tanpa berguru. Apabila datang belajar, saya menekankan ilmu tauhid semoga kita semua mantap dengan ilmu tauhid dan dengan itu dapat mengelakkan kena tipu lagi oleh syaitan laknat. Sekadar membuang tanpa pengisian ilmu tauhid yang sewajarnya, sukar untuk memenangi peperangan dengan syaitan sebegini.

    Bertaubat semata-mata masih belum mencukupi apabila persekitaran kita masih terdapat berhala tangkal azimat ini.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum,

    saudara kacippinang senang aje nak lupus, bakar pun boleh kalau nak lebih power buang segala tangkal dan objek kedalam tong najis atau kedalam longkang yg sangat busuk.

    kemudian pergi jumpa balik dengan siapa dia mengambil ilmu/tangkal darinya, kamu pulangkan segala ilmu yang kamu ambil darinya. kamu cakap dengannya, contoh: "aku pulangkan apa saja ilmu yang saya ambil dari tuan" jika kamu sudah berkeluarga "aku sekeluarga pulangkan apa saja ilmu yang saya ambil dari tuan,

    segala setan milik tuannya yang ada pada kamu sekeluarga akan pulang kembali kepadanya.

    kemudia kamu solat taubat atas kesalahan yang kamu lakukan.

    ReplyDelete
  81. memang pelik saranan dari PTB.

    ustaz Emjay mohon ulas saranan dari peliktapibenar...lain mcm je...

    ReplyDelete
  82. Saudara pelik,

    bukankah tempat tu kesukaannya...

    dan kenapa nak pulangkan bukankah ia sudah dilupuskan.

    ReplyDelete
  83. Jika seseorang betul imannya azan seperti sahabat Bilal r.a. setan akan lari masuk ke tandas, apa dia buat di tandas? kenapa tidak lari ke tempat lain? Jawabanpannya: sebab setan tak tahan mendengar laungan azan yang begitu hebat maka setan bunuh diri dalam najis manusia. tetapi jika orang yang azan ada amalan salah kepada Allah (kotor disisi Allah) maka azannya tidak memberi kesan, setan tidak takut. Tangapan masyarakat setan suka pada tandas adalah salah. jika demikian maka setiap kali manusia buat tandas itu menyediakan rumah setan. dalam masjid, bilik tidur ada tandas jadi sebilik dengan rumah setan.
    tempat itu adalah tempat yang ditakuti oleh setan. saudara cubalah sendiri dan lihat sendiri buktinya. bila objek/tangkal dll di masukkan dalam najis manusia/longkang busuk setan yang bersarang pada tangkal/objek akan mati.

    akan tetapi setan belum keluar dan masih bersarang dalam tubuh orang yang mengambil tangkal atau jumpa bomoh. Dosa dikeluarkan melalui taubat jika setan dalam tubuh belum keluar ia masih mengganggu akan menarik kearah kejahatan samaada kejahatan yang nampak atau kejahatan dalaman, salah satu bukti solat tidak khusuk, minat terhadap perkara jahat mengatasi kebaikan. keadah yang paling cepat dan berkesan untuk melupuskan setan dari tubuh orang yang telah mengambil ilmu salah atau tangkal dengan cara ijab kabul iatu "PULANGKAN" jumpa balik kepada tuan bomoh/orang yang memberi tangkal cakap kepadanya, contoh "saya sekeluarga pulangkan apa saja sama ada ilmu dll saya pulangkan semuanya kepada tuan" saya ucapkan terimakasih. cara melalui telefon, fax, email, surat, sms pun boleh asalkan ianya sampai kepada tuan bomoh.

    ReplyDelete
  84. Zam tahu Iblis diberi kelebihan panjang umurnya sampai hari kiamat. Jadi tak dapat untuk membunuh iblis. Jika tidak Rasulullah awal-awal lagi dah hapuskan. Ini yang dikatakan fitrah hidup di dunia yang mempunyai dugaan. Begitu juga qarin yang mendakwa boleh dibunuh. Walhal qarin juga fitrah bagi manusia yang ditetapkan. Rasulullah s.a.w pun ada dan pada setiap manusia ada qarin. Kenapa Rasulullah s.a.w tidak membunuh qarin. Mungkin ada yang menjawab baginda telah dilindungi Allah s.w.t. Kita mesti ingat bahawa keimanan itu dapat mengawal qarin daripada hasutannya. Sebaliknya menolak perkara mungkar. Bagi kuncu yang lain dapat dihapuskan mengikut kefahaman Zam. Allahu 'alam bissawab.

    ReplyDelete
  85. Wahai sdr zam

    Zam mengatakan bahawa "Bagi kuncu yang lain dapat dihapuskan mengikut kefahaman Zam". Zam maksudkan jin syaitan dapat dibunuh / dihapuskan.

    Perkara bunuh jin syaitan ini adalah satu perkara berat dan amat penting. Adakah Allah SWT telah terlupa mengajarkan ilmu membunuh jin syaitan ini kepada Muhamad SAW?? Mahasuci Allah daripada segala sifat yang buruk. Allah SWT tidak pernah dan tidak akan terlupa. Perkara berat ini sekiranya diizinkan dalam Islam, pastinya Nabi Muhamad serta para sahabat tellah mengamalkannya. Namun sesungguhnya perkara bunuh jin ini tidak pernah diajarkan kepada Nabi Muhamad dan Nabi kita tidak pernah pula mengajarkan kepada para sahabatnya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  86. Astagfirullahal 'azhim,tidak pernah Zam mengatakan tentang terlupa atau serupa terhadap Allah s.w.t mengenai Rasulullah s.a.w. Memang perkara bunuh jin dan syaitan ini suatu perkara yang berat. Tetapi ada sebab musababnyanya kenapa ada kejadian yang menyebabkan golongan syaitan dan jin kafir terbakar dan menjadi abu setelah beberapa ayat suci al-quran dibacakan. Di dalam bidang ilmu memang sukar dinyatakan kebenaran di sini melainkan anda benar-benar memahami selok belok ilmu. Para sahabat telah dikurniakan kehebatan masing-masing. Bahkan iman mereka terus naik tanpa jatuh melainkan kita umat kemudian ini ada turun naiknya iman masing-masing.Oleh kerana itu Iblis dan kuncunya tidak mampu mematah keimanan mereka walaupun hanya sejengkal. Persoalannya kenapa ayat al-quran itu tidak memberi manafaat pada pembacanya? Walhal ada fadhilatnya sendiri.

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum wbh pembaca Laman Emjay sekelian...amat menarik tajuk ini memandangkan semakin "PARAH' dan "BERLUASA" permainan sihir menyihir ni sesama umat islam...rambut memang sama hitam..hati lain2...nak berkongsi pengalaman cetek saya ni...ada kes sepasang suami isteri yg meniaga kedai makan..ada yg iri hati...anak perempuan asyik meracau bila waktu senja...cakap india/siam lagi...dah puas berubat...( ini pun ada 'point of view' kenapa tak berhasil)...dah hampir 4 tahun merana...duit beribu habis..yes..memang ada diluar sana tu pengamal perubatan yg 'putih' dan 'hitam' ..apabila cuba diubati ..alhamdulillah ada banyak perubahan...tetapi dgn kaedah sembelihan jin/iblis ...ada yg berjaya didakwahkan dan memeluk islam ..teknik sembelihan ( bahasa kasar dia BUNUH) terpaksa dilakukan akibat enggan keluar dan tidak mengganggu lagi pesakit tersebut..malah melawan,mengecilkan kebesaran dan keagungan Allah,megah seolah ada yg lebih berkuasa dari Ya Robb dan telah berjanji yg 'TUAN" dia mengupah sami india bg mencapai tujuan hasad dengki dia iaitu 'bunuh'...hmm..nak tanya lak pada tuan emjay..naper lak allah izinkan hal ini berlaku...dan takkan nak biarkan pesakit tersebut sakit ( fardu kifayah dah ni) sampai tak boleh beribadat dan saya tertarik dgn ayat tuan Jikalau manusia sememangnya mampu untuk membunuh jin syaitan iblis dan yang sewaktu dengannya, pastinya Nabi Muhamad SAW telah mengajarkannya dan pastinya kini dunia aman dan tenteram kerana bilangan jin iblis syaitan sudah hampir pupus kerana telah dibunuh manusia????.hmm...saya rasa tuan pun faham terjemahan Al-ikhlas,al-Falaq dan An-Nas ( 3 Qul)..ilmu Allah itu luas...tips..iblis memang tak akan mati sampai kiamat...tetapi teknik 'sembelihan' itu mematikan iblis maupun jin tersebut yg cuba mengganggu dan memasuki 'alam nyata' ..memang manusia tidak mampu melihat mereka ini..tetapi mereka ini yg menampakkan diri mereka kepada manusia..so dari segi membaca ayat Kursi beramai2 dgn nada yg kuat dan tegas dlm 'konteks' ini perlu dilakukan kerana kalau setakat nak memujuk dgn nada lemah lembut..sorang2 pulak tu..( kan lebih baik berjemaah) pujuk iblis dan jin untuk menurut kata kita sebagai manusia...hmm..kita pun tak perlu ada dibumi ni..hmm cuba tuan semak terjemahan ayat Kursi tu..bukankah mengagungkan kebesaran dan keagungan allah dan Al-Quran..sbgai ...hmm...cari sendiri...tuan lebih ariff dari saya saya daif ni...apapun semoga kita semua mendapat berkat dan jawapan masing2 dlm mencari keberkatan kehidupan seperti yg dituntut dlm agama...Wassalam

    ReplyDelete
  88. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  89. salam saudara ku ilmuhaq...saya ingin dapatkan CD tersebut...hisamudin, 22 jalan semarak 1d, seksyen 2 bandar utama batang kali, 44300 batang kali selangor

    ReplyDelete
  90. saudara ahlul..saya ada email kat saudara ....pls check,

    ReplyDelete
  91. Saudara fadzil29, Assalamualaikum wbh

    Saya dah check email saya tetapi tiada email sdr.

    Sila hantar sekali lagi di kangmasjb@hotmail.com

    Emjay

    ReplyDelete
  92. saudara emjay..saya sudah email

    ReplyDelete
  93. saudara emjay..sila check email anda

    ReplyDelete