Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 17 March 2007

INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Hari Jumaat semalam 16 Mac saya habis kelas sepatutnya kira-kira 11.50 pagi. Sebagaimana biasa, saya menambahkan masa untuk sesi perkongsian ilmu sehingga hampir pukul 1 tgh. Bagi mana-mana pelajar yang ada urusan, mereka meninggalkan kelas dan bagi yang berminat, mereka meneruskan untuk berkongsi ilmu.

Kali ini saya menyentuh tentang tajuk KUASA MUTLAK adalah KEPUNYAAN ALLAH. Ilmu ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim iaitu “meletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah”. Inilah apa yang selalu kita zikirkan iaitu selepas sembahyang;
“La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem”
Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).

Konsep kekuatan dan kuasa hanya milik Allah ini sepatutnya dikuasai semua umat Islam sewaktu mempelajari Rububiah Allah iaitu: “yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya”. (Jumhur ulama)

Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”.

Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap makhluk / sesuatu tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:
1. Manusia tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan
2. Angin tidak mempunyai kuasa seperti mencabut pokok
3. Elektrik tidak mempunyai kuasa
4. Cahaya tidak ada kuasa untuk menerangi
5. Al Quran tidak mempunyai kuasa merawat atau menyembuh penyakit
6. Makanan tidak mempunyai kuasa untuk mengenyangkan dan memberikan kesihatan
7. Minuman tiada kuasa menghilangkan dahaga
8. Ubat tidak ada kuasa untuk memulihkan penyakit

Berdasarkan fahaman sebenar berkaitan konsep rububiah ini, jadi mengapakah manusia boleh berkata-kata seandainya kita tidak mempunyai kuasa? Jawapannya ialah kerana Allahlah yang mentadbir dan mengurus lalu memberikan rahmatNya sehingga manusia mampu berkata-kata. Melalui rahmat dari Allah inilah, manusia boleh berkata-kata serta melakukan pelbagai aktiviti lain. Itulah sebabnya seandainya kita mengaku bahawa kita mendapat keputusan SPM yang baik kerana kita adalah orang pandai dan dilahirkan pula dari gen ibu bapa yang pandai (kedua-dua mereka Profesor) maka akidah orang ini sudah rosak.

Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat akan tidak sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.

Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.

Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.

Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.

Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.

Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis dengan sendirinya. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah SubhanahuwaTaala.

Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau  menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemurkaan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.

Selepas menjelaskan perkara asas tauhid ini, seorang pelajar wanita menceritakan pengalamannya. “Saya pernah diganggu kena tindih sewaktu tidur. Bila saya ingat ayat Kursi dan mula untuk membacanya, gangguan ini semakin teruk lagi. Pada masa lain gangguan kena tindih ini berulang lagi dan saya mengulangi mengingat dan membaca ayat Kursi dan hasilnya tetap sama iaitu gangguan semakin teruk sehingga saya naik bosan. Akhirnya pada suatu masa lain apabila saya diganggu gangguan yang sama, saya tidak mahu menggunakan lagi kaedah membaca ayat Kursi kerana akibatnya saya akan mendapat gangguan yang lebih berat, jadi saya hanya sekadar mengingati Allah. Alhamdulillah hanya dengan sekadar saya mengingati Allah, gangguan ini dapat diselesaikan”.

Begitulah pengalaman berharga seorang pelajar wanita saya yang wajar sekali dijadikan iktibar bagi semua umat Islam. Mengingati Allah adalah satu bentuk zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya.

Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.

Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan orang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana hanya dengan membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.

Jadi kalau Al-Quran tidak ada sebarang kuasa, mengapa Nabi Muhammad menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam hadisnya untuk menjampi (meruqyah)?? Jawapannya ialah kembali kepada asas pelajaran tauhid di atas iaitu manusia tiada kuasa kekuatan dan begitu juga ubat, makanan dan ayat atau bacaan dari Al-Quran. Jadi bila lapar makan dan selepas itu kalau Allah memberikan rahmatNya, kita akan dapat nikmat kenyang. Sama juga dengan proses menjampi. Dalam kes-kes tertentu, Nabi atau sahabat Nabi menggunakan jampi dari bacaan ayat Al-Quran untuk mengubati. Namun apa yang perlu difahami di sini ialah Nabi dan sahabat semuanya mantap dengan asas akidah dengan iktikad bahawa ayat Al-Quran ini tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa. Selepas melakukan bacaan jampi ini, ikutilah dengan doa kepada Allah minta disembuhkan masalah yang dihadapai oleh pesakit.

Apa yang sangat perlu difahami di sini ialah usaha / ikhtiar dan kuasa pemutus atau kuasa penentu. Bila kita lapar Allah suruh makan adalah satu usaha atau ikhtiar. Kuasa pemutus menghilangkan lapar bukan bidang kuasa makanan yang dimakan. Kuasa pemutus menghilangkan lapar adalah kuasa pemutus yang mutlak kepunyaan Allah SWT. Dalam hal menjampi, Allah sudah mencontohkan melalui NabiNya bahawa dibolehkan menjampi. Menjampi ini adalah sekadar usaha sebagaimana disunnahkan. Kuasa mutlak menyembuh adalah bukan dari perbuatan bacaan jampi tersebut tetapi kuasa mutlak adalah dari Allah. Itulah sebabnya setengah orang apabila menjampi, Allah memberikan rahmatNya lalu memberikan kesembuhan manakala orang tertentu atau kebanyakan di Malaysia apabila menjampi mendatangkan kemarahan Allah dan mengakibatkan masalah pokok tidak selesai dan berkemungkinan masalah ini akan menjadi lebih besar sebagai azab dari Allah.

Sekiranya pembaca ingin membuat eksperimen berkaitan perkara ini, apabila berjumpa orang atau pelajar yang kerasukan atau histeria, panggillah beberapa orang lelaki lalu bacalah ayat Kursi dengan kuat sebanyak mungkin secara beramai-ramai yang mampu dengan iktikad bahawa bacaan dari ayat Kursi ini mampu menyembuhkan keadaan mangsa. Lihatlah apa tindak balas dari mangsa histeria ini. InsyaAllah mangsa ini semacam semakin marah serta agresif dan mungkin akan berkata beberapa perkataan yang menakutkan lagi. Itulah namanya azab tambahan dari Allah.

Sebagai ilmu, lain kali apabila menemui pelajar yang histeria, lakukan perkara berikut:
  1. Jauhkan sejauh-jauh mungkin pelajar lain yang tidak diganggu dan kalau boleh suruh balik dari sekolah.
  2. Jauhkan orang perempuan terutama sekali orang perempuan yang sedang haid.
  3. minta beberapa orang lelaki memantau sahaja mangsa histeria tersebut.
  4. Seorang yang benar-benar faham dan mantap asas tauhid, lakukanlah perkara berikut:
    1. Perawat mengambil air sembahyang.
    2. Duduklah bersila menghadap kiblat.
    3. Berniatlah bahawa perbuatan anda ini adalah semata-mata untuk meminta bantuan dari Allah untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dialami oleh mangsa histeria. Menolong kerana semata-mata Allah SWT.
    4. Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz diulang dengan terjemahannya di ikuti bismillah serta terjemahan, Al Fatihah serta terjemahan, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat serta terjemahan dan diikuti dengan ayat Kursi serta terjemahan dengan kyusuk dan suara yang lembut. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Bacalah tiga ayat terakhir dari surah Al Baqarah beserta terjemahan. Nak sambung dengan mana ayat lain dalam Al-Quran beserta terjemahan pun boleh. Nak baca SURAH ALI IMRAN: AYAT 26 - 27 pun  boleh. Nak baca surah Al A'raf 117 -122 pun boleh. Nak baca surah Yunus 81 dan 82 dan terjemahan pun bolehSudahilah jampi anda dengan bacaan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas beserta kesemua terjemahannya.
    5. Selepas selesai menjampi, satu langkah yang paling penting ialah berdoa mohon rahmat daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada mangsa tersebut dan seterusnya minta Allah sembuhkan. Boleh menggunakan nama mangsa tersebut dalam doa ini. Ulangilah doa ini beberapa kali dengan bersungguh-sungguh.
    6. Bila masuk waktu solat, solatlah. Kalau jauh boleh berjemaah disitu. Azanlah dengan kuat.
    7. Sewaktu melakukan solat 5 waktu, pada mana-mana sujud  atau setiap sujud, selepas bacan sujud berdoalah dengan kesungguhan memohon rahmat dari Allah agar memberikan rahmat memulihkan mangsa dari gangguan syaitan tersebut. Selepas selesai solat, berdoalah dengan bersungguh-sungguh lagi kepada Allah. 
    8. Sambunglah bacaan mana-mana ayat dari Al-Quran beserta terjemahan dan diselang-selikan dengan doa memohon rahmat dari Allah semoga mangsa ini dipulihkan.
    9. Ulangi proses h.
    10. Perawat meninggalkan lokasi mangsa dengan terus berdoa lagi kepada Allah. Adalah penting sekali untuk perawat meninggalkan mangsa bagi mengelakkan perasaan megah dan riak kerana ini adalah dosa yang amat besar. Ia juga penting agar perawat terus berdoa memohon rahmat Allah semoga disembuhkan mangsa tersebut.
    11. Elakkan dari meminta balasan dan seboleh-bolehnya juga jangan menerima pemberian wang. Jangan pula perawat berniat untuk mendapatkan sebarang hadiah dan pujian dari usaha ini sekiranya Allah memakbulkan usaha perawat ini.
    12. Jangan bertanya kepada rakan yang menjaga mangsa sama ada mangsa telah pulih atau belum. Teruskan sahaja berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
    13. Kalau ada mana-mana rakan yang memberitahu bahawa mangsa telah sembuh, terus hentikan perbualan dan lakukanlah sujud syukur.
    14. Elakkan sebarang perbincangan atau perbualan yang melibatkan nama anda sebagai perawat. Ini sangat bahaya kerana boleh menimbulkan riak.
Namun perlu diingat bahawa seandainya pesakit sembuh dari histeria setelah dilakukan jampi ini, kemungkinan besar ialah bahawa histeria ini bakal berulang lagi. Ibarat orang lapar apabila diberikan makanan maka ia pun hilang lapar. Esok orang yang sama akan lapar lagi!! Perlu diberikan makan lagi. Disinilah pentingnya proses pengisian ilmu tauhid terutama sekali kepada ibu bapa dan pelajar yang histeria ini. Sekiranya mereka masih berurusan dengan bomoh dan mengutip tangkal azimat serta air jampi dan juga garam, lada hitam dan kacang hijau, lupakanlah mereka. Mereka bakal tidak berkesudahan diazab perit oleh Allah dan berkemungkinan berkesudahan dimasukkan ke hospital wad psikiatris. Kefahaman konsep tauhid sebenar dalam Islam adalah kunci perlindungan pertolongan kekal dari Allah swt yang dapat mengelakkan seseorang terjerumus ke dalam kancah histeria.

Sekian untuk kali ini. Artikel ini adalah persediaan untuk artikel menjawab kesesatan dalam kitab Mujarrobat

Wassalam wallahua'lam

Emjay


71 comments:

  1. Tuan yang mulia..bagaimana pula amalan membaca surah al waqiah,dengan niat agar Allah membuka jalan rezeki dan kesenangan.

    ReplyDelete
  2. Amalan ini namanya satu amalan yang kurang ikhlas. Membuat sesuatu ibadah kerana niat selain mencari redha Allah adalah satu amalan yang kurang ikhlas. Menolong orang susah dengan niat besok kalau susah ada orang lain menolong adalah satu amalan yang kurang lkhlas. Menolong orang susah kerana akur dengan pesan Nabi SAW adalah amalan yang lkhlas. InsyaAllah amalan ini dibalas Allah dengan pelbagai balasan dan antaranya mungkin besok bila susah, Allah mengirimkan orang tertentu untuk menolongnya.

    Amalan seperti berpuasa sunat semoga anak lulus periksa juga adalah tidak betul. Sepatutnya, berniatlah berpuasa seperti kerana akur saranan rasul dan Allah yang suka hambanya berpuasa sunat atau berniat untuk menambah amal ibadah kepada Allah. Sewaktu berpuasa tu, banyakkanlah berdoa seperti agar anak cemerlang peperiksaan dan doa-doa lain. Berpuasa dengan ikhlas dan berdoa ini berbeza dengan berpuasa kerana biar anak pandai dan cemerlang dalam peperiksaan.

    Bacalah surah waqiah dan ayat Al Quran lainnya dengan niat akur perintah Allah dan RasulNya semoga Allah redo dengan amalan ini. Kalau faham bahasa arab, insya-Allah mudah memahami ayat-ayat dalam Al Quran tetapi kalau tak faham, kenalah baca terjemahannya. Kalau tak baca terjemahannya, macam mana nak dapat ilmu Allah dalam Al Quran tersebut. Selepas baca Al Quran tu doalah dengan bermacam-macam doa, setiap doa adalah ibadah dan mudah-mudah Allah memakbulkan doa saudara.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. kiata kena balik baca sejarah,masa pak-kiyai telah mengamalkan zikir kwajakan ini dalam usaha melawan kekejaman komunis.(cth kiyai salleh,kiyai mustahil,kiayai samsuddin dll)untuk melindungi org melayu Islam daripada di bunuh komunis..Dgn izin Allah,makbul...Berani saudara mj katakan bahawa kiyai salleh dan para pejuang selempang merah berlaku syirik kpd Allah dan semuanya tereus di masukkan ke dalam neraka kerana .?Saudara rasa saudara mj ada di dunia ini tak kalau atuk nenek saudara mati di bunuh oleh komunis sebelum sempat melahirkan mak saudara yang bersenjata api seperti mesingun dengan org melayu yang bersernjatakan parang aje?

    ReplyDelete
  4. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    "Begitulah, segala makhluk termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, AlQuran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah."

    Saya nak tanya,setahu saya AlQuran bukan dikategoerikan sebagai makhluk.Imam Hambali x silap saya yang bermatian2 pertahankan bahawa AlQuran bukan makhluk di kala pemerintah masa beliau kata AlQuran adalah makhluk.

    ReplyDelete
  6. Al Quran bukan makhluk. Al Quran semata-mata kalamullah

    Emjay

    ReplyDelete
  7. ingat ayat kursi azab bertambah??
    senget ke ape..
    ayat kerusi mempunyai seribu satu khasiat..
    balik kepada al quran...

    Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

    Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"


    Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

    Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.


    Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya

    ReplyDelete
  8. jangan brani delete komen orang laOrang penakot je buat camtu

    ReplyDelete
  9. Saya nasihatkan kepada tristripes bila jumpa orang kerasukan atau bayi yang menangis tidak henti, cuba sdr bacakan ayat kursi beberapa kali dan lihat kesannya??

    Hadis di atas memang benar tetapi jikalau orang yang rosak akidah kerana tidak memahami konsep rububiah Allah SWT, bacalah sebakul atau seguni, insyaAllah tidak ada rahmat dari Allah SWT. Perumpamaannya ialah jikalau seorang kafir hindu membaca ayat kursi 10 kali pun, adakah dapat menghalau hantu syaitan??

    Yang menghalau hantu syaitan itu hanya Allah SWT.

    Apa yang penting di sini adalah agar memahami asas tauhid bahawa hanya Allah yang berkuasa menghalau dan menjauhkan syaitan. Kalau ikut pemahaman sdr tristripes, saya nak ajarkan satu ilmu begini, beli CDROM bacaan ayat kursi dan mainkan 24 jam di dalam rumah sdr, adakah hantu syaitan tidak mampu untuk mengganggu sdr?

    Memang benar Nabi Muhamad SAW melakukan ruqyah dengan membacakan ayat dari Quran namun segalanya dilakukan dengan pastinya asas tauhid yang mantap.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Sya pernah melakukan begitu.
    Anak saudara saya tidak berhenti menangis.saya meletakan tapak tangan dikepalanya sambil mengalirkan energy ke kepalanya.Sewaktu sy mengalirkan tenaga kepadanya saya bisikan sekali kalimah syahadah dan ayat kursi.dia berhenti menangis dan tidak lagi terganggu waktu tidur disebelah malam.

    Boleh saudara emjay jelaskan perkara ini?

    ReplyDelete
  11. Sami buddha juga memang mengamalkan mengalirkan energy kepada pesakit. Kalau tengok cerita kungfu juga banyak ditunjukkan guru kungfu mereka mengalirkan energy.

    Dengan itu, cara sdr adalah sama atau mirip dengan sami buddha.

    Islam tidak ada campur aduk antara yang hak dengan yang batil. Sdr telah mencampurkan yang hak dengan yang batil.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. ada dalil atau hadis yang menggatakan penggunaan energy tu salah?
    Mengalirkan energy hanya menggunakan kekuatan otak.
    Otak yang lemah tidak dapat mengalirkan energy malah orang mengalami stress sukar untuk mengawal perasaaan dan mindanya.Dan ini terbukti ia hanya bergantung kepada kekuatan otak.

    ReplyDelete
  13. Kalau ada ilmu tauhid yang mantap, insya-Allah persoalan ini dapat ditangani.

    Islam mengajarkan konsep rububiah Allah SWT di mana Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini. Konsep rububiah Allah ini selari dengan apa yang selalu dizikirkan selepas sembahyang;
    “La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem”
    Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).
    Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib, milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik pengasihmilik energy / chi, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal maka kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku melakukan syirik lalu boleh dipanggil kafir musyrik.

    Begitulah Islam mengajarkan manusia tiada energy / chi tetapi syaitan mengajarkan ilmu songsang yang menyesatkan manusia iaitu di dalam tubuh manusia ada kekuatan / energy / chi / kuasa minda dsbnya. Begitulah syaitan menyesatkan manusia.

    Saya yang tiada kekuatan dan energy

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum
    Mmg benar dalam ilmu tauhid bahawa kita tiada kuasa hanya Allah, makan, minum, berubat dsb adalah sebagai usaha semata-mata tetapi Allah yang memberi izin dgn rahmat dgn kasih sayang-Nya.
    Mungkin yang anda baca adalah ilmu yg tersangat dalam hingga mencapai ilmu para sufi/wali tetapi perlu diingat sememangnya kita sedia maklum bahawa bukan ubat dan yang lain-lain itu penyebabnya tetapi Allah lah yg berkuasa.
    Misalnya membaca surah waqiah utk rezeki dan anda mengatakan tidak ikhlas, bolehkah anda menilai itu sesuatu yg tidak ikhlas sedangkan kita berpandu kepada hadis:

    "Sesiapa yang membaca surah al-waqiah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya." (HR Baihaqi).

    Sesungguhnya yang menilai keikhlasan hati kita ialah Allah S.W.T. Kita sebagai manusia yang mempunyai ilmu yg sgt terbatas tidak dapat menilai keikhlasan seseorang. Kita hanya mengharapkan balasan pahala dan rahmat daripada Allah semata-mata.

    Saya tidak berani nak komen kerana ilmu saya pun cukup cetek tapi cukuplah sekadar apa yg kita yakini bahawa kita adalah beriktikad mengikut ahli sunnah wal jammah iaitu iktikad pertengahan bahawa manusia ada usaha dan ikhtiar tetapi Allah yg berkuasa menentukan.

    Kita tidak boleh tidak berusaha dan menyerahkan bulat-bulat kepada Allah selagi masih dapat diusahakan contohnya berubat dgn ayat-ayat al-Quran, bukanlah bermakna kita yakin ayat al-quran itu yg mempunyai kuasa tapi Allah kerana kita tahu itu adalah sebagai usaha.

    Kita ada berbagai2 kaedah dan cara utk melakukan sesuatu sebagai usaha jadi terpulanglah kepada masing2 utk melaksanakan menurut dua pegangan iaitu Al-Quran dan Hadith.

    Sebenarnya kita tidak boleh berbangga dgn ilmu yg kita ada. mungkin kita merasa ilmu kita tinggi tetapi tiada salah berkongsi tetapi cubalah merendah diri kerana ilmu juga adalah sebagai nikmat yg diberikan Allah hanya sementara waktu yg perlu kita syukuri dgn rasa tawaduk dan rendah diri. Keimanan kita mempunyai pasang surutnya jadi janganlah kita berlawan-lawan dan menunjuk2 ilmu yg kita ada.
    Ada ulama mengatakan andai ingin tahu mulia dan hinanya seseorang lihatlah pada saat kematiannya dan sama-samalah kita berharap dan berdoa semoga Allah tutup segala keaiban kita. Percaya dan Yakini bahawa Allah pun menyuruh kita berusaha.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Berkenaan persoalan dari gemini196 di atas, sebenarnya saya telah jelaskan di dalam reply saya di atas. Berikut adalah ulangan reply saya seperti di atas:

    Saya nasihatkan kepada tristripes bila jumpa orang kerasukan atau bayi yang menangis tidak henti, cuba sdr bacakan ayat kursi beberapa kali dan lihat kesannya??

    Hadis di atas memang benar tetapi jikalau orang yang rosak akidah kerana tidak memahami konsep rububiah Allah SWT, bacalah sebakul atau seguni, insyaAllah tidak ada rahmat dari Allah SWT. Perumpamaannya ialah jikalau seorang kafir hindu membaca ayat kursi 10 kali pun, adakah dapat menghalau hantu syaitan??

    Yang menghalau hantu syaitan itu hanya Allah SWT.

    Apa yang penting di sini adalah agar memahami asas tauhid bahawa hanya Allah yang berkuasa menghalau dan menjauhkan syaitan. Kalau ikut pemahaman sdr tristripes, saya nak ajarkan satu ilmu begini, beli CDROM bacaan ayat kursi dan mainkan 24 jam di dalam rumah sdr, adakah hantu syaitan tidak mampu untuk mengganggu sdr?

    Memang benar Nabi Muhamad SAW melakukan ruqyah dengan membacakan ayat dari Quran namun segalanya dilakukan dengan pastinya asas tauhid yang mantap.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Ustaz pun guna ayat-ayat A;-Quran juga Spt Al-Fatihah, 3 Qul... dll untuk menyembuhkan pesakit Hystria...... kenapalah tak minta terus kepada Allah dengan niat ikhlas sahaja spt dakwaan Ustaz bahawa Ayat Qursyi tak menyembuhkan tapi Allah jua... tak payah sebut pun ayat Quran sebab Allah yg bekuasa menuyembuhkan bukan ayat-ayat tersebut... seperti juga Ayat Qursyi??? apa bezanya dengan ayat-ayat yg ustaz baca tu????

    ReplyDelete
  17. Yg Penting sebnarnya NIAT .... Kalau ikhlas bacakan apa jua ayat pastinya akan menyembuhkan sebarang penyakit... bukankan Allah berfirman... Bahawasanya Al-Quran itu adalah SYIFA... (penyembuh). Jadi kenapa mesti dipertikaikan sebarang ayat-ayat daripada Al-Quran.... kan pelik namanya .... menuding jari tapi kelingking berkait??? Kalau kita jujur & memahami apa itu IKHSAN maka tak perlu kita buruk sangka kepada sesiapa jua hamba Allah yang meyakini bahawa Allah sahaja yang Maha berkuasa dan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan hanyalah sebagai alat untuk mencapai maksud "MENYEMBUH" . Itu saja yg hamba tahu mengikut ilmu yg cuma sedikit ini......

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbh sdr razory

    razory razory!! engkau ni reti bahasa ke atau engkau memang tak reti bahasa!!!!

    Cuba engkau baca artikel saya berulang-ulang kali kalau masih tak reti bahasa. Kalau masih tak reti bahasa juga, cetaklah artikel saya di atas dan bincanglah dengan orang yang lebih arif.

    Adakah saya melarang untuk menjampi dengan ayat Kursi????? saya ada sebutkan di atas pada e :

    e. Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah, Al Fatihah, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat dan diikuti dengan ayat Kursi dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Bacalah tiga ayat terakhir dari surah Al Baqarah. Nak sambung dengan mana ayat lain dalam Al Quran pun boleh. Sudahilah jampi anda dengan bacaan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas

    Saya ulang lagi di sini iaitu "Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah, Al Fatihah, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat dan diikuti dengan ayat Kursi dengan kyusuk dan suara yang lembut..........."

    Dah reti bahasa ke belum razory oiiiiii!
    Nak sambung dengan segala macam ayat Al Quran lain pun boleh!! Dan memang saya memasukkan ayat Kursi dalam sebahagian ayat Al Quran yang saya gunakan untuk meruqyah disamping banyak ayat Al Quran lain???

    Apa yang penting sewaktu meruqyah ialah elakkan beriktiqad bahawa bacaan ayat Al Quran mampu enghalau syaitan.

    Pelajar saya tersebut diazab Allah ketika beliau membaca Ayat Kursi kerana beliau beranggapan bahawa bacaan ayat Kursi tersebut mampu menghalau syaitan.

    Kalaulah bacaan ayat Al Quran mampu menghalau syaitan, mainkanlah CD atau MP3 Al Quran termasuk bacaan Ayat Kursi di setiap rumah dan pejabat dan dengan itu semua umat termasuk yang Islam dan yang bukan Islam terus menjadi orang-orang yang baik dan penuhlah syurga dan kosonglah neraka.

    Sekarang razory dah reti bahasa???

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    better tukar tajuk diatas..tidak sesuai dengan isi yang hendak disampaikan.

    mengenai cerita pelajar saudara itu adakan dia benar2 sedar ditindih? perkara berkaitan ditindih semasa tidur sudah lama dibincangkan.juz google je. hanya budaya melayu yang beranggapan ditindih semasa tidur itu diganggu oleh sesuatu.dalam dunia perubatan, keadaan ini dipanggil sleep paralysis, atau lumpuh ketika tidur.

    adakah saudara percaya dengan cerita pelajar tersebut? klau begitu mudah saudara percaya bulat2 dengan cerita karut tu,bagaimana saudara boleh bukak entry membincangkan perkara berkaitan dengan iqtikad dan tauhid.

    juz my 15 cent..

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam wbh

    Yang pertama sekali, ubahlah nickname sdr tu kerana ia hodoh sekali. Tok dukun walau kecil atau besar tetap dukun = bomoh.

    Kalau sdr menolak fenomena kena tindih waktu tidur, sebenarnya sdr tidak layak untuk berbincang di sini.

    Teruskanlah sdr dengan ilmu barat sdr tu.

    Bukan perlu tukar tajuk namun sdr tidak layak berbincang di sini

    Emjay

    ReplyDelete
  21. dh..nak cite pasal nick name lak...adoi laa...lantak ko la labu

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum. Saya setuju tu....si razory tu memang xfaham kot artikel ni...Si Dukunkecik plak, terpulang kepada penulis la nak letak tajuk apa...memang sekali baca tajuk nampak cam pelik dan mengelirukan..tu sebab baca dan try teliti artikel btul2..betul salah, percaya atau ragu2, xfaham atau apa2 lah....tanya la, rujuk la insan2 yang anda betul diyakini ilmu agamanya...tapi jgn plak orang yg dirujuk atau ditanya tu 2 kali 5 dgn org2 yg kurang dan cetek ilmunya..Sama2 la mencari kebenaran. Wsalam.

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah memberikan rahmat ilmu yang membawa ke syurga serta kefahaman kepada kita semua termasuk sdr sinarilham. Selamat datang ke Laman Emjay kepada sdr sinarilham. Semoga kehadiran mu membawa 1000 rahmat.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Salam Ikhwan Fiddin,
    Saya rasa tak perlulah di heboh-hebohkan topik yang dibincangkan.Agama Allah bukan untuk itu.Yang jelas seperti diajar Allah ialah dalam firmannya di QS7/200(Al A'Raaf).Dan apabila kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan,maka berlindunglah pada Allah(ta'uz)Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Bukankah apa yang diajarkan Allah kepada kita mudah.Allahusamad(Al Ikhlash ayat 2)

    ReplyDelete
  25. Pada penelitian saya, Saudara Emjay menulis berdasarkan agakan saudara sahaja. Adakah salah bila seseorang bercerita bila dia baca ayat Kursi hantu/syaitan terbakar. Apakah saudara yakin bila dia sebut sahaja begitu bermakna dia beriktikad ayat Kursi tu yang membakar/menyembuhkan ? dan terus sahaja saudara EMjay menuduh aqidah dia sudah rosak..beginikah caranya saudara menilai orang lain ? Pernahkan saudara pergi berjumpa dengan orang yang bercakap begitu dan tanyakan dia adakah dia beriktikad bahawa ayat Kursi itu yang menyembuhkan atau Allah yang menyembuhkan ? Jangan menilai akidah/iman org lain hanya dengan syak wasangka sahaja...kerana tuduhan akidah rosak atau tidak ni sgt bahaya kerana salah seorang akan terkena tempiasnya samada org yg menuduh atau yg dituduh...bukankah terkadang perkataan tu ada yang secara majazi sahaja...contohnya seperti kita katakan Raja negeri itulah yang berkuasa ke atas rakyatnya...berkuasa disini bukanlah dimaksudkan dgn kuasa mutlak atau sebenarnya, tetapi kuasa yg disandarkan atau pinjaman dlm perkataan sahaja, sedangkan iktikad kita tetaplah meyakini bahawa hanya Allah sajalah yg berkuasa...
    Jika dilihat saudara lebih cenderung kepada melihat kesalahan org lain tetapi tidak berhati hati terhadap kesalahan diri sendiri sebagai contohnya dlm ayat saudara yg memasukkan Al-Quran juga sebagai makhluk ?
    Disini menunjukkan saudara tidak teliti walaupun dlm perkara2 yg besar seperti itu, dan org yang tidak teliti dlm perkara2 seperti ini susahlah hendak dipercayai pula ketelitiannya dalam memahami maksud sebenar Al-Quran dan Al-Hadis dan boleh diragukan untuk dijadikan ikutan
    Sebenarnya didalam ilmu tauhid sendiri telah diajar dan ada dari org2 yg saudara tuduh rosak akidah itu telah belajar dengan mendalam ilmu tauhid ini, dimana dikatakan bahawa kita wajib mengiktikadkan bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mutlak dan segala yg selain Allah tidak berkuasa walau sedikit pun (baharu segala sebab)...tetapi kita berikhtiar hanya berpandukan hukum sebab akibat sahaja..
    Harap mendapat manfaat dan kalau ada salah dan menyinggung perasaan harap dimaafkan.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbh

    Penelitian sdr adalah hak sdr.

    Apa yang saya tulis adalah pengalaman bersama pelajar tersebut

    Adakah salah apabila saya tulis semula::

    "Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya."

    Bila pula saya bersyak wasangka sedangkan saya kerap bertemu dengan pelajar ini dan alhamdulillah kira-kira 3 minggu lepas pun hamba Allah tersebut masih bertemu saya untuk belajar hal ehwal agama.

    Mengenai Al Quran makhluk atau bukan makhluk, saya telah pun menjelaskan melalui reply saya
    ~~~~~~~~~
    emjayjb

    emjayjb wrote on Mar 28, '08
    Al Quran bukan makhluk. Al Quran semata-mata kalamullah

    Emjay
    ~~~~~~~~~

    Oleh kerana tulisan saya boleh menimbulkan kekeliruan, maka saya telah edit dengan menambah perkataan sesuatu disebelah perkataan makhluk lalu menjadi makhluk / sesuatu.

    Terima kasih kerana memberikan komen

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Assalamulaikum Ustaz...saya mohon penjelasan dari usatz dimana saya kurang fasih dalam membaca al-quran lalu saya membacanya dengan memasang perisian alquran di komputer dan saya mengikuti bacaan tersebut dengan merujuk kepada kitab al-quran dengan kata lain saya membaca alquran dengan mengikuti bacaan melalui komputer.
    Apakah ianya tidak menjadi kesalahan dan apakah hukumnya/

    Sekian wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumussalam wbh

    Eloklah tu dan teruskan dengan bersungguh-sungguh semoga dalam tempuh dua bulan lagi sdr fasih membaca Al Quran tanpa bantuan komputer lagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  29. Sebenarnya ayat Quran tidak memberi bekas..... Allah jua yang menyembuhkan....

    ReplyDelete
  30. sebagai org yg berilmu kita tidak sepatutnye bergaduh dlm berkongsi ilmu..sebaliknya kita mengkaji semula dan menilai pendpt org lain termskla pendpt kita..brla kita dpt mengambil satu jwpn yg tepat dan telus..kita juga pttnye dgn hati terbuka menerima pendpt org lain..dan sekiranya slh kita perbtlkn..

    ReplyDelete

  31. embaca surah al waqiah,dengan niat agar Allah membuka jalan rezeki dan kesenangan

    ReplyDelete
  32. membaca surah al waqiah,dengan niat agar Allah membuka jalan rezeki dan kesenangan anda kata suatu perbuatan yg tidak ikhlas kerana niat selain mencari redha Allah adalah satu amalan yang kurang ikhlas.Nak minta tolong ngan ALLAH agar dimurahkan rezeki pun tak boleh..kita nie manusia yg hina..Selain mencari keredhaan kita juga memohon berlindung kepada NYA.Sepatutnya kita sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripadaNYA.Memang patut lah kita jika dalam kesusahan kita memohon pertolongan daripada NYA.Dengan siapa lagi kita ini manusia yg hina lagi kerdil ini memohon pertolongan kalau bukan daripada ALLAH SWT.Dalam surah al-fatihah telah jelas dinyatakan..Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan....

    ReplyDelete
  33. salam semua. sy setuju dengan pandangan kantokibai. sebagai seorang hamba Allah yang baik, tidak perlu kita bergaduh dalam soal agama. Cuba kita berbincang secara menggunakan fakta dan bukti mengikut hadis Rasul.Jangan hanya berrcakap dan bersoal jawab dengan menggunakan pemahaman sahaja. Pemahaman juga penting tetapi perlu diasaskan dengan fakta.

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum Syeikh..ana nak bertanya..sebelum tu ana nak kongsikan sedikit ttg diri ini bukan dgn niat nak meninggi diri..Demi Allah..ana cuma hamba yang lemah. Ana sekarang ada mengikuti cara rawatan islam yang dikenali menggunakan ayat2 al-quran semata2. Atau dengan lebih senang lagi..ana sertai kumpulan Ruqyah Syariah..Ana mmg minat untuk mempelajari ilmu2 mcm ni sebab niat ana nak membantu orang yang dalam kesusahan dengan usaha dan dgn Izin Allah. Ana niat berdakwah untuk hapuskan amalan orang yang suka jumpa dengan bomoh dan dukun. Amalan2 orang yang suka menyimpan minyak,wafaq,azimat dan lain2 yang syirik. Ana sebelum ni seorang yang tak berapa bnyk ayat al-quran yang dihafal. Tapi bila ana mulai mengenali kumpulan Ruqyah ni..Alhamdulillah ada juga ayat2 baru yg ana hafal walau sebelum ni ana tahu ana seorang yg sukar menghafal. Mungkin kerana niat Ana untuk Berdakwah Allah bantu Ana kuatkan ingatan.

    ReplyDelete
  35. Ana baru saja lebih sebulan ana sertai kumpulan ni..tapi untuk pengetahun anta, ana buat ibadat.hafal ayat2 alquran bukan semata2 kerana ana sertai kumpulan ni tapi niat ana untuk dekatkan diri pada Allah. Dalam kumpulan ana ni ada baju sendiri..sebagai trademark la..ana saja tak ada dulu..sekarang ni bila ana nak buat baju tu ketua ana kata ana perlu belajar dulu baru pakai bju tu. Ana tahu ana baru belajar dan ana sedar ana masih kurang ilmu. Tapi ana pernah buat ruqyah seorang diri dengan ahli keluarga ana dan dengan Izin Allah dan rahmatNya ana dapat merawat mereka yang ada terkena rasukan jin. Semasa Ana buat semua tu Ana sedar ana tiada apa2..tapi ana serahkan 110% apa yang buat kepada Allah. Sama ada apa yg ana buat tu jadi atau tak..Ana serah bulat2 pada Allah. Dan Allah telah bantu Ana..disini ana ingin nak tahu apa komen anta tentang orang yang mempunyai ilmu yg tinggi dalam bidang perubatan ini dengan orang yang kurang ilmu tapi dia mempunyai keyakinan tinggi kepada Allah S.W.T. Sb apa yg kita lakukan kita kena yakin pada Allah. Dan Ana nak tanya tentang cara perubatan ruqyah yg mana ketika meruqyah pesakit ana diberitahu dan ana pernah membaca yang org yang meruqyah perlu dekatkan kuatkan bacaan dan dekatkan pada telinga org yg sakit. Apa komen anta?

    ReplyDelete
  36. Ana lupa nak tanya..ana pernah membaca al-qursi pada org yang dirasuk jin..dan ana perhatikan dia seperti terseksa dan berindak balas..tapi bila ana ingat ttg apa yg anta beritahu "Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemarahan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini" Jadi ana nak tahu mcm mana kita nak bezakan tentang keadaan org yang dibaca al-qursi atau ayat lain yang mampu buat jin dalam jasad orang itu terseksa dan merasa azab Allah seolah2 terbakar, dengan keadaan keadaan jin dalam jasad hamba Allah itu seperti yang anta bagi tahu iaitu seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini? Jdi minta anta jelaskan keadaan ini sebab ana keliru dgn apa yg belaku. Nanti jika ana bacakan ayat al-quran pada pesakit dan lihat pesakit meraung ana pikir jin atau syaitan dalam jasad hamba Allah itu sedang terseksa kerana Allah mengazab mereka tapi sebenarnya tiada apa2 yg belaku bahkan seperti menyiram minyak diatas api yang membara yg maknya menambahkan lagi kemarahan makhluk itu..tolong la jelaskan..

    ReplyDelete
  37. Bagi ana la syeikh..kita mmg perlu bertawakal kepada Allah 110% jika kita melakukan sesuatu. Mmg segala pekara yng kita lakukan adalah atas Izin Allah. Memang al-quran itu tidak akan mendatangkan apa2 manfaat jika Allah izinkan. Tapi Allah telah berfiman "Dan Kami turunkan Al-quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orana-orang yang beriman" ( Al-Isra: 82 ) Jadi Allah telah memberikan rahmatNya kepada Al-quran dan kerana itu Al-Quran adalah Mukjizat yang masih ada hingga sekarang. Sebarang perkara yg kita lakukan adalah atas usaha kita dan Allah melihat kepada usaha dan niat kita. Jika ada orang beranggapan mereka hanya duduk dan berserah trus pada Allah pun tak boleh jugakkan? Jadi bagi Ana..kita menggunakan Al-quran itu adalah usaha kita kerana kita yakin kepada firman2 Allah dan dan Allah telah memberikan rahmat kepada Al-Quran itu sendiri. Allah tidak mengatakan yang kita tak perlu buat apa2 just ingat kepadaNya saja sudah cukup. Mmg Allah tidak perlukan bantuan sesiapa pun termasuk Al--quran tpi yang kita berusaha. Tak kiralah mcm mana pun asalakn tidak bertentangan dgn akidah dan syrik kepada Allah..jadi mengenai pelajar yang kes pasal al-qursi jgn pulak nanti langsung tak baca al-quran sebab hanya serah 110% kepada Allah. Lain pulak jadinya. Mungkin masa dia membaca al-qursi tu Allah tak perkenankan sebab Allah menguji imannya. Pendek kata..jgnlah melebihi al-quran daripada Allah...tawakal pada Allah dulu.al-quran adalah usaha kita..walluaalam

    ReplyDelete
  38. "Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya." Ayat kursi memang tidak mempunyai kuasa apa2 tapi ia adalah usaha kita sebenarnya. Sebab Hadis S.A.W sendiri telah banyak mengatakan tentang fadhilat Ayat Qursi dan kita perlu yakin apa yang kita baca dan samaada jadi atau tidak perlu berserah pada Allah..jgn beserah kosong tanpa usaha.

    ReplyDelete
  39. Waalaikumussalam wbh hambalemah.

    Satu konsep penting bagi mana-mana perawat ialah; "Allah berhak memberikan berbagai balasan / musibah / ujian mengikut perkiraan / peraturanNya". Kerasukan atau penyakit adalah juga termasuk dalam perkara ini. Sekiranya kita manusia pula ada kuasa untuk memulihkan penyakit / ujian / kerasukan, maka seolah-olah manusia adalah tuhan lain di dunia ini. Sebagai contoh, Allah memberikan kerasukan manakala manusia pula mampu menyembuhkan kerasukan. Ini adalah satu konsep yang amat SALAH disudut akidah.

    Konsep yang sepatutnya ialah Allah memberikan musibah / penyakit / kerasukan, dan apabila Allah redha kepada pesakit dan redha juga kepada perawat dan kaedah merawat maka sembuhlah musibah / penyakit / kerasukan tersebut dengan izin dan pentadbiranNya.

    Dalam banyak hal secara lazimnya, kaedah rukyah semata-mata kepada pesakit yang kerasukan adalah tidak banyak membantu atau kalau nampak pemulihan pun sekadar sementara mungkin untuk beberapa hari sahaja adalah kerana:
    1. Pesakit dan persekitaran pesakit dikelilingi dosa besar seperti amalan bertangkal azimat, gambar haiwan dan manusia.
    2. Ilmu tauhid yang tunggang langgang
    3. Amalan-amalan songsang lain seperti aura chakra reiki qigong dan sebagainya.
    4. Pelbagai amalan bidaah lainya

    Pastinya mangsa yang menghadapi masalah gangguan ini serta keluarganya inginkan kesembuhan (rahmat) dari Allah tetapi dengan usaha merukyah semata-mata tanpa usaha waris-waris pesakit untuk kembali ke jalan yang Allah redhai, bagaimanalah Allah SWT akan memberikan kesembuhan??

    Itulah sebabnya pada pandangan saya, merukyah adalah satu usaha yang mudah namun seorang yang perawat perlu pergi jauh lagi dengan usaha mendidik mangsa dan keluarga mangsa dengan memperbaiki tauhid mereka semoga perawat tidaklah umpama memberikan ikan kepada orang yang lapar kerana orang ini akan minta ikan lagi apabila mereka lapar tetapi berikanlah mereka ilmu untuk mencari ikan kerana inilah sebenarnya yang bakal memerdekakan mangsa dari cengkaman iblis dan pengikutnya selama-lamanya.

    Sama ada rukyah sdr itu berkesan, janganlah sekadar melihat kesan segeranya sahaja tetapi lihatlah kesannya selepas seminggu, 2 minggu, sebulan, 3 bulan dan selepasnya. Kalau sekadar melihat kesan rukyah dalam tempuh beberapa hari, ditakuti anda akan jadi bahan mainan iblis.

    Semoga Allah memberikan taufik, hidayah, petunjuk dan rahmatNya kepada sdr hambalemah.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. Bagi ana mungkin syeikh emjay nak kita paham yang kita perlu bertawakl kepada Allah lebih dahulu sebelum memulakan sesuatu termsuk membaca al-quran. Niat kta perlu kerana Allah S.W.T..yang lain adalah usaha. Membaca al-qursi memang mampu menghalau syaitan tapi perlu lah kita sertakan dgn tawakal kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah. Jgn baca memain atau memikirkan al-qursi tu mampu halau syaitan tapi lupa dgn kekusaan Allah. Mgkn itu maksud syeikh emjay...

    ReplyDelete
  41. Ana setuju dgn pendapat anta...memang orang yang kita rawat mengharapkan kesembuhan dari perawat. Dan ana amat bersetuju dgn anta tentang kita perlu mendidik mereka tentang kepercayaan mereka tentang azimat, ibadat yang ditinggalkan dgn sengaja dan tidak hidup seperti yang disarankan Nabi S.A.W. Sebab itu ana sebelum ana meruqyah ana sering tegaskan yg ana tidak mempunyai apa2 pun kuasa untuk menyembuhkan atau mengesan jin dalam badan mereka tapi itu semua IZIN ALLAH S.W.T. Dan ana sering bertanya ada atau tidak rumah mereka memiliki barang2 seperti minyak, wafaq dan sebagainya kerana jika rumah itu mempunyai benda mcm tu mungkin Allah tidak akan memberikan rahmayNya kepada kita bila kita berdoa padaNya. Kesan ruqyah juga memang amat jelas tidak ada kesembuhan segera sekiranya pesakit yang dirawat cthnya terkena sihir tidak melakukan ibadat kepada Allah. Sebab Jin mudah untuk masuk kembali kepada bdn org yg kosong jiwanya. Terima kasih kepada anta atas komen dan doa untuk ana. Semoga Allah juga merahmati Anta. Amin

    ReplyDelete
  42. Betullah tu

    Semoga sdr hambalemah sentiasa dalam peliharaan / petunjuk Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete
  43. Salam Saudara emjayjb
    Sekadar ingin memberikan sedikit pandangan, berhati-hati dalam membicarakan konsep tauhid, sebab bukan semua yang berupaya untuk nampak/faham. Dikhuatiri tersalah faham, akan merosakkan aqidah, ada yang faham, ada yang kurang faham dan ada yang tidak faham langsung. Semuanya bergantung kepada rahmat, redha dan kasih sayang Allah. Berbicaralah tentang sesuatu ilmu itu mengikut kemampuan.....insya Allah. Sekadar memberi teguran.

    ReplyDelete
  44. apa kamu buat ..ilmu itulah ilmu ini lah..masing2 nak kata pasal ilmu..nak buat apa..kamu semau dah berilmu tak payahlah buang masa nak tunjuk dalamnya ilmu...sebab ruang web lebih sesuai kita guna untuk bela dan jihad islam...nak chat ilmu lebih afdal berjumpa dan adakan forum atau tukar ilmu fikiran..apa saya bebel??? ni sekarang kita dah dicabar ..org kafir guna nama ALLAH di gereja dan kuil..masih nak diam ke..bukan saya suruh mengamuk..piket..or berarak tengah jalan....tapi kita patut tentang denga n bersatu dan sepakat...bayangkan kemuliaan karomah Allah itu di hina...?Apa jenis pemimpin Melayu yang kita undi selama ini..ya org ygv lembik..dayus bacul..

    ReplyDelete
  45. TAJUK Artikel ni sebenarnya yang jadi masalah... sekali lalu baca tajuk tu hati boleh naik marah... tapi isi artikel ok je... cuma ianya digarap dengan kasar, so tu sebab orang bising... Emjayjb patut awal-awal sedar tentang perkara ni... sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  46. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada sdr rsmelan.

    Emjay

    ReplyDelete
  47. berdasarkan tafsiran inggeris,membaca ayat kursi adalah satu perbuatan "invoke allah's intervention'.yang bermaksud kita (hambanya) minta bantuan allah atau dalam kata lain ia adalah satu kaedah direct call line kepada allah dengan mohon niat perawat untuk menyelesaikan dugaan/gangguan tersebut.Allah tahu mengapa kita membaca ayat2 ruqyah tersebut dan allah akan melayan niat tersebut berdasarkan tahap keyakinan perawat kepada Allah sendiri( itu hak allah).Kita tidak ada energy dan sebagainya.Apabila kita kenal diri kita ni yang hakikatnya lemah,rahmat Allah akan turun sekelipmata kerana setiap 'millisecond' kita berpegang pada tali allah ,insyallah bantuan akan tiba dengan cepat.Dan, dimasa aman minta pada allah supaya dimakbulkan doa dengan cepat dan pantas....dan jangan pandai minta minta.Diri sendiri kenalah selari dengan kehendak Islam dan kehendak Allah.

    ReplyDelete
  48. sabarle saudara emjay..hanya ALLAH tahu isi hati tiap manusia..yg d tekankn saudara emjay ialah..jgn riak n takabur..prasaan syaitan itu..lemparkanlah jauh2..berserahlah ke atas tiap2 sesuatu kepada ALLAH..itulah d maksudkn saudara emjay..semua yg da d blog ni..yg baik kta ambil,,,yg sebaliknya,paham2 le..yg lain tu ku tk tau...tapi kalau tak tau lebih baik diam dr brcakap..tolonglah brpandu dgn AL-QURAN..bukn sains n sebagainya..ia adalh ilmu yg lengkap n tiada lainnya...

    ReplyDelete
  49. saya adew msalah..saya masih belasan tahun..setiap kali saya mengucap,solat,atau beribadat,saya selalu mmikirkan tntang sesuatu yg mungkin boleh mndatngkan syirik...tetepi saye langsung tidak pernah terniat,kadang-kadang saya akan nmpak diri saya mmbuat tnda salib..tiba2...saya langsung x terniat..dan kadang2 saya ragu2 dan mnyeksakan saya..tolong lah saya...saya masih muda..dan ape yg patot saye bwat.
    saye takowt saye telah mnsyirikkan ALLAH...saya takut..

    ReplyDelete
  50. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRIKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  51. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  52. Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap makhluk / sesuatu tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:

    1. Manusia tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan

    2. Angin tidak mempunyai kuasa seperti mencabut pokok

    3. Elektrik tidak mempunyai kuasa

    4. Cahaya tidak ada kuasa untuk menerangi

    5. Al Quran tidak mempunyai kuasa merawat atau menyembuh penyakit

    6. Makanan tidak mempunyai kuasa untuk mengenyangkan dan memberikan kesihatan

    7. Minuman tiada kuasa menghilangkan dahaga

    8. Ubat tidak ada kuasa untuk memulihkan penyakit

    Berdasarkan fahaman sebenar berkaitan konsep rububiah ini, jadi mengapakah manusia boleh berkata-kata seandainya kita tidak mempunyai kuasa? Jawapannya ialah kerana Allahlah yang mentadbir dan mengurus lalu memberikan rahmatNya sehingga manusia mampu berkata-kata. Melalui rahmat dari Allah inilah, manusia boleh berkata-kata serta melakukan pelbagai aktiviti lain. Itulah sebabnya seandainya kita mengaku bahawa kita mendapat keputusan SPM yang baik kerana kita adalah orang pandai dan dilahirkan pula dari gen ibu bapa yang pandai (kedua-dua mereka Profesor) maka akidah orang ini sudah rosak.

    SEMUA ORANG DAH TAHU, ORANG LAIN PUN ADA YANG BELAJAR AGAMA, BUKAN ENGKAU JE, SETAKAT PENSYARAH PUN DAH ADA LESEN KE MASUK SYURGA. KLU DAH DUDUK DALAM UTM TU, MAKAN JE KAT RESTORAN BUNGA LAWANG TU, ORANG BUKAN TAK KENAL ENGKAU. TAK PAYAH NAK MENYOROK........BODOO

    ReplyDelete
  53. k0ngsi skit pengalaman..sya pon pernh rasa kena tindih..bila sya biarkan ato dalam maksud yg lain sya x melawan utk bangun dari tido,sya rasa macam nk mati je sebab hempapan tu makin lama makin berat..pstu sya kata dlm hati "Ya Allah,tolonglah aku,tolonglah aku.." sya igt lg sya ucap ayat ni dlm hati dgn bersungguh2 meminta pada Allah..then alhamdulillah tindihan tu hilang..n sebenrnya sya bukan sekali 2 prnh kena tindih tp bnyk kali..n aritu sya igt lg waktu kena tindih tu sya sebut nama Allah tp dalam hatila..tp sya sebut x sepenuh hati,x menjiwai lah bak kata orang,so tindihan tu x hilang gak..n sya x igt ape yg sya buat pastu utk selamatkn diri..tp alhamdulillah sya masih hidup lg skang

    ReplyDelete
  54. Satu pengalaman yang mahal. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  55. asas tauhid tu penting...semua benda di dunia dan di alam semesta di bawah kekusaan Allah S.W.T
    kita usaha dengan pelbagai Ayat Al-quran dan Al Sunnah sebagai pegangan untuk kita berpegang pada tali Allah s.w.t tetapi dalam hati perlu kita terapkan Allah S.W.T sahaja yang berkuasa mengiyakan dan menidakkan sesuatu perkara.Sama juga kalo kita bersekolah.di mestikan membaca buku dan memahami untuk menjawab peperiksaan agar dapat A..tetapi pada hakikatnya Allah s.w.t la yang menggerakkan segala perilaku kita dan tidak mustahil jgak kalo kita tidak belajar pom kita boley dapat A dalam peperiksaan.Itu semua kekuasaan Allah s.w.t untuk ketetapan manusia.Sebab itu adalah jadikan Al-quran dan Al sunnah untuk rujukan tetapi Asasnya Tauhid pada Allah dan kepercayaan yang satu

    ReplyDelete
  56. Alhamdulillah betullah tu

    Emjay

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah..
    Bersyukur dengan penjelasan berkaitan aqidah dari Tuan Emjay,
    Aqidah yang benar2 bersih suci dari syirik khafi,
    untuk tuan saya ucapkan terima kasih, doa saya moga tuan dipelihara dalam rahmat
    & redha Allah. Kalau tak silap inilah yang dilakukan Rasulullah selama 13 tahun di Mekah dan ayat2 Makkiyyah banyak bertitik tolak soal pemutihan aqidah, membasmi kekotoran aqidah sebelum beribadah dan kembali kepadaNYA. Wassalam

    ReplyDelete
  58. Segala pujian hanya untuk Allah SWT

    Memang selama 13 tahun Nabi berdakwah, apa yang ditekankan adalah soal akidah. Mereka dilembutkan hati mereka dengan tauhid selama 13 tahun.

    DiMalaysia tauhid tidak ditekan, maka tunggang langgang akidah orang Islam di Malaysia.

    Emjay

    ReplyDelete
  59. salam kepada saudara2 sekalian...

    mohon maaf n tnjuk ajar kalo ape yg saye akan perkatakan adalah salah n silap...

    mohon kepada saudara2 sekalian untuk kenal dlu diri saudara sekalian..
    sebelum Allah kenalkan Islam kepada Rasul junjungan kite...Allah telah ajar kepada Rasul kite untuk kenal diri Baginda dulu..
    Rujuk la balik sirah Rasul kite..

    Berapa lama untuk Baginda kenal diri Baginda?
    Berapa umur Baginda ketika terima wahyu pertama?
    Berapa umur baginda ketika diangkat menjadi Nabi?
    Apa terjadi pada Baginda ketika terima wahyu pertama?

    Untuk itu, kenal la diri saudara2 sekalian terlebih dahulu sebelum diuruskan perkara2 yg lain...
    Cari la mereka yang arif untuk menuntut..
    Risik la terlebih dahulu siapakah mereka yg arif itu..


    Ingat..darjat kite lebih mulia dari Malaikat, Syaitan, Jin....
    Jgn dirosakkan darjat kite...

    salam...
    mohon maaf dari Hamba yang masih mencari...

    ReplyDelete
  60. 82171, tulisan orang dari golongan tareqat dan penyokong-penyokong mereka macam tulah. Sikit-sikit kenal diri lepas tu kenal Allah. Dasar orang seperti ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  61. pengabdi. ada ke dlm Quran/hadis Allah suruh kenal diri dulu? dh tu org yg xkenal diri tu sia2 la solatnya? gitu?kalau mcm tu org blh bg alasan la malas nk solat sbb belum kenal diri lg. blh gitu?? dasar org tarekat, mmg bangang..

    ReplyDelete
  62. Semoga Allah SWT mematikan sdr nurunnha dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  63. Salam,

    Sy nk tny, klu kita minum air putih/air mineral setiap hari beranggapan bahawa air tu boleh menyihatkan tubuh dan dpt jauh daripada penyakit tanpa niat kerana Allah . Kita dah rosak akidah? Kita perlu minum air dan anggap semua khasiat diberikan oleh Allah swt ?

    Terima kasih kerana membuat web nie. Mudah untuk sy mencari jawapan yang tidak pasti...

    ReplyDelete
  64. Waalaikumussalam wbh

    Begitulah ajaran dalam Islam. Sekiranya kita minum air putih/air mineral setiap hari dengan beranggapan bahawa air tu boleh menyihatkan tubuh dan dapat jauh daripada penyakit tanpa niat bahawa ini adalah sekadar usaha kita dan hanya Allah sahaja yang mampu menyihatkan kita, maka ia sudah merosak akidah.

    Kita sebagai umat Islam perlu menganggap bahawa semua khasiat diberikan oleh SWT. Makan dan minum sekadar usaha yang diperintahkan. Itulah sebabnya kerana pentadbiran Allah SWT yang maha besar, orang gila yang makan makanan dari tong sampah sihat sahaja.

    Begitu jugalah kita makan ubat bila sakit. Ubat sekadar usaha dan Allah SWT sahaja yang menyembuhkan. Kita boleh sembuh tanpa ubat dan kita boleh tak sembuh walau sudah makan ubat. Kuasa menyembuh hanya milik Allah SWT.

    Semoga Allah merahmati memberkati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete